Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Geely perkenal bateri LFP Aegis baru dengan ketumpatan tenaga lebih tinggi, saiz lebih kompak

    Geely perkenal bateri LFP Aegis baru dengan ketumpatan tenaga lebih tinggi, saiz lebih kompak

    Geely telah mendedahkan bateri lithium iron phosphate ‘short blade’ generasi terbaru yang dipanggil sebagai Aegis, mempunyai ketumpatan tenaga 192 Wh per kg bersama pelbagai peningkatan teknologi bateri lain termasuk keselamatan, jangka hayat pengecasan, kemampuan cas pantas serta prestasi suhu rendah.

    Bateri ini akan diguna buat pertama kalinya pada Geely Galaxy 5 yang akan dijual di China hujung tahun ini, dengan pek yang berkapasiti 49.52 kWh dan 60.22 kWh. Menurut laporan CarNewsChina, ia boleh memberikan jarak gerak CLTC masing-masing 440 km dan 530 km.

    Tahap ketumpatan tenaga 192 kWh per kg pada bateri Aegis ini adalah setanding dengan bateri ternary, dan secara fizikalnya adalah lebih kompak dengan catatan panjang 580 mm, berbanding 960 mm bagi bateri biasa.

    Bateri short-blade ini telah mencapai tahap mengecas 10-80% dalam masa 17 minit empat saat pada kadar 2.45C, berbanding bateri long-blade yang mencatat 26 minit dalam ukuran yang sama, dengan kadar purata 1.61C. Dalam ujian suhu sejuk -30 darjah celsius, bateri baru ini berjaya mencapai tahap pengekalan kapasiti 90.54%, sementara bateri long-blade mencatat 78.96%.

    Saiz 40% lebih pendek berbanding bateri long-blade biasa juga membawa kepada tahap rintangan dan haba dalaman yang lebih rendah, sementara penggunaan kapasiti (volume utilisation) meningkat sebanyak 50%. Dalam ujian, bateri Aegis ini telah mencapai kitaran mengecas semula 3,500 kali, yang mana menurut Geely, bersamaan dengan tempoh mengecas dan memandu sehingga satu juta kilometer.

    Bateri Aegis telah melalui pelbagai ujian lasak, termasuk pendedahan kepada api sehingga 1,000 darjah celsius selama 130 saat, ujian karat dengan merendamnya dalam air laut selama 48 jam, ujian impak bahagian bawah badan berulang kali, ujian musim sejuk pada suhu -35 darjah celsius bersama ketinggian 5,000 m selama lapan jam dan ujian gulingan dengan jumlah berat.

    Dalam syarikat, Geely juga telah melakukan ujian sendiri seperti cuba membocorkan pek bateri dengan lapan paku, tanpa sebarang kesan selepas satu jam, dan tembakan senapang biasa China, yang juga tidak menyebabkan sebarang nyalaan – lapor CarNewsChina.

    Geely perkenal bateri LFP Aegis baru dengan ketumpatan tenaga lebih tinggi, saiz lebih kompak

    Menurut Geely, keputusan ujian ini dapat dicapai memandangkan bateri short blade menggunakan diaphragm berkekuatan tinggi, yang juga sangat tahan panas, “dengan separator yang sangat stabil digabungkan bersama elektrod selamat, kita dapat menghasilkan bateri yang mempunyai ketumpatan tinggi dan selamat.”

    Teknologi fius sendiri yang dibuat oleh Geely pada permukaan elektrod dapat mencegah litar pintas apabila kenderaan mengalami kemalangan, sementara pelapis aluminium yang dimasukkan pada diaphragm bateri mencipta lapisan penebat sekiranya bateri tersebut tercucuk.

    Menurut Geely, bateri ini juga mempunyai rekaan kerangka grid, ronggan serap tenaga, plet pelindung bawah tiga lapisan, integrasi cell-to-body, sistem kawalan suhu runway serta beberapa lagi ciri keselamatan.

