Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Beli kereta Carro Certified berharga RM1? Ini caranya

    Beli kereta Carro Certified berharga RM1? Ini caranya

    Carro Malaysia sedang meraikan pertukaran nama dari myTukar dengan menawarkan promosi yang membolehkan anda untuk membeli kereta Carro Certified dengan hanya RM1! Ya, betul — satu ringgit sahaja.

    Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli sebuah kereta Carro Certified bermula dari sekarang hingga 17 Mac 2024, dan anda secara automatik akan layak. Jika anda pemenang bertuah itu, kereta yang anda beli akan dijadikan nilai pembelian kepada RM1 tersebut!

    Klik sini untuk stok Carro Certified.

    Apa itu Carro Certified?

    Kereta Carro Certified didatangkan dengan pemeriksaan 160-poin, jaminan lima-hari pulangan semula wang dan jaminan enjin dan kotak gear selama 12-bulan. Ini bermakna semua kereta Carro Certified adalah Sebaik Kereta Baharu.

    Juga, semua kereta Carro Certified tidak diubah meter perbatuannya, dan tidak pernah terlibat dalam kemalangan teruk, atau mengalami kerosakan akibat terbakar mahupun banjir.

    Semua terma dan syarat kempen berkenaan ada di sini.

     

    Comments are Disabled | Leave a comment?

     
  • Proton sasar jadi tiga jenama automotif paling laris di Bangladesh selepas tiga tahun operasi CKD bermula

    Proton sasar jadi tiga jenama automotif paling laris di Bangladesh selepas tiga tahun operasi CKD bermula

    Proton mensasarkan untuk menjadi tiga automotif paling laris di Bangladesh dalam masa tiga tahun selepas operasi pemasangan tempatannya (CKD) di negara berkenaan bermula pada hujung tahun ini. Perkara ini disebut oleh CEO syarikat itu, Dr Li Chunrong ketika pelancaran Proton X90 di pasaran Bangladesh 29 Februari lalu.

    Di Bangladesh, hak pengedaran kenderaan jenama Proton diberikan kepada Rancon Holdings Berhad. Selain dari X90, Rancon turut telah melancarkan X70 pada pasaran tersebut. Bukan hanya rangkaian pengedar dan pusat servis, kilang pemasangan Proton di Bangladesh ini kelak turut akan diuruskan oleh Rancon.

    “Proton yakin Rancon Holdings adalah rakan kongsi yang sempurna untuk Proton berjaya di Bangladesh. Mereka sudah pun menubuhkan rangkaian jualan dan selepas jualan dan akan melabur untuk membina barisan pembuatan untuk memasang kenderaan Proton secara tempatan pada masa hadapan. Dengan lebih banyak tawaran dalam perancangan, serta komitmen kami untuk menyokong semua aspek perkongsian, kami menyasarkan untuk menjadi jenama 3 teratas di Bangladesh dalam tempoh tiga tahun,” kata Dr Li.

    Operasi pemasangan tempatan di Bangladesh tersebut akan dimulakan dengan pemasangan X90 yang dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo bersama sistem hibrid ringkas 48-Volt. Sebelum kilang tersebut beroperasi, Proton menyatakan bahawa ia yakin dengan status kenderaan tenaga baharu (NEV) pada X90 dapat mewujudkan niche pasaran di negara berkenaan.

    Proton sasar jadi tiga jenama automotif paling laris di Bangladesh selepas tiga tahun operasi CKD bermula

    Menurut Proton lagi, sasaran untuk menjadi tiga pengeluar teratas di Bangladesh akan dipacu oleh kewujudan kilang pemasangannya di negara itu. Ini kerana dengan adanya kilang berkenaan membolehkan Proton menjual produknya dengan harga yang lebih kompetitif kerana menerima kadar cukai yang lebih rendah.

    Selain itu, kilang baharu itu juga “akan menggalakkan pembangunan pekerja tempatan mahir sambil membangkitkan ekosistem vendor melalui pemindahan teknologi, dengan piawaian pengeluaran yang ketat dikuatkuasakan bagi memastikan output sepadan dengan kualiti kenderaan yang dibina di Tanjung Malim,” kata Proton.

    “Untuk memastikan kualiti produk di pasaran eksport yang dipasang secara tempatan adalah setara dengan kenderaan yang dibina di Malaysia, Proton bersandar pada pengalamannya manggunakan Volvo Global Quality Standard, yang telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti produk kami. Kami sedar bahawa terdapat banyak cabaran di hadapan kami untuk mencapai tahap ini dan untuk perkongsian ini mencapai matlamatnya, tetapi kami yakin bahawa bersama rakan kongsi kami, jenama Proton boleh menjadi lekapan utamadi Bangladesh,” tambah Dr Li.

    Pelancaran Proton X90 di Bangladesh ini telah disempurnakan oleh Haznah Md. Hashim iaitu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Rakyat Bangladesh. Di sana, Proton X90 ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium tujuh-tempat duduk dan juga Flagship enam-tempat duduk. Menurut laporan BNN, model ini dijual pada harga bermula 4,590,000 taka (RM198k) sehingga 4,990,000 Taka (RM215k). Proton turut mengesahkan X90 mendapat sambutan yang baik di mana 25 unit telah didaftarkan dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas pelancarannya.

     
     
  • Mitsubishi Triton AT Premium 2024 edisi terhad — aksesori RM10,800, duit raya RM2k hingga 31 Mac

    Mitsubishi Triton AT Premium 2024 edisi terhad — aksesori RM10,800, duit raya RM2k hingga 31 Mac

    Musim Raya akan tiba tidak lama lagi, dan seperti biasa pengeluar kenderaan akan memberikan promosi khas yang sukar diabaikan. Tidak ketinggalan ialah tawaran istimewa daripada Mitsubsihi Motors Malaysia (MMM) ini, yang memberikan duit raya RM2,000 — dalam bentuk rebat — bagi trak pikap Triton, bermula sekarang hingga 31 Mac nanti. Varian yang sah untuk diskaun ini ialah AT Premium (dan versi edisi terhadnya) dan juga Athlete.

    Pakej aksesori yang diberikan untuk Triton AT Premium edisi terhad juga dinyatakan nilainya RM10,800 (ia dijual pada harga yang sama dengan AT Premium biasa, RM135,900). Trak pikap yang diberi kemasan khas itu hanya ditawarkan dengan warna White Diamond dengan pelekat tema RalliArt.

    Selain itu, ada juga tambahan kelengkapan seperti skid plate merah-hitam di depan, lengkung tayar hitam berkilat, visor pintu dan sports bar hitam kesat — seperti yang ada untuk versi Phantom Plus tahun 2022. Rim pula bersaiz 18-inci dengan tayar Yokohama Geolandar, dengan bahagian dalam turut diberikan kemasan hitam merah.

    Mitsubishi Triton AT Premium 2024 edisi terhad — aksesori RM10,800, duit raya RM2k hingga 31 Mac

    Selebihnya, kelengkapannya sama dengan AT Prmeium biasa; menggunakan enjin 2.4-liter MIVEC empat-silinder turbodiesel yang menghasilkan 181 PS dan 430 Nm tork. Ini digandingkan pula dengan transmisi autimatik enam-kelajuan dan sistem pacuan empat roda separuh masa Easy Select 4WD.

