Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • iCaur V23 2026 dilancar di Malaysia – hingga 211 PS, 430km NEDC; 2WD dari RM120k, iWD dari RM133k

    iCaur V23 2026 dilancar di Malaysia – hingga 211 PS, 430km NEDC; 2WD dari RM120k, iWD dari RM133k

    Selepas pertama kali dipertontonkan di Malaysia pada Mei lalu bagi versi pemanduan sebelah kiri (LHD), disusuli dengan beberapa siri pra-tonton untuk versi pemanduan sebelah kanan (RHD) pula, akhirnya SUV tahan lasak, iCaur V23 dilancarkan untuk pasaran tempatan. Merupakan model import sepenuhnya (CBU) dari China, V23 di Malaysia ditawarkan dalam dua varian iaitu 2WD yang berharga dari RM119,800 dan bermula RM132,800 untuk iWD, kedua-duanya harga atas jalan tanpa insurans.

    Bagi varian V23 2WD, ia menerima motor elektrik tunggal yang mampu menghamburkan kuasa 136 PS (100 kW) dan 180 Nm, memacu roda belakang, mempunyai lima mod pemanduan (ECO, Comfort, Sport, Individual, Slippery), pecutan 0–100 km/j dalam masa 11 saat serta kelajuan maksimum 140 km/j. Ia menggunakan bateri lithium ion phosphate (LFP) 59.93 kWh dengan jarak gerak sekitar 360 km (NEDC). Pengecasan pantas DC disokong sehingga 85 kW, dan boleh juga dicas dengan unit AC berkapasiti 6.6 kW.

    Manakala untuk varian V23 iWD, ia diberikan dua motor elektrik iaitu satu di hadapan (75 PS, 112 Nm) dan satu di belakang (136 PS, 180 Nm), sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kuasa cecah 211 PS (155 kW) dan 292 Nm. Ia juga digandingkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD), tambahan satu lagi mod pemanduan (Off-Road) dan mampu memecut dari 0–100 km/j dengan hanya 7.5 saat, dan kelajuan maksimum mampu mencecah 140 km/j.

    iCaur V23 2026 dilancar di Malaysia – hingga 211 PS, 430km NEDC; 2WD dari RM120k, iWD dari RM133k

    Untuk V23 iWD pula, ia menggunakan bateri litium tiga logam Nikel-Mangan-Kobalt (NMC) 81.76 kWh, mampu mencapai jarak gerak hingga 430 km (NEDC), serta menyokong pengecasan pantas DC 104 kW dan AC 6.6 kW. Versi iWD juga disokong oleh Motor Tak Segerak Magnet Kekal yang mantap pada gandar depan, memberikan cengkaman tambahan apabila keadaan memerlukan.

    Untuk saiznya, V23 sedikit kecil berbanding iCaur 03, berukuran panjang 4,220 mm, lebar 1,915 mm dan ketinggian 1,845 mm. Walau bagaimanapun, jarak roda V23 lebih panjang iaitu 2,735 mm berbanding 2,715 mm pada 03, sekaligus memberikan lebih ruang dalaman serta keselesaan tambahan kepada penumpang.

    Diangkat sebagai SUV kegunaan lasak elektrik sepenuhnya yang pertama di Malaysia, kehadiran V23 dalam dunia automotif bukan setakat gaya sahaja, sebaliknya ia juga didakwa mampu beraksi dalam laluan lasak dan off-road, apatah lagi ia direka dengan jarak kelegaan tanah 200 mm, kemampuan meredah air hingga 600 mm serta sudut mendaki 42 darjah dan sudut mendongak 40 darjah.

    Untuk asas strukturnya, V23 dibina dengan rangka seakan sangkar yang terdiri daripada 70% keluli berkekuatan tinggi. Ketegaran ini dipadankan dengan Sistem Pengurusan Bateri (BMS) yang menyediakan perlindungan voltan tinggi serta kawalan suhu melalui penyejukan cecair yang memastikan bateri kekal selamat dalam semua keadaan. Gabungan komponen ini memastikan perlindungan yang boleh dipercayai dalam penggunaan harian mahupun situasi yang lebih mencabar.

    Bagi rekabentuk luarannya, ia bagai mempunyai bayangan dari SUV retro seperti Toyota Land Cruiser, Mercedes-Benz G-Class dan Land Rover Defender. Walau bagaimana pun imej lasak dan ranggi yang ditampilkan ini cukup menyerlahkan termasuk pada bentuk badannya, lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang, lengkung roda besar, lampu belakang LED, tempat pemijak sisi serta pintu belakang jenis bukaan sisi lengkap dengan kotak utiliti. Ia juga diberikan pilihan rim 19-inci ya g dibaluti tayar tayar 255/55 R19 untuk 2WD dan 21-inci dengan tauyar 265/45 R21 bagi iWD.

    Senada dengan luarannya, kabin V23 kelihatan ringkas dan utilitarian tetapi dengan sentuhan moden. Papan pemukanya yang tegak menempatkan skrin sentuh infotainmen besar HD Quad 15.4-inci yang dipacu oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8155 yang terletak di bahagian tengah, diapit oleh corong penyaman udara segi empat serta panel dengan tombol dan suis yang mudah dikendalikan.

    iCaur V23 2026 dilancar di Malaysia – hingga 211 PS, 430km NEDC; 2WD dari RM120k, iWD dari RM133k

    Ciri lain termasuk kemasan lembut tahan lama berwarna hitam, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, kad kunci pintar NFC, corong udara bertingkat ditempatkan di sudut papan pemuka, Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, sistem audio dengan tujuh pembesar suara, stereng empat jejari yang mempunyai butang tanpa label serta perincian seperti ukiran imej V23 sedang meredah laluan off-road dan plak bertulis “Born to Play” menambah karakter pada ruang kabin.

    Ruang simpanan juga ada banyak, termasuk poket jejaring pada pintu, konsol tengah dua tingkat boleh ubah serta ruang kargo yang boleh diperluas dari 234 liter hingga 744 liter apabila tempat duduk barisan kedua dilipat sepenuhnya ke bawah.

    Untuk keselamatan dan bantuan pemandu, V23 dilengkapi sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2 merangkumi Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Maklumat Terlepas Keluar (DAI), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Pertukaran Lorong (LCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
    Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), Pengesanan Titik Buta (BSD) dan Amaran Pembukaan Pintu (DOW).

    Selain itu, ia juga dilengkapi sistem Vehicle-to-Load (V2L) berkuasa 3.3 kW, Monitor Pandangan Menyeluruh (AVM) 540-darjah, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS), dan pembaca NFC yang diletakkan di dapra sisi pemandu untuk capaian pantas.

