Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Bekalan bahan api Malaysia terjamin, tetapi kewangan terbeban untuk kekalkan subsidi Budi95 RM1.99 seliter

    Bekalan bahan api Malaysia terjamin, tetapi kewangan terbeban untuk kekalkan subsidi Budi95 RM1.99 seliter

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa bekalan bahan api negara kekal terjamin dan mencukupi. Namun, kenaikan harga bahan api di peringkat global terus membebankan kewangan kerajaan dalam usaha untuk mengekalkan harga bersubsidi Budi95 pada kadar RM1.99 seliter, lapor Bernama.

    “Bekalan bahan api terjamin, tetapi harganya semakin meningkat. Ini disebabkan oleh faktor luaran yang tidak dapat kita kawal. Dan disebabkan itu, kita terpaksa berdepan dengan cabaran kenaikan bahan api ketika ini,” katanya dalam ucapan di perhimpunan bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, hari ini.

    Walaupun kos penghantaran dan insurans menjadi lebih tinggi akibat konflik Asia Barat — yang menjejaskan harga bahan api dunia — Malaysia masih dapat memperoleh bekalan yang mencukupi hasil daripada hubungan baik dengan Iran, Rusia, Turkmenistan dan Uzbekistan, kata Anwar.

    Bekalan bahan api Malaysia terjamin, tetapi kewangan terbeban untuk kekalkan subsidi Budi95 RM1.99 seliter

    “Kita bernasib baik. Malaysia menjadi antara negara ASEAN yang mempunyai bekalan bahan api yang terjamin. Malaysia masih mengekalkan harga bagi RON 95 (petrol). Kita hanya mengurangkan kuota yang diberikan, daripada 300 liter kepada 200 liter disebabkan terbeban dengan kos subsidi petrol dan diesel yang tidak menentu,” memetik laporan The Star.

    Beliau menambah, petrol RON 95 Malaysia yang dijual RM1.99 seliter adalah antara yang termurah di dunia, dan hanya diatasi oleh beberapa negara seperti Brunei. “Jika harga di peringkat global meningkat mendadak, (subsidi kerajaan) boleh melebihi angka RM6 bilion sebulan. Pada tahap semasa, kita memerlukan kira-kira RM5 bilion sebulan — bayangkan untuk tempoh 10 bulan, itu bersamaan dengan angka RM50 bilion yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

    “Saya sedang mengamati dari dari dekat situasi semasa di Selat Hormuz ketika ini. Boleh dilihat kesesakan di sana. Selat itu sempit, sukar untuk memastikan keselamatan kapal, terutamanya dengan tekanan daripada Amerika Syarikat dan Iran,” sambung Anwar, sambil menambah bahawa kapal Malaysia, termasuk kapal yang dikendalikan oleh Petronas, adalah antara banyak kapal-kapal lain yang melalui perairan tersebut.

     
     
  • Proton Saga Cross (AMA02) – pembekal nyatakan mula produksi Q4 2026; bakal lancar lewat tahun ini?

    Proton Saga Cross (AMA02) – pembekal nyatakan mula produksi Q4 2026; bakal lancar lewat tahun ini?

    SUV mampu milik Proton yang diasaskan dari platform Advance Modular Architecture (AMA), iaitu platform sama yang menjadi asas kepada Proton Saga MC3 nampaknya bakal diproduksi bermula suku keempat tahun ini. Perkara ini bukan diumumkan oleh Proton, sebaliknya salah satu vendor syarikat pengeluar automotif nasional berkenaan iaitu Feytech Holdings Berhad.

    Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Feytech telahpun dianugerahkan kontrak pembekalan pembalut tempat duduk bernilai RM96.83 juta untuk model baharu Proton, di mana anak syarikatnya iaitu Gosford Leather Industries Sdn Bhd telah dilantik untuk menjadi pembekal tempat duduk OEM bagi model berkenaan di bawah surat penerimaan yang merangkumi tempoh selama 84 bulan.

    Model kedua dari platform AMA dan kini hanya dikenali dengan kod AMA02 yang dikhabarkan bakal digelar sebagai Saga Cross dalam pasaran kelak. Sekiranya ia dilancarkan pada lewat tahun ini, model tersebut akan bersaing dalam pasaran SUV segmen-A bagi berhadapan dengan model-model seperti Perodua Ativa dan Honda WR-V.

    Proton Saga Cross (AMA02) – pembekal nyatakan mula produksi Q4 2026; bakal lancar lewat tahun ini?

    “Kontrak ini merupakan lanjutan natural hubungan kami yang telah lama terjalin dengan Proton, yang bermula sejak tahun 2012. Feytech telah berkembang seiring dengan industri automotif negara dan kami berbangga untuk menyokong pengeluar kereta nasional itu ketika ia memasuki babak seterusnya dalam pengembangan produknya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Feytech, Connie Go.

    Ketika berlangsungnya acara Proton Tech Showcase di Pusat Kecemerlangan Proton (CoE) di Subang Jaya Disember tahun lalu, Proton mengesahkan bahawa selepas Saga MC3 akan ada tiga model lagi disahkan akan dibina menerusi platform AMA, di mana setakat ini ia hanya dikenali sebagai AMA02, AMA05 dan AMA06.

    Proton menyatakan antara tiga model tersebut, ia akan tampil sebagai SUV dan juga MPV. Tetapi apa yang menarik, ketika pembentangan berkenaan enjin 1.5L empat-silinder i-GT, Proton ada mendedahkan sedikit pembayang berkenaan salah satu SUV yang akan diasaskan dari platform AMA itu.

    Pembayang berkenaan ditemui pada slaid barisan keluarga enjin 1.5L i-GT, di mana selepas Saga MC3, enjin dalam varian NA dengan sistem suntikan bahan api pada port kemasukan (PFI) tersebut akan turut digunakan pada sebuah model SUV baharu.

    Tidak seperti Saga MC3 di mana ia datang dengan pilihan kotak gear sama ada CVT atau empat-kelajuan konvensional 4AT, unit rangkaian kuasa yang bakal dimuatkan pada SUV baharu tersebut hanyalah transmisi 4AT. Maklumat-maklumat yang didedahkan ini seakan menguatkan khabar angin yang bertiup sebelum ini bahawa model dengan kod AMA02 yang akan diperkenalkan oleh Proton selepas ini adalah SUV kompak yang akan dikenali dengan nama Proton Saga Cross.

    Jadi sekiranya model ini benar-benar dijelmakan kelak, ia akan dijana oleh enjin 1.5 liter empat-silinder NA berkuasa 120 PS dan tork maksima 150 Nm serta hanya hadir dengan kotak gear 4AT dari Aisin. Berdasarkan perincian-perincian yang telah diberikan pada Saga MC3, tak mustahil Saga Cross ini juga mungkin akan hadir dengan kelengkapan keselamatan yang merangkumi enam-beg udara dan juga pelbagai fungsi sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS).

     
     
  • MyDigital ID sebagai log masuk tunggal ke aplikasi MyJPJ berjalan lancar sejak dilaksana 1 Mei lalu

    MyDigital ID sebagai log masuk tunggal ke aplikasi MyJPJ berjalan lancar sejak dilaksana 1 Mei lalu

    Pelaksanaan MyDigital ID sebagai satu-satunya kaedah log masuk untuk aplikasi mudah alih MyJPJ akhirnya bermula pada 1 Mei, dan peralihan tersebut telah dilaksanakan dengan lancar, dengan sistem beroperasi tanpa sebarang gangguan teknikal, menurut MyDigital ID.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, ia memaklumkan bahawa platform tersebut kekal stabil dan berfungsi seperti yang dirancang. Ia turut menambah bahawa kira-kira tujuh juta pengguna MyJPJ telah mendaftar dan log masuk menggunakan MyDigital ID, menjadikan jumlah keseluruhan pengguna MyDigital ID mencecah 12 juta.

    Menurutnya lagi, pelaksanaan sistem ini sebagai kaedah log masuk tunggal (SSO) akan memperkukuh keselamatan siber, kerana pengguna hanya perlu menggunakan satu identiti digital yang disahkan, berdasarkan rekod rasmi kerajaan, untuk mengakses perkhidmatan awam. Ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai kata laluan, seterusnya membantu mengurangkan risiko pencerobohan akaun, penipuan digital dan penyalahgunaan identiti.

