Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Harley-Davidson Low Rider S dan Low Rider ST tiba di Malaysia – enjin v-twin 1,923 cc, harga dari RM116k

    Harley-Davidson Low Rider S dan Low Rider ST tiba di Malaysia – enjin v-twin 1,923 cc, harga dari RM116k

    Harley-Davidson Low Rider S dan Low Rider ST 2022 kini sudah tiba di Malaysia, dengan harga jualan masing-masing RM115,900 dan RM125,900. Low Rider S adalah sebuah cruiser yang lebih ringkas, sementara Low Rider ST disediakan untuk perjalanan jauh, dengan fairing besar serta beg barangan belakang jenis keras yang boleh dicabut.

    Terletak dalam siri model Softail, kedua-dua Low Rider S dan Low Rider ST menggunakan enjin v-twin Milwaukee Eight 117 berkapasiti 1,923 cc. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 105 hp pada 5,020 rpm, dengan tork maksimum 168 Nm pada 3,500 rpm, dan keseluruhan motosikal kebanyakannya menggunakan tema warna gelap.

    Gegaran dalam enjin dapat dikurangkan dengan penggunaan counter-balance shaft, dan kuasa disampaikan kepada roda belakang bersaiz 16 inci melalui transmisi enam kelajuan dan sistem pacuan tali sawat. Monoshock yang lebih tinggi di belakang menyediakan jarak gerak 56 mm, dan didatangkan dengan tombol pelaras pra beban hidraulik.

    Suspensi hadapan sekadar menggunakan fork 43 mm tanpa sebarang pelarasan, dan ia memegang rim 19 inci, menyumbang kepada tinggi tempat duduk 710 mm untuk versi standard dan 720 mm untuk ST. Berat keseluruhan Low Rider S adalah 308 kg sementara ST mencatat 327 kg.

    Brek menggunakan cakera berkembar serta angkup empat piston di hadapan, dan cakera tunggal dengan angkup dua piston di belakang, bersama sistem ABS two-channel, sementara sistem tanpa kunci juga diberikan secara standard. Bahagian pemegang dua motosikal ini adalah sedikit berbeza dengan Low Rider S lebih rendah sementara Low Rider ST adalah lebih tinggi.

     
     
  • Rapid KL tambah Terminal Skypark dalam laluannya

    Rapid KL tambah Terminal Skypark dalam laluannya

    Rapid KL telah mengumumkan penambahan laluan bagi bas perantaranya bagi kemudahan para pengguna yang tinggal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau pun lebih dikenali sebagai Subang Airport, yang ingin ke/dari Terminal Skypark kendalian KTM di lapangan terbang terbabit.

    Menurut syarikat terbabit, dua laluan baharu itu melibatkan bas Rapid KL laluan 772 (RKL 772) dan juga bas perantara MRT laluan T804 (MRTFB T804). Bagi bas RKL 772, ia bergerak dari Subang Suria Mah Sing untuk ke hab Pasar Seni KL, yang melalui Kampung Melayu Subang dan Subang Perdana, kemudian akan berhenti di Terminal Skypark sebelum ke Ara Damansara dan laluan seterusnya.

    Manakala untuk MRTFB T804 pula, ia melibatkan Stesen MRT Kwasa Sentral ke Subang Perdana, yang juga akan berhenti di Terminal Skypark serta ibu pejabat (HQ) MAS.

    Dengan adanya laluan baharu ni, memudahkan orang ramai yang tinggal di kawasan sekitar untuk ke Subang Airport. Malah penumpang MRT yang turun di stesen Kwasa Sentral juga boleh ke Terminal Skypark mahu pun Subang Airport dengan menaiki bas perantara yang disediakan ini.

    Pada 9 Jun lalu, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan penurunan kadar tambang bagi perkhidmatan tren KTM di Terminal Skypark itu.

    Bagi penumpang tren yang membuat transaksi tanpa tunai, kadar tambang diturunkan dari RM10, kini menjadi RM3.50. Manakala bagi penumpang tren yang membayar secara tunai pula, kadar bayaran yang ditetapkan kini sebanyak RM4, berbanding RM11 sebelum ini.

     
     
  • Lesen memandu yang tamat tempoh perlu diperbaharui bagi elak disaman, ambil semula ujian

    Lesen memandu yang tamat tempoh perlu diperbaharui bagi elak disaman, ambil semula ujian

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekali lagi ingin memberi peringatan kepada mana-mana individu yang memiliki lesen memandu yang telah lama tamat tempoh, supaya segera memperbaharuinya sebelum 30 Jun 2022.

    Ini juga termasuk dengan mereka yang mempunyai Lesen Memandu Kompeten (CDL) atau Lesen Vokasional (PSV) dan Lesen Memandu Perkhidmatan Awam/Barangan (GDL) yang telah tamat tempoh melebihi tiga tahun.

    Awal tahun lalu, susulan pelaksanaan PKP akibat pandemik Covid-19, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan moratoriam yang membolehkan pembaharuan lesen memandu ditangguhkan, pertama sehingga 30 September, dan kemudian dilanjutkan hingga 31 Disember, membolehkan orang ramai terus memandu walau dengan lesen yang telah tamat tempoh.

    Lesen memandu yang tamat tempoh perlu diperbaharui bagi elak disaman, ambil semula ujian

    Walau bagaimana pun, hasil semakan rekod dan operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di seluruh negara sejak awal tahun ini, JPJ mendapati ratusan ribu pemegang lesen memandu tidak memperbaharui lesen mereka.

    “JPJ boleh mengeluarkan saman atas kesalahan lesen memandu yang telah tamat tempoh kerana tarikh akhir kebenaran untuk tidak memperbaharuinya adalah sehingga 31 Disember 2021 sahaja susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Sekiranya ditahan selepas 30 Jun 2022, pemandu boleh disaman atas kesalahan tiada lesen memandu. Pembaharuan bagi lesen-lesen yang disebutkan ini juga bagi mengelakkan anda tidak boleh memperbaharui lesen berkenaan dan perlu mengambil ujian memandu sekali lagi,” tegas JPJ.

