Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Subaru WRX Todoroki 2024 – terhad 10-unit, hanya manual 6-kelajuan, khas untuk New Zealand, RM170k

    Subaru WRX Todoroki 2024 – terhad 10-unit, hanya manual 6-kelajuan, khas untuk New Zealand, RM170k

    Sekali tengok, mungkin nampak macam Subaru dah hasilkan versi STI untuk WRX generasi baharu. Tapi tidak. Masih lagi belum ada WRX STI bagi model generasi VB tersebut, dan gambar yang anda lihat ini adalah model edisi terhad Subaru WRX Todoroki 2024 yang dihasilkan khas untuk pasaran New Zealand.

    Hanya 10 unit WRX Todoroki ini dihasilkan, dan ia menerima peningkatan dari segi gaya dan juga prestasi berbanding WRX biasa. Pada bahagian luar, WRX Todoroki ini diberikan spoiler belakang ‘tiang gol’ dari STI yang membuatkan rupanya seperti sebuah WRX STI.

    Subaru WRX Todoroki 2024 – terhad 10-unit, hanya manual 6-kelajuan, khas untuk New Zealand, RM170k

    Model ini juga diberikan rim aloi 19-inci kemasan kelabu matte yang dibalut dengan tayar Bridgestone Potenza S007, lencana WRX berwarna hitam dan lencana Todoroki, serta hanya boleh dipilih dengan warna badan ikonik jentera rali Subaru iaitu WR Blue.

    Versi edisi terhad ini masih dijana oleh enjin boxer FA24F 2.4 liter empat silinder berkuasa 271 hp dan tork maksima 350 Nm. Kesemua 10-unit WRX Todoroki ini diasaskan dari model asas WRX, dan ia hanya menampilkan pilihan kotak gear manual enam-kelajuan. Seperti biasa, kesemua kuasa berkenaan dihantar ke kesemua roda menerusi sistem Symmetrical All-Wheel Drive Subaru, serta dibantu dengan sistem Active Torque Vectoring.

    Namun WRX Todoroki ini telah diberikan talaan semula pada stereng dan suspensi, serta menerima tingkat taraf brek dengan angkup enam-omboh di hadapan dan dua-omboh di belakang, kesemuanya dari Brembo. Manakala pada sebelah dalam, model istimewa ini menerima tempat duduk Recaro untuk bahagian hadapan.

    Subaru WRX Todoroki ini dijual pada harga NZD64,990 atau sekitar RM170k. Pembeli yang membeli model ini turut akan menerima gegelang kunci memaparkan nombor produksi terhad (contohnya 1/10) yang datang dengan kotak simpanan seperti kotak barang kemas, dan juga seutas jam tangan STI yang dihasilkan sempena ulangtahun ke-30 WRX.

     
     
  • Projek garisan jalan glow in the dark kini dilaksanakan di Jalan Rawang-Kuala Selangor di daerah Gombak

    Projek garisan jalan glow in the dark kini dilaksanakan di Jalan Rawang-Kuala Selangor di daerah Gombak

    Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan kerja-kerja mengecat jalan glow in the dark di Jalan Rawang-Kuala Selangor (Persimpangan Batu Arang) B27, di daerah Gombak, Selangor.

    Kementerian Kerja Raya (KKR) sebelum ini berkata, pelaksanaan garisan jalan glow in the dark ini mengikut konsep garisan di jalan raya yang kelihatan normal pada waktu siang namun akan bercahaya pada waktu malam. Ia adalah bagi memastikan pengguna jalan raya memandu lebih selamat dan sangat membantu terutamanya bagi pengguna jalan raya yang tidak biasa memandu melalui sesuatu kawasan baharu.

    Pada pertengahan November tahun lalu, JKR Daerah Hulu Langat telah melaksanakan projek rintis pemasangan cat garisan jalan glow in the dark di persimpangan Jalan Sungai Lalang, Semenyih. Ia merupakan lokasi pemasangan cat jalan ‘glow in the dark’ yang pertama seumpamanya di Malaysia. Kemudian diikuti dengan lokasi lain iaitu di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang menghala ke Durian Burung, Padang Terap di Kedah.

    Kemudian, ia dilaksanakan pule di Jalan Bukit Kucing di Gelang Patah, dan Jalan Paloh J16 Batu Pahat di Johor. Garisan jalan glow in the dark di laluan tersebut adalah sepanjang 300 meter.

    Manakala di Negeri Sembilan pula, projek ini dilaksanakan pada Februari lalu yang melibatkan dua lokasi iaitu jalan lama Bukit Putus, Kuala Pilah dan jalan Bukit Miku, Rembau. Ia melibatkan kos sebanyak RM500,000 yang disediakan bagi projek di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) itu yang disalurkan oleh kerajaan negeri. Panjang jalan adalah masing-masing lebih kurang dua km.

     
     
  • GST akan dilaksanakan semula apabila nilai ambang pendapatan minimum naik antara RM3k-RM4k – Anwar

    GST akan dilaksanakan semula apabila nilai ambang pendapatan minimum naik antara RM3k-RM4k – Anwar

    Kerajaan berkata tiada cadangan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia, bukan sahaja dalam masa terdekat tetapi sehingga negara bersedia untuk ke arah itu, apabila gaji bulanan minimum meningkat dua kali ganda daripada RM1,500 pada waktu ini.

    Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula GST sehingga nilai ambang pendapatan minimum naik kepada RM3,000 hingga RM4,000, laporan Bernama. Katanya, sistem percukaian paling telus, efisien dan mampu menyumbang kepada pendapatan negara, namun ia hanya boleh dilaksanakan semula selepas nilai ambang pendapatan berjaya ditingkatkan.

    “Kalau laksanakan GST sekarang, semua kena bayar, yang kaya dan yang miskin, …saya tidak boleh (terima) …berikan kita masa beberapa tahun lagi. Saya faham dan telah mengkaji sejak saya menjadi Menteri Kewangan dahulu (era 90-an), bahawa GST adalah sistem cukai paling efisien dan memberi kelebihan kepada kerajaan untuk mengutip pendapatan.

    “Namun berikan kita masa untuk meningkatkan ekonomi terlebih dahulu dan nilai ambang pendapatan kepada RM3,000 atau RM4,000 minimum,” katanya, mengulangi petunjuk yang dibuatnya tahun lalu bahawa tidak ada rancangan untuk melaksanakan semula GST dalam jangka masa pendek ini.

    GST akan dilaksanakan semula apabila nilai ambang pendapatan minimum naik antara RM3k-RM4k – Anwar

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan GST telah menjadi topik berterusan sejak berdekad-dekad lamanya, malah ketika menjadi menteri kewangan pada 1990-an. Beliau tidak bersetuju ketika itu kerana percaya isu menangani rasuah membabitkan berbilion ringgit adalah keutamaan.

