Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • 14 jalan di sekitar ibu kota KL ditutup berperingkat pada 20 Julai bagi Istiadat Pertabalan YDP Agong

    14 jalan di sekitar ibu kota KL ditutup berperingkat pada 20 Julai bagi Istiadat Pertabalan YDP Agong

    Bagi kelancaran acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang bakal berlangsung pada 20 Julai 2024 (Sabtu ini), sebanyak 14 jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat.

    Jalan yang terlibat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana, Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah selatan), Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen.

    Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, penutupan jalan sementara ini akan bermula jam 8 pagi bagi Istiadat Pertabalan dan pada jam 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja. Di mana penutupan jalan sementara itu bagi memberi laluan kepada tetamu-tetamu DiRaja melalui laluan yang terlibat dan sampai pada masa yang ditetapkan.

    “Semua 387 pegawai dan anggota polis akan melaksanakan penugasan mengiring orang kenamaan, mengawal lalu-lintas dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya agar acara yang penuh dengan Istiadat Negara dapat berlangsung dengan jayanya.

    “Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan penuh bagi mengelak kesesakan lalu-lintas dan mengikut arahan-arahan anggota Polis Trafik yang bertugas di lokasi. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis KL ditalian 03-21159999,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

     
     
  • Hanya 19 dari 137 jenama EV China kekal untung menjelang 2030 kerana perang harga – penganalisa

    Hanya 19 dari 137 jenama EV China kekal untung menjelang 2030 kerana perang harga – penganalisa

    Hari demi hari, pelbagai jenama EV dari China yang timbul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Dan apa yang agak menarik perhatian, persaingan ini membabitkan “perang harga” yang begitu drastik, menyaksikan jenama-jenama berkenaan mengurangkan harga model masing-masing untuk menguasai pasaran.

    Persaingan ini mungkin baik untuk pengguna, namun ia boleh ‘membunuh’ syarikat-syarikat dengan kedudukan kewangan yang kurang kukuh. Menurut laporan analisa yang dibuat oleh firma perunding global AlixPartners, dijangkakan hanya 19 dari 137 jenama EV dari China yang ada sekarang akan kekal menghasilkan keuntungan menjelang akhir 2030 nanti.

    Laporan yang dipetik oleh Bloomberg itu menyatakan syarikat-syarikat yang tidak mampu menjana keuntungan berkemungkinan akan keluar dari industri, bergabung antara satu sama lain atau perlu berjuang untuk bahagian pasaran yang kecil.

    Salah satu syarikat yang telah pun tumbang adalah WM Motor, yang telah memfailkan kebankrapan Oktober lalu selepas bergelut dengan hutang dan kerugian yang semakin meningkat. Perang harga yang telah berlangsung di China selama hampir dua tahun telah mengakibatkan margin berkurangan dengan ketara bagi sesetengah pembuat EV. Ia dilihat semakin parah apabila jenama yang lebih besar seperti BYD dan Tesla menumpukan usaha mereka untuk mengukuhkan penguasaan mereka.

    Hanya 19 dari 137 jenama EV China kekal untung menjelang 2030 kerana perang harga – penganalisa

    “Selagi pemain besar seperti BYD masih mempunyai margin kasar, akan sentiasa ada ruang untuk perang harga ini berterusan,” kata Stephen Dyer, pengarah urusan AlixPartners yang berpangkalan di Shanghai. Tahun lalu, purata harga jualan kereta di China jatuh sebanyak 13.4%, walaupun purata margin pengeluar kereta meningkat sebanyak 7.8% pada 2023 daripada 6.3% pada 2022. Ini didorong oleh langkah penjimatan kos yang melibatkan pembekal serta mempercepatkan pengeluaran model baharu ke pasaran.

    Menjelang penghujung dekad, pembuat kereta China dijangka menguasai 33% daripada pasaran automotif global dan 45% daripada jualan kenderaan tenaga baharu (NEV). Walaupun begitu, AlixPartners melihat bahagian pasaran untuk pembuat kereta China di Eropah menurun dari 15% kepada 12% disebabkan oleh pengenaan tarif sementara tambahan oleh Kesatuan Eropah (EU).

    Laporan ini turut mendedahkan bahawa kakitangan jenama-jenama EV China ini mampu untuk bekerja lebih masa sehingga 140 jam sebulan, atau tujuh kali lebih lama berbanding 20 jam maksimum untuk kerja lebih masa bagi pekerja-pekerja jenama automotif arus perdana.

    Hasil dari peningkatan produktiviti tersebut telah membantu jenama-jenama EV China ini mempercepatkan penghantaraan kepada pelanggan. Ia turut diperkukuhkan dengan inisiatif lain seperti meningkatkan daya saing termasuk pelaburan peringkat nasional dalam teknologi bateri dan bahan dengan integrasi menegak yang teguh melibatkan pembekal, memisahkan pembangunan perkakasan dan perisian, menubuhkan jenama NEV bebas dan juga sokongan kerajaan tempatan.

     
     
  • EVx 2024: Dekati SUV EV Kia EV9 6/7-tempat duduk — 385 PS, pacuan AWD dengan jarak perjalanan 505 km

    EVx 2024: Dekati SUV EV Kia EV9 6/7-tempat duduk — 385 PS, pacuan AWD dengan jarak perjalanan 505 km

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2024 anjuran paultan.org kembali lagi tahun ini dan bakal berlangsung hujung minggu ini, dari 20-21 Julai 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Merupakan penganjuran kali ketiga — dan ditaja secara bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp — ia menghimpunkan semua perkara berkaitan EV di bawah satu bumbung, dari kereta hinggalah kepada kelengkapan pengecasan.

    Antara model EV terbaru yang turut akan dipamerkan ialah Kia EV9 yang baru saja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran Malaysia, Kia EV9 datang dalam dua varian, iaitu GT Line enam-tempat duduk dan juga versi tujuh-tempat duduk, kedua-duanya dijual pada harga RM369,668 dan RM374,668 — yang merupakan harga atas jalan tidak termasuk insurans.

    SUV tiga-barisan tempat duduk ini merupakan model kedua Kia yang menggunakan Electric Global Modular Platform (E-GMP). Ia mempunyai ukuran dimensi 5,010 mm panjang, 1,980 mm lebar, 1,755 mm tinggi dengan jarak roda 3,100 mm. Jarak kelegaan tanahnya pula ialah 177 mm.

    Ia dijana oleh bateri bervoltan tinggi 99.8 kWh, dan dilengkapi dengan dua motor elektrik yang menyalurkan kuasa ke gandar hadapan dan belakang menerusi transmisi e-Shift. Satu cas penuh membolehkan EV9 mencapai jarak perjalanan hingga 505 km (WLTP). Janaan kuasa keseluruhannya mencecah 380 hp dan 700 Nm tork — pecutan 0-100 km/j pula dalam masa hanya 5.3 saat.

