Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Borneo Safari International Offroad Challenge 2016 – Mitsubishi Triton lepasi ujian getir tanpa masalah

    Borneo Safari International Offroad Challenge 2016 – Mitsubishi Triton lepasi ujian getir tanpa masalah

    Sebagai kanak-kanak yang membesar pada era 90’an dan sangat meminati apa jua yang beroda empat, siri penjelajahan 4×4 ‘Camel Trophy’ merupakan antara rancangan televisyen yang sangat saya gemari. Sudah tentu, untuk menyertai penjelajahan sedemikian merupakan impian kanak-kanak saya sejak itu.

    Namun tahukah anda, Malaysia yang kaya dengan hutan hujan tropika sebenarnya merupakan tumpuan penggemar 4×4 dari seluruh dunia dan kita mempunyai siri-siri penjelajahan yang agak mencabar. Borneo Safari International Off-Road Challange yang mula diperkenalkan sejak tahun 1990 merupakan antara yang terbaik di Malaysia, malahan ia turut diiktiraf sebagai yang paling mencabar di Asia Tenggara.

    Saya berpeluang untuk menyertai Borneo Safari edisi ke-26 yang berlangsung tahun ini. Ini merupakan kali kedua saya menyertainya (kali pertama pada tahun 2012) tetapi pertama kali bersama dengan pasukan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan berpeluang untuk memandu trak pikap Mitsubishi Triton sepanjang ekspedisi ini.

    Untuk MMM pula, edisi kali ini juga merupakan yang kedua bagi mereka. Tahun lalu, MMM mempertaruhkan dua buah Triton VGT Turbo, dan kedua-dua berjaya menamatkan ekspedisi berkenaan dengan jayanya. September lalu, MMM telah melancarkan Triton versi dipertingkat, dijana dengan enjin 2.4 liter MIVEC Turbo yang lebih berkuasa.

    Selain dari rakan-rakan dari media lain, pasukan MMM untuk Borneo Safari 2016 juga disertai oleh Akina Teo serta drifter dan atlit sukan permotoran tempatan – Leona Chin.

    Sebelum ini, kami telah pun menguji sejauh mana kecekapan bahan api dan prestasi enjin baharu berkenaan berbanding enjin terdahulu. Pada Borneo Safari 2016 ini pula, ia merupakan medan terbaik bagi saya untuk menguji kemampuan Triton tersebut sebagai sebuah trak pikap 4×4 di ‘habitat’ sebenarnya.

    Dua buah Triton MIVEC Turbodiesel (dengan transmisi manual dan transmisi automatik) telah disediakan untuk menyertai dua buah Triton VGT Turbodiesel (juga dengan versi manual dan automatik) terdahulu untuk pengembaraan tahun ini. Untuk membezakan kedua-duanya, model VGT Turbo sebelum ini masih mengekalkan celoreng hijau-hitam pada keseluruhan badannya, dan model baharu MIVEC Turbodiesel diberikan celoreng merah-hitam.

    Oleh kerana laluan ekspedisi Borneo Safari ini diklasifikasikan sebagai hardcore, kesemua Triton yang disediakan perlu dilakukan pengubahsuaian. Badan kesemua Triton ini telah ‘diangkat’ dari casis sebanyak dua-inci dengan spacer bagi mendapatkan kelegaan tanah yang lebih tinggi. Ia juga menerima perisai-perisai disekeliling badan yang terdiri dari bampar hadapan keluli, bar-bar perlindungan di bahagian sisi dan belakang serta lampu-lampu sorot dan light bar tambahan.

    Keempat-empat Triton ini juga menerima suspensi yang dikhaskan untuk kegunaan off-road, serta tayar-tayar M/T yang ekstrem dari Giti Tyres (tayar-tayar seperti ini biasanya tidak boleh dibeli terus dari kedai dan perlu dibeli terus dari pengedar secara ‘bulk’ menerusi kelab-kelab 4×4). Unit snorkel juga diberikan bagi memastikan kesemua Triton ini boleh ‘menyelam’ dengan selamat ketika meredah sungai.

    Satu lagi senjata wajib untuk ekspedisi laluan extra hardcore Borneo Safari ini adalah unit winch. Kesemua Triton MMM ini menerima winch elektrik bagi memastikannya boleh melepaskan diri ketika tersangkut pada permukaan tanah liat yang teruk.

    Walau bagaimanapun, enjin dan transmisi kesemua Triton ini adalah standard tanpa sebarang pengubahsuaian kerana ianya sudah lebih dari cukup untuk pengembaraan ini. Model lama VGT turbo dijana oleh enjin 2.5 liter Turbodiesel DI-D berkuasa 178 PS pada takat 4,000 rpm dan tork maksima 400 Nm pada 2,000 rpm. Manakala untuk model versi dipertingkat pula, ia dijana oleh enjin 2.4 liter MIVEC Turbodiesel berkuasa 181 PS pada takat 3,500 rpm dan tork maksima 430 Nm pada takat 2,500 rpm.

    Untuk transmisi automatik, kedua-dua enjin lama dan baharu menggunakan kotak gear lima-kelajuan yang sama (dengan mod penukaran manual). Tetapi untuk versi manual pula, enjin 2.5 DI-D lama dipadankan dengan kotak gear lima-kelajuan, manakala untuk MIVEC Turbodiesel 2.4 liter pula menerima kotak gear enam-kelajuan baharu.

    Borneo Safari International Offroad Challenge 2016 – Mitsubishi Triton lepasi ujian getir tanpa masalah

    Pengembaraan sejauh lebih 400 km ini mengambil masa selama lapan hari. Upacara flag-off dilakukan di hadapan bangunan Sabah Tourism Board yang terletak di Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada 30 Oktober. Lebih dari 450 jentera 4×4 akan bermula di sini. Untuk pengetuahuan anda, ekspedisi ini bukan sekadar pengembaraan, ada juga sebahagian kenderaan yang menyertai Borneo Safari sebagai ‘competitor’ yang akan berlumba secara ‘time-trial’ pada Special Stage (SS) yang disediakan sepanjang perjalanan.

    Sebaik dilepaskan, kami menuju ke SS pertama yang terletak di Tuaran sebelum memulakan perjalanan diatas permukaan jalan tar berliku mendaki bukit ke Ranau melalui jalan Tamparuli-Pekan Nabalu-Pekan Ranau. Memandu jentera sebenar yang diubahsuai untuk kegunaan off-road pada permukaan jalan tar bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Tayar M/T ekstrem yang sangat berat membuatkan trak pikap ini agak malas ketika mula bergerak. Malah bunga tayar yang begitu kasar membuatkan kereta bergegar ketika dipandu perlahan sekitar 20 km/j.

    Tetapi apa yang saya perasan, model baharu yang dipertingkat mempunyai kadar NVH yang sememangya lebih baik. Pada model VGT 2.5 liter, bukan sahaja bunyi tayar yang masuk ke dalam kabin, malah bunyi ngauman enjin turut kedengaran. Ini berbeza dengan model 2.4 liter MIVEC di mana hanya bunyi berdengung dari bunga tayar yang kasar didengari ketika memandu di atas jalan raya berturap.

    Perjalanan off-road kami bermula di Ranau, untuk menuju ke tapak perkhemahan hari pertama yang terletak di Kampung Tibabar. Walaupun laluan hari pertama ini hanya melibatkan jalan permukaan tanah bercampur batu kerikil, kami terpaksa juga untuk menyeberang dua batang sungai tanpa jambatan untuk sampai ke destinasi.

    Hari kedua, perjalanan off-road adalah sedikit mencabar melibatkan pendakian berberapa bukit tinggi dengan permukaan tanah liat dan lecak, serts sudah pasti menyeberang lagi berberapa batang sungai tanpa jambatan sebelum sampai ke tapak perkhemahan hari kedua di Kampung Garung, Kota Marudu.

