Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Yamaha anjur antara konvoi terbesar ke Litar Sepang – disertai hampir 800 buah m’sikal dari seluruh negara

    konvoi-yamaha-motogp-bm-16

    Bersempena dengan perlumbaan MotoGP yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu lalu, ramai yang berkonvoi menaiki motosikal ke sana dan Hong Leong Yamaha Sdn Bhd (HYLYM) menjadi antara penganjur terbesar apabila berjaya mengumpulkan hampir 800 pemilik motosikal jenamanya.

    Pelbagai jenis motosikal berkumpul terdiri daripada model R25, LC135, Y15ZR, Lagenda 115, skuter NMax dan pelbagai lagi model. Peserta datang dari seluruh pelusuk negara atas semangat untuk menonton antara perlumbaan terbesar di negara.

    Bagi menjadikan konvoi sebesar ini selamat di atas jalan raya, dari Putrajaya ke Sepang, HLYM bekerjasama dengan anggota polis trafik dan diiringi dari mula hingga tiba ke kawasan letak kenderaan khas di Litar Sepang. Selain itu, peserta juga diberikan tiket tempat duduk khas di kawasan Grandstand untuk menonton perlumbaan.

     
     
  • Mercedes-Benz dedah perincian barisan enjin generasi baharu – sistem 48V, ‘mild hybrid’ dan turbo elektrik

    mercedes-benz-new-engine-bm-3

    Mercedes-Benz mendedahkan maklumat awal enjin generasi baharu ketika acara Mercedes-Benz TecDay; barisan enjin berkenaan bukan lagi sekadar konsep – ia akan mula dikeluarkan bagi kegunaan kenderaan jenama itu pada 2017.

    Ia terdiri daripada kedua-dua enjin petrol dan diesel, daripada enjin empat silinder hinggalah kepada enjin V8; ia bagaimana pun menyaksikan pengurangan saiz sesaran bagi versi V8 berkenaan. Semua enjin ini menggunakan konsep 500 cc bagi setiap silinder. Maksudnya, enjin-enjin yang akan terhasil nanti berkapasiti 2.0, 3.0 dan 4.0 liter.

    mercedes-benz-m256

    Pertama ialah enjin M256 enam silinder sebaris petrol baharu. Khabar angin sebelum ini menjadi kenyataan; Mercedes-Benz akan meninggalkan enjin V6 dan membangunkan enjin dengan konfigurasi enam-silinder sebaris. Namun, ada pembaharuan yang lebih penting pada enjin petrol 3.0 liter M256.

    Ia menggunakan sistem elektrikal 48V yang membolehkan keseluruhan sistem sampingannya di overhaul. Sebagai contoh, tiada lagi penggunaan tali sawat di bahagian depan enjin bagi kegunaan peralatan pam air atau pemampat pendingin hawa. Inilah antara peralatan elektrik yang dikuasakan oleh sistem baharu ini, membolehkannya diletakkan di mana sahaja pada bahagian enjin baharu ini.

    Kesannya, ia hanya memerlukan ruang yang lebih kecil bagi pemasangannya. Memandangkan enjin enam-silinder sebaris ini lebih sempit berbanding V6, sistem sokongan yang dimaksudkan diletakkan dibahagian sisi enjin.

    Ia merupakan enjin dengan turbocaj yang turut dilengkapi pemampat elektrik tambahan 48V (eZV, atau turbo elektrik) untuk mengatasi masalah turbo lag. Motor penghidupnya juga digantikan dengan Integrated Starter-Generator (ISG) yang dipasangkan antara enjin dan transmisi yang mampu menyediakan tambahan 15 kW kepada enjin.

    Output keseluruhan enjin ini mampu melebihi 408 hp dan lebih daripada 500 Nm, sementara pembebasan CO2 dikurangkan 15% berbanding enjin V6 ketika ini. Ia turut menggunakan penapis zarah (particulate filter) pada sistem ekzos, yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan diesel.

    Bagi kegunaan pada enjin petrol, Mercedes-Benz menggunakan cordierite, dan bukannya silicon carbide pada kenderaan diesel. Enjin ini akan membuat penampilan sulung pada model W222 S-Class facelift tahun depan.

    mercedes-benz-om656

    Kedua, enjin OM656 enam-silinder sebaris diesel. Ia disifatkan mampu menghasilkan 313 hp berbanding 258 hp enjin diesel berkapasiti besar yang digunakan kini, dengan penggunaan bahan api dapat dikurangkan sebanyak 7%.