     
     
  • Sistem OPS bagi Road Charge untuk kenderaan asing masuk sempadan M’sia dilaksana mulai 1 Ogos 2024

    Sistem OPS bagi Road Charge untuk kenderaan asing masuk sempadan M’sia dilaksana mulai 1 Ogos 2024

    Bagi memantapkan lagi keberkesanan sistem pembayaran untuk Road Charge (RC) bagi kenderaan pendaftaran asing yang memasuki sempadan Malaysia, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan bahawa pengenalan Open Toll Payment System (OPS) atau Pembayaran Tol Terbuka akan dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.

    Ini bermakna pembayaran bagi RC boleh dibuat dengan menggunakan kad debit atau kredit yang merupakan pilihan tambahan kepada Touch N’ Go. Bayaran RC adalah sebanyak RM20 bagi setiap kali kemasukan.

    “Pengguna boleh memuat turun aplikasi MDGS melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk menyesuaikan dan memahami fungsi aplikasi tersebut,” kata Menteri MOT Anthony Loke menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Berkenaan dengan status pelaksanaan permit kemasukan kenderaan motor asing ke Malaysia atau
    Vehicle Entry Permit (VEP) pula, Loke berkata, bagi memastikan proses pendaftaran VEP berjalan lancar, MOT dan JPJ telah meneliti semua maklum balas dan melaksanakan penambahbaikan kepada sistem dan proses pendaftaran tersebut.

    Sistem OPS bagi Road Charge untuk kenderaan asing masuk sempadan M’sia dilaksana mulai 1 Ogos 2024

    “Antara penambahbaikkan utama yang telah dilaksanakan adalah pembatalan pendaftaran atau deregistration VEP boleh dibuat secara atas talian termasuk untuk kenderaan yang telah bertukar milik, dan VEP yang telah tamat tempoh, iaitu mencapai lima tahun dari tarikh pendaftaran akan dibatalkan secara automatik.

    “Selain itu, pembaharuan VEP boleh dibuat secara atas talian tanpa perlu menunggu tag VEP
    sedia ada tamat tempoh dan notifikasi akan dihantar kepada pemilik kenderaan 60 hari, 30 hari dan 10 hari
    sebelum tarikh tamat tempoh VEP,” katanya.

    Sebelum ini, beliau telah mengumumkan bahawa peraturan VEP akan dikuatkuasakan di sempadan
    Malaysia-Singapura oleh pihak JPJ mulai 1 Oktober 2024.

    “Sejak pengumuman penguatkuasaan dibuat, sejumlah 23,649 permohonan telah diterima antara 28 Mei 2024 sehingga 29 Jun 2024, melebihi permohonan sebanyak 15,424 untuk keseluruhan tahun 2023. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 6,120 tag VEP telah dikeluarkan kepada pemohon manakala sebanyak 1,080 tag VEP telah diaktifkan,” katanya.

    Tambahnya, penerima diingatkan untuk mengaktifkan tag VEP dengan memuatnaik gambar nombor pendaftaran kenderaan bersama tag VEP yang telah dilekat di https://vepams.jpj.gov.my selepas menerima tag VEP tersebut. Untuk makluman, tag VEP tidak sah sekiranya tidak diaktifkan.

     
     
  • Subsidi petrol RON95 harus munasabah; lihat corak penggunaan rakyat bukan statistik sedia ada – FOMCA

    Subsidi petrol RON95 harus munasabah; lihat corak penggunaan rakyat bukan statistik sedia ada – FOMCA

    Keraan disaran agar menyalurkan amaun subsidi petrol RON95 yang mencukupi kepada rakyat untuk mengimbangi kos perbelanjaan sekiranya rasionalisasi ke atas bahan api itu dilaksanakan.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah, perkara itu perlu diteliti agar tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat Malaysia.