    Pemanduan hari kedua ini sudah mula membuatkan kami teruja dengan talaan-talaan off-road yang diberikan pada Triton-Triton ini. Ketika memandu Triton VGT 2.5 manual, saya kerap menggunakan gear satu dengan padanan gear sistem pacuan empat roda 4L. Nisbah gear satu pada model ini cukup panjang dan mudah digunakan untuk mendaki bukit yang curam serta licin.

    Tetapi untuk mendapatkan ‘cruising speed‘ yang selesa ketika merangkak menaiki bukit agak sukar kerana jika anda masuk ke gear dua, tork pada enjin seolah-olah sudah hilang separuh. Jadi, kaki yang benar-benar lembut diperlukan untuk mengawal pedal pendikit pada kedudukan gear satu bagi mendapatkan perjalanan yang lancar untuk situasi ini.

    Lain pula halnya ketika beralih ke Triton MIVEC Turbodiesel 2.4 liter manual. Atas kertas, mungkin dapat dilihat perbezaan kuasa kuda dan tork antara enjin ini hanya sekadar 3 ps/30 Nm. Namun, ketika sistem MIVEC berkenaan ‘dibuka’, lengkok kuasa dan tork yang diberikan lebih awal benar-benar membantu dalam situasi sukar sebegini.

    Ditambah pula dengan kotak gear enam-kelajuan baharu dengan nisbah yang lebih tepat, pendakian bukit curam yang licin membolehkan saya mendapatkan ‘sweet spot‘ dengan mudah menggunakan gear dua dan tiga.

    Saya juga sempat memandu Triton MIVEC turbodiesel versi automatik. Tiada kekurangan kuasa berbanding versi manual pada model ini, malah ia menjadikan pemanduan off-road lebih mudah tanpa perlu mengawal pedal klac (untuk thrill pastinya manual lebih seronok!). Mod manual pada transmisi ini juga sangat membantu terutamanya ketika menurun bukit curam yang licin – kawal kedudukan gear dan stereng, berjaga-jaga pada pedal brek, trak pikap ini agak mudah untuk menurun bukit sedemikian dengan bantuan cengkaman dari sistem 4WD.

    Menyentuh sistem 4WD, untuk model transmisi manual MIVEC Turbodiesel, pertukaran dari sistem 2H, 4H dan 4L kini tidak perlu lagi menggunakan tuil gear konvensional seperti model sebelum ini dimana ia diberikan suis putar yang diletakkan dibelakang tuil gear utama, sama seperti pada model transmisi automatik.

    Hari ketiga, konvoi kami masih lagi tersangkut di tapak perkhemahan Kg. Garung bagi mengelakkan kesesakan berlaku di laluan extra hardcore iaitu bekas laluan pembalakan yang telah ditinggalkan lebih dari 20 tahun, menghubungkan daerah Ranau dan Kota Marudu. Dengan cuaca yang kurang elok, menambahkan lagi kesukaran pada laluan berlumpur ini. Sebenarnya, sehari sebelum ini, pasukan ‘scout‘ rasmi Borneo Safari terlebih dahulu telah masuk ke laluan berkenaan dan hanya mampu berjalan sejauh tidak sampai empat kilometer!

    Konvoi mula masuk ke laluan extra hardcore tersebut yang menuju ke Kg. Gana, Kota Marudu. Laluan itu sebenarnya hanyalah sejauh 40 km, tetapi dengan jalan yang sangat sukar, konvoi hanya tiba ke destinasi empat hari selepas itu. Tiada kawasan perkhemahan khas sepanjang perjalanan dan khemah dibuka di mana sahaja yang dirasa sesuai setelah hari mula gelap.

    Tanpa penukaran gandar hidup pada bahagian hadapan, nisbah akhir gear juga yang tidak diubahsuai serta tiada penukaran unit pengecas turbo yang lebih besar seperti jentera-jentera lain yang menyertai ekspedisi ini, kesemua Triton berjaya keluar dari hutan tebal dan menuju ke pekan Kota Marudu, kemudian bergerak semula ke Kota Kinabalu pada 6 November untuk menamatkan pengembaraan tanpa apa-apa kerosakan besar.

    Seperti juga pengalaman pada 2012, semangat yang ditunjukkan oleh keluarga besar Borneo Safari tidak pernah berubah. Suasana di dalam hutan adalah hampir sama dengan perkemahan-perkemahan pengakap yang saya sertai semasa dibangku sekolah dahulu. Di dalam hutan, senyuman sentiasa dilontarkan oleh setiap peserta, semua lawak adalah sangat kelakar, semua topik perbualan adalah sangat menarik, dan semua makanan yang diperolehi secara automatik menjadi sangat sedap (tukang masak ‘chuck wagon’ pasukan MMM memang seorang chef yang pernah berkhidmat di hotel lima-bintang!).

    Syabas diucapkan kepada urusetia Borneo Safari kerana berjaya mengekalkan momentum acara berkenaan selama 26 tahun. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada MMM yang bukan sahaja menyediakan jentera yang boleh diharap kepada kami, malah mempunyai pasukan ekspedisi Borneo Safari yang lengkap, teratur serta profesional!

    GALERI: Gambar Rasmi Borneo Safari International Off-Road Challenge dari MMM

     
     
  • KTM RC16 – jentera MotoGP untuk pasaran awam akan mula dijual pada tahun 2018, RM563k, terhad 100 unit

    KTM RC16 – jentera MotoGP untuk pasaran awam akan mula dijual pada tahun 2018, RM563k, terhad 100 unit

    Sebelum ini sekadar khabar angin, akhirnya ketua pegawai eksekutif KTM, Stefan Peirer mengesahkan bahawa syarikatnya akan memasarkan motosikal KTM RC16, iaitu motosikal model sama yang digunakan dalam perlumbaan MotoGP kepada pasaran awam. Perkara ini diberitahu kepada laman web Jerman, Speedweek, dan tambah beliau, ia hanya akan terhad kepada 100 unit sahaja.

    Dikuasakan oleh enjin 1,000 cc V4 90 darjah, model versi jualan awam ini akan direndahkan kuasanya menjadi 240 PS, iaitu 30 PS kurang berbanding jentera sebenar yang digunakan dalam MotoGP yang berkuasa 270 PS.

    Menurut Peirer lagi, selain jumlah kuasa yang sedikit kurang ini, KTM akan memastikan model untuk jualan awam ini mempunyai spesifikasi paling hampir dengan jentera MotoGP dan mereka sebolehnya cuba untuk menawarkannya pada harga yang lebih rendah berbanding apa yang dilakukan oleh Honda dengan model RC213V-S pada harga 185,000 Euro (RM869,214). Harga anggaran untuk KTM RC16 jualan awam adalah sekitar 100,000 hingga 120,000 Euro (RM470,000 – RM563,000).

    Walaupun dibuka untuk jualan awam, KTM RC16 tidak akan mendapat sebarang kelulusan untuk kegunaan jalan biasa dan hanya boleh ditunggang di dalam kawasan tertutup seperti litar.

     
     
  • GALERI: Toyota Corolla Altis facelift 2016 kini di M’sia – 3 varian, 7 beg udara, VSC, harga dari RM117k

    GALERI: Toyota Corolla Altis facelift 2016 kini di M’sia – 3 varian, 7 beg udara, VSC, harga dari RM117k

    Tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-50 buat Toyota Corolla Altis. Sepanjang kewujudannya di pasaran dunia, ia telah pun berada di lebih 150 buah negara, dan menjadi antara model Toyota yang digemari setelah terjual melebihi sejuta unit sejak tahun 1966. Ia juga telah menyaksikan pembikinan 11 generasi dengan sejumlah model facelift.