    Enjin diesel ini pendekatan dikenali sebegai stepped-bowl combustion, turbocaj ekzos dua peringkat dan ciri baharu bagi enjin-enjin diesel Mercedes-Benz – injap pemasa boleh ubah CAMTRONIC.

    mercedes-benz-m176

    Seterusnya, enjin M176 V8 bi-turbo petrol. Seperti dijangkakan, enjin V8 bukan AMG Mercedes-Benz akan berkapasiti 4.0 liter. Dengan sesaran 3,982 cc, kuasa maksimum dihasilkan ialah 476 hp (berbanding 455 hp) dengan tork maksimum 700 Nm dari 2,000 rpm.

    Enjin V8 dengan dek tertutup ini dilengkapi penyahaktif silinder. Ini membolehkannya berfungsi dengan empat silinder dengan bebanan ringan dan kelajuan enjin sehingga 3,250 Nm melalui sistem CAMTRONIC. Ia turut menggunakan penapis zarah. Enjin ini akan digunakan pada W222 S-Class facelift.

    mercedes-benz-m264

    Terakhir ialah enjin M264 empat silinder petrol. Bagi pasaran Malaysia, kebanyakan kenderaan Mercedes-Benz yang dibeli adalah dari varian 200 atau 250. Maka, ini mungkin enjin yang paling menarik dan relevan untuk pasaran tempatan.

    Seperti enjin M256, enjin empat silinder baharu ini turut menerima sistem 48V. Pengecaj turbonya adalah dari jenis twin-scroll, dan turut dipasangkan dengan penapis zarah pada sistem ekzos. Bagaimana pun, ia tidak dilengkapi ISG antara transmisi.

    M264 menggunakan starter-alternator 48V dengan tali sawat (BSA) yang terletak pada kedudukan biasa alternator. BSA disifatkan menyumbangkan kepada kecekapan ciri Start/Stop pada enjin, lonjakan elektrik pada enjin menjangkau kepantasan 2,500 rpm, pemulihan tenaga sehingga 12.5 kW dan meluncur dengan enjin dimatikan.

     
     
  • Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bakal dibina dan dibiayai oleh China, mula awal 2017

    hitachi bullet train

    Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 km, iaitu projek di bawah Pelan Malaysia Ke-11, telah dimuktamadkan akan dibina dan dibiayai oleh China. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar pada pihak media sejurus ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke China hari ini.

    Beliau berkata, kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPC) dan rangka kerja pembiayaan akan dimeterai dalam lawatan rasmi tersebut. Di mana kontrak EPC tersebut akan dianugerahkan kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC), sementara perjanjian kewangan pula dimeterai bersama Export-Import Bank of China (EXIM), laporan News Strait Times.

    “Pelabur China juga akan melabur di Malaysia dengan membuka pekan kecil seperti Mentakab, Dungun dan sehingga ke Tumpat,” ujarnya kepada pihak media.

    Katanya lagi, dengan adanya ECRL ia akan membuatkan produk dari Pantai Timur lebih kompetitif memandangkan kos pengangkutan yang lebih murah, sekaligus menjana pendapatan industri dan perniagaan yang berlokasi di sepanjang laluan rel terbabit.

    Keputusan mendapatkan sumber kewangan dari China dilakukan berdasarkan tawaran yang menguntungkan. Beliau turut berkata, “Jika meminjam dari pasaran antarabangsa, kita tidak akan mendapat kadar faedah yang rendah seperti mana yang ditawarkan oleh China. Walau bagaimana pun, kita masih belum memutuskan (secara terperinci), tetapi kita akan mendapat kadar yang cukup kompetitih dan tempoh bayaran balik dijangka dalam masa 20 tahun.”

    Sambungnya lagi, kerajaan berharap untuk membuat keputusan terakhir mengenai ECRL selewat-lewatnya hujung 2016 supaya pembinaan projek ini boleh dimulakan pada awal tahun hadapan..

     
     
  • GALERI: Suzuki SV650A dipertonton – RM38,800

    suzuki-sv650a-bm-16

    Minggu lalu, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd melancarkan model naked SV650A (sebelum ini dikenali sebagai Gladius), namun yang diberikan hanyalah beberapa gambar dan informasi penting. Hujung minggu lalu di Litar Sepang, motosikal tersebut dipamerkan di khemah Suzuki dan kami berpeluang mendekatinya.

