Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Proton X90 spesifikasi antara varian – Standard, Executive, Premium dan Flagship, RM124k-RM153k

    Proton X90 spesifikasi antara varian  – Standard, Executive, Premium dan Flagship, RM124k-RM153k

    Proton X90 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad lalu, dan itu merupakan model flagship terbaru dan juga model hibrid pertama bagi jenama itu. Menggunakan asas daripada Geely Haoyue (atau Oktavango di pasaran lain), X90 dijual dalam empat varian di sini, dengan dua pilihan konfigurasi tempat-duduk — enam dan tujuh.

    Tiga daripada varian berkenaan hadir dengan tujuh tempat duduk — Standard (RM123,800), Executive (RM130,800) dan Premium (RM144,800), dengan konfigurasi 2-3-2 (kerusi panjang untuk barisan tengah), manakala varian Flagship (RM152,800) pula dengan enam-tempat duduk dalam konfigurasi 2-2-2: captain seat untuk barisan keduanya.

    Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder turbocas GDI yang turut digunakan oleh X50 Flagship dan X70 terkini, tetapi dengan tambahan sistem 48V mild-hybrid dan belt-starter generator (BSG), yang menjadikan outputnya 190 PS dan 300 Nm, 13 PS dan 45 Nm lebih tinggi berbanding unit enjin sama tanpa BSG. Ini digandingkan dengan transmisi klac berkembar basah tujuh-kelajuan.

    Proton X90 spesifikasi antara varian  – Standard, Executive, Premium dan Flagship, RM124k-RM153k

    Artikel ini akan menyenaraikan perbezaan penawaran antara empat varian berkenaan untuk memudahkan anda melihat senarai kelengkapan yang ada untuk setiap daripadanya. Secara umum, Standard merupakan varian paling asas yang datang dengan lampu depan LED penuh dengan lampu isyarat sequential, kerusi balutan fabrik, kamera undur dan rim 18-inci aloi.

    X90 juga lengkap dengan sistem infotainmen LCD 12.3-inci skrin sentuh dengan paparan 1920 x 720 pixel, 6 GB RAM dan 64 GB storan dalaman serta pendingin dua zon dan pendingin independen di belakang, serta corong pendingin untuk semua barisan tempat duduk. Pengecas peranti elektronik juga banyak, dengan tujuh USB semuanya, serta untuk varian paling tinggi ada pengecas tanpa wayar.

    Varian Executive menerima pertambahan kerusi dengan liang udara, dengan kerusi pemandu larasan enam-arah. Ia juga datang dengan kerusi balutan kulit buatan, paparan instrumen digital 10-inci, pintu belakang berkuasa, kamera 360-darjah dengan paparan 3D dan sistem tinjauan tekanan tayar.

    Proton X90 spesifikasi antara varian  – Standard, Executive, Premium dan Flagship, RM124k-RM153k

    Varian Premium pula datang dengan tambahan saiz rim kepada 19-inci dan kulit Nappa, lampu suasana, kerusi depan larasan kuasa dan ciri tambahan untuk ADAS, dengan AEB, LDW dan kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go disertakan.

    Selain menjadi satu-satunya varian dengan enam-tempat duduk 2-2-2, varian Flagship hadir dengan tambahan sunroof panoramik besar dan suis “Boss” untuk penumpang depan, untuk membolehkan kerusi dialih ke depan dan memberikan lebih banyak ruang kaki di barisan kedua. Kerusi kapten barisan kedua juga dengan liang udara.

    Untuk laporan pandu uji ringkas X90, sila rujuk di sini.

    Perbezaan spesifikasi antara varian Proton X90

    Proton X90 1.5 TGDi BSG Standard – RM123,800
    Kelengkapan standard:

    Mekanikal

    • 1.5L TGDi turbocas tiga-silinder dengan sistem 48V Electric Motor Synergy
    • 177 PS pada 5,500 rpm, 255 Nm pada 1,500 hingga 4,000 rpm
    • 14 PS dan 52 Nm dari motor elektrik
    • Transmisi klac berkembar basah tujuh-kelajuan dengan mod manual
    • Tangki minyak 60 liter
    • Stereng kuasa elektrik (EPS)
    • Pusingan radius 5.9-meter
    • Brek parkir elektronik
    • Brek cakera berliang (depan), cakera tertutup (belakang)
    • 4,830 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,764 mm tinggi, 2,805 mm jarak roda
    • 1,730 kg berat

    Luaran

    • Lampu utama LED
    • DRL LED
    • Lampu isyarat sequential di depan
    • Lampu kabus belakang LED
    • Rim aloi 18-inci dengan tayar 225/55

    Proton X90 spesifikasi antara varian  – Standard, Executive, Premium dan Flagship, RM124k-RM153k

    Dalaman

    • Kerusi fabrik
    • Kerusi depan larasan manual
    • Tiga pilihan mod stereng (Normal, Comfort dan Sport)
    • Roda stereng balutan kulit
    • Masukan pintar dengan Push Start
    • Penghidup enjin jarak jauh
    • Kunci bukaan jarak dekat, kunci automatik bila jauh
    • Pilihan mod pemanduan (Eco, Comfort dan Sport)
    • Kawalan melayar dengan penghad kelajuan
    • Tingkap kuasa, auto naik/turun untuk semua
    • Pendingin dwi-zon dengan penapis udara kabin N95
    • Pendingin belakang dengan corong sebuah barisan
    • Kerusi barisan kedua lipatan 60:40
    • Kerusi barisan ketiga
    • Lampu aluan depan
    • Panel meter instrumen analog
    • Paparan infotainmen tengah 12.3-inci skrin sentuh, resolution 1920 x 720 pixel
    • ACO Tech ATLAS OS, 4G dan sambungan WiFi, 6 GB RAM dan 64 GB storan dalaman
    • Sistem audio empat pembesar suara
    • Tujuh slot USB (tiga Type A di depan, satu Type A/satu Type C di barisan kedua, dua Type A di barisan ketiga)