    V23 diberikan pilihan warna yang merangkumi Off Road Orange, Khaki White, Army Green, Slate Silver , dan Carbon Black, yang semuanya dipadankan dengan hias dalaman kulit hitam.

    Sekali lagi, V23 di Malaysia ditetapkan pada harga dari atas jalan RM119,800 untuk 2WD dan iWD pula berharga dari RM132,800, masing-masing tanpa insurans dan turut didatangkan dengan waranti kenderaan tujuh-tahun atau 150,000 km, waranti bateri dan unit pacuan lapan-tahun atau 160,000 km, dan jaminan penggantian bateri sekiranya tahap kesihatan bateri jatuh di bawah 70% dalam tempoh waranti.

    Untuk 1,000 pendaftaran pertama, iCaur Malaysia memperkenalkan pakej pembeli awal (early bird) yang akan diberikan pengecas rumah Wallbox 7kW percuma bernilai RM3,400. Selain itu, pakej ini juga termasuk unit kluster instrumen sokongan 6.86-inci yang bernilai RM1,000, waranti lanjutan untuk bateri, motor elektrik dan unit kawalan kuasa yang meliputi tempoh sehingga sepuluh tahun atau 200,000km.

    iCaur V23 2WD 2026

    iCaur V23 iWD 2026

     
     
  • MEX, Karak, LPT1, SMART, DASH, SUKE, SKVE, SPE, WCE, LEKAS rugi pada tahun 2024 – Ahmad Maslan

    MEX, Karak, LPT1, SMART, DASH, SUKE, SKVE, SPE, WCE, LEKAS rugi pada tahun 2024 – Ahmad Maslan

    Menerusi persidangan Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Dr Ahmad Maslan memaklumkan bahawa sebanyak 12 pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia merekodkan kerugian pada tahun 2024, laporan New Straits Times.

    Pengendali konsesi tersebut membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).

    Selain itu, ia juga melibatkan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Terowong Jalan Dan Pengurusan Air Banjir (SMART), Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

    “Kesimpulannya, sesiapa yang mencadangkan pembinaan lebuhraya baharu perlu mengira unjuran trafik dan kewangan dengan teliti. Jika jumlah trafik tidak mencukupi, hasil kutipan tidak akan dapat menampung kos operasi, dan akhirnya kerajaan terpaksa menanggung kerugian apabila mengambil alih konsesi tersebut,” kata Ahmad Maslan bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan mengenai prestasi konsesi tol.

     
     
  • Aplikasi navigasi lebuhraya TuJu dilancar oleh LLM – info tol, R&R, akses CCTV lebuhraya, butang SOS dll

    Aplikasi navigasi lebuhraya TuJu dilancar oleh LLM – info tol, R&R, akses CCTV lebuhraya, butang SOS dll

    Hari ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), bersama rakan strategiknya Prosignal Consortium, telah melancarkan aplikasi navigasi baharu yang dinamakan TuJu. Nama tersebut dikatakan merupakan gabungan daripada perkataan “two” (merujuk kepada maklumat dua hala antara LLM dan pengguna) dan “julat” atau “jarak”.

    Memasuki segmen yang sudah didominasi oleh aplikasi seperti Google Maps dan Waze, Tuju yang mula dibangunkan sejak tahun 2022 menawarkan beberapa ciri unik hasil kerjasama awam-swasta tersebut. Antaranya, aplikasi ini menyediakan akses kepada laporan trafik langsung (melalui Facebook) daripada pusat pengurusan trafik (TMC) LLM dan memaparkan pengiraan tol yang tepat, selain anggaran masa ketibaan (ETA) seperti biasa.

    TuJu juga memaparkan senarai lengkap lokasi R&R, serta kemudahan yang tersedia seperti tandas, surau, kedai makan, stesen minyak dan juga pengecas EV. Pengguna turut boleh mengakses paparan CCTV lebuhraya secara langsung untuk menyemak sebarang kesesakan, kemalangan atau bencana alam.

    Aplikasi navigasi lebuhraya TuJu dilancar oleh LLM – info tol, R&R, akses CCTV lebuhraya, butang SOS dll

    Seperti Waze, pengguna juga boleh membuat laporan mengenai sebarang insiden seperti penutupan jalan dan sebagainya. Terdapat juga pautan ke aplikasi LLM yang lain iaitu MyJalan untuk pengguna membuat aduan berkaitan kerosakan jalan dan infrastruktur seperti jalan berlubang. Akhir sekali ialah butang SOS turut disediakan bagi membolehkan pengguna menghubungi perkhidmatan kecemasan dengan serta-merta. TuJu juga menggunakan data pemetaan dan POI Google serta teknologi daripada Maybank.

    Buat masa ini, TuJu belum boleh diakses melalui Apple CarPlay atau Android Auto, walaupun seorang pegawai LLM memberitahu bahawa terdapat perancangan untuk mengemas kini aplikasi tersebut bagi menyokong ciri berkenaan pada masa hadapan. Walau bagaimana pun, TuJu boleh dimuatturun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

     
     
  • Harga minyak 27 Nov-3 Dis – diesel di Semenanjung, RON97, RON95 tanpa subsidi diturunkan 2 sen seliter

    Harga minyak 27 Nov-3 Dis – diesel di Semenanjung, RON97, RON95 tanpa subsidi diturunkan 2 sen seliter

    Bagi minggu bertarikh 27 November hingga 3 Disember 2025, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON 97 diturunkan sebanyak dua sen seliter menjadi RM3.26 seliter.

    Untuk petrol RON 95 tanpa subsidi, ia juga diturunkan sebanyak dua sen seliter menjadi RM2.63 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi95 masih kekal pada RM1.99 seliter.

    Bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, ia juga diturunkan dua sen seliter kepada RM3.08 seliter. Namun harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

    Pada 23 Sept lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberi jaminan bahawa harga subsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter di bawah program Budi95 akan dikekalkan dalam tempoh terdekat selepas pelaksanaannya. Walau bagaimana pun, katanya, kerajaan tidak menjamin harga tersebut akan kekal sepanjang masa kerana ia bergantung keadaan semasa.

     
     
  • Shell App kini disepadukan dengan ciri Budi95 — nikmati RON 95 bersubsidi tanpa perlu tunjuk IC

    Shell App kini disepadukan dengan ciri Budi95 — nikmati RON 95 bersubsidi tanpa perlu tunjuk IC

    Bagi pengguna bahan api Shell, Budi Madani RON 95 (Budi95) kini sudah disepadukan di dalam aplikasi mudah alih untuk capaian umum. Pengguna hanya perlu melengkapkan pengesahan sekali untuk e-KYC Touch ‘n Go (TnG). Seteleh selesai, pengguna boleh menekan butang Budi95 untuk membeli bahan api itu dengan harga bersubsidi RM1.99 dari dalam aplikasi berkenaan.