    MyDigital ID sebagai log masuk tunggal ke aplikasi MyJPJ berjalan lancar sejak dilaksana 1 Mei lalu

    MyDigital ID turut memaklumkan bahawa ia akan terus bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Keselamatan Siber Negara bagi memastikan pengalaman pengguna adalah selamat, pantas dan lancar. Pengguna juga diingatkan supaya sentiasa mengemas kini aplikasi MyDigital ID dan MyJPJ kepada versi terkini bagi memastikan tahap keselamatan berterusan.

    Pelaksanaan MyDigital ID sebagai SSO untuk MyJPJ pada asalnya dijadualkan bermula pada 1 Februari. Ia kemudian ditangguhkan ke awal Mac sebelum dilanjutkan lagi ke 1 Mei bagi memberi peluang kepada mereka yang belum mendaftar untuk berbuat demikian.

     
     
  • Honda Malaysia umum waranti bateri hibrid dan komponen 10 tahun untuk model e:HEV dan i-DCD

    Honda Malaysia umum waranti bateri hibrid dan komponen 10 tahun untuk model e:HEV dan i-DCD

    Honda Malaysia terus memperkukuh komitmennya terhadap teknologi hibrid menerusi kempen “Hybrid Done Right” apabila mengumumkan bahawa bermula 1 Mei 2026, semua model baru e:HEV yang dijual di negara ini akan didatangkan dengan jaminan bateri hibrid dan komponen sehingga 10 tahun tanpa had perbatuan.

    Langkah ini melibatkan beberapa model utama jenama itu termasuk versi hibrid bagi City, City Hatchback, HR-V, Civic dan CR-V. Dalam masa yang sama, Honda Malaysia turut mengumumkan bahawa pelanggan sedia ada bagi model e:HEV serta model generasi terdahulu dengan sistem i-DCD seperti Jazz, City dan HR-V juga akan menikmati manfaat lanjutan jaminan ini.

    Sebagai imbasan semula, Honda kembali ke pasaran hibrid tempatan pada tahun 2017 menerusi pelancaran Jazz Hybrid yang menampilkan sistem Sport Hybrid i-DCD (Intelligent Dual-Clutch Drive). Bagi model e:HEV terkini pula, ia menggunakan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang mula diperkenalkan di Malaysia menerusi City generasi kelima.

    Honda Malaysia umum waranti bateri hibrid dan komponen 10 tahun untuk model e:HEV dan i-DCD

    Melalui penambahbaikan terbaru ini, jaminan bateri hibrid bagi model e:HEV dan i-DCD telah dilanjutkan daripada lapan tahun kepada 10 tahun tanpa had perbatuan. Selain itu, beberapa komponen hibrid terpilih kini dilindungi sehingga 10 tahun, berbanding lima tahun sebelum ini.

    Menariknya, perlindungan jaminan ini turut diperluaskan kepada pemilik kenderaan terpakai bagi model e:HEV dan i-DCD. Ini bermakna pemilik kedua dan seterusnya masih layak menikmati perlindungan tersebut apabila berlaku pertukaran hak milik, selagi tempoh jaminan belum melebihi 10 tahun.

    Inisiatif ini dilihat mampu meningkatkan nilai pemilikan kenderaan hibrid Honda, selain memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan melalui manfaat jangka panjang yang lebih menyeluruh.

     
     
  • Honda Civic Hatchback RS e:HEV diperkenal di Jepun – ada tukaran gear palsu S+ Shift macam Prelude

    Honda Civic Hatchback RS e:HEV diperkenal di Jepun – ada tukaran gear palsu S+ Shift macam Prelude

    Honda Civic Hatchback dalam varian RS telahpun diperkenalkan di Jepun pada 2024, ketika itu ia hanya ditawarkan dengan enjin petrol penuh 1.5 liter VTEC Turbo dan dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan. Dan kini, Civic Hatchback RS JDM berkenaan diperkenalkan dalam versi unit rangkaian kuasa hibrid e:HEV pula, dan yang paling menarik ia turut diberikan teknologi S+ Shift sama seperti Honda Prelude generasi baharu dan juga EV Honda Super One.

    Teknologi S+ Shift ini memberikan seolah-olah ia diberikan kotak gear klac berkembar automatik lapan-kelajuan – anda bukan sahaja dapat merasa tukaran gear berkenaan berserta shift shock seperti kotak gear DCT sebenar, malah ia turut boleh ditukar secara manual menerusi pedal penukar gear yang dibekalkan pada roda stereng, serta memberikan kesan seakan throttle blip sekiranya ‘gear’ berkenaan diturunkan secara agresif.

    Hakikatnya transmisi sebenar yang dibekalkan pada unit rangkaian kuasa e:HEV ini hanyalah transmisi e-CVT yang hanya mempunyai klac lock-up kelajuan tunggal yang berfungsi untuk menyatukan pacuan enjin dan juga motor elektrik bila diperlukan.

    Honda Civic Hatchback RS e:HEV diperkenal di Jepun – ada tukaran gear palsu S+ Shift macam Prelude

    Unit rangkaian kuasa e:HEV ini masih lagi sama seperti yang dibekalkan pada sedan Civic RS e:HEV di Malaysia. Ia menampilkan enjin 2.0 liter empat-silinder berkuasa 141 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 182 Nm pada takat 4,500 rpm.

    Enjin petrol ini pada kebanyakkan masanya bertugas hanya untuk mengecas bateri hibrid, manakala roda hadapan secara primari digerakkan oleh motor elekttrik berkuasa 184 PS dan tork 315 Nm. Namun pada masa-masa tertentu, kuasa enjin dan motor elektrik berkenaan disatukan oleh transmisi e-CVT berkenaan, menghasilkan kuasa gandingan maksima 203 PS.

    Sama seperti versi petrol, Civic Hatchback RS e:HEV JDM ini turut menerima suspensi yang ditala lebih sporty bagi “memberikan rasa stereng yang ringan dan terus serta rasa bersatu dengan kerekter kereta tersebut”.

    Rupa luarannya masih lagi nampak sama seperti versi RS petrol, kecuali rim aloi 18-inci berwarna hitam matte yang kini sudah dikemaskini dengan rekaan sama seperti Civic Si facelift di Amerika Syarikat. Manakala pada sebelah dalam ia diberikan tempat duduk dengan balutan gandingan kulit dan fabrik, serlahan-serlahan merah pada jalur sekeliling corong pendingin hawa serta jahitan-jahitan upholsteri, serta roda stereng rata di bawah yang seiras dengan roda stereng Prelude.

    Honda Civic Hatchback RS e:HEV ini sudahpun mula boleh ditempah di Jepun, namun ia cuma akan tiba ke bilik-bilik pameran di pasaran itu pada bulan Jun nanti. Agak-agak Civic RS e:HEV di Malaysia pun dapat tak kemaskini teknologi S+ Shift ni nanti?

     
     
  • JPJ eBid: KGG dan APN dibuka untuk bidaan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa siri nombor pendaftaran terkini dari Kedah dan Perak dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Siri nombor pendaftaran terkini dari Kedah, KGG boleh dibida sejak semalam, 3 Mei. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 7 Mei. Kebiasaanya keputusan akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 8 Mei 2026. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau sebaliknya) menerusi e-mel.

    Manakala siri nombor pendaftaran terkini APN, bakal dibuka bidaan mulai 12 Mei. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 16 Mei, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 17 Mei 2026.

    Jadi, sekarang ini anda boleh menjimatkan masa dan wang ringgit dengan membida sendiri nombor pendaftaran yang anda hajati tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner). Tak susah pun untuk membidanya dan anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk tujuan bidaan ini.

     
     
  • Jetour T1 buat kemunculan sulung di Malaysia – sudah boleh ditempah, RM143,800, 1.5T 2WD & 2.0T XWD

    Jetour T1 buat kemunculan sulung di Malaysia – sudah boleh ditempah, RM143,800, 1.5T 2WD & 2.0T XWD

    Selepas melancarkan model T2 dua bulan lalu, kini Jetour Malaysia mendedahkan pula satu lagi SUV lasak yang lebih kecil iaitu T1. Model ini membuat kemunculan sulungnya di Malaysia ketika berlangsungnya Penang Motor Show 2026 hari ini, dan ia turut diumumkan sudah boleh ditempah.