    Keselamatan

    • Enam beg udara (depan, sisi dan tirai)
    • ABS, EBD, ESC, kawalan cengkaman, bantan brek, hill-hold assist, kawalan menuruni curam
    • Auto brake hold
    • Kamera undur
    • Sensor parkir depan (dua)
    • Sensor parkir belakang (empat)
    • Amaran perlanggaran belakang (RCW)
    • Bantuan penukaran lorong (LCA)
    • Amaran lintasan trafik belakang (RTCA)
    • Amaran buka pintu
    • Immobiliser dan penggera anti-curi
    • Lima bintang ASEAN NCAP

    Proton X90 1.5 TGDi BSG Executive – RM130,800
    Tambahan:

    Luaran

    • Lampu utama automatik
    • Lampu “Follow me home”
    • Pengilap automatik
    • Pintu belakang berkuasa

    Dalaman

    • Balutan kulit buatan
    • Panel instrumen digital LCD penuh 10-inci
    • Kerusi pemandu larasan kuasa enam arah
    • Kerusi depan berliang

    Keselamatan

    • Sistem peninjau tekanan tayar (TPMS)
    • Kamera 360-darjah dengan paparan 3D

    Proton X90 1.5 TGDi BSG Premium – RM144,800
    Tambahan:

    Luaran

    • Pintu ruang barangan berkuasa bukaan automatik

    Dalaman

    • Stereng balutan kulit Nappa
    • Kemasan Balutan kulit Nappa
    • Cermin pandang belakang anti-silau
    • Kerusi penumbang depan larasan empat-arah
    • Larasan lumbar dua arah untuk pemandu
    • Pengcas tanpa wayar
    • Lampu suasana
    • Filem penapis haba keselamatan

    Keselamatan

    • Autonomous Emergency Braking (AEB)
    • Amaaran perlanggaran depan
    • Kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go
    • Kawalan melayar pintar
    • Amaran penukaran lorong
    • Penghindar penukaran lorong
    • Kawalan ke tengah lorong
    • Bantuan kecemasan mengekalkan lorong
    • Maklumat papan tanda trafik
    • Sensor parkir depan (empat)

    Proton X90 1.5 TGDi BSG Flagship – RM152,800

    Dalaman

    • Kerusi kapten barisan kedua
    • Kerusi barisan kedua berliang
    • Suis Boss untuk kerusi penumpang depan
    • Sunroof panoramik

    Keselamatan

    • Perakam video digital

    Proton X90 1.5L Flagship 2023

    Proton X90 1.5L Premium 2023

    Proton X90 1.5L Executive 2023

    Proton X90 1.5L Standard 2023

    Pilihan warna Proton X90 2023

     
     
  • Honda Elevate 2023 muncul dalam teaser – SUV kompak baru akan buat penampilan global di India

    Honda Elevate 2023 muncul dalam teaser – SUV kompak baru akan buat penampilan global di India

    Honda telah menunjukkan teaser sebuah SUV baru yang akan membuat penampilan pertama di India 6 Jun 2023. Dipanggil sebagai Elevate, model baru ini akan bersaing dalam segmen kompak untuk menentang Hyundai Creta, Kia Seltos, Toyota urban Cruiser Hyryder dan Volkswagen Taigun.

    Selain nama, Honda juga mendedahkan bahawa model baru ini dibangunkan sebagai sebuah model global dan India akan menjadi pasaran pertama yang mendapatnya. Perincian teknikal masih belum didedahkan, tetapi jika melihat kepada pesaingnya, Elevate dijangka mempunyai ukuran panjang antara 4.2 hingga 4.3 meter.

    Merujuk kepada laporan Autocar India, SUV baru ini dikatakan bakal menggunakan platform sama seperti City generasi kelima. Ia juga akan berkongsi enjin yang sama, dengan Elevate dikatakan berkemungkinan mendapat unit petrol empat silinder 1.5 liter NA yang dipadankan sama ada dengan transmisi manual enam kelajuan atau CVT. Tiada enjin diesel yang akan ditawarkan, tetapi versi petrol hibrid dijangka akan menyusul.

    Honda Elevate 2023 muncul dalam teaser – SUV kompak baru akan buat penampilan global di India

    Berkenaan bentuk, spyshot yang ditunjukkan memberi gambaran Elevate akan menampilkan lampu utama tajam, lampu belakang melengkung, lengkung roda tegap serta kemasan plastik di sekelilingnya. Turut kelihatan adalah bahagian hadapan yang tegap serta kedudukan yang tinggi.

    Sementara itu, satu laporan yang dikeluarkan oleh India Today mengatakan bahawa Elevate akan mempunyai lampu LED, rim 17 inci, bumbung suria boleh buka, skrin sesentuh untuk infotainmen, panel instrumen digital, pendingin hawa automatik, pengecas tanpa wayar, tempat duduk berliang udara serta sistem bantuan pemandu moden.

     
     
  • Kes kanak-kanak 3 & 6 tahun pandu Vios di Langkawi – polis sudah panggil Ibu bapa untuk bantu siasatan

    Susulan kejadian sebuah Toyota Vios dipandu sepasang adik beradik lelaki berumur tiga dan enam tahun yang terbabas di Langkawi semalam, polis sudah pun mengesahkan bahawa kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut telah dipanggil untuk membantu siasatan.

    Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari dalam laporan Berita Harian, ibu bapa kanak-kanak tersebut sudahpun menjalani proses rakaman percakapan oleh pegawai penyiasat tengah hari semalam.

    Shariman turut memberitahu bahawa bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang berumur 28-tahun merupakan peniaga kedai runcit, manakala ibunya yang berumur 22-tahun merupakan suri rumah.

