Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Hyundai Santa Cruz didedahkan – trak pikap dengan casis SUV, pilihan enjin petrol 2.5L NA dan Turbo

    Hyundai Santa Cruz didedahkan – trak pikap dengan casis SUV, pilihan enjin petrol 2.5L NA dan Turbo

    Selepas menyiarkan teaser minggu lalu, kini trak pikap Hyundai yang sudahpun disebut-sebut sejak sekian lama iaitu Hyundai Santa Cruz sudah pun didedahkan sepenuhnya di Amerika Syarikat. Tetapi, Hyundai menegaskan bahawa Santa Cruz bukanlah sebuah trak pikap, sebaliknya ia digelar sebagai “Kenderaan Sport Adventure”.

    Ini kerana berdasarkan kenyataan ketua produk global Hyundai, Lorenz Glaab, Santa Cruz bukan dihasilkan dari kerangka Ladder Frame seperti trak pikap tradisional, sebaliknya ia dibangunkan menggunakan platform M3 yang sama seperti SUV Tucson dan Genesis GV80. Jadi menurut Hyundai, Santa Cruz ini sebenarnya lebih kepada sebuah SUV yang mempunyai bed di bahagian belakang.

    Jenama Korea tersebut turut menyatakan bahawa bed belakang Santa Cruz ini juga tidak sama dengan trak pikap biasa. Ia menampilkan penutup tonneau bersepadu yang boleh dikunci, diberikan aksesori tambahan bed yang versatil, serta ruang simpanan tambahan yang tersembunyi di bawah bed. Dalam masa yang sama, pelanggan masih dapat manfaat sebuah SUV seperti keselesaan, ruang penumpang, penggunaan bahan api lebih efisien serta mudah diparkir.

    Hyundai Santa Cruz didedahkan – trak pikap dengan casis SUV, pilihan enjin petrol 2.5L NA dan Turbo

    Santa Cruz tampil dengan profil sisi yang hampir seiras seperti model konsepnya yang muncul pada tahun 2015, diberikan tiang-C yang landai, tetapi digabungkan dengan elemen rekaan terkini dari Hyundai. Muka trak pikap ini diberikan gril Parametic Jewel dengan lampu nyalaan siang LED yang tersembunyi, bersama fender yang ‘berotot’ seperti Tucson.

    Namun bamparnya direka untuk kelihatan lebih lasak menampilkan rekaan lebih bersegi di bahagian lampu utama, gril bawah lebih besar serta panel skid plate yang besar di bahagian bawah. Belakang Santa Cruz ini juga tidak sama dengan trak pikap tradisional dengan diberikan lampu melintang yang bersambung pada pintu bed, bersama grafik LED berbentuk-T yang melintang dan tulisan ‘Design in California’di dalamnya.

    Tulisan “SANTA CRUZ” yang besar dicop pada pintu bed berkenaan, manakala bampar yang terletak di bawahnya juga lebih kelihatan seperti bampar SUV berbanding sebuah pikap, tetapi masih diberikan panel untuk dipijak. Penampilan Santa Cruz ini dilengkapkan dengan rim 20-inci (pilihan 18-inci juga ditawarkan) di dalam setiap ruang roda yang diberikan panel pelindung plastik.

    Hyundai masih belum mendedahkan sepenuhnya rekaan dalaman untuk Santa Cruz ini, tetapi menerusi perincian yang di close-up, ia nampak seperti menampilkan papan pemuka dengan rekaan sama seperti Tucson, dengan rekaan papan pemuka yang seakan bersambung dengan jalur dari pintu, nampak seperti mengalir ke tengah papan pemuka dan berakhir pada ‘air terjun’ yang mengapit konsol tengah, bersama pilihan instrumen digital dengan skrin 10 inci untuk pemandu.

    Secara standard, Santa Cruz hadir dengan skrin sesentuh sistem infotainmen lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto yang boleh dihubungkan tanpa wayar, bersama sistem pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi. Untuk ciri opsyen, pembeli boleh memilih skrin 10-inci tanpa bingkai dan sistem audio premium dari Bose. Sistem navigasi yang dipadankan pula boleh berfungsi dengan skrin terbahagi membolehkan ia mengoperasikan sistem lain dalam masa yang sama.

    Santa Cruz juga menerima sistem Kunci Digital yang boleh berfungsi menerusi aplikasi dalam telefon pintar Android. Fungsi tersebut membolehkan pemilik tidak perlu lagi membawa kunci biasa, dan aplikasi berkenaan menawarkan fungsi seperti mengunci/buka kunci, mengaktifkan butang panik, dan juga menghidupkan enjin dari jarak jauh.

    Dari segi saiz, Santa Cruz dihasilkan dengan dimensi 4,971 mm panjang, 1,905 mm lebar, 1,694 mm tinggi dan jarak roda sejauh 3,005 mm, manakala bed belakangnya pula tampil dengan panjang 1,323 mm. Jadi berbanding Tucson, Santa Cruz ini 341 mm lebuh panjang, 42 mm lebih lebar dan jarak roda 249 mm lebih jauh. Walau bagaimanapun, saiz Santa Cruz ini masih berada dalam lingkungan trak pikap seperti Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton, tidak sebesar trak saiz lebih besar di Amerika seperti Toyota Tacoma dan Nissan Frontier.

    Disebabkan ia menggunakan platform SUV, Hyundai Santa Cruz menampilkan bentangan enjin yang diletakkan secara melintang seperti kereta pacuan hadapan dan tidak menegak kebelakang seperti trak pikap ladder frame biasa. Dua jenis pilihan enjin petrol ditawarkan, bermula dengan versi NA 2.5 liter dengan sistem suntikan terus empat-silinder sebaris menghasilkan kuasa kuda yang dianggarkan lebih 190 hp dan tork maksima lebih dari 244 Nm.

    Manakala pilihan paling berkuasa adalah enjin petrol 2.5 liter dengan pengecas turbo dan sistem suntikan terus (T-GDI) yang dianggar menghasilkan lebih dari 275 hp dan tork maksima lebih dari 420 Nm. Kedua-dua enjin ini digandingkan dengan kotak gear klac berkembar lapan-kelajuan automatik DCT lapan-kelajuan bersama pedal penukar gear pada stereng.