    Katanya, walau bagaimana pun, buat masa ini sukar untuk menetapkan anggaran jumlah subsidi petrol yang mencukupi untuk menambung perbezaan harga petrol RON95 apabila diapungkan kelak. Namun, beliau yakin amaunnya nanti akan ditentukan apabila kerajaan melakukan audit menerusi data Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

    “Kerajaan perlu kumpulkan maklumat di peringkat bawah dari segi penggunaan sebenar petrol bulanan dan keperluan rakyat yang layak iaitu golongan B40 dan M40. Kos ulang alik ke tempat kerja misalnya bukannya murah kerana mereka juga perlu membayar tol, cukai jalan dan insurans kenderaan.

    Subsidi petrol RON95 harus munasabah; lihat corak penggunaan rakyat bukan statistik sedia ada – FOMCA

    “Jangan setakat bergantung kepada statistik sedia ada. Kebergantungan kerajaan terhadap statistik sedia ada sebelum ini menyebabkan mereka lupa apa keadaan sebenar rakyat di luar sana,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

    Tambahnya, pelbagai implikasi buruk dikhuatiri akan berlaku sekiranya nilai subsidi diberikan tidak munasabah.

    “Kuasa beli rakyat akan jatuh sebab duit habis untuk menampung perbelanjaan petrol yang semakin bertambah. Akhirnya, golongan B40 mungkin tidak mampu membeli makanan berkhasiat buat keluarga mereka. Malah, tidak mustahil masalah sosial dan jenayah semakin meningkat kerana rakyat tidak cukup gaji. Kerajaan perlu teliti risiko-risiko seperti ini,” katanya.

     
     
  • Honda Malaysia tawar promosi Julai 2024 – diskaun hingga RM7k; termasuk City, Civic, WR-V, HR-V 2024

    Hari ini merupakan hari pertama untuk separuh kedua 2024. Adakah anda memasang hajat untuk memiliki sesuatu yang baharu? Kereta baharu mungkin?

    Bagi sepanjang Julai ini, Honda Malaysia menganjurkan promosi ‘Joyful Drive Bonanza’ termasuk menawarkan diskaun sehingga RM7,000. Menariknya, model-model yang ditawarkan adalah buatan tahun 2024.

    Diskaun paling besar untuk bulan ini melibatkan model Civic, dengan RM5,500 bagi versi petrol. Manakala versi RS Hybrid pula dengan RM7,000. Walau bagaimana pun, Honda berkata, semua tawaran ini adalah termasuk untuk penjawat awam, H2H dan skim diskaun kakitangan profesional, jadi sila semak kelayakan anda dengan wakil pengedar terlebih dahulu.

    Manakala untuk City, ia ditawarkan diskaun sebanyak RM5,000 untuk lima varian, sementara empat varian bagi WR-V menerima diskaun sehingga RM3,000. Jika anda berminat dengan HR-V, hanya varian RS Hybrid menerima diskaun hingga RM1,500. Walau bagaimana pun, model CR-V generasi ke-enam dan City Hatchback facelift tidak termasuk dengan tawaran promosi ini. Honda Malaysia turut berkata promosi ini hanya untuk kenderaan yang didaftarkan mulai hari ini hingga 31 Julai.

    Honda Malaysia tawar promosi Julai 2024 – diskaun hingga RM7k; termasuk City, Civic, WR-V, HR-V 2024

     
     
  • Kerajaan akan ambil langkah sama, ‘tiada notis awal’ untuk subsidi bersasar petrol RON 95- Rafizi Ramli

    Kerajaan akan ambil langkah sama, ‘tiada notis awal’ untuk subsidi bersasar petrol RON 95- Rafizi Ramli

    Buat masa sekarang, kerajaan tidak ada menyatakan sebarang perincian tentang pembubaran subsidi menyeluruh petrol RON95, kecuali mereka sedang melakukan kajian berkenaannya. Bila masa sebenar subsidi bersasar akan diperkenal dan dilaksana juga masih belum diketahui.

