Model elektrik kompak Volkswagen, Volkswagen ID.3, boleh dikatakan tidak melalui perjalanan yang mudah sejak pertama kali diperkenalkan sebelum pandemik COVID-19. Ketika itu, pelbagai isu perisian menyebabkan pelancarannya tertangguh selama beberapa bulan. Apabila mula dijual, model tersebut turut menerima kritikan dari pelbagai aspek.
Masuk tahun 2023, Volkswagen memperkenalkan versi facelift bagi menangani sebahagian masalah tersebut. Namun, bagi memastikan model ini kekal relevan sehingga kemunculan generasi baru yang dijangka dikenali sebagai Volkswagen ID. Golf pada tahun 2028, Volkswagen kini bersedia untuk memperkenalkan kemas kini yang lebih menyeluruh kepada ID.3. Model yang diperbaharui ini akan dikenali sebagai Volkswagen ID.3 Neo dan dijadualkan membuat kemunculan sekitar pertengahan April.
Teaser yang didedahkan menunjukkan perubahan ketara pada bahagian hadapan. Lampu utama kini disambungkan dengan jalur hitam bersama bar lampu LED yang lebih tebal merentasi keseluruhan bahagian hadapan, sekali gus membingkai lampu utama.
Rekaan ini, bersama logo Volkswagen bercahaya, dijangka memberikan identiti visual yang lebih selari dengan model elektrik akan datang seperti Volkswagen ID. Polo. Selain itu, sebuah bukaan udara berbentuk U yang merentasi bahagian bawah bampar turut diperkenalkan bagi menyerlahkan lagi penampilan hadapan.
Perubahan luaran turut melibatkan penghapusan beberapa elemen reka bentuk unik yang sebelum ini menjadi identiti ID.3, termasuk bumbung dan pintu belakang berwarna hitam. Pada ID.3 Neo, bahagian tersebut akan dicat mengikut warna badan, memberikan penampilan yang lebih konvensional. Jalur kemasan yang menghubungkan tiang A hingga ke spoiler belakang pula akan dikekalkan dalam kemasan hitam.
Di dalam kabin, ID.3 Neo akan dilengkapi sistem infotainmen terkini Volkswagen yang dikenali sebagai Innovision, yang juga bakal digunakan pada model seperti Volkswagen ID. Cross. Sistem ini menyepadukan sebuah aplikasi baru yang membolehkan pengguna melanggan fungsi atau perkhidmatan tambahan secara dalam talian.
Selain itu, ciri kunci digital berasaskan telefon pintar turut ditawarkan sebagai pilihan, dengan kelebihan ia tidak memerlukan aplikasi berasingan. Volkswagen juga menambah fungsi vehicle-to-load (V2L) berkuasa 3.6 kW, membolehkan tenaga daripada bateri kenderaan digunakan untuk menghidupkan peralatan elektrik luaran.
Seperti yang dilakukan pada Volkswagen Golf Mk8.5, ID.3 Neo juga bakal menerima kembali butang fizikal pada stereng, menggantikan kawalan kapasitif yang sebelum ini sering menerima kritikan. Terdapat juga harapan bahawa kawalan fizikal untuk sistem penyaman udara akan diperkenalkan, sepertimana yang dijangka pada ID. Polo dan ID. Cross. Paparan instrumen berkemungkinan dibesarkan.
Dari segi teknologi pemanduan, ID.3 Neo bakal menerima mod pemanduan satu pedal yang telah lama dinantikan. Turut diperkenalkan ialah fungsi pengesanan lampu isyarat yang meningkatkan lagi keupayaan sistem bantuan pemanduan separa autonomous Travel Assist Tahap 2. Teknologi ini sebenarnya telah diperkenalkan lebih awal pada model lain dalam keluarga ID seperti Volkswagen ID.4, Volkswagen ID.5 dan sedan elektrik Volkswagen ID.7.
Selain itu, varian asas Pure bagi ID.3 Neo akan menggunakan motor belakang baru APP 350 yang menghasilkan kuasa 190 PS atau 140 kW. Angka tersebut lebih tinggi berbanding motor APP 310 sebelum ini yang menawarkan 170 PS dan 310 Nm tork.
Motor baru ini juga dikatakan lebih cekap tenaga. Ia dipadankan dengan bateri LFP berkapasiti 58 kWh yang menggantikan pek bateri NMC 52 kWh sebelum ini, sekali gus meningkatkan jarak pemanduan sehingga 438 km mengikut kitaran WLTP, iaitu kira-kira 40 km lebih jauh berbanding model terdahulu.
Walau pun dilancarkan pada pertengahan Disember lalu, namun baru bulan ini, TQ Wuling Bingo mula dihantar kepada pelanggan yang menempahnya. Dengan pelanggan pertama telah menerima unit pemasangan tempatan (CKD), selepas dua bulan ia dipasang di kilang TQ Manufacturing, yang merupakan anak syarikat Tan Chong, di Segambut, dalam acara penyerahannya baru-baru ini.
“Detik ini lebih daripada sekadar penyerahan kenderaan – ia melambangkan kepercayaan, keyakinan dan permulaan kepada perjalanan pemilikan. Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan pertama kami kerana mempercayai TQ Wuling dan menjadi sebahagian daripada perjalanan kenderaan elektrik (EV) kami di Malaysia,” kata ketua perniagaan, Wan Wei Sun.
Syarikat itu turut mengumumkan bahawa setiap Wuling Bingo kini hadir secara standard dengan beberapa ciri bantuan baharu seperti pemantauan titik buta, amaran trafik lintas belakang, amaran pelanggaran belakang dan amaran membuka pintu.
Ini melengkapkan fungsi keselamatan lain seperti amaran pejalan kaki akustik, sistem amaran tekanan tayar, kawalan kestabilan serta enam beg udara – menjadikan Malaysia pasaran pertama yang menerima jumlah beg udara sebanyak ini bagi model tersebut.
Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut tidak boleh dianggap sebagai sistem bantuan pemandu termaju (ADAS). Ini kerana Wuling Bingo masih tidak dilengkapi fungsi seperti brek kecemasan autonomous, yang terdapat pada versi tertinggi Premium bagi pesaingnya, Proton eMas 5.
Selain itu, spesifikasi lain kekal sama seperti yang dilaporkan sebelum ini, dengan kelengkapan standard termasuk lampu utama LED automatik, rim keluli 15-inci dengan penutup hub, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, kawalan jelajah, tempat duduk pemandu larasan kuasa enam-arah, kemasan tempat duduk kulit tiruan, paparan instrumen dan infotainmen 10.25-inci, Apple CarPlay dan Android Auto, empat pembesar suara serta kamera undur.
Bingo digerakkan oleh motor elektrik 50 kW dengan output 68 PS dan tork 150 Nm, memberikan kelajuan maksimum cecah 100 km/j. Walau bagaimana pun, varian asas Pro menerima bateri Lithium Ferro-Phosphate (LFP) berkapasiti 31.9 kWh, yang mampu memberi jarak gerak sejauh 273 km mengikut standard WLTP (atau 333 km ikut CLTC). Sementara varian paling tinggi, Max, diberikan bateri LFP berkapasiti 37.9 kWj bagi memberikan jarak gerak 337 km juga ikut WLTP (410 km CLTC).
Untuk pengecasan, kedua-dua varian boleh dicas menggunakan pengecas AC sehingga 3.3 kW, dengan bateri yang lebih kecil memerlukan masa 5.5 jam untuk penuh, manakala bateri yang besar mengambil 9.5 jam. Walau bagaimanapun, bateri yang lebih besar itu boleh dicas dengan pengecasan pantas DC, dan status pengecasan boleh naik dari kadar 20% ke 80% dalam masa 35 minit sahaja.
