Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - facelift ke all-new?



Artikel Terkini

  • Polis beri 50% diskaun saman trafik pada 25 hingga 26 April di semua kaunter saman trafik Selangor

    Polis beri 50% diskaun saman trafik pada 25 hingga 26 April di semua kaunter saman trafik Selangor

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor telah mengumumkan pengurangan bayaran saman trafik sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih yang ditawarkan pada 25 hingga 26 April 2025 (JUmaat & Sabtu). Ia adalah sempeba dengan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Kontijen Selangor 2025.

    Menurut JSPT Selangor, pemberian diskaun saman trafik terpilih itu ditawarkan di seluruh kaunter saman trafik dalam negeri Selangor, dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang, pada kedua-dua tarikh berkenaan.

    Walau bagaimana pun, anda dinasihatkan agar membuat semakan awal melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my dan aplikasi MyBayar PDRM bagi melancarkan proses pembayaran saman nanti.

    Seperti amalan sebelum ini, pemberian diskaun saman tersebut tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya, saman memotong di garisan kembar, saman emalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan kenderaan berat, saman ubahsuai ekzos dan saman berstatus Op Selamat tahun semasa.

    Jadi, jika anda berada di negeri Selangor, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Sila lunaskan tunggakan saman yang ada bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.

     
     
  • Laluan dari Plaza Tol Shah Alam di ELITE ke TTDI Jaya, Shah Alam dilanda banjir – rancang perjalanan

    Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa kini berlaku banjir kilat di laluan dari Plaza Tol Shah Alam di Lebuhraya ELITE menghala ke ke TTDI Jaya dan Shah Alam. Ia membuatkan laluan berkenaan terhalang dan mendorong pihak konsesi lebuhraya untuk melaksanakan lencongan trafik ke Persimpangan Bukit Jelutong Sentral.

    Dalam masa yang sama, hanya lorong kiri di laluan dari Bukit Jelutong ke Plaza Tol Shah Alam (ELITE) yang boleh dilalui oleh kenderaan.

    “Trafik sesak di kedua-dua arah di lokasi. Rancang perjalanan anda dan patuhi arahan petugas di lokasi. Segala kesulitan yang dialami amat dikesali,” kata LLM menerusi pengumumannya di Facebook rasminya.

    Untuk pemilik kenderaan, anda disarankan mengambil perlindungan special perils atau bencana alam — memang akan ada kos tambahan, tetapi sangat membantu jika kenderaan anda rosak akibat banjir.

    Elak dari meredah air banjir yang kita tidak tahu kedalamannya dan dibimbangi kenderaan akan hanyut dibawa arus yang pastinya mendatangkan risiko buat anda. Jika kediaman atau kawasan anda dinaiki air, bertindak pantas mengalihkan kenderaan anda ke kawasan yang lebih selamat. Dan segeralah berpindah ke lokasi yang selamat sebelum keadaan kian meruncing.

     
     
  • Jualan kenderaan Mac 2025 Malaysia naik 12% – MAA

    Jualan kenderaan Mac 2025 Malaysia naik 12% – MAA

    Data jualan kenderaan terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk bulan Mac 2025 menyaksikan 72,704 buah kenderaan berjaya diserahkan kepada pelanggan. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12% berbanding jumlah 65,061 yang dicatat pada bulan sebelumnya.

    Menurut MAA, peningkatan ini berlaku kerana sambutan perayaan Hari Raya serta promo menarik yang ditawarkan oleh syarikat kenderaan. Jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas, jumlah ini adalah 2% lebih tinggi berbanding pada Mac 2024.

    Walaubagaimanapun, jumlah jualan keseluruhan untuk tahun 2025 masih lagi lebih rendah berbanding tahun 2024 (kurang 7%). MAA menjangkakan, jualan pada bulan April 2025 akan menjadi lebih rendah berbanding Februari 2025 kerana cuti Hari Raya yang panjang antara 31 April ke 6 April.

     
     
  • LG tarik diri dari projek bateri RM37bil di Indonesia

    LG tarik diri dari projek bateri RM37bil di Indonesia

    LG Energy Solution (LGES) telah menarik diri daripada perjanjian bernilai 142 trilion Rupiah (RM36.9 bilion) yang ditandatangi bersama kerajaan Indonesia pada 2020 — dikenali sebagai Indonesia Grand Package — untuk membangunkan kilang bateri EV di negara itu, lapor Reuters.

