Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • BMW M3 Touring – teaser wagon M3 pertama disiar!

    BMW M3 Touring – teaser wagon M3 pertama disiar!

    Mengikut kebiasaan sebelum ini, BMW M3 cuma ditawarkan dalam versi sedan empat pintu, coupe dua pintu dan cabriolet dua pintu. Setakat ini model M3 dalam bentuk wagon belum pernah ada (kecuali model prototaip) tetapi nampaknya ia bakal berubah – satu teaser BMW M3 Touring G81 didedah sendiri oleh BMW M.

    Sama seperti BMW M3 G80, model wagon G81 ini akan menggunakan enjin sama, iaitu unit enam silinder sebaris 3.0 liter S58 yang mampu menghasilkan 480 PS dan diberikan standard dengan transmisi manual enam kelajuan serta pacuan roda belakang. Pilihan transmisi lain yang disediakan adalah automatik lapan kelajuan.

    Kita juga sudah tahu bahawa enjin ini boleh ditala untuk menghasilkan 510 PS dan 650 Nm, dan akan digunakan pada model prestasi M3 Competition. Dengarnya varian ini akan mendapat kotak gear automatik secara standard serta pilihan pacuan semua roda M xDrive pada masa hadapan. Sistem AWD ini mungkin diambil daripada M5 dan M8, sekali dengan mod pacuan belakang sahaja.

    BMW M3 Touring – teaser wagon M3 pertama disiar!

    BMW M memberitahu ujian intensif bagi M3 Touring G81 ini akan bermula dalam masa beberapa hari dan pasukan mereka akan membuat talaan lebih terperinci di litar Nurburgring sebagai sebahagian daripada program pembangunan dalam masa dua tahun. Ini mungkin memberi makna versi Touring tidak akan dilancar sekali dengan M3 dan M4 bulan depan.

    Kita boleh menjangka barangan prestasi M seperti casis dengan suspensi yang dinaik taraf, brek lebih kuat, penampilan lebih garang, fender lebih lebar, rim 19 inci, cermin sisi M, diffuser belakang serta empat muncung ekzos.

    GALERI: Spyshot BMW M3 G80

     
     
  • Subaru WRX Club Spec dilancar di Australia – 150 unit

    Subaru WRX Club Spec dilancar di Australia – 150 unit

    Model edisi istimewa bagi sedan prestasi, Subaru WRX Club Spec telah pun dilancarkan untuk pasaran Australia. Ditawarkan dengan sejumlah 150 unit sahaja, Club Spec ini turut menerima beberapa aksesori sporty yang menyerlahkan lagi penampilannya.

    Dijual dengan harga yang lebih tinggi sebanyak AUD7,500 (RM22,450) berbanding model biasa WRX, antara ciri kelengkapan yang didatangkan untuk model edisi istimewa ini termasuklah roda aloi STI 18-inci dan lencana “Club Spec” hitam matte di bahagian belakang. Walau bagaimana pun, tiada sebarang perubahan mekanikal di bawah bonetnya, masih mengekalkan ‘jantung’ 2.0 liter pengecas turbo boxer empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa hingga 268 PS (264 hp) dan puncak tork 350 Nm.

    Enjin ini dipadankan sama dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau Lineartronic CVT. Tapi jika memilih transmisi manual, kaliper brek Brembo turut akan diberikan. Untuk bahagian dalamnya pula, WRX edisi istimewa ini menerima tempat duduk sport bucket Recaro berserta roda stereng Ultrasuede yang sering kali dipadankan pada model WRX STI yang lebih mahal.

    Lain-lain kelengkapan termasuklah sistem bunyi Harman Kardon dengan lapan unit pembesar suara serta subwoofer dan amplifier, sementara beberapa lencana Club Spec turut kelihatan di sana sini membuktikan model ini benar-benar eksklusif. Terdapat tiga pilihan warna bagi badannya yang ditawarkan iaitu WR Blue Pearl, Crystal Black Silica dan Crystal White Pearl.

     
     
  • Mazda 3 TCR – Mazda Motorsport terpaksa batalkan program perlumbaan kerana pandemik Covid-19

    Mazda 3 TCR – Mazda Motorsport terpaksa batalkan  program perlumbaan kerana pandemik Covid-19

    Mazda sepatutnya mula berlumba dengan jentera Mazda 3 TCR mereka tahun ini, namun disebabkan pandemik Covid-19, program berkenaan tergendala dan berkubur terus, lapor portal grassrootsmotorsport.

    Ini bermaksud, kita tidak akan dapat melihat jentera lumba Mazda 3 TCR berkenaan bersaing dengan jentera-jentera TCR lain seperti Honda Civic Type R TCR, Hyundai i30 N TCR atau VW Golf GTI TCR dalam masa terdekat.

    Seperti yang diumumkan pada Oktober lalu ketika pelancaran program TCR Mazda ini, jentera lumba berkenaan sepatutnya akan mula berlumba di Amerika Syarikat dalam perlumbaan ketahanan empat-jam IMSA Michelin Pilot Challenge di litar Daytona, sebagai sebahagian perlumbaan Daytona Rolex 24-Jam.

    Jentera tersebut dilihat gagal untuk hadir ke perlumbaan berkenaan, dan dikhabarkan program tersebut akan ditangguh ke tahun 2021. Namun pada 11 Ogos 2020, Mazda telah pun mengesahkan bahawa program ini akan dibatalkan terus.

    “Melihat kepada situasi sekarang yang disebabkan oleh wabak COVID-19, Mazda North American Operations (MNAO) telah membuat keputusan untuk membatalkan program pembangunan untuk kereta Mazda 3 TCR. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan kongsi kami atas sokongan berterusan mereka terhadap Mazda Motorsports,” kata pengarah Mazda USA, Emily Taylor kepada portal berkenaan.

    Mazda 3 TCR – Mazda Motorsport terpaksa batalkan  program perlumbaan kerana pandemik Covid-19

    Kereta lumba TCR ini dihasilkan oleh Mazda Design America yang berpusat di Irvine, California dengan kerjasama oleh Long Road Racing yang turut membina kereta lumba dalam siri perlumbaan Global Mazda MX-5 Cup. Seperti kereta-kereta TCR lain, ia dijana oleh 2.0 liter empat-silinder turbo berkuasa 350 hp, digandingkan kotak gear enam-kelajuan dengan pedal penukar gear, memacu hanya roda hadapan.

    Pada bahagian luaran, kereta lumba yang diasaskan dari model produksi Mazda 3 Hatchback ini seakan disuntik oleh steroid. Kesemua fender direka lebih lebar, manakala bampar hadapan diberikan spoiler yang besar. Skirt sisi juga diberikan ‘sayap’ bagi menghubungkan fender hadapan dan belakang, manakala bampar belakang menerima diffuser yang sangat agresif.

    Rupa kereta lumba ini dilengkapkan dengan pemadanan rim Rays Engineering Volk Racing TE37 dengan jejari concave yang selalu digunakan oleh jentera-jentera time attack, bersama sayap-GT bersaiz besar yang disangkut pada cermin belakang.

