Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Honda S660 Modulo X diperkenalkan di Jepun

    Honda S660 Modulo X diperkenalkan di Jepun

    Kereta sport kei dari Honda, S660 kini ditawarkan dalam versi Modulu X di Jepun yang menampilkan barisan aksesori baharu. Penambahbaikkan diberi bukan sahaja dari segi rupa, malah turut menyentuh sedikit aspek pengendalian.

    Pada bahagian luaran, S660 Modulo X ini diberikan bampar baharu dengan liang udara palsu lebih besar, gril kemasan hitam dan sepasang lampu nyalaan siang LED. Kemasan hitam berkenaan turut diberikan pada cermin sisi dan juga berberapa bahagian pada panel skirting.

    Manakala pada bahagian belakang pula, model istimewa ini diberikan bampar belakang dengan rupa yang lebih sporty menampilkan kemasan seperti diffuser dan juga perumah untuk tip ekzos pada bahagian tengah. S660 Modulo X ini juga diberikan spoiler belakang aktif.

    Honda S660 Modulo X diperkenalkan di Jepun

    Set rim baharu juga ditawarkan pada kit ini, menampilkan rim staggered dengan dimensi berbeza – 15 inci pada bahagian hadapan, 16-inci untuk belakang – serta diberi kemasan hitam.

    Masuk ke kabin, model ini menerima tempat duduk balutan kulit dua tona bersama fabrik Lux Suede. Serlahan berwarna merah turut diberikan pada pelbagai panel dan bahagian, bersama perincian lain seperti set pedal aluminium, tombol gear titanium, tuil gear tangan balutan kulit, karpet kaki khas serta logo-logo Modulo X pada tempat sepatutnya.

    Selain itu, S660 Modulo X ini turut diberikan penyerap hentak boleh laras dengan lima peringkat, serta brek sistem lebih baik menampilkan cakera yang ditebuk serta pad brek berprestasi tinggi.

    Honda S660 Modulo X diperkenalkan di Jepun

    Namun untuk unit janakuasa, model ini masih lagi sama seperti versi standard. Jadi ia dibekalkan dengan enjin petrol turbo tiga-silinder DOHC 660 cc, yang mampu menjana 64 hp/104 Nm. Dua sistem transmisi boleh dipilih, sama ada enam-kelajuan manual atau CVT automatik.

    Empat warna badan boleh ditawarkan untuk pelanggan iaitu kelabu gelap, perak, putih dan biru, digabungkan bersama bumbung boleh buka dengan fabrik berwarna merah. Di Jepun, Honda S660 Modulo X ini dijual pada harga 2,850,120 yen, atau sekitar RM103,725 (termasuk 8% cukai gunaan).

     
     
  • GST-Sifar: Porsche turunkan harga sehingga RM88k

    GST-Sifar: Porsche turunkan harga sehingga RM88k

    Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah mengumumkan harga baharu yang telah disemak semula untuk barisan model Porsche bagi pasaran Malaysia iaitu harga selepas pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 Jun ini.

    Menurut SDAP, harga baharu ini akan kekal sehingga pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal diumumkan kelak, iaitu mungkin dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang. Seperti mana yang dimaklumkan kadar SST akan ditetapkan pada 10% yang mungkin akan mendorong peningkatan harga kenderaan.

    Justeru, bagi kadar sifar GST, 718 Cayman kini dijual pada harga asas RM509,434, iaitu turun sebanyak RM30,566 berbanding harga tetapan GST. Sementara ini, Panamera Turbo pula ditetapkan dengan harga asas sebanyak RM1,462,264, iaitu turun sebanyak RM87,736 berbanding sebelum ini. Harga asas ini adalah untuk model spesifikasi standard, tanpa didatangkan dengan ciri pilihan.

    Semakan harga ini termasuk dengan waranti empat-tahun dan pakej penyelenggaran percuma SDAP, termasuk servis, alat ganti dan kos buruh percuma. Syarikat ini turut menambah, implementasi GST sifar ini turut ditetapkan untuk semua alat ganti dan servis di semua rangkaian pengedaran SDAP yang diiktiraf.

     
     
  • HSR Singapura-KL: Muktamad untuk dibatalkan – PM

    HSR Singapura-KL: Muktamad untuk dibatalkan – PM

    Selepas mengambil kira beberapa perkara termasuk kos yang begitu tinggi dan kepentingannya, termasuk juga hutang negara yang telah mencecah trilion ringgit, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nekad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

    Walau bagaimana pun, berkemungkinan pihak kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta ekoran pembatalan projek mega tersebut, laporan Bernama.