    Hyundai Santa Cruz didedahkan – trak pikap dengan casis SUV, pilihan enjin petrol 2.5L NA dan Turbo

    Kedua-dua versi berkenaan juga hadir dengan sistem pacuan semua roda HTRAC Hyundai. Sistem tersebut menampilkan klac yang membolehkan agihan tork antara gandar hadapan dan belakang dibuat secara bervariasi bersama kawalan tork aktif secara elektronik.

    Dalam mod Sport, sistem ini akan memberikan agihan tork yang lebih banyak ke roda belakang bagi memberikan pemanduan yang lebih sporty dan dinamik, menurut Hyundai. Selain itu, sistem HTRAC ini juga ditala dengan variasi agihan tork yang luas bagi memberikan cengkaman optimum pada situasi-situasi berbeza seperti pecutan jalan lurus, meredah selekoh dalam kelajuan sederhana dan tinggi, dan juga bantuan mula mendaki.

    Manakala untuk kapasiti menunda pula, model 2.5L NA mampu untuk menunda beban sebanyak 1,588 kg, sementara model paling berkuasa 2.5L Turbo AWD pula mampu untuk menunda beban sehingga 2,268 kg.

    Hyundai juga menyatakan bahawa casis Santa Cruz ini ditala bagi memberikan pemanduan yang dinamik serta prestasi yang responsif sama ada pada kawasan urban mahupun off-road serta dalam pelbagai permukaan jalan. Dengan jarak roda dan juntaian lebih pendek, trak pikap ini mudah dikendali serta menawarkan radius pusingan 6.1 meter.

    Untuk keselamatan, Hyundai Santa Cruz pasaran Amerika Syarikat ini menerima sistem bantuan pemanduan Hyundai Smartsense yang terdiri dari sistem Bantuan Pengelak Pelanggaran Hadapan bersama pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal serta Bantuan Kekal Lorong sebagai ciri standard.

    Sistem SmartSense ini juga ditawarkan dengan opsyen lebih baik terdiri dari sistem Bantuan Pengelak Kemalangan Titik Buta, Bantuan Pengelak Kemalangan Lintasan Trafik Belakang, Amaran Selamat Keluar, cruise control pintar dengan fungsi stop & go, Bantuan Pemanduan Lebuh Raya dan Pemantau Pemandangan Sekeliling.

    Hyundai Santa Cruz ini akan mula diproduksi di kilang Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA), Montgomery, Amerika Syarikat pada Jun nanti dan bakal masuk ke pasaran pada musim panas 2021. Namun pelanggan yang berminat boleh menempah model ini secara atas talian bermula lewat bulan ini.

     
     
  • PLUS ambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang gagal bayar tol ketika lalui lebuhraya

    PLUS ambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang gagal bayar tol ketika lalui lebuhraya

    PLUS Malaysia berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap pemilik kenderaan terutamanya kenderaan berat yang didapati gagal membayar tol sewaktu menggunakan lebuh raya. Menurut PLUS lagi, semua pemilik kenderaan haruslah bertanggungjawab sekiranya pemandu atau pekerja mereka gagal berbuat demikian.

    “Terdahulu, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) telah membuat tuntutan terhadap sebuah syarikat logistik, Berjasa Logistics Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Sin Kung Logistics (KL) Sdn Bhd) yang melibatkan 19 buah kenderaan milik syarikat berkenaan yang dipandu oleh pemandu-pemandu syarikat tersebut telah dengan sengaja mengelak daripada membayar tol di lebuh raya PLUS sejak beberapa tahun lalu,”ujar PLUS dalam kenyataan media yang dihantar.

    Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah berikutan rayuan syarikat Berjaya Logistics Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 Julai 2017 yang membenarkan tuntutan PLUS sebanyak RM518,369.27 dengan kos sebanyak RM100,000.00 susulan kegagalan pemandu syarikat tersebut membayar tol di lebuh raya PLUS.

    PLUS ambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang gagal bayar tol ketika lalui lebuhraya

    PLUS memandang serius tindakan segelintir pemandu kenderaan yang dengan sengaja mengelak untuk membayar tol. PLUS juga memohon kerjasama semua syarikat logistik dan pemilik kenderaan berat supaya memandang serius perkara ini dan seterusnya memantau tindakan pemandu dan/atau pekerja mereka.

    Di samping itu, PLUS telah mengenalpasti beberapa taktik penipuan tol yang digunakan oleh pemandu-pemandu kenderaan berat dan sedang mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

    Pada masa yang sama, PLUS juga berkolaborasi bersama-sama pihak berkuasa yang berkenaan bagi membendung kejadian penipuan pembayaran tol di lebuh raya

     
     
  • ACE 2021: Beli kereta BMW atau MINI dan berpeluang menang rebat RM10,888, baucar RM2,550 dari kami

    ACE 2021: Beli kereta BMW atau MINI dan berpeluang menang rebat RM10,888, baucar RM2,550 dari kami

    Penganjuran sulung ekspo jualan kenderaan Auto Car Expo (ACE) 2021 oleh paultan.org dengan penaja bersama Carsome akan berlangsung beberapa hari saja lagi, pada 17 dan 18 April bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Banyak tawaran hebat dan model-model menarik boleh anda perolehi di bawah satu bumbung ketika acara ini berlangsung.

    Walaupun ACE 2021 lebih banyak menghimpunkan jenama-jenama kenderaan massa, BMW dan MINI tidak melepaskan peluang untuk ikut serta sebagai jenama premium, diwakili oleh Wheelcorp Premium. Tawaran menarik yang disediakan ialah kadar faedah serendah 0.77% bagi model BMW dan serendah 0% bagi model MINI.

