Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Harga SST Mitsubishi 2022: Xpander naik RM3,482

    Harga SST Mitsubishi 2022: Xpander naik RM3,482

    Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mendedahkan harga baharu bagi Xpander susulan berakhirnya cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 30 Jun 2022. MPV tujuh-tempat duduk yang merupakan model pemasangan tempatan (CKD) ini, pertama kali diperkenalkan dengan harga tanpa SST, pada November 2020.

    Walau bagaimana pun, pada April lalu, Xpander dilaporkan naik harga menjadi RM93,318 atas jalan tanpa insurans, tetapi masih dengan 100% pengecualian SST. Kini, dengan berakhirnya pengecualian SST itu, MPV tersebut mengalami kenaikan harga sebanyak RM3,482, kini berharga RM96,800.

    Harga SST Mitsubishi 2022: Xpander naik RM3,482

    Satu lagi model Mitsubishi yang masih berada di pasaran ialah barisan Triton, tetapi memandangkan ia tidak menerima sebarang manfaat dari pengecualian SST kerana trak pikap diklasifikasikan sebagai kenderaan komersil. Jadi, harga bagi barisan Triton masih dikekalkan seperti mana larasan yang dibuat pada April lalu, di mana varian single cab 2.5 Quest 4×2 MT dijual pada harga RM81,390.

    Manakala bagi varian double cab pula, bermula dengan 2.4 VGT 4×4 MT (RM103,200), diikuti dengan 2.4 VGT 4×4 AT (RM107,990), 2.4 VGT Premium 4×4 MT (RM116,200), 2.4 VGT Premium 4×4 AT (RM126,900) dan akhir sekali 2.4 VGT Athlete 4×4 AT (RM146,600).

     
     
  • Rapid KL umum perkhidmatan bas ekspres di Stesen LRT/MRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ditamatkan

    Rapid KL umum perkhidmatan bas ekspres di Stesen LRT/MRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ditamatkan

    Perkhidmatan bas ekspres Rapid KL dari stesen LRT/MRT Pasar Seni dan stesen LRT KLCC diumumkan telah ditamatkan mulai hari ini, 4 Julai 2022. Perkara ini diumumkan sendiri oleh pengendali pengangkutan awam tersebut menerusi media sosial semalam.

    Operasi bas ekspres percuma yang mula beroperasi pada pertengahan Jun lalu adalah bagi membantu mengurangkan kesesakan di stesen LRT pada waktu puncak petang. Seminggu selepas itu, ia diumumkan turut beroperasi pada waktu puncak pagi. Ia melibatkan laluan dari LRT/MRT Pasar Seni ke LRT Universiti di Kg Kerinchi/Bangsar South. Satu lagi laluan pula ialah dari LRT KLCC ke LRT Wangsa Maju.

    Walau bagaimana pun, Rapid KL tidak memberikan alasan mengapa operasi bas ekspres waktu puncak ini ditamatkan. Mungkin ketika ia diperkenalkan adalah untuk mengurangkan muatan LRT pada waktu puncak, dan sekarang ini perkara tersebut barangkali telah dapat diatasi, justeru perkhidmatan bas terbabit tidak lagi diperlukan.

     
     
  • Geely RADAR dalam teaser – trak pikap elektrik platform unibody SEA, pengganti Proton Arena?

    Geely RADAR dalam teaser – trak pikap elektrik platform unibody SEA, pengganti Proton Arena?

    Ini adalah gambar teaser pertama trak pikap elektrik Geely RADAR baru. Ia disiarkan di Twitter, dan menunjukkan trak yang dibalut dengan pelekat camouflage biru. Dalam siri gambar ini, ia dibuat kelihatan seperti sedang digunakan oleh sekumpulan penunggang basikal, sekaligus memberi gambaran bahawa ia adalah sebuah produk gaya hidup/jelajah, dan bukannya kenderaan belasahan komersial.

    Saiz trak pikap ini, apabila dibandingkan dengan basikal yang diletakkan di atasnya dan orang yang berada dekat dengannya, nampak seakan pikap kompak, seperti Toyota Hilux/Ford Ranger, dan bukannya sesuatu yang lebih besar seperti F150. Saiz ini juga dianggap sesuai untuk pasaran Malaysia.

