Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Kawasaki H2 SX 2018 bakal tiba di M’sia tahun depan

    Kawasaki H2 SX 2018 bakal tiba di M’sia tahun depan

    Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) hari ini mengesahkan bahawa model Kawasaki H2 SX 2018 yang membuat penampilan global di EICMA November lalu akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia tahun depan. Perkara ini dinyatakan oleh Pengurus Besar KMSB, Dato’ Jeffrey Lim, dan menjangkakan model berkenaan akan dilancarkan secara rasmi pada separuh pertama 2018.

    Walaupun motosikal berkenaan masih menggunakan enjin supercharge empat silinder 998 cc sama seperti H2 sebelum ini, ia dijadikan lebih “lembut” dengan penggunaan unit supercharger yang baru, dan kuasa kini menjadi 200 PS pada 11,000 rpm dan 137.3 Nm tork pada 9,500 rpm. Sebagai perbandingan dengan H2, enjin pada H2 SX adalah kurang 5 PS tetapi torknya lebih 4.2 Nm.

    Bukan sekadar untuk penyampaian kuasa, larasan ini juga dilakukan supaya H2 SX dapat memberikan penggunaan bahan api yang baik, dan ia dikatakan boleh menyamai Versys 1000 dan Z1000SX. Tangki bahan api yang disediakan oleh H2 SX adalah berkapasiti 19 liter.

    Kawasaki H2 SX 2018 bakal tiba di M’sia tahun depan

    Dalam penawaran standard, H2 SX dilengkapi dengan unit pengira inertia (IMU), yang sekaligus dapat mengaktifkan KTRC (termasuk traction control dan wheel lift control), KIBS (termasuk pitching control dan corner braking control) dan Kawasaki Engine Brake Control, tetapi bagi mode SE, ia mendapat tambahan KLCM (launch control).

    Suspensi yang dipasang pada H2 SX bukanlah unit yang boleh dikawal secara elektronik, tetapi masih lagi boleh dilaras iaitu fork 43 mm di hadapan dan penyerap gas tunggal di belakang. Brek pula adalah unit cakera berkembar 320 mm dengan angkup monobloc empat piston di hadapan dan cakera 250 mm tunggal serta angkup dua piston di belakang.

    Ikuti perkembangan seterusnya bersama kami diruang ini nanti, sebaik sahaja motosikal ini tiba di Malaysia nanti.

     
     
  • Prototaip Honda Insight generasi baharu bakal tampil di Detroit bulan hadapan – lebih sporty, lebih berkuasa

    Prototaip Honda Insight generasi baharu bakal tampil di Detroit bulan hadapan – lebih sporty, lebih berkuasa

    Setelah dilihat diuji menggunakan badan City yang dipanjangkan dan dilebarkan sebelum ini, Honda kini mengesahkan prototaip untuk Insight generasi baharu bakal membuat kemunculan sulung pada North American International Auto Show yang bakal berlangsung di Detroit, 15 Januari 2018.

    Bersama pengumuman ini, Honda turut menyiarkan foto penuh bahagian luaran serta sedikit teaser untuk bahagian dalaman kereta hibrid generasi baharu berkenaan. Dapat dilihat, Insight generasi seterusnya berkenaan menerapkan sepenuhnya rekaan signatur terkini Honda sama seperti Civic FC serta Accord generasi baharu yang telah diperkenalkan di Amerika Syarikat.

    Muka Insight generasi baharu ini menerima lampu hadapan tirus dengan jalur krom yang merentangi gril hadapan sama seperti Accord dan Civic. Ia turut dilihat diberikan lampu nyalaan siang LED berbentuk-L yang dibina dalam lampu utama. Beralih ke sisi, pengaruh Civic dan Accord dapat dilihat sekali lagi, menampilkan bentuk badan sedan empat-pintu dengan garis badan seperti sebuah coupe.

    Bahagian belakang pula, Insight menampilkan lampu tirus ‘two-piece‘ yang lebih tersendiri jika dibandingkan dari kedua-dua abangnya tadi. Berbeza dari Insight generasi kedua yang hadir dengan badan lima-pintu seperti aeroback, model generasi baharu ini nampaknya dibina sebagai sedan empat pintu.

    Prototaip Honda Insight generasi baharu bakal tampil di Detroit bulan hadapan – lebih sporty, lebih berkuasa

    Berdasarkan spyshot sebelum ini, Insight generasi baharu ini dipercayai dibina berdasarkan platform Honda City yang telah dipanjangkan dan dilebarkan, sama seperti apa yang dibuat pada Insight generasi kedua. Honda turut mengumumkan model hibrid dedikasi ini tidak akan menggunakan unit janakuasa i-DCD seperti City Sports Hybrid, tetapi akan dikuasakan dengan unit janakuasa hibrid dengan dua motor elektrik – berkemungkinan besar diambil dari Accord Hybrid.

