Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Ducati Streetfighter V4 Lamborghini guna tanda unik dan konsep rekaan Huracan STO, hanya 630 + 63 unit

    Ducati Streetfighter V4 Lamborghini guna tanda unik dan konsep rekaan Huracan STO, hanya 630 + 63 unit

    Ducati mengeluarkan satu lagi motosikal edisi supercar, dan kali ini dipanggil sebagai Ducati Streetfighter V4 Lamborghini. Secara mekanikalnya masih lagi sebuah Streetfighter V4, model ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 630 unit dan ia kemudiannya diterapkan dengan konsep rekaan serta tanda-tanda unik Lamborghini Huracan STO.

    Sebagai tambahan, terdapat 63 unit motosikal ini yang dipanggil Speciale Clienti (Pelanggan Khas) akan disediakan untuk pemilik Lamborghini. Bersama dengan Centro Stile Ducati, pemilik Lamborghini yang mendapatkan Ducati Streetfighter V4 Lamborghini boleh memilih warna badan serta rim motosikal untuk menyamai supercar mereka.

    Anda boleh lihat inspirasi rekaan Huracan STO pada Streetfighter V4 Lamborghini ini antaranya pada bahagian penghadang lumpur hadapan dan belakang, ‘bajak’ bawah, ekor belakang, panel tepi tangki serta pelbagai lagi. Corak kain yang digunakan untuk gentian karbon motosikal ini juga adalah sama seperti Huracan STO.

    Barangan Rizoma turut digunakan pada motosikal ini, termasuk peletak kaki, tuil klac dan brek, serta pelindung kaki aluminium billet, pad tempat duduk, pelindung bahagian meter dan tempat kunci, serta pelindung sprocket yang dibuat dariapda gentian karbon.

    Rim pada Streetfighter V4 Lamborghini ini juga menggunakan rekaan yang sama seperti Huracan STO, dan ia merupakan unit forged yang menggunakan pengunci titanium – juga rekaan khas Lamborghini – pada lengan ayun belakang.

    Di atas tangki bahan api motosikal ini terdapat satu plat khas yang menunjukkan nombor keluarannya, dan ia juga terukir pada kunci serta terpapar pada skrin TFT bersama animasi khas jenama Ducati dan Lamborghini apabila motosikal dihidupkan.

    Ducati Streetfighter V4 Lamborghini guna tanda unik dan konsep rekaan Huracan STO, hanya 630 + 63 unit

    Warna yang digunakan pada Streetfighter V4 Lamborghini ini adalah antara warna khas Huracan STO, iaitu Verde Citrea/Arancio Dac, manakala sayap tepi dan angkup brek Brembo padanya menggunakan warna Arancio Dac. Fork hadapan adalah daripada Ohlins, tetapi menggunakan kelongsong berwarna hitam.

    Untuk melengkapkan koleksi, pemilik Streetfighter V4 Lamborghini ini boleh mendapatkan sut lumba serta helmet Arai yang menggunakan konsep warna dan grafik sama seperti motosikal keluaran istimewa ini, yang dijual secara berasingan. Walaupun baru ditunjuk kepada umum, kesemua 630 unit motosikal ini sudah terjual dan harganya tidak diberitahu.

     
     
  • VIDEO: Potong barisan di titik buta lori, terus disodok

    Sudah banyak kali kita diingatkan dengan titik buta di sekeliling kenderaan berat dan kali ini tersebar satu lagi video yang menunjukkan masih ramai belum sedar. Kejadian dikatakan berlaku di Sarawak, dan melibatkan sebuah Proton Saga dengan lori simen.

    Melalui tiga video yang dimuat naik oleh Fareez Aiman di Facebook ini, kita boleh melihat Saga yang berada di lorong paling kiri sewaktu berhenti di lampu isyarat cuba membelok ke simpang kanan dan memasuki laluan sama dengan lori yang berada di sebelah kanan.

    Perlanggaran berlaku apabila separuh badan Saga tersebut berada di hadapan lori, dan malangnya, lori tersebut tidak terus berhenti dan menyeretnya sehingga beberapa puluh meter ke hadapan. Selepas terdapat lorong kiri yang lebih luas barulah kita dapat melihat pemandu lori simen itu memberi lampu tunjuk arah ke kiri dan memberhentikan kenderaan.