    Kenyataan PM ini senada dengan yang disuarakn oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong, yang berkata walaupun GST telus, ia menetapkan sukai untuk semua orang tidak kira kaya dan miskin. “Beliau (PM) menjelaskan bahawa GST hanya akan dilaksanakan selepas beberapa tahun apabila tahap pendapatan meningkat ke tahap yang boleh diterima,” katanya.

    Liew berkata pada masa ini, hanya sekitar 15% rakyat Malaysia memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk melayakkan mereka untuk membayar cukai pendapatan, dan itu perlu diubah. “Bersama-sama, kita harus berhasrat untuk mewujudkan masyarakat di mana sekurang-kurangnya 60% rakyat Malaysia memperoleh pendapatan yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan,” katanya.

    GST mula diperkenalkan pada April 2015 pada kadar 6% (yang mengurangkan harga bagi sesetengah kereta) tetapi telah dimansuhkan pada 2018 selepas kerajaan Pakatan Harapan yang baharu berkuasa, digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 10%. Sejak itu, di sebalik perubahan politik yang berlaku, GST tidak pernah dilaksanakan semula, walaupun kemungkinan itu telah ditimbulkan beberapa kali.

     
     
  • Perodua Aruz kini ditawarkan dalam warna badan Hitam untuk semua varian, RM73k hingga RM78k

    Perodua Aruz kini ditawarkan dalam warna badan Hitam untuk semua varian, RM73k hingga RM78k

    Setelah mengeluarkan teaser minggu lalu, Perodua kini secara rasmi mengumumkan bahawa Aruz sudah boleh dipilih dengan warna badan hitam Elegant Black baharu untuk semua varian SUV tujuh-tempat duduk itu. Warna baharu ini menggantikan warna Passion Red sebelumnya, manakala pilihan warna-warna sedia ada iaitu Ivory White, Glittering Silver, Granite Grey, Electric Blue dan Garnet Red masih lagi ditawarkan.

    Tiada sebarang kenaikan harga diumumkan dengan penawaran warna badan baharu ini. Jadi Perodua Aruz akan terus dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM72,900 untuk varian 1.5 X dan juga RM77,900 untuk varian tertinggi 1.5 AV.

    Spesifikasi untuk Aruz juga masih tidak berubah, kekal dipacu enjin 2NR-VE 1.5 liter NA empat-silinder yang menghasilkan 102 PS pada 6,000 rpm dan 133 Nm tork pada 4,200 rpm dengan sistem Eco Idle, digandingkan bersama transmisi automatik empat-kelajuan bagi memacu roda belakang.

    Untuk kelengkapan lain, kedua-dua varian Aruz iaitu X dan AV dipadankan dengan roda aloi 17-inci, lampu utama LED, lampu belakang LED, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, pengimbas tol binaan-dalam, pendingin hawa manual dengan kawalan digital dan corong belakang, sistem infotainmen skrin sesentuh tujuh-inci, enam-pembesar suara, enam beg udara, ABS, EBD, bantuan brek, VSC, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, kamera undur serta filem penapis cermin keselamatan dan solar.

    Manakala untuk varian tertinggi AV ia ditambah fungsi automatik untuk lampu utama, rel bumbung, hubungan telefon pintar SmartLink, upholsteri kulit (varian X hanya fabrik), perakam video digital (dashcam) serta sistem Advance Safety Assist 2.0 (ASA 2.0) yang merangkumi fungsi Amaran Pra-pelanggaran, Brek Pra-Pelanggaran, Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Salah Operasi Pedal.

    Menerusi kemaskini terakhir yang dibuat pada Mei 2021, Aruz juga kini diberikan pemijak sisi dan fungsi auto-lock sebagai perincian standard.

    Setiap pembelian Perodua Aruz ini akan dilindungi waranti selama lima-tahun ataua 150,000 km yang mana sampai dahulu. Anda sudahpun boleh menempah Aruz dengan warna hitam ini atau mana-mana pilihan warna hanya di bilik pameran Perodua yang bertauliah sahaja. Pelanggan juga boleh membuat proses tukar beli untuk memilik kereta baharu menerusi Perodua POV.

    GALERI: Perodua Aruz 2021

     
     
  • PLUS umum hentian sebelah Plaza Tol Nilai ditutup sementara hingga 31 Dis 2024 untuk dinaiktaraf

    PLUS umum hentian sebelah Plaza Tol Nilai ditutup sementara hingga 31 Dis 2024 untuk dinaiktaraf

    PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan semua kemudahan di hentian sebelah di Plaza Tol Nilai, Lebuhraya Utara-Selatan ditutup sementara sehingga 31 Disember 2024. Ia adalah bagi melaksanakan kerja-kerja naiktaraf di hentian terbabit.

    “Sebagai alternatif sepanjang tempoh tersebut, pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan yang disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian-hentian sebelah atau stesen-stesen minyak lain yang berdekatan.

    “Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya – PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih. Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

     
     
  • Brembo ambil alih pengeluar suspensi premium Sweden, Öhlins dengan pegangan 100% dari Tenneco

    Brembo ambil alih pengeluar suspensi premium Sweden, Öhlins dengan pegangan 100% dari Tenneco

    Pengeluar brek dari Itali, Brembo mengumumkan pada 11 Oktober lalu bahawa ia kini menjadi pemilik bagi jenama suspensi premium, Öhlins. Pemilikan tersebut dibuat setelah Brembo menandatangani perjanjian dengan pemilik Öhlins sebelum ini iaitu Tenneco dengan pengambilihan 100% saham pembuat suspensi dari Sweden itu.

    Sama seperti Brembo, Öhlins merupakan jenama yang sering dikaitkan dengan produk berprestasi tinggi dan terlibat dengan sukan permotoran seperti MotoGP, Formula 1, NASCAR dan banyak lagi. Ia bukan hanya menawarkan komponen-komponen pada pasaran aftermarket, malah turut membekalkan komponen-komponen asli untuk pengeluar automotif (OEM).

    “Öhlins sangat sesuai untuk Brembo. Ia adalah jenama yang terkenal di dunia, dengan perniagaan yang kukuh dan reputasi yang tiada tandingan, baik di litar lumba dan jalan raya,” kata Pengerusi Eksekutif Brembo, Matteo Tiraboschi.

    “Kami mengalu-alukan Öhlins ke kumpulan kami sebagai peluang yang baik untuk mengembangkan penawaran kami dalam pasaran automotif. Dengan tambahan ini, kami mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam strategi kami untuk menyediakan penyelesaian pintar bersepadu kepada pelanggan, memanfaatkan sinergi merentasi teknologi utama di sudut kenderaan,” tambahnya.

    Diasaskan pada 1976 dan kini berpengkalan di Upplands Väsby, Stockholm, Sweden, Öhlins Racing kini mempunyai kira-kira 500 kakitangan di seluruh dunia. Ia mempunyai kilang dan juga pusat R&D di Sweden dan Thailand, serta empat cawangan untuk pengedaran dan ujian termasuk di Amerika Syarikat dan Jerman.

