Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Perodua hibrid tiba 2024, EV pertama Proton 2027

    Perodua hibrid tiba 2024, EV pertama Proton 2027

    Perkembangan ketika ini untuk kenderaan, teknologi elektrifikasi adalah jalan ke depan bagi banyak pengeluar. Dan, bagi Perodua dan Proton, walaupun agak terlewat, kedua-duanya pernah menyatakan hasrat untuk ikut serta dengan gelombang itu, antaranya seperti laporan yang pernah dikeluarkan oleh RHB Investment Bank.

    Di dalam laporan itu, bank berkenaan memberi gambaran bahawa Proton dijangka melancarkan model elektrik pertamanya pada 2027, sementara Perodua bakal memperkenlkan model hibrid EV pada 2024. Bagi Proton, itu bukanlah kejutan memandangkan ia pernah dinyatakan oleh Proton sebelum ini.

    Bagi Perodua juga itu sudah boleh dijangka, sekurang-kurangnya berkaitan teknologi yang akan diterapkan dalam konteks ini — sejak 2019, Perodua memaklumkan langkah pertama mereka dalam hal ini adalah untuk mengeluarkan kereta hibrid, yang diulang sekali lagi November lalu. Apa yang baru sekarang adalah tempoh masa tahun 2024 agar perkara itu dimulakan.

    Secara rasminya, Perodua juga memang sudah mempunyai kehadiran hibrid di dalam barisan kenderaannya ketika ini, melalui program pajakan Ativa Hybrid. Ogos tahun lalu, Perodua umumkan bakal membawa masuk 300 unit Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid untuk tujuan kajian dan penilaian, dengan program jemputan khas untuk pelanggan terpilih melanggan model berkenaan bertujuan untuk pengumpulan data selama tempoh percubaan selama lima tahun.

    Perodua hibrid tiba 2024, EV pertama Proton 2027

    Laporan berkenaan yang menyebut bahawa model Perodua hibrid akan mula dijual tahun depan menjadikan Ativa Hybrid berkenaan sebagai calon paling layak untuk itu, memandangkan ia satu-satunya model hibrid Daihatsu ketika ini. Cuma, agak aneh untuk mempunyai sebuah program pajakan jangka panjang beriringan dengan penjualan terbuka bagi model yang sama.

    Dengan Daihatsu yang telah memberi petunjuk kepada model hibrid baru selepas Rocky e-Smart Hybrid, mungkin juga model pertama hibrid Perodua itu nanti merupakan model selain Ativa. Ini kita perlu tunggu dan lihat.

    Bagi Proton, penantian untuk model elektrikfikasi mungkin memerlukan masa yang lebih panjang. Seperti Perodua, syarikat itu memaklumkan pemerhatian terhadap kos adalah faktor penting sebelum sebarang keputusan dibuat, dan bagi Proton, tiada sebarang tempoh masa yang ditetapkan.

     
     
  • Hyundai Ioniq 5 Max Malaysia diberi peningkatan – tiada lagi bumbung solar, dapat heads-up display?

    Hyundai Ioniq 5 Max Malaysia diberi peningkatan – tiada lagi bumbung solar, dapat heads-up display?

    Satu kumpulan baru Hyundai Ioniq 5 Max telah ditemui oleh seorang ahli kelab Hyundai Ioniq 5 EV di pusat servis Hyundai Ara Damansara. Melihat secara terperinci, kereta yang ditemui itu mempunyai beberapa perbezaan berbanding kereta tahun 2022 yang dilancarkan untuk pasaran.

    Sebagai permulaan, kita tahu ini adalah varian Max kerana rekaan rimnya, iaitu unit 20 inci yang digunakan pada Max, dan bukannya unit 19 inci seperti pada varian Lite dan Plus.

    Kemudiannya, ada dua perbezaan antara kereta di dalam gambar ini dengan model Max yang dilancarkan sebelum ini. Pertama sekali, tiada lagi bumbung solar, dan kedua, kereta itu nampak seperti menerima ciri heads-up display, yang mana projector untuknya boleh dilihat atas papan pemuka di hadapan bahagian pemandu.

    Hyundai Ioniq 5 Max Malaysia diberi peningkatan – tiada lagi bumbung solar, dapat heads-up display?

