Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Kemalangan maut Batu Gajah – gunakan tali pinggang keselamatan ketika berada di dalam kenderaan

    Kemalangan maut Batu Gajah – gunakan tali pinggang keselamatan ketika berada di dalam kenderaan

    Kemalangan maut antara dua kenderaan yang berlaku berdekatan Batu Gajah, Perak semalam meragut lima nyawa, termasuk tiga lagi yang cedera parah. Mangsa yang maut terdiri daripada empat orang yang menaiki sebuah kenderaan Toyota Vios, dan seorang lagi di dalam sebuah Mercedes-Benz C-Class.

    Semua penumpang di dalam Vios meninggal, sementara penumpang depan C-Class berkenaan turut terkorban. Pemandu berkenaan pula mengalami cedera teruk di kepala, begitu juga dengan dua penumpang belakangnya. Dipercayai kereta Vios telah merempuh Mercedes-Benz berkenaan secara berdepan selepas memotong sebuah kenderaan lain.

    Berdasarkan gambar yang beredar di media sosial (tidak dipaparkan di sini), penumpang belakang di dalam Vios kelihatan seperti tidak menggunakan tali pinggang keselamatan, dan tercampak ke depan dalam perlanggaran itu, menyebabkan penumpang depan turut terhimpit ke arah papan pemuka. Pertembungan berkenaan kelihatan seperti berlaku dalam kelajuan yang tinggi.

    Kajian oleh US Federal Motor Carrier Safety Administration menunjukkan, bagi kemalangan melibatkan kenderaan yang bergerak 50 km/j, berat beban penumpang yang tidak menggunakan tali pinggang keselamatan akan meningkat sebanyak 30-60 kali ganda berbanding berat asal mereka.

    Kemalangan maut Batu Gajah – gunakan tali pinggang keselamatan ketika berada di dalam kenderaan

    Ini bermaksud, di dalam pertembungan 30-50 km/j, penumpang belakang akan menjadi anggaran beban dan daya yang bersamaan dengan 3.5 tan dan menghentam ke arah penumpang depan. Sangat jelas, di dalam situasi seperti yang berlaku di dalam kemalangan ini, ia bukan sahaja boleh membawa kecederaan, tetapi maut.

    Laporan oleh World Health Organization (WHO) terhadap keselamatan jalanraya bagi 2015 mencadangkan bahawa Malaysia mempunyai kadar patuh pada kadar 77% dan 13% bagi penggunaan tali keselamatan bagi penumpang depan dan belakang. Angka ini lebih rendah berbanding Kemboja dan Vietnam. Bagaimanapun, PDRM menyangkal angka berkenaan dan menyatakan bahawa ia adalah sebaliknya.

    Sementara itu, Institut Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) pada Mei 2015 mendapati hanya 7-9% warga Malaysia menggunakan tali pinggang keselmatan ketika duduk di belakang. Kebanyakan yang meggunakannya pula disebabkan takut disaman, dan bukannya atas kesedaran tentang keselamatan itu sendiri.

    Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon semua pembaca memanfaatkan tali pinggang keselamatan ketika berada di dalam kenderaan. Ini termasuk memastikan penumpang anda di belakang turut melakukan perkara yang sama. Paling utama, ia adalah untuk keselamatan anda semua, bukan kerana hal-hal lain, seperti takut disaman dan sebagainya.

     
     
  • Volkswagen Group pecah dominasi Toyota sebagai pengeluar automotif global paling laris bagi tahun 2016

    Volkswagen Group pecah dominasi Toyota sebagai pengeluar automotif global paling laris bagi tahun 2016

    Setelah Toyota mendedahkan angka jualannya bagi tahun 2016, Volkswagen yang sebelum ini mengumumkan telah pun menjual sebanyak 10.3 juta kenderaan, sah sebagai pengeluar automotif paling laris tahun lalu. Ini sekaligus memecahkan dominasi Toyota yang memegang takhta berkenaan selama empat tahun berturut-turut, bermula pada tahun 2012 sehingga tahun 2015.

    Menurut laporan Automotive News Europe, Toyota telah menjual sebanyak 10.2 juta kenderaan tahun lalu, termasuk kenderaan-kenderaan dari jenama di bawah naungannya iaitu Lexus, Daihatsu dan Hino. Walau bagaimanapun, jualan global Toyota ini menunjukkan pertumbahan sebanyak 0.2% dan keuntungan Toyota dicatatkan dua kali ganda lebih banyak berbanding VW dalam tempoh enam bulan sehingga Disember, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg.