    Jetour T1 akan ditawarkan dalam dua varian untuk pasaran Malaysia. Ia bermula dengan varian 1.5T 2WD yang dianggar akan dijual pada harga RM143,800 dan varian 2.0T XWD dianggar akan dijual pada harga RM153,800. Sekiranya harga yang diumum ini rasmi kelak, ini bermakna harga bagi Jetour T1 2.0T XWD hanya RM1,000 kurang berbanding Jetour T2 yang dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM157,669.

    Namun kami jangkakan harga jualan sebenar kelak mungkin lebih rendah. Ini kerana sebelum ini harga anggaran untuk T2 diumum pada RM179k dan ia turut ditawarkan dengan pelbagai rebat pembeli terawal. Perlindungan waranti untuk T1 juga mungkin sama dengan T2 yang diumumkan selama tujuh tahun/150,000 km untuk waranti kenderaan, 10-tahun/1,000,000 juta km untuk waranti unit rangkaian kuasa serta servis percuma termasuk alat ganti dan kos upah sebanyak lima kali.

    Jetour T1 buat kemunculan sulung di Malaysia – sudah boleh ditempah, RM143,800, 1.5T 2WD & 2.0T XWD

    Jetour T1 merupakan SUV dengan lima-tempat duduk – walaupun ia nampak lasak, T1 masih dibina berasaskan casis unibody, bukan jenis ladder frame. Ia dihasilkan dengan dimensi panjang 4,705 mm panjang, lebar 1,967 mm, tinggi 1,843 mm dan jarak roda sejauh 2,800 mm. Jadi berbanding T2 ia adalah 80 mm lebih pendek dan 39 mm kurang lebar. Namun sekiranya perumah tayar ganti T2 dicabut, T1 ini sebenarnya adalah 100 mm lebih panjang. Malah jarak roda kedua-dua model ini juga sebenarnya adalah sama.

    Muka T1 ini masih agak seiras dengan T2, menerima inspirasi dari Ford Bronco. Namun pada bahagian belakang, T1 nampak lebih seperti SUV bandar biasa, tidak seperti T2 yang nampak seperti Land Rover Defender. Ia juga tidak disertakan dengan perumah tayar gantian dan pintu tailgate diberikan bantuan kuasa.

    Manakala pada bahagian dalaman, papan pemuka T1 ini nampak seiras seperti T2, dibezakan hanya pada corong pendingin hawa dan pada konsol tengah.

    Jetour T1 buat kemunculan sulung di Malaysia – sudah boleh ditempah, RM143,800, 1.5T 2WD & 2.0T XWD

    Antara perincian standard yang diberikan termasuk lampu hadapan dan belakang LED penuh, rim aloi 18-inci, upholsteri leatherette, tempat duduk pemandu lasaran kuasa, skrin infotainmen 12.8-inci dengan fungsi arahan suara, lapan-pembasar suara, lampu suasana monokrom dan pemantau pandangan panaromik.

    Untuk keselamatan pula Jetour T1 pasaran Malaysia ini menerima enam-beg udara serta sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Tahap 2 yang membolehkan ia menerima pengiktirafan lima-bintang dalam ujian ASEAN NCAP.

    Bagi varian 2.0T XWD ia ditambah dengan mod pemanduan ‘7+X’, rim aloi 19-inci, bumbung suria panaromik, fungsi memori pada tempat duduk pemandu, tempat duduk penumpang hadapan lasaran kuasa, skrin tengah lebih besar bersaiz 15.6-inci, sistem audio Sony dengan sembilan-pembesar suara, lampu suasana kabin 64-warna.

    Jetour T1 buat kemunculan sulung di Malaysia – sudah boleh ditempah, RM143,800, 1.5T 2WD & 2.0T XWD

    Unit yang dipamerkan di Penang Autoshow ini merupakan dari varian 2.0T XWD, dan ia akan turut dipamerkan di bilik-bilik pameran Jetour seluruh negara. Bagi pasaran Malaysia, T1 hanya akan ditawarkan dengan kabin berwarna hitam sepenuhnya, dan ia tidak diberikan tayar all tertain (AT) seperti T2.

    Jetour Malaysia masih belum mendedahkan spesifikasi untuk unit rangkaian kuasa. Namun kami jangkakan model 2.0T akan menerima enjin 2.0 liter empat-silinder turbo yang sama seperti T2, menghasilkan kuasa 245 PS dan tork maksima 375 Nm dan ia digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan.

    Bagi model 1.5T pula, ia mungkin sama seperti T1 pasaran China di mana enjin 1.5 liter turbo berkenaan menghasilkan kuasa 184 PS dan tork 290 Nm serta turut digandingkan dengan kotak gear 7DCT.

    T1 pasaran Malaysia ini ditawarkan dengan warna badan Khaki White, Aviation Silver, Sand Gold dan Carbon Black. Ia berkemungkinan besar turut akan dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) sama seperti T2 bagi membolehkan ia dijual pada harga yang kompetitif.

     
     
  • BMW iX1 L secara rasmi dijual pada harga RM252,800

    BMW iX1 L secara rasmi dijual pada harga RM252,800

    Selepas diperkenalkan secara rasmi pada Januari lalu, BMW iX1 L akhirnya menerima pengesahan harga untuk pasaran Malaysia. SUV elektrik jarak roda panjang ini ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu eDrive20L M Sport, dengan harga RM252,800 atas jalan tanpa insurans.

    Angka ini sedikit lebih rendah daripada jangkaan awal, namun masih lebih tinggi berbanding model iX1 eDrive20 jarak roda standard yang pernah dijual tanpa cukai sebelum ini.

    Seperti kebiasaan model BMW di Malaysia, harga tersebut hadir bersama jaminan dua tahun tanpa had perbatuan. Pelanggan juga boleh memilih pakej lanjutan lima tahun dengan servis penyelenggaraan selama enam tahun pada harga keseluruhan RM268,600, manakala jaminan bateri selama lapan tahun atau 160,000 km disertakan secara standard. Model ini diimport sepenuhnya dari China, sekaligus mendapat manfaat struktur cukai lebih rendah berbanding model terdahulu yang diimport dari Jerman.

    BMW iX1 L secara rasmi dijual pada harga RM252,800

    Dari segi spesifikasi, iX1 L mengekalkan konfigurasi motor tunggal di hadapan yang menghasilkan 204 PS dan 250 Nm tork. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dicapai dalam masa 8.6 saat dengan kelajuan maksimum 175 km/j, sedikit lebih tinggi berbanding versi bukan L.

    Bateri NMC berkapasiti 66.5 kWh (64.7 kWh bersih) turut dikekalkan, namun pertambahan saiz dan berat memberi kesan kepada jarak pemanduan. Model ini menawarkan jarak sehingga 433 km mengikut piawaian WLTP, lebih rendah berbanding 475 km untuk eDrive20 standard dan juga kurang daripada varian xDrive30 sebelum ini.

    Keupayaan pengecasan pantas DC kekal pada kadar 130 kW, membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam tempoh sekitar 32 minit. Bagi pengecasan AC, kadar maksimum ialah 11 kW dengan masa pengecasan penuh sekitar enam jam 45 minit.

    BMW iX1 L secara rasmi dijual pada harga RM252,800

    Huruf “L” pada nama model ini merujuk kepada pertambahan jarak roda sebanyak 110 mm, menjadikan keseluruhannya 2,802 mm. Panjang keseluruhan turut meningkat kepada 4,616 mm, memberikan ruang kaki tambahan 81 mm dan ruang lutut bertambah 107 mm untuk penumpang belakang.

    Dari segi luaran, pakej M Sport masih dikekalkan dengan rekaan bampar lebih agresif, skirting tepi serta rim aloi 19 inci M twin-spoke Style 871M. Kemasan Shadowline hitam berkilat dan rel bumbung turut disertakan, manakala versi eDrive20L hadir dengan tambahan seperti bingkai gril kidney berwarna hitam dan lampu hadapan LED adaptif yang digelapkan.

