Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Isuzu, Hino dan Toyota bekerjasama rancakkan elektrifikasi bas — EV lantai rata pada 2024, FCEV

    Isuzu, Hino dan Toyota bekerjasama rancakkan elektrifikasi bas — EV lantai rata pada 2024, FCEV

    Isuzu, Hino dan Toyota telah mengumumkan mereka merancang untuk memperkukuhkan usaha untuk elektrifikasi bas untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

    Dengan kerjasama Commercial Japan Partnership Technologies — yang bekerja untuk menyelesaikan masalah sosial melalui menyebaran teknologi CASE (Connected cars, Autonomous driving, Shared and Electric) — syarikat itu mensasarkan untuk melebar barisan sedia ada untuk meningkatkan pilihan pelanggan dan mengurangkan kos kenderaan, sebagai tambahan kepada mempopularkan EV praktikal dan mapan.

    Isuzu dan Hino merancang untuk mula mengeluarkan bas lantai rata EV pada 2024 melalui usahasama Isuzu-Hino J-Bus. Kedua-duanya telah bekerjasama dalam sektor bas sejak 2002 dan mempunyai kepekaan dan maklumbalas terhadap keperluan operator bas di Jepun. Langkah drastik ke arah neutraliti karbon telah merancakkan keperluan laluan bas sifar-emisi, dan Isuzu dan Hino bergerak ke arah keperluan itu.

    Isuzu, Hino dan Toyota bekerjasama rancakkan elektrifikasi bas — EV lantai rata pada 2024, FCEV

    Bas EV — yang mempunyai lantai rata keseluruhan kenderaan — akan dibangunkan oleh Isuzu. Selain tanpa saluran emisi, lantai rata bas berupaya untuk mengurangkan kemalangan dalam kabin dan memperbaiki keselamatan keseluruhan perjalanan berbanding bas dengan lantai bertingkat.

    Langkah berikutnya adalah bas fuel cell, dan di sinilah Toyota yang merupakan penyokong paling besar kuasa hidrogen terlibat. Isuzu, Hino dan Toyota akan memulakan kajian bagi perancangan dan pembangunan generasi seterusnya bas FCEV menggunakan bas lantai rata yang disebutkan sebelum itu.

    Bas FCEV generasi baru ini akan menggabungkan platform bas lantai rata dengan sistem fuel cell Toyota yang turut digunakan pada Mirai dan bas fuel cell Sora. Dengan berkongsi komponen sistem yang sama antara EV dan FCEV, ketiga-tiga syarikat mensasarkan pengurangan kos yang ketara. Juga, dengan menggunakan stack fuel cell terbaru dan memanfaatkan pengetahuan pembangunan bas FCEV Toyota dan Hino, dengan matlamat menghasilkan kenderaan elektrik yang lebih tahan lama, dengan nilai tambah lebih tinggi.

    Isuzu, Hino dan Toyota bekerjasama rancakkan elektrifikasi bas — EV lantai rata pada 2024, FCEV

    “Melalui inisiatif, Isuzu, Hino dan Toyota berhasrat untuk menyumbang untuk menjadikan masyarakat berasaskan hidrogen ini satu kenyataan di Jepun, dengan memanfaatkan kekuatan Jepun dalam teknologi Jepun,” jelas mereka dalam satu kenyataan.

    Fukuoka, bandar utama di pulau Kyushu di Jepun, dirancang untuk menjadi pelopor “masyarakat hidrogen” dengan bantuan Toyota.

     
     
  • Mercedes-Maybach GLS600 4Matic dilancar di M’sia – RM1.8 juta, V8 4.0 liter Twin Turbo, 558 PS/730 Nm!

    Mercedes-Maybach GLS600 4Matic dilancar di M’sia – RM1.8 juta, V8 4.0 liter Twin Turbo, 558 PS/730 Nm!

    Selain dari Mercedes-Maybach Z223 S580, hari ini Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan ‘saudara’ kepada sedan ultra-mewah berkenaan iaitu SUV Mercedes-Maybach GLS600 4Matic untuk pasaran tempatan. Jadi sekiranya anda mahukan sebuah SUV yang lebih mewah berbanding Mercedes-Benz GLS450 4Matic X167 yang sudah pun dilancarkan dipasaran tempatan pada 2020, Maybach GLS600 ini adalah jawapannya.

    Model ini dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM1,789,453, lengkap dengan insentif potongan cukai jualan 5% untuk model CBU sehingga hujung Jun 2022. Ia turut diberikan waranti pengeluar selama empat tahun tanpa had perbatuan. Jadi berbanding GLS450 yang dijual pada harga tak sampai RM900,000, anda perlu membayar harga lebih sekali ganda untuk Maybach GLS600 ini!

    Tidak seperti Maybach S-Class yang hadir dengan badan lebih panjang dari S-Class standard, Maybach GLS ini menampilkan saiz yang sama seperti GLS biasa. Ia hadir dengan ukuran 5,207 mm panjang, 1,956 mm lebar, 1,850 mm tinggi serta jarak roda sejauh 3,135 mm.

    Seperti lazimnya model-model Maybach, ia tampil dengan rupa luaran yang lebih mewah dari model Mercedes-Benz yang diasaskan. Gril bar melintang biasa pada Mercedes GLS digantikan dengan gril krom Maybach yang menampilkan jejari menegak.

    Mercedes-Maybach GLS600 4Matic dilancar di M’sia – RM1.8 juta, V8 4.0 liter Twin Turbo, 558 PS/730 Nm!

    Ia juga diberikan kemasan-kemasan krom yang cukup banyak, boleh dilihat pada kemasan bampar dan skid plate hadapan, sekeliling cermin tingkat sisi, tiang-B, sepanjang bahagian atas lampu belakang dan merentangi pintu tailgate belakang, perumah reflektor belakang dan kemasan diffuser bawah bampar belakang.

