Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Bayi maut tercampak keluar dari kereta akibat kemalangan – letak si kecil di kerusi kanak-kanak

    Bayi maut tercampak keluar dari kereta akibat kemalangan – letak si kecil di kerusi kanak-kanak

    Satu lagi insiden penuh tragis yang menyebabkan seorang bayi berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dinaiki terbabas di Kilometer 161.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Tangkak, malam Isnin lalu.

    Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohd Fadhil Minhat, kemalangan yang berlaku pada 8.30 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan maut di tempat kejadian. Di mana Perodua Alza dipandu bapa mangsa berusia 28 tahun, yang turut dinaiki isterinya, bersama lima yang lain, datang dari arah Pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir.

    “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki kesemua mangsa dari arah Pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik ke kawasan berumput. Bayi itu terpelanting keluar dan disahkan meninggal dunia manakala pemandu dan penumpang yang lain mengalami kecederaan ringan,” katanya.

    Bayi itu dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat manakala enam individu itu pula turut menerima rawatan di hospital sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan Bernama.

    Walau bagaimana pun, laporan berita tersebut tidak menyebut sama ada bayi terbabit ditempatkan di dalam kerusi kanak-kanak atau pun dipangku oleh penumpang lain sewaktu kejadian berlaku. Namun, risiko kematian mungkin lebih rendah sekiranya anak kecil ditempatkan di dalam kerusi kanak-kanak dan dipasang dengan betul.

    Buat masa kini kerajaan menerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mempromosikan program subsidi kerusi kanak-kanak Keluarga Malaysia (MyCRS). Di mana program ini adalah untuk membantu golongan B40 bagi mendapatkan kerusi berkenaan.

    Diumumkan menerusi Bajet 2022, kerajaan memberi subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi golongan B40. Peruntukannya melibatkan kos sebanyak RM30 juta dan ia terhad kepada 188,000 pemohonan ketika diumumkan. Setiap individu yang layak boleh menuntut subsidi untuk satu kerusi kanak-kanak sahaja.

    Penggunaan kerusi kanak-kanak di dalam kenderaan sepatutnya sudah diwajibkan mulai 1 Julai 2020, tetapi penguatkuasaannya hanya dilakukan secara advokasi buat masa ini, bagi memberi peluang MIROS untuk mengkaji semula kesesuaiannya serta pelan menyeluruh yang diperlukan. Walau bagaimana pun, kami di paultan.org sangat menggalakkan penggunaan kerusi kanak-kanak ini demi keselamatan anak kecil anda biarpun pelaksanaannya belum dikuatkuasakan sepenuhnya.

     
     
  • VIDEO: Tiga buah Proton Saga hadir ke Hagerty Festival of the Unexceptional 2022 di Lincolnshire

    VIDEO: Tiga buah Proton Saga hadir ke Hagerty Festival of the Unexceptional 2022 di Lincolnshire

    Festival yang menghimpunkan kereta-kereta klasik, khususnya untuk kegunaan keluarga dan bukan dari jenis rare atau eksotik, Hagerty Festival of the Unexceptional kembali lagi tahun ini, diadakan di Grimsthorpe Castle di Lincolnshire, England. Jika tahun lalu festival berkenaan menampilkan hanya sebuah model dari Proton (dan menjadi juara keseluruhan!), tahun ini ia telah dihadiri oleh tiga buah Proton Saga.

    Salah satu dari Proton berkenaan adalah juara tahun lalu iaitu Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition 1989 milik Jon Coupland, pegawai polis dari Boston, Lincolnshire. Manakala sebuah lagi adalah Proton MPI 1.5 1994 (atau dikenali sebagai Saga Iswara di Malaysia) milik Stephanie Holloway dari saluran YouTube Idriveaclassic.

    Proton MPI Stephanie berkenaan juga agak dikenali berikutan videonya yang tular, membeli Proton tersebut yang disimpan dalam sebuah bangsal selama 10-tahun. Dengan meter perbatuan hanya mencatatkan jarak perjalanan sejauh 10,724 batu atau 17,259 km ketika itu, kereta berkenaan menampilkan kondisi yang hampir seperti baharu.

    Ketiga-tiga Proton berkenaan muncul dalam video terbaharu idriveclassic yang memberikan liputan terhadap Festival of the Unexceptional 2022. Walau bagaimanapun, Stephanie masih belum memberikan sebarang ulasan terhadap sebuah lagi Saga berwarna perak yang tampil dalam video berkenaan.

    Namun jika dilihat dari segi rupa – dengan muka seperti model Megavalve pasaran Malaysia bersama kit badan istimewa merangkumi spoiler bawah bampar, skirt sisi, cermin suria dan spoiler belakang – ini berkemungkinan adalah satu lagi model edisi khas untuk pasaran UK iaitu Proton Puma 1.5 GLS 1992.

    Menurut Stephanie, sekitar 1,500 kereta telah menyertai Hagerty Festival of the Unexceptional tahun ini. Festival berkenaan turut dihadiri oleh selebriti-selebriti yang dikenali dalam dunia restorasi automotif seperti Mike Brewer (Wheeler Dealers) dan juga Richard Hammond (pemilik garaj restorasi Smallest Cog dan pengacara The Grand Tour).

    Namun tiada model Proton yang tersenarai untuk memenangi sebarang hadiah tahun ini. Juara keseluruhan adalah Vauxhall Astra Merit 1.4 1994 milik Samuel Allan, diikuti naib juara Skoda Estelle 1986 milik Matthew Bareham. Penganjur turut menyatakan pertandingan tahun ini dikhususkan untuk model dari tahun 1967 sehingga 1997.

     
     
  • Honda Itali dedah teaser bunyi Hornet generasi baru

    Honda Itali dedah teaser bunyi Hornet generasi baru

    Semasa pameran EICMA tahun lalu, Honda telah mula mendedahkan bentuk motosikal konsep mereka yang akan membawa kembali nama Hornet ke dalam pasaran. Kemudiannya beberapa bulan selepas itu, lukisan konsepnya pula didedah, dihasilkan dengan kerjasama antara pusat R&D Honda di Itali dan Jepun.

    Sejak dari itu, ramai yang sudah teruja dan kini Honda mengusik lagi dengan mengeluarkan satu lagi video teaser. Kali ini ia datang daripada laman media sosial Honda Itali, tetapi masih belum menunjukkan bentuk sebenar motosikal dan panjangnya cuma 15 saat sahaja.

    Apa yang boleh didapati daripada video ini cuma bunyi enjin Hornet, yang dikerah daripada tahap rpm rendah hingga rpm tinggi. Daripada teaser sebelum ini, kita sudah mendapat petunjuk bahawa model ini akan menggunakan enjin dua silinder selari, dan sekarang, bunyinya juga seakan mengesahkan perkara yang sama.

    Jika mengikut media dari Jepun, ramai daripada mereka menjangkakan penggunaan enjin 750 cc yang sama seperti X-ADV ataupun Forza 750, tetapi sudah tentu, dipadankan bersama transmisi manual enam kelajuan. Honda juga sebelum ini pernah memberitahu bahawa enjin yang akan mereka gunakan pada Hornet baru ini adalah enjin berevolusi tinggi, sekaligus bakal menjadikan tunggangannya lebih bertenaga.

    Perkara lain berkenaan Hornet masih belum didedah dan kita boleh menjangkakan kemunculan pertamanya semasa pameran EICMA tahun ini yang akan berlangsung pada 8 hingga 13 November. Adakah anda juga teruja dengan ketibaan model naked baru ini? Kalau mengikut telinga anda, rasa-rasa itu bunyi enjin apa?