    Pautan aplikasi TnG eWallet kepada aplikasi Shell ini hanyalah bertujuan untuk mengesahkan kelayakan anda untuk menikmati Budi95 dan memaparkan baki bulanan. Pengguna masih perlu memautkan kad kredit atau debit bagi tujuan pembayaran menerusi aplikasi Shell. Jika ingin membayar menggunakan eWallet, gunakan aplikasi TnG eWallet buat masa ini — bayaran melalui eWallet di dalam aplikasi Shell ini masih dalam pembikinan.

    “Kami yakin aplikasi Shell yang dipertingkat dengan Budi95 akan membantu warga Malaysia yang mahukan cara untuk memaksimum setiap ringgit yang mereka belanjakan. Di Shell, matlamat kami adalah untuk memudahkan proses pengisian minyak oleh pelanggan dan ada banyak manfaat lain,” jelas Pengarah Urusan, bahagian Mobiliti dan Kemudahan Shell di Malaysia, Seow Lee Ming.

    “Hari ini, peningkatan bagi aplikasi Shell mempertemukan semua keperluan pengguna Malaysia di satu tempat — dari keselamatan pembayaran dan tawaran khusus hinggalah kepada capaian pantas kepada Budi95. Dengan mempertemukan keselesaan dan ganjaran menarik, kami ingin menjadikan pengelaman isian semula bahan api lebih mudah dan berbaloi,” tambahnya.

     
     
  • Mitsubishi Triton Street 2026 dilancarkan di Thailand – RM83k, Mega Cab muka berbeza, 150 PS/330 Nm

    Mitsubishi Triton Street 2026 dilancarkan di Thailand – RM83k, Mega Cab muka berbeza, 150 PS/330 Nm

    Mitsubishi Triton diperkenalkan dalam satu varian baharu pada pasaran Thailand yang digelar sebagai Triton Street. Diasaskan dari varian Mega Cab, model ini dijual pada harga 649,000 baht (sekitar RM83k). Menurut laporan Headlightmag, Triton Street ini menggantikan varian Mega Cab 2.4 Active, dijual pada harga yang sama tetapi menerima perincian lebih baik.

    Perbezaan paling ketara boleh dilihat pada Triton Street ini adalah pada bahagian muka kerana diberikan bampar dengan profil rekaan yang tidak sama dengan varian Triton yang lain. Ia menampilkan gril hadapan trapezoid dengan bahagian bawah lebih lebar, grafik lampu utama berlainan serta tidak didatangkan dengan lampu kabus.

    Triton Street ini merupakan trak pikap jenis low rider. Ia dipadankan dengan rim aloi 17 inci – lebih besar dari roda Mega Cab Pro yang diberikan rim 16-inci, tetapi lebih kecil dari Mega Cab Pro AT yang menerima rim aloi 18-inci. Seperti varian-varian Mega Cab yang lain, Triton Street ini juga dibekalkan dengan brek kecemasan automatik menerusi sistem pengelak pelanggaran hadapan (FCM).

    Mitsubishi Triton Street 2026 dilancarkan di Thailand – RM83k, Mega Cab muka berbeza, 150 PS/330 Nm

    Walau bagaimanapun, Triton Street ini hanya dibekalkan dengan enjin turbodiesel 4N16 2.4 liter empat-silinder yang ditala bagi menghasilkan kuasa 150 PS pada takat 3,500 rpm dan tork maksima 330 Nm bermula 1,500 hingga 3,000 rpm, berbeza dengan Triton Mega Cab yang menerima enjin dengan talaan lebih berkuasa menghasilkan 184 PS pada 3,500 rpm dan tork maksima 430 Nm bermula 2,250 hingga 2,500 rpm.

    Enjin berkenaan dipadankan hanya dengan kotak gear manual enam-kelajuan, dan kuasa hanya dialirkan ke roda belakang – tiada pilihan sistem pacuan empat roda ditawarkan, dan sekiranya pelanggan mahukan kotak gear automatik mereka perlu memilih varian Mega Cab. Triton Street ini masih diberikan LSD pada gandar belakang, tetapi ia adalah dari jenis yang diaktifkan oleh brek.

    Perincian-perincian lain yang turut ditawarkan pada Triton Street ini termasuk lampu hadapan halogen pelbagai reflektor, upholsteri tempat duduk fabrik, dua beg udara, kawalan kestabilan aktif, kawalan traction, bantuan mula mendaki, ABS, EBD, BA, skrin sesentuh infotainmen 10-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay dan dua pembesar suara.

    Mitsubishi Triton Street pasaran Thailand ini ditawarkan dalam tiga warna badan iaitu Solid White, Blade Silver dan Graphite Gray, dan setiap pembelian diberikan waranti selama lima-tahun atau 150,000 km.

     
     
  • Proton eMas 7 PHEV sekali lagi dijumpai diuji – enjin petrol 1.5L, boleh cas macam EV, lancar tahun depan?

    Proton eMas 7 PHEV sekali lagi dijumpai diuji – enjin petrol 1.5L, boleh cas macam EV, lancar tahun depan?

    Nampaknya Proton kini semakin kerap dilihat menguji eMas 7 dalam versi PHEV – gambar terbaharu eMas 7 ‘dua alam’ (ada enjin petrol dan boleh dicas semula seperti EV) berkenaan telah dimuat naik oleh seorang yang tidak mahu dikenali di Proton eMas 7 Owners Malaysia Facebook group.

    Proton eMas 7 PHEV ini diasaskan dari Geely Starship 7, yang merupakan versi PHEV bagi Geely Galaxy E5/EX5. Pada sebelah luar, Starship 7 tampil dengan beberapa perincian berbeza berbanding EX5 termasuk lampu dan juga bampar hadapan. Selain itu versi hibrid enjin pembakaran dalaman dan teknologi elektrifikasi ini juga menampilkan pembuka pintu konvensional (tenggelam pada EX5/eMas 7) dan juga perumah nombor pendaftaran belakang yang dialih dari bampar ke pintu tailgate – kedua-dua ciri inilah yang mengesahkan bahawa unit prototaip ujian ini adalah eMas 7 PHEV.