    Tiang-C SUV ini diberikan logo Maybach, manakala bawah pintu diberikan pemijak sisi besar yang boleh dilipat juga dengan logo Maybach. Melengkapkan penampilannya adalah rim aloi forged gergasi 23-inci pelbagai jejari dalam kemasan digilap.

    Walaupun dimensinya sama, Maybach GLS ini hanya menampilkan empat tempat duduk bagi memberikan ruang yang selesa untuk setiap penumpang, berbanding GLS normal yang diberikan konfigurasi tujuh-tempat duduk. Ini membolehkan penumpang di tempat duduk baris kedua mendapat ruang kaki lebih besar dengan kerusi yang ditolak 120 mm ke belakang. Sekiranya tempat duduk penumpang hadapan berada pada posisi “chauffeur”, penumpang kabin belakang mempunyai ruang kaki sepanjang 1.34 meter.

    Mercedes-Maybach GLS600 4Matic dilancar di M’sia – RM1.8 juta, V8 4.0 liter Twin Turbo, 558 PS/730 Nm!

    Tempat duduk kabin belakang Maybach GLS ini juga boleh dicondongkan ke belakang pada sudut 43.5 darjah, serta datang dengan fungsi larasan ottoman dan memori, pemanas, penyejuk dan juga pengurut. Posisi duduk untuk tempat duduk belakang ini dianjak 30 mm ke dalam bagi memberikan ruang siku yang lebih luas. Perehat kepala larasan elektrik juga, tetapi ia tidak diberikan “bantal” seperti pada Maybach S-Class.

    Ia juga menerima konsol tengah saiz penuh pada tempat duduk belakang sebagai sebahagian pakej kabin First Class sama seperti Maybach S-Class, menempatkan dua meja yang boleh disorokkan, liang pendingin hawa, kawalan pendingin hawa dan juga peti sejuk untuk menyimpan minuman.

    Kedua-dua penumpang belakang juga menerima skrin 11.6-inci masing-masing yang diletakkan di belakang tempat duduk hadapan untuk digunakan bagi menonton filem, serta tablet Android bersaiz tujuh-inci untuk kawalan terhadap pelbagai fungsi lain dalam kabin.

    Kabin SUV mewah ini datang pakej kulit designo, yang menampilkan upholsteri kulit Nappa (termasuk pada papan pemuka dan panel dalaman pintu) serta kemasan designo piano black berjalur.

    Perincian lain pada kabin Maybach GLS ini dilihat hampir sama seperti GLS biasa, datang dengan kelengkapan seperti Widescreen Cockpit menampilkan dua skrin paparan 12.3-inch (termasuk skrin sesentuh pada bahagian tengah). Sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) juga diberikan, yang datang bersama MBUX Interior Assistant yang membolehkan beberapa fungsi pada kabin hadapan seperti lampu kabin dioperasikan hanya menggunakan gestur.

    SUV ini menerima sistem bunyi surround Burmester 590-watt dengan 13-pembesar suara, yang datang bersama sistem interkom dua hala antara kabin hadapan dan belakang, dan juga dua fon kepala tanpa wayar. Ia juga diberikan sistem pendingin hawa empat hala yang dipertingkat dengan penderia kualiti udara, penderia kelembapan pada cermin hadapan, motor kipas yang dibangunkan khas bagi meminima bunyi, serta liang penghembus yang disalut bagi merendahkan lagi bunyi hembusan udara.

    Kelengkapan standard lain yang diberikan termasuk lampu hadapan LED Multibeam, pemegang cawan dengan penyejuk, bumbung suria panaromik, pelindung cahaya kuasa elektrik pada cermin tingkap sisi, sistem kamera 360-darjah, pintu tutup-lembut dan pintu tailgate berkuasa dengan operasi tanpa sentuhan. Ia juga diberikan tempat duduk hadapan larasan kuasa dengan memori, bersama fungsi pemanas, aliran udara dan pengurut.

    Mercedes-Maybach GLS600 4Matic dilancar di M’sia – RM1.8 juta, V8 4.0 liter Twin Turbo, 558 PS/730 Nm!

    Untuk sistem keselamatan pula, Maybach GLS ini tampil dengan pakej bantuan pemanduan Driving Assistance Plus, tampil dengan fungsi seperti brek kecemasan automatik, cruise control adaptif dengan fungsi stop & go, serta bantuan kekal tengah lorong bagi melengkapkan sistem pemanduan autonomi Tahap 2.

    Ia juga dibekalkan dengan sembilan-beg udara termasuk pada bahagian lutut pemandu serta sisi untuk penumpang belakang. Sistem Pre-Safe dan Pre-Safe Impulse Side juga dilengkapkan bagi yang memberikan perlindungan sisi lebih baik jika berlaku rempuhan pada bahagian tersebut.

    Mercedes-Maybach GLS 600 ini diberikan enjin yang sama seperti Maybach S580, iaitu unit M176 V8 4.0 liter dengan dua pengecas turbo dihasilkan oleh AMG. Namun ia menerima talaan lebih berkuasa iait 558 PS bermula 6,000 hingga 6,500 rpm serta tork maksima 730 Nm antara 2,500 hingga 5,000 rpm. Sistem hibrid ringkas EQ Boost 48-volt turut digandingkan, bagi memberikan tambahan kuasa 22 PS dan tork 250 Nm.

    Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik automatik sembilan-kelajuan 9G-Tronic bersama sistem pacuan semua roda 4Matic, yang boleh memacu semua roda dan mampu menghantar tork 100% pada gandar hadapan atau gandar belakang. Gandingan sistem mekanikal ini membolehkan SUV ‘gedabak’ dengan berat 2,785 kg ini memecut dari kedudukan pegun hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat!