    GALERI: Lukisan konsep Honda Hornet

     
     
  • Kereta elektrik tidak boleh merentasi banjir? Saksikan Tesla Model 3 ini ‘berenang’ di Kuantan, Pahang

    Ramai yang menganggap kereta elektrik (EV) tidak boleh melalui kawasan banjir (yang tidak serius atau dalam) kerana bimbang komponen elektrik di dalam EV itu akan terganggu. Persoalan atau pun anggapan ini boleh dikira agak penting bagi mereka yang ingin memiliki EV memandangkan banjir kini menjadi salah satu isu besar di negara kita dan merasakan masuk akal jugalah komponen elektrik tidak boleh ‘terkena’ air.

    Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kereta elektrik sebenarnya lebih cendereung untuk merentasi banjir berbanding kereta dengan enjin pembakaran dalaman. Ini kerana motor elektrik tidak mempunyai salur udara, jadi ia tidak boleh menyebabkan hydrolock, di mana air banjir boleh disedut masuk ke dalam salur udara berkenaan dan menyebabkan kerosakan enjin.

    Video yang dikongsikan oleh Farhan A Rahim yang memandu Tesla Model 3 merentasi banjir di Kuantan pada Januari 2021 ini membuktikan bahawa kereta elektrik boleh melakukannya. Menurut Farhan, kedalaman air pada paras yang menenggelamkan tayar keretanya. Untuk pengetahuan anda, Model 3 LR ini didatangkan dengan roda aero 18-inci tetapi juga boleh digantikan dengan roda sport 19-inci.

    Sebenarnya Tesla telah pun melakukan ujian merentasi kedalaman air terhadap model keretanya di kilangnya di Shanghai, sebagai sebahagian daripada proses kawalan kualiti. Anda boleh saksikannya menerusi video yang dikongsikan di bawah ini.

    Namun, kami tidak mengesyorkan anda memandu kereta elektrik melalui jalan yang ditenggelami banjir walau pun kedalamannya mengharungi air adalah lebih baik berbanding kereta yang berenjin pembakaran dalaman dengan jenis struktur badan yang serupa.

    Walaupun komponen penting mungkin tidak rosak dan anda masih boleh meneruskan pemanduan, namun masih terdapat risiko bahagian lain yang mungkin akan rosak disebabkan ia tidak kalis air, seperti nombor plat atau hon kereta. Apa pun tindakan anda, silalah berhati-hati agar tidak menyesal di kemudian hari.

     
     
  • Perodua Ativa Hybrid – ditawar hanya untuk dilanggan, RM500 sebulan, percubaan 5-tahun, hanya 300 unit

    Perodua Ativa Hybrid – ditawar hanya untuk dilanggan, RM500 sebulan, percubaan 5-tahun, hanya 300 unit

    Minggu lalu Perodua Ativa Hybrid telah dikesan di Malaysia, di bawa oleh sebuah lori pengangkut. Kami difahamkan Perodua telah menawarkan unit-unit Ativa Hybrid yang hanya berjumlah 300-unit berkenaan kepada pelanggan terpilih menerusi pakej langganan.

    Menurut sumber yang dipercayai dalam jaringan Perodua, syarikat berkenaan telah menghubungi pelanggan-pelanggan yang berpotensi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Mesej tersebut akan membawa pelanggan yang dihubungi berkenaan kepada borang atas talian untuk meninjau minat mereka bagi mencuba Ativa Hybrid tersebut tetapi bukan dengan cara pemilikan yang konvensional.

    Bukan semua pengedar Perodua yang akan terbabit dengan program istimewa ini – menurut sumber itu, ia hanya membabitkan pengedar di Lembah Klang serta dua cawangan di kawasan Utara dan dua lagi di kawasan Selatan semenanjung Malaysia.

    Responden yang telah dihubungi oleh SMS tersebut akan diminta untuk berurusan dengan bilik pameran Perodua yang mereka boleh pilih menerusi pilihan yang Perodua sediakan termasuk outlet di Klang, Kuala Lumpur, Kajang, Glenmarie, Putrajaya, Balakong, Ampang dan fasiliti flagship Perodua Sentral di Petaling Jaya.

    Daihatsu Rocky Hybrid (kiri) dan Perodua Ativa AV (kanan)

    Bagi menyertai program langganan ini, pelanggan perlu membayar yuran permulaan berjumlah RM2,150, diikuti dengan bayaran bulanan berjumlah RM500. Kontrak langganan ini memerlukan pelanggan menyertai program tersebut selama lima tahun, dan kereta yang diberikan hanya dibenarkan bergerak sejauh 100,000 km dalam tempoh berkenaan.

    Setiap Ativa Hybrid yang diserahkan kepada pelanggan berkenaan turut akan dilengkapi dengan pengesan GPS untuk tujuan penyelidikan, kata sumber tersebut. Dan kesemua unit yang disewa dengan bayaran RM500 sebulan itu perlu diserahkan kembali kepada Perodua apabila tamat tempoh program langganan ini.

    Perodua Ativa Hybrid mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kembarnya di pasaran Jepun iaitu Daihatsu Rocky Hybrid. Malah Perodua sudah pun dilihat menguji Rocky Hybrid berkenaan di Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu, sebulan sebelum Daihatsu Rocky Hybrid tersebut dilancarkan secara rasmi di Jepun pada awal November 2021.

    Daihatsu Rocky Hybrid yang diuji dan di Malaysia tahun lalu (atas) dan Perodua Ativa Hybrid yang dijumpai baru-baru ini (bawah)

    Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad memaklumkan kepada media ketika acara pratonton Perodua Myvi 2022 pada 16 November lalu bahawa unit ujian Daihatsu Rocky Hybrid tersebut berada di jalanraya tempatan untuk tujuan penilaian dan kajian, dengan perincian lanjutnya akan didedahkan bila tiba waktu yang sesuai.

    Beliau turut menambah yang kajian pasaran bagi model hibrid melibatkan kedua-dua sisi pelanggan dan juga kawal selia. “Kami menjalankan kajian pasaran, meninjau sejauh mana penerimaan pelanggan di Malaysia, takat harga yang boleh diterima serta untuk melihat sama ada model hibrid kami mampu menepati peraturan dan keperluan badan kawal selia yang ada,” ujarnya ketika itu.

    Unit Ativa Hybrid yang dilihat dibawa oleh lori pengangkut mendedahkan bahawa ia menggunakan bampar belakang dan juga set rim dengan rekaan yang sama dengan Daihatsu Rocky Hybrid, cuma dibezakan dengan logo Perodua pada pintu hatch. Gambar berkenaan walau bagaimanapun tidak dapat memperlihatkan bahagian muka SUV tersebut, dan tidak mustahil ia mungkin turut menggunakan muka yang sama seperti Rocky.

    Perodua Ativa Hybrid – ditawar hanya untuk dilanggan, RM500 sebulan, percubaan 5-tahun, hanya 300 unit

    Jadi ia dijangka menggunakan unit rangkaian kuasa yang sama dengan Rocky Hybrid iaitu sistem yang digelar sebagai e-Smart Hybrid. Sistem dari Daihatsu ini tidak sama dengan sistem hibrid Toyota di mana ia sebenarnya adalah hibrid dari jenis range extender. Menerusi sistem ini, enjin petrol yang dibekalkan hanya bertindak sebagai generator untuk mengecas bateri lithium ion, manakala roda hadapan adalah 100% dipacu oleh motor elektrik.

