Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Geely bakal bina universiti di Tanjung Malim

    Geely bakal bina universiti di Tanjung Malim

    Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan bahawa pengeluar autmotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely) bakal membina sebah universitinya sendiri di Tanjong Malim. Beliau menyatakan di China sudah menjadi kelaziman bagi Geely untuk membina sebuah universiti di kawasan perusahaannya, dan langkah yang sama turut akan di buat di sini.

    Buat masa sekarang Tanjong Malim merupakan lokasi terletaknya fasiliti rakan strategiknya iaitu Proton, dan ia akan diperkukuhkan dengan penglibatan projek Automotive High Tech Valley (AHTV) dengan nilai pelaburan RM32 bilion di kawasan tersebut, serta bakal melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang automotif menerusi universiti berkenaan.

    “Selain daripada syarikat Proton (Proton Holdings Bhd.) telah bersetuju pindah operasi keseluruhannya dari Shah Alam, Selangor ke Proton City, ia ditokok tambah dengan pelaburan bernilai RM32 bilion yang akan dibawa masuk oleh Geely melalui AHTV.

    “Jadi mereka (Geely) datang bukan sahaja membawa pelaburan untuk pembangunan pusat perindustrian AHTV tetapi berhasrat membangunkan sebuah universiti.

    Geely bakal bina universiti di Tanjung Malim

    “Di China, tiap-tiap (lokasi) perusahaannya ada universiti. Jadi di Perak ini, mereka nak buat satu universiti. Maknanya ia nanti akan melatih serta melahirkan bakat-bakat muda dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan juga teknologi automotif,” katanya dalam laporan Kosmo.

    Saarani juga menjelaskan tempoh pembinaan universiti Geely tersebut masih belum ditentukan namun syarikat tersebut sudah meminta kerajaan negeri untuk menyediakan tempat bagi tujuan berkenaan.

    “Belum ada jangka masa yang konkrit, namun idea sudah ada dan (Geely) minta sediakan tempat dan kita sudah cadangkan tempat,” katanya yang turut menegaskan, pembinaan universiti tersebut bakal membuka pelbagai peluang pekerjaan bagi golongan muda seperti dalam bidang akademik.

     
     
  • Range Rover Evoque facelift akan dilancar di Malaysia pada Jan 2024 – naiktaraf gaya, skrin baharu 11.4-inci

    Range Rover Evoque facelift akan dilancar di Malaysia pada Jan 2024 – naiktaraf gaya, skrin baharu 11.4-inci

    Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) telah mengumumkan bakal melancarkan Range Rover Evoque facelift baharu pada Januari 2024. Pada masa ini, ia masih dalam generasi kedua, di mana kemas kini terbaharu Evoque telah diumumkan pada Jun tahun lalu, dengan perubahan ketara pada reka bentuknya.

    Bermula dengan rekaan luaran, Evoque bakal menerima gril baharu dengan kemasan yang dipertingkatkan, senada dengan model lain di bawah jenama Land Rover seperti Range Rover, Range Rover Sport dan terkini Range Rover Velar. Lampu utama Pixel LED juga antara ciri baharu yang ditampilkan bersama lampu nyalaan siang yang dipertingkatkan. Sementara itu, lampu belakang pula menerima pencahayaan signitur yang dikemaskini.

    Di dalamnya, Evoque mengikut jejak langkah Velar dengan mengadaptasikan pendekatan reduktif untuk reka letak papan pemukanya. Sistem infotainmen Pivi Pro telah pun diimplementasikan sewaktu Evoque menerima naiktaraf tiga tahun yang lalu selepas diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2018, tetapi model facelift terkininya telah menyingkirkan keseluruhan tatapan dwi-skrin.

    Sebaliknya, kini ia ditampilkan dengan skrin sesentuh tunggal 11.4-inci pada papan pemuka yang memberikan akses untuk kesemua fungsi termasuk kawalan kenderaan tambahan. Perubahan ini bukan hanya menampakkan dalamannya yang lebih kemas tetapi membolehkan ia diberikan lebih banyak ruang penyimpananan dan juga pad pengecas tanpa wayar yang ditempatkan di bawah skrin sesentuh.

    Perincian penjana kuasanya masih belum didedahkan sepenuhnya, tetapi JLRM telah mengesahkan Evoque bakal menerima teknologi enjin petrol Ingenium. Model sedia ada buat masa ini ditawarkan dengan varian P200 dan P250, kedua-duanya dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris sama ada dengan hamburan kuasa 200 PS dan 320 Nm (P200) atau 249 PS dan 365 Nm (P250). Kotak gear automatik ZF sembilan-kelajuan turut diberikan, selain pacuan semua-roda Efficient Driveline dengan Driveline Disconnect.

    Jika anda mahu menjadi antara yang pertama untuk menyaksikan Range Rover Evoque facelift, JLRM berkata pihaknya akan mempertontonkan model tersebut dalam siri jelajah yang bakal diadakan di Bangsar Shopping Centre pada 3 hingga 7 Januari 2024.

