Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Audi Q5 dari RM1,152 sebulan, Audi A6 dari RM1,084 sebulan!

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Audi Q5 dari RM1,152 sebulan, Audi A6 dari RM1,084 sebulan!

    Dalam keadaan ketika ini yang mana pengeluaran kenderaan baru dari kilang terganggu akibat bekalan komponen yang tak cukup, pasaran kereta terpakai adalah pilihan yang menarik untuk dipertimbangkan, dengan pelbagai jenis kenderaan tersedia.

    Betul, membeli kereta terpakai boleh jadi menakutkan dengan begitu banyak ketidakpastiannya, tetapi unit yang dijual ketika myTukar Auto Fair 2022 datang bersama kelebihan lain; semua unit telah diperiksa secara ketat untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pembelian dan lega fikiran dengan pilihan tersebut. Antara kenderaan premium yang akan dijual di acara berkenaan ialah dua unit Audi ini — Q5 2.0L TFSI quattro dan A6 2.0L TSFI.

    SUV Q5 ini dijual pada harga RM105,100 atas jalan tidak termasuk insuran, dengan bacaan meter 114,712 km. Datang dalam warna putih, unit ini boleh dimiliki dengan ansuran dari RM1,152 sebulan*.

    Sebagai sebuah kenderaan myTukar Certified, Audi Q5 ini telah melalui pemeriksaan 160-poin untuk memastikannya tidak pernah terlibat dengan kerosakan akibat banjir, rosak akibat kebakaran atau terlibat dalam kemalangan terus. Luarannya, dalaman, bawah badan dan ruang enjin adalah bersih dan terjaga dari segenap aspek.

    Q5 ini dilengkapi enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol yang menghasilkan 225 hp dari 4,500 rpm hingga 6,250 rpm dan 350 Nm tork dari 1,500 rpm hingga 4,500 rpm. Kuasa dihantar ke semua roda — ini model quattro — melalui transmisi automatik lapan-kelajuan.

    Disebabkan ini sebuah SUV, maka ruang yang tersedia sangat besar. Untuk ruang barangan, kapasitinya adalah 540 liter tanpa kerusi barisan ketiga diturunkan. Antaramuka multimedia Audi MMI membolehkan sambungan Bluetooth, dengan audio disokong oleh sistem 10-pembesar suara. Dengan tingkat kemasan S Line ini, itu bermakna ruang dalamannya lebih sporty, misalnya untuk stereng dan kerusinya.

    Jika inginkan model sedan, ada juga A6 2.0 TFSI 2014 ini untuk dinilai. Dijual pada harga RM98,900 atas jalan tidak termasuk insuran, dengan bacaan meter 124,327 km. Dalam warna kelabu metalik, ia boleh dimiliki dengan ansuran bulanan dari RM1,084*.

    Sama seperti Q5 yang dinyatakan, unit ini juga telah melalui pemeriksaan ketat myTukar Certified, melibatkan pemeriksaan 160-poin. Unit ini juga dalam keadaan yang sangat baik untuk berada atas jalan, tanpa pernah terlibat dalam kemalangan teruk dan tiada kerosakan akibat kebakaran atau banjir. Ia juga telah dibersihkan secara penyeluruh, baik luaran, dalaman, bawah badan, ruang enjin dan lain-lain.

    Ia datang dengan enjin 2.0L turbocas empat-silinder petrol yang sama, dengan janaan 180 hp pada 4,000 rpm dan 320 Nm tork pada 1,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda depan melalui transmisi automatik, dan rim bersaiz 18-inci menggunakan saiz tayar 245/45.

    Di dalam, A6 2014 ini menggabungkan rekaan moden dan klasik, dengan antaramuka MMI menawarkan kemudahan kontemporari sementara penggayaan dalam kabin menggunakan material aluminium dan kayu. Penumpang belakang juga ada corong pendingin sendiri, dengan kelebihan kawalan pendingin empat-zon.

    Jika anda ingin mencari kenderaan lain, jangan risau. Acara myTukar Auto Fair 2022, yang akan berlangsung dari 1-3 Julai ini bertempat di myTukar Retail Experience Centre di Puchong South ada menyediakan lebih daripada 1,000 unit kenderaan terpakai sebagai pilihan. Untuk kelegaan fikiran pelanggan, semua kenderaan ini telah diberikan myTukar Certified dan telah melalui pemeriksaan 160-poin untuk memastikannya bebas daripada sebarang masalah, kemalangan teruk, serta kerosakan akibat kebakaran atau banjir.

    Selain itu, semua kenderaan dengan myTukar Certified telah diberikan baik pulih menyeluruh untuk memastikan keadaanya seperti baru. Setiap kereta ada rekod sejarah yang jelas, diperiksa setiap aspeknya termasuk bahagian enjin — tiada ada satu pun yang abaikan untuk memastikan kualiti pemanduan, dan tanpa sebarang kemalangan teruk atau pernah terlibat dalam banjir. Pemeriksaan 160-darjah termasuklah enjin, stereng, brek dan suspensi, transmisi dan klac, luaran dan dalaman, serta yang terakhir bawah badan dan bawah hud.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Audi Q5 dari RM1,152 sebulan, Audi A6 dari RM1,084 sebulan!

    myTukar mempunyai pusat baik pulih canggih miliknya sendiri untuk melakukan kerja yang berkaitan terhadap kenderaan. Semua aspek luaran dan dalaman kenderaan, termasuk ciri elektroniknya, akan melalui baik pulih atau diperkemas mengikut standard “myTukar Certified Pre-Owned”. Baik pulih dilakukan di bawah pematuhan piawaian ketat kerana myTukar sentiasa mengutamakan keselamatan pelanggan.

    Sebagai tambahan, setiap pembelian myTukar disertakan sekali dengan lanjutan jaminan selama setahun dan dua servis percuma, tawaran yang jarang diberikan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya anda berdepan sebarang masalah atau bertukar fikiran tentang kenderaan yang dibeli, anda hanya perlu pulangkannya tanpa sebarang pertanyaan diajukan kepada anda — melalui polisi jaminan pulangan wang lima-hari yang diberikan.

    Urusan pembelian kenderaan menjadi sangat mudah kerana myTukar Experience Centres merupakan pusat sehenti yang memastikan perjalanan anda untuk membeli kenderaan berlangsung dengan mudah dan tidak rumit. Semua urusan dari pemeriksaan Puspakom, pendaftaran JPJ, permohonan pinjaman hinggalah kepada insuran, semuanya diuruskan oleh syarikat ini.

    Jika anda membeli kenderaan di acara ini nanti, ganjaran sehingga RM800,000 juga menanti! Pembeli berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Sydney, Australia dengan semua kos ditanggung. Anda juga akan menerima tawaran istimewa, seperti kadar faedah pinjaman serendah 1.88% untuk 150 tempahan pertama serta peluang untuk memenangi baucar dengan nilai sehingga RM1,000 melalui promosi Spin & Win.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Audi Q5 dari RM1,152 sebulan, Audi A6 dari RM1,084 sebulan!

    Tidak lupa juga ada hadiah bernilai RM12,000 untuk cabutan bertuah eksklusif untuk dimenangi. Ini termasuklah iPhone 13, sebuah iPad, sebuah konsol Playstation, SmarTV Android, pembersih hampagas Xiomi Mi Robot serta pam air Karcher dan mesin kopi Nescafe Dolce Gusto.

    Trak makanan turut akan berada di lokasi, membolehkah pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman pilihan mereka dengan mudah. Prosedur penghindaran Covid-19 juga perlu diamalkan — pelitup muka adalah wajib sepanjang masa, tetapi penjarakan fizikal tidak lagi wajib. Kru acara akan kerap membersihkan keseluruhan lokasi serta permukaan yang kerap disentuh seperti kereta dan kemudahan umum untuk memastikan keselamatan terjamin.

    myTukar Retail Experience Centre di Puchong South terletak di tepi LDP (Lot 14225, KM 3.8) sebelum plaza tol Puchong Barat, jika anda datang dari IOI Mall dan Bandar Puteri. Sebelum tol, di sebelah kiri anda. Kotak oren misteri yang dilihat di myTukar Plentong juga akan berada di beberapa kawasan seluruh negara, imbas untuk tahu lebih lanjut!

    Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi myTukar, atau layari pilihan luas kenderaan yang ada ketika ini di inventori myTukar dan lihat tawaran yang diberikan. Datanglah ke myTukar Auto Fair at the myTukar Retail Experience Centre – Puchong South dari 1-3 Julai nanti, 9.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

    Anda juga boleh menghubungi saluran berikut:

    Telefon : 03-7890 4499
    WhatsApp : +6018-2249999
    Emel: [email protected]

    myTukar Retail Experience Centre – Puchong South
    Lot 14225, KM 3.8,
    Lebuhraya Damansara–Puchong,
    47100 Puchong, Selangor.