    Laporan akhbar ini menyebut Toyota Vios yang dipandu kanak-kanak terbabit terbabas dan melanggar tiang lampu kira-kira 2.5 kilometer dari rumah mereka dalam perjalanan untuk ke kedai bagi membeli permainan.

    Shariman mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang pada pukul 11.15 malam 9 Mei lalu.

    “Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chawang. Pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera,” kata Shariman.

    Nasib baik Allah lindung… Allahmdulillah selamat, semoga lepas nie Semua kena hati2 takut terjadi lagi sebegini.. Budak…

    Posted by Honeyzone Langkawi on Tuesday, 9 May 2023

     
     
  • Toyota Vios facelift 2023 muncul di Vietnam – RM91k-RM112k, bukan model DNGA, muka Yaris facelift

    Toyota Vios facelift 2023 muncul di Vietnam – RM91k-RM112k, bukan model DNGA, muka Yaris facelift

    Ketika kebanyakkan negara di rantau ASEAN termasuk Malaysia sudahpun menerima Toyota Vios generasi baharu yang dibangunkan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), pasaran Vietnam nampaknya masih kekal dengan model generasi terdahulu dengan kerangka yang sudah pun berumur 10-tahun; terbaharu, Vios berkenaan sudahpun diperkenalkan dalam versi facelift 2023 untuk negara tesebut.

    Vios facelift 2023 di Vietnam ini menerima beberapa perubahan rupa pada sebelah luar dan juga peningkatan dari segi perincian. Ia ditawarkan dalam tiga varian bermula varian asas E MT berharga VND479 juta (RM90,934), diikuti varian pertengahan E CVT berharga VND528 juta (RM100,236) dan varian tertinggi G CVT berharga VND592 juta (RM112,386).

    Untuk facelift kali ketiga ini, Vios pasaran Vietnam tersebut diberikan muka baharu seiras dengan hatchback Yaris facelift yang baru diperkenalkan di Thailand Mac lalu. Ia terdiri dari lampu hadapan LED baharu yang kini nampak lebih berintegrasi dengan bampar, disesuaikan dengan gril atas yang menampilkan liang udara lebih nipis.

    Toyota Vios facelift 2023 muncul di Vietnam – RM91k-RM112k, bukan model DNGA, muka Yaris facelift

    Gril bawah untuk muka yang diinspirasikan dari hammerhead ini pula lebih besar dan menonjol. Tiada perubahan besar dilihat pada bahagian belakang, cuma kemasan bawah bampar diberikan sedikit kemaskini rekaan. Kabin Vios facelift ini juga masih nampak sama dari sebelumnnya, cuma konsol tengah diubah sedikit bagi menempatkan skrin infotainmen lebih besar.

    Dari segi kelengkapan, varian asas E MT menerima perincian standard seperti lampu hadapan projektor LED, rim aloi 15-inci, sistem pendingin hawa manual, port USB Type-C untuk penumpang belakang, upholsteri fabrik, roda stereng urethane, tiga-beg udara (termasuk untuk lutut pemandu), kamera undur, sistem brek ABS bersama EBD dan BA, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA), traction control dan bantuan mula mendaki.

    Varian E CVT pula dipertingkat dengan lampu hadapan LED automatik, roda stereng balutan kulit dan juga paparan meter jenis Optitron. Manakala varian tertinggi G CVT pula menerima penambahan ciri termasuk paparan pelbagai info dengan skrin 4.2-inci, pedal penukar gear, pendingin hawa automatik, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, cruise control, tujuh beg-udara serta penderia parkir hadapan dan belakang.

    Toyota Vios facelift 2023 muncul di Vietnam – RM91k-RM112k, bukan model DNGA, muka Yaris facelift

    Vios G CVT pasaran Vietnam ini juga diberikan skrin sembilan-inci untuk sistem infotainmen, menggantikan skrin tujuh-inci sebelum ini, dan ia turut menyokong hubungan Apple CarPlay dan Android Auto. Juga baharu untuk Vios facelift di Vietnam ini, ia akhirnya menerima sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense dengan diberikan fungsi seperti amaran pra-pelanggaran, brek kecemasan automatik dan amaran keluar lorong.

    Tiada perubahan diberikan pada aspek mekanikal. Toyota Vios facelift 2023 pasaran Vietnam ini masih menerima enjin 2NR-FE 1.5 liter NA Dual VVT-i berkuasa 107 PS (106 hp) pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 140 Nm pada takat 4,200 rpm. Bergantung pada varian, ia masih lagi digandingkan dengan kotak gear CVT automatik atau lima-kelajuan manual.

     
     
  • BMW R1250 R dan R1250 RS 2023 tiba di Malaysia – enjin boxer 1,254 cc 136 hp, harga dari RM114,500

    BMW R1250 R dan R1250 RS 2023 tiba di Malaysia – enjin boxer 1,254 cc 136 hp, harga dari RM114,500

    Dua roadster terbaru daripada BMW Motorrad kini sudah tiba di Malaysia, iaitu R1250 R dan R1250 RS, dengan harga jualan yang ditetapkan pada masing-masing RM114,500 dan RM118,500. Harga ini tidak termasuk insurans dan diberikan bersama jaminan serta bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

    Selain panel badan yang berbeza, dengan R1250 RS menggunakan fairing penuh manakala R1250 R menggunakan rekaan naked, asas dua motosikal ini adalah sama, dengan dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder penyejukan cecair/udara 1,254 cc ShiftCam yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 7,750 rpm dan tork 143 Nm pada 6,250 rpm. Transmisi mempunyai enam kelajuan.

    Dalam keadaan standard, dua motosikal ini datang dengan pelbagai sistem elektronik, termasuk Riding Modes Pro, Dynamic Traction Control, Dynamic Brake Control, Dynamic Engine Braking Control serta Integral ABS Pro. Untuk paparan informasi, ia menggunakan skrin TFT berwarna penuh yang disediakan dengan beberapa mod.

