Search in Bahasa Malaysia:

Honda HR-V Facelift 2025 - Apa yang baru selepas tiga tahun?



Artikel Terkini

  • KTMB sediakan empat lagi tren ETS tambahan bagi memenuhi permintaan sempena Hari Raya Aidilfitri

    KTMB sediakan empat lagi tren ETS tambahan bagi memenuhi permintaan sempena Hari Raya Aidilfitri

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat lagi tren ETS tambahan bagi laluan KL Sentral–Butterworth dan KL Sentral–Padang Besar untuk perjalananan pergi-balik sebagai memenuhi permintaan yang tinggi sempena sambutan Aidilfitri, laporan Bernama.

    Menurut KTMB, perkhidmatan tambahan itu membabitkan dua hari sebelum dan selepas Aidilfitri iaitu pada 28 dan 30 Mac ini serta 5 dan 6 April.

    “Perkhidmatan ini menawarkan sebanyak 1,254 tempat duduk setiap hari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan. Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna,” kata KTMB yang menambah tiket tren tambahan ini akan mula dijual pada 20 Mac 2025 bermula jam 10 pagi.

    KTMB sediakan empat lagi tren ETS tambahan bagi memenuhi permintaan sempena Hari Raya Aidilfitri

    Pada 3 Mac lalu, KTMB menawarkan empat perkhidmatan ETS tambahan bagi tempoh 28 Mac hingga 6 April berikutan tiket tren berjadual sedia ada habis dijual. Di mana jumlah keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan adalah sebanyak 40 tren sehari sepanjang tempoh 28 Mac hingga 6 April dengan jumlah tempat duduk sebanyak 117,996 tempat.

    KTMB turut menasihatkan pengguna supaya mendapatkan tiket lebih awal dan tidak menunggu pada saat akhir bagi mengelakkan masalah kehabisan tiket.

    “Pengguna juga disaran untuk hadir di stesen lebih awal bagi memudahkan urusan dokumentasi dan pemeriksaan di pintu masuk, sekali gus memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa. Pengguna boleh mendapatkan tiket melalui pembelian di aplikasi KTM Mobile (KITS), mesin kiosk atau di laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas,” katanya.

     
     
  • Perodua anjur promosi Raya 2025 – Ativa dapat rebat tunai RM1k, diskaun RM2.5k bagi Aruz, hingga 31 Mac

    Perodua sedang menganjurkan promosi ‘Salam Mubarak sempena Hari Raya Aidillfitri dengan menawarkan rebat istimewa untuk pembelian Ativa dan Aruz. Promosi ini berlangsung sehingga 31 Mac ini. Bagi SUV kompak turbo Ativa, ia diberikan rebat tunai mencecah RM1,000, manakala MPV tujuh-tempat duduk Aruz pula ditawarkan dengan diskaun RM2,500.

    Dilancarkan pada Mac 2021, Ativa masih kekal sebagai model tunggal Perodua dengan enjin turbo. SUV segmen-A ini yang juga merupakan model pertama Perodua yang dibangunkan dengan platform DNGA, dijanakan oleh enjin 1.0 liter turbo dengan kuasa 98 PS dan tork 140 Nm dari 2,400 hingga 4,000 rpm. Ia dipadankan bersama kotak gear D-CVT yang kini menjadi tunjang utama bagi peneraju pasaran. Ativa ditawarkan pada harga RM62,500 untuk model asas X dan RM73,400 bagi varian tertinggi AV dengan pilihan bumbung hitam.

    Bagi MPV Aruz pula, ia diperkenalkan pada awal 2019, dengan penggayaan ala SUV dan jarak kelegaan tanah (ground clearance) pula lebih tinggi dari kebanyakan SUV (220 mm). Ini menjadikan Aruz berbeza dari MPV tujuh-tempat duduk juga keluaran Perodua iaitu Alza (lebih rendah sebanyak 60 mm). Setakat nak redah banjir yang tidak teruk, Aruz pilihan yang terbaik.

    Aruz dijanakan oleh enjin 1.5 liter naturally-aspirated dengan 102 PS/133 Nm, dan transmisi automatik empat-kelajuan yang menyalurkan pacuan ke gandar belakang. Passion Red menyertai pilihan warna terkini pada akhir 2021.

    Jika anda mempunyai kekangan waktu untuk berkunjung ke bilik pameran, anda boleh mencuba Tempahan Dalam Talian Perodua. Bagi yang mencari mana-mana model kereta terpakai Perodua, anda boleh ke unit POV yang juga menawarkan rebat raya sehingga RM2,000 sehingga 30 April 2025.

     
     
  • Jualan kenderaan di Malaysia pada Feb 2025 naik 31%

    Jualan kenderaan di Malaysia pada Feb 2025 naik 31%

    Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengeluarkan data jualan kenderaan bagi bulan Februari 2025, di mana sebanyak 63,906 unit kenderaan telah dihantar kepada pelanggan. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 31% atau lebih 15,174 unit berbanding rekod jualan pada Januari 2025 yang mencecah 48,732 unit.

    Persatuan tersebut berkata peningkatan itu disebabkan oleh kestabilan pasaran selepas pulih daripada kemerosotan pada Januari 2025. Dengan perbandingan angka tahun ke tahun (YoY), walau bagaimana pun, jualan pada Februari 2025 turun hampir 2% daripada 65,017 unit yang dicatatkan pada Februari 2024. Bagi angka tahunan setakat ini (YTD), dua bulan pertama 2025 mencatatkan jualan sekitar 113,056 unit, kurang 14% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu yang merekodkan 131, 938 unit.