    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Audi Q5 2.0L TFSI quattro 2014

    Audi A6 2.0L TFSI 2014

     
     
  • Mercedes-AMG GLA35 4Matic H247 2022 dilancar di M’sia – RM344k tanpa SST, CKD, 306 PS/400 Nm, AWD

    Mercedes-AMG GLA35 4Matic H247 2022 dilancar di M’sia – RM344k tanpa SST, CKD, 306 PS/400 Nm, AWD

    Serentak dengan pengenalan sedan prestasi Mercedes-AMG A 35 Sedan V177 versi pemasangan tempatan (CKD) hari ini, jenama premium dari Jerman berkenaan turut melancarkan sekali kembarnya dalam versi crossover iaitu Mercedes-AMG GLA35 4Matic H247, juga dalam versi CKD.

    Untuk mereka yang menempah model CKD ini sebelum 30 Jun 2022, ia dijual pada harga RM343,888 kerana masih menerima insentif pengecualian cukai jualan dan servis (SST). Manakala bermula 1 Julai, Mercedes-AMG GLA 35 ini dijual pada harga RM363,888. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran, dan diberikan waranti selama empat tahun tanpa had perbatuan.

    Seperti model 35 lain, GLA 35 ini menerima enjin M260 2.0 liter empat silinder petrol turbo yang menghasilkan kuasa 306 PS pada takat 5,800 rpm dan tork maksima 400 Nm bermula 3,000 rpm hingga 4,000 rpm.

    Ia digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik lapan-kelajuan AMG Speedshift DCT, dan kuasa dialirkan ke kesemua roda dengan sistem pacuan semua roda Mercedes 4Matic. Ini membolehkan GLA 35 memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.1 saat, sebelum mencapai kelajuan maksima 250 km/j.

    Mercedes-AMG GLA35 4Matic H247 2022 dilancar di M’sia – RM344k tanpa SST, CKD, 306 PS/400 Nm, AWD

    Model ini juga menerima kelengkapan AMG lain, termasuk mod pemanduan AMG Dynamics yang dihubungkan pada sistem ESP, dengan dua pilihan iaitu Basic dan Advances. Lima mod disediakan dalam AMG Dynamics ini iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+ serta mod yang boleh anda olah sendiri iaitu Individual.

    Sistem ekzos AMG turut dilengkapkan pada model ini yang memberikan bunyi berbeza bergantung mod pemanduan yang anda pilih, bermula dengan discreet (Slippery, Comfort and Sport) hingga emotive (Sport+).

    Kotak gear DCT pada AMG GLA 35 ini diberikan fungsi Race-Start. Jika anda mahukan corak pemanduan yang lebih liar tetapi masih mahu bantuan komputer untuk mengawal kestabilan kenderaan, anda boleh memilih mod Sport Handling pada sistem ESP.

    Berbanding model GLA standard, kerangka badan AMG GLA 35 ini dihasilkan dengan lebih tegar menerusi pemadanan plat aluminium di bawah enjin, serta dua pendakap tambahan pada bahagian bawah sebelah hadapan.

    Mercedes-AMG GLA35 4Matic H247 2022 dilancar di M’sia – RM344k tanpa SST, CKD, 306 PS/400 Nm, AWD

    Topang McPherson pada GLA AMG 35 ini turut ditala semula bagi mengurangkan olengan badan, membolehkan anda membelasahnya di selekoh dengan kelajuan lebih tinggi. Sistem suspensi dengan penyerap hentak adaptif AMG Ride Control dibekalkan secara standard untuk model pasaran Malaysia ini

    Sistem brek pada model ini juga adalah lebih baik dari versi standard, di mana ia dipadankan cakera berliang 350 mm dan angkup empat omboh di hadapan, bersama cakera 330 mm dan angkup omboh tunggal di belakang.

    Bahagian luaran dan dalaman AMG GLA 35 ini diberikan imej lebih garang berbanding model GLA 200. Ia menerima pakej penggayaan luar AMG Line bersama gril hadapan AMG. Di belakang, model ini dibezakan dengan bampar bersama diffuser lebih agresif, yang turut menempatkan dua tip ekzos berbentuk bulat, dan juga spoiler bumbung lebih besar.

    Model pasaran Malaysia ini datang dengan set rim aloi ringan AMG 20-inch lima-jejari berkembar dalam kemasan hitam matte. Perincian luaran lain yang turut dibekalkan termasuk lampu hadapan Multibeam LED bersama Adaptive Highbeam Assist Plus, cermin sisi elektrik sepenuhnya, rel bumbng aluminium digilap dan lampu sekeliling yang memancarkan logo Mercedes-Benz. Enam warna badan ditawarkan termasuk Polar White, Cosmos Black, Iridium Silver, Mountain Grey dan Denim Blue.

    Mercedes-AMG GLA35 4Matic H247 2022 dilancar di M’sia – RM344k tanpa SST, CKD, 306 PS/400 Nm, AWD

    Pada bahagian dalaman, model ini diberikan pilihan upholsteri kulit sintetik Artico atau gentian mikro Dinamica bersama perapi-perapi elemen struktur-karbon. Tempat duduk hadapan boleh dilaras secara elektrik dengan fungsi memori, manakala tali pinggang keledar Manufaktur berwarna merah turut diberikan secara standard.

    Ia juga datang standard dengan roda stereng rata di bawah AMG Performance balutan kulit Nappa, yang diberikan dua butang dan suis putar yang boleh digunakan bagi menetapkan pilihan sistem AMG Dynamic Select, menawarkan pilihan talaan mod pemanduan Slippery, Comfort, Sport, Sport + dan Individual.

    Bahagian kabin sedan ini turut menyerupai model hatchback dengan paparan instrumen digital sepenuhnya Widescreen Cockpit yang terdiri dari dua buah skrin yang masing-masing bersaiz 10.25-inci serta sistem perantara baharu Mercedes-Benz User Experience (MBUX) menggunakan arahan suara ‘Hey, Mercedes’.

    Ia dihubungkan kepada sistem bunyi surround Burmester bersama modul komunikasi terkini (LTE) bagi membolehkan fungsi servis terhubung Mercedes me beroperasi, iaitu salah satu perincian dalam sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz.

    Perincian lain yang dibekalkan pada crossover prestasi ini termasuk tempat duduk belakang yang boleh dilipat, sistem pendingin hawa automatik Thermotronic. Pakej Light & Sight juga diberi secara standard menampilkan lampu suasana 64-warna serta cermin pandang belakang dan cermin sisi sebelah pemandu auto-malap.

    Kabin GLA 35 ini turut menampilkan skrip AMG yang menyala bersama penutup yang boleh ditukar, karpet kaki AMG, serta ruang storan pada konsol tengah dengan penutup yang boleh disorokkan.

    Untuk keselamatan, Mercedes-AMG GLA 35 4Matic ini dibekalkan dengan pakej parkir dengan kamera 360-darjah, Active Parking Assist with Parktronic, Lane Tracking Package, Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist, Exit Warning Assist, dan Active Brake Assist.

    Fungsi keselamatan pasif ditambah dengan beg udara untuk bahagian lutut, penunjuk pemakaian tali pinggang keledar untuk tempat duduk belakang serta sistem pemantau tekanan angin tayar Tirefit.

    Pakej Keyless-Go Comfort juga diberikan menampilkan fungsi Hands-Free Access dengan Keyless-Go, serta pintu tailgate belakang boleh diakses dengan mudah dengan dibekalkan Easy-Pack Tailgate. Ia juga datang dengan pakej perlindungan kenderaan Urban Guard, menampilkan sistem penggera anti-kecurian serta sistem pemantau dalam kabin yang boleh dilihat menerusi aplikasi Mercedes me.

     
     
  • Hyundai Ioniq 6 – teaser dedah beberapa bahagian luar

    Sebelum pengenalan rasmi Ioniq 6 dibuat tidak lama lagi, Hyundai mendedahkan gambar dekat beberapa bahagian luarnya sebagai teaser. Kesemuanya ada enam gambar, dan melihat kepada salah satu yang mempunyai lampu LED merah panjang, ia kelihatan seperti terletak di atas pintu but dan mempunyai grafik Parametric Pixel sama seperti Ioniq 5.

    Melihat kepada gambar c-pillar serta fender, Ioniq 6 jelas mempunyai bentuk yang lebih menggelembung dan licin berbanding Ioniq 5, sementara bampar hadapannya melihatkan beberapa elemen tetapi kebanyakannya tertutup. Di bahagian belakang, sekali lagi kita boleh melihat grafik Parametric Pixel, pada bucu bampar.