Seperti mana yang diumumkan ketika pelancarannya, Bingo masih ditawarkan dengan pakej Fabulous 5 Perks di mana 400 pembeli pertama berpeluang menikmati ganjaran eksklusif antaranya rebat tunai bernilai RM5,000, menjadikan harganya dari RM62,800 untuk Bingo Pro dan Bingo Max pula bermula RM67,800. Mereka juga akan mendapat pengecas wallbox 7 kW, pengecas tiga-pin, solar tint dan 17 manfaat insurans termasuk pelindungan EV.
“Pencapaian melepasi 40,000 unit sejak pelancarannya merupakan satu kejayaan penting bagi Proton dan menunjukkan keyakinan berterusan rakyat Malaysia terhadap model ini. Kami akan terus berusaha membina momentum ini sambil memastikan pelanggan terus menikmati pengalaman pemilikan yang kukuh, disokong oleh rangkaian Proton di seluruh negara,” kata CEO Proton Edar, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa.
Proton S70 merupakan model yang diasaskan dari Geely Emgrand. Namun berbanding Emgrand yang hanya menerima enjin 1.5 liter NA dan kotak gear CVT, S70 pula tampil lebih berkuasa dengan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo berkuasa 150 PS dan tork maksima 226 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan.
Manakala versi MC1 yang baru dilancarkan bulan lalu pula menerima tingkat taraf enjin yang lebih berkuasa, di mana enjin tiga-silinder tersebut ditukar dengan enjin i-GT 1.5 liter empat-silinder turbo bersama sistem suntikan bahan api terus, menghasilkan kuasa 181 PS dan tork maksima 290 Nm.
Selepas ujian perintis Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) berjaya dilaksanakan di Terminal 1 (T1) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ia kini sedang dijalankan di Terminal 2 (T2) pula, laporan Bernama.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata tempoh percubaan yang dijadual hingga 30 Mac 2026 itu, membabitkan bahagian mengambil dan menurunkan penumpang, serta memperkenalkan kemasukan dan keluar kenderaan secara berjadual melalui palang automatik bagi mengurus aliran trafik dengan lebih baik.
Sepanjang tempoh percubaan di T2, MAHB memaklumkan tiada penalti akan dikenakan kerana fokus utama adalah memantau corak trafik dan tingkah laku pemandu sebelum sistem dilaksanakan sepenuhnya. Secara purata, kira-kira 16,000 pergerakan kenderaan di T2 setiap hari, dan sepanjang tempoh percubaan itu akan dapat membantu menentukan penyesuaian operasi yang optimum sebelum sistem dilaksanakan sepenuhnya.
“Selepas tempoh percubaan tamat, caj yang dikenakan akan dilaksanakan ke atas kenderaan yang berhenti di tepi jalan melebihi masa dibenarkan,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini MAHB dilaporkan berkata, percubaan sistem yang terdahulu di T1 didapati berkesan mengubah tingkah laku pemandu, dengan pengurangan jumlah kenderaan yang melebihi had 10 minit di kawasan menurunkan dan mengambil penumpang, daripada 50% kepada 21%.
Di bawah sistem ini, tempoh ihsan secara percuma dibenarkan dalam 10 minit sebaik sahaja kenderaan terbabit masuk untuk menghantar atau mengambil penumpang. Manakala caj penalti antara RM10 hingga RM100 akan dikenakan jika melebihi masa tersebut. Pembayaran boleh dibuat menggunakan Touch ‘n Go, kad kredit atau MyDebit.
Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut hujung minggu hadapan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.3 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak iaitu 18 hingga 20 dan 27 hingga 29 Mac 2026.
Di mana angka tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 21% berbanding purata trafik harian biasa. Trend ini selari dengan peningkatan trafik yang dicatatkan semasa perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu, di mana jumlah kenderaan waktu puncak sehari melebihi dua juta.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, “PLUS mengambil tiga pendekatan utama sebagai persedian menghadapi peningkatan trafik di lebuhraya kendaliannya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini iaitu pengurusan trafik dan insiden yang lebih efisien, pengagihan trafik yang lebih optimum dan keselesaan pengguna bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa.”
Tambah beliau, pihaknya akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 34 lokasi utama sepanjang Lebuhraya PLUS termasuk dua lokasi baharu yang diaktifkan berbanding cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Pengaktifan Smartl Lane boleh dikenal pasti menerusi papan tanda peringatan serta lampu hijau berkelip yang dipasang di lokasi terbabit. Walau bagaimanapun, waktu pengaktifan Smart lane di lokasi bergantung kepada kesesuaian keadaan trafik semasa.
Bagi membantu menambah kapasiti lorong di zon projek pelebaran Lebuhraya PLUS di Johor, laluan tambahan ke tiga lorong sepanjang kira-kira tiga kilometer akan dibuka di antara Simpang Renggam ke Sedenak di KM45.1 hingga KM42.5 (arah selatan) mulai 18 Mac hingga 5 April 2026. Ia bertujuan untuk melancarkan perjalanan orang ramai ketika melalui zon projek pelebaran lebuhraya tersebut.
Di samping itu, PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong di semua laluan lebuh raya termasuk di lokasi Projek Pelebaran Lorong di Johor sepanjang musim perayaan yang akan datang untuk membantu melancarkan lagi perjalanan orang ramai. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan bagi kerja-kerja pembaikan kritikal, kecemasan dan pengalihan kemalangan.
“PLUS turut mempertingkatkan pemantauan trafik secara berterusan dan koordinasi bantuan kepada pengguna melalui Pusat Pemantauan Trafik. Rondaan oleh pasukan PLUSRonda dan LPT2Ronda yang bertugas 24-jam sehari turut ditambah. Petugas-petugas Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) turut bersedia di sembilan lokasi strategik bagi memberi bantuan keemasan dan menangani sebarang insiden dengan lebih pantas,” kata PLUS lagi yang menugaskan lebuh 6,000 kakitangannya bagi memastikan operasi dan penelenggaraan lebuhraya berjalan dengan lancar.
Selain itu, PLUS turut melaksanakan penambahbaikan kemudahan lebih daripada 60 lokasi di kawasan R&R, hentian sebelah dan plaza tol di seluruh rangkaian lebuh rayanya. Sebanyak 25 tandas kabin turut disediakan di plaza tol dan hentian sebelah terpilih bagi meningkatkan keselesaan pengguna sepanjang musim perayaan. Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh menggunakan kemudahan tandas dan surau yang turut disediakan di plaza-plaza tol.
Bukan itu sahaja, PLUS turut menyediakan lebih 100 ruang kecemasan (emergency bay) yang ditempatkan di lokasi-lokasi strategik sepanjang lebuhraya. Kemudahan ini berfungsi sebagai ruang kecemasan sekiranya berlaku sebarang insiden atau situasi luar jangka bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan pengguna.
PLUS turut menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal, mengikuti cadangan waktu perjalanan MyPLUS-TTA di antara 18 hingga 30 Mac, memastikan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan dan memandu dengan berhemah. Selain itu, patuhi undang-undang lalu lintas dengan meletakkan kenderaan di ruang parkir yang disediakan apabila berhenti di R&R, plaza tol dan hentian sebelah bagi mengurangkan gangguan kelancaran lalu lintas.