    Tidak cukup dengan itu, BMW Motorrad Malaysia juga telah memilih untuk memberikan terus pakej Comfort, Touring dan Dynamic pada dua motosikal ini secara standard, sekaligus melengkapkan ia dengan barangan seperti Keyless Ride, pemanas tangan, cruise control, tongkat tengah, tapak beg barangan tepi, Dynamic ESA serta Shift Assistant Pro (quickshifter).

    Dua varian disediakan bagi kedua-dua model ini, iaitu Sport dan Triple Black. Untuk R1250 R Sport, ia ditawarkan dalam warna Racing Blue, sementara R1250 R Triple Black datang dalam warna Blackstorm. Bagi R1250 RS pula, varian Sport disediakan dalam warna Light White, Racing Blue dan Racing Red manakala varian Triple Black datang dalam warna Blackstorm.

    GALERI: BMW R1250 R


    GALERI: BMW R1250 RS

     
     
  • Enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling kembali diaktifkan mulai 6 pagi pada 12 Mei 2023 – Rapid Rail

    Enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling kembali diaktifkan mulai 6 pagi pada 12 Mei 2023 – Rapid Rail

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan LRT, Monorel dan operator kepada perkhidmatan MRT di Lembah Klang telah mengumumkan perkhidmatan operasi tren di enam stesen LRT yang melibatkan Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan dibuka semula kepada pengguna bermula 6 pagi esok, 12 Mei 2023.

    Ini adalah susulan kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya telah selesai, ujar Rapid Rail menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Tambahnya, serentak dengan pembukaan stesen-stesen tersebut, perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 yang digunakan sepanjang penutupan stesen akan ditamatkan.

    “Tren-tren yang perlu menjalani proses penyelenggaraan telah dibawa ke depoh LRT di Ampang dan tren-tren gantian akan digunakan bagi tujuan perkhidmatan operasi ini. Di mana tren-tren yang beroperasi tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

    Enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling kembali diaktifkan mulai 6 pagi pada 12 Mei 2023 – Rapid Rail

    “Faktor kegagalan ini adalah disebabkan oleh tren-tren tersebut tidak dapat kembali ke depoh bagi menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari 2023,” kata Rapid Rail lagi.

    Tambahnya, kerja-kerja pembaikan menyeluruh (fasa kedua) struktur landasan dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober 2023 dan seterusnya operasi perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan kembali beroperasi secara normal.

    Walau bagaimana pun, menurut Rapid Rail, jangkaan tersebut bergantung kepada penilaian dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang terlibat.

    “Bagi melancarkan perjalanan penumpang, Rapid Rail akan mengaktifkan semula perkhidmatan bas perantara percuma (Bas LRT 10) yang akan menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara kedua-dua stesen berkenaan. Perkhidmatan bas perantara ini akan beroperasi menggunakan 10 buah bas dengan kekerapan setiap 10 minit.

    “Para penumpang juga mempunyai pilihan untuk menggunakan laluan rel alternatif yang mana penumpang yang ingin menuju ke Hang Tuah, boleh menaiki Laluan Monorel KL melalui Stesen Titiwangsa. Manakala penumpang yang ingin menuju ke Chan Sow Lin, boleh menaiki MRT Laluan Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa,” kata Rapid Rail.

    Penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini. Anggota operasi rel dan Polis Bantuan Prasarana akan ditempatkan di stesen–stesen terlibat bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang.

    Pada 2 April lalu, operasi enam stesen terbabit dihentikan kerana tren yang digunakan untuk perkhidmatan antara Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur tidak lagi dapat memenuhi kriteria pengoperasian ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

    Ia susulan kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lalu.

     
     
  • GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

    GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

    Jenama dari China, GAC Motor sudah pun masuk ke pasaran tempatan pada penghujung 2021, dibawa oleh Warisan Tan Chong Automotif (WTCA) dengan pelancaran model pertamanya SUV segmen-B GAC GS3 yang dibawa terus dari China (CBU). Selaras dengan rancangan yang didedahkan sebelum ini, hari ini WTCA secara rasmi memulakan inisiatif pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

    Menurut WTCA, projek CKD ini melibatkan pelaburan sebanyak RM60 juta, dan ia akan dimulakan dengan pemasangan GAC GS3 generasi baharu yang baru sahaja diperkenalkan pada pasaran China diikuti model GAC yang lain selepas ini. Projek ini bermula selepas 18 bulan WTCA dan GAC memeterai perjanjian kerjasama dengan WTCA dilantik sebagai pengedar tunggal jenama GAC Motor di Malaysia.

    Kos pelaburan tersebut turut meliputi kos naik taraf kilang Tan Chong di Segambut bagi memenuhi keperluan standard pemasangan model-model CKD dari GAC. Ini juga merupakan projek pemasangan GAC diluar China pertama di dunia.

    GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

    GAC GS3 generasi baharu yang akan terus dihasilkan secara CKD di Malaysia

    Bagi model CBU GAC GS3 generasi terdahulu yang sudah pun dijual di Malaysia merupakan versi pertama dijelmakan sebagai model pemanduan sebelah kanan, dan ia telah menerima sebanyak 130 perubahan berbanding model pemanduan sebelah kiri.

    Manakala bagi GS3 generasi baharu yang terus akan dihasilkan dalam versi CKD kelak, ia diasaskan dari platform baharu sepenuhnya, serta melibatkan perubahan pada unit rangkaian kuasa serta sistem elektronik. Produksi model ini dijadualkan akan bermula pada April tahun hadapan, manakala jualannya akan bermula pada pertengahan 2024.

    Berbanding model sedia ada yang dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder NA berkuasa 114 PS/150 Nm, model generasi baharu nanti akan menerima enjin 1.5 liter empat silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI) generasi ketiga GAC Motor, menjana tork maksima 270 Nm bermula 1,400 hingga 4,500 rpm.

