Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Hyundai Santa Cruz – teaser disiar, disifatkan sebagai “kenderaan Sport Adventure”, didedah minggu depan

    Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya Hyundai mengesahkan bahawa mereka bakal mendedahkan trak pikap mereka yang digelar Santa Cruz pada 15 April ini, dan sebelum itu satu video teaser yang menunjukkan lakaran model berkenaan telah pun disiarkan.

    Menurut Hyundai, Santa Cruz bukanlah trak pikap, sebaliknya ia lebih disifatkan sebagai “kenderaan Sport Adventure”. Rekaan lakaran yang didedahkan ini juga menampilkan profil sisi yang seakan sama dengan model konsepnya yang didedahkan pada tahun 2015.

    Ia menampilkan tiang-C yang landai, tetapi model produksi ini menampilkan konfigurasi double cab sebenar, berbanding versi konsep yang diberikan pintu hadapan lebih panjang bersama pintu belakang yang dibuka terbalik (suicide door) memberikan rupa seakan trak pikap single cab.

    Hyundai Santa Cruz – teaser disiar, disifatkan sebagai “kenderaan Sport Adventure”, didedah minggu depan

    Manakala pada muka pula, Santa Cruz versi produksi yang direka oleh pasukan pereka California di Hyundai Design North America ini tampil dengan rekaan seakan SUV segmen-C Hyundai Tucson generasi terkini, menggunakan gril ‘parametic jewel‘ bersama lampu hadapan LED ‘Parametic Hidden Lights’ yang seakan ‘menyamar’ sebagai sebahagian daripada elemen pada gril.

    Tiada perincian lain serta sebarang maklumat teknikal didedahkan oleh Hyundai buat masa sekarang. Jenama dari Korea Selatan berkenaan cuma menyatakan bahawa Santa Cruz bakal menawarkan “rekaan yang garang dan sofistikated, pilihan rangkaian kuasa yang berkuasa dan efisien, bed terbuka yang fleksibel untuk membawa kelengkapan, sistem terhubung yang maju, serta platform pacuan semua roda yang sangat boleh dikendalikan secara seimbang sama ada di kawasan urban atau persekitaran yang fokus kepada pengembaraan.”

    Namun sebelum ini ketua produk global Hyundai, Lorenz Glaab telahpun mengesahkan bahawa Santa Cruz tidak menggunakan casis ladder frame seperti pesaingnya yang lain seperti Ford Ranger atau Toyota Hilux, sebaliknya ia dihasilkan di atas platform unibody yang sama dengan SUV Hyundai Tucson generasi baharu.

    Hyundai bukanlah pengeluar pertama yang menghasilkan trak pikap dengan konsep berkenaan, kerana Honda juga telah sekian lama menghasilkan trak pikap unibody dengan asas kenderaan pacuan hadapan (bersama sistem AWD) untuk pasaran Amerika Syarikat iaitu Honda Ridgeline. Malah trak pikap pertama Hyundai yang dihasilkan pada era 70’an dulu juga sama, diasaskan dari sedan Hyundai Pony seperti Proton Arena.

    Secara spesifik, platform unibody generasi baharu untuk asas Santa Cruz dan Tucson tersebut digelar sebagai ‘M3’ dan ia turut menjadi asas kepada SUV divisi mewah Hyundai, Genesis GV80. Jadi boleh dijangka unit janakuasa pada Santa Cruz ini juga akan mirip kepada sebuah SUV dengan suspensi bebas di belakang yang lebih selesa, serta sistem pacuan semua roda sepanjang masa tanpa transfer case dengan gear rendah.

    Untuk enjin, penawarannya juga mungkin mirip dengan Hyundai Tucson generasi ke-empat berkenaan, ditawarkan dengan enjin petrol Smartstream 2.5 liter suntikan-terus empat-silinder NA berkuasa 190 PS/260 Nm untuk versi tanpa sistem hibrid.

    Juga tidak mustahil ia akan hadir dengan enjin diesel dari barisan SUV Hyundai yang lain, seperti unit turbodiesel 2.2 liter R CRDi berkuasan 193 PS/440 Nm pada Santa Fe, dan juga enjin 3.0 liter enan-silinder turbodiesel sama seperti Genesis GV80.

     
     
  • ACE 2021: Miliki Lexus UX dari RM1,938 sebulan dengan pelan Next Step, tambahan baucar RM2,550

    ACE 2021: Miliki Lexus UX dari RM1,938 sebulan dengan pelan Next Step, tambahan baucar RM2,550

    Tidak sampai satu minggu lagi, acara ACE 2021, ditaja bersama oleh Carsome akan berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) 17 dan 18 April ini. Di sana anda berpeluang memandu uji dan membeli kereta pilihan, dan disediakan dengan pelbagai promosi untuk menjadikannya lebih berbaloi.

    Lexus, yang menyertai acara ini bersama pelbagai lagi jenama lain akan memberi peluang yang lebih mudah kepada anda untuk memiliki crossover UX, melalui pelan Next Step yang ditawarkan oleh Lexus Capital Services.

    Pelanggan boleh mendapatkan pelan bayaran balik yang bermula serendah RM1,938 sebulan, dan ia tidak berakhir di situ. Pelan Next Step juga akan menawarkan fleksibiliti untuk meningkatkan bayaran bulanan sekiranya pendapatan pelanggan bertambah pada masa hadapan – anda dapat melangsaikan bayaran penuh lebih cepat.

    ACE 2021: Miliki Lexus UX dari RM1,938 sebulan dengan pelan Next Step, tambahan baucar RM2,550

    Sebagai tambahan, paultan.org akan memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baru. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Lexus menyertai beberapa lagi jenama premium seperti BMW dan MINI di ACE, sementara jenama lain yang turut hadir adalah termasuk Ford, Honda, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Toyota dan Volkswagen. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!