    Perlu diingat bahawa jualan kenderaan komersial untuk Februari 2025 adalah kurang 24% berbanding bulan yang sama tahun lalu. Sementara itu, jualan kenderaan penumpang meningkat sebanyak 45 unit. Setakat ini, jualan kenderaan penumpang dan komersial masing-masing turun sebanyak 12% dan 35% berbanding 2024.

    MAA menjangkakan jumlah jualan akan lebih tinggi bagi bulan Mac 2025 berbanding Februari 2025 berikutan desakan untuk menghantar kenderaan sebelum cuti Hari Raya. Selain itu, syarikat juga menyasarkan untuk menyelesaikan penghantaran sebelum tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2025, dan Mac pula seringkali dikenali sebagai bulan rekod jualan yang tinggi.

    Dari segi pengeluaran kenderaan, Februari 2025 merekodkan 61,545 unit, iaitu kurang 7% berbanding 66,464 unit bagi Februari 2024. Secara keseluruhan, angka pengeluaran YTD setakat Februari 2025 ialah 118,444 unit, turun 17% berbanding 143,516 unit bagi tempoh sama yang dicatatkan pada 2024.

     
     
  • Mercedes-Benz akan tamatkan model A-Class sedan & hatchback; hanya CLA, GLA, GLB untuk generasi baru

    Mercedes-Benz akan tamatkan model A-Class sedan & hatchback; hanya CLA, GLA, GLB untuk generasi baru

    Selepas empat generasi berada dalam pasaran, Mercedes-Benz bakal menghentikan varian hatchback untuk barisan model paling mampu miliknya iaitu A-Class. Bukan hanya hatchback, malah versi sedan A-Class juga akan dihentikan pengeluarannya, di mana model generasi baharu kelak hanya tampil dalam versi coupe empat-pintu CLA (dengan kembar wagon shooting brake), dan juga dua SUV iaitu GLA dan GLB.

    Perkara ini telah diumumkan oleh ketua pegawai teknikal Mercedes-Benz Markus Schäfer ketika pendedahan Mercedes-Benz CLA C178 minggu lalu, dan dilaporkan oleh Carscoops.

    “Kami memerlukan model yang boleh diterima di seluruh dunia, termasuk China dan Amerika Syarikat, saya tahu hatchback adalah gaya badan kegemaran di Eropah, tetapi ia bukan sebahagian daripada rancangan, dan kami terpaksa membuat pilihan – malah yang sukar. Mengurangkan kerumitan adalah tugas utama bagi kami. Atas sebab ini, mengecilkan keluarga kompak daripada tujuh kepada empat model adalah perlu dalam segmen ini,” kata Schäfer.

    Mercedes-Benz akan tamatkan model A-Class sedan & hatchback; hanya CLA, GLA, GLB untuk generasi baru

    Der neue Mercedes-Benz CLA mit EQ Technologie: Exterieur: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonienrot metallic
    The all-new Mercedes-Benz CLA with EQ Technology: exterior: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonia red metallic

    Keputusan untuk menghentikan pengeluaran bentuk badan paling popular dalam barisan model A-Class ini dan memberikan laluan kepada model dalam segmen lebih nic seperti CLA ini mungkin kelihatan pelik. Namun ia adalah sejajar dengan hala tuju baharu Mercedes-Benz bagi menghasilkan “kereta paling diingini di dunia”.

    Model generasi sedia ada ini hanya akan diproduksi sehingga 2026. Malah di Malaysia sendiri bermula model facelift yang mula diperkenalkan pada Jun 2023, A-Class hanya ditawarkan dalam versi sedan sahaja, dan ia dihasilkan secara pemasangan tempatan. Namun model hatchback masih boleh dipilih dalam versi prestasi Mercedes-AMG A45S yang diimport sepenuhnya.

    Bagi versi generasi seterusnya, ia diasaskan dari platform Mercedes-Benz Modular Architecture (MMA) untuk model-model kompak. Mercedes-Benz CLA C178 ini juga dibina dengan versi kenderaan elektrik (EV) sebagai varian utama, dan ia akan diikuti dengan model hibrid selepas ini.

     
     
  • Lebih 2.2 juta kenderaan bakal menggunakan lebuhraya kendalian PLUS pada Aidilfitri ini

    Lebih 2.2 juta kenderaan bakal menggunakan lebuhraya kendalian PLUS pada Aidilfitri ini

    PLUS Malaysia menjangkakan lebih dua juta kenderaan bakal menggunakan lebuhraya kendaliannya pada Hari Raya Aidilfitri ini, termasuk 2.2 juta di lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan kira-kira 70,000 di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), laporan Bernama.

    “Ini (jumlah kenderaan di lebuhraya) meningkat 20% berbanding hari biasa,” kata COO Datuk Zakaria Ahmad Zabidi sambil menambah 27-29 Mac (sebelum Raya) dan 4-6 April (selepas Raya) adalah tarikh puncak yang dijangkakan.

    Tambah beliau, semua kerja di jalan utama akan dihentikan dari 27 Mac hingga 7 April, hanya untuk kecemasan sahaja dibenarkan. Selain itu, kenderaan berat tidak akan dibenarkan memasuki lebuhraya pada 29 hingga 30 Mac dan 5 hingga 6 April.

    Lebih 2.2 juta kenderaan bakal menggunakan lebuhraya kendalian PLUS pada Aidilfitri ini

    Selain itu, terdapat 28 smartlane yang akan diaktifkan bagi melancarkan aliran trafik di lokasi kritikal termasuk tiga lokasi baharu yang ditambah di kawasan yang dijangka sesak iaitu di Lingkaran Putrajaya (arah timur), Pedas Linggi-Senawang (arah utara) dan Tangkak-Jasin( arah utara).