    Apabila ditanya lagi berkenaan perkara ini, menteri ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan kerajaan akan mengambil strategi sama untuk petrol RON 95, seperti diesel, di mana tiada notis awam awal dikeluarkan berkenaan keputusan untuk menarik balik subsidi menyeluruh sedia ada – lapor Malaysiakini.

    “Kita tidak akan dedahkan rancangan kita, seperti mana kita kejutkan semua orang dengan diesel. Sama seperti kita kejutkan semua orang dengan diesel, saya fikir ada satu lagi kejutan untuk orang ramai,” kata beliau dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg.

    Kerajaan akan ambil langkah sama, ‘tiada notis awal’ untuk subsidi bersasar petrol RON 95- Rafizi Ramli

    Beliau juga menegaskan bahawa pada masa ini, kerajaan komited kepada program rasionalisasi subsidi diesel. “Buat masa sekarang, kami memberi tumpuan kepada diesel kerana ketirisan besar sebenarnya berlaku dalam (subsidi) diesel. Saya fikir kami kena pastikan dan belajar daripada proses untuk menambah baik keseluruhan system,” kata Rafizi.

    Sementara itu, perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi kenyataan balas kepada soalan berkenaan kenyataan Rafizi itu dengan mengatakan bahawa kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan keperluan rasionalisasi subsidi petrol RON 95 – lapor Malay Mail.

    Anwar memberitahu, kenyataan Rafizi cuma memberi fokus kepada subsidi bersasar diesel, yang mana kerajaan kini sedang membuat kajian berkenaan keberkesanannya. “Saya baca teks Rafizi; beliau menyatakan kami sedang memberi fokus kepada diesel, yang memerlukan pertimbangan rapi untuk pelaksanannya,” kata beliau.

     
     
  • Mercedes-Benz buat pelaburan besar bangunkan semula enjin pembakaran dalaman, ubah pelan EV

    Mercedes-Benz buat pelaburan besar bangunkan semula enjin pembakaran dalaman, ubah pelan EV

    Selepas melihat jualan model-model kenderaan elektrik penuh (EV) mula perlahan pada awal tahun ini dan mejangkakan model-model EV dan plug-in hybrid (PHEV) hanya akan mengusai 50% pasaran globalnya pada 2030, Mercedes-Benz sudahpun membayangkan visinya untuk menjadikan pengeluar EV 100% pada tahun tersebut telah diubah. Dan terbaharu, pengeluar automotif premium dari Jerman berkenaan dilaporkan akan membuat pelaburan besar bagi membangunkan semula enjin pembakaran dalaman.

    Dalam laporan majalah perniagaan Jerman Wirtschaftswoche yang dipetik oleh Motor1.com, CEO Mercedes-Benz Ola Källenius menyatakan bahawa teknologi enjin pembakaran dalaman akan “bertahan melangkaui 2030”, dan oleh itu syarikatnya akan membuat pelaburan besar bagi membangunkan semula teknologi enjin tersebut yang mematuhi undang-undang emisi ketat bermula tahun ini.

    Laporan itu turut menyatakan bahawa tahun ini sahaja Mercedes-Benz telah membuat pelaburan sebanyak 14 bilion euro (RM71 bilion) untuk divisi kenderaan penumpangnya, di mana ia membabitkan dana untuk membangunkan “teknologi tinggi pembakaran dalaman), elektrifikasi dan digitalisasi. Källenius tidak memperincikan peruntukan sebenar yang diletak untuk membangunkan enjin, tetapi beliau mengakui ia melibatkan “perbelanjaan lebih besar dari apa yang dijangkakan”.

    Beliau turut menyatakan Mercedes-Benz membuat pelaburan yang lebih banyak dari biasa untuk model facelift S-Class dengan enjin pembakaran dalaman yang dijangka akan diperkenalkan pada 2026. Menurutnya lagi Mercedes perlu memastikan unit rangkaian kuasa konvensionalnya berada pada tahap teknologi tertinggi, dan sekiranya pelaburan besar tidak dibuat, perniagaan enjin pembakaran dalamannya akan terhenti pada tahun 2027 atau 2028.