    Unit janakuasa yang digelar Sport Hybrid Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) berkenaan menggabungkan enjin petrol 2.0 liter empat silinder i-VTEC dengan kitaran Atkinson, digabungkan dengan dua motor elektrik yang disuap bateri lithium-ion. Secara keseluruhan, ia menghasilkan kuasa 212 hp dan mampu mencatatkan penggunaan bahan api gabungan 20.4 km/liter.

    Ia jelas berbeza dengan Insight sebelum ini kerana model generasi kedua berkenaan hanya dijana unit Integrated Motor Assist (IMA) yang menggabungkan enjin petrol empat silinder 1.3 liter bersama sebuah motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan 101 hp/199 Nm. Menurut Honda, Insight generasi baharu ini juga diletakkan lebih tinggi dari Civic, di bawah Accord dalam barisan model mereka.

    Prototaip Honda Insight generasi baharu bakal tampil di Detroit bulan hadapan – lebih sporty, lebih berkuasa

    Honda Insight Prototype

    “Dengan gaya yang sofistikated, stance yang dinamik, bahagian dalaman yang luas dan prestasi terbaik dalam kelasnya, Insight serba baharu ini merangkumi pendekatan Honda untuk menghasilkan kereta dengan teknologi elektrik tanpa kekurangan tipikal,” kata naib presiden senior jualan automobil dan penguruh besar Divisi Honda American Honda Motor Co., Inc., Henio Arcangeli, Jr.

    “Pada North American International Auto Show 2017 kami mengumumkan Inisiatif Teknologi Elektrik Honda dengan sasaran untuk menghasilkan dua pertiga jualan kenderaan Honda diseluruh dunia diberikan teknologi elektrik menjelang 2030,” kata Arcangeli.

    “Dengan pelancaran Insight pada lewat 2018 sebagai kereta kelima diberikan teknologi elektrik di bawa kepasaran sejak tahun lalu, kami mendemonstrasikan komitmen kami terhadap sasaran berkenaan,” tegasnya lagi.

    Honda Insight generasi ketiga akan diproduksi di Kilang Honda Greensburg, Indiana, bersama Civic dan CR-V menggunakan komponen yang diperolehi secara domestik dan global.

    GALERI: Spyshot Honda Insight generasi ketiga

     
     
  • Kajian semula NAP 2014, EEV ditetapkan tahun depan; Harga Honda City turun dari RM90k ke RM75k – MAI

    Kajian semula NAP 2014, EEV ditetapkan tahun depan; Harga Honda City turun dari RM90k ke RM75k – MAI

    Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Madani Sahari mengesahkan kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada separuh pertama tahun depan.

    Beliau berkata, menerusi kajian semula dasar tersebut yang sedang dilaksanakan oleh MAI, antaranya akan memperluaskan skop pelaksanaannya kepada kenderaan jenis komersial dan aspek mobiliti lain secara keseluruhan.

    “Kajian sedang dibuat dan kita mengharapkan kalau tiada halangan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dapat melancarkan NAP yang baharu pada separuh pertama 2018,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

    Kajian semula NAP 2014, EEV ditetapkan tahun depan; Harga Honda City turun dari RM90k ke RM75k – MAI

    Sambungnya lagi, “Sejak dasar tersebut diperkenalkan pada 2014 dan sehingga September 2017, harga kereta EEV telah mencatat secara purata pengurangan sebanyak 13.1%. Manakala setakat November tahun ini, sebanyak 105 model kenderaan EEV telah diperkenalkan,” katanya.

    Menerusi pelaksanaan NAP, kerajaan telah memberi insentif kepada pengeluar kenderaan yang mengeluarkan model kereta jenis EEV dalam bentuk pengurangan cukai.

    “Sebagai contoh, pengurangan cukai sebanyak RM10,000 dan pengurangan tersebut mesti diberi kepada pengguna dalam bentuk pengurangan RM10,000 untuk harga kereta,” katanya.

    Tambahnya lagi, kerajaan telah menetapkan sasaran kereta jenis EEV akan mewakili 60% daripada jumlah jualan kereta pada tahun depan berbanding 45%, setakat ini.

    “Malah, kita yakin sasaran jualan model kereta jenis EEV pada akhir tahun ini sebanyak 50% mampu dicapai memandangkan hampir keseluruhan syarikat pengeluar kereta mengeluarkan kenderaan jenis EEV untuk model baharu mereka,” katanya.