    Pada pertengahan November lalu, UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan tempahan bagi model facelift terbaharu Corolla Altis 2016 dibuka. Ia hadir dengan tiga varian iaitu 1.8E, 1.8G dan 2.0V. Harganya pula masing-masing adalah RM117,361.15, RM120,278.47 dan RM134,865.06. Malah UMWT turut menawarkan varian 2.0V dengan ‘pakej keselamatan tambahan’ dan unit istimewa ini ditawarkan pada harga RM142,644.59.

    Kesemua harga tersebut adalah harga atas jalan termasuk GST dan tanpa insurans. Malah ia turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun, tanpa had perbatuan.

    Untuk aspek keselamatan, jika sebelum ini, hanya varian 2.0 sahaja yang menerima tujuh beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (ESC). Namun kini kesemua varian turut menerima tujuh beg udara,VSC, ABS dengan EBD dan Isofix sebagai elemen standard.

    Pada bahagian enjin, masih tiada sebarang perubahan, iaitu masih mengekalkan unit 2ZR-FE 1.8 liter (139 PS/173 Nm) dan 3ZR-FE 2.0 liter (145 PS/197 Nm). Ia dipadankan bersama transmisi automatik CVT dengan ciri ‘Sport Sequential Shiftmatic Mode‘ tujuh kelajuan. Pedal penukar di stereng juga disertakan untuk model 2.0V.

    Selain itu, model tertinggi Altis 2.0V ini turut dipadankan dengan rim 17-inci yang dibaluti tayar 215/45 manakala model 1.8L menggunakan rim 16-inci dengan tayar 205/55. Selain itu, ia turut dipadankan dengan lampu hadapan LED untuk 2.0V dan hjenis halogen bagi model 1.8L. Lampu nyalaan siang dan lampu belakang LED didatangkan secara standard untuk semua model, bersama lampu kabus.

    Cermin sisinya boleh dilaras dan dilipat secara elektronik, dengan penunjuk arah pada 1.8E manakala varian 1.8G dan 2.0V mendapat tambahan ciri lipat secara automatik dan boleh berhubung dengan gear undur. Semua varian mendapat kemasan krom pada pemegang pintu, kemasan belakang dan gril hadapan.

    GALERI: Toyota Corolla Altis facelift 2016 kini di M’sia – 3 varian, 7 beg udara, VSC, harga dari RM117k

    Menjengah bahagian dalamannya, antara elemen standard yang ditampilkan untuk semua varian termasuklah penghawa dingin zon-tunggal automatik, roda stereng balutan kulit yang boleh dilaras (tilt/telescopic) bersama butang kawalan audio dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40.

    Manakala bagi varian 2.0V pula, pastinya ia memiliki elemen tambahan iaitu kawalan kelajuan dan tempat duduk jenis sports dengan kawalan elektronik dan sokongan belakang serta cermin pandang belakang electro-chromic.. Bagi varian 1.8G pula ditambah dengan panel Optitron, butang kawalan paparan informasi dan Bluetooth pada roda stereng dan tempat duduk kulit.

    GALERI: Toyota Corolla Altis facelift 2016 kini di M’sia – 3 varian, 7 beg udara, VSC, harga dari RM117k

    Aksesori tambahan yang disediakan adalah unit hiburan skrin sesentuh DVD-AVN 2-DIN Toyota, Bluetooth, WiFi, HDMI, Smartphone Link, navigasi dan kamera undur. Unit yang lebih maju adalah DIV-AVN, yang dapat memberikan skrin sesentuh capacitive dan boleh melayari internet. Anda juga boleh memilih kit badan aerodinamik, kamera hadapan, plat pemijak tepi pintu berlampu dan penapis haba cermin.

    Corolla Altis 2016 ini turut menawarkan dua warna luaran baharu iaitu Phantom Brown Metallic dan Red Mica Metallic – bagi menyertai barisan warna sedia ada iaitu White Pearl CS, Silver Metallic, Grey Metallic dan Attitude Black. Manakala warna hitam menjadi pilihan bagi kabin kesemua varian.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi lengkap Toyota Corolla Altis 2016, sila layari carbase.my.

    GALERI: Toyota Altis 2.0V

    GALERI: Toyota Altis 1.8G

     
     
  • Honda Malaysia perkenal pasukan bergerak – dekati pelanggan bagi penukaran inflator beg udara Takata

    Honda Malaysia hari ini memaklumkan semua 84 pengedar sah Honda Service di seluruh negara akan menggerakkan petugas-petugasnya untuk pendekatan dari rumah ke rumah bagi pelanggan yang terlibat (untuk menukar beg udara Takata), di kediaman mereka bermula sekarang hingga 31 Disember nanti.

    Aktiviti berkenaan adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran dan menjelaskan kepentingan penukaran inflator beg udara Takata bagi pemandu dan penumpang depan sebagai lanjutan kepada kempen secara percuma yang dijalankan selama ini bagi tujuan yang sama.

    Pendekatan terbaharu ini adalah tambahan kepada aktiviti penukaran yang sama yang dijalankan di Hab Servis Honda, yang terletak di beberapa pusat beli-belah utama, serta acara jelajah seperti Honda Family Road Trip. Pelanggan adalah sangat digalakkan untuk menukar inflator beg udara Takata pemandu dan penumpang secepat mungkin.

    Honda Malaysia perkenal pasukan bergerak – dekati pelanggan bagi penukaran inflator beg udara Takata

    Inflator yang terkesan boleh mengelembung dengan tekanan dalaman yang berlebihan sekiranya diaktifkan. Bekas yang menempatkan inflator berkenaan mungkin akan menghasilkan serpihan, yang akan membawa kepada risiko kecederaan atau kemalangan maut kepada pemandu atau penumpang.

    Pasukan dari rumah ke rumah dari pengedar sah Honda Service ini akan mengenakan pakaian seragam Honda (sila rujuk gambar yang disertakan) berserta surat pengesahan untuk memudahkan pelanggan mengenal pasti kesahihan pasukan ini.

    Pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau pengedar sah Honda Service untuk pengesahan lanjut ketika dikunjungi oleh pasukan ini. Pasukan bergerak ini juga akan membuat temujanji untuk menukar peralatan yang dimaksudkan terus di lokasi tersebut jika perlu, bagi pelanggan yang benar-benar tidak dapat berkunjung ke hab sementara atau pengedar berdekatan.

    Honda Malaysia perkenal pasukan bergerak – dekati pelanggan bagi penukaran inflator beg udara Takata

    Dalam masa yang sama, Honda Malaysia menggesa pelanggan yang terlibat untuk membuat temujanji di mana-mana pengedar sah Honda Service atau Hab Sentral Servis Honda untuk penukaran berkenaan. Setakat 8 Disember, Honda Malaysia telah berjaya menyelesaikan 68% daripada penukaran alat berkenaan, dan sedang sedaya-upaaya meningkatkan peratusan berkenaan.

    Sebagai tambahan, Honda Malaysia juga sedang giat berkerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendekati pemilik semasa model-model Honda yang terlibat, berdasarkan data jabatan itu. Untuk maklumat lanjut, pelanggan digalakkan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau memeriksa status kenderaan mereka di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.

     
     
  • Ford Mustang Shelby FP350S – kereta lumba terus dari kilang, untuk pasaran awam di Amerika Syarikat

    Ford Mustang Shelby FP350S – kereta lumba terus dari kilang, untuk pasaran awam di Amerika Syarikat

    Mustang ganas yang anda lihat ini adalah Ford Mustang Shelby FP350S, dipertonton semasa pameran industri lumba prestasi di Indianapolis, Amerika Syarikat (AS). Ia adalah sebuah kereta lumba yang tidak boleh dipandu atas jalan biasa, tetapi boleh dibeli oleh sesiapa sahaja di wakil pengedar sah Ford di AS.