     
     
  • Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan secara advokasi hingga hujung 2020

    Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan secara advokasi hingga hujung 2020

    Sepatutnya, mulai 1 Julai 2020, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT) sudah mula mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau CRS, dan akan menyaman ibu bapa yang tidak berbuat demikian. Walau bagaimana pun, sehingga kini, penguatkuasaan CRS masih dilaksanakan secara advokasi sehingga hujung tahun ini, menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

    Tambah beliau, ia bagi memberi laluan kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk mengkaji semula kesesuaian dari segi usia dan ketinggian serta satu pelan tindakan secara menyeluruh yang akan diumumkan kemudian, laporan Bernama.

    “Bagi kami masa sehingga hujung tahun ini, kami kena lihat setakat apa, tahun apa (umur) jika ikut ketinggian 1.3 meter dan umur sudah 10 tahun, kalau ikut usia juga, ia akan bagi kesan kewangan kepada ibu bapa.

    Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan secara advokasi hingga hujung 2020

    “Dalam tempoh ini kami akan teliti, sehingga ada naratif dan advokasi yang cukup untuk melaksanakan peraturan ini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (Bersatu-Libaran) mengenai pelaksanaan undang-undang terbabit pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Pada akhir Julai lalu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sehingga kini pihaknya hanya melaksanakan tindakan secara advokasi iaitu memberi nasihat terhadap pengguna jalan raya yang tidak menggunakan kerusi berkenaan.

    Tambahnya lagi, setakat ini, JPJ telah mengeluarkan 1,897 notis peringatan terhadap pengguna jalan raya bermula awal tahun ini sehingga 30 Jun lepas.

     
     
  • Prodrive akhirnya mengaku Proton Putra WRC adalah hasil kerja mereka ketika masih bersama Subaru

    Rata-rata peminat sukan permotoran dah tahu bahawa jentera rali dunia Proton Putra WRC adalah hasil kerja firma kejuruteraan perlumbaan British iaitu Prodrive berdasarkan rekaan luaran dan dalaman dengan ‘irama rekaan’ yang sama seperti Subaru Impreza WRC 1997, bersama tempat duduk Sparco Prodrive yang sama seperti jentera Colin McRae.

    Namun sejak Putra WRC ini terdedah pada pengetahuan umum, tiada sebarang kenyataan dari Prodrive sendiri yang mengesahkan bahawa jentera tersebut dihasilkan oleh mereka.

    Untuk yang masih belum mengetahui, pasukan rali dunia Subaru (SWRT) bukanlah pasukan yang diuruskan sendiri oleh Subaru atau badan penala rasminya, Subaru Technica International (STI) di Jepun. Sebaliknya, segala kerja-kerja pembangunan kereta lumba hingga kepada pengurusan pasukan adalah dibuat oleh Prodrive yang berpangkalan di Banbury, UK.

    Prodrive telah menguruskan pasukan ini sejak Subaru menyertai musim penuh WRC bermula pada tahun 1990 dengan model Legacy RS, sehingga jenama berkenaan menarik diri pada penghujung tahun 2008. Sepanjang 18-tahun bersama Prodrive dalam WRC, Subaru berjaya memperolehi tiga gelaran juara dunia untuk pemandu dan tiga gelaran juara dunia untuk pengeluar.

    Prodrive akhirnya mengaku Proton Putra WRC adalah hasil kerja mereka ketika masih bersama Subaru

    Mungkin disebabkan hubungannya dengan Subaru dalam WRC selama ini menyebabkan Prodrive membisu berkenaan projeknya bersama Proton tersebut. Namun selepas Proton secara rasmi mengatakan bahawa Putra WRC tersebut memang dihasilkan oleh Prodrive dan mengumumkan ia kini adalah koleksi kekal Proton Motorsport minggu lalu, Prodrive juga nampaknya sudah mula membuka mulut dan mengakui bahawa jentera berkenaan memang hasil kerja mereka.

    Pengakuan tersebut dibuat oleh Prodrive menerusi laman Twitter rasmi mereka dengan menyertakan artikel paultan.org dalam versi bahasa inggeris, dan menyatakan bahawa projek WRC berkenaan dibuat pada penghujung era 90’an, iaitu ketika era kegemilangan mereka bersama Subaru.

    Proton Putra WRC ini dihasilkan dengan regulasi WRCar yang diperkenalkan pada tahun 1997. Regulasi tersebut menggantikan undang-undang Group A sebelumnya sebagai kategori utama WRC. Menerusi regulasi WRCar ini, FIA tidak lagi mensyaratkan pengeluar untuk menghasilkan model ‘homologation special’ sebanyak 2,500 unit setahun seperti Subaru Impreza WRX dan juga Mitsubishi Lancer Evolution.

    Ini membolehkan lebih banyak pengeluar berpeluang bertanding dalam WRC kerana jentera WRCar mereka bebas untuk disumbatkan dengan enjin 2.0 liter turbo bersama sistem pacuan semua roda, walaupun dalam versi produksi ia hanya dipadankan dengan enjin NA bersama kapasiti lebh rendah dan hanya memacu roda hadapan.

    Proton yang sebelum itu aktif dalam kejohanan rali Asia Pasifik (APRC) dengan jentera ‘Proton Wira 4WD’ yang sebenarnya Mitsubishi Lancer Evolution III berpeluang untuk bertarung dalam pentas utama WRC dengan pengenalan undang-undang WRCar berkenaan.

    Disinilah penglibatan Prodrive bermula dengan mentransformasi Proton Putra kepada jentera rali yang memenuhi regulasi WRCar. Prodrive telah membina semula enjin NA 4G93P 1.8 liter pada Putra standard dengan menaikkan sesarannya kepada 2.0 liter, disuap dengan pengecas turbo dengan unit restrictor udara 34 mmm, bersama sistem anti-lag bagi menghasilkan kuasa sekitar 300 hp, dan memandankan kotak gear sequential enam-kelajuan dari Hewland, serta sistem pacuan empat roda sepenuh masa kepada Putra WRC ini.

    Seperti kereta-kereta WRCar lain pada zaman tersebut, badan Putra ini dilebarkan lagi bagi membolehkan sistem suspensi dengan geometri lebih mesra rali dipadankan serta memenuhi dimensi maksima yang dibenarkan undang-undang FIA iaitu lebar maksima adalah 1770 mm, manakala trek roda hadapan dan belakang pula tidak boleh melebihi 1,550 mm.

    Prodrive akhirnya mengaku Proton Putra WRC adalah hasil kerja mereka ketika masih bersama Subaru

    Ia turut menerima sistem brek perlumbaan dari AP Racing, serta rim O.Z Racing berdiameter 18-inci, dibaluti tayar rali tarmac Pirelli P-Zero. Berat keseluruhan jentera ini juga menepati undang-undang WRCar FIA iaitu 1,230 kg.

    Prodrive turut mereka semula bampar hadapan, memberikan liang udara pada bonet, skup kemasukan udara pada bumbung dan juga spoiler belakang bersaiz besar.

    Pada bahagian dalaman, Prodrive memadankan rollcage penuh, tempat duduk bucket perlumbaan bersama tali pinggang keledar lima-poin, roda stereng perlumbaan Sparco, pedal box, tuil brek tangan rali, komputer trip rali, serta kemasan-kemasan gentian karbon sebenar.

    Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi dari Proton mahupun Prodrive mengapa projek Proton WRC ini tidak diteruskan.