    Öhlins Racing juga diunjurkan untuk menutup 2024 dengan perolehan dalam julat sekitar USD 144 juta, dengan jangkaan margin EBITDA diselaraskan antara 21% dan 22%. Syarikat itu kini komited untuk membangunkan teknologi suspensi mekatronik generasi seterusnya untuk kegunaan litar dan jalan raya.

    “Pendekatan yang yang dipacu inovasi ini akan memperkukuhkan misi Brembo untuk menjadi penyedia solusi bagi mobiliti masa hadapan”, kata Brembo dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    “Sempena penggabungan dengan Brembo, kami teruja untuk membuka peluang pertumbuhan baharu dan memanfaatkan kekuatan dan aset masing-masing untuk memacu inovasi dan memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan dan pekerja kami,” kata CEO Öhlins Racing Tom Wittenschlaeger.

    Brembo ambil alih pengeluar suspensi premium Sweden, Öhlins dengan pegangan 100% dari Tenneco

    Brembo menyatakan bahawa perjanjian ini menandakan pemerolehan terbesar dalam sejarahnya dengan harga belian berjumlah USD 405 juta secara bebas tunai/bebas hutang, tertakluk kepada mekanisme pelarasan harga biasa. Pemerolehan akan dibayar menggunakan wang tunai yang ada serta tertakluk kepada kelulusan kawal selia biasa dan dijangka dimuktamadkan pada awal 2025.

    Pada 2021 kumpulan Brembo telahpun membeli SBS Friction di Denmark dan J.Juan di Sepanyol bagi melengkapkan penawaran solusi untuk sistem brek motosikal. Manakala pada Februari tahun ini, Brembo mengumumkan pembukaan kilangnya di Thailand untuk membekalkan brek kepada pengeluar motosikal. Brembo kini turut mengawal pengeluar rim aloi ringan untuk motosikal perlumbaan dan jalan raya iaitu Merchesini.

    Menurut Brembo lagi perniagaan berkaitan motosikal kini mencapai 13% kira-kira 13% daripada jumlah hasilnya.

     
     
  • GAC GS3 Emzoom Standard dilancarkan, Exclusive diperkenal semula sebagai CKD; RM104k dan RM117k

    GAC GS3 Emzoom Standard dilancarkan, Exclusive diperkenal semula sebagai CKD; RM104k dan RM117k

    Sejak melancarkan versi CKD bagi GAC GS3 Emzoom pada Ogos lalu, hanya satu varian sahaja yang diperkenalkan iaitu Premium-R. WTC Automotif (WCTA), anak syarikat Warisan TC Holdings kini melancarkan satu lagi varian iaitu Standard, yang ditawarkan pada harga RM103,800, dan juga varian Exclusive yang diperkenalkan semula sebagai model CKD berharga RM116,800 (kurang RM2k daripada versi CBU).

    SUV segmen-B itu kini ditawarkan dalam varian Standard, Exclusive dan Premium-R (kekal berharga RM126,800), dengan kesemuanya dikeluarkan secara pemasangan tempatan oleh Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut dan masih menggunakan enjin yang sama iaitu 1.5 liter turbo empat-silinder 177 PS/270 Nm dan DCT basah tujuh-kelajuan.

    Semua varian menerima lampu utama LED yang boleh dilaras ketinggian, lampu nyalaan siang LED, pemegang pintu elektrikal, brek parkir elektronik dengan penahan auto, serta skrin sesentuh infotainmen 10.25-inci dengan Apple CarPlay tabpa wayar dan mirroring dengan telefon pintar Android.

    Spesifikasi Exclusive lebih kurang sama dengan versi CBU, tetapi bagi varian asas baharu, Standard, pastinya ciri yang diberikan tidak seperti varian pertengahan itu, termasuk corong udara di belakang, lampu membaca di belakang, port USB belakang, dan kamera pandangan sekeliling (hanya ada kamera undur). Di dalamnya, ia diberikan pendingin hawa manual, roda stereng urethane, tempat duduk fabrik, hanya dua pembesar suara, dial analog dan kawalan kelajuan konvensional.

    Bagi aspek keselamatan, walaupun varian Standard memiliki ABS dengan EBD dan ESP, ia juga diberikan dua beg udara hadapan (Exclusive dapat empat unit, Premium-R dengan enam unit), dan tiada ADAS. Untuk luaran, Standard dan Exclusive lebih kurang sama, dengan roda aloi 18-inci yang dibaluti tayar 225/55.

    Bagi pilihan waranya pula, GS3 Emzoom Standard menerima rona Frost White dan Asphalt Black, sementara Exclusive ditawarkan dengan dua lagi warna tambahan iaitu Salt Lake Blue dan Superstar Silver. Manakala Premium-R menerima empat warna tersebut selain Graphite Grey, dengan GAC Malaysia menambah Asphalt Black dan Graphite Grey sebagai warna eksklusif untuk pasaran tempatan.

    Dial analog untuk GAC GS3 Emzoom Standard (kiri); Varian Exclusive dapat kluster LCD 7-inci

    GAC GS3 Emzoom 2024 terus diberikan waranti lima-tahun/150,000 km dan juga tambahan tujuh-tahun/180,000 km untuk enjin dan transmisi untuk 2,000 pelanggan pertama. Buat masa ini sudah ada 20 bilik pameran dan pusat servis GAC di seluruh negara.

    Bagi meraikan kejayaan projek GAC CKD pertamanya, WTCA menawarkan rebat tunai masing-masing RM5,000 dan RM7,000 untuk varian Eksklusif dan Premium-R, sehingga akhir tahun ini. Terdapat juga pilihan penggabungan nilai untuk wang Perkhidmatan Penyelenggaraan Percuma dan Kunci Jam Pintar bernilai RM1,388 sebagai ganti rebat tunai yang lebih rendah.

    GAC GS3 Emzoom Standard 2024 di Malaysia

    GAC GS3 Emzoom Exclusive 2024 di Malaysia

     
     
  • Yamaha MT-09 2024 dilancarkan di Malaysia – generasi baru terima pelbagai peningkatan, harga RM57,998

    Yamaha MT-09 2024 dilancarkan di Malaysia – generasi baru terima pelbagai peningkatan, harga RM57,998

    Diperkenalkan kali pertama kepada dunia penghujung tahun lepas, Yamaha MT-09 generasi baru 2024 kini tiba di Malaysia dengan harga jualan RMRM57,998 tidak termasuk insurans. Dua warna ditawarkan iaitu Tech Black dan Midnight Cyan.

    MT-09 baru ini menerima banyak peningkatan, dengan yang pertama tentunya penampilan di mana keseluruhan panel badannya adalah baru termasuklah lampu hadapan LED yang kini lebih kompak dan kembali menggunakan DRL melintang di bawah. Tangki bahan api masih lagi berkapasiti 14 liter, tetapi bentuknya diubah sedikit.