    Volkswagen Group, walaupun sedang dihambat skandal Dieselgate yang masih lagi belum berkesudahan tahun lalu sejak 2015, menerusi jenama-jenama di bawah naungannya termasuk Audi, Porsche, Seat, Skoda dan Volkswagen sendiri berjaya mencatatkan pertumbahan sebanyak 3.8% berbanding tahun sebelumnya dengan menjual 10.3 juta kenderaan, dari 9.93 juta pada 2015.

    Kejayaan Volkswagen mengatasi Toyota ini disumbangkan oleh perubahan dinamik pada pasaran luar utama kedua-dua jenama tersebut iaitu Amerika Syarikat dan China. Sementara Toyota agak tertekan dengan kelembapan jualan keseluruhan pada industri automotif Amerika Syarikat, prestasi Volkswagen di China pula agak memberangsangkan kerana permintaan yang tinggi sejak 2015 dan juga pertumbuhan keseluruhan serta potongan cukai pada pasaran berkenaan.

    Volkswagen Group pecah dominasi Toyota sebagai pengeluar automotif global paling laris bagi tahun 2016

    Menurut penganalisis, lanskap politik global juga merupakan cabaran utama Toyota di Amerika Syarikat kerana tekanan yang diberikan oleh Presiden Donald Trump. “Trump merupakan risiko yang lebih besar kepada Toyota berbanding Volkswagen kerana pengeluar dari Jerman itu mempunyai pendedahan yang kecil pada pasaran Amerika Syarikat. Toyota telah membuat pelaburan untuk membina kilang baharu di Mexico dan akan mempunyai pilihan yang terhad untuk merayu kepada Trump,” kata Ken Miyao, penganalisis pasaran yang berpusat di Jepun, Carnorama.

    Toyota telah menetapkan untuk melabur sejumlah US$10 bilion (RM44.3 billion) untuk pasaran Amerika Syarikat untuk lima tahun berikutnya, bersama pengeluar-pengeluar lain sebagai respon kepada tekanan yang dberikan oleh Trump untuk mewujudkan dan mengekalkan peluang pekerjaan d Amerika Syarikat. Toyota telah menghasilkan lebih dari 1.38 juta kenderaan dan trak di AS tahun lalu, manakala kilang pertamanya untuk pasaran tersebut telah dibina tiga dekad lalu di Georgetown, Kentuckty.

    “Perkembangan pasaran Amerika Syarikat akan menentukan sama ada VW masih boleh mengatasi Toyota atau tidak tahun in,” kata Sascha Gommel, penganalisis Commerzbank yang berpusat di Frankfurt. “Jika pasaran China serta Eropah terus kukuh dan pasaran Amerika terus lemah seperti yang saya jangkakan, VW mungkin akan terus di atas pada 2017 kerana Toyota lebih terdedah pada Amerika Utara,” tambah Gommel.

    Kemunculan Toyota Camry generasi baharu pada pasaran Amerika Syarikat akan membantu Toyota untuk mengekalkan penguasaannya di pasaran berkenaan, susulan kelembapan dalam pasaran sedan atas sebab orang ramai menantikan pelancaran model baharu ini di Detroit Motor Show.

     
     
  • Redshift ST Concept – jentera elektrik untuk jalanan

    Redshift ST Concept – jentera elektrik untuk jalanan

    Dengan matlamat untuk menjadi sebuah jentera dua roda street tracker yang sah digunakan di atas jalan raya, Redshift ST Concept yang dibangunkan oleh Alta Motors dijangka akan menjadi kenyataan tidak berapa lama lagi, seperti dilaporkan oleh autoblog.

    Bakal dipertontonkan secara rasmi pada pameran The One Motorshow edisi kelapan yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 Februari ini di Portland, Oregon, ia merupakan sebuah motosikal elektrik sepenuhnya dan akan ditawarkan di dalam dua model sahaja kelak; Redshift MX (motocross) dan SM (supermoto).

    Kerangka aluminium yang digunakan itu tidak mustahil akan dilanjutkan bagi menawarkan model lain di masa hadapan, terutama dalam kategori motosikal yang masih belum “disentuh” oleh kebanyakan pengeluar lain. Bagi model konsep ini, Alta Motor menggunakan pengetahuan mereka di dalam perlumbaan trek rata yang kerap diceburi sebelum ini.

