Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Perodua Aruz – 2,200 unit tempahan telah diterima

    Perodua Aruz – 2,200 unit tempahan telah diterima

    Perodua Aruz yang telah dilancarkan, setakat ini menerima 2,200 unit tempahan sejak ia dibuka pada 3 Januari lalu. Pencapaian yang agak membanggakan kerana dalam masa dua minggu tempahannya dibuka, ternyata ramai yang teruja dan tidak sabar untuk menantikannya biarpun kehadirannya di bilik pameran Perodua di seluruh negara belum kelihatan. Aruz bakal dipamerkan di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara mulai esok.

    Ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 X dan spesifikasi tertinggi 1.5 Advance, yang masing-masing berharga RM72,900 dan RM77,900 (atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia), Aruz dijangka akan meledak di pasaran. Mungkin juga mampu mengulangi kejayaan Myvi yang cemerlang daripada segi jualan.

    “Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua sentiasa berusaha untuk menjadikan teknologi dan trend automotif terkini mampu milik. Dengan Perodua Aruz, rakyat Malaysia kini boleh menikmati kelebihan sebuah SUV, termasuk ciri-ciri canggih yang ditampilkan. Ini menjadikan Aruz antara SUV dengan nilai terbaik pada masa kini yang memenuhi anjakan ruang, keselamatan dan kecekapan,” ujar Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

    Malah Perodua turut mensasarkan jualan Aruz sebanyak 2,500 unit sebulan dan dijangka ia mampu mencecah 31,200 unit menjelang akhir 2019.

    Aruz yang menggunakan 95% komponen tempatan, merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) keempat buatan Perodua, dan SUV tujuh-tempat duduk ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api terbaik dalam segmennya iaitu mencecah 15.6 km per liter.

    Ia dikuasakan oleh enjin empat silinder petrol NA 1.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 104 hp dan 136 Nm tork. Enjin 2NR-VE Dual VVT-i ini turut digunakan pada Myvi, dan dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan, yang menyalurkan kuasa ke roda belakang.

    Bacaan lanjut berkaitan Perodua Aruz:

     
     
  • Perodua Aruz harus bersaing dengan Toyota Rush dan Honda BR-V – pemilikan mana yang lebih berbaloi?

    Perodua Aruz harus bersaing dengan Toyota Rush dan Honda BR-V – pemilikan mana yang lebih berbaloi?

    Perodua Aruz membuka tirai 2019 sebagai kenderaan pertama yang dilancarkan secara rasmi pada tahun ini, dan diraikan dalam majlis penuh gilang-gemilang. Selepas mula ‘membocorkan’ rahsianya sedikit demi sedikit akhir tahun lalu, ternyata Perodua telah benar-benar bersedia untuk membolosi pasaran SUV yang kian mendapat tempat di negara ini. Apatah lagi bagi SUV tujuh-tempat duduk dengan tawaran harga yang menguja, Aruz dilihat mampu mengembalikan rekod ‘goreng pisang panas’ seperti mana yang pernah dicapai oleh Myvi.

    Walau pun mungkin ada yang beranggapan, Aruz tidak akan sukar untuk membolosi pasaran biarpun terpaksa bersaing rapat dengan dua model SUV pencabarnya iaitu Honda BR-V yang telah berada di pasaran sejak Januari 2017 dan juga model asas bagi Aruz sendiri, Toyota Rush, yang diperkenalkan pada Oktober lalu.

    Perbandingan pertama, kita hurai soal harganya. Seperti yang semua sedia maklum, Aruz ditawarkan dengan dua varian dan berharga RM72,900 untuk X dan spesifikasi tertinggi pula, Advanced RM77,900. Kedua-duanya adalah harga atas jalan tanpa insurans dan untuk Semenanjung Malaysia. Manakala BR-V pula diletakkan harga sedikit tinggi dengan antara RM81,000 hingga RM88,000. Dan Rush pula lebih mahal berbanding kedua-dua model pesaingnya itu, dengan harga jangkaan RM93,000 ke RM98,000. Jadi, di antara ketiga-tiga model itu, soal penawaran harga pastinya menjadi faktor utama dalam pemilihan, sebelum perbandingan ciri lain pula diambil kira.

    Perodua Aruz harus bersaing dengan Toyota Rush dan Honda BR-V – pemilikan mana yang lebih berbaloi?

    Bagaimana pula dengan bahagian mekanikalnya? Memandangkan Aruz dibangunkan berdasarkan model Rush, ini bermakna kedua-dua saudara kembar berlainan ‘ibu bapa’ ini memiliki genetik yang sama. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin 1.5 liter NA empat-silinder petrol dengan output 104 hp dan tork 136 Nm. Enjin 2NR-VE Dual VVT-i ini turut digunakan pada Myvi, dan dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan, yang menyampaikan kuasa ke roda belakang. Malah kedua-duanya juga didatangkan dengan fungsi start/stop enjin automatik (Perodua menamakannya sebagai ‘Eco Idle’).

    Manakala bagi BR-V pula, ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter NA, dengan teknologi SOHC i-VTEC, dan boleh menghasilkan lebih kuasa berbanding Aruz dan Rush, iaitu 119 hp dan tork 145 Nm. Selain itu, transmisi BR-V juga berbeza, di mana ia menggunakan CVT, dan kuasa dihantar ke roda hadapan. Walau bagaimana pun, ketiga-tiga model ini mempunyai catatan penggunaan bahan api antara 15.5 hingga 15.6 kilometer bagi setiap liter

    Kita beralih pula pada dimensi bagi ketiga-tiga model ini. Aruz mempunyai ukuran 4,435 mm panjang, 1,695 mm lebar, 1,705 mm tinggi dan jarak roda pula adalah 2,685 mm. Sudah pasti ia adalah sama dengan Rush, tetapi apabila dibandingkan dengan BR-V, Aruz lebih pendek 18 mm dan kurang lebar 40 mm, tetapi lebih tinggi 39 mm dan jarak roda lebih panjang 23 mm. Walaupun jarak roda Aruz lebih panjang, ruang bahagian barangan belakangnya cuma ada 213 liter disebabkan terdapat tiga baris tempat duduk, dan ini adalah 10 liter kurang berbanding BR-V.

    Untuk ciri yang ditampilkan, dengan harga yang lebih rendah berbanding BR-V dan Rush, Aruz boleh dikatakan lebih lengkap dan lebih keterampilan. Ia menampilkan lampu utama LED, rim aloi 17-inci, pendingin hawa zon-tunggal manual dengan corong di belakang, unit audio tujuh-inci, pembaca Touch n Go binaan dalam, soket pengecas kuasa pada semua barisan tempat duduk serta sistem masuk dan mula kenderaan tanpa kunci. Varian tertinggi, AV tentunya lebih lengkap, ditambah dengan fungsi hidup dan tutup automatik untuk lampu utama, sambungan HDMI pada head unit, tempat duduk kulit dan perakam video (DVR).

    Dibandingkan dengan BR-V pula, ciri standard yang disediakan oleh Honda pada varian E dan V adalah termasuk lampu utama projektor halogen, lampu siang LED, rim aloi 16-inci, unit utama biasa, pendingin hawa zon-tunggal dengan corong di belakang serta soket pengecas di hadapan. Hanya BR-V varian paling tinggi (V) yang mendapat lampu kabus, tempat duduk kulit, pendingin hawa automatik dan skrin sesentuh 6.1-inci dengan sambungan HDMI.