    Pelanggan yang mengesahkan tempahan kenderaan BMW atau MINI baru juga akan berpeluang untuk ikut serta dalam cabutan bertuah yang menawarkan hadiah rebat sebanyak RM10,888. Gabungkan dengan pengecualian 100% cukai jualan bagi model-model yang layak, penjimatan yang ditawarkan sangat lumayan.

    Bagi mereka yang ingin memiliki model plug-in hybrid BMW pula akan menikmati lanjutan jaminan pelindungan bateri selama lapan tahun, dan semua model dari pengeluar ini juga datang dengan jaminan lima-tahun, tanpa had perbatuan dengan servis berjadual percuma. Ketenangan pemilikan ini turut ditawarkan bagi model MINI, semua model datang dengan jaminan empat-tahun tanpa had perbatuan bersama pakej servis berjadual percuma.

    ACE 2021: Beli kereta BMW atau MINI dan berpeluang menang rebat RM10,888, baucar RM2,550 dari kami

    Sebagai tambahan kepada tawaran yang disediakan oleh Ford, paultan.org juga akan memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baru. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Jenama lain yang turut menyertai ACE 2021, dengan promosi tersediri selain Ford adalah termasuk Mitsubishi, Honda, Hyundai, Mazda, Nissan, Toyota dan Volkswagen. Bagi jenama premium, terdapat Lexus, BMW dan MINI. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!

    ACE 2021: Beli kereta BMW atau MINI dan berpeluang menang rebat RM10,888, baucar RM2,550 dari kami

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
  • KKM cadang rentas negeri sempena Aidilfitri di tangguh, penularan COVID-19 masih membimbangkan

    KKM cadang rentas negeri sempena Aidilfitri di tangguh, penularan COVID-19 masih membimbangkan

    Sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri telahpun menyatakan bahawa keputusan bagi membenarkan atau tidak rentas negeri semuanya bergantung kepada penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan hari ini nampaknya persoalan tersebut telah terjawab apabila KKM mencadangkn ia ditangguhkan.

    Menurut laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba menjelaskan bahawa keputusan tersebut diambil kerana penularan wabak Covid-19 masih berada di tahap membimbangkan, walaupun banyak pihak telah merayu supaya kerajaan membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

    “KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan,” kata menteri berkenaan pada satu sidang media sebentar tadi.
    “Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan,” tambahnya lagi.

    Ditanya sama ada individu yang sudah selesai menerima kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan pengecualian untuk merentas negeri sempena perayaan tersebut, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

    “Kami masih menunggu lagi beberapa dapatan daripada WHO dan CDC untuk menjelaskan kepada kami sama ada perkara tersebut boleh dibenarkan untuk dikecualikan daripada aktiviti rentas negeri.

    “Bagimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untu mereka bertugas,” katanya lagi.

     
     
  • Treeletrik akan bekalkan 200,000 motosikal elektrik kepada Indonesia secara berperingkat hingga 2023

    Treeletrik akan bekalkan 200,000 motosikal elektrik kepada Indonesia secara berperingkat hingga 2023

    Syarikat pengeluar kenderaan elektrik dari Malaysia, Tree Technologies Sdn Bhd (Treeletrik) telah menandatangani satu perjanjian kerjasama, untuk membekalkan motosikal elektrik penuh ke Indonesia melalui PT Pasifik Sakti Enjiniring dan Nahdatul Ulama Board (PBNU) sebagai pengedar.

    Perjanjian ini melibatkan tempoh selama tiga tahun, di mana bagi tahun 2021, Treeletrik akan membekalkan minimum 10,000 unit, kemudiannya diikuti 90,000 unit pada tahun 2022 dan 100,000 unit lagi pada tahun 2023. Perjanjian ini dinilaikan pada harga keseluruhan USD274 juta (sekitar RM1.1 bilion).

    Di Indonesia, PT Pasifik Sakti Enjiniring memang sudah mengendalikan perniagaan motosikal elektrik jenama MOLINUS (Motor Listrik Nusantara), dan sekarang portfolio mereka ditambah lagi dengan motosikal Treeletrik. Selain daripada itu, satu kerjasama antara Treeletrik dan PT Pasifik juga sedang dalam perancangan, untuk membuka kilang pemasangan motosikal elektrik di sana.

    Treeletrik akan bekalkan 200,000 motosikal elektrik kepada Indonesia secara berperingkat hingga 2023

    Motosikal elektrik yang akan dibekalkan oleh Treeletrik ini mempunyai spesifikasi yang disahkan di Eropah dan Malaysia melalui UNECE WP.29, dan mempunyai bateri lithium ion yang boleh dicabut dan ditukar bagi memudahkan pengguna. Ia boleh bergerak dengan kelajuan purata 65-90 km/j dan memberi jarak gerak antara 85 hingga 120 km dengan satu cas penuh.

    Pada tahun lepas, Treeletrik telah mula mengeksport 50 unit motosikal elektrik ke Thailand dan Indonesia, dan memasuki tahun ini, 15,000 unit lagi akan dihantar. Syarikat ini juga sedang melihat pelanggan berpotensi lain di Filipina dan Cambodia.

     
     
  • Lexus LM 350 dilancarkan di Malaysia – RM1.15 juta untuk Alphard empat tempat duduk yang lebih mewah

    Lexus LM 350 dilancarkan di Malaysia – RM1.15 juta untuk Alphard empat tempat duduk yang lebih mewah

    Seperti yang diumumkan tahun lalu, nah ini dia, MPV yang lebih mewah dihasilkan dari MPV mewah Toyota Alphard/Vellfire iaitu Lexus LM sudahpun tiba di Malaysia. Untuk pasaran tempatan, ‘hotel mewah bergerak’ ini ditawarkan dalam varian tunggal LM 350 dengan konfigurasi empat-tempat duduk.

    Sesuai dengan perincian dan juga lencana Lexus yang dipadankan, ‘Alphard dari kayangan’ ini mahal lebih seganda dari MPV dengan logo Toyota, dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM1,148,000. Harga ini adalah termasuk cukai jualan kerana penghantaran pertamanya kepada pelanggan hanya bermula Julai nanti. Sama seperti model Lexus lain, LM 350 hadir dengan waranti lima-tahun, tanpa had perbatuan.