     
     
  • Maserati Grecale ditunjuk di Malaysia — varian GT, Modena, Trofeo; hingga 530 PS; tempahan dibuka

    Maserati Grecale ditunjuk di Malaysia — varian GT, Modena, Trofeo; hingga 530 PS; tempahan dibuka

    Pertama kali didedahkan pada Mac lalu, Maserati Grecale kini tiba di Malaysia untuk sesi pratonton yang diusahakan oleh Naza Italia. Grecale merupakan SUV kedua jenama itu selepas Levante, ia dibangun menggunakan platform Giorgio dan mempunyai dimensi ukuran 4,846 mm panjang, 1,948 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan jarak antara roda 2,901 mm — lebih kecil berbanding Levante, dan menjadi pesaing bagi Porsche Macan.

    Wajad depan SUV ini serte grilnya yang lebar diilhamkan oleh MC20, yang menjadi model pertama mempamerkan arah tuju penggayaan baru bagi jenama ini. Kluster lampunya dipanjangkan, dan menggunakan DRL yang sama dengan MC20. Menyerlahkan lagi bahagian depannya adalah garis atas bonet dan bukaan udara yang besar bawah apron.

    Di belakang, rekaan lampunya menyerupai model Maserati yang lain, iaitu 3200 GT dengan kluster tirus yang dilanjutkan yang garisnya sampai ke roda belakang. Di bawah, ada rekaan seumpama diffuser yang terletak antara ekzos.

    Maserati Grecale ditunjuk di Malaysia — varian GT, Modena, Trofeo; hingga 530 PS; tempahan dibuka

    Di dalam terdapat beberapa skrin, termasuk kluster instrumen digital 12.2-inci serta skrin sentuh di tengah 12.3-inci yang terletak di atas sebuah lagi skrin 8.8-inci. Semua ini dipautkan kepada MIA (Maserati Intelligent Assistant), sebuah sistem infotainmen berasaskan Android Automotive OS dari Google.

    Sistem infotainmen ini datang dengan pelbagai pilihan sambungan dan ciri lain seperti tetapan pelbagai profil dan tetapan kenderaan, dan sambungan dua telefon pintar melalui Bleutooth. Android Auto dan Apple CarPlay turut termasuk dan juga sistem telematik Maserati Connect.

    Penumpang belakang juga ada skrin sentuh sendiri yang terletah di hujung konsol tengah, untuk tetapan pendingin hawa — Grecale datang dengan sistem kawalan pendingin tiga-zon dan corong belakang. Maserati juga bekerjsama dengan Sonus Faber untuk membangunkan sistem bunyi 3D, yang datang dengan 14 (standard) atau 21 (High Premium) pembesar suara.

    Maserati Grecale ditunjuk di Malaysia — varian GT, Modena, Trofeo; hingga 530 PS; tempahan dibuka

    Dari segi mekanikal, Grecale menggunakan suspensi jenis double wishbone di depan dan multi-link di belakang. Bergantung kepada varian, ia datang sama ada dengan penyerap hentak pasif, penyerap hentak Skyhook adaptif atau suspensi udara. Sistem utama yang lain adalah Vehicle Dynamic Control Module (VDCM), yang merupakan evolusi kepada Chassis Domain Control Module (CDCM) yang ada pada MC20.

    Semua varian Grecale menerima transmisi automatik lapan-kelajuan dan pacuan semua roda sebagai ciri standard, dengan enjin paling asas pada GT ialah 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol yang menjana 300 PS (296 hp) pada 5,750 rpm dan 450 Nm tork dari 2,000 hingga 4,000 rpm.

    Sistem janaan ini juga menampilkan sistem 48-volt mild hybrid yang terdiri daripada belt starter generator (BSG), sebuah bateri, sebuah eBooster serta pengubah AC/DC. BSG bertindak sebagai alternator untuk mengecas bateri yang terletak dalam but, yang memberikan kuasa kepada kompresor elektrik eBooster untuk mengisi jurang tork sebelum turbo masuk.

    Varian Modena juga menggunakan enjin hibrid yang sama, tetapi ditala untuk memberikan 330 PS (325 hp). Kedua-dua model dengan sistem mild-hybrid ini mampu mencapai laju 240 km/j, tetapi Modena lebih pantas dalam 0-100 km/j dengan 5.3 saat berbanding GT dengan 5.6 saat.

    Trofeo pula menggunakan enjin Nettuno 3.0 liter turbo berkembar V6 dari MC20, yang memanfaatkan teknologi Maserati Twin Combustion (MTC) dari F1. Dari sudut angka, Trofeo menghasilkan 530 PS (523 hp) pada 6,500 rpm dan 620 Nm dari 3,000 hingga 5,500 rpm — menjadikannya yang paling pantas dengan 3.8 saat dan laju maksimum 285 km/j.

    Naza Italia bagaimanapun tidak mendedahkan harga Grecale di Malaysia buat masa ini. Apa pun, pelanggan yang berminat boleh menguhubungi pengedar untuk membuat tempahan atau untuk mendekati model ini sebelum ia meneruskan jelajahnya ke negara ASEAN yang lain.

     
     
  • Yamaha XForce 2022 didedah di Jepun – enjin 155 cc VVA, datang dengan sistem ABS dan traction control

    Yamaha XForce 2022 didedah di Jepun – enjin 155 cc VVA, datang dengan sistem ABS dan traction control

    Yamaha memperkenalkan sebuah skuter baru untuk pasaran Jepun, iaitu XForce 2022. Ini adalah sebuah skuter yang menggunakan enjin satu silinder SOHC VVA 155 cc sama seperti NMax 155 dan NVX 155, tetapi dengan bentuk badan yang berbeza. Ia juga ada dipasarkan di Taiwan.

    Bentuk nampak lebih agresif dengan rekaan bahagian hadapan seperti XMax 250, dan dilengkapi dengan lampu utama serta belakang jenis LED. Pemegangnya pula dijadikan lebih tinggi, bagi menghasilkan kedudukan menunggang yang tegak dan selesa.

    Memegang skuter ini atas jalan adalah fork teleskopik di hadapan, dan dua penyerap hentak di belakang, sementara rim pula kedua-duanya menggunakan saiz 13 inci dengan saiz tayar masing-masing 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang.