    Walaupun dalam video ini mungkin kelihatan seperti tidak ada kecederaan serius, kami masih mahu mengingatkan sekali lagi kepada anda titik buta lori itu adalah benar, lagi luas berbanding kenderaan biasa dan berhati-hatilah sekiranya anda berada berhampiran kenderaan berat.

     
     
  • GALERI: Perodua Alza AV GearUp 2022 — penampilan lebih matang dan menarik, beri nilai tambah berbaloi

    GALERI: Perodua Alza AV GearUp 2022 — penampilan lebih matang dan menarik, beri nilai tambah berbaloi

    Setakat Ogos 2022, sejumlah 51,000 unit Perodua Alza telah ditempah, dan daripada jumlah itu, sebanyak 7,682 unit telah diserahkan kepada pemiliknya. Bagi tempoh singkat setelah pelancarannya pada Julai ini menunjukkan bahawa ia sebuah model yang mendapat sambutan hangat.

    Perodua juga pernah mendedahkan yang daripada jumlah tempahan yang diterima setakat awal Ogos lalu, 70% daripadanya adalah bagi versi dengan bodykit dan aksesori GearUp. Mengapa corak ini berlaku untuk Alza, sedangkan ia merupakan aksesori pilihan dengan kos tambahan sekitar RM2.5k bagi yang mahukannya?

    GALERI: Perodua Alza AV GearUp 2022 — penampilan lebih matang dan menarik, beri nilai tambah berbaloi

    Jawapannya mudah. Penampilan Perodua Alza 2022 ini nampak lebih matang dan sangat menarik dengan adanya kit GearUp. Ia tidak nampak berlebihan atau keterluan dan melonjakkan lagi imej sporty atau agresif MPV tujuh-tempat duduk ini.

    Semua ini dapat dilihat melalui galeri penuh bagi varian AV dengan GearUp yang kami tunjukkan ini. Lihat dari depan, wajah Alza nampak rendah dan lebar serta tidak terlalu diserabutkan dengan rekaan bampar dengan garis atau bucu yang keterlaluan — DRL bahagian bawahnya hanya hadir dengan kit berkenaan. Dari sisi pula ia nampak ringkas dan panjang dengan kemasan yang memadai.

    GALERI: Perodua Alza AV GearUp 2022 — penampilan lebih matang dan menarik, beri nilai tambah berbaloi

    Dan begitu juga bahagian belakang yang tampil lebih “penuh” berbanding tanpa aksesori itu. Ini juga di bawa ke bahagian dalam, dengan material balutan kerusi dengan tema merah-hitam misalnya, menjadikannya berbeza dan lebih premium. Apa pula pandangan anda tentang penampilan Alza dengan kit Gear Up ini?

    Tentang Alza 2022, telah banyak yang kami liputi untuk bacaan dan tontonan anda. Baca juga review penuh kami berkenaan model ini. Jika ingin membuat perbandingan kos selenggara dan pemilikan dalam tempoh tahun, boleh juga merujuk perbandingan antara model pesaingnya atau perbezaan antara barisan model dari Perodua sendiri untuk tahu lanjut tentang MPV ini.

     
     
  • Polis kesan pemandu yang terbabit dalam kemalangan di Sg Petani hingga mengorbankan pegawai imigresen

    Polis kesan pemandu yang terbabit dalam kemalangan di Sg Petani hingga mengorbankan pegawai imigresen

    Polis sedang mengesan seorang pemandu Proton Wira Aeroback yang dipercayai terlibat dalam insiden langgar lari hingga mengorbankan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia di Kilometer 83.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pada pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan sekitar jam 8.30 hingga 9.30 pagi itu berlaku ketika hujan lebat, laporan Astro Awani.

    “Kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Kawasaki KLE650-C datang dari arah selatan menghala ke utara dipercayai dilanggar sebuah kereta jenis Proton Wira 1.5GL(A) Aeroback berwarna perak nombor pendaftaran TAC 5688 di mana pemandunya telah melarikan diri dari tempat kejadian. Polis meminta pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian tersebut tampil membantu siasatan,” katanya.