    ACE 2021: Miliki Lexus UX dari RM1,938 sebulan dengan pelan Next Step, tambahan baucar RM2,550

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
  • Hyundai Malaysia lancar program kesetiaan pelanggan servis selepas jualan untuk pemilik kereta lama & baru

    Hyundai Malaysia lancar program kesetiaan pelanggan servis selepas jualan untuk pemilik kereta lama & baru

    Bagi menghargai pelanggan-pelanggannya yang terus kekal menghantar kereta Hyundai mereka untuk diselenggara di pusat servis bertauliah walaupun tak kira semasa dalam tempoh atau selepas habis waranti, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini melancarkan dua program kesetiaan pelanggan untuk servis selepas jualan iaitu i-Care Plus dan juga Kad Kesetiaan (Loyalty Card).

    Kedua-dua program ini hanya layak untuk pelanggan mana-mana pelanggan yang memiliki kenderaan Hyundai dan ia bakal menawarkan pelbagai diskaun dan juga barangan percuma. Pelanggan boleh mendaftar untuk menyertai kedua-dua program ini di kesemua pusat servis bertauliah Hyundai di seluruh Malaysia.

    Program i-Care Plus adalah eksklusif untuk kereta Hyundai yang telah berusia empat tahun atau lebih. Dengan yuran hanya sebanyak RM20, pelanggan akan menerima enam baucar yang menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk alat-alat ganti terpilih, serta diskaun 5 peratus untuk kos upah, serta dua botol minyak enjin dan penapis pelincir secara percuma. Program ini hanya ditawarkan dalam masa terhad bermula 1 April lalu, dan ia hanya sah digunakan dalam masa 35 bulan dari tarikh pembelian.

    Manakala untuk Kad Kesetiaan, ia akan diberikan secara automatik bagi setiap pemilikan mana-mana model Hyundai. Antara keistimewaan yang diberikan kepada pemegang kad ini termasuk promosi eksklusif bulanan seperti diskaun 20% untuk produk KLIMA Fresh dan Bluechem pada bulan April ini.

    Menurut HSDM lagi, pelanggan boleh menjangkakan lebih banyak keistimewaan yang akan ditawarkan pada masa hadapan seperti diskaun bulan hari lahir untuk servis selepas jualan, diskaun untuk barangan-barangan Hyundai dan juga harga tukar-beli yang tinggi sekiranya pelanggan membeli kereta Hyundai yang baharu.

    Pelanggan sedia ada boleh mendaftar bagi mendapatkan Kad Kesetiaan masing-masing di mana-mana pusat servis Hyundai yang bertauliah dan boleh mengetahui kemaskini pelbagai promosi yang dibuat menerusi laman sesawang rasmi Hyundai Malaysia.

    Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung menyatakan bahawa program kesetiaan pelanggan yang baharu ini adalah testimoni terhadap janji syarikat bagi menawarkan nilai yang tinggi kepada pemilik kereta Hyundai di Malaysia, dengan semangat dari cogankata ‘Geared for Distinction.’

    “Kami harap untuk memberikan lebih nilai dan manfaat kepada pelanggan kami menerusi program yang direka khas sebegini, kerana kami fokus untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dengan Hyundai,” tambah Low lagi.

     
     
  • ACE 2021: Beli Volkswagen dengan rebat sehingga RM5,500, ditambah dengan baucar bernilai RM2,550

    ACE 2021: Beli Volkswagen dengan rebat sehingga RM5,500, ditambah dengan baucar bernilai RM2,550

    Acara Auto Car Expo (ACE) 2021 oleh paultan.org bersama tajaan Carsome akan berlangsung tidak lama lagi, di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) 17 dan 18 April ini. Sekiranya anda ada bercadang mahu membeli kenderaan baru, ini adalah tempatnya kerana terdapat banyak tawaran menarik.

    Salah satu jenama yang menyertai acara ini iaitu Volkswagen, menyediakan promosi RM1,000 untuk semua model, khas waktu ACE 2021. Ini diberikan sebagai tambahan kepada tawaran lain, termasuk rebat RM4,500 untuk Arteon 2.0 TSI R-Line.

    Sementara itu, bagi semua varian Tiguan Allspace – 1.4 TSI Highline dan 2.0 TSI R-Line 4Motion – serta Passat 2.0 TSI Elegance dan 2.0 TSI R-Line, Volskwagen menyediakan rebat RM3,500.

    ACE 2021: Beli Volkswagen dengan rebat sehingga RM5,500, ditambah dengan baucar bernilai RM2,550

    Mereka yang membeli Passat 2.0 TSI Elegance juga akan diberi pilihan salah satu daripada dua hadiah tambahan, iaitu baucar percutian ke Pangkor Laut Resort berharga RM3,298 atau insurans percuma selama satu tahun. Passat 2.0 TSI R-Line juga datang dengan pilihan hadiah percutian yang sama, atau petrol percuma untuk satu tahun.

    Tawaran ini tidak berakhir di situ sahaja kerana paultan.org akan memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baru. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    ACE turut akan disertai oleh pelbagai jenama lain termasuk Ford, Honda, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Toyota dan Volkswagen. Meskipun acara ini memberi lebih tumpuan kepada jenama biasa, jenama premium juga akan turut serta seperti BMW, Lexus dan MINI. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing di situ!

    ACE 2021: Beli Volkswagen dengan rebat sehingga RM5,500, ditambah dengan baucar bernilai RM2,550

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
  • Citroen C5 dalam teaser, akan dilancarkan 12 April

    Citroen C5 dalam <em>teaser</em>, akan dilancarkan 12 April

    Sebuah iklan teaser bagi model serba baru Citroen C5 telah muncul dalam video, sebelum pelancaran rasminya yang dijadualkan pada 12 April ini. Seperti yang telah dilihat dalam gambaran spyshot yang muncul sebelum ini, C5 generasi baru ini akan meninggalkan reka bentu sedan dan beralih kepada rekaan crossover selepas ini.