    Brek cakera diberikan pada kedua-dua roda hadapan dan belakang, dan ia turut dilengkapi dengan sistem ABS two-channel. Menjadikannya lebih selamat, Yamaha turut memasang sistem kawalan cengkaman pada skuter ini. Di bawah tempat duduk, tersedia ruang simpanan 23.2 liter.

    Panel meter digital LCD pada XForce 155 mempunyai bentuk petak yang ringkas, tetapi ia boleh disambung kepada telefon bimbit melalui aplikasi Yamaha Motorcycle Connect untuk membolehkan paparan informasi tambahan seperti penggunaan bahan api, kedudukan terakhir, waktu menukar minyak enjin dan data tunggangan lain.

    Masih lagi menggunakan kunci biasa untuk dihidupkan (bukan sistem tanpa kunci), XForce turut menyediakan soket pengecas USB berhampiran soket kunci. Papan lantai skuter ini juga berbentuk rata, dengan tangki bahan apinya berkapasiti 6.1 liter dan tempat mengisinya berada tinggi, bawah sedikit daripada pemegang. Di Jepun, XForce 155 dijual sedikit murah berbanding NMax 155, iaitu pada harga 396,000 yen (RM13,050).

     
     
  • Toyota Vios 2023 D92A dilihat diuji di Thailand – dilancarkan Ogos ini, bakal terima varian hibrid

    Toyota Vios 2023 D92A dilihat diuji di Thailand – dilancarkan Ogos ini, bakal terima varian hibrid

    Sebelum ini telah dilaporkan bahawa model generasi baharu untuk Toyota Vios bakal didedahkan di Thailand pada suku ketiga tahun ini. Dan ini dia, sedan segmen-B berkenaan sudahpun dilihat diuji dengan pelekat penyamaran yang lebih memperlihatkan rupa sebenarnya, berbanding penyamaran seakan ‘dibalut dengan plastik sampah’ sebelum ini.

    Imej intipan ini disiarkan oleh laman Autolifethailand, yang menyatakan bahawa ini adalah model serba baharu untuk Toyota Yaris dan Yaris Ativ (nama Vios di Thailand) dan ia dijangka bakal dilancarkan di Thailand pada Ogos 2022 – selari dengan apa yang dilaporkan sebelum ini. Ia masih mengenakan nombor pendaftaran TC 2050 sama seperti unit prototaip yang dilihat diuji sebelum ini.

    Menurut laman tersebut lagi, Vios baharu ini bakal tampil dengan dua pilihan rangkaian kuasa; pertama masih kekal sama seperti Yaris Ativ sebelum ini iaitu enjin petrol 1.2 liter NA empat-silinder sebagai kereta Eco Thai yang mendapat insentif khas; kedua adalah 1.5 liter Hybrid.

    Unit penjana hibrid tersebut dipilih sesuai dengan insentif kenderaan dengan teknologi elektrifikasi yang diberikan oleh kerajaan Thailand buat masa sekarang. Sebab itulah juga mengapa Honda HR-V dan juga Toyota C-HR hanya ditawarkan dalam versi hibrid di sana.

    Unit rangkaian kuasa 1.5L hybrid tersebut mungkin adalah unit yang sama digunakan pada model Toyota Aqua pasaran Jepun/Toyota Prius c. Pada model tersebut, sistem hibrid itu menggandingkn enjin 1.5L Dynamic Force tiga-silinder kitaran Atkinson berkuasa 91 PS/120 Nm bersama dua motor elektrik dan set gear planetary.

    Motor elektrik paling besar dalam sistem berkenaan mampu menghasilkan kuasa 80 PS/141 Nm. Sistem yang sama turut digunakan pada Toyota Yaris dan Yaris Cross pasaran Eropah. Bagi model pasaran lain, Vios dijangka akan kekal dijana oleh enjin petrol penuh 1.5L empat-silinder NA.

    Toyota Vios 2023 D92A dilihat diuji di Thailand – dilancarkan Ogos ini, bakal terima varian hibrid

    Model generasi baharu ini diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), iaitu platform yang sama menjadi asas untuk kembar SUV Perodua Ativa/Toyota Raize/Daihatsu Rocky dan MPV Toyota Avanza/Veloz serta Daihatsu Xenia generasi baharu. Sebab itulah kod projek D92A bagi sedan ini agak mirip dengan kod-kod projek dari Perodua sebelum ini.

    Bagi rekaan, bentuk sedan ini dijangka akan diinspirasikan dari model konsep Daihatsu DN F-Sedan yang didedahkan pada
    Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2017. Berdasarkan imej unit prototaip tersebut, model produksi sebenar ini nanti nampaknya akan menggunakan rekaan garis bumbung, tingkap sisi dan juga garis bahu seakan versi konsep berkenaan.

    GALERI: Daihatsu DN F-Sedan Concept di GIIAS 2017

     
     
  • Operasi LRT, MRT untuk stesen terlibat dilanjutkan sempena Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia esok

    Operasi LRT, MRT untuk stesen terlibat dilanjutkan sempena Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia esok

    Rapid Rail Sdn Bhd telah mengumumkan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling akan dilanjutkan sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang berlangsung esok.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada 12.03 tengah malam manakala ke Putra Heights pada 12.44 tengah malam. Malahan tren tambahan juga akan disediakan kepada penumpang selepas tamat perlawanan.

    Tambahnya lagi, penumpang kemudian boleh meneruskan perjalanan ke LRT laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek dan ke Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat.

     
     
  • Kawasaki KLX230 2022 dipertingkat dengan fork USD, lampu LED – turut ditambah dengan versi supermoto

    Kawasaki KLX230 2022 dipertingkat dengan fork USD, lampu LED – turut ditambah dengan versi supermoto

    Selepas tiga tahun diperkenalkan kepada pasaran (tidak masuk ke negara kita), Kawasaki KLX230 kini diberikan peningkatan yang bukan sahaja dapat meningkatkan kepuasan penggunaannya tetapi juga membantu prestasinya sebagai sebuah jentera dual purpose.

    Sekali lagi didedahkan kali pertama di Indonesia, KLX230 2022 masih lagi tiba dalam dua versi iaitu Standard dan SE, bagi yang menggunakan rim dual purpose 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, dan kemudiannya ditambah dengan satu lagi versi iaitu KLX230 SM (supermoto) yang menggunakan rim 17 inci berserta tayar yang lebih bersesuaian untuk tunggangan atas jalan tar, bersaiz 110/70 di hadapan dan 120/70 di belakang.