    Smartlane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang dan ia boleh dikenal pasti melalui paparan lampu hijau berkelip serta papan tanda pemberitahuan yang dipasang di lokasi-lokasi tertentu. Had laju pengguna lebuhraya adalah sekitar 60 km/j dan dilarang memandu di lorong kecemasan di lokasi lain yang tidak diaktifkan,” katanya.

    Dalam masa yang sama, beliau berkata, PLUS menasihatkan orang ramai untuk memuatnaik aplikasi perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi memudahkan pengguna jalan raya merancang perjalanan.

     
     
  • Harga minyak 20-26 Mac – petrol dikekalkan, diesel untuk Semenanjung diturunkan 3 sen seliter

    Harga minyak 20-26 Mac – petrol dikekalkan, diesel untuk Semenanjung diturunkan 3 sen seliter

    Kementerian Kewangan mengumumkan bagi minggu bertarikh 20 hingga 26 Mac 2025, harga bagi petrol RON 97 dikekalkan iaitu RM3.28 seliter. Begitu juga dengan harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter.

    Untuk diesel pula, harga runcit yang dijual di Semenanjung diturunkan sebanyak 3 sen seliter menjadi RM3.03 seliter. Walau bagaimana pun harga diesel untuk Sabah dan Sarawak masih dikekalkan pada RM2.15 seliter.

    Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata kriteria kelayakan subsidi RON95 serta kaedah pelaksanaannya akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Menurut beliau, kementeriannya akan membentangkan hal-hal berkaitan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk mendapatkan kelulusan sebelum diumumkan kepada umum.

    Pengumuman ini juga akan meliputi peralihan kelayakan dari set sedia ada yang berasaskan pendapatan kasar, yang dikelaskan mengikut segmen B40, M40 dan T20, kepada berdasarkan pendapatan boleh dibelanjakan (disposable income).

     
     
  • Vespa GTS 300 Classic tiba di Malaysia – RM31,900

    Vespa GTS 300 Classic tiba di Malaysia – RM31,900

    Pilihan untuk model Vespa GTS 300 di Malaysia kini bertambah dengan pelancaran satu lagi versi, iaitu GTS 300 Classic. Harga yang ditetapkan adalah RM31,900 tidak termasuk insurans, tetapi untuk 50 pelanggan pertama, skuter ini akan dijual pada harga RM29,900 dalam keadaan standard.

    Tiga warna ditawarkan untuk GTS 300 Classic, iaitu Beige Sabbia Q02, Black Vulcano ND dan Green Relax V11. Kemudiannya, ia diserikan dengan kemasan krom yang terdapat pada kemasan tepi badan, cermin sisi, perumah lampu, spring suspensinya serta pelindung ekzos. Tempat duduk pula berwarna kelabu.

    Sebagai satu siri GTS 300, model baru ini digerakkan oleh enjin satu silinder HPE empat strok, suntikan bahan api 278 cc, yang dipadankan bersama transmisi automatik CVT, mampu menghasilkan kuasa 23.8 hp pada 8,250 rpm dan tork 26 Nm pada 5,250 rpm.

    Menurut Vespa, model GTS 300 terbaru kini mempunyai beberapa peningkatan, termasuk tempat duduk yang lebih selesa serta sistem tanpa kunci. Panel meter masih menggunakan gabungan paparan analog dan skrin LCD.

    GTS 300 Classic datang dengan rim bersaiz 12 inci bersama tayar 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang, dan ia dipegang masing-masing oleh suspensi yang terdiri daripada lengan ayun dengan penyerap hentak di hadapan dan dua penyerap di belakang. Tangki bahan api berkapasiti 8.5 liter.

     
     
  • Enjin Skyactiv-Z Mazda akan jimatkan pelaburan untuk EV, bakal muncul di CX-5 generasi baru pada 2027

    Enjin Skyactiv-Z Mazda akan jimatkan pelaburan untuk EV, bakal muncul di CX-5 generasi baru pada 2027

    Mazda adalah antara sekutu Toyota dalam pembinaan enjin pembakaran dalaman generasi baharu, bagi memberikan alternatif kepada pengguna untuk tidak bergantung kepada kenderaan elektrik (EV) semata-mata pada masa akan datang. Pada November tahun jenama automotif Jepun berkenaan sudahpun mengumumkan enjin lebih mesra alam baharunya akan dikenali sebagai enjin SkyActiv-Z, dan menerusi pengumuman terbaharu, enjin berkenaan disahkan akan membuat kemunculan sulungnya menerusi SUV Mazda CX-5 generasi selepas ini yang bakal diperkenal pada penghujung 2027.

    Tidak banyak perincian tentang bagaimana enjin berkenaan berfungsi. Namun apa yang disahkan oleh Mazda bahawa enjin ini akan beroperasi dengan kaedah pembakaran ‘lambda one’, iaitu ia akan mencapai pembakaran lengkap dengan 14.7 bahagian udara dan 1 bahagian bahan api (14.7:1 atau dikenali dengan 1 lambda) pada setiap tahap rpm enjin.

    Mazda turut mengesahkan enjin tersebut akan memenuhi peraturan emisi Euro 7 di Eropah dan juga LEV 4/Tier 4 di Amerika Syarikat. Dengan terhasilnya enjin yang boleh dijual tanpa masalah dalam era pelepasan karbon yang semakin ketat ini, Mazda mendakwa bahawa ia dapat menjimatkan banyak kos kerana enjin tersebut boleh beroperasi dengan unit kawalan elektronik dan juga komponen-komponen elektrikal yang jauh lebih sedikit berbanding model-model yang dibantu sistem elektrifikasi bagi kekal relevan dengan undang-undang berkenaan.