    GALERI: Range Rover Evoque facelift 2024

     
     
  • Shell Helix Authorized Branded Workshops (BIWS) – outlet boleh dipercayai dengan jaminan produk asli

    Shell Helix Authorized Branded Workshops (BIWS) – outlet boleh dipercayai dengan jaminan produk asli

    Sejujurnya, apabila bercakap mengenai penjagaan dan pembaikan kereta, kebanyakan kita tidak mempunyai pilihan selain mempercayai sepenuhnya kepada mekanik dan bengkel. Kita tidak mempunyai kepakaran dan ‘mata’ untuk membezakan antara yang baik dan yang tidak elok, yang tulen dan tiruan. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai bengkel yang boleh dipercayai.

    Jika anda mempunyai bengkel yang biasa dikunjungi ahli keluarga di mana ketua mekanik mengenali anda dengan nama, bagus. Tetapi bukan semua orang ada bengkel seperti ini, dan di sinilah cawangan seperti Shell Helix Authorised Branded Independent Workshops (BIWS) memainkan peranan.

    Terdapat lebih 1,000 BIWS, termasuk bengkel kereta bertauliah Shell, di Malaysia, dan mereka menjual produk Shell yang tulen. Minyak pelincir yang dijual adalah tulen dan direka khas untuk rantau kita, semuanya dengan label “Untuk Pasaran Malaysia” pada pek. Produk-produk tersebut juga mempunyai kod QR yang boleh diimbas untuk mengesahkan ketulenan.

    Shell Helix Authorized Branded Workshops (BIWS) – outlet boleh dipercayai dengan jaminan produk asli

    Shell Helix Authorized Branded Workshops (BIWS) – outlet boleh dipercayai dengan jaminan produk asli

    Jangan pandang rendah kerosakan yang boleh disebabkan oleh pelincir sub-standard pada enjin kereta anda. Produk tiruan mungkin kelihatan sama dengan tulen dari luar, sehinggakan ia hampir sama dengan produk sebenar sekiranya dilihat oleh individu yang tidak terlatih, jadi jangan biarkan perkara itu terjadi dan pastikan anda mendapat produk tulen berkualiti tinggi daripada BIWS, di mana kakitangannya mempunyai kepakaran teknikal, pengetahuan tentang produk dan boleh memberikan nasihat secara bertauliah.

    Selain daripada mengesahkan ketulenan produk, program SHARE – hanya untuk minyak enjin sintetik sepenuhnya dan separa sintetik – memberikan manfaat Frequent User Benefits kepada ahli dengan ganjaran kepada pelanggan setia dalam bentuk minyak pelincir Shell Helix percuma seperti Shell Helix Power, Shell Helix Ultra, Shell Helix HX8, Shell Helix ECO, Shell Helix HX7, dan banyak lagi produk lain.

    Untuk mendapatkan manfaat Frequent User Benefits, anda perlu lakukan perkara berikut – buat dua penukaran minyak dengan Shell Helix Power 0W/Protect dan dapatkan satu botol percuma untuk penukaran minyak ketiga anda. Buat tiga penukaran minyak dengan Shell Helix Power 5W/Ultra/HX8/Eco dan dapatkan satu botol percuma untuk penukaran minyak keempat anda. Dengan empat penukaran minyak Shell Helix HX7/High Mileage, anda akan menerima satu botol percuma untuk penukaran minyak kelima.

    Shell Helix Authorized Branded Workshops (BIWS) – outlet boleh dipercayai dengan jaminan produk asli

    Shell Helix Authorized Branded Workshops (BIWS) – outlet boleh dipercayai dengan jaminan produk asli

    Dengan semudah itu anda diberi ganjaran untuk perkhidmatan penukaran minyak rutin! Pengguna juga boleh memanfaatkan promosi bermusim dan anda tidak akan terlepas servis berkala lagi dengan peringatan penukaran minyak yang diberikan. Berikut ialah senarai penuh cawangan Shell Helix BIWS.

    Shell juga menjemput bengkel-bengkel diluar sana untuk menyertai keluarga BIWS. Program ini menyokong bengkel bebas dengan memberikan mereka sokongan jenama Shell yang kukuh melalui papan tanda yang menonjol, penjenamaan dalaman dan pakaian seragam eksklusif untuk kakitangan serta pelbagai lagi perincian identiti lain.

    BIWS juga memperkasakan mekanik, memberikan mereka pengetahuan teknikal yang unggul dan meningkatkan kemahiran mereka melalui latihan teknikal produk dalam talian dan bengkel eksklusif untuk rakan kongsi. Bengkel sah juga boleh menikmati promosi Shell Trade Promotions yang eksklusif dan rebat ke atas produk terpilih. Malah terdapat insentif perjalanan sekiranya terma dan syarat dipenuhi.

    Sertai rangkaian BIWS hari ini untuk menggunakan penjenamaan unggul Shell Helix dan rangkaian produk berkualiti tinggi – hubungi wakil jualan pengedar Shell hari ini!

     
     
  • ‘Penyelewengan prosedur’ Daihatsu – UMW Toyota keluarkan kenyataan rasmi; ia kini sedang diselesaikan

    ‘Penyelewengan prosedur’ Daihatsu – UMW Toyota keluarkan kenyataan rasmi; ia kini sedang diselesaikan

    20 Disember lalu Daihatsu telah pun membuat kenyataan tergempar dengan mengumumkan penghentian penghantaran kereta baharu kepada pelanggan untuk model yang diproduksi di Jepun dan juga pasaran luar. Ini adalah susulan pembuat kereta itu menyerahkan laporan oleh panel bebas kepada kementerian tanah, infrastruktur, pengangkutan dan pelancongan (MLIT) Jepun serta kementerian ekonomi, perdagangan dan industri (METI).