    Sebahagian muka hadapan Ioniq 6 ini juga terdedah, dengan menampakkan bentuk melengkung serta lampu yang juga menggunakan DRL dengan grafik Parametric Pixel. Bahagian tengah bampar juga mempunyai bahagian panjang yang tidak dicat sama seperti warna badan.

    Apa yang diketahui sekarang, Ioniq 6 dibina atas platform E-GMP sama seperti Ioniq 5, Kia EV6 dan Genesis GV60, sekaligus membawa makna ia juga dapat digunakan dengan pengecas pantas DC sehingga 350 kW. Waktu mengecasnya juga dijangka sama seperti EV Kia dan Genesis yang disebutkan tadi – 18 minit dari 5% ke 80%.

    Berdasarkan spesifikasi dua kereta itu, Ioniq juga mungkin menggunakan penggerak serta pakej bateri sama seperti Ioniq 5 – pilihan motor tunggal atau berkembar, untuk menghasilkan pacuan RWD atau AWD, serta pek bateri paling besar 77.6 kWh yang mampu memberi jarak gerak 482 km.

     
     
  • Volkswagen ID. Aero Concept – petunjuk sedan EV global pertama VW, lebih besar daripada Passat

    Volkswagen ID. Aero Concept – petunjuk sedan EV global pertama VW, lebih besar daripada Passat

    Seperti yang dijanjikan, Volkswagen telah mendedahkan kereta konsep baru yang dipanggil sebagai ID. Aero. Ia menjadi petunjuk kepada sedan elektrik penuh pertama jenama itu, dan merupakan ahli keenam bagi barisan model ID. selepas ID.3, ID.4, ID.5, ID.6 serta ID. Buzz.

    Perkataan “global” itu perlu dilihat penting, kerana secara teknikalnya, ID. Aero ini bukanlah sedan elektrik pertama Volkswagen. Model yang memegang gelaran itu adalah e-Lavida, tetapi ia cuma dijual di China sahaja dan tidak dikira sebagai model global.

    Menurut Volkswagen, ID. Aero versi produksi untuk China dijangka akan mula dijual pada separuh kedua tahun 2023, dengan dua versi berada dalam perancangan – satu bagi setiap syarikat yang mempunyai kerjasama dengannya (FAW-VW and SAIC-VW). Untuk Eropah pula, pengeluaran akan bermula pada tahun hadapan di Emden.

    Volkswagen ID. Aero Concept – petunjuk sedan EV global pertama VW, lebih besar daripada Passat

    ID. Aero boleh dianggap sebagai satu evolusi kepada ID. Vizzion, iaitu satu lagi model konsep sedan elektrik yang ditunjuk pada tahun 2018. Walaubagaimanapun, model konsep terbaru ini dilihat sudah lebih bersedia untuk produksi.

    Volkswagen memberitahu, ID. Aero mempunyai ukuran lima meter panjang, dan lebih panjang daripada Passat B8 sekarang. Terletak di atas platform Modular Electric Drive Matrix (MEB) sama seperti model ID lain, ia diberitahu dapat “menyediakan ruang dalam sangat luas”, tetapi masih belum ada gambar yang didedah.

    Untuk bentuk luarannya, badan ID. Aero ini menggunakan bumbung seperti coupe dengan permukaan lain juga licin dan rata, menyumbang kepada daya geseran angin yang rendah, cuma 0.23 Cd. Banyak perincian berbentuk pangkah dapat dilihat termasuk pada lampu hadapan dan belakang, serta kemasan di bahagian bawah bampar hadapan.

    Volkswagen ID. Aero Concept – petunjuk sedan EV global pertama VW, lebih besar daripada Passat

    Garis bonet kereta ini tidak sampai ke lampu, sekaligus memberi petunjuk bahawa bukaannya adalah lebih kecil berbanding kereta enjin biasa, dan badannya dicat warna Polar Light Blue Metallic, dengan bumbung pula berwarna hitam. Rim bersaiz 22 inci.

    Volkswagen tidak memberitahu berapa kuasa motor elektrik model ini, tetapi ia dilengkapi dengan bateri lithium ion 77 kWh. Dengan bentuk yang cekap secara aerodinamik, ia diberitahu dapat memberi jarak gerak sehingga 620 km mengikut kitaran WLTP.

     
     
  • Kanak-kanak dilihat berdiri di bumbung suria ketika kereta dipacu 60-80 km/j di Lebuhraya Utara-Selatan

    Kanak-kanak dilihat berdiri di bumbung suria ketika kereta dipacu 60-80 km/j di Lebuhraya Utara-Selatan

    Satu lagi aksi berbahaya dirakamkan oleh pengguna jalan raya yang memaparkan dua orang kanak-kanak selamba mengeluarkan badannya dari bumbung suria ketika kenderaan sedang dipacu. Foto berkenaan yang tular selepas dimuatnaik di Facebook GetREC oleh Brandon Tan selepas merakamkan kejadian tersebut yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, melepasi Senawang/Seremban.

    Dalam beberapa foto yang dimuatnaik di laman media sosial terbabit, kelihatan dua kanak-kanak yang mengeluarkan separuh badan mereka dan duduk di bumbung suria kenderaan yang sedang bergerak dalam kelajuan lebih kurang 60-80 km/j itu.

    Ternyata tindakan kanak-kanak terbabit mampu mengundang bahaya dan merisikokan dirinya sendiri. Jika kereta terbabit terpaksa dibrek mengejut untuk mengelak halangan dan sebagainya, kemungkinan besar kanak-kanak terbabit boleh tercampak keluar dari kereta yang sedang bergerak itu. Malah boleh merisikokan keselamatan mereka sendiri yang mungkin mendatangkan kecederaan atau lebih teruk boleh hilang nyawa.

    Kanak-kanak dilihat berdiri di bumbung suria ketika kereta dipacu 60-80 km/j di Lebuhraya Utara-Selatan

    Tahukah anda, tindakan tersebut adalah amat menyalahi undang-undang. Awal bulan ini, dilaporkan seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tiga pertuduhan yang dilakukan di Jalan Tambun di antara pukul 6.20 hingga 6.45 petang, 22 Mac lepas. Susulan tindakannya yang membiarkan tiga orang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan mereka menerusi tingkap kereta yang sedang bergerak

    Lelaki terbabit berhadapan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Selaku orang dewasa yang matang dan waras, anda sangat bertanggungjawab terhadap keselamatan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan anda. Jika mereka memberontak mahu melakukan sesuatu perkara yang merbahaya, anda haruslah bertegas untuk melarangnya. Jangan menyesal sekiranya anda gagal berbuat demikian, perkara yang tidak diingini pula berlaku. Malang tidak berbau. Selain berhati-hati sewaktu memandu, kita semua kena berhati-hati dan berwaspada dalam setiap tindakan kita.

     
     
  • Perodua Alza 2022 dalam video teaser #5 terbaru — lampu depan dan belakang, gril dan rim ditunjuk!

    Perodua Alza 2022 dalam video teaser #5 terbaru — lampu depan dan belakang, gril dan rim ditunjuk!

    Perodua sekali lagi mengeluarkan video teaser terbaru bagi Perodua Alza 2022, yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dalam klip pendek terbaru itu, beberapa elemen rekaan model berkenaan ditunjukkan, yang juga berkongsi banyak perkara dengan Toyota Avanza/Veloz dan Daihatsu Xenia.

    Di belakang misalnya, kluster lampu pada Alza baru ini nampak sama dengan bentuk yang ada Avanza dan Xenia. Perincian yang ada juga nampak sama, cuma pada MPV Perodua ada melibatkan jalur krom yang melengkapi kemasan dalam warna badan yang menghubungkan klusternya, sedikit di atas kedudukan nombor plat.

    Selebihnya, Alza menerima rekaan gril yang tersendiri dengan perincian dalam motif berbentuk L kecil yang juga menempatkan kamera depan. Lencana Perodua diletakkan sedikit di depan garis tutup bonet, dengan separuh ke bawahnya dilanjutkan ke dalam rekaan gril dari bahagian kemasan hitam yang ada. Ini lebih menyerupai rupa Xenia, memandangkan kedua-dua Avanza dan Veloz mempunyai gril depan yang lebih besar dan menonjol.

    Turut kelihatan ialah lampu utama Alza, yang sepertinya hadir dalam unit Adaptive Driving Beam LED yang hadir standard untuk varian tertinggi 1.5AV. Ini lengkap dengan jalur lampu LED di bahagian atas kluster yang membentuk lampu posisi yang bertindak juga sebagai lampu isyarat. Rekaan lampu utama ini nampak unik untuk Alza, memandangkan Avanza dan Xenia di Indonesia tampil kurang “premium” tanpa jalur LED berkenaan.