    Baterinya boleh dicas menggunakan pengecas AC Type 2 dengan 11 kW yang akan mengambil masa sekitar 10 jam 30 minit untuk penuh. Dengan pengecas pantas DC CCS2 350 kW pula, ia boleh dicas dari 10%-80% dalam 24 minit. Dengan sistem pengecas Integrated Charging Control Unit (ICCU), model ini juga lengkap dengan ciri vehicle-to-load (V2L) berkapasiti hingga 3.6 kW untuk membekalkan kuasa bagi aksesori dan peranti elektrik.

    EVx 2024: Dekati SUV EV Kia EV9 6/7-tempat duduk — 385 PS, pacuan AWD dengan jarak perjalanan 505 km

    Dekati dan ketahui lebih lanjut tentang model ini di EVx 2024. Selain Kia, jenama yang bakal ikut serta dalam pameran ini ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, Hyundai, Chery, BYD, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

    EVx 2024 akan menjadi tempat terbaik untuk anda mendekati segala aspek berkaitan EV dan memudahkan urusan anda untuk mengetahui lanjut tentangnya. Tidak ketinggalan, akan ada pratonton model EV terbaru serta sesi pandu uji, semuanya di satu lokasi.

    Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Anda juga berpeluang untuk mempelajari semua aspek berkaitan elektrifikasi melalui sesi perbincangan oleh pemain industri dan mengetahui pengalaman pemilikan dan penggunaan EV melalui sesi forum yang turut akan diadakan sepanjang acara berlangsung.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Jumpa di sana, 20-21 Julai 2024. Masuk adalah percuma.

     
     
  • Jualan kenderaan tidak terkesan dengan pelaksanaan e-Invois, pinjaman penuh perlu dihentikan – Zafrul

    Jualan kenderaan tidak terkesan dengan pelaksanaan e-Invois, pinjaman penuh perlu dihentikan – Zafrul

    Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangkakan, pelaksanaan e-invois secara berperingkat mulai 1 Ogos 2024 tidak akan memberi kesan ke atas jumlah keseluruhan industri (TIV) atau jualan kenderaan tahun ini.

    “Saya sudah berbincang dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan kami berpendapat tiada impak ke atas pelaksanaan e-invois. Cuma mungkin kegusaran daripada syarikat kecil memandang ia akan membabitkan sistem yang perlu mereka ada,” kata menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

    “Jika kita melihat kepada garis masa, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan kita hanya akan bermula dengan syarikat yang memiliki pendapatan atau hasil melebihi RM100 juta,” tambah beliau.

    Zafrul menjelaskan, kebanyakan syarikat pengedar kereta tidak memperoleh pendapatan melebihi jumlah itu, jadi tidak banyak kesan kepada mereka. Walaubagaimanapun, beliau ada menyatakan bahawa terdapat beberapa pengedar yang menawarkan pinjaman penuh untuk kenderaan, dan ini akan dapat dibendung apabila e-Invois dilaksana.

    Jualan kenderaan tidak terkesan dengan pelaksanaan e-Invois, pinjaman penuh perlu dihentikan – Zafrul

    Sistem e-Invois baru ini disasarkan untuk menjadi satu transaksi yang lebih tepat dan telus, dengan jumlah yang dinyatakan dalam invois berkaitan sama dengan yang lain, sekaligus membendung amalan pinjaman penuh.

    Jika mengambil pinjaman penuh, pembeli tidak perlu membayar wang pendahuluan 10% bagi pinjaman 90% yang diberi. Sebaliknya, wakil jualan akan menaikkan harga dalam invois apabila membuat permohonan pinjaman kepada bank bagi menjadikan jumlah pinjaman yang diluluskan sama atau melebihi harga sebenar kenderaan.

    Selepas itu, wakil jualan akan menghantar invois dengan jumlah yang berbeza kepada kerajaan – penyelewengan informasi inilah yang mahu dibendung dengan pelaksanaan e-Invois. Apabila menggunakan sistem e-Invois, semua invois perlu melalui LHDN, jadi wakil jualan tidak boleh sesuka hati menaikkan jumlah sesuatu invois dan perlu memastikan kesemuanya adalah sama.

     
     
  • Kadar had laju di kawasan sekolah disaran turun 10 km/j menjadi 30 km/j; 323 kes kemalangan pada 2023

    Kadar had laju di kawasan sekolah disaran turun 10 km/j menjadi 30 km/j; 323 kes kemalangan pada 2023

    Bagi meningkatkan keselamatan khususnya membabitkan kanak-kanak, kadar had laju di kawasan sekolah disaran supaya dikuatkuasakan kepada 30 km/j, berbanding 40 km/j pada masa ini.

    Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perkara itu diputuskan menerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Keseksaan Jalan Raya (JKMKKJR), laporan Harian Metro.

    Beliau berkata, perkara itu menjadi antara isu yang dibincangkan susulan jumlah kematian purata setiap tahun membabitkan kemalangan maut di kawasan sekolah mencecah 67 orang.

    “Apa dicadangkan oleh jawatankuasa adalah menurunkan had laju kepada 30 km/j di kawasan sekolah (daripada 40 km/j ketika ini). Di samping itu pembinaan bonggol juga dicadangkan tanpa membabitkan peruntukan dari mana-mana kementerian tetapi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak sekolah boleh bekerjasama melakukannya,” katanya.

    Tambah beliau, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada tahun lalu, sebanyak 323 kemalangan membabitkan kecederaan atau kematian dicatatkan di kawasan sekolah. Justeru, berdasarkan dapatan kajian antarabangsa sekiranya had laju dikurangkan 1km/j, ia mampu mengurangkan kadar kematian sehingga lima peratus.

    “Satu Pasukan Petugas perlu diwujudkan bagi menetapkan jangka masa yang sesuai, mengenalpasti zon mula dan tamat dan mewartakan had kelajuan di kawasan sekolah. Sebagai satu tanggungjawab sosial, saya berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia mewujudkan kerjasama antara sekolah dan PIBG untuk membina bonggol bagi mengurangkan kelajuan kenderaan supaya pelaksanaan 30 km/j lebih berkesan,” katanya.

     
     
  • EVx 2024: Chery Omoda E5 dengan AutoCharge — pasang dan cas; tidak perlu aplikasi, telefon atau kad

    EVx 2024: Chery Omoda E5 dengan AutoCharge — pasang dan cas; tidak perlu aplikasi, telefon atau kad

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2024 anjuran paultan.org kembali lagi tahun ini dan bakal berlangsung hujung minggu ini, dari 20-21 Julai 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Merupakan penganjuran kali ketiga — dan ditaja secara bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp — ia menghimpunkan semua perkara berkaitan EV di bawah satu bumbung, dari kereta hinggalah kepada kelengkapan pengecasan.

    Chery akan menjadi jenama yang akan mengambi bahagian dalam acara ini, dan akan mempamerkan model Omoda E5 EV. Versi elektrik bagi model Omoda 5 ini hadir dengan ciri unik — dengan Autocharge, anda boleh terus mengecas dengan memasang kepala pengecas tanpa sebarang aplikasi, telefon atau kad diperlukan.