    GALERI: Imej Proton Putra WRC oleh Jay’s Speed-graphy

     
     
  • Proton X50 ditunjuk dalam iklan pengedar di Bintulu

    Proton X50 ditunjuk dalam iklan pengedar di Bintulu

    Ini satu lagi kemunculan model Proton X50, yang kelibatnya dapat dilihat di belakang X70 yang lebih besar. Model SUV segmen B akan datang ini akan menggunakan asas daripada Geely Boyue yang dilancarkan di China pada 2018. Iklan “teaser” terbaru ini juga telah muncul dalam laman Facebook sebuah pengedar Proton dari Bintulu, Sarawak.

    Belum ada pengesahan daripada Proton, tetapi nampaknya X50 kini berada dalam garis masa yang betul untuk pelancaran rasminya, yang dijangka diadakan pada suku ketiga atau keempat tahun ini. Ogos tahun lalu, dalam satu laporan, AmInvestment meramalkan X50 akan memasuki pasaran pada Oktober 2020, dalam bentuk CKD.

    Proton X50 ditunjuk dalam iklan pengedar di Bintulu

    Apa pun, media sosial sentiasa menjadi petunjuk kepada perkembangan seperti ini, walaupun ia tak selalunya benar. Dalam kes X50, antara khanar angin yang pernah bertiup adalah berita bahawa ia akan dilancarkan pada Julai, dengan harga permulaan serendah RM50,000 – harga yang diubah secara lateral dari harga di China. Sekarang, kita tahu bahawa maklumat ini tidak betul langsung.

    Selain itu, ada juga wakil penjual atau pengedar yang dikhabarkan telah mula mengambil tempahan awal agar pelanggan boleh mendapatkan model ini secepat mungkin sebaik dilancarkan nanti. Apa pun, kami nasihatkan, jika anda benar-benar ingin meletak duit untuk itu, elok nantikan dulu pengumuman rasmi daripada Proton sekiranya benar X50 sudah mula dibuka untuk tempahan. Setakat ini, perkara itu belum berlaku. Jadi selalulah berhati-hati dan menjadi konsumer bijak. Nantikan perkembangan seterusnya berkaitan Proton X50 di ruang ini.

     
     
  • Kia Stinger facelift 2020 – gambar luaran didedah awal

    Kia Stinger facelift 2020 – gambar luaran didedah awal

    Tiga tahun selepas ia diperkenalkan buat pertama kali kepada dunia, Kia Stinger kini diberikan facelift dan gambar awalnya telah pun didedahkan. Model yang mempunyai bentuk fastback ini akan mula dijual di Korea pada suku ketiga tahun 2020, diikuti pasaran lain selepas itu. Buat masa ini, hanya rupa luar yang ditunjuk sementara perincian lain disimpan sehingga hari pelancaran tidak lama lagi.

    Tengok sekali imbas, agak sukar untuk mengetahui perbezaannya tetapi Kia memberitahu ada peningkatan yang dibuat. Sebagai contoh, lampu utama dan lampu siang LED padanya kini mempunyai rekaan baru, serta tampil lebih gelap dan garang apabila tidak menyala.

    Perubahan lampu belakang adalah lebih jelas, dengan jalur cahaya yang bersambung dari kiri hingga kanan lebih jelas menunjukkan bentuk butnya. Lampu penunjuk arah yang terdiri daripada 10 bintik LED kini disusun dalam dua baris dan direka untuk menyerupai bendera tamat perlumbaan (chequered flag).

    Untuk varian Stinger yang lebih berkuasa, Kia menawarkan pilihan muncung ekzos lebih besar dengan kemasan perak terang, serta diffuser yang mempunyai lebih fungsi. Pelanggan juga boleh memilih beberapa warna baru, serta rekaan rim baru 18 atau 19 inci.

    Kia Stinger facelift 2020 – gambar luaran didedah awal

    Pilihan tambahan lain adalah termasuk Dark Package untuk varian prestasi tinggi GT, yang menambah kemasan diffuser hitam berkilat, muncung ekzos hitam serta lencana “Stinger”. Pakej yang sama untuk Amerika Syarikat juga datang dengan rim 19 inci serta sayap belakang, pelindung cermin sisi dan kemasan fender baru.

    Bahagian dalam tidak banyak berubah, tetapi ada sedikit peningkatan seperti kemasan metalik pada bahagian bawah roda stereng, dan menjadikannya serasi dengan kemasan krom pada keliling panel instrumen digital tujuh incinya.

    Selain daripada itu, cermin pandang belakang yang digunakan sekarang tidak mempunyai rangka tepi (frameless), sementara papan pemuka dan panel pintu melihatkan penggunaan jahitan berwarna kontras. Bahagian konsol tengah juga datang dengan pilihan kemasan aluminium atau gentian karbon manakala skrin infotainmen telah dinaik taraf kepada unit sesentuh 10.25 inci. Satu lagi yang ditambah adalah lampu suasana 64 warna.

    Kia Stinger facelift 2020 – gambar luaran didedah awal

    Warna bahagian dalam dan pilihan bahan yang digunakan bergantung kepada pasaran. Di Korea, pelanggan mempunyai pilihan warna dalam Dark Brown bersama tempat duduk yang dibalut kulit Nappa manakala untuk pasaran lain, terdapat pilihan kulit berwarna Saturn Black, Red dan Beige.

    Seperti yang dinyatakan awal tadi, perincian teknikal model ini hanya akan didedahkan kemudian dan kami masih belum pasti sama ada varian GT yang paling tinggi akan menerima tambahan kuasa berbanding 365 hp dan 510 Nm yang dihasilkan sekarang melalui enjin V6 twin turbo Lambda II 3.3 liter padanya.

    Enjin lain yang turut ditawarkan pada Stinger sekarang adalah termasuk unit empat silinder turbo Theta II 2.0 liter berkuasa 252 hp dan 353 Nm tork, serta unit empat silinder diesel turbo 2.2 liter yang berkuasa 199 hp dan 441 Nm tork. Semua enjin ini datang dengan transmisi automatik lapan kelajuan serta pilihan pacuan sama ada semua roda atau dua roda belakang sahaja.

     
     
  • Volkswagen Passat R-Line dibuka untuk tempahan – imej lebih sporty, harga jangkaan RM200k-RM210k

    Volkswagen Passat R-Line dibuka untuk tempahan – imej lebih sporty, harga jangkaan RM200k-RM210k

    Bagi yang berminat untuk memiliki Volkswagen Passat R-Line baharu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah pun membuka tempahan untuk model sedan ini. Menjadi model yang lebih sporty daripada Passat Elegance, Passat R-Line pemasangan tempatan (CKD) ini dijangka ditawarkan pada harga di antara RM200,000 hingga RM210,000.

    Passat R-Line merupakan model R-Line kedua yang ditawarkan oleh VPCM selepas Golf R-Line. Ia tampil dengan kemasan yang sporty termasuk dengan padanan bampar hadapan dan belakang R-Line baharu, lencana sisi R-Line, kemasan krom dan rim aloi Verona bersaiz 19-inci.

    Untuk ruang dalaman pula, kemasan R-Line dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan kulit Nappa hitam gayaan karbon pada tempat duduk, stereng dan pedal sports aluminium.

    Passat R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI baharu yang mampu menjana 190 PS dan tork 320 Nm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear klac berkembar basah direct shift (DSG) tujuh-kelajuan yang baru dan telah ditambah baik.