    Unit rangkaian kuasa ini juga diberikan sistem penyahaktif silinder dan pemulihan tenaga kinetik untuk sistem hibrid, bagi membolehkan ia mencapai penggunaan bahan api 11.7 hingga 12 liter untuk setiap 100 km.

    Sistem suspensi udara Airmatic dipadankan secara standard pada Maybach GLS ini, yang berfungsi bersama sistem penstabilan olengan E-Active Body Control 48-volt. Sistem tersebut menampilkan penggunaan kamera stereo untuk mengesan keadaan permukaan jalan bagi memberikan tetapi suspensi yang sesuai.

    Tidak cukup dengan itu, ia juga tampil dengan mod pemanduan istimewa Maybach yang menala suspensi bagi memberikan pergerakan badan paling minima, menggunakan nod getaran bagi menyisihkan amplitud yang tidak diperlukan dalam pemanduan. Mod ini juga akan meratakan lengkok pecutan, mengurangkan tukaran gear, menggunakan gear dua untuk mula bergerak dan menutup fungsi start/stop automatik enjin, bagi memberikan pergerakan paling selesa dan senyap.

    GALERI: Gambar rasmi Mercedes-Maybach GLS600 4Matic

     
     
  • Lotus Type 132 akan didedah 29 Mac ini – crossover elektrik dengan pecutan 0-100 km/j bawah tiga saat

    Lotus Type 132 akan didedah 29 Mac ini – crossover elektrik dengan pecutan 0-100 km/j bawah tiga saat

    Lotus telah membuat pengumuman bahawa SUV pertama mereka yang sekarang ini dikenali sebagai Type 132 akan diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai 20 Mac ini. Selepas Evija yang diperkenalkan pada tahun 2019, Type 132 ini akan menjadi satu lagi kenderaan elektrik keluaran jenama dari United Kingdom itu.

    Dibina atas platform EV modular Lotus yang dipanggil sebagai Evolution, Type 132 ini akan menggunakan sistem elektrikal 800 volt untuk pengecasan kelajuan tinggi serta pek bateri dengan kapasiti tenaga antara 92 ke 120 kWh.

    Turut dijangka adalah tetapan dua motor, yang boleh membantu crossover ini melakukan pecutan 0-100 km/j di bawah masa tiga saat, sekaligus dapat memberi saingan kepada model seperti Tesla Model X, BMW iX dan Mercedes-Benz EQE yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

    Platform Evolution ini boleh digunakan untuk jarak roda antara 2,889-3,100 mm dan juga akan digunakan untuk pelbagai lagi model EV premium yang berada dalam perancangan Lotus, seperti Type 133 dan Type 134, yang masing-masing akan tiba pada tahun 2023 dan 2025.

    Selain pengumuman tarikh pengenalan, Lotus juga menyiarkan beberapa gambar dan video yang menampakkan bahagian kenderaan ini seperti lampu belakang, rim gentian karbon, lampu utama LED, cermin sisi digital, panel instrumen digital serta stereng sports. Kita juga boleh melihat sedikit bahagian motornya serta angkup brek yang mempunyai cop Lotus.

     
     
  • Pusat 3S Peugeot pertama kendalian Bermaz dibuka – turut boleh selenggara kenderaan Citroen dan DS

    Pusat 3S Peugeot pertama kendalian Bermaz dibuka – turut boleh selenggara kenderaan Citroen dan DS

    Seperti yang telah dikhabarkan beberapa kali sebelum ini, selain Kia, Peugeot juga kini berada di bawah kendalian Bermaz Auto Alliance (BAA) untuk pasaran Malaysia. Justeru, untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan untuk para pelanggannya, BAA telah membuka Pusat 3S Peugeot yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

    Fasiliti pusat 3S ini turut mengadaptasi identiti jenama Peugeot baharu (tiada lagi sentuhan warna biru) dan juga logo singa baharu jenama Perancis ini.

    “Bermaz Auto Alliance sedang memulakan penyediaan pengalaman pemilikan terbaik untuk pelanggan dengan kemudahan baharu ini. Kami komited dalam membangunkan jenama Peugeot dan menambah baik pengalaman pemilikan dengan menyediakan sokongan selepas jualan dan perlindungan berkaitan waranti kepada pelanggan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh BAA, sambil menambah pusat 3S ini turut mengalu-alukan pemilik model Citroen dan DS untuk menyelenggara kereta mereka di sini.

    Pusat 3S Glenmarie yang baharu ini dilengkapi dengan 21 petak penyelenggaran yang dikendalikan oleh juruteknik terlatih. Sebagai fasiliti baharu, ia turut dilengkapi dengan peralatan diagnostik dan kelengkapan penyelenggaran pengeluar yang terkini. Selain itu, ia turut menyediakan ruang menunggu untuk para pelanggan di samping makanan ringan dan juga kemudahan WiFi secara percuma.

    Terletak di Lot 15, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, pusat servis ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan 8 pagi hingga 12 tengahari untuk Sabtu. Bagi membuat temujanji, pelanggan boleh menghubungi talian 03-50212300 (sambungan 2402/2403). Selain itu, temujanji juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi Peugeot Customer Portal. Jika memerlukan bantuan tepi jalan 24 jam, taliannya ialah 1800-22-3399.

    BAA masih dalam proses mengumpulkan data pelanggan Peugeot, jika anda masih belum berbuat demikian, bolehlah mengemaskini maklumat diri anda menerusi laman web rasminya, di mana ia dilindungi oleh peraturan PDPA.