    Ini merupakan hasil dari kerjasama antara Chery dan pengendali JomCharge EV Connection (EVC), dan Omoda E5 menjadi EV pertama di sini yang menerima fungsi tersebut. Apa yang diperlukan hanyalah pengaktifan sekali sahaja dan selepas itu, boleh terus pasang pengecas tanpa perlu melalui langkah pembayaran melalui aplikasi atau kad. Terdapat lebih daripada 200 pengecas DC untuk dimanfaatkan untuk menjadikan pengecasannya lebih mudah.

    Chery Omoda E5 dilengkapi motor elektrik di depan yang menjana 204 PS (150 kW) dan 340 Nm, yang membolehkan SUV ini memecut 0-100 km/j dalam masa 7.2 saat. Laju maksimum ialah 172 km/j. Unit bateri yang digunakan pula ialah 61 kWh lithium iron phosphate (LFP) yang memberikan jarak 430 km mengikut kitaran WLTP. Penggunaan kuasanya ialah 15.5 kWh bagi setiap 100 km.

    EVx 2024: Chery Omoda E5 dengan AutoCharge — pasang dan cas; tidak perlu aplikasi, telefon atau kad

    Selain Chery, jenama yang bakal ikut serta dalam pameran ini ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, Hyundai, Kia, BYD, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

    EVx 2024 akan menjadi tempat terbaik untuk anda mendekati segala aspek berkaitan EV dan memudahkan urusan anda untuk mengetahui lanjut tentangnya. Tidak ketinggalan, akan ada pratonton model EV terbaru serta sesi pandu uji, semuanya di satu lokasi.

    Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Anda juga berpeluang untuk mempelajari semua aspek berkaitan elektrifikasi melalui sesi perbincangan oleh pemain industri dan mengetahui pengalaman pemilikan dan penggunaan EV melalui sesi forum yang turut akan diadakan sepanjang acara berlangsung.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Jumpa di sana, 20-21 Julai 2024. Masuk adalah percuma.

     
     
  • Pusat 3S Chery Bukit Puchong dibuka secara rasmi – Lesydear bertukar dari pengedar Proton ke Chery

    Pusat 3S Chery Bukit Puchong dibuka secara rasmi – Lesydear bertukar dari pengedar Proton ke Chery

    Chery Auto Malaysia telah mengumumkan pembukaan rasmi pengedaran baharu di Bandar Bukit Puchong. Cawangan 3S baharu ini terletak di No. 2 Jalan BP 4, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor, dimiliki dan dikendalikan oleh Lesydear Automobile Sdn Bhd.

    Bagi yang mungkin familiar dengan nama Lesydear, syarikat ini dahulu pernah menjadi pengedar Proton, termasuk mempunyai kemudahan untuk menjual dan menyelenggara kenderaan Proton. Syarikat ini juga mengendalikan bilik pameran 1S di Bandar Baru Sri Petaling, yang kini telah bertukar dari Proton ke Chery.

    Bagaimanapun, pusat 3S baharu di Bandar Bukit Puchong mempamerkan model terkini Chery, dan dilengkapi dengan ruang lounge untuk pelanggan, pusat servis dan juga bengkel. Ia dilengkapi dengan 12 petak selenggara dan dikendalikan oleh juruteknik Chery terlatih.

    “Pembukaan pengedaran ini membolehkan kami berhubung dengan lebih ramai pelanggan di hab komersil dan perniagaan yang sibuk di Puchong. Kami kini berada pada kedudukan yang lebih baik untuk berkhidmat kepada mereka yang tinggal dan bekerja di daerah ini,” kata presiden Chery Auto Malaysia Leo Chen pada pelancaran cawangan tersebut.

    Bilik pameran Chery Bandar Bukit Puchong dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 mamalm dari Isnin hingga Sabtu dan dari 10 pagi hingga 6 petang pada Ahad. Manakala untuk pusat servis pula, ia dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang untuk setiap Isnin hingga Sabtu dan ditutup pada Ahad serta cuti umum.

     
     
  • EVx 2024: Tempah kereta baru dan terima baucar RM1,500 daripada V-Kool, DodoMat dan DK Schweizer

    EVx 2024: Tempah kereta baru dan terima baucar RM1,500 daripada V-Kool, DodoMat dan DK Schweizer

    EVx 2024 yang menjadi sebuah pameran dan ekspo kereta elektrik (EV) anjuran paultan.org kembali lagi tahun ini dan bakal berlangsung hujung minggu ini, dari 20-21 Julai 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Merupakan penganjurannya buat kali ketiga — dan ditaja secara bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp — ia menghimpunkan semua perkara berkaitan EV di bawah satu bumbung, baik dari kereta hinggalah kepada kelengkapan pengecasan.

    Antara jenama yang bakal ikut serta dalam pameran ini ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, Hyundai, Kia, BYD, Chery, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan terlibat.

    EVx 2024 akan menjadi tempat terbaik untuk anda mendekati segala aspek berkaitan EV dan memudahkan urusan anda untuk mengetahui lanjut tentangnya. Tidak ketinggalan, akan ada pratonton model EV terbaru serta sesi pandu uji, semuanya di satu lokasi.

    Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Anda juga berpeluang untuk mempelajari semua aspek berkaitan elektrifikasi melalui sesi perbincangan oleh pemain industri dan mengetahui pengalaman pemilikan dan penggunaan EV melalui sesi forum yang turut akan diadakan sepanjang acara berlangsung.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Jumpa di sana, 20-21 Julai 2024. Masuk adalah percuma.

     
     
  • KPDN jumpa syarikat minyak bincang mekanisme pengeluaran kad fleet lebih cepat untuk subsidi diesel

    KPDN jumpa syarikat minyak bincang mekanisme pengeluaran kad fleet lebih cepat untuk subsidi diesel

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bertemu dengan lima syarikat stesen minyak pada 18 Julai 2024 (Khamis ini) berhubung pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) membabitkan isu pengeluaran kad fleet supaya pengeluarannya lebih cepat, laporan Bernama.

    Menurut menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali pihaknya mengakui kelewatan pengeluaran kad fleet yang berlaku adalah di peringkat lima syarikat stesen minyak khususnya membabitkan kad jenis pasca bayar (postpaid) berbanding prabayar (prepaid) kerana status kewangan pemohon perlu diperiksa terlebih dahulu.

    “Disebabkan isu ini dan perkara yang berkaitan, beberapa permohonan kad fleet mengambil masa sehingga sebulan untuk diluluskan. Jadi, kita mahu lihat sama ada kad fleet boleh dikeluarkan [lebih cepat, mungkin] dalam masa kurang daripada 14 hari,” kata Armizan. Berdasarkan rekod yang diperoleh daripada lima syarikat minyak itu sehingga 8 Julai lalu, sebanyak 165,897 kad fleet telah dikeluarkan, tambahnya.

    Minggu lalu, kementerian terbabut menggesa syarikat minyak menyegerakan pengeluaran kad fleet bagi pemilik kenderaan logistik yang layak yang telah diluluskan di bawah program sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS). Program SKDS 2.0 bermula pada Mac tahun ini, dengan hampir 200,000 kenderaan awam dan kenderaan barangan telah diluluskan untuk skim itu setakat 13 Jun.

