Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Yamaha R9 diperkenal – enjin tiga silinder 119 PS MT-09, pelbagai kelengkapan canggih dan berprestasi

    Yamaha R9 diperkenal – enjin tiga silinder 119 PS MT-09, pelbagai kelengkapan canggih dan berprestasi

    Setelah lama ditunggu, Yamaha akhirnya memperkenalkan sportsbike berasaskan MT-09 yang dipanggil secara ringkas sebagai R9. Ia diletakkan di antara R1 dan R6, sambil melengkapi R7, R25 dan R15 yang sudah sedia berada di pasaran.

    Sebagai permulaan, enjin sama seperti MT-09 digunakan pada model ini, iaitu unit CP3 tiga silinder DOHC 890 cc, dengan kuasanya juga masih 119 PS pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm. Ia digabungkan bersama transmisi enam kelajuan, dan quickshifter dengan dua mod diberikan secara standard. Unit penggerak ini kemudiannya digantung pada kerangka Deltabox khas yang dikatakan sebagai kerangka paling ringan pernah digunakan oleh Yamaha pada sebuah model supersport (9.7 kg).

    Bentuk badan yang digunakan oleh Yamaha untuk R9 ini telah dibangunkan dengan pembangunan aerodinamik teliti, termasuk mengujinya dalam terowong angin. Winglet hadapan sebagai contoh, diberitahu boleh mengelakkan tayar hadapan daripada terangkat semasa memecut di jalan lurus sehingga tujuh peratus, dan apabila digabungkan bersama spoiler di muncungnya, boleh meningkat sehingga 10% sewakt mengambil selekoh.

    Perhatian turut diberi pada bahagian suspensi dengan perkakasan daripada Kayaba, yang terdiri daripada fork USD 43 mm di hadapan dan monoshock dibelakang – kedua-duanya datang dengan pelarasan penuh.

    Untuk brek, Yamaha meletakkan cakera berkembar 320 mm dengan angkup monobloc Brembo Stylema empat piston di hadapan, dan prestasinya dipertingkat lagi dengan master cylinder juga daripada Brembo serta hos stainless steel braided.

    Sistem elektronik serba lengkap untuk motosikal sports diberikan pada R9, bermula dengan tiga tetapan mod tersedia, dua mod boleh ubah dan empat mod trek. Kemudiannya, ia ditambah lagi dengan sistem Power Delivery (PWR), Traction Control (TCS), Slide Control System (SCS), Brake Control (BC), Back Slip Regulator (BSR), Engine Brake Management (EBM), cruise control, Lift Control (LIF) dan Launch Control.

    Yamaha R9 diperkenal – enjin tiga silinder 119 PS MT-09, pelbagai kelengkapan canggih dan berprestasi

    Semua sistem ini boleh dikawal melalui butang di bahagian pemegang dan dipaparkan pada panel instrumen TFT lima inci yang disediakan di bahagian kokpit – juga boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui aplikasi MyRide.

    Tidak cukup dengan itu, pengguna juga boleh menyambungkan motosikal ini dengan aplikasi Y-Trac yang dapat memberikan pelbagai data tunggangan berserta GPS. Melaluinya, pengguna dapat mengetahui informasi seperti sudut condong, tahap rpm, kelajuan, kedudukan gear, bukaan pendikit serta pelbagai lagi dalam sesuatu masa semasa dalam litar.

     
     
  • ACE 2024: MG4, MG ZS jimat hingga RM10,888!

    ACE 2024: MG4, MG ZS jimat hingga RM10,888!

    Acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama Carro akan berlangsung pada 26-27 Oktober ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Akan ada banyak tawaran menarik daripada pelbagai jenama menanti pelanggan. Dan, masuk adalah percuma.

    Satu daripada jenama yang ikut serta ialah MG, yang akan menawarkan promosi bagi MG4 Lux sempena ulang tahun ke-100 jenama itu, dengan penjimatan sehingga RM10,888 sepanjang ACE 2024 berlangsung. Selain itu, akan ada juga penjimatan sehingga RM5,888 untuk MG ZS EV, MG4 Standard dan MG4 XPower, yang akan memudahkan lagi mereka yang ingin beralih kepada EV.

    Di Malaysia, kenderaan MG diberikan jaminan tujuh-tahun atau 150,000 km, serta jaminan lapan-tahun atau 180,000 km untuk bateri EV-nya. Kenderaan MG juga dilindungi dengan program penukaran bateri 1-kepada-1 sekiranya keadaan kesihatan bateri berada di bawah 70% sepanjang tempoh jaminan itu.

    ACE 2024: MG4, MG ZS jimat hingga RM10,888!

    Jenama yang akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Mitsubishi, Ford serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    ACE 2024: MG4, MG ZS jimat hingga RM10,888!

    Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.

    200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: Miliki EV smart dari EON — rebat hingga RM21,500; pengecas percuma bernilai RM5,488

    ACE 2024: Miliki EV smart dari EON — rebat hingga RM21,500; pengecas percuma bernilai RM5,488

    Banyak promosi hujung tahun bagi pelbagai barisan jenama dan kenderaan akan ditawarkan ketika acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama Carro, yang akan berlangsung pada 26-27 Oktober 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

    Untuk acara ini, jenama smart akan diwakili oleh EON, yang akan menawarkan rebat sehingga RM21,500 serta hadiah bernilai sehingga RM5,488. Ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan tawaran hebat untuk EV pertama anda, hanya di ACE 2024.

    smart #1 akan ditawarkan dengan rebat RM21,500* bergantung varian mana yang dipilih. Dengan rekaannya yang menawan, smart #1 mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 440 km dan menyokong pengecasan pantas DC untuk memendekkan masa cas semula anda.

    Rebat RM10,000* juga diberikan kepada smart #3, yang merupakan model yang lebih besar dengan rekaan ala fastback. Sama seperti smart #1, smart #3 juga ditawarkan dalam tiga varian berbeza. Tidak kira model smart yang mana menjadi pilihan, anda juga akan memerima pengecas AC di rumah bernilai RM3,200* dengan pemasangan percuma bernilai RM2,288*.

    ACE 2024: Miliki EV smart dari EON — rebat hingga RM21,500; pengecas percuma bernilai RM5,488

    Jenama yang turut akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Mitsubishi, Ford, MG serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    ACE 2024: Miliki EV smart dari EON — rebat hingga RM21,500; pengecas percuma bernilai RM5,488

    Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.

    200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

     
     
  • ACE 2024: Audi e-tron GT dari RM399,999, rebat RM61k untuk Q8 e-tron 55 oleh Audi Centre Glenmarie

    ACE 2024: Audi e-tron GT dari RM399,999, rebat RM61k untuk Q8 e-tron 55 oleh Audi Centre Glenmarie

    Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama oleh Carro bakal berlangsung pada 26-27 Oktober ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Akan ada banyak tawaran menarik diberikan, jadi jangan ketinggalan kerena masuk adalah percuma!