    Kotak gear Aisin enam kelajuan automatik konvensional pada model lama CBU juga tidak lagi akan digunakan, dan ia akan diganti dengan transmisi klac berkembar jenis basah (WDCT) automatik tujuh-kelajuan. Malah GS3 CKD generasi baharu ini juga disahkan akan menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan kebolehan pemanduan autonomi Tahap 2.

    GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

    GAC GS3 generasi baharu yang akan terus dihasilkan secara CKD di Malaysia

    “Kami yakin dengan pengalaman bertahun-tahun Kumpulan Tan Chong dan pelaburan terkini dalam fasiliti kami, kami akan memenuhi jangkaan GAC. Pasukan kami mempunyai kerjasama yang kukuh dengan pasukan GAC untuk memastikan kami dapat memenuhi Piawaian Kualiti GAC. GAC telah menetapkan standard yang sangat tinggi dalam industri automotif kerana mereka telah mendominasi kedudukan nombor 1 dalam Tinjauan Kualiti JD Power di China selama lapan tahun berturut-turut.” kata Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd.

    “GAC sentiasa meletakkan keutamaan tertinggi dalam menghasilkan kereta berkualiti tinggi. Kami yakin dengan pengalamannya yang luas dalam industri automotif, WTCA dapat memenuhi piawaian kualiti pembuatan kami yang tinggi,” kata Naib Presiden Kumpulan dan Pengerusi Antarabangsa GAC ​​Yu Jun.

    “Kami menjangkakan bahawa dengan pembangunan 3-5 tahun, pengeluaran dan jualan akan mencapai 50,000 unit. Bagi memenuhi sasaran ini, GAC akan terus menyelaraskan sumber dalaman dan luaran dan meningkatkan sokongan untuk pasaran Malaysia, mempercepatkan pelancaran model utama menambah baik matriks model, dan menyediakan kenderaan yang lebih pintar dan berkualiti tinggi produk untuk pengguna tempatan,” tambahnya.

    GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

    WTCA turut memberitahu bahawa kerjasama ini merupakan projek CKD pertama untuk GAC bagi rantau ASEAN. Selain dari operasi CKD, jumlah kos yang dilaburkan tersebut turut akan melibatkan jaringan pusat jualan dan khidmat selepas jualan.

    Bilik pameran flagship pertama GAC Motor sedang dibina di Seksyen 13 Petaling Jaya dijangka akan dibuka pada suku ketiga tahun ini, dan ia akan diikuti fasiliti lain dengan sasaran 70 bilik pameran akan disediakan di seluruh negara.

    “Bilik pameran flagship baharu itu akan mengalu-alukan semua pelanggan untuk melawat dan merasai hospitaliti GAC Motor dan kenderaan GAC Motor. Pelanggan digalakkan untuk memandu uji untuk merasai keunggulan produk,” tambah Tan Keng Meng.

    GALERI : GAC GS3 1.5L Premium CBU

    GALERI : GAC GS3 1.5L Standard CBU

     
     
  • Perodua Alza 2022 menang Malaysia Good Design Award – jenama automotif tunggal raih anugerah

    Perodua Alza 2022 menang Malaysia Good Design Award – jenama automotif tunggal raih anugerah

    Perodua Alza serba baharu telah memenangi Malaysia Good Design Award (MGDA), yang merupakan pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan untuk industri reka bentuk. Dianjurkan oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), sebuah agensi reka bentuk strategik di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Perodua merupakan satu-satunya jenama automotif yang menerima anugerah itu tahun ini.

    Dalam majlis anugerah berkenaan turut disampaikan pensijilan MGDA 2022 dan Certified Industrial Designer (CIDe), yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung MITI Datuk Seri Isham Ishak.

    “Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Perodua untuk menyampaikan produk yang inovatif dan direka dengan baik kepada pelanggan kami,” kata Perodua menerusi catatan di halaman Facebook rasminya.

    Dilancarkan pada Julai tahun lalu, Alza generasi kedua ini dibangun menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan lebih besar berbanding model sebelumnya. Ia diberikan enjin NR 1.5L yang mampu menghasilkan sebanyak 105 hp dan 138 Nm tork pada 4,200 rpm. Enjin Dual VVT-i Euro 4 empat-silinder berkenaan digandingkan bersama kotak gear D-CVT yang sama digunakan untuk Ativa.

    Ia ditawarkan dengan harga RM62,500 bagi 1.5L X, RM68,000 untuk 1.5L H dan 1.5L AV pula berharga RM75,500. Anda boleh baca ulasan pandu uji Perodua Alza 2022 melalui PAUTAN INI.

     
     
  • 12 konsesi lebuhraya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai Sept 2023

    12 konsesi lebuhraya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai Sept 2023

    Sejumlah 12 syarikat konsesi lebuhraya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka di lebuhraya kendalian masing-masing mulai September ini. Sistem ini melibatkan pembayaran termasuk menggunakan kad debit dan kedit, selain masih menggunakan kaedah sedia ada seperti RFID dan Touch n’ Go.

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, walau bagaimana pun, masih ada syarikat lain belum menyatakan persetujuan dan kerajaan berharap mereka akan tampil menyokong inisiatif baharu itu nanti.

    “Proses percubaan akan dilakukan pada Julai depan dan kerajaan akan meneliti semua aspek dalam memastikan tidak timbul masalah kepada pengguna selepas pelaksanaan sistem berkenaan. Ia tak boleh dibuat dengan tergesa-gesa,” katanya.