    Perincian lain yang turut kelihatan ialah rodanya, walapun saiznya tidak ditunjukkan dengan jelas. Saiz rim paling besar untuk Avanza dan Xenia di Indonesia ialah 16-inci, sementara Veloz di Malaysia menerima saiz 17-inci sebagai standard. Untuk ruang dalaman, ia hanya nampak sekilas pandang, tetapi boleh dikatakan ruang Alza akan sedikit berbeza daripada “kembar”nya yang lain itu.

    Semua varian Alza, termasuk yang paling asas 1.5X dan pertengahan 1.5H, akan menggunakan enjin 1.5 liter NA empat-silinder Dual VVT-i dan D-CVT. Harga anggaran bermula dari RM62,000 atas jalan tidak termasuk insuran bagi 1.5X, hingga RM68,000 bagi 1.5H dan RM75,000 bagi 1.5AV.

    Anda boleh meneliti perbezaan spesifikasi antara varian bagi Alza 2022 di sini, daripada apa yang diketahui setakat ini. Perincian lain akan diketahui kelak, ketika semakin hampir dengan tarikh pelancarannya.

     
     
  • Mercedes-AMG A 35 Sedan V177 2022 CKD dilancar di Malaysia – RM325k tanpa SST, 306PS/400 Nm, AWD

    Mercedes-AMG A 35 Sedan V177 2022 CKD dilancar di Malaysia – RM325k tanpa SST, 306PS/400 Nm, AWD

    Selepas dilancarkan di Malaysia pada 2019 dalam versi diimport sepenuhnya, kini sedan berprestasi tinggi Mercedes-AMG A 35 Sedan V177 secara rasminya diperkenalkan dalam versi pemasangan tempatan. Pengenalan model AMG sebenar untuk A-Class sedan ini juga adalah susulan dari pelancaran model sedan A200 CKD dan A250 CKD pada Oktober tahun lalu.

    Untuk mereka yang menempah model CKD ini sebelum 30 Jun 2022, ia dijual pada harga RM 325,090 kerana masih menerima insentif pengecualian cukai jualan dan servis (SST). Manakala bermula 1 Julai, Mercedes-AMG A 35 Sedan CKD ini dijual pada harga RM 343,888. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran, dan diberikan waranti selama empat tahun tanpa had perbatuan.

    Sebagai perbandingan, A 35 Sedan ini dijual pada harga RM348,888 dalam versi CBU ketika diperkenalkan di Malaysia pada September 2019. Apabila kerajaan memulakan insentif pengecualian cukai jualan (SST), model ini dijual pada harga RM336,278. Jadi untuk harga tanpa SST, model ini adalah sekita RM11k lebih murah, manakala bermula 1 Julai nanti harganya adalah RM5k lebih rendah berbanding model asal CBU yang dilancarkan pada 2019.

    Mercedes-AMG A 35 Sedan V177 2022 CKD dilancar di Malaysia – RM325k tanpa SST, 306PS/400 Nm, AWD

    Sama seperti versi CBU sebelum ini, Mercedes-AMG A 35 Sedan yang dipasang di Pekan, Pahang ini masih dijana oleh enjin petrol M260 2.0 liter empat-silinder turbo menghasilkan 306 hp pada takat 5,800 rpm dan tork maksima 400 Nm bermula 3,000 hingga 4,000 rpm. Kuasa dialirkan ke kesemua roda menerusi kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan AMG Speedshift 7G bersama sistem pacuan semua roda 4Matic.

    Sistem 4Matic berkenaan mampu untuk menghantar tork ke gandar belakang sehingga 50% menerusi klac pelbagai lapisan electro-mekanikal. Prestasi juga masih sama di mana dengan sistem launch control yang dibekalkan pada Race Mode, ia mampu berlepas seperti lastik bagi mencatatkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat.

    Berbanding model standard, versi prestasi tinggi sebenar AMG ini diberikan kerangka badan yang lebih tegar. Bahagian hadapan diberikan panel aluminum digelar “shearing plate”, dan bersama pendakap diognal tambahan, ia memberikan ketegaran torsi bagi membolehkan A 35 Sedan ini mengambil selekoh dengan lebih jitu serta sudut toe dan camber lebih baik untuk lebih kestabilan pada kelajuan tinggi.

    Mercedes-AMG A 35 Sedan V177 2022 CKD dilancar di Malaysia – RM325k tanpa SST, 306PS/400 Nm, AWD

    Bahagian hadapan juga masih menerima suspensi topang McPherson dengan geometri gandar istimewa dan lengan-lengan kawalan ringan diperbuat dari aluminium. Manakala di belakang diberikan sistem empat-hubungan yang sama seperti model hatchback A 35.

    Ia datang standard dengan sistem suspensi AMG Ride Control, menampilkan penyerap hentak adaptif, dan juga sistem stereng sport elektro-mekanikal sensitif kelajuan serta AMG Dynamics torque vectoring yang berfungsi menggunakan sistem brek.

    Rupa A 35 Sedan ini juga kekal agresif sama seperti versi hatchback. Ia menerima pakej penggayaan penuh AMG Line, terdiri dari gril twin-louvre, liang udara hadapan lebih besar dan juga skirt sisi lebih labuh. Manakala di belakang, bampar sedan ini menerima diffuser bersama dua tip ekzos oval, serta spoiler pada penutup but.

    Mercedes-AMG A 35 Sedan V177 2022 CKD dilancar di Malaysia – RM325k tanpa SST, 306PS/400 Nm, AWD

    Model pasaran Malaysia ini menerima set rim aloi ringan AMG lima-jejari berkembar bersaiz 19-inci, bersama fender yang lebih lebar dari A-Class biasa. Dan disebalik roda tersebut, kereta ini dihentikan dengan angkup monoblok empat omboh bersama cakera ditebuk 350 mm di hadapan, serta angkup satu omboh dan cakera 330 mm di belakang.

    Enam warna ditawarkan untuk Mercedes-AMG A 35 Sedan CKD ini iaitu Polar White, Cosmos Black, Iridium Silver, Mountain Grey dan Denim Blue.

    Bahagian kabin sedan ini turut menyerupai model hatchback dengan paparan instrumen digital sepenuhnya Widescreen Cockpit yang terdiri dari dua buah skrin yang masing-masing bersaiz 10.25-inci serta sistem perantara baharu Mercedes-Benz User Experience (MBUX) menggunakan arahan suara ‘Hey, Mercedes’.

    Ia dihubungkan kepada sistem bunyi surround Burmester bersama modul komunikasi terkini (LTE) bagi membolehkan fungsi servis terhubung Mercedes me beroperasi, iaitu salah satu perincian dalam sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz.

    Ia juga datang standard dengan roda stereng rata di bawah AMG Performance balutan kulit Nappa, yang diberikan dua butang dan suis putar yang boleh digunakan bagi menetapkan pilihan sistem AMG Dynamic Select, menawarkan pilihan talaan mod pemanduan Slippery, Comfort, Sport, Sport + dan Individual.

    Model CKD ini turut diberikan opsyen upholsteri gentian mikro Dinamica hitam atau kulit sintetik Artico bersama perapi-perapi Aluminium AMG Design dalam kemasan hitam atau perak. Tempat duduk hadapan boleh dilaras secara elektrik dengan fungsi memori, manakala tali pinggang keledar Manufaktur berwarna merah turut diberikan secara standard. Sedan prestasi tinggi ini masih memberikan ruang but belakang dengan kapasiti 420 liter.

     
     
  • Chery Malaysia buka fan page Tiggo 7 Pro di FB – pesaing Proton X70, Honda CR-V bakal dilancarkan?

    Chery Malaysia buka fan page Tiggo 7 Pro di FB – pesaing Proton X70, Honda CR-V bakal dilancarkan?

    Selepas membuka dua fan page rasmi untuk Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 di Facebook, Chery Malaysia sekali lagi melakukan perkara yang sama untuk Tiggo 7 Pro. Seperti yang dilaporkan pada Disember lalu, jenama dari China ini akan muncul kembali di Malaysia, walau pun kita masih menunggu ketiga-tiga model yang disebut ini akan dilancarkan.

    Berukuran 4,500 mm panjang, 1,842 mm lebar, 1,746 mm tinggi dengan jarak roda 2,670 mm, Tiggo 7 Pro ini lebih besar berbanding Omoda 5 yang hanya 4,400 mm panjang dan jarak roda pada 2,630 mm. Walau bagaimana pun, ia lebih kecil berbanding Tiggo 8 Pro tiga-barisan tempat duduk yang berukuran 4,722 mm panjang dan jarak roda cecah 2,710 mm.