BMW 7 Series generasi G70 sebelum ini menjadi model yang mencuri perhatian apabila sedan mewah itu tampil dengan rekaan gril “double kidney” yang sangat besar, sehingga dianggap antara yang paling ekstrem pernah dihasilkan oleh pengeluar dari Munich itu.
Ketika dilancarkan, reka bentuk tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, termasuk kritikan dan juga bahan jenaka di internet. Dengan kemunculan versi facelift yang dijangka diperkenalkan bulan depan, ramai menjangkakan BMW mungkin akan mengubah pendekatan reka bentuk tersebut.
Namun begitu, teaser terbaru yang didedahkan menunjukkan BMW masih mengekalkan identiti tersebut, malah bahagian hadapan sedan mewah itu dijangka kelihatan lebih menyerlah menerusi kemas kini yang dikenali sebagai Life Cycle Impulse (LCI) dalam istilah BMW.
Gril “double kidney” yang besar itu masih kekal, dan seperti pada model BMW X3 terbaru, bingkai gril kini dilengkapi pencahayaan yang mengelilingi keseluruhan bentuknya, berbanding sebelum ini yang hanya menyala pada bahagian tertentu.
Rekaan gril juga dilihat lebih bersudut dan membentuk dua oktagon besar. Di bahagian sisi, ia dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang lebih nipis dan mendatar, menyerupai bentuk kening, yang dikatakan masih menggunakan elemen kristal Swarovski.
Sementara itu, lampu utama masih diletakkan pada unit berasingan di bahagian lebih bawah. Secara keseluruhan, rekaan bahagian hadapan ini memberikan penampilan yang sangat dominan dan mudah dikenali, terutama apabila dilihat melalui cermin pandang belakang kenderaan lain.
Buat masa ini, tidak banyak perincian lain yang didedahkan, namun model flagship BMW ini dijangka dilengkapi teknologi terkini daripada pengeluar tersebut. Antaranya termasuk sistem Panoramic iDrive baharu yang pertama kali diperkenalkan pada model Neue Klasse iX3. Sistem ini menggabungkan paparan Panoramic Vision yang dipancarkan sepanjang lebar papan pemuka bersama skrin sentuh infotainmen bersaiz 17.9 inci.
Selain itu, skrin hiburan belakang Theatre Screen bersaiz 31.3 inci dengan resolusi 8K dijangka terus ditawarkan. Skrin gergasi ini sebelum ini menjadi salah satu tarikan utama dalam 7 Series, malah konsepnya turut diikuti pesaing seperti Mercedes-Benz menerusi model VLE terbaru mereka.
Dari segi rangkaian kuasa, 7 Series facelift dijangka terus menggunakan pilihan enjin enam silinder dan lapan silinder sedia ada, termasuk varian plug-in hybrid yang telah dikemas kini bagi memenuhi piawaian pelepasan Euro 7 yang lebih ketat.
Bagi varian elektrik i7 pula, ia dijangka menerima teknologi bateri dan motor elektrik terbaru daripada platform kenderaan elektrik Neue Klasse, yang berpotensi menawarkan prestasi lebih baik serta jarak pemanduan yang lebih jauh. Selain itu, BMW juga dijangka memperkenalkan seni bina elektrik 800 volt bagi menyokong pengecasan pantas DC yang jauh lebih berkuasa, sehingga sekitar 400 kW seperti yang dirancang untuk model Neue Klasse.
Dalam perkembangan berkaitan, laporan turut menyebut bahawa 7 Series baru ini bakal melahirkan model pertama daripada jenama Alpina selepas syarikat tersebut diambil alih oleh BMW. Model berkenaan dijangka dikenali sebagai Alpina B7 generasi baru.
Jenama prestasi yang terkenal dengan fokus kepada keselesaan itu dijangka akan bersaing dengan barisan Mercedes-Maybach, dengan menawarkan kuasa lebih tinggi, talaan suspensi yang lebih halus, kabin mewah berbalut kulit serta rekaan moden bagi elemen ikonik Alpina seperti rim 20 jejari dan jalur grafik pada bahagian sisi badan kenderaan.
Pelancaran Proton X70 MC3 bagi model tahun 2026 menyaksikan barisan SUV segmen C keluaran syarikat kereta nasional itu kini diringkaskan kepada dua varian sahaja, iaitu Executive dan Premium. Dalam galeri ini, kami memberikan fokus kepada varian Executive.
Dari segi harga, Proton X70 MC3 Executive ditawarkan pada harga RM106,800 atas jalan tanpa insurans. Proton turut memperkenalkan rebat sebanyak RM7,000 untuk 1,500 unit pertama yang didaftarkan sebelum 31 Mac, menjadikan harga efektif bagi varian ini kini RM99,800. Sementara itu, varian Premium pula ditawarkan pada harga RM112,800 atas jalan tanpa insurans.
Perubahan paling ketara dalam kemas kini MC3 ini adalah pada bahagian enjin. Proton kini menggunakan enjin empat silinder 1.5 liter turbo BHE15-EFZ dengan suntikan terus daripada Geely, iaitu enjin yang sama digunakan pada model X50 dan S70 MC1.
Seperti pada model SUV dan sedan tersebut, enjin ini menghasilkan kuasa 181 PS pada 5,500 rpm dan tork 290 Nm antara 2,000 hingga 3,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi automatik klac berkembar basah tujuh kelajuan.
Berbanding enjin tiga silinder sebelum ini, unit baru ini menawarkan peningkatan kuasa sebanyak 4 PS dan 35 Nm. Proton turut menyatakan bahawa tahap bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) turut diperbaiki hasil penggunaan enjin empat silinder ini, dengan pengurangan keseluruhan NVH sebanyak 4.5%.
Dari segi kelengkapan, Proton X70 MC3 Executive dilengkapi rim aloi 18 inci yang dipadankan dengan tayar GT Radial Savero bersaiz 225/60R18. Ia juga hadir dengan pengelap cermin automatik, tempat duduk pemandu dengan pelarasan kuasa enam hala, fungsi pengudaraan tempat duduk hadapan serta kemasan tempat duduk kulit sintetik.
Turut disertakan ialah sensor parkir hadapan dan belakang, cermin pandang belakang dalaman dengan fungsi malap automatik, sistem kamera 360 darjah serta pintu but berkuasa dengan fungsi pembukaan bebas tangan yang boleh mengesan kunci. Ruang but yang ditawarkan berkapasiti 515 liter.
Bagi ciri keselamatan, varian Executive dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dengan pengagihan daya brek elektronik (EBD) serta bantuan brek, kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan, bantuan mula mendaki (Hill Start Assist) dan kawalan menuruni bukit (Hill Descent Control).
Ia turut dilengkapi sistem kamera 360 darjah dengan paparan 3D serta fungsi “transparent view”, sensor parkir hadapan dan belakang serta enam beg udara yang merangkumi beg udara hadapan, sisi dan tirai. Walaubagaimanapun, varian ini tidak didatangkan dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang hanya ditawarkan pada varian Premium.
Proton turut menawarkan pakej pemilikan yang merangkumi jaminan lima tahun tanpa had perbatuan serta enam kali servis berkala dengan kos upah percuma. Selain itu, kenderaan ini turut disertakan pakej data selama lima tahun dengan kuota 2 GB setiap bulan.
Bagi pilihan warna luaran, kedua-dua varian Executive dan Premium bagi Proton X70 MC3 ditawarkan dalam empat warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey dan Marine Blue. Galeri imej langsung Proton X70 MC3 Executive boleh dilihat di bawah untuk paparan lebih terperinci model ini.