    Oleh itu Mazda mendakwa bahawa ia akan dapat mengurangkan pelaburan dalam elektrifikasi dari dua trillion yen (RM59.2 bilion) kepada sekitar 1.5 trilion yen (RM44.4 bilion) menerusi optimisasi pelaburan, seperti untuk bateri. Jadi pelaburan bagi perolehan bateri Mazda dijangka akan berkurang separuh dari jumlah asal 750 bilion yen (RM22.2 bilion).

    Manakala untuk kenderaan elektrik bateri (BEV), Mazda jangka akan kurang pelaburannya untuk pembangunan kenderaan sedemikian sehingga 40%, dan pembangunan masa tenaga kerja sehingga 50% “berbanding pembangunan konvensional menerusi kolobrasi dan perkongsian,” kata Mazda.

    Mazda dilihat bekerjasama dengan pengeluar lain dalam menghasilkan model-model EV seperti Mazda EZ-6 yang dibina bersama Changan. Model berkenaan bukan hanya dijual di pasaran domestik China, malah Mazda telah mengesahkan bahawa sedan EV tersebut turut akan dilancarkan di Eropah dan juga di Thailand dengan nama Mazda 6e. Mazda turut akan membangunkan EV rekaan sendirinya di Jepun, dan ia turut akan dibawa ke pasaran global yang lain.

     
     
  • Projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru satu lonjakan kepada sistem keretapi negara

    Projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru satu lonjakan kepada sistem keretapi negara

    Seperti yang ramai sudah maklum, perkhidmatan Electric Train Service (ETS) oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) bakal bermula untuk ke Segamat melalui projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru yang sedang dibangunkan.

    Semakin hampir dengan JB, stesen Labis akan mula menyediakan perkhidmatan ETS bulan depan, diikuti oleh Kluang pada Mei dan akhir sekali, Johor Bahru pada September nanti.

    Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi gembira dengan pengenalan perkhidmatan ETS di Johor, dan menyifatkan projek landasan berkembar elektrik itu sebagai sebuah lonjakan bagi sistem landasan kebangsaan, terutamanya di selatan, lapor Bernama.

    “Projek ini merupakan sebahagian daripada transformasi prasarana di Johor. Semoga perkhidmatan ini memberi manfaat yang besar untuk rakyat dan negeri ini dan menjadikan kami lebih berdaya saing dan membangun,” ujarnya dalam satu hantaran Facebook.

    “Dengan landasan berkembar ini, perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral akan mengambil masa hanya tiga jam dan 30 minit, menjadikannya pilihan yang paling pantas, selesa dan cekap. Landasan sepanjang 192 km itu melintasi Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru sebelum berakhir di JB Sentral. Dengan kelajuan maksimum 160 km/j, tren elektrik ini boleh melakukan 22 perjalanan sehari dengan 364 kerusi bagi setiap tren,” tambahnya.

    Sebaik sahaja landasan JB semuanya elektrik berkembar, seluruh jajaran Pantai Barat akan menjadi perkhidmatan utama bagi ETS dan unit komuter elektrik. Perkhidmatan tren biasa selepas ini hanya akan digunakan untuk jajaran Pantai Timur sahaja — yang juga akan menjalani naik taraf elektrifikasi.

     
     
  • Tiga kenderaan memotong di garisan berkembar hampir sebabkan kemalangan – IPD Penampang

    Tiga kenderaan memotong di garisan berkembar hampir sebabkan kemalangan – IPD Penampang

    Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton mengesahkan tiga pemandu yang dikesan memandu secara berbahaya sehingga nyaris menyebabkan kemalangan di Jalan Penampang – Tambunan, Sabah telah hadir menyerah diri.

    Menurut beliau, ketiga-tiga pemandu berkenaan tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang selepas berjaya dikesan polis berdasarkan video yang tular di laman sosial media.

    Sebelum itu, katanya, pihaknya mengesan sebuah rakaman video berdurasi 27 saat mengenai satu insiden pemanduan berbahaya di jalan berkenaan yang tular di media sosial. Insiden tersebut dipercayai berlaku jam 1.41 petang pada 16 Mac lalu, di mana ketiga-tiga kenderaan memotong sebuah lori di satu selekoh garisan berkembar hingga menyebabkan kenderaan lain dari arah bertentangan terpaksa berhenti bagi mengelak berlakunya kemalangan.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun dan denda hingga RM15,000, jika didapati bersalah. Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Amrin Mohhamad Arif di talian 017-6638278,” katanya.

    Melihat rakaman video yang tular itu, ternyata tindakan ketiga-tiga pemandu berkenaan boleh mengundang kecelakaan jalan raya. Memotong di garisan berkembar di laluan berselekoh umpama mementingkan diri sendiri dan sanggup berhadapan dengan risiko dengan mengabaikan keselamatan sekeliling. Kami di paultan.org menggesa anda semua agar lebih berhati-hati dalam pemanduan dan jangan mengabaikan aspek keselamatan diri sendiri serta orang lain. Tolong amalkan pemanduan selamat dan moga kita selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

     
     
  • Kenderaan berat tidak dibenarkan guna lorong kanan di lebuhraya – warta sejak 2015 tapi belum dikuatkuasa

    Kenderaan berat tidak dibenarkan guna lorong kanan di lebuhraya – warta sejak 2015 tapi belum dikuatkuasa

    Kenderaan berat termasuk lori dan bas yang melalui lebuhraya tidak lagi dibenar menggunakan lorong kanan, sebaliknya kekal di lorong paling kiri kecuali untuk memotong. Ini antara lima langkah penambahbaikan yang akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) membabitkan peraturan lebih ketat bagi kenderaan perdagangan, iaitu lori dan bas, laporan New Straits Times.