    Shelby FP350S direka untuk acara perlumbaan jalan pecut dalam kelas termasuk, Trans Am (TA3 and TA4), NASA dan perlumbaan kelab SCCA (T1 and T2). Walaubagaimanapun, ia tidak terhad kepada kelas yang disebutkan tadi sahaja.

    Model ini adalah penawaran terbaru Ford Performance bagi kenderaan lumba yang siap terus dari kilang seperti model sebelum ini iaitu FR500C, Boss 302R, 302S dan terbaru, Ford Shelby GT350R-C dan GT4 yang dipertonton pertama kali semasa SEMA 2016 dan berjaya memenangi kejuaraan IMSA Continental Tire SportsCar Challenge.

    Ford Mustang Shelby FP350S – kereta lumba terus dari kilang, untuk pasaran awam di Amerika Syarikat

    Ford Mustang Shelby FP350S dikuasakan oleh enjin 5.2 liter V8 yang disiapkan oleh Ford Performance Parts, dan dilengkapi antaranya dengan takung minyak dan penyejuk minyak prestasi, sistem ekzos lumba dan transmisi manual dengan pam minyak di dalam, penukar gear dan nisbah pacuan akhir belakang (rear final drive ratio) 3.73 daripada Tremec 3160.

    Kelengkapan lain adalah termasuk casis unibody yang diperkuat dengan kimpalan jenis seam, roll-cage enam penjuru standard FIA, komponen suspensi berorientasikan lumba termasuk kalibrasi stereng elektronik dan sistem brek prestasi tinggi. Mustang lumba ini menggunakan rim 19 inci, dengan tayar 10.5 inci lebar di hadapan dan 11 inci di belakang. Terdapat juga pembelah angin dan sayap belakang gentian karbon daripada Ford Performance pada kenderaan ini. Data berkenaan operasi kereta ini boleh didapati dengan adanya unit MOTEC manakala kedudukan pemandu dijaga dengan tempat duduk Sparco spesifikasi FIA dan roda stereng yang boleh ditanggalkan.

    Barangan tambahan lain turut disediakan termasuk pakej rim 18 x 11 inci dan grafik khas. Ford juga ada membuat Mustang lumba untuk pasaran global seperti Mustang GT4.

    GALERI: Ford Mustang 5.0L GT V8 pasaran Malaysia

    GALERI: Ford Mustang 2.3L EcoBoost pasaran Malaysia

     
     
  • SPYSHOT: Mercedes-Benz E-Class Coupe ditemui lagi; AMG E50 Coupe guna enjin enam silinder turbo baru

    SPYSHOT: Mercedes-Benz E-Class Coupe ditemui lagi; AMG E50 Coupe guna enjin enam silinder turbo baru

    Barisan kenderaan Mercedes-Benz E-Class Coupe akan didatangkan dengan paling tinggi, model Mercedes-AMG E 50 4Matic, yang mana akan menjadi antara kereta pertama yang menerima enjin baru enam silinder petrol oleh syarikat itu. Dalam keadaan standard, enjin 3.0 liter dengan turbo elektrik ini mampu menghasilkan 402 hp, dan ini juga adalah hasil daripada sistem elektrik 48V yang termasuk pemula generator bersepadu dan compressor elektrik yang dapat meningkatkan boost.

    Menurut laporan Autocar, barisan model Mercedes-Benz E-Class Coupe terdiri daripada yang menggunakan enjin empat dan enam silinder, dalam kedua-dua petrol dan diesel. Ini bermula dengan E 200 Coupe yang menggunakan enjin 2.0 liter empat silinder petrol dengan pengecas turbo yang berkuasa 181 hp dan E 300 Coupe yang menggunakan enjin sama tetapi mempuyai kuasa 241 hp. Model petrol lain adalah E 400 Coupe yang menggunakan enjin enam silinder turbo.

    Bagi enjin diesel, model E 220 d Coupe akan menggunakan enjin 2.0 liter empat silinder turbodiesel baru, dengan 192 hp, manakala E 350 d Coupe menggunakan enjin 3.0 liter V6 turbodiesel dengan 250 hp.

    SPYSHOT: Mercedes-Benz E-Class Coupe ditemui lagi; AMG E50 Coupe guna enjin enam silinder turbo baru

    E-Class Coupe akan ditawarkan dalam kedua-dua pacuan roda belakang dan pacuan semua roda di antara varian untuk semua model, kecuali E 300 Coupe yang cuma didatangkan dengan pacuan roda belakang sahaja. Transmisi standard adalah automatik sembilan kelajuan manakala transmisi manual hanya boleh didapati pada E 200 Coupe.

    E-Class Coupe menggunakan nama kod dalaman C238, dan ia dibina atas platform MRA, selain berkongsi kebanyakan bahagian dalamnya dengan varian sedan dan wagon. Walaupun bentuk papan pemuka dikongsi, model Coupe ini dilihat mempunyai corong pendingin hawa yang berbeza.

    Seperti biasa bagi model dua pintu, Mercedes-Benz melengkapkan E-Class Coupe dengan pembantu tali pinggang bagi memudahkan pemandu dan penumpang hadapan mencapai tali pinggang setelah duduk. E-Class Coupe ini juga akan menjadi asas kepada E-Class Cabriolet baru yang dijangka membuat penampilan semasa Geneva Motor Show tahun depan.

     
     
  • Perodua tawar jualan hujung tahun – diskaun RM1,200 untuk Axia, RM3k Alza, RM3,200 Bezza, RM5k Myvi 1.5

    Perodua tawar jualan hujung tahun – diskaun RM1,200 untuk Axia, RM3k Alza, RM3,200 Bezza, RM5k Myvi 1.5

    Pejam celik, pejam celik, kita sudah menghampiri detik terakhir 2016, dan seperti kebiasannya pengeluar kenderaan pasti akan memberikan tawaran diskaun untuk jualan sempena akhir tahun ini. Perodua juga tidak ketinggalan dalam hal ini, dengan menawarkan diskaun sehingga RM5,000 bagi beberapa modelnya yang terpilih.

    Tawaran tersebut akan berlangsung sepanjang Disember ini, termasuk rebat RM1,200 untuk Axia 1.0 Standard G auto, bagi yang mahu membeli MPV Alza, bakal menikmati penjimatan sebanyak RM3,000 untuk Alza 1.5 S dan RM2,000 bagi Alza 1.5 Advanced.

    Malah Bezza turut termasuk dalam tawaran ini, dengan potongan sebanyak RM1,500 bagi Bezza 1.0 Standard G, rebat RM3,000 untuk Bezza 1.3 Premium X dan Bezza 1.3 Advance ditawarkan dengan potongan sebanyak RM3,200. Akhir sekali, Myvi 1.5 bakal menerima penjimatan terbesar dengan potongan sebanyak RM3,800 untuk Myvi 1.5 SE manual, diskaun RM5,000 bagi Myvi 1.5 SE auto dan juga rebat RM4,000 untuk Myvi 1.5 Advance.

     
     
  • Lexus tayang teaser model unggul LS generasi akan datang – bakal diperkenalkan di Detroit 2017

    Lexus tayang teaser model unggul LS generasi akan datang – bakal diperkenalkan di Detroit 2017

    Imbas kembali sejarah terdahulu pada tahun 1989 apabila Lexus melakukan kejutan dengan memperkenalkan model mewah LS 400, yang dibikin untuk dipamerkan di Detroit Auto Show. Pelancarannya menandakan kelahiran jenama Lexus dan LS yang asalnya telah menawarkan prestasi, kesenyapan dan kemewahan yang berpadanan, bagi berhadapan dengan pesaingnya yang lain pada era tersebut.

