Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • JPJ eBid: DFP dan QM_U bakal dibuka bidaan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa siri nombor pendaftaran terkini dari Kelantan dan Sarawak bakal dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Siri nombor pendaftaran terkini dari Kelantan, DFP, boleh dibida bermula 17 Februari. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 21 Februari. Kebiasaanya keputusan akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 22 Februari 2026 (namun dalam poster ini terpapar 21 Februari). Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau sebaliknya) menerusi e-mel.

    Manakala siri nombor pendaftaran terkini Sarawak, QM_U, bakal dibuka bidaan mulai 19 Februari. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 23 Februari, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 24 Februari 2026.

    Jadi, sekarang ini anda boleh menjimatkan masa dan wang ringgit dengan membida sendiri nombor pendaftaran yang anda hajati tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner). Tak susah pun untuk membidanya dan anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk tujuan bidaan ini.

     
     
  • CFMoto 250 Dual tiba di Malaysia – motosikal pelbagai guna dengan enjin satu silinder 249 cc, RM9,888

    CFMoto 250 Dual tiba di Malaysia – motosikal pelbagai guna dengan enjin satu silinder 249 cc, RM9,888

    MForce Bike Holdings Sdn Bhd memulakan tahun 2026 dengan pelancaran sebuah model daripada CFMoto iaitu 250 Dual. Ini adalah model pertama daripada lebih 40 model yang akan dilancarkan oleh syarikat itu dalam tahun ini di Malaysia.

    Dijual pada harga RM9,888 tidak termasuk insurans, 250 Dual ini dipacu oleh enjin satu silinder 249 cc penyejukan cecair, suntikan bahan api, SOHC, bersama padanan transmisi lima kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 25 hp pada 8,000 rpm dan tork 22.5 Nm pada 7,000 rpm.

    Bagi menjadikan motosikal ini lasak, ia datang dengan rim spoked 21 inci di hadapan, dipegang oleh fork USD dan rim 18 inci di belakang, dipegang oleh monoshock dengan pelarasan pra beban. Brek terdiri daripada cakera tunggal 265 mm dengan angkup dua piston di hadapan dan cakera tunggal 220 mm dengan angkup satu piston di belakang – ABS dual-channel diberikan sekali.

    Sebagai sebuah motosikal yang ringkas dan ‘mesra poket’, 250 Dual cuma datang dengan meter digital LCD untuk paparan informasi, namun masih lengkap dengan penunjuk kedudukan gear serta tahap minyak. Semua lampu merupakan jenis LED dan motosikal ini juga dilengkapi soket pengecas USB.

    Berat keseluruhan 250 Dual adalah 150 kg dan ia datang dengan tangki bahan api 13 liter. Tinggi tempat duduk pula adalah 840 mm, manakala jarak kelegaan dari tanah adalah 245 mm.

     
     
  • Isuzu D-Max terus pegang gelaran trak pikap kedua terlaris di M’sia tahun 2025, pegangan pasaran 15%

    Isuzu D-Max terus pegang gelaran trak pikap kedua terlaris di M’sia tahun 2025, pegangan pasaran 15%

    Isuzu Malaysia mengumumkan prestasi jualannya bagi tahun 2025, yang menyaksikan syarikat itu mencatatkan pegangan pasaran tertinggi dalam sejarah operasinya di Malaysia. Menurut Isuzu, syarikat tersebut berjaya menguasai 56.1 peratus pasaran kenderaan komersial tempatan dengan sebanyak 6,880 unit didaftarkan, meningkat ketara berbanding rekod tertinggi sebelumnya iaitu 47.1 peratus yang dicapai pada tahun 2023.

    Bagi segmen trak pikap pula, Isuzu D-Max terus mengekalkan kedudukannya sebagai model kedua paling laris di Malaysia, sama seperti tahun lalu. Model ini merekodkan pegangan pasaran sebanyak 15 peratus, meskipun pasaran trak pikap negara mengalami penyusutan sebanyak 7.3 peratus.

    Ketika ini, barisan Isuzu D-Max yang ditawarkan di Malaysia bermula pada harga RM92,199 bagi varian Low Ride 1.9L 4×2 MT dan meningkat sehingga RM161,938 untuk varian X-Terrain 3.0L 4×4 AT. Semua harga yang dinyatakan adalah atas jalan tanpa insurans.

    Isuzu turut mengingatkan bahawa enjin diesel MaxForce 2.2 liter bersama transmisi automatik lapan kelajuan Rev Tronic telah diperkenalkan pada tahun 2024 dan syarikat itu dijangka sedang berusaha untuk membawa rangkaian trenkuasa tersebut ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

    Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi, berkata kejayaan jenama itu didorong oleh asas kukuh dalam menawarkan barisan produk yang memenuhi keperluan pelanggan secara menyeluruh. Menurutnya, rangkaian pengedar yang strategik dan pantas menyesuaikan diri dengan perubahan kehendak pelanggan, serta sistem selepas jualan yang memberi tumpuan penuh kepada kelangsungan penggunaan kenderaan pelanggan, turut menyumbang kepada peningkatan populariti Isuzu di Malaysia.

     
     
  • Chery Malaysia kini punya 59 wakil pengedar – reka bentuk bilik pameran generasi baru bermula 2026

    Chery Malaysia kini punya 59 wakil pengedar – reka bentuk bilik pameran generasi baru bermula 2026

    Dalam satu acara bersama media hari ini, Chery Corporate Malaysia (Chery Malaysia) memaklumkan bahawa syarikat itu kini memiliki rangkaian sebanyak 59 pengedar di seluruh negara. Ia merangkumi 54 pusat selepas jualan serta 25 fasiliti badan dan cat (B&P) bagi menyokong keperluan pelanggan.

    Dengan sokongan rangkaian pengedar ini, Chery Malaysia berkata pihaknya telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 30,073 unit sejak jenama itu diperkenalkan di pasaran tempatan pada Julai 2023.

    Bagi prestasi jualan tahun lalu, model Chery Super Hybrid (CSH) menyumbang sebanyak 21 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan syarikat. Sementara itu, pembahagian jualan antara siri Tiggo dan Omoda masing-masing mencatatkan nisbah 66 peratus dan 34 peratus.

    Chery Malaysia turut mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan secara berperingkat reka bentuk bilik pameran generasi baru bermula tahun 2026. Dikenali sebagai Gen 4, konsep ini akan menggantikan reka bentuk Gen 3 yang digunakan ketika ini.

    Dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya di Malaysia, pembinaan Chery Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin, Selangor telah bermula pada Februari 2025. Projek ini dijangka siap pada tahun ini dan bakal mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 100,000 unit kenderaan setahun.

     
     
  • Chery M’sia dedah rancangan 2026 – Tiggo 9 pada Q2, beberapa model facelift dan kemaskini CSH pada Q4

    Chery M’sia dedah rancangan 2026 – Tiggo 9 pada Q2, beberapa model facelift dan kemaskini CSH pada Q4

    Biarpun harus berhadapan dengan persaingan sengit dalam industri automotif tempatan, namun Chery Corporate Malaysia tetap gigih memacu langkah lebih gemilang bagi memastikan ia kian berkembang. Untuk tahun 2026, syarikat ini telah menyusun pelbagai rancangan dan strategi bagi mengekalkan kedudukannya di sini.

    Minggu lalu, bagi membuka tirainya untuk 2026, Chery Corporate Malaysia telah melancarkan varian baharu untuk Chery Tiggo 8, iaitu varian paling asas untuk SUV tujuh-tempat duduk keluarannya. Model ini dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM129,800, jauh lebih mampu milik berbanding dua varian lebih tinggi iaitu Chery Tiggo 8 Pro dan Chery Tiggo 8 PHEV di mana kedua-duanya dijual pada harga RM159,800.

    Menerusi majlis bersama pihak media malam ini, Chery Malaysia telah mengesahkan bakal melancarkan model flagship mewah pada suku kedua (Q2) tahun ini. Ada kemungkinan ia merujuk kepada model Tiggo 9, di mana Chery sendiri pernah mengesahkan bahawa model tersebut bakal diperkenalkan di sini pada separuh pertama 2026.

