Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Nissan Magnite Concept didedah – petunjuk SUV produksi segmen B global lebih kecil daripada Kicks

    Nissan Magnite Concept didedah – petunjuk SUV produksi segmen B global lebih kecil daripada Kicks

    Nissan India telah mendedahkan sebuah SUV segmen B konsep yang dinamakan sebagai Magnite buat pertama kalinya kepada dunia. Walaupun masih sebuah model konsep, ia memberi gambaran awal kepada versi produksi sebuah model global yang akan diperkenalkan tidak lama lagi dan duduk satu tahap di bawah SUV Kicks.

    Magnite dibina atas platform modular CMF-A+ yang turut digunakan pada Renault Triber, dan ia nanti akan bersaing dalam kategori kenderaan yang mempunyai panjang di bawah empat meter menentang Vitara Brezza dan Hyundai Venue.

    Melalui informasi yang diperoleh, Magnite dikatakan asalnya dibina untuk menggunakan jenama Datsun, tetapi disebabkan syarikat itu mahu memperlahankan jenama tersebut, ia telah ditukar untuk menjadi sebuah Nissan. Sebab itulah anda boleh melihat gril hadapannya mempunyai rekaan seperti Datsun moden dan bukannya V-motion yang banyak digunakan kenderaan Nissan sekarang.

    Kemudiannya, walaupun Magnite ini terletak di bawah Kicks dalam barisan kenderaan Nissan, ia masih mempunyai bentuk sebuah SUV sebenar yang tegap dengan penggunaan lengkung roda menggelembung berserta kemasan plastik, kemasan seperti skid plate di bawah bampar, rim dua tona, lampu LED, rel bumbung serta rim dua tona.

    Walaubagaimanapun, kita masih tidak mengetahui bahagian mana yang akan dikekalkan untuk versi produksi yang dijangka masuk ke dalam pasaran pada tahun hadapan. Untuk enjin, ramai yang menjangkakan unit sama seperti Triber iaitu 1.0 liter NA yang mampu menghasilkan 71 hp/96 Nm serta versi turbo enjin sama yang berkuasa 99 hp/160 Nm.

    Bahagian dalam Ignite tidak ditunjukkan tetapi Nissan mendakwa ia akan menyediakan ruang antara yang terbesar di dalam kelasnya dan akan dilengkapi dengan teknologi seperti skrin sesentuh 8.0 inci, sistem sambungan, kamera 360 darjah dan cruise control.

     
     
  • Maserati Ghibli Hybrid buat penampilan sulung — 2.0L turbo empat-silinder dan eBooster; 330 hp dan 450 Nm

    Maserati Ghibli Hybrid buat penampilan sulung — 2.0L turbo empat-silinder dan eBooster; 330 hp dan 450 Nm

    Elektrifikasi kenderaan adalah jalan untuk ke hadapan. Dan untuk itu, Maserati juga tidak ingin ketinggalan; jenama itu kini memperkenalkan Ghibli Hybrid baru, sebuah model yang sepatutnya dipamerkan di Beijing Motor Show tetapi terbantut kerana pandemik Covid-19.

    Rekaannya tidak jauh berbeza daripada Ghibli biasa, dengan kelainan dari aspek kemasan biru di bahagian luar, termasuk pada bukaan udara sisi, angkup brek serta logo pada tiang C. Di dalam juga sama, tidak banyak perbezaan rekaan yang dilakukan. Benang biru digunakan pada jahitan kerusi. Perubahan lain termasuk sistem infotainmen berasaskan Android yang disambung pada paparan skrin sentuh 10.1-inci, bersama panel instrumen digital dan program Maserati Connect.

    Ghibli Hybrid ini dilengkapi enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol dengan alternator 48-volt serta “eBooster” supercharger elektrik tambahan. Ia mengambil kuasa dari bateri yang dipasang di belakang dan membantu mengisi jurang tork sebelum turbo aktif, atau dari tenaga recovery ketika brek dan memperlahankan kenderaan.

    Output akhirnya ialah 330 PS (325 hp) dan 450 Nm tork. Ia bukanlah Ghibli yang paling berkuasa dari barisannya, sebaliknya memberikan penjimatan yang terbaik. Maserati mendakwa model baru ini memberi bacaan penggunaan minyak serendah 8.5 l/100 km (11.8 km/l) mengikuti kitaran WLTP, sementara pembebasan CO2 ialah 192 g/km.

    Ini dipadankan pula dengan transmisi automatik lapan-kelajuan ZF dengan limited-slip differential untuk memacu roda belakang. 0-100 km/j adalah dalam masa 5.7 saat, dengan laju maksimum 255 km/j.

    Dengan konfigurasi ini, Ghili Hybrid tetap lebih ringan sebanyak 80 kg jika dibandingkan dnegan Ghibli 3.0 liter turbodiesel V6. Ghibli Hybrid hanyalah satu daripada beberapa model elektrifikasi yang dirancang. Tahun 2021 bakal menyaksikan kereta elektrik pertama Maserati dalam bentuk GranTurismo dan GranCabrio.

     
     
  • Jaguar F-Pace dengan enjin 2.0L Ingenium 300 PS dilancar di Malaysia – tiga varian, 20 unit sahaja

    Jaguar F-Pace dengan enjin 2.0L Ingenium 300 PS dilancar di Malaysia – tiga varian, 20 unit sahaja

    Jaguar Land Rover Malaysia telah melancarkan F-Pace “edisi terhad” baharu, yang menampilkan enjin yang lebih prestasi 2.0 liter Ingenium turbo empat-silinder. Hanya 20 unit sahaja yang ditawarkan kepada pelanggan dan didatangkan dengan tiga varian, bermula model asas Prestige, disusuli dengan R-Sport Mid-Spec dan R-Sport Hi-Spec.

    Difahamkan barisan F-Pace ini bukannya bagi menggantikan model sedia ada yang masih ditawarkan di sini. Tetapi bagi mereka yang inginkan lebih kuasa, model edisi terhad ini adalah pilihan yang lebih sesuai.

    Enjin Ingenium pada F-Pace “edisi terhad” ini mampu menghambur kuasa hingga 300 PS pada 5,500 rpm dan tork 400 Nm dari 1,500 hingga 4,500 rpm. Angka tersebut mewakili 50 PS dan 35 Nm peningkatan berbanding F-Pace yang dilancarkan pada April 2018, enjin yang sama tetapi dengan talaan bagi kuasa sebanyak 250 PS dan 365 Nm. Sama seperti F-Pace, sistem pacuan semua-roda dan 8HP45 sumber-ZF turut didatangkan secara standard.

    Bagi aspek prestasi, F-Pace 300 PS ini boleh mencapai pecutan dari sifar ke 100 km/j dalam 6.1 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 233 km/j – versi 250 PS mengambil masa 6.8 saat untuk mencapai pecutan tersebut.

    Jaguar F-Pace dengan enjin 2.0L Ingenium 300 PS dilancar di Malaysia – tiga varian, 20 unit sahaja

    Selain itu, ia turut didatangkan dengan sistem Configurable Dynamics, yang membolehkan pemandu memilih antara mod Normal dan Sport bagi respons pendikitan, kotak gear dan stereng. Manakala Adaptive Dynamics pula memodifikasi redaman yang lebih berkualiti dengan menganalisis aktiviti pecutan, belokan, pendikitan dan pedal brek bagi mengoptimakan larasan suspensi, dan ia hanya didatangkan untuk varian R-Sport Hi-spec.