    Antaranya Audi Centre Glenmarie oleh Euromobil akan memberikan tawaran menarik kepada pelanggan. Anda boleh memiliki Audi e-tron GT dari RM399,990! Ini sebuah EV prestasi yang pantas: menjana sebanyak 646 PS dan 830 Nm, dan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.3 saat sahaja, dan boleh mencapai laju maksimum 250 km/j — semua ini tanpa sebarang pembebasan gas.

    Jika inginkan SUV, Audi Q8 e-tron 55 akan ditawarkan dengan rebat RM61k. Ini menjadikan harga SUV yang menjana 408 PS dan 664 Nm serta mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat ini lebih menarik. Ia juga dilengkapi dengan kamera sisi (bukan cermin sisi biasa) dan sistem audio Bang & Olufsen 3D dengan 16-pembesar suara. Sesi pandu uji juga akan disediakan ketika acara.

    ACE 2024: Audi e-tron GT dari RM399,999, rebat RM61k untuk Q8 e-tron 55 oleh Audi Centre Glenmarie

    Selain Audi, jenama yang turut akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Mitsubishi, Ford, MG serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    ACE 2024: Audi e-tron GT dari RM399,999, rebat RM61k untuk Q8 e-tron 55 oleh Audi Centre Glenmarie

    Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.

    200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

     
     
  • Susur masuk persimpangan Putra Mahkota-Southville di PLUS ditutup hingga 31 Okt – 10 malam-5 pagi

    Susur masuk persimpangan Putra Mahkota-Southville di PLUS ditutup hingga 31 Okt – 10 malam-5 pagi

    PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa jalan susur masuk persimpangan bertingkat Putra Mahkota ke Southville di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup sementara kepada semua kenderaan bermula semalam (9 Oktober) hingga 31 Oktober 2024, dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

    Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan memotong pokok-pokok besar menggunakan jentera khas dapat dijalankan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut, menurut kenyataan yang disiarkan.

    “Sebagai alternatif, pelanggan lebuh raya dari laluan Plaza Tol Putra Mahkota boleh masuk ke lebuh raya menggunakan Plaza Tol Nilai atau menggunakan Jalan Negeri untuk ke Southville.

    “PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut agar merancang perjalanan serta mematuhi papantanda arahan yang disediakan oleh pihak PLUS,” kata PLUS lagi.

     
     
  • Proton Saga Hot Wheels warna putih diumum berada dalam Case B 2025, dilancar ke pasaran minggu ini

    Hot Wheels mengumumkan varian terbaharu untuk model skala 1/64 Proton Saga keluarannya telahpun diletakkan di dalam kotak siri mainline Case B 2025 dan bakal masuk kepasaran tempatan tidak lama lagi. Bagi pengumpul yang mahu mencuba nasib bagi menjadi antara yang terawal mendapatkan model tersebut, Hot Wheels Malaysia mengumumkan bahawa acara bagi membuka kotak Case B berkenaan akan dibuat LG2 Blue Concourse Sunway Pyramid bermula 11 hingga 13 Oktober ini.

    Varian kedua Saga mainline Hot Wheels ini menampilkan warna badan putih, berbanding merah sebelum ini. Namun perincian lain masih lagi sama di mana ia diberikan grafik logo asli ‘Saga’ bagi model 1985 pada pintu belakang dan logo Hot Wheels pada pintu hadapan, serta set roda plastik AeroDisc.

    Hot Wheels dan Proton mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan Proton Saga generasi pertama dalam versi mainan skala kecil berkenaan pada Disember 2022, bagi meraikan ulangtahun ke-40 Mattel Malaysia (anak syarikat Mattel Inc). Ia mula dijual menerusi kotak mainline Case B 2024 yang mula diedarkan pada Oktober tahun lalu.

    Hot Wheels turut memperkenalkan versi edisi terhad Saga ini yang mula dijual April lalu, menampilkan rekaan kad blister yang direka oleh kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun, Saw Jane Harn dari Pulau Pinang telah menjadi pemenang pertama pertandingan Hot Wheels x Proton Kids Design Competition pada 2023.

     
     
  • Zeekr X dipamerkan di Sunway Pinnacle – hingga 428 PS, jarak gerak 440 km, harga bawah RM180k

    Zeekr X dipamerkan di Sunway Pinnacle – hingga 428 PS, jarak gerak 440 km, harga bawah RM180k

    Selain MPV 009, Zeekr juga ada membawa model crossover X untuk dipamerkan di Sunway Pinnacle sekarang. Kedua-dua kenderaan elektrik (EV) ini masih belum dijual di Malaysia, tetapi tempahan untuknya sudah dibuka, dengan harga X dijangka berada di bawah RM180,000.

    Untuk pasaran Malaysia, X akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium RWD dan Flagship AWD. Ini adalah pilihan yang sama seperti di Singapura, dan di sana juga ia ditawarkan dengan pacuan roda belakang serta semua roda.

    Model RWD menggunakan motor elektrik 272 PS (268 hp atau 200 kW) dan tork 343 Nm, membantu ia untuk memecut 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat. Pada Flagship AWD pula, ia mendapat tetapan motor berkembar dengan kuasa 428 PS (422 hp atau 315 kW) dan tork 543 Nm, mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat.

    Zeekr X dipamerkan di Sunway Pinnacle – hingga 428 PS, jarak gerak 440 km, harga bawah RM180k

    Kedua-dua varian ini menggunakan bateri nickel manganese cobalt (NMC) yang berkapasiti 66 kWh, dengan Premium RWD boleh menyediakan jarak gerak 440 km (WLTP) dengan sekali cas penuh, manakala pada AWD ia berkurang sedikit menjadi 420 km. Laju maksimum keduanya masih sama, iaitu 190 km/j.

    Untuk pengecasan, Zeekr X boleh menerima sumber DC sehingga 150 kW, dan kuasa bateri boleh naik 10-80% dalam masa 30 minit. Jika menggunakan AC pula, kadar maksimumnya adalah 7.2 kW untuk Premium RWD, dan 11 kW untuk Flagship AWD – tujuh jam untuk penuh.

    Antara kelengkapan standard yang diberikan pada X adalah seperti lampu utama LED, DRL LED, panel instrumen digital 8.8 inci, skrin sesentuh infotainmen 14.6 inci, bumbung panoramik, pintu but bukaan kuasa serta pengecas tanpa wayar. Varian AWD kemudiannya dipertingkat dengan head-up display serta sistem bunyi Yamaha 13 pembesar suara.