    Ada kemungkinan, kereta ini juga menerima beberapa peningkatan lain seperti di negara luar (mungkin juga tidak), seperti bateri 77.4 kWh yang lebih besar, atau Smart Frequency Dampers (SFP) yang dapat “memperbaiki maklum balas suspensi gandar hadapan dan belakang untuk meningkatkan keselesaan.” Sama seperti “Agility Control” oleh Mercedes-Benz, ia dikawal secara automatik dan bukannya dilaras sendiri oleh pemandu.

    Kami akan maklumkan sekiranya terdapat sebarang pengumuman rasmi daripada Sime-Darby Motor berkenaan spesifikasi Ioniq 5 ini dan jika ada sebarang perubahan termasuk bagi varian Lite dan Plus.

     
     
  • Perodua catat rekod tertinggi dengan jualan 282,019 unit pada tahun 2022 – naik 48.2% berbanding 2021

    Perodua catat rekod tertinggi dengan jualan 282,019 unit pada tahun 2022 – naik 48.2% berbanding 2021

    Perodua nampaknya mencatat rekod baru apabila pada tahun 2022 berjaya menjual 282,019 buah kenderaan, iaitu peningkatan 48.2% berbanding jumlah 190,291 pada tahun 2021. Dengan permintaan yang lebih tinggi berbanding pengeluaran, Perodua berjaya menjual kenderaan tanpa henti dan pengeluaran meningkat sebanyak 49.5%, iaitu bersamaan 289,054 unit.

    Pada awalnya, Perodua cuma meletakkan sasaran jualan tahun 2022 pada 247,800 (30.2% lebih tinggi berbanding jualan 2021), tetapi ia dengan mudah berjaya diatasi. Sebelum ini, jumlah jualan tahunan terbaik P2 adalah pada tahun 2019, iaitu sebanyak 240,341 unit. Berdasarkan jangkaan TIV 2022 sebanyak 720,000 unit, Perodua mengambil perkongsian pasaran sebanyak 39%.

    “Pencapaian ini juga adalah komitmen bersama ekosistem tempatan untuk pelanggan dan tanggung jawab bersama kami untuk memajukan industri ini,” kata presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

    Perodua catat rekod tertinggi dengan jualan 282,019 unit pada tahun 2022 – naik 48.2% berbanding 2021

    “Industri ini melakukan banyak pemikiran semula dan daripada apa yang dipelajari waktu pandemik lalu, kami mendapati kami perlu mengambil langkah aktif untuk pulih pada tahun 2021 – yang menyaksikan pelbagai cabaran dan daripada situ cuba memaksimumkan potensi ekosistem pada 2022,” tambah beliau.

    Zainal memberitahu, 2022 juga mempunyai cabaran sendiri termasuk pemulihan ekosistem daripada banjir besar, kekurangan pekerja akibat peningkatan kes Covid di bahagian pembekal, kekurangan bekalan cip semikonduktor dan kenaikan tiba-tiba harga bahan mentah. Walaubagaimanapun, dengan perancangan yang baik, Perodua serta rakan kerjanya bukan sahaja dapat mengatasi masalah ini, tetapi juga menemui pertumbuhan yang sangat diperlukan oleh industri.

     
     
  • Perodua: tiada kenaikan harga kereta buat masa sekarang; bergantung harga bahan mentah dll.

    Perodua: tiada kenaikan harga kereta buat masa sekarang; bergantung harga bahan mentah dll.

    Masuk sahaja tahun baru, beberapa pengeluar kereta telahpun mengeluarkan senarai harga baharu untuk model-model yang dijual di bilik pameran. Bagi BMW, Toyota dan Nissan, beberapa model telah mengalami kenaikan harga, manakala untuk Perodua ia nampaknya berpendirian sama seperti Honda yang tidak akan menaikkan harga untuk semua model buat masa sekarang.

    “Dalam merealisasikannya, kami berharap harga bahan mentah dan harga bahan api kekal terurus dan pada masa yang sama, kami juga berharap pertukaran mata wang asing serta kadar faedah akan lebih menggalakkan pertumbuhan industri,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

    Beliau turut menambah, buat masa ini sekiranya faktor-faktor ini kekal pada paras yang wajar, Perodua akan terus mengekalkan harga kenderaannya.