    Sebagai sebuah motosikal yang dibuat untuk menjadi lincah dan stabil, ergonomik memainkan peranan penting dan ia telah diperhalusi pada model baru ini dengan melibatkan perubahan pada kedudukan pemegang (boleh laras) serta tempat letak kaki. Tempat duduk leper pada MT-09 sebelum ini sekarang sudah diganti dengan unit berasingan antara penunggang dan penumpang. Tingginya sekarang adalah 825 mm.

    Panel meter TFT pada MT-09 2024 dinaik taraf dengan unit lima inci baru, yang mempunyai lima tema paparan dan boleh disambungkan kepada aplikasi MyRide (percuma) di telefon bimbit untuk paparan fungsi notifikasi, panggilan, muzik dan navigasi.

    Tiga mod tunggangan yang disediakan sebelum ini iaitu Sport, Street dan Rain masih ada, tetapi sekarang ia ditambah dengan dua lagi mod yang tahap kuasa serta campur tangan elektroniknya boleh ditetapkan sendiri oleh penunggang. Kawalan untuk semua fungsi pada motosikal dan skrin boleh dibuat melalui butang baru di sebelah kiri pemegang.

    Sejak 2021, MT-09 sudah dilengkapi unit pengukur inertia (IMU) 6-axis, yang memberikan input kepada sistem Traction Control (tiga mod), Slide Control System (SCS), Front Wheel Lift Control System (LIF) dan Brake Control System (BC).

    Yamaha MT-09 2024 dilancarkan di Malaysia – generasi baru terima pelbagai peningkatan, harga RM57,998

    Kini, ia dipertingkat lagi Back Slip Regulator, yang boleh membantu stabiliti motosikal apabila roda belakang terkunci semasa brek dengan kuat. Selain daripada itu, lampu penunjuk arah MT-09 2024 juga sudah boleh tutup sendiri manakala apabila membrek kuat, Emergency Stop Signal (ESS) akan menyala.

    Bahagian lain masih sama seperti MT-09 yang menerima perubahan besar pada tahun 2020 dan diperkenalkan di negara kita pada tahun 2021, bermula dengan bahagian enjin iaitu unit CP3 tiga silinder 889 cc, bersama kotak gear enam kelajuan dengan klac A&S dan quickshifter (kini standard), menghasilkan kuasa 119 PS pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm.

    Suspensi MT-09 2024 masih lagi menggunakan fork USD 41 mm serta monoshock yang boleh dilaras sepenuhnya (kadar spring dipertingkat), manakala brek menggunakan pam utama radial Brembo untuk menghantar tekanan minyak kepada set berkembar angkup empat piston dan cakera 298 mm di hadapan. Di belakang menggunakan cakera 245 mm dan angkup satu piston. Berat keseluruhan MT-09 2024 adalah 193 kg dan tinggi tempat duduknya adalah 825 mm.

     
     
  • SAIC Motor Malaysia buka 4 lagi pengedar MG Motor baharu – Balakong, Klang, Muar dan Skudai

    SAIC Motor Malaysia buka 4 lagi pengedar MG Motor baharu – Balakong, Klang, Muar dan Skudai

    SAIC Motor Malaysia hari ini memgumumkan bahawa ia telah membuka empat lagi pengedar baharu untuk jenama MG Motor pada pasaran tempatan. Pengedar-pengedar tersebut adalah MG Motor Balakong, MG Motor Klang, MG Motor Muar, dan MG Motor Skudai.

    Menurut syarikat tersebut pembukaan fasiliti-fasiliti baharu ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk membina rangkaian 35 pengedar di seluruh negara, bagi “meluaskan jangkauan serta mengukuhkan komitmen terhadap perkhidmatan selepas jualan yang cekap.”

    Kesemua pengedar berkenaan juga bukan hanya mempamerkan semua model MG sedia ada yang telahpun dilancarkan di Malaysia iaitu MG5, MG4 EV, dan MG ZS EV, malah ia turut mempunyai unit SUV MG HS yang akan dilancarkan tidak lama lagi, kata syarikat itu.

    “Pembukaan ini menandakan komitmen kami untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan rangkaian penuh produk kami,” kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.

    “Dengan pengedar baharu ini, kami lebih bersedia untuk menyediakan kualiti, penjagaan, dan kemudahan yang pelanggan kami perlukan dan layak terima, tambahnya.

    Dengan tambahan empat pengedar baharu ini, MG Motor Malaysia kini mempunyai 15 pengedar di seluruh negara, dan bakal disusuli dengan lebih banyak lokasi tidak lama lagi.

     
     
  • Pusat 3S Chery Glenmarie kini dibuka secara rasmi

    Pusat 3S Chery Glenmarie kini dibuka secara rasmi

    Chery Malaysia mengumumkan bahawa pusat 3S Chery Glenmarie kini secara rasmi telahpun dibuka. Fasiliti berkenaan dioperasikan oleh Joystar Auto Sdn Bhd, dan ia merupakan pengedar ke-52 Chery di Malaysia.

    Fasiliti ini dibina dengan keluasan 3,090 meter persegi, terletak di Temasya Glenmarie, No 1 & 3, Jalan Perintis U1/52, Glenmarie Seksyen U1, Shah Alam.

    Bilik pameran dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang untuk hari bekerja, manakala hujung minggu dan cuti umum pula dibuka bermula 10 pagi hingga 5 petang. Manakala untuk pusat servis yang mempunyai sembilan ruang servis, ia beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu, dan ditutup pada hari Ahad serta cuti umum.

    Pusat 3S Chery Glenmarie kini dibuka secara rasmi

    “Glenmarie bukan sahaja terletak di tengah-tengah Selangor tetapi juga menempatkan beberapa jenama automotif yang terkenal. Sewajarnya Chery, dengan warisan inovasi dan teknologinya yang kaya, meneruskan perjalanannya ke sini, dalam kalangan elit industri,” kata Naib Presiden Chery Auto Malaysia Michael Chew.

    Beliau turut menambah bahawa kemasukan Joystar Auto sebagai pengedar Chery di bahagian tengah Semenanjung Malaysia melambangkan komitmen Chery untuk menegembangkan lagi penampilannya di Malaysia.

    “Kami berdedikasi untuk memberikan pengalaman pelanggan bertaraf dunia kepada setiap pemilik kenderaan Chery. Dengan memanfaatkan ketersambungan luar biasa rantau ini, kami menyasarkan untuk mencapai spektrum pelanggan yang lebih luas. Dari peminat kereta yang ghairah kepada keluarga dan profesional yang mencari kenderaan yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi, strategi pertumbuhan kami dibina atas keterangkuman dan kecemerlangan,” kata Chew lagi.