    Seperti yang telah dilaporkan tempoh hari, panel bebas berkenaan telah menyiasat skandal berhubung penipuan ujian keselamatan oleh Daihatsu, yang didedahkan pada April tahun ini. Ketika itu, Daihatsu mengakui “perbuatan salah” yang dilakukan khususnya ujian keselamatan kemalangan yang dibuat untuk permohonan kelulusan peraturan untuk empat model. Lebih 88,000 unit terjejas, dengan titik fokus ialah kemasan pintu yang tidak memenuhi piawaian keselamatan dalam ujian impak pelanggaran sisi.

    Dalam kenyataan akhbar rasmi (diterjemahkan daripada bahasa Jepun), syarikat itu berkata, “hasil daripada penyiasatan, sebagai tambahan kepada penipuan kemasan pintu pada bulan April dan penipuan ujian perlanggaran sisi tiang pada bulan Mei, didapati terdapat 174 penyelewengan dalam 25 item ujian.”

    ‘Penyelewengan prosedur’ Daihatsu – UMW Toyota keluarkan kenyataan rasmi; ia kini sedang diselesaikan

    Syarikat itu mengesahkan bahawa 64 model dan tiga enjin terjejas, termasuk yang sedang dalam produksi atau pembangunan serta yang telah dihentikan. Rangkaian model yang terjejas meliputi yang dijual di bawah jenama Daihatsu dan yang dibekalkan secara OEM kepada Toyota, Mazda dan Subaru.

    Selain itu beberapa model Perodua juga telah disenaraikan dalam kenyataan terbaharu ini, iaitu Axia generasi pertama, Axia generasi kedua, Aruz, Alza generasi kedua, Ativa, Myvi dan Bezza. Manakala model Toyota yang disenaraikan berkaitan dengan pasaran Malaysia ialah Rush, Yaris, Vios dan Veloz.

    Pada hari yang sama, Perodua turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang sama dan boleh anda baca pada PAUTAN INI. Dan hari ini, UMW Toyota juga sudahpun mengeluarkan kenyataan rasminya berkenaan isu yang sama, dan ia boleh anda baca seperti berikut.

    Menyusul perkembangan terkini mengenai ujian keselamatan di Daihatsu Motor Co Ltd (DMC), anak syarikat Toyota, Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menjamin pelanggan dan orang ramai bahawa ia komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus dan penuh akauntabiliti.

    lni berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) yang melaporkan ketidaksempurnaan prosedur dalam ujian yang di laksanakan oleh DMC, yang memberi kesan kepada tiga model Toyota yang diedarkan oleh UMWT di Malaysia.

    Presiden UMW Toyota Motor,Datuk Ravindran K. berkata, “Kami ingin menekankan komitmen kami dalam mengekalkan piawaian dan kualiti tertinggi dalam kenderaan kami. Jangan bimbang, kami sedang berusaha untuk memastikan kesemua kenderaan kami di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.”

    UMWT bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawalselia untuk menangani isu ini secara segera dan telus, dengan komitmen untuk menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada pasaran Malaysia.

    Beliau meneruskan,”Kami faham betapa pentingnya kepercayaan pelanggan,dan kami berazam untuk memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap kami. Komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan sentiasa menjadifokus utama kami.”

     
     
  • Laluan Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS pada 23-25 Dis dan 29 Dis-1 Jan – PD, Slim River, Rawang

    Laluan Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS pada 23-25 Dis dan 29 Dis-1 Jan – PD, Slim River, Rawang

    PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga dua juta kenderaan sehari akan berada di lebuh raya kendaliannya terutamanya pada hari-hari puncak bersempena dengan musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baharu. Justeru, sebagai kelancaran trafik pada waktu puncak, PLUS akan mengaktifkan beberapa laluan Smartlane di Lebuhraya Utara-Selatan, walau bagaimana pun, ia tertakluk kepada keadaan trafik semasa.

    Laluan terbabit ialah antara Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 – Arah Utara) pada 22 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (antara jam 8 pagi hingga 6 petang) dan antara laluan Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 – Arah Utara) pada 23 hingga 25 Disember 2023 dan pada 29 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (antara jam 9 pagi hingga 10 malam).

    Selain itu, ia turut melibatkan laluan Gua Tempurung – Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 – Arah Utara), Slim River – Sungkai (KM366.8 hingga KM354.0 – Arah Utara) dan dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang – Persimpangan Sungai Buaya (KM439.5 – KM435.5 – Arah Utara), namun pelaksanaan ini tertakluk kepada keadaan trafik semasa di lokasi-lokasi terbabit.

    Laluan Smartlane diaktifkan di Lebuhraya PLUS pada 23-25 Dis dan 29 Dis-1 Jan – PD, Slim River, Rawang

    Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya PLUS di antara 22 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 supaya merancang perjalanan mereka dengan memilih waktu perjalanan yang sesuai untuk mereka mula memasuki lebuh raya melalui jadual digital My-TTA di dalam Aplikasi PLUS sepanjang tempoh musim perayaan ini.

    Pada masa yang sama, PLUS turut proaktif membuat persediaan-persediaan lain untuk menguruskan peningkatan trafik melalui pelbagai pendekatan untuk membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang selamat, lancar dan selesa sempena musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baharu pada kali ini.