    LM diberikan pelbagai perincian unik yang berbeza dari Alphard/Vellfire walaupun kerangka badan yang digunakan adalah sama. Pada bahagian luaran, lampu Alphard digantikan dengan lampu lebih tirus bersama lampu nyalaan siang LED berbentuk anak panah persis model-model Lexus lain. Ia turut diberikan gril signatur ‘Spindel’ bersama logo Lexus di tengah bagi melengkapkannya sebagai sebuah Lexus sebenar.

    Lexus LM 350 dilancarkan di Malaysia – RM1.15 juta untuk Alphard empat tempat duduk yang lebih mewah

    Tiang-B signatur Alphard masih lagi dikekalkan, tetapi tahap premiumnya ditingkatkan lagi dengan kemasan krom seakan dua anak panah bertemu pada bahagian berbentuk-S berkenaan. Lampu belakang pula menerima sedikit sentuhan semula dengan bentuk ‘taring’ krom pada kedua-dua sisi bawah, dan ia terus merentangi pintu tailgate belakang. Lampu tersebut menampilkan teknologi LED bersama lampu isyarat membelok jenis sequential.

    Model LM 350 pasaran Malaysia ini hanya ditawarkan dalam warna hitam dan White Pearl Crystal Shine, serta menerima banyak kemasan krom di bahagian luaran. Ia nampak serasi dengan rim pelbagai jejari tiga-dimensi berdiameter 18-inci, dibaluti tayar dengan saiz 235/50R18. Rim tersebut memang 1-inci lebih kecil dari Alphard, tetapi kalau anda nak tahu rekaan rim berkenaan sebenarnya menampilkan teknologi untuk mengurangkan bunyi bagi memastikan penumpang mendapat rasa yang lebih diperhalusi – memang betul-betul Lexus!

    Jika anda rasa Alphard Royal Lounge sudah cukup mewah, ia sebenarnya tidak semewah bahagian kabin belakang Lexus LM ini. Secara asasnya, ia mempunyai konfigurasi sama seperti Royal Lounge, dengan hanya empat tempat duduk menampilkan captain seat pada baris kedua dan juga pemisah antara kabin hadapan dan belakang untuk lebih privasi yang turut menampilkan cermin tebal dengan fungsi pemalap elektrokromik.

    Lexus LM 350 dilancarkan di Malaysia – RM1.15 juta untuk Alphard empat tempat duduk yang lebih mewah

    Tempat duduk kabin belakang dengan perehat kepala yang besar berkenaan menampilkan busa kadar-sensitif AdaptiPedic, perehat belakang dan ottoman larasan elektrik, bersama fungsi pemanas dan berliang, serta tujuh program urutan badan. Tempat duduk dengan ruang kaki yang sangat besar tersebut juga boleh digelangsarkan ke hadapan dan ke belakang.

    Selain dari pemisah, di hadapan ‘sofa’ tempat duduk kabin belakang ini juga diberikan skrin gergasi 26-inci 720p (dengan input Blu-Ray dan HDMI), dan juga peti sejuk (yang benar-benar sejuk!) di bawahnya. Manakala di tengah antara kedua-dua tempat duduk berkenaan pula diberikan papan kawalan bersama satu lagi skrin sesenuth bagi mengawal fungsi skrin utama, larasan kerusi, sistem pendingin hawa, moonroof, serta lampu suasana kabin.

    Untuk kabin hadapan, ia masih kelihatan seperti Alphard dan diberikan berberapa perincian Lexus seperti roda stereng, tombol gear dan sebagainya. Pada konsol tengah, ia direka semula bagi menempatkan skrin sesentuh 12.3-inci yang boleh dioperasikan menerusi pad kawalan sesentuh Lexus Remote Touch yang terletak berhampiran tuil penukar gear.

    Sistem infotainmen tersebut menampilkan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto, manakala pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi dan juga sistem bunyi surround dengan 19-pembesar suara dari Mark levinson dilengkapkan sebagai ciri standard untuk LM 350 ini.

    MPV Lexus ini juga dilengkapi dengan upholsteri kulit semi-aniline, trim kayu Gin-Sui-Boku kemasan silver ink, tempat duduk hadapan larasan berkuasa dengan fungsi memori untuk pemandu, sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin, pendingin hawa tiga-zon, lampu suasana kabin 16-warna, kamera 360-darjah dan juga pintu tailgate belakang berkuasa.

    Untuk keselamatan pula, MPV mewah ini diberikan pelbagai sistem bantuan pemanduan Lexus Safety System+ terdiri sistem pra-pelanggaran, cruise control adaptif dengan fungsi stop & go, bantuan pengesan lorong, bantuan tukar lorong dengan pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, brek sokongan parkir, sistem lampu tinggi adaptif dan juga cermin pandang belakang digital. Ia juga hadir dengan tujuh beg-udara serta kawalan kestabilan elektronik.

    Lexus LM 350 dilancarkan di Malaysia – RM1.15 juta untuk Alphard empat tempat duduk yang lebih mewah

    Lexus LM 350 ini masih menampilkan unit rangkaian kuasa yang sama dengan Alphard, dijana oleh enjin petrol 2GR-FKS 3.5 liter V6 dengan sistem suntikan terus berkuasa 296 hp dan tork maksima 361 Nm, dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan automatik Direct Shift. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.3 saat, dan mencapai kelajuan maksima 180 km/j.

    Asas konfigurasi suspensi pada LM 350 ini juga masih sama dengan Alphard, menampilkan Topang McPherson di hadapan dan double wishbone di belakang, tetapi ia ditambah dengan penyerap hentak swing valve seperti yang dipadankan buat pertama kali pada Lexus ES terkini.

    Komponen berkenaan dibekalkan dengan injap kelikatan-ultra-rendah yang mengawal aliran minyak dalam penyerap hentak tersebut dengan lebih jitu, membolehkan hentakan dari permukaan jalan yang kecil juga dapat diserap. Geometri suspensi serta pengekalan strok turut dioptimakan bagi memberikan keselesaan serta cengkaman jalan yang lebih baik.