    “Mengambil kira beberapa faktor, termasuk keadaan pasaran dan persekitaran pelaburan, kami bersetuju untuk menarik diri secara rasmi daripada projek Indonesia GP. Bagaimanapun, kami bersedia untuk meneroka beberapa cabang kerjasama lain dengan kerajaan Indonesia, dengan tumpuan terhadap usaha sama bateri di Indonesia, HLI Green Power,” jelas LGES dalam satu kenyataan.

    HLI Green Power, sebuah kerjasama LGES-Hyundai Motor Group, telah mula membina kilang pengeluaran sel bateri pertama Indonesia dengan kapasiti tahunan 10-gigawatt-jam, dengan perancangan untuk memperluas kapasiti berkenaan dalam pelaburan fasa kedua.

    LG tarik diri dari projek bateri RM37bil di Indonesia

    “Walaupun LG telah menarik diri, Indonesia kekal yakin yang nickel kami lebih berdaya saing berbanding negara lain,” jelas pegawai Kementerian Tenaga, Tri Winarno dengan menambah bahawa negaranya akan terus mencari rakan negara asing untuk membangunkan industri baterinya.

    Indonesia Battery Corporation dan pelombong Aneka Tambang antara syarikat yang dikawal oleh negara yang berhasrat untuk menjadi rakan niaga LGES; sebelum LGES akhirnya mewujudkan usaha sama dengan CBL, sebuah anak syarikat CATL.

    Berita tentang Hyundai dan LG ingin mengeluarkan bateri EV di Indonesia pertama kali muncul pada 2020, dengan kerja sama itu diumumkan pada Julai 2021 sebelum kerja-kerja pembinaan kilang bermula pada September. Pada 2022, kedua-dua syarikat Korea itu telah mendapatkan pembiayaan US$710 million (RM3.1 bilion) untuk kilang tersebut.

     
     
  • Firefly EV versi pemanduan kanan akan siap Oktober ini – masuk pasaran Singapura, Malaysia seterusnya?

    Firefly EV versi pemanduan kanan akan siap Oktober ini – masuk pasaran Singapura, Malaysia seterusnya?

    Nio mengumumkan, EV Firefly versi pemanduan sebelah kanan akan siap pada bulan Oktober ini dan ia kemudiannya akan dipasarkan bermula di United Kingdom serta Asia Tenggara, manakala pengedar rasmi di Singapura akan disahkan minggu ini, seperti yang dilaporkan oleh CnEVPost.

    Presiden dan pengasas bersama Nio, Qin Lihong berkata semasa sidang akhbar di Shanghai hari ini, Firefly akan memilih masa antara Jun ke Ogos untuk pelancaran di Eropah, dan akan berada di sekitar 20 pasaran luar menjelang akhir tahun. Pesaing kepada model EV MINI dan smart ini baru sahaja dilancarkan di China awal bulan ini dalam dua varian, pada harga masing-masing RMB119,800 (RM72k) dan RMB125,800 (RM75k).

    Harga itu adalah termasuk sekali dengan bateri, tetapi tidak lama lagi pembeli boleh membeli kenderaan dan menyewa sahaja bateri melalui program battery-as-a-service (BaaS), dan sepatutnya dapat mengurangkan harga sehingga berpuluh ribu yuan – lapor CnEVPost.

    Antara ciri Firefly EV ini antaranya adalah bateri yang boleh dibawa keluar (kerjasama dengan CATL), radius pusingan 4.7 meter, ruang simpanan di hadapan 92 liter, ruang simpanan belakang 1,250 liter, penarafan C-NCAP lima bintang, badan besi berkekuatan tinggi 83.4%, sembilan beg udara dan ADAS.

    Rekaan unik hatchback ini adalah hasil daripada Kris Tomasson, yang sebelum ini pernah bekerja di BMW dan Ford, dengan bahagian dalamnya menggunakan konsep minimalis. Daripada aspek saiz, Firefly ini kecil sedikit berbanding BYD Dolphin, tetapi lebih besar berbanding BYD Seagull/Dolphin Surf.