    Sekali tengok bentuk badan versi PHEV ini sama sahaja dengan EV EX5/eMas 7, namun sebenarnya ia hadir dengan saiz sedikit lebih besar. Untuk Starship 7, ukuran badannya menampilkan dimensi panjang keseluruhan 4,740 mm, lebar 1,905 mm, tinggi 1,685 mm dan juga jarak roda sejauh 2,755 mm. Jadi berbanding EX5/eMas 7, saiz untuk Starship 7/eMas 7 PHEV ini sebenarnya sedikit berbeza kerana ia 125 mm lebih panjang, 4 mm lebih lebar, 15 mm lebih tinggi dan jarak rodanya juga adalah 5 mm lebih jauh.

    Model ini juga akan menyaksikan Proton akan sekali lagi menggunakan khidmat enjin BHE15 1.5 liter empat-silinder yang dikenali sebagai i-GT, yang kini sudahpun berada dalam perut X50 facelift dan Saga MC3. Ini kerana untuk Starship 7, ia tampil dengan unit rangkaian kuasa yang dikenali sebagai EM-i, menggandingkan enjin petrol empat silinder 1.5 liter NA yang didakwa mencapai kecekapan haba 46.6% dan dipadankan bersama transmisi hibrid khas (E-DHT).

    Bagi eMas 7 PHEV, ia mungkin menerima unit rangkaian kuasa EM-i berkenaan dalam versi eksport yang telahpun dilancarkan di Australia (dikenali sebagai EX5 EM-i), di mana enjin 1.5 liter BHE15PFI yang dipadankan menghasilkan kuasa 99 PS dan tork 125 Nm, manakala dua motor elektrik dalam E-DHT pula membekalkan kuasa keseluruhan 218 PS dan tork 320 Nm. Ini membolehkan SUV ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8 saat serta mencapai kelajuan maksima 170 km/j.

    Model pasaran Australia itu juga dibekalkan dengan bateri LFP berkapasiti 18.kWj. Ini memberikan jarak gerak elektrik penuh tanpa enjin dihidupkan sejauh 84 km, dan dengan satu tangki petrol penuh bersama satu cas penuh bateri membolehkan ia bergerak sejauh 943 km – kedua-dua angka ini dikira berdasarkan kitaran WLTP.

    Sebagai model PHEV, bateri pada Galaxy Starship 7 turut boleh dicas semula seperti EV sebenar dan mampu menerima pengecas AC 6 kW dan pengecas pantas DC sehingga 30 kW. Malah fungsi vehicle-to-load (V2L) juga boleh digunakan untuk mengoperasikan peralatan elektrik lain sama seperti EV sebenar.

    Proton sebenarnya sudahpun memfailkan nama eMas 7 PHEV ini di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada September 2024. Malah kilang EV baharu Proton di Tanjong Malim yang telah mula beroperasi sejak September lalu juga sememangnya direka membolehkan ia memasang model dengan unit rangkaian kuasa PHEV ini. Dengan ujian kerap boleh kita tengok sekarang, mungkin Proton eMas 7 ini boleh dilancarkan oleh Proton tahun depan?

    GALERI: Geely EX5 EM-i 2025 pasaran Australia

    GALERI: Geely Starray EM-i versi pemanduan sebelah kanan di GIIAS 2025

    GALERI: Geely Galaxy Starship 7 versi pemanduan sebelah kiri pasaran China di Auto Shanghai 2025

     
     
  • JPJ Melaka kantoikan Toyota Vellfire yang guna nombor pendaftaran Perodua Kancil – MPV telah disita

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka berjaya menahan sebuah MPV Toyota Vellfire yang disyaki menggunakan nombor pendaftaran milik kenderaan lain dalam satu pemeriksaan di sekitar daerah Melaka.

    “Kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki tempatan. Hasil semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan adalah milik sebuah Perodua Kancil. Pemeriksaan seterusnya turut mendapati kenderaan berkenaan tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah serta Lesen Kenderaan Motor (LKM/cukai jalan) telah tamat tempoh,” kata JPJ Melaka menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Sehubungan itu, JPJ telah mengeluarkan beberapa saman terhadap pemandu dan pemilik kenderaan atas kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran bukan milik kenderaan, tiada perlindungan insurans yang sah, dan cukai jalan tamat tempoh.

    Tambah JPJ, MPV terbabit turut disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

    “JPJ Negeri Melaka ingin menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan jalan raya, termasuk memalsukan nombor pendaftaran kenderaan. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya lagi.

     
     
  • Ujian kalibrasi kamera AWAS di KM431.55 Bukit Beruntung-Sg Buaya selatan pada 26 Nov, 11 mlm-3 pg

    Ujian kalibrasi kamera AWAS di KM431.55 Bukit Beruntung-Sg Buaya selatan pada 26 Nov, 11 mlm-3 pg

    PLUS Malaysia Behrad (PLUS) telah mengumumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS akan melaksanakan ujian kalibrasi bagi pemasangan kamera AWAS (Automated Awareness Safety System) di KM 431.55 (arah selatan) di jajaran Bukit Beruntung – Sungai Buaya, Lebuhraya Utara-Selatan.

    Di mana ujian berkenaan dijadualkan berlangsung pada hari ini, 26 Nov dari jam 11 malam hingga 3 pagi keesokannya di lokasi berkenaan.

    “Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook rasminya.

     
     
  • Mazda CX-80 2.5G PHEV AWD di Malaysia – RM297k, 328 PS/500 Nm, 6-tempat duduk, jarak gerak EV 65 km

    Mazda CX-80 2.5G PHEV AWD di Malaysia – RM297k,  328 PS/500 Nm, 6-tempat duduk, jarak gerak EV 65 km

    Mazda tidak pernah membuat mana-mana kenyataan bahawa ia adalah jenama mewah atau premium. Namun bagi sesiapa yang pernah memandu model-model terkini Mazda, pasti akan nampak jelas halatuju jenama dari Hiroshima berkenaan bila mana menyentuh bahagian-bahagian dalamannya yang diberikan material sentuhan lembut, memang terasa sangat premium dan mewah.

    Dan pada 2020, Mazda bersedia untuk masuk ke pasaran yang benar-benar mewah dengan menampilkan enjin baharu untuk dipadankan pada platform baharu pacuan roda belakang, bagi menghasilkan model-model yang boleh berhadapan terus dengan kenderaan-kenderaan keluaran Eropah seperti BMW dan Mercedes-Benz.

    Akhirnya model yang diasaskan dari Skyactiv Multi-Solution Scalable Architecture, atau lebih spesifik platform Large Product Mazda berkenaan muncul pada 2022 bermula dengan SUV CX-60, kemudian diikuti versi lebih besar CX-80 yang menampilkan tiga baris tempat duduk.