    Juga untuk pengetahuan anda, kilang Naza di Gurun, Kedah, kini dimiliki sepenuhnya oleh Stellantis, dan baru-baru ini telah mengeluarkan model facelift bagi Peugeot 3008 dan 5008, serta model generasi kedua bagi Peugeot 2008. Kenderana yang dipasang di kilang di Gurun itu juga dieksport untuk pasaran Thailand dan Indonesia.

     
     
  • Mercedes-Maybach Z223 dilancarkan di Malaysia – RM1.9 juta untuk model ultra-mewah S580 4Matic

    Mercedes-Maybach Z223 dilancarkan di Malaysia – RM1.9 juta untuk model ultra-mewah S580 4Matic

    Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini melancarkan Mercedes-Maybach S-Class Z223 di pasaran tempatan hanya selepas dua bulan model S-Class Z223 ‘biasa’ diperkenalkan di sini.

    Model yang lebih mewah dari sedan mewah S-Class ini dibawa ke pasaran tempatan dalam varian S580 4Matic. Ia djual pada harga atas jalan bermula RM1,928,815.76 (tanpa sebarang opsyen), lengkap dengan insentif potongan cukai jualan 5% untuk model CBU sehingga hujung Jun 2022. Model ini turut diberikan waranti pengeluar selama empat tahun tanpa had perbatuan.

    Berbanding S-Class biasa, Maybach S-Class ini dihasilkan lebih panjang bagi memberikan ruang kabin belakang lebih luas. Secara keseluruhan, model ini diukur dengan panjang 5,469 mm (180 mm lebih panjang dari S-Class versi jarak roda panjang), bersama jarak roda sejauh 3,396 mm. Lebarnya masih dikekalkan dengan ukuran 1,921 mm, tetapi bumbungnya dibuat lebih tinggi dengan ukuran 1,510 mm bagi memberikan ruang kepala lebih luas.

    Mercedes-Maybach Z223 dilancarkan di Malaysia – RM1.9 juta untuk model ultra-mewah S580 4Matic

    Maybach S-Class ini juga tampil dengan rupa luaran tersendiri. Ia diberikan penutup bonet hadapan yang diberikan sirip krom, bersama gril radiator Mercedes-Maybach yang menampilkan jalur tiga-dimensi menegak, berbanding melintang pada S-Class standard.

    Ia juga menerima lebih banyak kemasan krom, termasuk pada kemasan gril bawah bawah bampar hadapan, kemasan diffuser bawah bampar belakang, sepanjang bahagian atas lampu belakang dan merentangi penutup but belakang serta sekeliling cermin tingkap sisi.

    Tiang-C juga direka lebih ‘tebal’ (bersama logo Maybach) bagi memberikan privasi lebih baik kepada penumpang belakang. Untuk memberikan penampilan lebih menyerlah dan mewah, Mercedes-Maybach S580 ini turut ditawarkan dengan warna badan dua ton secara opsyen, dan ia dilayangkan dengan tangan manusia. Model pasaran Malaysia ini turut menerima rim aloi forged pelbagai jejari 21-inci.

    Mercedes-Maybach Z223 dilancarkan di Malaysia – RM1.9 juta untuk model ultra-mewah S580 4Matic

    Walaupun menampilkan saiz yang besar, kabin Mercedes-Maybach S580 ini hanya dihasilkan hanya untuk memuatkan empat orang, termasuk pemandu bagi memberikan keselesaan yang maksimum. Kabin boleh diakses menerusi pintu bantuan kuasa, dan penumpang belakang menerima tempat duduk First-Class, yang hadir dengan konsol tengah saiz penuh secara standard

    Tempat duduk tersebut dibalut dengan kulit Nappa Maybach Exclusive, bersama larasan elektrik untuk bantal perehat kepala dan ottoman, serta fungsi lain termasuk memori larasan, pemanas dan aliran udara serta sistem urutan. Penumpang belakang juga diberikan meja yang boleh dilipat ke dalam konsol tengah jika tidak digunakan.

    Kedua-dua penumpang belakang juga boleh melaras tempat duduk hadapan bagi mendapatkan ruang yang cukup selesa menggunakan tablet Android tujuh-inci, serta diberikan skrin infotainmen 11.6-inci masing-masing yang dilekatkan pada bahagian belakang tempat duduk hadapan untuk menonton filem. Juga, peti sejuk bina dalam turut dilengkapkan pada kabin belakang limosin ini untuk menyimpan minuman.

    Penumpang belakang juga diberikan kawalan terhadap sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX), yang menampilkan sistem MBUX Interior Assistant. Sistem ini membolehkan pelbagai fungsi diaktifkan termasuk menggerakkan tempat duduk tanpa penumpang di hadapan ke posisi chauffeur dan menyalakan lampu kabin apabila penumpang mahu memegang pemegang tangan – semuanya secara automatik.

    Secara standard, model ini dibekalkan dengan sistem bunyi 3D dengan 15 pembesar suara berkuasa 710 watt, bersama sistem penyah bunyi bising aktif. Namun pembeli boleh memilih sistem bunyi surround Burmester 4D dengan kos tambahan.

    Kabin Maybach S580 ini juga diberikan lampu suasana aktif 64-warna dengan 253-LED yang disertakan dengan dua tema warna unik iaitu rose gold white dan amethyst glow. Pemandu pula menerima paparan head-up realiti terimbuh (AR) bersaiz besar, memaparkan pelbagai informasi penting ke hadapan termasuk maklumat sistem navigasi. Pemandu turut boleh menurunkan pelindung matahari pada cermin belakang dengan cara hanya menoleh ke belakang.

    Mercedes-Maybach Z223 dilancarkan di Malaysia – RM1.9 juta untuk model ultra-mewah S580 4Matic

    Fungsi lain dari S-Class biasa juga di bawa ke Maybach S-Class ini, termasuk skrin sesentuh utama 12.8-inci OLED dengan format potret (turut digunakan untuk kawalan sistem pendingin hawa empat zon), dan juga paparan instrumen 12.3-inci dengan kesan 3D.