    Kelengkapan yang ada termasuklah lampu utama projektor halogen, lampu kabus depan dan belakang, sistem tanpa kunci, butang Push Start, head unit dengan skrin sentuh dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, enam pembesar suara, kawalan pendingin automatik, kawalan melayar, balutan kulit buatan, dash cam, kamera undur, dua beg udara dan kawalan kestabilan.

     
     
  • Hong Leong Yamaha Motor panggil balik NVX, R15M

    Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengeluarkan satu notis panggilan balik untuk pemilik motosikal model NVX dan R15M yang dikeluarkan dari tahun 2021 hingga 2023 di Malaysia. Ia adalah bagi melakukan program penukaran dan naik taraf alat ganti yang dipanggil sebagai Communication Control Unit (CCU).

    Unit yang terkesan dengan panggilan balik ini boleh diketahui melalui nombor casis, iaitu bagi NVX ia adalah antara PMYSG7410L0000011 – P0039700 ke PMYSG7420L0000011 – P0026367, manakala untuk R15M adalah bagi unit antara PMYRG7910N0000011 – N0002990 ke PMYRG7910P0002991 – P0005190 dan PMYRG7910P0004991.

    HLYM juga menyatakan bahawa mereka tidak akan menghantar sebarang surat kepada pemilik, tetapi jika mereka mendapati motosikal mereka terlibat dengan panggilan balik ini, mereka boleh terus pergi ke pengedar rasmi motosikal Yamaha atau buat temu janji dengan mendaftar di laman ini.

    Sementara menunggu tiba waktu temu janji yang telah ditetapkan, pemilik dikatakan masih boleh terus menggunakan motosikal mereka, dan melakukan selenggara mengikut arahan yang tertulis dalam buku panduan pemilik.

     
     
  • Kerajaan akan fokus kepada pembangunan rangkaian pengecas EV, proses akan dipercepat – menteri MITI

    Kerajaan akan fokus kepada pembangunan rangkaian pengecas EV, proses akan dipercepat – menteri MITI

    Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, kerajaan dikatakan akan memberi fokus kepada pembangunan pusat pengecas pantas DC untuk mengurangkan kerisauan pengguna kenderaan elektrik (EV) apabila melakukan perjalanan jarah jauh.

    Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Liew Chin Tong, kementerian kini bersama dengan Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) kini sedang meneliti dan memperhalusi kajian untuk meningkatkan sasaran pengecas DC.

    Bercakap di dalam Dewan Rakyat, beliau berkata, hasil kajian ini akan dibentangkan semasa perjumpaan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) pada suku kedua tahun ini.

    Kerajaan akan fokus kepada pembangunan rangkaian pengecas EV, proses akan dipercepat – menteri MITI

    Demi membantu mencapai sasaran tempat mengecas EV yang ditetapkan oleh kerajaan, Liew berkata, syarikat konsesi akan bekerjasama dengan Tenaga Nasional untuk memastikan kuasa cukup bagi keperluan stesen pengecas EV jenis DC. Beliau menambah, Lembaga Lebuhraya Malaysia juga akan membantu syarikat konsesi serta pengendali pusat pengecas (CPO) EV untuk mempercepatkan proses kelulusan.

    Bulan lalu kementerian tersebut mengumumkan bahawa PLUS dan LLM telah bersetuju untuk memudahkan proses pembangunan dan meningkatkan jumlah stesen pengecas EV di sepanjang lebuh raya PLUS. Kedua-dua pihak akan mengenal pasti lokasi strategik untuk stesen pengecas baru di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian di sepanjang lebuh raya itu, sementara pembangunan substesen di lokasi yang diperlukan juga sedang diperhati.

    Tahun lepas kerajaan mengeluarkan meletakkan sasaran untuk mempunyai tambahan 100 lagi tempat mengecas EV di kawasan lebuh raya bertol menjelang tahun 2025. Pada masa ini, terdapat 60 pusat mengecas EV di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur, yang diletakkan di R&R serta stesen minyak.

     
     
  • Pengembara berkereta keluar masuk S’pura melalui Woodlands, Tuas boleh guna kod QR mulai 19 Mac

    Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memaklumkan mulai 19 Mac 2024, pengembara yang tiba dan keluar dari Singapura dengan kereta melalui tempat pemeriksaan Woodlands dan Tuas boleh menggunakan kod kod QR bagi menggantikan pasport untuk pelepasan imigresen lebih cepat dan mudah.

    Menurut ICA, pengembara berkenaan hanya perlu mengimbas satu kod QR yang dikeluarkan sebelum tiba di pusat pemeriksaan, berbanding menghantar pasport mereka kepada pegawai ICA di kaunter kereta seperti yang dipraktikkan sebelum ini, laporan Bernama.

    Bagi menggunakan Kod QR untuk pelepasan imigresen, pengembara perlu memuat turun aplikasi MyICA untuk peranti mudah alih mereka dan memasukkan butiran pasport dalam aplikasi itu untuk menghasilkan kod QR yang unik. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma sama ada menerusi App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).

    Pihak penguasa berkenaan turut berkata, warga Singapura boleh memasukkan secara automatik butiran pasport mereka menerusi SingPass apabila mengakses aplikasi MyICA atau menggunakan fungsi kamera terbina dalam aplikasi mudah alih untuk mengimbas Zon Boleh Dibaca Mesin (MRZ) pada muka surat biodata mereka di dalam pasport.

    “Pelawat asing yang mengunjungi Singapura sebelum ini boleh menggunakan kamera terbina dalam aplikasi MyICA untuk mengimbas MRZ muka surat biodata mereka dalam pasport untuk memasukkan maklumat pasport mereka,” kata ICA. MRZ adalah dua atau tiga baris aksara pada bahagian bawah muka surat biodata pasport mereka.

    Walau bagaimana pun, pelawat kali pertama dan mereka yang memasuki Singapura menggunakan pasport berbeza daripada kunjungan terakhir, perlu menyerahkan pasport mereka untuk pelepasan imigresen dan hanya boleh menggunakan kod QR untuk pelepasan imigresen pada perjalanan seterusnya.

    ICA berkata, pengembara dalam kereta sama boleh memasukkan butiran pasport mereka dan menghasilkan kod QR untuk satu kumpulan bagi pelepasan imigresen. Inisaitif kod QR ini membolehkan pengembara menikmati pengalaman lebih pantas dan mudah dengan anggaran penjimatan masa kira-kira 20 saat untuk kereta dengan empat pengembara kepada hampir seminit untuk kenderaan dengan 10 pengembara.

    Tambahnyam, pelepasan menggunakan kod QR bakal diperluaskan secara progresif ke zon pelepasan lain di pusat pemeriksaan darat dan ini akan membolehkan pengembara dalam kenderaan lain juga menikmati pelepasan imigresen yang pantas dan mudah.