    Ini termasuklah menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan jalan di antara 20 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (pengecualian diberikan kepada kerja-kerja kecemasan yang memerlukan tindakan segera demi keselamatan pengguna). Selain itu, PLUS turut menempatkan kira-kira 4,600 kakitangan di plaza-plaza tol, anggota PLUSRonda, kakitangan penyelenggaraan, Pusat Pemantauan Trafik dan anggota RELA.

    “PLUS turut menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, bersedia secara fizikal dan mental untuk perjalanan jauh dan lebih berhati-hati ketika memandu semasa musim hujan. Pengguna lebuh raya juga digalakkan untuk berhenti rehat di R&R atau hentian sebelah sebelum menyambung semula perjalanan,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

     
     
  • FMCCAM mohon k’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

    FMCCAM mohon k’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

    Ketika membentangkan Belanjawan 2024 perdana menteri Malaysia merangkap menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut kerajaan bakal menaikkan cukai perkhidmatan yang kini berada pada kadar 6% kepada 8% di mana ianya akan bermula pada 1 Mac 2024.

    Dengan kenaikan ini sudah tentu antara perkhidmatan yang tentunya menyaksikan kenaikan harga adalah bengkel-bengkel kereta, di mana kos upah bagi pembaikkan turut akan dikenakan cukai sebanyak 8% itu berbanding hanya 6% buat masa sekarang.

    Melihat kenaikan ini bakal menambah beban kepada sebahagian pengusaha bengkel dan pengguna, Persekutuan Persatuan-persatuan Syarikat Motor Dan Kredit Malaysia (FMCCAM) meminta kerajaan mempertimbangkan agar kenaikan cukai sebanyak 2% itu dikecualikan untuk bengkel-bengkel kecil dan juga pemilik-pemilik kenderaan terpakai.

    Menurut Presiden FMCCAM Datuk Tony Khor dalam laporan The Star, kenaikan kadar cukai perkhidmatan tersebut mungkin tidak menjejaskan harga kenderaan secara terus, tetapi ia sudah tentu menjejaskan kos penjagaan kereta.

    FMCCAM mohon k’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

    “Saya rasa kadar cukai baharu itu akan terpakai kepada bengkel kereta juga, walaupun kerajaan belum mengesahkannya.

    “Saya difahamkan bahawa perbelanjaan penyelenggaraan kereta mungkin meningkat tetapi sebagai pemilik, kita juga perlu memastikan keselamatan dan keadaan kenderaan di atas jalan raya,” katanya dan menambah walaupun kenaikan itu kecil, ia mungkin ketara kepada pemilik kereta terpakai dengan bajet terhad.

    Jabatan Kastam sebelum ini sudahpun mengesahkan bahawa kenaikan ini akan mula dilaksanakan pada 1 Mac 2024 di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018, dengan pengecualian diberikan paa sektor makanan dan minuman, telekomunikasi, penyediaan tempat letak kereta dan perkhidmatan logistik.

    Laporan akhbar ini menyebut berdasarkan Jadual Kedua Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975, perkhidmatan kenderaan bermotor berada di bawah Kumpulan G perkhidmatan bercukai pada kadar 6%.

    FMCCAM mohon k’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

    Pakar cukai Datuk Koong Lin Loong pula berkata walaupun harga kereta tidak mungkin terjejas, pemilik perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk penyelenggaraan.

    “Harga kereta hanya akan terjejas oleh cukai jualan, duti import, duti eksais dan permit yang diluluskan. Bagaimanapun, perkhidmatan berkaitan kereta seperti pembaikan dan penyelenggaraan akan melibatkan caj buruh dan cukai tambahan 2%,” katanya.

    “Jualan kereta tidak mungkin terjejas kerana pembaikan dan penyelenggaraan hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan kos. Lebih-lebih lagi, sesetengah jenama menyediakan perkhidmatan percuma sepenuhnya semasa tempoh jaminan,” tambahnya lagi.

    Walau bagaimanapun laporan The Star ini menyebut beberapa pemain industri automotif berkata mereka masih menunggu Jabatan Kastam untuk mengeluarkan panduan komprehensif untuk kadar cukai baharu ini.

     
     
  • BMW i4 eDrive35 M Sport 2023 di Malaysia – 286 PS, 400 Nm; jarak EV cecah 483 km; harga dari RM284k

    BMW i4 eDrive35 M Sport 2023 di Malaysia – 286 PS, 400 Nm; jarak EV cecah 483 km; harga dari RM284k

    BMW i4 eDrive35 2023 telah pun tiba di pasaran Malaysia sejak Ogos yang lalu. Kini kami membawakan pula galeri foto untuk salah satu daripada variannya iaitu BMW i4 eDrive35 M Sport. Selain itu, ia juga menawarkan varian biasa iaitu eDrive35. Buat masa ini, barisan i4 kini telah pun memiliki empat varian termasuklah eDrive40 M Sport dan M50.

    Untuk varian edrive35 ini, ia menggunakan motor elektrik yang terletak di belakang, dengan hamburan kuasa sekitar 286 PS (282 hp atau 210 kW) dan tork 400 Nm, berkurangan berbanding 340 PS (335 hp atau 250 kW) dan 430 Nm yang ditawarkan oleh eDrive40. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan oleh eDrive35 dalam masa enam saat, manakala laju maksimum pula adalah 190 km/j.