    Kita juga boleh melihat tulisan GEELY yang timbul pada penutup ruang barangan belakang, sekaligs memberitahu bahawa ia akan menggunakan jenama Geely, berbanding meletakkan RADAR sebagai jenama sendiri. Gambar paten untuk Geely RADAR juga sudah pernah terdedah Mei lalu, dengan menunjukkan bentuk yang konvensional dan lebih mudah diterima berbanding satu lagi trak pikap Geely, iaitu Forizon FX yang kelihatan seperti Proton X70 yang dipotong.

    Geely RADAR dalam teaser – trak pikap elektrik platform unibody SEA, pengganti Proton Arena?

    RADAR diberitahu akan dibina atas platform Sustainable Experience Architecture (SEA), menjadikan ia sebagai satu platform unibody, dan bukannya body on frame seperti kebanyakan trak pikap lain. SEA adalah satu platform fleksibel yang juga digunakan untuk SUV coupe Zeekr 001 dan SUV Smart #1.

    Memandangkan Smart #1 akan datang ke Malaysia, mungkinkah trak pikap ini juga berada dalam perancangan Geely untuk pasaran Malaysia? Adakah anda berminat dengan pikap elektrik? Cuba bayangkan kalau ia diguna sebagai kenderaan sokongan dalam acara berbasikal. Tidaklah pengayuh terdedah kepada asap ekzos enjin pembakaran dalaman, kan?

     
     
  • Harga SST Proton 2022: X70 naik sebanyak RM7k, Exora naik hingga RM2.5k, Saga kini lebih RM500

    Harga SST Proton 2022: X70 naik sebanyak RM7k, Exora naik hingga RM2.5k, Saga kini lebih RM500

    Proton juga telah mengumumkan harga baharu bagi beberapa modelnya susulan berakhirnya pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 30 Jun 2022. Buat masa ini, kami hanya mempunyai harga baharu bagi X70, Saga dan Exora, tapi kami akan mengemaskini artikel ini apabila menerima senarai terkini untuk lain-lain model, termasuk X50, Persona dan Iriz.

    Bermula dengan model SUV pertama Proton, X70 yang baru saja menerima perubahan kecil yang pertamanya (MC) pada bulan lalu, dengan membawa bersamanya barisan varian yang diolah semula serta enjin 1.5 liter TGDi tiga-silinder dan perubahan kecil yang lain.

    Pada mulanya, harganya bermula RM93,900 atas jalan tanpa insurans ketika “cuti SST”, tapi kini SUV terbabit bermula dengan nilai yang lebih tinggi sebanyak RM4,900 iaitu RM98,800 untuk varian asas Standard 2WD. Harganya meningkat untuk varian yang lebih tinggi, dengan Executive 2WD kini lebih mahal sebanyak RM5,300, sementara Executive AWD pula mengalami peningkatan harga sehingga RM5,500.

    Harga SST Proton 2022: X70 naik sebanyak RM7k, Exora naik hingga RM2.5k, Saga kini lebih RM500

    Begitu juga dengan 1.5 TGDi Premium 2WD yang kini dijual pada harga RM123,800 (+RM5,900), sementara varian tunggal dengan enjin 1.8 litre TGDi empat-silinder ataupun dinamakan sebagai Premium 2WD – naik harga sebanyak RM7,000, kini mencecah RM128,800.

    Sementara itu, bagi Saga MC2, ia diumumkan mengalami kenaikan harga sebanyak RM500, kecuali model asas 1.3 Standard MT yang RM400 lebih tinggi, kini RM34,800. Untuk Exora RC pula, bagi varian 1.6T Executive CVT kini berharga RM59,800 (+RM2,500), manakala 1.6T Premium CVT pula RM66,800 (+RM2,000).

     
     
  • Chevrolet Corvette C7 Z06 yang dirampas dari pengedar dadah di Florida diubah jadi kereta polis

    Chevrolet Corvette C7 Z06 yang dirampas dari pengedar dadah di Florida diubah jadi kereta polis

    Pejabat Syerif Daerah Escambia di Florida, Amerika Syarikat telah pun mendedahkan sebuah kereta peronda baharu sebagai tambahan dalam flit mereka minggu lalu, iaitu sebuah kereta sport Chevrolet Corvette C7 Z06. Apa yang menarik, dengan bangganya jabatan polis tersebut menyebut bahawa perolehan kereta berkenaan dibuat “tanpa membabitkan sebarang duit pembayar cukai”.