    Jika dibandingkan dengan model terdahulu, enjin dua silinder V 90°, 645 cc DOHC yang digunakan pada SV650A mempunyai lebih 60 komponen baru, yang menjadikannya kini melepasi tahap Euro 4 dan mempunyai kuasa 4 hp lebih, menjadi 75 hp, manakala tork pula masih sama, 64 Nm tetapi pada kadar rpm lebih tinggi – 8,100 rpm. Penggunaan bahan api juga menjadi lebih baik iaitu 3.84 L/ 100 km.

    Bukan setakat itu sahaja, bahagian lain turut diperbaharui, secara keseluruhan, 140 bahagian (enjin dan casis) dan meskipun bagi model dengan brek ABS yang diperkenalkan ini, beratnya dapat dikurangkan sehingga 8 kg. Dahulu, beratnya 205 kg, tetapi kini 197 kg.

    Untuk pasaran Malaysia, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd menetapkan harga asas (tanpa GST) RM38,800 bagi SV650A ABS yang diimport dari Jepun ini dan ia disediakan dalam warna Pearl Mira Red dan Metallic Triton Blue.

    GALERI: Suzuki SV650A


     
     
  • Pengguna LRT, KL Monorel dan MRT boleh membuat tuntutan bayaran balik sekiranya tren lewat sampai

    LRT-rail-pix-Bernama_PT_BM

    Pengguna perkhidmatan Transit Rel Ringan (LRT) dan KL Monorel berhak untuk menuntut bayaran balik sekiranya tren yang ingin dinaiki lambat tiba sekurang-kurangnya 15 minit, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri.

    Beliau berkata, pengguna yang berhadapan dengan masalah kelewatan ini mempunyai pilihan sama ada menuntut kupon, yang boleh digunakan sebagai tiket bagi perjalanan pada hari berikutnya, laporan News Strait Times.

    “Polisi ini turut diaplikasikan pada MRT, yang dijangka memulakan operasi hujung tahun 2016,” ujarnya bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) di Parlimen hari ini.

    Koh bertanya apakah langkah yang bakal diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kelewatan tren ini. Koh turut berkata pengguna pengangkutan awam di United Kingdom dan Jepun, sebagai contoh, boleh membuat tuntutan balik sekiranya perkhidmatan tren lewat tiba. Sebagai contoh, London Underground membenarkan penggunanya membuat tuntutan menerusi talian sekiranya tren lewat tiba sekurang-kurangnya 15 minit.

    Beliau turut berkata sistem ganjaran seperti itu wajar dilaksanakan oleh Prasarana Malaysia Bhd, iaitu syarikat yang mengendalikan LRT dan KL Monorel, bagi memastikan perkhidmatan keseluruhannya dipertingkatkan dan lebih efisien.

     
     
  • PDRM rekod 6,706 kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lalu – purata 18 maut sehari

    Crash-accident-collision

    Menurut laporan yang disiarkan oleh The Sun, sebanyak 6,706 kematian akibat kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia pada tahun lalu, dengan purata 18 orang maut dalam sehari. Angka yang direkodkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini dalah berdasarkan beberapa kempen keselamatan jalan raya yang dijalankan termasuk Ops Selamat.

    Dalam “Laporan Statistik Kemalangan Jalan Raya 2015” yang dikeluarkan baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mahamad Akhir Darus berkata sebanyak 489,696 kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku pada tahun lalu, iaitu meningkat sebanyak 2.8% berbanding tahun 2014.

    Walau bagaimana pun, kadar kematian dan kecederaan dilaporkan menurun sebanyak 7.3% berbanding tahun 2014. Di mana sebanyak 6,706 kematian berlaku pada tahun 2015 iaitu majoritinya melibatkan penunggang motosikal (3,816) dan penumpang motosikal (387), dan 11,550 melibatkan kecederaan yang disebabkan faktor kecuaian manusia.

    Mengikut rekod berikut, individu yang berumur di antara 16 hingga 20 tahun mencatatkan jumlah kemamatian tertinggi dengan 934 kes, diikuti dengan umur antara 21 hingga 25 tahun (828 kes), 26 hingga 30 tahun (641), 31 hingga 35 tahun (579), selebihnya berusia 36 tahun ke atas.

    Sand lorry Jalan Duta accident 3

    Mahamad Akhir turut berkata Johor mencatatkan jumlah tertinggi bagi kemalangan jalan raya iaitu melibatkan 1,040 kes, meningkat sebanyak 22 berbanding tahun sebelumnya. Diikuti dengan Selangor sebanyak 1,028 kematian, kurang 40 berbanding tahun 2014.