     
     
  • Volkswagen Golf Mk8.5 facelift 2024 bakal dilancar di Malaysia tahun ini; ada edisi khas “GTI 50 Edition”?

    Volkswagen Golf Mk8.5 facelift 2024 bakal dilancar di Malaysia tahun ini; ada edisi khas “GTI 50 Edition”?

    Dalam ucapannya ketika majlis pelancaran SUV Flagship Volkswagen Touareg petang semalam, Pengarah Urusan VPCM Denyu Bostandzhiev turut membentangkan beberapa perancangan syarikatnya tahun ini, dan antara yang menarik perhatian adalah apabila beliau memberikan gambaran bahawa model kemaskini Volkswagen Golf generasi kelapan iaitu versi Mk8.5 facelift 2024 bakal dilancarkan di sini tak lama lagi.

    Bayangan pelancaran tersebut diberikan apabila Bostandzhiev menyatakan bahawa VPCM bakal menyambut ulangtahun ke-50 VW Golf di mana model generasi pertamanya telah diperkenalkan sejak 1974. Sambutan 50 tahun Golf ini juga sedang disambut oleh Volkswagen secara global, dan ia dimulakan dengan pengenalan Golf Mk8.5 facelift pada Januari lalu.

    Model kemaskini berkenaan menampilkan perubahan paling ketara pada bahagian lampu hadapan yang direka lebih nipis dan mempunyai lampu nyalaan siang bersegi di bahagian tepi. Lampu utama ini datang dalam tiga jenis, iaitu LED standard, diikuti pilihan prestasi yang datang dengan lencana menyala dan jalur LED di tengah, serta IQ.Light LED matrix. Lampu belakang juga mendapat rekaan pencahayaan baru dan mempunyai kesan 3D apabila mengambil pilihan IQ.Light.

    Volkswagen Golf Mk8.5 facelift 2024 bakal dilancar di Malaysia tahun ini; ada edisi khas “GTI 50 Edition”?

    Pada bahagian kabin, Golf facelift ini telah menggunakan kembali butang biasa pada stereng menggantikan panel sesentuh. Ia kini turut ditawarkan dengan sistem infotainmen modular generasi keempat (MIB4) Volkswagen yang antaranya menawarkan skrin Discover 12.9 inci, bersama fungsi kawalan suara IDA yang disepadukan dengan ChatGPT.

    Secara global, pelbagai pilihan enjin ditawarkan pada Golf Mk8.5 ini meliputi empat enjin petrol turbo, dua enjin turbodiesel, dua enjin petrol dengan sistem hibrid ringkas 48-volt dan dua varian menggunakan unit rangkaian kuasa plug-in hybrid.

    Bagi Golf GTI Mk8.5, enjin 2.0 liter turbo sedia ada kini ditala bagi menghasilkan 261 hp, atau 20 hp lebih berkuasa dari sebelum ini, dan ia masih digandingkan dengan kotak gear klac berkembar DSG tujuh kelajuan yang menggunakan klac basah.

    Buat masa sekarang, VPCM hanya menawarkan versi prestasi untuk Golf pada pasaran Malaysia iaitu Golf GTI dan Golf R selepas jualan bagi model varian asas R-Line 1.4 TSI di sini telah dihentikan pada Mac tahun lalu. Manakala untuk Golf GTI, ia kini telah dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang. Versi CKD untuk Golf R juga telah didedahkan namun ia masih belum dilancarkan secara rasmi.

    Berbanding dengan kemasukan model pre-facelift Mk8 yang lambat sekitar dua tahun untuk tiba ke pasaran tempatan, versi facelift Mk8.5 ini pula nampaknya jauh lebih cepat diperkenalkan di sini. Ini mungkin kerana fasiliti pemasangan di Pekan sudah sedia memasang versi sebelumnya, dan tidak banyak perubahan diperlukan bagi memasang versi kemaskini ini.

    Malah dalam ucapan Bostandzhiev semalam, beliau turut memberikan teaser bagi model istimewa Golf 50 Edition yang nampaknya turut akan diperkenalkan pada pasaran tempatan. Ketika didedahkan bulan lalu, Golf 50 Edition tersebut merupakan model yang diasaskan dari varian yang dijana oleh enjin 1.5 TSI dan diberikan beberapa perician unik seperti logo ’50’ yang letakkan pada tiang-B dan roda stereng.

    Jadi dengan pengenalan Golf Edition kelak, ini mungkin menandakan VPCM akan menawarkan semula Golf bukan prestasi dengan enjin 1.5 TSI atau mungkin Malaysia bakal menjadi negara pertama dalam dunia menerima Golf 50 Edition yang diasaskan dari Golf GTI?

     
     
  • BYD Atto 3 EV 2024 dikemaskini di Thai – skrin 15.6″, kabin hitam, penghidup enjin pintar, 18% lebih murah

    BYD Atto 3 EV 2024 dikemaskini di Thai – skrin 15.6″, kabin hitam, penghidup enjin pintar, 18% lebih murah

    BYD Atto 3 telah dikemaskini untuk model tahun 2024 di Thailand, di mana EV kelahiran China ini menerima kapasiti bateri yang lebih besar dan kelengkapan yang dipertingkatkan. Bagi versi Standard Range untuk Atto 3 2024 di Thailand ini, ia menawarkan dua kemasan iaitu Dynamic berharga 899,900 baht (RM118,531), dan Premium, berharga 949,900 baht (RM125,116), ternyata harganya lebih murah berbanding kadar semasa pada 1,099,900 baht (RM144,090) untuk Standard range.

    Unit yang ditempah oleh pelanggan dijangka tiba pada Mei, manakala versi Extended Range yang dipertingkatkan untuk Atto 3 2024 pula direncana akan dilancarkan tahun ini, laporan Headlight Magazine.

    Pek bateri lebih besar berkapasiti 50.25 kWh diberikan untuk Atto 3 2024 di Thailand, dan mengikut ujian NEDC, ia boleh mencapai jarak gerak hingga 410 km, dan ia diberikan untuk kedua-dua kemasan Dynamic dan Premium.

    Kelengkapan yang dipertingkatkan untuk Atto 3 2024 ini termasuklah perubahan pada bahagian luaran dan dalamannya. Bermula dengan kemasan luaran tiang-D yang kini ditampilkan dengan warna hitam, lebih kurang sama dengan yang diperoleh versi Edisi Terhad Ulangtahun di Malaysia.

    BYD Atto 3 EV 2024 dikemaskini di Thai – skrin 15.6″, kabin hitam, penghidup enjin pintar, 18% lebih murah

    BYD Atto 3 Edisi Terhad Ulangtahun 2023 di Malaysia

    Varian kemasan Dynamic menerika roda yang lebih besar, kini dengan unit 18-inci bersama rekaan baharu, sementara bahagian belakangnya kini ditampilkan dengan skrip jenama ‘BYD’, tidak ada lagi ‘Build Your Dreams’ seperti sebelum ini. Pembeli di Thailand juga menerima lampu nyalaan siang yang boleh dimatikan apabila memilih mod ‘Park’ pada transmisi kenderaan.