    Mazda CX-80 2.5G PHEV AWD di Malaysia – RM297k,  328 PS/500 Nm, 6-tempat duduk, jarak gerak EV 65 km

    Kedua-dua model ini kemudiannya tiba pada pasaran Malaysia pada awal September lalu. Dan galeri yang kami bawakan untuk anda kali ini adalah Mazda CX-80 dalam varian tunggal di sini iaitu 2.5G PHEV AWD High Plus. Ketika dilancarkan, model ini dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM331,610, namun sekitar sebulan selepas itu, Bermaz menurunkan harga jualannya kepada RM296,610.40.

    Unit yang kami bawakan untuk anda kali ini menampilkan warna badan Melting Copper Metallic, dan di Malaysia CX-80 ini turut disediakan dalam warna Rhodium White, Artisan Red, Platinum Quartz, dan Jet Black.

    Ketibaan Mazda CX-80 ini menggantikan dua SUV tiga tempat duduk yang ditawarkan di Malaysia sebelum ini iaitu Mazda CX-8 dan Mazda CX-9. Ia dihasilkan dengan panjang 4,995 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,705 mm dan jarak rodanya pula adalah 3,120 mm. Jadi CX-80 ini adalah sedikit lebih pendek dari CX-9 (5,075 mm) tetapi 95 mm lebih panjang berbanding CX-8 (4,900 mm), namun menampilkan jarak roda hampir 200 mm lebih jauh dari CX-9 dan CX-8 (2,930 mm).

    Untuk unit rangkaian kuasa, satu-satunya varian CX-80 pasaran Malaysia ini diberikan sistem plug-in hybrid (PHEV) yanh menampilkan enjin petrol 2,488 cc empat-silinder NA berkuasa 191 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 261 Nm pada takat 4,000. Ia digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 175 PS/270 Nm yang terletak di tengah antara enjin dan juga kotak gear automatik lapan kelajuan.

    Secara keseluruhan unit rangkaian kuasa ini menghasilkan kuasa 328 PS dan tork maksima 500 Nm. Kuasa bukan hanya dialirkan ke gandar belakang, malah ia turut menerima sistem pacuan semua roda bagi mengagihkan tork ke gandar hadapan.

    Motor elektrik yang dibekalkan menerima kuasa dari bateri lithium-ion berkapasiti 17.8 kWj. Dengan satu cas penuh, SUV ini boleh bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 65 km (berdasarkan kitaran ujian NEDC). Bateri tersebit juga boleh dicas semula seperti kereta elektrik sebenar (EV), menerusi pengecas AC 7.2 kW yang membolehkan ia dipenuhkan dari 0-100% dalam masa dua jam 30 minit.

    Mazda CX-80 2.5G PHEV AWD di Malaysia – RM297k,  328 PS/500 Nm, 6-tempat duduk, jarak gerak EV 65 km

    Manakala bagi menampung badan SUV yang besar ini agar ia memberikan keselesaan dalam masa yang sama memberikan pengendalian yang baik, ia diberikan tetapan suspensi jenis double wishbone di hadapan dan juga multilink di belakang.

    Masuk ke kabin, CX-80 dilihat menampilkan rekaan papan pemuka yang sama seperti CX-60, dan ia dilengkapi paparan instrumen digital dengan skrin 12.3-inci untuk pemandu, serta satu lagi skrin yang diletak ‘berdiri sendiri’ di tengah untuk fungsi sistem infotainmen, yang dibekalkan bersama sokongan Apple CarPlay tanpa wayar.

    Android Auto turut boleh digunakan bersama sistem tersebut, tetapi ia masih perlu dihubungkan menerusi wayar. Masih lagi seperti model-model Mazda sebelum ini, skrin infotainmen yang dibekalkan tidak diberikan fungsi sesentuh, di mana kawalannya perlu dibuat menerusi panel kawalan Commander Control yang terletak di belakang tombol gear. Sebanyak 12-pembesar suara dibekalkan pada CX-80 menerusi sistem audio premium Bose.

    CX-80 ini diberikan konfigurasi tempat duduk 2-2-2, di mana tempat duduk baris kedua merupakan tempat duduk kapten, dipisahkan antara kiri dan kanan menerusi perehat tangan bersaiz besar yang turut menempatkan ruang storan yang dalam serta dua pemegang cawan bersaiz penuh.

    Tempat duduk kapten tersebut boleh digelangsarkan ke hadapan dan ke belakang bukan hanya untuk akses ke tempat duduk baris ketiga, malah untuk larasan ruang kaki penumpang. Ia juga diberikan larasan perehat belakang bantuan elektrik, serta fungsi pemanas dan liang hembusan pendingin hawa.

    Manakala untuk tempat duduk baris ketiga, ia boleh dilipat dengan nisbah 50:50 bagi memberikan ruang kargo lebih besar sekiranya tidak digunakan. Sebanyak enam-port USB-C terdapat pada kabin CX-80 ini yang diletakkan pada setiap baris tempat duduk. Ia juga diberikan pengecas telefon pintar tanpa wayar untuk penumpang hadapan, dan secara keseluruhan, bahagian dalaman kabin CX-80 ini menerima upholsteri kulit Nappa dalam kemasan Tan.

    Untuk keselamatan pula, diberikan tujuh beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), cagak Isofix dan Bantuan Mula Mendaki (HLA).

    Selain itu ia turut menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Mazda i-Activsense yang merangkumi Lampu Utama LED Adaptif (ALH), Pemantauan Titik Buta (BSM), Kepekaan Trafik Lintasan Hadapan dan Belakang, Sistem Amaran Ketibaan Lorong, Sistem Bantuan kekal Lorong (LAS) dengan Bantuan kekal Jalan, Kepekaan Perhatian Pemandu dengan fungsi Pemantauan Pemandu, Sokongan Brek Pintas (SBS), Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan Stop & Go dan Sokongan Trafik dan Kelajuan Santai (CTS).

    Setiap pembelian Mazda CX-80 2.5L PHEV AWD High Plus ini dilindungi waranti selama lima-tahun atau 100,000 km, serta pakej servis berkala percuma selama lima-tahun atau 100,000 km.