    Sementara itu, daerah yang mencatatkan angka tertinggi kematian akibat kemalangan jalan raya iaitu Batu Pahat (191), Kuantan (155), Ipoh (145), Kuala Muda (121), Seberang Prai tengah (118), Kajang dan Melaka Tengah (masing-masing 110). Malah Batu Pahat juga didapati sebagai jalan raya yang paling tidak selamat pada tahun 2015, walau pun jumlah kecederaannya berkurangan ke 347, berbanding 594 pada tahun 2014.

    Manakala jumlah tertinggi bagi kemalangan jalan raya mencatatkan Petaling Jaya dengan 25,635 kes, diikuti dengan bahagian utara di Pulau Pinang (14,696), selatan Johor Bahru (14,642), Shah Alam (14,562), Ipoh (14,260), Kajang (14,133) dan Kelang selatan (13,060).

    Jalan luar bandar didakwa sebagai kawasan kemalangan tertinggi iaitu 3,731, diikuti dengan kawasan bandar (1,277), pekan kecil (827) dan bandar besar (408). Laporan ini turut mendedahkan, bulan Julai mencatatkan jumlah tertinggi bagi kemalangan jalan raya bagi tahun 2015 dan 2014, iaitu sepanjang musim Hari Raya. Malah bulan tersebut juga menyaksikan jumlah tertinggi bagi kemalangan jalan raya tahun lalu iaitu sebanyak 43,892 kes.

     
     
  • Benelli 302R dan TnT135 muncul di Sepang – dijangka akan dilancar di Malaysia pada bulan November ini

    benelli-302r-bm-1

    Benelli, melalui pengedarnya di Malaysia, Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd mempunyai sesuatu yang istimewa buat penggemar motosikal di Malaysia – mereka akan memperkenalkan dua model baru pada bulan November ini iaitu 302R dan TnT135. Menambahkan lagi kehangatannya, dua model ini dibawa ke Litar Sepang untuk tontonan pengunjung MotoGP hujung minggu lalu.

    Benelli 302R adalah sebuah motosikal yang menggunakan enjin dua silinder selari 298.8 cc DOHC berpenyejukan cecair bersama sistem suntikan bahan api dan ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 38.1 hp pada 12,000 rpm dan 28.4 Nm tork pada 9,000 rpm.

    Kuasa ini disampaikan ke tayar belakang melalui kotak gear enam kelajuan dan set sprocket 14/40. Rim yang digunakan adalah bersaiz 17 inci manakala kuasa brek (tanpa ABS) pula datang daripada unit cakera berkembar saiz 260 mm di hadapan dan cakera tunggal 240 mm di belakang.

    Pada bahagian suspensi, fork hadapan jenis terbalik menjalankan tugas sementara di bahagian belakang pula adalah unit monoshock tunggal dengan jarak pergerakan 50 mm bersama pelarasan pra beban spring. Tempat duduk Benelli 302R berketinggian 780 mm dan tangki minyaknya berkapasiti 14 liter. Secara keseluruhan, ia mempunyai berat 190 kg.

    benelli-tnt135-bm-1

    Benelli TnT135 pula adalah sebuah motosikal bersaiz kecil, menggunakan enjin 134.7 cc berkuasa 12.6 hp/ 10.8 Nm, dan ia disasarkan untuk menjadi saingan kepada model seperti Kawasaki Z125 Pro dan Honda MSX125F (Grom). Selain pengguna yang lebih muda, motosikal ini juga pastinya memberi lebih keseronokan untuk tunggangan dalam bandar.

    Enjin yang digunakan pada TnT135 mempunyai sistem suntikan bahan api dan padanan transmisi yang digunakan adalah unit lima kelajuan. Bahagian rimnya menggunakan saiz 14 inci dan sistem hentakan pula menggunakan fork terbalik di hadapan dan monoshock tunggal di belakang.

    Gaya badan motosikal ini, terutamanya dari belakang melihatkan persamaan seperti model Brutale oleh MV Agusta, berserta muncung ekzos berpotongan tajam. Secara keseluruhannya ia mempunyai berat 116 kg dan tangki minyaknya berkapasiti 7.2 liter.

    Buat masa ini, masih belum ada harga yang dikeluarkan oleh Benelli Keeway untuk dua motosikal ini tetapi apa yang diberitahu, ia akan berada bawah daripada pesaingnya apabila dilancarkan November nanti. Benelli TnT25 dijual pada harga RM12,990, manakala TnT300 pula adalah RM19,900. Pesaing TnT135 iaitu Kawasaki Z125 Pro dijual pada harga RM10,435 manakala Honda Grom pula masih belum dilancarkan di Malaysia.