    Tahun demi tahun berlalu, kini memasuki angka ke 28 tahun usianya, Lexus bakal memperkenalkan model unggul LS generasi kelima di North American International Auto Show 2017 yang bakal berlangsung bulan hadapan. Ia akan menjadi “kereta bertaraf dunia” dengan merentasi lebih 90 buah negara di seluruh global, ditampilkan dengan imej baharu yang lebih menonjol serta gaya ala coupe.

    Ia dibangun berdasarkan senibina global serba baharu ciptaan Lexus bagi kenderaan mewah (GA-L), platform pacuan roda-belakang – merupakan versi lanjutan yang pernah digunakan oleh LC Coupe, dengan menawarkan pengalaman lebih berdinamik di jalan raya, itu janji Lexus. Malah ia turut menawarkan kabin yang luas, sarat dengan elemen mewah dan dipenuhi pelbagai teknologi terkini. Malah ia juga disasarkan untuk bersaing dengan model termasuk Mercedes-Benz S-Class dan BMW 7 Series.


    GALERI: Spyshot Lexus LS akan datang

     
     
  • HSR KL-Singapura – bidaan tender akan dinilai pada penghujung 2018; akan dilakukan dengan telus

    HSR KL-Singapura – bidaan tender akan dinilai pada penghujung 2018; akan dilakukan dengan telus

    Bidaan tender untuk membina High-Speed Rail (HSR) yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur akan dinilai pada penghujung 2018. Ini adalah menurut agensi yang mengendalikan kepentingan Malaysia dalam projek berkenaan, MyHSR.

    Akhbar Singpura, The Straits Times melaporkan, dokumen tender bagi pakej sistem berkenaan – melibatkan trek sebenar dan gerabak kereta api – akan dikeluarkan penghujung tahun hadapan, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Eksekutif MyHSR, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal ketika pembentangan sulung projek berkenaan sebelum ini.

    “Selepas tender ini dibuka pada suku terakhir 2017, pembida akan diberikan tempoh setahun untuk mengemukakannya. Kemudian, kedua-dua negara akan menilainya,” jelas beliau dalam satu taklimat semalam. Taklimat oleh MyHSR dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu diadakan menjelang acara menandatangai persefahaman antara kedua-dua negara yang dijangka berlangsung minggu depan.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Raza akan menyaksikan majlis tandatangan itu di Putrajaya bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Proses tender berkenaan akan berjalan dengan adil dan telus. HSR dijangka akan libatkan kelajuan keretapi sehingga 320 km/j apabila ia siap dibina pada 2026, dan akan melibatkan masa perjalanan dari KL ke Singapura hanya dalam masa 90 minit sahaja.

    Selain laluan ekspres KL-Singapura, laluan berkenaan turut akan menempatkan perkhidmatan domestik di Malaysia, yang akan turut membuat hentian di Iskandar Puteri, Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Seremban dan Putrajaya.

     
     
  • AD: Jualan Mega Ulang Tahun Wheelcorp Premium – tawaran eksklusif, pandu uji di Premium Driving Circuit

    wheelcorp-850x616

    BMW Wheelcorp Premium akan mengadakan acara Jualan Mega Ulang Tahun pada hujung minggu ini, dari 9 hingga 11 Disember dan orang ramai dijemput hadir untuk menikmati tawaran-tawaran istimewa yang disediakan, dengan pulangan yang amat menakjubkan. Pelbagai aktiviti untuk disertai, termasuk mengalami sendiri pemanduan di dalam Premium Driving Circuit hinggalah kepada syiling emas untuk dimiliki.

    Sepanjang acara berkenaan berlangsung hujung minggu ini, anda boleh mengambil bahagian di dalam sesi pandu uji dari bilik pameran Wheelcorp Premium Setia Alam menuju Bukit Jelutong, dipimpin oleh pemandu bertauliah BMW di dalam model BMW pilihan anda. Anda juga boleh mempamerkan kemahiran memandu anda di dalam Premium Driving Circuit – litar seumpamanya yang pertama di negara ini. Akan ada lima sesi setiap hari, bermula dari 10 pagi hingga 6 petang.

    Selain itu, anda juga boleh memiliki syiling emas BMW Wheelcorp Premium edisi terhad dengan 999.9 keaslian yang bernilai RM3,888 jika anda membeli model-model terpilih BMW. Tawaran seperti ini sangat jarang diberikan. Untuk mendaftar, RSVP kepada Rebekah di talian 017-2618119, atau rujuk laman Facebook rasminya.

     
     
  • Maserati Ghibli dan Ghibli S 2017 kini di Malaysia – 3.0L Twin-Turbo V6, harga bermula RM619k, RM709k

    Maserati Ghibli dan Ghibli S 2017 kini di Malaysia – 3.0L Twin-Turbo V6, harga bermula RM619k, RM709k

    Naza Italia telah mengumumkan kemasukan Maserati Ghibli dan Ghibli S 2017 ke pasaran Malaysia, iaitu selepas dua bulan ia diperkenalkan secara rasminya di Paris Motor Show. Model terbaharu ini masih mengekal kesetiaan terhadap warisannya, tanpa melupakan soal kehandalan prestasi dan pengalaman pemanduan yang mengagumkan.

    Bagi ruang dalamannya, bahagian papan pemuka telah direka semula termasuk menampilkan skrin resolusi tinggi bersaiz 8.4-inci dengan teknologi pelbagai-sentuhan. Malahan sistem infotainmen turut boleh disambungkan pada telefon pintar menerusi Apple CarPlay dan Android Auto.

    Ia juga ditampilkan dengan tombol berputar atau rotary knob rekaan baharu untuk kawalan fungsi utama. Malahan ciri kemewahan dan gaya sporty juga tidak dilupakan kerana ia melambangkan karakter imej Ghibli ini.

    Ghibli S (kiri) & Ghibli (kanan)

    Ghibli 2017 juga didatangkan dengan pakej baharu bagi Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang merangkumi Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go, Blind Spot Alert, Lane Departure Warning, Forward Collision Warning dengan Advanced Brake Assist, dan Automated Emergency Braking. Surround View Camera turut ditawarkan dengan kombinasi pakej ADAS ini.

    Malah ia turut menaik taraf keselesaan aero-akustik, serta beberapa teknologi baharu termasuk penebat bunyi yang lebih optimum bagi mengurangkan bunyi bising di dalam kabin. Malah untuk menambahkan lagi keselesaan penumpang, Air Qualiti Sensor kini hadir sebagai elemen standard.

    Manakala bagi rekaan luarannya, ia menampilkan keunikan ciri termasuk menampilkan logo penuh ikonik “Saetta”, pintu tanpa bingkai, gril hadapan yang cukup menonjol dan membawakan imej Maserati dan paip ekzos krom untuk semua versi.

    Pakej Luxury dan Sport turut diberikan pilihan bagi mempersonalisasikan kekemasan. Menerusi pakej Luxury, kabin Ghibli dihiasi dengan Zegna Edition Silk dan kulit premium bagi upholsteri.

    Manakala pakej Sport pula merefleksikan gaya legenda perlumbaan untuk setiap Maserati termasuk menampilkan tempat duduk dan roda stereng sport serta pedal penukar gear aluminium. Malahan turut menampilkan dua pakej karbon, iaitu untuk luaran ddan dalaman yang hadir dengan pilihan kustom dan naik taraf bagi pakej Sport.