    Beliau pada masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu dan kereta itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668 atau Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan.

    Dalam kejadian tersebut, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Samsudin, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Manakala rakannya, Zaili Nizam Muhammad, 43, yang merupakan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, mengalami patah kaki kanan dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

     
     
  • VIDEO: Warga Singapura ‘cop parking’ di Malaysia

    VIDEO: Warga Singapura ‘cop parking’ di Malaysia

    Perbuatan ‘cop parking’ iaitu berebut parkir dengan cara ‘mengelat’, keluar dari kereta dan berdiri dipetak parkir berkenaan merupakan satu benda yang sudah lama berlaku di Malaysia. Namun menerusi video tular yang baru-baru ini tersebar di media sosial agak istimewa sedikit, kerana ia dilakukan oleh warga negara jiran yang dianggap jauh lebih maju dari kita iaitu Singapura.

    Video berkenaan dimuat naik oleh pemunya akaun Facebook Hey XpG. Menurutnya kejadian tersebut berlaku ke atas adiknya (tidak dinyatakan di mana ia terjadi) yang mahu masuk ke satu petak parkir di mana sebuah Toyota Corolla Altis sudah bersedia untuk keluar dari situ.

    Walau bagaimanapun, tiba-tiba datang seorang wanita ke petak parkir berkenaan untuk ‘menjaga’ petak tersebut. Dan selepas Altis tersebut keluar dari petak parkir, wanita tersebut menghalang kereta yang dinaiki oleh perakam video ini untuk masuk ke petak parkir berkenaan, bagi memberi laluan kepada sebuah SUV Mercedes-Benz GLB dengan nombor pendaftaran Singapura yang datang dari belakang untuk masuk ke petak parkir tersebut.

    Tahukah anda, walaupun nampak remeh, perbuatan ‘cop parking’ ini sebenarnya satu kesalahan di Malaysia yang membolehkan anda dikenakan hukuman? Menerusi perkongsian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam akaun twitternya sebelum ini, ‘cop parking’ dengan cara seperti meletakkan kerusi/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Akta berkenaan jelas menyebut “Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

    Menurut JPJ, undang-undang ini turut diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah, dan hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

     
     
  • Lebuhraya Pan Borneo fasa 1 untuk Sarawak kini siap 86%, beberapa seksyen bakal dibuka hujung tahun ini

    Lebuhraya Pan Borneo fasa 1 untuk Sarawak kini siap 86%, beberapa seksyen bakal dibuka hujung tahun ini

    Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof telah mengesahkan fasa satu bagi projek Lebuhraya Pan Borneo kini sudah mencapai 86% siap. Katanya, pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka dan tiga seksyen iaitu di Sarikei, Bukit Begunan serta Lambir dijangka siap tahun depan.

    “Tiga seksyen itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran di tapak yang memerlukan penelitian semula. Malah ada juga yang memerlukan pengolahan semula reka bentuk kerana faktor keadaan muka bumi yang tidak sesuai,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

    Fasa satu projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 786 kilometer dari Telok Melano ke Miri membabitkan kos RM16.117 bilion.

    Pada Mac lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) juga telah mengesahkan pembinaan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 bagi Sarawak akan dilaksanakan semula pada tahun ini.

     
     
  • Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition 2022 kini di Malaysia – RM379,888, gaya luaran seperti Maybach

    Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition 2022 kini di Malaysia – RM379,888, gaya luaran seperti Maybach

    MPV bersaiz besar dari Mercedes-Benz iaitu Vito Tourer kini diperkenalkan dalam versi istimewa di Malaysia, digelar Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition. Varian istimewa ini telah ditunjukkan buat pertama kali pada pasaran tempatan di roadshow Hap Seng Star di Bangsar Shopping Center hujung minggu lalu.

    Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition dijual pada harga atas jalan tanpa insuran (pendaftaran persendirian) RM379,888. Jadi buat masa sekarang, model edisi istimewa ini merupakan model dengan penawaran paling tinggi dalam barisan model Vito Tourer dengan harga lebih RM20k lebih mahal berbanding Vito Tourer Exclusive.