    Hasilnya ialah sebuah jentera dalam genre yang segar dan jujur, tidak sekadar menuruti pasaran semata-mata, misalnya jika dibandingkan dengan penawaran scrambler dan cafe racer yang sedang mendominasi scene motosikal binaan khas (custom).

    Membangunkan model konsep ini, Alta Motors menghasilkan sebuah sub-kerangka dan tempat duduk baru yang sinonim dengan sebuah jentera lumba dalam genre litar rata (biasanya dengan kawalan menggelungsur dari sisi), dengan meringankan rekaan keseluruhannya serta menjadikan penampilan yang lebih moden.

    Ia menggunakan roda 19 inci gentian karbon BSR dengan tayar yang juga direka khusus, ia antara lain dilengkapi dengan suspensi WP yang diturunkan untuk menjadikan kedudukan tempat duduk lebih rendah; kepada 31.5 inci.

    Walaupun masih di dalam fasa sebagai sebuah jentera konsep, kemungkinan untuk mengeluarkannya sebagai sebuah model produksi sangat tinggi. Sekitaranya itu menjadi kenyataan nanti, kemungkinan ia akan memasuki pasaran adalah pada 2018, dengan sedikit penambah baikan untuk menjadikannya sah di atas jalan. Harganya? Mungkin sekitar $15,495 (RM68,627).

     
     
  • Model konsep Toyota Supra generasi baharu bakal didedahkan di Tokyo Auto Show Oktober ini

    Spy-Photo

    Teka-teki bagaimana rupa sebenar Toyota Supra generasi baharu yang hampir kepada bentuk sebenar bakal terjawab Oktober ini setelah jenama berkenaan mengumumkan akan mendedahkan model konsep kereta sport berkenaan di Tokyo Auto Show pada Oktober ini, menurut majalah dari Jepun Best Car, seperti yang dilaporkan oleh Motor1.

    Jangan keliru dengan model konsep Toyota FT-1 sebelum ini yang muncul pada 2014 kerana model berkenaan dibina secara one-off, manakala model konsep kali ini merupakan konsep sebenar Supra, yang hampir kepada bentuk produksi dan dibina menggunakan platform yang sama dengan BMW Z5 baharu. Setelah kemunculan Supra Concept tersebut kelak, model sebenar versi produksi berkemungkinan bakal muncul setahun kemudian.

    Toyota Supra dan BMW Z5 dibina oleh kedua-dua pengeluar berkenaan di atas platform kereta sport terbaharu yang sama sejak 2012, walau bagaimanapun pembinaan akhir Z5 dan Supra dilakukan secara berasingan. Namun, tidak seperti apa yang terjadi pada kembar Toyota 86 dan Subaru BRZ, rekaan Supra ini jelas berbeza dari BMW Z5 yang tampil dengan bentuk badan Roadster.

    Spy-Shots of Cars This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K

    Spy-Shots of Cars
    This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K

    Supra generasi baharu ini dijangka akan dikuasakan dengan enjin empat silinder sebaris dan enam silinder sebaris bersama pengecas turbo dari BMW dan varian paling berkuasa dengan unit janakuasa hibrid bakal dilengkapi kapasitor serta sistem pacuan empat roda. Jentera baharu ini turut menggunakan kepakaran BMW dalam pembinaan komponen gentian karbon, seperti yang terdapat pada BMW i3, i8 dan 7 Series G12.

    Difahamkan kedua-duanya juga kini dalam tahap pembinaan yang sama dan dilihat sedang giat diuji diatas jalan raya dan juga di litar Nurburgring.

    GALERI: Spyshot Toyota Supra di litar Nurburgring

    GALERI: Toyota FT-1 Concept

    GALERI: Evolusi Toyota Supra

     
     
  • Malaysia bakal guna getah untuk turap jalan – Menteri

    Malaysia bakal guna getah untuk turap jalan – Menteri

    Kementerian Kerja Raya menerusi menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya akan melakukan kajian merangkumi aspek teknikal dan kos bagi menilai kesesuaian getah sebagai bahan untuk menurap jalan, lapor Utusan.

    Menurut Fadillah lagi, kajian tersebut dijangka siap tahun ini dan bertujuan mengukur kekuatan campuran bitumen serta ketulan getah. “Kita mahu melihat sama ada campuran ketul getah dapat menguatkan lagi jalan dan lebih tahan lama berbanding kaedah konvensional,” katanya.