    Tiggo 7 Pro merupakan pacuan roda-hadapan dan diberikan dua pilihan enjin pengecas turbo empat-silinder. Pilihan pertama merupakan unit 1.5 liter berkuasa 150 PS dan tork 230 Nm, dengan pacuan disalurkan menerusi CVT yang turut memiliki sembilan nisbah maya. Unit 1.5T ini dianggarkan menggunakan bahan api sekitar 6.8 liter bagi setiap 100 km, dan turut digandingkan dengan sistem mild hybrid 48 voltan dengan 5.8l/100km.

    Manakala pilihan kedua pula ialah unit 1.6 liter suntikan-terus dengan 197 PS dan 290 Nm yang digandingkan bersama transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan, dengan penggunaan bahan api dianggarkan sekitar 6.6 liter bagi setiap 100 km.

    Bergantung pada pasaran, antara ciri kelengkapan yang diberikan untuk Tiggo 7 Pro termasuk kawalan penghidup enjin, tempat duduk hadapan larasan kuasa dengan fungsi memori untuk bahagian pemandu, kawalan suhu dwi-zon “self-cleaning” dengan ioniser dan penderia kualiti udara, sistem infotainmen berasaskan cloud dengan mod karaoke, kawalan suara, kemaskini perisian over-the-air, bumbung suria panoramik dan sistem bunyi lapan-pembesar suara Sony.

    Di China, ia turut ditawarkan dengan versi lebih premium yang dinamakan Tiggo 7 Plus, yang diposisikan di atas Tiggo 7 biada dan menampilkan bampar yang digayakan semula, dengan imej dalaman yang dipertingkatkan, dwi skrin 12.3-inci dan sistem infotainmen yang dioperasikan dengan sistem operasi Lion 4.0 ciptaan Chery bersama Baidu CarLife dan Apple CarPlay.

    Untuk aspek keselamatan dan bantuan pemandu, Tiggo 7 Pro menerima brek kecemasan sendiri, kawalan kelajuan adaptif, bantuan pemusatan lorong, pemantauan titik buta, kepekaan trafik lintasan belakang, bantuan pengehad kelajuan, amaran membuka pintu, bantuan parkir, lampu tinggi automatik, enam beg udara dan kawalan kestabilan.

    Tiggo 7 Pro merupakan SUV segmen-C dengan konfigurasi lima-tempat duduk yang bersaing rapat dengan model lain dalam kelas yang sama seperti Proton X70, Honda CR-V, Mazda CX-5, Hyundai Tucson, Kia Sportage, Peugeot 3008, Nissan X-Trail dan Subaru Forester.

     
     
  • Dari Proton/Perodua hingga Merc/BMW, stok tersedia di myTukar Auto Fair 2022 – 1-3 Julai, Puchong South

    Dari Proton/Perodua hingga Merc/BMW, stok tersedia di myTukar Auto Fair 2022 – 1-3 Julai, Puchong South

    Nak beli kereta baru ok, tapi dah tanya berapa lama tempoh menunggu sebelum dapat kereta yang ditempah itu? Ketika ini, dengan banyak masalah yang dihadapi oleh industri automotif memberi kesan kepada bekalan cip dan alatan kepada hampir semua pengeluar. Tambah memburukkan keadaan, permintaan juga semakin tinggi selepas tempoh pandemik sebelum ini. Tak lupa kepada pengecualian SST yang bakal berakhir hujung bulan ini.

    Persoalan utama jika anda ingin membeli kereta dalam masa terdekat ini adalah, “ada stok atau tidak?” Namun, anda boleh jimat masa jika mengalihkan pilihan itu kepada kenderaan terpakai, yang boleh dibawa balik terus jika ada yang berkenan.

    Untuk kereta terpakai, tak ada tempat lain yang lebih menarik selain di myTukar Auto Fair 2022 yang akan berlangsung dari 1-3 Julai ini bertempat di myTukar Retail Experience Centre in Puchong South. Akan tersedia pelbagai jenis dan model kenderaan terpakai, semuanya dengan lanjutan jaminan dan pakej servis percuma untuk kelegaan pelanggan.

    Ketika acara, akan ada lebih daripada 1,000 unit kenderaan dengan myTukar Certified, baik dari jenama seperti Proton dan Perodua hinggalah kepada kereta premium Continental dari jenama seperti Mercedes-Benz dan BMW. Ada banyak pilihan, dan semua unit kenderaan itu telah pun melalui pemeriksaan 160-poin; ini untuk memastikan tiada perubahan dilakukan terhadap meter, tidak pernah terlibat dalam kemalangan besar, kebakaran atau pun ada kerosakan akibat banjir.

    Dari Proton/Perodua hingga Merc/BMW, stok tersedia di myTukar Auto Fair 2022 – 1-3 Julai, Puchong South

    Untuk kelegaan fikiran pelanggan, semua kenderaan ini telah diberikan myTukar Certified dan telah melalui pemeriksaan 160-poin untuk memastikannya bebas daripada sebarang masalah, kemalangan teruk, serta kerosakan akibat kebakaran atau banjir.

    Selain itu, semua kenderaan dengan myTukar Certified telah diberikan baik pulih menyeluruh untuk memastikan keadaanya seperti baru. Setiap kereta ada rekod sejarah yang jelas, diperiksa setiap aspeknya termasuk bahagian enjin — tiada ada satu pun yang abaikan untuk memastikan kualiti pemanduan, dan tanpa sebarang kemalangan teruk atau pernah terlibat dalam banjir. Pemeriksaan 160-darjah termasuklah enjin, stereng, brek dan suspensi, transmisi dan klac, luaran dan dalaman, serta yang terakhir bawah badan dan bawah hud.

    myTukar mempunyai pusat baik pulih canggih miliknya sendiri untuk melakukan kerja yang berkaitan terhadap kenderaan. Semua aspek luaran dan dalaman kenderaan, termasuk ciri elektroniknya, akan melalui baik pulih atau diperkemas mengikut standard “myTukar Certified Pre-Owned”. Baik pulih dilakukan di bawah pematuhan piawaian ketat kerana myTukar sentiasa mengutamakan keselamatan pelanggan.

    Sebagai tambahan, setiap pembelian myTukar disertakan sekali dengan lanjutan jaminan selama setahun dan dua servis percuma, tawaran yang jarang diberikan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya anda berdepan sebarang masalah atau bertukar fikiran tentang kenderaan yang dibeli, anda hanya perlu pulangkannya tanpa sebarang pertanyaan diajukan kepada anda — melalui polisi jaminan pulangan wang lima-hari yang diberikan.

    Dari Proton/Perodua hingga Merc/BMW, stok tersedia di myTukar Auto Fair 2022 – 1-3 Julai, Puchong South

    Urusan pembelian kenderaan menjadi sangat mudah kerana myTukar Experience Centres merupakan pusat sehenti yang memastikan perjalanan anda untuk membeli kenderaan berlangsung dengan mudah dan tidak rumit. Semua urusan dari pemeriksaan Puspakom, pendaftaran JPJ, permohonan pinjaman hinggalah kepada insuran, semuanya diuruskan oleh syarikat ini.

    Jika anda membeli kenderaan di acara ini nanti, ganjaran sehingga RM800,000 juga menanti! Pembeli berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Sydney, Australia dengan semua kos ditanggung. Anda juga akan menerima tawaran istimewa, seperti kadar faedah pinjaman serendah 1.88% untuk 150 tempahan pertama serta peluang untuk memenangi baucar dengan nilai sehingga RM1,000 melalui promosi Spin & Win.

    Tidak lupa juga ada hadiah bernilai RM12,000 untuk cabutan bertuah eksklusif untuk dimenangi. Ini termasuklah iPhone 13, sebuah iPad, sebuah konsol Playstation, SmarTV Android, pembersih hampagas Xiomi Mi Robot serta pam air Karcher dan mesin kopi Nescafe Dolce Gusto.

    Dari Proton/Perodua hingga Merc/BMW, stok tersedia di myTukar Auto Fair 2022 – 1-3 Julai, Puchong South

    Trak makanan turut akan berada di lokasi, jadi pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman pilihan mereka dengan mudah. Prosedur penghindaran Covid-19 juga perlu diamalkan — pelitup muka adalah wajib sepanjang masa, tetapi penjarakan fizikal tidak lagi wajib. Kru acara akan kerap membersihkan keseluruhan lokasi serta permukaan yang kerap disentuh seperti kereta dan kemudahan umum untuk memastikan keselamatan terjamin.

    myTukar Retail Experience Centre di Puchong South terletak di tepi LDP (Lot 14225, KM 3.8) sebelum plaza tol Puchong Barat, jika anda datang dari IOI Mall dan Bandar Puteri. Sebelum tol, di sebelah kiri anda. Kotak oren misteri yang dilihat di myTukar Plentong juga akan berada di beberapa kawasan seluruh negara, imbas untuk tahu lebih lanjut!

    Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi myTukar, atau layari pilihan luas kenderaan yang ada ketika ini di inventori myTukar dan lihat tawaran yang diberikan. Datanglah ke myTukar Auto Fair at the myTukar Retail Experience Centre – Puchong South dari 1-3 Julai nanti, 9.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

    Anda juga boleh menghubungi saluran berikut:

    Telefon : 03-7890 4499
    WhatsApp : +6018-2249999
    Emel: [email protected]

    myTukar Retail Experience Centre – Puchong South
    Lot 14225, KM 3.8,
    Lebuhraya Damansara–Puchong,
    47100 Puchong, Selangor.

    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

     
     
  • MBPP tebang 19 pokok kelapa, elak insiden buah kelapa gugur atas pengguna jalan raya berlaku lagi

    MBPP tebang 19 pokok kelapa, elak insiden buah kelapa gugur atas pengguna jalan raya berlaku lagi

    Selepas tular video berdurasi 28 saat memaparkan seorang pemboceng motosikal terjatuh akibat terkena buah kelapa yang gugur dari pokok di tepi jalan didakwa berlaku di Pulau Pinang semalam, hari ini Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan operasi untuk menebang pokok-pokok kelapa di kawasan berlakunya insiden tersebut.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz dalam laporan Berita Harian, kerja-kerja menebang 19 pokok kelapa yang dikenal pasti berisiko mengancam keselamatan pengguna jalan di Jalan Teluk Kumbar berkenaan membabitkan 15 petugas MBPP serta dua jentera angkat atau skylift bermula jam 2.45 petang tadi.

    “Bermula dengan 11 pokok yang kita kenal pasti pagi tadi telah meningkat kepada 19 pokok setakat ini dan mungkin juga bilangannya boleh bertambah lagi dengan radius pemerhatian kami sejauh lebih 1 kilometer. Kami berharap urusan menebang kesemua pokok itu selesai lewat petang ini bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk menggunakan jalan itu,” katanya dalam laporan akhbar tersebut.

    Azrul turut menyatakan bahawa kesemua pokok kelapa dari Jalan Teluk Kumbar hingga Jalan Sungai Batu terbabit berada di atas tanah milik MBPP yang dijadikan rizab jalan selain tanah milik persendirian, namun buat masa ini pihaknya tidak menerima bantahan pemilik pokok berkenaan dan kebanyakan pokok kelapa itu hanya dibiarkan tanpa dijaga rapi atau dikutip hasil oleh pemiliknya.

    Berita Harian turut menyebut bahawa selepas melakukan tinjauan, operasi menebang kesemua pokok terbabit agak mencabar kerana ia membabitkan laluan yang agak sibuk menghubungkan Teluk Kumbar dan Balik Pulau dengan satu lorong jalan terpaksa ditutup sehingga menyebabkan kesesakan di jalan terbabit.

    Laporan akhbar berkenaan turut menyatakan bahawa mangsa yang terlibat dalam insiden semalam itu mengalami kecederaan parah dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

     
     
  • JPJ kesan 55,000 pemilik benarkan individu tanpa lesen pandu kenderaan mereka dari Jan-Mei 2022

    JPJ kesan 55,000 pemilik benarkan individu tanpa lesen pandu kenderaan mereka dari Jan-Mei 2022

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah merekodkan sejumlah 55,000 kesalahan melibatkan pemilik kenderaan yang membenarkan pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei tahun ini.

    Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedly Fadly Ramli, pihaknya kesal dengan sikap ambil mudah sesetengah masyarakat yang berterusan melakukan kesalahan tersebut tanpa memikirkan risiko serta bahaya kepada pengguna jalan raya lain, laporan Bernama.

    “Menurut pemerhatian dan analisis terkini JPJ, tiada perubahan sikap dan tanggungjawab yang ketara dalam kalangan pemilik kenderaan tentang perkara itu dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

    JPJ kesan 55,000 pemilik benarkan individu tanpa lesen pandu kenderaan mereka dari Jan-Mei 2022

    “Ia boleh dilihat dengan jelas apabila direkodkan 347,300 pemilik kenderaaan didapati membenarkan individu tiada lesen membawa kenderaan mereka dari Januari 2019 hingga Mei tahun ini,” katanya.

    Tambah beliau, kebanyakan kesalahan melibatkan ahli keluarga terutama ibu bapa yang membenarkan anak-anak termasuk di bawah umur memandu tanpa lesen dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

    Justeru, pihaknya mengingatkan orang awam supaya mengambil serius perkara berkenaan kerana pemilik yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu denda tidak kurang RM300 dan maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

    “Selain itu JPJ juga boleh mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik kenderaan melalui tindakan penyitaan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

     
     
  • Sebahagian Lebuhraya KL-Karak laluan Lentang ditutup 11 malam ini untuk kerja pembinaan ECRL

    Sebahagian Lebuhraya KL-Karak laluan Lentang ditutup 11 malam ini untuk kerja pembinaan ECRL

    ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) mengumumkan penutupan menutup sebahagian lebuhraya berkenaan untuk kedua-dua arah selama 30 minit dari jam 11 malam ini bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan ECRL.

    Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Puan Radzimah Mohd Radzi, penutupan itu bertujuan memudahkan laluan jentera berat yang terlibat dengan pembinaan terowong ECRL di Genting.

    “Laluan di kedua-dua arah Lebuhraya KLK akan ditutup sepenuhnya dari KM55.35 sehingga KM 55.85 (Lentang) bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. ANIH Berhad ingin menasihati pengguna untuk merancang perjalanan dan jika perlu, mempercepatkan atau menangguhkan perjalanan mereka”, katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Sebahagian Lebuhraya KL-Karak laluan Lentang ditutup 11 malam ini untuk kerja pembinaan ECRL

    Tambah beliau, selepas jam 11.30 malam ini, hanya laluan lorong kiri akan dibuka dikedua-dua arah kepada para pengguna. ANIH Berhad menjangkakan laluan akan dibuka sepenuhnya di semua arah pada pukul 5 pagi, 28 Jun (Selasa).

    Radzimah juga ingin mengingatkan semua untuk memandu dengan berhemah dan mematuhi arahan petugas dilokasi serta memastikan keadaan kenderaan mereka sentiasa dalam berkeadaan optimum sebelum memulakan perjalanan mereka.

    Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi talian hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT di 1-700-818-700.

     
     
  • Pekerja di Lembah Kelang dianggar luang masa dalam kereta 44 jam sebulan disebabkan kesesakan trafik

    Pekerja di Lembah Kelang dianggar luang masa dalam kereta 44 jam sebulan disebabkan kesesakan trafik

    Keadaan trafik di jalan raya semakin teruk sejak baru-baru ini dan menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Ismaniza Ismail, ia boleh memberi pelbagai kesan negatif kepada pengguna jalan raya.

    Beliau memberitahu perkara ini kepada Harian Metro, sambil mengatakan bahawa setiap hari, mereka yang berulang-alik ke tempat kerja terpaksa meluangkan masa kira-kira sejam ke dua jam di dalam kenderaan.

    “Bayangkan berapa banyak masa terbuang setiap hari akibat kesesakan jalan raya. Katakan setiap pagi, seorang pekerja bangun awal untuk pergi ke tempat kerja dan pulang awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Walaupun cukup lapan jam waktu bekerja harian, hakikatnya tetap ada sejam dua yang ‘hilang’ dalam perjalanan,” kata Ismaniza.

    Beliau juga menambah bahawa perkara ini boleh memberi kesan kepada produktiviti. “Sekiranya purata gaji sejam ialah RM7, didarab dengan dua jam dan 22 hari bekerja, kerugian produktiviti dianggarkan RM308 sebulan yang ‘terbazir’ di atas jalan.

    Pekerja di Lembah Kelang dianggar luang masa dalam kereta 44 jam sebulan disebabkan kesesakan trafik

    Selain daripada itu, Ismaniza juga mengaitkan pembaziran masa di dalam kenderaan waktu kesesakan ini dengan masalah fizikal, emosi dan mental seseorang individu, seterusnya memberi kesan kepada persekitaran bekerja.

    Untuk mengatasi masalah ini, beliau antaranya mencadangkan waktu kerja fleksibel. “Minggu kerja fleksi yang menawarkan pilihan hari bekerja seperti yang diamalkan di banyak negara maju atau bekerja dari rumah juga adalah alternatif yang boleh meningkatkan produktiviti kerja kerana kurang risiko terperangkap dalam kesesakan. “Namun, ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pekerjaan tertentu seperti guru yang tiada pilihan untuk keluar bekerja dan juga pengguna jalan raya yang menghantar anak ke sekolah,” kata beliau.

