Search in Bahasa Malaysia:

Honda HR-V Facelift 2025 - Apa yang baru selepas tiga tahun?



Artikel Terkini

  • Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga?

    Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga?

    Dilancarkan untuk pasaran Thailand tahun lalu, Mitsubishi Xpander HEV hibrid dan Xpander Cross HEV kini muncul pula dalam varian edisi terhad Play yang terbaru, menampilkan beberapa kemaskini visual berbanding varian biasa. Menariknya, kemaskini berkenaan boleh menjadi bayangan kepada aksesori tulen Mitsubishi untuk pelanggan di Malaysia juga.

    Xpander HEV Play menerima bodykit yang nampak agresif, terdiri daripada spoiler depan yang lebih dalam, skirting sisi dan bampar belakang dengan lanjutan beserta diffuser hitam — ketiga-tiganya sudah pernah dipertonton di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) Disember tahun lalu.

    Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga?

    Cross HEV Plays pula menerima gril warna badan, mirip dengan penampilan Triton generasi ketika yang terbaru. Kemaskini Play turut melibatkan penyudah hitam untuk bahagian seperti bumbung, rim 17-inci dan cermin sisinya, beserta perumah lampu belakang yang gelap. Kedua-dua kereta ini boleh dipilih dalam warna White Diamond atau Graphite Grey, dengan model Cross turut ditawarkan dalam warna Green Bronze baru.

    Model HEV ini digerakkan oleh sebuah motor elektrik yang menghasilkan kuasa 116 PS dan 255 Nm tork, yang menerima kuasanya daripada bateri lithium-ion dan enjin versi kitara Atkinson unit 1.6 liter 4A92 MIVEC NA empat-silinder. Enjin ini menghasilkan 95 PS pada 5,100 rpm dan 134 Nm pada 4,500 rpm dan akan membantu pacuan dalam kelajuan lebih tinggi agar lebih cekap.

    Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga?

    Kedua-dua model ini dijual dengan harga 981,000 baht (RM128,300), sekitar 20,000 baht (RM2,600) lebih tinggi berbanding Xpander Cross HEV dan 48,000 baht (RM6,300) lebih tinggi berbanding Xpander HEV.

    Xpander facelift telah dilancarkan di sini pada September tahun lalu, dengan harga RM99,980 untuk model standard dan RM109,980 bagi varian Plus. Ia kekal menggunakan enjin 1.5 liter 4A91 MIVEC NA yang menjana 105 PS/141 Nm dengan kotak gear automatik empat-kelajuan seperti sebelum ini. Mitsubishi Motors Malaysia juga memaklumkan syarikat itu ada mempertimbangkan versi CVT yang lebih baru, serta versi Cross yang lebih ranggi dan juga model HEV untuk pasaran tempatan kelak.

     
     
  • Kenderaan berat boleh guna tayar jenis lain, tapi mesti mengikut saiz diluluskan – CEO Puspakom

    Kenderaan berat boleh guna tayar jenis lain, tapi mesti mengikut saiz diluluskan – CEO Puspakom

    Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, CEO Puspakom, Mahmood Razak Bahman dikatakan memberitahu bahawa tiada peraturan yang menetapkan kenderaan berat perlu menggunakan jenis tayar yang sama seperti asal.

    Sebelum ini seorang pemilik lori memetik satu laporan berita mengatakan peraturan jenis tayar yang dikenakan oleh Puspakom menjadi antara sebab mereka menyewa tayar daripada ‘ejen kosmetik’ untuk memastikan kenderaan lulus pemeriksaan. Menurut Mahmood, ini adalah tidak benar.

    “Saya sudah periksa perkara ini. Menurut peraturan yang ada, kenderaan tersebut perlu menggunakan tayar yang mempunyai saiz sama seperti dalam pelan,” kata beliau sambil menambah bahawa jenama tayar berbeza, dan juga tayar tanpa tiub masih boleh dipakai, selagi ia padan dengan saiz yang diluluskan.

    Kenderaan berat boleh guna tayar jenis lain, tapi mesti mengikut saiz diluluskan – CEO Puspakom

    “Pilihan jenis tayar lain, termasuk radial dan variasi saiz, ada disenaraikan dalam jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menentukan alternatif yang ada. Jika ia (kenderaan) sepatutnya datang dengan tayar 16 inci, tapi menggunakan saiz 17 inci, kami akan gagalkan. Ini adalah mengikut peraturan,” kata Mahmood.

    Pada awal Januari, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli mengakui terdapat kewujudan ‘ejen kosmetik’ yang menyewakan tayar untuk membantu kenderaan berat melepasi pemeriksaan, dan berkata jabatan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengatasi isu ini.