    Rekaan semula ini mengambil masa selama beberapa tahun, dengan Citroen memaklumkan pada tahun 2018 yang syarikat itu akan memberi nafas baru kepada penggayaan saloon yang ditampilkan pada C5 sedan terdahulu. Sentuhan rekaan dari model konsep CXperience pernah dicadangkan penerapannya pada model yang lebih besar akan datang seperti pada C5, dan sebahagian sentuhan lain yang lebih bersegi misalnya memang kelihatan pada lampu utama.

    Rekaan dalaman bagaimanapun masih belum ditunjuk, dan sekiranya rekaan yang ada pada CXperience akan menjadi cerminan, makal C5 mungkin akan mewarisi reka bentuk dalaman yang juga mirip seperti itu — kerusi balutan kulit, kemasan kayu dan krom, menawarkan keselesaan — menurut CEO Citroen pada 2018, Linda Jackson.

    Crossover C5 akan datang dibangun mengguakan binaan EMP2 yang sama ada pada Peugeot 508; sama seperti rakan segmen D tersebut, C5 juga kemungkinan besar akan ditawarkan dalam versi janaan plug-in hybrid. Jika melihat pada model 508 PSE, unit berkenaan menjana 360 hp dan 520 Nm tork dan boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat.

    Versi janaan lebih sederhana juga mungkin ditawarkan, misalnya versi janaan hibrid 225 hp, yang menggunakan enjin 1.6 liter 180 hp empat-silinder petrol serta 110 hp motor elektrik. Ini akan memberikan jarak EV penuh sebanyak 50 km dalam kitaran NEDC dalam 508 Hybrid, memanfaatkan pek bateri 300 volt 11.8 kWh. Perincian lanjut berkaitan Citroen C5 generasi akan datang ini dilancarkan pada 12 April kelak.

     
     
  • Ujian IMBRT di Johor secara rasmi telah bermula

    Ujian IMBRT di Johor secara rasmi telah bermula

    Selepas pengumuman dibuat bulan lalu, hari ini secara rasminya ujian perintis projek sistem Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) telahpun dimulakan. Majlis perasmian ujian berkenaan telahpun dibuat bagi tadi di Iskandar Puteri, Johor Bahru dengan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

    Seperti yang diumumkan sebelum ini, ujian rintis tersebut akan berjalan selama tiga bulan menggunakan bas berteknologi hijau berasaskan elektrik dan biodiesel daripada sembilan buah syarikat pengeluar bas tempatan dan antarabangsa.

    Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) serta agensi-agensi berkaitan akan turut menjalankan membuat penilaian, mengumpul maklum balas mengenai keberkesanan dan keselamatan bas serta mendapatkan kelulusan penggunaan sebenarnya kelak.

    Ujian IMBRT di Johor secara rasmi telah bermula

    DCIM101MEDIADJI_0393.JPG

    Selepas menyempurnakan majlis perasmian berkenaan, Datuk Ir. Hasni meluangkan masa meninjau model berskala Stesen IMBRT dan melawat tiga jenis bas untuk laluan perantara, terus dan utama sistem IMBRT daripada sembilan bas berteknologi hijau lain yang akan diuji.

    Beliau kemudiannya turut serta menaiki bas berkapisiti tinggi yang melalui Persiaran Puteri Selatan, Jalan Laksamana 1, Jalan Laksamana 2 dan Persiaran Dato’ Seri Amar sebelum berpatah balik ke lokasi permulaan.

    “Perkhidmatannya akan memastikan sistem pengangkutan awam yang efisien, mudah dan mesra alam, meliputi kawasan yang luas. Saya yakin ianya akan menjadi pemangkin pembangunan, tidak hanya bagi kawasan Iskandar Malaysia, tetapi bagi keseluruhan negeri Johor,” kata Menteri Besar berkenaan dalam ucapan perasmian projek ini.

    Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim pula menegaskan infrastruktur pengangkutan awam yang efisien dan bersepadu penting bagi menarik pelaburan asing dan domestik, sekaligus meningkatkan daya tarikan ke koridor pembangunan itu.

    “Projek IMBRT ini dijangka akan membuka sehingga 35,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Johor,” tambahnya lagi.

    Projek tersebut telah mengenal pasti laluan perantara, terus dan utama yang akan menghubungkan kawasan seluas 2,043 kilometer atau kira-kira 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia. Apabila dilaksanakan sepenuhnya, IMBRT mampu menghubungkan 55 laluan perantara dan 44 laluan terus dengan laluan utama merangkumi 33 stesen.

    Ujian IMBRT di Johor secara rasmi telah bermula

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan bulan lalu, IRDA menyatakan bahawa ujian perintis yang dilaksanakan ini akan berlangsung di sepanjang Lebuh Raya Sultan Iskandar, melibatkan laluan antara Anjung Medini ke Horizon Hill dalam tempoh tiga bulan bermula 8 April 2021.

    Manakala sembilan pembekal bas yang disebut berkenaan akan menjalankan demonstrasi teknologi bas mesra alam terkini termasuk menggunakan elektrik sepenuhnya dan biodiesel, melibatkan bas 6 dan 12 meter, serta ‘tren tanpa rel’ dengan panjang 32 meter Automated Rapid Transit (ART).

    Ujian ini turut akan disertai oleh Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) bagi membuat penilaian terhadap prestasi sistem ART berkenaan, terutamanya kebolehannya untuk mengambil pusingan, membuat pergerakan dan juga mengubah lorong di atas jalan raya.