    Källenius merujuk kepada undang-undang emisi Euro 7 di Eropah dan China 7 di China yang bakal mula digunakan pada masa yang dinyatakan tersebut. Bagi memastikan Mercedes mengelak untuk membayar denda yang mahal, enjin-enjin pembakaran dalaman dan juga transmisinya perlu dipastikan bersih dan mematuhi undang-undang yang lebih ketat itu sebelum tiba waktu perlaksanaannya.

    Untuk itu, enjin-enjin berkenaan akan menerima teknologi elektrikfikasi untuk berfungsi dengan lebih bersih, dan Källenius membayangkan Mercedes-Benz akan hadir dengan lebih banyak model-model hibrid. Walaupun hala tuju Mercedes-Benz terhadap EV sudah berubah, bos besar syarikt itu menyatakan objektif Mercedes untuk mencapai karbon neutral pada 2040 masih lagi kekal.

     
     
  • Laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands bakal dibuka semula mulai 3 petang hari ini – JKR

    Laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands bakal dibuka semula mulai 3 petang hari ini – JKR

    Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor memaklumkan bahawa laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands akan dibuka semula hari ini (1 Julai). Di mana laluan itu akan dibuka kepada semua pengguna jalan raya bermula jam 3 petang ini.

    Sebelum ini, laluan berkenaan ditutup susulan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa pada Disember 2022. Susulan itu, Kementerian Kerja Raya mengarahkan Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun bagi membolehkan pelaksanaan kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh berkenaan.

    Pada Aprul lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilaporkan berkata projek pembaikan yang membabitkan kos kira-kira RM19 juta itu sudah mencapai 86% dengan kerja-kerja yang bakal disiapkan termasuk rel adang dan binaan dinding.

     
     
  • DBKL naikkan kadar kompaun trafik mulai hari ini

    DBKL naikkan kadar kompaun trafik mulai hari ini

    Bermula hari ini (1 Julai 2024) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan semua perundangan subsidiari mengikut akta itu.

    Menurut DBKL, kadar kompaun baharu bagi kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari), laporan Bernama.

    Manakala bagi kategori kereta, kompaun sebanyak RM50 dikenakan bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM80 (16 hingga 30 hari) dan RM100 (31 hingga 60 hari) manakala kenderaan berat, kadar kompaun adalah sebanyak RM200 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari.

    Tambahnya, kadar kompaun sebanyak RM250 bagi tempoh 16 hingga 30 hari dan RM300 bagi tempoh 31 hingga 60 hari.

     
     
  • BHPetrol umum pemenang ‘Beli&Menang Ka-Ching’, peraduan ‘Pam & Beli Syoknya Menang’ bermula!

    BHPetrol umum pemenang ‘Beli&Menang Ka-Ching’, peraduan ‘Pam & Beli Syoknya Menang’ bermula!

    Selepas dua bulan Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang Ka-Ching’ tamat, hari ini Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi peraduan tersebut, berlangsung di stesen BHPetrol Jalan Meru 2, Klang awal hari ini.

    Peraduan ini berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2024 di stesen-stesen servis BHPetrol yang mengambil bahagian, dan ia menawarkan ganjaran kepada 80 pemenang secara keseluruhan, bersama 20 lagi pemenang saguhati dengan wang tunai RM1,000 yang diumumkan melalui laman web rasmi BHPetrol.

    Untuk peraduan yang berlangsung selama dua bulan ini, seramai 20 pemenang memenangi hadiah utama Wang Tunai RM5,000 setiap seorang dan 20 pemenang membawa pulang hadiah kedua petrol percuma selama setahun bernilai RM4,000 setiap seorang.