    GALERI: Benelli 302R

    GALERI: Benelli TnT135

     
     
  • Toyota panggil semula 5.8 juta kenderaan berhubung isu pengepam beg udara Takata, termasuk yang pernah dipanggil sebelum ini – laporan

    2010-toyota-corolla-altis

    Nampak gayanya Toyota telah memperkembangkan jumlah panggilan semula bagi masalah pengepam beg udara buatan Takata. Kini, ia telah merangkumi sejumlah 5.8 juta kenderaan yang terlibat di seluruh dunia, termasuk sebahagian daripadanya telah pun dipanggil sejak tahun 2010, menurut laporan Reuters. Ia dilakukan selepas Takata bersetuju untuk mengesahkan lebih banyak komponen beg udara yang terjejas dan melibatkan sejumlah besar panggilan semula di seluruh dunia.

    Isu beg udara ini berpunca daripada penyusutan bahan dorongan (propellant degradation) selepas terdedah dalam jangka masa lama terhadap kelembapan udara dan suhu. Pengepam berkenaan mengandungi bahan daripada ammonium nitrate yang berupaya menyebabkan keretakan pada modul berkenaan. Jika ini terjadi, serbihan logam akan menembusi bahagian beg udara ketika ia menggelembung dan akan terhambur ke dalam kabin, mampu menyebabkan kecederaan atau kematian.

    Setakat ini, ia telah menyebabkan 16 kematian di seluruh dunia, kebanyakannya di Amerika Syarikat, dan empat daripadanya berlaku di Malaysia.

    Panggilan terbaru yang dilakukan adalah melibatkan model kenderaan yang dipasang antara Mei 2000 dan November 2001 dan antara April 2006 dan Disember 2016, termasuklah Corolla, Yaris, Vios, Hilux dan Etios.

    Sehingga kini, sebanyak 5.8 juta kenderaan model Toyota telah terlibat, iaitu 1.16 juta di Jepun, 820,000 di China dan 1.47 juta di Eropah. Malah ia turut melibatkan Amerika Selatan, Amerika Tengah, Afrika, Timur Tengah, Singapura dan Malaysia.

    2009-toyota-vios-trd-sportivo

    Di negara ini, terbaru UMW Toyota membuat panggilan semula pada Khamis lalu yang melibatkan hampir 80,000 kenderaan. Ia melibatkan penggantian pengepam beg udara bahagian pemandu dan/atau penumpang bagi beberapa model utama. Antaranya ialah Vios, Corolla Altis, Yaris dan Alphard yang dikilangkan antara Oktober 2007 hingga Disember 2011.

    Ini termasuklah 20,000 kenderaan yang telah pun digantikan dengan pengepam beg udara baharu sejak terlibat dengan panggilan semula pada 2010. Penguatkuasa pengangkutan seluruh dunia kini telah membuat keputusan, mana-mana pengepam beg udara yang tidak didatangkan dengan ejen pengering adalah tidak selamat dan mengarahkannya agar ia ditarik semula daripada pasaran.

    Sehingga kini, kesemua pengeluar kenderaan yang terlibat dengan masalah pengepam beg udara Takata telah melakukan hampir 100 juta panggilan balik di seluruh dunia. Malahan pembuat beg udara tersebut kini sedang mencari pelabur kewangan untuk menampung liabiliti yang besar hasil panggulan balik ini.

    Bagi pelanggan Toyota di Malaysia yang terlibat, perlulah menghubungi pusat servis Toyota atau memaklumkan ke talian Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682). Toyota juga kini sedang dalam proses mengemaskini pangkalan data VIN dan pemilik boleh memeriksa nombor VIN kenderaan mereka di laman khas berkenaan.

    Bagaimana pula dengan model Toyota yang bukan dibawa masuk melalui pengedar rasminya? Merujuk kepada model-model grey import yang mungkin terlibat sama, terutama bagi pemilik model Alphard dan Vellfire yang dikilangkan dalam tempoh sama (Oktober 2007 dan Disember 2011), mereka juga akan turut dilindungi serta terlibat dalam kempen ini. Namun, keutamaan akan diberikan kepada pelanggan UMW Toyota terlebih dahulu.