    Untuk itu, Rocky Hybrid menerima enjin petrol WA-VEX 1.2 liter tiga-silinder kitaran Atkinson berkuasa 82 PS dan tork maksima 105 Nm. Manakala motor elektrik yang memacu roda hadapan pula menghasilkan kuasa 106 PS dan tork maksima 170 Nm bermula dari 0 rpm. Disebabkan hanya motor elektrik yang memacu roda seakan sebuah kenderaan elektrik (EV) sebenar, Rocky Hybrid turut menerima mod pemanduan “Smart Pedal” yang membolehkan pemandu hanya menggunakan satu pedal untuk memandu sama seperti sistem e-Pedal pada Nissan Leaf.

    Sistem ini juga jauh lebih ringkas dari sistem hibrid konvensional, dan memberikan penggunaan bahan api yang cukup rendah iaitu mencapai 3.6 liter setiap 100 km – ia bukan dikira berdasarkan kitaran NEDC, sebaliknya menerusi kitaran ujian WLTP yang jauh lebih ketat.

     
     
  • Perodua Alza 2022 vs Toyota Veloz – beza harga RM20k, apa perincian yang lain antara kedua-duanya?

    Perodua Alza 2022 vs Toyota Veloz – beza harga RM20k, apa perincian yang lain antara kedua-duanya?

    Perodua Alza 2022 telah selamat dilancarkan pada pasaran Malaysia bulan lalu, namun kembarnya yang dengan logo Toyota iaitu Veloz masih belum diketahui bila akan rasmi masuk ke pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, selepas mengumumkan tempahannya telah dibuka sehari selepas Perodua membuka tempahan untuk Alza, UMW Toyota telah pun mendedahkan hampir kesemua perincian berkenaan Veloz termasuk gambar luaran dan dalaman, spesifikasi, malah harga anggaran untuk MPV tujuh-tempat duduk ini.

    Jadi serba sedikit, kita sudahpun boleh membandingkan spesifikasi Alza 2022 dan juga Veloz bagi membolehkan anda membuat pilihan sama ada anda mahukan MPV segmen-B tujuh-tempat duduk ini dengan logo Perodua atau logo Toyota.

    Sekali lagi kami sebut, Alza dan Veloz dihasilkan dari platform pacuan hadapan Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama, serta berkongsi padanan enjin 2NR-VE 1.5 liter empat silinder NA berkuasa 106 PS pada 6,000 rpm dan 137 Nm pada 4,200 rpm bersama kotak gear D-CVT automatik. Sistem auto start-stop adalah standard untuk Alza dan Veloz.

    Jadi kedua-dua model ini juga menampilkan teknologi yang jauh lebih moden berbanding model-model generasi sebelumnya. Alza 2022 ini menggantikan Alza generasi pertama yang merupakan model rebagde dari Daihatsu Boon Luminas/Toyota Passo Sette yang dijual di Jepun bermula tahun 2008. Manakala untuk Veloz, ia menggantikan Avanza yang sebelum ini masih menggunakan casis ladder frame pacuan roda belakang.

    Perbezaan hadapan dan belakang Toyota Veloz dan Perodua Alza AV 2022

    Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna Alza adalah model rebadge dari Veloz, kerana pembinaan awal kembar MPV ini termasuk Daihatsu Xenia dilakukan bersama oleh jurutera dari ketiga-tiga jenama, kemudian disudahkan mengikut spesifikasi dan rekaan tersendiri bagi setiap jenama. Perincian berkenaan aspek ini anda boleh baca pada artikel di PAUTAN INI.

    Bagi Veloz pasaran Malaysia, ia turut diproduksi di kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang bersama Alza sama seperti Toyota Rush dan Perodua Aruz sebelum ini. Malah baru-baru ini, sebuah trak pengangkut yang membawa Toyota Veloz untuk ke bilik pameran dilihat berhampiran kilang Perodua di Rawang.

    Namun untuk harga, Alza dan Veloz masing-masing tampil dengan angka yang cukup berbeza. Perodua Alza ditawarkan dalam tiga varian, bermula Alza 1.5 X dijual pada harga RM62,500, Alza 1.5 H dijual pada harga RM68,000 dan varian tertinggi Alza 1.5 AV berharga RM75,500. Manakala untuk Veloz, hanya satu varian ditawarkan, dan bakal dijual pada harga anggaran RM95,000.

    Jadi antara varian tertinggi Alza AV dan juga Toyota Veloz, beza harga kedua-duanya mencecah hampir RM20k. Berbaloi ke untuk anda mendapatkan sebuah MPV dengan platform dan juga enjin serta kotak gear yang sama, tetapi berbeza rupa dan spesifikasi serta logo untuk perbezaan harga berkenaan? Pada artikel ini kami akan menyenaraikan perbezaan antara Alza dan Veloz, dan sama ada berbaloi atau tidak anda buatlah penilaian sendiri.

    Profil sisi Toyota Veloz (kiri) dan Perodua Alza AV 2022 (kanan)

    Kita mulakan dari bahagian luaran. Pada asasnya, Alza dan Veloz menampilkan rupa asas yang sama – ia termasuk profil sisi serta kluster lampu hadapan dan belakang. Namun pada bahagian muka, kedua-duanya tampil dengan identiti tersendiri. Alza mengenakan penggayaan signatur terkini Perodua iaitu rekaan yang membuatkan muka seakan menonjolkan abjad-X seperti Myvi facelift dan Ativa, bersama gril utama berbentuk seperti mangkuk serta elemen berbentuk ‘L’.

    Manakala Veloz pula diberikan gril berbentuk heksagon bersama elemen berbentuk ‘Y’. Pada kedua-dua bahagian sisi bampar, Veloz menerima perumah lampu kabus dengan kemasan perak berbentuk-T. Veloz pasaran Malaysia ini juga sebenarnya diberikan lampu kabus LED jalur melintang berbanding bentuk bulat untuk Veloz pasaran Indonesia dan Thailand.

    Kluster lampu hadapan LED Alza dan Veloz mempunyai bentuk yang serupa, namun perincian dan grafik dalaman antara kedua-duanya adalah berbeza. Untuk Veloz, ia datang standard dengan lampu nyalaan siang LED bina dalam pada lampu berkenaan, tetapi untuk Alza ia adalah ciri opsyen yang boleh pembeli dapatkan menerusi aksesori GearUp.

    Veloz juga menerima jalur krom pada hujung bonet serta pada bahagian ‘kening’ yang menghubungkan kedua-dua lampu hadapan berkenaan, dan jalur tersebut terus bersambung sehingga ke fender, serta bersambung sehingga kebahagian tingkap paling belakang. Alza AV turut menerima jalur krom yang sama, tetapi ia hanya bermula dari tiang-A sehingga kebelakang dan tidak bersambung dengan fender dan lampu hadapan.

    Toyota Veloz pasaran Indonesia – perhatikan lampu kabus hadapan berbentuk bulat, tanpa pilihan bumbung hitam serta jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi dari model pasaran Malaysia

    Alza dan Veloz juga sebenarnya menerima tetapan suspensi yang berbeza, terutamanya pada aspek jarak kelegaan tanah. Perodua memilih untuk menjadikan Alza lebih seperti kereta biasa, dengan menampilkan jarak kelegaan tanah 160 mm untuk varian H dan AV, manakala Alza X adalah lebih rendah dengan hanya 150 mm. Sebagai perbandingan, Alza generasi pertama menampilkan jarak kelegaan tanah 155 mm.

    Dengan badan yang rendah ini memberikan kelebihan kepada Alza dari segi praktikaliti kerana anda akan lebih mudah untuk memasukkan barang yang berat ke bahagian but belakang, serta memudahkan kanak-kanak dan juga warga emas untuk masuk ke kabin.