    Pilihan warna juga dikemaskini dengan pengenalan dua warna kelabu baru iaitu M Brooklyn Grey dan Skyscraper Grey, menggantikan beberapa warna terdahulu. Kedua-duanya ditawarkan bersama warna sedia ada seperti Mineral White dan Carbon Black, menjadikan palet warna kini lebih berkonsepkan monokrom.

    BMW iX1 L secara rasmi dijual pada harga RM252,800

    Di bahagian kabin, iX1 L menerima peningkatan dari segi keselesaan dengan penggunaan kusyen tempat duduk lebih lembut serta bahagian tempat duduk belakang yang dipanjangkan. Upholsteri Veganza kini hadir dengan kemasan berliang, namun masih tanpa fungsi pengudaraan. Hanya satu pilihan warna dalaman ditawarkan iaitu Castanea Red, dan pilihan gabungan Alcantara tidak lagi disediakan.

    Kelengkapan lain termasuk stereng M Sport tiga jejari, tempat duduk hadapan berkuasa dengan fungsi memori untuk pemandu serta kemasan aluminium Hexacube. Bahagian bumbung kini menggunakan warna Ivory White bagi suasana lebih terang, selain penambahan bumbung kaca panoramik yang sebelum ini tidak ditawarkan.

    Dari segi teknologi, model ini dilengkapi sistem BMW Live Cockpit Professional yang merangkumi paparan instrumen digital 10.25 inci, skrin infotainmen 10.7 inci serta head-up display. Turut disertakan ialah sistem bunyi Harman Kardon dengan 12 pembesar suara, pengecas tanpa wayar Qi dan pintu but berkuasa dengan fungsi bebas tangan. Sistem suspensi pula kini menggunakan talaan “comfort” menggantikan sistem sebelumnya.

    Aspek keselamatan merangkumi pakej Driving Assistant Plus dengan pelbagai ciri bantuan pemandu seperti brek kecemasan autonomous, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi henti dan gerak, bantuan pengekalan lorong, amaran titik buta serta amaran lintasan trafik belakang dengan brek automatik. Menariknya, fungsi pemanduan separa autonomous Tahap 2 kini diaktifkan sepenuhnya tanpa memerlukan langganan tambahan seperti sebelum ini.

     
     
  • Stesen Bukit Bintang lanjut waktu operasi hingga 1 pagi – 30 Apr-2 Mei, MRT Laluan Kajang, Monorel

    Stesen Bukit Bintang lanjut waktu operasi hingga 1 pagi –  30 Apr-2 Mei, MRT Laluan Kajang, Monorel

    Rapid KL memaklumkan Stesen Bukit Bintang bagi perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan juga Monorel akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga jam 1 pagi pada hari ini (30 April) hingga 2 Mei 2026.

    Ia adalah bagi memudahkan orang ramai yang berkunjung ke sekitar Bukit Bintang bagi menghadiri acara anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

    Menurut Rapid KL, dalam masa yang sama, beberapa stesen pertukaran terpilih turut dilanjutkan waktu operasinya bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir iaitu perkhidmatan Monorel yang melibatkan Stesen Hang Tuah, MRT Laluan Kajang (Stesen TRX, Merdeka, Pasar Seni), LRT Laluan Ampang/Sri Petaling (Stesen Plaza Rakyat, Chan Sow Lin, Hang Tuah), LRT Laluan Kelana Jaya (Stesen Pasar Seni) dan MRT Laluan Putrajaya (Stesen TRX, Chan Sow Lin).

    Walau bagaimana pun, kata Rapid KL lagi, stesen selain yang disebut itu akan ditutup mengikut waktu operasi seperti biasa dan penumpang hanya dibenarkan untuk keluar dari stesen tersebut.

    “Penumpang disaran menggunakan kad Touch ‘n Go dan pastikan baki kad mencukupi untuk kelancaran perjalanan. Bagi tujuan keselamatan dan keselesaan bersama, penumpang perlu memastikan pakaian berada dalam keadaan kering atau separa kering sebelum memasuki kawasan stesen,” kata Rapid KL menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

     
     
  • Proton eMas 7 PHEV dengan warna badan Emerald Green kini dipamerkan di Penang Autoshow 2026

    Proton eMas 7 PHEV dengan warna badan Emerald Green kini dipamerkan di Penang Autoshow 2026

    Awal bulan ini Proton telah pun mengumumkan bahawa SUV eMas 7 PHEV kini ditawarkan dengan warna baharu iaitu Emerald Green. Ketika berlangsungnya Penang Autoshow 2026 yang dibuka untuk media hari ini, sebuah eMas 7 PHEV ‘Mak Kau Hijau’ tersebut dipamerkan di reruai Proton.

    Penawaran warna baharu ini tidak menggantikan mana-mana warna sedia ada iaitu Obsidian Black, Lithium White, Mercury Silver, Galena Grey dan Aquamarine Blue. Juga tiada penambahan harga diumumkan di mana eMas 7 PHEV ini masih dijual pada bermula RM109,800 untuk varian asas Prime, RM123,800 untuk varian Premium dan RM129,800 untuk varian tertinggi Premium Plus. Dengan rebat pelancaran bernilai RM4,000, harga akhir untuk setiap varian adalah masing-masing RM105,800, RM119,800 dan RM125,800. Semua harga yang dinyatakan ini adalah harga atas jalan tanpa insuran.

    Semua varian digerakkan unit rangkaian kuasa EM-i (E-Motive Intelligence) Super Hybrid dari Geely, yang menampilkan enjin 1.5 liter NA BHE15PFI berkuasa 99 PS (98 hp atau 73 kW) dan tork maksima 125 Nm, digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 218 PS (215 hp atau 160 kW) dan tork maksima 262 Nm.

    Proton eMas 7 PHEV dengan warna badan Emerald Green kini dipamerkan di Penang Autoshow 2026

    Gandingan berkenaan menghasilkan kuasa keseluruhan 262 PS (258 hp, atau 193 kW) dan tork maksima 262 Nm, di mana kesemuanya digunakan untuk memacu roda hadapan. Bagi varian Prime dan Premium, motor elektrik tersebut menerima kuasa dari bateri litium loga fosfat (LFP) yang dibekalkan oleh CATL berkapasiti 18.4-kWj, membolehkan ia bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 83 km, dan 943 km dengan gandingan satu cas bateri penuh dan satu tangki penuh petrol.

    Manakala varian Premium Plus, ia dibekalkan dengan bateri LFP Aegis bilah pendek keluaran Geely berkapasiti 29.8-kWj, memberikan jarak gerak EV sejauh 146 km dan 996 km dengan gandingan satu cas bateri penuh dan satu tangki penuh petrol.

    Untuk mengecas pula, varian Prime dan Premium menyokong pengecas pantas DC sehingga 30 kW, membolehkan bateri dipenuhkan dari 30-80% dalam masa tidak sampai 20-minit. Manakala varian Premium Plus pula boleh menerima pengecas pantas DC sehingga 60 kW, membolehkan cas dipenuhkan dari 30-80% dalam masa kurang 16-minit. Kesemua varian juga boleh menggunakan pengecas AC onboard 7-kW.

    Proton eMas 7 PHEV dengan warna badan Emerald Green kini dipamerkan di Penang Autoshow 2026

    Menurut Proton, varian Prime dan Premium boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8 saat, sementara varian Premium Plus pula memerlukan masa 8.2 saat untuk pecutan yang sama. Manakala ketiga-tiga varian mencatatkan kelajuan maksima yang sama iaitu 170 km/j, serta diberikan fungsi vehicle-to-load (V2L) dan vehicle-to-vehicle (V2V).

    Jadi kalau anda nak tengok Proton eMas 7 PHEV dengan warna badan Emerald Green ini, boleh la datang ke Penang Autoshow 2026 yang berlangsung di Penang Waterfront Convention Centre di mana ia akan dibuka kepada umum bermula esok.