    Tiggo 9 ini diberikan enjin yang sama dengan Tiggo 8 Pro iaitu 2.0 liter turbo empat-silinder dengan hamburan kuasa 254 PS/390 Nm, dipadankan bersama kotak gear automatik lapan-kelajuan. Ia juga telah dipertontonkan di Bangkok Motor Show tahun lalu dengan penjana kuasa plug-in Chery Super Hybrid (CSH).

    Chery M’sia dedah rancangan 2026 – Tiggo 9 pada Q2, beberapa model facelift dan kemaskini CSH pada Q4

    Chery Tiggo 9 di Bangkok International Motorshow 2025

    Ia menggunakan dua motor elektrik di hadapan, satu ya dengan 102 PS dan 170 Nm, dan satu lagi dengan 122 PS dan 220 Nm. Dipadankan bersama enjin 1.5 liter turbo empat-silinder 156 PS/220 Nm, ia mampu memberikan keseluruhan kuasa mencecah 381 PS dan 610 NM, membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 8.9 saat. Kami menjangkakan kedua-dua versi akan ditawarkan di Malaysia, namun model PHEV mungkin akan dilancarkan hujung tahun.

    Untuk model lain yang bakal diperkenalkan untuk tahun ini agak samar-samar. Namun apa yang kami tahu model facelift kedua O5 (Omoda 5) bakal tiba tahun ini, dan mungkin juga Omoda 4 yang lebih kecil. Walau bagaimana pun, ada khabar angin menyatakan bahawa model ini akan diletakkan di bawah jenama Omoda & Jaecoo, menyertai Omoda C9.

    Model facelift lain yang mungkin diperkenalkan Tiggo 7 Pro versi enjin petrol kerana sudah tiba masanya ia diberikan suntikan yang lebih segar selepas dilancarkan tahun 2024. Kita mungkin akan mengetahui kesahihannya menerusi Auto China Beijing yang bakal berlangsung pada April ini.

    Bagi barisan CSH di Malaysia, Tiggo 7 dan Tiggo 8 PHEV masih baru saja dilancarkan, jadi macam belum tiba masanya menerima naiktaraf baharu. Atau mungkinkah Tiggo 9 CSH PHEV dimaksudkan, seperti yang pernah dikhabarkan sebelum ini.

     
     
  • Mercedes-Benz S-Class W223 facelift 2026 didedah – enjin V8 baru, MBUX Superscreen, suspensi pintar

    Mercedes-Benz S-Class W223 facelift 2026 didedah – enjin V8 baru, MBUX Superscreen, suspensi pintar

    Die neue S-Klasse. Stuttgart, 2026.
    Lackfarbe: MANUFAKTUR black sparkling
    Exterieur: AMG Line
    Interieur: MANUFAKTUR tiefweiß / schwarz; Exklusiv-Paket
    The new S-Class. Stuttgart, 2026.
    Exterior colour: MANUFAKTUR black sparkling
    Exterior: AMG Line
    Interior: MANUFAKTUR deep white/black; Exclusive Package

    Model generasi ketujuh sedan Mercedes-Benz paling mewah iaitu S-Class W223 sudah pun berada lebih dari lima tahun dalam pasaran, jadi sudah tiba masanya model ini disegarkan kembali – Ini dia Mercedes-Benz S-Class W223 facelift 2026 didedahkan secara rasmi.

    Menurut Mercedes-Benz pengenalan W223 facelift ini adalah untuk meraikan ulangtahun ke-140 selepas pengasasnya, Karl Benz menghasilkan Benz Patent-Motorwagen iaitu automobil pertama pernah dihasilkan di dunia (paten tersebut dihantar pada 29 Januari 1886, sama tarikh dengan pendedahan W223 facelift ini). Jadi ia bukan sekadar tampil dengan rupa yang lebih segar dan tingkat taraf perincian, malah ia turut melibatkan pengenalan enjin baharu termasuk enjin V8 dengan aci engkol flat-plane yang sepatutnya hanya berada pada perut kereta sport berprestasi tinggi!

    Mercedes-Benz juga mendakwa bahawa model facelift ini menerima sekitar 2,700 komponen berbeza (atau lebih dari 50% dari keseluruhan komponen) dari versi sebelumnya, terdiri daripada komponen baharu sepenuhnya atau menerima kejureteraan semula.

    Kita mulakan dahulu dengan rombakan semula rekaan luaran. Bahagian yang paling ketara berbeza sudah tentu pada bahagian muka di mana S-Class facelift ini menerima lampu, gril dan juga liang ambilan udara pada bampar hadapan yang lebih besar.

    Mercedes-Benz S-Class W223 facelift 2026 didedah – enjin V8 baru, MBUX Superscreen, suspensi pintar

    Die neue S-Klasse. Stuttgart, 2026.
    Lackfarbe: MANUFAKTUR black sparkling
    Exterieur: AMG Line
    Interieur: MANUFAKTUR tiefweiß / schwarz; Exklusiv-Paket
    The new S-Class. Stuttgart, 2026.
    Exterior colour: MANUFAKTUR black sparkling
    Exterior: AMG Line
    Interior: MANUFAKTUR deep white/black; Exclusive Package

    Spesifik untuk gril, ia kini adalah 20% lebih besar dari sebelumnya. Pada kerangka gril berbentuk heksagon tersebut diberikan pencahayaan LED, manakala untuk elemen gril ia diberikan motif ‘bintang tiga penjuru’ Mercedes yang disusun berbaris. Tak cukup dengan itu, nyalaan grafik untuk lampu nyalaan siang LED di dalam lampu utama juga diberika motif bintang tiga penjuru berkenaan.

    Lampu hadapan W223 facelift ini masih lagi menggunakan lampu LED mikro Digital Light Mercedes-Benz, tetapi ia kini dipertingkat dengan cip baharu membolehkan cahaya tersebar 40% lebih banyak. Untuk lampu tinggi, ia kini boleh berputar ayun bagi mengoptimakan suluhan pada selekoh serta menyuluh 600 meter lebih jauh ke hadapan.

    Manakala fungsi lampu tinggi adaptif pula ia kini dapat menyerlahkan pejalan kaki yang sukar untuk dilihat serta mengurangkan silau kepada pemandu dari arah bertentangan. Lampu membelok turut dipertingkat agar serasi dengan lebih banyak bentuk jalan, dibantuk oleh kamera dan data navigasi.

    Di belakang, sekali tengok kluster lampu pada model facelift ini masih sama dengan sebelumnya. Namun hakikatnya ia berbeza pada bahagian bawah di mana pada model sebelum ini ia kelihatan bersegi, berbeza dengan versi facelift yang menampilkan bahagian bawah yang lebih bulat. Juga berbeza adalah grafik LED di dalam lampu tersebut di mana grafik seperti kristal sebelum ini digantikan dengan grafik bintang tiga penjuru. Model facelift ini juga menerima pilihan-pilihan rim baharu dengan diameter bermula 19-inci hingga 21-inci.

    Mercedes-Benz S-Class W223 facelift 2026 didedah – enjin V8 baru, MBUX Superscreen, suspensi pintar

    Die neue S-Klasse. Stuttgart, 2026.
    Lackfarbe: MANUFAKTUR black sparkling
    Exterieur: AMG Line
    Interieur: MANUFAKTUR tiefweiß / schwarz; Exklusiv-Paket
    The new S-Class. Stuttgart, 2026.
    Exterior colour: MANUFAKTUR black sparkling
    Exterior: AMG Line
    Interior: MANUFAKTUR deep white/black; Exclusive Package

    Beralih ke kabin, W223 facelift ini juga menerima rombakan yang agak besar terutamanya pada rekaan papan pemuka. Tiada lagi skrin potret pada bahagian tengah yang bersambung dengan konsol tengah, dan hampir keseluruhan permukaan papan pemuka model baharu ini adalah MBUX Superscreen yang sama seperti pada E-Class.