    Kit standard lain yang dibekalkan termasuk lampu hadapan LED adaptif Digital Light, pembuka pintu yang tertanam, tempat duduk hadapan larasan kuasa Multicontour dengan fungsi memori, pemanas, penyejuk dan pengurut, kemasan-kemasan kayu walnut Manufaktur dan perapi-perapi aluminium, bumbung panaromik, karpet kaki tebal, pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi di hadapan dan belakang, sistem kamera 360-darjah dan penutup but berkuasa bukaan tanpa sentuh.

    Maybach S-Class S580 ini menerima enjin yang lebih berkuasa dari S-Class S580e pasaran tempatan. Ruang bonet hadapan sedan mewah ini disumbatkan dengan enjin M178 4.0 liter V8 dengan dua pengecas turbo dari AMG, menghasilkan 503 PS pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 700 Nm bermula 2,000 hingga 4,500 rpm. Tak cukup dengan itu, ia turut menerima tujahan sistem elektrik dari sistem hibrid ringkas EQ Boost 48-volt, menghasilkan kuasa tambahan 20 PS/200 Nm.

    Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik automatik sembilan-kelajuan 9G-Tronic. Dengan lencana 4Matic, sudah tentu ia menerima sistem pacuan semua roda. Ini membolehkan gergasi empat pintu tersebut memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat. Ia juga mampu mencapai penggunaan bahan api antara 10.2 dan 10.9 liter untuk setiap 100 km.

    Untuk keselamatan pula, Maybach S580 dilengkapi pakej Driver Assistance yang merangkumi sistem brek kecemasan automatik bersama pengesan pejalan kaki dan lintasan trafik yang diperhalusi, cruise control adaptif bersama fungsi stop & go (kini mampu mengelakkan pelanggaran hadapan pada kelajuan 130 km/j) dan juga bantuan kekal tengah lorong bagi melengkapkan sistem pemanduan autonomi Tahap 2.

    Sebanyak 14-beg udara dibekalkan pada sedan mewah ini termasuk beg udara khas untuk penumpang belakang yang diletakkan di belakang tempat duduk hadapan dan sisi. Ia juga menerima sistem Pre-Safe dan Pre-Safe Impulse Side yang memberikan perlindungan sisi lebih baik jika berlaku rempuhan pada bahagian tersebut.

     
     
  • Kia EV6 ungguli Kereta Tahunan Eropah 2022

    Kia EV6 ungguli Kereta Tahunan Eropah 2022

    Kia EV6 telah dinamakan sebagai Kereta Tahunan Eropah (ECOTY) 2022, menjadikannya sebagai model pertama buatan Korea Selatan yang memenangi anugerah berkenaan bagi edisi ke-59. Dengan mengumpul markah sebanyak 279 mata, EV6 berjaya menewaskan Renault Megane E-Tech Electric yang menduduki tangga kedua dengan 265 mata, serta Hyundai Ioniq 5 yang berjaya di tempat ketiga dengan 261 mata.

    Kenderaan elektrik (EV) Kia ini pertama kali diperkenalkan di peringkat global pada Mac tahun lalu dan ia dibangunkan dengan Electric-Global Modular Platform (E-GMP) yang sama dengan Ioniq 5. Ia menawarkan larasan motor-tunggal atau dwi-motor, dengan ledakan kuasa dari 170 PS (168 hp atau 125 kW) hingga 585 PS (577 hp atau 430 kW). EV6 ini juga dijangka akan tiba ke pasaran Malaysia pada suku ketiga atau keempat tahun 2022.

    Kenderaan elektrik merupakan sebahagian besar daripada tujuh finalis yang disenarai pendek untuk gelaran yang diidamkan, dengan enam model menampilkan penjana kuasa semua-elektrik. Peugeot 308, yang ditawarkan dengan pilihan petrol, diesel dan sistem pacuan plug-in hybrid, berjaya di tempat ke-empat dengan 191 mata. Diikuti oleh Skoda Enyaq iV (185 mata), Ford Mustang Mach-E (150 mata) dan Cupra Born (144 mata).

    Juri bagi ECOTY 2022 ini terdiri daripada 59 ahli yang mewakili 22 negara Eropah, dengan penjurian yang berobjektifkan untuk mencari kereta baharu terbaik dalam jualan. Kali ini, semua juri mengambil keputusan untuk menggantung undian Rusia susulan konflik bersama Ukraine yang sedang hangat berlangsung.

    “Ini adalah reaksi balas terhadap serangan Rusia yang menceroboh Ukraine.Penggantungan ini bukan bersifat peribadi, atau pun memberikan tentangan buat ahli. Juri dari Rusia tidak terkecuali dalam penjurian, tetapi hak mereka untuk mengundi digantung sehingga situasi konflik berkenaan berubah. Walau bagaimana pun, kami sedar, penggantungan undian Rusia ini tidak mempengaruhi keputusan untuk tahun ini, sama ada kereta yang memenangi kategori mahu pun kedudukan,” kata ahli jawatankuasa ECOTY.

     
     
  • Suzuki Raider R150 Fi 2022 – harga awal penyambung generasi Belang didedah, RM8,xxx, 18.2 hp, 13.8 Nm

    Suzuki Raider R150 Fi 2022 – harga awal penyambung generasi Belang didedah, RM8,xxx, 18.2 hp, 13.8 Nm

    Selepas GSX-S150 dan GSX-R150, Suzuki Malaysia hari ini mendedahkan pula harga awal bagi Raider R150 Fi, iaitu RM8,xxx. Ini adalah model yang ditunggu-tunggu ramai penggemar motosikal Suzuki di Malaysia kerana dianggap sebagai penyambung generasi Belang yang pernah ditawarkan dalam pasaran sebelum ini.