    Manakala untuk Veloz pasaran Malaysia, baru-baru ini UMW Toyota mendedahkan bahawa MPV berkenaan menampilkan jarak kelegaan tanah 190 mm, atau 30 mm lebih tinggi dari Alza. Menurut UMW Toyota dalam hantaran Facebook yang dibuat, dengan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi ini anda “tidak perlu risau akan kerosakan yang berlaku pada bawah badan ketika melalui permukaan jalan yang lasak, bonggol atau lubang.”

    Hanya Veloz yang diberikan rel bumbung

    Namun sebenarnya Veloz pasaran Malaysia ini adalah lebih rendah berbanding Veloz pasaran Indonesia yang diberikan jarak kelegaan tanah 205 mm yang sama seperti Mitsubishi Xpander. Model-model MPV mampu milik pada pasaran berkenaan sememangnya direka dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi bagi disesuaikan dengan permukaan jalan di negara tersebut, terutamanya di kawasan pedalaman. Sebagai perbandingan, jarak kelegaan tanah untuk Aruz dan Rush adalah 220 mm.

    Bukan sahaja lebih tinggi, Veloz sebenarnya turut diberikan perincian bagi menampakkan ia lebih lasak seperti SUV. MPV dengan lencana Toyota ini menerima rel bumbung (tiada pada Alza), skid plate pada bampar hadapan dan belakang serta skirt sisi tanpa semburan warna bagi menampakkannya seperti kemasan pelindung bawah badan.

    Malah jika anda perhatikan dengan lebih teliti, kesemua fender Veloz menerima garis yang membuatkan ia lebih menonjol dan kelihatan lebih lasak dari Alza – ini akan membuatkan anda sukar untuk melakukan transformasi dari sebuah Alza kepada Veloz kerana ia membabitkan perbezaan permukaan pada pintu dan juga panel badan. Juga, Veloz sebenarnya tidak dijual di Jepun, jadi untuk mendapatkan aksesori bukanlah semudah anda melakukan proses convert dari Ativa kepada Toyota Raize mahupun Daihatsu Rocky.

    Perhatikan ruang roda belakang Veloz (kiri) yang diberikan garis lekuk bagi menonjolkan bahagian fender pada pintu, panel sisi badan belakang dan juga bampar, berbanding Alza (kanan) yang lebih rata

    Dengan kit penggayaan ala-SUV ini turut membuatkan dimensi Veloz lebih besar dengan panjang 4,474 mm dan lebar 1,750 mm, atau 50 mm lebih panjang serta 20 mm lebih lebar dari Alza. Manakala untuk lampu belakang, kedua-dua MPV ini menampilkan lampu utama yang sama tetapi dibezakan dengan panel lampu yang merentangi pintu hatch belakang – bar lampu Veloz lebih panjang dan bersambung terus dengan logo ‘T’ di tengah, sementara bar lampu Alza adalah lebih pendek dan tidak bersentuh dengan logo ‘P’ di tengah.

    Selain itu, Veloz turut menerima set rim aloi 17-inci pelbagai jejari dengan kemasan dua-tona yang lebih besar dari rim aloi dua-tona Alza AV yang hanya berdiameter 16-inci. Untuk pembeli Veloz yang memilih warna badan Silver Metallic dan Blue Metallic, anda turut ditawarkan dengan opsyen bumbung yang disembur warna hitam berkilat dengan tambahan bayaran RM1,300. Pilihan ini bukan sahaja tidak ditawarkan pada Alza, malah turut tidak ada pada Veloz pasaran Indonesia dan Thailand.

    Masuk ke kabin, rekabentuk utama papan pemuka Veloz dan Alza AV adalah hampir sama, dengan kedua-duanya skrin infotainmen 9.0-inci yang berdiri sendiri di bahagian tengah. Namun untuk sistem infotainmen berkenaan, Alza hanya diberikan fungsi Android Auto yang perlu dihubungkan dengan wayar, manakala untuk Veloz ia lengkap bersama Android Auto dan Apple Carplay, dan hubungnnya boleh dibuat tanpa wayar serta menerima pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi dengan pad diletakkan di belakang tuil penukar gear.

    Papan pemuka Veloz (kiri) dan papan pemuka Alza AV 2022 (kanan)

    Kedua-dua Veloz dan Alza AV menerima sistem pendingin hawa zon tunggal, tetapi masing-masing diberikan suis kawalan digital berlainan. Pada Veloz suis putar pada bahagian kiri dan kanan serta diberikan fungsi auto, manakala Alza menerima panel suis yang sama dengan Ativa – tidak mempunyai fungsi auto tetapi diberikan dua tetapan memori.

    Unit skrin instrumen digital sepenuhnya dan juga roda setereng Veloz dan Alza AV adalah sama. Kedua-dua komponen ini sebenarnya bukan dikongsi bersama Veloz dan Alza sahaja, malah ia turut dikongsi dengan model-model platform DNGA lain seperti Ativa, Rocky dan juga Raize.

    Walaupun dilihat menggunakan roda stereng yang serupa, Veloz dan Alza nampaknya diberikan kolum stereng yang berbeza. Ini kerana kedudukan roda stereng pada Veloz boleh dilaras atas-bawah serta teleskopik (hadapan dan belakang), manakala roda stereng Alza hanya boleh dilaras atas-bawah sahaja.

    Panel pintu, kawalan pendingin hawa Veloz (kiri) dan Alza AV 2022 (kanan)

    Untuk tema kemasan dalaman, Veloz diberikan warna dua-tona hitam dan kelabu cerah, manakala Alza AV pula tampil dengan warna dua-tona hitam dan merah gelap. Kedua-duanya diberikan perapi-perapi hitam dan perak pada bahagian tertentu, tetapi hanya Veloz yang menerima lampu suasana berwarna biru pada konsol tengah dan juga panel pintu. Rekaan panel pintu antara Veloz dan Alza juga dilihat berbeza, terutamanya pada bahagian pembuka dan pemegang pintu.

    Bagi upholsteri, Veloz menerima balutan kulit sepenuhnya pada tempat duduk, manakala untuk Alza AV ia hanya diberikan balutan separa kulit separa fabrik. Namun untuk Alza, ia turut menerima serlahan merah gelap pada tempat duduk berkenaan bagi disesuaikan dengan tema dua-tona keseluruhan, sementara balutan kulit pada Veloz adalah hitam sepenuhnya.

    Alza menerima tiga mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Power yang boleh dipilih menerusi butang ‘DRIVE’ pada jejari kanan roda stereng – Toyota masih belum mengesahkan sama ada fungsi yang sama akan diberikan pada Veloz atau tidak, namun kami jangkakan pasti turut diberikan.

    Perodua sebelum ini sudahpun mengumumkan bahawa Alza mencapai penggunaan bahan api pada kadar 22 km/l menerusi ujian Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC), atau 18.9 km/l untuk standard NEDC yang lebih global. Toyota masih belum mengumumkan sebarang angka yang aspek yang sama untuk Veloz, tetapi tidak mustahil penggunaan bahan apinya akan sedikit tinggi kerana ia dibekalkan dengan pelbagai perincian tambahan yang lebih berat serta menggunakan set roda yang lebih besar.

    Perincian dan harga Toyota Veloz 2022

    Untuk keselamatan, Alza didatangkan standard dengan enam-beg udara, serta sistem bantuan pemanduan Advanced Safety Assist (ASA) 3.0, yang memberikan fungsi Amaran Pelanggaran Hadapan (PCW, kenderaan 4-120 km/j, pejalan kaki 4-60 km/j), Brek Pra-pelanggaran (PCB atau brek kecemasan automatik, kenderaan 4-120 km/j, pejalan kaki 4-60 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan juga Kawalan Salah Operasi Pedal.