     
     
  • Hyundai Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N sudah boleh ditempah di Malaysia – anggaran harga RM450k hingga RM460k

    Hyundai Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N sudah boleh ditempah di Malaysia – anggaran harga RM450k hingga RM460k

    Hyundai Motor Malaysia (HMY) hari ini mengumumkan bahawa dua model EV prestasi N iaitu Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N kini sudahpun boleh ditempah. Masih belum ada harga rasmi untuk kedua-dua model ini, namun HMY memberikan harga anggaran RM450,000 untuk Ioniq 5 N dan RM460,000 untuk Ioniq 6 N. Seperti yang diumum sebelum ini, kedua-dua model tersebut dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

    Pengumuman ini dibuat ketika berlangsungnya Penang Autoshow 2026, di mana acara yang berlangsung di Penang Waterfront Convention Centre tersebut akan dibuka kepada umum bermula esok. Walau bagaimanapun, kelibat sedan Ioniq 6 N masih belum kelihatan dan HMY masih hanya menayangkan Ioniq 5 N di mana hatchback tersebut sudahpun beberapa kali membuat kemunculan di sini sejak 2024, ketika itu di bawa oleh pengurusan lama Hyundai di Malaysia iaitu Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM).

    Menurut HMY, setiap pelanggan yang menempah mana-mana model N ini akan menerima barangan koleksi asli Hyundai N yang bernilai RM2,000. Tempahan hanya boleh dibuat menerusi pengedar-pengedar Hyundai terpilih iaitu Sime Darby Auto Hyundai Sdn Bhd (Central), Goh Brothers Motor Sdn Bhd (Utara) dan Heng Lian Enterprise Bhd (Malaysia Timur). HMY akan mengumumkan lebih banyak pengedar yang layak untuk mengambil tempahan model istimewa ini selepas ini.

    Hyundai Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N sudah boleh ditempah di Malaysia – anggaran harga RM450k hingga RM460k

    Hyundai Ioniq 5 N ini diasaskan dari crossover EV Ioniq 5 standard, diberikan prestasi dan juga rupa yang lebih agresif. Ia menampilkan badan 50 mm lebih lebar dan ia 20 mm lebih rendah yang terhasil kerana ia memerlukan tayar dan juga diffuser belakang yang lebih lebar untuk prestasi pemanduan yang lebih baik.

    Kerangka Ioniq 5 N ini juga telah dipertingkat. Berbanding Ioniq 5 biasa, kerangka Ioniq 5 N ini menerima 42 titik kimpalan yang lebih banyak bersama bahan perekat badan 2.1 meter lebih panjang. Cagak-cagak motor elektrik dan bateri juga dipertkuatkan, manakala subframe belakang dan hadapan juga dipertingkat dengan ketegaran sisi lebih kuat.

    Untuk unit rangkaian kuasa, Ioniq 5 N yang masih diasaskan dari platform E-GMP ini menerima dua buah motor elektrik masing-masing pada gandar hadapan dan belakang – jadi Ioniq 5 N ini merupakan jentera produksi jalan raya pertama Hyundai N yang menampilkan sistem AWD, memberikan peluang bagi sayap perlumbaan itu memindahkan pengetahuan mereka dari Kejohanan Rali Dunia (WRC) yang telah disertai sejak 2014 kepada model produksi yang dijual di bilik pameran.

    Hyundai Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N sudah boleh ditempah di Malaysia – anggaran harga RM450k hingga RM460k

    Kedua-dua motor berkenaan dipadankan pada gandar pacuan berintegrasi (IDA) yang diinspirasikan dari jentera WRC sebenar, bagi memastikan ia tahan asakan dari motor elektrik berkuasa tinggi. Motor yang memacu gandar hadapan menghasilkan kuasa 226 PS, manakala motor pada gandar belakang pula berkuasa 385 PS.

    Secara keseluruhan, ia menghasilkan kuasa gabung 609 PS, dan meningkat kepada 650 PS bersama tork maksima 770 Nm apabila mod N Grin Boost (NGB) diaktifkan. Ini membolehkan Ioniq 5 N tersebut memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.4 saat (3.5 saat jika NGB tidak digunakan), sebelum mencapai kelajuan maksima 260 km/j (Ioniq 5 biasa hanya mampu dipandu sehingga 185 km/j).

    Hyundai N turut memberikan fungsi N Drift Optimizer pada Ioniq 5 N. Menerusi fungsi ini, pemandu dapat melakukan aksi drift dengan lebih lama, malah turut boleh memulakan drift dengan teknik clutch kick seperti jentera enjin pembakaran dalaman pacuan roda belakang yang diberikan kotak gear manual menerusi fungsi Torque Kick Drift.

    Hyundai Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N sudah boleh ditempah di Malaysia – anggaran harga RM450k hingga RM460k

    Antara perincian menarik yang turut disertakan pada Ioniq 5 N ini termasuk sistem N Active Sound + dan juga N e-Shift, iaitu sistem yang akan memberikan bunyi seakan bunyi enjin sebenar dan rasa tukaran gear seperti kotak gear DCT.

    Bagi menghasilkan N Active Sound tersebut, Ioniq 5 N diberikan 10-pembesar suara (lapan dalam kabin dan dua lagi di luar) bagi memberikan tiga tema bunyi berbeza iaitu Ignition, Evolution dan Supersonic. Bagi bunyi Ignition, ia memberikan bunyi seakan enjin petrol 2.0 liter turbo pada model Hyundai N sebelum ini (i30 N, Kona N dan sebagainya), lengkap dengan dengan bunyi pop & bang.

    Manakala bagi Hyundai Ioniq 6 N, ia adalah model EV kedua Hyundai N yang didedahkan pertama kali peringkat global di Goodwood Festival of Speed pada Julai tahun lalu. Diasaskan dari sedan EV Ioniq 6 biasa, model ini turut menerima semua yang diberikan pada Ioniq 5 N.

    GALERI: Hyundai Ioniq 5 N di Penang Autoshow 2026

     
     
  • MOF sedang teliti mekanisme subsidi diesel lebih bersasar untuk Sabah dan Sarawak – Fahmi

    MOF sedang teliti mekanisme subsidi diesel lebih bersasar untuk Sabah dan Sarawak – Fahmi

    Jurucakap Kerajaan Madani merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti pelaksanaan mekanisme subsidi diesel yang lebih bersasar, seumpama Budi95, bagi Sabah dan Sarawak. Katanya, perkara itu kini dalam peringkat penelitian oleh MOF sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan, laporan Bernama.

    “Ini sedang diteliti untuk pelaksanaan oleh pihak Kementerian Kewangan,” katanya sambil menambah cadangan untuk menyelaraskan subsidi diesel antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia masih belum dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet setakat ini.

    Mengulas situasi pasaran bekalan global, Fahmi berkata, kerajaan sentiasa memantau pergerakan harga minyak mentah dunia bagi menentukan langkah seterusnya berkaitan dasar subsidi bahan api negara, termasuk Budi95 dan Budi Diesel.

    Tambahnya, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memaklumkan bekalan minyak mentah oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berada pada tahap memuaskan bagi Mei dan Jun.

    MOF sedang teliti mekanisme subsidi diesel lebih bersasar untuk Sabah dan Sarawak – Fahmi

    “Pada masa sama, MTEN turut memberi perhatian serius terhadap pergerakan harga global, sama ada minyak mentah atau produk petroleum seperti RON95 dan diesel, susulan perkembangan semasa berkaitan Selat Hormuz yang masih ditutup. Oleh itu, beberapa langkah berkaitan BUDI95 dan BUDI Diesel, termasuk BUDI Individu, sedang diselaraskan dan masih dalam penelitian. Fokus utama ketika ini adalah kestabilan bekalan serta impak harga minyak global,” katanya.

    Semalam, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata senario gangguan bekalan yang berpanjangan, pemulihan bekalan minyak mentah dijangka mengambil masa antara tiga hingga 12 bulan, manakala pembaikan infrastruktur minyak dan gas yang rosak memerlukan tempoh lebih panjang.

    Katanya, harga purata minyak mentah Brent (spot) di pasaran global menurun sebanyak 6.7% kepada US$109.94 setong bagi tempoh 20 hingga 24 April 2026, berbanding US$117.84 setong pada minggu sebelumnya. Namun, katanya perbandingan harga pada awal dan akhir minggu berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 6.5%.

     
     
  • GWM Tank 300 HEV dibuka tempahan di M’sia — 2.0T, 9HAT, 347 PS/648 Nm, Auto Parking, sokongan aplikasi

    GWM Tank 300 HEV dibuka tempahan di M’sia — 2.0T, 9HAT, 347 PS/648 Nm, Auto Parking, sokongan aplikasi

    Bermula hari ini, GWM Malaysia secara rasminya membuka tempahan bagi model GWM Tank 300 HEV untuk pasaran tempatan. Versi hibrid berkenaan menyusul selepas versi janaan enjin ICE petrol GWM Tank 300 dilancarkan di sini pada Julai 2024.