    “Buat masa ini, keutamaan kami adalah untuk menghantar kenderaan Perodua kepada mereka yang menempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan kerana harga kenderaan ini akan kekal seperti yang dipersetujui sehingga tarikh akhir 31 Mac 2023,” kata Dato’ Sri Zainal.

    Ini bermaksud semua model-model Perodua seperti Myvi, Axia, Bezza dan Alza akan dijual pada harga yang sama walaupun menerima permintaan yang tinggi, dan Perodua akan memastikan produksi mereka dapat berjalan lancar bagi membolehkan kereta-kereta baharu berkenaan dapat diserahkan kepada pelanggan pada masa yang telah dijanjikan.

     
     
  • Afeela – jenama EV kerjasama Honda dan Sony, prototaip didedahkan di CES, bakal dijual pada 2026

    Afeela – jenama EV kerjasama Honda dan Sony, prototaip didedahkan di CES, bakal dijual pada 2026

    Syarikat kerjasama Sony Honda Mobility (SHM) akhirnya mendedahkan jenama kenderaan elektrik penuh (EV) yang bakal dijual dalam pasaran – memperkenalkan, Afeela. Nama tersebut diumum ketika berlangsungnya acara tahunan CES yang diadakan di Las Vegas, serentak bersama pendedahan prototaip pertama Afeela.

    Menurut laporan The Verge, CEO SHM Yasuhide Mizuno menyatakan bahawa kereta ini akan menggunakan kepakaran Sony terhadap teknologi kepintaran buatan (AI), realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) bagi menghasilkan model EV yang unik dalam pasaran.

    “Afeela menggambarkan konsep kami tentang perhubungan interaktif di mana orang ramai dapat merasakan sensasi mobiliti interaktif dan di mana mobiliti boleh mengesan dan memahami orang dan masyarakat dengan menggunakan teknologi penderiaan dan AI,” kata Mizuno.

    Afeela – jenama EV kerjasama Honda dan Sony, prototaip didedahkan di CES, bakal dijual pada 2026

    Laporan itu turut menyebut bahawa EV dari Afeela akan dijual dengan harga kompetitif untuk berhadapan jenama-jenama premium seperti Mercedes-Benz, BMW, Volvo, dan Audi. Ia juga menambah Sony menjangkakan perisian yang ditawarkan nanti adalah menerusi servis langganan, jadi pemilik-pemilik Afeela mungkin perlu untuk membayar yuran bulanan bagi perincian-perincian tertentu.

    Sebelum ini SHM telah mengumumkan bahawa kerjasama untuk menghasilkan EV ini adalah 50:50 antara Sony dan Honda, manakala produk pertama Afeela akan diproduksi di kilang Honda di Amerika Utara. Pra-tempahan akan dibuka sebelum berakhir 2025, dan pelanggan pertama untuk pasaran Amerika Syarikat akan menerima kereta mereka pada musim bunga 2026, diikuti pelanggan di Jepun pada separa kedua tahun yang sama.

    Kereta ini mungkin akan dilengkapi dengan konsol permainan video Sony PS5 secara bina dalam, di mana SHM menyatakan bahawa ia adalah salah satu fungsi sistem hiburan untuk sebuah kereta yang berpaksikan hiburan. “Sony mempunyai kandungan, perkhidmatan dan teknologi hiburan yang menggerakkan orang ramai. Kami menyesuaikan aset ini kepada mobiliti, dan ini adalah kelebihan kami untuk berhadapan dengan Tesla, “kata presiden SHM, Izumi Kawanishi.

    Kali pertama Sony menunjukkan minatnya untuk terjun ke industri automotif adalah pada CES 2020, di mana ia memperkenalkan model konsep Vision-S. Kereta tersebut dipadatkan dengan pelbagai kamera, skrin, kebolehan pemanduan autonomi, serta perkhidmatan penstriman untuk katalog multimedia Sony dan keupayaan untuk menyambungkan konsol permainan PlayStation.

    Dua tahun kemudian, Sony sekali lagi mendedahkan model konsep yang dikenali sebagai Vision-S 02, iaitu SUV EV tujuh tempat duduk. Selepas pengenalan Vision-S 02 ini, model konsep sedan yang diperkenalkan sebelumnya dinamakan semula sebagai Vision-S 01.