    Manakala 20 pemenang lagi memenangi hadiah ketiga berupa baucar barangan kemas Habib bernilai RM3,000 dan 20 pemenang lain memenangi hadiah saguhati bar emas Habib 5g 999.9 Gold setiap satu. Dalam tempoh pertandingan itu berlangsung, setiap ahli BHPetrol eCard perlu membelanjakan nilai minimum RM40 setiap transaksi untuk bahan api atau barangan kedai secara automatik untuk layak menyertainya.

    “Kami terharu dengan sambutan yang baik dan penyertaan yang tinggi dalam peraduan. Tawaran menarik kami berjaya menarik ramai pelanggan baharu serta pelanggan setia kami untuk mengunjungi BHPetrol. Kami berharap hadiah yang dimenangi akan memberi kegunaan kepada para pemenang dalam keperluan harian mereka.” kata Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol.

    Dalam majlis yang sama, BHPetrol turut melancarkan satu lagi peraduan terbaharu “Pam & Beli Syoknya Menang” yang akan berlangsung dari 1 Julai 2024 hingga 31 Ogos 2024, menawarkan jumlah hadiah bernilai RM250,000. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu membuat pembelian bahan api sebanyak RM40 atau barangan kedai stesen servis BHPetrol.

     
     
  • Ducati DesertX Discovery diperkenal – dapat tambahan kelengkapan untuk jadi lebih lasak, selesa

    Ducati DesertX Discovery diperkenal – dapat tambahan kelengkapan untuk jadi lebih lasak, selesa

    Ducati memperkenalkan varian baru bagi DesertX, selepas versi standard dan Rally, dipanggil sebagai DesertX Discovery. Mengambil model standard sebagai asas, ia kemudiannya ditambah dengan pelbagai aksesori untuk menjadikannya lebih lasak serta lengkap untuk tujuan jelajah dan juga adventure.

    Memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada penunggang, DesertX Rally datang terus dengan penghadang angin hadapan jenis touring, pemanas tangan, fungsi navigasi turn-by-turn serta tongkat tengah.

    Kemudiannya pemilik juga boleh mendapat lebih keyakinan untuk membawa motosikal ini meredah jalan lebih lasak kerana ia sudah dipasang dengan besi pelindung tepi, pelindung radiator serta pelindung bawah enjin dan pelindung tangan yang diperkuat.

    Sebagai pelengkap, penampilannya dijadikan istimewa dengan padanan warna Thrilling Black dan Ducati Red, bersama pelekat grafik khas. Bahagian mekanikal serta kelengkapan lain adalah sama seperti DesertX biasa, bermula dengan enjin, iaitu unit Testastretta 11 L-twin 937 cc, mampu menghasilkan kuasa 110 hp pada 9,250 rpm dan tork 92 Nm pada 6,500 rpm.

    Sebagai sebuah model adventure, DesertX datang dengan padanan rim spoked 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, dan ia dipegang oleh suspensi Kayaba yang terdiri daripada fork 46 mm di hadapan dan monoshock di belakang. Kedua-dua bahagian boleh dilaras sepenuhnya.

    Kelengkapan lain yang disediakan antaranya termasuk quickshifter, cakera brek 320 mm berkembar dengan angkup Brembo empat piston di hadapan, skrin TFT lima inci, tangki bahan api 21 liter, cruise control, mod tunggangan, Cornering ABS, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control serta tinggi tempat duduk 875 mm.

     
     
  • GWM Tank 300 sudah tiba, dilancar pertengahan Julai

    GWM Tank 300 sudah tiba, dilancar pertengahan Julai

    Setelah mula dipertontonkan di sini sejak bulan Mac lalu, dan kemudiannya dibuka untuk tempahan pada Mei, unit GWM Tank 300 untuk pelanggan kini telah tiba di Pelabuhan Klang dan akan dilancarkan pada pertengahan Julai nanti serta akan mula diserahkan kepada pelanggan.