    Tambah menteri itu lagi, setakat ini, terdapat indikasi positif terhadap jalan diturap getah sebagai alternatif kepada jalan biasa namun ia bergantung kepada penilaian akhir dari segi teknikal dan kos.

    Beliau juga menambah, sebanyak tiga projek perintis jalan diturap getah telah disiapkan antaranya di Negeri Sembilan dan Selangor, masing-masing sepanjang satu kilometer. Satu lagi projek perintis bagi jalan diturap getah akan dibuat di Pahang selepas itu dan ia turut akan digunakan di Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan Sabah sekiranya terbukti bagus.

    Beliau juga memberitahu, walaupun kos membina jalan diturap getah mungkin lebih tinggi berbanding kaedah konvensional namun ia lebih menjimatkan dari segi penyelenggaraan

    Sebelum ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong turut menyatakan, jalan raya yang diturap getah akan mula digunakan di negara ini tahun ini.

     
     
  • Kia ada perancangan untuk tampilkan transmisi auto enam-kelajuan untuk Rio akan datang buat Malaysia

    Kia ada perancangan untuk tampilkan transmisi auto enam-kelajuan untuk Rio akan datang  buat Malaysia

    2017 Kia Rio SLi 2017 spesifikasi Australia

    Model baharu bagi Kia Rio generasi ke-empat bakal diperkenalkan buat pasaran Malaysia tidak lama lagi, dijangka pada suku kedua tahun ini.

    Hanya membawakan sedikit perubahan bagi imej luaran dan dalamannya, walau bagaimana pun, Rio 2017 tidak mengalami sebarang peningkatan daripada segi mekanikal. Sebaliknya mengekalkan penjana kuasa yang sama iaitu enjin KIA Gamma 1.4 MPI DOHC CVVT yang menghasilkan 109 PS dan tork setinggi 137 Nm, serta dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.

    Hujung minggu lalu, kami berpeluang memandu uji Rio 2017 ini di Melbourne, Australia, iaitu untuk model spesifikasi negara kanggaru ini. Ulasan mengenai sesi pandu uji tersebut akan dipaparkan kelak. Walau bagaimana pun, kami sempat bertanyakan kepada pihak Kia Motors Corporation (KMC) berhubung dengan model Rio yang bakal dibawa ke Malaysia.

    Menurut wakil Pasukan Pemasaran Produk KMC, sama seperti model bagi pasaran Australia, Malaysia hanya akan membawa masuk enjin 1.4 MPI sahaja, berbanding di Eropah yang menerima tiga pilihan enjin iaitu 1.0L T-GDI turbo, 1.25L dan 1.4L turbo diesel.

    Kia ada perancangan untuk tampilkan transmisi auto enam-kelajuan untuk Rio akan datang  buat Malaysia

    “Seperti sebelum ini, Malaysia hanya membawa masuk satu pilihan enjin sahaja bagi Rio 2017, iaitu dengan transmisi automatik empat-kelajuan,” ujarnya.

    Beliau berkata, “Walau bagaimana pun, KMC ada rancangan untuk mempertingkatkan kotak gear automatik untuk Rio akan datang bagi pasaran Malaysia iaitu dengan enam-kelajuan. Buat setakat ini, ia masih dalam perancangan dan belum dimuktamadkan. Namun ada kebarangkalian, ia akan diimplementasikan memandangkan ada permintaan untuk peningkatan kotak gear ini, cuma tidak ada timeline mengenainya. Tetapi jika ia dilaksanakan, mungkin harganya akan menjadi sedikit tinggi,” ujarnya.

    Sehingga kini, Kia masih mengekalkan kotak gear automatik konvensional empat-kelajuan untuk semua modelnya, sedangkan semakin banyak pengeluar kenderaan global sudah bertukar ke CVT.

    Ketika ditanya, adakah Kia akan menukar arah dengan memilih Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) untuk mana-mana model yang akan datang, jawabnya, “Buat setakat ini, kami masih mahu meneruskan penggunaan kotak gear konvensional untuk dipadankan dengan mana-mana enjin. Berkenaan dengan CVT pula, kami masih mengkaji tentangnya dan sama situasinya seperti kotak gear auto enam-kelajuan, kami mahu melihat trend pasaran semasa dan permintaan terhadapnya terlebih dahulu sebelum memuktamadkannya.”