    Kit standard yang disenaraikan bagi ketiga-tiga varian termasuklah tailgate berkuasa dengan fungsi bebas-tangan, sistem infotainmen Touch Pro 10-inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, Bantuan Kekal Lorong dan Pemantauan Kondisi Pemandu.

    Bagi varian ases, Prestige, ia didatangkan dengan roda aloi “Style 5031” lima-jejari 20-inci dengan kemasan Grey Diamond Turned, lampu utama LED, kawalan suhu dwi-zon, upholstery kulit, sistem pemantauan tekanan tayar, tuil untuk tempat duduk belakang dan tempat duduk belakang yang boleh dibaringkan dengan larasan kuasa.

    Jaguar F-Pace dengan enjin 2.0L Ingenium 300 PS dilancar di Malaysia – tiga varian, 20 unit sahaja

    Manakala R-Sport Mid-spec ditambah dengan lampu utama LED adaptif dengan bantuan lampu tinggi automatik, lampu nyalaan siang LED, sistem pencahayaan ambien untuk kabin dan rel bumbung hitam berkilat. Sementara bagi R-Sport Hi-spec menerima tambahan Adaptive Surface Response (AdsR), yang mampu mengesan perbezaan antara permukaan untuk cengkaman yang lebih maksimum dengan mengubah larasan enjin dan brek, bersama roda 22-inci.

    Selain pemilihan varian yang diingini, pelanggan juga boleh memilih salah satu daripada enam warna pilihan untuk luaran, termasuklah Fuji White, Santorini Black, Eiger Grey, Portofino Blue, Firenze Red dan Indus Silver. Harga atas jalan bermula pada RM436,420.82 tanpa insurans untuk Prestige, yang telah pun dimasukkan dengan 50% potongan bagi cukai jualan bagi model CBU seperti yang diumumkan olehj kerajaan sehingga akhir 2020.

    Bagi R-Sport Mid-spec pula ditawarkan pada harga RM470,212.97, sementara R-Sport Hi-spec pula berharga RM485,433.81. Kesemua varian yang dijual turut didatangkan dengan program “Jaguar Care” termasuk waranti lima-tahun, servis percuma lima-tahun dan tiga-tahun bantuan tepi jalan.

     
     
  • Jentera lumba, model rare Proton dan Lotus di Pickles Auction – patutkah warisan sejarah berada di sini?

    Jentera lumba, model <em>rare</em> Proton dan Lotus di Pickles Auction – patutkah warisan sejarah berada di sini?

    Ini adalah lanjutan dari laporan kami pada minggu lalu apabila berberapa kereta lumba bersejarah Proton Motorsport yang diletakkan di tempat parkir Garaj Warisan Proton di Hicom, Shah Alam dikesan tidak lagi berada ditempatnya. Kami ikuti maklumat-maklumat yang tular, memang benar Proton PERT Evo VI, Waja Evo dan juga Proton Wira 4WD berkenaan kini berada di gudang Pickles Auction, Jalan Klang Lama untuk dilelong. Sedih.

    Sebenarnya, apa yang kami temui di gudang tersebut bukan hanya tiga kereta ini sahaja, malah Proton turut menghantar banyak lagi model-model konsep yang rare dan agak gempak satu ketika dahulu, bersama berberapa lagi prototaip Lotus.

    Terlebih dahulu, kami berterima kasih kepada pihak Pickles Auction kerana membenarkan kami membelek dan mengambil gambar kereta-kereta tersebut, dan kami berharap kereta-kereta ini akan diperolehi oleh orang-orang yang sepatutnya dan kita boleh melihatnya kembali selepas ini dalam keadaan lebih baik. Harap-haraplah.

    Untuk gambaran yang lebih jelas, ada baiknya saya terangkan dulu kepada anda apa sebenarnya Pickles Auction. Syarikat ini sebenarnya berasal dari Australia dan sudah pun beroperasi selama lebih dari 50 tahun. Mereka telah memulakan operasi di Malaysia sejak 2017 – ini adalah operasi pertama syarikat tersebut di luar Australia.

    Jentera lumba, model <em>rare</em> Proton dan Lotus di Pickles Auction – patutkah warisan sejarah berada di sini?

    Pickles Auction merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan lelongan untuk kereta-kereta yang telah rosak kerana sudah lama ataupun terlibat dalam kemalangan, terutamanya dari syarikat-syarikat insuran. Semua kereta yang dihantar untuk dilelong disini diklasifikasikan dalam dua keadaan iaitu dalam keadaan skrap (tidak lagi boleh digunakan dan akan dijual kepada pembeli yang berminat pada alat ganti yang masih boleh dipakai) dan juga yang hanya dikelaskan sebagai ‘rosak’.

    Menerusi apa yang diterangkan pada kami oleh Pickles Auction, bukan semua kenderaan yang telah diisytihar ‘total lost’ itu tidak boleh diperbaiki. Ada kereta yang dikelaskan ‘total lost’ kerana kos untuk memperbaikinya semula adalah lebih tinggi dari nilai perlindungan dan nilai semasa kereta tersebut, atau Beyond Economic Repair (BER).

    Proses lelongan ini berlangsung dalam dua cara, sama ada anda datang sendiri atau secara atas talian menggunakan aplikasi atas talian yang boleh anda muat turun – namun kedua-duanya akan berlangsung serentak.

    Anda pernah tonton rancangan realiti TV dari luar negara berkenaan restorasi kereta rosak/kemalangan yang dibeli secara lelongan seperti “Dallas Car Shark”? Apa yang saya saksikan di Pickles Auction ini adalah sama seperti rancangan TV tersebut, tak sangka ada juga tempat macam ni di Malaysia, siap tukang lelong pun boleh buat gaya yang sama!

    Jentera lumba, model <em>rare</em> Proton dan Lotus di Pickles Auction – patutkah warisan sejarah berada di sini?

    Kereta-kereta yang dikelaskan sebagai ‘rosak’ dan berjaya dilelong ini biasanya akan diperbaiki semula – bukan semua bengkel boleh melakukan proses restorasi ini, kerana hanya bengkel-bengkel yang telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja yang dibenarkan untuk melakukannya.

    Setelah siap diperbaiki dan direstorasi, kereta-kereta berkenaan perlu menjalani pemeriksaan B5 di Puspakom barulah ia boleh dijual semula – proses ini adalah sah disisi undang-undang dan bukannya aktiviti penipuan.

    Pickles turut menyediakan perkhidmatan melelong semula kereta-kereta yang telah siap direstorasi tersebut, dan mereka telah menunjukkan berberapa kereta yang akan dilelong semula kepada kami – kebanyakkannya memang nampak macam baru tanpa kesan kemalangan. Pickles sendiri akan melakukan pemeriksaan 1,000 point sebelum menerima kenderaan tersebut untuk dilelong.

    Pickles turut menjelaskan, mereka telus dan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa kereta-kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan. Jika anda berjaya membida kereta yang telah direstorasi berkenaan, anda akan diberi masa selama tujuh hari untuk menjelaskan bayaran dan mengambil kereta tersebut.

    Perlukan pembiayaan pinjaman bank? Mereka turut ada panel bank untuk anda berurusan. Oh ya, Pickles Auction turut ada melelong kereta-kereta dan motosikal berkuasa tinggi yang ditarik semula oleh bank. Menurut Pickles lagi, sehingga kini mereka telah berjaya menjual lebih dari 10,000 kenderaan di Malaysia dalam lelongan 150-200 lot, disertai oleh 400 pembida.