    Bagi Alza AV, ia turut ditambah dengan sistem bantuan pemanduan autonomi termasuk Amaran dan Pengeleka Keluar Lorong, Kawalan Kekal Lorong serta cruise control adaptif yang turut boleh beroperasi ketika kesesakan jalan raya yang digelar “fungsi Stop, Hold/Follow”, yang biasanya dikenalki sebagai low-speed follow atau bantuan kesesakan trafik.

    Dijangka kesemua kelengkapan dan fungsi kelengkapan keselamatan ini akan tampil pada Veloz, dan ia dijenamakan semula menggunakan nama Toyota Safety Sense.

    Jadi apa pandangan anda terhadap dua kembar MPV ini? Adakah berbaloi dan kena pada harganya dengan beza RM20k tersebut? Katalah kedua-duanya dijual pada harga yang sama, mana yang lebih cantik pada pandangan anda? Kongsikannya pendapat anda pada ruang komen di bawah atau pada ruang komen laman sosial kami.

    GALERI: Toyota Veloz pasaran Malaysia

    GALERI: Perodua Alza 2022 1.5L AV


     
     
  • JB dilanda banjir kilat – beberapa jalan ditenggelami air hingga menyebabkan banyak kenderaan tersadai

    JB dilanda banjir kilat – beberapa jalan ditenggelami air hingga menyebabkan banyak kenderaan tersadai

    Hujan lebat yang melanda Johor Bahru sejak jam 12 tengahari tadi selama lebih sejam telah menyebabkan beberapa laluan di sekitar ibu negeri Johor ini ditenggelami banjir. Malahan banyak kenderaan telah terperangkap dalam banjir dan laluan utama di kawasan berkenaan mengalami kesesakan teruk.

    Antara laluan yang ditenggelami banjir ialah Persiaran Abu Bakar, Jalan Kolam Ayer, Jalan Sg Chat, Jalan Sekolah, Jalan Serampang berhampiran Leisure Mall, Jalan Tebrau, Persiaran Jalan Dato’ Sulaiman, Jalan Stulang Darat dan Jalan Air Molek.

    Selain itu, jalan lain turut terlibat termasuklah Persimpangan Jalan Stulang Laut, Persimpangan Taman Iskandar, Jalan Stulang darat arah pusat bandar dan Jalan Tebrau-Persimpangan Jalan Salleh (Pemajuan RTS). Malahan perkarangan Hospital Sultanan Aminah dan juga Bangunan Persekutuan juga turut dilanda banjir.

    Banjir kilat juga melanda Kampung Muhamad Amin di Nong Chik hingga air paras pinggang, Jalan Pantai Lido menghala pusat bandar raya, Jalan Mahmodiah di hadapan Restoran Yasin dan Jalan Seri Pelangi menghala Stulang Laut.

    Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Dato’ Ghazi, pihaknya dimaklumkan bahawa hujan lebat yang melanda daerah berkenaan adalah lebih daripada kebiasaan. “Taburan hujan hari ini hampir cecah 100 mm berbanding dengan paras biasa iaitu 20 mm. Paras air pasang juga agak tinggi iaitu sekitar 1.15 meter dan ini telah menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir ke laut.

    “Untuk tindakan segera, Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) melakukan kerja pengepaman bagi menyalurkan air keluar dari kawasan tersebut. JPS juga akan menambah baik lagi sistem pengepaman ini untuk menampung kapasiti air yang lebih tinggi. Malah pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) juga akan mencari penyelesaian segera supaya perkara sebegini dapat dielak pada masa akan datang,” ujarnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

     
     
  • KTM 890 Duke R, 890 Adventure dan RC200 2022 tiba di Msia – masing-masing RM76k, RM97k dan RM16k

    KTM 890 Duke R, 890 Adventure dan RC200 2022 tiba di Msia – masing-masing RM76k, RM97k dan RM16k

    Tiga model baru dari KTM baru sahaja dilancarkan oleh Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd untuk pasaran Malaysia, iaitu 890 Duke R, 890 Adventure dan RC 200 2022, dengan masing-masing berharga RM75,800, RM96,800 dan RM15,888 tidak termasuk insurans.

    Kedua-dua 890 Duke R dan 890 Adventure menggunakan asas enjin dua silinder selari 889 cc yang sama, dengan padanan transmisi enam kelajuan, tetapi ditala (dan mempunyai beberapa barangan dalam yang berlainan) untuk menghasilkan kuasa yang berbeza iaitu 121 hp/99 Nm untuk 890 Duke R dan 103 hp/100 Nm untuk 890 Adventure. Empat mod tunggangan disediakan iaitu Sport (Offroad untuk 890 Adventure), Street, Rain dan Track (Rally untuk 890 Adventure).

    Jika dibandingkan pula 890 Duke R dengan 890 Duke biasa, ia mempunyai spesifikasi lebih tinggi, dengan kelengkapan seperti angkup brek Brembo Stylema dengan cakera 320 mm berkembar di hadapan, pam brek Brembo MCS, fork WP 43 mm boleh laras sepenuhnya serta ergonomik yang diubah menjadi lebih agresif.

    Walaupun tidak didatangkan dengan quickshifter (pilihan tambahan), KTM telah mempertingkat kotak gear model ini untuk memberikan penukaran yang lebih pantas dengan jarak pergerakan tuil yang lebih rapat serta spring yang lebih pantas. Untuk memastikan enjin selamat dibelasah, sistem penyejukan turut diperbaiki dengan radiator yang lebih besar. Secara keseluruhannya, 890 Duke R mempunyai berat 166 kg (-3 kg berbanding 790 Duke) dan dilengkapi dengan Motorcycle Traction Control (MTC), ABS, panel paparan TFT serta lampu LED.

    Untuk 890 Adventure yang direka untuk jelajah dan lebih lasak pula, ia datang dengan fork WP Apex 43 dan monoshock WP Apex yang mempunyai jarak gerak 200 mm, serta rim spoked 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang. Tangki bahan api model ini adalah berkapasiti 20 liter (890 Duke R 14 liter) dan berat keseluruhannya adalah 196 kg.

    Selain ABS dengan mod Offroad, 890 Adventure juga datang dengan Motorcycle Traction Control, Cornering ABS dan meter TFT berwarna penuh lima inci. Cruise control dan sambungan kepada telefon pintar disediakan sebagai pilihan tambahan.

    Melihat pula kepada RC200, ia adalah model terbaru yang disediakan oleh KTM dengan antara peningkatannya adalah seperti lampu penunjuk arah bersepadu, lampu utama baru, tempat duduk penunggang dan penumpang baru, bahagian berhampiran lutut yang lebih sekata dan besar, kotak udara 40% lebih besar, rim 3.4 kg lebih ringan dan kerangka 1.5 kg lebih ringan.

    Penggeraknya masih lagi unit satu silinder 199.5 cc yang dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan untuk menghasilkan tork maksimum 19.5 Nm. Berat keseluruhan model ini adalah 151 kg dan didatangkan dengan tangki bahan api 13.7 liter.

    Kelengkapan lain RC200 2022 adalah fork WP Apex 43 mm, monoshock WP Apex, brek cakera tunggal 320 mm dengan angkup empat piston di hadapan, cakera 230 mm dengan angkup satu piston di belakang, ABS dengan mod Supermoto serta panel paparan LCD.