    Kajian semula NAP 2014, EEV ditetapkan tahun depan; Harga Honda City turun dari RM90k ke RM75k – MAI

    Madani turut berkata harga kenderaan di Malaysia dijangka kekal kompetitif selari dengan kehendak pengguna yang mahukan kenderaan berasaskan keselamatan, keselesaan dan impak kepada alam sekitar.

    “Sebagai contoh, harga terendah Perodua Axia adalah RM25,800 dan antara termurah di dunia. Kenderaan tersebut adalah jenis EEV dan mempunyai ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. Manakala bagi model Honda City, dahulunya harga di Thailand antara RM60,000 dan RM65,000 manakala di Malaysia sehingga RM90,000 tetapi hari ini, Honda City (Automatik) boleh dibeli dengan harga RM75,000 di Malaysia berbanding Honda City (Manual) di Thailand berharga RM69,000.

    Kita boleh melihat perbezaan harga yang semakin berkurangan, namun produk yang berada di Malaysia berada pada tahap antara yang terbaik di Asia. Ini antara aspek yang perlu kita lihat, bukan semata-mata pada harga yang murah tetapi harga yang kompetitif sesuai dengan faktor keselamatan dan keselesaan serta impak kepada alam sekitar yang turut diambil kira,” katanya.

     
     
  • Perodua Myvi 2018 terima penarafan ASEAN NCAP lima-bintang – jalani protokol ujian yang lebih ketat

    Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) secara rasminya telah menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Perodua bagi model Myvi 2018 yang telah menerima penarafan lima-bintang bagi ASEAN NCAP. Ujian kemalangan itu dijalankan pada Oktober tahun ini.

    “Kami berbangga dan pada masa yang sama berasa rendah hati dengan pengiktirafan pencapaian terbaru ini. Perodua merupakan sebuah syarikat yang meletakkan pelanggan dahulu, dan Myvi baru ini mencerminkan usaha bersungguh kami setakat ini untuk memastikan keselamatan pelanggan dan penumpang di dalam kenderaan kami,” jelas Presiden dan CEO Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

    Lebih penting, Myvi 2018 telah diuji berdasarkan protokol terkini ASEAN NCAP 2017-2020 yang lebih ketat. Ia melibatkan perbezaan berbanding piawaian ujian sebelum ini, dan anda boleh membaca lanjut tentangnya di sini. Myvi mencatatkan 32.71 mata daripada keseluruhan 36 mata bagi ujian Adult Occupant Protection (AOP), mewakili 90.9% pencapaian. Ini diikuti dengan 43.14 mata daripada jumlah keseluruhan 49 mata bagi Child Occupant Protection (COP), mewakili 88% pencapaian.


    Klik untuk besarkan

    Penarafan lima-bintang yang diterima adalah untuk semua varian Myvi, yang hadir dengan ciri standard empat beg udara, ABS dan EBD, VSC, Emergency Stop Signal, ISOFIX, sensor undur dan peringatan tali pinggang keledar bagi semua tempat duduk.

    Varian 1.5L pula lengkap dengan enam beg udara, sementara varian dengan spesifikasi paling tinggi, 1.5L Advance turut hadir dengan ciri Advanced Safety Assist (ASA) yang terdiri dari empat ciri; Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

    “Myvi terbaru ini menjadi satu-satunya kenderaan di Malaysia yang menawarkan pakej keselamatan maju pada tanda harga berkenaan. Malah, ia adalah kereta paling mampu milik yang datang dengan ciri autonomous emergency braking dalam pasaran Malaysia kini. Kami ingin membawakan ciri keselamatan aktif untuk manfaat lebih ramai pengguna,” tambah beliau.

    Untuk tahu lebih lanjut tentang Myvi 2018, ikuti laporan pandu uji serta ulasan video yang telah kami sediakan sebelum ini. Myvi 2018 dijual pada harga dari RM44,300 hingga RM55,300.

    GALERI: Perodua Myvi 1.5L Advance 2018

     
     
  • SIC sasar letak Hafizh Syahrin dalam pasukan MotoGP Jepun pada tahun 2019 sekiranya tunjuk prestasi baik

    SIC sasar letak Hafizh Syahrin dalam pasukan MotoGP Jepun pada tahun 2019 sekiranya tunjuk prestasi baik

    Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin akan berlumba dalam pasukan baru Petronas Sprinta Racing bermula musim hadapan, dan pasukan ini diuruskan bersama oleh Sepang International Circuit (SIC).

    Mengulas lebih lanjut berkenaan perkara ini, ketua pegawai eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali memberitahu New Straits Times bahawa sekiranya Hafizh berjaya mencapai KPI lima tempat teratas secara keseluruhan pada musim hadapan, SIC boleh membantu membawa beliau ke kategori MotoGP pula seterusnya.