     
     
  • VIDEO: Polis buru pemandu Myvi halang ambulans di lorong kecemasan dan hampir jadi punca kemalangan

    Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) sedang memburu pemandu Perodua Myvi yang menyalahgunakan lorong kecemasan di Lebuhraya Persekutuan dan menghalang serta tidak mempedulikan ambulans dibelakangnya yang sedang membawa pesakit menggunakan laluan tersebut.

    Pada 25 Januari lalu, seorang pengguna laman facebook bernama Muhammad Ardan, seorang jururawat bertauliah, memuatnaik video yang dirakam menerusi dashcam ambulans tersebut ke akaun miliknya. Dalam video tersebut, pemandu Myvi tersebut dengan jelas menyalahgunakan lorong kecemasan dan tidak mahu memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan walaupun siren telah dihidupkan.

    Pada minit ke 1:20, pemandu Myvi berkenaan hampir menyebabkan kemalangan apabila dia secara mengejut masuk semula ke lorong kecemasan, menyebabkan ambulans tersebut terpaksa membrek dengan kuat.

    Laporan dari News Straits Times menyatakan, ketua polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat menasihatkan pemandu Myvi tersebut agar tampil menyerah diri secepat mungkin. “Kami sedang menyiasat kes ini. Polis akan mengesan identiti pemandu berkenaan, untuk memudahkan siasatan. Saya menggesa agar pemandu ini tampil menyerah diri secara sukarela,” katanya.

     
     
  • Dodge Challenger SRT Demon – tiga video teaser dikeluarkan, kereta produksi pertama guna tayar drag

    Dodge Challenger SRT Demon – tiga video teaser dikeluarkan, kereta produksi pertama guna tayar drag

    Dalam barisan kenderaannya, Dodge mempunyai model Challenger SRT Hellcat, sebuah jentera sports yang dikuasakan oleh enjin HEMI V8 6.2 liter supercaj, mampu menghasilkan sehingga 707 hp dan 880 Nm. Itu sahaja sudah cukup menggerunkan, dan kini, Dodge mengeluarkan video teaser untuk sebuah lagi model yang lebih ganas, dinamakan Challenger SRT Demon.

    Tidak banyak yang diberitahu berkenaan spesifikasi kenderaan ini namun antaranya, Dodge menyatakan Demon akan menjadi 90 kg lebih ringan berbanding Hellcat, dan beberapa pelarasan dibuat seperti pada roda, stereng, suspensi, brek, bahagian dalam dan komponen-komponen lain.

    Demon dijangka muncul buat pertama kali di hadapan khalayak ramai semasa New York International Auto Show pada bulan April nanti, namun pernah dilihat dalam satu video yang dimuat naik oleh Vin Diesel, dalam set lakonan Fate of the Furious.

    Dodge Challenger SRT Demon – tiga video teaser dikeluarkan, kereta produksi pertama guna tayar drag

    Dalam video teaser paling baru, Demon dilihat membuat burnout, dan meninggalkan kesan tayar yang lebar. Ini datang daripada tayar Nitto NT05R bersaiz 315/40 R18 yang dipadankan dengan rim 11 inci lebar di belakang. Badan Demon juga dilihat lebar dan cukup tegap.

    Dodge mendakwa, Demon adalah kenderaan produksi pertama yang terus dari kilang dengan tayar drag, berserta logo Demon padanya. Dengan kuasa seperti ini, kelengkapan brek yang lebih baik juga boleh dijangka padanya.

     
     
  • Honda M’sia tawar hadiah bar emas sempena Tahun Baharu Cina – hanya untuk pelanggan sedia ada

    Honda M’sia tawar hadiah bar emas sempena Tahun Baharu Cina – hanya untuk pelanggan sedia ada

    Honda Malaysia melakukan perkara yang agak berbeza sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini. Jika promosi-promosi biasa dibuat secara ‘serampang dua mata’ untuk menarik minat orang ramai agar membeli produk baharu, promosi dari Honda kali ini hanya ditawarkan untuk pelanggan sedia ada, tanpa syarat untuk membeli apa-apa barangan atau perlu menservis kenderaan mereka.

    Hadiahnya? Honda Malaysia menawarkan bar emas 100g yang bernilai RM20k sebagai hadiah utama, yang disediakan untuk dua orang pemenang. Bar emas bernilai RM10k pula akan diberikan sebagai hadiah tempat kedua dan disediakan untuk tiga pemenang, manakala 25 bar emas yang lebih kecil akan diberikan kepada pemenang tempat ketiga dan keempat.