     
     
  • Honda panggil semula 2 juta kenderaan di AS, Kanada, Mexico kerana isu stereng; 13 kemalangan dilaporkan

    Honda panggil semula 2 juta kenderaan di AS, Kanada, Mexico kerana isu stereng; 13 kemalangan dilaporkan

    Honda kini memanggil semula dua juta kenderaan keluarannya yang dipasarkan di Amerika Utara berhubung masalah stereng yang mungkin boleh menyebabkan kenderaan tersebut sukar dikawal dan berpotensi menyebabkan kemalangan, lapor Reuters.

    Panggilan semula ini membabitkan model Civic, Civic Type R, CR-V, HR-V dan Acura Integra Type S yang dihasilkan dari 2022 sehingga 2025. Menurut Honda ia telahpun menerima sebanyak 10,328 tuntutan waranti untuk isu tersebut yang telah dibuat sejak 2021. Ia melibatkan 1.7 juta kenderaan di Amerika Syarikat, 240,000 di Kanada dan 58,000 unit lagi di Mexico.

    Laporan ini menyebut bahawa isu berkenaan membabitkan unit pemasangan kotak gear stereng yang mungkin dibuat secara tidak betul, di mana ia boleh menyebabkan geseran berlebihan pada sebelah dalam seterusnya menyukarkan roda stereng untuk diputar, mengeluarkan bunyi yang tidak normal atau menjadi berat.

    Siasatan terhadap isu itu telah dibuka oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) pada Mac tahun lalu, dan siasatan telah dikemas kini pada November.

    Menurut NHTSA, pemandu dengan kenderaan yang terlibat dalam isu ini menyatakan bahawa masalah berkenaan selalunya akan terjadi pada kelajuan pemanduan di atas lebuhraya selepas memandu dalam tempoh tertentu, dan kebanyakkan aduan diterima dari kenderaan dengan jarak perbatuan yang rendah.

    Laporan itu juga menyatakan bahawa pengedar-pengedar Honda di rantau ini akan menggantikan spring gear yang telah terjejas dengan komponen yang telah ditambah baik, serta menambah gris sekiranya perlu. Honda merancang untuk memberitahu pemilik-pemilik model yang terjejas tersebut pada pertengahan November.

    Isu ini berpunca daripada bahagian yang dihasilkan secara tidak betul yang boleh mengembang apabila terdedah kepada haba dan kelembapan persekitaran, manakala tetapan spring yang tidak betul pula meningkatkan daya gelongsor antara komponen, menurut Honda.

    Laporan ini menyatakan bahawa tahun lalu NHTSA mengesahkan ia telah menerima sebanyak 13 laporan kemalangan berhubung isu ini, di mana 11 dari pemandu yang terlibat menyatakan bahawa mereka hilang kawalan kerana stereng menjadi berat apabila kenderaan tidak boleh kekal di atas jalan raya dan terbabas keluar.

     
     
  • Toyota sah kembali ke Formula 1 sebagai rakan teknikal Pasukan F1 Haas berkuatkuasa serta merta

    Toyota sah kembali ke Formula 1 sebagai rakan teknikal Pasukan F1 Haas berkuatkuasa serta merta

    Toyota telah mengesahkan bahawa ia akan kembali ke perlumbaan Formula 1 bersama pasukan F1 MoneyGram Haas. Namun pengeluar dari Jepun itu bukan bertindak sebagai pembekal enjin atau casis, sebaliknya sebagai rakan teknikal untuk pasukan F1 yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu.

    Toyota sebelum ini pernah berlumba dalam Formula 1 sebagai pasukan penuh dan juga pembekal enjin dengan perlumbaan pertama disertai pada GP Australia 2002. Dan selepas lapan musim, 13 podium serta mencapai keputusan terbaik dengan mendapat kedudukan keempat dalam kejuaraan pengeluar, pasukan F1 Panasonic Toyota mengumumkan pengundurannya pada 2009.

    Kerjasama baharu dengan Haas ini diumumkan di litar milik Toyota iaitu Fuji Speedway di Jepun hari ini dan ia akan bermula serta merta. Sebagai sebahagian dari perjanjian tersebut, Haas dan Toyota menerusi sayap perlumbaan dan R&D Toyota Gazoo Racing (TGR) akan “berkongsi kepakaran dan pengetahuan, dan juga sumber.”

    Haas mensasarkan untuk memperbaiki pembangunan dan kedudukan kompetitifnya dalam Formula 1 menerusi kerjasama ini, manakala Toyota pula berhasrat untuk membangunkan pengetahuan serta kemahiran dalam sukan tersebut. Jadi TGR akan membekalkan servis rekaan, teknikal dan pembuatan kepada Haas, manakala Haas akan menawarkan kepakaran teknikal dan manfaat komersil sebagai timbal balik.

    Toyota sah kembali ke Formula 1 sebagai rakan teknikal Pasukan F1 Haas berkuatkuasa serta merta

    Perjanjian ini walau bagaimanapun tidak akan menjejaskan kerjasama Haas dengan Ferrari yang telah dimeterai sejak pertama kali ia menyertai F1 pada 2016.

    “Saya sangat teruja bahawa Pasukan F1 MoneyGram Haas dan Toyota Gazoo Racing telah bersatu untuk menyertai perkongsian teknikal ini,” kata prisipal Haas Ayao Komatsu.

    “Keupayaan untuk memanfaatkan sumber dan pangkalan pengetahuan yang terdapat di Toyota Gazoo Racing, sambil mendapat manfaat daripada proses teknikal dan pembuatan mereka, akan memainkan peranan penting dalam pembangunan kami sendiri dan keinginan kami yang jelas untuk meningkatkan lagi daya saing kami dalam Formula 1.

    “Sebagai balasan, kami menawarkan platform untuk Toyota Gazoo Racing untuk menggunakan sepenuhnya dan seterusnya memajukan keupayaan kejuruteraan dalaman mereka,” tambahnya.

    “Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pasukan F1 MoneyGram Haas dan Toyota Gazoo Racing telah memeterai perjanjian asas untuk memasuki perkongsian teknikal seperti pembangunan kenderaan Haas,” kata presiden Gazoo Racing Company Tomoya Takahashi pula.

    “Dengan bersaing bersama Pasukan F1 MoneyGram Haas di kemuncak sukan permotoran, kami berhasrat untuk memupuk pemandu, jurutera dan mekanik sambil mengukuhkan keupayaan MoneyGram Haas F1 Team dan Toyota Gazoo Racing, dan kami ingin menyumbang kepada sukan permotoran dan industri automotif, ” tambah Takahashi lagi.

    Dengan perjanjian yang berkuatkuasa serta merta ini, jentera VF-24 Pasukan F1 MoneyGram Haas yang dipandu oleh Kevin Magnussen dan Nico Hulkenberg bakal menampilkan logo TGR pada GP Amerika Syarikat 2024 hujung minggu ini.