    Dengan ini, GWM juga menawarkan pakej penyelenggaraan percuma selama lima-tahun atau 100,000 km (yang mana dahulu) bagi 300 pelanggan terawal SUV off-road ini. Selain itu juga, pemilik pertama GWM Tank 300 akan turut menerima jaminan enjin dan transmisi sepanjang hayat tanpa had perbatuan. Ketika pelancaran nanti, pembeli terawal ini juga akan menerima hadiah misteri.

    Untuk pasaran tempatan, GWM Tank 300 dijangka ditawarkan dengan enjin 2.0 liter turbo empat-silinder sebaris petrol yang menjana sebanyak 220 PS (217 hp atau 162 kW) dan tork 380 Nm. Kuasanya disalurkan melalui transmisi automatik lapan-kelajuan dengan ciri pacuan semua roda kawalan elektronik separuh masa.

    Antara ciri teknikalnya termasuklah sistem all-terrain control dengan sembilan mod pemanduan, sudut ramp 23.1° serta kebolehan mengharungi kedalaman maksimum 700 mm.

    Di dalam, antara ciri kelengkapan yang diberikan ialah kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh 12.3-inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kerusi balutan kulit Nappa, sistem bunyi Infinity bersama sembilan pembesar suara, pendingin hawa automatik dan dua lapisan kaca akustik (untuk tambah baik tahap NVH) serta banyak lagi.

     
     
  • Peluang menangi Mitsubishi Triton dengan berkunjung ke Rainforest World Music Festival di Sarawak

    Peluang menangi Mitsubishi Triton dengan berkunjung ke Rainforest World Music Festival di Sarawak

    Jika anda merancang untuk memeriahkan acara Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 di Sarawak yang berlangsung mulai hari ini sehingga 30 Jun, anda berpeluang memenangi Mitsubishi Triton AT Premium.

    Di mana Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bekerjasama dengan penganjur RWMF iaitu Sarawak Tourism Board bagi memberikan pengunjung peluang untuk memenangi trak pikap tersebut dengan hanya dengan menghadiri acara tersebut.

    Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli tiket RWMF dan menghadiri acara berkenaan yang berlangsung d Perkampungan Budaya Sarawak di Kuching pada tarikh yang dinyatakan itu. Pengunjung juga dijemput untuk memeriahkan booth kendalian MMM yang terletak di Garden Terrace, di hadapan Chinese farmhouse.

    Peluang menangi Mitsubishi Triton dengan berkunjung ke Rainforest World Music Festival di Sarawak

    MMM turut mengkhabarkan berita baik bahawa pelanggan yang menempah model terpilih dalam acara ini, akan ditawarkan rebat hingga RM7,000 atau program kadar faedah rendah dengan rakan kongsi bank terpilih. Pelanggan juga akan membawa pulang Beg Penyimpanan Thouswind bernilai RM200 (tertakluk pada terma dan syarat).

    Menurut MMM, penyertaannya pada acara di Sarawak ini membolehkannya berhubung dengan lebih baik bersama masyarakat tempatan dan meraikan kekayaan negeri yang kaya dengan pelbagai budaya.

    Untuk edisi ke-27, RWMF menjanjikan pengalaman lebih mendalam terhadap muzik, menggabungkan pelancongan, meraikan kebudayaan dan kelestarian alam sekitar.

     
     
  • Penurunan mendadak jualan runcit harian diesel bukti salahguna subsidi bahan api – Timbalan Menteri KPDN

    Penurunan mendadak jualan runcit harian diesel bukti salahguna subsidi bahan api – Timbalan Menteri  KPDN

    Penurunan drastik dalam jualan runcit diesel berikutan pelaksanaan program rasionalisasi subsidi bahan api kerajaan menunjukkan subsidi bahan api disalahgunakan secara meluas, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

    Dalam perkongsian menerusi Facebook peribadinya, Fuziah berkata sejak program rasionalisasi subsidi bahan api diesel diperkenalkan pada 10 Jun lalu, jualan diesel telah menurun sebanyak 30%, yang setara dengan pengurangan lapan juta liter sehari, sementara pembelian diesel komersial, yang dijual pada harga pasaran, telah meningkat sebanyak empat juta liter sehari.