    Manakala bas 6 meter pula akan melalui ujian bagi menilai prestasinya dalam laluan feeder serta penggunaan bateri untuk setiap trip bagi bas yang dijana kuasa elektrik sepenuhnya.

     
     
  • Geely Emgrand S tiba di China – enjin 1.4L turbo 141 PS dengan pilihan transmisi CVT atau manual

    Geely Emgrand S tiba di China – enjin 1.4L turbo 141 PS dengan pilihan transmisi CVT atau manual

    Geely Emgrand GS sudah diperkenalkan sejak tahun 2015, dan kini ia diberikan facelift yang ketara. Model baru ini sekarang dipanggil sebagai Emgrand S, dan akan mula dijual di China bermula 26 April. Huruf S pada namanya dikatakan membawa maksud seksi, pintar dan kejutan (sexy, smart dan surprise dalam Bahasa Inggeris).

    Bahagian pertama yang diubah adalah gril, di mana unit “expanding cosmos” diganti dengan jalur menegak seperti Xingyue L, Borui facelift dan Preface. Kemudiannya, lampu utama LED dijadikan lebih tajam, bampar direka semula dengan bukaan udara hiasan yang mempunyai jalur krom serta kemasan hitam pada bukaan udara bawah.

    Pada bahagian tepi, Emgrand S menggunakan garis badan yang bersambung dari lampu hadapan hingga pembuka pintu belakang. Bahagian bawah pintu juga dijadikan lebih agresif. Pergi ke belakang, lampu LED padanya dijadikan lebih nipis dan disambung dengan kemasan yang mempunyai tulisan Geely. Sedikit perubahan dibuat pada bahagian bampar.

    Geely Emgrand S tiba di China – enjin 1.4L turbo 141 PS dengan pilihan transmisi CVT atau manual

    Rekaan badan baru ini turut memberi kesan kepada dimensi kenderaan, di mana Emgrand S sekarang mencatat panjang 4,430 mm (-10 mm) dan tinggi 1,573 mm (+13 mm), sementara lebar dan jarak roda masih tidak berubah iaitu masing-masing 1,833 mm dan 2,700 mm.

    Sama seperti luar, bahagian dalam juga diberikan perubahan jelas, dengan rekaan papan pemuka baru yang menggunakan skrin sesentuh 10.25 inci di tengah. Di bawahnya terletak corong pendingin hawa, butang pemula enjin dan suis HVAC.

    Konsol tengah yang sebelum ini menaik ke hadapan diganti dengan unit yang lebih rata, seterusnya memberikan ruang untuk tempat meletak barangan dan cawan, serta tombol gear baru. Di hadapan pemandu, terdapat panel instrumen digital 10.25 inci baru serta roda stereng yang mempunyai bentuk rata di bawah.

    Beberapa bahagian seperti bawah stereng, tengah papan pemuka, tepi pintu serta tempat duduk dibalut dengan kmeasan kulit warna merah, sementara kemasan plastik berwarna kelabu serta lampu suasana 72 warna menjadikan keadaannya lebih premium.

    Melengkapi ciri ini, terdapat 10 pembesar suara, sistem bunyi 9.1 channel yang boleh disambungkan kepada lampu suasana, sistem GKUI dengan kawalan melalui pergerakan, perakam pemanduan, penapis udara CN95, sistem pengurusan udara AQS, sistem pendingin hawa automatik dengan corong di belakang serta pembersih udara ion negatif.

    Untuk sistem bantuan pemandu, crossover ini mendapat Lane Keeping Assist, Adaptive Cruise Control, pengesan tanda jalan, Autonomous Emergency Braking, sistem navigasi pintar dan bantuan lampu tinggi.

    Geely Emgrand S tiba di China – enjin 1.4L turbo 141 PS dengan pilihan transmisi CVT atau manual

    Di bawah bonetnya terdapat enjin petrol empat silinder 1.4 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa 141 PS (139 hp) dan 235 Nm tork. Ia dipadankan dengan sama ada transmisi manual enam kelajuan atau CVT, yang menurut Geely, boleh memberikan penggunaan bahan api serendah 5.9 l/100 km.

    Emgrand S akan dijual di China dalam empat varian, bermula dengan “Comfort” berharga 86,700 yuan (RM54,760), yang menggunakan padanan enjin 1.4T dengan transmisi 6MT. Tiga varian lain datang dengan transmisi CVT dan mempunyai harga 110,700 yuan (RM69,919) untuk varian paling tinggi.

     
     
  • Toyota Harrier 2021 dilancar di Malaysia – satu varian berenjin 2.0L NA CVT 173 PS, harga RM249,707

    Toyota Harrier 2021 dilancar di Malaysia – satu varian berenjin 2.0L NA CVT 173 PS, harga RM249,707

    Selepas beberapa siri teaser disiarkan, kini Harrier 2021 dilancar untuk pasaran Malaysia. Hanya satu varian ditawarkan, iaitu 2.0 Luxury, dengan harga RM249,707 tidak termasuk insurans, dan dikira sekali dengan rebat SST 50%. Harga ini akan diguna sehingga 30 Jun 2021, sebelum ia dinaikkan menjadi RM259,000. Jaminan adalah selama lima tahun tanpa had batuan.

    Bagi Harrier generasi keempat ini, ia dikuasakan oleh enjin empat silinder Dynamic Force 2.0 liter NA, dengan kemampuan 173 PS pada 6,600 rpm dan 203 Nm tork pada 4,400 hingga 4,900 rpm. Jumlah kuasa ini adalah lebih rendah berbanding enjin turbo yang diguna pada Harrier sebelum ini, dan dipadankan bersama transmisi Direct Shift CVT untuk menghantar kuasa tersebut kepada roda hadapan.