    “Ia adalah keputusan muktamad tetapi ia akan memakan masa berikutan kita mempunyai perjanjian dengan Singapura. Ia tidak memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia akan membabitkan kos yang amat besar dan kita tidak akan meraih keuntungan daripadanya disebabkan ia landasan yang pendek,” katanya pada sidang media semalam.

    HSR Singapura-KL: Muktamad untuk dibatalkan – PM

    Katanya lagi, Malaysia akan membincangkan perkara tersebut dengan Singapura tidak lama lagi dengan hasrat untuk mengendalikan pembatalan projek itu dengan “kos yang rendah”.

    HSR yang disasarkan beroperasi pada 2026, akan mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

    Projek sepanjang 350 kilometer (km) itu akan mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan melebihi 300km sejam.

     
     
  • Mercedes-Benz GLE dan Range Rover Evoque klon China, versi lebih comel dengan janakuasa elektrik

    Mercedes-Benz GLE dan Range Rover Evoque klon China, versi lebih comel dengan janakuasa elektrik

    China dan produk klon sememangnya sudah diketahui. Mereka mempunyai pelbagai model-model yang direka seakan salinan 1:1 dari model-model asal dari Eropah mahupun Amerika. Tetapi yang ini lain sikit, kerana Mercedes-Benz GLE dan Range Rover Evoque tiruan yang dipaparkan ini direka lebih kecil dan lebih comel dari model tulen.

    Kereta-kereta ini adalah keluaran Shandong Fengde, dan ia sebenarnya adalah kenderaan-kenderaan elektrik sepenuhnya tanpa enjin pembakaran konvensional. Pada bahagian luar, model-model tersebut mengambil sepenuhnya rekaan dari Merc dan Range Rover termasuk logo, malah tidak segan silu untuk memarkirnya secara bersebelahan dengan produk asli!

    Berdasarkan gambar dari Carscoops ini, GLE klon tersebut dilengkapi dengan bumbung suria, rel bumbung, lampu halogen dan juga dua pilihan gril – sama ada gril dengan dengan jalur utama atau gril berlian AMG dengan kemasan pin krom. Pada bahagian kabin pula, ‘GLE’ berkenaan menampilkan rekaan ringkas diberikan stereng tiga jejari, kluster instrumen digital, sistem infotaimen dengan skrun sesentuh dan juga penghawa dingin.

    Mercedes-Benz GLE dan Range Rover Evoque klon China, versi lebih comel dengan janakuasa elektrik

    Evoque palsu juga sama, menerima perincian luaran hampir sama dengan model asal, tetapi dengan badan yang lebih kecil, tinggi serta menerima set roda yang juga kecil. Evoque berkenaan dibina dengan dimensi 3,450 mm panjang, 1,550 mm lebar dan 1,630 mm tinggi.

    Kedua-dua SUV tiruan berkenaan sebenar berkongsi platform dan unit janakuasa yang sama. Ia digerakkan dengan motor elektrik 4,00 watt, 73 volt, manakala baterinya pula perlu dicas selama enam hingga lapan jam untuk penuh. Untuk itu, SUV-SUV berkenaan mampu bergerak sejauh 120 km untuk satu cas penuh, dengan kelajuan maksima dicatatkan pada 50 km/j – spesifikasi normal untuk Kereta Elektrik Berkelajuan Rendah (LSEV) di China.

    Menurut laman rasmi syarikat tersebut, SUV-SUV ini dijual pada harga bermula US$3,900 (RM15,500). Bukan sekadar SUV palsu ini sahaja, Shandong Fengde juga turut menghasilkan klon-klon kereta sport seperti Bugatti Chiron, Lamborghini Gallardo dan Audi R8.

     
     
  • Harga kereta mungkin naik setelah SST dikembalikan

    Harga kereta mungkin naik setelah SST dikembalikan

    Umum mengetahui, bermula 1 Jun ini kadar Cukai Barangan dan Jualan (GST) bakal ditetapkan pada kadar 0% peratus, manakala Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sah akan dikenakan semula tetapi tarikh perlaksanaannya masih belum diumumkan.