    Ok, cukup sudah kita bercakap berkenaan Pickles Auction, sekarang kita kembali semula pada topik utama iaitu kereta-kereta lumba dan bersejarah Proton yang bakal dilelong ini. Untuk kereta-kereta yang dibawa Proton ke Pickles Auction ini dikelaskan sebagai skrap kerana tidak mempunyai dokumentasi bagi membolehkan ia didaftarkan untuk digunakan di jalan raya.

    Jadi, ada kemungkinan pembeli yang membelinya nanti hanya akan mengambil alat ganti yang boleh digunakan. Tetapi kami masih berharap kereta-kereta yang mempunyai nilai warisan sejarah yang tinggi akan dibeli oleh pengumpul dan terus disimpan untuk tatapan generasi akan datang. Nilai sejarah untuk tiga kereta lumba yang disebut tadi telah saya ceritakan kisahnya pada artikel sebelum ini yang boleh anda baca pada PAUTAN INI.

    Antara kereta lain yang kami jumpa adalah barisan kereta-kereta yang dijana oleh enjin Petronas E01e iaitu Proton Satria GTi, Proton Putra, Proton Perdana dan juga Lotus Elise. Mengimbau kembali sejarah enjin ini, ia pada asalnya dihasilkan oleh Sauber Petronas Engineering pada tahun 1997.

    Dengan pengetahuan dari perlumbaan Formula 1, enjin E01e dengan kapasiti 2.0 liter tanpa bantuan turbo ini mampu menghasilkan 204 PS/204 Nm, hampir menyamai prestasi pada enjin Honda K20A Type R. Proton memperolehi paten untuk enjin ini dari Petronas pada tahun 2012.

    Enjin dengan sistem suntikan bahan api terus (GDI) yang pada asalnya dihasilkan dalam standard emisi Euro 2 ini dibangunkan lagi oleh Proton dengan sasaran untuk mencapai standard emisi Euro 6, antaranya dengan cara memadankan pengecas turbo. Sebelum kerjasama dengan Geely dimeterai pada Mei 2017, enjin yang dikemaskini dikenali sebagai NE01 tersebut dirancang untuk digunakan pada Proton Perdana generasi kedua pada awal 2018.

    Ingat lagi model konsep Satria Cabriolet yang pernah di bawa ke Frankfurt Motor Show 1997 bagi menilai minat pasaran di Eropah? Agak menyedihkan, kedua-dua model konsep berwarna ungu dan emas tersebut kami temui dalam gudang Pickles ini.

    Kami juga turut menjumpai sebuah Proton Exora yang diklasifikasikan sebagai kereta elektrik sepenuhnya (EV). Apa yang kami tahu, satu-satunya Exora yang dijana oleh kuasa elektrik sepenuhnya adalah model prototaip Exora Range Extender Electric Vehicle (REEV). Namun disebabkan tuil untuk membuka penutup bonet yang telah rosak, kami tidak dapat mengesahkan ia benar-benar Exora REEV.

    Sebelum Nissan memperkenalkan teknologi Range Extender ini pada model-model e-Power seperti Note dan Kicks, Proton sebenarnya telah meneroka teknologi ini sebelum tahun 2010. Teknologi Range Extender ini berfungsi seakan “generator pasar malam”, di mana sebuah enjin petrol kecil diletakkan pada kereta tersebut hanya untuk mengecas bateri, manakala roda digerakkan sepenuhnya menggunakan motor elektrik.

    Exora REEV tersebut dibekalkan dengan satu enjin rotary bersaiz kecil untuk mengecas bateri. Untuk bergerak, ia diberikan dua buah motor elektrik menghasilkan kuasa keseluruhan 94 hp/220 Nm. Exora REEV ini pernah di bawa ke UK pada November 2010 untuk menyertai Royal Automobile Club (RAC) Future Car Challenge, dan ia memenangi anugerah “Best Range Extender EV” dalam acara tersebut.

    Selain dari kereta-kereta ini, Proton turut menghantar dua lagi kereta yang agak menarik perhatian kami ke Pickles Auction ini; sebuah Proton Chancellor (Waja yang dipanjangkan dengan enjin V6 dari Perdana) yang tempat duduknya masih berbalut plastik, dan sebuah lagi Proton Saga 12V dengan kondisi badan yang cukup cantik – karat hanya naik pada kawasan bumbung yang diberikan gam silikon.

    Namun ada juga kereta yang ditemui di sini kami rasa patut Proton lupuskan bagi mengurangkan kesesakan di ruang simpanan mereka. Kereta-kereta berkenaan adalah unit yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar institut pengajian tempatan dalam pertandingan-pertandingan kemahiran yang dianjurkan. Kalau ada anda nampak kereta-kereta dengan rekaan pelik-pelik dalam gambar yang kami ambil ini, itulah kereta-kereta yang kami maksudkan dan ia bukan rekaan dari pereka-pereka sebenar Proton.

    Akhir sekali, pada kami sendiri, memang agak mengecewakan untuk melihat kereta-kereta dengan warisan sejarah yang sepatutnya di bawa untuk tatapan generasi seterusnya ini berakhir di satu pusat lelongan yang penuh dengan kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan. Mungkin sudah terlambat untuk berharap kesemuanya pulang ke tempat sepatutnya seperti galeri atau muzium. Tapi seperti yang kami nyatakan tadi, kami masih berharap kereta-kereta tersebut akan sampai ke tangan orang-orang yang menghargai sejarahnya.

    Apa pula perasaan anda setelah melihat gambar-gambar ini? Kongsikan pendapat anda pada ruangan komen.

    GALERI: Kereta rali bersejarah Proton Motorsport di Pickles Auction, Jalan Klang Lama

    GALERI: Kereta Proton dan Lotus dengan enjin Petronas E01 di Pickles Auction, Jalan Klang Lama

    GALERI: Kereta bersejarah Proton di Pickles Auction, Jalan Klang Lama

    GALERI: Kereta konsep pertandingan kemahiran Proton di Pickles Auction, Jalan Klang Lama

    GALERI: Pickles Auction, Jalan Klang Lama

     
     
  • Porsche Spyder 718 dan Cayman GT4 718 tiba di M’sia – enjin 4.0 liter NA, transmisi manual, dari RM970k

    Porsche Spyder 718 dan Cayman GT4 718 tiba di M’sia – enjin 4.0 liter NA, transmisi manual, dari RM970k

    Didedahkan buat pertama kalinya kepada dunia bulan Jun tahun lepas, kini barisan model Porsche 718 sudah tiba di Malaysia dalam versi Boxster Spyder dan juga Cayman GT4. Harga jualan untuk dua model ini masing-masing bermula dari RM970k dan RM999k.

    Kedua-duanya juga adalah versi prestasi paling tinggi bagi Boxster 718 dan Cayman 718, dengan kuasa 420 PS dan 420 Nm tork datang daripada enjin NA enam silinder mendatar 4.0 liter yang boleh dikerah sehingga 8,000 rpm. Perlu diketahui juga ini bukanlah enjin yang sama seperti 911 GT3 991.2 (boleh mencecah 9,000 rpm), tetapi adalah enjin 3.0 liter Carrera 992 yang dibesarkan silinder serta pistonnya untuk menjadi 4.0 liter.

    Dua model baru ini cuma didatangkan dengan transmisi manual enam kelajuan, yang menghantar kuasa daripada enjin di tengah kepada roda di belakang. Kedua-duanya boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat, dan mencecah laju maksimum lebih 300 km/j (301 km/j untuk Spyder dan 304 km/j untuk GT4. Enjin ini mempunyai sistem nyah aktif silinder demi menjimatkan penggunaan api manakala kotak gear pula mempunyai sistem rev-matching dinamik.