    KPDN jumpa syarikat minyak bincang mekanisme pengeluaran kad fleet lebih cepat untuk subsidi diesel

    “Syarikat yang tersenarai di bawah 33 jenis pengangkutan awam dan pengangkutan darat boleh memohon skim SKDS melalui sistem MySubsidi Diesel yang berada di bawah peraturan KPDN, dan permohonan yang telah siap boleh diluluskan serta-merta.

    “Sehingga 14 Julai lalu, sebanyak 248,887 kenderaan awam dan pengangkutan barang melibatkan 88,029 syarikat telah mendapat kelulusan permohonan subsidi diesel di bawah SKDS,” sambungnya.

    Tambahnya, selain permohonan dalam talian, KPDN juga mempromosikan permohonan subsidi diesel melalui program outreach di lapangan, dan menyediakan ruang kepada syarikat untuk mengemukakan sebarang pertanyaan dan mengemukakan permohonan mereka.

     
     
  • Jumlah stesen pengecas EV di Malaysia naik 12.5% berbanding Q1 2024, 2,585 unit setakat 25 Jun

    Jumlah stesen pengecas EV di Malaysia naik 12.5% berbanding Q1 2024, 2,585 unit setakat 25 Jun

    Jumlah stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia telah meningkat 12.5% setakat 25 Jun, berbanding suku pertama tahun ini. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, keadaan ini dikatakan berlaku hasil usaha kerajaan mengurangkan halangan birokratik dalam proses pemasangannya.

    Menurut menteri pelaburan, perdagangan dan industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, sebelum ini kelulusan memasang pengecas EV melibatkan agensi serta kementerian antaranya seperti Suruhanjaya Tenaga, pihak berkuasa tempatan serta jabatan bomba dan penyelamat.

    Kementerian sama juga menyatakan bahawa setakat 25 Jun, 2,585 pengecas EV sudah dipasang dalam negara, dan ini tidak termasuk di kawasan Wilayah Persekutan Labuan.

    Jumlah stesen pengecas EV di Malaysia naik 12.5% berbanding Q1 2024, 2,585 unit setakat 25 Jun

    “Peningkatan dalam masa dua ke tiga bulan yang lepas adalah ketara. Pada mulanya terdapat halangan dalam kelulusan, tetapi pertemuan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berjaya memperkemaskan proses yang terlibat. Kita sekarang mempunyai satu pusat kawalan untuk mempercepatkan keadaan,” kata Zafrul.

    Kerajaan Malaysia masih lagi mengekalkan sasaran mempunyai 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang tahun 2025, sementara sasaran untuk pengecas pantas DC telah ditingkatkan daripada 1,000 ke 1,500 tahun ini. Menurut Zafrul lagi, pemasangan pengecas pantas adalah penting kerana mendapat permintaan tinggi pengguna, meskipun kos pemasangannya adalah lebih mahal.

     
     
  • Geometry Xingyuan terdedah – EV mampu milik lawan BYD Dolphin, mungkinkah dibawa masuk oleh Proton?

    Geometry Xingyuan terdedah – EV mampu milik lawan BYD Dolphin, mungkinkah dibawa masuk oleh Proton?

    Sementara kita sudah tahu Geely Galaxy E5 akan mula dijual di China tidak lama lagi, sebenarnya ada satu lagi model elektrik Geely yang juga menunggu giliran untuk masuk pasaran, iaitu Geometry Xingyuan. Menurut CarNewsChina, kereta ini sudah masuk dalam senarai kementerian industri dan teknologi informasi (MIIT) negara itu sebagai sebuah hatchback mampu milik untuk menentang BYD Dolphin.

    Nampaknya kenderaan Geometry yang lebih murah ini mendapat rekaan penjenamaan “Geome” seperti Panda Mini, Knight dan Art, dan bukannya lencana Geely yang biasa. Sekali pandang, rekaan bersih Xingyuan seakan mendapat inspirasi daripada smart #1, terutamanya bahagian tiang C dan D berwarna hitam untuk menghasilkan penampilan bumbung terapung, lampu belakang segi tiga serta pilihan warna dua tona.

    Geometry Xingyuan terdedah – EV mampu milik lawan BYD Dolphin, mungkinkah dibawa masuk oleh Proton?

    Bagaimanapun terdapat sentuhan unik padanya, termasuk lampu hadapan yang ditarik lebih panjang ke belakang, pembuka pintu yang sama rata dengan badan serta pelbagai pilihan rim serta penutup tengahnya.

    Sama seperti Dolphin, Xingyuan ini mempunyai saiz yang kecil, dengan informasi dalam MIIT menyatakan panjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,650 mm. Jika dibandingkan dengan model BYD tadi, model Geometry ini 155 mm lebih pendek, 35 mm lebih lebar dan jarak roda lebih pendek 50 mm.

    Xingyuan akan ditawarkan dalam dua versi, iaitu yang berkuasa 79 PS (58 kW) dan yang berkuasa 116 PS (85 kW). Kedua-duanya mendapat tenaga daripada bateri lithium iron phosphate (LFP) yang setakat ini kapasitinya belum diketahui.

    Adakah terdapat kemungkinan Proton akan membawa Xingyuan ini ke Malaysia sebagai satu pilihan EV mampu milik di bawah eMAS? Masih ada banyak ruang di bawah model elektrik pertama mereka (mungkin dipanggil sebagai eMas7 atau eMas E7), yang sebenarnya merupakan Galaxy E5 yang dijenamakan semula. Ia juga nampak lebih sesuai dengan citarasa pengguna Malaysia, berbanding Panda Mini.

     
     
  • Kerajaan masih meneliti cadangan projek Lebuhraya KL NODE; hubungkan LATAR-EKVE, 40.34km – KKR

    Kerajaan masih meneliti cadangan projek Lebuhraya KL NODE; hubungkan LATAR-EKVE, 40.34km – KKR

    Satu lagi cadangan lebuhraya yang bakal dibina di Lembah Klang ialah Lebuhraya Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL-NODE). Walau bagaimana pun, menurut Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan projek Lebuhraya KL NODE masih di peringkat penelitian dan pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Kerajaan.

    “Bagi memastikan kelestarian sosial dan alam sekitar dalam perancangan Lebuhraya KL NODE, Syarikat Pencadang perlu mematuhi Carta Alir Proses Pembangunan Lebuhraya dan Infrastruktur Utama Negeri Selangor. Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Penilaian Impak Sosial (SIA), Penilaian Impak Warisan (HIA) dan Penilaian Impak Trafik (TIA) perlu diluluskan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan dan seterusnya perlu dibentangkan di dalam mesyuarat MTES untuk kelulusan di peringkat Negeri Selangor (sama seperti kelulusan lebuh raya lain) sebelum Perjanjian Konsesi dapat dimuktamadkan,” katanya menerusi kenyataan bertulis untuk persidangan Dewan Rakyat minggu lalu.

    Ia adalah bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Hajah Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang meminta KKR menyatakan kemungkinan membatalkan projek KL NODE bersandarkan pembatalan projek PJD Link setelah pemegang konsesi gagal memenuhi enam daripada 11 syarat ditetapkan dan penduduk setempat membantah sekeras-kerasnya supaya guna tanah dapat dioptimumkan untuk membina rumah, menyediakan pengangkutan awam dan menangani perubahan iklim.