    Ini merupakan peluang keemasan buat rakyat Malaysia untuk membeli kereta baharu, kerana ia merupakan tempoh “bebas cukai” di mana kedua-dua cukai berkenaan tidak dikenakan. Dan seperti senarai-senarai harga yang dikeluarkan oleh jenama-jenama automotif di Malaysia, menyaksikan pengurangan harga yang signifikant terutamanya pada model-model berharga tinggi.

    Namun seperti yang dinyatakan oleh ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, SST akan kembali dikenakan dalam masa dua, tiga bulan dari sekarang. Manakala Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga telah menjelaskan bahawa SST akan dikenakan pada kadar 10% (berbanding 6% pada GST), sama seperti ia dikenakan sebelum April 2015.

    Menurut pemain-pemain industri, ini berkemungkinan akan menyebabkan harga kereta lebih mahal ketika era GST. Dalam laporan NST, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad berkata, “sebelum GST diimplementasikan, SST pada kadar 10%. Jika kita mengambil kira angka ini, kami jangka harga kenderaan akan naik, selepas-SST. Ini merupakan jangkaan mudah jika kadarnya sama.”

    Harga kereta mungkin naik setelah SST dikembalikan

    MAA menjangkakan kerajaan akan merendahkan kadar SST agar ia lebih rendah dari GST (6%) bagi membolehkan kenderaan dijual lebih murah dan menggalakkan masyarakat untuk membelinya. “Kami akan melihat kehadapan berkenaan keputusan kerajaan terhadap SST. Ketika GST diimplementasi, harga kereta turun sedikit,” jelasnya.

    Sementara itu, Perodua masih lagi belum boleh mengesahkan sama ada harga kereta akan naik atau turun setelah SST dikembalikan semula nanti. Presiden dan CEO syarikat berkenaan, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini, dan pihaknya masih perlu berjumpa dengan pemegang kepentingan yang terlibat bagi mendapatkan perincian selanjutnya.

    “Kami akan bersedia untuk implementasi SST dan kami menunggu keputusan kerajaan berkenaan bila ia akan dikenakan,” katanya. Jadi untuk anda sendiri, masih tunggu dan lihat atau terus mengambil kesempatan untuk membeli kereta baharu Jun ini?

     
     
  • Data jualan kenderaan April 2018 mengikut jenama

    Data jualan kenderaan April 2018 mengikut jenama

    Seperti sedia maklum, MAA telah pun berkongsi angka jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan April 2018, yang menyaksikan penurunan; sebanyak 47,089 unit kenderaan didaftarkan, menurun 2,896 unit atau 5.79% berbanding bulan Mac.

    Berikut pula ialah pecahan mengikut jenama bagi April 2018. Secara umum, sebahagian besar jenama-jenama yang berada dikedudukan 10 teratas turut mencatatkan penurunan. Perodua yang masih mendahului mencatatkan penurunan jualan -3.9%,

    Di tangga kedua, Honda pula merekodkan perkembangan sama, -14.8% dan diikuti seterusnya oleh Proton (-4.9%), Nissan (-21.5%) dan Mitsubishi (-35.8%). Selain itu, beberapa lagi jenama utama yang mencatatkan penurunan ialah seperti Ford (-2.6%) dan Volkswagen (-25.0%).

    Bagaimanapun, terdapat beberapa jenama yang masih mencatatkan peningkatan jualan, seperti Toyota (+7.0%), Kia (+21.2%), MINI (+37.5%) dan Renault (+61.0%). Bagi jenama kenderaan premium pula, rata-ratanya mencatatkan peningkatang, sebagai contoh Mercedes-Benz (+4.9%), BMW (+4.1%), Volvo (+30.5%) dan Audi (+46.7%).

    Rujuk jadual di atas untuk mengetahui perincian lebih lanjut.

     
     
  • SYM Sport Rider 2018 dalam warna baru – RM5,542

    SYM Sport Rider 2018 dalam warna baru – RM5,542

    Model kapcai yang diedarkaan oleh MForce Bike Sdn Bhd, SYM Sport Rider 125i kini menerima pilihan warna baru bagi penawarannya di Malaysia. Tiga warna berkenaan – merah, biru dan kuning – turut hadir dengan rekaan grafik yang diperbaharui.