    Mengikut pengumuman yang dibuat hujung tahun lepas, tiga model ini sepatutnya dilancarkan pada suku pertama 2022, namun Suzuki Malaysia masih belum menyatakan tarikh sebenarnya. Apa yang dilakukan bersama teaser ini adalah pembukaan pendaftaran minat.

    Melihat kepada negara jiran, Raider R150 Fi (juga dikenali sebagai Satria 150 di Indonesia) dipacu oleh enjin satu silinder DOHC suntikan bahan api yang dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan, dan mampu menghasilkan kuasa 18.2 hp pada 10,000 rpm dan 13.8 Nm tork pada 8,500 rpm.

    Berat keseluruhan model ini cuma 109 kg, dan ia didatangkan dengan tangki bahan api empat liter, kerangka Twin Spar, ruang simpanan kecil di bawah tempat duduk, lampu hadapan LED, panel instrumen digital serta brek cakera depan dan belakang.

    Apabila memasuki pasaran nanti, Raider R150 Fi akan bersaing dengan model terkenal seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R, serta beberapa lagi kapcai di dalam segmen itu termasuk Yamaha Y16ZR, Honda RS-X, Benelli RFS150i dan SYM VF3i.

    GALERI: Suzuki Raider R150 Fi Vietnam

     
     
  • Hyundai Ioniq 5 — poster “dibuka tempahan” muncul, 58 kWh/72.6 kWh AWD, dilancarkan seawal Mac nanti?

    Hyundai  Ioniq 5 — poster “dibuka tempahan” muncul, 58 kWh/72.6 kWh AWD, dilancarkan seawal Mac nanti?

    Hyundai kini menjadi antara pelopor perkembangan kenderaan elektrik (EV) di peringkat dunia. Dan, pengedar tempatan, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) juga melakukan hal yang sama di sini.
    Syarikat itu telah memperkenalkan Kona Electric, dan kini sedang mempersiap pula pengengalan Ioniq 5.

    Ini dapat diteka daripada poster “Dibuka untuk tempahan sekarang” yang dikeluarkan oleh pengedar Hyundai, Sing Kwung Premium. Jika tempahan sudah mula diambil, sangat pasti HSDM akan melancarkan model EV ini untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Menurut sumber, ia boleh jadi seawal Mac nanti, dan akan ditawarkan dalam dua pilihan bateri seperti Kona Electric.

    Ioniq 5, yang diumumkan pada Februari 2021 sebagai model pertama di bawah sub-jenama Ioniq bagi EV, adalah sebuah hatchback besar dengan dua pilihan bateri — 58 kWh dan 72.6 kWh. Malaysia akan menerima kedua-duanya, dan variannya akan dijenamakan sama seperti Kona Electric juga — maka boleh dijangkakan Lite, Plus dan Max, jika hanya ada tiga varian ditawarkan kelak.

    Hyundai  Ioniq 5 — poster “dibuka tempahan” muncul, 58 kWh/72.6 kWh AWD, dilancarkan seawal Mac nanti?

    Di pasaran global, versi bateri 72.6 kWh didatangkan dalam janaan 215 hp/350 Nm (160 kW) motor tunggal pacuan belakang, atau 302 hp/605 Nm (225 kW) dwi-motor dengan sistem AWD. Namun Ioniq 5 paling berkuasa ini mungkin tidak akan ditawarkan di sini. Ia mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat dan laju maksimum 185 km/j. Varian ini mempunyai jarak perjalanan 430 km dengan kitara WLTP.

    Uniknya, Ioniq 5 mampu menyokong 400 V dan 800 V melalui lonjakkan pada motor elektrik dan inverternya, dan bukan menggunakan pengecas binaan dalam berasingan. Dengan pengecas pantas 350 kW DC, pengguna boleh mengecas dari 10 hingga 80% dalam masa 18 minit sahaja. Dengan lima minit mengecas pun ia mampu memberikan jarak tambahan 100 km (WLTP).

    Di sini, kita perlu tunggu untuk tahap pengecas seperti ini disediakan. Pengecas pantas DC yang ada ketika ini, seperti di rangkaian Shell Recharge adalah 180 kW. Pada kadar 50 kW, bateri 72.6 kWh Ioniq 5 boleh sampai ke 80% dalam masa 62 minit. 230V di rumah? Itu 0-100% memerlukan 31 jam.

    Hyundai  Ioniq 5 — poster “dibuka tempahan” muncul, 58 kWh/72.6 kWh AWD, dilancarkan seawal Mac nanti?

    Satu ciri menarik adalah soket vehicle-to-load (V2L) di bawah kerusi belakang, yang boleh membekalkan hingga 3.6 kW untuk untuk kegunaan basikal elektrik, skuter atau kelengkapan perkhemahan. Lebih menarik adalah rekaan reka bentuknya adalah adaptasi daripada Hyundai 45 Concept ketika pameran Frankfurt 2019, yang ketika itu turut mengambil ilham dari Hyundai Pony Coupe Concept 1974 oleh pereka Itali, Giorgetto Giugiaro.

    Ioniq 5 bersaiz agak besar. Ukurannya adalah 4,635 mm panjang dan 1,890 mm lebar, ia 430 mm lebih panjang dan 90 mm lebih lebar berbanding Kona Electric, dengan jarak antara rodanya yang tiga meter itu, Ioniq 5 adalah 400 mm lebih panjang berbanding Kona. Jarak antara rodanya juga lebih panjang dari Toyota Camry (2,825 mm) dan Mercedes-Benz E-Class (2,939 mm). Ini kereta besar.

    Untuk harga, boleh dijangkakan model ini nanti akan dijual lebih mahal berbanding Kona Electric, yang dijual pada harga RM150k (39.2 kWh) hingga RM200k (64 kWh).