    Ia menggandingkan skrin sesentuh tengah 14.4-inci dan skrin untuk penumpang hadapan bersaiz 12.3-inci di mana kedua-duanya disatukan di bawah satu cermin yang besar. Pemandu pula menerima skrin paparan instrumen 12.3-inci, yang kini boleh dipilih dengan kesan 3D.

    Sistem MBUX yang digunakan pada S-Class ini merupakan dari versi terkini, iaitu MBUX generasi-empat dan beroperasi menggunakan Mercedes-Benz Operating System (MB.OS). Ini membolehkan ia mengoperasikan Google Maps serta sistem kawalan suara Hey Mercedes dengan sokongan pembantu AI seperti Chat GPT dan Google Gemini.

    Roda stereng juga berbeza di mana W223 facelift ini menerima rekaan terkini tiga jejari berkembar serta diberikan suis-suis fizikal jenis tekan dan putar bagi mengawal pelbagai fungsi. Konsol tengah juga berubah sepenuhnya dan ia kini dilengkapi dengan dua pengecas telefon pintar tanpa wayar, pemegang cawan bernyala dan juga port USB-C 100 watt.

    Liang penghembus udara bahagian tengah kini direka nipis seakan hanya sebahagian dari perapi dan lampu suasana kabin yang bersambung hingga ke panel pintu, manakala liang sisi pula menampilkan rupa seakan corong enjin jet. Liang-liang ini boleh dikawal secara digital dan memberikan beberapa larasan aliran. Kabin sedan mewah ini juga diberikan penapis udara elektrik baharu yang mampu mengasingkan partikel yang sangat halus serta menyegarkan kabin setiap 90 saat.

    Seperti diketahui, S-Class lazimnya merupakan ‘sedan untuk bos’ yang duduk pada bahagian belakang. Jadi sebahagian besar kemewahan sedan ini dicurahkan pada kabin belakang. Seperti sebelum ini terdapat dua skrin yang letak pada bahagian belakang tempat duduk hadapan, dan bagi model facelift ini skrin yang dibekalkan adalah lebih besar bersaiz 13.1-inci.

    Untuk mengawal skrin berkenaan, terdapat dua alat kawalan jauh yang boleh dikeluarkan dari perehat tangan tengah, di mana sebelum ini kawalan tersebut hanya boleh dibuat menerusi satu tablet. Mercedes-Benz turut menawarkan konfigurasi empat tempat duduk First Class, di mana konsol tengah hadapan akan bersambung dengan konsol tengah untuk kabin belakang.

    Konsol tersebut akan memberikan satu lagi pad pengecas tanpa wayar, peti sejuk bina dalam dan juga meja yang boleh dilipat. Juga terdapat pilihan tali pinggang keledar dengan fungsi pemanas yang boleh mencapai suhu 44 darjah selsius. Pelbagai pilihan sistem bunyi dari Burmester juga ditawar dengan pilihan 3D hingga 4D sekeliling.

    Mercedes-Benz S-Class W223 facelift 2026 didedah – enjin V8 baru, MBUX Superscreen, suspensi pintar

    Die neue S-Klasse. Stuttgart, 2026.
    Lackfarbe: MANUFAKTUR black sparkling
    Exterieur: AMG Line
    Interieur: MANUFAKTUR tiefweiß / schwarz; Exklusiv-Paket
    The new S-Class. Stuttgart, 2026.
    Exterior colour: MANUFAKTUR black sparkling
    Exterior: AMG Line
    Interior: MANUFAKTUR deep white/black; Exclusive Package

    Mercedes-Benz W223 facelift ini ditawarkan dalam beberapa varian unit rangkaian kuasa yang telah dikemaskini, sama ada dalam versi diesel dan juga petrol penuh serta plug-in hybrid (PHEV). Untuk varian diesel, ia terdiri dari S350d dan S450d di mana kedua-duanya diberikan enjin OM656 Evo enam-silinder sebaris yang datang dengan pemanas catalytic converter dan sistem EGR yang telah dipertingkat bagi melepasi ujian eimisi yang lebih ketat. Kedua-dua varian diesel ini juga dipadankan dengan sistem hibrid ringkas 48-volt yang menggunakan motor stater-generator bersepadu (ISG) 23 PS.

    Manakala untuk model PHEV terdiri dari dua varian iaitu S450e dan S580e, di mana kedua-duanya dibekalkan dengan enjin M256 Evo 3.0 liter enam-silinder sebaris dengan pengecas turbo, bersama penapis zarah dan tangki petrol diberikan tekanan yang kini menjadi perincian standard untuk semua model pada peringkat global. Konfigurasi motor elektrik dan bateri pada kedua-dua varian ini masih tidak berubah, yang dapat memberikan jarak gerak 100 km dalam keadaan enjin tidak dihidupkan langsung.

    Varian petrol penuh paling asas pula adalah S450 4Matic menampilkan enjin M256 Evo 3.0 liter enam-silinder sebaris dengan pengecas turbo, yang menampilkan tork 640 Nm dalam mod overboost. Manakala varian tertinggi adalah S580, di mana ia dijana oleh enjin petrol dan dibantu oleh sistem hibrid ringkas.

    Mercedes-Benz S-Class W223 facelift 2026 didedah – enjin V8 baru, MBUX Superscreen, suspensi pintar

    Die neue Mercedes-Benz S-Klasse: Der neue Achtzylinder-Motor (M 177 Evo) leistet 395 kW (537 PS) und 750 Nm Drehmoment. Durch technische Weiterentwicklungen und Mild-Hybrid-Technologie bietet er eine lineare Leistungsentfaltung, eine effiziente Energierückgewinnung und außergewöhnliche Laufruhe – und das alles bei Erfüllung der neuesten Abgasnormen und einem besonders ruhigen Fahrerlebnis im Innenraum.
    The new Mercedes-Benz S-Class: The new eight-cylinder engine (M 177 Evo) delivers 395 kW (537 hp) and 750 Nm of torque, enhanced by engineering upgrades and mild‑hybrid technology for seamless power delivery, energy recuperation and exceptional smoothness—all while being ready for future emissions standards and ensuring a tranquil cabin experience.

    Enjin yang dibekalkan pada S580 ini adalah enjin M177 Evo 4.0 liter V8 twin-turbo, yang menggunakan aci engkol jenis flat-plane seperti digunakan pada Mercedes-AMG GT Black Series dan Aston Martin Valhalla. Enjin tersebut turut menerima aci sesondol ambilan dan sistem suntikan bahan api yang ditala semula, port kemasukan dan ekzos yang dioptimakan serta penambahbaikkan dibuat pada kipas pemampat dan perumah pengecas turbo.

    Talaan yang dibuat ini membolehkan enjin berkenaan bernafas dengan kuasa lebih besar iaitu 537 PS dan tork 750 Nm berbanding 503 PS/700 Nm sebelum ini, tetapi masih lagi mematuhi undang-undang emisi yang lebih ketat sekarang.

    Dengan kuasa lebih besar ini tidak bermakna dengan casis yang lebih stabil. Oleh itu semua varian S-Class W223 facelift ini diberikan sistem suspensi udara Airmatic secara standard, bersama sistem peredam hentakan pintar baharu yanhg boleh membezakan keadaan permukaan jalan yang tidak elok seperti lubang dan juga bonggol yang panjang. Sistem ini berfungsi bergantung dengan data yang dikutip oleh pengguna jalan raya menerusi komunikasi vehicle-to-vehicle (V2V). Pembeli turut boleh memilih untuk menggandingkan suspensi berkenaan dengan penstabil olengan E-Active Body Control.

    Untuk keselamatan, sistem bantuan pemanduan autonomi bagi W223 facelift ini menerima komputer super baharu yang disejukkan oleh cecair. Secara standard, semua varian menerima sistem MB.Drive Assist yang memberikan kemampuan pemanduan autonomi Tahap 2, menampilkan fungsi seperti cruise control adaptif Distronic, bantuan kekal tengah lorong dan bantuan tukar lorong.