    Dibina atas platform GA-K TNGA, Harrier baru ini sedikit lebih besar dan rendah berbanding model sebelumnya, sementara rekaannya menerapkan konsep Dignified Elegance. Melengkapi bahagian luarnya adalah lampu utama Bi-LED Projector automatik, DRL LED, gril hadapan tertutup serta lampu belakang LED yang bersambung dari kiri hingga kanan.

    Toyota Harrier 2021 dilancar di Malaysia – satu varian berenjin 2.0L NA CVT 173 PS, harga RM249,707

    Di bahagian dalam, tempat duduknya dibalut dengan kulit kombinasi warna hitam, dengan pelarasan kuasa 12 arah berserta memori diberikan pada bahagian pemandu dan larasan kuasa empat arah untuk penumpang hadapan. Pada papan pemuka, walaupun tidak mendapat unit skrin sesentuh 12.3 inci seperti Jepun, model pasaran Malaysia ini dilengkapi dengan skrin sesentuh lapan inci yang boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Turut diberikan adalah head-up display, pengecas Qi tanpa wayar, kamera undur, enam pembesar suara, panel instrumen TFT berwarna tujuh inci, sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin serta pendingin hawa automatik dua zon. Di atas bumbung terdapat kaca panoramik luas tetapi tidak boleh dibuka.

    Kelengkapan lain yang diberikan terus adalah lampu kabus LED, rim 18 inci, roda stereng balutan kulit yang boleh dilaras secara elektronik, tempat duduk boleh sandar dan lipat 60:40, sistem telematik kenderaan, penapis haba cermin premium, kamera hadapan dan belakang serta pintu but bukaan tanpa sentuh.

    Pada bahagian keselamatan, Harrier 2021 dilengkapi pakej penuh Toyota Safety Sense, yang termasuk Autonomous Emergency Braking, Adaptive Cruise Control dengan fungsi gerak dan henti, Lane Centring Assist, Lane Keeping Assist, Blind Spot Monitoring dengan amarak trafik dari belakang serta lampu tinggi adaptif. Tujuh beg udara, Stability Control dan cangkuk ISOFIX juga diberikan secara standard.

     
     
  • SPYSHOT: Great Wall Ora Good Cat – satu lagi kereta elektrik dari China dilihat diuji di jalan raya Malaysia

    SPYSHOT: Great Wall Ora Good Cat – satu lagi kereta elektrik dari China dilihat diuji di jalan raya Malaysia

    Nampaknya banyak jenama China sedang mencuba nasib untuk memasarkan kereta-kereta elektrik sepenuhnya (EV) mampu milik mereka ke Malaysia – sebelum ini Ho Wah Genting (HWGB) telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan EV yang diberi nama Seiyong S1, dan terbaharu satu lagi EV dari China iaitu Ora Good Cat yang dihasilkan oleh Great Wall Motors (GWM) dilihat sedang diuji di sekitar Elmina, Shah Alam.

    Good Cat (yang diterjemah terus dari namanya di China iaitu Haomao) sebenarnya sudah pun masuk ke pasaran ASEAN, telah pun dilancarkan di Thailand Februari lalu. Ia dihasilkan dengan dimensi 4,235 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,596 mm tinggi serta jarak roda 2,650 mm berdasarkan platform Lemon GWM, yang turut digunakan sebagai asas untuk SUV Haval H6.

    Kereta elektrik dengan rupa comel seperti namanya ini digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 145 PS dan tork maksima 210 Nm, digandingkan dengan transmisi kelajuan-tunggal untuk memacu roda hadapan. Dengan rangkaian kuasa berkenaan bersama berat 1,510 kg, Good Cat mampu memecut dari 0 hingga 50 km/j dalam masa 3.8 saat dan kelajuan maksimanya pula dicatatkan pada 150 km/j.

    SPYSHOT: Great Wall Ora Good Cat – satu lagi kereta elektrik dari China dilihat diuji di jalan raya Malaysia

    Ia ditawarkan dalam dua pilihan kapasiti bateri iaitu 47.8 kWj dan juga 59.1 kWj. Bagi versi 47.kWj, ia mampu bergerak sejauh 401 km, manakala dengan bateri 59.1 kWj pula jarak geraknya adalah sejauh 501 km. Menurut GWM, dengan pengecaj AC standard, caj penuh mengambil masa sekitar lapan jam. Manakala dengan pengecaj cepat DC pula, bateri dapat dicaj dari 30% hingga 80% dalam masa 30 minit.

    Untuk praktikaliti, kereta elektrik kompak ini menawarkan ruang but dengan kapasiti 228 liter. Tempat duduk belakang Good Cat ini juga boleh dilipat bagi memberikan ruang kargo keseluruhan 858 liter. Ora Good Cat menampilkan suspensi Topang McPherson di hadapan dan juga torsion beam di belakang. Dua saiz rim ditawarkan iaitu 17- dan 18-inci, tetapi ia bergantung pada varian yang anda pilih.

    Bagi sistem keselamatan pula, ia hadir dengan pakej Ora Pilot Driving yang terdiri dari cruise control adaptif, kawalan pendikit berautomasi serta intelligent curve assist. Ia juga hadir dengan fungsi yang digelar Wisdom Dodge, membantu pemandu untuk mengelak kenderaan hadapan yang besar berada di lorong sebelah sambil kekal dalam lorong sendiri.