     
     
  • Toyota Yaris Cross Nightshade diperkenal di Thailand — kemasan hitam, 1.5L hibrid, jana 111 PS; RM117k

    Toyota Yaris Cross Nightshade diperkenal di Thailand — kemasan hitam, 1.5L hibrid, jana 111 PS; RM117k

    Toyota Yaris Cross kini ditawarkan dalam varian Nightshade untuk pasaran Thailand. Dijual dengan harga 919,000 baht (sekitar RM117k), Yaris Cross Nightshade merupakan versi paling mahal bagi SUV segmen B berkenaan di sana, dan menerapkan pendekatan yang sama seperti Yaris Ativ Nightshade yang dilancarkan tahun lalu.

    Menggunakan varian paling tinggi Premium Luxury sebagai asasnya, Nightshade melibatkan pertambahan kemasan hitam untuk beberapa bahagiannya. Ini termasuklah rim aloi 18-inci, cermin sisi, spoiler belakang, landasan bumbung, rocker panel serta kemasan di tingkap dan bampar belakang.

    Unik untuk Nightshade ialah gril ‘Metro Stylish’ yang menampilkan palang tebal yang merentangi perincian mesh yang ada. Ruang dalaman juga menggunakan tema yang sama untuk beberapa permukaannya, termasuk untuk kerusi yang menerima penyudah hitam. Semua perubahan ini melibatkan pertambahan kos 20,000 baht (RM2.5k) berbanding varian HEV Premium Luxury. Pilihan warna yang tersedia termasuk Cement Gray Metallic dan Platinum White Pearl, serta bumbung hitam.

    Tiada perubahan mekanikal yang diberikan, dengan sistem hibrid terdiri daripada enjin 2NR-VEX 1.5 liter NA empat-silinder sebaris yang boleh menerima piawai bahan api E20, menjana sebanyak 91 PS (90 hp atau 67 kW) 121 Nm tork. Ini digandingkan dengan E-CVT yang memacu roda depan, dan dibantu oleh sebuah motor elektrik dengan kuasa 80 PS (79 hp atau 59 kW) dan 141 Nm untuk memberikan janaan keseluruhan 111 PS (110 hp atau 82 kW). Model ini didakwa mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api 26.3 km per liter.

    Kelengkapan yang juga sama dengan varian HEV Premium Luxury, termasuk lampu luar LED, kerusi balutan kulit buatan, skrin sentuh 10.1-inci, enam-pembesar suara, pengecas Qi tanpa wayar, bumbung panoramik, pintu ruang barangan belakang bebas kendalian tangan, monitor pandangan panoramik, enam beg udara dan Toyota Safety Sense ADAS.

     
     
  • MBSA belanja petrol RON 95 untuk 300 motosikal pada 27 Nov di Petronas Subang Bestari, bermula 11 pagi

    MBSA belanja petrol RON 95 untuk 300 motosikal pada 27 Nov di Petronas Subang Bestari, bermula 11 pagi

    Berita baik untuk penunggang motosikal di sekitar Subang Bestari, Kampung Melayu Subang, Elmina dan kawasan sekitarnya. Pada 27 November 2025, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menganjurkan program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma. Ia akan berlangsung di Stesen Minyak Petronas Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam mulai jam 11 pagi. Menurut MBSA, walau bagaimana pun, tawaran ini terhad untuk 300 buah motosikal terawal sahaja.

    Menurut penganjuran sebelum ini, MBSA berkata, inisiatif ini adalah usaha berterusan membantu komuniti di dalam kawasan pentadbiran MBSA dan sebagai salah satu program kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan perpaduan, ukhwah silaturahim dengan masyarakat.

    Di mana mereka yang terpilih merupakan kumpulan sasaran seperti penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri, serta penuntut pusat pengajian tinggi di kawasan sekitar. Jangan lepaskan peluang ini jika anda berkelayakan dan berdekatan dengan lokasi yang dipilih ini.

     
     
  • KPDN sahkan tiada kes kekurangan isipadu petrol RON95 – 548 stesen minyak telah diperiksa

    KPDN sahkan tiada kes kekurangan isipadu petrol RON95 – 548 stesen minyak telah diperiksa

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan pemeriksaan ketepatan sukatan pam dispenser minyak petrol RON95 di seluruh negara susulan aduan pengguna yang mendakwa kuantiti petrol yang diterima adalah kurang daripada jumlah sepatutnya selepas pelaksanaan program Budi Madani RON95.

    Menurut Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, pemeriksan tersebut telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa KPDN di peringkat negeri dan daerah mulai dari 3 hingga 9 November lalu.

    “Antara tujuan pemeriksaan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan semua pam dispenser telah menjalani proses penentusahan (verification) dan tempohnya masih sah, memastikan ketepatan fungsi pam dispenser berada dalam ralat maksimum yang dibenarkan dan mengesan sebarang unsur manipulasi atau ketidakpatuhan teknikal oleh pengusaha stesen minyak.

    “Sepanjang tempoh berkenaan, KPDN telah menjalankan pemeriksaan secara rawak ke atas 2,282 pam dispenser minyak RON95 di 584 buah stesen minyak pelbagai jenama yang melibatkan Stesen Minyak Utama (full-fledged), Stesen Minyak Mini dan Stesen Minyak Mini Tanpa Jenama (unbranded mini station). Sepanjang operasi ini dilaksanakan, tiada kesalahan yang melibatkan kuantiti (isipadu) minyak RON95 yang berada di bawah ralat maksimum yang dibenarkan dikesan,” kata Azman menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

    KPDN sahkan tiada kes kekurangan isipadu petrol RON95 – 548 stesen minyak telah diperiksa

    Tambahnya, KPDN komited dalam memastikan ketepatan sukatan petrol RON95 sentiasa terjamin dan tidak mengakibatkan kerugian kepada pengguna.

    “Pemeriksaan secara berkala akan diteruskan dari masa ke semasa dan tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat elemen manipulasi atau ketidakpatuhan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

    “Mana-mana orang yang didapati bersalah dalam mengurangkan kuantiti kepada peniaga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat itu boleh dilucut hak,” tegasnya.

    Beliau turut berkata KPDN memberi jaminan bahawa aspek perlindungan pengguna dan keadilan dalam urus niaga sentiasa menjadi keutamaan.

    Pengguna yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan boleh menyalurkan maklumat melalui WhatsApp (019-279 4317 / 019-848 8000), Portal e-Aduan KPDN (https://eaduan.kpdn.gov.my), Call Centre 1-800-886-800 dan aplikasi Ez ADU KPDN.

     
     
  • Ujian kalibrasi kamera AWAS di KM265.3 Nilai-Seremban arah selatan pada 25 Nov, 11 malam-3 pagi

    Ujian kalibrasi kamera AWAS di KM265.3 Nilai-Seremban arah selatan pada 25 Nov, 11 malam-3 pagi

    PLUS Malaysia Behrad (PLUS) telah mengumumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS akan melaksanakan ujian kalibrasi bagi pemasangan Kamera AWAS (Automated Awareness Safety System) di KM265.3 (arah selatan) di jajaran Nilai–Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan.