    Alexander turut berkata, cadangan Lebuhraya KL NODE sepanjang 40.34 km akan menghubungkan Lebuhraya EKVE dan Lebuhraya LATAR adalah merupakan missing link untuk melengkapkan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) yang terdiri daripada rangkaian lebuhraya yang sedang beroperasi seperti Lebuhraya SILK, SKVE, ELITE dan GCE. Cadangan Lebuhraya KL-NODE ini dirancang untuk menjadi sistem penyuraian trafik yang berkesan di bahagian Lingkaran Luar Lembah Klang.

    Kerajaan masih meneliti cadangan projek Lebuhraya KL NODE; hubungkan LATAR-EKVE, 40.34km – KKR

    “Cadangan jajaran Lebuhraya KL NODE ini secara majoritinya akan mengguna pakai rizab jalan sedia ada seperti Jalan FR 01, Jalan Kuching, Jalan MRR2, Jalan Hulu Yam (B23) dan Jalan Persiaran Ukay Perdana yang antara lainnya akan dapat meminimakan pengambilan tanah untuk pembinaan lebuh raya ini. Seperti kebiasaan, perkara-perkara berkaitan pengambilan balik tanah akan diteliti dan disemak sewajarnya termasuk mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) terlebih dahulu sebelum perjanjian konsesi dimuktamadkan,”jelasnya lagi.

    Jajaran KL NODE adalah daripada Persimpangan Bertingkat Templer, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) hingga ke Persimpangan Jalan Kuching, Lebuhraya DUKE akan dibina secara bertingkat (elevated) di atas jalan sedia ada sehingga ke Jalan Kuching. Ia dijangkakan akan dapat memberikan aliran trafik yang lancar terutamanya daripada Rawang/LATAR ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.

    Lebuhraya ini terbahagi kepada tiga seksyen iaitu Seksyen 1 yang bermula dari Lebuhraya EKVE ke Persimpangan Selayang sepanjang 22.51km, Seksyen 2 pula bermula dari Persimpangan Selayang ke Lebuhraya LATAR sepanjang 8.78km dan Seksyen 3 bermula dari Persimpangan Selayang ke Lebuhraya DUKE sepanjang 9.62km.

     
     
  • Kerajaan bagi kelonggaran memudahkan pemasangan pengecas EV termasuk di perumahan strata – MITI

    Kerajaan bagi kelonggaran memudahkan pemasangan pengecas EV termasuk di perumahan strata – MITI

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, memaklumkan bahawa Kerajaan mengambil maklum akan kekangan yang dihadapi oleh pengusaha industri pengecas (Charge Point Operator – CPO) untuk memasang pengecas kenderaan elektrik (EV) di kawasan perumahan strata seperti pangsapuri dan apartmen. Ia bertujuan bagi merancakkan lagi penggunaan EV dalam negara, kekangan ini perlu ditangani.

    Katanya, susulan daripada beberapa perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah bersetuju memberi kelonggaran kepada CPO untuk memudahcara pemasangan pengecas EV bagi kegunaan awam termasuk di kawasan perumahan strata.

    “Di samping itu, Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPP EVCB) yang dibangunkan oleh PLANMalaysia pada Oktober 2023 juga mewajibkan pemaju menyediakan 2% daripada jumlah keseluruhan tempat letak kenderaan bagi setiap projek pembangunan baharu dengan pengecas EV.

    “Memandangkan pemasangan pengecas EV turut melibatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) Bilangan 2/2024 yang diadakan pada 10 Mei 2024 telah meminta PLANMalaysia untuk menyelaraskan penggunaan GPP EVCB di peringkat PBT yang terlibat. Langkah ini dijangka akan mempercepatkan pemasangan pengecas EV pada masa hadapan,”katanya menerusi jawapan bertulis bagi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen minggu lalu.

    Ia adalah bagi menjawab soalan dari Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang meminta Menteri MITI menerangkan strategi Kerajaan dalam menggalakkan pemasangan port pengecasan EV di kawasan perumahan strata seperti pangsapuri.

    Kerajaan bagi kelonggaran memudahkan pemasangan pengecas EV termasuk di perumahan strata – MITI

    Mohd Shahar juga mengemukakan soalan mengenai inisiatif pihak Kerajaan untuk menyokong pembangunan dan kemampuan infrastruktur kitar semula bateri EV yang memerlukan kos yang tinggi.

    Tengku Zafrul menjawab, “Aktiviti kitar semula bateri EV melibatkan proses pre-treatment yang menghasilkan Metal Oxide powder (dikenali sebagai black powder) dan proses hidrometalurgi untuk mengekstrak bahan berharga seperti litium karbonat dan mendakan hidroksida campuran (MHP) daripada black powder. Dalam aktiviti kitar semula ini, kos yang tinggi adalah untuk pembinaan loji hidrometalurgi.

    “Sehingga kini, terdapat tiga syarikat telah mendapat lesen kitar semula bateri EV daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), di mana ketiga- tiga syarikat tersebut telah menjalankan proses pre-treatment bateri EV, dan black powder yang dihasilkan kemudian dieksport ke luar negara untuk proses hidrometalurgi selanjutnya. Walau bagaimanapun, baru- baru ini terdapat satu syarikat telah mula melabur untuk membina loji hidrometalurgi dalam negara,” katanya,

    Tambahnya lagi, buat masa ini, selain daripada Skim Pembiayaan Perniagaan Mobiliti Lestari (Sustainable Mobility Biz Financing – SMBF) yang ditawarkan oleh MIDF di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi membantu pembangunan ekosistem EV termasuk aktiviti-aktiviti perkhidmatan selepas jualan, syarikat yang terlibat dalam aktiviti kitar semula bateri EV turut berpeluang mengakses skim pembiayaan di bawah Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) dan Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG) yang disediakan oleh Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM).

    “Sehubungan itu, bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti bernilai tinggi berlaku dalam negara dan mengurangkan eksport black powder ke luar negara untuk proses hidrometalurgi, Kerajaan akan membuat kajian ke atas perkara ini dan mengusulkan inisiatif yang bersesuaian bagi menggalakkan pelabur asing dan tempatan untuk menyediakan kemudahan loji hidrometalurgi dalam negara bagi kelestarian pembangunan industri EV,”jelasnya.

     
     
  • Lotus Emeya dilihat di M’sia — EV hingga 918 PS, 610 km; dilancar tak lama lagi dengan harga dari RM600k?

    Lotus Emeya dilihat di M’sia — EV hingga 918 PS, 610 km; dilancar tak lama lagi dengan harga dari RM600k?

    Lotus Emeya telah dilihat di Malaysia oleh beberapa ahli Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion Group, sekaligus mencadangkan tarikh pelancarannya di sini semakin hampir — mungkin dalam bulan ini; ia pernah dilaporkan akan tiba dalam suku ketiga 2024.