    Semua versi KLX230 2022 menerima lampu hadapan LED, bagi menggantikan lampu jenis halogen sebelum ini, tetapi satu peningkatan lebih menarik dilakukan pada versi SE dan SM, di mana ia menerima fork upside down 37 mm. Suspensi belakang masih lagi menggunakan monoshock dengan tetapan sambungan Uni-Trak.

    Sementara prestasi untuk versi SE dipertingkat, versi Standard pula dijadikan lebih mudah didekati dengan tinggi tempat duduk yang direndahkan menjadi 830 mm. Sebagai perbandingan, versi SE menyediakan tinggi tempat duduk 885 mm manakala SM pula 845 mm. Berat KLX230 ini masing-masing adalah 134 kg untuk Standard dan SE, sementara SM pula mencatat 136 kg.

    Selain daripada itu, bahagian lain semua masih sama seperti KLX230 yang diperkenalkan pada tahun 2019, bermula dengan enjin satu silinder SOHC suntikan bahan api berkapasiti 233 cc, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 19 PS pada 7,600 rpm serta 19.8 Nm tork pada 6,100 rpm. Enjin ini boleh dihidupkan dengan pemula elektrik dan tiada penendang.

    Kawasaki KLX230 2022 dipertingkat dengan fork USD, lampu LED – turut ditambah dengan versi supermoto

    Kelengkapan lain yang terdapat pada KLX230 2022 adalah seperti meter digital LCD, tangki bahan api 7.5 liter, serta brek cakera tunggal dengan saiz 300 mm, angkup dua piston di hadapan dan cakera 220 mm berserta angkup dua piston di belakang.

    Untuk tempoh pengenalan awalnya di pasaran Indonesia, KLX230 dijual pada harga 47.9 juta Rupiah (RM14,472) untuk versi Standard, dan 52.9 juta Rupiah (RM15,982) untuk versi SE, sementara KLX230 SM pula dijual pada harga 54.7 juta Rupiah (RM16,526).

     
     
  • Proton X70 MC 2022 – enjin 1.5L TGD-I sudah diproduksi di Tg. Malim, kandungan tempatan kini 70%

    Proton X70 MC 2022 – enjin 1.5L TGD-I sudah diproduksi di Tg. Malim, kandungan tempatan kini 70%

    Proton X70 MC 2022 sudahpun dilancarkan secara rasmi semalam, dan perubahan paling besar untuk SUV segmen-C berkenaan sudah tentu pada enjinnya kerana ia kini turut ditawarkan dengan enjin 1.5 liter tiga-silinder dengan sistem suntikan terus (T-GDI) yang sama seperti Proton X50.

    Dengan penawaran enjin berkenaan, X70 kini mempunyai kandungan tempatan lebih tinggi kerana enjin tersebut sudah pun diproduksi di kilang Proton Tanjung Malim, sebagai salah satu langkah besar dalam program lokalisasi jenama itu.

    Ketua jurutera kenderaan bagi X70, Md Fariza Bin Ibrahim menyatakan bahawa kandungan tempatan untuk X70 MC 2022 ini sudah pun mencecah 70%, memenuhi keperluan yang ditetapkan kerajaan. Angka tersebut jelas lebih tinggi berbanding model CKD 2020 yang hanya mempunyai kandungan tempatan tidak sampai 50% (45% secara lebih tepat).

    Proton X70 MC 2022 – enjin 1.5L TGD-I sudah diproduksi di Tg. Malim, kandungan tempatan kini 70%

    Menurut naib COO rangkaian kuasa Proton Muhamad Hasbullah bin Ismail, enjin 1.5 liter TGD-I itu sahaja ia mewakili 30% kandungan tempatan. Proton sehingga kini secara konsisten sentiasa menaikkan jumlah komponen buatan Malaysia pada X70, dan berjaya memenuhi sasaran peningkatan lapan peratus daripada angka awal 45% itu menjelang akhir 2020.

    Dengan kandungan tempatan yang lebih tinggi ini juga seharusnya memendekkan lagi tempoh menunggu bagi komponen alat ganti yang telah membelenggu X70 sejak ianya dilancarkan pada 2018 kerana ia membolehkan Proton kurang bergantung terhadap bekalan dari China.

    Proton X70 2022 ini datang dalam lima varian, dengan empat daripadanya menggunakan enjin 1.5L TGD-I. Ia bermula dengan 1.5 Standard 2WD dijual pada RM93,900 diikuti 1.5 Executive 2WD dengan harga RM105,500, 1.5 Executive AWD berharga RM111,300 dan 1.5 Premium dijual pada harga RM117,900.

    Enjin 1.8 liter TGD-I pula ditawarkan pada varian paling tinggi, kini dinamakan sebagai 1.8 Premium, dijual pada harga RM121,800.

     
     
  • Majlis Bandaraya Pasir Gudang ganti 5 kereta rasmi dengan EV; lebih banyak EV akan dipertimbang

    Majlis Bandaraya Pasir Gudang ganti 5 kereta rasmi dengan EV; lebih banyak EV akan dipertimbang

    Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menggantikan lima kereta rasminya dengan kereta elektrik, lapor The Star. Langkah berkenaan adalah sebahagian dari rancangan jangka masa panjang bagi menjadikan bandaraya di Johor tersebut sebuah tempat yang moden dan mesra alam, kata Datuk Bandar Pasir Gudang Datuk Asman Shah Abd Rahman.

    “Kami telah memesan lima kereta elektrik, dan kami turut sedang mencari EV lain seperti van-van elektrik. Kami akan meningkatkan jumlah EV dari masa ke masa sebagai sebahagian usaha kami untuk mengurangkan jejak karbon di Pasir Gudang,” kata Asman dan menambah bahawa MBPG merupakan pihak berkuasa tempatan pertama yang menggunakan EV bagi tujuan tersebut.

    Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut menghadiri pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2030 dilihat bergambar duduk di dalam Tesla Model 3 dan Hyundai Ioniq 5 iaitu antara kenderaan yang didedahkan oleh MBPG, menurut The Star.