    Dari segi ketersambungan pemandu, Passat R-Line dilengkapi sistem infotainmen Discover Pro Volkswagen bersama skrin sentuh bersaiz 9.2-inci. Ciri-ciri kemudahan termasuklah kawalan suara, gestur, skrin yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian dan Wireless App-Connect dengan Apple Car Play.

    Aspek keselamatan turut dipertingkatkan melalui ciri Side Assist dengan jarak pengesanan 180 darjah sehingga 50 meter. Ciri Rear Traffic Alert pula memberi amaran kepada pemandu apabila mengundur keluar dari ruang parkir jika terdapat kenderaan yang mendekati pada sudut 90 darjah.

    Passat R-Line didatangkan dalam enam warna iaitu tona metalik terdiri daripada Aquamarine Blue, Tamarind Brown, Manganese Grey dan Reflex Silver. Serta dua warna mutiara iaitu Deep Black dan Oryx White turut ditawarkan tanpa sebarang penambahan harga.

     
     
  • Mazda MX-30 dengan enjin SkyActiv-G hibrid ringkas akan masuk pasaran Jepun, diikuti model EV tahun ini

    Mazda MX-30 dengan enjin SkyActiv-G hibrid ringkas akan masuk pasaran Jepun, diikuti model EV tahun ini

    Tahun lalu Mazda telah memperkenalkan model MX-30 ketika berlangsungnya Tokyo Motor Show, iaitu SUV yang dihasilkan memang untuk menempatkan penjana elektrik sepenuhnya dan juga versi dengan enjin range extender rotary yang hanya berfungsi untuk mengecas bateri.

    Tiba-tiba, jenama automotif dari Hiroshima berkenaan memperkenalkan satu lagi versi MX30 yang dijana oleh enjin petrol SkyActiv-G. Untuk lebih spesifik, unit penjana berkenaan digelar sebagai e-SkyActiv G kerana ia turut dipadankan dengan sistem hibrid elektrik ringkas.

    Ia menggabungkan enjin petrol SkyActiv-G 2.0 liter dan sistem hibrid ringkas, namum perincian lengkap sistem berkenaan masih lagi belum didedahkan. Walau bagaimanapun, ia mungkin sama dengan unit penjana hibrid ringkas yang sudah pun ada pada kembarnya, crossover CX-30. Mazda MX30 e-SkyActiv G ini akan mula dijual pada pasaran Jepun bermula musim luruh tahun ini.

    Untuk model elektrik sepenuhnya, ia digerakkan oleh penjana yang digelar e-SkyActiv. Ia terdiri dari motor elektrik yang memacu roda hadapan berkuasa 141 hp (105 kW) dan tork maksima 265 Nm, disuap oleh bateri dengan kapasiti 35.5 kWj yang mampu memberikan jarak gerak sekitar 209 km untuk satu cas penuh.

    Mazda MX-30 dengan enjin SkyActiv-G hibrid ringkas akan masuk pasaran Jepun, diikuti model EV tahun ini

    Bateri berkenaan dibina dengan sel-sel prismatik yang membolehkan ia di cas semula sama ada menggunakan pengecas AC atau DC. Untuk pengecas AC, ia mampu menerima input maksima 6.6 kWj menerusi sambungan Type 2, manakala pengecas DC pula menggunakan sambungan CCS dengan input 50-kW bagi membolehkan ia mencapai 80% cas dalam masa 30 hingga 40 minit.

    Manakala, untuk versi range extender, kuasa elektrik pada bateri akan dicas semula dengan enjin petrol kompak wankel rotary. Enjin rotary tersebut turut boleh beroperasi menggunakan gas LPG, menjadikan penawaran janakuasa MX-30 Hybrid seakan model BMW i3.

    Produksi Mazda MX-30 ini telah bermula pada Mei lalu di kilang Ujina No.1, serentak dengan permulaan semula operasi produksi Mazda di kilang Ujina No.2, kilang-kilang di Hofu, Yamaguchi dan fasiliti pemasangan lain di seluruh dunia. Selepas model hibrid ringkas ini masuk ke pasaran, ia akan diikuti oleh model elektrik sepenuhnya pada tahun ini.

     
     
  • Audi S3 Sedan, Sportback 2021 diperkenal – pesaing AMG A35 dengan kuasa 310 PS dan 400 Nm tork, AWD

    Audi S3 Sedan, Sportback 2021 diperkenal – pesaing AMG A35 dengan kuasa 310 PS dan 400 Nm tork, AWD

    Sekiranya anda mencari alternatif bagi Mercedes-AMG A 35 atau BMW M135i xDrive, ini adalah pesaingnya yang baru diperkenalkan di Eropah iaitu Audi S3 2020. Sama seperti sebelum ini, ia masih ditawarkan dalam bentuk badan Sportback dan Sedan, dengan harga bermula 46,000 euro (RM227k).

    Model ini digerakkan oleh enjin empat silinder 2.0 liter TFSI berkemampuan 310 PS dan 400 Nm, dipadankan bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan S-tronic secara standard untuk menyampaikan kuasa kepada semua tayar. Catatan pecutan 0-100 km/j dan laju maksimum kedua-dua model adalah sama, iaitu 4.8 saat dan 250 km/j.

    Beberapa mod pemanduan ditawarkan pada S3, dengan tahap prestasi serta kemampuannya mampu berubah dalam setiap mod. Pada bahagian suspensi, unit standard dapat merendahkan badannya sebanyak 15 mm, tetapi pemilik boleh menaik taraf kepada suspensi sport S yang mempunyai kawalan penyerap. Menurut Audi, beza antara keselesaan dan dinamik pada kereta ini adalah luas berbanding S3 sebelum ini, sekaligus menjadikannya lebih fleksibel.

    Audi S3 Sedan, Sportback 2021 diperkenal – pesaing AMG A35 dengan kuasa 310 PS dan 400 Nm tork, AWD

    Booster brek baru telah dipasang untuk memberikan kuasa henti lebih kuat, sementara cakera pula kini menggunakan unit berliang. Dalam keadaan standard angkup brek berwarna hitam, tetapi juga boleh dipilih dengan warna merah. Rim adalah unit 18 inci dan boleh dinaik taraf kepada unit 19 inci.

    Pada aspek rekaan, versi “Edition One” berwarna Python Yellow dan Tango Red seperti dalam gambar dipasang dengan rim 19 inci dan kemasan hitam, gril Singleframe, pelindung cermin sisi aluminium, lampu LED (boleh dinaik taraf kepada unit Matrix LED) dan empat muncung ekzos.

    Bahagian kabin pula kebanyakannya masih sama seperti A3 Sportback dan Sedan biasa, tetapi mempunyai kelengkapan khas lebih sporty. Versi Edition One ini mendapat tempat duduk yang dibalut kulit Nappa baru sementara model biasa menggunakan fabrik kitar semula daripada botol PET.

    Di hadapan pemandu terdapat stereng yang dibalut kulit dan mempunyai bentuk rata di bawah, sementara paparan instrumen pula adalah unit digital 10.25 inci. Ini adalah unit yang diberikan standard, tetapi pemilik juga boleh menaik taraf kepada Audi Virtual Cockpit Plus yang menggunakan unit paparan 12.3 inci resolusi tinggi.