     
     
  • CATL lancar Naxtra — jenama baru bateri sodium-ion

    CATL lancar Naxtra — jenama baru bateri sodium-ion

    Contemporary Amperex Technology Co Ltd (CATL) telah melancarkan sebuah jenama baru bagi bateri sodium-ion keluarannya — Naxtra — serta bateri kenderaan elektrik pengecasan pantas generasi kedua, lapor Reuters. Bateri Naxtra yang pertama akan mula di keluarkan secara massa pada Disember ini. Unit Sodium-ion berkenaan akan mempunyai kepadatan tenaga sebanyak 175 kWh per kg, hampir bersamaan dengan bateri lithium iron phosphate (LFP).

    Presiden Bersama CATL R&D, Ouyang Chuying menyatakan, bateri sodium-ion mempunyai kelebihan dari sudut kos berbanding bateri lithium-ion ketika teknologi berkenaan serta rantaian bekalannya berkembang. Sementara Pengasasnya, Robin Zeng pula menjelaskan bateri sodium-ion berpotensi untuk menggantikan hingga separuh penggunaan bateri LFP dalam pasaran yang kini didominasi oleh CATL.

    CATL lancar Naxtra — jenama baru bateri sodium-ion

    Pakar memaklumkan yang sodium lebih mudah dan banyak tersedia, tidak seperti material lain untuk bateri, dan kimianya berpotensi mengurangkan kebakaran EV. CATL melancarkan bateri sodium-ion pertamanya ada 2021, sekaligus menjadi pengeluar bateri automotif utama yang pertama berbuat demikian. Versi generasi keduanya dilancarkan tahun lalu.

    Selain Naxtra, CATL juga melancarkan bateri pengecasan pantas Shenxing generasi kedua — 520 km dengan hanya lima minit pengecasan, 0%-80% SoC dalam 15 minit dan cuaca dingin — yang akan membekalkan kuasa kepada 67 model baru EV tahun ini. Ketika ini, 18.32 juta kenderaan telah dilengkapi oleh bateri CATL dan digunakan di 66 negara.

     
     
  • KDN cadang guna MyDigital ID untuk bayar saman

    KDN cadang guna MyDigital ID untuk bayar saman

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mencadangkan penggunaan MyDigital ID untuk pembayaran saman trafik. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Berita Harian yang walaupun penggunaan aplikasi tersebut tidak diwajibkan, ia adalah sebahagian daripada polisi kerajaan.

    “Perkara ini masih dalam peringkat cadangan dan belum diluluskan di parlimen. Kami ingin menggalakkan pengguna untuk menggunakan aplikasi ini bagi tujuan mengesahkan identiti mereka dalam setiap transaksi,” ujarnya.

    Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Akta Pendaftaran Kebangsaan 1959 untuk membolehkan penggunaan MyDigital ID dan memastikan peningkataan penggunaan aplikasi berkenaan pada masa depan. Semua transaksi akan datang yang melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mengutamakan mereka yang berdaftar dengan MyDigital ID ini.

    “Jika sebelum ini JSPT menawarkan diskaun saman 50%, kami boleh memberikan kelebihan yang sama atau lebih kepada mereka yang menggunakan aplikasi berkenaan, misalnya 55%. Sangat mudah untuk mendaftar MyDigital ID, hanya gunakan telefon mudah alih anda dan prosesnya hanya sekejap,” jelas Saifuddin.

     
     
  • Lebih 35k kemalangan berlaku di LPT 1 sejak 2004

    Lebih 35k kemalangan berlaku di LPT 1 sejak 2004

    Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) telah merekodkan sebanyak 35,551 kemalangan sejak pembukaannya pada 2004 hingga Disember 2024, termasuk 730 kematian, lapor Bernama.

    “Tiada lokasi di LPT1 yang dikategorikan sebagai kawasan panas kemalangan, tetapi ada beberapa kawasan di mana kemalangan kerap berlaku,” jelas Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Razali Kassim dalam satu maklum balas kepada ADUN Datuk Wong Tat Chee yang bertanya tentang kadar kemalangan dan kematian di lebuh raya serta kawasan lain.