    Penambahanbaikan peraturan lain ialah mewajibkan pemasangan alat kawalan kelajuan, pemasangan alat Sistem Kedudukan Global (GPS), alat pengesan muatan High Speed-Weigh in Motion (HS-WIM) di 11 lokasi lebuhraya dan penambahan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

    Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, berkata peraturan melarang bas dan lori berada di lorong paling kanan sebenarnya sudah diwartakan pada 2015, namun belum dikuat kuasakan lagi.

    “Di bawah peraturan ini, lori atau bas mesti kekal di lorong kiri dan tidak boleh dipandu laju. Jika ingin memotong, ia dibolehkan bertukar ke lorong kedua dan kembali semula ke kiri.

    Kenderaan berat tidak dibenarkan guna lorong kanan di lebuhraya – warta sejak 2015 tapi belum dikuatkuasa

    “Namun, mereka sama sekali tidak boleh berada di lorong ketiga pada bila-bila masa. Justeru, kita akan usulkan semula perkara ini kepada menteri supaya dapat dikuatkuasakan membabitkan kenderaan berat di lebuh raya,” katanya sambil menambah bahawa semua lori baharu sudah mempunyai alat kawalan kelajuan, tetapi pemilik kenderaan lama mempunyai pilihan untuk memasangnya sendiri.

    “Peranti ini akan mengehadkan kelajuan kenderaan berat kepada 80-90 km/j bagi mengelak berlakunya kemalangan, peraturan ini juga telah diwartakan di bawah undang-undang sedia ada, tetapi ia masih belum dikuatkuasakan, dan kita mahu melihat ia dilaksanakan,” katanya.

    Jana Santhiran berkata peraturan pemasangan GPS akan berkuat kuasa bulan ini, membolehkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengambil tindakan berdasarkan pemantauan masa nyata sistem itu. Di mana bagi peranti kawalan kelajuan dan GPS, pemeriksaan akan dijalankan setiap enam bulan di Puspakom bagi memastikan pematuhan.

    Dalam masa yang sama, pihak berkuasa boleh segera mengambil tindakan ke atas mana-mana kenderaan yang ingkar, termasuk menggantung atau membatalkan permit syarikat lori atau bas.

    Kenderaan berat tidak dibenarkan guna lorong kanan di lebuhraya – warta sejak 2015 tapi belum dikuatkuasa

    Bagi pemasangan HS-WIM yang mengesan kenderaan lebih muatan di 11 lokasi lebuhraya, ia dijangka siap pada suku pertama 2026. Dua lokasi kini dalam fasa pembuktian konsep (POC) dan sembilan yang lain sedang menjalani projek perintis, dijangka beroperasi sepenuhnya awal tahun depan.

    “Kami juga bekerjasama dengan pengendali lebuhraya, kerana mereka mempunyai sistem yang mampu mengesan muatan lori di plaza tol. Teknologi ini akan dihubungkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan pengeluaran saman secara automatik,” kata Jana Santhiran sambil menambah kementerian akan akan berusaha memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MoF) untuk menambah lebih banyak kamera AES di seluruh negara.

    Jana Santhiran turut berkata, penambahbaikan itu diperoleh hasil penubuhan pasukan petugas khas pada awal Januari lalu bagi menangani isu membabitkan kenderaan berat secara menyeluruh.

     
     
  • Royal Enfield Guerilla 450 dilancar di Malaysia – enjin satu silinder 452 cc, harga RM28k, jaminan tiga tahun

    Royal Enfield Guerilla 450 dilancar di Malaysia – enjin satu silinder 452 cc, harga RM28k, jaminan tiga tahun

    Didedahkan kepada dunia pertengahan tahun lalu, Royal Enfield Guerilla 450 kini dilancarkan di Malaysia dalam satu versi, pada harga RM28,700 tidak termasuk insurans. Dua pilihan warna disediakan, iaitu putih/biru dan hitam/kuning, bersama jaminan tiga tahun tanpa had batuan.

    Guerilla 450 menggunakan asas yang sama dengan Himalayan 450, tetapi dijadikan lebih kepada untuk penggunaan atas jalan biasa, dengan beberapa bahagian diubah. Ia dipacu oleh enjin satu silinder suntikan bahan api 452 cc DOHC penyejukan cecair bersama transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan 40 PS pada 8,000 rpm dan tork 40 Nm pada 5,500 rpm.

    Terletak lebih rendah berbanding Himalayan 450, dengan tinggi tempat duduk 780 mm, Guerilla 450 menggunakan rim 17 inci yang dibalut tayar tanpa tiub 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang, dipegang oleh masing-masing fork teleskopik 43 mm dan monoshock dengan linkage, daripada Showa (jarak gerak 140 mm dan 150 mm).

    Untuk mengawal penyampaian kuasa ini, penunggang disediakan dengan dua mod iaitu Eco dan Performance, dengan penukaran boleh dilakukan dengan satu butang di bahagian kanan pemegang, sementara tangki bahan apinya berkapasiti 11 liter (17 liter pada Himalayan 450), dan berat keseluruhannya adalah 185 kg (196 kg bagi Himalayan 450).