    Kemudiannya di bahagian tengah papan pemuka terdapat pula skrin sesentuh 10.1 inci yang disengetkan sedikit ke arah pemandu. Sama seperti A3 biasa, unit juga menggunakan sistem operasi MIB 3, lengkap dengan fungsi sambungan LTE dan hotspot Wi-Fi. Kelengkapan lain yang boleh ditambah adalah seperti pakej lampu suasana, head-up display berwarna dan sistem bunyi Bang & Olufsen.

    Akhir sekali, S3 baru ini dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan, yang termasuk Audi Pre Sense Front, Swerve Assist dengan Turn Assist, serta Lane Departure Warning secara standard. Ia juga boleh ditambah dengan fungsi lain seperti amaran tukar lorong, trafik dari belakang serta Park Assist.


     
     
  • Volkswagen Tiguan Allspace kini di Malaysia – 1.4 TSI Highline dan 2.0 TSI R-Line 4Motion, dari RM165k

    Volkswagen Tiguan Allspace kini di Malaysia – 1.4 TSI Highline dan 2.0 TSI R-Line 4Motion, dari RM165k

    Di samping pelancaran Volkswagen Arteon R-Line, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) turut memperkenalkan Tiguan Allspace buat pertama kalinya. SUV tujuh-tempat duduk ini ditawarkan dengan dua varian iaitu Tiguan Allspace Highline 1.4TSI dan Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI. Kedua-duanya merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.

    Bagi Tiguan Allspace Highline, ia dipadankan dengan enjin turbo pancitan terus 1.4 TSI dengan kotak gear klac basah direct shift enam-kelajuan (DSG). Ia mampu menjana kuasa 150 PS dan tork 250 Nm. SUV ini juga menawarkan penggunaan bahan api sekitar 7.3l/100km. Varian ini juga menawarkan penggunaan bahan api sekitar 7.3l/100km.

    Manakala Tiguan Allspace R-Line pula dikuasakan oleh enjin turbo pancitan terus 2.0 TSI dan dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift tujuh-kelajuan (DSG). Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 220 PS dan tork 350 Nm. Ini menjadikan Tiguan Allspace R-Line sebagai kenderaan paling berprestasi dalam segmennya.

    Volkswagen Tiguan Allspace kini di Malaysia – 1.4 TSI Highline dan 2.0 TSI R-Line 4Motion, dari RM165k

    Ia turut dilengkapi 4MOTION, sistem pacuan semua roda yang turut dipasang pada Golf R. Dengan 4MOTION, aspek cengkaman, pecutan dan keupayaan off-road jentera ini telah dipertingkatkan. Ini kerana sistem pacuan semua roda tersebut mengagihkan kuasa kepada semua empat roda bila dan di mana ia diperlukan. 4MOTION berfungsi selari dengan sistem-sistem keselamatan aktif yang lain di dalam kereta seperti ABS, Program Kestabilan Elektronik (ESP) dan Hill Descent Control (HDC).

    Tiguan Allspace R-Line juga hadir dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) bersama Driving Mode Selection untuk pemanduan yang lebih personal. Ia menawarkan sehingga 15 gaya pilihan dan empat mod pemanduan – Comfort, Normal, Individual dan Off-Road. Setiap penyerap hentak disambungkan ke satu sistem yang mampu mengira data daripada sensor bagi memberikan talaan optimum untuk dipadankan dengan keperluan serta kecenderungan pemandu.

    Bagi luarannya, Tiguan Allspace Highline dilengkapi lampu utama dan lampu belakang LED penuh, rim Kingston 18-inci serta lampu kabus di hadapan dan belakang.

    Manakala Tiguan Allspace R-Line pula menampilkan gayaan sporty menerusi bampar hadapan dan belakang R-Line, garis pada panel sisi hadapan, ekzos berkembar serta spoiler belakang. Penampilan keseluruhannya disempurnakan lagi dengan lampu utama dan lampu belakang LED serta rim aloi Sebring bersaiz 19-inci.

    Berbanding Tiguan lima-tempat duduk, Tiguan Allspace ini memiliki dimensi 215 mm lebih panjang iaitu pada 4,701 mm dan menawarkan lebih 57% kapasiti kargo. Jarak rodanya pula dilebarkan sebanyak 106 mm (2,787 mm) dan barisan tempat duduk kedua pula boleh digelangsar sehingga 178 mm.

    Dengan kedudukan semua tujuh tempat duduk dalam keadaan menegak, Tiguan Allspace menawarkan 230 liter ruang kargo, tetapi jika barisan tempat duduk ketiga dibaringkan, ia boleh meningkat sehingga 700 liter. Dan jika barisan tempat duduk kedua juga dibaringkan, secara keseluruhannya boleh mencapai 1,775 liter bagi ruang but.

    Untuk kelengkapan di dalam kabin, Tiguan Allspace Highline hadir dengan upholsteri kulit ‘Vienna’, tempat duduk elektrik 12-talaan untuk pemandu dan sistem pendingin hawa bersama kawalan suhu 3 zon demi keselesaan semua penumpang. Stereng multi fungsi yang dibalut kulit dengan paddle shifter dan kawalan jelajah membuatkan pemanduan Tiguan Allspace Highline cukup menyeronokkan.

    Selain itu, ia juga dilengkapi Digital Cockpit bersaiz 11.7-inci dengan paparan colour thin-film transistor (TFT) beresolusi tinggi menawarkan pelbagai fungsi dan ciri dalam paparan grafik 2D dan 3D untuk navigasi serta media. Skrin dengan enam pandangan boleh ubah menawarkan aspek personalisasi ke tahap baru dengan lebih 30 pilihan kombinasi.

    Ciri-ciri lain termasuklah pilihan ketersambungan yang banyak melalui unit utama dengan skrin sentuh Composition Media bersaiz lapan-inci. Ia menyokong kamera belakang, selain sistem infotainmen dan menu kenderaan yang lengkap.

    Bagi Tiguan Allspace R-Line pula, selain daripada tempat duduk hadapan dengan talaan elektrik 12-cara yang dibalut kulit Vienna, ruang kabinnya turut dipasang dengan lencana R-Line pada tempat duduk, stereng, pedal sports aluminium tahan karat, plat pelindung aluminium pada bahagian hadapan dan belakang, kemasan dekoratif ‘Dark Grid’ serta kemasan bumbung berwarna hitam.

    Bukan itu sahaja, selain Digital Cockpit yang cukup jelas, Tiguan Allspace R-Line juga dilengkapi sistem infotainmen navigasi Discover Pro bersaiz 9.2-inci yang mudah dioperasi. Ia turut dilengkapi plug-in App Connect bagi ketersambungan Apple Carplay, Android Auto dan Mirrorlink yang lengkap dengan kawalan suara dan gestur untuk memberikan ketersambungan bebas tangan sepenuhnya kepada pemandu.

    Berkenaan dengan aspek keselamatannya pula, kedua-dua varian dilengkapi enam beg udara, Kawalan Keselamatan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Bantuan Brek (BA), brek Multi-collision, Sistem Respons Pelanggaran Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB) serta hill-hold control.