     
     
  • GALERI: Honda CBR1000RR SP ’17 singgah di Sepang

    honda-cbr1000rr-sp-bm-2

    Awal bulan ini, Honda mendedahkan perincian bagi model supersports terbaru mereka, CBR1000RR SP 2017, dan hujung minggu lalu, ia singgah di Malaysia bersempena kemeriahan perlumbaan MotoGP di Litar Sepang.

    Enjin yang digunakan pada model 2017 ini masih lagi unit 999 cc DOHC empat silider sebaris tetapi setelah dinaik taraf, ia kini mampu menghasilkan sehingga 189 hp @ 12,500 rpm dan 111 Nm @ 10,500 rpm bagi model SP (dalam gambar). Ini bersamaan lebih 11 hp berbanding model sebelum ini dan lebih ringan sebanyak 2 kg (enjin sahaja).

    Motosikal baru ini juga lebih canggih, dilengkapi dengan sistem pengiraan inertia 5 paksi (5 axis IMU) yang dapat mengesan apa sahaja perbuatan atau kedudukan motosikal tersebut. Dari situ, data yang ada boleh dikumpul untuk membantu pengiraan sistem lain seperti Suspension Control Unit (mengawal tekanan dan lantunan suspensi), Rear Lift Control (mengelakkan tayar belakang terangkat semasa membrek kuat) dan Cornering ABS. Bagi tetapan Suspension Control Unit, pemilik boleh memilih sama ada tiga tahap Active (pengiraan dan campur tangan automatik mengikut keadaan) ataupun tiga tahap manual (tetapan sendiri).

    Selain itu, CBR1000RR Fireblade SP 2017 juga adalah motosikal Honda berenjin empat silinder yang pertama menggunakan sistem ride-by-wire – menawarkan tiga mod dengan tetapan tertentu bagi penyampaian kuasa, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Engine Brake (EB) dan penyerapan hentakan. Satu lagi mod, USER membolehkan penunggang menetapkan sebarang kedudukan yang diingini.

    Berat keseluruhan CBR1000RR Fireblade SP 2017 juga dapat dikurangkan sehingga 14 kg, menjadi 197 kg, hasil penggunaan aluminium pada bahagian tertentu termasuk sub-frame, penutup enjin magnesium, ekzos titanium dan tangki minyak titanium. Bagi ketibaannya di Malaysia, masih terlalu awal untuk Boon Siew Honda membuat keputusan.


     
     
  • Mana mungkin halang pemandu Grab, Uber daripada ambil dan turunkan penumpang di lokasi tertentu

    Big-Blue-Taxi-01

    Adalah langkah kurang bijak bagi mana-mana hotel atau premis-premis perniagaan lain jika mereka tidak membenarkan pemandu Uber atau Grab daripada mengambil atau menurunkan penumpang di tempat mereka.

    The Sun melaporkan – susulan daripada dakwaan yang dibuat oleh pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail sebelum ini bahawa syarikatnya diberikan “kontrak” eksklusif untuk beroperasi dibeberapa tempat – ia sesuatu yang akan merugikan premis terlibat memandangkan tiada satu pun syarikat yang mampu menawarkan semua perkhidmatan seperti yang diperlukan pelanggan.

    Shamsubahrin mendakwa Zalnas Limousine Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Naza Group, mempunyai perjanjian eksklusif dibeberapa kawasan dan premis dan hak berkenaan diberikan (sub-cntracted) kepada syarikatnya.

    Ketika diminta untuk mengemukakan dokumen perjanjian berkenaan, Shamsubahrin menyerahkan salinan surat daripad Zalnas. Surat berkenaan, yang ditandatangani oleh Naib Presiden, Suradi Haji Sulaiman, menyatakan bahawa teksi dari Big Blue dan lima syarikat lain boleh mengambil penumpang dari beberapa hotel.

    Namun, beliau gagal mengemukakan perjanjian atau kontrak dengan hotel yang dinyatakan, sebaliknya menunjukkan invois yang dikenakan kepada syarikat teksi bagi mendapatkan pelekat khas dengan kos RM400.

    Ritz Carlton Kuala Lumpur, salah satu hotel yang dinyatakan oleh Shamsubahrin, menyanggah dakwaan itu. “Kami boleh mengesahkan tidak pernah ada perjanjian eksklusif antara Ritz Carlton dan Big Blue Taxi,” jelas jurucakap hotel berkenaan, Natalie Hay.

    Begitu juga dengan Sunway Putra Hotel. Pengurus Besarnya, Christopher Bong menyatakan hotel berkenaan pula ada perjanjian dengan Prestigelimo, syarikat yang dimiliki oleh Naza Ventures Holdings Sdn Bhd, yang menyediakan perkhidmatan limosin.