    Di mana ujian berkenaan dijadualkan berlangsung pada hari ini (25 Nov) dari jam 11 malam hingga 3 pagi keesokannya di lokasi berkenaan.

    “Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook rasminya.

    Ujian kalibrasi kamera AWAS di KM265.3 Nilai-Seremban arah selatan pada 25 Nov, 11 malam-3 pagi

    Sebelum itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kamera AWAS akan ditambah baik dengan melaksanakan kaedah point-to-point berbanding kaedah statik yang dilaksanakan sebelum ini.

    “Apa yang kita nak menjurus kepada pendekatan baharu ialah kita sudah ada teknologi baharu, kita akan lihat antara dua titik checkpoints. Kita tidak mahu pemandu memperlahankan kenderaan hanya di depan kamera itu, tetapi (perlahan) dalam satu jarak yang tertentu.

    “Katakan antara titik A dengan titik B, kita ingin tahu pemandu menggunakan masa berapa lama. Kalau dia menggunakan kurang daripada masa yang sepatutnya, maksudnya dia pecut dan akan dikenakan tindakan (saman),” katanya.

     
     
  • JPJ eBid: MEE dan SWQ dibuka untuk bidaan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa siri nombor pendaftaran terkini dari Melaka dan Sabah bakal dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Antara pilihan yang ada ialah siri nombor pendaftaran terkini dari Melaka, MEE, yang boleh dibida mulai hari ini, 25 November. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 29 November. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 30 November 2025. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau sebaliknya) menerusi e-mel.

    Manakala siri nombor pendaftaran terkini Sabah, SWQ, bakal dibuka bidaan mulai 27 November. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 1 Disember, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 2 Disember 2025.

    Jadi, sekarang ini anda boleh menjimatkan masa dan wang ringgit dengan membida sendiri nombor pendaftaran yang anda hajati tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner). Tak susah pun untuk membidanya dan anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk tujuan bidaan ini.

     
     
  • Beberapa jalan di Putrajaya ditutup hingga 10 Disember 2025 sempena Program Rancakkan Madani

    Beberapa jalan di Putrajaya ditutup hingga 10 Disember 2025 sempena Program Rancakkan Madani

    Terdapat beberapa jalan di sekitar Putrajaya ditutup sejak semalam (23 November 2025) untuk persiapan bagi menjayakan Program Rancakkan Madani atau Konvensyen Reformasi Perkhidmatan Awam Kebangsaan 2025 yang bakal berlangsung di Putrajaya pada 5 hingga 7 Disember ini.

    Penutupan jalan yang melibatkan dua fasa itu dilaksanakan hingga 10 Disember. Di mana penutupan jalan fasa satu itu bermula sejak semalam sehingga 26 November ini, bermula jam 12 tengah malam melibatkan dua lorong di Persiaran Perdana. Jalan terbabit hanya dibuka satu lorong dari lampu isyarat dan penutupan laluan turut dilaksanakan di Jalan Kemerdekaan sehingga lampu isyarat Jalan Pembangunan.

    Bagi fasa kedua pula membabitkan penutupan penuh Persiaran Perdana, bermula 27 November hingga 10 Disember ini, bermula 12.01 pagi hingga 12 tengah malam. Ia melibatkan penutupan penuh Jalan Persiaran Perdana bermula dari lampu isyarat Jalan Kemerdekaan sehingga lampu isyarat Jalan Pembangunan.

    Justeru, semua pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati memandu, memperlahankan kenderaan di laluan terlibat dan mematuhi semua arahan petugas lalu lintas.

     
     
  • Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Johor tidak ditangguh, kini dalam peringkat RFP – Loke

    Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Johor tidak ditangguh, kini dalam peringkat RFP – Loke

    Pada awal 2021, Johor sudah mula menguji Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) iaitu sistem tren tanpa pemandu yang tidak menggunakan landasan keretapi, bukan sahaja untuk membawa penumpang dari stesen RTS Link di Bukit Chagar yang bakal beroperasi pada 2027, malah untuk menguraikan kesesakan jalan raya di sekitar Johor Bahru dan bandar Iskandar Malaysia yang kini semakin sibuk.

    Jadi apa perkembangan projek ini? Menurut menteri pengangkutan Anthony Loke dalam laporan Bernama, pembangunan sistem itu masih berjalan dan tidak pernah ditangguhkan dan ia kini berada di peringkat penilaian permohonan cadangan (RFP) serta sedang diperhalusi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) selepas beberapa syor yang diterima belum memenuhi keperluan.

    “Sudah tentu pihak kementerian akan berbincang dengan pihak UKAS untuk mempercepatkan proses penganugerahan kepada projek itu dalam masa terdekat,” katanya.

    Baru-baru ini Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila RTS Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi kelak.

    Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Johor tidak ditangguh, kini dalam peringkat RFP – Loke

    “Sehingga kini, tiada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik termasuk pelaksanaan sistem ART bertingkat (elevated ART) atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.

    “Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan. Namun begitu, Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART,” kata Tunku Ismail menerusi hantaran yang dibuat menerusi akaun Facebook rasminya.

    Minggu lalu Exco Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi, Mohamad Fazli Mohamad Salleh mendesak kerajaan Persekutuan mempercepatkan kelulusan projek pengangkutan rel sebagai persediaan menjelang pengoperasian penuh RTS Link Johor Bahru-Singapura pada 2027.

    Menurutnya kerajaan negeri terbuka bagi pilihan pengangkutan rel jenis ART atau Projek Transit Aliran Ringan (LRT), namun ia perlu dilaksanakan selewat-lewatnya awal tahun depan. Johor telah memulakan ujian ART ini bermula pada April 2021. Dalam perancangan awalnya ketika itu, projek ini diumum mampu menghubungkan 55 laluan perantara dan 44 laluan terus dengan laluan utama merangkumi 33 stesen.

     
     
  • CFLite 250 Dual akan tiba di Malaysia – bawah RM10k

    CFLite 250 Dual akan tiba di Malaysia – bawah RM10k

    Selepas 250SR, satu lagi model daripada CFLite, iaitu jenama bawah CFMoto akan memasuki pasaran Malaysia tahun hadapan, iaitu 250 Dual. Ini adalah sebuah model dual-purpose, yang dikatakan akan dijual pada harga bawah RM10k, untuk bersaing antaranya dengan Kawasaki KLX230 dan Honda CRF250L di pasaran Malaysia.