    GWM Tank 300 HEV dilengkapi dengan enjin 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik hibrid sembilan-kelajuan, dan menjana sebanyak 347 PS kuasa dan 648 Nm tork. Angka ini lebih besar berbanding janaan oleh model petrol biasa dengan 220 PS/380 Nm.

    GWM Tank 300 HEV dibuka tempahan di M’sia — 2.0T, 9HAT, 347 PS/648 Nm, Auto Parking, sokongan aplikasi

    Ciri lain yang turut ada untuk model versi hibrid Tank 300 ini antaranya ialah sistem pacuan empat roda, mod Crawl dengan kemampuan mendaki dengan sudut maksimum 66%, kemampuan meredah air dengan kedalaman 700 mm, serta tujuh mod pemanduan (model ICE dilengkapi sembilan mod semuanya).
    Selain itu, sudut pelepasannya adalah 34-darjah, dan sudut mendekat adalah 33-darjah. Sudut ramp pula ialah 23-darjah.

    Ciri selebihnya dijangka sama dengan model ICE sebelum ini, antaranya dengan pendingin automatik dengan corong udara di belakang, tempat duduk depan larasan kuasa dengan ciri urut untuk pemandu, balutan kerusi kulit Nappa, sistem bunyi Infinity dengan sembilan-pembesar suara, sambungan Apple CarPlay/Android Auto, sunroof dan lampu ambient 64-warna. Tambahan untuk model hibrid ini ialah ciri meletak kereta automatik serta aplikasi sokongan.

    GWM Tank 300 HEV dibuka tempahan di M’sia — 2.0T, 9HAT, 347 PS/648 Nm, Auto Parking, sokongan aplikasi

    Melalui aplikasi pula ada ciri kunci/buka kunci untuk pintu, tutup tingkap dan sunroof, paparan maklumat sistem hibrid, suhu dan tekanan tayar, menunjukkan lokasi kenderaan serta menghidup/mematikan pendingin atau pengudaraan tempat duduk.

    Model ICE-nya di sini sudah dilengkapi dengan sistem ADAS lengkap. Jadi, model hibrid ini juga sama. Antara fungsi yang ada ialah AEB dan ACC, serta enam-beg udara. Eksklusif untuk HEV ialah warna badan Sand Beige, selain Crystal Black dan Pearl White, dan rim 17-inci dengan tayar AT. Untuk warna oren dan saiz rim 18-inci, itu khas untuk model ICE sahaja.

    Untuk harga, belum ada sebarang pengesahan diberikan. Tetapi, ia sudah tentu tidak akan melebihi harga Tank 500 HEV yang dijual RM329k. Jika ingin melihat model ini dari dekat, anda boleh berkunjung ke Penang Autoshow 2026 yang sedang berlangsung.

     
     
  • iCaur V27 pemanduan kanan – SUV REEV dengan kuasa sehingga 455 PS bakal masuk pasaran Malaysia

    iCaur V27 pemanduan kanan – SUV REEV dengan kuasa sehingga 455 PS bakal masuk pasaran Malaysia

    Selepas 03 dan V23, pelancaran besar seterusnya yang dijangkakan daripada iCaur adalah V27. SUV elektrik ini mula diperkenalkan di Guangzhou penghujung tahun lalu sebelum dipertontonkan semula di acara Auto China di Beijing, kali ini dalam versi antarabangsa dengan lencana iCaur menggantikan penjenamaan iCar khusus untuk pasaran China.

    Menariknya, model yang dipamerkan turut hadir dalam konfigurasi pemanduan sebelah kanan, menandakan kesediaannya untuk pasaran seperti Malaysia. Pelancaran rasmi di China bulan lalu turut mendedahkan spesifikasi penuh bagi SUV elektrik range extender pertama jenama ini.

    iCaur V27 ditawarkan dalam versi pacuan roda belakang dan pacuan semua roda. Varian motor tunggal menghasilkan 252 PS dan 300 Nm tork, manakala versi dua-motor ditambah dengan motor hadapan untuk jumlah kuasa keseluruhan 455 PS dan 505 Nm.

    iCaur V27 pemanduan kanan – SUV REEV dengan kuasa sehingga 455 PS bakal masuk pasaran Malaysia

    Sistem ini turut dibantu oleh enjin petrol empat silinder 1.5 liter turbo kitaran Atkinson yang menjana 156 PS dan 220 Nm, berfungsi sebagai penjana tenaga tambahan. Semua varian dilengkapi bateri LFP 34.3 kWh daripada CATL yang menawarkan jarak pemanduan elektrik penuh sejauh 210 km bagi versi pacuan belakang dan 200 km untuk pacuan semua roda mengikut kitaran CLTC.

    Dalam anggaran WLTP yang lebih realistik, jarak ini dijangka sekitar 170 km dan 160 km. Penggunaan tenaga pula dinilai pada 20.4 kWh bagi setiap 100 km untuk versi pacuan belakang dan 21.7 kWh bagi varian pacuan semua roda.

    Dengan tambahan tangki bahan api berkapasiti 60 liter, jumlah jarak perjalanan keseluruhan mencecah 1,230 km bagi versi pacuan belakang dan 1,200 km untuk pacuan semua roda berdasarkan kitaran CLTC. V27 turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 100 kW, membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa sekitar 17 minit. Selain itu, fungsi vehicle-to-load (V2L) membolehkan kuasa sehingga 6 kW disalurkan keluar untuk kegunaan luaran.

    iCaur V27 pemanduan kanan – SUV REEV dengan kuasa sehingga 455 PS bakal masuk pasaran Malaysia

    Bagi prestasi dan keupayaan, varian pacuan semua roda hadir dengan sembilan mod pemanduan termasuk mod off-road, selain pilihan penyerap hentak kawalan magnetik untuk varian tertinggi di China. Kesemua model menawarkan kelegaan tanah 220 mm, keupayaan meredah air sehingga 600 mm serta sudut masuk dan keluar masing-masing 24.5 darjah. Varian AWD turut dilengkapi differential belakang kunci elektronik dan fungsi “tank turn” untuk meningkatkan keupayaan di laluan mencabar.

    Dari segi reka bentuk, iCaur V27 mengekalkan identiti lasak seperti model iCar di China dengan bentuk badan tegak dan lengkuk roda yang menonjol, meskipun menggunakan struktur unibody. Rekaan lampu hadapan berbentuk petak dengan elemen bulat di dalamnya mengingatkan kepada Toyota Land Cruiser 70, manakala elemen sisi menyerupai ventilasi model Land Rover Defender.

    Berbeza dengan versi China, model antarabangsa tidak lagi menggunakan tayar gantian penuh di pintu belakang, sebaliknya digantikan dengan ruang simpanan berbentuk “beg galas”.

    iCaur V27 pemanduan kanan – SUV REEV dengan kuasa sehingga 455 PS bakal masuk pasaran Malaysia

    Bahagian dalaman versi pemanduan kanan pula menampilkan rekaan papan pemuka yang ringkas tetapi tegap, dengan gabungan elemen mendatar dan menegak untuk imej lebih rugged. Ia dilengkapi panel instrumen digital nipis serta skrin infotainmen bersaiz 15.4 inci yang dikuasakan pemproses Qualcomm Snapdragon 8295.

    Susun atur suis jenis toggle bukan sahaja terdapat di bahagian bumbung, malah digunakan juga untuk kawalan pendingin hawa di tengah papan pemuka. Selain itu, ruang kabin menawarkan pelbagai ciri praktikal termasuk pemegang telefon pintar berkembar dengan pengecas tanpa wayar Qi, pemilih mod pemanduan bersaiz besar serta sistem pewangi udara tersembunyi di corong penghawa dingin.