    Majlis Bandaraya Pasir Gudang ganti 5 kereta rasmi dengan EV; lebih banyak EV akan dipertimbang

    Walaupun Tesla tidak dijual secara rasmi di Malaysia, dan mana-mana unit yang ada sebenarnya telah diimport secara ad hoc – Disember tahun lalu, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) mengumumkan bahawa ia telah mula menerima tempahan untuk EV dari jenama Amerika Syarikat tersebut secara lebih meluas.

    Kerajaan negeri Johor mengalu-alukan penggunaan EV dan sedang mengkaji untuk menggunakan lebih banyak kenderaan elektrik pada masa depan, kata pengerusi jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

    “Kita perlu bergerak ke arah itu memandangkan negara jiran kita Singapura sudah mengambil langkah proaktif untuk mengehadkan penggunaan kenderaan yang menggunakan diesel, sambil menggalakkan penggunaan EV. Untuk mendapat manfaat daripada ekonomi Singapura, kita perlu setanding dengan mereka. Pada masa ini, kami mempunyai beberapa stesen pengecas EV di kawasan Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Pasir Gudang tetapi kami memerlukan lebih banyak lagi,” kata Jafni.

     
     
  • Ramai T20 di M’sia guna plat nombor menyalahi undang-undang, cermin gelap lebih had – kajian

    Adakah anda memiliki kenderaan dengan plat nombor pendaftaran yang tidak mengikut undang-undang serta menggunakan lapisan cermin gelap (tinted) yang melebihi had yang ditetapkan? Jika ya, anda mungkin tergolong daripada kumpulan berpendapatan T20, ujar Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS).

    Menyiarkan kaji selidik yang dijalankan secara bersiri menerusi Twitter, firma berkenaan menyebut kajian yang dilakukan pada Mei lalu, dikendalikan oleh sepasukan pemerhati di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur pada waktu sibuk pada hari bekerja. Pemantauan dilakukan terhadap kenderaan yang bergerak memasuki KL pada waktu kesesakan, dan pasukan berkenaan mendapati sejumlah 1,256 kenderaan didapati melanggar undang-undang.

    Ramai T20 di M’sia guna plat nombor menyalahi undang-undang, cermin gelap lebih had – kajian

    Dianggarkan 58.8% kereta yang menggunakan nombor plat menyalahi undang-undang ialah milik kumpulan T20 manakala 25.6% pula dari kumpulan M40 dan 15.9% pula kumpulan B40, penetapan kumpulan berpendapatan ini berdasarkan harga kereta baharu di pasaran. Firma ini turut menambah, pihaknya mengandaikan setiap kereta yang diperhatikan itu dibeli menerusi pinjaman bank, dengan pelan pembiayaan balik lima-tahun dan tiada bayaran muka.

    Katanya lagi, 56% daripada jumlah kereta yang menggunakan plat nombor menyalahi undang-undang itu, didapati berharga lebih RM160,000 (kereta baharu) di pasaran semasa, sementara 13% pula berharga dari RM120,001 hingga RM160,000 dan 12% lagi antara RM80,000 hingga RM120,000. Manakala kereta yang berharga RM50,000 atau kurang dari itu hanya sekitar 8% daripada jumlah kereta yang diperhatikan yang menggunakan plat nombor terbabit.

    Pasukan Cent-GPS juga membuat pecahan data berdasarkan jenama kereta. Untuk kereta buatan Asia (Toyota, Honda, Lexus dan lain-lain) merangkumi 51% daripada jumlah keseluruhan, sementara jenama Continental (Mercedes, Audi, BMW, dan lain-lain) mencecah 33.4%. Manaakala kereta buatan Malaysia pula, sekitar 15.6%, dan firma itu berkata kebanyakannya melibatkan Proton X70.

    Bagi kenderaan dengan lapisan sermin gelap yang melebihi had peratusan yang ditetapkan (cermin sisi hadapan, 50% transmisi ketelusan cahaya adalah had yang dibenarkan), kajian mendapati kumpulan T20 turut mendahului kesalahan itu, dianggarkan sekitar 52.8% kereta yang menggunakan lapisan cermin gelap adalah berharga lebih RM160,000.

    Walau bagaimana pun, Cent-GPS berkata mereka tidak mempunyai kelengkapan untuk mengukur tahap kegelapan lapisan cermin tersebut dan hanya merekodkan kereta yang menggunakan cermin gelap pada bahagian pemandu dan berkata pelaksanaan kajian ini akan dipertingkatkan pada masa akan datang.

    Ramai T20 di M’sia guna plat nombor menyalahi undang-undang, cermin gelap lebih had – kajian

    Bagaimanapun, berdasarkan penemuan umum ini, ia menyatakan bahawa kereta melebihi RM160,000 jelas mendominasi kedua-dua kategori, dan ini menimbulkan persoalan, “mengapa masyarakat melayan mereka yang ‘seolah-olah kaya’ dengan lebih keistimewaan, membuatkan golongan sebegini berani untuk melanggar undang-undang.”

    Tambahnya, hasil kajian ini juga menimbulkan persoalan mengenai penggubalan dasar dan kedaulatan undang-undang negara. “Jika sesuatu yang mudah seperti undang-undang nombor plat kereta tidak dipatuhi oleh kumpulan tertentu di negara kita, bagaimana kita hendak menguatkuasakan undang-undang yang lebih kompleks pada masa hadapan?” soal firma itu.

     
     
  • myTukar Auto Fair 2022 di Johor — lanjutan jaminan, servis percuma, pinjaman pantas dan stok tersedia!

    myTukar Auto Fair 2022 di Johor — lanjutan jaminan, servis percuma, pinjaman pantas dan stok tersedia!

    Pengeluaran dan serahan kereta baru ketika ini terkesan dengan kekurangan bekalan cip global. Ini bermaksud, tempoh menunggu bagi kereta baru dari bilik pameran menjadi lebih panjang daripadaa sebelumnya — dari enam bulan dan boleh jadi setahun! Jika anda tidak sanggup menunggu, anda perlu berkunjung ke myTukar Auto Fair 2022 di myTukar Retail Experience Centre – Plentong, Johor Bahru pada 17-19 Jun ini. Ia menjanjikan banyak kereta berkualiti untuk dipilih, setiap satunya dengan lanjutan jaminan, pakej servis percuma dan paling utama, serahan pantas!