    Klik untuk besarkan

    Honda Malaysia turut menyediakan 50 dinar emas dan juga 920 sijil simpanan premium BSN bernilai RM250 setiap satu sebagai hadiah saguhati. Setiap pemilik Honda sedia ada diberikan satu peluang untuk memenangi hadiah-hadiah ini dengan cara menjawab soalan mudah dan slogan seperti pada rajah di atas, dan hantarkan menerusi SMS ke nombor 66688 (rujuk rajah untuk perincian).

    Khas untuk pelanggan yang menservis kenderaan mereka, satu lagi peluang istimewa bakal diberikan bagi mencerahkan lagi peluang untuk menang. Kempen ini bermula sekarang dan akan ditamatkan pada 19 Februari nanti.

     
     
  • Yamaha R15 2017 diperkenalkan di Indonesia – 19.7 hp

    Yamaha R15 2017 diperkenalkan di Indonesia – 19.7 hp

    Sebuah lagi model motosikal menarik dalam kategori 150 cc dilancarkan di Indonesia – Yamaha R15 2017, seperti dilaporkan oleh autonetmagz.

    Jentera berkenaan dilengkapi enjin silinder tunggal, DOHC sejukan cecair yang membekalkan 19 hp kuasa dan 14.7 Nm tork. Ia disasarkan kepada penunggang muda yang lebih mementingkan prestasi dan tidak terlalu terbeban dengan kos.

    “Umumnya, pengguna kelompok 150 cc mahukan jentera dengan prestasi yang baik, tetapi juga dengan penjimatan minyak. R15 datang dengan enjin paling berkuasa dalam kelasnya, dan tampil segar dari sentuhan rekaan moden serta penggayaan yang agresif,” memetik pengurus besar lepas jualan PT Yamaha Indonesia, M Abidin.

    R15 menampilkan penggunaan teknologi yang sebelum ini hanya terdapat pada model-model yang berkapasiti lebih tinggi, seperti jentera siri R. Ini termasuk kerangka Deltabox, swingarm aluminium dan slipper clutch. Agihan berat pada R15 ialah 50:50 – mencadangkan keupayaan pengendalian yang mantap.

    Penggunaan fork terbalik di bahagian depan, dengan tayar yang lebar – 00/80-17 di depan, 140/70-17 di belakang – menyumbang kepada faktor berkenaan. Cakera brek depan berdiameter 282 mm, paparan meter LCD pada panel instrumen kini pula disertakan dengan petunjuk kedudukan gear semasa bagi transmisi enam-kelajuannya.

    Yamaha R15 ditawarkan dalam tiga warna di Indonesia; Racing Blue, Matte Black dan Matte Red. Bagaimanapun, masih belum ada maklumat tentang tanda harga yang dikenakan. Nampak menarik?

     
     
  • Konsep Nissan Fairlady Z baharu bakal muncul tahun ini di Tokyo, model produksi mungkin cecah 500 hp

    Konsep Nissan Fairlady Z baharu bakal muncul tahun ini di Tokyo, model produksi mungkin cecah 500 hp

    Nissan Fairlady Z generasi keenam – 370Z Z34 kini sudah pun hampir lapan tahun dalam pasaran dan sepatutnya bakal digantikan dengan model generasi baharu. Oleh itu, Nissan telah pun mengumumkan model konsep lagenda Z generasi baharu bakal muncul pada Tokyo Motor Show, Oktober tahun ini, menurut laporan Car and Driver.

    Mengikut sumber berkenaan, Nissan Fairlady Z generasi baharu tersebut bakal mengekalkan bentuk coupe tradisinya, serta menerapkan rekaan dari Nissan GT-R terkini serta lebih bersegi. Walau bagaimanapun, model ini bakal direka dengan jarak roda lebih pendek kerana ia akan diasaskan dari platform FR-L, platform yang sama digunakan oleh Infiniti Q60.

    Konsep Nissan Fairlady Z baharu bakal muncul tahun ini di Tokyo, model produksi mungkin cecah 500 hp

    Tiga unit janakuasa bakal diberikan pada Fairlady Z baharu ini, di mana model varian asas bakal diberikan enjin 3.0 liter V6 berkuasa 300 hp dan juga tork 400 Nm. Varian pertengahan pula bakal diberikan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar yang diambil dari Infiniti Q60 Red Sport yang berkuasa 400 hp/475 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac-berkembar tujuh-kelajuan. Ini membolehkan varian tersebut bakal bersaing dengan Porsche 718 Boxster dan juga BMW M2.