    Motor elektrik pada eDrive35 ini juga mendapat kuasa daripada bateri lithium ion, tetapi dengan kapasiti lebih rendah, iaitu 70.3 kWh dan boleh mencapai jarak gerak 483 km. Sebagai perbandingan, bateri eDrive40 pula berkapasiti 83.9 kWh dan boleh mencatat jarak gerak 590 km.

    BMW i4 eDrive35 M Sport 2023 di Malaysia – 286 PS, 400 Nm; jarak EV cecah 483 km; harga dari RM284k

    Pengecas AC 11 kW (Type 2) yang datang dengan kereta ini adalah sama dengan eDrive40, dan membolehkan ia dicas penuh dalam masa 8.25 jam. Apabila menggunakan pengecas pantas DC CCS2 pula, eDrive35 hanya boleh menerima kuasa sehingga 180 kW dan baterinya boleh naik dari 10-80% dalam masa 32 minit.

    Kelengkapan standard bagi i4 eDrive35 M Sport termasuklah lampu utama LED, suspensi pasif standard, kawalan suhu tiga-zon, roda stereng balutan kulit M, anthracite M headliner, kemasan dalaman aluminium ‘Rhombicle’ anthracite M, tempat duduk hadapan larasan kuasa dengan fungsi memori untuk bahagian pemandu, pencahayaan ambien, pengecas tanpa wayar, pintu but bukaan kuasa, IconicSounds Electric dan Comfort Access.

    Model eDrive35 M Sport turut diberikan bampar yang lebih agresif, serlahan luaran Frozen Grey, pakej luaran M high-gloss Shadowline dan roda aloi M Aerodynamic style 858 M 18-inci. Sebagai tambahan untuk ciri yang lebih eksklusif, ia juga ditampilkan dengan sistem BMW Live Cockpit Professional yang merangkumi kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh sentral 14.9-inci dan paparan utama.

    BMW i4 eDrive35 M Sport 2023 di Malaysia – 286 PS, 400 Nm; jarak EV cecah 483 km; harga dari RM284k

    Kedua-dua model eDrive35 turut diberikan ciri standard bagi pakej Bantuan Pemanduan termasuk Kawalan Kelajuan Aktif dengan fungsi stop & go, Amaran Ketibaan Lorong dengan Kembali ke Lorong, Amaran Menukar Lorong, Amaran Pelanggaran Hadapan dengan Bantuan Brek (AEB), Amaran Trafik Lintasan Brlakang, Pengelak Pelanggaran Belakang dan Info Pengehad Kelajuan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pakej Bantuan Parkir, kamera undur, Kawalan Jarak Parkir Aktif dan Bantuan Mengundur.

    Warna yang ditawarkan untuk i4 eDrive35 adalah Black Sapphire, Mineral White, Sanremo Green, Skyscraper Grey dan Aventurine Red, sementara eDrive35 M Sport pula ditawarkan dalam dua pilihan iaitu M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey. Balutan kulit sintetik Sensatec di dalam pula datang dalam warna hitam, Cognac atau Tacora Red.

    eDrive35 M Sport ditawarkan pada harga RM284,210 dengan waranti standard dua-tahun, atau RM299,800 sekiranya anda memilih waranti lanjutan (lima-tahun) dan pakej servus (enam-tahun). Setiap pembelian datang dengan jaminan bateri lapan tahun atau 160,000, kabel pengecas awam, pengecas rumah mudah alih, servis bantuan tepi jalan, BMW Service Online dan BMW Group Loyalty+ Mobile App – BMW Privileges Card.

    Risalah spesifikasi BMW i4 eDrive35 M Sport 2023

     
     
  • Toyota panggil semula 1.12 juta kenderaan di seluruh dunia berhubung isu litar pintas penderia beg udara

    Toyota panggil semula 1.12 juta kenderaan di seluruh dunia berhubung isu litar pintas penderia beg udara

    Agensi berita Reuters melaporkan bahawa pada Rabu lalu Toyota telah mengeluarkan notis panggilan semula terhadap 1.12 juta kenderaan di seluruh dunia, berhubung masalah litar pintas di dalam penderia Occupant Classification System (OCS) beg udara, yang mungkin boleh menyebabkan ia tidak mengembang seperti sepatutnya ketika berlaku kemalangan.

    Panggilan semula ini melibatkan model yang diproduksi bermula tahun 2020 sehingga 2022 termasuk model seperti Avalon, Camry, Corolla, RAV4, Lexus ES250, ES300H, ES350, RX350 Highlander dan Sienna Hybrid. Sekitar satu juta unit kenderaan dari jumlah keseluruhan yang terlibat dalam panggilan semula ini adalah model yang dijual di pasaran Amerika Syarikat.

    Penderia berkenaan berfungsi bagi memastikan beg udara tidak mengembang sekiranya kanak-kanak atau orang dewasa bersaiz kecil duduk di kerusi penumpang hadapan. Untuk setiap kenderaan yang dipanggil semula tersebut, pengedar akan membuat pemeriksaan terhadap komponen berkenaan dan menukarnya sekiranya perlu.

    Toyota merancang untuk mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pelanggan bermula Februari nanti, walau bagaimanapun masih belum dapat dipastikan sama ada model-model pasaran Malaysia terlibat atau tidak dalam panggilan semula ini.