    Bagi bahagian penjana kuasanya, kedua-duanya dipadankan dengan enjin petrol 3.0 liter Twin-Turbo V6 bersama transmisi automatik ZF lapan-kelajuan dengan fungsi Start & Stop. Bagi Ghibli, ia mampu mencapai sehingga 350 hp, iaitu lebih 20 hp berbanding model sebelum ini dan kelajuan maksimumnya mencecah 267 km/j, dan pacuan 0-100 km/j sekitar 5.5 saat.

    Maserati Ghibli dan Ghibli S 2017 kini di Malaysia – 3.0L Twin-Turbo V6, harga bermula RM619k, RM709k

    Manakala untuk Ghibli S, ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 410 hp, pacuan dari 0-100 km/j dalam hanya 5.0 saat dan kelajuan maksimum sehingga 285 km/j.

    Ghibli juga berkongsikan seni bina teras termasuk untuk casis, bentangan suspensi, enjin V6 dan transmisi dengan Quattroporte. Walau bagaimana pun, ia adalah 293 mm lebih pendek dan 50 kg lebih ringan berbanding model sebelumnya.

    Bagi Ghibli dan Ghibli S 2017 ini, masing-masing dijual pada harga bermula RM618,800 dan RM708,800, termasuk waranti tiga tahun/pakej servis 60,000 km. Harga tersebut termasuk dengan duti dan cukai tempatan. Kedua-duanya juga sudah pun dipamerkan di bilik pameran Naza Italia, Petaling Jaya.

    GALERI: Maserati Ghibli 2017

    GALERI: Maserati Ghibli S 2017

     
     
  • Audi TT 2.0 TDI terima pacuan semua-roda quattro

    Audi TT 2.0 TDI terima pacuan semua-roda quattro

    Menurut Audi, 50% daripada model Audi TT yang terjual di seluruh dunia dilengkapi dengan sistam pacuan semua-roda. Oleh itu, Audi telah memutuskan untuk menawarkan sistem model generasi ketiga itu pada enjin 2.0 liter TDI.

    Boleh didapati bagi versi Coupe dan Roadster, penjana kuasa TDI ini mampu menyalurkan kuasa sehingga 184 hp dan tork 380 Nm, yang disalurkan menerusi transmisi dwi-klac S tronic enam-kelajuan, dan ke semua roda. Sistem quattro menggunakan klac pelbagai-plat elektro-hidraulic untuk mengedarkan tork pada kedua-dua gandar.

    Bagi prestasinya, TT Coupe 2.0 TDI quattro mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 6.7 saat, dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai mencecah 234 km/j. Manakala bagi Roadster pula, ia mencecah tujuh saat bagi 0-100 km/j, dan kelajuan maksimumnya ialah 230 km/j. Berbanding setara dengan petrol (2.0 TFSI quattro S tronic), TDI lebih perlahan bagi 100 km/j iaitu 1.4 saat (bagi kedua-dua jenis kerangka) dan 16 km/j lebih perlahan untuk kelajuan maksimumnya.

    Walau bagaimana pun, bagi enjin diesel ini, Coupe menggunakan sekitar 5.2 liter per 100 km, sementara Roadster pula 5.4 liter per 100 km (jika mengikut kitaran NEDC). Dengan perbandingan itu, TDI quattro bagi TT ini menggunakan antara 1.2 hingga 1.3 liter per 100 kurang berbanding model yang sama yang menggunakan petrol.

     
     
  • Volvo ungguli anugerah IIHS Top Safety Pick Plus berbanding pengeluar Eropah lain untuk tahun 2017

    Dari tahun ke tahun, Institut Insuran Keselamatan Lebuhraya (IIHS) di Amerika Syarikat telah memperketatkan syarat-syaratnya bagi penganugerahan Top Safety Pick yang dianjurkannya. Oleh itu, sebagai sebuah jenama yang menumpukan ciri keselamatan, Volvo telah mengungguli pungutan anugerah tersebut berbanding pengeluar Eropah lain untuk tahun 2017.

    S60, V60 dan XC60 yang dilengkapi dengan lampu hadapan Active Dual Xenon menerima anugerah Top Safety Pick Plus, manakala S90 dan XC90 pula menerima anugerah Top Safety Pick. Bagi tahun hadapan, institut berkenaan telah menambah kadar ‘boleh diterima’ dan ‘baik’ untuk lampu hadapan sebagai keperluan untuk memenangi anugerah tertinggi Top Safety Pick Plus, sebagai tambahan kepada kadar ‘advanced’ atau ‘superior’ untuk pencegahan pelanggaran hadapan yang diperlukan sebelum ini.

    Untuk anugerah Top Safety Pick -satu tangga di bawah anugerah tertinggi- pula memerlukan sesebuah kereta berkenaan menerima penarafan yang baik dalam lima ujian pelanggaran iaitu pelanggaran overlap kecil di hadapan, sederhana overlap di hadapan, sisi, kekuatan bumbung serta sekatan kepala. Ia juga perlu penarafan ‘advanced’ atau ‘superior’ untuk pencegahan pelanggaran hadapan (lebih tinggi berbanding keperluan penarafan asas pada tahun lalu) bagi membolehkan sesebuah kereta itu layak.

    Volvo sebelum ini sememangnya telah diperakui oleh IIHS. Pada Ogos 2016, institut berkenaan melaporkan kereta-kereta yang dilengkapi dengan sistem brek kecemasan automatik AEB Volvo City Safety berjaya mengurangkan pelanggaran belakang sebanyak 43% dan kadar kecederaan juga dapat dikurangkan sebanyak 45%. Untuk model S90 dan XC90, ia turut akan diperkenalkan dengan sistem pengesan haiwan besar lengkap bersama AEB pada tahun hadapan.

    “Komitmen Volvo terhadap keselamatan adalah jelas dalam Visi 2020 kami, yang menyatakan tiada seorang pun yang akan terbunuh atau mengalami kecederaan serius dalam kereta-kereta Volvo menjelang 2020, kata presiden dan CEO Volvo Car USA Lex Kerssemakers. “Kereta baharu kami membuktikan bahawa kemewahan, gaya dan prestasi mampu membawa kepada keselamatan paling maju di dunia.”

     
     
  • VIDEO: Infiniti Q60 di Havana, Cuba – kereta Amerika pertama yang didaftarkan dalam tempoh 58 tahun

    Pengarah Rekabentuk Eksekutif Infiniti, Alfonso Albaisa punya cara tersendiri untuk mengenang kembali nostalgia. Beliau yang membesar di Miami dan merupakan warga negara Amerika Syarikat tetap menganggap dirinya sebagai orang Cuba.

    Kini, beliau bertugas di Jepun di mana beliau memantau empat studio rekaan Infiniti di seluruh dunia. Di dalam video khas ini, Alfonso melawat tanah air nenek moyangnya buat pertama kali, dengan sebuah “hadiah” untuk Havana; sebuah Infiniti Q60 – yang menjadi kereta pertama dari Amerika Syarikat yang didaftarkan di Cuba dalam tempoh 58 tahun.

    Ia menjadi sebuah tugas yang penting dan sangat menurut beliau. Menelusuri sejarah tempat lahir ibu bapanya, Alfonso memandu model kenderaan itu ke serata tempat; Tropicana, Club Nautico serta rumah peninggalan ahli keluarga terdahulu, Max Borges-Recio.

    Di dalam perjalanan itu, Alfonso turut menemui asal mula DNA rekaannya yang diterjemahkan dengan unik pada model-model kenderaan Infiniti. Sebuah video yang intim dengan latar cerita yang sangat menarik. Jangan terlepas menontonnya. Infiniti Q60 merupakan saingan kepada model-model seperti Audi A5, BMW 4 Series dan Mercedes-Benz C-Class Coupe.