     
     
  • Operasi Puspakom Wangsa Maju dilanjutkan hingga 30 Jun 2026 – bakal berpindah ke Bukit Beruntung

    Operasi Puspakom Wangsa Maju dilanjutkan hingga 30 Jun 2026 – bakal berpindah ke Bukit Beruntung

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Wangsa Maju yang dijadualkan ditutup pada Jun ini, akan dilanjutkan setahun lagi iaitu sehingga 30 Jun 2026, laporan Bernama.

    Katanya, perkara ini diputuskan berikutan fasiliti baharu Puspakom yang terletak di Bukit Beruntung, bagi menggantikan cawangan Wangsa Maju, belum dapat disiapkan oleh pihak kontraktor.

    “Kerja-kerja pemindahan operasi di Bukit Beruntung sepatutnya (dilaksanakan) akhir bulan Jun ini. Kini Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju di tapak ini hingga Jun 2026 sehingga pembinaan di Bukit Beruntung selesai,” katanya selepas melawat cawangan Wangsa Maju pagi tadi.

    Loke turut berkata, usaha memindahkan cawangan Wangsa Maju sudah lama dibincangkan susulan kedudukannya yang berhampiran dengan beberapa buah sekolah.

    Operasi Puspakom Wangsa Maju dilanjutkan hingga 30 Jun 2026 – bakal berpindah ke Bukit Beruntung

    “Terdapat satu lorong kecil menuju Puspakom ini dan berkongsi laluan dengan sekolah, saya banyak menerima aduan daripada guru dan ibu bapa pelajar memberitahu mereka tidak dapat hadir ke sekolah pada waktu yang tepat kerana jalan menuju ke sekolah telah dipenuhi dengan kenderaan termasuk kenderaan berat sejak awal pagi kerana melakukan pemeriksaan,” katanya.

    Laporan Berita Harian pula menyebut, bagi mengatasi kesesakan di Puspakom Wangsa Maju sementara menunggu lokasi baharu, Anthony berkata, pihak kementerian merancang pembangunan semula kawasan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

    Bagaimanapun, katanya, proses tender bagi projek itu masih dalam peringkat permohonan cadangan (RFP) dan belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak. Selain itu, beliau berkata, lebih banyak lokasi akan disediakan bagi pemeriksaan kenderaan mulai tahun depan, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap cawangan Wangsa Maju sebelum pemindahannya kelak.

     
     
  • 20 jenama EV terlaris pada Feb 2025 – BYD juara, Proton eMas di tempat kedua, Tesla di tangga ketiga

    20 jenama EV terlaris pada Feb 2025 – BYD juara, Proton eMas di tempat kedua, Tesla di tangga ketiga

    Berdasarkan data pendaftaran kenderaan terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), BYD masih mendahului senarai jenama kenderaan elektrik paling laris di Malaysia setakat 28 Februari 2025. Setakat tarikh yang dinyatakan (YTD), sebanyak 1,139 unit telah terjual dengan 634 unit dijual pada Februari. Jenama dari China ini masih kekal menjadi juara carta, mendahului Proton dengan menyaksikan 1,001 pendaftaran (580 unit pada Februari).

    Sementara itu, Tesla yang memulakan langkah perlahan pada Januari dengan berada di tangga ke-14, melonjak naik ke kedudukan ketiga. Dengan 443 unit yang didaftarkan pada Februari sahaja (hanya 13 unit pada Januari), jenama Amerika Syarikat itu kini menjual 456 unit (YTD).

    Manakala BMW menduduki tangga ke-empat dengan 311 unit (81 unit pada Februari), sementara Xpeng pula memintas kedudukan Zeekr dengan berada di tangga kelima apabila mendaftarkan 115 unit kenderaannya (74 unit pada Februari). Zeekr terpaksa berpuas hati berada di tangga ke-enam dengan 11 unit kenderaannya didaftarkan pada Februari (YTD 112 unit).

    Turut berada dalam senarai ialah Porsche dengan 51 pendftaran pada Februari (YTD 89 unit), tetapi mengikut data JPJ, jumlah tersebut termasuk dengan unit recon. Manakala jenama MG pula dengan 29 unit (YTD 82 unit), MINI dengan 40 unit (YTD 74 unit) dan Great Wall Motor dengan 23 unit (YTD 66 unit).

    20 jenama EV terlaris pada Feb 2025 – BYD juara, Proton eMas di tempat kedua, Tesla di tangga ketiga

    Untuk tangga ke-11 diduduki oleh Mercedes-Benz dengan 26 unit yang didaftar pada bulan lalu (YTD 61 unit), diikuti smart pula dengan 30 unit (YTD 56 unit). Leapmotor pula jatuh dari tangga ke-11 pada Januari kini hanya di tangga ke-13 dengan 43 unit (YTD) dan 13 unit didaftarkan pada bulan lalu. Diikuti Volvo dengan 42 unit setakat ini (18 unit didaftar pada Februari).

    Pendatang baru dalam industri EV tempatan, Denza yang baru saja melancarkan EV pertamanya, D9, pada bulan lalu, mencatatkan pendaftaran sebanyak 34 unit, sekaligus menempatkannya di tangga ke-15.