    Memandangkan harganya yang paling ketiga berbanding dua model pesaingnya, Rush pula ditampilkan dengan lampu hadapan LED, lampu belakang LED, rim dua tona 17-inci dibaluti tayar 215/60R17 adalah ciri standard untuk kedua-dua varian. Kabinnya dilengkapi tempat duduk balutan fabrik untuk varian asas, manakala varian tertinggi S diberikan balutan kulit pada tempat duduk, roda stereng dan juga tombol penukar gear.

    Selain ditampilkan sistem audio DVD-AVX dengan skrin sesentuh kapasitif 6.8-inci, sistem Panaromic View Monitor (PVM) 360-darjah, pembaca Smart Tag dan Dash Cam bina dalam, dua soket 12V konvensional (hadapan dan tempat duduk baris ketiga), 13-pemegang cawan, sistem penghawa dingin automatik dan juga penghawa dingin untuk kabin belakang.

    Mengenai ciri keselamatannya pula, Aruz didatangkan dengan enam beg udara, Vehicle Stability Assist, ABS, EBD, Brake Assist, Hill Start Assist, Hill Descent Control dan cagak Isofix secara standard – sama seperti yang ditawarkan pada Rush. BR-V pula cuma dilengkapi dua beg udara tetapi masih mempunyai Vehicle Stability Assist (VSA), ABS, EBD, Hill Start Assist (HSA) dan cagak Isofix di tempat duduk baris kedua.

    Namun varian tertinggi Aruz diberikan kelebihan utama dengan kehadiran pakej Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 yang termasuk Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control yang dipertingkatkan.

    Dengan ASA 2.0, pengesanan pejalan kaki telah ditambah dan ia boleh berfungsi sehingga kelajuan 50 km/j. Peningkatan lain termasuk laju operasi Pre-Collision Warning sehingga 100 km/j dan sehingga 80 km/j untuk Pre-Collision Braking (dari 30 km/j). Walaupun ASA 2.0 ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti Pre-Collision System yang ada pada Rush, Aruz tidak mempunyai pengesan titik buta dengan amaran trafik dari belakang. SUV Perodua ini juga tidak dilengkapi dengan Panoramic View Monitor dengan empat kamera seperti Rush.

    BR-V tidak mempunyai sistem yang sama seperti ASA 2.0, tetapi masih membolehkan ia mendapat lima bintang dalam ujian keselamatan ASEAN NCAP bersama Aruz dan Rush. Ia hadir dengan dua beg udara, Kawalan Kestabilan, ABS dan EBD.

    Bacaan lanjut berkaitan Perodua Aruz:

    GALERI: Perodua Aruz 1.5X

    GALERI: Perodua Aruz 1.5AV



     
     
  • Perodua Aruz 2019 – spesifikasi penuh varian X, AV

    Perodua Aruz 2019 – spesifikasi penuh varian X, AV

    Akhirnya, tiada lagi teka-teki. Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Perodua hari ini telah memperkenalkan secara rasmi model SUV terbaru keluarannya, Aruz. Kita juga sudah mengetahui bahawa hanya ada dua varian yang akan ditawarkan, Aruz 1.5 X dan varian paling tinggi, Aruz 1.5 AV.

    Harga jualannya juga sudah disahkan. Bermula dari RM72,900 bagi Aruz 1.5 X hinggalah kepada yang paling tinggi, RM77,900 untuk varian Aruz 1.5 AV (atas jalan tanpa insurans). Aruz juga menerima penarafan ASEAN NCAP lima-bintang, dan datang dengan jaminan yang meliputi 150,000 km perbatuan.

    Perkara yang lebih menarik untuk dilihat ialah, apa sebenarnya perbezaan spesifikasi antara kedua-dua varian berkenaan? Apa yang lebih dan apa yang kurang di antara kedua-duanya? Jadi, untuk menjawab pertanyaan tersebut, berikut kami sertakan senarai kelengkapan penuh bagi kedua-dua varian Aruz X dan AV untuk memudahkan anda. Mana satu yang lebih sesuai untuk anda?

    Perodua Aruz 1.5 X – RM72,900

      Mekanikal:

    • Enjin 1.5 liter 2NR-VE Dual VVT-i
    • 1,496 cc, empat silinder, petrol
    • 105 PS pada 6,000 rpm, 136 Nm tork pada 4,200 rpm
    • Transmisi automatik empat-kelajuan torque converter
    • Eco Idle, ciri start/stop automatik bagi enjin
    • Kadar penggunaan minyak 15.6 km per liter
      Luaran:

    • Lampu utama LED dengan fungsi “Follow Me Home”, tanpa On/Off automatik
    • Tanpa lampu kabus halogen hadapan
    • Rim aloi 17-inci dwi tona
    • Tanpa landasan pada bumbung
    • Tanpa diffuser krom pada bampar depan
      Dalaman:

    • Tempat duduk fabrik
    • Stereng material Urethane dengan butang kawalan audio, tiada balutan kulit
    • Tanpa butang Bluetooth untuk jawab panggilan
    • Unit utama multimedia tujuh-inci, tanpa Smartlink dan tiada HDMI
    • Tayar ganti saiz penuh, dengan rim 17-inci sama
    • Pengimbas TnG binaan dalam
    • Port pengecas bagi ketiga-tiga barisan (USB di barisan satu dan dua, soket 12V di barisan ketiga)
    • Pendingin hawa zon tunggal manual, dengan paparan digital dan memori
    • Stereng larasan tinggi-rendah, bukan teleskopik
    • Corong pendingin hawa belakang (blower sahaja)
    • Sistem tanpa kunci dengan butang Push Start
      Keselamatan:

    • Enam beg udara
    • VSA
    • ABS + EBD + BA
    • Bantuan Mula Mendaki dan Kawalan Menuruni Bukit
    • Isyarat Berhenti Kecemasan
    • Tujuh amaran tali keledar berasingan
    • Dua ISOFIX (hanya pada barisan kedua)

    Perodua Aruz 1.5 Advance – RM77,900

    (Tambahan)

      Luaran:

    • Lampu utama LED dengan fungsi “Follow Me Home” dan On/Off automatik
    • Landasan pada bumbung
    • Diffuser krom dan lampu kabus pada bampar hadapan
      Dalam:

    • Kemasan krom dan hitam berkilat pada bahagian papan pemuka dan panel pintu
    • Unit utama multimedia tujuh-inci dengan Smartlink dan HDMI
    • Stereng balutan kulit, dengan butang kawalan audio dan Bluetooth untuk telefon
    • Tempat duduk balutan kulit
    • Tombol gear balutan kulit
    • Perakam video digital (DVR)
      Keselamatan:

    • Advanced Safety Assist 2.0 (Front Collision Warning, AEB dengan Pedestrian Detection, Front Departure Warning, Pedal Misoperation Control).