Tahun lalu Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telahpun membawa model generasi kedua bagi kereta sport Mercedes-AMG GT ke pasaran tempatan iaitu Mercedes-AMG GT 63 4Matic+, dijual pada harga RM1,882,888. Nak sesuatu yang lebih istimewa? Ini dia model edisi khas Mercedes-AMG GT63 Pro 4Matic+ Motorsport Collectors Edition juga telah sampai ke sini!
Model ini hanya dihasilkan sebanyak 200 unit untuk pasaran seluruh dunia, dan kami difahamkan ada beberapa unit yang dikhaskan untuk di bawa ke Malaysia, dengan harga anggaran atas jalan RM2,588,888.
Ia bukan sahaja lebih rare dengan perincian-perincian lebih unik diberikan, malah dengan tag ‘Pro’ diberikan pada namanya bermaksud enjin M177 4.0 liter V8 turbo berkembar yang dipasang dengan tangan pada perut coupe ini ditala bagi menghasilkan kuasa 612 PS dan tork 850 Nm, berbanding GT63 biasa yang hanya dibekalkan dengan kuasa 585 PS/800 Nm.
Enjin berkenaan dipadankan dengan kotak gear automatik sembilan kelajuan AMG Speedshift MCT 9G, dan kuasa dialirkan ke kesemua roda menerusi sistem AWD AMG Performance 4Matic+. Ini membolehkan pecutan dari 0-100 km/j dicapai dalam masa hanya 3.2 saat, sebelum mencapai kelajuan maksima 317 km/j.
Seperti yang anda boleh lihat, Mercedes-AMG GT63 Pro Motorsport Collectors Edition menampilkan perincian-perincian yang diinspirasikan dari jentera Formula 1 pasukan Mercedes-AMG Petronas. Ia dilayangkan dengan warna badan Obsidian Black Metallic dan kemudian diberikan grafik ‘bintang tiga penjuru’ yang dicat menggunakan tangan pada bahagian belakang, serta serlahan-serlahan jalur hijau Petronas pada badan, rim dan juga angkup brek, persis livery perlumbaan jentera F1 pasukan berkenaan.
Set roda yang dipadankan terdiri dari rim aloi forged AMG 21-inci dalam kemasan hitam matte, dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2R. Ia juga datang standard dengan sistem brek seramik komposit prestasi tinggi AMG.
GT63 Pro Motorsport Collectors Edition ini juga menerima pakej AMG Exterior Carbon Fibre yang menampilkan komponen-komponen gentian karbon sebenar terdiri dari splitter udara hadapan, penutup cermin sisi, perapi bendul sisi, diffuser belakang dan juga spoiler belakang.
Selain dari komponen-komponen ringan tersebut, coupe ini juga hadir dengan bumbung kaca panaromik. AMG Night Package II juga dipadankan secara standard yang menampilkan kemasan hitam krom pada kemasan keliling gril hadapan, serta lencana-lencana badan dan logo Mercedes-Benz pada bahagian belakang. Ia juga datang dengan penutup corong pengisi bahan api AMG.
Pada bahagian dalam, Mercedes-AMG GT63 Pro 4Matic+ Motorsport Collectors Edition ini menerima tempat duduk AMG Performance yang dibalut dengan kulit Nappa hitam dan juga gentian mikro Microcut bersama serlahan benang hijau Petronas serta logo AMG yang ditekap pada bahagian perehat kepala.
Kabin GT ini juga dipenuhi dengan perapi-perapi gentian karbon, dan serlahan jahitan benang hijau Petronas turut boleh dijumpai pada papan pemuka serta panel pintu. Juga terdapat kemasan bendul pintu dalam kemasan hitam serta menyala dengan lampu berwarna hijau Petronas. Satu plat aluminium ‘1 dari 200’ turut ditampal pada konsol tengah bagi menandakan ia adalah salah unit dari model istimewa berkenaan.
Perincian standard lain yang turut diberikan termasuk sistem infotainmen MBUX, sistem bunyi sekeliling 3D Burmester 1,170 watt dengan 15-pembesar suara, kamera pemantau 360 darjah, pakej Driver Assistance, paparan head-up, AMG Track Pace, lampu suasana kabin, pakej Energizing dan juga pengangkat gandar hadapan bagi meninggikan bahagian hadapan kereta ini untuk melalui permukaan jalan lebih tinggi.
SUV elektrik Leapmotor B10 yang dilancarkan di Malaysia pada Disember 2025 kini menerima kemas kini perisian over-the-air (OTA) pertamanya. Walaupun baru beberapa bulan berada di pasaran tempatan, kemas kini ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang pengeluar untuk meningkatkan pengalaman penggunaan kenderaan secara berterusan tanpa memerlukan pemilik datang ke pusat servis.
Menurut Leapmotor, kemas kini OTA ini menambah beberapa ciri baru yang menjadikan penggunaan kenderaan lebih intuitif dan mesra pengguna. Antara fungsi utama yang diperkenalkan ialah mod pemanduan satu pedal, sokongan penuh untuk Apple CarPlay dan Android Auto, peningkatan pada fungsi arahan suara, serta beberapa penambahbaikan pada paparan sistem infotainmen.
Mod pemanduan satu pedal membolehkan pemandu mengawal pecutan dan nyahpecutan menggunakan pedal minyak sahaja dalam kebanyakan situasi. Apabila pedal dilepaskan, kenderaan akan memperlahankan kelajuan secara automatik melalui sistem regeneratif yang kuat, sekaligus mengurangkan keperluan menekan pedal brek. Sementara itu, integrasi Apple CarPlay dan Android Auto kini boleh digunakan sama ada melalui sambungan berwayar atau tanpa wayar.
Kemas kini ini turut membawa perubahan pada paparan sistem bagi meningkatkan kemudahan akses. Pemandu kini boleh menyesuaikan fungsi butang pada stereng melalui tetapan pelbagai fungsi baru, termasuk pintasan untuk ciri sistem bantuan pemandu (ADAS) dan mod pemanduan. Selain itu, paparan navigasi kini boleh dipaparkan melalui susun atur skrin berasingan di sebelah kiri, membolehkan pemandu melihat peta sambil menggunakan aplikasi lain pada masa yang sama.
Sistem infotainmen juga diberitahu dapat dihidupkan dengan lebih pantas hasil fungsi “Quick Start” yang memuatkan sistem lebih awal, sekaligus mengurangkan masa menunggu apabila kenderaan dihidupkan. Di samping itu, fungsi peringatan pengesanan kehadiran dalam kenderaan telah dioptimumkan, manakala penambahbaikan pada sistem Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Centering Control (LCC) membolehkan kenderaan memperlahankan kelajuan dengan lebih lancar ketika menghampiri selekoh.
Kemas kini OTA pertama bagi tahun 2026 ini mula dilaksanakan secara berperingkat sejak awal Februari. Pemilik Leapmotor B10 akan menerima pemberitahuan terus pada skrin kenderaan apabila kemas kini tersebut tersedia untuk dimuat turun dan dipasang.
Di Malaysia, Stellantis menawarkan dua varian Leapmotor B10 iaitu Life dan Design. Varian Life dijual pada harga RM107,800 manakala varian Design berharga RM118,800. Ketika pelancaran, syarikat turut menawarkan harga pengenalan untuk 200 unit pertama yang menurunkan harga atas jalan tanpa insurans kepada RM99,800 bagi Life dan RM109,800 untuk Design.