    Turut dinyatakan adalah tujuh beg udara serta pakej keselamatan ADAS yang merangkumi Autonomous Emergency Braking, Adaptive Cruise Control, Lane Change Assist, Lane Centring Control, Lane Keep Assist, Blind Spot Monitoring, Front and Rear Cross Traffic Alert, bantuan parkir serta pemerhati pemandu.

    Untuk warna, lima pilihan disediakan untuk Zeekr X ini, iaitu Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green. Kesemuanya datang dengan kemasan dalam warna dua tona Charcoal Black dan Stone Grey.

     
     
  • Zeekr 009 dipamer di Sunway Pinnacle – 6/7-tempat duduk, jarak gerak 582 km; dijangka bawah RM370k

    Zeekr 009 dipamer di Sunway Pinnacle – 6/7-tempat duduk, jarak gerak 582 km; dijangka bawah RM370k

    Zeekr 009 sedang dipertontonkan di Sunway Pinnacle di Bandar Sunway, Subang Jaya. Walau pun belum dilancarkan secara rasmi, namun tempahannya telah dibuka, dan harganya dijangka di bawah RM370k.

    MPV elektrik sepenuhnya ini diposisikan dalam segmen premium, dilihat mampu menyaingi Toyota Alphard dan Vellfire janaan-petrol. 009 berukuran 5,209 mm panjang, 2,024 mm lebar, 1,848 mm tinggi dan jarak dora 3,205 mm, di mana ia 200 mm lebih panjang, 174 mm lebih lebar dan lebih 205 mm bagi jarak rodanya berbanding dua MPV pesaingnya.

    Bagi Alphard dan Vellfire, masing-masing dijual pada harga RM538,000 dan RM438,000, di mana 009 kurang RM168k berbanding Alphard dan kurang RM58k daripada Vellfire.

    Zeekr 009 dipamer di Sunway Pinnacle – 6/7-tempat duduk, jarak gerak 582 km; dijangka bawah RM370k

    Untuk pasaran Malaysia, 009 akan ditawarkan dengan dua varian yang lebih kurang sama daripada segi spesifikasinya, yang membezakannya hanyalah jumlah tempat duduknya. Bagi varian Luxury, ia diberikan tujuh-tempat duduk dengan bentangan 2+2+3, sementara Ultra Luxury pula dengan enam-tempat duduk (2+2+2). Kedua-duanya diberikan upholstery kulit Nappa secara standard.

    Selain itu, kedua-dua varian juga diberikan tempat duduk eksekutif bagi barisan kedua, tetapi Luxury menerima bangku yag lebih besar. Tempat duduk barisan hadapan dan kedua pula diberikan bangku larasan kuasa dengan fungsi ventilasi dan mengurut untuk semua semua varian. Eksklusif untuk Ultra Luxury pula, ia menerima tempat duduk eksekutif dengan alas meja yang boleh dilipat, bersama panel kawalan tersembunyi di bawah perehat tangan.

    Ciri keselesaan lain untuk kedua-dua varian termasuklah panel sesentuh pada pintu gelangsar kuasa untuk akses yang lebih pantas dan kawalan suhu, peti sejuk, bumbung suria panoramik, paparan OLED 17-inci yang terpasang di bahagian siling (dengan kawalan jauh), dan kamera barisan kedua sekiranya anda ingin membuat panggilan video atau memantau penumpang anda.

    Pada bahagian hadapannya, diberikan kluster instrumen digital 10.25-inci dan skrin sesentuh OLED 15.05-inci, dengan konsol tengah tinggi yang juga menjadi pad pengecas tanpa wayar 50W. Turut diberikan sebagai paparan utama 30.95-inci, telematik dengan sistem bunyi Yamaha bersama 30-pembesar suara.

    Bagi penjana kuasanya, 009 menerima larasan dwi-motor dengan kuasa 612 PS (603 hp atau 450 kW) dan tork 693 Nm, membolehkan pecutan dari 0-100 km/j dalam 4.5 saat. Motornya dikuasakan oleh bateri nickel manganese cobalt (NMC) dengan kapasiti tinggi 116 kWh, yang boleh memberikannya jarak pacuan hingga 582 km mengikut standard WLTP.

    MPV elektrik ini boleh dicas menggunakan pengecasan AC sehingga 11 kW dan pengecas pantas DC dengan kapasiti maksima cecah 150 kW yang membolehkan status mengecas bateri dari 10-80% dicapai dalam 30 minit. Suspensi udara juga diberikan secara standard untuk kedua-dua varian.

    Risalah Zeekr 009; klik untuk besarkan

    Bagi aspek keselamatan, MPV EV ini menerima tujuh beg udaram kamera 360-darjah, dan perakam video digital, serta sistem bantuan pemandu turut diberikan secara standard yang merangkumi sokongan mitigasi pelanggaran hadapan dan belakang, kawalan kelajuan adaptif, kawalan pemusatan lorong, bantuan kekal lorong, menukar lorong automatik, pengesan isyarat trafik, bantuan parkir automatik dan brek parkir autonomous (walau ketika parkir).

    Manakalanya untuk warnanya pula, ia diberikan tiga pilihan iaitu Phantom Black, Electric Blue dan Crystal White, yang ditawarkan untuk kedua-dua varian. Manakala warna dalaman pula termasuk Hitam dan dwi-tona Midnight Blue/Polar White serta Stone Grey/Polar White.

    Dengan kelengkapan dan spesifikasi yang ditawarkan, adakah 009 ini mampu memberi persaingan hebat buat Alphard dan Vellfire yang jauh lebih mahal daripadanya? Mana yang menjadi pilihan anda?

    GALERI: Zeekr 009 6-tempat duduk

    GALERI: Zeekr 009 7-tempat duduk

     
     
  • Ducati Multistrada V4 RS tiba di Malaysia – RM285k

    Ducati Multistrada V4 RS tiba di Malaysia – RM285k

    Ducati Multistrada V4 RS yang diperkenalkan kali pertama pada tahun lepas kini sudah tiba di Malaysia dengan harga jualan RM285,900 tidak termasuk insurans. Ini adalah sebuah model keluaran terhad, dan setiap satunya datang dengan plet nombor keluaran di atas bahagian pemegang.

    Ia juga dijadikan lebih sporty berbanding Multistrada V4 dan V4 S biasa, bermula dengan rim yang ditukar daripada unit 19/17 inci kepada 17/17, daripada Marchesini. Rim ini dikatakan adalah 2.7 kg lebih ringan berbanding rim Multistrada biasa.

    Kemudiannya bar pemegang serta getahnya diubah kepada jenis yang lebih sporty, supaya dapat memberikan lebih maklum balas kepada penunggang dan meningkatkan rasa pengendalian. Ekzos Akrapovic diberikan secara standard.