    Walaupun bersaiz besar dengan panjang mencecah 5,055 mm, V27 hanya ditawarkan sebagai model lima tempat duduk, namun penumpang belakang kini menerima corong pendingin hawa serta titik pemasangan aksesori seperti pemegang tablet.

    iCaur V27 pemanduan kanan – SUV REEV dengan kuasa sehingga 455 PS bakal masuk pasaran Malaysia

    Dengan penggunaan ruang kabin yang mencapai hampir 70 peratus daripada keseluruhan badan, model ini menawarkan ruang kaki belakang sehingga 950 mm, 50 ruang simpanan di dalam kabin serta kapasiti but 715 liter yang boleh diperluaskan kepada 1,818 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Terdapat juga pelbagai titik pemasangan aksesori di dalam dan luar kenderaan yang menyokong penggunaan barangan mesra alam.

    Untuk pasaran tempatan, pihak iCaur Malaysia mengesahkan bahawa V27 akan dilancarkan di negara ini. Pelancarannya dijangka seiring dengan permulaan pemasangan tempatan (CKD) di fasiliti baru milik Chery di Lembah Beringin, yang dijangka mula beroperasi tahun ini selepas menerima pelaburan sekitar RM3.6 bilion dalam tempoh dua tahun lalu.

     
     
  • Proton eMas 5 kini dapat warna Jade Green untuk semua varian tanpa tambahan harga, dalaman hitam

    Proton eMas 5 kini dapat warna Jade Green untuk semua varian tanpa tambahan harga, dalaman hitam

    Selepas Proton eMas 7 PHEV, kini giliran eMas 5 pula menerima pilihan warna badan hijau – berbanding abangnya yang diberikan warna Emerald Green yang nampak lebih sporty dan garang, eMas 5 yang lebih comel pula menerima warna Jade Green yang lebih lembut.

    Unit dengan warna badan baharu ini akan ditunjukkan buat pertama kali kepada umum di Penang Autoshow 2026 yang berlangsung di Penang Waterfront Convention Centre dibuka kepada umum bermula esok.

    Warna baharu ini tidak akan menggantikan mana-mana warna sedia ada, di mana eMas 5 masih boleh dipilih dengan pilihan warna badan Moonstone White, Graphite Silver dan Slate Grey, serta dua warna khas hanya untuk varian Premium iaitu Marble Cream dan Quartz Rose. Pembeli varian Premium juga turut didatangkan dengan bumbung berwarna hitam serta pilihan tema kabin berwarna Alabaster White sekiranya memilih salah satu dari warna badan khas yang dinyatakan tadi.

    Proton eMas 5 kini dapat warna Jade Green untuk semua varian tanpa tambahan harga, dalaman hitam

    Tiada sebarang penambahan harga diperlukan sekiranya anda mahukan warna Jade Green baharu ini. Jadi Proton eMas 5 kekal dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM56,800 untuk varian asas Prime dan RM69,800 untuk varian tertinggi Premium.

    Proton eMas 5 merupakan model pertama Proton yang ditawarkan sebagai sebuah model pacuan roda belakang dengan motor elektrik tunggal yang diletakkan pada gandar belakang. Untuk varian Premium, motor elektrik berkenaan menghasilkan kuasa 116 PS (85 kW) dan tork maksima 150 Nm, dipacu oleh bateri LFP keluaran CATL dengan kapasiti 40.16 kWj.

    Manakala bagi varian Prime, motor elektrik yang dibekalkan hanya berkuasa 79 PS (58 kW) dan tork maksima 130 Nm, menerima bekalan kuasa dari bateri LFP lebih kecil berkapasiti 30.12 kWj.

    Proton eMas 5 kini dapat warna Jade Green untuk semua varian tanpa tambahan harga, dalaman hitam

    Konfigurasi unit rangkaian kuasa ini membolehkan eMas 5 Premium memecut dari 0-50 km/j dalam masa 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan 135 km/j serta jarak perjalanan 325 km (WLTP) dengan satu cas bateri penuh, manakala eMas 5 Prime pula kelajuan maksimanya dihadkan pada 125 km/j dan boleh bergerak sejauh 225 km (WLTP) dengan satu cas penuh.

    Untuk mengecas pula eMas 5 boleh menerima pengecas AC 6.6 kW dan juga penegcas pantas DC sehingga 71 kW yang membolehkan cas dari 30%-80% dipenuhkan dalam masa 21 minit. Kami telahpun memandu uji eMas 5 dalam varian Premium dan laporannya boleh anda baca pada PAUTAN INI.

     
     
  • Beberapa kawasan di JB dicadangkan jadi zon pejalan kaki di sekitar stesen RTS Link bagi kurangkan sesak

    Beberapa kawasan di JB dicadangkan jadi zon pejalan kaki di sekitar stesen RTS Link bagi kurangkan sesak

    Cadangan untuk menjadikan sebahagian besar kawasan di Johor Bahru (JB) sebagai zon pejalan kaki di sekitar stesen RTS Link telah dikemukakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang pembukaan stesen itu tahun depan, laporan The Star.

    Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata, sekurang-kurangnya 180 darjah di sekitar stesen RTS Link Bukit Chagar perlu dikhaskan sepenuhnya untuk pejalan kaki.

    “Ini kerana pusat bandar Johor Bahru sudah pun sesak, dan RTS Link dijangka mampu mengangkut sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah. Jika anda berharap mereka menggunakan e-hailing tanpa adanya mod penyuraian trafik seperti Sistem Transit Rapid Automatik (ART) dan sistem bas yang baik dari RTS Link, ia akan menjadi sesak teruk sejak hari pertama,” kata Ong.

    Beliau menambah, menjadikan kawasan dalam radius 500 meter dari stesen sebagai zon pejalan kaki boleh membantu menangani cabaran penyuraian penumpang, di samping mewujudkan peluang pembangunan komersil serta ruang awam.

    “Ini akan membuka peluang untuk pembangunan ruang awam di mana orang ramai boleh mengadakan acara dan menjadikan pusat bandar Johor Bahru sebagai tempat yang hidup, bukan sekadar tempat orang datang dan kemudian beredar ke lokasi lain,” katanya.

     
     
  • Michelin Primacy 5 energy dan Pilot Sport 5 energy kini tersedia di Malaysia – harga jualan dari RM614

    Michelin Primacy 5 energy dan Pilot Sport 5 energy kini tersedia di Malaysia – harga jualan dari RM614

    Dua tayar baru daripada Michelin kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia, iaitu Michelin Primacy 5 Energy dan Michelin Pilot Sport 5 Energy. Pengenalan ini dilihat sebagai langkah pengeluar tersebut dalam memenuhi keperluan semasa industri automotif yang semakin beralih ke arah kecekapan tenaga, termasuk peningkatan penggunaan kenderaan elektrik serta populariti SUV.

    Menurut Pengarah Urusan Michelin bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Florentin Odenwald, kedua-dua rangkaian tayar ini direka untuk menawarkan kecekapan tenaga tanpa menjejaskan prestasi sepanjang tempoh penggunaan. Beliau menjelaskan bahawa perubahan landskap automotif tempatan menuntut komponen kenderaan yang lebih cekap, selamat dan mampan, sejajar dengan jangkaan pengguna masa kini.

    Michelin Primacy 5 Energy diposisikan sebagai tayar bertaraf triple-A dengan jangka hayat paling panjang dalam segmennya. Tayar ini mencapai penarafan tertinggi label Eropah bagi aspek bunyi luaran, cengkaman di jalan basah dan rintangan gelinciran. Ia turut menawarkan ketahanan penggunaan yang tinggi, sekaligus memberikan jarak perjalanan lebih jauh sama ada untuk kenderaan enjin pembakaran dalaman mahupun elektrik.

    Michelin Primacy 5 energy dan Pilot Sport 5 energy kini tersedia di Malaysia – harga jualan dari RM614

    Dari segi teknologi, Primacy 5 Energy dilengkapi sistem Silent Rib Gen-3 dan Piano Acoustic Tuning yang membantu mengurangkan bunyi serta memastikan pemanduan lebih senyap dan selesa, termasuk apabila tayar mula haus.

    Teknologi MaxTouch pula memastikan sentuhan maksimum dengan permukaan jalan sambil mengagihkan daya secara sekata ketika memecut, membrek dan mengambil selekoh, sekaligus memanjangkan jangka hayat bunga tayar tanpa menjejaskan keselamatan.