    Senarai syarikat konsesi lebuhraya yang bersetuju untuk pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka:

    • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA atau E9)
    • Lebuhraya Pantai Baharu (NPE atau E10)
    • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH atau E12)
    • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE atau E35)
    • Jambatan Pulau Pinang (E36)
    • Lebuhraya Butterworth-Kulim (E15)
    • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP atau E11)
    • Lebuhraya SPRINT (E23)
    • Lebuhraya Shah Alam (E5)
    • Terowong SMART (E38)
    • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX atau E20)
    • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE atau E33)

    12 konsesi lebuhraya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai Sept 2023

    Menurut beliau lagi, perbincangan dengan syarikat konsesi lebuhraya mengambil masa yang lama kerana adalah penting untuk menilai risiko keselamatan yang akan timbul daripada menggunakan kad kredit atau debit sebagai pembayaran kadar tol. “Kami mahu memastikan semua isu keselamatan tidak berlaku, jadi kami tidak boleh tergesa-gesa melaksanakannya,” katanya.

    Pada Mac lalu, PLUS telah mengumumkan pengguna lebuhraya yang ingin menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar tol boleh menggunakan lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk berbuat demikian.

    Sebelum ini, Nanta turut berkata, pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini adalah salah satu langkah untuk peralihan ke arah sistem Aliran Bebas Pelbagai-Lorong atau Multi-Lane Fast Flow (MLFF). Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasminya, Nanta turut berkata, DUKE juga akan menjadi lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) bagi menilai sistem MLFF selepas Lebuhraya BESRAYA. POC dijangka bermula pada penghujung Oktober 2023.

     
     
  • Harga minyak 11-17 Mei – Masih tiada perubahan

    Harga minyak 11-17 Mei – Masih tiada perubahan

    Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan, bagi minggu bertarikh 11 hingga 17 Mei 2023, harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api iaitu petrol RON 97 dan RON 95 serta diesel masih dikekalkan. Ini merupakan minggu ke-20 tiada perubahan bagi harga runcit petrol dan diesel.

    Di mana petrol RON 97 masih dikekalkan pada harga runcit RM3.35 seliter, selepas ia mengalami penurunan harga selama tiga minggu berturut-turut sepanjang Disember 2022. Manakala petrol RON 95 yang telah mencapai harga siling pula, ia masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter.

    Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter.

    Pada 13 Mac lalu, kerajaan berkata rancangan untuk memperkenalkan program subsidi bahan api bersasar masih diteruskan, namun akan dimulakan dengan diesel, manakala bagi petrol RON 95 akan ditangguhkan untuk tempoh lain. Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, subsidi yang disasarkan akan terlebih dahulu melibatkan elektrik dan diesel apabila ia dilaksanakan

     
     
  • Mitsubishi Triton, SUV XFC dan Colt hatchback baru bakal tiba tahun ini, Xpander Hybrid pada tahun 2024

    Mitsubishi Triton, SUV XFC dan Colt hatchback baru bakal tiba tahun ini, Xpander Hybrid pada tahun 2024

    Mitsubishi Motors baru-baru ini mendedahkan rancangan pengenalan produk mereka yang menjadi sebahagian daripada pelan perniagaan ‘Challenge 2025’ mereka. Ia didedahkan bersama dengan perolehan tahun kewangan 2022 (FY2022) yang bermula dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2023.

    Melihat dalam slaid pembentangan yang dibuat, FY2023 bakal menyaksikan pengenalan enam model, dengan dua daripadanya telah pun didedahkan iaitu ASX generasi kedua (Renault Captur yang dijenamakan semula), serta Delica Mini (menggantikan eK X Space).

    Untuk yang selebihnya, satu daripadanya adalah Xpander versi hibrid. Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, model tujuh tempat duduk itu hanya ditawarkan dalam satu versi enjin pembakaran dalaman di beberapa negara ASEAN (termasuk Malaysia), dan ini masih tidak berubah sehingga ia diberikan facelift pada tahun 2021.

    Mitsubishi Triton, SUV XFC dan Colt hatchback baru bakal tiba tahun ini, Xpander Hybrid pada tahun 2024

    Setakat ini Mitsubishi masih belum memberikan perincian untuk Xpander HEV ini, tetapi gambar teaser yang disiar menunjukkan ia akan mempunyai corak lampu yang sama di hadapan. Selain itu, berdasarkan slaid yang ditunjukkan juga kita boleh menjangkakan ketibaan Xpander HEV ini pada tahun 2024 – FY2023 Mitsubishi bermula 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024.

    Trak pikap Triton generasi keenam juga akan membuat penampilan pertama Julai tahun ini, setelah ditunjukkan awal melalui XRT Concept di Bangkok International Motor Show 2023. Triton yang direka semula ini dilaporkan akan membuat peralihan kepada casis ladder frame yang dikongsi bersama Nissan Navara – tetapi diubah sedikit mengikut kesesuaian. Mitsubishi mendakwa platform ini adalah serba baru dan dibangunkan sendiri oleh mereka.

    Ia juga diberitahu akan dipadankan bersama enjin baru, dengan unit empat silinder diesel turbo 2.4 4N15 akan diganti dengan unit 4N16 yang sekarang ini digunakan pada Nissan Caravan. Pada Caravan, enjin ini digabungkan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan Jatco. Jika padanan sama digunakan pada Triton, ia merupakan satu naik taraf berbanding kotak gear automatik enam kelajuan sekarang.

    Mitsubishi Triton, SUV XFC dan Colt hatchback baru bakal tiba tahun ini, Xpander Hybrid pada tahun 2024

    Dalam pembentangan awal Challenge 2025 sebelum ini, satu model tanpa nama yang dipanggil sebagai ‘Pickup BEV’ telah ditunjuk, dan ia dijangka akan menjadi sebuah versi elektrik bagi Triton generasi baru. Walaubagaimanapun, model ini tidak termasuk dalam rancangan produk yang akan dikeluarkan sehingga tahun 2025.

    Satu lagi model yang termasuk dalam senarai adalah versi produksi bagi XFC Concept, yang ditunjukkan di Vietnam Oktober tahun lalu. SUV kompak baru ini akan mula dijual di pasaran ASEAN tahun ini, dengan varian yang mempunyai kuasa elektrik juga berada dalam perancangan.