Kedua-dua varian menggunakan motor elektrik tunggal yang memacu roda belakang dengan kuasa 218 PS (160 kW) dan tork 240 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dibuat dalam masa sekitar 8.0 saat. Perbezaan utama antara kedua-dua model terletak pada kapasiti bateri. Varian Life menggunakan bateri 56.2 kWh dengan jarak pemanduan sehingga 361 km mengikut kitaran WLTP, manakala varian Design dilengkapi bateri lebih besar berkapasiti 67.1 kWh yang menawarkan jarak sehingga 434 km.
Dari segi pengecasan, kedua-dua varian menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW. Untuk pengecasan pantas DC pula, varian Life menyokong sehingga 140 kW manakala varian Design mampu menerima kuasa pengecasan maksimum sehingga 168 kW. Penawaran ini menjadikan Leapmotor B10 antara SUV elektrik yang kompetitif dalam segmen harga pertengahan di pasaran Malaysia.
Porsche memperluaskan rangkaian SUV elektriknya dengan memperkenalkan varian baru Cayenne S Electric, menyertai barisan Cayenne Electric yang mula diperkenalkan pada November lalu. Ia terletak di atas varian asas Cayenne dan menawarkan peningkatan prestasi yang ketara bagi menyokong kedudukannya sebagai model pertengahan dalam barisan tersebut.
Cayenne S Electric menggunakan sistem dua-motor yang memacu keempat-empat roda. Kuasanya ditingkatkan kepada 544 PS (400 kW), dan mampu mencecah sehingga 666 PS (490 kW) apabila fungsi Launch Control diaktifkan. Ini bermakna ia menghasilkan tambahan 224 PS berbanding Cayenne Electric standard.
Dengan peningkatan kuasa tersebut, SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat, iaitu satu saat lebih pantas daripada model asas. Kelajuan maksimum pula meningkat sekitar 20 km/j kepada 250 km/j.
Bagi menyokong prestasi tambahan ini, motor belakang Cayenne S Electric dilengkapi sistem penyejukan minyak secara terus, teknologi yang turut digunakan pada varian berprestasi tinggi Turbo. Selain itu, inverter kenderaan ini menggunakan semikonduktor silikon karbida yang membantu meningkatkan kecekapan sistem pemacu elektrik.
Walaupun menggunakan bateri yang sama seperti varian lain dengan kapasiti 113 kWh, Cayenne S sebenarnya menawarkan jarak pemanduan paling jauh dalam barisan ini, dengan jumlah sehingga 653 km mengikut kitaran WLTP.
Seperti model elektrik Porsche yang lain, Cayenne Electric dibina menggunakan seni bina elektrik 800 volt. Sistem ini membolehkan pengecasan pantas DC sehingga 400 kW. Dengan sokongan tersebut, bateri besar kenderaan ini boleh dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa kurang daripada 16 minit, menjadikannya antara SUV elektrik yang paling pantas dari segi pengecasan.
Dari sudut penampilan, Cayenne S Electric dibezakan berbanding varian asas melalui beberapa elemen luaran khas. Antaranya ialah pelindung bawah bampar hadapan dan belakang yang dicat mengikut warna badan, serta rim aero 20 inci rekaan khas Cayenne S. Selain perubahan kecil ini, rekaan dalaman kekal sama dengan model lain dalam keluarga Cayenne Electric.
Ruang kabin masih menampilkan paparan melengkung OLED Flow Display yang menjadi tumpuan utama. Ia merangkumi paparan instrumen OLED bersaiz 14.25 inci di hadapan pemandu, manakala skrin tambahan 14.9 inci untuk penumpang hadapan ditawarkan sebagai pilihan.
Varian S turut membuka akses kepada beberapa ciri yang sebelum ini eksklusif untuk model Turbo. Antaranya termasuk sistem Porsche Torque Vectoring Plus dengan differential elektronik di gandar belakang, suspensi aktif Porsche Active Ride, serta pakej Sport Chrono yang hadir dengan mod Track dan fungsi pra-kondisi bateri untuk prestasi maksimum.
Pakej ini juga menyediakan fungsi push-to-pass yang menambah 122 PS kuasa tambahan untuk pecutan sementara. Selain itu, pembeli juga boleh memilih sistem brek karbon seramik untuk prestasi brek yang lebih tinggi.
Pada masa yang sama, Porsche turut memperkenalkan pakej dalaman baru yang dinamakan Interior Style Package, hasil daripada bahagian personalisasi Porsche Exclusive Manufaktur. Pakej ini direka untuk dipadankan dengan warna luaran Mystic Green Metallic dan menampilkan tema hijau yang menonjol di dalam kabin.
Bahagian dalaman menggunakan kulit Delgada Green pada tempat duduk, jahitan serta tali pinggang keselamatan, manakala penyandar kepala dihiasi sulaman bentuk lambang Porsche tanpa lencana sebenar. Stereng juga dilengkapi penanda posisi jam 12 dalam warna Delgada Green.
Jenama British milik China, MG, memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) terbarunya, MG4X, menjelang pameran Auto China yang akan berlangsung di Beijing bulan hadapan. Model ini merupakan sebuah SUV segmen B yang diletakkan di bawah MG S5 dan berada dalam keluarga MG4.
Kehadirannya dijangka bersaing secara langsung dengan model popular dalam segmen sama seperti BYD Atto 2, sekaligus menambah cabaran saingan dalam pasaran EV China. Huruf “X” pada namanya dikatakan membawa maksud “kemungkinan tanpa had”, merujuk kepada evolusi daripada bentuk hatchback MG4 kepada gaya badan SUV yang lebih praktikal.
Melihat kepada reka bentuk luar, MG4X menampilkan badan yang mengingatkan kepada MG S5, khususnya pada bahagian belakang dan siluet keseluruhan. Namun, bahagian hadapannya tampil dengan identiti tersendiri yang berbeza daripada model MG lain.
Lampu utama LED berbentuk segi tiga yang tajam disambungkan oleh jalur lampu penuh merentasi bahagian hadapan. Di bawahnya pula terdapat bukaan udara yang condong ke bawah, dikelilingi kemasan hitam berbentuk seperti tulang dengan saluran udara di bahagian bucu. Secara keseluruhan, penampilannya kelihatan lebih agresif berbanding rekaan MG4 generasi kedua yang lebih sederhana.
Maklumat mengenai ruang dalaman masih terhad, namun MG mengesahkan bahawa MG4X akan dilengkapi skrin infotainmen bersaiz besar, selari dengan trend kenderaan di pasaran China. Seperti MG4, model ini juga dijangka menawarkan fungsi pencerminan skrin telefon pintar serta integrasi yang serasi dengan peranti Oppo.
Untuk dimensi, laporan menyatakan MG4X mempunyai panjang 4,395 mm, lebar 1,842 mm dan tinggi 1,551 mm. Ini menjadikannya 85 mm lebih panjang, 12 mm lebih lebar dan 124 mm lebih rendah berbanding BYD Atto 2. Jarak roda pula adalah 2,750 mm, iaitu 130 mm lebih panjang daripada pesaing tersebut dan sama seperti MG4 hatchback.
Bagi penggerak, MG4X dijangka menggunakan bateri separa solid-state yang menawarkan tahap keselamatan lebih tinggi kerana kurang terdedah kepada risiko “thermal runaway”. Bateri ini dipercayai sama seperti yang digunakan pada MG4 Anxin, iaitu pek lithium-ion berasaskan mangan berkapasiti 53.95 kWh.
Dengan bateri tersebut, kenderaan ini dikatakan mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 510 km mengikut kitaran CLTC di China. Selain itu, MG4X juga akan ditawarkan dengan teknologi pemanduan separa autonomous daripada Horizon Robotics di pasaran domestiknya.