     
     
  • Mazda BT-50 facelift 2025 ditunjukkan dalam teaser

    Mazda BT-50 facelift 2025 ditunjukkan dalam teaser

    Selepas lebih empat tahun, trak pikap Mazda BT-50 akhirnya akan diberi facelift dan kita akan dapat melihatnya pada 18 Oktober 2024 ini. Sementara itu, model yang digunakan sebagai asas, iaitu Isuzu D-Max sudah pun diberikan facelift sejak Oktober tahun lepas.

    Mazda tidak mendedahkan banyak perkara berkenaan facelift ini, tetapi sekadar memberitahu ia akan membawa “reka semula menyeluruh dalam dan luar, serta peningkatan jelas kepada Human Machine Interface (HMI), sistem keselamatan dan bantuan pemandu, serta tambahan fungsi.”

    Bersamanya turut disiarkan satu gambar gelap menunjukkan bahagian depan trak pikap tersebut, yang menampakkan tanda rekaan seperti CX-5 terbaru. Turut kelihatan adalah lencana besar di tengah, yang juga memberi bayangan kepada gril yang lebih besar.

    Di Malaysia, BT-50 mula dijual pada bulan November tahun 2021 dan sekarang ia ditawarkan dalam lima varian dengan harga antara RM92,729.20 ke RM142,918.40 tidak termasuk insurans. Sama seperti D-Max, trak pikap Mazda itu juga boleh didapati dengan enjin empat silinder diesel turbo sama ada RZ4E-TC 1.9 liter atau 4JJ3-TCX 3.0 liter, bersama transmisi manual atau automatik enam kelajuan.

    GALERI: Mazda BT-50 3.0L High Plus AT 2022

     
     
  • Kamax Super Pro 125 masuk pasaran Malaysia – RM9k

    Kamax Super Pro 125 masuk pasaran Malaysia – RM9k

    KTNS Holdings Sdn Bhd membawa masuk jenama baru ke pasaran Malaysia, iaitu Kamax, dari China dan melancarkan model pertamanya iaitu Super Pro 125. Ia dijual pada harga RM8,888 tidak termasuk insurans dan ditawarkan dalam Army Green, Matte Black dan Green Special Edition.

    Menggerakkan motosikal yang bergaya klasik ini adalah enjin empat strok satu silinder 125 cc dengan sistem suntikan bahan api serta penyejukan udara, dipadankan bersama transmisi empat kelajuan, mampu menghasilkan 8.4 hp pada 7,500 rpm dan tork 9.3 Nm pada 5,000 rpm.

    Roda bersaiz sama, iaitu rim aluminium 17 inci dengan tayar 80/90 digunakan pada bahagian hadapan dan belakang, sementara brek pula terdiri daripada brek cakera dengan ABS single-channel di hadapan dan dram di belakang.

    Semua lampu Super Pro 125 ini menggunakan unit LED, dan di bahagian tepinya terdapat panel yang boleh dibuka untuk dijadikan ruang simpanan. Tangki bahan api 3.8 liter tersedia di bawah tempat duduknya.

    Selain menggunakan meter digital LCD berbentuk bulat untuk paparan informasi, motosikal ini juga datang dengan ciri moden seperti sistem kunci pintar dan pemerhati tekanan angin tayar. Jaminan yang diberi untuk setiap pembelian Kamax Super Pro 125 adalah selama dua tahun atau 20,000 km.

     
     
  • ACE 2024: Dekati Mitsubishi Xpander facelift terbaru — dua varian ditawarkan, bermula dari RM99,980

    ACE 2024: Dekati Mitsubishi Xpander facelift terbaru — dua varian ditawarkan, bermula dari RM99,980

    Jika anda menantikan tawaran menarik dan promosi hujung tahun untuk membeli kenderaan, tidak ada acara yang lebih tepat untuk dikungjungu selain Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama Carro yang bakal berlangsung di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) pada 26-27 Oktober ini.

    Mitsubishi merupakan antara jenama yang akan terlibat, dengan mempamerkan Xpander facelift yang baru saja dilancarkan untuk didekati pengunjung. Dengan wajah depan baru, MPV berkenaan juga kini mengenakan rim dengan saiz yang lebih besar, 17-inci.

    Ruang kabinnya juga diberikan kemaskini dengan rekaan papan pemuka lebih lurus dan ringkas serta kemasan kulit coklat buatan pada bahagian panel pintu. Stereng juga menerima rekaan baru, dengan kawalan pendingin digital, ada brek parkir elektronik serta skrin sentuh sembilan-inci untuk sistem infotainmen yang turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

    Untuk enjin, ia menggunakan unit 4A91 1.5-liter NA empat-silinder DOHC MIVEC sebaris petrol yang menjana 105 PS dan 141 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.

    Harga Xpander bermula dari RM99,980 atas jalan tidak termasuk insurans untuk varian paling asas, sementara varian paling tinggi Plus dengan harga RM109,980. Ini merupakan harga pengenalan yang sah sehingga 31 Disember 2024.

    ACE 2024: Dekati Mitsubishi Xpander facelift terbaru — dua varian ditawarkan, bermula dari RM99,980

    Jenama lain yang akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Ford serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Pengunjung ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    Tidak ketinggalan, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: Jimat RM3k untuk SUV Perodua Aruz

    ACE 2024: Jimat RM3k untuk SUV Perodua Aruz

    Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama oleh Carro akan berlangsung pada 26-27 Oktober ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Ini bakal menjadi acara yang penting bagi anda yang ingin membeli kenderaan, jadi tandakan kalendar dan jumpa di sana nanti.

    Perodua akan menjadi antara jenama yang turut serta. Akan ada tawaran istimewa untuk model tujuh-tempat duduk Aruz — rebat tunai RM3,000, menjadikan harga vagi varian X ialah RM69,900 manakala varian AV pula RM74,900 (atas jalan tidak termasuk insurans).

    Antara ciri utama Aruz ialah kedudukannya yang 220 mm tinggi dari tanah memberikan kelebihan kepada pemandu, begitu juga dengan ciri Advanced Safety Assist (ASA) 2.0, enam beg udara dan penaratan keselamatan lima-bintang untuk ASEAN NCAP.

    Untuk tujuan keluarga atau kerja, Aruz adalah kenderaan yang praktikal dan luas ruang yang tersedia, terutama ketika menurunkan kerusi barisan kedua dan ketiganya. Selain itu juga ia jimat minyak, dengan kadar 15.6 km/l. Jangan lupa untuk mengikuti promosi Aruz di ACE 2024.

    Jenama lain yang akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Volkswagen, BYD, Mitsubishi, Ford serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    ACE 2024: Jimat RM3k untuk SUV Perodua Aruz

    Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Pengunjung ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    Tidak ketinggalan, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

     
     
  • PANDU UJI: Proton X70 2025 mempertaruhkan sentuhan gaya ‘beli jiwa’ – prestasi masih kekal sama

    PANDU UJI: Proton X70 2025 mempertaruhkan sentuhan gaya ‘beli jiwa’ – prestasi masih kekal sama

    Dilancarkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2018, X70 yang merupakan SUV pertama keluaran Proton ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Apatah lagi pada saat trend beralih ke SUV (dari sedan, kompak atau hatchback) kian popular di kalangan masyarakat kita. Ternyata kehadirannya di pasaran menepati citarasa ramai.