     
     
  • Geely Emgrand dilancar di Filipina – harga bermula RM65k, 1.5L NA 102 PS/142 Nm, transmisi 5MT & CVT

    Geely Emgrand dilancar di Filipina – harga bermula RM65k, 1.5L NA 102 PS/142 Nm, transmisi 5MT & CVT

    Selepas tiga SUV dilancarkan di Filipina iaitu Azkarra, Coolray (kembar kepada Proton X50) dan Okavango, Geely kini melancarkan model sedan pertamanya di pasaran berkenaan iaitu Geely Emgrand. Sedan berkenaan buat masa sekarang ditawarkan dalam dua varian, dan akan disusuli dengan varian tambahan selepas ini.

    Ia dijual pada harga bermula 798,000 peso Filipina (RM65,145) untuk varian pertengahan Emgrand Comfort, diikuti varian paling tinggi Emgrand Premium dijual pada harga PHP908,000 (RM74,124). Manakala varian tambahan yang akan menyusul selepas ini adalah varian asas Emgrand S, namun harganya belum lagi diumumkan.

    Dari segi segmentasi, Geely meletakkan Emgrand sebagai model segmen-B yang berhadapan terus secara khusus dengan Toyota Vios dan Honda City di Filipina. Namun jika dilihat pada dimensi – 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, 1,460 mm tinggi serta jarak roda sejauh 2,650 mm – saiz Emgrand sebenarnya menghampiri model segmen-C.

    Sebagai perbandingan, saiz Honda City adalah 4,553 mm panjang (85 mm lebih pendek), 1,748 mm lebar (-72 mm), 1,467 mm tinggi (+7 mm) dan jarak roda sejauh 2,600 (-50 mm). Toyota Vios juga jauh lebih kecil dengan dimensi 4,425 mm panjang (-213 mm), 1,730 mm lebar (-90 mm), 1,475 mm tinggi (+15 mm) dan jarak roda sejauh 2,550 mm (-100 mm). Angka-angka yang disebutkan ini adalah berdasarkan spesifikasi model pasaran Filipina.

    Geely Emgrand dilancar di Filipina – harga bermula RM65k, 1.5L NA 102 PS/142 Nm, transmisi 5MT & CVT

    Model ini menampilkan rekaan sebuah sedan konvensional dengan lampu hadapan projektor bersama tiga jalur lampu nyalaan siang LED pada bahagian ‘kening’, direka seakan bersambung dengan garis bahu membawa ke lampu belakang. Pada bahagian muka, Emgrand hadir dengan gril jejari menegak, bersama perumah lampu kabus berbentuk segi-tiga pada bampar.

    Manakala di belakang, Emgrand diberikan lampu dengan bar bernyala yang merentangi sepenuhnya penutup but, bersama jalur grafik lampu utama berbentuk-N. Perumah nombor pendaftaran diletak tinggi pada penutup but, manakala pada bahagian bampar menampilkan kemasan seakan diffuser tanpa menyerlahkan sebaran tip ekzos.

    Pada bahagian kabin, model ini menerima papan pemuka yang direka minimalis serta yang direka dengan elemen melintang dan berlapis. Model pasaran Filipina ini diberikan skrin infotainmen berdiri sendiri-lapan inci di tengah. Model varian Comfort dan Premium pula diberikan brek parkir elektronik yang diletakkan pada konsol tengah, di belakang tombol gear.

    Dari segi kelengkapan, model asas varian S menerima lampu hadapan halogen projektor, lampu nyalaan siang LED, cermin sisi berkuasa, rim besi 15-inci dengan tayar 195/65R15, kemasan dalaman berwarna hitam, dua pembesar suara, tempat duduk hadapan larasan manual, upholsteri fabrik, sistem penghawa dingin automatik dengan liang kabin belakang, paparan pelbagai informasi 3.5-inci pada paparan instrumen, kawalan kestabilan elektronik dan kawalan cengkaman, sistem brek ABS dengan EBD, bantuan mula mendaki, pemantau tekanan angin tayar dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

    Geely Emgrand dilancar di Filipina – harga bermula RM65k, 1.5L NA 102 PS/142 Nm, transmisi 5MT & CVT

    Varian Comfort pula menerima peningkatan kelengkapan seperti rim aloi 17-inci dengan tayar 205/50R17, lampu hadapan automatik LED projektor, empat pembesar suara, tempat duduk pemandu dengan lebih larasan (masih manual), kamera undur, penderia parkir belakang, cruise control dan juga sistem kunci berpusat automatik berdasarkan penderia kelajuan.

    Model tertinggi Premium pula menerima kit-kit yang sama dengan varian Comfort, tetapi ditambah dengan fungsi penyahfros pada cermin sisi, pembuka but belakang tanpa sentuhan, kabin dengan tema warna putih dan biru, tambahan dua lagi pembesar suara (enam keseluruhan) tempat duduk pemandu larasan elektrik enam hala, upholsteri leatherette dan sued, bumbung suria, paparan instrumen digital sepenuhnya bersaiz 12.3-inci, bersama tambahan beg udara sisi dan tirai.

    Kesemua varian Geely Emgrand ini dijana oleh enjin JLC-4G15B 1.5 liter empat silinder NA, yang menghasilkan 102 PS (101 hp) pada takat 5,600 rpm dan tork maksima 142 Nm bermula 4,400 hingga 4,800 rpm. Ia agak kurang berkuasa berbanding Emgrand pasaran China yang menjana 114 PS (112 hp) dan tork maksima 147 Nm dari unit enjin yang sama.