    Bagaimanapun, Bong menekankan, hotel berkenaan tidak pernah menghalang pelanggan mereka daripada menggunakan mana-mana perkhidmatan pengangkutan lain yang mereka inginkan. “Kami tiada masalah dengan Grab dan Uber,” ujarnya.

     
     
  • GALERI: Honda CBR250RR dipamer di Litar Sepang

    honda-cbr250rr-bm-8

    Kami telah membawakan kepada anda sebelum ini pertemuan pertama dengan Honda CBR250RR dari acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2016, dan hujung minggu lalu, motosikal ini berada di Litar Antarabangsa Sepang, mengisi ruang di atas pentas ruang pameran Boon Siew Honda.

    Pengeluaran motosikal ini menjadi bualan ramai kerana ia diangkat sebagai pengganti model CBR250R satu silinder sebelum ini dan memuatkan pelbagai naik taraf, antaranya seperti kawalan pendikit ride-by-wire, sistem suntikan bahan api PGM-FI dan juga pilihan tiga mod tunggangan.

    Honda CBR250RR baru ini menggunakan enjin dua silinder selari 249.7 cc sejukan cecair, dengan lapan injap dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

    Perkara lain yang menarik adalah sistem suspensi CBR250RR ini menggunakan fork jenis terbalik di bahagian hadapan daripada Showa. Di belakang, penyerap hentak tunggal dengan lima pilihan kadar tampungan boleh laras melengkapi sistem suspensi keseluruhannya. Brek depan menggunakan kaliper dua piston sementara brek belakang hanya disertakan kaliper brek piston tunggal.

    Indonesia adalah negara terawal di benua ini yang mendapat Honda CBR250RR dan di sana, ia dijual pada harga 63-68 juta Rupiah (RM19.5K – 21K) bagi model tanpa ABS, dan sekitar 69-74 juta Rupiah (anggaran RM21,500 hingga RM22,000) bagi model dengan ABS.

    Sementara bagi pasaran Malaysia, wakil Boon Siew Honda memberitahu mereka berhadapan dengan cabaran yang tinggi, terutamanya bagi meletakkan harga yang berpatutan untuk membawa masuk CBR250RR ke Malaysia. Mereka sendiri masih tidak pasti sama ada motosikal ini akan masuk ke Malaysia atau tidak, hendak mengatakan tahun hadapan juga susah.

    GALERI: Honda CBR250RR di GIIAS 2016

     
     
  • JPJ saman 1,288 kenderaan dalam Ops Puncak, 597 bagi Ops Bersepadu sempena Deepavali

    jpj-roadblock-2-630x380

    Sempena dengan Deepavali baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan Ops Bersepadu dengan kerjasama agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Operasi itu dijalankan serentak di dua lokasi iaitu Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Mines, Besraya.

    Menurut Pengarah Penguatkuasa JPJ Datuk V. Valluvan Veloo, daripada 820 kenderaan yang diperiksa, sebanyak 597 saman telah dikeluarkan oleh pihaknya iaitu 187 saman melibatkan penunggang motosikal dan selebihnya membabitkan kenderaan lain, laporan Bernama.

    “Antara kesalahan yang direkodkan ialah tidak memiliki lesen memandu yang sah, tidak mempunyai lesen kenderaan, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi dan pengubahsuaian motosikal. Malah sebanyak tiga motosikal turut disita manakala seorang penunggang motosikal ditahan kerana didapati positif dadah jenis ganja,” katanya.

    Dalam masa yang sama, JPJ turut mengadakan Ops Puncak bermula 24 Oktober lalu di seluruh negara dan sehingga semalam sebanyak 1,288 kenderaan disaman atas kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan memotong barisan.

    Menerusi operasi berkenaan, kebanyakan kenderaan melakukan kesalahan tersebut ketika waktu puncak antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi serta 5 petang hingga 7 malam.

    Tambahnya lagi, “Operasi ini dilaksanakan di kawasan sesak di seluruh negara untuk memantau dan terus menyaman sebilangan mereka yang masih lagi menggunakan lorong kecemasan bagi tujuan yang tidak sepatutnya.”

    Di mana JPJ telah mengambil tindakan serius terhadap kesalahan tersebut dan mahu mereka yang melakukan kesalahan dibawa terus ke mahkamah.