    “Langkah pembaikan telah dilakukan untuk mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tersebut, termasuk di KM238.7 dan KM87 arah barat,” tambahnya, dan memaklumkan bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjalankan analisa tahunan bagi mengesan lokasi yang kerap berlaku kemalangan melalui Sistem Analisa dan Pangkalan Data Kemalangan Lebuh Raya dan Jalan Malaysia (MHROADS).

    “Keberkesanan langkah pencegahan akan dipantau bagi memastikan kadar kemalangan boleh dikurangkan,” ujarnya, dengan menambah bahawa AFA Prime Berhad, syarikat yang bertanggungjawab ke atas operasi dan penyelenggaraan LPT1, akan terus menjalankan audit keselamatan jalan raya, kempen keselamatan dan sesi nasihat bersama pengguna.

     
     
  • SYM Naga 150 akan tiba di Malaysia tahun ini – asas sama dengan Husky 150, harga dijangka sekitar RM9k

    SYM Naga 150 akan tiba di Malaysia tahun ini – asas sama dengan Husky 150, harga dijangka sekitar RM9k

    Tahun ini, selain ADXTG 400, satu lagi model daripada SYM yang akan tiba di Malaysia adalah Naga 150. Pada masa ini, skuter ini dikenali dengan nama kod MMBCU di Taiwan, tetapi untuk beberapa negara termasuk Malaysia, ia akan dipanggil sebagai Naga 150.

    Asas untuk Naga 150 ini sebenarnya adalah sama seperti Husky 150, termasuk enjin, iaitu unit satu silinder 149.6 cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik dan penyejukan cecair, mampu menghasilkan 14.2 hp pada 8,000 rpm dan 13 Nm tork pada 7,500 rpm dihantar kepada roda belakang melalui transmisi CVT dan sistem tali sawat.

    Sementara Husky 150 tampil dengan gaya adventure, Naga 150 pula membawa rupa sport/urban, dengan muka hadapan yang agresif. Ia terletak di atas jalan melalui rim bersaiz 13 inci di hadapan dan belakang, dibalut tayar masing-masing 120/70 dan 130/70, kemudiannya dipegang oleh fork teleskopik dan monoshock di belakang.

    Selain ABS dual-channel, skuter ini juga didatangkan secara standard dengan kawalan cengkaman untuk bahagian keselamatan. Kedua-dua brek hadapan dan belakang Naga 150 adalah unit cakera dan di bawah tempat duduknya masih terdapat ruang barangan yang luas.

    Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk semua lampu jenis LED, panel meter LCD, soket pengecas USB, cangkuk dan poket barangan kecil serta tangki bahan api 7.3 liter. Buat masa ini jangkaan harga yang dikeluarkan untuk Naga 150 adalah sekitar RM9k apabila dipasarkan di Malaysia nanti.

     
     
  • Cycle & Carriage buka pusat 3S di George Town, P. Pinang — wakili jenama Leapmotor dan Peugeot

    Cycle & Carriage buka pusat 3S di George Town, P. Pinang — wakili jenama Leapmotor dan Peugeot

    Cycle & Carriage telah melancarkan pengedar 3S terbarunya di George Town, Pulau Pinang yang akan mewakili kedua-dua jenama Leapmotor dan Peugeot, jenama di bawah portfolio Stellantis.

    Terletak di kawasan warisan UNESCO, bilik pameran bagi dua jenama berkenaan menempati kawasan seluas 7,260 kaki persegi dan boleh menampung hingga 11 kenderaan dalam satu masa, dan mempunyai ruang khusus lain untuk serahan kenderaan kepada pelanggan.

    Sementara itu, pusat lepas jualan dengan kelengkapan penuhnya pula meliputi kawasan seluas 8,704 kaki persegi dan menampilkan lima ruang servis dengan pengangkat kenderaan, bilik alat ganti serta kawasan perkakasan. Keseluruhannya, Cycle & Carriage Georgetown mengisi ruang berkeluasan 15,964 kaki persegi. Ciri lain premis berkenaan termasuklah konfigurator kereta 3D serta ruang menunggu yang lengkap dengan hidangan ringan dan ruang santai.

    “Kami berbesar hati dapat memberikan pengalaman pelanggan yang selesa. Cawangan Cycle & Carriage George Town mencerminkan visi kami dalam mengadun warisan dengan kecemerlangan automotif, memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan,” ujar CEO Cycle & Carriage, Thomas Tok.