    Sistem keselamatan lain yang turut dibekalkan termasuk amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan automatik, pengesan titik buta dan amaran pelanggaran belakang. Kereta ini juga menerima satu lagi perincian unik yang digelar Ora Pilot Parking – ia adalah sistem bantuan parkir dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

    Dengan sistem berkenaan, Ora Good Cat ini mampu untuk ‘belajar’ dan mengingati laluan ke tempat parkir yang biasa digunakan oleh pemiliknya menerusi navigasi satelit dan juga radar ultrasonic. Apabila ia dipandu ke “kawasan biasa”, kereta ini akan secara automatik mencari ruang dan parkir dengan sendiri.

    Di China, Ora Good Cat dijual pada harga bermula 103,900 yuan (RM65,221) hingga 143,900 yuan (RM90,340). Walaupun kereta tersebut sudah kelihatan di sini, sebenarnya masih lagi belum pasti sama ada ia akan masuk ke pasaran Malaysia atau tidak.

    Walau bagaimanapun, GWM kini sedang melabur dalam jumlah yang besar di Thailand bagi mengembangkan pasaran eksportnya serta menjadi hab EV. Jadi memang ada kemungkinan bahawa Ora Good Cat ini akan diperkenalkan di Malaysia pada masa akan datang.

     
     
  • ACE 2021: Rebat hingga RM5k untuk kereta Honda, serta baucar RM2,450 tambahan daripada kami!

    ACE 2021: Rebat hingga RM5k untuk kereta Honda, serta baucar RM2,450 tambahan daripada kami!

    Penganjuran sulung pameran jual-beli kenderaan Auto Car Expo (ACE) 2021 oleh paultan.org dengan tajaan bersama Carsome akan berlangsung pada hujung minggu 17-18 April nanti bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Terdapat banyak model kenderaan untuk didekati dan dipandu uji, serta tawaran istimewa menanti pengunjung.

    Antara jenama yang akan ikut serta dalam pameran ini ialah Honda, yang baru saja meraikan pencapaian satu juta kenderaan jenama itu di Malaysia bulan lalu. Kemeriahan sambutan itu akan dilanjutkan lagi sepanjang April melalui kempen “Sama-Sama Rewards”, yang menawarkan rebat sehingga RM5,000. Gabungkan bersama harga jualan dengan pengecualian SST ketika ini, pelanggan akan dapat berjimat lebih untuk model-model seperti City, Jazz, Civic, Accord, BR-V, HR-V dan CR-V.

    Terdapat banyak lagi promosi dan tawaran hebat daripada semua jenama terlibat, iaitu seperti Ford, Hyundai, Nissan, Proton, Mitsubishi, BMW dan Volkswagen. Sebahagian yang sudah pun diumumkan antaranya bagi 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan akan menikmati baucar gabungan bernilai RM2,450.

    ACE 2021: Rebat hingga RM5k untuk kereta Honda, serta baucar RM2,450 tambahan daripada kami!

    Ini termasuk baucar RM650 untuk DK SCHWEIZER sebagai tambahan, serta RM500 dari filem penapis haba V-Kool, baucar RM500 penapis udara Blueair, RM300 baucar Dodomat, RM300 baucar kerusi keselamatan kanak-kanak Recaro serta RM200 baucar minyak BHPetrol.

    Selain semua ini, tempahan yang disahkan juga membolehkan pengunjung untuk layar menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021: Rebat hingga RM5k untuk kereta Honda, serta baucar RM2,450 tambahan daripada kami!

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkaitan ACE 2021. Kami akan mengumumkan kemaskini promosi dan penyertaan pempamer dari semasa ke semasa. Jadi, teruskan bersama kami!

     
     
  • ACE 2021: Beli kereta Hyundai dapat kerusi Ogawa bernilai RM12k percuma, Kona facelift akan dipamer!

    ACE 2021: Beli kereta Hyundai dapat kerusi Ogawa bernilai RM12k percuma, Kona <em>facelift</em> akan dipamer!

    Penganjuran sulung pameran jual-beli kenderaan Auto Car Expo (ACE) 2021 oleh paultan.org dengan tajaan bersama Carsome akan berlangsung pada hujung minggu 17-18 April nanti bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Terdapat banyak model kenderaan untuk didekati dan dipandu uji, serta tawaran istimewa menanti pengunjung.

    Beli mana-mana model baru Hyundai dan anda akan menerima kerusi urut Ogawa Smart Vogue Prime secara percuma bernilai RM11,999, sebagai tambahan kepada pakej pembiayaan menarik yang menawarkan ansuran bermula RM958* sebulan. Lebih menarik, syarikat ini juga akan menawarkan nilai lebih tinggi bagi trade-in semua jenis kenderaan, menjadikan model Hyundai lebih mudah dimiliki oleh pelanggan.

    Bagi anda yang berhasrat untuk mencari sebuah SUV, Hyundai akan turut mempamerkan Kona facelift ketika acara ini. Crossover berkenaan telah diberikan rekaan lebih segar luar dan dalam dan dilengkapi dengan pelbagai teknologi serta ciri maju baru. Anda akan berpeluang untuk mendekati kereta ini di ACE kelak.

    ACE 2021: Beli kereta Hyundai dapat kerusi Ogawa bernilai RM12k percuma, Kona <em>facelift</em> akan dipamer!

    Terdapat banyak lagi promosi dan tawaran hebat daripada semua jenama terlibat, iaitu seperti Ford, Honda, Nissan, Proton, Mitsubishi, BMW dan Volkswagen. Sebahagian yang sudah pun diumumkan antaranya bagi 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan akan menikmati baucar gabungan bernilai RM2,450.

    Ini termasuk baucar RM650 untuk DK SCHWEIZER sebagai tambahan, serta RM500 dari filem penapis haba V-Kool, baucar RM500 penapis udara Blueair, RM300 baucar Dodomat, RM300 baucar kerusi keselamatan kanak-kanak Recaro serta RM200 baucar minyak BHPetrol.