    Razlan memberitahu lagi, sekiranya perkara itu berlaku, beliau sudah nampak pasukan mana yang berpotensi untuk Hafizh. Sementara pasukan Repsol Honda, LCR Honda, Movistar Yamaha dan Yamaha Tech 3 masing-msing semua sudah ada pelumba untuk sehingga tahun 2019, beliau seterusnya melihat kemungkinan kepada pasukan Suzuki Ecstar dan Ducati.

    SIC sasar letak Hafizh Syahrin dalam pasukan MotoGP Jepun pada tahun 2019 sekiranya tunjuk prestasi baik

    Walaubagaimanapun, Razlan memberitahu New Straits Times lagi bahawa beliau lebih senang bekerjasama dengan pasukan Jepun kerana beberapa sebab. Antaranya adalah beliau dapat mengkomersialkan pasukan Malaysia melalui pasukan Jepun dengan lebih baik.

    Berkenaan penubuhan pasukan SIC sendiri dalam MotoGP, Razlan memberitahu masih belum mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk berbuat sebegitu, sebaliknya cara terbaik untuk masa ini adalah dengan meletakkan pelumba dalam pasukan yang sudah ada seperti yang dilakukan melalui Zulfahmi Khairuddin sebelum ini.

     
     
  • Toyota Yaris Ativ/Vios 2018 terima penarafan ASEAN NCAP lima-bintang dengan protokol 2017-2020 baharu

    Toyota Yaris Ativ/Vios 2018 terima penarafan ASEAN NCAP lima-bintang dengan protokol 2017-2020 baharu

    Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) hari ini telah mengumumkan keputusan untuk ujian untuk suku keempat tahun ini yang telah dijalankan, merangkumi ujian yang dilakukan terhadap Perodua Myvi dan Toyota Vios generasi baharu (baharu sahaja dilancarkan di Singapura) atau kembarnya dalam versi kereta eco di Thailand dengan enjin 1.2 liter iaitu Yaris Ativ.

    Untuk Perodua Myvi seperti yang telah diumumkan ketika pelancarannya bulan lalu, ia menerima penarafan lima bintang. Begitu juga Vios/Yaris Ativ, model ini turut menerima markah lima bintang dari ASEAN NCAP.

    Toyota Yaris Ativ/Vios 2018 terima penarafan ASEAN NCAP lima-bintang dengan protokol 2017-2020 baharu

    Seperti juga Honda CR-V 2017 yang diuji pada Julai lalu, kesemua ujian terkini ini telah menggunakan protokol baharu 2017-2020 dengan hanya satu penarafan menggabungkan hasil ujian perlindungan penumpang dewasa (AOP), perlindungan kanak-kanak (COP) dan Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) yang ternyata lebih ketat.

    Bagi Vios/Yaris Ativ, kereta berkenaan memperolehi 81.63 mata hasil dari gabungan markah dari AOP dengan 44.7 mata, COP dengan 21.66 mata dan SAT dengan 15.28 mata. Markah ini jelas lebih tinggi dari model Vios generasi sebelum ini (masih dijual pada pasaran Malaysia) yang menerima hanya empat-bintang.

    Antara ciri keselamatan yang diberikan pada Vios dan Yariz Ativ termasuk tujuh-beg udara untuk kesemua varian, ESC, ABS dan juga cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix bersama cangkuk untuk bahagian atas.

    Selain dari Vios dan Myvi, ASEAN NCAP turut mengumumkan dua lagi kenderaan yang diuji mereka pada kali ini iaitu Chery Transcab dan Suzuki Carry – kedua-duanya merupakan trak komersil ringan yang pertama diuji oleh ASEAN NCAP, tidak dijual di Malaysia dan kedua-duanya menerima penarafan 0-bintang.

    Dalam ujian ini, Chery Transcab menerima markah penuh hanya 17.04 mata, manakala Suzuki Carry pula menerima hanya 17.14 mata. Hanya ujian AOP dilakukan terhadap kedua-dua trak ini kerana tiada ruang penumpang belakang pada kedua-duanya (single cab) dan Suzuki Carry pula hanya menerima markah untuk ujian pelanggaran offside hadapan. Trak-trak ini juga tidak menerima sebarang markah untuk SAT kerana tidak diberikan sebarang sistem keselamatan elektronik.

     
     
  • SPYSHOT: Hyundai Veloster Turbo 2019 dilihat penuh

    SPYSHOT: Hyundai Veloster Turbo 2019 dilihat penuh

    Setakat ini kita sudah tahu bahawa Hyundai Veloster generasi seterusnya akan membuat penampilan rasmi semasa acara North American International Auto Show (NAIAS) 2018 bulan hadapan di Detroit. Ini adalah tujuh tahun selepas Veloster pertama dipertontonkan. Hyundai juga sudah menyiarkan gambar model ini yang dibalut dengan pelekat camo, tapi ini pula adalah gambar yang lebih jelas.