    Anda juga boleh berlapang dada dengan pembelian yang dilakukan. Ini kerana kenderaan yang disahkan oleh myTukar telah menjalani memeriksaan 160-poin untuk memastikan tidak ada yang mengubah jarak perbatuannya, serta kereta itu bebas daripada sebarang kemalangan teruk atau kerosakan akibat banjir.

    Selain itu, setiap pembelian myTukar disertakan sekali dengan lanjutan jaminan selama setahun dan dua servis percuma, tawaran yang jarang diberikan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya anda berdepan sebarang masalah atau bertukar fikiran tentang kenderaan yang dibeli, anda hanya perlu pulangkannya tanpa sebarang pertanyaan diajukan kepada anda — melalui polisi jaminan pulangan wang lima-hari yang diberikan. Semak senarai panjang kereta yang ada di sini.

    myTukar Experience Centres merupakan pusat sehenti yang memastikan perjalanan anda untuk membeli kenderaan berlangsung dengan mudah dan tidak rumit. Semua urusan dari pemeriksaan Puspakom, pendaftaran JPJ, permohonan pinjaman hinggalah kepada insuran, semuanya diuruskan oleh syarikat ini.

    myTukar Auto Fair 2022 di Johor — lanjutan jaminan, servis percuma, pinjaman pantas dan stok tersedia!

    Pelanggan juga boleh trade-in kenderaan mereka di myTukar Auto Fair 2022 — nilai maksimum dan tawaran trade-in menarik boleh ditentukan terus oleh petugas berpengalaman di acara ini nanti.

    Dengan pembelian kenderaan di acara berkenaan, anda juga berpeluang memenangi satu daripada 10 pasang tiket yang ditanggung sepenuhnya untuk menonton Liverpool menentang Manchester United di Bangkok. Tempah kenderaan anda sebelum 19 Jun dan dapatkannya sebelum 30 Jun, jawab soalan kuiz bila anda menerima panggilannya, dan anda mungkin bertuah untuk ke Thailand menonton perlawanan persahabatan itu. Jika anda mendaftarkan minat untuk hadir ke acara berkenaan di sini, anda akan mendapat peluang tambahan untuk hadiah berkenaan.

    Tambahan pula, anda akan menerima tawaran istimewa jika anda membeli kenderaan di acara ini, seperti pinjaman dengan kadar faedah serendah 1.88% bagi 100 tempahan pertama serta peluang untuk menang baucar bernilai sehingga RM1,000 melalui promosi Spin & Win.

    Tidak lupa juga ada hadiah bernilai RM12,000 untuk cabutan bertuah eksklusif untuk dimenangi. Ini termasuklah iPhone 13, sebuah iPad, sebuah konsol Playstation, SmarTV Android, pembersih hampagas Xiomi Mi Robot serta pam air Karcher dan mesin kopi Nescafe Dolce Gusto.

    Untuk hidangan pula, trak makanan akan turut berada di lokasi, jadi pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman pilihan mereka dengan mudah. Prosedur penghindaran Covid-19 juga perlu diamalkan — pelitup muka adalah wajib sepanjang masa, tetapi penjarakan fizikal tidak lagi wajib. Kru acara akan kerap membersihkan keseluruhan lokasi serta permukaan yang kerap disentuh seperti kereta dan kemudahan umum untuk memastikan keselamatan terjamin.

    Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi myTukar. Berkunjung ke myTukar Auto Fair 2022 pada 17-19 Jun ini, bermula 9.30 pagi hingga 8 malam setiap hari. Anda juga boleh menghubungi saluran berikut:

    Telefon : 03-7890 4499
    WhatsApp : +6018-2249999
    Emel: [email protected]

    myTukar Retail Experience Centre – Plentong, JB
    Jalan Masai Lama,
    Taman Perindustrian Plentong
    81750 Johor Bahru, Johor.

     
     
  • Proton Satria Neo Clubsport 2008 dalam skala 1/64 dari Pipol Scale Model – produk ‘fan made’, hanya 250 unit!

    Proton Satria Neo Clubsport 2008 dalam skala 1/64 dari Pipol Scale Model – produk ‘fan made’, hanya 250 unit!

    Seperti juga artis dan selebriti, jenama-jenama automotif turut mempunyai peminat-peminat dan fanatik mereka yang tersendiri. Ini kerana setiap jenama automotif tersebut biasanya mempunyai warisan sejarah mereka yang membentuk dan memberi arah tuju terhadap model-model terbaharu, terutamanya bagi jenama-jenama yang terlibat dalam sukan permotoran.

    Bagi peminat-peminat dan fanatik sebegini, mereka tidak semestinya mempunyai kereta-kereta sebenar keluaran jenama berkenaan – mungkin kerana mereka belum mampu membelinya, atau sudah menjual atas sebab-sebab tertentu. Tetapi apa yang penting, pasti ada sahaja barangan atau cenderamata seperti t-shirt, topi, cawan dan sebagainya yang di simpan menampilkan logo jenama yang disukai tersebut.

    Salah satu barangan-barangan rasmi yang mendapat perhatian dari satu-satu jenama itu sudah tentulah model skala kecil berdasarkan model sebenar yang dijual dalam pasaran atau jentera lumba yang bertanding. Namun malangnya untuk peminat Proton, barangan rasmi yang dikeluarkan dalam bentuk model skala kecil adalah sangat terhad.

    Proton Satria Neo Clubsport 2008 dalam skala 1/64 dari Pipol Scale Model – produk ‘fan made’, hanya 250 unit!

    Seiingat penulis, Proton hanya menghasilkan beberapa barangan berdasarkan model produksi sebenar mereka antaranya tabung duit berbentuk Proton Wira yang diedarkan sebagai cenderahati rasmi dari Public Bank pada era 90’an, dan juga model skala 1/32 Proton Waja dan Proton Inspira (juga terdapat dalam versi kereta peronda Polis) yang diedarkan oleh The 9 Production satu ketika dulu.