    Akhir sekali, pada FY2023 juga kita akan menyaksikan kemunculan semula nama Colt. Dirancang membuat penampilan pertama pada 8 Jun, Colt baru ini akan menggunakan platform CMF-B sama seperti Renault Clio generasi kelima. Penampilannya pula akan menjadi unik bagi Mitsubishi sendiri.

     
     
  • Honda ZR-V akan dilancar di Australia tak lama lagi – 1.5L VTEC Turbo & 2.0L Hybrid; ASEAN selepas ini?

    Honda ZR-V akan dilancar di Australia tak lama lagi – 1.5L VTEC Turbo & 2.0L Hybrid; ASEAN selepas ini?

    SUV yang diasaskan dari platform Honda Civic generasi ke-11 iaitu Honda ZR-V sah akan dilancarkan di Australia lapor Drive.com.au. Saingan terus kepada Toyota Corolla Cross berkenaan didedahkan buat pertama kali di Amerika Syarikat pada April tahun lalu dengan nama HR-V, kemudian diperkenal sebagai ZR-V ketika dilancarkan di Jepun dan China.

    Untuk pasaran Australia, ZR-V akan ditawarkan dalam empat varian, di mana tiga varian di bawah iaitu VTi X, VTi L dan VTi LX akan dijana oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo, sementara varian paling tinggi akan menerima unit rangkaian kuasa hibrid i-MMD dengan enjin petrol 2.0 liter dikenali sebagai ZR-V e:HEV.

    Sesuai dengan saiznya, di Australia ZR-V akan diletakkan pada posisi tengah antara SUV segmen-B Honda HR-V dan juga SUV segmen-C Honda CR-V. Buat masa sekarang harga untuk ZR-V pasaran Australia ini masih belum diumumkan.

    Honda ZR-V akan dilancar di Australia tak lama lagi – 1.5L VTEC Turbo & 2.0L Hybrid; ASEAN selepas ini?

    Honda ZR-V ini tampil dengan dimensi panjang 4,568 mm dan lebar 1,840 mm dan jarak roda 2,655 mm. Jadi berbanding Corolla Cross, ZR-V adalah lebih besar dengan 108 mm lebih panjang, 15 mm lebih lebar bersama jarak roda yang 15 mm lebih jauh.

    Bukan sahaja saiznya lebih besar, malah ZR-V turut menerima sistem suspensi jenis sistem multilink yang sama dengan Civic di belakang berbanding Corolla Cross yang hanya menggunakan torsion beam. Sebagai kembar kepada Civic, beberapa perincian turut dikongsi pada ZR-V ini, dan antara yang jelas adalah papan pemukanya.

    Bagi model pasaran Jepun, varian yang menerima enjin petrol sepenuhnya dijana oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang berkuasa 178 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 240 Nm bermula 1,700 hingga 4,500 rpm, digandingkan dengan kotak gear CVT.

    Honda ZR-V akan dilancar di Australia tak lama lagi – 1.5L VTEC Turbo & 2.0L Hybrid; ASEAN selepas ini?

    Manakala bagi varian hibrid, ia berkongsi unit rangkaian kuasa e:HEV yang sama seperti Civic Hybrid (sama seperti model pasaran Malaysia), menampilkan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson dengan sistem suntikan bahan api terus berkuasa 143 PS/189 Nm, bersama dua motor elektrik.

    Ia berfungsi sama dengan sistem 1.5L i-MMD pada City dan HR-V hibrid, di mana enjin petrol yang dibekalkan dalam kebanyakkan masa hanya berfungsi sebagai generator untuk mengecas bateri.

    Sebuah motor bersaiz kecil dipadankan terus pada aci engkol berfungsi untuk menghidupkan enjin, manakala motor utama yang memacu roda hadapan pula dibekalkan kuasa 184 PS (181 hp atau 135 kW) dan tork maksima 315 Nm. Ada masa-masa tertentu motor elektrik berkenaan turut bergabung tenaga dengan enjin petrol, dan sebab itulah ia masih diberikan transmisi E-CVT.

    Antara perincian yang sudah disahkan untuk ZR-V pasaran Australia ini adalah termasuk lampu hadapan LED adaptif, rim 17-inci untuk varian VTi dan 18-inci untuk varian lain, serta skrin 9.0-inci yang datang dengan sokongan Android Auto serta Apple CarPlay hubungan tanpa wayar.

    Ia juga akan menerima sistem keselamatan standard meliputi penderia parkir hadapan dan belakang, serta pakej bantuan pemanduan Honda Sensing yang memberikan fungsi termasuk brek kecemasan automatik, cruise control adaptif dan pengenal tanda trafik.

    Honda telah membuktikan bahawa ZR-V ini merupakan model yang benar-benar akan di bawa ke peringkat global, bermula dengan Amerika Syarikat, kemudian ke Jepun dan China, dan tak lama lagi akan ke Australia. Jadi tidak mustahil ZR-V ini turut akan mendarat ke pasaran ASEAN termasuk Malaysia.

    Honda HR-V generasi baharu sudah pun sampai ke Malaysia dengan saiz yang tidak berubah dari model generasi sebelumnya, manakala CR-V generasi baharu sah akan dilancarkan di sini tidak lama lagi menampilkan saiz yang lebih besar dari model sedia ada. Jadi anda rasa patutkan Honda Malaysia bawa ZR-V ke pasaran tempatan bagi mengisi ruang tengah antara HR-V dan CR-V kelak?

     
     
  • Promosi Honda Malaysia Mei 2023 — diskaun RM6k!

    Promosi Honda Malaysia Mei 2023 — diskaun RM6k!

    Masih di dalam bulan Raya ini, Honda Malaysia ada menjalankan kempen promosi “Sambut Bersama Bonus” sepanjang bulan Mei ini. Menariknya, ada antara promosi yang ditawarkan itu lebih baik daripada yang sebelumnya.