    Kedua-dua brek hadapan dan belakang menggunakan unit cakera, dengan masing-masing bersaiz 310 mm dengan angkup dua piston dan 270 mm dengan angkup satu piston, lengkap bersama sistem ABS dual-channel secara standard (boleh ditutup menggunakan suis).

    Varian yang tiba di Malaysia ini adalah varian tinggi, bermakna ia datang dengan skrin TFT empat inci berbentuk bulat, Tripper Dash yang boleh disambung kepada telefon pintar untuk memaparkan pelbagai fungsi termasuk navigasi penuh.

     
     
  • Puspakom laksana inisiatif deklarasi kendiri 5 aspek pemeriksaan bukan keselamatan kenderaan komersial

    Puspakom laksana inisiatif deklarasi kendiri 5 aspek pemeriksaan bukan keselamatan kenderaan komersial

    Puspakom telah memulakan inisiatif deklarasi kendiri bagi pemeriksaan lima aspek yang tidak berkaitan dengan keselamatan bagi kenderaan komersial, laporan Bernama. Lima aspek itu ialah tanda badan kenderaan, tanda had laju, kit bantuan kecemasan, nombor pendaftaran dan keadaan tempat duduk penumpang bagi kenderaan perkhidmatan awam, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

    Menurut beliau, inisiatif ini bertujuan untuk memendekkan masa pemeriksaan dan mengurangkan kegagalan akibat isu bukan kritikal, dan kenderaan yang sebelum ini gagal dalam pemeriksaan kerana lima aspek ini mungkin menjalani pemeriksaan semula secara dalam talian mulai hari ini.

    “Fleksibiliti ini hanya dibenarkan untuk kenderaan yang gagal dalam pemeriksaan bagi lima aspek ini, tanpa menjejaskan mana-mana kriteria pemeriksaan lain, dan terpakai semata-mata untuk prosedur pemeriksaan di Puspakom.

    Puspakom laksana inisiatif deklarasi kendiri 5 aspek pemeriksaan bukan keselamatan kenderaan komersial

    “Bagaimanapun, aspek ini masih tertakluk kepada peraturan penguatkuasaan di bawah JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pihak berkuasa akan mengambil tindakan sekiranya kenderaan tersebut kekurangan mana-mana daripada lima aspek ini, termasuk denda sehingga RM300 setiap barang,” kata Aedy.

    Pemilik kenderaan boleh memuat turun buku panduan mengenai kriteria deklarasi kendiri Puspakom dan spesifikasi lima aspek itu daripada laman web Puspakom, kata Aedy Fadly. Kelima-lima aspek ini antara perkara yang akan diperiksa JPJ sepanjang operasi khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang akan berlangsung dari 24 Mac hingga 8 April ini di seluruh negara.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata, dianggarkan 7,500 pemilik kenderaan komersial bakal melengkapkan deklarasi kendiri menerusi laman web Puspakom.

     
     
  • Mercedes-Benz CLA C178 2025 didedahkan – generasi ke-3, EV varian utama, diikuti varian hibrid selepas ini

    Mercedes-Benz CLA C178 2025 didedahkan – generasi ke-3, EV varian utama, diikuti varian hibrid selepas ini

    Der neue Mercedes-Benz CLA mit EQ Technologie: Exterieur: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonienrot metallic
    The all-new Mercedes-Benz CLA with EQ Technology: exterior: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonia red metallic

    Mercedes-Benz Concept CLA Class yang didedahkan pada September 2023 akhirnya kini muncul dalam versi peroduksi – memperkenalkan, ini dia Mercedes-Benz CLA generasi ketiga, yang dikenali dengan kod C178.

    Untuk model generasi baharu ini, ia diasaskan dari Mercedes-Benz Modular Architecture (MMA) untuk model-model kompak. Kali ini juga A-Class tidak akan dihasilkan sebagai sebuah hatchback, dan selain CLA, barisan model Mercedes-Benz paling kecil ini akan hanya dikembangkan kepada versi CLA Shooting Brake (wagon) dan juga dua lagi SUV.

    Malah, model ini direka sebagai sebuah kenderaan elektrik (EV) terlebih dahulu, kemudian barulah ia diolah untuk memuatkan enjin pembakaran dalam untuk varian-varian hibrid yang akan muncul kemudian. Untuk nama pula, seperti yang diumum sebelum ini model-model EV tidak lagi akan menggunakan awalan ‘EQ’ di hadapan, dan ia sama sahaja seperti model dengan enjin pembakaran dalaman.

    Oleh itu dua varian awal yang akan diperkenalkan untuk CLA C178 ini adalah CLA250+ with EQ Technology dan CLA350 4Matic with EQ Technology, di mana “EQ Technology” dalam nama tersebut menandakan bahawa ia sebuah model EV.

    Mercedes-Benz CLA C178 2025 didedahkan – generasi ke-3, EV varian utama, diikuti varian hibrid selepas ini

    Der neue Mercedes-Benz CLA mit EQ Technologie: Exterieur: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonienrot metallic
    The all-new Mercedes-Benz CLA with EQ Technology: exterior: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonia red metallic

    Bagi CLA250+, ia digerakkan dengan hanya satu motor elektrik berkuasa 272 PS (200 kW) dan tork maksima 335 Nm yang memacu roda belakang. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/ dalam masa 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 210 km/j.

    Manakala CLA350 4Matic pula ditambah dengan satu lagi motor berkuasa 109 PS (80 kW) pada gandar hadapan, membolehkan kuasa penuh 354 PS (260 kW) dan tork 515 Nm bagi memacu semua roda, mencatatkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat.