    “Sempena musim perayaan ini, saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya mengikut peraturan dan tidak menyalahgunakan lorong kecemasan untuk kepentingan sendiri,” katanya.

     
     
  • KTMB terima peruntukan RM1.4 bilion untuk pertingkat kekerapan perkhidmatan komuter pada waktu puncak

    KTM_ETS_Padang_Besar

    Sejumlah RM1.4 bilion telah diperuntukkan bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada waktu puncak. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, naik taraf sistem laluan yang ada memerlukan masa dan berharap ia akan dapat diselesaikan menjelang tahun 2020, memetik laporan Bernama.

    “KTMB kini sedang melaksanakan projek Klang Valley Double Track (KVDT) untuk menaik taraf rangkaian isyarat di Lembah Klang. Ia akan dilanjutkan ke Seremban, memandangkan rangkaian isyarat berkenaan boleh meningkatkan tahap kekerapan,” ujar beliau.

    Beliau menambah bahawa kementeriannya sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha berkenaan. “Kami merancang untuk memperkemas perkhidmatan komuter dan akan memastikan kejadian seperti tergelincir daripada landasan tidak akan berulang lagi kerana itu memberi kesan kepada keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan keretapi,” tambah Liow.

    Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan sebuah pasukan telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian keretapi kargo KTMB yang tergelincir dari landasan berdekatan Kampung Bakap, Batu Gajah di Perak, Jumaat lalu. Kesan daripada kejadian itu, pengguna perkhidmatan ETS terkandas di Ipoh.

     
     
  • Petronas henti jual NGV di Lembah Klang, N9, Johor

    Petronas

    Bagi pemandu teksi dan pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan NGV, harap maklum bahawa Petronas telah menamatkan sementara jualan bagi bahan api tersebut di tiga buat negeri. Ini bermakna sebanyak 67 buah stesen Petronas di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor telah berhenti sementara daripada menjual NGV sehingga notis selanjutnya.

    Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Petronas, ia menyatakan bahawa “Petronas Dagangan Bhd sedang mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di semua stesen yang menawarkan fasiliti NGV,” sambil menambah syarikat ini turut bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi “mempertingkatkan lagi standard keselamatan terbaik di semua premis kami.”

    Ia adalah susulan seorang lelaki maut selepas tangki yang berisi bahan api NGV meletup di sebuah stesennya di Johor Bahru pada minggu lalu. Walau bagaimana pun, perkara ini tidak membabitkan jualan petrol dan diesel, malahan kedai serbaneka ‘Kedai Mesra’ turut beroperasi seperti biasa.

     
     
  • Caj jalan raya bagi kereta Singapura mulai 1 Nov 2016

    johor-causeway-jam-bernama-pix-630x388

    Kerajaan Malaysia akan tetap melaksanakan caj jalan raya (RC) bagi kenderaan Singapura yang memasuki Malaysia kerana ia juga turut dilaksanakan secara berperingkat di kesemua 12 laluan pintu masuk negara.

    Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, pelaksanaan ini bukanlah bersifat diskriminasi kerana pelaksanaan RC bermula 1 November ini telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakan sejawatannya di Singapura, laporan Bernama.

    “Singapura telah mula mengutip RC lebih lama daripada kita, sejak berpuluh tahun lalu. Malaysia baru saja hendak mula. Bukan setakat Singapura, kita juga akan lakukan perkara yang sama di laluan pintu masuk kita di Thailand, Brunei dan Indonesia. Setiap kenderaan akan dicaj sebanyak RM20,” ujar Liow bagi mengulas laporan mengenai Singapura mungkin akan mengenakan caj yang bertepatan kepada kenderaan Malaysia sekiranya mendapati caj yang dikenakan mendiskrimasi kenderaan Singapura.

    Katanya lagi, kerajaan negeri akan menerima 25% atau RM5 daripada caj RM20 yang dikenakan ke atas semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing dari Singapura.

    Setakat Julai lalu, sebanyak 144,000 kenderaan dari Singapura mendaftar dengan sistem Permit Masuk kenderaan (VEP) dan dianggarkan 60% daripada satu juta kenderaan yang keluar masuk Malaysia melalui dua pintu keluar masuk dalam tempoh sebulan merupakan kenderaan dari Singapura.

    VEP yang dicadangkan pada 2006, sepatutnya bermula pada 16 Julai dengan mengenakan bayaran RM20 bagi kenderaan asing memasuki Johor, tetapi telah ditangguhkan sebanyak empat kali sebelum ini.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated May 02, 2024