    Bagi mengetahui apa istimewanya Vito Tourer Special Edition ini, kami terangkan dahulu varian-varian Vito Tourer lain yang telah pun ditawarkan di Malaysia. Model paling asas Vito Tourer dijual pada harga RM342,036.40, dan ia datang dalam versi jarak roda lebih panjang, serta 10-tempat duduk yang dibahagikan kepada empat baris dalam konfigurasi 2-3-2-3.

    Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition 2022 kini di Malaysia – RM379,888, gaya luaran seperti Maybach

    Manakala Vito Tourer Exclusive yang dijual pada harga RM359,888 pula, ia datang dengan perincian lebih mewah menampilkan dua tempat duduk kapten pada baris kedua, serta hanya tiga baris tempat duduk dengan konfigurasi 2-2-3 bagi memberikan ruang lebih luas. Walau bagaimanapun, dengan pembelian Vito Tourer Exclusive, anda masih menerima tempat duduk 2-3-2-3; tempat duduk ini boleh anda simpan dan gunakan semula sekiranya perlu.

    Bagi Vito Tourer Special Edition ini pula, secara asasnya ia menerima pakej penggayaan khas luaran yang nampak lebih mewah. Pakej tersebut terdiri dari hud dan gril dengan gaya seakan model dari divisi lebih mewah Mercedes-Benz iaitu Maybach, bampar hadapan dengan kemasan liang udara krom sepenuhnya serta bampar belakang yang turut diberi lebih banyak perincian-perincian krom.

    Selain itu, kit kelengkapannya adalah sama dengan Vito Tourer lain termasuk rim aloi 17-inci, lampu hadapan dengan sistem LED Intelligent Light bersama High Beam Assist Plus, pengelap cermin automatik, kamera undur, sistem pemantau tekanan angin tayar serta enam beg-udara.

    Manakala bagi sistem bantuan pemanduan keselamatan, kesemua Vito Tourer menerima fungsi termasuk Active Brake Assist (brek kecemasan automatik), Active Distance Assist Distronic (cruise control aktif), Attention Assist, Blind Spot Assist, Crosswind Assist, Hill-Start Assist, Lane Keeping Assist, Lane Tracking Package dan juga Parktronic

    Mercedes-Benz Vito Tourer Special Edition ini menerima enjin petrol M274 2.0 liter turbo empat silinder berkuasa 211 PS (208 hp) pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 350 Nm bermula 1,300 hingga 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic bagi memacu roda belakang.

    GALERI: Mercedes-Benz Vito Tourer facelift

     
     
  • JPJ eBid: Siri nombor plat PQM bakal dibuka bidaan

    JPJ eBid: Siri nombor plat PQM bakal dibuka bidaan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan siri plat nombor pendaftaran, PQM, bakal dibuka untuk bidaan menerusi platform dalam talian JPJ eBid.

    Siri nombor plat terkini dari Pulau Pinang, PQM ini akan mula dibuka bidaan pada 11 September 2022. Tempoh bidaan menerusi JPJ eBid adalah selama lima hari, dan berakhir jam 10 malam pada 15 September. Seperti biasa, keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 16 September 2022. Kini keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima sebarang perkhabaran (sama ada baik atau sebaliknya) menerusi e-mel.

    Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • Jualan Perodua naik 42% pada Ogos; Bezza model paling laris, kilang catat produksi tertinggi untuk 2022

    Jualan Perodua naik 42% pada Ogos; Bezza model paling laris, kilang catat produksi tertinggi untuk 2022

    Dengan masalah berkaitan pandemik yang menjejaskan industri automototif tempatan dilihat semakin pulih, Perodua kini nampaknya mula menunjukkan prestasi sebenarnya – sepanjang bulan Ogos 2022, Perodua telah mencatatkan jualan sebanyak 26,039 unit, atau hampir 42% lebih tinggi berbanding jualan Julai sebanyak 18,346 unit!

    “Pihak Perodua akan berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad. Beliau turut menyatakan bahawa bulan lalu Perodua turut mencapai tahap pengeluran terbaik tahun ini dengan mencatatkan jumlah produksi sebanyak 28,036 unit.