    Walaupun pada mulanya Sony menyatakan ia tidak berhasrat untuk menghasilkan kereta produksi sebenar, syarikat itu kemudiannya nampak begitu serius dalam menjalankan ujian jalan raya, dan kemudian ia mengumumkan ingin mencari rakan kerjasama bagi mengkomersilkan projek EV tersebut. Sony dan Honda mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada tahun lalu bagi melahirkan SHM.

     
     
  • Lorong E20 Plaza Tol Kemuning arah timur di Lebuhraya Kesas ditutup sementara pada 6-9 Januari

    Lorong E20 Plaza Tol Kemuning arah timur di Lebuhraya Kesas ditutup sementara pada 6-9 Januari

    Kesas Sdn Bhd selaku pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas) memaklumkan Lorong E20 Plaza Tol Kemuning Arah Timur akan ditutup sementara kepada pengguna lebuhraya berkenaan mulai 10 malam pada Jumaat ini, 6 Januari 2023 sehingga 6 pagi, Isnin hadapan (9 Januari).

    Menurut Kesas, penutupan dilakukan bagi pelaksanaan kerja membaik pulih permukaan jalan konkrit di lorong itu demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

    “Sehubungan itu kami menasihatkan pengguna berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

     
     
  • JPJ eBid: Siri SYX dan PQR bakal dibuka bidaan

    Kali ini giliran siri nombor pendaftaran terkini dari Sabah dan Pulau Pinang bakal dibuka untuk bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bidaan bagi siri nombor pendaftaran terkini Pulau Pinang, PQR, bakal dibuka bidaan mulai 11 Januari 2023. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 15 Januari, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 16 Januari 2023. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

    Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Sabah pula, SYX, bidaannya bakal dibuka bermula 12 Januari 2023 dan akan berakhir jam 10 malam pada 16 Januari. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 17 Januari 2023.

    Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • Harga minyak 5-11 Jan – semuanya dikekalkan

    Harga minyak 5-11 Jan – semuanya dikekalkan

    Bagi minggu bertarikh 5 hingga 11 Januari 2023, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa harga
    runcit bagi ketiga-tiga bahan api iaitu petrol RON 97 dan RON 95 serta diesel masih dikekalkan. Ini merupakan minggu kedua berturut-turut kesemua harga bahan api tersebut dikekalkan.

    Di mana petrol RON 97 dikekalkan pada harga runcit RM3.35 seliter, selepas ia mengalami penurunan harga selama tiga minggu berturut-turut sepanjang Disember 2022.

    Manakala petrol RON 95 yang telah mencapai harga siling pula, ia masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter.

    MoF turut berkata, kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

     
     
  • Proton X50, X70 dan Exora catat jualan tertinggi dalam segmen bagi 2022 – Saga dan Persona juga meningkat

    Proton X50, X70 dan Exora catat jualan tertinggi dalam segmen bagi 2022 – Saga dan Persona juga meningkat

    Selain mengumumkan jumlah jualan untuk tahun 2022, Proton juga mendedahkan bahawa tiga model mereka berjaya menjadi pendahulu dalam segmen masing-masing pada tahun lepas, dan lima daripada enam model di dalam barisan produk mereka turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2021.

    Pada bulan Disember 2022, X50 terus menjadi SUV paling laris Malaysia, dengan 3,764 berjaya diserahkan kepada pelanggan, sekaligus menyumbang kepada rekod jualan tahunan 40,681 unit. Jumlah ini bersamaan dengan peningkatan 41.4% berbanding tahun sebelumnya, dan juga membawa X50 sebagai SUV segmen B paling laris.

    Sementara itu, X70 pula terus kekal sebagai SUV segmen C paling laris bagi tahun keempat berturut-turut, dengan jumlah jualan keseluruhan 18,533 unit – 1,787 daripadanya dijual pada bulan lepas. Menurut Proton, jualan X70 meningkat 13.1% berbanding tahun 2021.

    Model Proton ketiga yang menjadi pendahulu dalam segmennya adalah Exora, iaitu untuk MPV segmen C. Dengan jualan 4,275 unit untuk tahun 2022, MPV yang menerima peningkatan Ogos lalu ini menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 5.9% berbanding tahun sebelumnya.