    CFLite 250 Dual dipacu oleh enjin satu silinder 249 cc penyejukan udara, suntikan bahan api, SOHC, bersama padanan transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 25 hp pada 8,000 rpm dan tork 22.5 Nm pada 7,000 rpm.

    Bagi menjadikan motosikal ini lasak, ia datang dengan rim spoked 21 inci di hadapan, dipegang oleh fork USD dan rim 18 inci di belakang, dipegang oleh monoshock dengan pelarasan pra beban. Brek terdiri daripada cakera tunggal 265 mm dengan angkup dua piston di hadapan dan cakera tunggal 220 mm dengan angkup satu piston di belakang – ABS dual-channel diberikan sekali.

    Sebagai sebuah motosikal yang ringkas dan ‘mesra poket’, 250 Dual cuma datang dengan meter digital LCD untuk paparan informasi. Walaupun begitu, ia masih dilengkapi dengan semua lampu jenis LED serta soket pengecas USB.

    Berat keseluruhan 250 Dual adalah 150 kg, dan ia datang dengan tangki bahan api 13 liter. Tinggi tempat duduk pula adalah 840 mm, manakala jarak kelegaan dari tanah adalah 245 mm. Menurut maklumat yang diterima daripada MForce Bike Holdings Sdn Bhd, model ini mungkin tiba di pasaran Malaysia antara bulan Mac ke Mei tahun hadapan.

     
     
  • VinsFast Limo Green dipertonton di Indonesia — MPV EV 204 PS, hingga 450 km NEDC; lancar Mac 2026

    VinsFast Limo Green dipertonton di Indonesia — MPV EV 204 PS, hingga 450 km NEDC; lancar Mac 2026

    VinFast Limo Green telah dipertontonkan di pameran Gakindo Jakarta Auto Week yang sedang berlangsung, lebih awal daripada pelancaran rasminya untuk pasaran Indonesia yang bakal berlangsung pada Mac 2026. Limo Green merupakan sebuah MPV elektrik tujuh-tempat duduk dengan tiga barisan yang telah menerima sambutah hangat di Vietnam, dengan mencatatkan 6,500 unit telah diserahkan dalam tempoh tiga bulan selepas mula dijual.

    Mempunyai ukuran 4,740 mm panjang, 1,872 mm lebar, 1,723 mm tinggi serta jarak roda 2,840 mm, Limo Green ini bersaiz hampir sama dengan Toyota Kijang Innova Zenix. Dilengkapi dengan bateri lithium iron phosphate (LFP), ia memberikan jarak perjalanan hingga 450 km NEDC.

    VinsFast Limo Green dipertonton di Indonesia — MPV EV 204 PS, hingga 450 km NEDC; lancar Mac 2026

    Bateri dengan kapasiti 60.13-kWj membekalkan kuasa untuk sebuah motor elektrik di depan yang menjana sebanyak 204 PS (201 hp atau 150 kW) dan 280 Nm tork. Ia menyokong pengecasan AC sehingga 6.9 kW, sementara DC hingga 80 kW yang membolehkan SoC dari 10-70% dalam masa 30 minit.

    Antara ciri yang tersedia untuk model ini berdasarkan spesifikasi di Vietnam termasuklah rim 18-inci, lampu luaran LED, kawalan pendingin zon tunggal dengan corong untuk semua barisan, skrin sentuh 10.1-inci untuk infotainmen, telematik, empat beg udara, ESC, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, bantuan brek, kamera pandang belakang dan EBD. Untuk pasaran Indonesia, dijangka akan ditawarkan juga ciri bumbung panoramik dan cermin sisi digital.

    VinsFast Limo Green dipertonton di Indonesia — MPV EV 204 PS, hingga 450 km NEDC; lancar Mac 2026

    Limo Green ini menerapkan rekaan yang sama seperti yang dilihat bagi model lain VinFast, misalnya VF6 dan VF7, tetapi dengan wajah depan yang lebih tegak. Di dalam, ia menampilkan konfigurasi tempat duduk 2-3-2 serta rekaan papan pemuka yang ringkas yang menempatkan semua fungsi kenderaan, termasuk kluster instrumen di tengah skrin sentuh.

    Di Vietnam MPV ini dijual dengan harga VND749k (sekitar RM118k), bersamaan dengan sekitar 475 juta Rupiah. Dengan harga itu, Limo Green lebih mahal berbanding BYD M6 dan Wuling Cortes yang dijual di Indonesia, tetapi hampir sama harga dengan Aletra L8.

     
     
  • Moto Morini Alltrhike bakal tiba di Malaysia pada harga RM29k – enjin dua silinder 450 cc, meter TFT enam inci

    Moto Morini Alltrhike bakal tiba di Malaysia pada harga RM29k – enjin dua silinder 450 cc, meter TFT enam inci

    Selain XCape 700 dan XCape 1200, MForce Bike Holdings Sdn Bhd turut mengumumkan bahawa satu lagi model daripada Moto Morini, iaitu Alltrhike juga akan tiba di Malaysia awal tahun depan pada harga RM28,888 tidak termasuk insurans.

    Digelar sebagai motosikal offroad kapasiti rendah pertama Moto Morini, Alltrhike dipacu oleh enjin dua silinder selari DOHC berkapasiti 450 cc, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 44 hp pada 8,500 rpm dan tork 44 Nm pada 6,250 rpm.

    Bersesuaian dengan konsep lasaknya, model ini menggunakan rim spoked 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, dipegang oleh masing-masing fork USD Kayaba 41 mm dengan pelarasan pra beban, serapan dan mampatan, serta monoshock dengan pelarasan pra beban dan serapan.

    Sistem brek terdiri daripada unit cakera tunggal 320 mm bersama angkup empat piston di hadapan, cakera tunggal 255 mm dengan angkup dua piston serta sistem ABS dual-channel yang boleh ditutup. Tangki bahan api berkapasiti 18 liter, sementara berat keseluruhan pula adalah 170 kg.

    Sebagai sebuah motosikal yang dicipta untuk kegunaan lasak, Alltrhike datang secara terus dengan pelindung bawah enjin serta fender tinggi. Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk meter TFT enam inci, soket pengecas USB-C dan USB-A serta lampu jenis LED.

    Tidak cukup dengan itu, pada harga yang disebutkan, pembeli juga akan menerima beg barangan belakang dan tepi bersama motosikal ini.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.72 (0.00)
RON 97 RM4.35 (0.00)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.67 (0.00)
EURO 5 B7 RM4.87 (0.00)
Last Updated Jun 11, 2026