    Kempen ini adalah bagi kereta yang didaftarkan sepanjang Mei 2023, dengan penjimatan keseluruhan sehingga RM6,000. Promosi ini adalah bagi kereta yang dipasang pada 2023, dan bukannya stok tahun sebelumnya. Model yang ditawarkan dalam promosi ini ialah City, City Hatcback, Accord dan CR-V.

    Diskaun paling besar tentulah bagi kereta yang paling besar: Accord dalam segmen D menerima potongan sebanyak RM6,000. CR-V juga sama dengan diskaun RM6,000, jadi anda pilih yang mana?

    Promosi Honda Malaysia Mei 2023 — diskaun RM6k!

    Semua lima varian bagi sedan segmen B, City — S, E, V, V Sensing dan RS — menerima potongan RM3,000, sedikit lebih banyak berbanding diskaun RM2,500 yang diberikan untuk semua lima varian City Hatchback.

    Jumlah penjimatan yang banya juga bagi unit kereta tahun 2023 yang diberikan oleh Honda ini. Dengan kos dan inflasi yang meningkat seperti yang sedang kita alami ketika ini, penjimatan yang diberikan sangat bermakna. Jika ingin memiliki kenderaan Honda, mungkin sekaranglah masanya. Pembiayaan sepenuhnya juga ada disediakan.

     
     
  • Hap Seng Smart jadi pengedar Pro-Net – EV smart #1 dijual di bilik pameran Mercedes-Benz mulai Q4 2023

    Hap Seng Smart jadi pengedar Pro-Net – EV smart #1 dijual di bilik pameran Mercedes-Benz mulai Q4 2023

    Proton New Energy Technology (Pro-Net) telah melantik Hap Seng Smart sebagai pengedar bertauliah yang pertama untuk EV smart di Malaysia. Sebagai makluman, Pro-Net merupakan anak syarikat kepada Proton selaku pengedar dan pengimport kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

    Sementara itu, Hap Seng Group merupakan syarikat induk yang dinaungi oleh Hap Seng Smart, yang memiliki 50 tahun pengalaman dalam industri automotif. Syarikat ini juga mengendalikan beberapa pengedaran bagi jenama Mercedes-Benz di sini.

    “Pro-Net percaya kecemerlangan automotif adalah lebih baik berbanding mencipta kenderaan yang terbaik. Ia juga bermakna menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar dan komprehensif. Pengedar baharu ini menandakan kemasukan Pro-Net ke dalam pasaran automotif runcit premium, serta pasaran EV terbaharu di Malaysia,” kata Zhang Qiang, CEO Pro-Net.

    “Kerjasama antara Kumpulan Hap Seng melalui Hap Seng Smart dan Pro-Net mencerminkan bukan sahaja keyakinan kami terhadap daya tarikan universal pintar tetapi juga menunjukkan komitmen kami bagi mempromosikan masa depan mobiliti rendah karbon di Malaysia,” kata Harald Behrend, selaku CEO Kumpulan Hap Seng Consolidated dan Ketua Eksekutif Hap Seng Automotive Division.

    Bilik pameran smart pertama kelolaan Hap Seng Smart ini dijadualkan akan mula beroperasi pada suku keempat (Q4) tahun ini di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Disusuli dengan pembukaan bilik pameran lain di Balakong, Selangor, yang akan berdasarkan konsep kesenian, ditempatkan berhampiran Hap Seng Star Balakong Autohaus.

    Model smart pertama iaitu #1, akan mula dijual di pasaran tempatan pada suku ketiga (Q3) tahun ini. #1 merupakan kenderaan pertama oleh smart Automobile, hasil kerjasama antara Mercedes-Benz dan Geely, yang bertanggungjawab dalam rekaan EV terbabit.

     
     
  • SarkCyber tiba di Malaysia – skuter elektrik HC10 dan HC200 dipamer, pelancaran rasmi tidak lama lagi

    SarkCyber tiba di Malaysia – skuter elektrik HC10 dan HC200 dipamer, pelancaran rasmi tidak lama lagi

    Satu jenama motosikal elektrik baru tiba di Malaysia, iaitu SarkCyber, dengan mereka hadir ke pameran Malaysia Autoshow 2023, membawa dua model iaitu HC10 dan HC200. Jenama ini berasal dari China dan diedarkan di Malaysia oleh Superlux Auto.

    Setakat ini, harga untuk HC10 dan HC200 masih belum ditetapkan, tetapi menurut seorang wakil syarikat yang berada di kawasan pameran, ia akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi dan boleh digunakan secara sah di atas jalan raya awam.

    HC10 datang dengan pek bateri yang lebih besar, iaitu 60 volt dan 45 Ah. Motor elektrik 6.5 kW yang memacu motosikal ini terletak di tengah dan ia menggunakan tali sawat Gates untuk menghantar kuasa kepada roda belakang. Laju maksimum dihadkan kepada 90 km/j.

    Daripada kosong, bateri HC10 dikatakan boleh mencapai tahap 80% dalam masa dua jam apabila dicas menggunakan soket domestik biasa. Berat skuter elektrik ini adalah 156 kg jika datang dengan tetapan dua bateri dan ia boleh bergerak 150 km dengan sekali cas penuh.

    Pergi pula kepada HC200, skuter urban ini cuma mempunyai laju maksimum 75 km/j dan dipacu oleh motor elektrik 4.0 kW. Setelah dicas selama 3.5 jam, ia dikatakan boleh memberi jarak gerak 50 km, sementara berat keseluruhannya adalah 99 kg.

    GALERI: SarkCyber HC10

    GALERI: SarkCyber HC200

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.10
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.85 (-0.05)
EURO 5 B7 RM3.05 (-0.05)
Last Updated Aug 21, 2025