    Ia juga menampilkan MB.Drive Assist Pro di mana ia menawarkan pemanduan autonomi dari point-ke-point yang mampu berhenti pada tanda trafik berhenti dan lampu isyarat. MB.Drive Assist Pro ini akan ditawarkan di China terlebih dahulu, dan kemudian ke pasaran-pasaran lain sebaik sahaja undang-undang penggunaannya diluluskan.

    MB.Drive Parking Assist masih ditawarkan pada S-Class ini, dan ia kini mampu untuk membuat parkir secara menyerong dan membantu ketika keluar dari parkir walaupun ia masuk ke petak parkir secara manual. Manakala kamera pemantau 360-darjah ditingkat taraf bagi menerima paparan yang lebih jelas, dan bakal dilengkapkan dengan sistem amaran roda langgar bendul tidak lama lagi, tetapi kamera ini masih ditawarkan secara opsyenal bukan standard.

     
     
  • KTMB sediakan lapan tren tambahan perkhidmatan ETS sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri 2026

    KTMB sediakan lapan tren tambahan perkhidmatan ETS sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri 2026

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pihaknya akan menyediakan keseluruhan lapan tren tambahan bagi perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ia adalah susulan pengumuman oleh Menteri Pengangkutan baru-baru ini bagi Perkhidmatan Pengangkutan Awam Istimewa Sempena Perayaan 2026.

    Menurut KTMB berkata, perkhidmatan yang ditambah merangkumi sektor KL Sentral – Ipoh – KL Sentral, KL Sentral -Butterworth – KL Sentral, KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral, JB Sentral – KL Sentral – JB Sentral dan JB Sentral – Butterworth – JB Sentral.

    Untuk Tahun Baharu Cina, sebanyak 26,460 tiket tambahan bagi tempoh 13 hingga 22 Februari akan disediakan. Jualan tiket tambahan ini juga telah mula dibuka sejak 24 Januari lalu.

    Klik untuk besarkan

    Dalam masa yang sama, KTMB turut memperkenalkan perkhidmatan Electric Multiple Unit Plus (EMU+) pada 13 hingga 15 Februari dan 20 hingga 22 Februari ini bagi laluan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral, dengan kapasiti 1,200 penumpang sehari melalui empat perjalanan harian sepanjang tempoh operasi dan tiket bagi perkhidmatan itu telah habis dijual.

    Untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini pula, tren tambahan bagi ETS melibatkan perjalanan antara 13 hingga 29 Mac 2026. Sebanyak 36,540 tiket perjalanan untuk perkhidmatan tambahan akan ditawarkan. Jualan tiket tambahan ini akan dibuka mulai jam 12 tengahari pada 1 Mac 2026.

    “Dengan penambahan trip perjalanan ini, jumlah keseluruhan perjalanan perkhidmatan ETS dan EMU+ semasa Hari Raya Aidilfitri meningkat sehingga maksima 56 trip sehari. Oleh itu, jumlah keseluruhan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia sempena musim perayaan ini yang merangkumi perkhidmatan EMU+ dan ETS tambahan adalah sebanyak 70,200 tiket.

    KTMB sediakan lapan tren tambahan perkhidmatan ETS sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri 2026

    “Penyediaan tren ETS tambahan ini mencerminkan keprihatinan berterusan KTMB dengan sokongan Kementerian Pengangkutan dalam memastikan keperluan perjalanan rakyat sentiasa diberi keutamaan,” kata KTMB menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    KTMB turut menyarankan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan membuat pembelian tiket terlebih dahulu bagi menikmati tambang yang lebih menjimatkan serta mengelakkan kesesakan dan pembelian pada saat akhir.

    “Para penumpang turut dingatkan untuk tiba di stesen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu berlepas kerana pintu masuk akan ditutup lima minit sebelum tren bertolak. Bagi kemudahan pengguna, maklumat terkini berkaitan perkhidmatan ETS boleh diperoleh melalui saluran media sosial rasmi KTMB dari semasa ke semasa,”tambahnya.

     
     
  • Bentley Continental GT S 2026 diperkenal – enjin 4.0L twin-turbo PHEV 680 PS, ekzos sport, casis aktif Speed

    Bentley Continental GT S 2026 diperkenal – enjin 4.0L twin-turbo PHEV 680 PS, ekzos sport, casis aktif Speed

    Bentley memperluaskan barisan Continental GT dengan memperkenalkan dua varian prestasi baru dikenali sebagai Continental GT S dan GT Convertible S. Kedua-dua model ini diletakkan di antara varian asas GT dan model berprestasi tinggi Speed, sekaligus menawarkan pilihan pertengahan kepada pelanggan yang mahukan gabungan prestasi dan keselesaan.

    Untuk penggerak, Continental GT S menggunakan enjin petrol V8 4.0 liter dwi-turbo dengan konfigurasi crossplane yang digandingkan bersama sistem plug-in hybrid. Gabungan ini menghasilkan kuasa 680 PS dan tork setinggi 930 Nm.

    Menurut Bentley, sistem ini dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan serta pacuan semua roda, dan menawarkan peningkatan kuasa sebanyak 130 PS berbanding GT S generasi terdahulu. Hasilnya, pecutan dari 0 hingga 100 km/j dapat dicapai dalam masa 3.5 saat, iaitu setengah saat lebih pantas, dengan kelajuan maksimum melebihi 305 km/j.

    Bentley Continental GT S 2026 diperkenal – enjin 4.0L twin-turbo PHEV 680 PS, ekzos sport, casis aktif Speed

    Bentley turut menjelaskan bahawa pakej penggerak “High Performance Hybrid” ini bukan sahaja mengatasi prestasi enjin W12 yang telah dihentikan, malah mampu menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 80 kilometer. Sebagai pembeza berbanding varian GT asas, model ‘S’ ini turut dilengkapi sistem ekzos sport bagi menghasilkan bunyi V8 yang lebih garang.

    Dari sudut pengendalian, Continental GT S didatangkan standard dengan sistem Performance Active Chassis yang sebelum ini hanya ditawarkan pada model Speed dan Mulliner. Sistem ini merangkumi penyerap dua-injap, fungsi torque vectoring dari hadapan ke belakang dan merentasi gandar, sistem anti-olengan aktif Bentley Dynamic Ride 48V, perisian kawalan ESC generasi baru, serta buat pertama kali dalam barisan GT S, limited slip differential elektronik dan sistem stereng semua roda.

    Bentley Continental GT S 2026 diperkenal – enjin 4.0L twin-turbo PHEV 680 PS, ekzos sport, casis aktif Speed

    Penampilan luaran pula diserlahkan melalui Blackline Specification yang menambah elemen berwarna gelap untuk imej lebih sporty. Antaranya ialah spoiler bawah hadapan berwarna gelap, gril matriks hitam berkilat, logo dan tulisan Bentley berwarna hitam, serta unit lampu dengan kemasan gelap. Roda bersaiz 22 inci dengan rekaan sepuluh jejari hadir standard dalam warna perak, namun pelanggan boleh memilih kemasan hitam berkilat sebagai pilihan tambahan.

    Bahagian dalaman menampilkan kombinasi upholsteri dua tona yang eksklusif untuk model GT S, lengkap dengan reka bentuk tempat duduk berjalur, penggunaan fabrik Dinamica dan kemasan hitam berkilat. Seperti kebiasaan bagi Bentley, pelbagai pilihan kemasan lain turut ditawarkan termasuk gentian karbon berkilat, upholsteri kulit penuh serta kemasan logam cerah yang digelapkan, bagi memenuhi citarasa pelanggan yang mahukan tahap personalisasi tinggi.

     
     
  • Yamaha Tracer 9 GT 2026 dilancar di Malaysia – lampu LED adaptif, pelbagai kelengkapan canggih, RM72k

    Yamaha Tracer 9 GT 2026 dilancar di Malaysia – lampu LED adaptif, pelbagai kelengkapan canggih, RM72k

    Versi terkini bagi Yamaha Tracer 9 kini sudah tiba di Malaysia, dalam versi GT, yang dilancarkan untuk pasaran pada harga RM71,888 tidak termasuk insurans. Hanya bertambah sekitar RM2k berbanding Tracer 9 GT sebelumnya, versi baru ini bagaimanapun membawa pelbagai perubahan.