    Dari jumlah jualan berkenaan, Bezza menjadi model terlaris Perodua untuk bulan Ogos 2022 dengan 6,808 telah berjaya diserahkan kepada pelanggan. Ia diikuti oleh Myvi sebanyak 6,252 unit dan Axia sebanyak 4,857 unit. Perodua turut mengumumkan bahawa sehingga kini, sebanyak 7,682 MPV Perodua Alza generasi kedua telah diserahkan kepada pelanggan setakat ini selepas ia dilancarkan pada 20 Julai lalu.

    Menurut Zainal, peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua bulan Ogos adalah disebabkan masalah gangguan bekalan cip semikonduktor dan juga kekurangan pekerja pada peringkat operasi pembekal yang telah dapat diselesaikan. Beliau turut menyatakan bahawa Perodua juga kini sedang mengkaji kesan peningkatan harga bahan mentah pada masa sekarang serta sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat pembekal komponen bagi mengatasi isu kenaikan kos yang sedang melanda.

    Perodua memberitahu bahawa jualannya dari Januari hingga Ogos tahun ini telah melonjak sebanyak 63.7% kepada 171,728 unit berbanding 104,933 unit pada tempoh sama tahun lalu. “Kenaikan jualan ini disebabkan oleh perintah berkurung yang dikuatkuasakan dari 1
    Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021 untuk membendung penularan kes Covid-19 pada masa itu,” tulis kenyataan yang dikeluarkan.

    “Dari Januari hingga Ogos tahun ini, Perodua Myvi masih kekal model paling laris kami di mana 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit,” tambah Zainal lagi.

    Dengan jumlah jualan yang dicatatkan setakat ini, Perodua dijangka bakal menepati sasaran jualannya tahun ini iaitu 247,800 unit. Sekiranya sasaran berkenaan berjaya dicapai, Perodua akan mencatatkan satu lagi rekod jualan baharu kerana setakat ini jualan tahunan paling tinggi pernah dicatatkan syarikat tersebut adalah 240,314 unit dibuat pada tahun 2019.

     
     
  • Perodua Alza 2022 – 51,000 unit telah ditempah setakat ini, 7,682 unit telah diserahkan kepada pelanggan

    Perodua Alza 2022 – 51,000 unit telah ditempah setakat ini, 7,682 unit telah diserahkan kepada pelanggan

    Ketika mengumumkan prestasi jualan untuk bulan Ogos semalam, presiden dan CEO Perodua,Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad turut menyatakan bahawa hanya selepas dua bulan dilancarkan, model generasi baharu MPV Perodua Alza 2022 kini telah ditempah sebanyak 51,000 unit setakat ini.

    Tempahan bagi MPV ini telahpun mula dibuka pada 23 Jun 2022, iaitu sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai. Ketika dilancarkan, tempahannya sudahpun mencecah 30,000 unit. Dengan jumlah tempahan terkini yang diumumkan ini, momentum tempahan Alza 2022 dilihat terus konsisten walaupun ia tidak lagi menerima insentif pengecualian cukai jualan untuk mereka yang menempahnya selepas 30 Julai 2022.

    Zainal turut menyatakan bahawa dari kesemua tempahan berkenaan, sebanyak 7,682 unit telah berjaya diserahkan kepada pelanggan sehingga kini. Sekitar 4,000 Alza telah diserahkan kepada pelanggan sehingga penghujung Julai 2022, dan ini bermakna lebih 3,000 unit MPV tersebut diserahkan kepada pelanggan sepanjang Ogos, menepati sasaran Perodua sebelum ini untuk menghasilkan 3,000 unit Alza sebulan.

    Perodua Alza 2022 – 51,000 unit telah ditempah setakat ini, 7,682 unit telah diserahkan kepada pelanggan

    Ketika dilancarkan, Perodua Alza 2022 ditawarkan dalam tiga varian berbeza, dengan harga atas jalan tanpa insuran lengkap dengan SST bermula RM62,500 untuk varian asas 1.5 X, RM68,000 untuk varian pertengahan Alza H dan RM75,000 untuk varian tertingg Alza AV. Kesemua varian Alza 2022 ini dijana oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter empat silinder Dual VVT-i berkuasa 105 hp dan tork maksima 138 Nm digandingkan bersama kotak gear D-CVT.