    Casis model prestasi tinggi Porsche datang secara standard, di mana ia menggunakan gandar spring-strut serba ringan daripada kereta lumba, dengan camber, tinggi, toe angle serta anti-roll bar yang boleh dilaras. Turut diberikan terus adalah Porsche Active Suspension Management serta Porsche Stability Management.

    Untuk memastikan cengkaman yang baik, dua model sports ini dipasang dengan Porsche Torque Vectoring serta kunci differential belakang mekanikal, manakala tayar pula menggunakan unit prestasi tinggi Michelin Pilot Sport Cup 2. Kuasa membrek datang daripada unit cakera berliang dan angkup monobloc aluminium yang besar. Satu tahap lebih tinggi, pelanggan boleh menaik taraf kepada Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) sekiranya mahu.

    Barangan lain yang disediakan sebagai pilihan tambahan untuk GT4 adalah pakej Clubsport, di mana pemilik akan diberi roll bar besi di belakang, pemadam api serta tali pinggang six-point untuk pemandu. Pakej Classic untuk Spyder pula datang dengan kemasan dalam dua tona (Bordeaux Red/Black).

    Porsche Spyder 718 dan Cayman GT4 718 tiba di M’sia – enjin 4.0 liter NA, transmisi manual, dari RM970k

    Melihat kepada rekaan, kedua-dua model ini mendapat kemasan honeycomb pada bukaan udara untuk meningkatkan aliran udara, lampu hadapan dan belakang jenis LED penuh dengan DRL empat bintik, rim 20 inci serta panel-panel aerodinamik lain.

    Pada Cayman GT4, sayap belakang yang besar itu mampu menghasilkan 20% lebih kuasa tolakan ke bawah berbanding model sebelumnya dan ini bersamaan dengan 12 kg lebih banyak pada kelajuan 200 km/j. Secara keseluruhannya bentuk pada model ini mampu menghasilkan 50% lebih daya tolakan ke bawah. Spyder pula mendapat sayap belakang yang boleh keluar pada kelajuan 120 km/j dan diffuser baru.

    Porsche Centre Ara Damansara

    Porsche Centre Sungai Besi

    Porsche Centre Penang

    GALERI: Porsche 718 Cayman GT4

    GALERI: Porsche 718 Boxster Spyder

     
     
  • Pelancaran digital Porsche 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder di Malaysia — tonton secara live di sini, 8pm!

    Pengenalan rasmi model Porsche 718 Cayman GT4 dan Porsche 718 Spyder akan diadakan jam 8 malam ini, dan anda boleh mengikuti majlis pelancarannya di sini secara langsung. Kedua-dua Cayman GT4 dan 718 Spyder dikuasakan oleh enjin 4.0 liter NA enam-silinder dengan janaan kuasa 420 PS dan 420 Nm tork dari 5,000 rpm hingga 6,800 rpm. Ini hanya sedikit kurang jika dibandingkan dengan jentera litar Cayman GT4 Clubsport. Laju maksimum enjin ialah 8,000 rpm, dengan ciri nyah-aktif silinder.

    Ini digandingkan dengan transmisi manual enam-kelajuan, yang datang bersama dual-mass flywheel dan fungsi throttle-blip. Kedua-dua model coupe dan roadster ini memberikan pecutan 0-100 km/j 4.4 saat. Laju maksimum bagi GT4 ialah 304 km/j, sementara “Boxter Spyder” memberikan 301 km/j.

    Pelancaran digital Porsche 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder di Malaysia — tonton secara <em>live</em> di sini, 8pm!

    Pembaharuan aerodinamik pada Cayman GT4 menyaksikan downforce ditingkatkan sehingga 50%. Kedua-dua model ini memanfaatkan penyenyap ekzos dengan lengkung kebuk tunggal rekaan baru, yang turut menyediakan ruang untuk diffuser yang berfungsi. Ini sahaja menyumbang kepada 30% downforce gandar belakang pada GT4.

    Sementara itu, bagi model coupe, wing belakang memberikan 20% lebih downforce berbanding model sebelumnya, diterjemahkan kepada tambahan 12 kg downforce pada 200 km/j. Ini diimbangkan di depan dengan spoiler lip, sementara aliran udara pada roda depan dikawal oleh tirai udara.

    Pelancaran digital Porsche 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder di Malaysia — tonton secara <em>live</em> di sini, 8pm!

    Bagi 718 Spyder, spoiler belakangnya boleh digerakkan, yang akan diaktifkan pada kelajuan 120 km/j. Bersama dengan diffuser, menurut Poorsche ia Boxster pertama yang menghasilkan downforce di gandar belakang. Spyder juga hadir dengan mekanisme bumbung manual untuk penjimatan berat.

    Maklumat lanjut serta harganya untuk pasaran tempatan akan diketahui sebentar lagi, sebaik sahaja dua model ini dilancarkan secara rasmi sebentar lagi. Teruskan bersama kami di saluran ini, jam 8 malam.

     
     
  • Isu pemandu mabuk: Kerajaan akan usul pinda had kandungan alkohol dalam badan diturunkan

    Isu pemandu mabuk: Kerajaan akan usul pinda had kandungan alkohol dalam badan diturunkan

    Bagi menangani isu pemandu mabuk, kerajaan akan mengusulkan had kandungan alkohol dalam darah, air kencing dan nafas yang dibenarkan menurut Akta Pengangkutan Jalan bagi pemanduan di bawah alkohol diturunkan selaras dengan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

    Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata had baharu yang akan dicadangkan ialah 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau 67 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing.

    Buat masa ini, had kandungan alkohol yang diguna pakai di negara ini sekarang ialah 35 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas, 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing.

    Wee juga memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa pindaan Akta Pengangkutan Jalan membabitkan Seksyen 41 hingga 45 yang berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan, akan dibentang pada sesi yang sedang berlangsung, laporan oleh Bernama.

    Isu pemandu mabuk: Kerajaan akan usul pinda had kandungan alkohol dalam badan diturunkan

    Kenyataan beliau adalah bagi menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang ingin tahu jika kerajaan ada perancangan untuk meminda akta sedia ada berhubung isu pemandu yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

    Mengulas lanjut, Wee berkata kementeriannya juga telah melaksanakan soal selidik dalam talian bermula 21 Mei hingga 4 Jun lepas berhubung isu tersebut, melibatkan 345,021 responden.

    Menurutnya hampir 97% responden memberikan maklum balas positif dan bersetuju bahawa kuantum hukuman sedia ada tidak memadai.

    “Sebagai contoh, seramai 324,489 iaitu 94% responden bersetuju agar kadar hukuman penjara, denda dan tempoh hilang kelayakan lesen memandu ditingkatkan ke atas pemandu yang disabitkan kesalahan memandu (bawah pengaruh alkohol),” katanya.

    Isu pemandu mabuk: Kerajaan akan usul pinda had kandungan alkohol dalam badan diturunkan

    Pada masa sama, Wee berkata kerajaan tidak boleh memperkenalkan hukuman mati terhadap pemandu mabuk seperti yang dicadangkan oleh segelintir pihak.

    Sekiranya Kanun Keseksaan digunakan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas pemandu mabuk, maka perlu dibuktikan bahawa individu itu mempunyai niat untuk membunuh melampaui keraguan munasabah, jelasnya.