    Model EV ketiga jenama Lotus itu — selepas Evija dan Eletre — membuat penampilan sulungnya September tahun lalu dan kini mula dibuka untuk tempahan. Bagaimanapun, masih belum ada pengesahan tentang harganya, namum kami dimaklumkan bulan lalu yang Lotus merancang untuk meletakkan harga Emeya lebih rendah daripada Eletre di pasaran utama Asian, termasuk Malaysia.

    Dengan harga Eletre ketika kini ialah RM698k untuk spesifikasi pertengahan S, harga untuk varian paling asas Emeya boleh jadi akan berada di antara julat RM600k-RM650k. Ini juga merupakan julat harga bagi model seperti Porsche Taycan yang dijual dengan harga bermula RM575k, dan kurang daripada model sedan mewah BMW i7 (dari RM707k) dan Mercedes EQS (dari RM649k). Serahan Lotus Emeya dijangka mula dilakukan pada suku keempat tahun ini.

    Varian permulaan bagi Emeya berkongsi sistem janaan kuasa yang sama dengan Emeya S serta Eletre dan Eletre S, dengan dua motor yang menghasilkan 612 PS (603 hp atau 450 kW), dengan pecutan 0-100 km/j bawah lima saat. Spesifikasi Emeya R yang lebih tinggi pula hadir dengan janaan kuasa 918 PS (905 hp atau 675 kW), dengan pecutan 0-100 km/j dalam 2.78 saat. Semua variannya menggunakan bateri 102 kWh yang memberikan jarak sehingga 610 km bergantung kepada varian.

     
     
  • Pelaksanaan penyelarasan subsidi dapat hindar ketirisan lebih daripada RM250 juta diesel setakat ini

    Pelaksanaan penyelarasan subsidi dapat hindar ketirisan lebih daripada RM250 juta diesel setakat ini

    Kerajaan menganggarkan lebih daripada RM250 juta ketirisan diesel telah dapat elakkan akibat penyeludupan atau salah guna di sepanjang sempadan Semenanjung Malaysia sejak program penyelarasan subsidi dilakukan bermula 10 Jun lalu, lapor Bernama.

    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang sebelum ini memaklumkan bahawa Malaysia berdepan dengan masalah ketirisan diesel bersubsidi yang serius menyatakan jualan diesel menurun sebanyak 23% atau 6.5 juta liter sehari, sementara jualan diesel komersial meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari.

    Beliau menambah, ketika diesel dijual pada harga subsidi RM2.15 seliter, entiti perniagaan mendapatkan diesel dari stesen petrol berbanding membeli diesel komersial yang berharga lebih RM3 seliter. “Kini, dengan harga di stesen petrol ditetapkan RM3.35 seliter, industri telah beralih membeli diesel komersial,” jelas beliau.

    “Stesen petrol di sempadan utara tanah air juga telah mengalami penurunan jualan sebanyak 40-50%, sekaligus menjadi petunjuk kepada penurunan aktiviti penyeludupan ke negara jiran kerana margin keuntungan kini berkurangan,” jelas beliau lagi.

    Pelaksanaan penyelarasan subsidi bahan api, yang termasuk subsidi bersasar untuk diesel, dijangka akan menjimatkan sebanyak RM4 bilion perbelanjaan negara setahun. Ketika ini, diesel yang dijual di Semenanjung Malaysia ialah RM3.35 seliter, sementara di Sabah dan Sarawak masih kekal RM2.15 seliter.

     
     
  • MINI Countryman U25 2024 dijual pada harga RM259k untuk EV SE, RM390k untuk JCW 2.0L turbo 300 PS

    MINI Countryman U25 2024 dijual pada harga RM259k untuk EV SE, RM390k untuk JCW 2.0L turbo 300 PS

    Selain melancarkan MINI Cooper SE elektrik penuh, BMW Group Malaysia juga hari ini telah mengeluarkan harga rasmi untuk tiga model yang sebelum ini pernah dipamerkan di Malaysia Autoshow Mei lalu. Dalam muatan ini, anda melihat dua varian Countryman U25 iaitu Countryman SE dan Countryman John Cooper Works.

    Harga yang diumumkan adalah RM258,888 untuk Countryman SE All4 dengan kemasan Favoured, dan RM389,888 untuk Countryman JCW, tidak termasuk insurans. Jaminan standard yang diberikan adalah untuk dua tahun tanpa had batuan, sementara jika mengambil jaminan empat tahun dan pakej servis, ia menjadi masing-masing RM266,288 dan RM401,988. Semua model SE datang dengan jaminan bateri lapan tahun atau 160,000 km.

    Ciri teknikalnya adalah sama seperti model yang dipertonton sebelum ini, dengan SE menggunakan tetapan dua motor elektrik, yang secara keseluruhannya menjana 313 PS (230 kW) dan 494 Nm. Ini membolehkan ia mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat, dengan laju maksimum 180 km/j.

    Dilengkapi bateri 66.5 kWh, Countryman SE mampu memberi jarak perjalanan 432 km mengikut kitaran WLTP. Untuk pengecasan, Countryman memanfaatkan pengecas pantas DC 130 kW (bateri naik 10-80% dalam masa 30 minit), dengan input pengecasan AC 22 kW.

    Pakej kemasan Favoured pada model SE bermakna ia datang dengan kerusi sport yang diperbuat daripada kulit buatan Vescin Beading dalam warna Vintage Brown atau Dark Petrol, kemasan dalam hitam berkilat, skid plate hiasan, serta bumbung dan cermin sisi Piano Black atau Vibrant Silver. Rim menggunakan unit Windmill Spoke 20 inci.

    Kelengkapan standard yang diberikan pada SE adalah termasuk lampu utama LED adaptif, lampu belakang LED matriks boleh kustom, sistem tanpa kunci serta kawalan pendingin hawa dua zon automatik dengan corong di belakang.

    Pergi pula kepada model JCW, ia dipacu oleh enjin B48 2.0 liter turbo empat-silinder, menghasilkan 300 PS dan 400 Nm tork. Digandingkan bersama transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan dan pacuan semua roda, model ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat, dengan laju maksimum 250 km/j.

    Menjadikannya lebih istimewa adalah pakej luaran lengkap yang datang dengan bampar depan lebih agresif, rekaan diffuser besar dengan empat muncung ekzos serta bumbung dan perumah cermin warna merah, rim 20-inci JCW Flag Spoke, brek JCW Performance dengan angkup berwarna merah serta penyerap adaptif. Di dalam, ia menerima stereng JCW, tempat duduk sport JCW serta pintu but bukaan kuasa.

    Berkenaan teknologi, Countryman baru ini datang secara standard dengan skrin sesentuh infotainmen OLED 9.4 inci berbentuk bulat, head-up display, pengecas Qi tanpa wayar, sistem bunyi Harman Kardon 12 pembesar suara, Park Assist, Reversing Assist serta kamera 360 darjah.