    Walaupun dalam keadaan malam dan waktu yang sibuk pada hujung minggu, jurugambar intipan kami berjaya menangkap gambar model coupe kompak yang sporty ini, tanpa sebarang pelekat sewaktu ia sedang menjalani penggambaran untuk tujuan promosi.

    Memandangkan kini kita sudah melihat kedua-dua belah bahagian Veloster ini, boleh disahkan bahawa konfigurasi unik pintu belakang di satu belah sahaja diteruskan lagi pada model baru ini. Terdapat juga gril heksagonal besar di bahagian depan dan lampunya nampak lebih kecil dan tajam berbanding sebelum ini. Di bahagian hujung bampar pula terdapat penghadang angin.

    SPYSHOT: Hyundai Veloster Turbo 2019 dilihat penuh

    Kereta yang ditemui ini mempunyai skema warna dua tona, dengan bumbung serta bahagian A-pillar berwarna hitam. Warna gelap ini juga digunakan pada kemasan yang lebih rendah pada badan seperti lip hadapan, side skirt dan bampar belakang. Veloster baru ini juga nampak seperti lebih sporty dan mempunyai rekaan lebih tajam.

    Perubahan yang lebih besar boleh dilihat pada bahagian belakang, dengan lampu yang lebih panjang. Cermin belakang juga kelihatan lebih panjang, yang menjelaskan lagi kelebaran kereta ini. Sama seperti Elantra AD, terdapat tiga elemen di dalam lampu belakang tersebut tapi kami tidak dapat melihat bentuknya dengan jelas. Ini juga mungkin adalah model Turbo, dengan dua muncung ekzos di tengah.

    Veloster baru ini boleh dijangka akan menggunakan enjin Gamma T-GDi turbo dengan padanan kotak gear automatik klac berkembar dan manual enam kelajuan. Hyundai nampaknya masih percaya dengan kotak gear manual, dan akan melancarkan hot hatch pertama mereka dan model N (i30 N) dengan pilihan kotak gear tersebut.

     
     
  • VIDEO: Sorotan kejayaan pasukan Proton R3 di perlumbaan S1K 2017 – Suprima S juara, Iriz kelima

    Tahun lalu, nama Proton R3 tidak terpampang pada papan kedudukan perlumbaan Sepang 1000 KM (S1K) kerana mereka menyertainya sebagai sokongan kepada pasukan Mayhem FX-Tune Racing menerusi program perlumbaan pelanggan. Namun tahun ini, R3 kembali semula berlumba dalam kancah S1K sebagai pasukan penuh.

    Walau bagaimanapun, tiada kelibat Tengku Djan Ley dalam kem pasukan R3 tahun ini di mana ‘Prince of Drift’ berkenaan berlumba untuk pasukan R Engineering bersama pasangan juaranya tahun lalu, Keifli Othman dengan memandu Honda Jazz. Tahun ini juga R3 masih mempertaruhkan dua jentera mereka iaitu Proton Suprima S bernombor 82 yang dipandu pasangan Admi Shahrul dan James Veerapan serta Proton Iriz bernombor 81 dipandu gandingan Syafiq Ali dan Farique Hairuman.

    Kedua-dua jentera ini memulakan perlumbaan pada petak pertama (Suprima) dan kedua (Iriz) setelah beraksi cemerlang pada sesi kelayakan. Namun sedikit insiden berlaku terhadap Suprima yang menyebabkan sedikit kerosakan pada splitter udara bampar hadapan. Ini menyebabkan hentian pit yang lebih lama dilakukan semasa pertukaran pemandu untuk memperbaiki kerosakan tersebut, menyebabkan kedudukannya dipintas kereta lain.

    VIDEO: Sorotan kejayaan pasukan Proton R3 di perlumbaan S1K 2017 – Suprima S juara, Iriz kelima

    Ketika perlumbaan masuk ke lap-54, Proton R3 mendahului S1K dengan Iriz di tempat pertama, diekori rapat oleh abangnya, Suprima S. Walaupun dengan badan yang kecil, Iriz menampilkan semangat juang yang sangat besar dengan aksi agresif yang ditunjukkan oleh Syafiq Ali dan Farique Hairuman.

    Tetapi nasib malang menimpa hatchback segmen-B nasional berkenaan kerana mengalami masalah pada penukar gear, yang menyebabkan ia terpaksa diperbaiki oleh pasukan dan terkandas selama 20-minit di dalam pit. Jentera ini kemudiannya berjaya kembali meneruskan perlumbaan tetapi takhtanya kini dirampas semula oleh Suprima S.