    Manakala Hyundai pula mencatatkan pendaftaran sebanyak 23 unit dan menduduki tangga ke-16 untuk dua bulan pertama tahun ini. Melengkapkan senarai ialah Chery (YTD 22 unit) di tangga ke-17, Dongfeng (YTD 18 unit) di tangga ke-18 dan Neta (YTD 16 unit), yang berjaya memintas kedudukan Audi yang terpaksa akur di tangga ke-20 (YTD 12 unit).

     
     
  • UMW Toyota jual 6,632 unit kenderaan pada Feb 2025, jualan keseluruhan 2 bulan pertama cecah 12,015 unit

    UMW Toyota jual 6,632 unit kenderaan pada Feb 2025, jualan keseluruhan 2 bulan pertama cecah 12,015 unit

    UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjual sebanyak 6,632 unit kenderaan sepanjang bulan Februari 2025, dan menjadikan jumlah jualan kumulatif untuk dua bulan pertama tahun ini mencecah sebanyak 12,015 unit.

    “Di UMW Toyota Motor, kami bukan sekadar menawarkan kenderaan, tetapi mencipta pengalaman, menggerakkan kemajuan, dan memberikan ketenangan dalam setiap perjalanan. Ketika kami melangkah lebih jauh ke tahun 2025, komitmen kami terhadap inovasi, kualiti, serta penyelesaian berorientasikan pelanggan terus menjadi keutamaan. Matlamat utama kami adalah memastikan setiap pemilik Toyota menikmati ketahanan, prestasi unggul, dan perkhidmatan selepas jualan bertaraf luar biasa—nilai yang telah menjadi nadi jenama kami sejak sekian lama,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor.

    Angka 6,632 unit yang dicatatkan ini sebenarnya sedikit jatuh berbanding angka jualan bulan sama tahun lalu di mana UMW Toyota berjaya mendaftarkan sebanyak 7,480 unit kenderaan (7,347 Toyota dan 133 Lexus) pada Februari 2024. Namun jumlah jualan kumulatif 12,015 yang dicapai sehingga Februari lalu telahpun memenuhi sebanyak 12% dari angka jualan keseluruhan tahunan 2024 yang mencatatkan 102,300 unit,

    Dalam kenyataan yang sama UMWT turut menyatakan bahawa ia kini sudah mempunyai 100 pusat 3S yang ditempatkan secara strategik di seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan selepas jualan kepada semua pelanggannya. Tahun lalu, secara keseluruhan pusat-pusat 3S berkenaan telah pun menerima 1.4 juta kenderaan untuk diselengara.

    “Pemilikan Toyota bukan sekadar pembelian, tetapi satu komitmen jangka panjang yang didukung oleh kepercayaan. Rangkaian pusat 3S kami di seluruh Malaysia dibangunkan untuk memastikan setiap pemilik dapat menikmati perjalanan yang lancar dengan sokongan perkhidmatan pakar yang cemerlang. Kami akan terus melabur dalam teknologi canggih, latihan tenaga kerja, dan peningkatan aksesibiliti bagi menawarkan pengalaman pemilikan terbaik, menjadikan Toyota bukan sahaja pilihan yang bijak, tetapi juga pilihan yang diyakini,” tambah Ravindran.

     
     
  • Riwayat Ford Focus akan tamat selepas 27 tahun pada Nov ini; tiada pengganti, Ford tumpu bina EV & SUV

    Riwayat Ford Focus akan tamat selepas 27 tahun pada Nov ini; tiada pengganti, Ford tumpu bina EV & SUV

    Ford Focus merupakan model yang menggantikan tempat Escort ketika kemunculan sulung model generasi pertamanya pada 1998 – namun selepas 27-tahun dan dihasilkan dalam empat generasi, Ford mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat model ikonik segmen-C tersebut pada November tahun ini.

    Ia disahkan oleh pengurus komunikasi Ford Eropah, Finn Thomasen menerusi satu email kepada portal Motor1, di mana tiada model untuk menggantikan tempat Focus akan dihasilkan selepas ini. Buat masa sekarang pelanggan masih lagi boleh menempah Ford Focus dengan pilihan warna dan opsyen yang ditawarkan, namun tempahan tersebut akan ditutup tak lama lagi di mana selepas itu pembeli hanya boleh membeli unit yang berada dalam inventori sahaja.

    Selain Focus, Ford turut telah menghentikan model-model ikoniknya yang lain seperti Mondeo pada 2021 dan Fiesta pada 2023. Jenama itu turut telah menghidupkan semula nama-nama ikonik seperti Puma dan Capri, tetapi ia telah diubah menjadi SUV elektrik penuh (EV).