    Model lain yang menyaksikan peningkatan jumlah jualan berbanding tahun sebelumnya adalah Saga, yang menaik 31.1% menjadi 55,878 unit (5,913 unit diserahkan pada bulan Disember 2022). Proton memberitahu, jumlah ini meletakkan Saga di tempat kedua dalam pasaran sedan segmen A, meskipun ia adalah model yang paling terjejas (penghantaran) akibat banjir hujung tahun 2021 – hanya 76 unit diserahkan pada Januari 2022.

    Proton X50, X70 dan Exora catat jualan tertinggi dalam segmen bagi 2022 – Saga dan Persona juga meningkat

    Persona juga mencatatkan peningkatan jualan, tetapi dengan peratusan cuma 1.3% berbanding tahun sebelumnya – 16,357 dijual pada tahun 2022 (2,322 unit untuk bulan Disember). Menurut Proton, masalah bekalan cip memberi kesan kepada pengeluaran model ini.

    Untuk Iriz, ia terus menerima kesan daripada masalah bekalan dan membawa kepada penurunan jumlah jualan sebanyak 14.9% pada tahun 2022. Proton tidak menyatakan berapa banyak Iriz yang berjaya dijual, tetapi jumlah pada tahun 2021 adalah 6,708 unit. Dengan mengambil peratusan yang ada, sebanyak 5,708 unit diserahkan kepada pengguna tahun lepas.

     
     
  • Proton eksport 5,406 unit kenderaan pada 2022, naik 79.1% — antara pengeluar dengan eksport terbesar

    Proton eksport 5,406 unit kenderaan pada 2022, naik 79.1% — antara pengeluar dengan eksport terbesar

    Selain merekodkan jualan kenderaan tertinggi sejak 2013 tahun lalu, Proton juga turut memperkembang dan memperkukuh angka ekport kenderaannya pada tahun 2022. Keseluruhannya, ia melibatkan 5,406 unit kenderaan yang berjaya dieksport, mewakili peningkatan sebanyak 79.1% berbanding tahun sebelumnya.

    Ini dapat dicapai antaranya disebabkan oleh peningkatan konsisten dalam industri perkapalan serta pertumbuhan dalam pasaran utama seperti Pakistan dan penambahan Afrika Selatan ke dalam senarai pasaran eksport.

    Sama seperti jualan domestik, Proton Saga menjadi model eksport paling popular dengan sebanyak 2,408 unit terjual sepanjang 2022. Ini mewakili peningkatan sebanyak 31% berbanding tahun 2021, sekaligus menunjukkan bahawa Saga masih mempunyai banyak potensi jualan di pasaran luar.

    Dua model SUV Proton juga menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sebanyak 1,708 unit Proton X70 telah dijual di pasaran eksport, melibatkan peningkatan sebanyak 101%, manakala jualan eksport bagi Proton X50 mencatatkan sebanyak 1,117 unit, melonjak sebanyak 277%.

    “Pertumbuhan dalam pasaran eksport tetap penting bagi Proton. Kami kini berada di pertengahan dalam rancangan perniagaan sepuluh tahun kami dan jualan eksport perlu diambil kira untuk peratusan jumlah
    yang semakin meningkat untuk syarikat mencapai matlamatnya. Dengan pertambahan model baru dan
    pertumbuhan daripada tawaran semasa kami pada tahun 2023, kami yakin dapat mencapai angka yang lebih
    besar tahun ini,” tambah Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah.

     
     
  • Honda Malaysia sahkan tiada kenaikan harga kereta buat masa sekarang, sedang tumpu siapkan tempahan

    Honda Malaysia sahkan tiada kenaikan harga kereta buat masa sekarang, sedang tumpu siapkan tempahan

    Hari ini beberapa jenama automotif seperti Toyota dan Nissan telah pun mengeluarkan senarai harga baharu yang dijual di Malaysia untuk tahun 2023, yang menyaksikan beberapa peningkatan harga pada model-model tertentu. Namun untuk Honda Malaysia (HM), syarikat berkenaan mengesahkan ia masih mengekalkan tanda harga sedia ada tanpa peningkatan walaupun sedang mengharungi ‘tempoh yang mencabar’ buat masa sekarang.