    GALERI: KTM 890 Adventure 2022

    GALERI: KTM 890 Duke R 2022

    GALERI: KTM RC200 2022

     
     
  • Husqvarna Norden 901 tiba di Malaysia – RM98,800

    Husqvarna Norden 901 tiba di Malaysia – RM98,800

    Dalam majlis pelancaran yang sama untuk beberapa model KTM dan GasGas, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd turut melancarkan Husqvarna Norden 901 untuk pasaran Malaysia, pada harga RM98,800 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

    Motosikal jenis adventure/touring ini dipacu oleh enjin dua silinder selari DOHC 889 cc bersama padanan kotak gear enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 105 hp pada 8,000 rpm dan tork 100 Nm pada 6,500 rpm. Dalam keadaan standard, penunggang disediakan dengan tiga mod sementara satu lagi mod iaitu Explorer disediakan sebagai pilihan tambahan.

    Bahagian suspensi dipegang oleh fork USD WP Apex 43 mm boleh laras sepenuhnya di bahagian hadapan, sementara bahagian belakang menggunakan monoshock WP Apex dengan pelarasan lantunan dan pra beban. Tetapan ini memberikan jarak gerak suspensi 220 mm di hadapan dan 215 mm di belakang.

    Brek cakera 320 mm bersama angkup empat piston digunakan untuk menghentikan roda hadapan yang mempunyai rim 21 inci manakala rim 18 inci di belakang mendapat cakera brek 260 mm dengan angkup dua piston. Tangki bahan api mempunyai kapasiti 19 liter.

    Kelengkapan elektronik lain yang disediakan secara standard pada Norden 901 adalah termasuk kawalan cengkaman (boleh laras sembilan tahap jika mempunyai mod Explorer), quickshifter (naik dan turun), ABS dengan mod Offroad dan boleh ditutup sepenuhnya, serta cruise control.

     
     
  • MRT3 dijangka melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM50.2b; RM34.3b untuk pembinaan sahaja – menteri

    MRT3 dijangka melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM50.2b; RM34.3b untuk pembinaan sahaja – menteri

    Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah membuat kenyataan bahawa projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) dijangka bakal menelan belanja keseluruhan RM50.2 bilion, dengan anggaran kos pembinaan sahaja mencecah RM34.3 bilion.

    Menurutnya, RM8.4 bilion daripadanya membabitkan kos pengambilan tanah, manakala RM5.6 bilion lagi adalah untuk pengurusan projek serta lain-lain kos RM1.9 bilion, laporan Harian Metro.

    “Kerajaan pada 4 Mac 2022 bersetuju dengan pelaksanaan Projek MRT3 yang akan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu, mampu milik dan cekap untuk keselesaan dan kemudahan rakyat.

    MRT3 dijangka melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM50.2b; RM34.3b untuk pembinaan sahaja – menteri

    “Cadangan laluan MRT3 ini adalah sekitar 51 km dan mempunyai 31 stesen, di mana 10 daripadanya akan menjadi stesen pertukaran dengan lapan laluan rel sedia ada di Lembah Klang,” katanya.

    Kenyataan tersebut adalah bagi menjawab soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat, pagi tadi, yang ingin mengetahui jumlah kos pembinaan MRT3 bersama pecahan terperinci jumlah dan sama ada kerajaan akan mendapatkan persetujuan Parlimen bagi pelaksanaan MRT3.

    Zafrul turut menjelaskan kos keseluruhan projek itu bagaimanapun akan dimuktamadkan selepas proses tender terbuka selesai.

    MRT3 dijangka melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM50.2b; RM34.3b untuk pembinaan sahaja – menteri

    Klik untuk besarkan imej

    Pada Mac lalu, peta rasmi MRT3 yang didedahkan menunjukkan terdapat 31 stesen termasuk hab utama di Titiwangsa, tetapi tidak termasuk dua stesen pinggiran yang turut disenaraikan (Salak Jaya dan Bukit Kiara).

    Bermula dari Titiwangsa di KL dan menuju arah Setapak, stesen yang terlibat termasuklah Kampung Puah, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak, Rejang, Setiawangsa, AU2, Taman Hillview, Tasik Ampang, Kampung Pandan, Pandan Indah dan Taman Kencana. Jalur dengan stesen lain termasuklah di sekitar Cheras, melibatkan Taman Cheras (a.k.a. Yulek), Taman Midah, Jalan Yaacob Latif dan Sri Permaisuri.

    Laluan kemudiannya menuju ke Salak Selatan, Salak Jaya, Kuchai dan Jalan Klang Lama. Ia kemudiannya masuk ke kawasan Lembah Pantai, melibatkan stesen Pantai Dalam, Pantai Permai, Universiti dan UM. Laluan terakhir pula melibatkan Bukit Kiara South, Bukit Kiara, Sri Hartamas dan Mont Kiara sebelum menuju ke Bukit Segambut, Taman Sri Sinar (berdekatan Kepong), Dutamas dan Jalan Kuching sebeluk kembali semula ke Titiwangsa.

    Kitaran Jajaran MRT3 melibatkan jarak 50.8 km panjang, dengan 10.7 km daripadanya akan melibatkan laluan bawah tanah. Berdasarkan peta rasmi ini , seksyen laluan bawah tanah adalah dari Rejang ke Setiawangsa, Universiti ke Bukit Kiara Selatan (stesen UM di bawah tanah) dan dari Sri Hartamas hingga berdekatan stesen Jalan Kuching. Hampir semua jajaran ini (39 km) berada di KL manakala bakinya di Selangor.

     
     
  • GasGas buat kemunculan pertama di M’sia – lancar model motocross dan enduro, harga dari RM39,500

    GasGas buat kemunculan pertama di M’sia – lancar model motocross dan enduro, harga dari RM39,500

    Jenama motosikal dari Sepanyol, GasGas, kini memasuki pasaran Malaysia buat pertama kali dan telah melancarkan beberapa motosikal lasak jenis enduro dan motocross buat permulaan dan akan diikuti pelbagai lagi model dalam masa beberapa bulan lagi.

    Melihat pertamanya pada model enduro, terdapat pilihan enjin dua strok melalui model EC250 dan EC300 yang masing-masing berharga RM40,800 dan RM45,800, dan enjin empat strok melalui model EC250F dan EC350F yang masing-masing berharga RM47,000 dan RM48,000.

    Bagi EC250 dan EC300, perbezaan utamanya adalah kapasiti enjin satu silindernya, iaitu masing-masing 249 cc dan 293.2 cc, sementara kelengkapan lain adalah sama termasuk transmisi enam kelajuan, fork WP Xplor-USD 48 mm, monoshock Wp XAct, sistem brek cakera Braktec, tangki bahan api 8.5 liter dan berat keseluruhan 105.8 kg.

    Pergi pula kepada model EC250F dan EC350F, kelengkapannya juga semua adalah sama seperti EC250 dan EC300, tetapi enjinnnya menggunakan tetapan empat strok (satu silinder 249 cc untuk EC250F dan 349 cc untuk EC350F), seterusnya menjadikan ia lebih berat, dengan masing-masing mencatat 105.6 kg dan 106.4 kg.

    Model paling murah yang ditawarkan oleh GasGas sekarang di Malaysia adalah model motocross, dengan MC250 berharga RM39,500 dan MC250F RM39,800. Dua model ini adalah untuk kegunaan perlumbaan sahaja dan tidak boleh didaftar untuk kegunaan atas jalan kerana tidak mempunyai kelengkapan seperti lampu hadapan dan belakang.

    Beratnya juga adalah lebih ringan berbanding model enduro, dengan MC250 mencatat 95.5 kg manakala MC250F 99 kg, dan kelengkapan lain yang berbeza (berbanding model enduro) adalah seperti fork WP XAct-USD 48 mm, tangki bahan api (MC250 7.5 liter dan MC250F 7.0 liter), sistem brek cakera Brembo serta kotak gear lima kelajuan.