    Mercedes-Benz mendakwa CLA merupakan “kereta satu liter” (gelaran yang diberikan kepada sasaran 1.0 liter setiap 100 km pada kereta pembakaran dalaman sebelum ini) untuk era elektrik. Bagi model CLA250+, ia didakwa menggunakan tenaga diantara 12.2 dan 14.1 kWj per 100 km. Ini membolehkan bateri nikel mangan kobalt (NMC) 85 kWj yang dibekalkan mencapai jarak perjalanan antara 694km hingga 792 km dalam kitaran ujian WLTP.

    Untuk CLA350 4 Matic pula, penggunaan kuasanya adalah serendah antara 12.5 kWj dan 14.7 kWj untuk perjalanan 100 km. Menjelang akhir tahun ini, Mercedes-Benz turut akan memberikan pilihan bateri lithium iron fosfat 58 kWj bagi memberikan jarak gerak antara 672 and 771 km.

    Mercedes-Benz CLA C178 2025 didedahkan – generasi ke-3, EV varian utama, diikuti varian hibrid selepas ini

    Der neue Mercedes-Benz CLA: Exterieur: AMG Line, clear blue metallic
    The all-new Mercedes-Benz CLA: exterior: AMG Line, clear blue metallic

    Antara faktor yang membolehkan penggunaan kuasa tersebut lebih efisien, Mercedes-Benz turut mencapai pekali geseran hanya 0.21 pada rekaan badan, serta menggunakan transmisi dua kelajuan pada gandar belakang. Malah sistem regenerative braking CLA ini juga mampu menghasilkan kuasa 200 kW dengan setiap nyah pecut 3 m/s2.

    CLA generasi ketiga ini juga merupakan EV pertama Mercedes-Benz yang menggunakan asas elektrikal 800-volt. Ia membolehkan sistem cas pantas DC sehingga 320 kW digunakan, bagi mendapatkan jarak 325 km dengan pengecasan hanya 10 minit. Walau bagaimanapun, untuk pengecasan AC ia masih hanya mampu menyokong sehingga 11 kW. Dengan kemaskini perisian selepas itu, sistem AC ini turut boleh menghantar kuasa semula keluar menerusi pengecas dua arah.

    Untuk pilihan unit rangkaian kuasa dengan enjin pembakaran dalaman, CLA akan ditawarkan dengan sistem hibrid ringkas 48-volt. Perincian lengkapnya masih belum diumumkan, namun Mercedes mengesahkan akan ada tiga pilihan varian di mana kesemuanya menerima enjin baharu M252 1.5 liter empat-silinder turbo kitaran Atkinson dengan motor elektrik yang diapit oleh kotak gear klac berkembar automatik lapan-kelajuan 8F-eDCT.

    Dengan bateri 1.3 kWj, sistem hibird tersebut mampu menggerakkan CLA hibrid ini dengan kuasa elektrik penuh pada kelajuan rendah yang memmerlukan kuasa kurang dari 27 PS (20 kW). Ia juga membolehkan kereta ini ‘berlayar’ dengan enjin dimatikan sepenuhnya pada kelajuan sehingga 100 km/j, serta sistem regenerative braking boleh berfungsi dalam semua lapan gear menghasilkan kuasa sehingga 25 kW.

    Mercedes-Benz CLA C178 2025 didedahkan – generasi ke-3, EV varian utama, diikuti varian hibrid selepas ini

    Der neue Mercedes-Benz CLA mit Hightech-Hybridmotor
    The all-new Mercedes-Benz CLA with high-tech hybrid combustion engine

    Casis CLA generasi baharu ini akan menampilkan suspensi topang McPherson di hadapan, dan bahagian belakang kini menerima sistem multilink standard untuk semua varian. Penyerap hentak pasif juga adalah perincian standard CLA ini.

    Untuk rekaan, model produksi ini mengambil sepenuhnya bentuk model konsep Concept CLA Class yang didedahkan lebih setahun yang lalu. Badan CLA generasi baharu ini menampilkan bumbung yang rendah dan landai kebelakang, dengan diberikan enam cermin tingkap tanpa kerangka di pintu.

    Bahagian bumbung berkenaan ditarik lebih ke belakang bagi menghasilkan dek belakang yang lebih pendek, seterusnya memberikan ruang kepala dalam kabin 28 mm lebih besar. Lampu hadapan yang merentangi sepenuhnya pada bahagian muka bersama gril berbentuk trapezoid di bawahnya disalin terus dari model konsep kepada model produksi ini.

    Pada versi EV, gril berkenaan diberikan pencahayaan sepenuhnya termasuk pada logo bintang tiga penjuru bersaiz besar di hadapan. Manakala model hibrid akan diberikan gril dengan aliran udara biasa serta menampilkan elemen rekaan melintang dan lampu pada sebelah atas.

    Mercedes-Benz CLA C178 2025 didedahkan – generasi ke-3, EV varian utama, diikuti varian hibrid selepas ini

    Der neue Mercedes-Benz CLA mit EQ Technologie: Exterieur: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonienrot metallic
    The all-new Mercedes-Benz CLA with EQ Technology: exterior: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonia red metallic

    Manakala lampu belakang direka dengan konsep serupa dengan lampu hadapan. Kalau anda perasan juga, elemen rekaan bintang tiga penjuru diterapkan pada gril khususnya untuk model EV, dan pada grafik LED pada lampu hadapan dan belakang. CLA generasi baharu ini akan datang dengan pelbagai pilihan rim aloi dengan diameter bermula 17 hingga 19-inci.