    “Memang kita geram, tetapi kita tidak boleh ambil tindakan secara melulu supaya pemandu mabuk ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

     
     
  • Toyota Corolla Apex Edition 2021 muncul di Amerika – terima rupa dan talaan pengendalian lebih agresif

    Toyota Corolla Apex Edition 2021 muncul di Amerika – terima rupa dan talaan pengendalian lebih agresif

    Jika anda peminat Toyota Corolla, tentu anda ingat varian ‘GT-Apex’ pada model-model prestasi kembar Levin dan Sprinter Trueno dahulu. Nampaknya nama berkenaan digunakan semula oleh Toyota Amerika Syarikat dengan memperkenalkan model edisi terhad untuk sedan Corolla generasi terkini, digelar Toyota Corolla Apex Edition 2021.

    Model ini dihasilkan hanya 6,000 unit dan ditawarkan dalam gred SE dan XSE. Toyota menyifatkan model edisi terhad ini sebagai “menyampaikan mesej kepada mereka yang gemar memandu dan mencari sedan sport mampu milik yang menarik perhatian serta berprestasi untuk mengambil selekoh”.

    Pada bahagian luaran, Corolla Apex Edition ini menerima rupa lebih garang dengan pemadanan kit badan aero berwarna hitam yang terdiri dari splitter hadapan, penutup lampu kabus, kemasan sisi, diffuser belakang, serta berberapa serlahan berwarna tembaga.

    Toyota Corolla Apex Edition 2021 muncul di Amerika – terima rupa dan talaan pengendalian lebih agresif

    Selain itu, ia juga diberikan cermin sisi berwarna hitam, lampu belakang yang digelapkan serta sistem ekzos dengan tip keluli tahan karat lebih besar berdiameter 3.5-inci. Tak cukup garang lagi? Pembeli turut ditawarkan dengan spoiler belakang secara opsyen.

    Jika anda memilih Corolla Apex ini dalam warna badan Cement dan Super White, ia secara standard tampil dengan bumbung berwarna Black Sand Pearl. Satu-satunya pilihan warna satu tona yang boleh dipilih adalah warna Black Sand Pearl untuk keseluruhan badan.

    Manakala untuk prestasi mengambil selekoh, Apex Edition ini diberikan spring dan penyerap hentak baharu. Spring sport tersebut dapat merendahkan badannya 15 mm dari model standard, dan ia dihasilkan dengan lebih keras bagi mengurangkan kadar olengan badan serta respon stereng yang lebih baik.

    Toyota Corolla Apex Edition 2021 muncul di Amerika – terima rupa dan talaan pengendalian lebih agresif

    Manakala penyerap hentak khas yang diberikan pula ditala bagi disesuaikan dengan spring tersebut, serta dapat mengawal pergerakan menegak dan olengan dengan lebih baik. Ia turut dibekalkan dengan bar penstabil baharu yang meningkatkan lagi ketegaran kerangkanya. Secara keseluruhan, gandingan suspensi baharu ini meningkatkan ketegaran olengan sebanyak 47% di hadapan dan 33% di belakang.

    Selain itu, sistem stereng berkuasa elektrik pada Toyota Corolla Apex Edition ini turut ditala semula bagi disesuaikan dengan talaan suspensi baharu. Kemudian, ia menerima rim aloi 18-inci dalam kemasan hitam berkilat yang mampu mengurangkan berat sebanyak 1 kg bagi setiap roda.

    Untuk bahagian dalaman pula, Corolla Apex Edition dalam varian ES akan diberikan upholsteri fabrik premium, manakala Apex Edition dalam varian XSE akan diberikan upholsteri fabrik kemasan SofTex berwarna hitam. XSE Apex Edition turut diberikan pemanas tempat duduk termasuk kerusi pemandu larasan elektrik lapan-hala dengan sokongan lumbar.

    Toyota Corolla Apex Edition 2021 muncul di Amerika – terima rupa dan talaan pengendalian lebih agresif

    Tiada sebarang tambahan kuasa kuda diberikan pada model istimewa ini. Ia masih digerakkan dengan enjin 2.0 liter empat-silinder NA Dynamic Force berkuasa 169 hp dan tork maksima 205 Nm. Juga seperti model standard, ia digandingkan dengan kotak gear automatik Dynamic-Shift CVT.

    Walau bagaimanapun, Toyota ‘bermurah hati’ untuk menawarkan transmisi manual enam-kelajuan dengan sistem Intelligent Manual Transmission (iMT), tetapi ia terhad kepada hanya 120 unit Corolla Apex Edition ini sahaja.

    Pengenalan model Apex Edition ini sebenarnya dibuat sekali dengan pendedahan barisan model Corolla sedan yang dikemaskini untuk versi 2021, dan model yang dijana oleh enjin konvesional serta versi hibrid 1.8 liter masih masih kekal seperti sebelum ini.

    Antara perincian yang telah dikemaskini termasuk sokongan Android Auto bagi menyertai sokongan Apple CarPlay dan Amazon Alexa yang telah pun didatangkan standard pada model 2020, serta tambahan beg udara sisi belakang baharu bagi menjadikannya 10-unit secara keseluruhan.

    Toyota Corolla Apex Edition 2021 muncul di Amerika – terima rupa dan talaan pengendalian lebih agresif

    Selain itu, semua model Corolla 2021 pasaran Amerika Syarikat kini turut diberikan sistem Automatic Engine Shut-Off, yang akan mematikan enjin dalam masa yang telah ditetapkan sekiranya kereta tersebut dibiarkan tidak bergerak. Untuk model gred LE, ia kini datang dengan opsyen Convenience Package yang tampil dengan perincian seperti pemantau titik buta, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin serta rim aloi 16-inci.

    Sistem lintasan trafik belakang bersama pemantau titik buta pula kini akan diberikan standard pada model gred XLE dan XSE, namun ia ditawarkan secara opsyen untuk gred LE, LE Hybrid dan SE dengan kotak gear CVT.

    Kemaskini lain termasuk sistem infotainmen Audio Plus termasuk Service Connect dan Remote Connect untuk varian XSE, dan ia boleh dipilih sebagai opsyen untuk pembeli model SE dengan transmisi CVT. Kedua-dua gred ini juga ditawarkan dengan pilihan pakej Premium Audio yang terdiri dari sistem bunyi JBL berkuasa 800-watt dan sembilan pembesar suara serta fungsi navigasi bersama servis terhubung.

    Untuk gred SE pula, ia kini kembali hadir dengan versi Nightshade Edition, diberikan serlahan hitam pada rim aloi 18-inci, bampar, kemasan sekeliling gril hadapan, penutup cermin sisi, pembuka pintu, spoiler belakang, antena sirip yu serta lencana-lencana badan. Serlahan tersbut dikontraskan dengan pilihan warna badan Super White, Classic Silver Metallic dan Black Sand Pearl.

     
     
  • Toyota Camry 2021 facelift terima skrin baru, Toyota Safety Sense 2.5+, bateri lithium-ion untuk hibrid

    Toyota Camry 2021 <em>facelift</em> terima skrin baru, Toyota Safety Sense 2.5+, bateri lithium-ion untuk hibrid

    Banyak pengenalan model terbaru yang dilakukan di peringkat antarabangsa ketika ini. Ini termasuklah dari Toyota, yang memperkenalkan Camry facelift untuk pasaran Amerika Syarikat. Tiga tahun dalam pasaran di sana, sedan segmen D generasi kelapan itu menerima sedikit perubahan penampilan serta beberapa lagi naik taraf lain.

    Wajah depan turut melibatkan perubahan, dengan ruang udara yang lebih diperkemas. Gril bahagian atas yang tirus juga telah diperbaharui. Ia juga menerima rim aloi 17-inci dan 18-inci baru.