    MINI Countryman SE All4

    MINI John Cooper Works Countryman All4

     
     
  • Tesla Model 3 Performance Highland tak dapat habiskan 1 lap sempurna litar Nurburgring

    “The Green Hell” – ini adalah nama gelaran yang diberikan pada litar Nurburgring Nordschleife di Jerman. Nama tersebut diberikan kerana litar dengan jarak lebih 20 km dan juga lebih 150 selekoh berkenaan cukup “mendera” pemandu dan kereta yang berlumba di situ, lebih-lebih lagi untuk mereka yang mahu memenangi perlumbaan ataupun mencatatkan rekod terpantas, bukan sahaja kerana jaraknya yang begitu jauh, malah ia terhasil dari pelbagai bentuk muka bumi dan permukaan jalan, serta laluannya juga tidak lebar.

    Sebab itulah bagi sesetengah pengeluar, rekod lap di Nurburgring Nordschleife ini adalah penting bagi menunjukkan bukan sahaja talaan pengendalian yang jitu, malah sebagai bukti ketahanan kereta berkenaan dilanyak sepenuhnya bagi menghabiskan setiap laluan di litar ini.

    Namun jika anda mempunyai sebuah sedan elektrik “prestasi tinggi” Tesla Model 3 Performance Highland, anda mungkin tidak dapat menghabiskan satu pusingan lap litar ini, seperti yang telah diuji oleh pelumba Misha Charoudin. Bagi yang belum mengetahui, Misha juga merupakan seorang YouTuber dimana kandungan salurannya di platform berkenaan penuhnya dengan videonya menguji pelbagai kereta di Nurburgring Nordschleife.

    Tesla Model 3 Performance Highland yang dipandu oleh Misha ini adalah milik seorang pengunjung litar berkenaan yang datang dari Republik Czech, memintanya menguji sedan EV tersebut. Tiada sebarang pengubahsuaian dibuat dimana kereta itu dalam keadaan standard sepenuhnya – dibekalkan dengan dua motor elektrik menghasilkan kuasa keseluruhan 461 PS.

    Pada peringkat awal, Misha memuji pengedalian yang baik diberikan dari Tesla berkenaan walaupun ia masih dalam keadaan asal, dan ia dapat mengikut sebuah BMW M2 F87 yang telah diubahsuai. Namun apabila sampai ke bahagian kelajuan tinggi di litar berkenaan, Tesla tersebut sudahpun sampai ke hadnya dan tidak berdaya lagi untuk mengikut rentak M2 di hadapan.

    Misha berjaya mencatatkan kelajuan maksima 240 km/j ketika melintasi Schwedenkreuz, namun apabila pedal brek diberikan beban tinggi ketika di Aremberg pada kelajuan 180 km/j, masalah brek mulai dirasai apabila pedal mula terasa lembut kerana beroperasi pada suhu tinggi. Prestasi brek dirasakan semakin berkurangan selepas itu dan akhirnya brek hadapan mula berasap hanya selepas 5 km dipandu dengan agresif dalam litar di The Green Hell berkenaan.

    Dan selepas hampir separuh litar dihabiskan, muncul satu lagi masalah – pemilik Tesla berkenaan mengesan kuasa yang tersedia pada kereta ini telah berkurangan hanya pada 216 kW (355 PS). Ini kerana sistem elektrikal termasuk bateri pada EV tersebut sudah terlalu panas, dan kuasanya diturunkan secara automatik untuk mengelak berlaku sebarang kerosakan.

    Kesimpulannya, dalam keadaan standard agak mustahil untuk Tesla Model 3 Performance Highland untuk mencatatkan rekod sebenar di litar ini kerana sistem brek yang tidak mampu bertahan dan isu pengurusan haba yang timbul sekiranya kereta ini di’sesah’ sepenuhnya dalam litar.

    Di Malaysia, Tesla Model 3 Performance Highland 2024 ini dijual pada harga bermula RM244k. Harga tersebut dilihat sangat berpatutan untuk sebuah sedan yang mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3.1 saat. Tapi sekarang mungkin anda sudah tahu kenapa kereta produksi pacuan roda hadapan paling pantas di Nurburgring Nordschleife, Honda Civic Type R FL5 dijual pada harga RM400k bukan?

     
     
  • MINI Cooper S 2024 rasmi dijual pada harga RM280k – F66 dengan enjin petrol 2.0L turbo 201 hp, tork 300 Nm

    MINI Cooper S 2024 rasmi dijual pada harga RM280k – F66 dengan enjin petrol 2.0L turbo 201 hp, tork 300 Nm

    Selepas dipertontonkan di di Malaysia Autoshow 2024 Mei lalu, MINI Cooper S F66 baru kini rasmi dijual di Malaysia pada harga RM279,888 tidak termasuk insurans. Jaminan standard yang diberi adalah untuk dua tahun tanpa had batuan, tetapi apabila mengambil jaminan empat tahun dan pakej servis, harganya menjadi RM290,288.

    Hatchback tiga pintu ini digerakkan oleh enjin petrol empat-silinder 2.0 liter turbo B48 yang mampu menghasilkan kuasa 204 PS (201 hp) dan tork 300 Nm. Ia digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan yang sama seperti sebelum ini dengan pacuan disalurkan ke roda hadapan, membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.6 saat dan mencecah kelajuan maksimum 242 km/j.

    Rekaan luar model ini berubah sepenuhnya, dengan antara yang terserlah seperti lampu utama LED bulat dengan lampu nyalaan siang melintang serta gril berbentuk octagonal. Terdapat ciri unik MINI yang telah disingkirkan iaitu corong bonet palsu dan juga scuttle sisi pada fender.

    MINI Cooper S 2024 rasmi dijual pada harga RM280k – F66 dengan enjin petrol 2.0L turbo 201 hp, tork 300 Nm

    Di dalamnya, Cooper S F66 menerima paparan OLED bulat seperti berukuran 9.4-inci dengan bentangan papan pemuka yang lebih kurang sama seperti model elektrik J01. Ia dikendalikan oleh Sistem Operasi MINI berasaskan Android dan memberikan akses untuk hampir kesemua fungsi kenderaan, termasuk sistem suhu.

    Masih ada butang fizikal pada Cooper S baru ini, dan ia digunakan untuk pemilih gear, kawalan media serta pemilihan mod MINI Experience. Untuk pasaran tempatan, kita menerima Cooper S dengan kemasan Classic, yang dihiasi fabrik hitam-biru, bersama kulit Vescin untuk roda stereng serta tempat duduk kemasan kelabu/hitam dan biru.

    MINI Cooper terkini dengan enjin petrol ini masih menerima bentangan empat-tempat duduk dan ruang but berkapasiti 210 liter, namun dengan fungsi tempat duduk belakang yang boleh dibaringkan dengan nisbah 60:40, maka kapasiti kargo boleh dipertingkatkan menjadi 725 liter.

    Cooper S versi Malaysia juga dilengkapi dengan roda aloi ringan dua-tona ‘Slide Spoke’ 18-inci, pantulan logo MINI pada kedua-dua sisi, sistem bunyi Harman kardon, paparan utama, Comfort Package Plus, Comfort Access dan MINI Interaction Unit.