    Pada Julai 2022 Toyota telahpun membuat panggilan semula terhadap 3,500 RAV4 di Amerika Syarikat berhubung masalah yang hampir sama iaitu potensi gangguan antara komponen dalaman yang menyebabkan penderia OCS tersebut tersalah mengesan penumpang pada tempat duduk hadapan.

    Masalah itu telah menyebabkan semua beg udara mengembang dengan sama tidak kira pada bahagian pemandu atau penumpang, menyebabkan kecederaan malah dalam kes yang jarang berlaku menyebabkan kematian kepada kanak-kanak, orang dewasa bersaiz kecil dan penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar yang terlalu hampir dengan beg udara tersebut ketika ia mengmbang, lapor Reuters.

     
     
  • Laluan Smartlane diaktifkan antara Persimpangan Senai Utara ke Kulai pada 22 Dis 2023-1 Jan 2024

    Laluan Smartlane diaktifkan antara Persimpangan Senai Utara ke Kulai pada 22 Dis 2023-1 Jan 2024

    Sempena dengan musim cuti persekolahan yang sedang berlangsung, termasuk dengan cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2024, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan pengaktifan Smartlane di laluan antara Persimpangan Senai Utara ke Persimpangan Kulai (Arah Utara) KM19.0 hingga KM27.0.

    Pengaktifan Smartlane ini telah pun bermula hari ini (22 Disember 2023) hingga 1 Januari 2024, melibatkan jarak sepanjang 8 km dan waktu operasinya adalah dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

    Mmenurut PLUS, pengaktifan Smartlane juga akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan trafik semasa dengan kerjasama dan pemantauan oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan serta petugas Lebuhraya PLUS di lokasi. Ia bagi menambah kapasiti lorong sedia ada dan menyuraikan trafik ketika musim percutian.

    Di lokasi SmartLane, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka. Walau bagaimanapun, pengguna dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan

    Dalam masa yang sama, PLUS menasihatkan agar pemandu kenderaan dan penunggang motosikal saling menghormati pengguna lebuh raya yang lain, mengamal kelajuan yang sesuai dan sentiasa berhati-hati.

     
     
  • Bezza generasi ke-2 masih akan dibangun sendiri oleh Perodua, tapi guna logo Daihatsu bagi pasaran ASEAN

    Bezza generasi ke-2 masih akan dibangun sendiri oleh Perodua, tapi guna logo Daihatsu bagi pasaran ASEAN

    Kalau anda perasan, satu-satunya model Perodua yang tiada kembar dengan logo Daihatsu atau Toyota adalah Bezza. Ini kerana Bezza dibangunkan sendiri oleh Perodua di Rawang walaupun masih menggunakan platform yang diasaskan dari hatchback Daihatsu Ayla/Toyota Agya/Perodua Axia generasi pertama.

    Bagi model generasi kedua kelak, Naib Presiden Perodua Datuk Ahmad Suhaimi Hashim menegaskan bahawa Bezza masih akan dibangunkan sendiri oleh Perodua, tetapi apa yang berbeza sedan generasi baharu tersebut turut akan dijual dalam pasaran ASEAN yang lain menggunakan logo Daihatsu – ini bukan pertama kali untuk Perodua dan Daihatsu kerana Myvi generasi ketiga adalah dibangunkan sendiri oleh Perodua, dan model yang dipasang di Rawang tersebut turut dieksport ke Indonesia di jual dengan nama Daihatsu Sirion.

    Perkara ini disebut oleh Ahmad Suhaimi dalam ucapan pembukaannya ketika berlangsungnya peringkat akhir pertandingan Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC)2023 baru-baru ini, di mana beberapa rekaan untuk Bezza generasi baharu kelak akan diambil dari rekaan-rekaan pemenang pertandingan tersebut.

    Bezza generasi ke-2 masih akan dibangun sendiri oleh Perodua, tapi guna logo Daihatsu bagi pasaran ASEAN

    “Kami mencari kesimbangan antara rupa dan fungsi dan juga ia boleh diterima lebih luas bukan hanya pada pasaran Malaysia tetapi lebih daripada itu. Sementara di Malaysia, sedan sentiasa dilihat sebagai mod pengangkutan yang lebih praktikal, tetapi secara tipikalnya dalam setiap negara lain, sedan merupakan simbol status,” katanya.

    “Kami mahu hubungkan perbezaan tersebut sedekat yang boleh, melengkapkan kereta baharu ini dengan perincian keselamatan dan keterhubungan terkini serta dalam julat harga yang tipikal dengan produk kami. Proses ini akan mengambil masa beberapa tahun, tetapi kerja-kerja tersebut kini sedang berjalan,” tambahnya lagi.

    Bagi menghasilkan sebuah model yang “kena dengan selera” semua negara ASEAN bukanlah perkara yang mudah. Contohnya bagi pasaran Malaysia pengguna di sini lebih gemar dengan tema sporty dan garang, berbanding di Indonesia yang lebih sukakan imej kereta mewah.