     
     
  • Haval H6 dan Jolion 2021 akan diperkenalkan untuk pasaran global — platform elektrifikasi LEMON baru

    Haval H6 dan Jolion 2021 akan diperkenalkan untuk pasaran global — platform elektrifikasi LEMON baru

    Susulan pengenalan Haval H6 di Thailand, Great Walls Motors (GWM) telah mendedahkan yang syarikat itu akan memperkenalkan SUV H6 dan Jolion untuk peringkat global. Menurut GWM, dua SUV berkenaan telah menerima sambutan positif daripada pelanggan di China, dan H6 ketika ini pula menjadi SUV terlaris jualannya di sana.

    Timbalan President GWM, Sam Liu memaklumkan; “GWM telah melancarkan tiga jenama teknologi global masa depan, dan yakin untuk berdepan perubahan dalam industri automotif.” Jenama teknologi yang dimaksudkan, L.E.M.O.N, COFIS dan TANK akan membantu GWM beralih menjadi sebuah syarikat teknologi mobiliti global.

    Liu berkata Haval H6 dan Jolion akan dilancarkan di beberapa pasaran terpilih pada suku kedua tahun ini, menandakan kali pertama kenderaan barunya dikeluarkan dalam tempoh yang hampir sama untuk pasaran domestik dan antarabangsa. GWM berharap model baru berkenaan akan memperkukuhkan imej jenama Haval.

    Kedua-dua SUV ini memanfaatkan platform modular LEMON, yang memberi keutamaan kepada prestasi, rekaan luaran, ruang kabin dan elektrifikasi. Platform berkenaan boleh disesuaikan untuk digunakan pada model dalam kategori berbeza, termasuk SUV, sedan dan MPV. Ia juga boleh dipadankan dengan pelbagai saiz, dari segmen A hingga D. Sebagai perbandingan, Jolion mempunyai jarak antara roda 2,700 mm; 30 mm lebih panjang berbanding Proton X70/Geely Boyue.

    Haval H6 dan Jolion 2021 akan diperkenalkan untuk pasaran global — platform elektrifikasi LEMON baru

    Kelebihan lain platform LEMON ialah peningkatan ketapatan stereng sebanya 16%, lebih kukuh 15%, pusat graviti 30 mm lebih rendah dan karekteristik pemanduan dan pengendalian yang lebih baik. Ia juga ringan, membolehkan Haval H6 mengurangkan sehingga 100 kg berat. Ini memberi kelebihan kepada penjimatan minyak sehingga 14.5% dan masih mengekalkan keteguhan struktur.

    H6 Hybrid yang diperkenalkan di Thailand menggunakan enjin 1.5 liter turbocas empat-silinder. Dalam versi petrol biasa, ia menghasilkan 169 PS dan 285 Nm tork, sementara dalam versi hibrid ia digandingkan dengan motor elektrik yang menghasilkan 130 kW (177 PS), menjadikan output keseluruhan 243 PS dan 530 Nm. Transmisi pula menggunakan jenis klac berkembar tujuh-kelajuan.

    SUV segmen C ini tampil menarik dengan rekaan lampu utama LED yang tirus serta rekaan gril enam bucunya memberikan imej depan yang sporty. Lampu belakang pula dihubungkan jalur LED melintang, sebuah rekaan kontemporari ketika ini untuk imeh premium.

    Dari sudut keselamatan, H6 dilengkapi ciri AEB dengan pengesanan pejalan kaki, pengayuh basikal dan trafik, peninjau titik buta, pengesanan papan tanda trafik dan keupayaan pemanduan autonomous Tahap 2. Turut ada ialah Wisdom Dodge System (WDS), yang akan mengalihkan kenderaan ke tepi lorong ketika memotong kenderaan besar, sebelum kembali ketengah selepas memotong.

    Jolion pula adalah SUV segmen C yang menggantikan Haval H2. Dari segi saiz, ia sedikit lebih kecil berbanding H6, dengan kuasa dijana oleh enjin 1.5 liter turbocas. Unit empat-silinder itu menghasilkan 150 PS dan 220 Nm, dengan pilihan transmisi manual enam-kelajuan atau DCT tujuh-kelajuan.

    Ia direka untuk tampil lebih sporty, dengan lampu utama projektor empat LED ala Audi Q3. Gril enam bucu Haval kekal menjadi wajah utamanya, sementara lampu LED bentuk L di belakang. Nampak meyakinkan? Di dalam, papan pemukanya minimalis, sama seperti H6, lengkapi dengan kluster instrumen digital. Ada dua pilihan untuk skrin sentuh terapung yang ditawarkan, masig-masing dengan saiz 10.25-inci dan 12.3-inci. Kedua-duanya ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Lain-lain kelengkapan termasuklah kemasan balutan kulit untuk kerusi, tombol elektronik, bumbung panoramik besar, brek parkir elektronik dengan fungsi Auto Hold, pengecas telefon tanpa wayar dan kawalan pendingin dua-zon automatik.

    GWM ketika ini akan mengeluarkan Haval H6 dari kilang di Rayong, Thailand. Kemudahan itu, yang dibeli dan diambil alih daripada General Motors, mempunyai kapasiti pengeluaran 80,000 unit setahun. Ia akan memenuhi keperluan pasaran Thailand dan juga ASEAN, Australia serta Afrika Selatan dan juga pasaran pemanduan sebelah kanan yang lain.

    Haval H6 2021

    Haval Jolion 2021

     
     
  • Toyota Camry facelift 2021 dilancarkan di Australia – 2.5L hibrid dengan 218 PS, harga bermula RM99k

    Toyota Camry facelift 2021 dilancarkan di Australia – 2.5L hibrid dengan 218 PS, harga bermula RM99k

    Toyota Camry facelift 2021 telah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran Australia. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, terdapat lima varian ditawarkan, kesemuanya dijanakan oleh enjin 2.5 liter. Walau bagaimana pun hanya model asas Ascent menerima penjana kuasa 2.5L naturally-aspirated, selebihnya adalah enjin hibrid.