    Harga jualannya ialah RM5,542, naik sedikit berbanding harga tanpa GST sebelum ini, iaitu RM5,123. Menggunakan enjin 123 cc silinder tunggal dengan dua injap SOHC, yang menjana sebanyak 9.5 PS pada 8,000 rpm dan 10.8 Nm tork pada 5,500 rpm. Enjin berkenaan mengikuti piawaian Euro 3 dan menggunakan sistem suntikan minyak. Transmisi dari jenis empat-kelajuan manual.

    Lampu kini menggunakan unit LED kesemuanya, termasuk lampu isyarat dan DRL – sesuai dengan tahap harga jualan yang dikenakan. Sementara itu, tangki minyak berkapasiti 4.2 liter, dengan ruang barangan yang terletak di bawah tempat duduk.

    Suspensi depan menggunakan fork teleskopik, dengan sepasang penyerap hentak tradisional di bahagian belakang kini menampilkan ciri larasan boleh ubah untuk bebanan. Set sistem brek pula adalah dari jenis cakera hidraulik untuk bahagian depan dengan kaliper dua piston, sementara di belakang menggunakan jenis dram.

    Kapcai SYM Sport Rider 125i 2018 di dalam penampilan terbaru yang lebih segar ini akan mula beredar melalui pengedar sah SYM minggu ini.

     
     
  • Toyota dan Suzuki jalin kerjasama lebih erat untuk pembangunan enjin, produksi dan juga pemasaran

    Toyota dan Suzuki jalin kerjasama lebih erat untuk pembangunan enjin, produksi dan juga pemasaran

    Toyota dan Suzuki telahpun bersetuju untuk meneroka bersama perkara-perkara utama dalam teknologi semasa, termasuklah dalam teknologi persekitaran, keselamatan dan informasi yang akan diguna pakai dalam pembangunan produk automotif pada Oktober 2016. Empat bulan kemudian, satu Perjanjian Persefahaman (MoU) telah ditandatangani untuk tujuan tersebut, manakala pada Mac berikutnya kedua-dua pihak mula menjalankan pembekalan produk bersama pada pasaran India.

    Terkini, Toyota dan Suzuki mula mengumumkan langkah seterusnya dalam kerjasama tersebut iaitu mula membincangkan projek usahasama bagi mengukuhkan lagi hubungan mereka. Perkara yang akan diteroka termasuk pembangunan teknologi, produksi kenderaan, dan juga pembangunan pasaran.

    Tiga topik utama telahpun dikenalpasti. Pertama Toyota menerusi subsidiarinya iaitu pembuat komponen Denso Corporation akan membekalkan sokongan teknologi kepada Suzuki bagi pembangunan unit janakuasa yang kompak serta berefisiensi tinggi. Manakala divisi Toyota di India iaitu Toyota Kirloskar Motor (TKM), akan mula memproduksi model Suzuki bagi dijual menerusi jaringan pengedar Toyota dan Suzuki.

    Yang ketiga, model Suzuki termasuk yang dipasang oleh TKM akan diedarkan dari India ke negara-negara Afrika dan pasaran lain menerusi jaringan pengedar Toyota dan Suzuki. Kedua-dua syarikat tersebut juga akan bekerjasama dengan lebih rapat dalam aspek logistik dan perkhidmatan.

    20161012_01_02

    “Suzuki merupakan syarikat [Jepun pertama] yang masuk ke India dan, bersama masyarakat India, telah hadir bagi menolak masyarkat automotif India kehadapan,” kata Presiden Toyota Akio Toyoda. “Sebagai ahli masyarakat India, Toyota, bersama Suzuki, akan melakukan terbaik bagi menambahbaik kebebasan dan keseronokan masa hadapan masyarakat mobiliti dan bagi menjadikan kenderaan “Buatan India” dinikmati di Afrika dan banyak negara lain.”

    Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki pula menambah, “Kami akan menerima sokongan untuk pembangunan janakuasa kompak, berefisiensi tinggi yang penting untuk Suzuki, dan kami akan menumpukan sepenuhnya usaha bagi pembangunan. Menjadi harapan saya bahawa projek kerjasama baharu ini akan memberikan kejayaan masa depan untuk kedua-dua syarikat, bukan sahaja di India, tetapi juga dalam pasaran global.”

    Suzuki seperti yang diketahui telah lama berkerjasama dengan Maruti di India, menjadikan mereka sebagai pengeluar terbesar pada pasaran tersebut dengan bahagian pasaran melebihi 50%. Namun adakah kerjasama baharu bersama Toyota ini akan melibatkan pakatan Maruti Suzuki masih belum diketahui.