    Varian paling tinggi pula bakal diberikan unit janakuasa hibrid dengan menggabungkan enjin 3.0 liter V6 yang sama dan kotak klac berkembar, digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 160 hp, menjadikan kuasa keseluruhannya mencecah 500 hp. Setelah model konsep ini membuat kemunculannya kelak, model produksi sebenar Fairlady Z generasi ketujuh dijangka bakal mula dijual pada tahun 2019.

     
     
  • Ford Mustang pasaran Eropah hanya terima penarafan dua-bintang dalam ujian keselamatan Euro NCAP

    Ford Mustang pasaran Eropah hanya terima penarafan dua-bintang dalam ujian keselamatan Euro NCAP

    Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) telah menyiarkan keputusan terbaharu hasil ujian mereka untuk tahun 2017, antaranya Ford Mustang generasi keenam versi pasaran benua berkenaan. Apa yang mengejutkan, Mustang hanya menerima penarafan dua-bintang, dan Euro NCAP gusar dengan perlindungan kemalangan untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak muscle car berkenaan, serta bimbang dengan kelengkapan keselamatan yang tidak mencukupi pada model pasaran Eropah ini.

    Ford Mustang direka untuk memberikan keputusan yang baik pada pelbagai ujian-ujian pengguna di Amerika, tetapi hanya diberikan sedikit peningkatan pada model pasaran Eropah iaitu untuk undang-undang keselamatan pejalan kaki. Sistem Amaran Pelanggaran hadapan pada kereta ini juga tidak padankan bagi model pasaran Eropah.

    Pada ujian offset bahagian hadapan, beg udara hadapan untuk pemandu dan penumpang mengembang secara tidak mencukupi untuk melindungi penumpang hadapan. Manakala pada ujian pelanggaran penuh hadapan, ketiadaan pre-tensioner dan pengehad beban pada tali pinggang keledar belakang menyebabkan penumpang belakang boleh tergelincir dari tali pinggang keledar berkenaan, seterusnya boleh menyebabkan risiko tinggi untuk kecederaan abdomen ketika kemalangan sebenar.

    Ketika ujian pelanggaran sisi pula, kepala patung ujian kanak-kanak berumur sepuluh tahun dalam kereta berkenaan telah terkena bahagian kemasan dalaman, di bawah beg udara tirai sisi. Ketua setiausaha Euro NCAP Michiel van Ratingen berkata, kesemua faktor ini menjadi kebimbangan mereka dan mempunyai pendapat yang kuat terhadapnya.

    “Ford tidak menjangkakan Euro NCAP untuk menguji Mustang dan memilih untuk tidak memadankan teknologi keselamatan yang sama di Amerika untuk pelanggannya di Eropah, serta diberikan pada kereta sport lain untuk perkara tersebut. Sikap sebegini terhadap keselamatan bakal menyusahkan pelanggan Ford, sama ada mereka membeli muscle car berkuasa tinggi atau kereta keluarga biasa,” kata beliau.

    Menurut Ford, Mustang versi facelift yang bakal menerjah pasaran tahun ini akan dibekalkan dengan Bantuan Pra-Pelanggaran dan Bantuan Kekal Laluan sebagai ciri standard. Euro NCAP menjangkakan akan menguji model yang dikemaskini berkenaan apabila ia mula mendarat di Eropah kelak.

     
     
  • Liberty Walk bakal hasilkan kit untuk Honda NSX

    Liberty Walk bakal hasilkan kit untuk Honda NSX

    Penala kereta eksotik dari Jepun – Liberty Walk – bakal hadir dengan kit badan untuk supercar baharu dari Honda iaitu NSX generasi kedua. Masih lagi belum dihasilkan secara nyata, tetapi imej bayangannya telah pun didedahkan.

    Seperti juga Lamborghini dan Ferrari LB Performance sebelum ini, NSX turut akan menerima kit badan lebar, skirt sisi labuh, tambahan lebar pada ruang roda, spoiler dagu hadapan dan diffuser lebih besar serta sistem ekzos yang direka semula.