    Pelbagai perkara yang dibuat bagi aspek aerodinamik CLA C178 ini bagi mendapatkan pekali geseran 0.21 yang disebut tadi. Antaranya dengan rekaan pembuka pintu yang tenggelam, cermin sisi yang terletak pada kulit pintu, bahagian bawah lantai yang ditutup hampir sepenuhnya termasuk pada bahagian suspensi seperti lengan kawalan dan rod sambungan dan juga rekaan pada set roda.

    Model generasi baharu ini dihasilkan dengan dimensi 4,723 mm panjang, 1,855 mm lebar, 1,468 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,790 mm. Jadi walaupun dalam gambar ia mungkin nampak lebih kurang sama besar dengan model generasi sebelumnya, model generasi baharu ini sebenarnya 35 mm lebih panjang, 25 mm lebih lebar 29 mm lebih tinggi dan jarak roda 61 mm lebih jauh.

    Mercedes-Benz CLA C178 2025 didedahkan – generasi ke-3, EV varian utama, diikuti varian hibrid selepas ini

    Der neue Mercedes-Benz CLA mit EQ Technologie: Displayinhalt kann optisch vom Serienstand abweichen; AMG Line Plus, Interieur: Schwarz/Clean White Pearl
    The all-new Mercedes-Benz CLA with EQ Technology: Display content may differ visually from the production model; AMG Line Plus, interior: black/clean white pearl

    Namun dengan unit rangkaian kuasa elektrik pada gandar belakang menyebabkan ruang but kini ‘mengecut’ 55 liter kepada hanya 405 liter. Walau bagaimanapun dengan ketiadaan enjin pada bonet hadapan, ia turut menawarkan ruang simpanan pada bahagian tersebut dengan kapasiti 101 liter.

    Beralih ke kabin, papan pemuka CLA ini direka seakan dinding untuk meletakkan skrin sepenuhnya merentangi bahagian berkenaan. Pemandu menerima paparan intrumen digital dengan skrin 10.25-inci, yang bersambung sepenuhnya dengan sepasang skrin berkembar masing-masing bersaiz 14-inci bagi mengoperasikan sistem infotainmen MBUX. Namun ada varian-varian lebih rendah yang tidak menerima skrin berkembar berkenaan, dan bahagian tersebut akan diganti dengan nyalaan grafik bintang tiga penjuru.

    Skrin-skrin tersebut beroperasi denga sistem MB.OS, yang menggunakan dua model AI generatif. Pembantu Maya MBUX pada sistem ini menggunakan Chat GPT dan pencari Microsoft Bing untuk permintaan biasa, dan ia boleh beralih kepada Google Gemini untuk permintaan yang berkaitan dengan sistem navigasi.

    Mercedes-Benz CLA C178 2025 didedahkan – generasi ke-3, EV varian utama, diikuti varian hibrid selepas ini

    Der neue Mercedes-Benz CLA mit EQ Technologie: Displayinhalt kann optisch vom Serienstand abweichen; AMG Line Plus, Interieur: Schwarz/Clean White Pearl
    The all-new Mercedes-Benz CLA with EQ Technology: Display content may differ visually from the production model; AMG Line Plus, interior: black/clean white pearl

    Sistem MBUX yang dipadankan pada CLA ini merupakan sistem generasi keempat, menggunakan enjin permainan Unity untuk grafik 3D masa nyata. Antara muka “Zero layer” yang pertama kali digunakan pada S-Class W223 diterapkan pada CLA ini, yang boleh menunjukkan aplikasi terakhir yang anda gunakan, manakala app drawer kini membenarkan anda mewujudkan folder baharu seperti pada telefon pintar.

    Untuk keselamatan, CLA baharu ini diberikan beg udara tengah baharu dan pelbagai sistem bantuan pemanduan, termasuk cruise control adaptif Distronic yang diberikan secara standard bagi model-model pasaran Eropah. Ketika dilancarkan nanti, CLA turut ditawarkan dengan pilihan pakej Drive Assist yang akan memberikan tambahan sistem bantuan kekal tengah lorong bagi fungsi pemanduan separa-autonomi tahap 2, dan juga bantuan tukar lorong.

    Selepas itu CLA ini akan ditawarkan dengan Drive Assist Plus yang ditambah dengan Distronic Plus, serta dirancang untuk dipadankan bersama penukar lorong automatik. Sistem terbaik Drive Assist Pro yang digelar sebagai sistem “pemanduan separa autonomi 2++” akan membolehkan pemandu melepaskan tangan dari roda stereng ketika memandu. Sistem tersebut dirancang untuk dikomersilkan di China tahun ini dan di Amerika Syarikat pada tahun hadapan.

     
     
  • JPJ eBid: Siri KGA dan QM_S bakal dibuka bidaan

    Kenderaan yang anda tempah bakal diperoleh tidak lama lagi, pasti anda teruja tercari-cari plat nombor pendaftaran yang sesuai kan. Ini ada dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Siri plat nombor terkini dari Kedah, KGA, bakal dibuka bidaan bermula 23 Mac 2025. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 27 Mac ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 28 Mac 2025. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

    Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Sarawak pula, QM_S, bidaannya pula bakal dibuka mulai 25 Mac dan akan berakhir jam 10 malam pada 29 Mac. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 30 Mac 2025.

    Jadi, jika anda mengingini mana-mana siri yang ditawarkan ini, anda boleh membidanya menerusi JPJ eBid tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.21 (+0.03)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (+0.03)
EURO 5 B7 RM3.11 (+0.03)
Last Updated Jul 17, 2025