    Bacaan lanjut berkaitan Perodua Aruz:



    GALERI: Perodua Aruz 1.5X

    GALERI: Perodua Aruz 1.5X dengan aksesori GearUp

    GALERI: Perodua Aruz 1.5AV



    GALERI: Perodua Aruz 1.5AV dengan aksesori GearUp

     
     
  • Perodua Aruz dilancar – dua varian, tujuh tempat duduk, 1.5L, ASA 2.0, harga RM72,900 dan RM77,900

    Perodua Aruz dilancar – dua varian, tujuh tempat duduk, 1.5L, ASA 2.0, harga RM72,900 dan RM77,900

    Perodua Aruz telah pun dilancarkan hari ini, sekaligus menunjukkan kemasukan semula Perodua dalam segmen SUV selepas Nautica dan Kembara sebelum ini. SUV tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5X yang berharga RM72,900 dan 1.5 Advance (AV) yang berharga RM77,900 (harga tidak termasuk insurans).

    Kedua-dua varian ini masih menggunakan enjin sama iaitu unit empat silinder NA 1.5 liter 2NR-VE dengan kuasa sebanyak 105 PS pada 6,000 rpm dan 136 Nm tork pada 4,200 rpm. Transmisi pula adalah unit automatik empat kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang.

    Enjin ini sebenarnya adalah unit sama yang digunakan pada Myvi baru dan Toyota Rush, di mana ia dilengkapi dengan teknologi VVT-i dan Eco Idle (start/stop). Perodua mendakwa, enjin Energy Efficient Vehicle (EEV) ini mampu menghasilkan penggunaan bahan api 15.6 km/l dan 95% bahan pada Aruz ini adalah keluaran tempatan.

    Perodua Aruz dilancar – dua varian, tujuh tempat duduk, 1.5L, ASA 2.0, harga RM72,900 dan RM77,900

    Walaupun berkongsi asas yang sama dengan Rush (Daihatsu Terios di Indonesia juga adalah kembarnya), Aruz masih mempunyai kemasan tersendiri termasuk gril dengan lima jalur dan jalur ketiga direka sebagai ‘sayap’ untuk logo Perodua yang terletak di tengah. Sayap krom penuh berkenaan juga direka lebih tebal dari jalur lain dan dihubungkan kepada jalur LED lampu nyalaan siang dengan tebal yang sama, terletak dalam kluster lampu LED hadapan yang diberikan secara standard.

    Rekaan kemasan bampar hadapan Aruz juga lebih unik, manakala di bahagian belakang, ia adalah sama seperti Rush, melibatkan penggunaan lampu kombinasi LED serta kemasan hitam besar dan krom yang lebih nipis menyambungkan keduanya di bahagian tengah.

    Masuk ke dalam, Aruz jelas berbeza berbanding Rush kerana ia menggunakan rekaan papan pemuka yang tersendiri. Bahagian atas papan pemuka tersebut telah dirombak semula dengan memberikan rupa “bentuk-V” atau air terjun yang menyerlah, dan anda boleh melihat penggunaan head unit tujuh inci serta butang kawalan pendingin hawa (dengan blower belakang) tersendiri Aruz – datang secara standard untuk kedua-dua varian.

    Perodua Aruz dilancar – dua varian, tujuh tempat duduk, 1.5L, ASA 2.0, harga RM72,900 dan RM77,900

    Untuk kelengkapan lain, kedua-dua varian Aruz datang terus dengan rim aloi 17 inci dua tona, sistem masuk tanpa kunci dan butang pemula, peranti SmartTAG bersepadu, enam beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, Hill Start Assist, Hill Descent Control dan cagak Isofix pada tempat duduk baris kedua.

    Varian 1.5 AV tentunya diberikan lebih banyak barang, seperti fungsi automatik untuk lampu utama, lampu kabus hadapan, rel bumbung, skid plate, balutan kulit (1.5X menggunakan fabrik), roda stereng dan tombol gear dibalut kulit, kemasan papan pemuka serta pintu hitam berkilat dan krom, fungsi SmartLink pada head unit dan perakam video bersepadu (DVR).

    Pakej keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 juga adalah khusus untuk varian 1.5 AV sahaja, dan ia termasuk Pre-collision Warning, Pre-collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Aruz juga mendapat penarafan lima bintang dalam ujian ASEAN NCAP.

    Walaupun sistem ini sama seperti apa yang ada pada Myvi, pakej keselamatan aktif Aruz telah ditambah dengan pengesan pejalan kaki (sehingga kelajuan 50 km/j) dan laju operasi Pre-Collision Warning ditingkatkan kepada 100 km/j dan Pre-Collision Braking ditingkat kepada 80 km/j (daripada 30 km/j).

    Aruz boleh didapati dalam pilihan lima warna iaitu Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver, Ivory White (solid) dan Amazon Green (warna baru untuk Perodua). Jaminan yang diberi pula adalah selama lima tahun atau 150,000 km.

    Pembeli Aruz juga boleh menjadikan kereta mereka lebih lengkap dengan tambahan pelbagai aksesori yang terdapat dalam katalog Gear Up seperti door visor, scuff plate, pelindung bampar belakang, lapik kaki, penebat bunyi di pintu dan bawah hud dan pelbagai lagi. Anda boleh melihat senarai aksesori Gear Up ini di sini.

    Untuk melihat spesifikasi penuh Perodua Aruz, anda boleh pergi ke CarBase.my, atau untuk perbezaan terperinci antara dua varian yang ditawarkan pula berada di sini.

    Bacaan lanjut berkaitan Perodua Aruz:



    GALERI: Perodua Aruz 1.5X

    GALERI: Perodua Aruz 1.5X dengan aksesori GearUp

    GALERI: Perodua Aruz 1.5AV



    GALERI: Perodua Aruz 1.5AV dengan aksesori GearUp

    GALERI: Gambar rasmi Perodua Aruz 1.5AV

    GALERI: Risalah jualan Perodua Aruz

     
     
  • Kawasaki W175 Cafe diperkenal di Indonesia – RM9.5k

    Kawasaki W175 Cafe diperkenal di Indonesia – RM9.5k

    Di Indonesia, Kawasaki ada memasarkan motosikal berbentuk klasik dari siri W yang menggunakan enjin kapasiti lebih kecil iaitu W175. Kini, model tersebut menerima varian baru yang mempunyai gaya sedikit berlainan iaitu W175 Cafe dan ia dijual pada harga 1.5 juta Rupiah lebih mahal berbanding W175 biasa iaitu 32.6 juta Rupiah (RM9,492).

    Asasnya masih sama seperti W175 standard, tetapi beberapa bahagian diubah supaya serasi dengan konsep cafe racer yang mahu dibawa. Antaranya adalah penambahan penghadang di belakang meter (atas lampu hadapan) serta bentuk tempat duduk yang lebih kembung di belakang, menjadikannya kelihatan seperti hanya untuk satu orang.

    Selain daripada itu, penghadang lumpur belakang juga dijadikan lebih pendek manakala ekzos diberikan pelindung warna krom, dan spring penyerap hentak pula diwarnakan emas. Secara keseluruhannya ada tiga warna untuk W175 Cafe ini iaitu merah, kuning dan kelabu.

    Kawasaki W175 dikuasakan oleh enjin satu silinder 177 cc SOHC empat strok, dengan sistem penyejukan udara dan sistem bahan api karburetor. Transmisi yang digunakan pula adalah unit lima kelajuan dan ia mampu menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 13 PS dan 13.2 Nm tork.

    Kelengkapan lain yang ada padanya termasuk termasuk fork 30 mm dan brek cakera 220 mm di hadapan, dua penyerap hentak dan brek dram di belakang, rim 17 inci yang dibalut tayar saiz 80/100 di hadapan dan 100/90 di belakang dan tangki minyak 13.5 liter.