    Liberty Walk bakal hasilkan kit untuk Honda NSX

    Untuk melengkapkan NSX Liberty Walk ini, ia turut diberikan sayap belakang lebih lebar, rim berdiameter gergasi serta sistem suspensi yang bakal merapatkan badan supercar hibrid ini hampir ke permukaan jalan. Menurut LB Performance, kesemua komponen berkenaan masih lagi dalam peringkat penghasilan, dibina dengan kebanyakkan materialnya daripada fibre reinforced plastic (FRP) atau gentian-karbon.

    Tiada talaan enjin dinyatakan, dan NSX LB Performance masih mengekalkan enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar digandingkan bersama tiga motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan 573 hp/646 Nm.

     
     
  • Proton dijangka umumkan rakan strategik April nanti

    Proton dijangka umumkan rakan strategik April nanti

    Proton Holdings Bhd akan mengumumkan rakan strategik asingnya paling awal pada April nanti, atau paling lewat pada Jun, jelas CEO, Datuk Ahmad Fuaad Kenali. Setakat ini, ada tiga syarikat yang disenarai pendek untuk tujuan itu. Bagaimanapun, beliua enggan menamakan ketiga-tiga pihak berkenaan, memetik laporan Bernama.

    “Ini melibatkan pertukaran yang kompleks, di dalam industri yang juga kompleks. Sudah tentu ia memerlukan masa untuk menjadi kenyataan. Dan sebaik sahaja mereka menyediakan proposal kelak, kami masih perlu untuk melakukan banyak penjelasan, penilaian dan mungkin perundingan lagi,” tambah beliau.

    Beliau berkata demikian ketika majlis pentauliahan Proton sebagai pusat sehenti bagi program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) oleh Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi sektor automotif.

    Proton ketika ini sedang meminta kertas cadangan untuk mencari rakan strategik asing yang boleh menyediakan hubungan yang strategik, dari segi operasi dan budaya kerja dengan matlamat untuk mengembangkan lagi potensi perniagaannya.

    Beliau menambah, Proton dijangka akan menerima kertas cadangan lengkap pada Februari nanti, dan akan membuat pengumuman sebaik sahaja rakan strategik berkenaan dikenal pasti. “Mungkin akan ada rundingan lanjut sebelum keputusan diambil. Apa pun diharapkan persetujuan boleh dicapai sebelum pertengahan 2017,” jelas beliau lagi.

    Perkara ini melibatkan Proton sebagai sebuah kumpulan syarikat, dan ini termasuk Lotus Group, yang dimiliki oleh Proton.

     
     
  • PANDU UJI: Toyota Fortuner miliki imej SUV, berkongsi sifat trak pikap – praktikal untuk pengangkutan harian

    PANDU UJI: Toyota Fortuner miliki imej SUV, berkongsi sifat trak pikap – praktikal untuk pengangkutan harian

    Ketika UMW Toyota melancarkan model baharu Hilux pada Mei tahun lalu, SUV Fortuner 2016 turut ‘diselitkan’ untuk diperkenalkan di pasaran tempatan. Biarpun ia tidaklah ‘sepanas’ Hilux generasi kelapan, namun Fortuner generasi kedua ini tetap dinanti-nantikan oleh mereka yang gemarkan SUV berkapasiti tujuh-tempat duduk.

    Di Malaysia, SUV tujuh-tempat duduk tidaklah sepopular SUV lima-tempat duduk yang memiliki permintaan yang lebih tinggi di Malaysia. Ini kerana jika inginkan kapasiti tempat duduk lebih dari lima, rata-rata rakyat Malaysia lebih senang memilih MPV, berbanding SUV tujuh-tempat duduk. Selain soal harga, keterbukaan kebanyakan antara kita mengenai SUV tujuh-tempat duduk masih kurang.

    Selain memiliki sifat lasak, yakni juga sesuai untuk dilenjan secara agresif termasuk di laluan off-road, SUV ini juga praktikal sebagai kenderaan seharian termasuk bagi kegunaan seisi keluarga.

    Kalau sebut sahaja SUV tujuh-tempat duduk, ada beberapa pilihan buat masa ini termasuklah Hyundai Santa Fe dan Mitsubishi Outlander. Namun bagi Fortuner yang dibina mengikut asas yang sama dengan trak pikap Hilux, pesaing terdekatnya ialah Mitsubishi Pajero Sport (asas yang sama dengan Triton), Isuzu MUX (D-Max) dan Ford Everest (Ranger).

    Ikuti laporan selanjutnya di sini

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.10
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.85 (-0.05)
EURO 5 B7 RM3.05 (-0.05)
Last Updated Aug 21, 2025