    Selain itu, fungsi penghidup kenderaan pintar juga diberikan, di mana kenderaan boleh dihidupkan debgan hanya memijak pedal brek berbanding menekan butang penghidup.

    Di dalamnya, skrin infotainmen boleh berpusing kini dipertingkatkan saiznya menjadi 15.6-inci (berbanding 12.8-inci pada model sebelumnya), dan infotainmen kini didatangkan dengan fungsi karaoke, sementara mikrofon tambahan turut diberikan secara pilihan dengan kos berasingan. Upholstery dalaman kini diberikan skim warna kombinasi biru-kelabu, atau padanan biru-hitam.

    Kelengkapan standard untuk Atto 3 Standard Range Dynamic 2024 bagi pasaran Thailand termasuklah lampu utama LED, lampu tinggi automatik dengan fungsi follow-me-home, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED dengan lampu isyarat berjujukan, bumbung suria panoramik, dan cermin sisi dengan fungsi anti-kabus.

    BYD Atto 3 EV 2024 dikemaskini di Thai – skrin 15.6″, kabin hitam, penghidup enjin pintar, 18% lebih murah

    BYD Atto 3 Edisi Terhad Ulangtahun 2023 di Malaysia

    Penjana kuasa untuk Atto 3 2024 masih menggunakan unit terdahulu, dengan motornya boleh menghasilkan 204 PS dan 310 Nm yang memacukan kuasa ke roda hadapan, membolehkan EV ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.3 saat.

    Di Malaysia, BYD Atto 3 telah menerima model Edisi Terhad Ulangtahun pada Disember tahun lalu, di mana EV ini menerima pakej penggayaan baharu, berasaskan varian Extended Range yang dilengkapi bateri 60.48 kWh yang memberikan jarak hingga 480 km mengikut ujian NEDC (420 km jika ikut WLTP).

    Ditawarkan dengan warna badan Boulder Grey atau Ski White, model edisi terhad itu diberikan dengan lip bampar depan baharu, panel bampar depan, perumah cermin sisi hitam, spoiler belakang, panel pemijak sisi serta diffuser belakang. Selain itu bingkai tingkap sisi juga diberikan kemasan hitam, begitu juga dengan bahagian panel tiang C.

    GALERI: BYD Atto 3 Edisi Terhad Ulangtahun di Malaysia

     
     
  • JPJ eBid: Siri PRF dan VMG bakal dibuka bidaan

    Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Siri plat nombor dari Pulau Pinang iaitu PRF dan VMG pula dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka bidaan mulai esok, 14 Mac 2024. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 18 Mac ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 19 Mac 2024. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

    Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • Tesla Model Y 2024 terima peningkatan di Malaysia — HW4, cermin berganda dan kaca privasi gelap

    Tesla Model Y 2024 terima peningkatan di Malaysia — HW4, cermin berganda dan kaca privasi gelap

    Tesla Malaysia telah memulakan serahan bagi Tesla Model Y, dengan lebih 70 pelanggan terawalnya sudah mula menerima kereta mereka di ibupejabat Tesla di Cyberjaya, hari ini.

    Untuk pasaran tempatan, semua varian bagi model terbabit — yang terdiri daripada Standard RWD, Long Range AWD dan Performance AWD — menampilkan kemaskini terbaru yang diperkenalkan untuk kereta itu di pasaran China pada November tahun lalu. Ini yang menjadi sebab kepada kelewatan serahan terbabit, yang sepatutnya mula dilakukan pada awal tahun ini.

    Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Model Y di Malaysia antara lain menampilkan kamera terkini “Hardware 4” untuk ciri pemanduan Autopilot semi-autonomous, yang boleh dilihat daripada modul kamera yang sedikit lebih besar di bahagian fender depan.

    Tesla Model Y 2024 terima peningkatan di Malaysia — HW4, cermin berganda dan kaca privasi gelap

    Lagi ciri baru yang diterima ialah tingkap sisi berganda saiz penuh yang pertama kali diperkenalkan untuk Model 3 “Highland” facelift tahun lalu, kaca penebat akustik itu turut mengurangkan bunyi angin. Selain itu, cermin tingkap belakang dan cermin belakang kini menggunakan pelbagai kaca privasi.

    Terakhir, tiada lagi bahagian tonneau cover yang menghalang penglihatan orang ke bahagian barangan. Menurut Tesla, penggunaan kaca privasi tersebut sudah cukup gelap dan tidak membolehkan orang melihat ke bahagian barangan tersebut.

    Lagi kemaskini untuk pasaran Malaysia bagi model ini ialah pilihan warna luaran, dengan dua warna baru menggantikan yang ditawarkan ketika pelancarannya. Warna merah multi-coat digantikan dengan warna Ultra Red, dan bagi pelanggan yang memesan warna merah yang lama, tiada sebarang kos tambahan akan dikenakan. Satu lagi warna baru ialah Stealth Grey, yang menggantikan warna Midnight Silver Metallic.

     
     
  • Volkswagen Touareg R-Line 2024 dilancarkan di Malaysia – CKD, RM470k, 3.0L V6 TSI, 340 PS/450 Nm

    Volkswagen Touareg R-Line 2024 dilancarkan di Malaysia – CKD, RM470k, 3.0L V6 TSI, 340 PS/450 Nm

    Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini secara rasmi melancarkan semula SUV flagship Volkswagen Touareg ke pasaran tempatan. Model generasi ketiga Touareg ini masuk ke pasaran Malaysia terus dalam versi facelift yang membuat kemunculannya pada Mei tahun lalu, berbanding versi asal yang diperkenalkan pada 2018.

    Untuk model pasaran Malaysia ini, Touareg hanya ditawarkan dalam satu varian iaitu Touareg R-Line dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM469,990 bersama Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) yang merangkumi penyelenggaraan percuma, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun. Ia merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) dan secara tidak langsung menjadikan fasiliti Volkswagen di Pekan, Pahang menjadi kilang kedua dalam dunia yang memasang Touareg selepas Slovakia.

    “Touareg sememangnya sangat signifikan buat Volkswagen dan merupakan perintis dalam banyak perkara. Ia adalah SUV pertama kami dan DNA sebenar SUV Volkswagen bermula dengan Touareg. Menjadi negara pertama untuk memasang Touareg selain di kilangnya di Slovakia jelas menunjukkan pengiktirafan yang besar daripada Volkswagen Group,“ kata Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev.

    Volkswagen Touareg R-Line 2024 dilancarkan di Malaysia – CKD, RM470k, 3.0L V6 TSI, 340 PS/450 Nm

    “Sebagai model paling mewah, kami percaya Touareg akan menarik minat kelompok pelanggan dalam segmen SUV premium yang mahukan sesuatu yang ekstra istimewa. Dengan reka bentuk yang menyerlah dan rangkaian teknologi termaju, Touareg akan membezakannya daripada pemandu SUV yang lain,” tambahnya lagi.