     
     
  • Projek kereta nasional ketiga – bakal dijana oleh LPG?

    Projek kereta nasional ketiga – bakal dijana oleh LPG?

    Projek kereta nasional ketiga berpotensi dikuasakan sepenuhnya oleh gas petroleum cecair (LPG), sekiranya ada syarikat tempatan yang merintis jalannya. New Straits Times melaporkan Astana City Group sedang mencari jalan ke arah itu, untuk membawakan teknologi penggunaan LPG bagi projek berkenaan.

    Menurut Pengarah Urusan Astana City Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, syarikatnya telah mengemukakan kertas cadangan untuk projek berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi rakan kongsi dari Thailand, Pap Econ. Di antara manfaat LPG adalah keupayaannya untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 20% berbanding petrol, katanya. “Sebagai contoh, kita lihat Jepun. Kerajaan mereka telah mewajibkan teksi untuk menggunakan LPG. Ini kerana kosnya lebih efektif dan mengurangkan pencemaran alam sekitar,”katanya.

    Prototaip bagi kereta nasional ketiga dijangka akan didedahkan pada suku pertama tahun ini, dan pelan jangka masa panjang Astana City Group adalah termasuk membina stesen pengisian LPG di seluruh negara, selain dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk tempatan, ujarnya.

    Syarikat terbabit juga telah memohon kepada kerajaan untuk membangunkan stesen LPG yang dimaksudkan itu dan kini sedang menantikan maklumbalas. Nik Mohd Fareez turut berkata, “Jika kerajaan bersetuju dengan permohonan kami, kami merancang untuk bekerjasama dengan MARA dan Petronas dari segi perolehan tenaga kerja dan pelancaran stesen berkenaan.”

    Minggu lalu, Kementerian Pembangunan Usahawan berkata, kerajaan telah meluluskan sejumlah RM20 juta sebagai dana R&D, ini termasuklah bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga ini.

     
     
  • Nissan IMs Concept – sedan/crossover elektrik 483 hp

    Nissan IMs Concept – sedan/crossover elektrik 483 hp

    Walaupun sekarang model kenderaan sedan dilihat semakin tenggelam dengan jumlah SUV yang lebih meningkat, Nissan mendakwa mereka masih boleh menghidupkan gaya badan kenderaan seperti itu, dan berkemungkinan dengan menjadikannya lebih kepada crossover.

    Contohnya ditunjukkan dengan kereta IMs Concept yang dibawa ke Detroit, di mana ia masih lagi adalah sebuah sedan, tetapi dijadikan lebih tinggi daripada biasa dan menggunakan rim 22 inci. Antara sebab ia ditinggikan adalah di bawah bahagian kabin terdapat pek bateri yang digunakan sebagai sumber kuasa (ini adalah kereta elektrik).

    Menurut Nissan, gaya pada IMs ini melibatkan garisan mendatar dan menegak yang ringkas, namun masih terdapat lekuk pada pintu serta bonjolan pada bonet. Bahagian atas model konsep ini hampir keseluruhannya diperbuat daripada kaca termasuk bumbungnya, dan ia dipegang dengan tiang yang nipis.

    Nissan IMs Concept – sedan/crossover elektrik 483 hp

    Grafik “V-Motion” yang sebelum ini dapat dilihat menjadi identiti kenderaan Nissan pada bahagian gril kini digunakan pada bahagian lampu utama, dan ia turut dikata dapat membantu pengaliran udara. Sama di antara depan dan belakang, lampu kiri dan kanan kenderaan ini disambung dengan jalur lampu nipis, yang boleh berkelip dan bertukar warna kepada biru apabila berada dalam mod autonomous.

    Seperti yang anda boleh lihat, IMs Concept mempunyai kemasan warna emas, seperti GT-R50 Italdesign. Ia digunakan pada pelbagai bahagian termasuk garis bumbung, dan dikata mendapat inspirasi daripada gelung gerhana. Corak yang digunakan pada atas bumbung, rim serta beberapa bahagian lain pula sebenarnya adalah corak tradisional Jepun yang dipanggil sebagai Asanoha.

    Untuk membenarkan penumpang masuk ke dalam, pintu kenderaan ini boleh dibuka secara suicide menggunakan pemegang pintu “eClinch” yang tidak kelihatan, dan tiada tiang tengah yang akan mengganggu. Bagi bahagian tempat duduk, Nissan memanggilnya sebagai “2+1+2” yang sebenarnya bermaksud terdapat lima tempat duduk secara keseluruhan, dan untuk di belakang, dua tempat duduk di tepi boleh dilipat untuk dijadikan sebagai perehat tangan bagi tempat duduk tengah yang lebih besar, siap dengan perehat kaki.

    Di atas papan pemuka, terdapat cetakan 3D struktur kumiko yang dikatakan oleh Nissan sebagai ringan dan menjimatkan ruang manakala terus di depan pemandu terdapat roda stereng dan skrin terapung yang cuma memberikan informasi penting. Apabila menggunakan mod pemanduan autonomous, roda stereng itu boleh masuk ke dalam dan tempat duduk zero-gravity padanya boleh dipusingkan untuk menghadap penumpang belakang.

    Teknologi Augmented Reality (AR) Invisible-to-Visible Nissan turut digunakan pada kenderaan konsep ini dan ia membenarkan penumpang melihat apa yang mungkin tersembunyi dalam pandangan. Sistem ini menggunakan teknologi Omni-Sensing, dan antaranya membenarkan pemandu melihat di sebalik selekoh, memberi gambaran informasi jalan dan juga pembantu tiga dimensi yang terpancar di dalam kenderaan.

    Kuasa penggerak kereta konsep ini datang daripada bateri 113 kWh, yang menyampaikannya kepada dua motor elektrik, dan semua empat tayarnya, dengan jumlah kuasa keseluruhan sebanyak 483 hp dan 800 Nm tork manakala jarak gerak dengan sekali cas pula adalah 610 km. Suspensi udara pada kenderaan ini dikatakan dapat berubah mengikut keadaan jalan, demi memastikan cengkaman yang baik dan selesa.

     
     
  • Toyota GR Supra akhirnya didedah – model enjin enam silinder sebaris 3.0L 340 PS dijual bermula RM205k

    Toyota GR Supra akhirnya didedah – model enjin enam silinder sebaris 3.0L 340 PS dijual bermula RM205k

    Ini lah dia. Bukan lagi spyshot, bukan lagi teaser, dan bukan lagi gambar yang bocor, tetapi Toyota GR Supra akhirnya rasmi ditunjuk waktu acara NAIAS 2019 di Amerika Syarikat. Benar seperti yang diketahui sebelum ini, Supra baru akan menggunakan nama GR dan menjadi model global pertama oleh sayap sukan permotoran Toyota Gazoo Racing itu.

    Supra A90 generasi kelima ini menggunakan asas sama dengan BMW Z4 G29, tetapi bahagian luarnya berbeza. Rekaan Supra A90 banyak mendapat inspirasi daripada model FT-1 Concept tahun 2014, dan beberapa lagi tanda rekaan daripada kereta sports Toyota sebelum ini termasuk lampu belakang nipis seperti Supra generasi keempat dan dua gelembung atas bumbung seperti 2000GT.