    Menurut pejabat syerif tersebut, Corvette ini sebenarnya adalah sebuah kereta yang dirampas dari suspek penjenayah, manakala kerja-kerja untuk membalut grafik badan dan tingkat taraf pada kereta berkenaan dibiayai oleh Yayasan Escambia County Sheriff.

    Chevrolet Corvette C7 Z06 yang dirampas dari pengedar dadah di Florida diubah jadi kereta polis

    Jabatan polis tersebut tidak menyatakan dari kes mana Corvette itu dirampas, namun menurut Carscoops dengan memetik laporan berita NorthEscambia.com, kereta ini sebenarnya telah dirampas dari “pengedar dadah tempatan”.

    Secara spesifiknya, Corvette yang diubah menjadi kereta peronda polis ini adalah model C7 Z06 2016 (tetapi dalam video yang disiarkan oleh polis berkenaan menyebut ia model 2017), dijana enjin 6.2 liter V8 dengan supercharger menghasilkan 650 hp/880 Nm, digandingkan dengan kotak gear manual tujuh-kelajuan.

     
     
  • Audi Q5 S Line 2.0 TFSI quattro FL 2022 di Malaysia – kini berharga RM486,223 atas jalan termasuk SST

    Audi Q5 S Line 2.0 TFSI quattro FL 2022 di Malaysia – kini berharga RM486,223 atas jalan termasuk SST

    Susulan berita mengenai PHS Automotive Malaysia (PHSAM) yang kini merupakan pengedar sah untuk jenama Audi di Malaysia, turut diumumkan ialah harga terkini bagi Audi Q5 facelift untuk pasaran tempatan. Ia ditawarkan pada harga atas jalan RM486,223 tanpa insurans, dengan 10% cukai jualan, efektif Julai 2022.

    Q5 ditawarkan dalam varian 2.0 TFSI dengan kemasan S Line yang lebih bergaya, didatangkan bersama enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa hingga 249 PS dari 5,000 hingga 6,000 rpm dan tork 370 Nm dari 1,600 hingga 4,500 rpm. Transmisinya menerusi kotak gear automatik dwi-klac S tronic tujuh-kelajuan, dan pacuannya di salurkan ke semua roda.

    Ternyata kenaikan harganya agak jauh berbanding dengan RM390k yang diumumkan ketika ia tiba di pasaran Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu. Ini kerana ia melibatkan beberapa peningkatan ciri kelengkapannya.


    Klik untuk besarkan

    Senarai kelengkapan bagi kemasan S Line ini termasuklah roda aloi potongan-berlian lima-jejari berkembar 19-inci yang dibaluti tayar bersaiz 235/55. Selain itu, kit luaran lain yang turut diberikan merangkumi pakej penggayaan berkilat, lampu utama LED dengan pencuci lampu utama. Untuk bahagian kabinnya pula, ia diberikan tempat duduk upholstery dengan balutan kulit Nappa, dan juga pakej pencahayaan ambien.

    Selain itu, ia juga diberikan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, dan pemandu boleh melihat paparan informasi menerusi Audi Virtual Cockpit Plus. Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan pemilihan pemanduan Audi yang menawarkan lima mod, MMI navigation plus dengan MMI touch interface. Walau bagaimana pun, untuk varian ini, kini ia tidak lagi diberikan sistem Bang & Olufsen.

    Untuk aspek keselamatan pada Q5 S Line 2.0 TFSI quattro, ia diberikan pra deria belakang Audi, dan asas pra deria, kawalan kelajuan adaptif, amaran ketibaan lorong, bantuan tukar lorong, bantuan parkir dengan kamera pandangan belakang. Ciri kemudahan lain termasuk tempat duduk hadapan larasan secara kuasa 12-hala dengan sokongan kedudukan belakang, serta kawalan suhu tiga-zone.

    Audi Q5 S Line 2.0 TFSI quattro 2022 turut diberikan waranti lima-tahun, perbatuan tanpa had dengan bantuan tepi jalan dan pakej penyelenggaran tiga-tahun.

     
     
  • Pemandu Proton Wira lawan arus maut di Lebuhraya Persekutuan selepas bertembung dengan Honda City

    Satu kemalangan yang agak dahsyat berlaku di Lebuhraya Persekutuan pada kira-kira pukul 2 pagi tadi, dilaporkan oleh seorang pengguna Twitter bernama Ceddy. Kesan dari kemalangan tersebut menunjukkan sebuah Proton Wira yang musnah pada lorong sebelah kanan dan juga sebuah Honda City yang rosak teruk berada lorong sebelah kiri.