    “Dengan mewakili jenama daripada Stellantis seperti Peugeot dan Leapmotor, kami ingin memperluas kehadiran kami dan menyediakan perkhidmatan terbaik yang dapat memperkaya pelangalaman pemilkan pelanggan di Pulau Pinang,” tambahnya.

    Cycle & Carriage George Town terletak di 24, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 George Town, Pulau Pinang. Bilik pameran tersebut dibuka dari Isnin hingga Sabtu dari 8.30 pagi hingga 7 malam, dan dari 11 pagi hingga 5 petang pada Ahad. Bagi pusat servis, ia dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang Isnin-Jumaat, dan dari 8 pagi hingga 12 tenghari pada Sabtu, dan tutup pada Ahad.

     
     
  • Chery Lepas 8 SUV mula dikeluar — model pertama dari jenama baru; saiz Tiggo 8 Plus, bakal ke SEA?

    Chery Lepas 8 SUV mula dikeluar — model pertama dari jenama baru; saiz Tiggo 8 Plus, bakal ke SEA?

    Oktober tahun lalu, Chery memperkenalkan sebuah sub-jenama baru yang dikenali sebagai Lepas dengan fokus terhadap “elit urban generasi baru yang mementingkan keluarga”. Kini, syarikat itu telah memperkenalkan model pertamanya yang sudah mula dikeluarkan dari kilang pemasangan.

    Dikenali dengan nama Lepas L8, yang merupakan sebuah SUV yang mirip dengan Tiggo 8 Plus yang dilancarkan Julai tahun lalu. Model Chery berkenaan mempunyai ukuran 4,715 mm panjang, 1,860 mm lebar, 1,745 mm tinggi dengan jarak roda 2,710 mm.

    Chery bagaimanapun belum mendedahkan perincian spesifikasi bagi Lepas L8, tetapi Tiggo 8 Plus yang dijual di China didatangkan dengan enjin turbocas empat-silinder sebaris yang menghasilkan sebanyak 197 PS (194 hp atau 145 kW) dan 290 Nm untuk unit 1.6 liter, manakala 254 PS (251 hp atau 187 kW) dan 390 Nm untuk unit 2.0 liter. Ini dipadankan pula dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan bagi 1.6 liter, sementara unit 2.0 liter dengan transmisi automatik lapan-kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda depan.

    Chery Lepas 8 SUV mula dikeluar — model pertama dari jenama baru; saiz Tiggo 8 Plus, bakal ke SEA?

    Laporan dari media di China memberi petunjuk bahawa Lepas L8 turut akan ditawarkan dalam versi plug-in hybrid dan elektrik sepenuhnya, sebagai tambahan kepada versi enjin biasa. Jenama tersebut juga dikatakan bertujuan untuk dieksport, dengan Asia Tenggara menjadi satu daripada pasaran sasarannya selain Timur Tengah dan Amerika Selatan.

    Nama Lepas adalah gabungan daripada perkataan Inggeris “leap” dan “passion”, bagi melambangkan dinamik dan kecergasan dalam mengimbanginya dengan estetik dan semangat.

     
     
  • Leapmotor C10 EV akan dipasang di Gurun dan dieksport ke pasaran ASEAN lain secara berperingkat

    Leapmotor C10 EV akan dipasang di Gurun dan dieksport ke pasaran ASEAN lain secara berperingkat

    Stellantis dan Leapmotor telah menandatangani perjanjian untuk pemasangan kenderaan Leapmotor di Malaysia. Perkara ini akan berlangsung di kilang pemasangan Stellantis di Gurun, Kedah bermula hujung tahun ini. Ia melibatkan pelaburan awal bernilai lima juta Euro (RM24 juta).

    Model pertama yang akan dipasang di bawah program ini ialah Leapmotor C10, yang dilancarkan di Malaysia pada Oktober tahun lalu. Bagi peringkat awal, pengeluarannya adalah untuk pasaran tempatan, perancangan masa panjangnya bagaimanapun adalah untuk memperluas kehadiran jenama tersebut di rantau ASEAN. Model-model lain Leapmotor juga akan terlibat, seperti SUV lima-tempat duduk B10 dan juga REEV C10.