    Setelah sembilan jam bertarung, Suprima S R3 akhirnya dinobatkan sebagai juara pada lap ke-181, meninggalkan Honda Jazz R Engineering bernombor 12 di tempat kedua dengan jarak 42.567 saat, manakala Iriz pula 9-lap di belakang dan berjaya merangkul tempat kelima.

    VIDEO: Sorotan kejayaan pasukan Proton R3 di perlumbaan S1K 2017 – Suprima S juara, Iriz kelima

    Kelibat CEO baharu Proton Dr. LiChunrong turut dilihat meraikan kejayaan Proton R3 pada perlumbaan kali ini, memberi gambaran bahawa bos baharu berkenaan bersetuju dengan warisan sejarah Proton yang disulami bersama kejayaan dalam sukan bermotor.

    “Proton R3 menunjukkan kerjasama berpasukan yang sangat baik walaupun di dalam S1K tahun lalu. Proton memiliki pasukan pelumba, jurutera dan kakitangan teknikal yang sangat berdedikasi untuk pembangunan kereta R3 serta sukan permotoran, dan saya amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai pada malam ini.

    Pencapaian terbaru ini juga merupakan perkara yang manis bagi kemunculan semula kami di sukan permotoran selepas ini. Ia tentunya titik tolak yang baik bagi Proton,” ujar Dr Li.

     
     
  • Data jualan kenderaan November 2017 ikut jenama

    Data jualan kenderaan November 2017 ikut jenama

    Melalui data yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan pada bulan November 2017 menunjukkan peningkatan sebanyak 4.6%, iaitu dengan jumlah keseluruhannya menjadi 49,184 unit kenderaan, berbanding pada bulan Oktober sebanyak 47,041 unit. Jumlah jualan keseluruhan bagi tahun ini, sehingga bulan November pula adalah 521,907 unit.

    Apabila dipecahkan mengikut jenama, sembilan tempat teratas masih lagi diduduki oleh jenama yang sama mengikut turutan seperti pada bulan Oktober 2017. Paling atas adalah Perodua dengan jualan sebanyak 16,636 unit, diikuti Honda 10,482 unit, Toyota 6,763 unit dan Proton 4,810 unit. Semua jenama ini menunjukkan peningkatan masing-masing 0.9%, 15.6% dan 9.1% bagi Perodua, Honda dan Toyota, tetapi bagi Proton, ia menurun sebanyak 5.4%.

    Bagi jenama mewah pula, Mercedes-Benz masih berada di tempat paling atas, iaitu di tangga keenam secara keseluruhan dengan jualan sebanyak 1,057 unit. Jumlah ini walaubagaimanapun tidak jauh berbeza dengan BMW yang berada selang satu tangga di bawahnya dengan jualan 1,000 unit kenderaan. Walaupun begitu, jumlah yang dicatat oleh Mercedes-Benz ini menurun sebanyak 9.5% berbanding bulan lepas.

    Jenama lain yang menikmati peningkatan tinggi pada bulan ini, selain Honda sebanyak 15.6%, adalah termasuk Volvo 29.2%, Volkswagen 20.1%, Lexus 16.7%, Porsche 16.7% dan Isuzu 15.2%. Jenama yang mencatatkan penurunan antara yang paling banyak adalah Audi iaitu sebanyak 67.2%, manakala Peugeot pula sebanyak 14.8%.

     
     
  • Pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang bakal nikmati diskaun tol 10% sempena Krismas ini

    Pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang bakal nikmati diskaun tol 10% sempena Krismas ini

    Berita baik bagi pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) atau pun Jambatan Kedua Pulau Pinang, sempena Hari Krismas ini, diskaun sebanyak 10% bagi kadar tol untuk semua kenderaan akan diberikan.

    Menurut Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Ir Mohd Ashari Alias, diskaun tersebut akan diberikan mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 25 Disember ini. Pengguna yang memasuki jambatan dari Lebuhraya PLUS melalui Plaza A Plaza Tol Bandar Cassia juga akan menikmati kadar ini, laporan Bernama.

    Katanya lagi, diskaun itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang berterusan dan sebagai penghargaan kepada pengguna terutama semasa musim perayaan ini.

    Lebih daripada 21 juta kenderaan telah menggunakan JSAHMS sebagai laluan pilihan mereka ke Pulau Pinang dari Seberang Perai dan sebaliknya sejak pembukaannya tiga tahun lalu pada Mac 2014. Di mana kira-kira 22,000 kenderaan menggunakan jambatan itu setiap hari dan jumlah ini biasanya akan meningkat semasa musim perayaan, cuti umum dan cuti sekolah.