    Hantaran berkenaan tidak menyatakan secara spesifik di mana kemalangan itu berlaku, namun bangunan yang dilihat berada pada sebelah kiri adalah Menara Celcom di Petaling Jaya, berhampiran dengan hotel Hilton PJ, arah Shah Alam.

    Ceddy kemudiannya turut membuat hantaran balas mengatakan ada pengguna Twitter lain yang memberikan mesej kepadanya memberitahu bahawa Proton Wira berkenaan bergerak laju melawan arus, seterusnya bertembung dengan Honda City yang tidak bersalah tersebut.

    Seorang lagi pengguna Twitter, Amrfz memberitahu bahawa dia berselisih dengan Proton Wira yang dipandu laju melawan arus berkenaan di kawasan stesen minyak Shell Batu 3, Shah Alam, manakala pengguna Twitter toxic apek pula menyatakan bahawa dia juga berselisih dengan Wira berkenaan dan terselamat dari bertembung apabila diberikan lampu tinggi sebagai amaran dari sebuah Perodua Myvi dari arah bertentangan.

    Menurut laporan dari akhbar Sinar Harian yang baru sahaja dinaikkan sebentar tadi, kejadian berkenaan berlaku di kilometer 32.8 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, pada pukul 1.45 pagi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan pemandu Proton Wira berkenaan yang merupakan warga emas berumur 72 tahun telahpun meninggal dunia di tempat kejadian.

    Mohamad Fakhrudin turut memberitahu bahawa kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan beliau meminta orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

     
     
  • Polis buru penunggang motosikal khayal hisap gam

    Polis buru penunggang motosikal khayal hisap gam

    Susulan video berdurasi 40 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan khayal kerana menghidu gam minggu lalu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya kini sedang memburu individu berkenaan.

    Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dalam laporan Kosmo pada 2 Julai lalu, menerusi rakaman tersebut hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Seremban, Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan menuju arah selatan, melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

    “Dalam rakaman tersebut juga turut memaparkan suspek yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sedang memegang sambil menghidu bungkusan plastik di tangan kirinya, disyaki sedang melakukan perbuatan menghidu gam,” katanya.

    Menurutnya lagi, sehingga kini suspek terlibat sedang giat dikesan dan dikenalpasti serta siasatan lanjut masih dijalankan.

    “Mana-mana orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini, boleh menyalurkan maklumat tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222 untuk tindakan lanjut oleh pihak polis,” katanya.

     
     
  • Lelaki ditahan kerana modifikasi Skyline R32 menyerupai jentera PDRM selepas dipamer di AOS

    Lelaki ditahan kerana modifikasi Skyline R32 menyerupai jentera PDRM selepas dipamer di AOS

    Seorang lelaki ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memodifikasi kereta menyerupai kenderaan rasmi PDRM. Kereta yang dimodifikasikan itu sebelum ini telah dipamerkan menerusi acara Art Of Speed (AOS) yang berlangsung Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) selama dua hari mulai semalam.

    Menurut Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kenderaan jenis Nissan Skyline R32 milik individu terbabit sebelum ini menjadi tular di laman media sosial kerana menyerupai kenderaan rasmi polis yang dipamerkan dalam acara tersebut, laporan Harian Metro.

    “Siasatan yang dijalankan berdasarkan penularan video di media sosial itu kemudian membawa kepada penangkapan suspek yang merupakan pemilik sebuah kedai aksesori kereta berumur 45 tahun yang juga pemilik Nissan Skyline R32 terbabit.

    “Tangkapan yang dijalankan kira-kira jam 10.30 malam itu turut merampas sebuah Nissan Skyline R32, satu rangkai kunci dan sekeping slip penyertaan pameran,” katanya.

    Wan Kamarul turut berkata, siasatan lanjut berkaitan kes tersebut masih dijalankan dan disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967.

     
     
  • Dua Vespa klasik ubah suai penggerak elektrik jadi hadiah cabutan bertuah acara Art of Speed 2022

    Dua Vespa klasik ubah suai penggerak elektrik jadi hadiah cabutan bertuah acara Art of Speed 2022

    Selepas dua tahun tertangguh disebabkan pandemik, acara Art of Speed (AOS) kembali tahun ini dan sedang berlangsung di MAEPS, Serdang selama dua hari (2 dan 3 Julai). Selain pameran pelbagai kenderaan ubah suai, setiap kali penganjurannya, pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik.