    Paling ketara adalah reka bentuk, terutamanya lampu hadapan, yang menggunakan susunan bertingkat untuk unit LED bersama dengan fungsi Cornering Light. Sebagai versi GT, lampu utamanya juga adalah jenis LED matriks adaptif yang disambungkan kepada sistem kamera dan boleh melaras sendiri mengikut keadaan sekitar.

    Kemudiannya, Tracer 2026 ini juga mendapat rangka belakang yang lebih panjang (tetapi lebih ringan), bagi menjadikan tempat duduk belakang lebih luas. Bentuk tempat duduk hadapan pula lebih rata, tetapi menggunakan kusyen yang lebih tebal, menjadikan tinggi tempat duduk bertambah satu inci (845 mm).

    Pergi pula kepada suspensi, Tracer 9 GT dilengkapi unit semi aktif yang boleh melaras sendiri mengikut input yang diterima oleh Inertial Measurement Unit (IMU), terdiri daripada fork USD Kayaba di hadapan dan monoshock dengan tombol pelarasan pra beban di tepi.

    Enjin bagaimanapun tidak diusik, dengan ia masih menggunakan unit tiga silinder CP3 890 cc yang mampu menghasilkan kuasa 119 PS pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm. Mod tunggangan pula ada lima iaitu Sport, Street, Rain dan dua mod yang boleh diubah suai.

    Selain daripada itu, Tracer 9 GT ini juga mendapat panel meter TFT tujuh inci, yang selain memaparkan informasi penting, juga boleh disambungkan kepada telefon pintar, dengan fungsi navigasi Garmin di dalamnya.

    Yamaha Tracer 9 GT 2026 dilancar di Malaysia – lampu LED adaptif, pelbagai kelengkapan canggih, RM72k

    Kelengkapan lain Tracer 9 GT adalah termasuk kunci pintar, cruise control, pemanas tangan, soket pengecas USB-C, kotak simpanan kecil di bahagian kokpit dan tangki bahan api 19 liter. Varian GT ini juga mendapat quickshifter, Vehicle Hold Control dan penghadang angin hadapan larasan kuasa.

    Berat keseluruhan Tracer 9 GT 2026 adalah 227 kg dan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tidak menjual beg barangannya untuk pelanggan.

     
     
  • JPJ eBid: Siri pendaftaran istimewa FH dibuka pada 1-5 Feb sempena Hari Wilayah – bidaan bermula RM300

    JPJ eBid: Siri pendaftaran istimewa FH dibuka pada 1-5 Feb sempena Hari Wilayah – bidaan bermula RM300

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal membuka penawaran siri Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) FH yang boleh dibida menerusi platform dalam talian JPJ eBid. Siri FH ini adalah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2026.

    Bagi yang berminat untuk mendapatkan nombor antara FH1 hingga FH 999, bidaannya akan bermula Ahad ini (1 Februari) sehingga jam 10 malam, 5 Februari 2026. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

    Manakala keputusan NPI Siri FH ini akan dikeluarkan pada 6 Februari 2026, selepas 24 jam bidaan ditutup, dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

    Menurut JPJ, bidaan adalah mengikut harga yang ditetapkan iaitu nombor bernilai utama (golden) bermula RM20,000, nombor premium (RM5,000), nombor menarik (attractive) RM 2,500, nombor popular (RM500) dan nombor biasa (running) pula dari RM300.

    Jadi, bagi sesiapa yang inginkan siri FH ini, dah boleh bersiap siaga untuk membidanya. Cuma, jangan tersilap tekan amaun bidaan, takut anda pula yang menangis tak berlagu. Apa pun, selamat maju jaya!

     
     
  • Cukai jalan e-hailing kini boleh diperbaharui kurang 6 bulan; tertakluk syarat termasuk tempoh sah eVP dll

    Klik untuk besarkan

    Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan bahawa bermula hari ini (30 Jan 2026) pemilik kenderaan e-hailing boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM atau cukai jalan) mereka bagi tempoh antara satu hingga lima bulan.

    Perkara ini diputuskan selepas ramai pemilik kenderaan e-hailing sering berdepan kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan sekiranya permit kenderaan (eVP) mereka hampir tamat tempoh dalam masa kurang enam bulan, kerana hanya pembaharuan cukai jalan bagi tempoh enam dan 12 bulan dibenarkan.

    Menerusi penyelarasan penetapan kadar fi cukai jalan yang baharu ini, semua kenderaan perkhidmatan e-hailing yang berdaftar secara sah dibenarkan memperbaharui cukai jalan bagi tempoh yang lebih pendek daripada enam atau 12 bulan.

    Walau bagaimanapun, MOT berkata, pembaharuan cukai jalan tersebut masih tertakluk kepada tempoh sah baki terendah permit eVP, laporan pusat pemeriksaan kenderaan bermotor (PPKM) serta tempoh sah perlindungan insurans. Tambahnya tempoh sah minimum dan maksimum masing-masing adalah satu dan 12 bulan.

    Langkah ini memberi kemudahan kepada pengusaha e-Hailing sekali gus memastikan pematuhan peraturan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, kata MOT.

     
     
  • Projek ECRL kini capai 90.81% kemajuan setakat Dis 2025 – masih kekalkan sasaran operasi pada 2027

    Projek ECRL kini capai 90.81% kemajuan setakat Dis 2025 – masih kekalkan sasaran operasi pada 2027

    Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, telah mencapai kemajuan keseluruhan 90.81% setakat Disember 2025, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

    “Pada masa ini, kementerian menumpukan kerja-kerja melibatkan penyempurnaan kerja-kerja infrastruktur utama seperti pembinaan jajaran rel, terowong serta pembangunan stesen-stesen utama.

    “Pelaksanaan projek berada pada fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat ujian dan pentauliahan menjelang operasi yang disasarkan pada tahun 2027,” katanya selepas melawat Feeder Station 1 dan Stesen ECRL Kota Bharu, Kelantan semalam.

    Projek ECRL kini capai 90.81% kemajuan setakat Dis 2025 – masih kekalkan sasaran operasi pada 2027

    Beliau turut memakulumkan pembinaan Stesen Kota Bharu mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 82.06% setakat Disember lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua tahun ini. Stesen Kota Bharu yang dibina di atas tanah seluas 20.94 hektar ini merangkumi reka bentuk bangunan yang berteraskan konsep Rumah Meleh Melayu dan Bunga Ketam Guri serta menggunakan ciri-ciri unik kebudayaan Kelantan.

    Ia dilengkapi dengan kemudahan seperti eskalator, lif, lokasi pick-up dan drop-off, lebih 500 lot tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berbumbung, kawasan landskap dan kuarters pekerja serta krew kereta api, laporan Bernama.

    Tambahnya, Feeder Station 01 (FS01) yang menempatkan bekalan elektrik 132 kilovolt (kV) dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Tunjong ke FS01 berjaya diaktifkan lebih awal daripada jadual asal.

    Projek ECRL kini capai 90.81% kemajuan setakat Dis 2025 – masih kekalkan sasaran operasi pada 2027

    “Pengaktifan bekalan elektrik akan membolehkan keseluruhan aktiviti ujian dan pentauliahan di Stesen Kota Bharu serta peralatan tepi landasan dapat dijalankan lebih awal. Kita berpuas hati dengan pembinaan jajaran ECRL sepanjang 43km di Kelantan yang mencapai kemajuan sebanyak 96.67% sehingga Disember lalu.

    “Jajaran ECRL di Kelantan membabitkan pembinaan Stesen Kota Bharu bagi kegunaan penumpang dan Stesen Pasir Puteh di Cherang Tuli bagi penumpang serta kargo,” katanya.