    Bezza generasi ke-2 masih akan dibangun sendiri oleh Perodua, tapi guna logo Daihatsu bagi pasaran ASEAN

    Malah penggunaan model-model ini juga berbeza di setiap negara – Di Indonesia misalnya, pengguna dengan pendapatan lebih rendah lebih sukakan MPV dan hatchback lima-pintu murah bagi kegunaan keluarga, manakala sedan menjadi “simbol status” yang lebih tinggi seperti yang diperkatakan oleh Ahmad Suhaimi tadi. Sementara di Malaysia, pengguna dalam pasaran yang sama pula lebih sukakan sedan dengan but besar yang dilihat lebih praktikal.

    Dengan faktor-faktor sebegini, ketua pereka Perodua Muhamad Zamuren Musa memberitahu paultan.org bahawa dia perlu melawat ke negara-negara jiran bagi memahami secara lebih teliti berkenaan ‘selera ASEAN’ tersebut. Menurutnya menerusi lawatan-lawatan tersebut, dia sudahpun menjumpai sesuatu dan elemen tersebut akan diserlahkan pada Perodua Bezza generasi kedua nanti.

    Apa yang boleh diramal, Perodua Bezza generasi baharu kelak mungkin akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama seperti Axia generasi kedua. Konsep binaannya juga mungkin sama seperti model generasi sedia ada di mana Perodua akan menghasilkan sepenuhnya sendiri rekaan badan atas, sementara perincian dalaman dan mekanikal akan turut dikongsi bersama Axia.

    GALERI: Pertandingan Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC) 2023 yang dianjurkan Perodua

     
     
  • Kerajaan sasar tambahan 100 lagi pengecas EV di lebuh raya bertol menjelang 2025 – Ahmad Maslan

    Kerajaan sasar tambahan 100 lagi pengecas EV di lebuh raya bertol menjelang 2025 – Ahmad Maslan

    Kerajaan meletakkan sasaran untuk mempunyai tambahan 100 lagi pengecas EV di lebuh raya bertol menjelang tahun 2025. Dalam laporan yang disiarkan oleh Bernama, timbalan menteri kerja raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dipetik memberitahu, ia perlu untuk memenuhi permintaan, terutamanya di Lebuh Raya Utara Selatan (NSE), susulan daripada jumlah kenderaan elektrik (EV) yang semakin bertambah atas jalan.

    “Dalam masa satu tahun setengah lagi, kami berharap dapat menambah 100 lagi stesen pengecas EV (di lebuh raya bertol), di mana sasaran sebelum ini cuma 100 pada tahun 2025. Melihat kepada keadaan sekarang, sasaran ini akan ditingkatkan dan mencecah 160 stesen pengecas kerana kami menerima banyak permohonan,” kata beliau.

    Maslan juga menambah bahawa masih tedapat cara untuk insfrastruktur pengecas awam di sepanjang 33 lebih raya bertol ini memenuhi keperluan pengguna. “Keperluan untuk lebih lagi tempat mengecas EV adalah satu cabaran baru dalam lanskap lebuh raya masa hadapan, sebagai tambahan kepada konsep baru untuk R&R,” kata beliau.

    Buat masa sekarang, terdapat 60 stesen pengecas EV di NSE dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), yang diletakkan di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta stesen minyak. Sementara pemasangan pengecas dan pembangunan rangkaian ini dijalankan sepenuhnya oleh sektor swasta, kerajaan masih mengekalkan tinjauan menyeluruh kepada pembangunan infrastruktur.

     
     
  • Triumph siar teaser sportsbike 660 – Daytona kembali?

    Triumph siar teaser sportsbike 660 – Daytona kembali?

    Triumph, melalui laman media sosial mereka telah menyiarkan beberapa gambar teaser yang menunjukkan sebuah sportsbike, bersama ayat “The Rules Are About To Change.” Turut diberitahu adalah motosikal serba baru ini akan dilancarkan pada 9 Januari 2024.

    Ramai yang teruja kerana ini mungkin menjadi petunjuk kembalinya model Daytona, iaitu sportsbike kelas pertengahan keluaran jenama United Kingdom tersebut. Sejak zaman yang sama dengan Street Triple 675 dari tahun 2006, Daytona memang ada ditawarkan kepada awam, tetapi apabila memasuki generasi 765, ia cuma keluar dalam jumlah terhad yang dipanggil sebagai Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition.

    Daripada sebuah motosikal yang menggunakan asas daripada Street Triple, Daytona baru ini mungkin akan beralih menggunakan asas daripada Trident 660 pula kerana didapati dalam salah satu gambar yang disiarkan, terdapat tulisan 660 pada bahagian bawah enjinnya.

    Jadi, kita boleh menjangkakan spesifikasi teknikal yang sama antara motosikal di dalam gambar teaser ini dengan Trident 660, bermula dengan enjin iaitu unit tiga silinder DOHC dengan kapasiti 660 cc yang mampu menghasilkan kuasa 80 hp pada 10,250 rpm dan 64 Nm tork pada 6,250 rpm, dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan.

    Kelengkapan lain yang ada pada Trident 660 adalah seperti lampu LED, meter digital TFT, sistem ride by wire, dua mod tunggangan, ABS, sistem kawalan cengkaman, fork hadapan USD Showa tanpa pelarasan di hadapan, cakera brek berkembar 310 mm bersama angkup Nissin dua piston di hadapan dan cakera 255 mm bersama angkup satu piston di belakang.

    Menjadikan model dalam gambar ini istimewa adalah fairing penuh sehingga ke bawah, yang kita boleh jangkakan menghampiri rekaan Daytona Moto2 765 Limited Edition.