     
     
  • GST-Sifar: Honda Malaysia umum harga lebih rendah untuk semua model – Civic Type R jimat RM18k

    GST-Sifar: Honda Malaysia umum harga lebih rendah untuk semua model – Civic Type R jimat RM18k

    Honda Malaysia telah mengumumkan harga-harga setiap modelnya bermula 1 Jun ini, di mana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikadarkan 0%, manakala Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) masih lagi belum berkuatkuasa, dijangka akan diimplementasi semula dua, tiga bulan dari sekarang.

    Sebelum ini, Honda hanya menyerap GST 6% tersebut untuk empat model terpilih iaitu City (bukan hibrid), Civic, CR-V dan HR-V, dan ini merupakan program Bonus GST yang dijalankan oleh Honda Malaysia sehingga 31 Mei 2018.

    Manakala untuk harga atas jalan tidak termasuk insuran baharu ini adalah untuk semua model mereka, berkuatkuasa 1 Jun ini sehingga SST diperkenalkan semula.

    GST-Sifar: Honda Malaysia umum harga lebih rendah untuk semua model – Civic Type R jimat RM18k

    Klik untuk besarkan

    Menerusi jadual harga diatas, pelanggan bakal menikmati penjimatan terendah bernilai RM4,088 jika membeli Honda Jazz 1.5 S, dan penjimatan terbesar RM18,072 jika membeli Honda Civic Type R yang diimport dari UK. Dijangka Honda Malaysia bakal hadir dengan tawaran yang lebih menarik menerusi kempen promosi “Welcome Festive Rewards” kelak menggantikan promosi “Welcome Ramadan Rewards” yang akan berakhir 31 Mei ini.

    Namun jika anda kira sendiri kadar penurunan harga menerusi jadual diatas, ia tidak lah tepat 6%. Ini kerana GST hanya ditolak pada harga jualan kereta, tidak termasuk kos-kos seperti pemeriksaan Puspakom bagi model CBU, yuran pendaftaran, dan lain-lain.

    Selain dari jualan kereta, kadar GST 0% turut akan diberikan pada pembelian alat ganti serta servis berkala, termasuk kos buruh dan aksesori asli, bermula 1 Jun ini.

     
     
  • MAA: Jualan kenderaan bulan April 2018 turun 5.8%

    MAA: Jualan kenderaan bulan April 2018 turun 5.8%

    Persatuan Automotif Malaysia (MAA) di dalam laporan jualan kenderaan bulanan terbarunya telah mengumumkan statistik terkini bagi bulan April 2018; secara keseluruhannya, sebanyak 47,089 unit kenderaan didaftarkan, menurun 2,896 unit atau 5.79% berbanding bulan Mac.

    MAA menyatakan bahawa hal ini disumbangkan oleh sikap pembeli yang mengambil pendekatan untuk tunggu-dan-lihat berikutan Pilihanraya Umum Ke-14 yang berlangsung awal Mei lalu.

    Jualan bagaimanapun meningkat jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu, naik 4,343 unit atau 10.16% berbanding April 2017. Bagi angka jualan tahunan setakat ini pula, sebanyak 182,229 unit sudah terjual, kurang 0.74% daripada 183,586 unit yang direkodkan tahun lalu.

    Bagi bulan Mei, MAA menjangkakan angka jualan akan meningkat berikutan harga kenderaan yang lebih murah, selari dengan pengumuman kerajaan untuk menjadikan GST pada kadar sifar. Ini ditambah pula dengan promosi sempena Hari Raya Aidilfitri.

     
     
  • GST-Sifar: Model Renault kini kurang sehingga RM12k

    GST-Sifar: Model Renault kini kurang sehingga RM12k

    Selari dengan langkah kerajaan untuk menjadikan GST pada kadar 0% bermula 1 Jun nanti, TC Euro Cars (TCEC) tidak ketinggalan untuk mengemaskini harga bagi semua model Renault di Malaysia. Bagi pelanggan yang ingin membeli kenderaan jenama itu tidak perlu menunggu sehingga tarikh berkenaan; TCEC akan menyerap GST 6% yang dikenakan ketika ini.