    Untuk lebih perincian berkenaan spesifikasi setiap varian Alza 2022, anda boleh bacanya pada PAUTAN INI. Kami telah memandu uji MPV ini dan laporannya anda boleh baca pada PAUTAN INI. Jika anda mahu tahu perbandingan kos servis Alza 2022 berbanding pesaingnya seperti Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander, anda boleh bacanya pada PAUTAN INI. Kami juga ada membuat perbandingan kos servis Alza 2022 ini model-model Perodua yang lain dan anda boleh bacanya pada PAUTAN INI.

    Perodua Alza 2022 1.5L AV

    Perodua Alza 2022 1.5L H

    Perodua Alza 2022 1.5L X

    Perodua Alza 2022 dengan kit GearUp

     
     
  • Semua unit Lamborghini yang diproduksi sehingga 2024 sudah habis dijual – CEO Stephan Winkelmann

    Semua unit Lamborghini yang diproduksi sehingga 2024 sudah habis dijual – CEO Stephan Winkelmann

    Anda baru nak buat tempahan untuk beli Lamborghini baru? Kereta baharu anda mungkin akan sampai lagi dua tahun atau lebih. Ini kerana CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann berkata kepada AFP dan dilaporkan oleh France24 bahawa kesemua unit kereta yang akan diproduksi oleh jenama berkenaan sehingga 2024 sudahpun habis dijual!

    Beliau menyatakan bahawa permintaan terhadap produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya kini adalah sangat tinggi, dan senarai tempahan kini penuh sehingga 18 bulan ke hadapan. Model siri produksi terkini dari Lamborghini adalah Urus Performante, iaitu SUV yang lebih berkuasa dan lebih ringan dari Urus standard, serta telah mencatatkan rekod SUV produksi terpantas mendaki bukit di Pikes Peak International Hill Climb, Amerika Syarikat.

    “Kami ada mempunyai lebih ramai pelanggan yang mula berminat dengan Lamborghini kerana mereka percayakan jenama ini, mereka nampak betapa cantiknya, betapa tingginya prestasi kereta-kereta tersebut,” kata Winkelmann kepada AFP. Beliau turut menambah bahawa ekonomi global yang stabil juga menjadi pemangkin kepada permintaan yang tinggi ini.

    Semua unit Lamborghini yang diproduksi sehingga 2024 sudah habis dijual – CEO Stephan Winkelmann

    Selain dari permintaan yang tinggi, Lamborghini turut tidak terkecuali dari terkena tempias masalah bekalan cip semikonduktor yang melanda hampir semua pembuat kereta, sekaligus turut menyebabkan tempoh menunggu yang lebih lama ini, tulis France24.

    Tahun ini juga merupakan tahun terakhir Lamborghini menawarkan model yang dijana oleh bahan api sepenuhnya. Tahun hadapan semua model baharu yang diperkenalkan akan menerima sistem plug-in hybrid, dengan model pertama menerima sistem PHEV tersebut akan didedahkan tahun ini. Dan bermula 2024 kesemua model baharu Lamborghini hanya akan digerakkan oleh kuasa elektrik sepenuhnya.

    Sebelum ini Lamborghini dilaporkan memperolehi prestasi kewangan setengah tahun terbaik pernah dicatatkan, dengan rekod jualan dan keuntungan mencecah margin operasi 32% dan keuntungan operasi meningkat kepada 425 juta euro (RM1.9 bilion) dari 5,090 kereta yang dijual, tulis France24 lagi.

     
     
  • Mitsubishi Ralliart akan kembali ke Amerika pada 2023; tawar versi edisi terhad gaya rali untuk semua model

    Mitsubishi Ralliart akan kembali ke Amerika pada 2023; tawar versi edisi terhad gaya rali untuk semua model

    Mei tahun lalu, Mitsubishi secara rasmi mengumumkan bahawa sayap prestasi tingginya iaitu Ralliart dihidupkan kembali selepas 11-tahun divisi tersebut ditutup dari menghasilkan sebarang peralatan prestasi serta menyertai mana-mana perlumbaan. Ia dimulakan dengan menghasilkan model khas Ralliart untuk pasaran Thailand bagi model seperti Pajero Sport, Triton serta Mirage, dan Ralliart sudahpun menampilkan pelbagai model konsep di Tokyo Auto Salon 2022 (TAS) Januari lalu.