    Malah SUV segmen-C ini juga dikhabarkan telah terjual lebih 100,000 unit sejak pertama kali dilancarkan. Ia juga telah menerima penambahbaikan minor pada tahun 2022, dan terbaharu, pada 15 Ogos lalu, model facelift untuk versi 2025 pula dilancarkan.

    Biar pun terpaksa bersaing rapat, antaranya dengan Honda CR-V, Mazda CX-5 dan SUV dari China termasuk Chery Tiggo 7 Pro, Haval H6 Hybrid, namun kedudukan X70 dijangka kekal utuh di posisinya.

    Baca artikel selanjutnya di sini

     
     
  • JPJ eBid: Siri PRN dan DFE bakal boleh dibida

    Siri nombor pendaftaran terkini dari Pulau Pinang dan Kelantan bakal dibuka untuk bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri nombor pendaftaran terkini dari Pulau Pinang, PRN bakal dibuka bidaan bermula 14 Oktober 2024. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 18 Oktober. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 19 Oktober 2024. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

    Manakala siri nombor pendaftaran terkini Kelantan, DFE, bakal dibuka bidaan mulai 26 Oktober 2024. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 30 Oktober, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 31 Oktober 2024.

    Disebabkan sekarang ini banyak urusan yang boleh dibuat secara dalam talian, jadi kalau nak dapatkan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh lakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • EV Honda 0 Series akan tampil dengan bateri nipis, lantai rendah, platform ringan, seronok dipandu

    EV Honda 0 Series akan tampil dengan bateri nipis, lantai rendah, platform ringan, seronok dipandu

    Honda sebelum ini telah pun mengumumkan bahawa ia akan menjadi jenama elektrik sepenuhnya menjelang 2040, dan merancang untuk memperkenalkan tujuh model EV global yang dikenali sebagai Honda 0 Series yang akan mula dipasarkan pada 2026 sehingga 2030.

    Semalam ketika berlangsungnya “Honda 0 Tech Meeting 2024”, Honda telahpun memperincikan beberapa ciri-ciri utama pada barisan model-model 0 Series berkenaan. Menurut Honda, model-model 0 Series ini sedang dibangunkan dengan idea baru yang diperolehi dari “sifar” dengan pendekatan baharu kepada pembangunan EV iaitu “Nipis, Ringan dan Bijak”.

    Honda juga menyatakan dengan pendekatan baharu itu akan menawarkan lima aspek utama menerusi model-model EVnya iaitu; Rekaan artistik yang seiring dengan orang ramai; Pemanduan berautomasi dan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang memastikan keselamatan dan ketenangan fikiran; Menjadikan EV sebagai “ruang” untuk orang ramai menerusi IoT dan teknologi terhubung; Keseronokan memandu dengan rasa bersatu dengan kenderaan; Prestasi keberkesanan elektrik yang luar biasa.

    Untuk aspek “Nipis dan Ringan”, ia akan terus membawa prinsip M/M (Man Maximum/ Machine Minimun) yang digunakan oleh Honda dalam pembinaan model-model sedia ada kepada model-model dalam era EV. Dengan prinsip ini model-model EV 0 Series kelak akan memberikan ruang yang selesa bersama rekaan kenderaan yang rendah dan juga overhang yang pendek.

    Manakala dengan EV yang direka ringan, Honda bakal menghasilkan model EV yang bukan sahaja memberikan rasa pemanduan yang sporty dalam masa yang sama memberikan prestasi keberkesanan pengunaan tenaga elektrik terbaik.

    Bagi pembangunan model-model 0 Series ini, Honda akan menggunaakn platform baru yang khas digunakan untuk EV yang dibina menggunakan bahan acuan panas gred 2.0 GPa (plat logam kekuatan ultra-tinggi), bagi menghasilkan model yang direka rendah yang bukan sahaja memberikan rupa yang cantik, malah memberikan rasa selamat kepada penumpang.

    Ia dapat dihasilkan dengan rekaan pek bateri yang nipis dan juga unit gandar elektrik (e-Axle) kompak yang baru dibangunkan, membolehkan model-model EV tersebut masih menampilkan lantai yang rendah dan memberikan pusat graviti dan daya inersia yang rendah, sekaligus dapat menstabilkan kenderaan dan memberikan pemanduan yang sporty, serta memberikan ruang dalaman kenderaan yang lebih luas.

    Unit e-Axle yang dinyatakan tadi dan juga inverter yang digunakan pada platform baharu ini merupakan versi yang lebih baik berbanding komponen yang sedang digunakan pada model-model hibrid e:HEV Honda sedia ada. Inverter berkenaan dapat dikecilkan kira-kira 40% dari asal, membolehkan pakej keseluruhan diletakkan secara melintang dengan inverter tersebut terletak bersebelahan motor elektrik.

    Bagi pek bateri pula, ia bakal dihasilkan 6% lebih nipis dari pek bateri biasa dengan menggunakan teknologi Megacasting dan kimpalan geseran berpusar (FSW) 3D. Di samping itu, dengan menggunakan struktur badan yang direka bentuk bagi menyuraikan kesan perlanggaran, ruang tambahan yang diperlukan untuk melindungi bateri akan dikurangkan. Ini akan memberikan ruang yang lebih besar untuk memasang bateri. Dengan bateri lebih nipis dan ringan ini turut akan menambah baik aspek kecekapan penggunaan tenaga dan memberikan jarak gerak lebih jauh.

    Selain dari itu, Honda juga kini sedang berusaha untuk menghasilkan bateri dengan tahap kadar kemerosotan kapasiti lebih rendah iaitu kurang dari 10% selepas 10 tahun. Ia dilakukan dengan membuat diagnosis terhadap data pemanduan dari 5 juta kenderaan Honda seluruh dunia, kebanyakkan dari model-model hibrid.

    Model-model 0 Series ini juga bakal menerima sistem aerodinamik aktif yang sedang dibangunkan oleh Honda. Dengan sistem ini ia akan mengaktifkan pemesong udara hadapan yang berada di bawah kereta, bergantung kepada kelajuan dan faktor-faktor lain.

    Pemesong udara ini akan dipasang pada semua jenis badan termasuk model dengan badan yang tinggi seperti SUV. Ia bukan sahaja akan mengurangkan rintangan untuk bergerak bagi menjimatkan penggunaan tenaga, malah turut akan meningkatkan daya downforce yang memberikan kestabilan ketika dipandu pada laluan tegak.