    “Walaupun dalam situasi semasa yang mencabar, Honda Malaysia akan mengekalkan harga keretanya buat masa sekarang. Keutamaan kami adalah untuk terus menyediakan produk berkualiti tinggi dan menyerahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” kata jurucakap HM kepada paultan.org hari ini ketika diajukan soalan berkenaan perkara tersebut.

    Ini bermaksud model-model popular Honda seperti City, Civic, CR-V dan juga HR-V akan dijual pada harga yang sama walaupun menerima permintaan yang tinggi, dan Honda Malaysia akan memastikan produksi mereka dapat berjalan lancar bagi membolehkan kereta-kereta baharu berkenaan dapat diserahkan kepada pelanggan pada masa yang telah dijanjikan.

    Kesemua model yang dijual di bilik-bilik pameran Honda seluruh Malaysia adalah dipasang secara tempatan (CKD) menerusi kilangnya yang terletak di Pegoh, Melaka. Ini membolehkan syarikat berkenaan ‘menyerap’ perbezaan kos sekiranya berlaku sebarang perubahan harga pada peringkat produksi.

    Jika dilihat kenaikan harga untuk model-model jenama lain seperti Toyota Corolla dan Camry serta Nissan Navara, ia adalah model-model import (CBU) yang diambil dari Thailand.

     
     
  • Mazda BT-50 XTR LE 2023 diperkenal di Australia – RM193k, ada bull-bar, terhad hanya 300-unit

    Mazda BT-50 XTR LE 2023 diperkenal di Australia – RM193k, ada bull-bar, terhad hanya 300-unit

    Mazda Australia telah memperkenalkan versi istimewa untuk trak pikap BT-50 untuk pasaran negara tersebut, digelar sebagai BT-50 XTR LE. Model ini diberikan pelbagai aksesori istimewa dan hanya dihasilkan sebanyak 300-unit, dijual pada harga bermula AUD64,295 (RM193k) tanpa kos atas jalan.

    Model ini diasaskan dari BT-50 dalam varian XTR pasaran Australia. Ia menerima tiga aksesori asli bahagian luaran yang membuatkan rupanya lebih lasak, terdiri dari bampar hadapan yang lengkap dengan bull-bar yang digilap, sports bar untuk bed belakang dalam kemasan digilap bersama lampu brek LED bina dalam dan juga pelapik bed belakang tugas berat yang lebih tahan lama.

    Mazda menyatakan bahawa bampar hadapan yang menerima bull-bar pada model XTR LE ini tidak akan menjejaskan operasi penderia hadapan untuk fungsi sistem bantuan pemanduan keselamatan, dan tidak menggangu aliran udara untuk penyejukan enjin dan transmisi.

    Kesemua aksesori asli berkenaan turut menerima perlindungan waranti selama lima-tahun, dan menurut Mazda pembeli yang memilih model edisi terhad ini jimat sehingga AUD2,500 berbanding memilih aksesori berkenaan secara berasingan.

    Perincian lain yang turut dikongsi pada varian XTR biasa termasuk skrin sesentuh sembilan-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, rim aloi 18-inci, lampu hadapan LED, liang udara pendingin hawa untuk kabin belakang, dan sistem bantuan pemanduan penuh.

    Seperti yang diketahui, Mazda BT-40 generasi baharu ini diasaskan dari Isuzu D-Max. Model edisi khas ini ditawarkan hanya dengan satu pilihan enjin dan transmisi iaitu unit paling berkuasa 4JJ3-TCX 3.0 liter turbodiesel empat-silinder berkuasa 190 PS dan tork maksima 450 Nm, digandingkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan bersama sistem pacuan 4WD.

    Model ini hanya ditawarkan dalam bentuk badan Double-Cab dan pilihan warna tunggal perak metalik. Jualannya sudahpun dibuka namun pelanggan terawal yang menempah trak pikap ini hanya akan menerimanya pada bulan hadapan. Jurucakap Mazda Australia turut mengesahkan kepada laman Drive.com.au bahawa walaupun ia hanya ditawarkan hanya 300 unit ketika diperkenalkan, jumlah berkenaan mungkin akan ditingkatkan berdasarkan permintaan pelanggan.