    Muncung hadapan kereta sports pacuan roda belakang ini kelihatan seperti mendapat inspirasi daripada kereta F1 namun Toyota tidak menyatakannya secara terus. Di belakang pula, bahagian but dibentuk terus supaya mempunyai spoiler dan dikata mendapat inspirasi daripada spoiler besar Supra A80 sebelum ini. Lampu di bahagian tengah, bawah bampar belakang seperti kereta F1 itu pula bukan lampu brek, tetapi adalah lampu undur.

    Toyota GR Supra akhirnya didedah – model enjin enam silinder sebaris 3.0L 340 PS dijual bermula RM205k

    Di dalam, Supra menggunakan banyak suis kawalan yang diambil daripada BMW, terutamanya daripada model 3 Series F30, termasuklah tombol gear elektroniknya. Sistem iDrive pada kereta ini juga diambil terus daripada BMW, tetapi panel instrumen digital 8.8 inci yang digunakan adalah rekaan khas untuk Toyota.

    Begitu juga dengan rekaan lain di dalam kabin – papan pemuka rata mendatar dengan corong pendingin hawa yang bersambung dari hujung ke tengah, serta tambahan penghadang kaki untuk pemandu bagi memberikan rasa seperti dalam kokpit. Anda juga akan menjumpai roda stereng tiga cabang yang kecil pada kereta ini, bersama tempat duduk sports, pilihan warna untuk head-up display dan pilihan skrin tengah 6..5 inci atau 8.8 inci.

    Untuk dimensi, Supra mempunyai ukuran jarak roda yang sama seperti Z4, iaitu 2,470 mm (sekitar 100 mm lebih pendek berbanding 86), tetapi mencatat panjang 4,380 mm, lebar 1,865 mm dan tinggi 1,295 mm, yang menjadikannya 56 mm lebih panjang, satu mm lebih lebar dan sembilan mm lebih rendah. Catatan ini dikatakan menyumbang kepada kelincahan yang lebih baik.

    Selain daripada itu, Toyota juga mendakwa Supra mempunyai titik graviti yang lebih rendah berbanding 86 (meskipun menggunakan enjin empat silinder sebaris dan bukannya boxer seperti 86), pembahagian berat depan dan belakang 50:50 serta struktur aluminium dan besi yang 2.5 kali lebih tegar berbanding gentian karbon yang digunakan pada Lexus LFA.

    Di bawah bonetnya, pelanggan boleh memilih dua enjin dengan tiga jumlah kuasa berbeza, dan semuanya datang daripada BMW. Enjin asas empat silinder 2.0 liter turbo pada model SZ mampu menghasilkan 197 PS pada 4,500 hingga 6,500 rpm dan 320 Nm tork antara 1,450 hingga 4,200 rpm. Pecutan 0-100 km/j yang dapat dihasilkan oleh model ini adalah 6.5 saat.

    Pergi kepada model SZ-R pula, enjin sama ditingkatkan kuasanya menjadi 258 PS antara 5,000 hingga 6,500 rpm dan 400 Nm antara 1,550 hingga 4,400 rpm, manakala pecutan 0-100 km/j pula menjadi 5.2 saat. Paling berkuasa adalah model RZ yang menggunakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter, menghasilkan 340 PS antara 5,000 hingga 6,500 rpm dan 500 Nm antara 1,600 hingga 4,500 rpm. Catatan masa pecutan 0-100 km/j model ini adalah cuma 4.3 saat.

    Toyota GR Supra akhirnya didedah – model enjin enam silinder sebaris 3.0L 340 PS dijual bermula RM205k

    Buat masa ini, semua enjin dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF, tetapi pembantu ketua jurutera Toyota, Masayuki Kai sebelum ini ada memberitahu terdapat juga kemungkinan Supra A90 ini nanti akan ditawarkan dengan kotak gear manual bergantung kepada maklum balas pelanggan (Z4 hanya akan dijual dengan transmisi automatik).

    Untuk bahagian casis, Supra menggunakan tetapan MacPherson dua penyambung di hadapan manakala di belakang pula menggunakan suspensi multi-link dengan pilihan tambahan penyerap Adaptive Variable Suspension dan differential belakang yang boleh dikunci secara elektronik dan ditala untuk bekerjasama dengan sistem Vehicle Stability Control (VSC).

    Toyota masih belum menetapkan harga untuk Supra di Jepun, tetapi di Amerika Syarikat, ia akan dijual bermula pada harga US$49,990 (RM204,900) untuk model RZ enjin 3.0 liter (satu-satunya enjin yang disahkan untuk pasaran Amerika Utara sekarang). Varian 3.0 Premium yang mempunyai lebih kelengkapan dijual pada harga US$53,990 (RM221,200) manakala edisi Launch Edition (ditambah dengan rim 19 inci dan cermin sisi merah) dijual pada harga US$55,250 (RM226,400).




     
     
  • Porsche Cayenne, Panamera – Pakej Premium baharu, Power Steering Plus dan PASM kini standard di M’sia

    Porsche Cayenne, Panamera – Pakej Premium baharu, Power Steering Plus dan PASM kini standard di M’sia

    Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport bertauliah untuk kenderaan Porsche di Malaysia, telah mengemaskini barisan produknya, yang merupakan salah satu inisiatif syarikat terbabit bagi tahun ini.

    Model Porsche Cayenne dan Panamera kini didatangkan dengan Pakej Premium bahary, merangkumi tempat duduk larasan elektrik 14-hala dengan fungsi memori untuk penumpang hadapan, kawalan suhu automatik empat-zon, cermin auto-kelam, tirai suria kuasaan elektrik, pencahayaan ambien dan sistem bunyi Bose.

    Selain ciri keselesaan, model ini turut didatangkan dengan Power Steering Plus dan Porsche Air Suspension Management (PASM) secara standard.

    Dengan senarai kelengkapan yang dipertingkatkan, Cayenne kini ditawarkan dengan harga asas dari RM780,000, sementara Panamera pula berharga dari RM890,000. Pelanggan juga boleh memilih skim Porsche 360 Financing, dan semua kenderaan Porsche yang dijual oleh SDAP didatangkan dengan waranti empat-tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

    “Bersama Porsche Asia Pacific, Pakej Premium untuk Cayenne dan Panamera ini adalah inisiatif untuk memperhebatkan lagi produk di samping menawarkan pemilikan yang lebih bermakna buat pelanggan,” ujar Christopher Hunter, CEO SDAP.

    “Kami memberikan lebih keselesaan dan tahap sporty dalam kenderaan kami, dengan harga yang lebih kompetitif. Dengan menambahbaikkan lagi barisan produk, kami mahu memastikan tahun ini menjadi lebih hebat,” tambahnya.

    “Malaysia merupakan rumah bagi Porsche Experience Centre Sepang, dan merupakan salah satu pasaran penting kami dengan kekuatan yang ada pada jenama ini,” komen Arthur Willmann, pengarah urusan Porsche Asia Pacific.

    Tambahnya, “Kami sangat gembira dengan potensi masa hadapan di sini bersama rakan jangka masa panjang kami, SDAP, khususnya berkaitan dengan barisan model yang lebih kompetitif, pengembangan rangkaian jualan kami serta strategi elektrifikasi kami. Bersama-sama kita untuk menantikan pengenalan Taycan, kenderaan elektrik pertama kami yang akan datang ke pasaran pada awal tahun 2020. ”

    Tahun ini juga, SDAP akan melancarkan Porsche Centre Ara Damansara baharu, diikuti dengan kenderaan semua-elektrik Taycan, yang dijangka tiba ke pasaran Malaysia pada 2020.