     
     
  • MAA: Jualan kenderaan November 2017 – meningkat 4.6% dari Oktober, naik 0.2% bagi tempoh sama 2016

    MAA: Jualan kenderaan November 2017 – meningkat 4.6% dari Oktober, naik 0.2% bagi tempoh sama 2016

    Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data jualan kenderaan untuk pasaran tempatan bagi bulan November 2017. Dan, nampak gayanya, ia menunjukkan prestasi yang baik secara umumnya jika dibandingkan dengan Oktober.

    Keseluruhannya, sebanyak 49,184 unit kenderaan telah dijual bulan lalu, mencatatkan 4.6% atau 2,143 unit peningkatan berbanding 47,041 unit yang dicapai pada Oktober. Jika dibandingkan dengan November 2016 pula, angka baru ini hanya 0,2% atau 89 unit lebih tinggi.

    Walaupun begitu, jumlah keseluruhan 521,907 unit kenderaan baru telah terjual bagi tempoh 11 bulan tahun ini, mencatatkan peningkatan 1.3% atau 6,655 unit berbanding tempoh sama tahun lalu, yang merekodkan 515,252 unit jualan.

    Menurut MAA, peningkatan ini disebabkan oleh promosi musim cuti dan hujung tahun, serta didorong juga oleh pengenalan Perodua Myvi bulan lalu. Tempoh promosi yang diteruskan serta tawaran yang leih menarik dan agresif dijangka akan memberikan angka jualan yang lebih kukuh bagi bulan Disember.

     
     
  • Honda HR-V dalam imej render – gril, lampu LED baru

    Honda HR-V dalam imej <em>render</em> – gril, lampu LED baru

    Diam tak diam, sudah hampir tiga tahun usia Honda HR-V dalam pasaran; model ini diperkenalkan di Malaysia pada Februari 2015. Minggu lalu, unit yang dipercayai versi terbarunya dilihat sedang diuji di Petaling Jaya. Ini memberi isyarat bahawa versi facelift akan muncul tak lama lagi.

    Berdasarkan gambar-gambar berkenaan, Indonesia Automotive Design terus menghasilkan sebuah rekaan digital dan mencadangkan bagaimana penampilan HR-V baru berkenaan. Dan, hasilnya tidak mengecewakan. Perubahan paling ketara yang dilakukan ialah pada rekaan lampu utama, kini dengan reflektor LED, yang pertama kali ditawarkan pada Civic varian tertinggi, serta pada Accord dan City facelift.

    Turut diambil dari Civic ialah unsur jalur krom dari hujung ke hujung seperti yang terdapat dibahagian depannya, menjadikan lampu utama nampak lebih “kurus”. Begitu juga dengan grilnya, dengan material tunggal berbanding versi plastik-krom yang digunakan sekarang. Ini diteruskan dengan enam jalur di bawahnya untuk memberikan kesan visual yang segar.

    Secara keseluruhannya, apa pandangan anda tentang rekaan imej digital ini? Adakah penampilannya lebih menarik berbanding model sedia ada atau sebaliknya?

    Honda HR-V Ruby Red

     
     
  • Kenderaan asing yang bercermin gelap dilarang masuk Malaysia bagi elak sebarang aktiviti jenayah

    Kenderaan asing yang bercermin gelap dilarang masuk Malaysia bagi elak sebarang aktiviti jenayah

    Kementerian Pengangkutan telah memutuskan untuk tidak membenarkan kenderaan asing yang bercermin gelap memasuki pintu masuk sempadan Malaysia.

    Menurut Timbalan Menterinya Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diberi arahan untuk melarang kenderaan asing tersebut yang mahu melintasi sempadan negara jika bercermin gelap.

    Katanya lagi, kenderaan asing juga perlu mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini, laporan News Strait Times.

    “Saya akan mengarahkan pihak JPJ untuk mengambil tindakan drastik dan ketat serta tidak membenarkan kenderaan bercermin gelap masuk negara ini. Ini bermakna, jika mereka mahu masuk juga, mereka perlu membuka cermin gelap dan mengikut piawaian negara ini,” katanya dalam sidang Dewan Negara semalam.

    Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab soalan Senator Datuk Abdullah Mat Yasin mengenai tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan berhubung kebimbangan berlakunya aktiviti penyeludupan dadah dan kemasukan kumpualn Daesh yang menggunakan kenderaan bercermin gelap di sempadan negara khususnya Kelantan.

     
     
  • TUNGGANG UJI: Benelli RFS150i – hero tersembunyi?

    TUNGGANG UJI: Benelli RFS150i – hero tersembunyi?