    Menurut Toyota Australia, permintaan terhadap Camry Hybrid agak kukuh, dengan 70% daripada pelanggan memilih untuk membeli varian elektrifikasi sepanjang tahun 2020. Model hibrid itu dipadankan dengan enjin 2.5 liter empat-silinder kitaran Atkinson petrol yang digandingkan bersama dua motor elektrik untuk menghasilkan keseluruhan kuasa mencecah 160 kW atau 218 PS.

    Toyota berkata penjana kuasa ini mampu memberikan kuasa yang linear dan lancar, hasil padanan electronic continuously variable transmission (e-CVT). Terdapat tiga mod pemanduan ditawarkan – Eco, Normal dan Sport. Kemasan tertinggi seperti SX dan SL menerima pedal penukar gear dan fungsi tiptronic.

    Sementara itu, varian bukan-hibrid Ascent (foto model berwarna biru) menerima enjin 2.5 liter Dynamic Force dengan hamburan output 207 PS, dan kuasanya disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik lapan-kelajuan. Penggunaan bahan api kombinasi sekitar 4.2 liter per 100 km, sementara SL pula dengan 4.5 liter per 100 km. Manakala varian SX pula dengan 4.7 liter per 100 km.

    Bagi aspek rekaannya, Camry Australia menerima corong pengambilan udara tengah yang diperkemaskinikan, sementara varian Ascent Sport, SX dan SL kini ditampilkan dengan fin sisi yang lebih lebar, gril honeycomb baharu, pilihan rekaan roda baharu dan juga lapan pilihan warna luaran untuk dipilih. Varian SX pula merupakan satu-satunya varian yang diberikan roda 19-inci dan suspensi sport.

    Di dalamnya, perubahan terbesar melibatkan skrin sesentuh infotainmen. Kini didatangkan dengan unit freestanding sembilan-inci (satu inci lebih besar berbanding sebelum ini) yang ditempatkan di atas papan pemuka. Manakala model Ascent menerima skrin sesentuh tujuh-inci – yang sebelum ini berada di konsol tengah – kini dialih ke posisi yang sama. Kedua-duanya turut menawarkan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto secara standard.

    Toyota Camry facelift 2021 dilancarkan di Australia – 2.5L hibrid dengan 218 PS, harga bermula RM99k

    Kini, bergantung pada kemasasan, Camry didatangkan dengan sembilan-pembesar suara bersama sistem bunyi JBL (enam-pembesar suara secara standard), kawalan suhu automatik dwi-zon, bumbung suria panoramik, tempat duduk hadapan dengan fungsi pengaliran dan haba panas, dan tempat duduk penumpang hadapan dengan larasan kuasa bersama sokongan belakang.

    Untuk aspek keselamatan, Camry menerima Toyota Safety Sense secara standard. Ia merangkumi AEB dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal (untuk waktu siang sahaja), kawalan kelajuan adaptif, bantuan kesan lorong, fungsi pemusatan lorong dengan bantuan stereng, pengehad kelajuan, tujuh beg udara dan cagak ISOFIX.

    Manakala varian tertinggi diberikan ciri tambahan termasuk sistem pemantauan titik buta, kepekaan trafik lintasan belakang, penderia parkir hadapan, paparan utama, dan pemantauan pandangan panoramik. Harga bermula dari AUD 30,990 (RM99k) untuk model asas Ascent hingga AUD 46,990 (RM150k) bagi varian tertinggi SL.

     
     
  • ACE 2021: Jimat sehingga RM8,000, baucar minyak RM1000 untuk Ford Ranger, baucar tambahan RM2,550

    ACE 2021: Jimat sehingga RM8,000, baucar minyak RM1000 untuk Ford Ranger, baucar tambahan RM2,550

    Mungkin ramai yang sudah tahu, hujung minggu ini, akan berlangsung acara paultan.org Auto Car Expo (ACE), tajaan bersama Carsome di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC). Bermacam promosi disediakan oleh jenama yang menyertai acara ini, dan satu lagi yang baru disahkan adalah untuk Ford Ranger.

    Trak pikap ini ditawarkan dengan penjimatan sehingga RM7,000 bagi Ranger Wildtrak 2020, dan sehingga RM8,000 untuk Ranger Raptor 2020. Anda juga diberikan peluang memiliki Ranger secara lebih mudah dengan adanya pakej pembiayaan, insurans serta tawaran tukar-beli yang menarik. Jika termasuk dalam 100 pelanggan pertama yang membuat tempahan, anda juga akan menerima baucar minyak Petronas bernilai RM1,000.

    Sebagai tambahan kepada tawaran yang disediakan oleh Ford, paultan.org juga akan memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baru. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    ACE 2021: Jimat sehingga RM8,000, baucar minyak RM1000 untuk Ford Ranger, baucar tambahan RM2,550

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Jenama lain yang turut menyertai ACE 2021, dengan promosi tersediri selain Ford adalah termasuk Mitsubishi, Honda, Hyundai, Mazda, Nissan, Toyota dan Volkswagen. Bagi jenama premium, terdapat Lexus, BMW dan MINI. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021: Jimat sehingga RM8,000, baucar minyak RM1000 untuk Ford Ranger, baucar tambahan RM2,550

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
  • Tun Mahathir antara pemilik terbaharu Perodua Ativa

    Sejak dilancarkan pada Mac lalu, Perodua Ativa telah pun diserahkan kepada lebih 4,345 pelanggan, termasuk timbalan menteri kewangan II, YB Mohd Shahar Abdullah. Dan terkini, SUV segmen-B tersebut telah diserahkan kepada seorang lagi pemilik VIP iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia ke-empat dan ke-tujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

    Beliau telahpun memuatkan naik video penyerahan kereta berkenaan di laman Facebook rasmi miliknya. Tun memilih Ativa varian tertinggi AV berwarna Pearl Diamond White lengkap dengan opsyen bumbung berwarna hitam, serta nombor pendaftaran istimewa “VBX 2020”.