    Volkswagen Touareg R-Line 2024 pasaran Malaysia ini menerima enjin petrol TSI V6 3.0 liter dengan penegcas turbo yang menghasilkan kuasa 340 PS dan tork maksima 450 Nm. Ia digandingkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan, dan kuasa dialirkan ke kesemua roda menerusi sistem AWD 4Motion Volkswagen.

    Dengan pakej kemasan R-Line, model pasaran Malaysia ini diberikan penggayaan paling sporty menampilkan bampar hadapan dengan kemasan liang kemasukan udara dan gril berwarna hitam berkilat, kemasan-kemasan krom, logo ‘R’ pada pintu dan gril hadapan dan juga set roda menampilkan rim aloi Braga bersaiz 20-inci dengan tayar 285/45R20.

    Volkswagen Touareg R-Line 2024 dilancarkan di Malaysia – CKD, RM470k, 3.0L V6 TSI, 340 PS/450 Nm

    Pada bahagian belakang, Touareg R-Line pasaran Malaysia ini diberikan logo Volkswagen berlampu berwarna merah – VPCM mendakwa bahawa ia pertama seumpamanya kerana sebelum ini perincian tersebut hanya ditawarkan di pasaran China.

    Selain itu perincian standard lain yang dibekalkan termasuk lampu hadapan IQ.Light HD Matrix yang terdiri daripada lebih 38,000 unit LED mikro interaktif, serta lampu lopak pada bahagian bawah cermin sisi yang memancarkan logo VW pada permukaan jalan

    Manakala untuk suspensi, Touareg pasaran Malaysia dibekalkan dengan sistem suspensi udara dengan ciri pelarasan automatik yang melaras sendiri ketinggian kenderaan selari dengan kondisi permukaan jalan, boleh direndahkan sebanyak 40mm untuk memudahkan pengguna memuat dan memunggah barang dari ruang kargo, serta ditinggikan sehingga 70 mm untuk melepasi laluan berhalangan. Dengan suspensi ini juga membolehkan Touareg meredah air pada kedalaman 550mm.

    Dalam kabin, SUV dengan susunan lima tempat duduk ini menerima perincian Innovision Cockpit yang menggabungkan paparan instrumen Digital Cockpit bersaiz 12.3-inci dan juga skrin infotainmen Discover Pro bersaiz 15-inci yang menyokong hubungan telefon pintar tanpa wayar Wireless App-Connect dan pengecasan telefon pintar tanpa wayar.

    Skrin berkenaan turut dihubungkan kepada sistem bunyi Dynaudio Consequence 730W dijana oleh amplifier 80W. Sistem ini menampilkan 13 unit pembesar suara yang diletakkan secara strategik di dalam kabin dengan sebuah sub-woofer berada di dalam but.

    Selain itu, SUV mewah ini juga dibekalkan dengan sistem pendingin hawa empat zon di mana kabin belakang mempunyai kawalan terhadap suhu dan hembusan anginnya sendiri. Ia turut menampilkan tempat duduk suhu aktif (Active Climate Seats) memberi lebih keselesaan kepada pemandu dan penumpang hadapan, terutama pada hari yang panas.

    Buat pertama kali VPCM memperkenalkan sistem Night Vision pada pasaran tempatan menerusi Volkswagen Touareg ini. Sistem keselamatan tersebut memberikan pemandu pandangan lebih baik pada waktu malam dengan menggunakan sensor inframerah di dalam kamera. Sensor tesebut akan mengesan suhu badan manusia atau haiwan sehingga 130 meter bagi memastikan pemandu sentiasa berwaspada dengan pelanggaran yang mungkin berlaku.

    Ia juga datang standard dengan sistem bantuan pemanduan Volkswagen IQ.DRIVE yang merangkumi ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control ACC (dengan Stop & Go), Area View, bantuan brek kecemasan hadapan, bantuan parkir, bantuan sisi dengan amaran lintasan trafik belakang, bantuan kekal lorong dan pemantau perhatian pemandu.

    Volkswagen Touareg R-Line 2024 pasaran Malaysia ini ditawarkan dalam pilihan lima warna badan iaitu Lapiz Blue, Silicon Gray, Grenadilla Black, Oryx White dan Dolomite Silver.

     
     
  • Tesla Model Y — serahan pertama di Malaysia bermula

    Tesla Model Y — serahan pertama di Malaysia bermula

    Sedikit tertangguh daripada jangkaan awal untuk diserahkan pada Q1 seperti yang dikongsikan ketika pelancarannya, Tesla Model Y untuk pembeli tempatan akhirnya mula diserahkan, melibatkan sekitar 70 pemilik terawal menerima kenderaan mereka di Tesla HQ di Cyberjaya, hari ini. Baki pelanggan lain akan menerima kenderaan mereka selepas ini, dalam bulan-bulan mendatang.

    Kumpulan pertama Model Y ini terdiri daripada semua tiga varian, iaitu Standard RWD, Long Range AWD dan Performance AWD. Semuanya mengandungi kemaskini yang diberikan kepada kenderaan terbabit di pasaran China, November lalu, yang juga menjadi sebab berlaku kelewatan dalam jadual serahannya.

    Bagi Tesla Model Y, varian paling asas (RM199,000) dilengkapi motor tunggal, dan memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan laju maksimum 217 km/j. Bateri LFP-nya menyediakan jarak perjalanan pacuan RWD sejauh 455 km (WLTP).

    Tesla Model Y — serahan pertama di Malaysia bermula

    Varian pertengahan, Long Range AWD (RM246,000) mempunyai kelebihan sebuah motor elektrik lagi di gandar depan, dan menggunakan bateri jenis NMC, yang memberikan jarak perjalanan 533 km untuknya. Pecutan 0-100 km/j juga lebih pantas dengan 5 saat, walaupun laju maksimum sama 217 km/j. Ciri Acceleration Boost, yang menjadikan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat, boleh dibeli dalam aplikasi selepas mendapatkan kereta.

    Varia paling tiggi, Performance AWD (RM288,000) juga menggunakan bateri jenis NMC tetapi dengan jarak sediki kurang, dengan 514 km (WLTP) untuk mendapatkan prestasi lebih baik — 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat dengan laju maksimum 250 km/j. Ia juga menerima rim 21-inci Überturbine, spoiler belakang gentian karbon, brek lebih besar dan suspensi rendah.

    Pelanggan yang membuat tempahan pada Januari dijangka akan menerima kereta mereka dalam Q2 nanti, begitu juga untuk mereka yang membuat tempahan Model Y sekarang.

     
     
  • Pengeluar EV dari China, Xpeng rancang masuk pasaran RHD termasuk Hong Kong, Thailand, Malaysia

    Pengeluar EV dari China, Xpeng rancang masuk pasaran RHD termasuk Hong Kong, Thailand, Malaysia

    Satu lagi jenama EV dari China akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, iaitu Xpeng. Pengasas dan CEO syarikat dari Guangzhou ini, He Xiaopeng memberitahu, mereka akan melancarkan model pemanduan sebelah kanan (RHD) pada separuh kedua tahun ini dan mengembangkan lagi perniagaan keluar dari China.