    GALERI: GasGas EC250 2023

    GALERI: GasGas EC300 2023

    GALERI: GasGas EC250F 2023

    GALERI: GasGas EC350F 2023

    GALERI: GasGas MC250 2023

    GALERI: GasGas MC250F 2023

     
     
  • Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI Life 2022 kini di Malaysia – varian asas bagi Allspace, RM173k

    Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI Life 2022 kini di Malaysia – varian asas bagi Allspace, RM173k

    Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan pengenalan bagi varian facelift Volkswagen Tiguan Allspace ketiga untuk pasaran tempatan. Tiguan Allspace 1.4 TSI Life yang juga merupakan varian asas telah menyertai model sedia ada iaitu 1.4 TSI Elegance dan 2.0 TSI R-Line 4Motion.

    Juga merupakan model pemasangan tempatan (CKD), secara visual, Life berkongsi rekaan luaran yang sama dengan varian Allspace yang lain, dengan elemen penggayaan termasuk gril hadapan yang lebih bergaya dengan jaluran lampu signatur Volkswagen di antara lampu utama LED penuh dan kemasan spesifikasi ‘Allspace’. Ciri lain termasuk lampu belakang LED, perumah cermin sisi warna perak dan juga roda aloi tona perak Frankfurt 18-inci dengan dibaluti tayar 235/55 seperti yang turut ditampilkan pada varian Elegance.

    Di dalamnya, Life menampilkan roda stereng sport pelbagai-fungsi balutan kulit dan kawalan suhu automatik Climatronic tiga-zon, dan seperti dua varian lain, ia juga diberikan sistem infotainmen Discover Pro 9.2-inci dengan navigasi dan ketersambungan tanpa wayar. Ia juga ditampilkan dengan konfigurasi tujuh-tempat duduk, dengan ruang but berkapasiti 1,775 liter, di mana barisan kedua- dan ketiga- boleh dibaringkan sepenuhnya.

    Juga seperti Elegance, Life turut dikuasakan oleh enjin 1.4 liter pengecas turbo empat-silinder yang boleh menghasilkan 150 PS dari 5,000 hingga 6,000 rpm dan tork 250 Nm antara 1,500 hingga 3,500 rpm. Penjana kuasa ini dipadankan dengan transmisi dwi-klac DSG basah tujuh-kelajuan, dengan pacuan disalurkan ke roda hadapan.

    Bagi aspek keselamatam, Allspace Life dilengkapi dengan enam beg udara, kawalan kestabilan, bantuan menurun bukit dan cagak Isofix untuk tempat duduk penumpang hadapan dan barisan kedua, serta bantuan kekal lorong dan kepekaan pemandu, tetapi tidak diberikan brek kecemasan sendiri.

    Lima warna pilihan bagi luaran diberikan termasuk Atlantic Blue, Platinum Grey dan Pyrite Silver metallics dan Deep Black dengan Oryx White.

    Volkswagen Allspace 1.4 TSI Life ditawarkan pada harga RM172,900 (atas jalan tanpa insurans), menjadikan ia RM7,600 lebih murah berbanding 1.4 TSI Elegance (kini RM180,590 dengan cukai jualan dan perkhidmatan). SUV ini didatangkan dengan waranti lima-tahun dan penyelenggaran percuma tiga-tahun, dan bantuan tepi jalan lima-tahun.

     
     
  • Audi Setia Alam kembali beroperasi – tawar pemeriksaan 20-poin percuma hingga 31 Ogos

    Audi Setia Alam kembali beroperasi – tawar pemeriksaan 20-poin percuma hingga 31 Ogos

    Pengedar baharu Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), telah mengumumkan pembukaan semula Audi Centre Setia Alam, yang sebelum ini ditutup pada Jun lalu untuk memberi laluan penambahbaikan fasiliti jualan dan servis.

    Audi Centre Setia Alam kini dikendalikan oleh rakan pengedar jenama ini, Goh Brothers Motor, dan ia mengendalikan operasi pusat 4S sepenuhnya di bawah satu bumbung, di mana konsep senibina Audi Terminal yang menawarkan kemudahan lebih kontemporari.

    Dengan keluasan 60,000 kaki persegi, bilik pameran ini mampu menempatkan 12 kereta untuk dipamerkan, serta mempunyai 17 petak penyelenggaran yang mampu menyelenggara sehingga 34 kereta sehari.

    Selain itu, Audi Centre Setia Alam turut menampilkan ruang menunggu untuk pelanggan dengan kemudahan Wifi dan juga ruang jualan yang telah dipertingkatkan.

    Imej fail Audi Centre Setia Alam, 2019

    Sempena pembukaan semula pusat 4S ini, Audi Centre Setia Alam turut menawarkan para pemilik Audi yang tidak dapat berkunjung ke pusat servis ini dalam tempoh enam bulan sebelum ini untuk melakukan pemeriksaan kenderaan dengan 20-poin percuma termasuk diagnostik yang bernilai RM300. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2022.

    Bertempat di No. 22A, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Audi Centre Setia Alam ini memberikan kemudahan buat para pelanggan Audi yang tinggal di kawasan sekitarnya termasuk di Shah Alam dan Klang.

    Ia beroperasi pada setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang untuk operasi jualan serta unit penyelenggaran dibuka pada hari Isnin hingga Ahad dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

     
     
  • Toyota Veloz tampil jarak kelegaan tanah 190 mm; 30 mm lebih tinggi dari Alza – hampir kepada SUV?

    Toyota Veloz tampil jarak kelegaan tanah 190 mm; 30 mm lebih tinggi dari Alza – hampir kepada SUV?

    Selepas mendedahkan foto menunjukkan rupa sebenar Toyota Veloz pasaran Malaysia tempoh hari, UMW Toyota kali ini mendedahkan info tambahan berkenaan MPV tujuh-tempat duduk kembar kepada Perodua Alza 2022 berkenaan, sebelum ia dilancarkan di sini secara rasmi.

    Menurut UMWT, Veloz diberikan jarak kelegaan tanah setinggi 190 mm – ini bermakna ia adalah 30 mm lebih tinggi dari Alza. Walau bagaimanapun, Mitsubishi Xpander masih mempunyai jarak kelegaan tanah paling tinggi dalam kelasnya iaitu 205 mm (225 mm bagi model facelift yang belum lagi tiba di Malaysia).

    Jadi UMWT mungkin akan meletakkan Veloz ini lebih hampir kepada SUV berbanding MPV untuk Alza 2022. Ini kerana selain dari jarak kelegaan tanah yang tinggi, Veloz juga dipadankan dengan rel bumbung, menerima skid plate pada bahagian bawah bampar hadapan dan belakang, dan jika anda perhatikan dengan lebih teliti, kesemua fender Veloz menerima garis yang membuatkan ia lebih menonjol dan kelihatan lebih lasak dari Alza.

    Toyota Veloz tampil jarak kelegaan tanah 190 mm; 30 mm lebih tinggi dari Alza – hampir kepada SUV?

    Perhatikan bahagian fender Alza yang tidak ditonjolkan dengan garis seperti Veloz

    Seperti yang diumumkan ketika tempahannya di buka tempoh hari, Veloz 2022 pasaran Malaysia ditawarkan dengan ciri eksklusif yang tidak terdapat pada pasaran Indonesia dan Thailand iaitu diberikan warna badan dua tona, menampilkan bumbung berwarna hitam. Namun untuk skema warna ini, ia hanya ditawarkan untuk pilihan rona Silver Metallic dan juga seperti unit yang didedahkan ini iaitu Blue Metallic.