    Tanpa GST, penjimatan yang boleh dinikmati bermula dari RM6,745 bagi model Fluence, hinggalah RM11,763 bagi model Koleos 2.5L 4WD. Syarikat ini juga menawarkan insentif tambahan bermula dari 7,349 hingga RM33,255, membolehkan pelanggan untuk jimat hingga RM40,000. Sebagai contoh, Captur pra-facelift berbanding model semasanya.

    GST-Sifar: Model Renault kini kurang sehingga RM12k

    GST-Sifar: Model Renault kini kurang sehingga RM12k

    Harga terbaru ini adalah termasuk jaminan-lima tahun/tanpa had perbatuan, dan bagi Captur, disertai juga dengan pakej lepas jualan 5-in-Captur. “Kini merupakan masa terbaik untuk memiliki kenderaan Renault. Kami galakkan bagi semua pelanggan yang berhasrat untuk membeli, melakukannya dalam tempoh tidak dikenakan cukai kini, ditambah juga dengan insentif tambahan yang disediakan,” ujar CEO TCEC, Kuan Kim Luen.

    Bagaimanapun, akan terdapat sedikit perbezaan pada pengurangan harga berkenaan, kerana ada model-model yang mencatatkan bukan pada kadar 6% sepenuhnya. Ini kerana, GST 6% hanya dikenakan pada harga jualan kenderaan (bagi model CBU, yuran pemeriksaan Puspakom), sebelum perkara-perkara lain yang tidak dikenakan GST (seperti cukai jalan, yuran pendaftaran dll) ditambah.

     
     
  • Operasi kunci tayar kenderaan di sekitar bandaraya digantung sementara mulai hari ini – Datuk Bandar KL

    Operasi kunci tayar kenderaan di sekitar bandaraya digantung sementara mulai hari ini – Datuk Bandar KL

    Datuk Bandar Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz telah bersetuju untuk menggantung operasi mengunci tayar kenderaan di sekitar ibu kota dengan serta-merta sementara menunggu pertemuan dengan Ahli Parlimen (MP) Kuala Lumpur pada Rabu depan (30 Mei).

    Mohd Amin berkata, ini adalah berdasarkan permintaan MP sendiri susulan mesyuarat yang diadakan dengan pengendali parkir beberapa hari lalu, laporan The Star.

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyerahkan kontrak parkir kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), yang kemudiannya telah melantik kontraktor parkir Vista Summerose untuk mengendalikan tugas tersebut.

    YWP adalah agensi kebajikan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

    Operasi kunci tayar kenderaan di sekitar bandaraya digantung sementara mulai hari ini – Datuk Bandar KL

    “Jadi bermula Isnin (hari ini), kita tidak akan mengunci tayar mana-mana kenderaan tetapi saya menjangkakan akan adanya beberapa masalah kerana orang awam akan memarkir di mana-mana sahaja termasuk menghalang laluan kerana tiada ada penguatkuasaan,” ujar Mohd Amin.

    Tambahnya lagi, jika MP sendiri tidak mahu operator sedia ada, barulah DBKL akan menilai semula kontrak berkaitan dengan pampasan.

    “Bukan mudah untuk menamatkan kontrak itu begitu sahaja,” tambahnya lagi.

    DBKL telah digesa untuk menggantung kontrak parkir yang diberikan kepada YWP dengan alasan pihak berkuasa tempatan tidak memanggil tender terbuka.

    Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng pula berkata, jika kontrak tersebut diberikan tanpa alasan yang kukuh, mana ia wajar untuk dinilai semula. Malah beliau juga mencadangkan agar DBKL untuk menangguhkan bayaran parkir buat sementara waktu.

     
     
  • MSF dan Kolej TOC jalin kerjasama tingkatkan industri permotoran, latih anak muda dalam keadaan sebenar

    MSF dan Kolej TOC jalin kerjasama tingkatkan industri permotoran, latih anak muda dalam keadaan sebenar

    Malaysia Speed Festival (MSF), iaitu satu siri acara perlumbaan telah menjalin kerjasama dengan Kolej Automotif TOC dalam usaha untuk meningkatkan lagi industri permotoran. Melalui kerjasama ini, pelajar TOC boleh memilih kursus pengajian ‘MSF Motorsports Apprentice’ yang juga akan melibatkan latihan di persekitaran sebenar (waktu perlumbaan).