     
     
  • Honda Civic, Nissan Navara dan Toyota Sienta terima lima-bintang dalam ujian keselamatan ASEAN NCAP

    nissan-navara-asean-ncap_bm

    Program Penilaian Kereta Baharu untuk negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah menyiarkan hasil ujian terbaharu mereka. Kali ini, tiga kenderaan diuji iaitu trak pikap Nissan Navara, MPV Toyota Sienta dan juga sedan Honda Civic generasi kesepuluh.

    Nissan Navara masih mengekalkan penarafan lima bintang dalam sesi ujian keduanya, di mana kali ini ia dipadankan dengan tiga beg udara – tambahan satu beg udara pada bahagian lutut pemandu, dua lagi beg udara pada bahagian hadapan masih kekal. Hasilnya, untuk perlindungan penumpang dewasa (AOP), Navara memperolehi 14.44 markah dari 16 markah penuh. Angka ini menunjukkan peningkatan di mana pada ujian Mac lalu, trak pikap ini hanya memperolehi 12.34 markah.

    Perlindungan penumpang kanak-kanak (COP) turut menunjukkan peningkatan di mana Navara kini memenuhi 61% berbanding 37% sebelum ini. Walau bagaimanapun, varian 2.5 S MT yang tidak dilengkapi ESC hanya menerima penarafan empat-bintang kerana ASEAN NCAP menetapkan penarafan lima bintang hanya boleh diberikan kepada model yang mempunyai ESC serta sistem peringatan pemakaian tali pinggang keledar (SBR).

    honda-civic-asean-ncap_bm

    Bagi Honda Civic pula, sedan berkenaan berjaya memperoleh 14.74 markah dari 16 markah penuh dalam AOP, dengan memenuhi 86% dalam COP. Keputusan ini membolehkan Civic menerima penarafan lima bintang kecuali untuk model tanpa sistem peringatan pemakaian tali pinggang keledar hadapan hanya memperoleh empat-bintang.

    Untuk pengetahuan anda, kesemua varian Honda Civic di Malaysia, bermula varian asas 1.8 S hingga varian tertinggi 1.5 TC-P didatangkan standard bersama kelengkapan keselamatan penuh yang terdiri dari enam-beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, ABS dan EBD, Bantuan Brek (BA) serta Bantuan Mula Mendaki (HSA).

    toyota-sienta-asean-ncap_bm

    Akhir sekali, Toyota Sienta memperolehi 15.26 markah dalam AOP dan 74% memenuhi dalam COP membolehkannya menerima penarafan lima-bintang. Seperti juga model-model lain, varian Sienta yang tidak dipadankan dengan ESC hanya menerima penarafan empat-bintang.

    Walau bagaimanapun, kesemua varian Sienta yang dijual di Malaysia iaitu varian asas 1.5G dan varian tertinggi 1.5V menerima kelengkapan keselamatan penuh sebagai ciri standard yang terdiri dari Kawalan Tarikan, tiga-beg udara (dua di hadapan dan satu untuk lutut pemandu) serta cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.



     
     
  • Mercedes-Benz E-Class X213 All-Terrain beraksi lasak

    mercedes-benz-e-class-all-terrain-9-e1481175256726-850x438_bm

    Pertama kali dipamerkan ketika Pameran Permotoran Paris tahun ini, Mercedes-Benz E-Class X213 All-Terrain merupakan versi yang lebih ranggi bagi E-Class Estate. Kini, pengeluarnya mendedahkan perincian serta gambar model berkenaan, dalam aksi yang lebih “liar”.

    Dari luaran, imej off-roadnya disumbangkan oleh rekaan gril berkembar, pelapik hitam di bahagian lengkungan tayar serta skid plates dibahagian depan dan belakang. Ia 29 mm lebih tinggi daripada E-Class S213 Estate, dengan kelegaan dari permukaan tanah 156 mm.

    Penggunaan sistem suspensi Air Body Control multi-chamber membolehkan pemandu memilih tiga ketinggian yang berbeza; kereta ini boleh direndahkan sehingga paras 121 mm dari tanah. Antara ciri off-road lain yang ada padanya ialah sistem pacuan 4Matic kekal, yang mengagihkan kuasa antara gandar depan dan belakang pada nisbah 45:55.

    mercedes-benz-e-class-all-terrain-2-850x567_bm

    Tugas janaan kuasa dipikul oleh enjin 2.0 liter empat-silinder turbodiesel yang menggantikan enjin 2.1 liter Mercedes sebelum ini. Pada varian E220d 4Matic, enjin ini menawarkan kuasa 194 hp pada 3,800 rpm dan 400 Nm pada 1,600 hingga 2,800 rpm, digandingkan dengan transmisi automatik 9G-Tronic. Pecutan 0-100 km/j adalah dalam masa lapan saat, dengan kelajuan maksimum 231 km/j.

    Pemandu juga boleh memilik mod pemanduan – Comfort, Eco, Sport, All-Terrain dan Individual – melalui suis Dynamic Select. Setiap mod memberikan kadar bantuan yang berbeza terhadap stereng, maklum balas pendikit dan suspensi. Mod spesifik All-Terrain pada model ini juga membolehkan suspensi udaranya dinaikkan sebanyak 20 mm dalam kelajuan tidak melebihi 35 km/j.

    Dalam mod berkenaan, penunjuk khas di bahagian skrin akan turut memaparkan maklumat penting ketika off-road, termasuk sudut stereng, ketinggian kenderaan, sudut laluan, posisi brek/pendikit minyak serta kompas.

    mercedes-benz-e-class-all-terrain-4-850x532_bm

    Walaupun dengan semua ciri tambahan ini, ruang kabinnya kekal selesa dan elegan seperti E-Class yang lain. Ini termasuk skrin paparan 12.3 inci resolusi tinggi bagi sistem Comand Online, lampu suasana serta pengudaraan pada tempat duduk.

    E-Class All-Terrain menyediakan ruang barangan seluas 670 liter, dengan nisbah lipatan 40:20:40 bagi tempat duduk belakang; membolehkan ruang maksimum dinaikkan kapasitinya kepada 1,820 liter. Dari sudut persaingan, model ini bertembung secara langsung dengan Volvo V90 Cross Country dan Audi A6 Allroad.

     
     
  • VIDEO: Volkswagen Golf GTI Clubsport S perbaharui rekodnya di Nurburgring – 7 minit 47.19 saat

    Walaupun telah dinobatkan sebagai kereta pacuan hadapan paling pantas di litar Nurburgring dengan rekod 7 minit 49.21 saat sebelum ini, Volkswagen Golf GTI Clubsport S kembali semula ke litar “The Green Hell” berkenaan untuk memecahkan rekodnya sendiri.

    Menurut Volkswagen, dengan keadaan suhu lapan darjah Celsius, ia adalah sempurna bagi memastikan enjin dan tayar berada kondisi yang paling optimum bagi mencatatkan masa terbaik. Oleh itu, Golf GTI Clubsport S kini mencatatkan masa sepusingan terpantas 7 minit 47.19 saat dilitar tersebut, dua saat lebih pantas dari sebelum ini.

    Pada Jun 2014, rekod kereta pacuan roda hadapan paling pantas di Nurburgring di pegang oleh Renault Megane RS 275 Trophy-R dengan catatan masa 7 minit 54.36 saat. Rekod berkenaan kemudiannya dipecahkan pula oleh Honda Civic Type-R dengan catatan masa 7 minit 50.63 saat, sebelum kedudukan nombor satu berkenaan dirampas oleh Golf GTI Clubsport S.

    Selain itu, catatan masa Golf GTI Clubsport S ini juga menunjukkan ia lebih pantas berbanding BMW M2 (7 minit 58 saat) dan juga Mercedes-Benz SLR McLaren (7 minit 52 saat).