    Ford sudah mula menghentikan penghasilkan kereta-kereta penumpang biasa seperti sedan, hatchback, coupe dan sebagainya sejak 2018 lagi, tetapi memberi keistimewaan khas kepada Mustang untuk terus wujud. Ini adalah bagi membolehkan jenama tersebut untuk menumpukan perhatian terhadap penghasilan model-model SUV dan trak pikap, serta meluaskan lagi teknologi elektrifikasi.

    Riwayat Ford Focus akan tamat selepas 27 tahun pada Nov ini; tiada pengganti, Ford tumpu bina EV & SUV

    “Kami akan keluar dari perniagaan kereta yang bosan dan terjun ke perniagaan kenderaan-kenderaan ikonik,” kata CEO Ford Jim Farley dalam laporan Car Magazine September tahun lalu.

    “Kami sentiasa bersaing sepenuh jiwa dalam pasaran kenderaan-penumpang, yang tidak menjadi untuk Mondeo, Focus dan Fiesta. Model-model ini disukai oleh ramai pelanggan tetapi ia tidak boleh mewajarkan lebih banyak peruntukan modal – tidak seperti kenderaan komersial,” tambahnya.

    Seperti Escort, Focus juga merupakan model yang direka bukan hanya untuk pengangkutan harian, tetapi turut menitikberatkan aspek dinamik pemanduan. Ia juga menjadi asas kepada jentera-jentera Kejohanan Rali Dunia (WRC) untuk model generasi pertama dan kedua (sebelum digantikan oleh Fiesta yang lebih kecil selepas itu), seterusnya turut dihasilkan dalam versi prestasi untuk produksi dengan lencana RS dan ST.

     
     
  • 20 model EV terlaris pada Feb 2025 – Proton eMas 7 masih terlaris, diikuti BYD Sealion 7 dan Tesla Model 3

    20 model EV terlaris pada Feb 2025 – Proton eMas 7 masih terlaris, diikuti BYD Sealion 7 dan Tesla Model 3

    Bagi bulan Februari, Proton eMas 7 masih lagi merupakan model kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia, berdasarkan data yang kami perolehi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). eMas 7 mencatatkan pendaftaran sebanyak 580 unit, membolehkan angka jualan keseluruhan mencecah 1,001 unit sejak dilancarkan.

    EV kedua paling laris bulan lalu pula adalah BYD Sealion 7 dengan pendaftaran 387 unit, diikuti rapat oleh Tesla Model 3 dengan 377 unit selepas mencatatkan jualan yang lembab pada Januari. Dua lagi model BYD melengkapkan carta lima terlaris dengan MPV M6 (120 unit) dan Seal (70) unit.

    20 model EV terlaris pada Feb 2025 – Proton eMas 7 masih terlaris, diikuti BYD Sealion 7 dan Tesla Model 3

    Tempat ke-enam pula adalah milik Xpeng G6 dengan pendaftaran 74 unit. Manakala BYD Atto 3 yang mencatatkan jualan 104 unit pada bulan sebelumnya hanya mencatatkan pendaftaran 42 unit bulan lalu untuk berada di tempah ke-tujuh – namun ia masih lagi dilihat baik memandangkan ia telah berada lama dalam pasaran EV Malaysia yang kecil ini.

    Juga terdapat model-model lain yang mencatatkan penurunan jualan mendadak bulan lalu termasuk BMW i5 (dari 104 kepada 12), BMW i7 (dari 38 kepada hanya 2) dan Zeekr 009 (81 kepada hanya 3). Manakala Tesla Model Y yang berada di tempat ke-10 mencatatkan kenaikan dari hanya 10 kepada 65 unit bulan lalu. Beberapa jenama dari China turut mencatatkan jualan yang agak rendah pada Februari iaitu Ora (23), smart (30, untuk #1 dan #3) dan Leapmotor (13).

     
     
  • Rapid Penang On-Demand diperluaskan dengan 3 laluan baharu dan tambah 2 lagi van mulai 15 Mac ini

    Rapid Penang On-Demand diperluaskan dengan 3 laluan baharu dan tambah 2 lagi van mulai 15 Mac ini

    Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang bakal memperluaskan perkhidmatan Rapid Penang On-Demand (sebelum ini dikenali sebagai Demand Responsive Transit (DRT)) dengan tambahan tiga laluan baharu dan dua van bagi laluan sedia ada yang akan beroperasi mulai 15 Mac depan.

    Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Ku Jamil Zakaria, penambahan laluan baharu itu bagi memenuhi permintaan di kawasan kepadatan penduduk serta kawasan baharu yang belum mempunyai akses kepada pengangkutan awam.

    Laluan baharu terbabit ialah Gurney dan Tanjung Bungah dengan kod laluan T110B dan Sunway dan Butterworth (T710B) yang masing-masing dengan enam van dan Paya Terubong (T211B) dengan satu van.