    Antara pasaran RHD yang berada dalam sasaran Xpeng adalah Hong Kong dan Asia Tenggara. Bagi Asia Tenggara, beliau menbyatakan bahawa Thailand, Singapura dan Malaysia merupakan sasaran utama. Untuk makluman, 5% pegangan dalam Xpeng dimiliki oleh Volkswagen Group.

    “Selari dengan strategi global 2.0 Xpeng, kami telah menjalin kerjasama dengan lebih banyak pengedar di luar negara, dengan sasaran menjadikan kereta elektrik pintar terbaik dalam kelas mudah diakses oleh pelanggan seluruh dunia,” kata He dalam menjawab soalan yang diberikan oleh South China Morning Post (SCMP).

    Xpeng pada masa ini cuma membuat kenderaan panduan sebelah kiri, dan kebanyakan daripadanya dijual hanya di tanah besar China. Selain Hong Kong dan ASEAN, syarikat ini juga mempunyai perancangan untuk memasuki pasaran Eropah.

    Berkenaan model, presiden Xpeng, Brian Gu pernah memberitahu SCMP tahun lepas bahawa kereta RHD pertama mereka nanti adalah SUV G6 versi dipertingkat. Model ini diberitahu akan tiba di Hong Kong hujung tahun 2024, dan jika ASEAN adalah seterusnya, mungkin ia akan tiba di Malaysia pada tahun 2025?

    Di China, G6 dijual pada harga antara 209,900 ke 276,900 yuan (RM136,933 ke RM180,642). Versi RWD mempunyai kuasa 296 PS/440 Nm, manakala versi AWD mampu menghasilkan 487 PS/660 Nm dan menggunakan dua motor. Bergantung kepada bateri, ia boleh memberikan jarak gerak antara 580 km ke 700 km.

    GALERI: Xpeng G6

     
     
  • PROLINTAS dan MIROS anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya di R&R Elmina, Lebuhraya GCE

    PROLINTAS dan MIROS anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya di R&R Elmina, Lebuhraya GCE

    Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) baru-baru ini menjalankan Kempen Kesedaran Keselamatan menerusi karnival mini di Kawasan Rehat & Rawat (RSA) Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE). Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah berkata, kempen berkenaan selari dengan komitmen berterusan syarikat dalam memastikan keselamatan, keselesaan dan kemudahan pengguna lebuhraya terpelihara.

    “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan MIROS buat pertama kalinya. Peranan penting institut berkenaan dalam pendidikan dan kesedaran keselamatan jalan raya selari matlamat syarikat kami. Menerusi jalinan strategik ini, kami berharap dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,” katanya.

    Program selama dua hari dari 8 hingga 9 Mac 2024 itu mensasarkan pengunjung RSA Elmina daripada pelbagai peringkat usia, masyarakat sekitar dan pengguna lebuh raya. Ia melibatkan beberapa aktiviti interaktif dan inovatif yang direka untuk mendidik masyarakat tentang keselamatan jalan raya antaranya simulasi memandu kenderaan dengan selamat, Selamat Sampai Sekolah atau 3S, demonstrasi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan serta simulasi menunggang basikal.

    PROLINTAS turut berkata, pihaknya komited dalam memperkukuh kerjasama dengan MIROS serta agensi-agensi lain dengan fokus terhadap teknologi dan inovasi keselamatan trafik. Inisiatif ini seiring dengan komitmen kelestarian, khusus untuk meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan pengguna lebuh raya, di samping mewujudkan impak berpanjangan kepada masyarakat setempat.

     
     
  • Porsche Taycan Turbo GT 2024 – 1,108 PS, 1,340 Nm, EV produksi terpantas di Nurburgring, Laguna Seca

    Porsche Taycan Turbo GT 2024 – 1,108 PS, 1,340 Nm, EV produksi terpantas di Nurburgring, Laguna Seca

    Sejak muncul dalam pasaran, Tesla Model S Plaid telah meragut banyak gelaran “kereta elektrik produksi terpantas.” Tidak mahu mengalah, sekarang Porsche pula memperkenalkan Taycan Turbo GT. Model ini menggunakan asas daripada Taycan facelift, dan prestasinya ditingkatkan lebih lagi daripada varian Turbo dan Turbo S.

    Sama seperti Cayenne Turbo GT, penggunaan nama “Turbo” dan “GT” itu menunjukkan Taycan Turbo GT ini menggabungkan prestasi padu Turbo dengan konsep serba ringan GT. Dengan itu, Porsche telah memeras lebih lagi kuasa daripada dua motor yang digunakan dan masih rasa tidak perlu untuk menggunakan tetapan tiga motor seperti Plaid dan Lucid Air Sapphire.

    Apa yang dilakukan adalah memasukkan motor belakang yang lebih berkuasa (inverter dengan amp lebih tinggi dan silicon carbide semiconductor yang lebih cekap), mampu menghasilkan kuasa keseluruhan 789 PS (580 kW). Ini mungkin nampak rendah berbanding Taycan Turbo S yang mencatat 932 PS (685 kW) pada overboost, tetapi Turbo GT ini mempunyai semua kuasa pada setiap masa dan semasa menggunakan launch control, ia boleh naik sehingga 1,033 PS (760 kW) untuk masa dua saat.

    Porsche Taycan Turbo GT 2024 – 1,108 PS, 1,340 Nm, EV produksi terpantas di Nurburgring, Laguna Seca

    Secara maksimumnya, motor elektrik ini boleh menghasilkan 1,108 PS (815 kW) dan tork 1,340 Nm. Sebahagian daripadanya disimpan untuk ciri baru Attack Mode, yang dapat memberikan tambahan 163 PS (120 kW) sehingga 10 saat apabila butang khas ditekan atau pedal sebelah kanan ditarik.

    Walaupun dengan prestasi yang meningkat sebegini, Turbo GT cuma lebih pantas 0.1 saat apabila melakukan pecutan 0-100 km/j, dengan catatan 2.3 saat. Peningkatannya lebih terasa pada kelajuan tinggi, dengan pecutan 0-200 km/j dapat dibuat dalam masa 6.6 saat, iaitu lebih pantas sekitar satu saat. Laju maksimum pula 30 km/j lebih tinggi berbanding Turbo S, iaitu 290 km/j.

    Itu pada bahagian kuasa. Pergi pula kepada langkah meringankan kereta ini, Porsche antaranya telah menggunakan gentian karbon pada kemasan b-pillar, pelindung cermin sisi, plet tepi pintu serta tempat duduk. Kemasan pada bahagian but juga dijadikan lebih ringan manakala fungsi bukaan kuasa untuk penutup but itu telah dicabut.

    Porsche Taycan Turbo GT 2024 – 1,108 PS, 1,340 Nm, EV produksi terpantas di Nurburgring, Laguna Seca

    Kereta ini juga dipasang dengan rim aloi 21 inci dengan bentuk yang mengambil kira pengurangan berat dan penyejukan brek, serta brek karbon seramik yang direka semula dan menjadi dua kilogram lebih ringan. Yang sebenarnya, ia tidaklah begitu ringan lagi, kerana cuma kurang lima kilogram berbanding Turbo S, dengan catatan 2,290 kg.