     
     
  • SPYSHOT: Lynk & Co 01 LHD dilihat di Malaysia

    SPYSHOT: Lynk & Co 01 LHD dilihat di Malaysia

    Sebelum ini, memang Geely ada nyatakan yang syarikat itu akan menggunakan kilang Proton di Tanjung Malim untuk mengeluarkan kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD), yang disebut ialah Lynk & Co 01. Kini sudah ada bukti kukuh terhadap perkara ini.

    Baru-baru ini, seorang pembaca paultan.org ternampak dengan sebuah model Lynk & Co 01 dipandu atas jalan raya Malaysia, dengan penampilannya terdedah hampir sepenuhnya. Agak jelas, model itu sudah pasti kepunyaan Proton, kerana nombor plat yang tertera ‘B4158A’ pernah digunakan pada X70 yang diuji dulu.

    Apa tujuan kereta terbabit berada di sini? Andaian kami, unit berkenaan digunakan untuk menjalankan peralihan daripada pemanduan sebelah kiri ke sebelah kanan, untuk membolehkan Lynk & Co 01 ini nanti memasuki pasaran kenderaan RHD di rantau ASEAN atau di luarnya.

    Proton telah memaklumkan yang kemudahan di Tanjung Malim akan digunakan sebagai pusat R&D dan pengeluaran bagi model-model RHD oleh Geely Group. Kerja-kerja menaik taraf untuk tujuan ini termasuk sekali di dalam pelaburan RM1.2 bilion sebelum ini, dan produksi dijangka akan bermula pada September 2019.

    Ketika ini, pengeluaran bagi model 01 telah bermula di China – sebuah pasaran pemanduan sebelah kiri – dan dilaporkan akan turut dilanjutkan ke kilang Volvo di Ghent, Belgium dan Carolina Selatan, AS. Pemasangan di Beglgium adalah bagi menampung pasaran RHD di Eropah.

    Jadi, jangan tersalah anggap pula. Lynk & Co 01 ini bukanlah model awal untuk ujian bagi SUV kompak Proton akan datang – ura-ura menyatakan untuk model Proton segmen ini nanti, ia kebarangkalian besar akan menggunakan Geely Binyue/SX11. Sebabnya, 01 ini menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA) yang lebih besar manakala Binyue menggunakan platform segmen-B Modular Architecture (BMA).

    SPYSHOT: Lynk & Co 01 LHD dilihat di Malaysia

    Model 01 ini juga tidak digunakan untuk menguji enjin 1.5 liter turbo dengan transmisi klac-berkembar tujuh-kelajuan; hanya X70 sahaja yang pernah dilihat dengan tombol gear elektronik untuk transmisi setakat ini.

    01 direka dan dibangunkan di Sweden, dan ditawarkan dengan dua pilihan enjin, 1.5 liter dan 2.0 liter. Pilihan transmisi terdiri daripada manual enam-kelajuan, DCT tujuh-kelajuan dan automatik lapan-kelajuan.

    Dari segi dimensi, 01 memiliki 4,512 mm panjang, 1,857 mm lebar, 1,673 mm tinggi serta 2,734 mm jarak antara roda. Sebagai perbandingan, X70 mempunyai 4,519 mm panjang, 1,831 mm lebar, 1,694 mm tinggi, dengan 2,670 mm jarak antara roda.

     
     
  • KTMB sediakan tren tambahan ETS sempena TBC

    KTMB sediakan tren tambahan ETS sempena TBC

    Sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada awal bulan hadapan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah empat lagi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral- Ipoh serta laluan KL Sentral-Butterworth.

    Menurut KTMB, perkhidmatan tersebut dijadual beroperasi pada 1 hingga 4 Februari dan 7 hingga 10 Februari depan bagi memenuhi permintaan serta memberi perkhidmatan kepada orang ramai untuk bercuti dan meraikan perayaan bersama keluarga di kampung halaman.

    Untuk makluman, jualan tiket tren tambahan ini akan dibuka pada 14 Januari (Isnin) mulai 8.30 pagi. Tiket tren tambahan ini boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter.

    Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tambahan KTMB dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau melayari laman web www.ktmb.com.my.

     
     
  • Honda HR-V facelift – spesifikasi untuk Malaysia didedahkan; empat varian, termasuk hibrid

    Honda HR-V facelift – spesifikasi untuk Malaysia didedahkan; empat varian, termasuk hibrid

    Memang ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran Honda HR-V facelift. Nampak gayanya memang ia sedang menantikan saat yang sesuai untuk dilancarkan di pasaran tempatan. Sepatutnya ia dijadualkan pada suku ketiga tahun lalu selepas pertama kali ia dipertontonkan pada Julai lalu. Namun ia tertangguh, dan kini didedahkan barisan modelnya pula.

    Ditawarkan dengan empat varian, di mana tiga daripadanya adalah unit petrol biasa- bermula dengan varian asas Grade E, diikuti dengan Grade V, dan yang tertinggi RS yang dipertontonkan tahun lalu. Manakala varian keempat ialah HR-V Hybrid, seperti yang pernah kami pandu uji di Jepun pada tahun 2017, yang sebelum ini menjadi tanda tanya adakah Honda Malaysia akan membawa masuk varian ini ke sini.

    Model facelift ini menerima sentuhan yang lebih segar di bahagian hadapan, dimensinya berukuran 4,334 mm panjang, 1,772 mm lebar dan 1,605 mm tinggi, untuk E, V dan Hybrid, dengan jarak roda 2,610 mm. Bagi RS, yang tampil dengan imej yang lebih bergaya dengan elemen kontras lebih gelap, termasuk pemegang pintu krom gelap, kemasan lesen krom hitam, dan ambang sisi hitam berkilat dan kemasan lampu kabus gelap, lebih panjang 12 mm dan lebih lebar 18 mm, dengan ketinggian yang sama.

    Perubahan rekaan luaran bagi kitaran pertengahan ini dilihat lebih segar termasuk gril yang disemak semula, menampilkan palang yang lebih besar dengan logo Honda, bersama lampu utama LED sepenuhnya jenis reflektor baharu, bampar yang diprofil semula dan lampu kabus LED. Bahagian belakang pula menerima jaluran krom melintang baharu pada tailgate disambung pada lampu belakang, yang kini ditampilkan dengan unit LED jenis tiub.

    Bagi rodanya pula, E, V dan Hybrid dipadankan dengan aloi 17-inci, dibaluti tayar profil 215/55, sementara RS pula dilengkapi roda lima-jejari dua-tona 18-inci dan tayar 225/50. Bagi berat badannnya pula, E seberat 1,275 kg, sementara V pula 1,271 kg. Manakala RS dan Hybrid, masing-masing seberat 1,290 kg dan 1,300 kg.