    Volkswagen Tiguan Allspace kini di Malaysia – 1.4 TSI Highline dan 2.0 TSI R-Line 4Motion, dari RM165k

    Walau bagaimana pun, Tiguan Allspace R-Line menerima sistem keselamatan tambahan Hill Descent Control (HDC) ialah satu ciri keselamatan tambahan yang menawarkan kawalan laluan off-road mengujakan apabila mod Off-Road diaktifkan. Ciri tersebut yang merupakan sebahagian daripada sistem 4MOTION akan menekan brek dan pendikit apabila diperlukan. Ia bagi memastikan kenderaan bergerak pada kelajuan stabil dan terkawal ketika menuruni bukit.

    Varian Tiguan Allspace Highline dan Tiguan Allspace R-Line didatangkan dalam Blue Silk, Pure White, Deep Black, Platinum Grey dan Pyrite Silver.

    Dengan adanya pengecualian cukai, Tiguan Allspace Highline 1.4 TSI serba baharu ditawarkan pada harga atas jalan RM164,430.75 dan Tiguan Allspace R-Line 2.0 TSI pula berharga RM208,553.79 sehingga 31 Disember 2020. Pemilik akan menikmati penyelenggaraan percuma selama tiga-tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima-tahun.

    GALERI: Volkswagen Tiguan Highline 1.4 TSI

    GALERI: Volkswagen Tiguan R-Line 2.0 TSI

     
     
  • Volkswagen Arteon R-Line dilancarkan di Malaysia – 2.0 liter TSI, 190 PS/320 Nm, harga dari RM220k

    Volkswagen Arteon R-Line dilancarkan di Malaysia – 2.0 liter TSI, 190 PS/320 Nm, harga dari RM220k

    Hari ini Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan model Arteon R-Line buat pertama kalinya di pasaran tempatan. Hadir dengan satu saja pilihan varian iaitu dalam kemasan R-Line. Fastback lima-pintu ini merupakan model utama Volkswagen yang menawarkan kombinasi terbaik di antara reka bentuk avant-garde dengan pengendalian dinamik.

    Namanya menjadi refleksi terbaik terhadap penampilannya – ‘Art’ menerangkan tentang garis fastback yang harmoni dan emosional, sementara ‘eon’ pula menyerlahkannya sebagai model premium Volkswagen.

    Untuk pasaran Malaysia, Arteon dikeluarkan dari kilang Volkswagen di Pekan, Pahang, ditawarkan dengan pilihan enjin 2.0 liter turbo empat-silinder TSI yang menjana kuasa sebanyak 190 PS dan tork maksimum 320 Nm. Kuasanya disalurkan ke semua roda menerusi kotak gear klac berkembar basah direct shift 7-kelajuan (DSG) yang telah ditambah baik dan sistem AWD 4Motion dari Volkswagen, bersama sistem differential lock elektronik XDS.

    Volkswagen Arteon R-Line dilancarkan di Malaysia – 2.0 liter TSI, 190 PS/320 Nm, harga dari RM220k

    Sistem Kawalan Casis Dinamik (DCC) turut disediakan bagi memberikan mod pemanduan Eco, Normal, Comfort, Sport dan Individual. Kelengkapan lain yang ada termasuk paparan instrumen digital sepenuhnya Active Info Display, sistem infotainmen tertinggi Discover Pro dengan skrin 9.2-inci bersama kawalan gestur dan hubungan aplikasi tanpa wayar Apple Carplay, Android Auto dan Mirrorlink, serta kamera pandangan 360-darjah.

    Reka bentuk Arteon R-Line diserlahkan melalui garis bumbung yang lebih rendah, tingkap tanpa bingkai, cerun bahagian belakang yang bersambung hingga ke lampu belakang, sekali gus membuatkannya kelihatan lebih aerodinamik dan bergaya. Reka bentuk itu juga memberikannya penampilan yang lebih mewah dan menyerlahkan rekaan sebuah fastback yang tersendiri. Elegan dan dinamik, Arteon turut menjanjikan ruang serta keselesaan luar biasa melalui rekaan seperti sebuah coupe itu.

    Untuk luarannya juga, Arteon dipadankan dengan lampu utama yang dilengkapi ciri Dynamic Cornering Lights dan lampu nyalaan siang LED. Buat pertama kalinya, Arteon dilengkapi ciri All Weather Light, sejenis lampu khas yang menawarkan pencahayaan lebih luas untuk meningkatkan kejelasan pandangan berdasarkan kepada kondisi cuaca. Selain itu kit badannya menampilkan jaluran dengan kemasan krom pada wajah hadapannya yang lebih agresif menyuntik kelainan pada imej sedan ini. Selain itu, ia dipadankan dengan roda aloi Montevideo 19-inci.

    Volkswagen Arteon R-Line dilancarkan di Malaysia – 2.0 liter TSI, 190 PS/320 Nm, harga dari RM220k

    Manakala bahagian belakang menampilkan lampu LED dua bahagian berserta indikator dinamik; memberikan visual dan wajah yang begitu kemas dan nampak lebar untuk kereta “sedan coupe” ini. Selain itu, ia turut menampilkan spoiler belakang berwarna hitam yang membantu menyerlahkan lagi imejnya.

    Menjengah bahagian kabin, rekaan “jalur dan tajam” pada papan pemukanya memberikan pandangan yang menarik. Selain itu, susun atur setiap elemen termasuk bahagian corong pendingin hawa nampak lebih kemas; dalam satu jalur panjang dari kiri ke kanan, sedikit di bawah pada papan pemuka yang tampil ringkas dalam satu garisan bersih. Ciri elegan mungkin diwakili oleh jam analog di tengah, tetapi untuk paparan meter pemandu, ia adalah digital sepenuhnya.

    Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tempat duduk ErgoComfort bersama 14-talaan dan lencana R-Line dan tempat duduk pemandu dengan fungsi urutan. Arteon juga dipadankan dengan sistem bunyi Dynaudio yang menawarkan pengalaman audio premium bersama 11-unit pembesar suara, amplifier digital 16-saluran, satu unit subwoofer dan kemewahan bunyi 700W.

    Volkswagen Arteon R-Line dilancarkan di Malaysia – 2.0 liter TSI, 190 PS/320 Nm, harga dari RM220k

    Kabin Arteon juga ditambah dengan kemasan aluminium Silver Rise, pelapik bumbung hitam Titanium, jam analog dan lampu ambien tiga warna. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi Digital Cockpit bersaiz 11.7-inci membolehkan pemandu untuk mengakses data pemanduan menerusi enam pandangan skrin boleh ubah serta lebih 30 pilihan kombinasi. Ini termasuklah navigasi 2D dan 3D, serta 100% paparan peta.

    Malahan turut didatangkan sistem infotainmen dengan skrin sentuh Discover Pro bersaiz 9.2-inci membolehkan pemandu menyambungkan telefon pintar dengan Apple Car Play tanpa wayar. Manakala ciri Android Auto dan Mirrorlink boleh disambung mengguna port USB Type C. Sistem itu menawarkan kawalan suara, gestur dan pandangan skrinnya boleh diubah.

    Model sedan yang menggunakan platform Modular Transverse Matrix (MQB) adalah bagi menggantikan model CC sebelum ini. Di mana Arteon menerima pertambahan dari sudut dimensinya. Ia 4,862 mm panjang (+60 mm), 1,871 mm lebar (+16 mm), 1,427 mm tinggi (+6 mm), dan memiliki jarak antara roda 2,841 mm (+131 mm).