    Selain semua ini, tempahan yang disahkan juga membolehkan pengunjung untuk layar menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021: Beli kereta Hyundai dapat kerusi Ogawa bernilai RM12k percuma, Kona <em>facelift</em> akan dipamer!

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkaitan ACE 2021. Kami akan mengumumkan kemaskini promosi dan penyertaan pempamer dari semasa ke semasa. Jadi, teruskan bersama kami!

     
     
  • ACE 2021: Nissan Navara 2021 akan dipamer; tempah dan nikmati baucar RM2,450 tambahan daripada kami!

    ACE 2021: Nissan Navara 2021 akan dipamer; tempah dan nikmati baucar RM2,450 tambahan daripada kami!

    Penganjuran sulung pameran jual-beli kenderaan Auto Car Expo (ACE) 2021 oleh paultan.org dengan tajaan bersama Carsome akan berlangsung pada hujung minggu 17-18 April nanti bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Terdapat banyak model kenderaan untuk didekati dan dipandu uji, serta tawaran istimewa menanti pengunjung.

    Akan ikut serta dalam pameran ini ialah Nissan, yang akan mempamerkan trak pikap Navara facelift yang akan dilancarkan secara rasmi sehari sebelum itu, pad 16 April nanti. Jangan lupa untuk berkunjung ke ACE 2021 dan menjadi yang terawal untuk mendekati trak pikap ini.

    Penampilan terbaru Navara ini mengambil ilham daripada trak pikap saiz besar Titan dari pengeluar yang sama, dan dipersembahkan juga dalam varian Pro-4X yang tampil bergaya dan garang, terutama dengan lanjutan lengkung tayar, tema hitam bagi lencana, gril, pemegang pintu, cermin, landasan bumbung dan pemijak sisi.

    Casis yang diperkemas pada model facelift ini juga memperbaiki bukan hanya pengendalian, tetapi juga tampungan beban yang kini menjadi 1.1 tan. Varian Pro-4X juga lengkap dengan ciri keselamatan maju, termasuk brek kecemasan autonomous, amaran penukaran lorong, peninjau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan lampu tinggi automatik melengkapkan lagi ciri sedia ada seperti kawalan kestabilan dan enam beg udara.

    ACE 2021: Nissan Navara 2021 akan dipamer; tempah dan nikmati baucar RM2,450 tambahan daripada kami!

    Terdapat banyak lagi promosi dan tawaran hebat daripada semua jenama terlibat, iaitu seperti Ford, Honda, Hyundai, Proton, Mitsubishi, BMW dan Volkswagen. Sebahagian yang sudah pun diumumkan antaranya bagi 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan akan menikmati baucar gabungan bernilai RM2,450.

    Ini termasuk baucar RM650 untuk DK SCHWEIZER sebagai tambahan, serta RM500 dari filem penapis haba V-Kool, baucar RM500 penapis udara Blueair, RM300 baucar Dodomat, RM300 baucar kerusi keselamatan kanak-kanak Recaro serta RM200 baucar minyak BHPetrol.

    Selain semua ini, tempahan yang disahkan juga membolehkan pengunjung untuk layar menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021: Nissan Navara 2021 akan dipamer; tempah dan nikmati baucar RM2,450 tambahan daripada kami!

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkaitan ACE 2021. Kami akan mengumumkan kemaskini promosi dan penyertaan pempamer dari semasa ke semasa. Jadi, teruskan bersama kami!

     
     
  • Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan di M’sia — ganti varian tertinggi Adventure X, harga RM141, 500

    Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan di M’sia — ganti varian tertinggi Adventure X, harga RM141, 500

    Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan secara rasmi model trak pikap Triton Athlete terbaru dalam satu majlis dalam talian. Triton Athlete merupakan model flagship dan varian tertinggi bagi barisan trak pikap berkenaan, menggantikan varian Triton Adventure X sebelum ini.

    Triton Athlete tampil dengan pakej estetik yang khusus dan menarik perhatian. Wajah depan Dynamic Shiled-nya terdiri daripada kemasan hitam berkilat, termasuk pada bahagian gril. Ia menggantikan bahagian dengan kemasan krom yang menghiasi model terdahulu. Di Thailand, model Athlete ini ada ejaan Mitsubishi tertulis di bawah loginya — tetapi versi Malaysia tiada perincian ini.

    Tema hitam ini diteruskan juga ke bahagian sisi, melibatkan bahagian perumah cermin sisi dan pemegang pintu kini dalam warna hitam berbanding dalam warna krom bagi Adventure X sebelum ini. Begitu juga dengan pemijak sisi dan rim 18-inci; Athlete juga menerima tambahan visor pintu aero.

    Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan di M’sia — ganti varian tertinggi Adventure X, harga RM141, 500

    Pelekat hiasan badan yang ada pada badannya juga kelihatan ketara, meliputi hampir separuh daripada permukaan badan trak pikap ini, termasuk pada kawasan pintu depan. Bahagian sisi ada ejaan Triton Athlete kelihatan di kawasan berdekatan lampu belakang.

    Di dalam, Athlete datang dengan kemasan jahitan warna oran pada balutan sterengnya, tombol gear serta tuil brek tangan. Kerusinya pula kekal dalam warna hitam dan tidak melibatkan jahitan sama — berbeza daripada versi pasaran Thailand yang hadir lebih banyak dengan perincian oren. Alas pintunya pula datang dengan pencahayaan LED.

    Ditawarkan dalam warna Sun Flare Orange Pearl seperti dalam gambar (Adventure X pertama kali menggunakan warna ini dan diperkenalkan pada November 2020), White Diamond dan Jet Black Mica, Triton Athlete dijual pada harga RM141,500 atas jalan tidak termasuk insurans. Ini RM3,600 lebih mahal berbanding Adventure X yang digantikannya.