    Terbaharu, Mitsubishi mengumumkan bahawa jenama Ralliart ini akan di bawa semula ke pasaran Amerika Syarikat bermula tahun hadapan. Menurut Mitsubishi, kesemua modelnya yang dijual di pasaran berkenaan akan ditawarkan dalam versi edisi terhad Ralliart, termasuk Outlander, Outlander PHEV, Eclipse Cross, Outlander Sport dan Mirage.

    Mitsubishi Vision Ralliart Concept (atas kiri), Eclipse Cross Ralliart Style (bawah kiri) dan Delica D:5 Tough x Tough yang dipamerkan di TAS 2022 Januari lalu

    Mitsubishi menyatakan bahawa model-model edisi khas Ralliart tersebut akan menerima warna badan White Diamond bersama bumbung berwarna hitam, serta kemasan badan dan grafik yang unik serta sentuhan-sentuhan diinspirasikan kereta rali. Walau bagaimanapun, tiada sebarang ubahsuai prestasi diumumkan untuk model-model edisi terhad pasaran Amerika Syarikat berkenaan.

    Jadi apa yang ditawarkan nanti mungkin menampilkan konsep sama seperti model-model edisi terhad Ralliart di pasaran Thailand. Pajero Sport, Triton dan juga Mirage Ralliart di Thailand diberikan warna badan putih dan bumbung hitam, grafik badan dan mud-flap merah ala-rali serta kit badan istimewa tanpa diberikan sebarang peningkatan prestasi.

    GALERI: Mitsubishi Mirage, Triton dan Pajero Sport edisi khas Ralliart pasaran Thailand

     
     
  • Pengecas pantas DC 50 kW baru di R&R Ayer Keroh arah selatan – kabel CCS2, CHAdeMO dan Type 2

    Pengecas pantas DC 50 kW baru di R&R Ayer Keroh arah selatan – kabel CCS2, CHAdeMO dan Type 2

    Ini ada satu lagi berita baik untuk pemilik kenderaan elektrik yang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan – pengecas DC di R&R Ayer Keroh arah selatan kini sudah diperbaharui oleh ChargEV. Pada tahun 2018, ini adalah pengecas pantas DC pertama yang dipasang di Lebuh Raya dengan menyediakan dua kabel iaitu CHAdeMO 50 kW dan AC Type 2 22 kW.

    Sekarang, ia telah diganti dengan tiga kabel pengecas pantas ABB dengan soket jenis CHAdeMO 50 kW, CCS2 50 kW dan AC Type 2 43 kW (pasti menggembirakan pemilik Renault Zoe generasi sebelum ini). Penambahan kabel jenis CCS2 memang sangat dialu-alukan kerana kebanyakan EV yang dijual di Malaysia sekarang ini menggunakan soket jenis itu untuk pengecasan pantas DC, berbanding CHAdeMO.

    Untuk mengaktifkan pengecas di R&R Ayer Keroh ini, anda perlu menggunakan aplikasi ChargEV. Berikut adalah harga yang dikenakan untuk pengecas tersebut, yang perlu dibayar melalui kad kredit atau debit di dalam aplikasi ChargEV anda.

    • CCS2 50 kW – RM1.10
    • CHAdeMO 50 kW – RM1.10 seminit
    • Type 2 43 kW – RM2.00 setiap 10 minit

    Selain pengecas di kawasan berhampiran restoran, terdapat juga beberapa pengecas lain di R&R Ayer Keroh ini iaitu pengecas AC 22 kW di stesen Petronas, dan pengecas DC 50 kW (RM1.20/min) di stesen Caltex.

     
     
  • Ford Everest 2022 akan tiba di M’sia 24 September ini

    Ford Everest 2022 akan tiba di M’sia 24 September ini

    Selepas pengenalan Ford Ranger serba baru di sini, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) kini sedang membuat persiapan pula untuk pengenalan Everest generasi ketiga. Pertama kali diperkenalkan kepada dunia pada Mac lalu, SUV berkenaan sudahpun mula dijual di Thailand dan akan menyusul di Malaysia pada 24 September ini.