    “Laluan ini turut menghubungkan perjalanan batuan pertama dan batuan terakhir (first and last mile) penumpang dengan rangkaian perkhidmatan Rapid Penang sedia ada, sekali gus akan meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam di negeri ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    Rapid Penang On-Demand diperluaskan dengan 3 laluan baharu dan tambah 2 lagi van mulai 15 Mac ini

    Tambah Ku Jamil, berdasarkan permintaan menggalakkan, Rapid Bus turut merancang menempatkan sejumlah 50 van di negeri ini secara berperingkat sepanjang tahun ini. Katanya, langkah strategik itu bertujuan bagi menggalakkan orang awam beralih kepada penggunaan pengangkutan awam lebih fleksibel dan efisen.

    “Laluan sedia ada iaitu T210B bagi Farlim dan Air Itam yang sudah dilancarkan pada 1 Ogos tahun lalu akan ditambahbaik dengan tambahan dua van, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak empat van. Penambahbaikan ini bertujuan bagi menampung permintaan tinggi serta mengurangkan waktu menunggu penumpang daripada 17 minit ke 10 minit,” katanya.

    Ku Jamil turut berkata sejak laluan ini beroperasi, purata jumlah penumpang harian adalah 137 orang, iaitu melebihi sasaran awal iaitu 100 penumpang. Secara kumulatif, jumlah harian penumpang bagi laluan ini telah mencecah lebih 26,000 orang sejak tujuh bulan perkhidmatan ini beroperasi.

    Perkhidmatan Rapid Penang On-Demand beroperasi setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 11 malam dan boleh ditempah melalui aplikasi Kummute. Penumpang masih boleh menikmati tambang promosi RM1 bagi setiap perjalanan dan mod pembayaran adalah secara tanpa tunai menggunakan Pas Mutiara My50, Pas OKU Smile, kad debit/kredit, DuitNow QR atau e-dompet.

     
     
  • 20 model terlaris Feb 2025 – Perodua Bezza teratas, Proton X50 di belakang Honda HR-V, Civic pintas S70!

    20 model terlaris Feb 2025 – Perodua Bezza teratas, Proton X50 di belakang Honda HR-V, Civic pintas S70!

    Senarai bagi 20 model kenderaan yang paling laris untuk bulan Februari 2025 pun pun dikeluarkan, hasil data pendaftaran dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kini boleh diperoleh menerusi dalam talian. Mengejutkan apabila Perodua Bezza kini kembali menduduki tangga teratas dengan jualan cecah 9,712 unit, selepas berada di belakang Axia pada Januari lalu.

    Manakala Axia (7,096) jatuh dari tangga pertama ke ketiga, kini terpaksa akur di belakang Myvi (7,126). Manakala Proton Saga (5,012) pula berada di kedudukan ke-empat dengan angka jualan yang sedikit jauh ditinggalkan dek ketiga-tiga model Perodua itu.

    20 model terlaris Feb 2025 – Perodua Bezza teratas, Proton X50 di belakang Honda HR-V, Civic pintas S70!

    Honda pula tidak ketinggalan mencipta ledakan adrenalin, dengan model City (sedan dan hatchback), HR-V dan Civic yang menggandakan angka jualan masing-masing. City (2,767) kini berada di atas Toyota Vios (2,064), sementara HR-V (1,839) pula mengatasi Proton X50 (1,814) dan Civic (1,248) berjaya memintas S70 (1,172). Walau bagaimana pun, nasib kurang menyebelahi CR-V (788) yang tercicir di belakang Jaecoo J7 (873), yang merupakan satu-satunya model jenama China yang berada di dalam senarai ini.

    Manakala Toyota Alphard yang merupakan satu-satunya ‘model kayangan’ di dalam senarai, hanya berjaya mencatatkan pendaftaran sebanyak 742 unit (termasuk unit grey import). Manakala Hilux (1,677) masih kukuh sebagai satu-satunya trak pikap dan kenderaan berkuasa diesel berada dalam senarai.

     
     
  • JPJ keluar larangan kenderaan berat guna jalan raya dari 29-30 Mac Jan, 5-6 April sempena Aidilfitri

    JPJ keluar larangan kenderaan berat guna jalan raya dari 29-30 Mac Jan, 5-6 April sempena Aidilfitri

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyiarkan info grafik berhubung larangan kenderaan berat menggunakan jalan raya sepanjang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia bakal dilaksanakan sepanjang tempoh empat hari iaitu 29 hingga 30 Mac (sebelum perayaan) dan 5 hingga 6 April 2025 (selepas perayaan).

    Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, kenderaan berat ini dikategorikan kepada tiga iaitu trak tunda yang muatannya melebihi 7,500 Kilogram (kg), lori kontena dan kren bergerak serta lori pembancuh simen. Bagi setiap kategori ini, ia mempunyai masa yang dihadkan penggunaannya. Bagi kategori satu iaitu lori pembawa kenderaan, trak tunda ketika tidak menunda kenderaan motor dan lori jongket (tipper) yang berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kg.