Setakat ini, MG belum mengumumkan rancangan rasmi untuk mengeksport MG4X ke pasaran antarabangsa. Namun, model ini berpotensi menjadi pilihan popular di peringkat global sebagai crossover elektrik yang lebih mampu milik. Potensi tersebut turut menarik perhatian di Malaysia, memandangkan MG baru sahaja memulakan pemasangan tempatan (CKD) di kilang EP Manufacturing (EPMB) di Melaka. Sekiranya MG4X turut dipasang di negara ini, ia berpeluang menikmati pengecualian cukai import dan eksais, sekali gus membuka kemungkinan untuk ditawarkan pada harga di bawah paras anggaran RM100,000.
Malachite green, indoor static photo, exterior, three-quarter front view
Audi membuat penampilan pertamanya dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) pada 1981 – selain dari sistem pacuan semua roda Quattro yang merubah sepenuhnya kejohanan tersebut, Audi turut membawa sekali enjin lima-silinder turbo menghasilkan alunan bunyi unik yang sentiasa diingati oleh peminatnya setiap kali jentera rali berkenaan berlumba dalam laluan Super Stage (SS).
Konfigurasi susunan silinder unik tersebut sebenarnya telah digunakan oleh Audi lebih awal, bermula pada asas kereta rali Audi Quattro berkenaan iaitu Audi 100 diperkenalkan pada 1976, dan akhirnya ia menjadi identiti terhadap model-model prestasi Audi sehingga kini.
Ini bermakna sudah 50-tahun Audi menggunakan enjin lima-silinder, dan ulangtahun tersebut diraikan dengan penghasilan model edisi terhad – ini dia Audi RS3 Competition Limited yang dibina hanya 750 unit, ditawarkan dalam bentuk badan sedan dan juga Sportback.
Daytona gray pearl effect, indoor static photo, exterior, three-quarter front view
Model edisi terhad ini masih digerakkan dengan enjin TFSI 2.5 liter lima-silinder turbo yang sama dengan RS3 facelift biasa, menghasilkan kuasa 400 PS dan tork maksima 500 Nm. Jadi prestasinya juga masih sama di mana pecutan 0-100 km/j dapat dicapai dalam masa 3.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 290 km/j.
Model Competition Limited ini dipadankan dengan sistem ekzos RS Sport secara standard, yang menampilkan kawalan injap flap bervariasi sepenuhnya. Audi turut mengurangkan penebat bunyi pada kawasan firewall bagi membolehkan bunyi enjin lima-silinder kereta ini sampai ke pemandu dan penumpang dalam kabin secara lebih terus.
Model istimewa ini juga diberikan pengendalian lebih baik menerusi beberapa tingkat taraf diberikan pada suspensi. Ia termasuk suspensi boleh laras dengan penyerap hentak tiub berkembar, di mana pada bahagian hadapan ia diberikan reservoir yang diasingkan pada sebelah luar, bagi memberikan kadar serapan lebih stabil pada apabila digunakan dalam waktu yang lama kerana ia dapat mengekalkan suhu lebih rendah, manakala di belakang penyerap hentak berkenaan dibina dengan tiub berdiameter lebih besar serta rod omboh lebih tebal supaya ia lebih keras.
Seperti yang diberitahu tadi, RS3 Competition ini dibekalkan dengan suspensi boleh laras, bermaksud ia tidak lagi menggunakan suspensi adaptif seperti RS3 biasa. Pemilik boleh melaras pelbagai perkara pada suspensi berkenaan termasuk talaan serapan tekanan pada kelajuan tinggi 15 tahap, kelajuan rendah 12 tahap dan serapan lantunan 16 tahap. Selain itu talaan pengendalian baharu ini juga turut melibatkan penukaran bar anti oleng lebih tegar dan juga spring belakang yang lebih keras.
Ada beberapa perincian luaran berbeza diberikan pada Audi RS3 Competition Limited ini bagi membezakan ia dengan RS3 biasa yang memang sudah sedia garang dan lebih lebar dari Audi S3. Pertama adalah pemadanan rim aloi 19-inci pelbagai jejari dalam kemasan Neodymium Gold Matte, bersama cakera brek seramik yang boleh dilihat di sebalik set roda tersebut.
Kemudian ia juga diberikan pelbagai komponen gentian karbon termasuk pada penutup cermin sisi, skirt sisi, spoiler belakang dan perapi pada bahagian atas diffuser belakang. Bampar hadapan turut diberikan komponen aero tambahan yang didakwa dapat mengurangkan bahagian hadapan dari terangkat pada kelajuan tinggi.
Malachite green, indoor static photo, exterior, detailed front view
Indoor static photo, interior
RS 3 Sportback competition limited (Malachite green) and RS 3 Sedan competition limited (Daytona gray pearl effect), indoor static photo, exterior, detailed view of coilover suspension
Selain itu, lampu hadapan RS3 Competition Limited turut digelapkan, dan apa yang menarik susunan matrix LED pada lampu berkenaan akan menyala dengan turutan grafik 1-2-4-5-3 ketika kunci dibuka. Pada yang masih belum tahu, 1-2-4-5-3 adalah turutan sistem nyalaan palam pencucuh untuk enjin lima-silinder Audi.
Hanya tiga warna badan ditawarkan untuk Audi RS3 Competition Limited iaitu Daytona Grey, Glacier White matter dan Malachite Green.
Pada bahagian dalaman pula, RS3 Competition Limited ini diberikan tempat duduk hadapan bucket RS yang balut dengan kulit hitam bersama gentian mikro Dinamica dalam kemasan emas, bersama serlahan jahitan benang putih. Roda stereng juga dibalut dengan Dinamica dan diberikan penanda pukul 12 berwarna putih.
Indoor static photo, interior
Manakala paparan instrumen digital pada RS3 Competition Limited ini menampilkan latar belakang putih, yang menurut Audi ia diinspirasikan dari paparan instrumen analog pada model RS2 Avant 1994.
Di Jerman Audi RS3 Competition Limited dijual pada harga bermula 108,365 euro (RM492,876) bagi badan Sportsback dan bermula 110,005 euro (RM500,335) untuk Sedan. Penghantarannya kepada pelanggan pula akan bermula pada pertengahan tahun ini.
GALERI: Audi RS3 Competition Limited Sportsback 2026
Malachite green, indoor static photo, exterior, front view
Malachite green, dynamic photo, exterior, three-quarter front view
Malachite green, indoor static photo, exterior, detailed front view
Malachite green, indoor static photo, exterior, three-quarter front view
RS 3 Sportback competition limited (Malachite green) and RS 3 Sedan competition limited (Daytona gray pearl effect), indoor static photo, exterior, detailed view of coilover suspension
Indoor static photo, interior
Indoor static photo, interior
The RS 3 competition limited is equipped with coilover suspension, ceramic brakes and RS sport exhaust system as standard. Powered by the five-cylinder engine, the special edition offers outstanding performance.
The RS 3 competition limited is equipped with coilover suspension, ceramic brakes and RS sport exhaust system as standard. Powered by the five-cylinder engine, the special edition offers outstanding performance.
The RS 3 competition limited features a coilover suspension including a new rear stabilizer. In combination with the torque splitter and the ceramic brakes, the special edition offers distinctly sporty handling.
The coilover suspension was specially developed and tuned for the RS 3 competition limited.
The coilover suspension with stiffer rear axle stabilizer improves handling and increases driving stability.
Thanks to the reduced firewall insulation, the characteristic sound of the five-cylinder engine can be experienced even more clearly. With its fully variable flap control, the standard RS sport exhaust system broadens the sound characteristics.