    Berkenaan dengan kadar tambang yang bakal ditetapkan, Loke berkata ia akan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta tertakluk pada kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

     
     
  • KTMB perkenal tren khas Excursion RTSM Edisi Ramadan, Ekspres Lambaian Aidilfitri ke Pantai Timur

    Kurang dari sebulan lagi kita bakal memasuki bulan Ramadan, dan tentunya ada di antara kita yang sudah merancang untuk berbuka puasa dan juga mahu menyambut Syawal bersama keluarga tersayang di kampung halaman. Sempena dengan menyambut dua bulan yang mulia ini untuk umat Islam di sini, KTM Berhad telah memperkenalkan perkhidmatan tren khas namun buat masa ini, ia untuk perjalanan ke Pantai Timur sahaja.

    Untuk bulan Ramadan yang dijangka bakal bermula pada 19 Februari 2026, KTMB memperkenalkan tren khas Excursion RTSM Edisi Ramadan dari KL Sentral–Tumpat dan Tumpat–KL Sentral. Ia melibatkan perjalanan pada 20 Feb dan 6 Mac dari KL Sentral menuju ke Tumpat serta 22 Feb dan 8 Mac dari Tumpat ke KL Sentral.

    Tambang bagi perjalanan sehala ditetapkan pada RM80 untuk tempat duduk Superior, RM90 (tempat tidur Superior Atas), RM95 (Premier atau tempat tidur Superior bawah). Kadar tambang adalah untuk penumpang dewasa sahaja.

    Untuk Ekspres Lambaian Aidifitri (ELA) Pantai Timur pula, ia melibatkan dua perjalanan iaitu 18 Mac untuk KL Sentral-Tumpat dan 22 Mac bagi Tumpat-KL Sentral. Kadar tambang adalah bermula RM80.

    Menurut KTMB, tempahan tiket bagi kedua-dua perkhidmatan tren berkenaan bermula hari ini (30 Jan), jam 12 tengahari melalui KITS Style, kios tiket terdekat atau layari www.ktmb.com.my.

     
     
  • Proton sokong usaha kerajaan untuk lupus kereta lama; insentif RM2k-RM4k tukar beli kereta baru

    Proton sokong usaha kerajaan untuk lupus kereta lama; insentif RM2k-RM4k tukar beli kereta baru

    Proton hari ini mengumumkan bahawa semua model baharunya yang kini dijual di bilik pameran akan ditawarkan dengan insentif untuk pembelian secara tukar beli kereta lama yang berusia lebih 20 tahun, selaras dengan pelancaran Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia semalam.

    Menurut Proton, nilai insentif yang ditawarkan akan dipadankan melalui program geran padanan oleh Kementerian Pengangkutan sehingga RM2,000. Bagi pembeli yang berminat untuk membuat tukar beli Saga MC3 dan Proton eMas 5, insentif yang diberikan oleh Proton adalah bernilai RM1,000, dan selepas dipadankan dengan insentif berpadanan yang juga bernilai RM1,000, proses ini akan memberikan insentif sehingga RM2,000 untuk pembelian kedua-dua model berkenaan menerusi program ini.

    Manakala untuk model lain termasuk X50, X70, Proton eMas 7 dan sebagainya, insentif yang diberikan oleh Proton dalam program ini adalah bernilai RM2,000, dan selepas dipadankan dengan insentif berpadanan yang juga bernilai RM2,000, proses ini akan memberikan insentif sehingga RM4,000.

    Proton menyatakan bahawa penawaran insentif ini adalah untuk menyokong usaha kerajaan bagi mengurangkan jumlah kenderaan lama di jalan raya dan menggalakkan penggantian kepada kenderaan yang lebih selamat, mesra alam dan cekap tenaga, dan menambah bahawa inisiatif ini turut menyokong sasaran Proton bagi tahun 2026 untuk mencapai jualan sebanyak 200,000 unit, susulan prestasi pada tahun sebelumnya apabila pertumbuhan volum jualan syarikat mengatasi pertumbuhan jumlah industri (TIV).

    “Proton berbangga dapat menyokong pelaksanaan Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama dengan menawarkan nilai tambah kepada pelanggan. Inisiatif ini menggalakkan penggantian kenderaan lama yang tidak lagi selamat digunakan secara bertanggungjawab, di samping meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta menyokong peralihan ke arah mobiliti yang lebih bersih dan cekap,” kata CEO Proton, Dr Li Chunrong.

    “Insentif yang ditawarkan oleh Proton merupakan kesinambungan kepada Program Proton Xchange yang diperkenalkan pada Mei 2025. Melalui program ini, pelanggan yang melupuskan kenderaan lama dan membeli model Protob baharu layak menerima insentif tukar beli sehingga RM2,000. Menjelang akhir tahun 2025, sebanyak 4,344 transaksi telah direkodkan, melibatkan penyaluran kira-kira RM8.68 juta bagi membantu pembelian kenderaan baharu,” tambahnya.

     
     
  • CEO Proton: 21 jenama China dan 58 model kini di Malaysia, tapi hanya lima “betul-betul CKD”

    CEO Proton: 21 jenama China dan 58 model kini di Malaysia, tapi hanya lima “betul-betul CKD”

    Memantau pergerakan pesaing merupakan sebahagian daripada strategi perniagaan dan Proton menyedari sepenuhnya kemasukan pesat jenama China ke dalam pasaran automotif tempatan. Pada awal 2025, syarikat itu turut berkongsi gambaran keseluruhan pasaran yang memfokuskan kepada jenama-jenama dari China bagi memahami landskap persaingan semasa.

    Dalam satu acara media baru-baru ini yang membincangkan perjalanan Proton dari segi sejarah, kedudukan semasa dan perancangan masa depan, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong, memaklumkan bahawa sebanyak 21 jenama China baru dan lama telah dilancarkan di Malaysia sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

    Secara keseluruhan, jenama-jenama ini telah memperkenalkan 58 model, dengan 64 peratus daripadanya terdiri daripada kenderaan elektrik, manakala baki 36 peratus menggunakan enjin pembakaran dalaman pelbagai bentuk.

    CEO Proton: 21 jenama China dan 58 model kini di Malaysia, tapi hanya lima “betul-betul CKD”

    Menurut Li, walaupun sebahagian model ini bersaing secara langsung dengan produk Proton, kebanyakannya bukanlah model pemasangan tempatan (CKD) sepenuhnya. Beliau menjelaskan bahawa hanya lima daripada 58 model tersebut boleh diklasifikasikan sebagai model “betul-betul CKD.”

    Model CKD sebenar yang dikenal pasti termasuk Chery Tiggo Cross, Jaecoo J8 serta tiga model daripada GAC iaitu GS3 Emzoom, M8 PHEV dan Emkoo. Sementara itu, beberapa model daripada Chery seperti Omoda 5, Omoda E5, Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro, selain Omoda | Jaecoo J7 dan C9 serta Haval H6 daripada Great Wall Motor, walaupun dipasang di Malaysia, dikategorikan oleh Proton sebagai model separa pemasangan tempatan atau semi-knocked down (SKD).

    Li turut menjelaskan perbezaan antara kedua-dua kaedah pemasangan tersebut, di mana CKD melibatkan kemasukan kenderaan dalam bentuk komponen sepenuhnya sebelum dipasang di dalam negara, manakala SKD pula merujuk kepada proses pemasangan kenderaan yang sebahagiannya telah siap dipasang.

    CEO Proton: 21 jenama China dan 58 model kini di Malaysia, tapi hanya lima “betul-betul CKD”

    Satu lagi perkara yang disentuh ialah jumlah jualan yang rendah bagi kebanyakan model berkenaan. Berdasarkan analisis Proton, 10 model terlaris dalam senarai 58 model tersebut mencatat purata jualan kurang daripada 1,000 unit sebulan. Antara model yang dikenal pasti mencatat prestasi lebih baik termasuk Jaecoo J7, Omoda C9, Chery Tiggo 7 Pro dan BYD Sealion 7.

    Bagaimanapun, Proton sendiri mengakui bahawa syarikat itu turut menjalankan operasi pemasangan SKD menerusi model eMas 7, dengan pengeluaran tempatan baru sahaja bermula selepas setahun dipasarkan sebagai unit import sepenuhnya. Model eMas 5 pula masih diimport sepenuhnya dari China dan dijual di bawah program peralihan CKD bagi mengelakkan harga lantai terdahulu untuk kenderaan elektrik import sepenuhnya, yang sebelum ini ditetapkan pada RM100,000 dan kini dinaikkan kepada RM250,000.