    Keluar daripada kilang, Multistrada V4 RS terus dipasang dengan pelbagai komponen gentian karbon, termasuk fender hadapan, pelindung tangan, pelindung haba serta “paruh” hadapannya. Bahagian belakang pula melibatkan kerangka titanium serta panel technopolymer, yang mengurangkan lagi 2.5 kg berat motosikal ini.

    Menggerakkan Multistrada versi prestasi ini adalah enjin V4 Desmosedici Stradale 1,103 cc yang diambil daripada Panigale V4, bersama padanan kotak gear enam kelajuan dengan klac kering STM EVO-SBK dan quickshifter, mampu menghasilkan 180 hp pada 12,250 rpm dan tork 118 Nm pada 9,500 rpm.

    Selain mod tunggangan Low, Medium dan High, Multistrada V4 RS ini juga disediakan dengan mod Full Power, yang dapat memberikan kuasa maksimum pada setiap gear secara pantas. Brek hadapan menggunakan angkup Brembo Stylema berwarna merah, bersama pad daripada Panigale V4. Sama seperti Panigale V4 S dan Streetfighter V4 S, Multistrada V4 RS ini didatangkan dengan suspensi Ohlins Smart EC 2.0.

     
     
  • Hyundai N x Toyota Gazoo Racing Festival – seteru sukan permotoran anjur acara bersama di Korea!

    Hyundai N x Toyota Gazoo Racing Festival – seteru sukan permotoran anjur acara bersama di Korea!

    Dulu kita ada perseteruan antara Mitsubishi dan Subaru dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC). Namun buat masa sekarang, persaingan yang sama terjadi antara dua jenama dari Asia iaitu Hyundai dan Toyota. Ketika berlumba, kedua-dua jenama berkenaan mungkin nampak seperti musuh, tetapi dengan perseturuan ini sebenarnya dapat merangsang adrenalin peminat dan juga mengekalkan momentum keseronokan dalam sukan permotoran.

    Oleh itu, Hyundai Motor Company dengan kerjasama Toyota Motor Corporation mengumumkan kedua-dua jenama itu bakal melangsungkan satu acara sukan permotoran yang agak unik iaitu Hyundai N x Toyota Gazoo Racing Festival yang bakal diadakan di Everland Speedway, Yong-in, Korea Selatan pada 27 Oktober 2024 ini!

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, acara ini disasarkan untuk menonjolkan model-model prestasi dan juga kereta-kereta lumba dari kedua-dua jenama, serta dalam masa yang sama “memberikan peluang yang tidak ternilai terhadap pengalaman dunia sukan permotoran yang mengujakan” kepada pengunjung.

    Hyundai N x Toyota Gazoo Racing Festival – seteru sukan permotoran anjur acara bersama di Korea!

    Antara aktiviti yang akan dijalankan sempena festival ini termasuk ‘Track Day’ serta pemanduan demonstrasi kereta rali dan pemandu rali sebenar dari pasukan lumba dan WRC kedua-dua jenama. Malah acara ini turut akan dihadiri oleh pengerusi eksekutif Hyundai Motor Group Euisun Chung dan juga pengerusi Toyota Motor Corporation iaitu Akio Toyoda yang terkenal dengan nama samaran ‘Morizo’ ketika terlibat dengan sebarang aktiviti pemanduan dan perlumaan.

    Untuk sayap perlumbaan rasmi Hyundai iaitu Hyundai N, ia akan membawa jentera-jentera WRC termasuk i20 N Rally1 Hybrid dan i20 N Rally2 yang bakal dikemudi oleh pemandu WRC Hyundai Motorsport iaitu Thierry Neuville, Dani Sordo, dan Andreas Mikkelsen.

    Jenama Korea itu juga akan menampilkan pemandu touring car yang kini bertanding dalam siri TCR iaitu Norbert Mischelisz dan Mikel Azcona yang akan memandu model-model produksi prestasi tinggi Hyundai N termasuk Ioniq 5 N dan Elantra N.

    Hyundai N x Toyota Gazoo Racing Festival – seteru sukan permotoran anjur acara bersama di Korea!

    Manakala Toyota Gazoo Racing, ia akan menampilkan jentera-jentera lumba seperti GR Yaris Rally1 WRC, GR Yaris Rally2, GR Supra, GR86 dan juga lain-lain kereta rali dan model berprestasi tinggi. Antara pemandu yang akan membuat ‘persembahan’ mewakili jenama Jepun ini termasuk prinsipal pasukan dan bekas pemandu WRC TGR World Rally Team iaitu Jari-Matti Latvala, pemandu WRC Jepun Takamoto Katsuta dan juga ayahnya, Norihiko Katsuka yang merupakan juara Japan Rally Championship sebanyak sembilan-kali.

    Festival ini juga akan menampilkan model-model konsep dan prototaip yang membayangkan masa hadapan kedua-dua jenama. Bagi Hyundai, ia akan membawa model ubahsuai Ioniq 5 N Drift Spec, Ioniq 5 N TA Spec yang kini memegang rekod di perlumbaan Pikes Peak di Amerika Syarikat, dan juga model konsep dengan kuasa hidrogen N Vision 74 yang baru-baru ini diumum bakal dihasilkan dalam bentuk produksi pada masa hadapan.

    Manakala untuk Toyota, ia akan membawa kereta-kereta ubahsuai yang bergerak dengan enjin pembakaran dalaman menggunakan hidrogen yang dibangunkan oleh Toyota Gazoo Racing, termasuk Toyota Sprinter Trueno AE86 H2 Concept dan juga kereta lumba GR Corolla H2.

    Hyundai N x Toyota Gazoo Racing Festival – seteru sukan permotoran anjur acara bersama di Korea!

    “Kami teruja untuk mengalu-alukan pasukan Toyota Gazoo Racing, pesaing kami dalam WRC, ke Korea”, kata Yeong Ho Lee, Naib Presiden Eksekutif, Bahagian Operasi Global Hyundai. “Acara ini akan menekankan persaingan sengit dan persahabatan yang wujud bersama dalam sukan permotoran dan merupakan peluang untuk menunjukkan semangat murni untuk kereta yang dikongsi oleh kedua-dua Hyundai dan Toyota, serta komitmen kami untuk mengembangkan lagi budaya sukan permotoran pada masa hadapan.”

    “Kami gembira kerana Hyundai N dan Toyota Gazoo Racing, yang merupakan pesaing dalam sukan permotoran dunia, bekerjasama untuk mencipta peluang untuk menikmati budaya kereta lebih dari sukan permotoran”, kata Manabu Konyama, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Toyota Motor Korea. “Toyota kekal komited untuk memajukan dan mengukuhkan budaya sukan permotoran,” tambahnya.