    Volkswagen Arteon R-Line dilancarkan di Malaysia – 2.0 liter TSI, 190 PS/320 Nm, harga dari RM220k

    Kelebihan pertambahan ukuran dimensi ini membolehkan ruang dalaman Arteon tersedia sangat luas; 1,016 mm ruang kaki, serta ruang kepala yang juga luas disebabkan rekaan bumbung yang panjang ke belakang. Ruang but belakang pula ialah 563 liter. Dengan tempat duduk dilipatkan, ia akan menjadi 1,557 liter.

    Bagi kelengkapan keselamatannya, Arteon didatangkan dengan enam beg udara sebagai standard, kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TCS), bantuan mula mendaki (HSA), sistem brek ABS dengan EBD dan BA, Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif dan Active Bonnet yang memberi perlindungan kepada pejalan kaki, kamera Area View 360 serta cagak Isofix untuk kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

    Paling penting, Arteon turut dilengkapi dengan ciri keselamatan premium termasuk Post Collision Braking System, Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Electronic Different Lock (XDS) menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah understeer.

    Lima warna ditawarkan: warna metalik ialah kelabu (Manganese Grey), kuning (Turmeric Yellow) dan perak (Pyrite Silver). Manakala warna mutiara ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White Pearl).

    Dengan pengecualian cukai yang ditawarkan sekarang, harga atas jalan Arteon R-Line serba baharu sehingga 31 Disember 2020 ialah RM220,043. Ia hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga-tahun, di samping jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima-tahun.

     
     
  • GALERI: Mercedes-AMG A35 4Matic Edition 1 W177 — harga dari RM367k, 2.0L turbo, 306 PS / 400 Nm

    GALERI: Mercedes-AMG A35 4Matic Edition 1 W177 — harga dari RM367k, 2.0L turbo, 306 PS / 400 Nm

    Dilancarkan Jun lalu, Mercedes-AMG A 35 4Matic W177 diposisikan di bawah A 45 S 4Matic+ dan menjadi model dengan lencana 35 yang kedua A-Class untuk pasaran tempatan, selepas A 35 Sedan V177. Ia dijual pada harga RM366,785 (atas jalan tanpa insurans) dengan pengecualian SST hingga hujung tahun nanti – ini RM30,507 lebih mahal dari versi sedannya. Jika dibandingkan dengan versi A 45 pula, model ini RM76,485 lebih murah.

    Model ini dilengkapi enjin M260 2.0 liter empat-silinder petrol dengan turbocas twin-scroll yang menjana 306 PS (302 hp) dari 5,800 rpm hingga 6,100 rpm dan 400 Nm dari 3,000 rpm hingga 4,000 rpm. Ia juga dilengkapi dengan transmisi AMG Speedshift tujuh-kelajuan klac berkembar serta sistem pacuan semua roda AMG Performance 4Matic, dan mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat dan laju maksimum yang dihadkan secara elektronik pada 250 km/j.

    Lain-lain kelengkapan termasuk suspensi AMG Ride Control, rim AMG 19-inci, sementara brek menggunakan jenis angkup kekal monoblok empat-omboh dan cakera 350 mm di depan. Di belakang, brek angkup dengan omboh tunggal dan cakera 330 mm digunakan. A 35 ini menggunakan kit Edition 1, dengan tambahan pakej AMG Aerodynamics dan Night.

    GALERI: Mercedes-AMG A35 4Matic Edition 1 W177 — harga dari RM367k, 2.0L turbo, 306 PS / 400 Nm

    Di dalam, kerusi AMG Performance adalah standard dengan balutan kulit buatan Artico serta gentian mikro Dinamica. Kelengkapan lain termasuk dua paparan 10.25-inci, antaramuka Mercedes-Benz User Experience (MBUX), head-up display, pengecas tanpa wayar serta servis Mercedes me connect.

    Bagi ciri keselamatan, A 35 ini datang sekali dengan ciri seperti bantuan brek aktif (AEB), bantuan mengekalkan lorong, bantuan titik buta, Pre-Safe, sistem peninjau tekanan tayar, bantuan parkir aktif dan kamera undur. Teliti galeri lengkap yang kami sediakan ini untuk melihat perincian lanjut yang ditawarkan oleh kereta hatchback ini.

     
     
  • Perodua jelaskan isu panggilan semula pam bahan api Myvi yang tidak diumum, hanya hantar surat jemputan

    Perodua jelaskan isu panggilan semula pam bahan api Myvi yang tidak diumum, hanya hantar surat jemputan

    Biasanya jika ada apa-apa panggilan semula, satu-satu pengeluar itu akan mengeluarkan kenyataan media terlebih dahulu, diikuti dengan langkah untuk berhubung terus dengan pemilik dengan cara menghantar surat, email dan sebagainya. Namun ada lain sikit panggilan semula untuk Perodua Myvi generasi ketiga berhubung masalah pam bahan api baru-baru ini – ia hanya diketahui umum menerusi penularan surat panggilan semula yang dihantar terus kepada pemilik.

    Surat bertajuk “Jemputan ke pemeriksaan kualiti di mana-mana pusat servis bertauliah” berkenaan sudah pun mula diedarkan ke pemilik terjejas. Manakala pemilik Myvi yang masih belum menerima tentu gusar dengan status kereta mereka bukan?

    Jadi bagi mengetahui status sebenar isu panggilan semula ini, kami terus menghubungi pihak Perodua dan memahami strategi komunikasi yang digunakan pada kali ini.

    Sebelum itu, kami fahamkan dahulu berkenaan kerosakan yang memerlukan panggilan semula tersebut. Komponen yang bermasalah berkenaan adalah pam bahan api yang berfungsi untuk mengepam petrol dari tangki ke enjin. Ia bukan dibuat oleh Perodua atau Daihatsu sendiri, tetapi dibekalkan oleh pembuat komponen automotif dari Jepun iaitu Denso.

    Perodua jelaskan isu panggilan semula pam bahan api Myvi yang tidak diumum, hanya hantar surat jemputan

    Dan Denso bukan hanya membekalkan pam berkenaan untuk Perodua sahaja, malah untuk jenama lain seperti Toyota dan Honda – sebab itu dua jenama ini juga ada ada melakukan panggilan semula di seluruh dunia. Untuk Toyota (Denso sebenarnya turut dimiliki sebahagian kepentingannya oleh Toyota), sebanyak 1.4 juta kenderaan keluarannya yang terjejas di seluruh dunia.

    Dilaporkan sejumlah 3.2 juta kenderaan Toyota yang keluar dari kilang dengan pam bahan api yang berpotensi untuk bermasalah ini, diproduksi dari tahun 2013 hingga 2019. Di Malaysia, UMW Toyota sudahpun mengumumkan panggilan semula tersebut pada Mac lalu, membabitkan sekitar 13,500 unit kenderaan, dari model seperti MPV Toyota Innova sehingga kereta sport mewah Lexus LC 500.

    Honda Malaysia juga turut menjalankan panggilan semula terhadap model-modelnya yang dilengkapi pam bahan api Denso tersebut, membabitkan 55,354 unit kenderaan yang dibuat dari tahun 2018 hingga 2019 berhubung isu yang sama.