    Untuk menjadikannya lebih ringan, anda perlu mendapatkan Weissach Package. Dengannya, beberapa barang akan dicabut seperti tempat duduk belakang (diganti dengan penutup gentian karbon), jam Sport Chrono, penyerap bunyi serta alas kaki. Selain daripada itu, ia juga akan menggunakan kaca cermin/tingkap serba ringan serta sistem bunyi tanpa pembesar suara di belakang. Dengan semua ini, 70 kg lagi dapat dikurangkan, menjadikannya 2,220 kg.

    Sudah tentu, dengan pengurangan ini, kereta yang dilengkapi Weissach Package adalah lebih pantas berbanding Taycan Turbo GT biasa. Pecutan 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa 2.2 saat, sementara 0-200 km/j pula dalam masa 6.4 saat. Laju maksimum menjadi 305 km/j.

    Porsche Taycan Turbo GT 2024 – 1,108 PS, 1,340 Nm, EV produksi terpantas di Nurburgring, Laguna Seca

    Spesifikasi inilah yang digunakan oleh pemandu pembangunan Porsche, Lars Kern untuk mencatat masa 7 minit 7.5 saat di Litar Nurburgring Januari lalu – 26 saat lebih pantas berbanding Taycan Turbo S biasa dan 17.7 saat lebih pantas berbanding Plaid. Kemudiannya pada bulan Februari dengan kereta sama, Kern memecahkan rekod kereta EV produksi paling laju di Laguna Seca dengan catatan masa 1 minit 27.87 saat.

    Melihat kepada bentuknya, Taycan Turbo GT ini duduk rendah dan garang, dengan suspensi udara Porsche Active Ride. Ia juga mendapat splitter besar di hadapan serta sayap Gurney pada spoiler aktifnya. Apabila memilih Weissach Package, sayap ini diganti dengan jenis yang pegun, dan ditambah dengan pelindung angin bawah badan serta diffuser hadapan, memberikan tambahan daya tolak ke bawah sebanyak 220 kg.

    Di dalam terdapat kemasan yang terdiri daripada kulit serta gentian mikro Race-Tex. Tempat duduknya mempunyai sulaman “Turbo GT” pada penyandar kepala dan di konsol tengah terdapat lencana khas untuk varian ini.

     
     
  • Prasarana selaraskan operasi waktu puncak bagi perkhidmatan bas dan rel sepanjang Ramadan

    Prasarana selaraskan operasi  waktu puncak bagi perkhidmatan bas dan rel sepanjang Ramadan

    Prasarana telah mengumumkan bahawa bermula hari ini dan sepanjang bulan Ramadan, operasi waktu puncak bagi perkhidmatan bas dan rel diselaraskan. Perubahan waktu puncak ini adalah untuk memudahkan perjalanan pengguna sepanjang bulan Ramadan, terutamanya bagi mereka yang ingin menuju ke destinasi masing-masing untuk berbuka puasa.

    Untuk perkhidmatan rel Rapid KL LRT, MRT dan Monorel, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu dari jam 7.00 pagi sehingga 9.30 pagi. Manakala operasi pada waktu puncak petang ditambah satu jam tiga puluh minit bermula dari jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam, berbanding 5.00 petang hingga 7.30 petang waktu sekarang.

    Bagi perkhidmatan Rapid Bus di Lembah Klang dan Pulau Pinang, termasuk bas-bas perantara MRT, operasi waktu puncak pagi adalah dari jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi manakala waktu puncak petang adalah dari jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam. Operasi waktu puncak perkhidmatan Rapid Bus di Kuantan adalah seperti biasa.

    Prasarana selaraskan operasi  waktu puncak bagi perkhidmatan bas dan rel sepanjang Ramadan

    “Bersempena bulan Ramadan, anak syarikat Prasarana iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) akan membuka mini bazar Ramadan di tiga stesen LRT terpilih iaitu Stesen LRT Pasar Seni, Stesen LRT Damai, dan Stesen LRT Ampang Park.

    “Terdapat juga jualan makanan dan minuman berkonsepkan grab and go di bazar rakyat sedia ada yang sesuai dijadikan juadah berbuka seperti di Stesen LRT Sri Rampai, Stesen LRT Taman Melati dan Stesen LRT Gombak. Juadah ini akan mula dijual pada jam 3.30 petang hingga 7.30 malam. Kemudahan ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan juadah berbuka puasa,” kata Prasarana lagi.

     
     
  • BYD Dolphin dianugerahi EV Terbaik Jepun 2023

    BYD Dolphin dianugerahi EV Terbaik Jepun 2023

    BYD Dolphin dan Atto 3 telah menerima pengiktirafan markah tertinggi dalam anugerah EV Terbaik Jepun 2023, dengan Dolphin menduduki kedudukan pertama, sementara Atto 3 di kedudukan ketiga, manakala Hyundai Kona Electric pula di kedudukan kedua.

    Di Jepun, BYD Dolphin dengan bateri 44.9 kWh, dijual pada harga 3.63 juta yen (RM115,359) untuk model asas, manakala varian Long Range dengan pek bateri 58.56 kWh pula berharga 4.07 juta yen (RM129,342). Dolphin menerima markah keseluruhan sebanyak 241 mata.

    Berada di kedudukan kedua, Hyundai Kona Electrik generasi kedua dengan 151 mata, yang dijual di Jepun dengan model asas diberikan bateri 48.6 kWh, manakala varian ‘Lounge’ premium pula dengan 64.8 kWh. Kona Electric boleh mencapai jarak gerak hingga 490 km untuk varian Long Range dengan bateri 65.4 kWh mengikut pengiraan WLTP.

    BYD Dolphin dianugerahi EV Terbaik Jepun 2023

    Manakala di kedudukan ketiga bagi EV Terbaik Jepun 2023 ialah Atto 3 dengan 145 mata, dijual di negara berkenaan pada harga 4.4 juta yen (RM139,795) dengan pek bateri 56.56 kWh.

    BYD Dolphin dilancarkan di Malaysia pada Julai lalu, menawarkan dua varian iaitu Dynamic Standard Range berharga RM100,530, dan Premium Extended Range berharga RM125,530 (kedua-duanya harga atas jalan tanpa insurans).

    Atto 3 pula tiba di pasaran Malaysia oada Disember 2022, juga ditawarkan dengan dua varian, harga bermula RM149,800 untuk Standard Range dan RM167,800 bagi Extended Range (kedua-duanya harga atas jalan tanpa insurans.

    BYD Dolphin dianugerahi EV Terbaik Jepun 2023

    Manakala bagi Hyundai kona Electric yang dijual di Malaysia adalah dari generasi pertama, ditawarkan dengan tiga varian, harga dari RM156,538 hingga RM208,348.