    Untuk ruang but pula – kesemua varian petrol – berkapasiti 437 liter dengan tempat duduk belakang normal, ditambah sehingga 1,032 liter jika ia dibaringkan. Manakala varian hybrid pula memiliki ruang but yang sedikit kecil, dengan 404 liter jika tempat duduk belakang dalam keadaan normal, dan 991 liter pula jika ia dibaringkan. Tidak seperti versi petrol, hybrid tidak didatangkan dengan tayar simpanan sebaliknya dibekalkan dengan kit membaiki tayar sementara.

    Honda HR-V facelift – spesifikasi untuk Malaysia didedahkan; empat varian, termasuk hibrid

    Tiada perubahan untuk penjana kuasa bagi versi petrol, ia masih mengekalkan enjin 1.8 liter SOHC i-VTEC dengan kuasa 142 PS pada 6,500 rpm dan tork 172 Nm pada 4,300 rpm, serta dipadankan dengan transmisi CVT bersama pedal penukar gear. Spesifik untuk model RS ia kini hadir dengan sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR) baharu.

    HR-V hybrid menampilkan penjana kuasa Sport Hybrid i-DCD (intelligent dual-clutch drive) seperti Jazz Hybrid. Ia menggabungkan enjin 1.5 liter twin-cam i-VTEC Atkinson-cycle dan motor elektrik 22 kW (30 PS)/160 Nm, yang dikuasakan oleh bateri lithium-ion Blue Energy, dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan.

    Kuasa dari penjana kuasa itu meningkat berbanding Jazz, dengan 132 PS pada 6,600 rpm dan tork 156 Nm pada 4,600 rpm. Hasil kombinasi dari motor elektrik, sistem tersebut dapat menghasilkan 152 PS dan tork 190 Nm, sedikit tinggi berbanding model janaan petrol.

    Untuk kit yang ditampilkan, HR-V facelift lebih berketerampilan dari model asasnya. Secara standard, semua varian dilengkapi dengan butang penghiduo enjin/kemasukan pintar, pendingin hawa automatik, lampu utama auto, lampu nyalaan siang, kawalan kelajuan, pedal penukar gear, kawalan audio pada roda stereng dan empat pembesar suara untuk sistem audio.

    Semua versi didatangkan dengan roda stereng tiga-jejari, tetapi E dan Hybrid dengan kemasan kulit, dengan upholstery jadi separuh kulit hitam untuk dua model itu. Ia turut menampilkan lampu utama halogen (dengan larasan manual) dan lampu kabus hadapan jenis mentol dan skrin paparan sistem audio pula dengan unit 6.8-inci.

    Manakala varian V dan RS ditambah dengan roda stereng kulit sepenuhnya dan upholstery kulit penuh, dengan kemasan hitam pada V. Kedua-dua varian juga menerima lampu utama LED (dengan larasan auto), lampu kabus hadapan LED dan konfigurasi LED ke lampu belakang. Malah V dan RS juga didatangkan dengan skrin paparan audip 7.0-inci, dan menerima tempat duduk larasan berkuasa lapan-hala.

    Untuk dalaman RS pula, dilengkapi dua-tona seperti yang ditunjukkan di KLIMS 18. Bebayang utama dengan pilihan ivory bersama kelabu gelap sebagai kontras. Kombinasi ini didapati pada papan pemuka dan konsol tengah, sama seperti Vezel hybrid di Jepun, tetapi tempat duduk bagi spesifikasi Malaysia didatangkan dengan warna tunggal iaitu ivory.

    Bagi keselamatan pula, HR-V didatangkan dengan ciri standard termasuk enam beg udara (dua di hadapan, sisi dan tirai sisi), yang sebelum ini hanya pada varian V. Selain itu, ia ditampilkan bersama isyarat berhenti kecemasan (ESS), bantuan kestabilan kenderaan (VSA) dan bantuan mula mendaki (HSA) serta kamera pandang belakang pelbagai-sudut sebagai standard untuk semua model.

    Model yang dipertontonkan sebelum ini, RS, dilengkapi dengan kamera titik buta Honda LaneWatch dan ia masih dikekalkan, namun ia bukan menjadi varian tunggal dengan sistem berkenaan, malah Grade V turut menerimanya. Walau bagaimana pun, Sistem Aktif Brek Bandar (CTBA) untuk brek kecemasan sendiri tidak ditampilkan pada model pasaran kita.

    Honda HR-V facelift – spesifikasi untuk Malaysia didedahkan; empat varian, termasuk hibrid

    Untuk warna, lima pilihan diberikan untuk HR-V 1.8 liter petrol, dengan tona baharu Passion Red Pearl, yang bukan sahaja ditawarkan untuk RS tetapi juga buat E dan V. Empat warna lain pula ialah White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan Ruse Black Metallic.

    Bagi HR-V hybrid pula, ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna – Lunar Silver Metallic, White Orchid Pearl dan Modern Steel Metallic. Hanya harganya sahaja yang belum didedahkan, namun akan diumumkan tidak lama lagi.

    Honda HR-V 1.8L Grade E

    Ciri standars:
    Enjin 1.8 liter dengan 142 PS pada 6,500 rpm dan 172 Nm pada 4,300 rpm
    Transmisi CVT
    Roda aloi 17-inci dengan tayar profil 215/55
    Ruang kargo dengan 437 liter, dan 1,032 liter dengan tempat duduk belakang dibaringkan

    Tidak dicat hitam untuk bampar bawah hadapan/belakang dan ambang sisi
    Perumah cermin sisi dan pemegang pintu luar sama warna dengan badan
    Lampu utama halogen, auto, larasan manual
    Lampu belakang LED
    Lampu nyalaan siang
    Lampu kabus hadapan jenis mentol
    Antena sirip jerung
    Kemasan plat lesen krom gelap

    Butang penghidup enjin/kemasukan pintar
    Kawalan audio pada roda stereng
    Pedal penukar gear
    Meter kombinasi pelbagai-informasi termaju
    Pendingin hawa auto
    Kawalan kelajuan
    Roda stereng tiga-jejari, kulit
    Upholstery hitam separa kulit
    Sistem audio dengan paparan 6.8-inci, empat pembesar suara
    HDMI/USB dan sambungan telefon bebas tangan

    Enam beg udara (dua di hadapan, sisi, tirai sisi)
    Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA)
    ABS, EBD, penahan brek automatik dan bantuan mula mendaki
    Cagak Isofix
    Kamera pandang belakang pelbagai-sudut

    Warna: Passion Red Pearl, White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic, Ruse Black Metallic.

    Honda HR-V 1.5L Hybrid

    Ciri standard:
    Enjin 1.5 liter twin-cam i-VTEC Atkinson-cycle dengan 132 PS pada 6,600 rpm dan 156 Nm pada 4,600 rpm
    Motor elektrik 22 kW (30 PS)/160 Nm, dengan bateri lithium-ion Blue Energy
    Sistem Sport Hybrid i-DCD dengan gabungan kuasa 152 PS dan 190 Nm
    Transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan
    Ruang kargo hingga 404 liter, 991 liter jika tempat duduk belakang dibaringkan

    Tambahan:
    Suis kawalan stereng Intelligent Multi-Information Display (i-MID)
    Kit baiki tayar sementara, bagi menggantikan tayar simpanan

    Warna: White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic

    Honda HR-V 1.8L Grade V

    Tambahan:
    Lampu utama LED, larasan auto
    Lampu kabus hadapan LED
    Lampu belakang LED (jenis dwi-tiub)
    Pemegang pintu luaran krom

    Upholstery hitam kulit penuh
    Roda stereng tiga-jejari, kulit penuh
    Tempat duduk pemandu larasan kuasa lapan-arah
    Sistem audio paparan 7.0-inci
    Kamera LaneWatch

    Warna: Passion Red Pearl, White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic, Ruse Black Metallic.