    Honda juga menyatakan pemanduan yang sporty untuk EV 0 Series ini kelak turut akan disumbang dari kerangka badan yang keras dan ringan. Ia akan menggunakan indeks kestabilan stereng yang baru di mana ia akan memberikan kebolehan untuk melentur badan kereta berkenaan bagi mengawal beban pada setiap tayar ketika meredah selekoh. Struktur badan yang lebih ringkas ini juga akan menyumbang kepada pengurangan berat kira-kira 100 kg berbanding model-model EV awalannya, dakwa Honda.

    Model-model 0 Series ini juga akan menggunakan sistem OS kenderaan yang dibangunkan sendiri oleh Honda menerusi pendekatan “Bijak”. Selaras dengan teknologi terhubung yang kini sedang berkembang, Honda akan menawarkan teknologi pintar yang akan dioptimakan untuk setiap pelanggan, kata Honda dan mengesahkan bahawa sistem itu akan membolehkan kemaskini boleh dibuat secara OTA.

    Pendekatan ini juga akan menyaksikan model-model 0 Series Honda akan menerima sistem ADAS Tahap 3 (bantuan pemanduan diberikan dengan mata tertutup) yang boleh digunakan dalam trafik sesak dan lebuhraya. Sistem ini akan menggunakan penderia LiDAR berketepatan tinggi, kamera berdefinasi tinggi, kotak komputer berprestasi tinggi dan ia akan diperhalusi setiap masa menggunakan teknologi AI.

    Teknologi-teknologi ini bukan hanya digunakan untuk sistem bantuan pemanduan, malah ia turut dikongsi dalam memberikan keseronokan memandu. Honda mengemaskini teknologi kawalan bersepadu dinamik kenderaan dengan menghubungkan pelbagai unit kawalan dan ia akan memberi pelarasan semula kepada komponen yang dikawal menerusi wayar seperti roda stereng, suspensi dan brek.

    Di samping itu, dengan menggunakan penganggar sikap berketepatan tinggi dan kawalan penstabilan berdasarkan penderia giro 3D, yang yang dibangunkan menerusi teknologi robotik asal Honda, pergerakan kenderaan akan distabilkan sebelum ia menjadi tidak stabil bagi membolehkan ia mengambil selekoh dengan lancar. Semasa memecut, motor elektrik dan sistem brek akan bekerjasama untuk mengawal cengkaman tayar dengan segera dan tepat, memastikan pecutan yang stabil dan selesa pada pelbagai jenis permukaan jalan.

    Pengurusan tenaga juga adalah antara aspek yang akan ditumpukan dalam membangunkan EV 0 Series ini. Dengan menggabungkan teknologi pengurusan bateri yang dibangunkan pada asalnya untuk model hibrid, dengan teknologi pengurusan haba yang baru dibangunkan yang merangkumi pengurusan haba bateri, model-model Honda 0 Series akan menawarkan ruang kabin yang selesa dan rangkaian yang sangat praktikal untuk menampung cara pelanggan menggunakan kenderaan mereka. Honda mensasarkan unit kuasa untuk berfungsi lebih cekap bagi mencapai jarak gerak 300-batu dalam mod EPA.

    EV Honda 0 Series akan tampil dengan bateri nipis, lantai rendah, platform ringan, seronok dipandu

    Selain itu, dalam keadaan cuaca musim sejuk, apabila jarak gerak berkurangan disebabkan penggunaan pemanas dan peralatan lain, kereta tersebut akan membuat pelarasan suhu pemanas menggunakan indeks kepekaan suhu berpusatkan manusia bagi mengimbangi penggunaan tenaga dan keselesaan penumpang. Honda mendakwa dengan sistem ini penggunaan tenaga akan diminimumkan dengan pengurangan kira-kira 13%.

    Ketika berlangsungnya CES 2024 di Las Vegas Januari lalu, Honda telah mendedahkan dua model konsep untuk 0 Series ini iaitu Saloon dan Space-Hub. Menurut Honda model produksi untuk Saloon akan dilancarkan pada 2026, dengan rupa yang hampir sama seperti model konsep tersebut dan ia akan menjadi model paling atas dalam siri 0 ini.

    Honda mengesahkan bahawa tujuh model 0 Series tersebut akan ditawarkan dalam pasaran global menjelang 2030, dan ia akan menampilkan model-model bersaiz kecil, sederhana dan besar.

    GALERI: Model konsep Saloon Honda 0 Series

     
     
  • Lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan setiap tahun, purata 1 maut setiap 80 minit

    Lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan setiap tahun, purata 1 maut setiap 80 minit

    Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah mendedahkan lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan setiap tahun dengan purata satu nyawa terkorban akibat nahas berkenaan bagi setiap 80 minit.

    Katanya, kemalangan paling kerap berlaku dan membimbangkan adalah melibatkan pengguna motosikal dengan hampir 70% daripada jumlah berkenaan, laporan Bernama.

    “Untuk mencapai matlamat pengurangan 50% jumlah kematian akibat nahas jalan raya menjelang 2030, aliran transformasi melalui pemanduan merupakan strategi utama bagi mencegah kemalangan iaitu dengan cara menjadikan kecekapan pemandu atau pengguna mematuhi peraturan keselamatan jalan raya pada tahap optimum.

    Lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan setiap tahun, purata 1 maut setiap 80 minit

    “Justeru, pelbagai inisiatif yang mampu mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian secara signifikan dalam masa singkat dilaksanakan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Institut Memandu (IM) di negara ini,“ katanya.

    Tambah beliau, jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan di negara ini pada tahun lepas juga mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 799,000 kenderaan.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Tadbir Urus Institut Memandu Malaysia 2024 bertemakan ‘Integriti Latihan Pemanduan Pemacu Keselamatan Jalan Raya’ yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli pagi tadi.

    Hasbi berkata antara inisiatif atau dasar baharu yang telah dilaksanakan ialah mendigitalkan industri IM menerusi inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik atau e-Testing bagi membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan.

    Lebih 6,000 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan setiap tahun, purata 1 maut setiap 80 minit

    Melalui sistem ini, katanya, prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan kamera secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses pengujian pemandu.

    Selain itu, beliau berkata kerajaan juga membenarkan IM yang memenuhi kelayakan untuk menyediakan fasiliti Pusat Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu atau Ujian Undang-Undang Berkomputer bagi memberi perkhidmatan setempat yang lebih baik dan lancar kepada orang awam.

    “Berdasarkan statistik rasmi JPJ, hingga kini terdapat lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) terkumpul yang aktif di seluruh negara dan daripada jumlah itu 309,284 LMM Kelas B2 dan 335,827 LMM Kelas D telah dikeluarkan kepada pemohon pada tahun lepas.

    “Ini bermakna terdapat lebih 600,000 calon diberikan latihan oleh 245 IM setiap tahun menjadikan industri IM rakan kongsi strategik dan rapat kepada JPJ serta kerajaan dalam membangunkan inisiatif baharu untuk meningkatkan keselamatan serta kesedaran pemanduan di jalan raya,“ katanya.