    Berbanding GTI biasa, Clubsport S ini masih menggunakan enjin TSI 2.0 liter tetapi telah diolah semula bagi memberikan kuasa keseluruhan 310 PS dan tork maksima 380 Nm. Model ini juga hanya hadir dengan transmisi manual enam-kelajuan bagi menyalurkan kuasa enjin ke roda hadapan.

    Selain itu, model istimewa ini turut menerima talaan casis bagi meningkatkan kestabilannya serta mengurangkan understeer. Ia didatangkan secara standard dengan tayar Michelin Sport Cup 2 yang lebih mempunyai daya cengkaman lebih baik, brek yang dipertingkatkan serta tiada tempat duduk belakang, semata-mata untuk mempertingkatkan prestasinya. Walau bagaimanapun, model ini hanya dibina terhad kepada 400 unit sahaja.

     
     
  • VPCM umum pelantikan pengarah urusan baharu

    erik_winter_joins_florian_steiner

    Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan pelantikan Erik Winter sebagai Pengarah Urusannya yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

    Winter menggantikan Pengarah Urusan sebelumnya, Alin Tapalaga yang kembali ke Eropah berikutan masalah kesihatan dan ditugaskan memantau operasi Jenama dan Sumber Manusia Syarikat. Malah beliau juga menyertai Pengarah Urusan VPCM untuk Selepas Jualan, Teknologi Maklumat dan Kewangan, Florian Steiner.

    Tidak asing dalam dunia peruncitan automotif, Winter membawa bersama pengalaman dan kepakaran yang diperolehinya selama 16 tahun berkhidmat di pelbagai unit perniagaan Porsche Holding Salzburg (PHS) di seluruh dunia. Sebelum ini beliau pernah bertugas di China dan bertanggungjawab ke atas operasi peruncitan salah satu jenama yang diwakili oleh PHS.

    Bersama-sama dengan Steiner, Winter akan memberi fokus ke atas strategi VPCM untuk meningkatkan perkongsian pasaran, mengukuhkan rangkaian pengedar Volkswagen serta meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualannya.

    volkswagen-passat-280-tsi-trendline-1

    Dengan barisan produk yang semakin mantap berikutan pelancaran model utama Volkswagen baru-baru ini iaitu Passat serba baharu, komitmen VPCM untuk mengembangkan lagi jenama Volkswagen di Malaysia semakin kukuh, biarpun di sebalik landskap automotif di Malaysia yang sangat kompetitif.

    Sebagai sebahagian daripada strategi untuk menambah baik pengalaman pemilikan produk Volkswagen, VPCM telah memperkenalkan jaminan pengeluar selama lima tahun ke atas semua kereta Volkswagen yang dibeli mulai 1 September 2016. Passat serba baharu yang dibeli dan didaftarkan sebelum 31 Disember 2016 turut hadir bersama penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

    Selain itu, VPCM turut memperkenalkan program “VPCM Customer Care Goodwill” yang memberikan pembaikkan goodwill dua-tahun tambahan kepada transmisi klac berkembar Direct Shift Gearbox (DSG) pada kereta-kereta VW yang diproduksi sehingga Disember 2013 dengan perbatuan sehingga 200,000 km. Waranti ini akan bermula selepas berakhirnya waranti lima tahun pada kereta-kereta berkenaan.

     
     
  • 3M M’sia lancar pelekat pemantul cahaya DG3 baharu

    3m-conspicuity-marking-20

    Jarak penglihatan adalah antara kunci utama bagi keselamatan jalan raya, dan melihat akan kepentingan itu, 3M Malaysia telah melancarkan pelekat pemantul cahaya bagaru, Diamond Grade DG3. Ia adalah pelekat pemantul luaran yang direka khas untuk menambah baik jarak penglihatan bagi kenderaan komersil. Malah ia adalah bagi mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di mana setiap kenderaan komersil perlu menggunakan pelekat pemantul cahaya yang diperakui oleh SIRIM mulai 1 Januari 2017.

    “Sebagai peneraju inovasi dan teknologi helaian reflektif ini, 3M turut menyokong usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Bermula dengan papan tanda jalan reflektif, kami juga mengeluarkan pelekat pemantul cahaya untuk lori,” ujar GT Lim, pengurus besar bagi kumpulan perniagaan grafik dan keselamatan 3M.

    3m-conspicuity-marking-10

    Menurut 3M, informasi visual yang diterima oleh mata manusia adalah sangat berkurangan pada waktu malam iaitu sekitar hanya 5% berbanding penglihatan pada waktu siang.

    Justeru, pelekat pemantul cahaya Diamond Grade yang boleh mula dibeli pada Januari ini, di pusat Puspakom di seluruh Malaysia, diharap dapat membantu usaha kerajaan untuk memngurangkan kadar kemalangan jalan raya yang membabitkan kenderaan komersil. Pelekat ini dijual pada harga antara RM60-70 sepasang dengan ukuran 600 mm panjang, 150 mm lebar, dan 150 mm lebar bagi setiap penjurunya.

     
     
  • Dodge Challenger GT 2017 – jentera 305 hp AWD

    2017-dodge-challenger-gt-02-850x463-bm

    Jika mengikut jumlah jualan, Dodge Challenger mungkin tidak dapat menyaingi Ford Mustang dan Chevrolet Camaro tetapi ia tetap adalah antara kereta muscle coupe Amerika yang gagah. Kali ini, bagi model Challenger GT 2017, ia mendapat senjata tambahan untuk bersaing – pacuan empat roda.

    Ia adalah kereta muscle Amerika dua pintu pertama yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda, memberikan penggemar kenderaan jenis ini keyakinan untuk memandu dalam apa jua keadaan cuaca eksklusif kepada jenama Dodge, kata syarikat itu. Ia juga datang pada waktu yang tepat, dengan musim sejuk yang akan datang, seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

    Challenger GT datang dengan sistem pacuan AWD seperti pada Dodge Charger AWD dengan
    active transfer case dan pemutus hubungan gandar depan. Ia akan mengubah penyampaian kuasa antara RWD dan AWD secara lancar tanpa sebarang input daripada pemandu. Pada keadaan biasa, gandar hadapan tidak akan mendapat kuasa dan semuanya akan pergi ke gandar belakang. Terdapat juga tiga mod ESC dan boleh ditutup sepenuhnya untuk menghasilkan drift.

    2017-dodge-challenger-gt-06-850x463-bm

    Di bawah hudnya yang panjang terdapat enjin Pentastar V6 3.6 liter, berkemampuan 305 hp pada 6,350 rpm dan 363 Nm tork pada 4,800 rpm (90% boleh didapati antara 1,800 hingga 6,400 rpm), dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan TorqueFlite bersama pedal penukar di stereng. Tiada penukar gear manual dengan versi AWD ini.

    Butang Super Track Pak pada Challenger GT akan mengaktifkan Dodge Performance Pages dan ciri launch control, dipaparkan pada skrin sesentuh 8.4 inci. Informasi seperti masa reaksi, masa 0-60 bsj, kuasa G dan masa pusingan boleh diperhatikan dan turut dipaparkan pada skrin tujuh inci di meter.

    Kit standard termasuk rim 19 inci Hyper Black, lampu kabus projector, spoiler belakang, sistem bantuan letak kereta ParkSense dan kamera undur ParkView. Di dalam, tempat duduk dibalut dengan kulit Nappa, dilengkapi pemanas pada tempat duduk dan stereng, skrin sesentuh dengan sistem Uconnect dengan Apple CarPlay dan Android Auto dan enam pembesar suara Alpine dengan amplifier 276-watt.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.47 (-0.25)
RON 97 RM4.10 (-0.25)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.07 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.27 (-0.30)
Last Updated Jun 25, 2026