    Menurut Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, Malaysia akan menjadi hab pengeluaran bagi Stellantis. “Rancangannya adalah untuk memerluas pengeluaran syarikat, bermula dengan Leapmotor terlebih dahulu, yang akan membawa masuk B10, sebelum beralih kepada jenama lain di bawah Stellantis,” jelasnya.

    Leapmotor C10 EV akan dipasang di Gurun dan dieksport ke pasaran ASEAN lain secara berperingkat

    Yeo menjelaskan, pengeluaran bagi C10 akan menggunakan pendekatan semi-knocked down (SKD) pada permulaannya tahun ini, dan akan beralih kepada CKD selepas itu untuk pasaran eksport. “Langkah berikutnya adalah untuk melibatkan pembekal dalam usaha untuk menjalankan lokalisasi untuk Leapmotor secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2030, menuju eksport ke negara-negara ASEAN. Menjelang 2025 dan 2027, kami mungkin akan mengeksport dari sini ke rantau lain,” ujarnya.

    Kilang di Gurun itu yang mempunyai kapasiti pengeluaran 60,000 unit setahun, telah dipilih kerana lokasi strategiknya serta prasarana automotif sedia ada, yang akan membolehkan pengeluaran cekap dan memudahkan pengedaran ke pasaran serantau.

    Leapmotor C10 EV akan dipasang di Gurun dan dieksport ke pasaran ASEAN lain secara berperingkat

    Syarikat itu juga sedang mempertimbangkan pengenalan model C10 REEV di sini. “Menjelang tahun depan harapanya kami akan membawa masuk C10 REEV. Masalahnya REEV masih dikategorikan sebagai ICE, maka kami sedang berbincang dengan MITI dan MIDA untuk melihat potensi lokalosasinya untuk Malaysia dan ASEAN,” tambah Yeo.

    Hadir dalam majlis sama ialah Pengasas, Pengerusi dan CEO Leapmotor, Zhu Jiangming, yang menjelaskan bahawa projek berkenaan akan mempercepat perluasan Leapmotor di rantau ini. “Kami bersedia untuk bekerjasama dengan Stellantis Group untuk membawakan teknologi baru ke atas transformasi industri automotif Malaysia, dan menetapkan penanda aras baru ke dalam pasaran Asia Tenggara yang semakin terbuka untuk Leapmotor,” ujarnya.

    Leapmotor C10 RWD 2025 di Malaysia

     
     
  • Siri plat khas Putrajaya ‘A-A’ dibuka bidaan hingga 23 April; menerusi platform dalam talian JPJ eBid

    Siri plat khas Putrajaya ‘A-A’ dibuka bidaan hingga 23 April; menerusi platform dalam talian JPJ eBid

    Dalam majlis sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-79 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak, hari ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut memperkenalkan siri nombor pendaftaran khas di bawah Putrajaya iaitu ‘A-A’ dengan angka dari 1 hingga 9999.

    Siri khas terbabit telah pun dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid bermula hari ini, 19 April dan berlangsung selama lima hari, berakhir pada jam 10 malam pada 23 April 2025. Seperti kelaziman, keputusan bidaan akan dikeluarkan keesokan harinya. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

    Disebabkan sekarang ini banyak urusan yang boleh dibuat secara dalam talian, jadi kalau nak dapatkan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh lakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • Suzuki SV650 2025 dilancarkan di Malaysia — Spirit of Samurai dalam dua warna baru; harga RM29,900

    Suzuki SV650 2025 dilancarkan di Malaysia — Spirit of Samurai dalam dua warna baru; harga RM29,900

    Suzuki Malaysia telah memperkenalkan secara rasmi model motosikal ikonik keluaran jenama itu, SV650 2025. Dilengkapi teknologi yang sudah terbukti selama dua dekad, model baru kini kembali ke pasaran tempatan dengan slogan ‘Spirit of Samurai’ dan diimport sepenuhnya dari Jepun. Suzuki SV650 2025 ini dijual dengan harga RM29,900.

    Antara pembaharuan yang diberikan ialah pilihan dua warna baru, Pearl Vigor Blue / Metallic Mat Black No.2 (CGJ); Pearl Mat Shadow Green / Metallic Mat Black No.2 (C2L) dan disertai juga oleh warna Metallic Mat Black No.2 (YKV).