    Selain itu, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, traktor, pengangkut simen, besi keluli, batu pasir, tanah dan bahan binaan lain seperti bijih timah dan arang batu turut berada dalam kategori satu yang mana tempoh larangannya ialah sepanjang empat hari berkenaan.

    JPJ keluar larangan kenderaan berat guna jalan raya dari 29-30 Mac Jan, 5-6 April sempena Aidilfitri

    Bagi kategori kedua pula, tempoh larangannya bermula jam 8 malam hingga 8 pagi membabitkan kenderaan lori kontena yang mengangkut barangan selain lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri sama dan sebaliknya. Ia juga membabitkan lori mengangkut barangan elektronik dan elektrik serta bahan industri dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri sama dan sebaliknya.

    Seterusnya bagi kategori ketiga membabitkan kren bergerak, lori pembancuh simen, lori tanpa muatan dan lori mengangkut barangan pengeluaran hasil kelapa sawit dan getah dari ladang ke kawasan industri di mana tempoh larangannya bermula jam 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu.

    Walau bagaimana pun, jentera berat beroda dan kren bergerak diberikan pengecualian bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan.

     
     
  • Polis buka kertas siasatan video sekumpulan kereta dipandu secara merbahaya di Genting Highland

    Polis buka kertas siasatan video sekumpulan kereta dipandu secara merbahaya di Genting Highland

    Polis Bentong hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan membuka satu kertas siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan sekumpulan pemilik kereta memandu secara melulu dan merbahaya di Jalan Genting Highlands.

    Menurut Ketua Polis Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan berkenaan, pihaknya menerima video tersebut menerusi aplikasi Facebook Messenger, dan ia turut tular di beberapa media sosial lain. Beliau menyatakan bahawa aktiviti tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat.

    Justeru, pihak Polis Bentong telah membuka kertas siasatan dan kes ini akan disiasat di bawah seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan ((APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya kepada orang awam. Zaiham turut meminta mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membantu siasatan polis.

    Dalam masa yang sama Polis Bentong akan mengambil tindakan tegas dan membuat operasi bersepadu di kawasan berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum, kerana sering mendapat aduan lokasi itu menjadi tumpuan untuk pemilik-pemilik kereta berkumpul dan melakukan aktiviti tersebut yang mengganggu kententeraman awam serta pengguna jalan raya yang lain.

     
     
  • Stellantis Malaysia lancar pusat servis Subang & bilik pameran Desa Park City, untuk Peugeot, Leapmotor

    Stellantis Malaysia lancar pusat servis Subang & bilik pameran Desa Park City, untuk Peugeot, Leapmotor

    Stellantis Malaysia mengumumkan pembukaan dua lagi jaringan pengedar dan servis selepas jualannya iaitu pusat servis di Subang dan juga bilik pameran pelbagai jenama di Desa Park City. Kedua-dua fasiliti baharu ini adalah untuk menguruskan dua jenama iaitu Peugeot dan Leapmotor, dan kedua-duanya adalah milik Allure Auto.

    Menurut Stellantis Malaysia, pusat servis Subang merupakan kemudahan pertama yang menempatkan pusat servis Peugeot dan Leapmotor Hub bagi menawarkan penyelenggaran kenderaan elektrik bervoltan dan berteknologi tinggi di bawah satu bumbung.

    Dengan keluasan ruang sehingga 5,702 kaki persegi, kemudahan itu mempunyai dua tempat penyerahan dan enam ruang servis kereta. Ia dikendalikan oleh lima orang juruteknik serta penasihat servis bertauliah daripada Stellantis bagi memberikan perkhidmatan selepas jualan komprehensif seperti alat ganti, servis dan talian bantuan 24/7.

    Manakala bilik pameran di Desa Park City pula, ia membolehkan pelanggan menikmati ruang lounge moden dan berinteraksi dengan konfigurator digital bagi memuktamadkan pembelian kenderaan sama ada dari jenama Peugeot mahupun Leapmotor.

    “Di Stellantis, kami komited untuk menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan automotif. Menerusi kerjasama dengan Allure Auto, kami telah membangunkan satu hub bertaraf dunia yang menunjukkan kesungguhan kami dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. Dengan empat outlet di dalam portfolio mereka, pengembangan ini membuktikan semangat inovatif dan dedikasi kami untuk memberikan pengalaman yang dinamik dan fokus kepada pelanggan. Bersama-sama, kami mendefinisikan kembali pengalaman automotif di seluruh rantau ASEAN dengan menggabungkan sentuhan peribadi dan kualiti yang tiada tandingan,” kata Pengarah Urusan Interim ASEAN Stellantis, Isaac Yeo.