    Menggunakan casis ladder frame yang sama dengan Ranger, Everest terbaru ini berkongsi juga wajah depan yang sama dengan versi trak pikapnya. Persamaan rekaan seperti lampu dengan elemen bentuk C, palang besar di gril antara yang memberikan penampilan ranggi dan lasak SUV ini.

    Di belakang, Everest hadir dengan rekaan lampu yang khas untuk SUV ini, dan kabinnya mampu memuatkan tujuh penumpang dengan tiga baris tempat duduk. Model baru ini juga diberi jarak antara roda yang lebih panjang, iaitu 2,900 mm (+50 mm) untuk ruang dalaman yang lebih selesa.

    Ford Everest 2022 akan tiba di M’sia 24 September ini

    Rekaan papan pemuka hampir sama dengan Ranger, dengan melibatkan perbezaan hanya dari tumpuan yang yang lebih terarah untuk menyediakan ruang yang lebih selesa untuk tiga baris tempat duduk. Seperti Ranger, Everest juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi, dengan beberapa kluster instrumen digital dan skrin sentuh infotainmen, bergantung kepada varian.

    Begitu juga dengan aspek keselamatan dan bantuan pemandu, dengan antara ciri yang ada termasuk kawalan melayar adaptif, bantuan mengekalkan lorong, AEB dan banyak lagi. Jumlah beg udara kini adalah sembilan, meliputi untuk semua tiga barisan tempat duduk.

    Ford Everest 2022 akan tiba di M’sia 24 September ini

    Everest ditawarkan dalam tiga pilihan enjin diesel berbeza; Single-Turbo dan Bi-Turbo 2.0 sebaris empat-silinder serta 3.0 liter EcoBoost V6 turbo berkembar. Juga ada sebuah enjin petrol 2.3 liter EcoBoost empat-silinder, walaupun ini hanya akan ditawarkan di beberapa pasaran tertentu sahaja bermula tahun depan. Tidak seperti Ranger, Everest hanya didatangkan dengan transmisi automatik 6R80 enam-kelajuan atau unit 10R80 10-kelajuan SelectShift Ford.

    Di Thailand, Everest hanya ditawarkan dengan enjin 2.0 liter turbodiesel, dengan versi turbo tunggal digunakan untuk varian paling bawah (Trend) dan pertengahan (Sport) — kedua-duanya dengan 6AT dan pacuan belakang. Enjin bi-turbo adalah untuk Titanium+, yang ditawarkan dengan pacuan belakang atau empat roda, kedua-duanya dnegan 10AT. Harga di sana bermula dari 1.334 juta baht (RM162,506) hingga 1.854 juta baht (RM225,852).

     
     
  • Tawaran beli satu percuma satu pas My50 RapidKL

    Tawaran beli satu percuma satu pas My50 RapidKL

    Kepada mereka yang tinggal di Lembah Klang dan ingin mencuba bergerak menggunakan pengangkutan awam untuk urusan harian, kini ada satu sebab yang menarik untuk berbuat demikian. Rapid KL sedang menawarkan promosi beli satu percuma satu bagi pass bulatan My50 sempena 9.9 ini. Ya, pas pengangkutan tanpa had untuk bas dan tren untuk dua orang dengan hanya RM50.

    Begini caranya untuk menikmati tawaran “My50 Buddy 2 Untuk 1” ini. Pengguna baru pertama sekali perlulah memuat turun aplikasi perancang pejalanan Pulse oleh Rapid KL untuk mendaftar. Isikan semua butiran kedua-dua pengguna menerusi aplikasi berkenaan. Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan menerima emel pengesahan pada 8 September, sehari sebelum tarikh penebusan pada 9 September.

    Penebusan berkenaan boleh dibuat di stesen LRT KL Sentral (East Wing) dan Hab Bas Pasar Seni pada 9 September. Kedua-dua penama perlu hadir ketika menebus pas mereka, dengan menunjukkan MyKad dan emel pengesahan tersebut. Tempoh bermohonan adalah hingga 7 September. Namun, ambil maklum bahawa tawaran ini hanyalah untuk pengguna baru My50.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 31, 2025