    “Saya bangga bahawa Perodua sekarang menghasilkan kereta menggunakan lebih banyak kepakaran jurutera Malaysia, dalam produksi kereta dan juga enjin. Ini adalah kemajuan. Sekarang rakyat Malaysia terlibat dalam rekaan dan kejuruteraan sebuah kereta,” katanya dalam video berkenaan.

    “Kereta yang mereka hasilkan adalah dengan kualiti yang bagus dan harganya juga agak bagus, agak rendah. Saya rasa ia akan menerima pasaran yang sudah bersedia di Malaysia. Itu yang telah kita sasarkan. Sudah tentu, matlamatnya nanti kita mahu tengok kereta yang sepenuhnya Malaysia dihasilkan oleh Perodua. Mereka sedang maju. Saya bangga melihatnya. Tetapi sudah tentu, masih banyak yang perlu dibuat untuk menjadikan kereta tersebut Malaysia sepenuhnya,” kata Tun lagi.

    Penyerahan berkenaan turut disertai oleh Presiden dan CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad serta Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin. Sebelum ini Zainal Abidin telah menyatakaan bahawa seramai 50 kakitangan Perodua kini sedang berkerja di Daihatsu Jepun, dalam divisi rekaan dan kejuruteraan.

    Jadi walaupun Perodua Ativa berkongsi asas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama dengan Daihatsu Rocky, Perodua sebenarnya memang terlibat dalam pembangunan teras projek berkeneaan.

     
     
  • ACE 2021: Penjimatan sehingga RM3,585 bila anda membeli Toyota Hilux, tambahan baucar RM2,550

    ACE 2021: Penjimatan sehingga RM3,585 bila anda membeli Toyota Hilux, tambahan baucar RM2,550

    Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2021, tajaan bersama Carsome akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hujung minggu ini. Jika anda ada bercadang membeli kereta baru, inilah tempatnya kerana banyak promosi akan diberi.

    Salah satunya adalah untuk Hilux. Toyota akan memberikan penjimatan sehingga RM3,585 apabila anda membeli trak pikap ini, dan ia boleh dimiliki dengan bayaran serendah RM927 melalui skim EZ Beli yang disediakan oleh Toyota Capital Malaysia.

    Tidak cukup dengan itu, paultan.org akan memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baru. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    ACE 2021: Penjimatan sehingga RM3,585 bila anda membeli Toyota Hilux, tambahan baucar RM2,550

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Jenama lain yang turut menyertai ACE 2021, dengan promosi tersendiri selain Toyota adalah termasuk Ford, Honda, Hyundai, Mazda, Nissan, Mitsubishi dan Volkswagen. Bagi jenama premium, terdapat Lexus, BMW dan MINI. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021: Penjimatan sehingga RM3,585 bila anda membeli Toyota Hilux, tambahan baucar RM2,550

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
  • Tengku Djan dilantik sebagai duta jenama Toyo Tires

    Tengku Djan dilantik sebagai duta jenama Toyo Tires

    Tengku Djan Ley telah dilantik sebagai duta jenama bagi Toyo Tires, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuhkan lagi jenama ini di Malaysia, di mana ‘Prince of Drift’ ini turut memainkan peranan penting dalam beberapa aktiviti pemasaran.

    “Kami sangat gembira menyambut kehadiran Tengku Djan sebagai duta jenama Toyo Tires. Kejayaan beliau dalam sukan permotoran dan juga pengetahuan teknikal beliau pastinya melengkapkan semangat Toyo Tyres, dan kami berharap dapat menjalinkan kerjasama yang lebih baik pada masa akan datang,” ujar Masaomi Kono, timbalan presiden Pemasaran dan Jualan Toyo Tires Malaysia.

    Tengku Djan yang juga dikenali sebagai figuran dalam sukan permotoran tempatan, acapkali mengambil bahagian dalam banyak acara besar termasuk Sepang 1000KM, D1 Grand Prix All-Star World Championship dan Formula Drift Asia. Beliau juga terlibat dengan Vios Challenge dalam Festival Toyota Gazoo Racing, di mana Toyo Tires menjadi penaja Emas sejak 2017.

    “Saya bersyukur dan gembira dengan sokongan yang diberikan oleh Toyo Tires dalam memilih saya sebagai duta jenama. Saya biasa dengan keupayaan syarikat ini dalam mereka bentuk tayar yang mampu memberikan prestasi baik di trek, ini juga bermakna tayar yang dihasilkan juga sesuai untuk pengguna di jalan raya,” ujar Tengku Djan.

    Tambahnya lagi, “Saya tentunya bersemangat untuk bekerjasama dengan Toyo Tires sepanjang tahun, bukan hanya pada musim perlumbaan. Saya fikir orang ramai juga harus mempelajari mengenai penawaran produk syarikat ini yang meliputi hampir kesemua keperluan kenderaan.”

     
     
  • Honda Civic 2022 – imej rasmi pertama disiarkan!

    Honda Civic 2022 – imej rasmi pertama disiarkan!

    Sebelum ini Honda sudahpun memperkenalkan versi prototaipnya, dan kemudian diikuti pelbagai imej intipan yang bocor. Dan kini, ini dia imej pertama yang rasmi untuk Honda Civic sedan generasi ke-11!

    Model produksi sebenar ini tidak menampilkan perubahan yang banyak berbanding versi prototaip yang didedahkan November tahun lalu. Ia tidak lagi menyerlahkan rekaan yang agresif seperti Civic FC sedia ada, sebaliknya nampak lebih matang seperti Accord.

    Muka Civic ini masih diberikan gril signatur Solid Wing Honda, tetapi ia dihasilkan lebih nipis bersama jalur-jalur melintang dalam kemasan hitam. Ia digandingkan dengan lampu depan yang juga lebih tirus, bersama jalur LED lampu nyalaan siang berbentuk-L. Model produksi ini dibezakan dengan pemadanan lampu kabus pada kemasan berbentuk-C pada bampar hadapan.