    Naik taraf kualiti perkhidmatan awam sedia ada juga antara penyelesaian yang dibangkitkan. “Sudah tentu juga jadual perjalanan sesebuah pengangkutan awam itu perlu efisien, agar tidak jadi seperti lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya,” kata Ismaniza.

     
     
  • Prodrive P25 habis dijual sebaik sahaja didedahkan di Goodwood FOS; RM2.48 juta untuk Subaru 22B repro!

    Prodrive P25 habis dijual sebaik sahaja didedahkan di Goodwood FOS; RM2.48 juta untuk Subaru 22B repro!

    Prodrive P25, iaitu model yang dihasilkan semula oleh firma kejuruteraan British yang mengendalikan Subaru World Rally Team (SWRT) iaitu Prodrive sebagai ‘kelahiran semula’ Subaru Impreza 22B STI, telah pun didedahkan secara rasmi minggu lalu. Model berkenaan kemudiannya di bawa ke Goodwood Festival of Speed (FOS) 2022 yang berlangsung hujung minggu lalu bagi membuat penampilan sulung dikhalayak awam.

    Sebelum ini, P25 telah diumumkan hanya akan dibina sebanyak 25-unit, dengan harga jualan £460,000 (RM2.48 juta) tidak termasuk cukai. Mahal? Menurut laporan Whichcar, Prodrive mengesahkan bahawa kesemua unit yang bakal dihasilkan tersebut sudahpun habis dijual pada hari pertama kereta ini didedahkan di Goodwood FOS!

    Walaupun Prodrive menyatakan P25 adalah model kelahiran semula model produksi jalan raya edisi terhad Subaru Impreza 22B STI (hanya 424 unit) yang dihasilkan pada tahun 1998 bagi meraikan ulangtahun ke-40 Subaru serta kemenangan tiga-tahun berturut-turut dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dalam kategori pengeluar, hakikatnya P25 adalah lebih mirip kepada kereta rali sebenar Impreza WRCar 1997.

    Prodrive sebelum ini turut menyatakan bahawa P25 dihasilkan sempena kemenangan pertama Impreza WRCar 1997 dalam WRC 25 tahun lalu. Ia diasaskan dari kerangka Subaru Impreza WRX GC8 dua pintu, kemudian menerima kejuruteraan semula dengan untuk menjadikan ia lebih kukuh dan ringan, sama seperti apa yang Prodrive lakukan ketika membangunkan jentera WRC mereka.

    Pereka asal Impreza WRCar 1997 iaitu Peter Stevens (pereka bersama supercar McLaren F1) turut terlibat dalam projek ini, di mana beliau mengolah semula beberapa rekaan P25 berkenaan. Pengarah teknikal Prodrive, David Lapworth yang mengetuai pembangunan Impreza WRCar lebih 25-tahun lalu turut terlibat untuk memantau projek P25 ini.

    Rekaan muka P25 ini jelas serupa dengan Impreza WRCar 1997, menampilkan bampar hadapan dengan gril bersepadu dengan bampar, logo Subaru ‘terapung’ serta liang udara yang mendedahkan dengan jelas radiator di belakangnya. Ia juga hadir dengan cermin sisi dan spoiler belakang gergasi WRCar sebenar.

    Berbanding 22B yang menampilkan panel badan logam dan aloi, P25 sekali lagi menampilkan perincian yang hampir kepada jentera WRC sebenar dengan bonet hadapan, bumbung, penutup but belakang, cermin sisi, bampar hadapan dan belakang serta keempat-empat fender yang lebih lebar dari WRX GC8 standard – kesemuanya diperbuat dari material komposit karbon.

    Jika 22B menerima enjin EJ22 2.2 liter boxer turbo berkuasa 280hp, P25 pula menerima enjin EJ25 2.5 liter dalam versi paling terkini diproduksi oleh Subaru (dengan sistem injap bervariasi dan sebagainya) kemudian dirombak semula oleh Prodrive bagi mengekstrak lebih kuasa.

    Prodrive P25 habis dijual sebaik sahaja didedahkan di Goodwood FOS; RM2.48 juta untuk Subaru 22B repro!

    Enjin tersebut menerima komponen dalaman termasuk pelapik silinder (cylinder liners), omboh, rod penyambung (con rod) serta rangkaian injap yang kesemuanya binaan khas dari Prodrive. Ia kemudiannya menerima sistem turbo untuk sukan permotoran dari Garret lengkap dengan sistem anti-lag seperti kereta rali sebenar, bersama intercooler dan kotak kemasukan udara berprestasi tinggi, serta sistem ekzos perlumbaan titanium dan logam tahan karat dari Akrapovic yang turut menampilkan injap by-pass penyenyap.

    Secara keseluruhan, enjin baharu tersebut mampu menghasilkan kuasa 400 hp dan tork maksima 600 Nm! Ia digandingkan dengan kotak gear sequential enam-kelajuan (separa automatik, gear helix) bersama pedal penukar gear, dengan kuasa dipindahkan menerusi set klac lapisan berkembar dari AP Racing.

    Untuk sistem pacuan empat roda, gandar hadapan dan belakang menerima set LSD, bersama LSD tengah aktif dan boleh dilaras bagi memberikan agihan tork tepat antara roda hadapan dan belakang. Selain anti-lag, jentera rali jalan raya ini turut menerima sistem launch control gaya-WRC sebenar, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat.

    Dengan sistem launch control tersebut, pemandu hanya perlu menekan pedal pendikit ketika kereta berkenaan ‘berlepas’, dengan sistem fly-by-wire pada pedal pendikit dan dan pedal klac pada set pedal box serta kotak gear akan memberikan tukaran gear 1-2-3 secara automatik bagi memberikan pecutan paling optimal.

    Prodrive P25 habis dijual sebaik sahaja didedahkan di Goodwood FOS; RM2.48 juta untuk Subaru 22B repro!

    Menurut Prodrive, P25 ini juga diberikan pelbagai komponen ringan lain termasuk bateri lithium-ion. Secara keseluruhan, model jelmaan semula 22B ini ditimbang tidak sampai 1,200 kg.

    Konfigurasi suspensi asal topang McPherson pada GC8 masih dikekalkan pada P25, namun Prodrive telah merombak semula rekaannya dengan komponen yang diperbuat dari aluminium membolehkan geometri camber dan toe dilaras dan dioptimakan, bersama dengan trek roda selebar 1,770 mm.

    Prodrive turut memadankan penyerap hentak boleh laras dari Bilstein. Manakala spring dan bar anti-oleng yang dipadankan adalah ditala untuk mendapatkan pengendalian optima di atas permukaan tar – pemilik boleh menukar kedua-dua komponen tersebut mengikut keperluan pemanduan lain.

    P25 ini dilengkapkan dengan set roda yang terdiri dari set rim yang dihasilkan oleh Prodrive sendiri dengan saiz 19-inci dan lebar 8.5 jj, dibalut dengan tayar Bridgestone Potenza 235/35/R19 yang didakwa menepati talaan pada penyerap hentak.

    Manakala untuk brek, P25 menerima set lengkap dari AP Racing menampilkan cakera berliang 380 mm dan angkup enam-omboh di hadapan serta cakera berliang 350 mm dan angkup empat-omboh di belakang. Pembeli turut ditawarkan dengan pelbagai jenis pad brek untuk sistem ini mengikut kesesuaian masing-masing.

    Untuk kabin, P25 masih mengekalkan papan pemuka asal GC8, tetapi diberikan pelbagai kemasan dan perapi dari material lebih moden serta perincian yang hampir dengan kereta rali sebenar. Ia diberikan upholsteri dengan kombinasi kulit dan alcantara, bersama pelbagai kemasan dari gentian karbon.

    Secara asasnya, P25 masih direka sebagai coupe dua-pintu dengan empat tempat duduk. Namun pembeli boleh memilih untuk memadankan sepasang tempat duduk perlumbaan pada bahagian hadapan, tempat duduk belakang di cabut serta diberikan separa roll cage, serta panel sebelah dalam pintu yang diperbuat dari gentian karbon.

    Panel meter analog Impreza tidak lagi digunakan, sebaliknya digantikan dengan paparan instrumen digital berdefinasi tinggi dari Motec yang turut menampilkan fungsi data-logger seperti kereta lumba sebenar. Jadi untuk pemanduan litar, pemandu boleh membuat tetapan semula untuk respon pendikit, pemetaan prestasi enjin serta larasan untuk sistem anti-lag.