     
     
  • Proton jual 141,432 unit kenderaan sepanjang 2022, paling tinggi sejak 2013 — naik 23.3% berbanding 2021

    Proton jual 141,432 unit kenderaan sepanjang 2022, paling tinggi sejak 2013 — naik 23.3% berbanding 2021

    Proton telah umumkan yang jualan bulan Disember 2022 bagi domestik dan eksport adalah sebanyak 14,750 unit. Angka berkenaan merupakan peningkatan sebanyak 30.3% (atau 3,434 unit) berbanding 11,316 unit yang direkodkan pada November. Ini juga menjadikan jumlah jualan keseluruhan Proton sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 141,432 unit, angka tertinggi sejak 2013.

    Jualan ini juga meningkat sebanyak 26,724 unit (atau 23.3%) berbanding 2021, yang merekodkan jualan 114,708 unit ketika itu. Pertumbuhan kali keempat berturut-turut ini turut menyaksikan jumlah eksport meningkat kepada 5,406 unit, naik sebanyak 74% (atau 2,298 unit) daripada 3,108 unit yang dieksport pada 2021. Ini meletakkan Proton ditangga kedua penjualan bagi tahun lalu, dengan anggaran perkongsian pasaran sebanyak 19.6%.

    Melihat kepada pecahan mengikut model pula, Saga terus menjadi yang paling laris. Sebanyak 5,913 unit sedan berkenaan dijual bulan lalu, dengan jualan tahunannya sebanyak 55,878 unit. Ini merupakan peningkatan 31.1% berbanding pada tahun 2021.

    Sementara itu, X50 pula menjadi penyumbang kedua terbesar, dengan 40,681 unit terjual pada 2022, mewakili peningkatan 41.4% berbanding 2021. Pada Disember, Proton telah menyerahkan 3,764 unit SUV berkenaan kepada pelanggan. X70 pula mencatatkan 18,533 unit jualan (naik 13.1% berbanding 2021), sementara Exora menyumbang sebanyak 4,275 unit (naik 5.9% berbanding 2021).

    Proton jual 141,432 unit kenderaan sepanjang 2022, paling tinggi sejak 2013 — naik 23.3% berbanding 2021

    Bagi Persona, turut ada peningkatan kecil terhadap jualannya walaupun berdepan dengan masalah kekurangan cip. Sebanyak 16,357 unit terjual, peningkatan 1.3% berbanding 2021. Hanya Iriz yang mencatatkan penurunan jualan sebanyak 14.9% pada 2022.

    “2022 adalah tahun pencapaian dan juga sangat mencabar buat Proton. Kesan bencana banjir di penghujung 2021 turut memberi kesan pada suku pertama tahun 2022, menyaksikan kami bekerjasama dengan vendor untuk mengembalikan bekalan,” ujar Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah.

    Roslan menjelaskan, syarikat yakin untuk mencapai pertumbuhan lebih pesat untuk 2023 dengan kehadiran barisan model baru, walaupun merasa ragu-ragu dengan pertumbuhan TIV. “Kami menjangkakan TIV akan menurun berbanding apa yang dicapai pada 2022, memandangkan tempahan yang diambil sepanjang tempoh pengecualian cukai akan dipenuhi penghujung Mac nanti. Kadar faedah juga dijangka meningkat sekali lagi tahun ini, jadi agak sukar industri automotif untuk mengekalkan corak peningkatan jualan tersebut,” tambah beliau.

     
     
  • Nissan Malaysia keluarkan senarai harga untuk 2023 – trak pikap Navara naik harga hingga RM3,550

    Nissan Malaysia keluarkan senarai harga untuk 2023 – trak pikap Navara naik harga hingga RM3,550

    Memasuki tahun baharu 2023, beberapa syarikat pengeluar kereta telah pun mengeluarkan senarai harga baharu dan kebanyakannya menyaksikan kenaikan harga berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan Nissan Malaysia yang telah mengeluarkan senarai harga 2023 dan mengesahkan kenaikan harga bagi beberapa varian Navara sehingga RM3,500. Trak pikap ini adalah model import sepenuhnya dari Thailand, dan faktor harganya meningkat mungkin didorong oleh kenaikan nilai mata wang asing.