    Untuk sistem bantuan pemandu, Cooper S menerima pakej Driving Assistant termasuk amaran menukar lorong dengan fungsi kembali lorong aktif, amaran ketibaan lorong dengan campur tangan stereng aktif, info pengehad kelajuan, bantuan pengehad kelajuan manual, kawalan cruise pasif, brek kecemasan autonomous, kepekaan trafik lintasan belakang dengan campur tangan brek dan amaran keluar.

    Ia juga diberikan Driving Assistant Plus yang menambah ciri kawalan cruise adaptif dengan fungsi stop and go, batuan kawalan lorong dan stereng serta bantuan pengehad kelajuan automatik. Ciri standard bagi Parking Assistant Plus adalah termasuk Bantuan Parkir, Kawalan Jarak Parkir Aktif, kamera undur, Bantuan Mengundur, Pandangan Parkir, Remote 3D View dan dashcam.

     
     
  • Projek pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur capai kemajuan 89% setakat 25 Mei 2024 – KKR

    Projek pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur capai kemajuan 89% setakat 25 Mei 2024 – KKR

    Untuk anda yang mungkin tertanya-tanya mengenai status projek pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur atau EKVE yang telah memulakan pembinaannya sejak 2015 namun sehingga kini masih belum siap, ini jawapan dari Kementerian Kerja Raya (KKR).

    Menurut KKR, projek pembinaan lebuhraya terbabit kini telah mencapai kemajuan 89% setakat 25 Mei 2024, dan tempoh pembinaannya telah melebihi dari tarikh yang dijanjikan iaitu Mei 2024 disebabkan pihak syarikat konsesinya telah menghadapi beberapa masalah.

    Antaranya aliran tunai akibat kos pengambilan tanah yang melebihi siling, kenaikan harga bahan binaan, perubahan reka bentuk naiktaraf jalan Ukay Perdana di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan isu kontraktual dengan pihak subkontraktor yang menyebabkan pemberhentian sementara kerja-kerja di tapak sebelum ini.

    “Walau bagaimanapun, pihak syarikat telah mengesahkan bahawa permasalahan-permasalahan yang dihadapinya ketika ini telah hampir diselesaikan sepenuhnya bagi memastikan sambungan baki kerja-kerja pembinaan di tapak dapat diteruskan,” jelas KKR menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

    Projek pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur capai kemajuan 89% setakat 25 Mei 2024 – KKR

    Klik untuk besarkan

    Kenyataan tersebut adalah bagi menjawab soalan dikemukakan oleh Mohd Sani Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin mengetahui tindakan KKR terhadap pemaju Lebuh Raya EKVE setelah tempoh pembinaan lebih raya itu melebihi dari tarikh yang dijanjikan untuk disiapkan dan mengakibatkan kesesakan jalan di Hulu Langat bertambah buruk.

    Kementerian ini turut menambah, syarikat Konsesi Lebuhraya EKVE juga telah mencadangkan penyiapan projek lebuhraya ini dibahagikan kepada dua seksyen dengan mengambil kira keperluan segera untuk memastikan lebuhraya ini boleh dibuka bagi memberi manfaat kepada pengguna khususnya untuk penyuraian trafik di kawasan Semenyih, Kajang, Hulu Langat dan Ampang untuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dan sebaliknya.

    “Seksyen 1 melibatkan Persimpangan Bertingkat Sungai Long sehingga Persimpangan Bertingkat Ampang yang mempunyai empat (4) Persimpangan Bertingkat iaitu di Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat dan Ampang. Manakala Seksyen 2 pula membabitkan Persimpangan Bertingkat Ampang sehingga Persimpangan Bertingkat Ukay Perdana yang mempunyai satu Persimpangan Bertingkat iaitu di Ukay Perdana dan seterusnya bersambung di Jalan Ukay Perdana dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kampung Pasir.

    Projek pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur capai kemajuan 89% setakat 25 Mei 2024 – KKR

    “Pihak konsesi optimis untuk menyiapkan projek pembinaan lebuhraya di Seksyen 1 (Sungai Long sehingga Ampang) pada Disember 2024 dan Seksyen 2 (Ampang sehingga Ukay Perdana) pada 31 Disember 2025, iaitu selaras dengan tarikh penyiapan keseluruhan projek seperti mana Perjanjian Konsesi Tambahan Ke-Lima (SCA 5) yang telah dimeterai. Secara kontraktual, pihak EKVE mempunyai masa sehingga 31 Disember 2025 untuk menyiapkan projek sejajar dengan tempoh pelanjutan masa yang diberikan oleh Kerajaan,” kata kementerian ini lagi.

    EKVE merupakan lebuhraya baharu di Lembah Klang yang sedang dalam pembinaan. Ia memiliki jajaran laluan sepanjang 39.5 km yang menghubungkan Ukay Perdana di Ampang dengan Bandar Sungai Long di Kajang. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR). Fasa pertama projek ini yang meliputi laluan sepanjang 24.1 km dan bermula dari Lebuhraya MRR2 di Ukay Perdana melalui Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras dan berakhir di Lebuhraya SILK, Kajang (selatan).

    Projek pembinaan EKVE dikendalikan oleh EKVE Sdn Bhd dan mula dibina sejak 1 September 2015. Ia menelan belanja sebanyak RM1.55 bilion. Apabila siap kelak dan mula beroperasi, ia dijangka mampu dimanfaatkan oleh lebih 140,000 pengguna jalan raya setiap hari.

     
     
  • Honda CRF250 Rally 2024 tiba di Malaysia – RM28,599

    Honda CRF250 Rally 2024 tiba di Malaysia – RM28,599

    Selain NSS250, Boon Siew Honda (BSH) Sdn Bhd juga hari ini mengumumkan pengenalan CRF250 Rally 2024, yang dijual pada harga RM28,599 tidak termasuk insurans, dalam satu warna yang dipanggil sebagai Extreme Red.

    Spesifikasi CRF250 Rally ini sebenarnya sama sahaja seperti model yang diperkenalkan pada tahun 2021, cuma tangki bahan apinya kini diberitahu berkapasiti 12.8 liter (sebelum ini 12 liter). Melihat kepada harga, ia telah naik RM600 kerana pada tahun 2021 ia dijual pada harga RM27,999.

    Dipacu oleh enjin satu silinder DOHC 249 cc dengan sistem suntikan bahan api, motosikal ini mampu menghasilkan kuasa 25 hp pada 9,000 rpm dan tork 21.9 Nm pada 6,500 rpm. Ia disampaikan kepada roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan dengan klac assist & slipper serta pacuan rantai.

    Sebagai sebuah motosikal yang dicipta untuk kegunaan lasak, CRF250 Rally datang dengan tetapan rim 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, dan ia dipegang oleh masing-masing fork teleskopik Showa 43 mm serta monoshock Showa dengan sambungan Pro-Link.

    Tugas membrek dijalankan oleh unit cakera tunggal 296 mm dengan angkup dua piston di hadapan dan cakera tunggal 220 mm dengan angkup satu piston di belakang. Sistem ABS diberikan secara standard dan ia boleh ditutup dengan butang khas yang disediakan berhampiran panel meter LCD. Secara keseluruhannya CRF250 Rally ini mencatat berat 153 kg.