    Malah ia juga dilengkapi dengan brek tangan ‘fly-off’ gaya WRC sebenar, yang bukan sahaja dapat mengunci dengan mudah cakera brek belakang, malah turut akan memutuskan alihan kuasa ke gandar belakang bagi memudahkan aksi ‘handbrake turn’ pada selekoh tajam dan sempit atau memulakan aksi drift. Manakala untuk memastikan kereta ini tidak bergerak ketika diparkir, ia dilengkapi dengan brek parkir elektrik secara standard.

     
     
  • myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    myTukar Auto Fair 2022 bakal berlangsung hujung minggu ini, dari 1-3 Julai, di myTukar Retail Experience Centre – Puchong South. Seperti sebelum ini, akan ada banyak kenderaan terpakai sebagai pilihan, dan jika anda inginkan kereta yang lebih premium, akan ada juga dua pilihan ini.

    Pilihan yang lebih sporty akan diwakili oleh Mercedes-Benz A-Class W177, ditampilkan di sini dalam spesifikasi paling tinggi A250 AMG Line. Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkannya, dan ia dijual pada harga RM228,700, bersamaan dengan ansuran bulanan dari hanya RM2,507*.

    Ini merupakan hatchback penting jenama ini, dan oleh kerana anda tidak lagi boleh membeli versi lima-pintu yang biasa kini, ini peluang terbaik untuk anda mendapatkan versinya yang lebih sporty. Unit A250 ini diimport sepenuhnya, lengkap dengan bodykit AMG Line, dengan spoiler belakang dan diffuser turut hadir untuk imej AMG lengkap.

    Di dalam, ia tetap premium walaupun ini model peringkat kemasukan, lengkap dengan ciri Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Sistem infotainment terbaru ini datang dengan paparan 10.25-inci, AppleCarPlay dan Android Auto serta sistem kawalan suara “Hey Mercedes”.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    Jika versi A200 pula datang dengan enjin dan kotak gear daripada Renault, A250 ini menggunakan enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder Mercedes-Benz, menghasilkan sebanyak 224 PS dan 350 Nm tork dan dipadan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan.

    Unit tahun 2019 ini, dengan bacaan meter 28,572 km untuk tempoh tiga tahun, adalah myTukar Certified. Ini bermaksud ia telah melalui pemeriksaan 160-poin. Laporannya tidak menunjukkan sebarang masalah dengan enjin, transmisi, bateri, suspensi, tayar, brel dan pendingin, serta tiada sebarang masalah yang ditunjukkan dari diagnostik, begitu juga tiada kecacatan luaran dan dalaman yang lain.

    Jika anda mencari kenderaan yang lebih besar, anda boleh juga mendekati BMW 328i Gran Turismo 2015. Walaupun saiz besar, harganya tidak begitu; ia dijual pada harga RM111,600 atau serendah RM1,223 sebulan*.

    Model GT ini menggunakan asas 3 Series F30 dengan ruang dalamannya lebih besar daripada 5 Series, dengan ruang kaki dan barangan yang cukup luas, serta tingkap tanpa bingkai, memberikan pengalaman ala coupe. 328i ini merupakan versi dengan kemasan paling lengkap yang dijual di Malaysia, dengan pakej luar Sport, rim aloi 18-inci, sistem tanpa kunci dan kamera undur, serta tingkat ketelitian kemasan BMW seperti biasa.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    Ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo empat-silinder dengan janaan 245 PS dan 350 Nm, dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik lapan-kelajuan ZF. Unit ini telah mencatatkan hanya 47,079 km jarak meter sepanjang tujuh tahun itu, dan menerima myTukar Certified tanpa sebarang masalah pada mekanikal, diagnostik atau penampilannya.

    Bagaimana kalau mahukan jenis atau model kenderaan lain? Tak perlu risau, kerana ada lebih daripada 1,000 unit kenderaan lain untuk anda dekati dan pilih di myTukar Auto Fair 2022. Untuk kelegaan fikiran pelanggan, semua kenderaan ini telah diberikan myTukar Certified dan telah melalui pemeriksaan 160-poin untuk memastikannya bebas daripada sebarang masalah, kemalangan teruk, serta kerosakan akibat kebakaran atau banjir.

    Selain itu, semua kenderaan dengan myTukar Certified telah diberikan baik pulih menyeluruh untuk memastikan keadaanya seperti baru. Setiap kereta ada rekod sejarah yang jelas, diperiksa setiap aspeknya termasuk bahagian enjin — tiada ada satu pun yang abaikan untuk memastikan kualiti pemanduan, dan tanpa sebarang kemalangan teruk atau pernah terlibat dalam banjir. Pemeriksaan 160-darjah termasuklah enjin, stereng, brek dan suspensi, transmisi dan klac, luaran dan dalaman, serta yang terakhir bawah badan dan bawah hud.

    myTukar mempunyai pusat baik pulih canggih miliknya sendiri untuk melakukan kerja yang berkaitan terhadap kenderaan. Semua aspek luaran dan dalaman kenderaan, termasuk ciri elektroniknya, akan melalui baik pulih atau diperkemas mengikut standard “myTukar Certified Pre-Owned”. Baik pulih dilakukan di bawah pematuhan piawaian ketat kerana myTukar sentiasa mengutamakan keselamatan pelanggan.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    Sebagai tambahan, setiap pembelian myTukar disertakan sekali dengan lanjutan jaminan selama setahun dan dua servis percuma, tawaran yang jarang diberikan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya anda berdepan sebarang masalah atau bertukar fikiran tentang kenderaan yang dibeli, anda hanya perlu pulangkannya tanpa sebarang pertanyaan diajukan kepada anda — melalui polisi jaminan pulangan wang lima-hari yang diberikan.

    Urusan pembelian kenderaan menjadi sangat mudah kerana myTukar Experience Centres merupakan pusat sehenti yang memastikan perjalanan anda untuk membeli kenderaan berlangsung dengan mudah dan tidak rumit. Semua urusan dari pemeriksaan Puspakom, pendaftaran JPJ, permohonan pinjaman hinggalah kepada insuran, semuanya diuruskan oleh syarikat ini.

    Ingin trade-in kereta lama? Tentulah boleh; nilai maksimum dan tawaran trade-in menarik boleh ditentukan terus oleh petugas berpengalaman di acara ini nanti.

    Jika anda membeli kenderaan di acara ini nanti, ganjaran sehingga RM800,000 juga menanti! Pembeli berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Sydney, Australia dengan semua kos ditanggung. Anda juga akan menerima tawaran istimewa, seperti kadar faedah pinjaman serendah 1.88% untuk 150 tempahan pertama serta peluang untuk memenangi baucar dengan nilai sehingga RM1,000 melalui promosi Spin & Win.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    Tidak lupa juga ada hadiah bernilai RM12,000 untuk cabutan bertuah eksklusif untuk dimenangi. Ini termasuklah iPhone 13, sebuah iPad, sebuah konsol Playstation, SmarTV Android, pembersih hampagas Xiomi Mi Robot serta pam air Karcher dan mesin kopi Nescafe Dolce Gusto.

    Trak makanan turut akan berada di lokasi, jadi pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman pilihan mereka dengan mudah. Prosedur penghindaran Covid-19 juga perlu diamalkan — pelitup muka adalah wajib sepanjang masa, tetapi penjarakan fizikal tidak lagi wajib. Kru acara akan kerap membersihkan keseluruhan lokasi serta permukaan yang kerap disentuh seperti kereta dan kemudahan umum untuk memastikan keselamatan terjamin.

    myTukar Retail Experience Centre di Puchong South terletak di tepi LDP (Lot 14225, KM 3.8) sebelum plaza tol Puchong Barat, jika anda datang dari IOI Mall dan Bandar Puteri. Sebelum tol, di sebelah kiri anda. Kotak oren misteri yang dilihat di myTukar Plentong juga akan berada di beberapa kawasan seluruh negara, imbas untuk tahu lebih lanjut!

    Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi myTukar, atau layari pilihan luas kenderaan yang ada ketika ini di inventori myTukar dan lihat tawaran yang diberikan. Datanglah ke myTukar Auto Fair at the myTukar Retail Experience Centre – Puchong South dari 1-3 Julai nanti, 9.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

    Anda juga boleh menghubungi saluran berikut:

    Telefon : 03-7890 4499
    WhatsApp : +6018-2249999
    Emel: [email protected]

    myTukar Retail Experience Centre – Puchong South
    Lot 14225, KM 3.8,
    Lebuhraya Damansara–Puchong,
    47100 Puchong, Selangor.

    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Mercedes-Benz A250 AMG Line 2019 di myTukar Auto Fair 2022

    BMW 328i Sport Gran Turismo 2015 di myTukar Auto Fair 2022

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025