    “Kami sangat berbangga untuk memperkenalkan bilik pameran Desa Park City yang baru dan pusat servis Subang. Kedua-dua kemudahan ini adalah bukti usaha kami untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang komprehensif dan lancar. Ini bagi memastikan setiap peringkat perjalanan pemilikan bermula dari pemilihan kenderaan hinggalah sokongan selepas jualan membuktikan komitmen kami terhadap kecemerlangan. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran pelanggan ke lokasi baharu ini,” kata Pengarah Allure Auto, Lai Choong Yik pula.

    Semua bilik pameran Allure Auto beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Manakala Pusat Servis Subang dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Sabtu dari 8.30 pagi hingga 2.30 petang dan ditutup pada Ahad.

     
     
  • X-Wedge akan buka empat pusat 4S di Malaysia tahun ini – ikut konsep premium seperti di China, ada kafe

    X-Wedge akan buka empat pusat 4S di Malaysia tahun ini – ikut konsep premium seperti di China, ada kafe

    Sebelum ini kami pernah kongsikan kepada anda, satu jenama baru dari China, iaitu X-Wedge akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan sekarang ada satu lagi berita yang berkait dengannya. Ketua pegawai operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad mendedahkan, tahun ini juga empat pusat pameran 4S akan dibuka di Malaysia.

    Tempatnya adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Sabah, tetapi kawasan tepat masih belum diberitahu. Pembinaan pusat jualan, servis, pameran dan alat ganti ini sedang giat dijalankan dan ia dijangka dapat dibuka mengikut perancangan tahun ini.

    Asri memberitahu lagi, pusat 4S X-Wedge di Malaysia ini nanti akan mengikut konsep premium seperti di negara asalnya, demi memberikan khidmat dan pengalaman terbaik untuk bakal pelanggan serta pemilik motosikal jenama tersebut.

    Dalam satu perjalanan ke Chongqing, China baru-baru ini, kami berpeluang singgah di pusat pameran utama X-Wedge di sana dan melihat bagaimana konsep yang akan dibawa ke Malaysia tidak lama lagi.

    Bukan setakat menempatkan motosikal dan barangan gaya hidup yang berkait dengan motosikal, pusat pameran ini turut menempatkan francais kafe motosikal terkenal, iaitu Ace Cafe di bahaginan atasnya. Anda boleh saksikan selebihnya dalam galeri gambar di bawah.

     
     
  • Pembiayaan Auto Persendirian oleh paultan.org — perantara jual-beli kereta anda; dari RM700 + baucar

    Pembiayaan Auto Persendirian oleh <em>paultan.org</em> — perantara jual-beli kereta anda; dari RM700 + baucar

    Biasanya, proses untuk membeli kenderaan daripada orang persendirian sangat mudah. Buat pembayaran, transaksi diluluskan dan lepas, kemudian buat pengesahan cap jari di JPJ untuk tukar hak milik dan serahkan kunci. Selesai. Tapi, ini hanyalah terpakai untuk situasi pembelian tunai sahaja, tanpa libatkan bank.

    Sekiranya pembeli memperlukan pembiayaan sewa-beli, penjual akan sedar kemudiannya bahawa pihak bank lebih senang untuk berurusan dengan pengedar kenderaan terpakai berbanding orang persendirian. Sebagai penjual, anda perlu menyelesaikan dulu baki pinjaman sewa-beli kereta yang ingin dijual itu. Wang tunai memang boleh memudahkan urusan tersebut, tetapi tidak semua orang mempunyai dana tunai yang tersedia segera untuk tujuan itu.

    Urusannya tidak mudah. Sebab itulah adanya pengedar kenderaan terpakai yang mengisi kekosongan peranan tersebut. Selalunya, pelanggan perlu membayar sejumlah yuran untuk pengedar kenderaan terpakai memproses pindahan tersebut serta mendapatkan pinjaman untuk anda, walaupun anda membeli terus daripada seseorang.

    Pembiayaan Auto Persendirian oleh <em>paultan.org</em> — perantara jual-beli kereta anda; dari RM700 + baucar

    Di sinilah Private Auto Finance (PAF) atau Pembiayaan Auto Persendirian oleh paultan.org yang dikuasakan oleh Carro memainkan peranan. PAF memudahkan proses tersebut dengan bertindak sebagai perantara bagi pembeli dan penjual, melancarkan lagi semua proses yang terlibat. Yuran yang dikenakan adalah berdasarkan harga kenderaan dan jumlah pinjaman, dan ia bermula dari hanya RM700.

    Dengan PAF oleh paultan.org, anda boleh bertenang kerana semua langkah yang perlu akan diuruskan untuk anda. Sebagai pembeli, anda tidak perlu memohon pinjaman daripada pelbagai bank untuk membandingkan kadar faedah — PAF akan memohon kepada semua bank utama bagi pihak anda, dan anda hanya perlu pilih satu sahaja. Sebagai penjual, anda perlu menyelesaikan semua baki pinjaman sebelum menjualnya, dan PAF ada menyediakan “pendahuluan tunai” untuk anda melangsaikan baki pinjaman tersebut.