     
     
  • Dua perkhidmatan tren ETS tambahan disediakan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena Deepavali

    Dua perkhidmatan tren ETS tambahan disediakan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena Deepavali

    Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut pada hujung bulan ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral.

    Menurut KTMB, perkhidmatan tren tambahan itu akan beroperasi selama lima hari bermula 30 Oktober sehingga 3 November bagi memenuhi permintaan penumpang yang dijangka akan meningkat bagi sambutan perayaan ini, laporan Berita Harian.

    “Penjualan tiket tambahan itu akan bermula hari ini jam 10 pagi. Tren tambahan ini menawarkan sebanyak 630 tiket sehari, menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 3,150 tiket ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan,” menurut kenyataan KTMB.

    Di mana tren tambahan tersebut akan beroperasi hanya pada dua masa iaitu 11.05 pagi dari Padang Besar dan tiba di KL Sentral pada jam 4.30 petang. Manakala waktu berlepas di KL Sentral pula pada jam 5 petang dan tiba di Padang Besar ham 10.30 malam.

    Dua perkhidmatan tren ETS tambahan disediakan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena Deepavali

    KTMB menambah penambahan perkhidmatan itu bertujuan untuk menampung permintaan tinggi ketika musim perayaan, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman.

    “Orang ramai disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang rasmi KTMB dan membuat pembayaran menggunakan KTM wallet bagi mempercepatkan proses pembelian tiket. Pelanggan dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket lebih awal bagi menikmati tambang fleksibel yang lebih menjimatkan serta mengelakkan pembelian pada saat akhir.

    “Penumpang juga diingatkan untuk tiba lebih awal di stesen kerana pagar kawalan akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas,” menurut KTMB.

    Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.

     
     
  • JPJ eBid: Siri TDA dan ANT bakal dibuka untuk bidaan

    Kenderaan yang anda tempah bakal diperoleh tidak lama lagi, pasti anda teruja tercari-cari plat nombor pendaftaran yang sesuai kan. Ini ada dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Siri plat nombor terkini dari Terengganu, TDA, bakal dibuka bidaan mulai 12 Oktober ini. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 16 Oktober ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 17 Oktober 2024. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

    Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Perak pula, ANT, bidaannya pula bakal dibuka mulai 13 Oktober dan akan berakhir jam 10 malam pada 17 Oktober. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 18 Oktober 2024.

    Jadi, jika anda mengingini mana-mana siri yang ditawarkan ini, anda boleh membidanya menerusi JPJ eBid tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa.

     
     
  • Kereta lumba Proton S70 R3 – gambar rasmi didedah

    Kereta lumba Proton S70 R3 – gambar rasmi didedah

    Semalam Proton sudahpun menyiarkan video terbaharu untuk kereta lumba S70 yang dibina oleh sayap perlumbaannya iaitu Proton R3 yang bakal digunakan dalam perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) pada bulan hadapan. Dan hari ini satu kenyataan rasmi telah dihantar kepada kami, bersama beberapa gambar rasmi kereta lumba tersebut.

    “Setelah tidak bertanding dalam tiga perlumbaan 1000km Sepang yang lalu, Proton teruja untuk kembali ke grid permulaan pada 2024. Proton S70 R3 menandakan satu pencapaian baru bagi jenama ini apabila kita membawa model yang dibangunkan bersama Geely ke dalam persaingan buat kali pertama. Banyak cabaran perlu diatasi untuk sampai ke tahap ini dengan pelbagai pengubahsuaian dibuat pada kereta standard bagi memastikan ia mematuhi peraturan yang ditetapkan,” kata naib CEO Proton Roslan Abdullah.

    “Namun, terima kasih kepada pasukan R3 yang berdedikasi, kami telah berjaya mencapai matlamat bersedia untuk perlumbaan pada bulan November.

    Kereta lumba Proton S70 R3 – gambar rasmi didedah

    “Walaupun ia merupakan kereta baru, Proton menyahut cabaran untuk menempatkan dua unit S70 R3 dalam perlumbaan dan bukannya menggunakan model lama yang terbukti sebagai pilihan alternatif. Kami bertekad untuk membuktikan kemampuan model sedan Proton terbaru di litar perlumbaan. Walaupun kami menjangkakan persaingan dari pasukan yang telah aktif bertanding selama tiga tahun lepas, kami percaya bahawa pengajaran yang diperoleh dari perlumbaan akan membantu kami membina kereta yang lebih baik untuk pelanggan di masa depan,” tambahnya.

    Walau bagaimanapun, Proton masih belum mengumumkan spesifikasi kereta lumba ini. Namun berdasarkan video yang disiarkan semalam, dengan jelas enjin yang disumbat dalam perut sedan tersebut adalah enjin Campro 1.6L S4PH, bukan enjin GEP 1.5 liter tiga-silinder asal seperti model produksi sebenar S70.

    Enjin ini telah terbukti tahan dan berkuasa digunakan dalam kereta-kereta lumba Proton R3 termasuk Satria Neo, Preve, Suprima S, Iriz dan Saga, membolehkan pasukan tersebut menang lima gelaran juara S1K untuk tahun 2012, 2014, 2017, 2018 dan 2019.

    Untuk versi terakhir yang dipadankan pada Saga dan juga Iriz yang memenangi S1K untuk tahun 2018 dan 2019, enjin Campro S4PH berkenaan mampu menghasilkan lebih dari 200 hp pada roda hadapan, dan ia digandingkan dengan kotak gear manual perlumbaan jenis dog box.

    S70 ini merupakan kereta lumba pertama Proton R3 yang dibina menggunakan asas dari model yang dibangunkan dengan kerjasama Geely. Menerusi gambar rasmi yang lebih terperinci disiarkan hari ini pula mendedahkan bahawa rupa luaran kereta lumba sebenar Proton S70 R3 tersebut agak berbeza berbanding model konsep ‘mock-up’ yang didedahkan ketika berlangsungnya Malaysia Autoshow 2024 Mei lalu.

    Ia nampaknya tidak menggunakan kit badan yang sama seperti model produksi, di mana spoiler hadapan diganti dengan unit yang lebih besar sama seperti kereta lumba Iriz dan Saga sebelum ini, dan tidak dipadankan dengan skirt sisi. Namun spoiler belakang masih nampak serupa seperti versi konsep.

    Juga dapat dilihat S70 R3 ini turut menerima set brek perlumbaan dengan sudut camber suspensi hadapan yang ditala dengan sudut negatif. Manakala pada bahagian dalaman, S70 ini turut menerima perlatan-peralatan yang sama seperti kereta-kereta lumba R3 yang lain sebelum ini termasuk paparan instrumen perlumbaan Motec, tempat duduk perlumbaan dari Recaro, rollcage, set padel box AP Racing, tangki bahan api perlumbaan dengan sistem isian pantas dari ATL, jek pneumatik yang diintegrasikan dengan kerangka badan dan pelbagai lagi.