     
     
  • Tol percuma pada 23 dan 26 Dis sempena Krismas; semua plaza tol kecuali di BSI dan Tg Kupang

    Tol percuma pada 23 dan 26 Dis sempena Krismas; semua plaza tol kecuali di BSI dan Tg Kupang

    Sempena dengan sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember (Isnin hadapan), Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma kepada pengguna lebuh raya selama dua hari iaitu pada 23 Disember dan 26 Disember 2023. Walau bagaimana pun, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR), pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Linkedua, Johor.

    “Pemberian tol percuma ini diharap dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga untuk sambutan Krismas atau bercuti bersama-sama sempena musim cuti persekolahan. Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.

    “Pemilihan tarikh ini juga bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar serta dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang kawasan hentian sebelah (lay by) dan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya,” kata kenyataan yang dikeluarkan itu.

    Dalam masa yang sama, pihak KKR menasihati para pengguna jalan raya agar menitikberatkan aspek keselamatan dengan mematuhi had laju, papan tanda dan peraturan-peraturan di sepanjang lebuhraya. Anda juga boleh mengikuti saranan syarikat konsesi lebuhraya yang mengeluarkan cadangan jadual perjalanan bagi kelancaran pergerakan trafik di lebuhraya.

     
     
  • PADU – pendaftaran dalam talian bermula 2 Jan 2024

    PADU – pendaftaran dalam talian bermula 2 Jan 2024

    Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Pangkalan Data Utama (PADU) akan mula beroperasi pada bulan Januari 2024 dan rakyat Malaysia yang ingin mengetahui sama ada mereka layak atau tidak untuk mendapat subsidi bahan api bersasar perlu mendaftar sendiri di dalam laman ini secara dalam talian.

    Sekarang, tarikh sebenar proses itu akan dimulakan sudah didedah. Dalam satu muatan di X (Twitter), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyatakan, “dari 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini informasi peribadi mereka di dalam sistem PADU.”

    Sudah tentu, cara selain dalam talian juga disediakan, terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan pedalaman dan mengalami masalah akses kepada internet. Bagi keadaan seperti itu, mereka boleh melakukannya secara manual di tempat seperti pejabat daerah/penghulu/MPKK/PBT, Pusat Ekonomi Digital atau Pusat Internet Desa.

    PADU – pendaftaran dalam talian bermula 2 Jan 2024

    Bulan lalu, menteri ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu bahawa mekanisme subsidi bersasar untuk petrol RON 95 akan diperkenalkan pada separuh kedua tahun 2024, dengan PADU menjadi komponen penting bagi membenarkan kerajaan untuk mengenal pasti dan merasionalkan subsidi dan melaksanakan langkah kebajikan sosial ini.

    Terdapat tiga mekanisme yang berkemungkinan diguna pakai untuk melaksanakan subsidi bersasar untuk petrol dan diesel ini iaitu mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih kepada individu menerusi pendekatan perlindungan sosial, isi rumah melalui pendekatan hibrid iaitu perlindungan sosial dan bantuan sosial serta isi rumah dan individu menggunakan kaedah kad subsidi.

     
     
  • Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup pada Jumaat malam untuk acara PDRM 2023 Solidarity Fun Ride

    Lanjutan mengenai acara kayuhan basikal Penang 2nd Bridge Polis Diraja Malaysia Solidariti Fun Ride 2023 yang bakal berlangsung pada malam esok, 22 Disember, selain Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) yang bakal ditutup mulai jam 10 malam, beberapa jalan utama di sekitar bahagian pulau juga terlibat dengan penutupan.

    Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, penutupan dan lencongan jalan akan dibuat secara berperingkat mulai 8 malam pada 22 Disember hingga 3 pagi keesokannya (23 Disember).

    “Peringkat pertama bermula pada 8 malam melibatkan bulatan Queen 1 dan Bulatan Queensbay manakala peringkat kedua pada 9 malam melibatkan Bulatan Persiaran Bayan Indah, Bulatan Batu Maung menghala ke pusat bandar. Manakala peringat kedua pula akan ditutup jam 9 malam yang melibatkan Bulatan Persiaran Bayan Indah (berhampiran susur keluar Seagate), Bulatan Batu Maung menuju ke pusat bandar dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke arah kawasan perindustrian.

    “Peringkat ketiga ialah pada 10 malam melibatkan kesemua susur masuk dan keluar JSAHMS kedua-dua arah dan bulatan Bayan Baru,” katanya.

    Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup pada Jumaat malam untuk acara PDRM 2023 Solidarity Fun Ride

    Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif seperti yang dinyatakan di dalam gambarajah di atas bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan.

    Tambahnya lagi, “Seramai 800 pegawai dan anggota polis terlibat dalam menjaga lalu lintas dan juga keselamatan orang ramai, mereka dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak polis yang bertugas bagi melancarkan perjalanan.”

    Seramai1,500 peserta dijangka mengambil bahagian dalam edisi kelima Penang 2nd Bridge Polis Diraja Malaysia Solidariti Fun Ride 2023 yang membabitkan kayuhan sejauh 52 kilometer. Acara pelepasan bakal diadakan di hadapan Queensbay Mall tepat jam 11 malam.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.16 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.88 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.08 (0.00)
Last Updated Sep 04, 2025