    Walaupun begitu, Proton dijangka mempunyai perancangan untuk beralih kepada operasi CKD sepenuhnya bagi model-model eMas di Tanjong Malim dalam masa terdekat. Sebagai perbandingan, Geely telah memulakan pemasangan CKD sepenuhnya bagi model EX2, yang merupakan kembar kepada eMas 5, di Indonesia dengan kandungan tempatan mencecah 46.5 peratus, termasuk pek bateri yang dipasang secara tempatan.

     
     
  • Sejak bersama Geely, Proton sudah lancar 34 model baru, kualiti bertambah baik 10x, 146 pusat jualan baru

    Sejak bersama Geely, Proton sudah lancar 34 model baru, kualiti bertambah baik 10x, 146 pusat jualan baru

    Semasa majlis malam media Proton yang berlangsung semalam, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Li Chunrong, menyorot pelbagai pencapaian yang berjaya diraih oleh pengeluar kereta nasional itu sejak menjalin kerjasama strategik dengan Geely pada 2017, selain tempoh lapan tahun sejak beliau menerajui syarikat tersebut pada 2018. Walaupun Proton masih belum sepenuhnya mencapai sasaran jangka panjang yang ditetapkan, perkembangan yang dicapai setakat ini jelas menunjukkan perubahan besar berbanding kedudukannya sebelum ini.

    Keadaan Proton lapan tahun lalu disifatkan amat mencabar. Pelancaran model usaha sama pertamanya, X70, pada Disember 2018 tidak mampu menghalang kejatuhan jualan apabila syarikat mencatatkan paras terendah baru sebanyak 64,764 unit. Dalam tempoh sama, Proton turut berdepan masalah kewangan serius selepas merekodkan kerugian RM1.2 bilion pada tahun sebelumnya, dengan Li sendiri mengakui syarikat itu berada di ambang kebankrapan.

    Bagi memulihkan keadaan, Proton memanfaatkan sepenuhnya kerjasama dengan Geely melalui pengenalan agresif barisan produk baru berasaskan teknologi rakan strategiknya, di samping mengemas kini model rekaan sendiri. Menurut Li, sebanyak 34 model telah diperkenalkan sepanjang tempoh tersebut, termasuk beberapa edisi khas seperti varian R3 dan juga model di bawah jenama smart, sekali gus mencerminkan skala usaha pembaharuan yang dilaksanakan.

    Sejak bersama Geely, Proton sudah lancar 34 model baru, kualiti bertambah baik 10x, 146 pusat jualan baru

    Dari sudut kualiti, Proton turut mencatat peningkatan ketara. Li mendakwa tahap kualiti meningkat sehingga 10 kali ganda selepas syarikat mengguna pakai piawaian Global Customer Product Audit (GCPA) milik Geely pada penghujung 2017. Ketika itu, Proton merekodkan skor penalti sebanyak 6,388, namun angka tersebut kini berjaya dikurangkan kepada hanya 677.

    Rangkaian pengedaran Proton juga diperluaskan secara agresif menerusi peningkatan jumlah pusat jualan dan servis 3S serta 4S di seluruh negara. Bermula dengan 75 cawangan 3S dan 4S pada 2017, Proton kini mempunyai 173 pusat pengedar sepertinya. Perkembangan ini menjadi lebih signifikan apabila ia tidak termasuk 48 cawangan eMas baru yang memfokuskan kepada penjualan kenderaan tenaga baru.

    Sejak bersama Geely, Proton sudah lancar 34 model baru, kualiti bertambah baik 10x, 146 pusat jualan baru

    Hasil daripada usaha menyeluruh ini, jualan Proton mencatat pertumbuhan mendadak dengan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding paras terendah pada 2018 kepada 157,916 unit tahun lalu, sekali gus menjadi pencapaian tertinggi dalam tempoh 15 tahun. Prestasi eksport turut menunjukkan peningkatan apabila mencecah 6,000 unit pada 2025, mencapai sasaran yang ditetapkan dan menjadi angka tertinggi dalam tempoh 12 tahun.

    Bagi tahun ini, Proton menyasarkan lonjakan seterusnya dengan matlamat mencapai jualan 200,000 unit, satu sasaran yang mencabar. Namun berdasarkan pencapaian yang direkodkan dalam tempoh kurang sedekad, Proton dilihat berada di landasan yang lebih kukuh berbanding sebelum ini untuk merealisasikan aspirasi tersebut.

     
     
  • Alfa Romeo Giulia, Stelvio diumum harga rasmi di Malaysia – RM438,800-RM478,800 untuk 2.0T Veloce

    Alfa Romeo Giulia, Stelvio diumum harga rasmi di Malaysia – RM438,800-RM478,800 untuk 2.0T Veloce

    Alfa Romeo Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi Alfa Romeo Giulia dan Stelvio untuk pasaran tempatan. Sedan dan SUV ini ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu Veloce, dan diimport sepenuhnya (CBU) dari Itali.

    Harga yang diumumkan ialah bermula RM438,800 untuk Giulia dan Stelvio pula berharga dari RM478,800. Kedua-dua harga ini adalah termasuk duti dan cukai tempatan, namun tidak termasuk pendaftaran, insurans dan lain-lain caj atas jalan. Pembelian mana-mana model Alfa Romeo ini akan didatangkan dengan waranti lima-tahun atau 150,000 km, mana yang tiba terlebih dahulu.

    Dalam versi Veloce, Giulia dan Stelvio berkongsi enjin petrol 2.0 liter turbo empat-silinder sebaris yang menghasilkan 280 PS (276 hp atau 206 kW) pada 5,250 rpm dan tork 400 Nm pada 2,250 rpm.

    Klik untuk besarkan

    Bagi sedan Giulia, enjin Multiair dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan-kelajuan yang memacu roda belakang, membolehkan pecutan 0–100 km/j dalam 5.7 saat serta kelajuan maksimum 240 km/j. Sementara itu, Stelvio menggunakan gabungan enjin dan transmisi yang sama, namun SUV ini dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda Q4 Alfa, dengan masa pecutan ke 100 km/j yang sama tetapi kelajuan maksimum lebih rendah iaitu 230 km/j.

    Rim aloi reka bentuk ala dail-telefon, yang menjadi identiti kenderaan Alfa, diberikan untuk kedua-dua model, dengan Giulia menerima rim 19-inci manakala Stelvio dilengkapi rim lebih besar bersaiz-20 inci. Kelengkapan lain yang disertakan termasuk pedal penukar gear, sistem audio Harman Kardon, pad pengecasan tanpa wayar, skrin sentuh infotainmen 8.8-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, paparan meter digital 12.3-inci, sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2 serta tempat duduk balutam kulit sporty.

    Sempena dengan pengumuman harga rasmi ini, Alfa Romeo Malaysia turut memaklumkan bahawa bilik pameran Casa Alfa Romeo kini dibuka secara rasmi. Terletak di RS-G-1, Rhapsody Square, TREC Kuala Lumpur, bilik pameran ini turut direka sebagai hab komuniti Alfisti, yang turut menawarkan bahagian jualan, selepas jualan dan alat ganti bagi memastikan pengalaman pemilikan yang mudah dan lancar.

    Alfa Romeo Giulia Veloce dipertonton di Malaysia

    Alfa Romeo Stelvio Veloce dipertonton di Malaysia

     
     
  • Jualan Proton melonjak selepas kerjasama dengan Geely – naik 144% sejak tahap terendah di tahun 2018

    Jualan Proton melonjak selepas kerjasama dengan Geely – naik 144% sejak tahap terendah di tahun 2018

    Prestasi jualan Proton jelas menunjukkan perubahan ketara selepas kerjasama strategik dengan Geely, dengan angka jualan membuktikan kesan besar gabungan tersebut terhadap kebangkitan semula pengeluar kereta nasional itu.

    Pada tahun 2010, Proton mencatatkan jualan sebanyak 153,041 unit dan menguasai 26 peratus pegangan pasaran. Namun selepas itu, jualannya merosot secara berterusan selama lapan tahun berturut-turut, satu tempoh yang sukar apabila pesaing utama, Perodua, terus mencatat pertumbuhan kukuh walaupun hanya menawarkan empat model ketika itu.

    Dalam tempoh kejatuhan tersebut, Proton sebenarnya mempunyai barisan produk yang jauh lebih besar dengan tidak kurang daripada 11 model merangkumi hatchback, sedan dan MPV daripada segmen A hingga D. Model-model ini turut menggunakan teknologi daripada pelbagai rakan strategik seperti Mitsubishi menerusi Inspira, Honda melalui Perdana, Suzuki dengan Ertiga, Renault bagi Savvy, selain model dibangunkan sendiri seperti Satria Neo, Prevé dan Suprima S. Namun begitu, ketiadaan model SUV dalam barisan produk Proton ketika itu dilihat sebagai kelemahan besar, terutama ketika permintaan terhadap kenderaan utiliti sukan semakin meningkat.

    Keadaan pasaran menjadi lebih mencabar pada 2014 apabila jenama bukan nasional mengatasi jenama nasional buat kali pertama dengan menguasai 53 peratus pasaran, dan kedudukan itu kekal selama empat tahun berikutnya. Proton terus bergelut sehingga Geely secara rasmi mengambil pegangan dalam syarikat itu pada 2017.

    Tempoh peralihan menyaksikan Proton mencatatkan jualan terendah dalam tempoh 15 tahun apabila hanya menjual 64,744 unit pada 2018, bersamaan pegangan pasaran sekitar 11 peratus. Namun pada penghujung tahun yang sama, pelancaran SUV pertama Proton, X70, menjadi titik perubahan penting. Susulan itu, beberapa model berasaskan platform Geely diperkenalkan dan kebangkitan Proton berlaku dengan pantas.

    Pada 2019, Proton mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 56 peratus tahun ke tahun kepada 100,821 unit, sekali gus membantu jenama nasional merampas semula penguasaan pasaran daripada pengeluar bukan nasional. Sejak itu, prestasi jualan Proton terus menunjukkan trend menaik, kecuali sedikit penurunan pada 2024. Tahun lalu, Proton berjaya menjual 157,976 kenderaan, hampir menyamai pencapaian terbaiknya pada 2010 dan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri automotif tempatan.

     
     
  • MOT teliti semula diskaun saman kenderaan asing

    MOT teliti semula diskaun saman kenderaan asing

    Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti semula tawaran diskaun saman yang diberikan kepada kenderaan asing termasuk Thailand, laporan Bernama

    Menterinya, Anthony Loke, berkata tawaran yang diperkenalkan sebelum ini membabitkan kesalahan tidak memiliki permit peredaran antarabangsa (ICP) dan kesalahan lain adalah budi bicara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi menggalakkan pembayaran saman dalam tempoh ditetapkan.

    “Situasi kemasukan kenderaan asing sememangnya berlaku di negeri bersempadan Malaysia-Thailand dan pada masa ini pemandu kenderaan asing yang melakukan kesalahan serta melunaskan saman dalam tempoh ditetapkan layak menerima diskaun hingga 50%.

    “Bagaimanapun, sekiranya pendekatan ini didapati tidak mencapai keberkesanan yang diharapkan, kementerian akan meneliti semula mekanisme tersebut khusus untuk kenderaan asing. Kita akan mengadakan perbincangan lanjut dengan JPJ bagi menilai langkah penambahbaikan yang sesuai,” katanya.

    Baru-baru ini, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata pihaknya mengutip sebanyak RM5.59 juta menerusi Ops Tunggak Kenderaan Thailand sejak 2023 dengan sebuah van dikesan mempunyai kesalahan paling banyak iaitu 45 saman.

     
     
  • Proton agresif rancang produk baru termasuk AMA02, AMA05, AMA06, EV GMA; diikuti S70 MC, X90 MC

    Proton agresif rancang produk baru termasuk AMA02, AMA05, AMA06, EV GMA; diikuti S70 MC, X90 MC

    Proton mengumumkan bahawa ia mempunyai perancangan untuk pelbagai model baharu dan dikemaskini. Antara yang terawal bakal diperkenalkan oleh pengeluar kereta nasional itu ialah model seterusnya yang dibina berasaskan Advanced Modular Architecture (AMA), dengan kod nama AMA02, selepas AMA01 iaitu Saga MC3 2026.

    Platform AMA akan menjadi asas kepada tiga lagi model Proton iaitu termasuk AMA02, AMA05 dan AMA06, dan Proton telah memberi bayangan beberapa butiran mengenainya pada acara Tech Showcase yang berlangsung pada bulan Disember. Kedudukan AMA02 dalam slaid pembentangan terdahulu menunjukkan bahawa ia akan berkongsi banyak persamaan dengan Saga terbaharu, khususnya penggunaan enjin 1.5 liter i-GT naturally aspirated empat-silinder.

    Selain itu, AMA02 berkemungkinan menggunakan unit 120 PS/150 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik Aisin empat-kelajuan, seperti yang digunakan pada varian Standard dan Executive Saga MC3. AMA02 ini akan disertai oleh duo AMA05 dan AMA06, yang masing-masing merupakan model SUV dan MPV akan datang. Bersama-sama AMA02, AMA05 dan AMA06 akan menggantikan rangkaian PIES (Persona, Iriz, Exora dan Saga lama).

    Proton agresif rancang produk baru termasuk AMA02, AMA05, AMA06, EV GMA; diikuti S70 MC, X90 MC

    Antara AMA05 dan AMA06, akan terdapat sebuah SUV dan sebuah MPV, dan SUV tersebut dijangka menggunakan rangkaian kuasa hibrid dengan transmisi DHT120. Rangkaian kuasa yang sama juga akan digunakan pada model MPV seperti yang telah ditunjukkan oleh Proton sebelum ini.

    Selain itu, terdapat juga sebuah model baharu berasaskan Global Modular Architecture (GMA) dalam perancangan. Diumumkan pada Jun 2024, GMA akan menjadi asas kepada lima model Proton eMas baharu, termasuk PHEV dan BEV, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong ketika itu.

    Satu slaid pembentangan turut menggambarkan peralihan daripada status CBU (diimport sepenuhnya) kepada CKD (dipasang tempatan); eMas 7 versi CKD telah diumumkan bulan ini, dengan pengeluaran di Tanjong Malim bermula sejak September lalu iaitu 10 bulan selepas pelancaran eMas 7. Manakala eMas 5 yang lebih kecil dan dilancarkan pada Oktober akan menjadi model seterusnya untuk dipasang secara tempatan.

    Proton agresif rancang produk baru termasuk AMA02, AMA05, AMA06, EV GMA; diikuti S70 MC, X90 MC

    Selain itu, kemaskini pertengahan kitaran hayat turut akan dilakukan ke atas model Proton sedia ada, iaitu SUV X90 dan sedan S70. Sedan yang dilancarkan pada November 2023 ini akan menerima perubahan visual termasuk lampu hadapan yang diintegrasikan dengan lampu isyarat belok, serta reka bentuk rim pelbagai-jejari baharu yang kelihatan sama seperti pada Geely Emgrand facelift 2025, selain warna luaran baharu Ruby Red.

    Proton turut mengesahkan bahawa S70 MC bakal menerima enjin 1.5 liter i-GT turbo petrol empat-silinder sebaris baharu yang sama seperti pada X50 yang baru dikemaskini, dan rangkaian kuasa ini juga akan digunakan pada kemaskini X90 yang akan datang.

    Selain itu, X90 yang dilancarkan pada Mei 2023 pula akan menerima kemaskini pertamanya, yang tertumpu kepada unit BHE15-EFZ 1.5 liter yang kini turut menggerakkan X70 MC3 yang dilancarkan awal bulan ini.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.72 (0.00)
RON 97 RM4.35 (0.00)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.67 (0.00)
EURO 5 B7 RM4.87 (0.00)
Last Updated Jun 11, 2026