    Proton S70 R3 ini dibangunkan berdasarkan regulasi kelas MTC yang bukan sahaja untuk S1K, malah turut sah digunakan untuk perlumbaan Malaysian Championship Series (MCS). Regulasi MTC tersebut memerlukan kereta yang bertanding menggunakan enjin produksi yang boleh diubahsuai dengan sesaran maksima 1.6 liter tanpa pengecas turbo, dan ia adalah seiras dengan undang-undang Group A FIA yang memerlukan ia menggunakan kerangka badan sebenar sama seperti model yang dijual untuk jalan raya.

    GALERI: Kereta lumba Proton S70 R3 Concept

    GALERI: Gambar rasmi Proton S70 R3 Concept

     
     
  • Harga minyak 10-16 Oktober – semua tidak berubah

    Harga minyak 10-16 Oktober – semua tidak berubah

    Seperti kebiasaan pada hari Rabu, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga minyak semasa, dan bagi tarikh bermula 10 hingga 16 Oktober ini, ia dikekalkan bagi ketiga-tiga bahan api utama yang ditawarkan di pasaran.

    Bermakna, untuk Semenanjung, harga diesel masih lagi RM2.95 seliter bagi B10 Euro 5 dan B20, manakala B7 Euro 5 pula dijual pada harga RM3.15 seliter. Sementara itu bagi Sabah dan Sarawak pula, diesel terus dijual pada harga RM2.15 seliter.

    Untuk petrol RON 97 pula, harganya kekal seperti minggu lepas, iaitu RM3.19 seliter, manakala petrol RON 95 dikekalkan pada harga siling seperti yang ditetapkan pada tahun 2021, iaitu RM2.05 seliter.

    Harga ini akan diguna pakai bermula jam 12 tengah malam ini, sehingga Rabu minggu hadapan, 16 Oktober 2024. Format harga mingguan bagi bahan api sudah dilaksanakan sejak awal tahun 2019.

     
     
  • ACE 2024: Miliki Ford Ranger dari RM1,192 sebulan — rebat RM4k atau pakej servis lima-tahun

    ACE 2024: Miliki Ford Ranger dari RM1,192 sebulan — rebat RM4k atau pakej servis lima-tahun

    Auto Car Expo (ACE) 2024, yang ditaja bersama oleh Carro bakal berlangsung pada 26-27 Oktober 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) dan masuk adalah percuma!

    Untuk trak pikap, Ford Ranger turut akan dipamerkan di ACE 2024. Sebagai sebuah trak pikap yang berprestasi, praktikal serta tampil dengan rekaan yang menawan, Ranger juga ditawarkan dalam pelbagai varian untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

    Barisan modelnya termasuklah Ranger XL, yang dijual dengan harga dari RM115,888* atau RM1,192 sebulan*. Walaupun varian paling asas, XL turut dilengkapi dengan sistem infotainmen SYNC 4A dengan skrin sentuh 10.1-inci, dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Juga ada ialah kluster instrumen digital lapan-inci yang tidak hanya memamarkan maklumat penting pemanduan seperti speedometer dan tachometer, tetapi ada juga maklumat berkaitan teknologi bantuan pemandu dan mod pamanduan atas jalan dan off-road untuk memudahkan pemandu.

    ACE 2024: Miliki Ford Ranger dari RM1,192 sebulan — rebat RM4k atau pakej servis lima-tahun

    Di atas XL, ada pula XLT yang bermula dari harga RM128,888* atau RM1,325 sebulan*. Dengan ciri sama seperti XL, XLT menerima tambahan sistem kawalan pendingin pintar dengan dua zon serta corong pendingin di belakang untuk lebih keselesaan.

    Sokongan lepas jualan Ranger juga tidak membebankan pemilik dengan adanya Pelan Servis Lanjutan yang akan menjaga penyelenggaraan trak anda hingga lima-tahun bergantung kepada pelan yang dipilih. Hanya alat ganti tulen akan digunakan oleh juruteknik Ford yang bertauliah untuk memastikan keselesaan dan keselamatan kenderaan pemilik.

    Turut ditawarkan ialah lanjutan jaminan PremiumCARE untuk memastikan komponen utama Ranger pelanggan dilindungi lebih lama. Pelan berkenaan bermula serendah RM2,300 dan pelanggan akan menikmati manfaat tambahan seperti kereta ganti jika diperlukan.

    Di ACE 2024, kedua-dua Ranger XL dan XLT ditawarkan dengan rebat RM4,000 atau Pelan Servis Lanjutan Ford lima-tahun. Jangan lepaskan peluang keemasan ini nanti.

    ACE 2024: Miliki Ford Ranger dari RM1,192 sebulan — rebat RM4k atau pakej servis lima-tahun

    Selain Ford, jenama yang turut akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Mitsubishi, MG serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    ACE 2024: Miliki Ford Ranger dari RM1,192 sebulan — rebat RM4k atau pakej servis lima-tahun

    Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.

    200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

    *Harga permulaan adalah berdasarkan harga di Semenanjung Malaysia. Harga adalah harga jualan atas jalan belum termasuk insurans.

     
     
  • GWM Haval H6 HEV 2024 dilancarkan di Malaysia; RM140k, 243 PS, waranti enjin & hibrid 1 juta KM

    GWM Haval H6 HEV 2024 dilancarkan di Malaysia; RM140k, 243 PS, waranti enjin & hibrid 1 juta KM

    GWM Malaysia hari ini secara rasminya telah pun melancarkan Haval H6 pada pasaran Malaysia. Ia ditawarkan hanya dalam satu varian iaitu HEV Ultra yang datang dengan unit rangkaian kuasa hibrid petrol elektrik, dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM139,800.

    Operasi pemasangan tempatan (CKD) model ini telah pun bermula di mana kilang milik EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang terletak di Taman Perindustrian Hicom Pegoh, Melaka tersebut telahpun mula menghasilkan unit pertamanya bulan lalu. Namun sebelum ini kami difahamkan bahawa bagi 100 unit pertama adalah unit CBU yang diimport terus dari China.

    Model ini dihasilkan dengan dimensi panjang 4,683 mm, lebar 1,886 mm dan tinggi 1,724 mm. Jarak rodanya pula adalah sejauh 2,738 mm, lebih jauh berbanding saingan-saingan terdekatnya seperti Proton X70 (2,670 mm), Honda CR-V (2,660 mm) dan Mazda CX-5 (2,700 mm).