    Selain itu, ciri Slim Belt menggunakan lapisan tetali yang lebih nipis tetapi kekal kukuh, membantu meningkatkan kecekapan bahan api atau jarak perjalanan bagi kenderaan elektrik. Ia digabungkan dengan kompaun Energy Passive 2.0 bagi meningkatkan ketahanan tayar. Model ini ditawarkan dalam 19 saiz untuk rim antara 18 hingga 21 inci dengan harga bermula RM614 hingga RM1,624.

    Michelin Primacy 5 energy dan Pilot Sport 5 energy kini tersedia di Malaysia – harga jualan dari RM614

    Sementara itu, Michelin Pilot Sport 5 Energy pula merupakan tayar berprestasi tinggi pertama jenama ini yang menerima penarafan double-A bagi cengkaman basah dan rintangan gelinciran. Tayar ini diinspirasikan daripada warisan sukan permotoran dan direka untuk memberikan pengendalian dinamik serta pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan, sambil mengurangkan penggunaan tenaga.

    Antara teknologi yang digunakan termasuk Michelin Dynamic Response yang memastikan tindak balas stereng lebih tepat ke permukaan jalan. Ia turut dilengkapi Piano Acoustic untuk pengurangan bunyi dan MaxTouch bagi sentuhan optimum dengan jalan. Ciri Slim Belt turut digunakan, manakala teknologi Bi-Compound menggabungkan kompaun Grip Adaptive di bahagian tengah untuk cengkaman lebih baik dan kompaun Energy Passive di bahagian bahu tayar bagi meningkatkan kecekapan tenaga.

    Kedua-dua model ini juga menampilkan teknologi Michelin Premium Touch yang meliputi keseluruhan dinding sisi tayar, menghasilkan kemasan hitam matte dengan tekstur mikro seakan baldu untuk penampilan lebih premium. Michelin Pilot Sport 5 Energy ditawarkan dalam 17 saiz bagi rim 18 hingga 21 inci dengan harga antara RM930 hingga RM2,006.

     
     
  • Geely Galaxy Starship 7 EV di Beijing – ibarat Proton eMas 7 PHEV tapi terima unit rangkaian kuasa EV

    Geely Galaxy Starship 7 EV di Beijing – ibarat Proton eMas 7 PHEV tapi terima unit rangkaian kuasa EV

    Selain dari unit rangkaian kuasa, Geely Galaxy E5/EX5 (Proton eMas 7) dan Geely Galaxy Starship 7/Starray EM-i (Proton eMas 7 PHEV) mempunyai karekter berbeza yang diberikan pada rekaan luaran, di mana ramai yang menyatakan bahawa versi PHEV kembar SUV ini nampak lebih sporty. Mungkin sebab itulah Geely hasilkan satu lagi model yang kami temui di Auto China Beijing 2026 ini minggu lalu – ini dia Geely Galaxy Starship 7 EV, atau boleh diibaratkan sebagai Proton eMas 7 PHEV yang diberikan unit rangkaian kuasa EV.

    Menurut laporan CarNewsChina, bagi pasaran China Geely Galaxy Starship 7 EV ini akan diletakkan sebagai model yang lebih mahal dari Geely Galaxy E5 EV. Ia masih digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 218 PS untuk memacu roda hadapan dan pilihan bateri sama ada 60.2 kWj (525 km CLTC) atau 68.39 kWj (605 km CLTC).

    Geely Galaxy Starship 7 EV di Beijing – ibarat Proton eMas 7 PHEV tapi terima unit rangkaian kuasa EV

    Bentuk badan Galaxy E5/eMas 7 dan Galaxy Starship 7/eMas 7 PHEV mungkin nampak sama, dan dibezakan dengan perincian seperti lampu hadapan, bampar, set rim, pembuka pintu dan sebagainya. Namun jika dilihat pada dimensi, versi PHEV berkenaan sebenarnya sedikit lebih besar atau lebih spesifik 125 mm lebih panjang, 39 mm lebih lebar, 15 mm lebih tinggi dan jarak roda 5 mm lebih jauh.

    CarNewsChina menyatakan bahawa disebabkan perbezaan saiz inilah mengapa Galaxy Starship 7 EV ini akan diposisikan lebih tinggi dari Galaxy E5 biasa. Untuk peminat eMas 7 di Malaysia, adakah anda rasa Proton patut buat perkara yang sama untuk pasaran Malaysia?

     
     
  • Harga minyak 30 April-6 Mei – RON97 naik 5 sen seliter, RON95 tanpa subsidi naik 10 sen seliter

    Harga minyak 30 April-6 Mei – RON97 naik 5 sen seliter, RON95 tanpa subsidi naik 10 sen seliter

    Krisis di Asia Barat yang mash berlarutan terus mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran petroleum global. Dengan risiko konflik yang kekal tinggi dan hala tuju pasaran yang masih sukar dijangka, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026, harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi diselaraskan berikutan pergerakan harga pasaran antarabangsa.

    Di mana harga runcit bagi petrol RON97 dinaikkan sebanyak lima sen seliter, menjadi RM4.90 seliter. Manakala harga runcit bagi RON95 tanpa subsidi pula bakal berharga RM3.97 seliter, yang melibatkan kenaikan sebanyak 10 sen seliter. Bagi RON95 di bawah program Budi95 pula masih kekal pada paras RM1.99 seliter buat masa ini.

    Untuk diesel pula, harga bagi Semenanjung Malaysia masih dikekalkan pada paras RM5.12 seliter, begitu juga di Sabah dan Sarawak, ia kekal pada RM2.15 seliter.

    Kesemua harga baru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini sehingga Rabu, 6 Mei 2026. Ia merupakan pengumuman ke-19 bagi format harga mingguan tahun ini, dan yang ke-382 sejak mekanisme tersebut diperkenalkan pada awal 2019.

     
     
  • MyDigital ID sebagai sistem log masuk tunggal bagi aplikasi MyJPJ bakal dilaksana berkuat kuasa 1 Mei ini

    MyDigital ID sebagai sistem log masuk tunggal bagi aplikasi MyJPJ bakal dilaksana berkuat kuasa 1 Mei ini

    Setelah beberapa bulan tertangguh, akhirnya MyDigital ID sebagai sistem log masuk tunggal (Single Sign-On) bagi aplikasi MyJPJ sudah sedia untuk dilaksana berkuat kuasa Jumaat ini, 1 Mei 2026.

    Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ), pelaksanaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam yang bertujuan memperkukuh tahap keselamatan siber, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian serta memudahkan akses pengguna kepada pelbagai perkhidmatan JPJ melalui satu identiti digital yang sah dan diiktiraf.

    “Melalui pendekatan ini, pengguna hanya perlu menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan utama untuk mengakses Aplikasi MyJPJ, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai maklumat log masuk serta meminimumkan risiko keselamatan data, ” kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli.

    Aplikasi Pintar MyJPJ merupakan platform bersepadu yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang awam termasuk semakan dan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Kenderaan Motor (LKM), semakan saman serta akses kepada perkhidmatan berkaitan JPJ secara dalam talian. Sehingga kini, aplikasi ini telah merekodkan melebihi 14 juta pengguna.

    MyDigital ID sebagai sistem log masuk tunggal bagi aplikasi MyJPJ bakal dilaksana berkuat kuasa 1 Mei ini

    Versi baharu aplikasi ini turut dipertingkat dengan pelbagai ciri tambahan seperti integrasi MyDigital ID, fungsi mod tetamu (guest mode) tanpa log masuk, chatbot pintar beroperasi 24 jam, serta integrasi JPJeBid dan JPJeQ dalam satu platform tunggal.

    “Sehubungan dengan itu, semua pengguna MyJPJ yang berumur 12 tahun ke atas adalah digalakkan untuk mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID selaras dengan pelaksanaan penuh sistem ini. Bagi pengguna pemegang MyPR, kaedah log masuk sedia ada akan terus disediakan melalui saluran alternatif yang ditetapkan.

    “Pelaksanaan log masuk tunggal ini mencerminkan komitmen berterusan JPJ dalam memperkasa transformasi digital jabatan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, selamat dan mesra pengguna,” katanya lagi.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.72 (-0.20)
RON 97 RM4.35 (-0.30)
RON 100 RM6.75
VPR RM7.98
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.67 (-0.20)
EURO 5 B7 RM4.87 (-0.20)
Last Updated Jun 04, 2026