    Selain penyelesaian pinjaman (penjual) dan permohonan pinjaman (pembeli), PAF oleh paultan.org juga akan menguruskan prosedur penting lain yang diperlukan untuk memindahkan pemilikan — seperti cukai jalan/insurans, pemeriksaan Puspakom dan proses penukaran pemilik oleh JPJ.

    Pembiayaan Auto Persendirian oleh <em>paultan.org</em> — perantara jual-beli kereta anda; dari RM700 + baucar

    Semua kemudahan ini dengan yuran bermula serendah RM700, dan untuk semua permohonan yang diluluskan, pelanggan akan menerima baucar eksklusif daripada Carro Care, penapis udara Blueair (RM500 bagi model Proton), Xcite Audio Accessories (diskaun 15% kecuali bagi produk Kenwood dan Nakamichi), pelapik kaki DODO (RM500), dashcam IROAD (diskaun 10%, tanpa pembelian minimum) dan audio kereta Harman Kardon (diskaun 10%) untuk menyerikan lagi pemilikan baru pelanggan.

    Jual/beli kereta anda menggunakan PAF oleh paultan.org dan nikmati kadar promosi eksklusif untuk memperbaharui kenderaan yang di beli dengan Carro Care. Nikmati diskaun 15% untuk penyelenggaraan, diskaun 20% untuk baik pulih kenderaan dan diskaun 25% untuk memperkemas kenderaan, yang sah selama sebulan dari tarikh penukaran hak milik.

    Merupakan sebuah pusat sehenti untuk semua keperluan kereta anda, Carro Care dibangun oleh pengalaman berdekad-dekad Jardine Cycle & Carriage dan menyediakan servis badan & cat (cat sepenuhnya dengan jaminan cat selama tiga-tahun, baik pulih kemek), penyelenggaraan berkala dan servis untuk tayar dan brek, pendingin serta ruang dalaman/kulit.

    Jika anda berminat, kunjungi laman mikro Private Auto Finance dan isikan borang. Anda juga boleh hantar pesanan Whatsapp untuk sebarang pertanyaan.

    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

     

    Comments are Disabled | Leave a comment?

     
  • Proton eMas 7 terima 4.5k unit tempahan, 1k unit telah dihantar; Prime tersedia stok, sebulan untuk Premium

    Proton eMas 7 terima 4.5k unit tempahan, 1k unit telah dihantar; Prime tersedia stok, sebulan untuk Premium

    Proton mendedahkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton eMas 7 kini telah menerima tempahan cecah 4,500 unit. Pada bulan lalu sahaja, sebanyak 580 unit eMas 7 telah dihantar kepada para pelanggan, yang kini mencecah lebih 1,000 unit yang sudah dihantar setakat ini, kata Proton lagi.

    Pada bulan lalu sahaja, sebanyak 4,000 unit tempahan telah diterima. Berbanding sekitar 500 unit tempahan pada bulan sebelumnya yang dilihat agak perlahan selepas ia dilancarkan pada Disember 2024. Perkara ini sudah dijangka kerana trend semasa yang menunjukkan orang ramai lebih bersikap ‘tunggu dan lihat’.

    Ini bermakna waktu menunggu bagi eMas 7 tidak terlalu lama, bukan seperti model popular lain termasuk SUV X50 yang memerlukan masa menunggu sekitar enam bulan daripada tarikh ia dilancarkan.

    Proton eMas 7 terima 4.5k unit tempahan, 1k unit telah dihantar; Prime tersedia stok, sebulan untuk Premium

    Walau bagaimana pun ketersediaan eMas 7 bergantung pada varian; paultan.org difahamkan bahawa tempoh menunggu untuk varian Premium adalah sehingga satu bulan, bergantung pada warna, dan unit dalam warna yang kurang popular mungkin ada dalam stok. Sementara itu, stok bagi varian Prime khabarnya tersedia di kebanyakan pengedar.

    Diumumkan ketika pelancarannya, barisan eMas 7 bermula pada harga atas jalan RM105,800 untuk Prime, manakala Premium pula berharga RM119,800 tanpa insurans, dengan diskaun ‘early bird’ untuk 6,000 pelanggan pertama. Bagi penjana kuasanya, kedua-dua varian diberikan motor tunggal berkuasa 218 PS/320 Nm yang memacu roda hadapan, membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.9 saat dan kelajuan maksimum cecah 175 km/j.

    Spesifikasi baterinya adalah berbeza antara varian, dengan Prime menerima bateri short-blade lithium iron phosphate (LFP) Aegis dari Geely berkapasiti 49.52 kWh, yang menawarkan jarak gerak 345 k mengikut ujian standard WLTP. Sementara premium pula diberikan pek 60.22 kWh, dengan jarak gerak 410 km (WLTP).

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.21 (+0.03)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (+0.03)
EURO 5 B7 RM3.11 (+0.03)
Last Updated Jul 17, 2025