    GWM Haval H6 HEV 2024 dilancarkan di Malaysia; RM140k, 243 PS, waranti enjin & hibrid 1 juta KM

    Manakala untuk unit rangkaian kuasa, ia menggabungkan enjin empat silinder 1.5 liter turbo berkuasa 150 PS/230 Nm dengan motor elektrik 177 PS/300 Nm yang disepadukan dalam transmisi DHT dua kelajuan. Ini membolehkan kuasa keseluruhan yang dibekalkan adalah 243 PS dan 530 Nm, dengan penggunaan bahan api di sekitar 5.2l/100 km.

    Antara perincian standard yang diberikan pada Haval H6 Hybrid Ultra pasaran Malaysia ini termasuk lampu hadapan LED matrix, gril hadapan ‘Star Matrix’, bumbung suria panaromik dan rim aloi 19-inci dalam kemasan hitam berkilat.

    Manakala pada bahagian kabin, ia diberikan skrin infotainmen 12.3-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay dan juga paparan instrumen digital dengan skrin 10.25-inci.

    GWM Haval H6 HEV 2024 dilancarkan di Malaysia; RM140k, 243 PS, waranti enjin & hibrid 1 juta KM

    Perincian standard lain yang turut diberikan termasuk sistem pendingin hawa dua-zon dengan pembersih udara ion negatif, liang penghembus kabin belakang, lampu suasana kabin, cermin pandang belakang auto-malap, pintu tailgate bantuan kuasa dengan penderia kaki, pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi, tempat duduk ‘bos’ untuk penumpang hadapan dengan suis larasan pada bahagian bahu, paparan head-up dan sistem audio dengan lapan pembesar suara.

    Lima warna badan ditawarkan untuk Haval H6 pasaran Malaysia ini iaitu Energy Green, Sun Black, Ayers Silver, Hamilton White dan Crayon Grey. Manakala pada sebelah dalam ia menerima balutan kulit Nappa dengan tema yang menggabungkan warna hitam dan putih serta perapi-perapi kemasan Rose Gold.

    Untuk kelengkapan keselamatan pula, ia diberikan enam-beg udara, kamera 360-darjah, sistem bantuan parkir, dan juga sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan fungsi seperti brek kecemasan automatik, cruise control adaptif kelajuan penuh, bantuan kesesakan trafik, amaran lintasan trafik belakang serta bantuan tukar lorong.

    Setiap pembelian Haval H6 HEV ini ditawarkan dengan waranti kenderaan dari pengeluar selama 7 tahun atau 200,000km. Ia juga diberikan waranti khas untuk enjin selama 10-tahun atau sejuta kilometer (yang mana sampai dahulu) dan juga waranti untuk sistem hibrid elektrik selama 8-tahun atau sejuta kilometer (yang mana sampai dahulu).

    Waranti enjin dan sistem hibrid berkenaan hanya sah untuk pemilik pertama dan didaftarkan sebagai kenderaan persendirian sahaja. Untuk sistem hibrid elektrik tersebut komponen yang terlibat dalam waranti yang ditawarkan adalah termasuk kotak gear Dedicated Hybrid Transmission (DHT), bateri dan kabel voltan tinggi dan juga kotak komputer kawalan transmisi (TCU).

    Khas untuk pembeli terawal, GWM Malaysia menawarkan rebat sebanyak RM3,000 bagi mereka yang tempahan sebelum 20 Oktober 2024. Selain itu pembeli yang mendaftar Haval H6 mereka pada tahun 2024 turut akan menerima pakej servis percuma (termasuk kos buruh dan alat ganti) selama 5 tahun. Manakala jika anda merupakan seorang pemilik mana-mana kenderaan jenama Haval, GWM Malaysia turut memberikan rebat tambahan sebanyak RM3,000 sekiranya embelli SUV ini.

    Sebelum dilancarkan, kami telahpun menguji SUV ini dan laporan pandu uji tersebut boleh anda baca pada PAUTAN INI.

     
     
  • Indonesia sasar laksana biodiesel B50 pada 2025, jimatkan kos import bahan api RM86b setahun

    Indonesia sasar laksana biodiesel B50 pada 2025, jimatkan kos import bahan api RM86b setahun

    Indonesia merancang untuk melaksanakan campuran wajib 50% minyak sawit biodiesel menjelang awal tahun depan. Menurut bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, itu akan mengurangkan perbelanjaan import bahan api Indonesia sebanyak US$20 bilion (RM85.6 bilion) setahun, lapor Reuters.

    Indonesia merancang untuk meningkatkan campuran dalam biodieselnya daripada 35% kepada 40% menjelang Januari tahun depan dalam usahanya untuk mengurangkan import bahan api dan emisi dari bahan api fosil.

    Persatuan Pengeluar Bahan Api Bio Indonesia (APROBI), pula memaklumkan, pengeluar biodiesel memerlukan masa untuk menguji campuran biodiesel B50 dan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan.

    “Sesetengah pengeluar biodiesel mungkin perlu masang kelengkapan baru untuk memenuhi standard, dan ini memerlukan enam bulan. Setelah itu, ujian komersialisasi, yang turut memerlukan ujian ke atas kenderaan serta ujian penyimpanannya juga memerlukan enam bulan,” jelas pakar biodiesel Institut Teknologi Bandung, Tatang Hernas Soerawidjaja.

    Indonesia sasar laksana biodiesel B50 pada 2025, jimatkan kos import bahan api RM86b setahun

    Di Malaysia, mandat untuk campuran biodiesel B30 merupakan sebahagian daripada Rancangan Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu, yang telah meletakkan sasaran tahun 2030 untuk mandat B30 berkenaan dilaksanankan

    Ketika ini, jualan runcit diesel campuran B7 dibezakan dengan penggunaan kepala pam biru, manakala campuran B10 pula menggunakan kepala pam hitam di semua stesen minyak. Setakat minggu lalu, diesel B10/B20 diijual dengan harga RM2.95 seliter, sementara campuran B7 dengan harga RM3.15 seliter. Diesel di Sabah dan Sarawak kekal RM2.15 seliter.

    Beberapa produk trak komersial seperti Mercedes-Benz dan Mitsubishi Fuso telah mempersiap kenderaan mereka untuk boleh menggunakan campuran biodiesel yang lebih tinggi. Sebagai contoh, Mercedes Actros dan Arocs 2024, serta Mitsubishi Fuso Canter TF 2024 yang baru dilancarkan boleh menggunakan biodiesel B30.

     
     
  • Denza D9 sah masuk Malaysia — BYD lantik Sime Darby Auto Imports sebagai pengimport sub-jenama

    Denza D9 sah masuk Malaysia — BYD lantik Sime Darby Auto Imports sebagai pengimport sub-jenama

    Seperti dijangkakan, BYD akan membawa masuk sayap jenama mewahnya Denza ke pasaran Malaysia. Perkara itu semakin jelas dengan pelantikan Sime Darby Auto Imports sebagai pengimport rasminya dan BYD Malaysia akan bertindak sebagai pengedar produk Denza di negara ini. Perjanjian tersebut ditandatangani semalam oleh kedua-dua pihak dan BYD Auto Industry.