Standard equipment: the ceramic brake with 380 mm discs and red calipers
The inline five-cylinder engine in the RS 3 competition limited outputs 294 kW (400 PS) and 500 Nm from 2.5 liters of displacement. This ensures the model to accelerate from 0 to 100 km/h in 3.8 seconds and reach a top speed of 290 km/h.
The twin-tube shock absorbers at the front axle have external reservoirs. Their larger volume contributes to better cooling of the damper hydraulics. This keeps the damping performance constant, even under high loads.
At the rear, larger diameter dampers with thicker rods ensure stable mounting and rigidity compared to the series model.
High flexibility and a wide spread in driving characteristics are offered by three-way adjustable shock absorbers: High-speed and low-speed compression can be changed separately and rebound can be adjusted too.
Three-way adjustable shock absorbers offer high flexibility and a wide spread in driving characteristics. High-speed and low-speed compression can be changed separately and rebound can be adjusted too.
When turning in, the Torque Splitter increases torque delivered to the outer rear wheel with the higher wheel load. At the same time, the wheels on the inside of the curve are braked slightly. This ensures outstanding cornering behaviour.
When turning in, the Torque Splitter increases torque delivered to the outer rear wheel with the higher wheel load. At the same time, the wheels on the inside of the curve are braked slightly. This ensures outstanding cornering behaviour.
When turning in, the Torque Splitter increases torque delivered to the outer rear wheel with the higher wheel load. At the same time, the wheels on the inside of the curve are braked slightly. This ensures outstanding cornering behaviour.
The torque splitter enables fully variable torque distribution between the rear wheels. It uses one electronically controlled multi-plate clutch on each drive shaft.
In the interior, the special edition, which is limited to 750 units, shows its exclusivity thanks to the colour combination of Neodymium gold, Ginger white and black.
GALERI: Audi RS3 Competition Limited Sedan 2026
Daytona gray pearl effect, indoor static photo, exterior, three-quarter front view
Kementerian Kewangan (MoF) telah mengumumkan bahawa bantuan tunai bulanan di bawah program Budi Madani Diesel akan dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 bagi bulan Mac 2026. Langkah sementara ini diputuskan susulan konflik Iran-AS yang sedang berlangsung di Timur Tengah yang menyaksikan harga bahan api mentah dunia meningkat mendadak.
Ketika ini, harga runcit bagi diesel Euro 5 B10 dan B20 di Semenanjung ialah RM3.92 seliter bagi minggu 12-18 Mac 2026. Ini melibatkan kenaikan sebanyak 80 sen seliter berbanding minggu lalu, dengan diesel Euro 5 B7 — yang 20 sen lebih mahal bagi seliter — dijual dengan harga RM4.12 seliter.
Dalam satu kenyataan rasmi, Kementerian Kewangan memaklumkan bayaran tambahan RM100 akan diberikan dari 17 Mac kepada pemilik kenderaan diesel yang layak, termasuk mereka yang tertakluk di bawah kategori Budi Individu atau Budi Agri-Komoditi (Petani).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa bekalan minyak Malaysia adalah mencukupi hingga Mei nanti walaupun dala keadaan konflik tersebut yang masih bergolak ketika ini. Beliau juga menjelaskan yang kerajaan akan mengekalkan harga RON 95 bersubsidi di bawah program Budi95 pada kadar RM1.99 seliter — yang menyaksikan harga tanpa subsidinya melonjak kepada RM3.27.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah bertindak menahan sebuah Lamborghini Aventador di Persiaran Ampuan Rahimah, Klang, semalam. Hasil pemeriksaan menerusi Ops Luxury itu, JPJ mendapati bahawa jentera prestasi terbabit memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM atau cukai jalan) yang telah tamat tempoh.
Selain itu, ia juga menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi. Susulan kedua-dua kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Aventador berkenaan telah disita di JPJ Shah Alam untuk tindakan lanjut.
“JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasminya.
Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan aduan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, walaupun dalam keadaan harga minyak dunia sedang meningkat akibat konflik Iran-US, bekalan produk petroleum Malaysia masih cukup hingga sekurang-kurangnya Mei tahun ini, lapor NST.
“Pertama, bekalan minyak Malaysia ketika ini masih berada dalam kawalan. Ini sesuatu yang boleh kita banggakan. Ketika meninjau perkara ini dengan Petronas, kami dapati yang bekalan produk petroleum masih cukup hingga Mei 2026 nanti,” jelas beliau.
“Ini berbeza sama sekali dengan keadaan di beberapa negara lain. Sebab itu saya selalu menekankan kepentingan pengurusan yang cekap, telus dan profesional,” tambahnya.
PMX juga menyatakan bahawa konflik yang berterusan itu telah memberi kesan kepada logistik global, termasuk penutupan ruang udara untuk penerbangan komersial serta gangguan penghantaran kapal bagi minyak dan gas yang biasanya akan melalui Selat Hormuz.
Harga minyak mentah telah naik kepada USD100 setong awal minggu ini sebelum turun semula dan kekal pada kadar USD100 setong ketika ini. Ini menjadikan harga petrol RON 95 dan RON 97 tanpa subsidi naik sebanyak 60 sen kepada RM3.27 dan RM3.85 seliter bermula semalam. Diesel pula naik lebih mendadak sebanyak 80 sen kepada RM3.92. Petrol RON 95 dengan subsidi masih kekal dengan harga RM1.99 seliter buat masa ini.
Penguatkuasaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) di seluruh negara akan diperketatkan bagi memastikan ia tidak diseleweng mana-mana pihak, kata Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam, laporan Bernama.
Azman menjelaskan bahawa pendekatan penguatkuasaan berasaskan risikan (Intelligence-Led Enforcement) itu bertujuan memastikan tiada ketirisan berlaku dalam pelaksanaan Budi95.
Susulan konflik di Asia Barat, Azman berkata, ia perlu diberi perhatian serius kerana isu itu menyebabkan lonjakan harga minyak global, sekali gus dipercayai menarik minat pihak luar untuk mendapat bekalan petrol murah di Malaysia berbanding negara lain.
“Kami akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan berasaskan kepada risikan dan kami akan terus juga memperkukuh kawalan di pintu-pintu sempadan,”katanya sambil menambah pihaknya juga memperkukuh kawalan dan pemantauan di stesen-stesen minyak di seluruh negara supaya tidak berlaku ketirisan melalui apa-apa jua modus operandi baharu.
Katanya, KPDN mempunyai 2,400 pegawai penguatkuasa yang sedia digerakkan untuk melaksanakan penguatkuasaan dan keupayaan mereka akan sentiasa dipertingkatkan antaranya melalui teknologi untuk memastikan kejayaan setiap operasi. Malah KPDN juga menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta agensi keselamatan lain bagi membanteras penyelewengan subsidi.
“Kami akan terus memperkukuh kawalan dan juga pemantauan supaya subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat kita ini benar-benar dapat dinikmati oleh rakyat tanpa sebarang ketirisan dan juga penyelewengan.
“Kerjasama ini (antara agensi penguatkuasa lain) melibatkan perkongsian maklumat risikan, operasi bersepadu dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan,” katanya yang turut memberikan amaran tegas bahawa KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan petrol bersubsidi.
“Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil termasuk siasatan, rampasan dan pendakwaan di mahkamah. KPDN menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan supaya tindakan segera dapat diambil bagi melindungi kepentingan negara dan memastikan subsidi kerajaan sampai kepada golongan yang benar-benar layak,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa harga RON95 bersubsidi akan dikekalkan pada paras RM1.99 seliter walau pun harga pasaran minyak dunia ketika ini naik ketara susulan ketegangan di Asia Barat.
Bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan minyak, Anwar berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta KPDN telah ditugaskan untuk memastikan pengawasan lebih teliti dan tindakan lebih tegas terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyatakan bahawa beberapa syarikat kenderaan elektrik (EV) dari China seperti Zeekr, XPeng dan MG merancang untuk memulakan aktiviti pemasangan tempatan (CKD) tahun ini susulan tamatnya tempoh kelonggaran dan insentif cukai bagi model EV yang diimport sepenuhnya (CBU).
Menurut MITI rancangan yang dibuat oleh syarikat-syarikat tersebut kerana mengambil kira pengecualian cukai sepenuhnya yang masih terpakai bagi EV CKD sehingga 31 Disember 2027.
Kementerian berkenaan memberikan jawapan bertulis ini yang disiarkan di laman sesawang Parlimen bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai penetapan harga lantai kereta EV CBU dan pelaburan syarikat EV dari China dalam pasaran CKD di Malaysia menjelang 2027.
Harga lantai bagi EV CBU kini telah meningkat kepada RM250,000 berbanding RM100,000 sebelum ini. MITI menyatakan bahawa penamatan tempoh kelonggaran harga lantai RM100,000 kepada struktur asal RM250,000 seunit adalah wajar bagi memastikan peralihan lebih jelas daripada import CBU kepada pemasangan tempatan dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat nasional dan vendor tempatan dapat dilindungi.
“Selain itu, ekosistem EV domestik akan terus berkembang secara mampan dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam negara dapat diwujudkan serta dipelihara,” kata kementerian berkenaan dalam jawapan tersebut.
Sebahagian dari jenama yang disebutkan oleh MITI berkenaan sebenarnya telahpun memulakan operasi CKD mereka di Malaysia. Minggu ini MG S5 EV CKD secara rasmi telah pun mula keluar dari kilang EPMB di Pegoh, Melaka, di mana kilang yang sama turut akan mula memproduksi model-model Xpeng bermula akhir bulan ini. Xpeng sebelum ini telah mengesahkan bahawa ia akan memasang model-model termasuk G6, X9 dan X9 PowerX REEV di kilang EPMB berkenaan.
Manakala untuk Zeekr, jenama premium di bawah Geely berkenaan telah mengesahkan bahawa ia akan membuka fasiliti pemasangan tempatannya di Malaysia, yang akan beroperasi di Automotive Hi-Tech Valley (AHTV), Tanjong Malim yang turut menempatkan fasiliti Proton. Kilang yang akan dibina berkenaan akan menjadi fasiliti pemasangan Zeekr pertama di luar China, dan model pertama yang akan dipasang adalah SUV Zeekr 7X.
Kami faham tentang mengapa kerajaan menetapkan harga lantai RM250,000 tersebut. Namun dengan penetapan tersebut ia mungkin akan menyebabkan beberapa model menarik tidak dapat masuk ke pasaran Malaysia. Misalnya Honda Super One yang telah dirancang untuk dipasarkan ke seluruh dunia dan telah dilihat diuji di Malaysia sebelum ini – ia mungkin sukar untuk dijual di sini kerana model tersebut agak sukar untuk dipasang di Malaysia (kerana pengeluarannya yang tidak banyak), dan seterusnya EV bersaiz kecil berkenaan sukar untuk dijual pada harga bermula RM250,000.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan Larangan Pemanduan ke Atas Kenderaan Barangan (Road Ban) menggunakan jalan raya sepanjang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia bakal dilaksanakan bagi tempoh empat hari iaitu 19 hingga 20 Mac (sebelum perayaan) serta 28 hingga 29 Mac 2026 (selepas perayaan). Larangan ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan sepanjang musim perayaan.
“Menjelang Aidilfitri, kita sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan. Justeru, MOT akan melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat pada 19 hingga 20 Mac dan 28 hingga 29 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Tambahnya, JPJ akan memantau sektor pengangkutan darat dengan lebih kerap bagi memastikan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap tinggi. Dalam masa yang sama, Loke turut menggesa rakyat mengutamakan pengangkutan awam, manakala pemandu kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.
Seperti kelaziman pada setiap kali perayaan besar, larangan ini melibatkan lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, dan traktor. Selain itu, ia juga membabitkan lori pengangkut barangan simen, besi keluli, batu, pasir, tanah, bahan binaan yang lain, amang, bijih timah, aras batu dan bahan galian yang lain.
Manakala kenderaan berat yang dilarang menggunakan jalan raya antara jam 8 malam hingga 8 pagi melibatkan lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya).
Selain itu, ia juga melibatkan lori kargo yang mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya, lori yang mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah dan lori kargo tanpa muatan.
Bagi kren bergerak dan lori pembancuh simen, larangan ditetapkan antara jam 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu. Walau bagaimana pun, jentera berat beroda dan kren bergerak adalah diberi pengecualian melaksanakan kerja-kerja kecemasan dan menyelamat.
Bagi yang sedang mencari nombor pendaftaran bagi kenderaan, ini ada siri terkini dari Sarawak dan Pulau Pinang yang akan dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri nombor pendaftaran terkini dari Sarawak, QS_Y bakal dibuka bidaan bermula 16 Mac. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 20 Mac. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 21 Mac 2026. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.
Manakala siri nombor pendaftaran terkini Pulau Pinang, PSE, akan dibuka bidaan bermula 20 Mac 2026. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 24 Mac, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 25 Mac 2026.
Memandangkan kini banyak urusan yang boleh dibuat secara dalam talian, jadi kalau nak dapatkan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh lakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran kenderaan yang diingini.
Susulan lonjakan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat berikutan serangan ke atas Republik Islam Iran, pada 9 Mac 2026, harga minyak Brent telah mencecah US$119 setong sebelum kembali turun ke sekitar US$90 setong, namun keadaan pasaran kekal tidak menentu.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa bagi tempoh antara 12 hingga 18 Mac 2026, harga runcit petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 60 sen seliter menjadi RM3.85 seliter.
Untuk petrol RON 95 tanpa subsidi, ia juga dinaikkan sebanyak 60 sen seliter menjadi RM3.27 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit petrol bersubsidi RON95 masih kekal pada RM1.99 seliter.
Untuk harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, ia dinaikkan 80 sen seliter menjadi RM3.92 seliter. Manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, ia masih berharga RM2.15 seliter.
Selain itu, MOF turut memaklumkan bahawa bagi melindungi rakyat daripada impak kenaikan harga pasaran produk petroleum, kerajaan juga akan mengekalkan harga bersubsidi diesel untuk sektor pengangkutan darat awam dan barangan di Semenanjung Malaysia masing-masing pada harga RM1.88 dan RM2.15 seliter dan menaikkan bantuan tunai bagi tempoh interim kepada pengguna kenderaan diesel yang layak di bawah Budi Diesel Individu dan Budi Diesel Agri-Komoditi daripada RM200 kepada RM300 untuk bulan Mac 2026. Pembayaran tambahan RM100 akan dibuat mulai 17 Mac 2026.
Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa harga RON95 di bawah inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) akan dikekalkan pada paras RM1.99 seliter walau pun harga pasaran minyak dunia ketika ini naik ketara susulan ketegangan di Asia Barat.
Beliau turut berkata keterjaminan bekalan minyak di Malaysia masih terkawal, dan hasil semakan dengan Petronas mendapati bekalan produk petroleum negara mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini.