Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • ACE 2021: BMW dan MINI tawar rebat hingga RM11k, kenderaan terpakai dan jaminan bateri lapan tahun

    ACE 2021: BMW dan MINI tawar rebat hingga RM11k, kenderaan terpakai dan jaminan bateri lapan tahun

    Walaupun ACE 2021 lebih banyak menghimpunkan jenama-jenama kenderaan massa, BMW dan MINI tidak melepaskan peluang untuk ikut serta sebagai jenama premium, diwakili oleh Wheelcorp Premium. Tawaran menarik yang disediakan ialah kadar faedah serendah 0.77% bagi model BMW dan serendah 0% bagi model MINI.

    Pelanggan yang mengesahkan tempahan kenderaan BMW atau MINI baru akan berpeluang ikut serta dalam cabutan bertuah yang menawarkan hadiah rebat sebanyak RM10,888. Gabungkan dengan pengecualian 100% cukai jualan bagi model-model yang layak, penjimatan yang ditawarkan sangat lumayan.

    Bagi mereka yang ingin memiliki model plug-in hybrid BMW pula akan menikmati lanjutan jaminan pelindungan bateri selama lapan tahun, dan semua model dari pengeluar ini juga datang dengan jaminan lima-tahun, tanpa had perbatuan dengan servis berjadual percuma. Ketenangan pemilikan ini turut ditawarkan bagi model MINI, semua model datang dengan jaminan empat-tahun tanpa had perbatuan bersama pakej servis berjadual percuma.

    ACE 2021: BMW dan MINI tawar rebat hingga RM11k, kenderaan terpakai dan jaminan bateri lapan tahun

    Jika anda membeli kenderaan ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk juga baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

    ACE 2021: BMW dan MINI tawar rebat hingga RM11k, kenderaan terpakai dan jaminan bateri lapan tahun

     
     
  • ACE 2021: Hyundai tawar kerusi Ogawa bernilai RM12k percuma, barisan kereta terpakai dan sesi pandu uji

    ACE 2021: Hyundai tawar kerusi Ogawa bernilai RM12k percuma, barisan kereta terpakai dan sesi pandu uji

    Berlangsung hari ini dan esok, ekspo jualan kenderaan ACE 2021 bertempat di Pusat Persidangan Setia City menyediakan banyak tawaran dan promosi hebat melibatkan 12 jenama kenderaan massa, semua di bawah satu bumbung.

    Hyundai antara jenama yang terlibat dan menawarkan promosi menarik untuk pelanggannya selama dua hari ini.Beli mana-mana model baru Hyundai dan anda berpeluang menerima kerusi urut Ogawa Smart Vogue Prime secara percuma bernilai RM11,999, sebagai tambahan kepada pakej pembiayaan menarik yang menawarkan ansuran bermula RM958 sebulan.

    Lebih menarik, syarikat ini juga akan menawarkan nilai lebih tinggi bagi trade-in semua jenis kenderaan, menjadikan model Hyundai lebih mudah dimiliki oleh pelanggan. Tidak ketinggalan, dibahagian tempat letak kereta di luar, Hyundai turut membawakan pilihan kenderaan terpakai jenama itu. Sesi pandu uji juga tersedia, memberikan pengunjung banyak peluang dan pilihan untuk mendekati setiap model yang ada.

    ACE 2021: Hyundai tawar kerusi Ogawa bernilai RM12k percuma, barisan kereta terpakai dan sesi pandu uji

    Tidak ketinggalan, bagi yang berhasrat untuk mencari sebuah SUV, Hyundai turut mempamerkan Kona facelift. Crossover berkenaan telah diberikan rekaan lebih segar luar dan dalam dan dilengkapi dengan pelbagai teknologi serta ciri maju baru.

    Jika anda membeli kenderaan ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk juga baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    ACE 2021: Hyundai tawar kerusi Ogawa bernilai RM12k percuma, barisan kereta terpakai dan sesi pandu uji

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

     
     
  • ACE 2021: Honda tawar rebat sehingga RM5k, penjimatan lagi RM6k jika menempah BR-V

    ACE 2021: Honda tawar rebat sehingga RM5k, penjimatan lagi RM6k jika menempah BR-V

    Bagi yang mahu memiliki kereta Honda, anda juga boleh menempahnya di ACE 2021 yang sedang berlangsung di Setia Convention Centre, Setia Alam selama dua hari mulai hari ini. Apa yang menariknya, Honda Malaysia yang sedang menganjurkan kempen ‘Sama-Sama Rewards’ bagi sepanjang April ini turut diguna pakai dalam acara ACE 2021 ini.

    Untuk kempen tersebut, ia menawarkan rebat sehingga RM5,000 untuk model-model Honda seperti City, Jazz, Civic, Accord, BR-V, HR-V dan CR-V. Jadi, gabungkan bersama harga jualan dengan pengecualian SST yang sedang berlangsung hingga 30 Jun ini, dan pastinya ia bakal memberikan penjimatan yang lebih ketara buat poket anda.

    Selain penjimatan daripada pengecualian SST, BR-V turut ditawarkan dengan rebat tambahan sebanyak RM3,000 dari kempen “Sama-sama Rewards” anjuran Honda. Gabungkan keduanya, anda akan menikmati penjimatan RM6,000 dengan BR-V, menjadikan nilainya sangat menarik untuk dipertimbangkan.

    ACE 2021: Honda tawar rebat sehingga RM5k, penjimatan lagi RM6k jika menempah BR-V

    BR-V facelift 2020 yang dilancarkan pada Jun tahun lalu masih kekal dijana oleh enjin 1.5 liter empat-silinder SOHC i-VTEC yang menghasilkan 120 PS pada takat 6,600 rpm dan tork maksima 145 Nm pada takat 4,600 rpm. Kuasa hanya dihantar ke roda hadapan menerusi kotak gear CVT automatik. Harganya bermula RM89,900 untuk varian E hingga RM96,900 bagi V. Walau bagaimana pun caj tambahan sebanyak RM300 masih dikenakan untuk warna kemasan White Orchid Pearl.

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

     
     
  • ACE 2021: Lexus UX 200 serendah RM1,938 sebulan dengan Lexus Next Plan, pandu uji dan serahan segera

    ACE 2021: Lexus UX 200 serendah RM1,938 sebulan dengan Lexus Next Plan, pandu uji dan serahan segera

    Jam-jam awal pameran dan ekspo jualan ACE 2021 berlangsung tenang dan lancar sebaik sahaja pintu dibuka sekitar jam 10 pagi. Keseluruhannya terdapat 12 jenama kenderaan ikut serta dalam penganjuran sulungnya kali ini, dengan masing-masing menawarkan promosi serta tawaran hebat di bawah satu bumbung.

    Jadi, untuk hari ini dan esok (18 April 2021), luangkan masa anda untuk berkunjung ke Pusat Persidangan Setia City, siapa tahu tuah menyebelahi anda untuk menikmati penjimatan dan hadiah yang disediakan.

    Walaupun acara ini memberi tumpuan kepada jenama kenderaan massa, Lexus antara jenama premium turut ikut serta, dengan memberi fokus kepada model peringkat kemasukannya, crossover UX. Tampil dengan gaya urban menonjol, ia dilengkapi enjin 2.0L Dynamic Force yang menghasilkan 169 hp dan 205 Nm — selain gaya yang memikat, prestasi menjadi taruhan utamanya.

    Diimport dari Jepun, UX 200 dijual pada harga RM236,443 dengan pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun. Lebih menarik, pelanggan boleh juga menikmati pembiayaan khas melalui Lexus Next Plan, yang menjadikan ansuran bulanan bagi model ini bermula dari RM1,938. Tidak lupa, serahannya juga secepat mungkin, dan anda juga boleh memandu ujinya sendiri di sana.

    Jika anda membelinya ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk juga baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    ACE 2021: Lexus UX 200 serendah RM1,938 sebulan dengan Lexus Next Plan, pandu uji dan serahan segera

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

     
     
  • ACE 2021 bermula hari ini! Banyak tawaran hebat dari 12 jenama kereta termasuk baucar RM2,550 dari kami

    ACE 2021 bermula hari ini! Banyak tawaran hebat dari 12 jenama kereta termasuk baucar RM2,550 dari kami

    Auto Car Expo atau secara ringkasnya disebut ACE 2021 telah pun membuka tirainya hari ini bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor. Acara ini dianjurkan oleh Driven Communications, yang juga merupakan pengendali bagi Paultan.org, dengan kerjasama Carsome.

    Berlangsung selama dua hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam, sebanyak 12 jenama kereta mengambil bahagian dalam ACE 2021 yang julung kali diadakan ini. Jenama yang terlibat ialah Ford, Toyota, Honda, Hyundai, Mazda, Nissan, Mitsubishi, Proton dan Volkswagen. Bagi jenama premium, terdapat Lexus, BMW dan MINI. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!

    Sama seperti pameran jualan Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org sebelum ini, yang telah berjaya menjual ratusan kenderaan pada tahun 2018 dan 2019, pengunjung akan berpeluang untuk memandu uji model kenderaan yang mereka inginkan. Selain model baharu, turut akan dipamerkan dan dijual ialah model terpakai dengan tawaran menarik.

    Menariknya, bagi 200 orang pertama yang membuat tempahan untuk membeli kereta baharu di ACE 2021, anda bakal menerima baucar bernilai RM2,550, khas dari Paultan.org. Bukan itu sahaja, pelbagai tawaran menarik juga turut disediakan oleh jenama kereta yang terlibat.

    Untuk pengunjung yang bakal ke ACE 2021, memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ACE 2021, sila KLIK PAUTAN INI.

    Anda juga boleh membaca promosi yang disediakan menerusi pautan di bawah:

     
     
  • Proton X50 — Lebih 40,000 tempahan setakat Mac; tunggu enam bulan, pengeluaran Standard ditangguh

    Proton X50 — Lebih 40,000 tempahan setakat Mac; tunggu enam bulan, pengeluaran Standard ditangguh

    Lebih daripada 40,000 tempahan telah diterima untuk Proton X50 setakat bulan Mac 2021. The Edge melaporkan, walaupun angka dan sambutan tersebut melangkaui jangkaan syarikat itu terhadap SUV segmen B keluarannya, ia juga menyebabkan tunggakan terhadap tempahan tersebut.

    Setakat bulan lalu, serahan keseluruhan X50 telah mencapai 11,654 unit, dengan serahan bagi bulan Mac sahaja mencecah 3,513 unit. Dengan pengeluaran bulanan telah melebihi angka 3,000 unit, Proton memaklumkan tempoh menunggu bagi model itu masih sekitar enam bulan.

    Syarikat itu sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan cara meningkatkan kadar pengeluaran, jelas seorang jurucakap Proton kepada akhbar berkenaan. Dengan varian paling tinggi menyumbang 95% daripada keseluruhan tempahan, Proton difahamkan akan menangguhkan pengeluaran bagi varian Standard buat sementara waktu.

    “X50 Standard menerima tempahan yang paling sedikit, hanya 5%. Disebabkan ini, kami mengambil keputusan untuk menggantung buat sementara waktu pengeluaran varian Standard X50 dan memberi tumpuan kepada varian tempahan yang lebih besar,” jelas jurucakap itu.

    Proton X50 — Lebih 40,000 tempahan setakat Mac; tunggu enam bulan, pengeluaran Standard ditangguh

    “Keutamaan ketika ini adalah untuk melayani permintaan berdasarkan angka tempahan yang lebih banyak. Jadi sebab ingin mengimbangi perihal bekalan dan permintaan ini, maka tumpuan akan diberikan kepada varian lebih tinggi selain Standard. Tempahan bagi varian lain diteruskan seperti biasa dan kami akan membuka semula tempahan bagi varian Standard sebaik sahaja serahan lebih stabil kelak,” tambahnya.

    Proton juga sedang bekerja rapat dengan semua vendornya untuk meningkatkan kapasiti keseluruhan. Lebih 3,500 unit serahan yang berjaya dibuat bulan lalu sebenarnya berada di luar kapasiti yang dirancang, tetapi menurut Proton, angka ini akan terus dipertingkat.

    Proton juga memaklumkan jumlah pengeluaran tertinggi bagi tahun 2020 ialah Saga, yang dikeluarkan di kilang Shah Alam. Ini diikuti oleh Persona dan X70, yang dibuat di kilang Tanjung Malim.

     
     
  • David Beckham dilantik sebagai duta global Maserati

    David Beckham dilantik sebagai duta global Maserati

    Sejak beliau masih aktif sebagai pemain bola sepak, memang sudah banyak syarikat yang mengambilnya sebagai duta jenama. Paras rupa yang kacak dan kemasyhuran yang dimiliki pastinya menjadi daya tarikan utama mengapa beliau sering kali jadi pilihan. Dan walau pun kini usianya bakal memasuki lima dekad, namun beliau tetap tidak terlepas dari terpilih sebagai duta jenama mahu pun produk.

    Terkini, David Beckham telah diberi kepercayaan oleh pengeluar kereta mewah dari Itali, Maserati untuk menjadi duta jenama mereka bagi peringkat global. Maserati berpendapat, sekutu baharunya itu sebagai “ikon sukan global, dermawan, ahli perniagaan dan juga gaya trailblazer,” dan juga menganggap beliau merupakan rakan yang sempurna untuk bersama Maserati melangkah ke perjalanan yang seterusnya.

    “Jenama ini sedang bergerak maju, dalam melancarkan era baharu. Maserati terdorong untuk mencabar status yang inovatif oleh alam semulajadi, didukung oleh semangat dan keunikan reka bentuk. Kerjasama antara. David ini mewujudkan semua nilai tersebut,” kata Paolo Tubito, ketua pegawai pemasaran Maserati.

    “Ia adalah masa yang menyeronokkan bagi saya untuk memulakan kerjasama dengan Maserati; jenama ikonik Itali untuk berkongsi penghargaan saya dalam rekaan dan inovasi yang terbaik. Saya juga tidak sabar untuk bekerja dengan lebih rapat lagi bersama jenama ini dan meneruskan perkembangan mereka di peringkat global,” jawab Beckham pula.

    Video di atas merupakan aktiviti pertama bagi kerjasama ini, di mana ia menyaksikan betapa sibuknya Beckham dalam melakukan apa yang disenaraikan, sambil memandu SUV Maserati Levante Trofeo.

    Dilancarkan pada Jun. 2020, Levante Trofeo ini dipadankan d engan enjin 3.8 liter turbo-berkembar V8 buatan Ferrari, dengan hamburan kuasa 598 PS (590 hp) pada 6,250 rpm dan tork 730 Nm dari 2,500 hingga 5,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan-kelajuan dengan sistem pacuan semua-roda Q4. Bagi prestasinya, SUV ini hanya mengambil masa sekitar 3.9 saat untuk pecutan 0-100 km/j dan mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 304 km/j. Cukuplah untuk membuatkan anak dara Beckham, Harper Seven, tidak terlambat ke sekolah.

    GALERI: Maserati Levante Trofeo Launch Edition di Malaysia

     
     
  • ACE 2021 – tempah atas talian dan nikmati tawaran yang sama, berserta baucar bernilai RM2,550

    ACE 2021 – tempah atas talian dan nikmati tawaran yang sama, berserta baucar bernilai RM2,550

    Acara jualan kenderaan paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2021 yang ditaja bersama oleh Carsome akan berlangsung esok dan lusa di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC). Di sana, anda boleh menikmati pelbagai tawaran menarik oleh pelbagai jenama, serta baucar bernilai RM2,550 sekiranya anda tergolong dalam 200 orang pertama yang membuat pembelian kenderaan baru.

    Tetapi bagaimana pula sekiranya Setia Alam agak jauh atau anda berada di negeri lain? Jangan risau kerana anda juga boleh membeli kenderaan atas talian, melalui laman web acemalaysia.my. Semua tawaran dan promosi yang dibuat di ACE juga boleh dinikmati melalui pembelian atas talian.

    Caranya, layari acemalaysia.my, pilih jenama yang diminati, dan anda seterusnya boleh berhubung melalui WhatsApp dengan wakil jualan (SA) yang berada di acara itu. Anda boleh bertanya sebarang soalan dengan SA ini, termasuklah promosi yang mereka berikan.

    ACE 2021 – tempah atas talian dan nikmati tawaran yang sama, berserta baucar bernilai RM2,550

    Bagaimana pula dengan bayaran? Kami tidak akan menerima sebarang bayaran, dan tujuan sebenar ACE Online dibuat adalah untuk menghubungkan anda dengan SA. Anda perlu mengikut arahan mereka dan membuat tempahan serta bayaran kepada syarikat kereta tersebut. Apabila selesai, SA yang berada di SCCC akan pergi ke pihak pengurusan paultan.org untuk mendaftar jualan tersebut, dan mengumpul baucar bagi pihak anda (sekiranya anda dalam 200 orang pertama). Apabila nama anda telah didaftar anda juga layak untuk menyertai cabutan bertuah.

    Selain daripada promosi yang disediakan oleh jenama yang menyertai acara ini, serta baucar bernilai RM2,550 daripada paultan.org untuk 200 orang pertama yang membeli kenderaan baru, mereka yang menggunakan platform online ini juga akan dimasukkan dalam cabutan bertuah yang memberi peluang untuk memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Antara jenama yang menyertai ACE 2021, dengan pelbagai promosi adalah termasuk Ford, Toyota, Honda, Hyundai, Mazda, Nissan, Mitsubishi dan Volkswagen. Bagi jenama premium, terdapat Lexus, BMW dan MINI. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!

    ACE 2021 – tempah atas talian dan nikmati tawaran yang sama, berserta baucar bernilai RM2,550

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
  • Matchbox perkenal mainan lebih mesra alam – guna bahan boleh kitar semula, model skala EV & pengecaj

    Matchbox perkenal mainan lebih mesra alam – guna bahan boleh kitar semula, model skala EV & pengecaj

    Nampaknya bukan pengeluar kereta sebenar sahaja yang kini mensasarkan produk-produk yang menuju ke arah neutral karbon, usaha tersebut juga dituruti oleh pengeluar kereta mainan. Jenama selain Hotwheels yang terkenal dengan miniatur bersaiz tiga-inci, Matchbox telahpun memperkenalkan barisan permainan yang lebih mesra alam.

    Langkah yang diambil ini merupakan salah satu langkah dalam inisiatif “Memacu Ke Arah Masa Depan Lebih Baik” syarikat berkenaan, dan ia akan melibatkan penggunaan plastik yang 100% dikitar semula, boleh dikitar semula dan juga berasaskan bahan bio untuk semua kereta die-cast, set permainan dan pembungkusan Matchbox menjelang 2030.

    Bagi memulakan langkah ini, Matchbox telah pun memperkenalkan model skala kereta sport elektrik Tesla Roadster, yang merupakan model die-cast pertama yang dibuat dari 99% material yang dikitar semula serta diiktiraf sebagai neutral karbon. Model ini bakal dilancarkan pada 2022.

    Matchbox juga akan mengimplemtasikan “tema pendekatan mesra alam untuk bermain”, yang akan menyaksikan mereka menghasilkan lebih banyak model skala berasaskan kereta-kereta berteknologi elektrifikasi serta menampilkan pengecaj EV pada set permainan stesen minyak.

    Selain dari Tesla Roadster, set pertama mainan berkenaan akan menampilkan model termasuk BMW i3 dan i8, Nissan Leaf, teksi Toyota Prius dan juga van elektrik fantasi rekaan Matchbox sendiri. Kereta-kereta berkenaan akan dijual dalam pek-lima buah kereta yang menggunakan pembukusan tanpa plastik dan juga kertas yang iktiraf oleh Majlis Pemeliharaan Hutan serta material gentian kayu.

    Matchbox juga menjanjikan “penggunaan material yang mesra alam dan inovatif untuk setiap kenderaan, set permainan dan pembungkusan” serta “mempertingkatkan kitar semula konsumer menerusi rekaan produk dan label pembungkusan.” Syarikat berkenaan turut mengambilkira berkenaan komponen elektronik dalam produk mereka dengan penggunaan “modul tunggal, yang mudah dibuka bagi membantu proses kitar semula sisa elektronik lebih mudah.”

     
     
  • Audi Q4 e-tron, Q4 Sportback e-tron diperkenalkan – tiga varian penjana kuasa, jarak hingga 520 km, 299 PS

    Audi Q4 e-tron, Q4 Sportback e-tron diperkenalkan – tiga varian penjana kuasa, jarak hingga 520 km, 299 PS

    Audi telah memperkenalkan SUV elektrik sepenuhnya Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron dan ia menawarkan dua kapasiti bateri dan tiga versi motor yang menawarkan bentangan pacuan roda-belakang dan AWD, menjadikan kesemua variannya sebanyak lima pilihan. Q4 e-tron menerima tiga versi penjana kuasa dengan varian 35,40 dan 50, sementara Q4 Sportback e-tron pula dengan varian 35 dan 50 quattro.

    Varian asas 35 untuk kedua-dua Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron dilengkapi dengan bateri 52 kWh, yang memberikan kuasa kepada motor yang dipasang di gandar belakang yang mampu menghasilkan 170 PS dan tork 310 Nm. Untuk varian bagi kedua-dua bentuk badan ini, ia mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam 9.0 saat, sementara kelajuan tertinggi pula 160 km/j. Bagi Q4 35 e-tron, ia mampu mencapai jarak hingga 341 km pada kitaran WLTP, sementara Q4 Sportback 35 e-tron pula meningkat 349 km untuk pengecasan tunggal.

    Varian yang mampu mencapai jarak lebih panjang dengan pengecasan tunggal ialah Q4 40 e-tron iaitu maksimum mencecah 520, dijanakan oleh sepasang bateri bersaiz lebih besar, 77 kWh, dengan motor tunggal yang dipasang di belakang dengan hamburan kuasa 204 PS dan 310 Nm. Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam 8.5 saat, dan kelajuan maksimum pula 160 km/j.

    Audi Q4 e-tron, Q4 Sportback e-tron diperkenalkan – tiga varian penjana kuasa, jarak hingga 520 km, 299 PS

    Varian tertinggi bagi penjana kuasa Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron iala 50 quattro, di mana ia dikuasakan oleh pek bateri yang lebih besar berkapasiti 77 kWh. Ia menyalurkan kuasa ke motor yang ditempatkan di gandar belakang, mampu menghasilkan 109 PS dan tork 162 Nm, sementara motor pada gandar belakang dengan kuasa 204 PS dan tork 310 Nm diberikan pada varian Q4 e-tron 40.

    Varian 50 quattro mampu menghasilkan keseluruhan kuasa mencecah 299 PS dan tork 460 Nm. Ia mampy memecut dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat untuk kedua-dua bentuk badan, dan jarak maksimum untuk pengecasan tunggal mencecah 488 km bagi Q4 e-tron dan 497 km untuk Q4 Sportback e-tron.

    Untuk kesemua versi, motor gandar belakang beroperasi dengan transmisi kelajuan-tunggal dengan differential. Motor belakang pada varian RWD menyebarkan nisbah sebanyak 13:1, sementara versi quattro (AWD) pula dengan nisbah 11.5:1. Bagi transmisi dan elektronik kuasanya, berat motor gandar belakang penyejukan-air sekitar 90 kg, dan kelajuan maksimum mampu mencecah 16,000 rpm.

    Q4 e-tron (atas), Q4 Sportback e-tron (bawah)

    Versi dengan semua-roda menampilkan motor gandar hadapan asynchronous yang beroperasi sehingga 14,000 rpm, dan menggunakan transmisi satu-kelajuan dengan nisbah 10.0:1. Motor ini menggabungkan coolant dan minyak untuk penyejukan, dan kehilangan seretannya mampu dikurangkan apabila motor tidak diaktifkan. Berat unit motor gandar hadapan sekitar 60 kg.

    Kesemua versi penjana kuasa bagi Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron menyokong pengecasan AC dan DC. Sistem pengecasan e-tron kompak turut diberikan untuk menyokong pengecasan AC di rumah pada kadar 230 voltan atau 400 voltan seperti yang disarankan oleh Audi.

    Model asas Q4 35 e-tron, baterinya boleh dicas dengan kadar sehingga 7.2 kW AC, sementara versi yang lain menyokong pengecasan sehingga 11 kW AC. Poin pengecasan berkuasa tinggi banyak ditempatkan di sekitar rangkaian Ionity di Eropah yang juga boleh mengecas Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron pada kadar sehingga 100 kW untuk versi asas 35 e-tron, dan 125 kW untuk kemua varian.

    Audi Q4 e-tron, Q4 Sportback e-tron diperkenalkan – tiga varian penjana kuasa, jarak hingga 520 km, 299 PS

    Suspensi bagi Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron ialah topang MacPherson pada roda hadapan, sementara gandar belakang dikendalikan oleh konfigurasi lima-sambungan kompak, menurut Audi. Bateri motor ditempatkan di lantai kereta iaitu di antara jarak roda, dan hasil pengedaran berat “hampir’ kepada pecahan ideal 50:50, ujar Audi.

    Untuk rodanya, ia digandingkan dengan diameter dari 19- hingga 21-inci, dengan ukuran tayar 235 mm untuk hadapan dan 255 mm di belakang. Brek pula diberikan cakera brek berdiameter dari 330 mm hingga 358 mm bergantung pada varian penjana kuasa.

    Sementara itu, gandar belakang dikendalikan oleh brek dram penyelenggaraan rendah untuk mengurangkan risiko hakisan. Ia dibuat kerana brek belakang jarang digunakan dalam pemanduan seharian, di mana motor menyalurkan pendikitan dan tenaga kinetik menerusi elektrifikasi.

    Senibina kabin bagi Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron adalah lebih kurang sama dengan model Audi yang lain, dengan sudut rak MMI infotainment tengah ke arah pemandu. Butang pemula dan kawalan transmisi ditempatkan di tingkat tengah di atas konsol tengah, betul-betul di atas kawalan pendingin hawa.

    Bagi ketersambungannya, ia didatangkan dengan MMI Plus, dengan paparan 11.6-inci dan juga menampilkan WiFi hotspot untuk penumpang, sebagai tambahan kepada perkhidmatan asas untuk larasan infotainmen dan navigasi Audi Connect. Sistem navigasi menawarkan saranan untuk destinasi, dan juga menyalurkan informasi laluan spesifik untuk aliran trafik.

    Sebagai tambahan kepada perkhidmatan Audi Connect, ia juga bertindak sebagai perancang laluan e-tron, di mana ia mencari laluan paling pantas dengan beberapa perhentian pengecasan menerusi lokasi pengecasan pantas DC. Ia juga mengira masa pergerakan, termasuk masa pemanduan dan juga masa pengecasan, serta meramalkan keadaan trafik.

    Bagi spesifikasi ketersambungan dan MMI pro infotainment untuk model tertinggi pula menampilkan kokpit maya dan instrumentasi untuk pemandu, ketersambungan telefon pintas tanpa wayar dan juga paparan utama. Ia juga memberikan ciri dari spesifikasi MMI Plus termasuk navigasi Google Earth, entri ucapan dalam talian, radio dalam talian dan radio hibrid. Sementara ini, audio dalam kereta menampilkan sistem Sonos dengan 10-pembesar suara bersama subwoofer.

    Untuk aspek keselamatan aktif bagi Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron termasuklah radar hadapan, kamera hadapan, kamera pandangan sekeliling, dua radar belakang dan lapan penderia ultrasonic. Selain itu, ia turut diberikan amaran ketibaan lorong, amaran pelanggaran hadapan dan AEB, sistem bantuan membelok apabila membelok melintasi trafik di hadapan (termasuk di persimpangan) dan bantuan elak pelanggaran.

    Bantuan pemandu untuk Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron juga ditambah, termasuklah sistem bantuan kecekapan ramalan yang membolehkan pemandu melepaskan pedal pendikitan apabila menghampiran zon yang perlu mengurangkan kelajuan seperti di selekoh dan persimpangan.

    Sistem ini kemudiannya menguruskan pergerakan kenderana tanpa memerlukan input daripada pemandu. Selain itu, fungsi mengesan keletihan juga dapat memantau paten pemandu sama ada dalam keadaan yang bagus untuk meneruskan pemanduan. Bukan itu sahaja, sistem pengesanan isyarat trafik dan pengehad kelajuan ramalan juga menjadi pelengkap sistem bantuan standard ini.

    Sistem bantuan pilihan termasuklah kawalan kelajuan adaptif, bantuan kelajuan adaptif yang membantu kenderaan berada di pemusatan lorong, bantuan sisi (seperti pemantauan titik buta), amaran keluar yang memberikan isyarat kepada pemandu dan penumpang supaya tidak membuka pintu sekiranya ada kenderaan atau penunggang basikal menghampiri dari belakang, bantuan trafik lintasan belakang, bantuan kecemasan, asas pra-deria dan pra-deria belakang (untuk mengesan sekiranya terjadi pelanggaran di belakang).

    Audi Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron bakal dijual di benua Eropah mulai Jun 2021, dengan. harganya di Jerman bermula dari 41,900 euros (RM207,130).

    GALERI: Audi Q4 e-tron

    GALERI: Audi Q4 Sportback e-tron

     
     
  • Isuzu D-Max 2021 generasi ketiga di M’sia — tujuh varian, 3.0L turbodiesel baru, ADAS; RM89k-RM142k

    Isuzu D-Max 2021 generasi ketiga di M’sia — tujuh varian, 3.0L turbodiesel baru, ADAS; RM89k-RM142k

    Empat bulan pertama tahun 2021 pasaran tempatan sangat meriah dengan pengenalan model trak pikap baru. Isuzu D-Max 2021 generasi ketiga menjadi sebuah lagi model paling segar yang didedahkan perincian penawarannya hari ini untuk pasaran Malaysia. Dengan pengalaman pembangunan kenderaan komersial selama 57 tahun, Isuzu kini memperkenalkan trak pikap keluarannya yang paling canggih dan sofistikated melalui D-Max generasi ketiga ini, yang lengkap dengan ciri serta teknologi terkini.

    Ditawarkan dalam tujuh varian semuanya, ia dimulakan dengan model Single Cab paling asas, dengan dengan pilihan enjin 1.9 liter (RM88,599) atau 3.0 liter (RM95,538); diikuti oleh 1.9 liter Standard 4×4 manual (RM99,599) atau automatik (RM106,999); Premium 4×4 Automatik 1.9 liter (RM121,549) dan 3.0 liter (RM128,038); dan varian paling tinggi terbaru yang diperkenalkan, X-Terrain 3.0 liter 4×4 (RM141,938).

    Rekabentuk D-Max serba baru ini menerima pembaharuan yang meluas menjadikannya tampil lebih maskulin; ketinggian bonet dinaikkan 15 mm, sementara bahagian door sill juga dinaikkan 20 mm. Garis bumbung juga direndahkan 15 mm untuk memberikannya profil yang lebih sporty. Jarak antara rodanya pula ditambah 30 mm — menjadikan kabin lebih luas — manakala bukaan pintu ditambah 25 mm.

    Ia kini ingin merapatkan lagi jurang antara kenderaan gaya hidup dan utiliti. Ada dua kapasiti enjin yang ditawarkan, dengan yang pertama unit RZ4E-TC 1.9 liter common-rail empat-silinder diesel yang sudahpun diperkenalkan di Malaysia sebelum ini, menghasilkan 150 PS dan 350 Nm tork. Output masih sama, tetapi menurut Isuzu enjin ini kini lebih lancar dan senyap.

    Isuzu D-Max 2021 generasi ketiga di M’sia — tujuh varian, 3.0L turbodiesel baru, ADAS; RM89k-RM142k

    Bagi unit 4JJ3 3.0 liter, ia diberikan penambah baikan dan peningkatan baru. Ia kini menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork, menampilkan peningkatan sebanyak 13 PS dan 70 Nm berbanding unit enjin 4JJ1 3.0L yang digunakan sebelum ini — memanfaatkan engine head dan pengecas turbo baru.

    Angka ini mungkin tidak terlalu jauh daripada pesaingnya, tetapi Isuzu sejak dulu selalu merendahkan output dari kapasiti sebenar bagi memberi kelebihan kepada ketahanan dan jangka hayat enjin yang lebih lama. Lebih menarik, kedua-dua enjin yang ditawarkan oleh Isuzu ini boleh menggunakan biodiesel B20 tanpa masalah. Transmisi manual dan automatik enam-kelajuannya juga diberi kemaskini agar lebih lancar, begitu juga dengan pemilih sistem pacuan 4×4.

    Varian paling asas 1.9L 4×4 Single Cab menerima lampu utama reflektor halogen dengan lampu jenis bulb bagi DRL, bampar depan dan perumah cermin sisi (larasan elektrik) yang tidak dicat, rim besi 16-inci, panel instrumen asas, stereng empat jejari urethene, head unit 1-DIN dengan USB dan dua pembesar suara, kerusi balutan plastik dan sistem pendingin kawalan manual.

    Aspek keselamatan, ia dilengkapi dua beg udara, ABS dan EBD, bantuan mula mendaki, kawalan menuruni curam, sistem kawalan cengkaman dan pengingat tali keledar untuk semua kerusi. Turut ditawarkan ialah versi enjin 3.0 liter; selain enjin, semuanya sama. Hanya warna Splash White disediakan untuk varian ini. Pelapik ruang barangan ada sebagai pilihan dengan kos RM950, sementara sport bar pula dengan kos tambahan RM1,320.

    Isuzu D-Max 2021 generasi ketiga di M’sia — tujuh varian, 3.0L turbodiesel baru, ADAS; RM89k-RM142k

    Beralih kepada varian 1.9L 4×4 MT Standard pula, ia datang dengan kabin berkembar. Ia diberikan cat pada bampar dan cermin sisi, lampu kabus halogen, rim aloi 17-inci dengan tayar 255/65, sensor parkir, kluster instrumen yang lebih menarik dengan paparan multi-info 4.2-inci, stereng urethane dengan multi-fungsi, kerusi balutan fabrik, head unit 2-DIN dengan Bluetooth dan enam-pembesar suara, serta corong pendingin di belakang (standard untuk semua varian Double Cab).

    Naik ke varian 1.9L 4×4 AT Standard pula, ia menerima tambahan lampu utama projektor bi-LED dengan DRL LED. Semua yang lain kekal sama. MT Standard boleh didapati dalam tiga warna pilihan — Splash White, Mercury Silver dan Onyx Black — manakala AT Standard ada tambahan warna Valencia Orange dan Sapphire Blue.

    Varian yang menarik untuk dipertimbangkan bermula dari 1.9L 4×4 AT Premium. Ia datang dengan lampu utama projektor bi-LED, lampu kabus depan dan belakang LED, lampu belakang kombinasi LED, perumah cermin sisi krom dengan fungsi lipat automatik, rim aloi 18-inci dengan tayar 265/60 All-Terrain, stereng multi-fungsi balutan kulit dan skrin sentuh tujuh-inci dengan sokongan Apple CarPlay, Android Auto dan fungsi Wifi.

    Ia juga ada lapan-pembesar suara, kerusi balutan kombinasi kulit hitam, kemasan kulit dan satin krom yang lebih halus, cermin pandang belakang elektrokromik serta sistem kawalan pendingin dua zon. Kelengkapan lain pula termasuk kawalan melayar pasif, sistem tanpa kunci, lampu aluan, kamera undur dan sistem bantuan pintu barangan belakang.

    Bagaimanapun, sistem bantuan pemandu canggih pada varian ini hanya terhad kepada peninjau titik buta dan amaran lintasan trafik belakang; AT Premium juga hanya datang dengan dua beg udara. Pilihan warna kekal lima yang sama seperti 1.9L 4×4 AT Premium, tetapi warna Splash White diganti dengan Silky White Pearl yang lebih premium. Bagi varian 3.0L 4×4 Premium V-Cross pula, perbezaannya cuma kapasiti enjin serta kerusi pemandu dengan larasan manual enam-hala. Beg udara juga masih cuma dua.

    Isuzu D-Max 2021 generasi ketiga di M’sia — tujuh varian, 3.0L turbodiesel baru, ADAS; RM89k-RM142k

    Varian paling tinggi yang baru diperkenalkan pula ialah 3.0L 4×4 AT X-Terrain, dengan beza harga sekitar RM14k berbanding 3.0L AT Premium. Tambahannya pula melibatkan cermin depan khas yang mengurangkan penembusan cahaya infra-merah, bilah pengilap aerofoil premium dengan pencuci bersepadu, rim aloi 18-inci dengan tayar 265/60 All-Terrain serta penghidup enjin jarak jauh.

    Di dalam, varian ini juga satu-satunya yang menerima kemasan kulit coklat, kerusi pemandu dengan larasan elektrik lapan-hala dengan sokongan lumbar, larasan stereng teleskopik dan juga atas-bawah serta paparan skrin sentuh sembilan-inci.

    Dari aspek keselamatan, variran tertinggi ini hadir dengan pakej ADAS lengkap; tujuh beg udara, amaran perlanggaran depan, brek kecemasan autonomous, kawalan melayar adaptif dengan fungsi Stop/Go, lampu tinggi automatik, amaran menukar lorong, penghindaran salah operasi pedal dan bantuan selekoh ditawarkan sebagai standard. Masih tiada kamera 360-darjah, cuma ada kamera undur dan sensor parkir sahaja.

    D-Max terbaru ini menggunakan platform baru Dynamic Drive Platform (masih binaan body-on-frame), memberikan ketahanan struktur yang lebih teguh, perlindungan ketika perlanggaran, kestabilan pemanduan dan pengurangan tahap bising NVH. Ketinggian meredah banjir juga kini 800 mm berbanding 600 mm sebelum ini. Jaminan bagi varian X-Terrain juga diberikan selama tujuh-tahun tanpa had perbatuan, sementara varian lain kekal jaminan lima-tahun.

     
     
  • Kona N-Line bakal masuk pasaran Malaysia – dijana enjin SmartStream 1.6L Turbo GDI berkuasa 198 PS?

    Kona N-Line bakal masuk pasaran Malaysia – dijana enjin SmartStream 1.6L Turbo GDI berkuasa 198 PS?

    Hyundai Kona dalam versi facelift sudahpun rasmi masuk ke pasaran Malaysia selepas dilancarkan secara maya pagi ini. Untuk model kemaskini berkenaan, Kona kini tidak lagi menerima enjin 1.6 liter Turbo-GDI seperti model yang dilancarkan tahun lalu, sebaliknya kedua-dua varian yang diperkenalkan dijana enjin 2.0 liter SmartStream tanpa pengecas turbo.

    Walau bagaimanapun, dihujung video pelancaran berkenaan, Hyundai Sime Darby nampaknya memberikan petunjuk bahawa versi lebih sporty, Kona N-Line juga bakal dilancarkan pada pasaran tempatan tidak lama lagi. Kona N-Line bukanlah model full-blown dari sayap prestasi Hyundai N seperti Kona N yang dijana oleh enjin 2.0L Turbo-GDI, namun ia hadir dengan pilihan tiga unit penjana turbo SmartStream baharu iaitu 1.0 liter, 1.0 liter dengan sistem hibrid ringkas dan juga 1.6 liter GDI.

    Jadi berkemungkinan besar, model 1.6 liter T-GDI yang ditawarkan pada pasaran Malaysia sebelum ini akan digantikan dengan Kona N-Line. Enjin 1.6L SmartStream Turbo-GDI pada Kona N-Line ini menampilkan prestasi yang lebih berkuasa dengan menghasilkan 198 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 265 Nm, berbanding 177 hp pada versi sebelum itu.

    Untuk pasaran global, Kona N-Line 1.6 Turbo berkenaan hadir dengan pilihan kotak gear manual enam-kelajuan atau klac berkembar automatik DCT tujuh-kelajuan bersama pilihan pacuan hadapan atau pacuan semua roda. Namun boleh diagak pasaran Malaysia hanya akan menerima gandingan kotak gear DCT dan pacuan hadapan sahaja.

    Dari segi rupa, versi N-line ini tampil dengan lebih agresif menampilkan logo ‘H’ senget di tengah gril dan jalur bukaan udara di atasnya, bersama kemasan hitam di bahagian bawah bampar. Keliling roda menggunakan kemasan yang sama warna seperti badan, berbeza dengan versi biasa yang hanya tampil dengan plastik tanpa warna.

    Skid plate pada model biasa diganti dengan lip aerodinamik, berserta hujung seperti sirip dan bukaan udara yang lebih besar dan “teknikal”. Manakala di belakang, ia diberikan diffuser pada bawah bampar yang lebih besar berwarna hitam serta menyerlahkan tip ekzos berkembar.

    Kona N-Line bakal masuk pasaran Malaysia – dijana enjin SmartStream 1.6L Turbo GDI berkuasa 198 PS?

    Penampilan luaran Kona N-Line ini dilengkapkan dengan rim aloi 18-inci yang lebih garang. Manakala dalam kabin, Kona N-Line menerima roda stereng, tombol gear dan tempat duduk dengan logo N, serta serlahan-serlahan merah pada jahitan dan kemasan pada liang pendingin hawa.

    Selain dari kuasa dan elemen estetik, Kona N-Line turut diberikan ditalaan suspensi yang lebih sporty dan juga brek yang lebih besar.

    Ketika model Kona facelift dilancarkan pagi tadi, model asas 2.0L diumumkan dijual pada harga atas jalan tidak termasuk insuran RM119,888 dan 2.0 Active pula berharga RM136,888 – masing-masing adalah RM4,000 dan RM2,000 lebih murah berbanding harga tahun 2021 yang ditetapkan untuk model sebelumnya. Manakala untuk model 1.6 T-GDI sebelum ini pula dijual pada harga RM143,888. Kesemua harga ini adalah termasuk pengecualian cukai jualan 50% untuk model CBU sehingga akhir Jun ini. Jadi agak-agak berapa pula harga Kona N-Line ini nanti?


     
     
  • Hyundai Custo terdedah sebelum pelancaran di China

    Hyundai Custo terdedah sebelum pelancaran di China

    Apa yang anda lihat dalam gambar ini adalah MPV Hyundai Custo, yang akan dilancarkan di Auto Shanghai bulan ini. Ia dijangka cuma akan dijual di China dan dibuat oleh Beijing Hyundai, iaitu syarikat kerjasama yang dihasilkan antara Hyundai dengan pengeluar tempatan, BAIC.

    Boleh mempunyai tetapan enam atau tujuh tempat duduk, Custo mendapat inspirasi rekaan daripada Tucson terbaru, dan ia boleh dilihat pada bahagian gril hadapan sementara lampu pula menggunakan rekaan yang lebih konservatif.

    Mengambil sedikit konsep crossover, MPV ini turut dipasang dengan skid plate hiasan di hadapan dan kemasan plastik hitam pada lengkung roda. Kemasan ini juga boleh dipilih dengan warna yang sama seperti badan. Pintu jenis gelungsur memudahkan pengguna keluar dan masuk, manakala rim pula datang dalam dua rekaan.

    Hyundai Custo terdedah sebelum pelancaran di China

    Pada bahagian belakang, Custo mempunyai penampilan sedikit seperti Volvo S60 dengan penggunaan lampu berbentuk C yang bersambung di bahagian tengah. Panel tengah yang tertulis Hyundai itu boleh dipilih dengan warna badan ataupun hitam. Gambar bahagian dalam masih belum dapat dilihat, tetapi spyshot sebelum ini ada menampakkan roda stereng empat cabang, panel instrumen digital dan skrin sesentuh menegak untuk infotainmen.

    Menurut CarNewsChina, Custo mempunyai ukuran 4.950 mm panjang, 1,850 mm lebar, 1,734 mm tinggi dan jarak roda 3,055 mm. Ia akan ditawarkan dengan pilihan dua enjin iaitu empat silinder 1.6 liter turbo 170 hp dan 2.0 liter turbo 236 hp.

     
     
  • Nissan Navara facelift 2021 dilancarkan di M’sia — enam varian termasuk Pro-4X, dari RM92k-RM142k

    Nissan Navara <em>facelift</em> 2021 dilancarkan di M’sia — enam varian termasuk Pro-4X, dari RM92k-RM142k

    Selepas dipertontonkan pada penghujung Mac lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini melancarkan model Nissan Navara facelift secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Masih di dalam generasinya yang ketiga (D23), versi terbaru trak pikap ini menerima banyak perubahan dan peningkatan dari segi penawaran serta pilihannya.

    Variannya terdiri daripada 2.5L Single Cab MT yang dijual pada harga RM91,900. Ini diikuti oleh jenis double-cab, bermula dengan 2.5L SE MT pada harga RM110,900, 2.5L SE AT pada harga RM116,900, 2.5L V AT pada harga RM125,500 dan 2.5L VL Auto yang dijual RM137,900. Varian paling tinggi pula ialah Pro-4X AT pada harga RM142,200.

    Yang dinyatakan ini ialah harga tanpa insurans, dan oleh kerana trak pikap dikategorikan sebagai kenderaan komersial, ia tidak terkesan dengan pengecualian SST seperti kereta penumpang. Sama seperti sebelum ini, Navara diimport sepenuhnya dari Thailand.

    Navara kini tampil sangat berbeza berbanding sebelumnya, sementara bahagian lain masih banyak mengekalkan persama. Grilnya kini lebih besar, dengan rekaan seperti trak Titan dan di bahagian bucu terdapat lampu utama quad-projector serta DRL berbentuk C. Bampar juga adalah baru, dengan lampu kabus yang terletak dalam perumah menegak, serta skid plate besar dengan cangkuk penarik.

    Nissan Navara <em>facelift</em> 2021 dilancarkan di M’sia — enam varian termasuk Pro-4X, dari RM92k-RM142k

    Bonet telah dijadikan lebih tinggi, dengan bonjolan di bahagian tengah, sama seperti ruang barangan belakang yang juga lebih tinggi. Bentuk pemijak kaki tepi baru dikatakan dapat meningkatkan prestasi aerodinamik, lebih senyap dan membantu penjimatan minyak.

    Konsep pencahayaan lampu belakang juga dijadikan sama seperti lampu hadapan, dengan terdapat grafik berbentuk C sementara pintu but kini diletakkan dengan tulisan Navara. Bampar belakang yang lebih tegap didatangkan sekali dengan pemijak bagi memudahkan pengguna.

    Pelbagai lagi naik taraf luaran diberikan terutama bagi varian Pro-4X termasuk kemasan plastik pada lengkung roda, serta lencana, gril, pemegang pintu, cermin sisi, rel bumbung dan pemijak kaki yang dihitamkan. Rim Pro-4X adalah satu inci lebih kecil berbanding varian VL, iaitu 17 inci, dan ia menggunakan warna hitam dan dibalut tayar A/T. Anda juga boleh melihat sedikit warna oren pada lencana Nissan, penutup cangkuk penarik serta kemasan lengkung roda.

    Bahagian ruang barangan belakang Navara Pro-4X datang dengan sistem kargo Utili-Track baru, di mana cangkuk pada bahagian tepi boleh dilungsurkan, sekaligus memberikan fleksibiliti kepada pengguna yang mahu mengikat barang. Fungsi Tailgate Assist juga membantu mengurangkan usaha untuk membuka dan menutup pintu ruang barangan ini.

    Nissan Navara <em>facelift</em> 2021 dilancarkan di M’sia — enam varian termasuk Pro-4X, dari RM92k-RM142k

    Di dalam juga ada beberapa pembaharuan dilakukan. Paling jelas adalah roda stereng tiga jejari sama seperti Serena baru. Di sebaliknya terdapat meter dengan paparan digital tujuh inci dan dua tolok analog, sementara sistem infotainmen kini menggunakan unit OEM dengan skrin sesentuh lapan inci berserta sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Terdapat dua soket USB di bawah perehat tangan (termasuk satu soket USB-C), serta satu lagi di bahagian belakang. Untuk tempat duduk belakang, ia telah direka semula dengan bentuk sokongan lebih baik dan penyandar yang lebih melengkung untuk menjadikannya lebih selesa. Peningkatan lain adalah termasuk tambahan penebat bunyi serta cermin akustik untuk cermin hadapan dan tingkap tepi.

    Kelengkapan lain yang diberi pada Pro-4X termasuk tempat duduk balutan kulit, lapik kaki dengan tulisan Pro-4X, lencana Nissan hitam merah pada stereng, sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin, pengawal pendingin hawa dua zon, cruise control, cermin pandang belakang malap sendiri, sistem kamera 360 darjah dengan pengesan objek bergerak, mod offroad baru serta enam pembesar suara.

    Semua varian terus menggunakan enjin sedia ada, unit YD25 2.5 liter empat-silinder turbodiesel, dengan janaan output yang berbeza bergantung kepada varian. Bagi varian 2.5L Single Cab MT dan 2.5L SE MT, enjin ini menghasilkan 163 PS pada 3,600 rpm dan 403 Nm tork pada 2,000 rpm, dengan kuasa disalurkan oleh transmisi manual enam-kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

    Bagi semua varian selebihnya pula dilengkapi dengan transmisi automatik tujuh-kelajuan dan 4WD dan mempunyai janaan output yang lebih tinggi iaitu 190 PS pada 3,600 rpm dan 450 Nm pada 2,000 rpm. Kenapa masih dengan enjin sama dan bukannya versi 2.3 liter turbodiesel seperti di Thailand? Jawapannya mudah; spesifikasi untuk model ini ditentukan sejak 2018 lagi dalam keadaan bekalan runcit diesel Euro 5 masih tidak menyeluruh di sini.

    Di sebalik badannya pula terdapat beberapa lagi perubahan. Sistem stereng telah ditala semula untuk menjadi lebih cepat dan kurang berat untuk diputar waktu kelajuan rendah, manakala suspensi multi-link di belakang (kecuali pada varian Single Cab paling asas) menampilkan spring dua kadar yang dapat mengurangkan lambungan badan termasuk dengan muatan, meningkatkan stabiliti, keselesaan serta pengendalian. Kemampuan membawa muatan juga bertambah menjadi 1.1 tan.

    Ciri baru lain yang terdapat pada Pro-4X adalah pengunci differential belakang elektronik serta Trailer Sway Assist, iaitu sistem yang memberi daya brek sekiranya trak mula berayun apabila menarik sesuatu. Selain itu ada juga cermin depan dan sisi akustik, Active Brake Limited Slip, bantuan mula mendaki, kawalan menuruni curam, ABS, EBD dan Brake Assist.

    Dari sudut perbezaan antara varian pula, Single Cab datang dengan gril biasa, lampu utama halogen, roda besi 16-inci biasa, kluster instrumen monokrom, kawalan audio pada stereng, head unit DIN-berkembar dengan Bluetooth dan satu slot USB, kerusi balutan plastik, pendingin hawa manual, dua beg udara dan dua sensor undur.

    Naik ke varian 2.5L SE MT dan AT pula, kelengkapan yang diubah atau ditambah termasuk gril krom dengan nama Navara padanya, cermin sisi lipatan elektrik, pemegang pintu krom, rim aloi 17-inci, pemijak sisi hitam, tiga lagi slot USB pada head unit, kerusi depan ilham dari Zero Gravity Nissan, corong pendingin belakang dan Isofix di kerusi belakang.

    Beralih kepada varian 2.5L V AT, ia lengkap dengan lampu utama, lampu kabus dan lampu belakang LED; sistem tanpa kunci; kawalan melayar; paparan multi-info tujuh-inci antara dail analog; skrin sentuh lapan-inci untuk infotainmen dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay; enam-pembesar suara; pendingin dua zon dengan corong belakang. Ia juga lengkap dengan enam-beg udara, AEB, sistem amaran pemandu dan amaran perlanggaran depan.

    Bagi 2.5L VL AT pula, ada tambahan lain termasuk landasan bumbung warna perak, rim aloi dua-tona 18-inci, kemasan kerusi balutan kulit dengan corak hexagonal dan benang perak, pengilap cermin automatik, peninjau sekeliling kenderaan dnegan pengesanan objek bergerak dan mod off-road, amaran penukaran lorong, peninjau titik buta, amaran trafik di belakang, bantuan lampu tinggi, peninjau tekanan tayar dan empat sensor undur.

    Terakhir bagi varian flagship Pro-4X dibezakan dengan penyudah hitam pada gril, lencana, landasan bumbung, cermin sisi, pemegang pintu dan pemijak sisi, begitu juga dengan bahagian fender dan bampar — dengan sedikit perincian oren. Varian ini juga menggunakan rim 17-inci yang spesifik untuk Pro-4X dengan tayar 255/65 All-Terrain. Varian paling tinggi ini juga lengkap dengan ciri khusus untuknya, termasuk sistem kargo Utiliti-Track yang terdiri daripada cangkuk aluminium yang boleh digelungsurkan sepanjang dinding ruang tersebut.

    Jaminan lima-tahun/150,000 km adalah standard untuk semua varian. Pelanggan yang inginkan aksesori tambahan juga mempunyai beberapa pakej untuk dipilih, lengkap dengan jaminan tiga-tahun/100,000 km.

    Bagi Single Cab, ada pakej Under Protector yang merangkumi pelindung tadahan minyak, pelindung tangki minyak dan pemijak sisi bernilai RM3,200. Bagi dua varian SE dan V pula ditawarkan dengan pakej Premium dengan tambahan sport bar krom dan filem penapis haba keselamatan V-Kool pada harga RM10,150, dengan varian SE juga menerima papara sistem audio sembilan-inci, dan varian V dengan kerusi balutan kombinasi kulit.

    Dua varian paling tinggi — VL dan Pro-4X — boleh juga dipilih dengan pakej Protection bernilai RM10,950, yang melibatkan penambahan sport bar hitam atau krom, pelindung tadahan minyak dan tangki minyak, kick plate logam, visor pintu, perakam video digital dan filem penapis haba V-Kool.

    Pilihan warna bagi Single Cab pula terdiri daripada Solid White, sementara SE dengan tambahan Brilliant Silver dan Black Star. Varian V dan VL juga hadir dengan tiga pilihan ini, dengan tambahan warna Burning Red. Bagi Pro-4X, ia datang dalam warna Black Star dan Burning Red, dengan dua lagi warna eksklusif, Stealth Grey dan Pearl White (dengan caj tambahan RM1,300).

    Nissan Navara Pro-4X 2021 Burning Red

    Nissan Navara Pro-4X 2021 Auto Stealth Grey

    Nissan Navara SE 2021 Auto

    Nissan Navara SE 2021 Manual

    Nissan Navara V 2021 Auto

    Nissan Navara VL 2021 Auto

    Nissan Navara Single Cab 2021

     
     
  • Hyundai Kona facelift tiba di Malaysia – dua varian 2.0L NA CVT, harga antara RM120k hingga RM137k

    Hyundai Kona facelift tiba di Malaysia – dua varian 2.0L NA CVT, harga antara RM120k hingga RM137k

    Tidak sampai enam bulan Hyundai Kona diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, kini Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan pula versi facelift. Melalui model baru ini, HSDM mula mengambil langkah yang agresif kerana Malaysia menerima crossover segmen B ini agak cepat.

    Dua varian dilancarkan iaitu varian asas pada harga RM119,888 tidak termasuk insurans, dan 2.0 Active RM136,888. Harga ini masing-masing adalah RM4,000 dan RM2,000 lebih murah berbanding harga tahun 2021 yang ditetapkan untuk model sebelumnya.

    Model ini diimport sepenuhnya dari Korea dan harga yang ditetapkan sudah mengambil kira pengurangan cukai SST sebanyak 50% yang diberikan kerajaan sehingga bulan Jun ini, dan diberikan bersama jaminan lima tahun atau 300,000 km dan pakej servis percuma tiga tahun atau 50,000 km.

    Berbeza berbanding model sebelum ini, Kona facelift cuma ditawarkan dalam satu pilihan enjin sahaja iaitu unit empat silinder 2.0 liter Nu MPI Atkinson-cycle yang menghasilkan kuasa 149 PS pada 6,200 rpm dan 180 Nm tork pada 4,500 rpm. Kotak gear pula telah diganti dengan unit CVT yang dipanggil sebagai Intelligent Variable Transmission (iVT), daripada unit automatik enam kelajuan sebelum ini.

    Facelift pertama bagi Kona ini boleh dianggap besar kerana melibatkan banyak perubahan luar dan dalam. Keseluruhan bahagian depannya telah ditukar, dengan kemasan badan warna kontras pada keliling badan (hitam untuk 2.0 dan kelabu untuk Active), gril lebih nipis, logo Hyundai dibawa ke atas, skid plate silver berbentuk U serta lampu DRL atas yang lebih nipis.

    Pada varian Active, DRL ini juga bertindak sebagai penunjuk arah, sekaligus memberikan lebih ruang kosong di bawah untuk lampu utama jenis LED penuh yang mempunyai rekaan dalam seperti sisik (model asas menggunakan halogen). Konsep rekaan yang sama turut digunakan pada bahagian belakang dengan varian Active mendapat unit lampu LED sementara varian asas menggunakan jenis halogen. Rekaan rim juga diubah (17 inci untuk 2.0 dan 18 inci untuk Active).

    Hyundai Kona facelift tiba di Malaysia – dua varian 2.0L NA CVT, harga antara RM120k hingga RM137k

    Pada bahagian dalam, Kona facelift mendapat konsol tengah yang direka semula lebih tinggi serta brek parkir elektronik, sekaligus memberikan lebih ruang untuk tempat simpanan barang di belakangnya. Corong pendingin hawa juga adalah baru, dengan mempunyai kemasan aluminium di sekelilingnya, jalur yang direka semula dan bentuk bulat di hujung.

    Bagi pilihan warna, untuk varian Active, anda disediakan dengan warna badan luar Surfy Blue, Misty Jungle (kelabu) dan Ignite Flame (merah) bersama balutan kulit hitam di dalam, atau warna badan Dive In Jeju (biru) dan Dark Knight (kelabu) yang datang dengan balutan kulit dalam berwarna putih, bersama kemasan merah.

    Model 2.0 asas pula menggunakan balutan fabrik hitam, berserta pilihan warna yang sama seperti sebelum ini, termasuk Chalk White, Pulse Red, Galactic Grey dan Surfy Blue. Perlu diketahui juga bahawa cuma varian Active sahaja yang mendapat kemasan lembut atas papan pemuka.

    Pada bahagian infotainmen, skrin sesentuh yang terletak di tengah papan pemuka kini satu inci lebih besar, iaitu 18 inci dan ia datang dengan sistem yang boleh disambung dengan Apple CarPlay serta Android Auto secara wireless. Varian Active kemudiannya ditambah lagi dengan panel instrumen digital 10.25 inci, dengan grafik yang boleh diubah mengikut mod pemanduan.

    Bagi memilih mod pemanduan ini, ia sekarang menggunakan tombol bulat menggantikan butang jenis tekan sebelum ini. Pada tombol ini, apabila dipusing, anda boleh memilih mod Eco, Comfort atau Sport, tetapi apabila ditekan, ia boleh mengubah mod kawalan cengkaman yang disediakan dalam tiga pilihan iaitu Snow, Mud dan Sand. Setiap mod mempunyai tindak balas kawalan cengkaman, transmisi serta enjin yang berbeza. Kona facelift ini masih lagi menggunakan pacuan dua roda hadapan.

    Melengkapi ciri baru pada Kona adalah sistem masuk tanpa kunci dengan fungsi hidupkan enjin dari jauh, serta soket USB dan tempat cawan untuk penumpang belakang. Model 2.0 asas juga datang dengan lampu utama automatik, butang pemula enjin, pengawal pendingin hawa manual, larasan tempat duduk manual, cruise control, sistem pemerhati tekanan angin tayar, pengesan undur, kamera belakang dan enam pembesar suara.

    Hyundai Kona facelift tiba di Malaysia – dua varian 2.0L NA CVT, harga antara RM120k hingga RM137k

    Varian Active ditambah dengan lampu kabus hadapan, sistem pendingin hawa automatik satu zon, tempat duduk pemandu larasan kuasa, pengelap cermin automatik, head-up display, pengesan jarak hadapan dan cermin sisi dengan fungsi pemanas. Untuk aspek keselamatan, semua model mendapat enam beg udara, ABS dengan EBD dan BA, Stability COntrol, Hill Start Assist, Hill Descent Control dan Isofix.

    Aspek ini dijadikan lebih lengkap pada varian Active, di mana ia ditambah lagi dengan pakej SmartSense yang terdiri daripada Autonomous Emergency Braking dengan pengesan pejalan kaki, Lane Keeping Assist, Blind Spot Monitoring dengan bantuan stereng, Rear Cross Traffic Alert dengan bantuan brek serta lampu tinggi automatik. Ia juga mendapat empat ciri baru termasuk Lane Centring Assist (masih tiada Adaptive Cruise Control), Front Departure Alert, serta amaran buka pintu dan tempat duduk belakang.

    GALERI: Hyundai Kona 2.0 facelift 2021

    GALERI: Hyundai Kona 2.0 Active facelift 2021

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025