    Apa sebenarnya masalah pada pam bahan api berkenaan? Di Amerika Syarikat, panggilan semula seperti ini akan dibuat oleh pihak berkuasa iaitu Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional AS (NHTSA), jadi perincian yang didedahkan adalah lebih menyeluruh.

    Perodua jelaskan isu panggilan semula pam bahan api Myvi yang tidak diumum, hanya hantar surat jemputan

    Menurut NHTSA, pam bahan api Denso tersebut “terdedah kepada pengeringan pelarut produksi dalam tempoh masa yang lama” ketika dalam proses pembuatan, yang boleh menyebabkan retak pada permukaan dan penyerapan bahan api yang berlebihan. Ia seterusnya menyebabkan impeller dalam pam tersebut rosak dan tidak boleh berfungsi. Jika ini terjadi, sudah tentu enjin anda akan kekurangan kuasa atau mungkin tidak boleh dihidupkan kerana petrol tidak dapat disampaikan ke enjin.

    Jadi, Myvi mengalami masalah yang sama. Perodua memberitahu bahawa bukan semua Myvi generasi ketiga yang terjejas dengan masalah tersebut dan kereta-kereta yang di buat dari Oktober 2019 ke atas tidak terbabit dengan panggilan semula ini. Untuk model dari tahun 2018 hingga 2019 pula, kegagalan pam bahan api berkenaan untuk berfungsi hanya akan terjadi pada perbatuan (odometer/mileage) tertentu, dan sebelum sampai ke tahap itu, kemungkinan untuk rosak adalah rendah, kata Perodua.

    “Jadi kami membuat keputusan untuk hanya menghubungi pemilik dengan kereta yang telah melebihi perbatuan tertentu tersebut, kerana kebarangkalian untuk isu itu terjadi adalah lebih tinggi,” kata Presiden dan CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad kepada paultan.org.

    Buat masa sekarang, Myvi merupakan model paling laris di Malaysia dan jumlah unit yang terjejas tentunya banyak (Perodua tidak mendedahkan jumlah sebenar). Anda boleh bayangkan sekiranya panggilan semula ini dibuat dengan pengumuman seperti biasa, ia mungkin akan menyebabkan kesesakan pelanggan di pusat-pusat servis.

    Perodua jelaskan isu panggilan semula pam bahan api Myvi yang tidak diumum, hanya hantar surat jemputan

    Ianya akan memburukkan keadaan lebih-lebih lagi ketika situasi negara masih dilanda pandemik Covid-19, di mana semua tempat servis kini perlu mengamalkan penjarakan fizikal, serta servis secara walk-in tidak akan diterima manakala jumlah temu janji juga perlu dihadkan.

    “Komunikasi terus kepada pelanggan membolehkan kami memberikan respon yang lebih peribadi, dan dalam masa yang sama mengelakkan panik, yang akan menyebabkan kesulitan yang tidak sepatutnya pada pelanggan dan juga pusat-pusat servis kami,” jelas Zainal lagi.

    Diminta untuk menghuraikan lebih lanjut apa panik dan kesulitan yang akan terjadi sekiranya pengumuman tersebut dibuat, bos Perodua tersebut berkata: “Keputusan itu dibuat untuk menghubungi pelanggan secara bersasar dan bertahap setelah mempertimbangkan keseluruhan situasi dan operasi kami di seluruh negara. Kami percaya bahawa ini adalah kaedah yang paling teliti dan efisien untuk mengelakkan kesesakan pusat servis, untuk meminimumkan masa menunggu dan memastikan kejayaan maksimum dalam kempen servis khas ini.”

    Langkah yang diambil untuk mengeluarkan surat kepada pemilik-pemilik ini juga selari dengan prosedur operasi standard (SOP) Perodua yang mengklasifikasikan isu pam bahan api tersebut sebagai kempen servis khas dan bukan panggilan semula yang melibatkan isu keselamatan.

    Perodua jelaskan isu panggilan semula pam bahan api Myvi yang tidak diumum, hanya hantar surat jemputan

    Ini kerana masalah pam bahan api ini tidak akan melibatkan isu keselamatan di mana ia tidak akan terjadi ketika kereta bergerak. “Dalam perkara ini, isu pam bahan api tersebut hanya akan berlaku ketika dalam keadaan statik, bukan ketika bergerak. SOP kami di sini adalah untuk terus berhubung dengan pelanggan-pelanggan,” jelasnya lagi.

    Selain menggunakan surat, Perodua turut akan memberitahu masalah ini kepada pelanggan yang terjejas ketika mereka membawa kereta tersebut ke pusat servis untuk servis berkala. Dalam situasi ini, pam bahan api tersebut akan terus ditukar ketika juruteknik melakukan servis penukaran minyak enjin. Sehingga kini, sebanyak 40% Myvi yang terjejas sudah pun menukar pam bahan api mereka.

    Stok alat ganti yang tersedia juga mungkin menjadi faktor tindakan yang diambil Perodua ini, walaupun Zainal Abidin tidak menyebut tentangnya. Disebabkan ini adalah panggilan semula global, Perodua mungkin tidak mempunyai stok alat ganti untuk kesemua Myvi yang terlibat dalam satu-satu masa.

    Jadi, untuk mereka yang telah pun menerima surat jemputan “Pemeriksaan Kualiti” dari Perodua tersebut, anda patut untuk membuat temu janji terus di pusat servis bertauliah. Kerja-kerja penukaran pam bahan api ini akan mengambil masa kira-kira sejam (tidak termasuk masa pendaftaran dan konsultasi dengan Penasihat Servis), dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

    Jika anda pengguna Myvi yang diproduksi sebelum Oktober 2019 tetapi masih belum menerima sebarang surat, kereta anda mungkin belum mencecah “perbatuan berisiko tinggi” seperti yang disebutkan tadi. Jadi, bersabar terlebih dahulu, dan berikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

     
     
  • ECRL dianggap pelengkap sistem jaringan pengangkutan kereta api sedia ada – Dr Wee

    ECRL dianggap pelengkap sistem jaringan pengangkutan kereta api sedia ada – Dr Wee

    Pada akhir Julai lalu, kerajaan telah mengesahkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka mula beroperasi seawal 1 Januari 2027. Projek terbabit yang dijadualkan siap pada akhir 2026, akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan Lembah Klang.

    Menerusi Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen sebentar tadi, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata projek ECRL diteruskan bagi menjadi pelengkap kepada sistem jaringan pengangkutan kereta api sedia ada. Tambahnya, projek itu akan memberi manfaat kepada negeri di Pantai Timur khususnya bagi memendekkan jarak perjalanan ke ibu kota, laporan Bernama.

    “Kita kena buka koridor ekonomi untuk Pantai Timur dengan menghubungkan tren penumpang dan kargo ke sana…sebab itu ECRL perlu dan dalam proses kita nak memuktamadkan. Saya harap kerajaan negeri berkaitan dapat sama-sama mencari formula kerana ini adalah ‘game changer’ (pengubah keadaan) untuk penduduk di Pantai Timur,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

    Kenyataan beliau itu adalah bagi menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) berkenaan gambaran perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu sebagaimana yang diimpikan Menteri Pengangkutan itu.

    Dalam masa yang sama, Wee turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan bermusyawarah dengan semua negeri terlibat memandangkan jaringan ECRL tidak boleh dilaksanakan secara silo dan perlu dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam sedia ada.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated May 02, 2024