    Antara topik terlibat adalah seperti keselamatan acara perlumbaan dan pengawasan, kawalan perlumbaan dan disiplin pemandu, pemasaan dan pemilihan, penyediaan badan dan casis, pengubahsuaian enjin dan penyediaan, aerodinamik asas, penggantungan serta pengujian dan strategi. Graduan kursus ini kemudiannya akan bersedia dengan pengalaman teknikal yang akan membuka peluang pekerjaan dalam siri perlumbaan.

    MSF dan Kolej TOC jalin kerjasama tingkatkan industri permotoran, latih anak muda dalam keadaan sebenar

    Sewaktu kursus juga, syarikat permotoran lain turut akan dijemput untuk memberi ceramah, antaranya termasuk Fawster Suspension, K-Tech Suspension, Hankook Motorsports Malaysia dan Proton R3 Motorsports. Kursus pengajian ‘MSF Motorsports Apprentice’ ini akan bermula pada bulan hadapan.

    “MSF ingin secara aktif menyumbang kepada pembangunan para pekerja pengetahuan sukan motorsport yang akan membangun industri motorsport yang berkesinambungan yang dapat menyumbang secara positif kepada ekonomi negara,” kata Adian Yein, Pengetua MSF.

     
     
  • Royal Enfield Himalayan dilancar di M’sia – RM36,880

    Royal Enfield Himalayan dilancar di M’sia – RM36,880

    RE Motorcycles Sdn Bhd, pengedar eksklusif baru motosikal jenama Royal Enfield di Malaysia telah melancarkan secara rasmi model Himalayan pada harga RM36,880 tidak termasuk insurans dan tanpa GST. Motosikal berciri jelajah ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Granite dan Snow.

    Himalayan diperkenalkan secara global pada tahun 2015, dan ia dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api satu silinder L410 411 cc SOHC, bersama sistem sejukan udara/cecair. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 24.5 hp pada 6,500 rpm dan 32 Nm tork pada 4,500 rpm. Transmisi pula menggunakan kotak gear lima kelajuan.

    Kelebihan yang ditawarkan oleh motosikal ini adalah kepelbagaian penggunaan, di mana selain atas jalan biasa, ia juga boleh meredah jalan offroad. Ini adalah hasil penggunaan suspensi dengan jarak gerak panjang (200 mm di hadapan dengan fork 41 mm dan 180 mm di belakang dengan monoshock tunggal) serta rim jejari (21 inci di hadapan dan 17 inci di belakang).

    Secara keseluruhannya Himalayan mencatat berat 191 kg dan menyediakan tangki bahan api berkapasiti 15 liter. Kelengkapan lain yang ada padanya secara standard adalah lampu belakang LED, paparan meter gabungan analog dan skrin LCD, kompas digital, penghadang angin depan, brek cakera 300 mm dan angkup dua piston di hadapan serta brek cakera 240 mm dan angkup satu piston di belakang.

    Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori untuk Himalayan ini seperti beg barangan tepi, sama ada jenis yang keras atau lembut, lampu spotlight dan botol minyak tambahan yang boleh disangkut terus pada kerangkanya. Himalayan didatangkan bersama jaminan dua tahun atau 20,000 km.

     
     
  • Siri nombor plat KEN dijangka terima sambutan hangat

    Siri nombor plat KEN dijangka terima sambutan hangat

    Walaupun bidaan untuk nombor plat khas oleh NGO akan ditamatkan, masih ada siri nombor plat biasa masih ada yang tak kalah menariknya. Sebagai contoh, siri KEN yang akan datang untuk negeri Kedah.

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menjangkakan lebih daripada 2,500 tender permohonan bagi siri nombor pendaftaran KEN yang akan dibuka untuk bidaan hujung bulan ini nanti. Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff berkata, jumlah permohonan bagi nombor KEN dijangka akan menjadi yang tertinggi setakat ini di Kedah, dengan harga boleh mencecah RM500,000.

    “Permohonan tender bagi siri nombor plat KEN akan dibuka kepada umum paling lewat hujung bulan Mei ini. Kami menjangkakan akan menerima lebih banyak permohonan berbanding sebelumnya. Dari segi harga, bidaan terdahulu mencecah RM300,000 bagi harga tertinggi. Tetapi kali ini, kami jangka akan cecah RM500,000, dengan nombor digit tunggal akan melebihi RM100,000.”

    Agaknya, apa yang menarik sangat dengan siri nombor KEN ini?

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.10
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.85 (-0.05)
EURO 5 B7 RM3.05 (-0.05)
Last Updated Aug 21, 2025