    Naked bike Suzuki ini dilengkapi dengan enjin berkapasiti 645 cc V-Twin dua-silinder empat-lejang DOHC dengan sistem suntikan bahan api. Kuasanya disalurkan oleh kotak gear manual enam-kelajuan constant mesh.

    Dari segi dimensi, SV650 mempunyai ukuran 2,140 mm panjang, 1,090 mm tinggi, 760 mm lebar dan jarak rodak 1,445 mm. Jarak kelegaan tanahnya ialah 135 mm, dengan tinggi pelana 785 mm. Ia mempunyai berat 198 kg, dengan kapasiti tangki minyak 14.5 liter.

    Motosikal ini juga dilengkapi dengan brek ABS, dengan cakera berkembar di depan, dan cakera tunggal di belakang. Suspensi depan adalah dari jenis teleskopik sementara di belakang suspensi link. Tayar depannya menggunakan saiz 120/70ZR17M/C (58W) sementara di belakang dengan tayar 160/60ZR17M/C (69W).

    Suzuki SV650 2025 dilancarkan di Malaysia — Spirit of Samurai dalam dua warna baru; harga RM29,900

    Naked bike ini juga antara lain dilengkapi dengan fungsi Low RPM Assist yang membantu mengekalkan engine idle ketika ingin mula bergerak dan juga ketika dalam kelajuan rendah bagi memudahkan kendalian penunggang, serta ciri Easy Start System yang membolehkan enjin dihidupkan dengan mudah.

    Kelengkapan lain termasuklah paparan meter bagi panel instrumen LCD penuh dan lampu belakang LED. Suzuki SV650 2025 ini ditawarkan dengan jaminan dua-tahun.

     
     
  • SYM ADXTG 400 bakal tiba di Malaysia Mei ini – skuter 399 cc 34.5 hp dengan transmisi CVT, pacuan rantai

    SYM ADXTG 400 bakal tiba di Malaysia Mei ini – skuter 399 cc 34.5 hp dengan transmisi CVT, pacuan rantai

    Penggemar skuter di negara kita tidak lama lagi akan disediakan dengan pilihan baru apabila SYM ADXTG 400 dikhabarkan bakal tiba Mei ini dengan harga anggaran bawah RM30k. Wakil daripada pengedar jenama Taiwan ini, MForce Bike Holdings Sdn Bhd memberitahu, ini adalah skuter dengan jatidiri adventure sebenar, membawa beberapa kelebihan.

    Pertamanya, enjin satu silinder SOHC 399 cc ADXTG ini digantung pada kerangka di kedudukan tengah, berbanding lebih ke belakang pada skuter biasa, dan menyumbang kepada pengendalian yang juga lebih seperti motosikal biasa. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 34.5 hp pada 7,000 rpm dan tork 37 Nm pada 5,500 rpm.

    Ia kemudiannya dipadankan dengan transmisi CVT, dan dijadikan istimewa dengan sistem pacuan rantai untuk memusingkan roda belakang. Menjadikannya lebih sporty, roda belakang yang bersaiz 14 inci dipegang oleh lengan ayun aluminium serta monoshock dengan sistem gantungan multi-link. Roda hadapan menggunakan saiz 15 inci dan dipegang oleh fork USD.

    Untuk sistem brek, kedua-dua bahagian hadapan dan belakang menggunakan tetapan cakera, dengan sistem ABS dual-channel dan kemudiannya sistem keselamatan ditambah baik lagi dengan kawalan cengkaman. Kedua-dua sistem ini boleh ditutup menggunakan butang yang terdapat pada meter LCD.

    Kelengkapan lain yang disediakan pada ADXTG 400 adalah termasuk sistem kunci pintar, penghadang angin larasan manual, pelindung tangan dan bawah enjin, semua lampu jenis LED, soket pengecas USB dan ruang barangan bawah tempat duduk 32 liter. Tinggi tempat duduknya adalah 790 mm manakala berat adalah 213 kg.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.21 (+0.03)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (+0.03)
EURO 5 B7 RM3.11 (+0.03)
Last Updated Jul 17, 2025