    Penawaran lain semuanya bagaimanapun kekal sama, dengan enjin yang digunakan masih unit 2.4 liter MIVEC turbodiesel dengan 181 PS dan 430 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan dan sistem Super Select 4WD-II dengan kawalan menuruni curam.

    Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan di M’sia — ganti varian tertinggi Adventure X, harga RM141, 500

    Bagi aspek keselamatan, Triton Athlete datang dengan pelbagai ciri maju yang mendahului segmennya. Ini termasuklah Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW with LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), Auto High Beam (AHB) dan tujuh beg udara.

    Triton paling lengkap ini juga datang dengan peninjau 360-darjah (untuk parkir), dashcam dan skrin sentuh 7.0-inci dengan sokongan AppleCarPlay dan Android Auto sebagai ciri standard.

    Dengan kehadiran Triton Athelete ini, barisan Triton di Malaysia kini terdiri daripada Triton Athlete, Triton AT Premium (RM121,000), Triton MT Premium (RM113,300), Triton AT (RM105,990), Triton MT (RM100,200) dan paling asas Triton Quest (RM79,890). MMM juga pernah menggunakan nama sama sebelum ini bagi penawaran versi tahun 2018.

     
     
  • UMW Toyota dan Lexus catat peningkatan jualan 62% bagi Q1 2021; Corolla Cross CBU habis, versi CKD Q4

    UMW Toyota dan Lexus catat peningkatan jualan 62% bagi Q1 2021; Corolla Cross CBU habis, versi CKD Q4

    UMW Toyota Motor (UMWT) melaporkan lebih 17,000 unit kenderaan Toyota dan Lexus telah terjual sepanjang suku pertama 2021. Jika digabungkan angka dua jenama berkenaan, syarikat itu memperoleh kira-kira 12.1% perkongsian dalam pasaran tempatan. Prestasi jualan suku pertama itu juga 62% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Model paling laris bagi UMWT ialah Toyota Vios dan Toyota Hilux; telah diberi kemaskini pada Oktober 2020, Hilux terus menjadi pendahulu bagi pasaran trak pikap dengan 56% perkongsian pada suku pertama tahun ini. Dengan Honda Jazz generasi ketiga yang kini berada di penghujung hayatnya, Toyota Yaris menduduki tempat pertama dalam segmen hatchback bukan nasional, dengan anggaran perkongsian pasaran 73% bagi suku pertama.

    Kedua-dua Yaris dan Vios diberikan kemaskini pada Disember 2020. Kini dengan GR-S yang lebih sporty sebagai varian tertinggi, Vios telah mencatatkan jualan sekitar 5,600 pemilik bari sejak dilancarkan. UMWT menjelaskan, daya penarik model berkenaan dijangka akan terus meningkat, dengan perlumbaan Vios Challenge yang kini dalam musim keempat turut meningkatkan lagi perhatian terhadan sedan segmen B tersebut.

    UMW Toyota dan Lexus catat peningkatan jualan 62% bagi Q1 2021; Corolla Cross CBU habis, versi CKD Q4

    Pada Februari lalu pula, Toyota memperkenalkan MPV Innova dan SUV Fortuner yang dikemaskini. Ini kemudiannya diikuti oleh pengenalan sulung Corolla Cross bulan lalu. Crossover terbaru itu, yang diperkenalkan dalam dua varian dengan enjin 1.8 liter (G dan V), diimport dari Thailand.

    Unit CBU itu kini sudah habis terjual, dan Toyota akan meneruskan pengambilan tempahan bagi unit CKD pula selepas ini, yang dijangka akan mula diserahkan dalam suku keempat tahun ini. Sebuah lagi kereta yang telah habis dijual ialah FR Yaris yang juga diperkenalkan Disember tahun lalu.

    Menjelang Hari Raya Aidilfitri akan datang, UMWT juga akan menjalankan kempen “Countless Rewards” sebagai insentif tambahan untuk pelanggan membeli kenderaan sebelum tamatnya pengecualian cukai pada 30 Jun ini. Syarikat itu juga menyediakan pembiayaan EZ Beli yang menawarkan ansuran bulanan lebih rendah.

     
     
  • Harga minyak 8-14 April – RON97 naik 2 sen seliter

    Harga minyak 8-14 April – RON97 naik 2 sen seliter

    Bagi minggu bertarikh 8 hingga 14 April 2021, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan sekali lagi terdapat peningkatan harga bagi petrol RON 97 iaitu sebanyak dua sen seliter. Di mana daripada RM2.52 seliter, ia bakal menjadi RM2.54 seliter untuk minggu tersebut.

    Walau bagaimana pun, harga bagi petrol RON 95 pula masih kekal pada paras harga siling yang ditetapkan iaitu RM2.05 seliter.

    Begitu juga dengan harga runcit diesel yang turut kekal pada paras RM2.25 seliter bagi Euro 5 (B7).

    Pada 31 mac lalu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan diesel gred Euro 5 akan menggantikan diesel Euro 2M bermula 1 April. Walau pun pelaksanaan perkara ini belum dapat dipastikan lagi, namun BHPetrol dan Caltex telah mengemaskini laman web masing-masing dengan perincian baharu mengenai formulasi diesel Euro 5 (B10), bersmaa dengan minyak diesel Euro 5 sedia ada (yang kini dilabelkan sebagai B7).

    Jika keputusan ini dilaksanakan, kita bakal mempunyai dua pilihan bahan api diesel di Malaysia – yang kedua-duanya mengikut standard Euro 5, tetapi dengan dua pilihan campuran biodiesel sawit metil ester (B10 sebagai diesel asas, B7 pula pilihan yang lebih. premium dan mahal). Nantikan laporan perkembangan terkini daripada jenama bahan api lain.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025