    Versi “sport” pula menerima inlet hiasan yang lebih besar di bucunya, dengan kemasan hitam berkilat dengan pemisah yang lebih ketara. Di sana, warna baru Blueprint turut diperkenalkan sebagai pilihan, menggantikan Blue Streak Metallic. Varian XSE yang paling tinggi pula menerika warna dua tona Supersonic Red dan Midnight Black Metallic. Model TRD sebaliknya mempunyai warna eksklusif Ice Edge dua-tona.

    Toyota Camry 2021 <em>facelift</em> terima skrin baru, Toyota Safety Sense 2.5+, bateri lithium-ion untuk hibrid

    Di dalam, papan pemuka telah di reka semula, dengan menempatkan skrin sentuh bagi sistem infotainmen di tengah, di atas corong pendingin hawa – sama seperti yang dilihat pada RAV4. Bergantung kepada tahap kemasan, saiz paparan itu sama ada tujuh-inci atau sembilan inci, dengan Apple CarPlay dan Amazon Alexa sebagai standard.

    Selain skrin yang lebih besar, sistem Audio Plus ada pilihan tambahan untuk sembilan pembesar suara, sistem bunyi JBL premium 800-watt, yang datang standard bagi varian tertinggi bersama Premium Audio dengan Dynamic Navigation.

    Kemasan hiasan juga datang dalam beberapa pilihan, dengan antara perincian “dark wood” atau logam bercorak bergantung kepada gred. Rekaan tempat duduk juga diperbaharui, termasuk corak baru bagi permukaan kulit yang digunakan pada model XLE.

    Toyota Camry 2021 <em>facelift</em> terima skrin baru, Toyota Safety Sense 2.5+, bateri lithium-ion untuk hibrid

    Camry baru ini juga merupakan kereta pertama jenama itu yang datang dengan sistem bantuan pemanduan Toyota safety Sense 2.5+. Ini melibatkan pertambahan pengesanan perjalan kaki waktu malam dan penunggang basikal waktu siang untuk brek kecemasan autonomous, serta pengesanan kenderaan dari arah bertentangan ketika di simpang. Bantuan stereng kecemasan juga ada, berfungsi menstabilkan kereta ketika pemandu mengelak kenderaan lain, pejalan kaki atau pengayuh basikal.

    Kawalan melayar adaptif juga dipertingkat, kini memecut dengan lebih pantas ketika memotong kenderaan perlahan. Lain-lain ciri standardnya termasuk amaran penukaran lorong, bantuan mengekalkan kedudukan tengah lorong, lampu tinggi automatik serta pengesanan tanda trafik. Peninjau titik buta dengan amaran lintasan belakang adalah pilihan dan datang standard hanya untuk model XLE, XSE dan TRD.

    Pilihan sistem jana kuasa masih kekal. Bermula dengan 2.5 liter Dynamic Force empat-silinder yang menghasilkan 203 hp pada 6,600 rpm dan 250 Nm pada 5,000 rpm. Unit 3.5 liter V6 pula menghasilkan 301 hp pada 6,600 rpm dan 362 Nm pada 4,700 rpm.

    Kedua-duanya digandingkan dengan kotak gear automatik Direct-Shift lapan-kelajuan. Versi 2.5 liter juga ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda. Turut ditawarkan ialah Camry Hybrid, yang menggunakan enjin 2.5 liter dengan 176 hp/220 Nm yang digandingkan dengan motor elektrik 118 hp. Keseluruhan sistem berkenaan menjada 208 hp.

     
     
  • Porsche 911 Turbo 992 – enjin 3,745 cc, kuasa 580 PS

    Porsche 911 Turbo 992  – enjin 3,745 cc, kuasa 580 PS

    Empat bulan selepas Porsche 911 Turbo S generasi 992 diperkenalkan, kini tibalah masanya pula untuk 911 Turbo dalam bentuk Coupe dan Cabriolet yang duduk di bawah model 650 PS/800 Nm itu. Bagi 911 Turbo baru ini, enjin enam silinder mendatar 3,745 cc dengan turbo variable turbine geometry (VTG) berkembar masih lagi digunakan, tetapi kuasanya dikurangkan menjadi 580 PS dan 750 Nm tork.

    Kalau dibandingkan dengan 911 Turbo generasi 991, model baru ini mempunyai lebihan kuasa 40 PS dan 40 Nm tork, dan tork maksimum dapat dinikmati tanpa had masa overboost. Oleh sebab itu, kuasa, tork dan pecutan 992 Turbo ini sekarang sudah menyamai jumlah yang dicatat 911 Turbo S 991 – 0-100 km/j dalam masa 2.8 saat dan laju maksimum 320 km/j.

    Padanan transmisi yang digunakan pada model ini adalah unit automatik klac berkembar PDK lapan kelajuan, dengan tetapan turbo yang spesifik, sementara sistem pacuan semua roda PTM pula kini boleh menghantar lebih banyak kuasa kepada gandar hadapan seperti Turbo S.

    Porsche 911 Turbo 992  – enjin 3,745 cc, kuasa 580 PS

    Jarak antara roda kiri dan kanan juga bertambah lebar sebanyak 42 mm di hadapan dan 10 mm di belakang, manakala lebar keseluruhan depan dan belakang masing-masing adalah 1.84 meter dan 1.90 meter. Rim hadapan menggunakan saiz 20 inci dengan tayar 255/35 manakala di belakang terdapat rim 21 inci bersama tayar 315/30.

    Porsche 911 Turbo ditawarkan dalam dua varian casis iaitu standard menggunakan PASM manakala satu lagi menggunakan suspensi sport yang 10 mm lebih rendah dan tegap. Sistem brek terdiri daripada cakera besi 408 mm di hadapan dan 380 mm di belakang, sementara sistem seramik PCCB disediakan sebagai pilihan tambahan bersama angkup 10 piston. Penstabil anti-roll aktif PDCC juga disediakan sebagai pilihan tambahan bagi 911 Turbo ini.

    Pemilik juga boleh menambah lagi dua pilihan pakej iaitu Lightweight Design serta Sports. Pakej Lightweight Design menawarkan pengurangan berat 30 kg, yang dicapai melalui penggunaan antaranya tempat duduk bucket penuh serba ringan, tempat duduk yang dicabut serta kurang bahan penebat bunyi. Pakej Sport pula menggunakan elemen seperti pek Turbo Sport 911, termasuk tambahan kemasan hitam dan gentian karbon serta lampu belakang Exclusive-style.

    Porsche 911 Turbo 992  – enjin 3,745 cc, kuasa 580 PS

    Barangan yang membantu keselesaan dalam 911 Turbo generasi 992 ini terdiri daripada skrin infotainmen PCM 10.9 inci, tempat duduk boleh laras secara elektrik, pakej Sport Chrono, roda stereng pelbagai fungsi GT dan sistem bunyi Bose.

    Kelengkapan lain yang boleh ditambah pula adalah seperti adaptif cruise control Porsche InnoDrive, Lane Keep Assist dengan pengenalan tanda jalan, Night Vision Assist, pandangan keliling kenderaan dan sistem bnyi Burmester High-End. Di Jerman, 911 Turbo Coupe dan Cabriolet dijual pada harga masing-masing bermula €180,811 (RM879,796) dan €194,035 (RM944,171).

     
     
  • Selangor bantah cadangan projek ECRL dibina berdasarkan jajaran asal lalu kawasan tadahan air

    Selangor bantah cadangan projek ECRL dibina berdasarkan jajaran asal lalu kawasan tadahan air

    Kerajaan Selangor telah menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan cadangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibina berdasarkan jajaran asal yang melalui kawasan Gombak dan Serendah di negeri itu.

    Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata ini kerana jajaran asal berkenaan melalui kawasan tadahan air di Selangor, laporan Bernama.

    “Jajaran asal meliputi laluan berhampiran Permatang Kuarza (Gombak), Empangan Batu, Hutan Simpan dan Taman Rimba Templer, Kota Puteri atau Batu Arang. Jajaran itu melalui kawasan tadahan air.

    “Selangor telah mencadangkan lokasi yang lebih strategik iaitu di Jenjarom (Kuala Langat) berhampiran kawasan Rimbayu atau Kampung Cheeding selain di Pelabuhan Barat,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) hari ini.

    Selangor bantah cadangan projek ECRL dibina berdasarkan jajaran asal lalu kawasan tadahan air

    Kenyataan itu adalah bagi menjawab pertanyaan Lau Weng San (PH-Banting) berhubung status terkini projek ECRL di Selangor.

    Ng turut menyatakan sekiranya Kementerian Pengangkutan berhasrat meneruskan projek ECRL dengan pelan jajaran asal, impak ekonomi terhadap kawasan di laluan yang pernah dicadangkan sebelum ini harus diselesaikan menerusi solusi yang baik.

    Projek ECRL yang baharu akan melalui 20 stesen dengan 14 stesen stesen penumpang, lima stesen gabungan penumpang dan kargo serta satu stesen untuk kargo saja. Dijangka siap pada tahun 2026, projek ini juga dilihat mampu memacu pembangunan ekonomi, logistik, perdagangan dan pelancongan serta menjadi pemain penting memajukan lagi ekonomi dan pembangunan sosial Malaysia.

     
     
  • Givi lancar kotak barangan Antartica B42N – RM420

    Givi lancar kotak barangan Antartica B42N – RM420

    Pengeluar aksesori motosikal yang berasal dari Itali, Givi, telah melancarkan model baru kotak barangan belakang B42N yang boleh digunakan oleh pelbagai jenis motosikal dengan rak Givi. Ia akan berada dalam pasaran melalui lebih 300 pengedar Givi di seluruh negara pada bulan Ogos ini dan dijual pada harga RM420.

    Selain daripada kapasiti 42 liter – boleh memuatkan satu helmet muka penuh dan pelbagai barangan lain -, kotak barangan ini juga dibangunkan dengan rekaan tegap serta mempunyai pemantul cahaya pada setiap penjuru. Plastik yang digunakan adalah jenis Polypropylene (PP) gred tinggi.

    Untuk bahagian kunci, Givi menggunakan sistem Micro 3 yang sudah terbukti selamat dan mudah, dan turut sudah digunakan oleh lapan lagi kotak barangan dalam barisan produk Givi, termasuklah yang lebih besar daripada B42N ini.

    Pembangunan reka bentuk B42N diketuai oleh pereka tempatan, Ilhamy Latiff dan turut melibatkan input serta maklum balas daripada ibu pejabat Givi di Itali. Kotak barangan yang dikeluarkan di kilang Givi di Bukit Beruntung, Selangor ini bukan sahaja akan dijual di Malaysia, tetapi juga Asia Tenggara dan Eropah.

    “Kami lihat E43 menjadi salah satu kotak barangan yang popular di kalangan pengguna. Mereka sukakan kapasiti yang besar serta bentuknya kerana ia membenarkan mereka membawa pelbagai barang dalam satu kotak. Pengguna pelbagai jenis motosikal menggemarinya. Sebab itulah sekarang kami mengeluarkan pula B42N Antartica yang mempunyai kapasiti 42 liter dan bentuk petak, tetapi dengan rekaan yang berevolusi dan mudah dilihat,” kata pengarah urusan Givi Asia, On Hai Swee.

    Yakin dengan ketahanan produk ini, Givi juga memberikan jaminan selama dua tahun untuk sebarang kerosakan termasuklah warna yang sudah luntur. Anda boleh melihat jangkaan saiznya melalui galeri gambar di bawah di mana ia dipasang pada pelbagai jenis motosikal.

     
     
  • Honda City 2020 dilancar di India – pilihan enjin 1.5L i-VTEC dan diesel; LaneWatch; dari RM62k-RM83k

    Honda City 2020 dilancar di India – pilihan enjin 1.5L i-VTEC dan diesel; LaneWatch; dari RM62k-RM83k

    Honda City generasi kelima telah dilancarkan di India, beberapa bulan selepas ia membuat penampilan global sulung di Thailand pada 2019. Untuk pasaran di sana, model ini ditawarkan dalam tiga tingkat kemasan – V, VX dan ZX – dengan dua pilihan enjin 1.5 liter empat-silinder.

    Pilihan pertama ialah unit petrol i-VTEC yang menghasilkan 121 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,300 rpm. Satu lagi pilihan ialah unit i-DTEC turbodiesel dengan 100 PS pada 3,600 rpm dan 200 Nm pada 1,750 rpm. Kedua-duanya digandingkan dengan transmisi manual enam-kelajuan sebagai standard, dan hanya versi i-VTEC ada pilihan untuk CVT.

    Dari segi kecekapan, kedua-dua enjin ini menepati BS-6, atau Bharat 6, piawaian emisi di India, dengan versi diesel memberikan bacaan penjimatan yang baik pada kadar 24.1 km/l (4.1 l/100 km). Sementara itu, enjin petrol dengan transmisi manual akan memberikan bacaan 17.8 km/l (5.6 l/100 km) atau 18.4 km/l (5.4 l/100 km) pada versi CVT.

    Semua sistem janaan ini boleh dimiliki dengan mana-mana tingkat kemasan yangd ditawarkan, ada sembilan varian keseluruhannya. Model i-VTEC dengan transmisi manual dijual pada harga 1.0899 juta rupee (RM61,835) bagi V, 1.2259 juta rupee (RM69,551) bagi VX dan 1.3149 juta rupee (RM74,600) bagi ZX.

    Bagi model CVT pula, V dijual pada harga 1.2199 juta rupee (RM69,210), VX pada harga 1.3559 juta rupee (RM76,926) dan ZX pada 1.4449 juta rupee (RM81,976). Manakala bagi i-DTEC dengan gear manual bermula dari 1.2399 juta rupee (RM70,345) V, 1.3759 juta rupee (RM78,061) bagi VX dan 1.4649 juta rupee (RM83,110) ZX.

    Dari aspek kit kelengkapan, semua tingkat kemasan adalah identikal. V datang dengan lampu utama projektor halogen, DRL LED, lampu kabus depan bulb, lampu belakang LED, rim 15-inci aloi dan lampu isyarat pada cermin sisi.

    Honda City 2020 dilancar di India – pilihan enjin 1.5L i-VTEC dan diesel; LaneWatch; dari RM62k-RM83k

    Di dalam, antara kelengkapan yang ada termasuk skrin sentuh lapan-inci dengan ciri Alexa, sokongan untuk Android Auto dan Apple CarPlay dengan empat pembesar suara. V juga datang dengan kemasan hitam berkilat, kerusi balutan fabrik, sistem tanpa kunci, sistem telematik, penghidup enjin dari jauh, paparan multi-info, pendingin hawa zon tunggal dengan corong belakang, paddle shifter (untuk CVT), lampu suasana pada konsol tengah, empat beg udara, kamera belakang pelbagai sudut, sensor parkir belakang, bantuan kestabilan kenderaan dengan ESC, ABS, BA, EBD, pemantau tekanan tayar dan bantuan mula mendaki.