    Walau bagaimanapun, pilihan warna dua-tona ini memerlukan bayaran tambahan berjumlah RM1,300. Tiga warna selebihnya iaitu White Metallic, Bluish Black dan Red Metallic datang diberikan bumbung yang dicat dengan warna badan. Satu lagi perkara yang tidak UMWT umumkan, lampu kabus LED dengan dengan susunan jalur melintang Veloz pasaran Malaysia ini juga sebenarnya berbeza dari model pasaran Indonesia dan Thailand di mana ia menerima lampu kabus bulat biasa.

    UMWT turut mendedahkan sedikit bahagian dalaman Veloz 2022 pasaran Malaysia ini. Ia nampaknya masih kelihatan sama dengan model pasaran Indonesia, menampilkan kabin dengan tema utama dua tona (hitam-putih, berbanding hitam-merah pada Alza 2022) pada papan pemuka dan panel pintu, bersama perapi dengan kemasan perak, sedikit kemasan gentian karbon pada pemegang pintu, serlahan biru pada rel konsol tengah, serta menerima lampu suasana berwarna biru pada panel pintu.

    Toyota Veloz tampil jarak kelegaan tanah 190 mm; 30 mm lebih tinggi dari Alza – hampir kepada SUV?

    Rekaan papan pemuka Veloz ini kelihatan sedikit berbeza berbanding Alza terutamanya pada suis kawalan pendingin hawa dan bahagian atas glove box. Namun ia masih menerima paparan instrumen digital dan juga roda stereng yang sama seperti Alza 2022.

    Veloz turut menerima sistem brek parkir elektrik dengan fungsi auto-hold sama seperti Alza. Namun pada perehat tangan tengah, dapat diperhatikan Veloz menerima pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi, yang tidak ditawarkan pada Alza. Veloz juga menerima skrin infotainmen dengan saiz yang sama seperti Alza iaitu sembilan-inci, tetapi model dengan lencana Toyota ini hadir dengan sistem hubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, berbanding Alza yang hanya diberikan hubungan Android Auto (Apple CarPlay masih belum ada) yang perlu dihubungkan dengan wayar.

    Toyota Veloz 2022 ini bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Toyota Avanza generasi sebelum ini dan akan dijual pada pasaran Malaysia hanya dalam satu varian iaitu 1.5 A/T, yang hadir terus dalam versi pemasangan tempatan (CKD), dengan harga anggaran atas jalan tanpa insuran RM95,000.

    Toyota Veloz tampil jarak kelegaan tanah 190 mm; 30 mm lebih tinggi dari Alza – hampir kepada SUV?

    Harga tersebut juga adalah termasuk cukai jualan (SST) yang diberikan oleh kerajaan. Namun seperti yang diumumkan oleh kementerian kewangan sebelum ini, insentif pengecualian SST akan diberikan oleh pembeli yang menempah kereta mereka sehingga 30 Jun 2022 dan menerima serta mendaftarkan kereta tersebut sebelum 1 April 2023.

    Jadi berbanding Alza 2022 yang dijual antara RM62,500 hingga RM75,500, Toyota Veloz 2022 adalah hampir RM20,000 lebih mahal berbanding Alza varian tertinggi iaitu AV, walaupun kedua-duanya diasaskan dari platform dan kerangka yang sama. Antara perincian lain yang telah disahkan untuk Veloz 2022 pasaran Malaysia ini termasuk lampu hadapan LED bersama lampu nyalaan siang LED dan lampu isyarat membelok jenis sequential dan rim aloi 17-inci dengan tayar 205/50R17.

    Untuk keselamatan, Toyota Veloz 2022 ini datang dengan pakej sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense (TSS), tetapi UMWT masih belum memperincikan fungsi-fungsi dalam pakej TSS untuk Veloz pasaran Malaysia ini. Namun ia mungkin seiras dengan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) pada Alza varian tertinggi, menampilkan fungsi seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Kawalan Kekal Lorong (LKC), Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

    Toyota Veloz tampil jarak kelegaan tanah 190 mm; 30 mm lebih tinggi dari Alza – hampir kepada SUV?

    Sama seperti Perodua Alza 2022 dan juga Daihatsu Xenia serta Toyota Avanza 2022, Veloz generasi baharu ini diasaskan dari platform Daihatsu Global Architecture (DNGA) pacuan roda hadapan yang jauh lebih moden berbanding casis ladder frame pacuan roda belakang Avanza generasi sebelumnya.

    Ia dijana oleh enjin petrol 2NR-VE 1.5 liter empat silinder NA bersama padanan kotak gear D-CVT automatik. UMWT masih belum menyatakan angka kuasa untuk enjin berkenaan, namun untuk model pasaran Indonesia dan juga pada Alza, ia menghasilkan 106 PS pada 6,000 rpm dan 137 Nm pada 4,200 rpm. UMWT juga menyatakan bahawa kotak gear CVT pada Veloz 2022 pasaran Malaysia ini turut menampilkan nisbah maya tujuh-kelajuan.

     
     
  • VIDEO: BMW 3 Series F30 dari Singapura langgar Honda e milik Tunku Idris, Tunku Temenggong Johor

    Selepas pintu sempadan Malaysia-Singapura dibuka 1 April lalu, macam-macam insiden yang dilaporkan membabitkan kenderaan-kenderaan dengan nombor pendaftaran negara seberang tambak berkenaan – dari mengisi petrol bersubsidi RON 95 milik rakyat Malaysia, mengecaj kereta elektrik tanpa membayar, sehingga melakukan aksi-aksi merbahaya atas jalan raya.

    Kali ini, sebuah BMW 3 Series F30 dengan nombor pendaftaran Singapura dilihat melanggar kereta elektrik comel Honda e pula di Johor ketika ia mahu masuk ke petak parkir. Tetapi nampaknya pemilik BMW berkenaan membuat ‘hal’ dengan orang yang salah, kerana Honda e berkenaan dipandu Tunku Temenggong Johor, Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim!

    Insiden berkenaan dimuat naik oleh Tunku Idris sendiri pada laman Instagram miliknya. Dengan kapsyen ringkas, hanya ditulis “perangai” berkenaan turut memaparkan video kamera litar tertutup (klik hantaran Instagram di bawah untuk menonton video CCTV tersebut) bagaimana BMW tersebut melanggar bahagian hadapan kanan Honda e yang diparkir pada sebelah kiri jalan ketika ia mengambil side untuk masuk ke petak parkir pada sebelah kanan. Walau bagaimanapun, bagaimana insiden tersebut berakhir tidak dinyatakan pada hantaran berkenaan.

    VIDEO: BMW 3 Series F30 dari Singapura langgar Honda e milik Tunku Idris, Tunku Temenggong Johor

    Honda e merupakan kereta elektrik kompak yang setakat ini hanya dijual secara rasmi di pasaran Eropah dan Jepun, jadi ia tidak akan di bawa secara rasmi ke sini oleh Honda Malaysia. Tunku Idris memuat naik gambar Honda e tersebut buat pertama kali pada bulan Ogos tahun lalu.

    Namun jika ada yang berminat, ada juga pengedar kereta import terpakai yang mula membawa Honda e ini ke pasaran tempatan, contohnya Weststar Motors yang menawarkan model berkenaan bermula tahun lalu. Ketika itu kerajaan masih belum menawarkan insentif pengecualian cukai untuk model-model EV, dan ia dijual pada harga RM210,000 untuk varian tertinggi Advance. Di UK model ini dijual baharu dengan harga atas jalan £31,665 atau sekitar RM180k.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.94 (+0.03)
EURO 5 B7 RM3.14 (+0.03)
Last Updated Aug 07, 2025