    “Pada saya, ini menunjukkan bahawa diesel yang disubsidi sebelumnya telah disalahgunakan. Di samping itu, stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia mengalami penurunan 40% dalam jualan diesel, menunjukkan bahawa penyeludupan ke negara jiran adalah isu yang besar,” katanya.

    Kenyataan ini senada dengan apa yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan baru-baru ini berhubung penurunan jualan runcit diesel di pasaran.

    Penyesuaian subsidi diesel yang bermula sejak 10 Jun lalu menyaksikan diesel Euro 5 B10 dan B20 di Semenanjung naik harga sebanyak RM1.20, atau 56% daripada kadar dengan subsidi sebelumnya, RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter. Diesel Euro 5 B7 pula lebih mahal 20 sen daripada itu, dan kini dijual pada harga RM3.55 liter.

    Bantuan kewangan bagi pengguna diesel kini diagihkan menerusi program dan kategori Budi Individu dan Budi Agri-Komoditi, dengan mereka yang layak akan menerima bantuan RM200 sebulan. Bagi pengendali pengangkutan dalam skala lebih besar pula, mereka boleh memohon melalui Sistem Kawalan Diesel Subsidi 1.0 dan 2.0, yang meliputi 33 jenis kenderaan pengangkutan diesel.

     
     
  • Honda Dash 125 diberi penampilan baru – RM6,599

    Honda Dash 125 diberi penampilan baru – RM6,599

    Honda Dash 125, yang kali terakhir diberi peningkatan ketara untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022 kini diperbaharui dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah dan perak. Harga cadangan yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda (BSH) Sdn Bhd adalah RM6,599 tidak termasuk insurans.

    Bahagian lain pada motosikal ini tidak berubah, bermula dengan enjin, yang masih menggunakan unit satu silinder SOHC 124.9 cc dengan sistem suntikan bahan api PGM-Fi berkuasa 9.85 hp pada 8,000 rpm dan 9.54 Nm tork pada 6,500 rpm.

    Melalui peningkatan yang dibuat pada tahun 2022, enjin ini sudah mematuhi tahap emisi Euro 4 dan ia dipadankan bersama transmisi empat kelajuan untuk menghantar kuasa kepada roda belakang.

    Panel meter Dash 125 menggunakan unit analog, dan selain maklumat penting utama, ia juga ada memaparkan kedudukan gear di sebelah kanan. Satu kelebihan Dash 125, walaupun merupakan sebuah kapcai, ia masih menyediakan ruang simpanan di bawah tempat duduk, cukup untuk barangan kecil seperti baju hujan.

    Kedua-dua brek hadapan dan belakang Wave 125 menggunakan unit cakera, dan ia melekap pada rim 17 inci yang dibalut tayar 70/90 di hadapan dan 80/90 di belakang. Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk pemula enjin elektrik dan tendang, lampu depan LED dan tangki bahan api empat liter.

     
     
  • Polis beri 50% diskaun saman trafik pada 5-7 Julai sempena Program Madani Rakyat 2024 di Kuantan

    Polis beri 50% diskaun saman trafik pada 5-7 Julai sempena Program Madani Rakyat 2024 di Kuantan

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50% pada 5 hingga 7 Julai 2024. Ia adalah sempena penganjuran Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur yang berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang. Di mana kaunter saman trafik berkenaan dibuka di tapak acara dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

    Seperti amalan sebelum ini, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar

    Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.

    Jadi, jika anda berada di Kuantan atau kawasan sekitarnya pada tarikh berkenaan, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Sila lunaskan tunggakan saman yang ada bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.10
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.85 (-0.05)
EURO 5 B7 RM3.05 (-0.05)
Last Updated Aug 21, 2025