    VX pula melibatkan pertambahan fungsi automatik lampu bagi utama halogen, sunroof elektrik, rim 16-inci, sistem audio dengan lapan pembesar suara, stereng dan tombol gear balutan kulit, kunci automatik, kluster instrumen digital tujuh-inci dan tambahan dua beg udara lagi.

    Varian paling tinggi ZX pula menerima lebih banyak kelengkapan. Antaranya termasuk lampu utama LED, lampu kabus LED, lampu suasana tambahan pada kawasan kaki, kerusi balutan kulit, pelapik lutut, kemasan kayu hitam berkilat, pelindung matahari belakang, cermin sisi automatik serta ciri untuk membuka cermin dan sunroof dari jauh.

    ZX juga menerima sistem kamera LaneWatch dari Honda – ciri yang ada pada Civic dan Accord, tetapi baru pertama kali ditawarkan pada City. Di atas kertas, penawaran di India nampak seperti lebih lengkap berbanding dengan apa yang ada di Thailand. Tetapi, Thailand ada menerima pilihan enjin 1.0 liter turbo tiga-silinder yang menghasilkan 122 PS pada 5,500 rpm dan 173 Nm tork dari 2,000 hingga 4,500 rpm.

    Ada lima pilihan warna di sana – Radiant Red Metallic, Platinum White Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Golden Brown Metallic serta pilihan aksesori tambahan. City di India datang dengan jaminan tiga-tahun / tanpa had perbatuan, dengan pilihan lanjutan dua tahun lagi. Jadual servisnya adalah setahun sekali/10,000 km, yang mana dulu. Bila pula Malaysia akan terima model ini?

     
     
  • Audi SQ7, SQ8 2021 dapat unit V8 TFSI ; 507PS/770Nm

    Audi SQ7, SQ8 2021 dapat unit V8 TFSI ; 507PS/770Nm

    Audi telah pun memutuskan untuk memadankan enjin petrol V8 TFSI untuk model SQ7 dan SQ8, yang sebelum ini ditawarkan dengan enjin V8 TDI bersama pengecas turbo untuk menghasilkan kuasa 435 hp dan tork 900 Nm.

    Untuk pengetahuan anda, enjin petrol V8 TFSI ini mampu menghasilkan 507 PS dan tork 770 Nm. Itu sudah mencukupi untuk membuatkan kedua-dua SUV berkenaan untuk memecut dari titik sifar ke 100 km/j dalam 4.1 saat dan dari 80 hingga 120 km/j pula dalam 3.8 saat. Kelaluan tertinggi pula dihadkan secara elektronik hingga 250 km/j.

    Pengaktifan silinder pula standard, manakala kotak gear automatik lapan-kelajuan menyalurkan kuasa ke semua empat-roda. Seperti TDI, model V8 TFSI juga menerima suspensi udara adaptif dengan talaan sport dan stereng semua-roda yang bertukar ke roda belakang sebanyak lima darjah ke arah bertentangan untuk manoeuvrability yang lebih baik pada kelajuan yang lebih rendah, atau berputar sedikit ke arah yang sama dengan roda depan untuk kestabilan yang lebih baik pada kelajuan yang lebih tinggi.

    Turut ditampilkan ialah electromechanical active roll stabilisation (eAWS) dan sport differential yang membantu mengawal olengan sewakti pemanduan, sedangkan pembezaan secara aktif mengalihkan tork antara roda belakang apabila diperlukan. Electronic chassis platform (ECP) juga ditawarkan secara standard, yang menawarkan sehingga tujuh mod pemanduan bagi sistem pemilih pemanduan Audi – comfort, auto, dynamic, efficiency, allroad, offroad dan individual.

    Kit standard yang turut ditampilkan termasuklah roda 20-inci, tetapi pelanggan SQ7 boleh memilih unit sehingga saiz 22-inci, sementara SQ8 pula dengan 21-inci secara standard dan boleh dipertingkatkan hingga 23-inci. Kedua-dua model ini turut menerima rotor hadapan 400 mm dengan lencana S pada kaliper berwarna hitam, dan juga boleh dipertingkatkan dengan cakera seramik gentian karbon bersama kemasan kelabu.

    Di dalamnya, lebih kurang sama, dengan penggunaan material kulit dan Alcantara upholstery gelap untuk tempat duduk sport dan kemasan aluminium. Pilihan lain termasuk kemasan karbon, tempat duduk sport S dengan kulit Valcona dan paten rhombus, serta pakej pencahayaan ambien dengan 30 larasan warna.

    Lain-lain ciri termasuk navigasi MMI dengan kemaskini trafik, paparan utama, kokpit maya Audi spesifik-S dengan paparan prestasi, kawalan suhu empat-zon, pintu bukaan-lembut (pilihan), sistem Bang & Olufsen 3D Advanced Sound System, dan pakej kualiti udara dengan wangian dan ioniser. Harga bermula dari 93,287.40 euro (RM454k) untuk pasaran Jerman.

    GALERI: Audi SQ7 V8 TFSI 2020

    GALERI: Audi SQ8 V8 TFSI 2020

     
     
  • GALERI: Toyota RAV4 dengan kit Modellista di M’sia

    GALERI: Toyota RAV4 dengan kit Modellista di M’sia

    Bodykit penuh Modellista untuk Toyota RAV4 kini mula ditawarkan di Malaysia melalui pengedar Toyota, Wing Hin. Kami dekati dan bawakan kepada anda untuk melihat bahagaimana rupa SUV ini dengan penampilan tersebut.

    Ia terdiri daripada aerokit Modellista, termasuk spoiler bampar depan, skirt sisi dan kit belakang. Bahagian lanjutan di depan diberikan elemen krom dan logo kecil Modellista di tengah. Terdapat juga lampu LED bentuk klip di kedua-dua belah, menjadikan lampu depan RAV4 tampil dalam tiga lapisan bertindih.

    Skirting sisi juga diberikan perincian krom, sementara bahagian belakangnya tidak menempatkan bodykit dengan kelebaran penuh. Ia melibatkan kemasan tambahan yang dipasang di antara skid plate standard. Untuk kereta putih, ia mungkin sedikit sukar dilihat.

    GALERI: Toyota RAV4 dengan kit Modellista di M’sia

    Selain daripada lima bahagian aerokit berkenaan, unit contoh ini turut menampilkan “kit berkilau” Modellista. Ini termasuk kemasan pada gril (perhatiakan “sayap” pada logo Toyota), kemasan lampu utama (ada elemen “ekor”) serta kemasan pada pintu belakang berupa satu jalur krom berkelebaran penuh pada bahagian gelap pintu belakang.

    Toyota RAV4 generasi kelima diperkenalkan di Malaysia bulan lalu. Ditawarkan dalam dua pilihan enjin, 2.0L dan 2.5L Dynamic Force dan diimport sepenuhnya dari Jepun. Masing-masing dijual pada harga RM196,436 dan RM215,664, atas jalan tidak termasuk insurans, dengan pengecualian SST sepanjang tahun 2020.

    Harga bagi set bodykit lima-bahagian ini (tidak termasuk cat) ialah RM7,920. Tetapi, pengedar akan menawarkannya pada harga RM6,000 termasuk pemasangan dan cat sekiranya pelanggan membeli RAV4 tersebut daripada mereka. Tawaran ini sah bagi pembelian RAV4 di Toyota Balakong (Wing Hin Automobile 4S Centre), Toyota Pandan Indah (Wing Hin Motor 4S Centre) dan Toyota Wangsa Maju (Motozoom 4S Centre).

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 31, 2025