    Honda HR-V 1.8L RS

    Tambahan:
    Gril hadapan jenis-sport
    Kemasan lampu kabus hadapan gaya-mesh
    Warna hitam untuk bampar bawah hadapan/belakang dan ambang sisi dan perumah cermin sisi
    Pemegang pintu luaran krom gelap
    Roda aloi dua-tona 18-inci, tayar 225/50

    Upholstery ivory kulit penuh, kemasan kontras kelabu gelap
    Pedal sport

    Warna: Passion Red Pearl, White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic, Ruse Black Metallic.

    GALERY: Honda HR-V facelift, varian RS

     
     
  • Perodua Aruz 2019: Siaran langsung pelancaran rasmi

    Pelancaran Perodua Aruz akan menjadi acara pembuka tirai pengenalan rasmi model kenderaan terbaru bagi tahun 2019. Untuk itu, kami akan membawakan siaran secara langsung majlis pelancaran SUV tujuh-tempat duduk Perodua ini, walaup di mana juga anda berada (asalkan, ada talian internet).

    Aruz menandakan kehadiran semula Perodua untuk menawarkan barisan produk dalam segmen SUV, setelah hampir sedekad menyepi, selepas pengenalan model Nautica pada tahun 2008. Lama sebelum itu, tentu ramai yang masih ingat sebuah lagi SUV yang pernah dipasarkan syarikat itu, Kembara. Aruz menjadi penyambung kepada cerita ini.

    Ia berkongsi asas yang sama dari Daihatsu Terios, dan begitu juga dengan model Toyota Rush generasi kedua. Dari maklumat awal yang ada, Aruz akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter Dual VVT-i dengan transmisi automatik empat-kelajuan. Hanya dua varian akan ditawarkan, dengan model spesifikasi tertinggi akan turut hadir dengan ciri Advanced Safety Assist (ASA) 2.0.

    Harga anggaran yang diumumkan sebelum ini ialah antara RM72,200 bagi varian X yang paling asas hingga RM77,200 bagi varian tertinggi AV – harga atas jalan tanpa insurans. Perincian lanjut akan diperoleh dan disahkan sebaik sahaja model ini dilancarkan secara rasmi esok malam. Ikuti perkembangan selanjutnya bersama kami.

     
     
  • Geely GE11 – teaser sedan elektrik penuh mula disiar

    Geely GE11 – teaser sedan elektrik penuh mula disiar

    Geely telah memulakan promosi pengenalan sedan elektrik penuh mereka, yang dikata akan membuat penampilan rasmi pada awal tahun 2019. Setakat ini, ia cuma dikenali sebagai GE11 dan merupakan sebuah produk global yang akan menyokong usaha syarikat itu untuk menembusi pasaran antarabangsa.

    Gambar teaser yang dikeluarkan menunjukkan sedan elektrik ini seperti mempunyai pengaruh rekaan Mercedes-Benz CLA, manakala lampu hadapannya pula direka dengan konsep ‘Yi’ yang bermaksud satu dalam bahasa Mandarin. Daripada pandangan mata kasar, lampu ini dilihat agak panjang sehingga ke tepi fender.

    Menurut Geely lagi, rekaan GE11 menghasilkan tahap kecekapan rintangan angin yang baik, iaitu cuma 0.2375 Cd. Bahagian gril atasnya tertutup rapi tetapi bampar berlekuknya masih mempunyai bukaan udara di bawah. Sedan empat pintu ini juga mempunyai pembuka pintu yang sama rata dengan permukaan.

    Untuk gambaran yang lebih jelas, Autohome telah menyiarkan imej GE11 tanpa sebarang pelindung dan bentuk kenderaan tersebut memang sama seperti teaser yang dikeluarkan oleh Geely. Set gambar ini turut menunjukkan bahagian belakangnya, di mana terdapat jalur krom bertulis Geely yang menyambungkan lampu kiri dan kanannya. Disebabkan ini adalah kereta elektrik, tiada muncung ekzos padanya.

    Berkenaan kuasa penggerak, laman web dari China itu mengatakan GE11 akan dipacu motor elektrik 177 PS (130 kW), yang mendapat kuasa daripada bateri lithium ion. Perincian lain tidak diketahui, kecuali ia boleh mencapai laju maksimum 150 km/j.

    Gambar bahagian dalam kenderaan pra produksi GE11 pula menunjukkan rekaan kontemporari, dengan bahagian tengah papan pemuka mempunyai skrin besar di atasnya, manakala untuk pemandu, skrin kecil digunakan sebagai panel instrumen. Menurut sumber lagi, GE11 termasuk dalam kategori kereta kompak, dengan panjang 4,736 mm, lebar 1,804 mm, tinggi 1,503 mm dan jarak roda 2,700 mm.

     
     
  • TAS2019: Honda Civic Versatilist nampak seperti SUV

    TAS2019: Honda Civic Versatilist nampak seperti SUV

    Untuk segmen SUV, Honda mempunyai dua model yang menerima sambutan baik iaitu HR-V dan CR-V. Tapi bagaimana pula kalau ada yang mahukan SUV dengan ciri yang lebih kepada sebuah kereta, ataupun sudah memiliki kereta dan mahu menukar cita rasa penampilan kepada sebuah SUV? Inilah jawapannya – Civic Versatilist hasil daripada satu lagi sayap aksesori Honda iaitu Access.

    Model ini diperkenalkan semasa Tokyo Auto Salon di Jepun, dan ia menggunakan asas daripada Civic Hatchback yang kemudiannya dijadikan lebih ranggi dengan tambahan kit badan. Rekaan kit ini tidak terlalu agresif, tetapi seakan mengingatkannya kepada Subaru XV yang mempunyai hiasan plastik hampir sama. Untuk menjadikannya mudah dilihat, hiasan pada Civic ini diwarnakan kelabu berbanding putih pada keseluruhan bahagian badannya yang lain.

    Bampar kenderaan ini turut direka semula, dan rendah di bawahnya terdapat lampu kabus di penjuru serta tambahan bahagian berbentuk sedikit tajam yang bersambung ke tepi sehingga hiasan di keliling lengkuk roda. Sudah tentu, kit ini datang sekali dengan side skirt tetapi yang lebih menarik perhatian adalah satu lagi hiasan berbentuk seperti sirip di pintu hadapan.

    Melengkapkan penampilan Civic Versatilist ini adalah rim aloi 18 inci yang diambil daripada HR-V RS, pelindung cermin sisi serta hiasan pada di atas lampu dan gril yang juga berwarna kelabu. Masuk ke dalam, anda akan melihat penggunaan balutan kulit warna putih, yang sebenarnya tidak ditawarkan pada model Civic Hatchback biasa.

    Buat masa ini Civic Versatilist masih lagi sebuah kenderaan konsep, tetapi ia mungkin akan menemui pasaran tidak lama lagi kerana dihasilkan sendiri oleh Honda melalui Access. Kalau anda sudah mempunyai Civic sekarang, adakah rekaan seperti ini dapat menarik perhatian anda?

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025