    Model-model skala kecil untuk kereta lumba atau prestasi yang pernah dihasilkan oleh Eon Motorsport atau Proton R3? Langsung tidak pernah dijual oleh Proton sendiri. Pada penulis, ini merupakan satu peluang besar yang tidak direbut oleh Proton sendiri, kerana mereka mempunyai begitu banyak kereta lumba dengan warisan sejarah hebat dan juga model-model talaan penuh R3 yang sangat berinspirasi jika dijelmakan dalam skala lebih kecil, dan boleh di letak di atas meja atau almari kaca peminat-peminatnya untuk dibelek setiap hari.

    Betapa terdesaknya peminat-peminat ini mahukan model skala kecil dari Proton ini sampai ada yang menggunakan asas Subaru WRX STi hatchback untuk dibentuk semula menjadi seakan Proton Satria Neo. Penulis sendiri ada menghasilkan replika jentera lumba Proton PERT Evo V yang pernah dipandu oleh Karamjit Singh berasaskan model kit Mitsubishi Lancer Evo V WRC.

    Proton Satria Neo Clubsport 2008 dalam skala 1/64 dari Pipol Scale Model – produk ‘fan made’, hanya 250 unit!

    Model skala kecil Proton Satria Neo Clubsport skala 1/64 yang anda lihat ini adalah keluaran syarikat tempatan, Pipol Enterprise (Pipol Scale Model). Pipol bukanlah syarikat yang mempunyai fasiliti sebenar seperti jenama-jenama Inno64, Mini GT, Kaido House dan sebagainya, tetapi secara teknikalnya ia hanya beroperasi di rumah!

    Model-model skala yang dihasilkan oleh Pipol ini secara asasnya menggunakan kaedah pencetak 3D. Semua rekaan yang dicetak adalah berdasarkan model-model sebenar, dengan keseluruhan ukuran-ukuran adalah hampir tepat dalam skala 1 nisbah 64.

    Jadi, ia bukanlah model yang diperbuat dari besi tuang, sebaliknya model skala dari bahan plastik. Namun semua kerja-kerja kemasan akhir seperti mempelas, mengecat menggunakan air brush, menampal pelekat (water slide decal), menggilap, memasang dan sebagainya semua dibuat secara eksklusif dengan tangan.

    Proton Satria Neo Clubsport 2008 dalam skala 1/64 dari Pipol Scale Model – produk ‘fan made’, hanya 250 unit!

    Anda boleh lihat Satria Neo dalam skala lebih kecil ini mempunyai semua perincian yang sama seperti Neo Clubsport saiz sebenar termasuk pelekat ‘R3 Clubsport’ berhampiran fender tayar belakang, splitter udara R3 pada bahagian bawah bampar hadapan, spoiler bumbung R3 dan juga set rim 15-inci R3. Jika anda perhati dengan teliti, juga boleh dilihat cakera brek serta angkup di sebalik setiap rim pada model berkenaan.

    Kabin model mini ini juga menerima set tempat duduk Recaro TS-G dan roda stereng Momo Tuner sama seperti Neo Clubsport sebenar. Walau bagaimanapun roll cage ‘halal’ Neo Clubsport yang mendapat kelulusan VTA dari JPJ tidak kelihatan di dalam model skala kecil ini. Ye ke Proton Satria Neo ini memang diberikan roll cage secara standard? Kalau Nak tahu panjang lebar berkenaan model istimewa edisi terhad yang dibangunkan oleh R3 ini, anda boleh baca artikel lengkap pada PAUTAN INI.

    Satu perkara menarik yang tampil pada model skala kecil dari Pipol Enterprise ini adalah rekaan pakej luarannya. Ia lengkap perumah akrilik bersama tapak berwarna hitam serta plat nama model serta nombor siri unik untuk setiap satu model yang anda beli. Bagi mengekalkan tahap eksklusif, Satria Neo Clubsport PIP64 ini dihasilkan hanya 250 unit.

    Tidak cukup dengan itu, ia juga diberikan satu lagi lapisan kotak yang menampilkan pelbagai grafik dan maklumat berkenaan model ini, yang sekali tengok seakan rekaan dari Inno64. Perlu diingat, produk ini bukan produk rasmi dengan lesen dari Proton, tetapi boleh diklasifkasikan sebagai produk ‘fan made’ jadi tiada sebarang logo atau skrip Proton tertera di atasnya.

    Selain dari Neo Clubsport ini, Pipol sebenarnya menghasilkan beberapa lagi varian lain untuk Satria Neo ini. Antaranya model Satria Neo SGX 2000, Satria Neo 1.6 CPS 2009, serta Satria Neo pasaran Jepun (JDM) dalam versi produksi jalan raya serta jentera lumba Cusco Junior Rally Team.

    Untuk harga pula, model-model biasa dijual pada harga RM179 manakala model-model edisi terhad dijual pada harga RM199 – lagi sekali diingatkan, Pipol adalah syarikat kecil yang hanya bertapak di rumah, dan harga yang ditawarkan sudah tentu sukar untuk dibandingkan dengan jenama-jenama besar lain.

    Mana nak dapat? Anda boleh hubungi sendiri Pipol Scale Model di laman Facebook rasmi mereka pada PAUTAN INI. Dalam pertemuan ringkas bersama pengasas Pipol sendiri, dia menyatakan bahawa selepas ini mereka akan menghasilkan pula Proton Persona CM dalam versi standard, jentera perlumbaan BTCC serta versi ubahsuai dengan kit badan seakan LBWK.

    GALERI: Satria Neo Clubsport 2008 PIP64

    GALERI: Satria Neo SGX 2000 PIP64

     
     
  • Ducati Panigale V2 Bayliss tiba di Malaysia – model penghargaan yang dijual pada harga RM136,900

    Ducati Panigale V2 Bayliss tiba di Malaysia – model penghargaan yang dijual pada harga RM136,900

    Di antara enam model yang dilancarkan oleh Ducati Malaysia semalam, satu daripadanya adalah model keluaran khas, iaitu Panigale V2 “Bayliss 1st Championship 20th Anniversary”. Ia dikeluarkan sebagai menyambut ulang tahun ke-20 kemenangan pertama Troy Bayliss dalam WSBK, dan dijual pada harga RM136,900 tidak termasuk insurans.