    Pengeluar dari China itu memaklumkan syarikat itu ingin menyediakan pilihan yang pelbagai kepada pelanggan di Malaysia melalui inovasi barisan produk Denza. “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Sime Darby Auto Imports untuk membawa masuk Denza ke pasaran Malaysia, sekaligus menjadi penanda aras baru bagi BYD dalam usaha kami untuk melebarkan penawaran EV di Asia Tenggara,” jelas Pengurus Besar, Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang.

    Denza D9 sah masuk Malaysia — BYD lantik Sime Darby Auto Imports sebagai pengimport sub-jenama

    Pengarah Urusan, Perniagaan Strategik dan Pemasangan Sime Darby Motors, Dennis Ho berkata, termeterainya perjanjian tersebut secara rasmi turut menjadi penanda aras baru bagi syarikat itu dalam kerjasamanya dengan BYD. “Kami ingin mengeratkan lagi kerjasama dengan BYD melalui usaha terbaru ini, memperluas kehadiran kami dalam pasaran EV disamping mempelbagaikan lagi portfolio EV Sime Darby. Kami komited untuk memainkan peranan penting dalam mempercepat pertumbuhan EV di Malaysia dan dengan kehadiran Denza, ia akan menyumbang dengan lebih kukuh ke arah itu,” jelasnya.

    Masih belum ada sebarang kenyataan rasmi tentang barisan produk yang akan ditawarkan, model pertama yang dijangka akan diperkenalkan di sini ialah Denza D9 MPV, mungkin sekitar suku pertama 2025 nanti.

     
     
  • Aveta VTM 250 dilancar untuk pasaran Malaysia – enjin 250 cc, enam kelajuan, dua varian, harga dari RM13k

    Aveta VTM 250 dilancar untuk pasaran Malaysia – enjin 250 cc, enam kelajuan, dua varian, harga dari RM13k

    Pengedar motosikal Aveta di Malaysia, Aveta Global Marketing Sdn Bhd melancarkan sebuah model baru, VTM 250 yang ditawarkan dalam dua varian iaitu RM12,988 untuk LX dan RM13,388 untuk M. Jaminan yang diberikan adalah selama satu tahun atau 10,000 km.

    Menggerakkan VTM 250 ini adalah enjin satu silinder empat lejang 250 cc dengan SOHC, sistem suntikan bahan api dan penyejukan minyak, digabungkan bersama transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan 18.8 hp pada 8,500 rpm dan 18 Nm pada 6,500 rpm.

    Bagi varian LX, ia datang dengan padanan rim 21 inci dengan tayar 90/90 di hadapan dan 18 inci dengan tayar 120/80 di belakang, sementara M pula diberikan dengan rim spoked 17 inci dengan tayar 110/70 di hadapan dan 130/70 di belakang.

    Suspensi yang terdiri daripada fork USD dan monoshock dengan pelarasan pra beban diberikan pada VTM 250 ini namun disebabkan oleh rim yang berbeza, ketinggiannya juga menjadi berbeza dengan LX terletak lebih tinggi, iaitu 305 mm dari tanah, manakala M pula 290 mm.

    Untuk brek, kedua-dua varian mendapat tetapan cakera di hadapan dan belakang, tetapi M dinaik taraf dengan sistem ABS (single-channel hadapan), menjadi antara sebab harganya juga lebih tinggi.

    Berat keseluruhan VTM 250 adalah 125 kg dan ia datang dengan tangki bahan api lapan liter. Untuk varian LX, ia ditawarkan dalam dua warna iaitu merah dan hijau, sementara M pula tersedia dalam warna merah dan biru.

    GALERI: Aveta VTM 250 LX

    GALERI: Aveta VTM 250 M

     
     
  • Proton eMas sah guna janaan sama seperti Geely Galaxy E5 — 218 PS/320 Nm, 0-100 km/j dalam 6.9 saat

    Proton eMas sah guna janaan sama seperti Geely Galaxy E5 — 218 PS/320 Nm, 0-100 km/j dalam 6.9 saat

    Proton eMas 7 Tour kini sedang berlangsung, yang akan membawa EV berkenaan merentas jarak sejauh 2,000 km mengelilingi seluruh negara. Selesai di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Proton umumkan pula kembara berkenaan akan bergerak ke Perak, P. Pinang, Kedah dan Perlis pula bermula Jumaat.

    Lebih menarik, hantaran berkenaan turut menyatakan yang eMas 7 boleh mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat — angka yang sama dengan Geely Galaxy E5. Ini secara tidak langsung mengesahkan yang kedua-dua model terbabit menggunakan sistem janaan yang sama — motor tunggal di depan yang menghasilkan sebanyak 218 PS (160 kW) dan 320 Nm tork. Geely menawarkan dua pilihan bateri, 49.52 kWj dengan jarak CLTC sejauh 440 km dan 60.22 kWj dengan jarak hingga 530 km dengan sekali cas.

    Di atas kertas, pecutan 6.9 saat itu juga menjadikannya kereta Proton pertama yang mampu memecut sepantas itu setakat ini, jauh lebih pantas berbanding Satria GTi dahulu dengan 7.8 saat, dan X50 Flagship yang didakwa sepantas 7.9 saat.

    Proton eMas sah guna janaan sama seperti Geely Galaxy E5 — 218 PS/320 Nm, 0-100 km/j dalam 6.9 saat

    Proton eMas 7 yang merupakan versi pemanduan sebelah kanan bagi Geely Galaxy E5, bukanlah rebadge semata. Proton mendakwa syarikat itu telah melakukan pelbagai ujian tempatan dan telah meminta untuk dilakukan 49 ujian tambahan — sebahagiannya unik untuk Proton — bagi memastkan eMas 7 mampu memenuhi piawaian global dan tempatan. Ini termasuklah ujian prestasi dengan beban dan kawalan kestabilan.

    eMas 7 juga mempunyai kemampuan meredah air setinggi 400 mm, yang bahkan lebih tinggi berbanding kembar Geely-nya. Bahagian suspensinya juga didakwa telah diberikan talaan khusus untuk pasaran tempatan. Ia lebih keras berbanding spesifikasi China, memberikan keselesaan dan kawalan yang lebih baik sekaligus.

    Proton eMas 7 akan dipamerkan di acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org yang akan berlangsung pada 26-27 Oktober 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Jangan lupa untuk berkunjung ke sana untuk melihat Proton eMas 7 dari dekat.