    Boleh dikatakan kini dalam segmen motosikal kapcai, model yang berenjin 150 cc sedang menjadi kegilaan ramai, dengan saingan sengit dua model utama Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Jumlah tepat jualan Y15ZR tidak dapat kami pastikan tetapi bagi RS150R, Boon Siew Honda (BSH) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa model itu adalah antara modelnya yang paling laris dengan jualan bulanan boleh mencecah 3,000 unit.

    Rupa sporty dan enjin yang berkuasa berbanding kapcai lain mungkin menjadi penyebab dua model ini begitu laris, tapi sebenarnya, dalam kategori yang sama terdapat satu lagi model yang tidak kurang hebatnya iaitu Benelli RFS150i. Ia dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada bulan April tahun ini dengan harga jualan RM7,407 termasuk GST.

    Pada harga ini, RFS150i dijual lebih murah hampir RM1,000 berbanding dua pesaing terdekatnya, tetapi dalam masa sama ia menawarkan keistimewaan tersendiri baik melalui teknologi ataupun kelengkapan yang ada padanya. Sebelum pergi lebih lanjut, kita lihat terlebih dahulu rekaan luarnya.

    Sebagai satu jenama dari Itali, Benelli sememangnya sentiasa memberi perhatian terperinci pada aspek rekaan, dan RFS150i ini tidak terkecuali. Sementara banyak motosikal masa kini menggunakan penjuru tajam, RFS150i pula lebih banyak mempunyai permukaan yang licin, dan garisan badannya lebih mengalir dan beralun.

    Ini seakan satu rekaan unik baginya sendiri, ditambah dengan selain lampu utama di bahagian atas, terdapat juga lampu siang LED di bahagian dada hadapan yang menjadikan rekaannya lebih menarik. Kemudian pada bahagian panel tepi pula, ada lubang-lubang udara yang ditutup dengan jaring dan dilihat masih berfungsi untuk memberikan aliran udara tambahan kepada enjin.

    Baca selanjutnya di sini

     
     
  • VIDEO: Honda Civic Type R FK8 2017 bersama ALPL Hideki Kakinuma tampil dalam bentuk anime Jepun

    Jepun dengan animasinya (lebih dikenali sebagai anime) sememangnya tidak boleh dipisahkan. Dalam video promosi terbaharu Civic Type R FK8 dari Honda Malaysia, hot-hatch berkenaan tampil dalam imej anime, bersama Pembantu Besar Ketua Projeknya Hideki Kakinuma.

    Dalam video yang berdurasi lebih dua minit ini, Kakinuma-san menerangkan tiga unsur dalam pembangunan Type R generasi baharu ini iaitu kelajuan, pengendalian dan keselesaan. Apa yang menarik, video ini turut menampilkan legasi Type R JDM terdahulu yang terdiri dari NSX Type R NA1, Integra Type R DC2, Civic Type R EK9 dan juga Civic Type R FD2.

    Menurut Kakinuma-san, semua orang boleh membangunkan sebuah kereta yang laju, tetapi keistimewaan pada Type R FK8 ini adalah pemandu masih boleh mengendalikan kereta pada kelajuan tinggi dengan keadaan selesa.

    Kakinuma turut menegaskan, tiada istilah ‘had kemampuan’ pada pasukannya. Bagi membezakannya dari model-model JDM sebelum ini (ingin ditekankan, FK2 bukan model JDM kerana ia dibina di Swindon, UK dan dipasarkan khas untuk Eropah. Hanya sebilangan kecil dihantar untuk dijual di Jepun), FK8 diberikan enjin VTEC Turbo 2.0 liter berkuasa 310 PS yang berupaya mencapai kelajuan maksima 272 km/j bersama tiga mod pemanduan.

    Mod pemanduan tersebut membolehkan pemandu menyesuaikan talaan kereta ini sama ada berada pada persekitaran bandaraya mahupun di dalam litar. Selain itu Civic Type R turut diberikan rupa yang begitu unik yang berfungsi seperti kit aerodinamik yang membolehkan ia mencatat rekod sebagai kereta produksi pacuan hadapan terpantas dilitar Nürburgring dan juga tiga tip ekzos untuk mengurangkan bunyi berdengung.

    Hideki Kakinuma yakin bahawa setiap pemilik Type R akan berseronok dengan jentera berkenaan dan ia tidak sama dengan model lain. Sehari sebelum Type R FK8 dilancarkan di Malaysia, kami berpeluang berjumpa sendiri dengan Hideki Kakinuma, dan beliau menyatakan bahawa beliau hanya akan menerima Type R miliknya yang berwarna hitam pada bulan ini setelah menempahnya pada hari pertama ia dilancarkan di Jepun.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025