    Bayliss menjadi juara WSBK dengan Ducati pada tahun 2001, dan ia adalah antara tiga kejuaraan pertama yang dimenangi menggunakan enjin v-twin Ducati Corse. Beliau juga sehingga kini menjadi satu-satunya pelumba yang memenangi WSBK dan MotoGP dalam musim sama, dibuat pada tahun 2006.

    Sebagai satu penghormatan, model keluaran terhad yang menggunakan asas V2 ini dicat dengan corak sama seperti motosikal lumba 996R Bayliss pada tahun 2001, dan nombor #21 yang digunakan oleh beliau dalam perlumbaan diletakkan pada tepi fairing, bersama cetakan tandatangan. Nombor keluaran pula dicetak pada bahagian triple clamp atas.

    Jika dibandingkan dengan V2 biasa, model istimewa ini mempunyai kelebihan antaranya pada bahagian suspensi, di mana ia dipasang dengan unit Ohlins yang terdiri daripada fork NX30 di hadapan dan monoshock TTX36 di belakang. Kedua-duanya boleh dilaras secara sepenuhnya dan dijadikan lengkap dengan tambahan damper stereng yang juga boleh dilaras.

    Selain daripada itu, model ini juga 3 kg lebih ringan berbanding model biasa, dan ia dicapai melalui penggunaan beteri lithium ion serta tempat duduk monoposto (satu sahaja). Walaubagaimanapun, tempat duduk penumpang serta peletak kaki masih akan diberi dan pemilik boleh menggunakannya jika mahu.

    Ducati Panigale V2 Bayliss tiba di Malaysia – model penghargaan yang dijual pada harga RM136,900

    Melengkapkan senarai kelengkapan istimewanya adalah pelindung tabung ekzos gentian karbon dan titanium, getah pemegang jenis sport serta tempat duduk yang menggunakan gabungan dua bahan serta jahitan benang merah.

    Sementara senarai kelengkapan adalah berbeza, enjin untuk V2 Bayliss ini pula masih sama seperti V2 biasa, iaitu unit L-twin Superquadro 955 cc bersama padanan transmisi enam kelajuan dengan quickshifter, mampu menghasikan kuasa 155 hp pada 19,750 rpm dan 104 Nm tork pada 9,000 rpm. Kelengkapan lain yang disediakan adalah quickshifter, mod tunggangan, mod kuasa, Cornering ABS, Wheelie Control DWC), Engine Brake Control (EBC) EVO dan kalibrasi tayar automatik.

     
     
  • Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro dan Urban Motard dilancar untuk Malaysia – harga RM86k dan RM69k

    Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro dan Urban Motard dilancar untuk Malaysia – harga RM86k dan RM69k

    Dua lagi versi Ducati Scrambler tiba di Malaysia iaitu Scrambler 1100 Tribute Pro dan Scrambler Urban Motard. Dua model ini didedahkan kepada dunia Oktober tahun lalu, dan kini dijual di Malaysia pada harga masing-masing RM85,900 dan RM68,900.

    Melihat terlebih dahulu kepada Scrambler 1100 Tribute Pro, ia adalah sebuah model yang dihasilkan dengan konsep penghormatan kepada Ducati 450 Desmo Mono dan Ducati 750 Sport tahun 70-an, yang menjadi antara model terawal menggunakan enjin v-twin penyejukan udara Ducati 50 tahun dahulu.

    Selain warna kuning Giallo Ocra serta kerangka Trellis serba hitam, model ini ditambah lagi dengan tanda-tanda grafik seperti motosikal lumba 70-an Ducati seperti logonya, yang dibuat oleh Giugiaro, rim spoked hitam, cermin sisi bulat serta tempat duduk coklat.

    Pada bahagian enjin, model ini masih menggunakan pakej sama seperti Scrambler 1100 yang lain, iaitu unit dua silinder V 1,079 cc berkemampuan 86 hp pada 7,500 rpm dan 92 Nm tork pada 4,750 rpm. Pengguna disediakan dengan tiga mod tunggangan iaitu Active, Journey dan City, sementara kawalan cengkaman dan Cornering ABS datang secara standard.

    Datang dengan rim 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, dibalut dengan tayar Pirelli MT60 RS, Scrambler Tribute Pro menyediakan tinggi tempat duduk 810 mm sementara tangki bahan api berkapasiti 15 liter. Semua lampu model ini adalah unit LED, dan didatangkan dengan motif ‘X’ di hadapan.

    Kemudahan lain yang disediakan pada Scrambler Tribute Pro adalah seperti soket USB di bawah tempat duduk dan pilihan tambahan Ducati Multimedia System yang boleh memberikan sambungan kepada telefon pintar. Dalam keseluruhan pilihan Scrambler 1110, Scrambler 1100 Dark Pro disediakan sebagai pilihan permulaan dan di atasnya terdapat Scrambler 1100 Sport Pro.

    Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro dan Urban Motard dilancar untuk Malaysia – harga RM86k dan RM69k

    Satu lagi Scrambler baru yang dilancarkan adalah daripada kategori Scrambler 803, dinamakan sebagai Scrambler Urban Motard. Grafik yang digunakan menyamai konsep seperti Hypermotard 950 RVE, dan ia dihasilkan oleh Centro Stile Ducati untuk mengetengahkan imej seni jalanan dan grafiti.

    Walaupun menggunakan nama motard, suspensi model ini masih sama seperti Scrambler 803 biasa, iaitu fork USD Kayaba 41 mm, serta monoshock Kayaba dengan pelarasan pra beban di belakang, menghasilkan tinggi tempat duduk 798 mm.

    Enjin juga masih sama, iaitu unit dua silinder V penyejukan udara 803 cc, bersama padanan kotak gear enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 73 hp pada 8,250 rpm dan 67 Nm tork pada 5,750 rpm. Tiada pilihan mod tunggangan pada model ini.

    Pada bahagian tayar, yang dipasang pada rim jenis spoked, Scrambler Urban Motard menggunakan unit Pirelli Diablo Rosso III bersaiz 120/70 di hadapan dan 180/55 di belakang. Brek menggunakan cakera 330 mm tunggal berserta angkup empat piston di hadapan, sementara belakang menggunakan cakera 245 mm dan angkup satu piston – Cornering ABS diberikan secara standard.

    GALERI: Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro

    GALERI: Ducati Scrambler Urban Motard

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025