    Dilancarkan pada April 2021, barisan terkini Navara facelift menampilkan enam varian, dan hampir kesemuanya dikekalkan untuk 2023. Senarai harga terkini untuk tahun ini membabitkan 2.5L Single Cab MT berharga RM95,600, RM114,600 untuk 2.5L SE MT, RM120,600 bagi 2.5L SE AT, RM130,600 untuk 2.5L V AT, RM142,900 bagi 2.5L VL AT dan RM148,600 untuk varian tertinggi Pro-4X AT.

    Berbanding senarai harga 2022, harga bagi varian 2.5L SE AT dan ke atas tidak ada perubahan. Walau bagaimana, harga untuk varian 2.5L Single Cab MT dan 2.5L SE MT pula kini lebih tinggi sebanyak RM3,550 (masing-masing dari RM92,050 dan RM111,050).

    Nissan Malaysia keluarkan senarai harga untuk 2023 – trak pikap Navara naik harga hingga RM3,550

    Navara facelift dijanakan oleh enjin YD25 2.5 liter turbodiesel, dengan tahap talaan yang berbeza mengikut varian. Untuk 2.5L Single Cab MT dan 2.5L SE MT, enjinnya mampu menghamburkan kuasa hingga 163 PS dan tork 403 Nm pada 2,000 rpm, pacuannya disalurkan menerusi kotak gear manual enam-kelajuan dan sistem pacuan empat-roda boleh dipilih.

    Varian lain pula diberikan kotak gear automatik tujuh-kelajuan dan 4WD, dipadankan dengan versi output yang lebih tinggi dari YD25 dengan 190 PS dan 450 Nm pada 2,500 rpm.

    Varian tertinggi Pro-4X tampil lebih ranggi dengan bingkai gril hadapan kelabu pekat, kemasan hitam dengan serlahan jingga, aloi hitam spesifik-Pro-4X 17-imci dengan tayar all-terrain dan sistem kargo Utili-Track baharu, di mana cangkuk pada bahagian tepi boleh dilungsurkan, sekali gus memberikan fleksibiliti kepada pengguna yang mahu mengikat barang. Kabinnya pula diberikan jahitan jingga digabungkan bersama tempat duduk kulit rona hitam.

    GALERI: Nissan Navara 2.5L SE MT 2021

    GALERI: Nissan Navara 2.5L Single Cab MT 2021

     
     
  • Harga Toyota Corolla naik sehingga RM4k di M’sia – kini dari RM135k; Camry naik RM10k, dari RM220k

    Harga Toyota Corolla naik sehingga RM4k di M’sia – kini dari RM135k; Camry naik RM10k, dari RM220k

    UMW Toyota Motor telah menyemak semula harga Toyota Corolla dan Camry untuk pasaran Malaysia, dan ia dilaksanakan bermula 3 Januari 2023.

    Bermula dengan Corolla, kedua-dua varian sedan segmen C itu sekarang dijual pada harga RM4,000 lebih tinggi, menjadi RM134,888 bagi varian asas 1.8E, dan RM145,888 bagi varian di atasnya.

    Berkenaan spesifikasi, Corolla masih menggunakan enjin petrol empat silinder NA 1.8 liter 2ZR-FE bersama padanan transmisi CVT untuk memacu roda hadapan dan menghasilkan kuasa sehingga 139 PS pada 6,400 rpm dan tork 172 Nm pada 4,000 rpm.

    Bagi Camry, yang diberikan facelift Februari tahun lalu, ia sekarang dijual pada harga RM219,800, iaitu RM10,000 lebih tinggi berbanding jumlah yang diumumkan pada Julai 2022 selepas tamat tempoh pengecualian cukai jualan dan servis SST.

    Camry yang dipertingkat ini dipacu oleh enjin petrol empat silinder NA 2.5 liter A25A-FKS bersama transmisi automatik lapan kelajuan untuk menghantar kuasa kepada roda hadapan, dengan kemampuan 209 PS pada 6,600 rpm dan tork 253 Nm pada 5,000 rpm.

    Sementara harga melihatkan perubahan, spesifikasi serta kelengkapan setiap model masih sama dan datang dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 31, 2025