    Antara hadiahnya sebelum ini adalah RXZ TwinBoss (Yamaha RXZ dengan dua enjin) dan Mizuki, sebuah Mini Cooper klasik dengan enjin motosikal Suzuki Hayabusa. Tahun ini pula, AOS membuat kelainan dengan menyediakan dua unit Vespa klasik yang diubah suai dengan penggerak elektrik.

    Badan Vespa tersebut telah disiapkan lebih awal, dan kemudiannya ubah suai penggantian enjinnya pula dilakukan di tapak acara. Enjin pembakaran dalaman daripada Vespa tahun 70-an itu diganti dengan penggerak elektrik daripada Elders Garage, Indonesia.

    Pakej ubah suai yang disediakan oleh Elders Garage ini boleh dipasang terus (plug n play) tanpa ubah suai pada bahagian kerangka, dan disebabkan tidak mengambil masa yang lama untuk siap. Ia terdiri daripada bateri lithium ion 72 V 24 Ah, motor 3 kW, lengan ayun khas, cakera brek dan pengawal Elettrico Square Wave 80a dengan sambungan Bluetooth kepada telefon bimbit.

    Bateri yang digunakan boleh dicas dari kosong ke penuh dalam masa lima jam, dan ia mampu memacu Vespa tersebut sehingga kelajuan maksimum 80 km/j. Jarak gerak yang disediakan pula adalah 60 hingga 75 km, dalam mod Eco.

    Anda sendiri boleh melihat Vespa ini di AOS 2022 dan mana tahu kalau bertuah, mungkin anda juga boleh membawanya pulang. Cabutan untuknya akan dilakukan pada hari Ahad jam lima petang.

     
     
  • Harga SST Volvo 2022: XC90, S90 naik RM24k; XC60 naik RM22k; XC40 naik RM16k; S60, V60 naik RM19k

    Harga SST Volvo 2022: XC90, S90 naik RM24k; XC60 naik RM22k; XC40 naik RM16k; S60, V60 naik RM19k

    Giliran Volvo pula mengumumkan harga baharu bagi kesemua modelnya yang masih berada di pasaran Malaysia. Harga baharu tersebut termasuk dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sebelum ini diberikan pengecualian sejak Jun 2020 sehingga 30 Jun 2022.

    Kesemua barisan model Volvo di sini adalah pemasangan tempatan (CKD), yang sebelum ini menerima manfaat 100% pengecualian SST. Kini harganya dilaporkan naik dan paling banyak berjumlah RM24,487.54, iaitu melibatkan model tunggal Recharge T8 Inscription Plus bagi S90 yang kini berharga RM368,888 atas jalan tanpa insurans.

    Manakala kedua-dua varian XC90 pula lebih mahal selepas ‘cuti SST’, kini berharga RM412,888 (+RM24,288.30) bagi model mild hybrid B5 Inscription Plus, manakala varian plug-in hybrid Recharge T8 Inscription Plus pula kini ditawarkan pada RM428,888 (+RM24,112.73).

    Harga SST Volvo 2022: XC90, S90 naik RM24k; XC60 naik RM22k; XC40 naik RM16k; S60, V60 naik RM19k

    Untuk XC60 pula, varian B5 Momentum dan Recharge T8 Inscription Plus pula menyaksikan peningkatan harga masing-masing sebanyak RM21,832.17 dan RM22,106.52. Manakala SUV paling kecil dalam barisannya, XC40, diumumkan naik harga sebanyak RM16,177.18 untuk varian T5 AWD R-Design, dan kenaikan harga baggi Recharge T5 R-Design mencecah RM14,069.10, menjadi RM259,888.

    Manakala varian P8 AWD atau versi Pure Electric untuk XC40 tiada lagi dalam pasaran tempatan kerana peruntukan unit untuk model tahun 2022 telah habis sepenuhnya. Dan bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan model XC40 EV facelift 2023, harganya tidak dimaklumkan buat masa ini. Sebelum ini, ia dijual pada harga atas jalan RM262,459.75 tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jalan dan insentif EV (pengecualian cukai import dan duti eksais).

    Bagi barisan 60 pula, varian S60 Recharge T8 R-Design kini dijual pada harga RM303,888, atau lebih RM18,692.01 berbanding harga sebelum ini dengan pengecualian SST. Untuk versi wagon V60 pula, harganya tidak jauh beza dengan abangnya sedan, dengan peningkatan sebanyak RM18,978.41 dan kini berharga RM305,888.

     
     
  • myTukar lancar penjenamaan semula berwarna oren di myTukar Auto Fair 2022 – kini seiras imej Carro

    myTukar lancar penjenamaan semula berwarna oren di myTukar Auto Fair 2022 – kini seiras imej Carro

    Platform kereta terpakai myTukar hari ini telah melancarkan penjenamaan semulanya, menggunakan warna identiti korporat oren bagi melambangkan pengukuhan jenama serta kebolehannya sebagai sebahagian dari jaringan serantau Carro. Pelancaran semula berkenaan dibuat di myTukar Auto Fair 2022, yang berlangsung di myTukar Retail Experience Centre Puchong South bermula sekarang sehingga 3 Julai nanti.

    Identiti korporat baharu ini membolehkan ia kini selari dengan Carro, iaitu syarikat induknya yang berpusat di Singapura dan kini sedang berusaha untuk menjadi platform pasaran kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara. Penjenamaan semula ini akan diikuti dengan pelbagai perubahan untuk myTukar, termasuk flit trak tunda baharu bagi penghantaran dari pintu-ke-pintu untuk pelanggan dan kempen pertama yang dikuasakan oleh Carro akan dibuat dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang.

    “Dengan usaha kolektif kami sebagai syarikat, bersama rakan kerjasama kami, pengedar dan pelanggan yang mempercayai kredibiliti kami, industri kereta terpakai tidak pernah mudah untuk diakses, telus dan dipercayai,” kata CEO myTukar Derrick Eng.

    “Penambahbaikkan yang dibuat pada myTukar adalah melangkaui penjenamaan semula; kami telah menyatukan keupayaan, perniagaan, kecerdasan data dan pengetahuan teknikal kami dengan syarikat induk kami, Carro, untuk membawa nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami,” tambahnya lagi.

    myTukar lancar penjenamaan semula berwarna oren di myTukar Auto Fair 2022 – kini seiras imej Carro

    CEO dan pengasas bersama Carro Aaron Tan pula menambah: “Penjenamaan semula myTukar hari ini adalah pembaharuan komitmen syarikat untuk memberikan pengalaman bertaraf dunia kepada pelanggan, memastikan proses pemilikan kereta yang lancar dan telus. Dalam menyelaraskan identiti dan nilai teras jenama kami antara satu sama lain, kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan berterusan myTukar.”

    Penjenamaan semula ini dibuat setelah myTukar menunjukkan pertumbuhan pantas di seluruh negara sama ada dalam bentuk digital mahupun fizikal. Beberapa tahun ke belakangan ini jumlah transaksi meningkat sebanyak 63% untuk jualan borong dan 260% untuk peruncitan, membantu untuk meningkatkan pendapatan bersihnya sehingga 89%. Imej korporat baharu disasarkan untuk membawa syarikat tersebut lebih hampir kepada pelanggan dan bersedia untuk meningkatkan pengembangan secara geografik, membantu memacu pertumbuhan dan jualan.

    “Penjenamaan semula ini adalah komitmen kami untuk memberikan pelanggan pengalaman pembelian menyeluruh apabila mereka memutuskan untuk membeli kereta impian mereka yang seterusnya,” kata Eng. “Kami yakin dengan sokongan teknologi Carro, penampilan serantau dan pengalaman kami dalam menangani pasaran Malaysia, kami akan dapat meneruskan rekod pertumbuhan kami.”

    myTukar meletakkan kotak oren besar yang dicetak bersama kod QR di seluruh negara – termasuk di Lembah Klang, Pulau Pinang dan di myTukar Auto Fair 2022 sebelum ini di Plentong, Johor Bahru – menjelang acara hari ini. Kotak bergerak berkenaan turut diletakkan di Ipoh, Taiping, Alor Setar, Johor dan Pulau Pinang.

    Mereka yang mengimbas kod berkenaan berpeluang untuk merebut hadiah bernilai sehingga RM200,000, dengan barangan yang lebih bernilai tinggi didedahkan apabila semakin ramai yang mengimbas – hari ini, antara hadiah yang diumumkan adalah bekalan petrol selama setahun.

    Langkah itu berikutan pertumbuhan yang stabil dalam pasaran kereta terpakai, dengan permintaan meningkat sebanyak lapan peratus pada suku pertama tahun ini. myTukar Auto Fair 2022 yang sedang berlangsung tersebut memenuhi keperluan pelanggan ini, dengan lebih 1,000 kenderaan terpakai myTukar Certified tersedia untuk lebih 6,000 orang yang dijangka memenuhi fasiliti di Puchong South tersebut dalam tempoh tiga hari akan datang.

    Pengunjung yang mahu melakukan proses tukar-beli akan mendapat terus nilai untuk kereta sedia ada mereka, kadar faedah serendah 1.88% dan kelulusan pinjaman pada hari yang sama kereta diterima. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web myTukar, yang juga telah dikemas kini dengan imej korporat oren baharu ini.

     
     
  • Honda ADV 160 tiba di Indonesia – enjin 156.9 cc baru, sistem kawalan cengkaman, ABS, ruang simpanan 30L

    Honda ADV 160 tiba di Indonesia – enjin 156.9 cc baru, sistem kawalan cengkaman, ABS, ruang simpanan 30L

    Akhirnya hari ini, PT Astra Honda Motor melancarkan secara rasmi Honda ADV 160 untuk pasaran Indonesia, dengan ditawarkan dalam dua versi iaitu CBS dan ABS + HSTC, pada harga masing-masing 36 juta rupiah (RM10,624) dan 39.25 juta rupiah (RM11,583).

    Tidak banyak perubahan kosmetik yang dilakukan pada skuter ala adventure ini, dengan lampu hadapan dan belakang yang kelihatan masih lagi sama, tetapi panel tepi, dari hadapan hingga ke belakang adalah sedikit berbeza. Selain daripada itu, model baru ini juga ditambah dengan penghadang angin hadapan yang boleh dilaras dua kedudukan serta pengecas USB di bahagian ruang simpanan kecil bawah pemegang.

    Perubahan lain yang dilakukan adalah tinggi tempat duduk, yang dijadikan lebih rendah untuk menyenangkan pengguna, ruang simpanan bawah tempat duduk bertambah besar dua liter menjadi 30 liter serta rekaan panel meter digital baru.

    Naik taraf paling utama pada ADV 160 ini, seperti yang dapat dilihat melalui namanya adalah enjin satu silinder suntikan bahan api 156.9 cc eSP+ yang dipadankan bersama transmisi CVT untuk menghasilkan kuasa 15.8 PS pada 8,500 rpm dan 14.7 Nm tork pada 6,500 rpm. Kuasa ini adalah sama seperti Vario 160 dan Air Blade 160 yang menggunakan enjin sama.

    Untuk versi ABS, selain sistem brek anti kunci yang dilaksanakan melalui tetapan cakera depan dan belakang, ia juga ditambah dengan sistem kawalan cengkaman HSTC yang boleh mengelakkan gelinciran pada roda belakang serta lampu amaran kecemasan (Emergency Stop Signal).

    Kelengkapan lain skuter ini masih lagi sama seperti ADV 150 yang diperkenalkan kali pertama pada tahun 2019, termasuk fork teleskopik di hadapan, dua penyerap hentak Showa di belakang dengan tabung gas, rim 14 inci di hadapan dengan tayar 110/80, rim 13 inci di belakang dengan tayar 130/70, lampu hadapan LED serta sistem kunci pintar.

     
     
  • Malaysia bakal jadi hab data raya strategik dengan adanya rangkaian Digital Lebuh Raya – Menteri

    Malaysia bakal jadi hab data raya strategik dengan adanya rangkaian Digital Lebuh Raya – Menteri

    Dengan adanya projek Rangkaian Digital Lebuh Raya bernilai RM300 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab data raya strategik di rantau ASEAN, ujar Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Menurut beliau, projek tiga fasa bagi membina dan mengendalikan kabel gentian optik di sepanjang lebuh raya seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tersebut telah diluluskan oleh kerajaan kepada MSA Resources Sdn Bhd (MSAR).

    “Infrastruktur telekomunikasi baharu dengan teknologi kependaman di sepanjang lebuh raya utama negara ini akan dapat memberikan capaian yang lancar untuk trafik jalur lebar di peringkat domestik dan antarabangsa.

    “Sebanyak 4,000 titik hubungan (POI) akan menghubungkan bandar dan kawasan luar bandar dengan liputan jalur lebar yang tinggi kelak dengan menyumbang kepada peningkatan penyampaian awam atas talian seperti kemudahan kesihatan, pendidikan dan juga pengangkutan,” katanya menerusi laporan Bernama.

    Malaysia bakal jadi hab data raya strategik dengan adanya rangkaian Digital Lebuh Raya – Menteri

    Tambah beliau lagi, dengan ketersediaan infrastruktur itu ia akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, sektor ekonomi dan perkhidmatan di negara ini.

    “Kemudahan berkenaan itu juga akan membolehkan perniagaan beralih kepada platform digital secara tidak langsung rakyat akan mempunyai pilihan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan harga yang optimum,” katanya lagi.

    Pengarah Urusan MSAR,Saiful Husni Samak pula berkata, projek itu akan dibangunkan melalui tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru, fasa kedua melibatkan lebuh raya dalam bandar di Lembah Klang dan fasa ketiga menghubungkan pantai timur.

    “MSAR juga menyediakan sepasang kabel gentian optik kepada LLM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara percuma dan kami turut menyediakan WiFi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) secara percuma juga di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan,” katanya sambil menambah projek itu juga akan menyumbang RM12 juta setahun melalui bayaran perkhidmatan kepada kerajaan.

     
     
  • Harga BMW SST 2022: naik antara RM4.4k ke RM32k

    Harga BMW SST 2022: naik antara RM4.4k ke RM32k

    Dengan kembalinya SST bermula hari ini, BMW Malaysia telah menyiarkan senarai harga terbaru model-model mereka, bersama harga sambungan jaminan dan pakej servis yang dijual secara berasingan. Harga asas yang dinyatakan datang dengan jaminan dua tahun, dan sambungan jaminan pula merangkumi tempoh lima tahun; lihat jadual di bawah untuk mengetahui perbezaan sebelum dan selepas SST.

    Senarai harga terbaru ini menyaksikan model paling murah, iaitu X1 sDrive18i kini dijual pada harga RM204,140, atau RM220,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, manakala X1 sDrive20i M Sport pula dijual pada harga RM227,140, atau RM243,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis. Seterusnya, 2 Series Gran Coupe in 218i M Sport kini dijual pada harga RM213,690, atau RM228,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis.

    Barisan model 3 Series yang dimulakan dengan 320i Sport kini dijual pada harga RM241,680, atau RM257,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, diikuti 330i M Sport pada harga RM283,680, atau RM299,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, 330e M Sport pada RM260,680, atau RM276,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, dan 330Li M Sport pada harga RM289,680, atau RM305,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis.

    Harga BMW SST 2022: naik antara RM4.4k ke RM32k

    Pergi pula kepada model prestasi M dan M Performance yang menggunakan enjin enam silinder, M340i xDrive kini dijual pada harga RM363,680, atau RM379,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, M3 Competition pada harga RM690,860, atau RM720,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, dan M3 Competition xDrive RM797,860, atau RM827,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis.

    Seterusnya untuk 4 Series, ia dimulakan dengan 430i M Sport yang kini dijual pada harga RM411,680, atau RM427,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, manakala M4 Competition dijual pada harga RM710,860, atau RM740,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis, dan M4 Competition xDrive pada RM818,860 atau RM848,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis.

    Barisan model 5 Series bermula pada harga RM338,187, iaitu untuk 530e M Sport (RM358,217 dengan sambungan jaminan dan pakej servis), kemudiannya diikuti 530i M Sport yang berharga RM382,770 (RM402,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis). Untuk model M berenjin V8, M5 dijual pada harga RM960,080 (RM998,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis), dan M5 Competition pada harga RM1,150,080 (RM1,188,800 dengan sambungan jaminan dan pakej servis).

    Anda boleh melihat senarai harga model-model lain termasuk 6 Series, 7 Series, X3, X5, serta model elektrik seperti iX3, iX dan i4 melalui jadual yang telah kami sediakan di atas.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.30
DIESEL
EURO 5 B10 RM3.35 (+1.20)
EURO 5 B7 RM3.55 (+1.20)
Last Updated Jun 06, 2024