    Undian untuk anugerah EV Terbaik Jepun edisi 2023 telah dijalankan sejak 3 Disember 2023 hingga 31 Januari tahun ini, di mana sejumlah 261 individu mengambil bahagian dalam pengundian dalam talian, dengan jumlah 512 mata dikumpulkan dalam undian umum, dengan setiap individu diberikan sehingga tiga model untuk diundi. Ditambah dengan 27 wakil media serta tokoh penting daripada syarikat berkaitan EV, yang memberikan sejumlah 540 mata, menurut Enechange.

    Dihoskan oleh firma perunding Enechange, anugerah EV Terbaik Jepun 2023 ialah edisi kedua acara itu, dengan penganjuran pertama dilangsungkan pada tahun 2022, yang dimenangi oleh Nissan Sakura.

     
     
  • Perjanjian konsesi Lebuhraya WISE dijangka ditandatangani seawal pertengahan tahun ini

    Perjanjian konsesi Lebuhraya WISE dijangka ditandatangani seawal pertengahan tahun ini

    Pengguna WISE arah selatan dapat mengelak Terowong Menora dan ia juga akan dihubungkan ke Lebuhraya WCE (gambar)

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan perjanjian konsesi Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) dijangka ditandatangani seawal pertengahan tahun ini.

    Lebuhraya WISE sepanjang 60 km dari Gopeng Ke Kuala Kangsar tersebut akan memintas jajaran Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

    Alexander berkata draf awal perjanjian dan hal berkaitan konsesi lebuh raya itu kini masih di peringkat penelitian oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri, laporan Berita Harian.

    Perjanjian konsesi Lebuhraya WISE dijangka ditandatangani seawal pertengahan tahun ini

    “Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian (Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad) dan kita hendak pastikan ia (tandatangan perjanjian konsesi) pada pertengahan tahun ini.

    “Sekarang, ia memang di peringkat draf awal perjanjian dan sebagainya oleh UKAS. Kalau kata tahun ini kita tandatangani perjanjian maka sudah semestinya kita minta ia (pembinaan WISE) dipercepatkan,” katanya.

    Pada Disember tahun lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamead berkata Kerajaan Persekutuan meluluskan cadangan pembinaan WISE, dengan projek dibangunkan syarikat konsesi menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

    MB Perak itu menjelaskan, WISE akan melengkapkan rangkaian lebuhraya di negeri tersebut yang kerap menghadapi kesesakan teruk terutama di laluan Terowong Menora PLUS. Buat masa ini, pemandu tidak mempunyai alternatif melainkan terpaksa melalui jalan lama yang sempit dari Sungai Siput ke Chemor.

     
     
  • Syarikat konsesi lebuhraya diarah buat persediaan rapi hadapi kesesakan sepanjang Ramadan – LLM

    Syarikat konsesi lebuhraya diarah buat persediaan rapi hadapi kesesakan sepanjang Ramadan – LLM

    Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengarahkan semua syarikat konsesi lebuhraya dmelakukan persediaan rapi, terutama pada waktu puncak sepanjang Ramdan agar perjalanan pengguna selesa, selamat dan lancar. Menurut LLM, pihaknya menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuhraya bertol semasa pulang atau pergi bekerja pada Ramadan yang bermula hari ini.

    “Antara inisiatif yang perlu dilaksanakan iaitu menyelaras semula lokasi dan masa penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan selaras dengan waktu pulang atau pergi dari bekerja, sama ada di sektor kerajaan atau swasta yang akan berubah berbanding waktu kerja biasa.

    “Menjadualkan semula waktu pengaktifan laluan tidal atau smartlane selaras dengan perubahan waktu kerja dan memastikan semua kemudahan disediakan di kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah dan plaza tol dalam keadaan baik. Ini termasuk aspek bekalan air dan tahap kebersihan,” kata LLM menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Selain itu, LLM turut meminta pihak yang terlibat untuk mengenal pasti lokasi tumpuan dan menyediakan kemudahan tambahan sementara bagi menangani peningkatan jumlah pengguna.

    Syarikat konsesi lebuhraya diarah buat persediaan rapi hadapi kesesakan sepanjang Ramadan – LLM

    Syarikat konsesi juga perlu meningkatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu kelancaran pergerakan trafik, terutama di lokasi kritikal seperti lampu isyarat selepas susur keluar lebuh raya bagi mengelakkan limpahan trafik ke laluan utama lebuh raya.

    LLM turut meminta pihak yang terlibat supaya selaraskan semula tempoh sela waktu untuk lampu isyarat berdasarkan waktu puncak di bulan Ramadan, pastikan tiada gangguan terhadap sistem kutipan tol, menyediakan lorong tambahan secara manual, berlapis atau reverseable lane di plaza tol yang kritikal, membuat hebahan status trafik semasa secara berterusan dan menyediakan petugas yang mencukupi bagi membantu para pengguna pada situasi yang memerlukan.

    “Pengguna lebuhraya juga dinasihati agar memastikan baki nilai kad Touch ‘n Go dan ‘e-Wallet sentiasa mencukupi bagi setiap perjalanan dan mematuhi segala arahan papan tanda dan petugas keselamatan yang ditempatkan di lokasi yang telah dikenalpasti,” kata LLM lagi.

     
     
  • Penggunaan SmartLane akan diperluas di Lebuhraya lain dengan papan tanda lebih jelas – Ahmad Maslan

    Penggunaan SmartLane akan diperluas di Lebuhraya lain dengan papan tanda lebih jelas – Ahmad Maslan

    Baru-baru ini terdapat pelbagai konflik dikalangan pengguna jalan raya berkenaan laluan SmartLane yang diwujudkan di beberapa bahagian Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak. Mungkin kerana maklumat yang diberikan tidak sampai kepada pengguna dan juga papan tanda yang tidak jelas membuatkan ada penunggang motosikal yang memarahi pemandu kereta yang menggunakan lorong kecemasan tersebut ketika SmartLane diaktifkan.

    Masalah ini dibangkitkan oleh ahli parlimen Tampin Mohd Isam Mohd Isa dalam sesi persidangan Dewan Rakyat pagi tadi, dan ia dijawab oleh timbalan menteri kerja raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

    Penggunaan SmartLane akan diperluas di Lebuhraya lain dengan papan tanda lebih jelas – Ahmad Maslan

    Menurutnya, beliau mengakui bahawa papan tanda SmartLane berkenaan memang terlalu kecil, dan masih ramai lagi yang tidak mengetahui kewujudan lorong bagi menyuraikan trafik ketika waktu puncak menggunakan lorong kecemasan berkenaan, seterusnya menyebabkan ada yang ragu-ragu untuk menggunakannya.

    Beliau turut menyatakan lorong kecemasan bukan dibuat eksklusif untuk penunggang motosikal, sebaliknya ia turut boleh digunakan untuk menyuraikan trafik pada waktu puncak.

    “Lorong kecemasan itu boleh digunakan untuk tujuan merungkaikan kesesakan trafik pada waktu puncak, dan saya akan berbincang dengan PLUS dan juga LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) supaya SmartLane ini boleh dilihat oleh ramai, dan ia boleh dibuka bukan hanya oleh PLUS, tapi juga oleh lebuhraya-lebuhraya yang lain,” katanya.