    Honda Civic Prototype

    Walau bagaimanapun, gambar rasmi ini hanya menunjukkan bahagian hadapan Civic berkenaan sahaja. Tetapi menerusi gambar-gambar initipan sebelum ini sudahpun mendedahkan bahagian sisi dan belakang juga kelihatan serupa dengan versi Civic Prototype.

    Bahagian profil sisi Civic ini antara elemen yang membuatkan ia nampak seakan Honda Accord generasi sedia ada, tetapi dalam skala lebih kecil. Bukan sahaja bentuk, malah perincian seperti rekaan bentuk lengkuk pada tiang-C serta pintu penutup lubang tangki bahan api juga menampilkan rupa yang sama seperti Accord.

    But belakang Civic generasi baharu ini dihasilkan dengan bentuk lentik seperti diberikan spoiler ekor itik – juga satu lagi rekaan yang disalin dari Accord. Lampu ‘sepit ketam’ pada FC hilang terus, dan digantikan dengan lampu lebih melintang lurus, bersama grafik jalur LED berbentuk-L, membuatkan ia seakan sebuah kereta rekaan jenama Eropah.

    Imej Honda Civic generasi ke-11 yang bocor

    Tiada lagi imej bahagian kabin terdedah, tetapi Honda sebelum ini pernah mendedahkan lakaran papan pemuka model baharu ini – ia direka ringkas, tiada elemen seperti kapal angkasa pada Civic FC, dan ia hanya menampilkan satu panel panjang dengan elemen gril sarang lebah merentangi papan pemuka tersebut, yang menyembunyikan liang pendingin hawa.

    Skrin infotainmen tidak lagi ‘ditanam’ papan pemuka, sebalikya diletakkan seakan berdiri sendiri di bahagian paling atas. Suis larasan fizikal untuk sistem pendingin hawa pula diletakkan di tingkat bawah papan pemuka ini.

    Tiada sebarang spesifikasi mekanikal didedahkan. Namun Honda ada mengumumkan bahawa Honda Civic generasi ke-11 ini akan dibekalkan dengan sistem bantuan pemanduan Honda Safety Sense yang ditingkat taraf, struktur badan Advanced Compatibility Engineering (ACE) yang memberikan lebih perlindungan kepada penumpang dan pejalan kaki ketika berlaku kemalangan.

    Honda Civic 2022 – imej rasmi pertama disiarkan!

    Honda turut menyatakan bahawa struktur badan Civic generasi baharu ini dihasilkan lebih tegar, bagi menawarkan kualiti pemanduan yang lebih diperhalusi serta pengendalian yang sporty, bersama barisan pilihan enjin yang cekap bahan api.

    Gambar yang didedahkan merupakan model pasaran Amerika Utara, yang bakal diproduksi di kilang baharu jenama berkenaan yang terletak di Alliston, Kanada. Lebih perincian akan didedahkan pada 28 April nanti, manakala untuk versi Hatchback (yang akan dikilangkan di Indiana, Amerika Syarikat) pula akan didedahkan pada 28 April nanti.

    GALERI: Honda Civic Prototype

    GALERI: Imej Honda Civic generasi ke-11 yang bocor

     
     
  • Harga minyak 15-21 April: Semuanya tiada perubahan

    Harga minyak 15-21 April: Semuanya tiada perubahan

    Bagi minggu bertarikh 15 hingga 21 April 2021, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan tiada perubahan harga bagi ketiga-tiga bahan api utama di negara ini.

    Di mana petrol RON 97 kekal dengan harga RM2.54 seliter, manakala RON 95 pula masih kekal pada paras harga siling yang ditetapkan iaitu RM2.05 seliter.

    Begitu juga dengan harga runcit diesel yang turut kekal pada paras RM2.15 seliter untuk gred Euro 2M dan RM2.25 seliter bagi Euro 5 (B7).

    Kesemua harga itu efektif mulai 12.01 tengahmalam ini, 15 April, sehinggalah Rabu hadapan, 21 April 2021.

     
     
  • ACE 2021: Volkswagen Tiguan Allspace dengan rebat RM4.5k, termasuk baucar RM2,550 daripada kami

    ACE 2021: Volkswagen Tiguan Allspace dengan rebat RM4.5k, termasuk baucar RM2,550 daripada kami

    Yang ditunggu-tunggu akan tiba hujung minggu ini. Ekspo jualan kenderaan ACE 2021 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama dengan Carsome bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Alam (SCCC) 17 dan 18 April nanti. Ini mungkin peluang terbaik anda untuk mendekati kereta idaman sekaligus menikmati pelbagai tawaran menarik di bawah satu bumbung.

    Volkswagen akan turut serta dalam pameran ini dan menawarkan rebat sebanyak RM3,500 untuk Tiguan Allspace, sebagai tambahan kepada rebat RM1,000 bagi semua model jenama itu yang ditawarkan di ACE 2021. Tidak lupa, tawaran istimewa secara berasingan bagi setiap model yang ada.

    Antara tawaran individual yang diberkan ketika acara ini termasuk rebat RM4,500 bagi Arteon 2.0 TSI R-Line, manakala Passat 2.0 TSI Elegance ditawarkan dengan insurans percuma selama setahun, dan Passat 2.0 TSI R-Line pula ditawarkan dengan petrol percuma selama setahun. Kedua-dua varian Passat ini turut ditawarkan dengan rebat RM3,500.

    ACE 2021: Volkswagen Tiguan Allspace dengan rebat RM4.5k, termasuk baucar RM2,550 daripada kami

    Selain itu, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan akan menikmati baucar kombinasi bernilai RM2,550 daripada paultan.org. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Banyak jenama lain akan turut serta dalam ACE 2021, termasuk MINI, BMW dan Lexus sebagai wakil jenama premium, dan akan turut disertai oleh jenama lain seperti Ford, Hyundai, Mazda, Honda, Proton, Toyota dan Volkswagen. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!

    ACE 2021: Volkswagen Tiguan Allspace dengan rebat RM4.5k, termasuk baucar RM2,550 daripada kami

    Dan, memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025