    Model varian asas S menerima kotak gear manual lima-kelajuan, manakala varian lebih tinggi Comfort dan Premium hadir dengan kotak gear CVT automatik bersama lapan-kelajuan maya, serta mod pemanduan Eco, Comfort dan Sport. Kesemua varian tampil dengan suspensi topang McPherson di hadapan dan torsion beam di belakang, manakala hanya varian S diberikan brek dram di belakang, berbanding empat brek cakera pada varian Comfort dan Premium.

    Ada khabar mengatakan bahawa Emgrand turut akan tiba di Malaysia dengan lencana Proton. Namun berbeza dengan X50 dan X70 sebelum ini, Emgrand bakal menerima rekaan tersendiri dari Proton yang berbeza dari model pasaran Filipina dan China ini, tetapi masih menggunakan platform BMA yang sama.

    Sebelum ini Proton ada mengesahkan bahawa mereka bakal menggunakan enjin 1.5 liter tiga silinder Turbo dengan sistem suntikan pelbagai titik (sama seperti X50 varian Premium ke bawah) bersama kotak gear klac berkembar DCT tujuh kelajuan untuk model yang dibangunkan sendiri di Malaysia.

    Jadi ada kemungkinan besar sedan yang dibangunkan oleh Proton berasaskan platform BMA Emgrand, tetapi menampilkan enjin lebih berkuasa dan transmisi lebih baik berkenaan bukanlah model gantian untuk sedan segmen-B Proton Persona, ia mungkin model gantian untuk Proton Preve dan berhadapan terus dengan Honda Civic dan Toyota Corolla, kerana buat masa sekarang Proton memang tiada sedan segmen-C dalam barisan model yang dijual di bilik pameran.


     
     
  • Honda Hawk 11 akan didedah pertama kali di Osaka Motorcycle Show 19 Mac ini – cafe racer 1,100 cc?

    Honda Hawk 11 akan didedah pertama kali di Osaka Motorcycle Show 19 Mac ini – cafe racer 1,100 cc?

    Honda telah menyiarkan satu teaser motosikal baru yang akan mereka perkenalkan buat kali pertama kepada dunia waktu Osaka Motorcycle Show 19 Mac ini. Motosikal itu dipanggil sebagai Hawk 11 dan teaser tersebut menampakkan bahagian fairing hadapannya yang seperti cafe racer.

    Sudah tentu, spesifikasi motosikal ini masih lagi dirahsiakan, tetapi dalam siaran akhbar yang dikeluarkan, ia diberitahu menggunakan “konsep motosikal berkuasa tinggi, yang dapat memberikan nilai baru serta kehidupan bermotosikal yang memuaskan kepada pelanggan, terutamanya yang sudah berpengalaman.”

    Ramai yang menjangkakan, Hawk 11 ini akan menjadi pengganti kepada CB1100 yang sudah pun diberhentikan pengeluarannya, dan enjin yang nampak sesuai adalah unit dua silinder selari 1,084 cc seperti yang digunakan pada Africa Twin CRF1100L, NT1100 dan Rebel CMX1100.

    Honda Hawk 11 akan didedah pertama kali di Osaka Motorcycle Show 19 Mac ini – cafe racer 1,100 cc?

    Enjin NT1100

    Nama Hawk itu sendiri bukanlah baru bagi Honda kerana ia sudah digunakan sejak tahun 70-an lagi pada beberapa model termasuk siri CB dan NT, tetapi masuk awal tahun 90-an ia tidak lagi digunakan. Kebanyakan model Hawk ini datang dengan bentuk naked klasik dan tidak mempunyai fairing.

    Dalam siaran akhbar juga Honda berkata motosikal ini “membawa pakej badan yang memberikan tunggangan ringan, digabungkan bersama penggayaan elegan untuk menyampaikan rasa bermotosikal yang bukan sahaja bergantung kepada spesifikasi.”

     
     
  • Harga minyak dunia terus naik selepas Presiden Rusia keluarkan amaran untuk angkatan nuklearnya bersedia

    Harga minyak dunia terus naik selepas Presiden Rusia keluarkan amaran untuk angkatan nuklearnya bersedia

    Harga minyak dunia dilaporkan terus meningkat hampir 30% atau lebih lebih daripada AS$7 dalam dagangan awal hari ini selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengeluarkan arahan kepada angkatan nuklearnya untuk bersiap siaga susulan sekatan Barat dan Jepun terhadap bank-bank negara itu.

    Amaran nuklear dan sekatan pembayaran bank melonjakkan kebimbangan bahawa bekalan minyak dari pengeluar kedua terbesar dunia itu akan terganggu ketika Rusia memperhebatkan pencerobohannya ke atas Ukraine.

    Menurut laporan Reuters, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$5.46 atau 5.6% kepada AS$103.39 selepas mencecah setinggi AS$105.07 sebaik dagangan dibuka. Di mana kontrak penanda aras itu mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada AS$105.79 selepas pencerobohan itu tercetus.

    Selepas beberapa negara luar mengancam untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia yang menceroboh Ukraine, Putin bertindak lebih agresif dengan mengarahkan bala tenteranya yang dilengkapi senjata nuklear untuk bersiap siaga.

    Penganalisis harga minyak berpendapat, amaran yang dikeluarkan oleh Putin ini ternyata merupakan suatu bentuk ancaman yang jelas dan membimbangkan kerana ia turut mempengaruhi harga minyak dunia. Malahan berlaku ‘perang harga’ pada awal pagi ini selepas amaran tersebut dikeluarkan.

     
     
  • Honda Odyssey facelift 2022 diperkenalkan di M’sia — MPV 7-kerusi dikemaskini, 2.4L NA, CVT, dari RM275k

    Honda Odyssey facelift 2022 diperkenalkan di M’sia — MPV 7-kerusi dikemaskini, 2.4L NA, CVT, dari RM275k

    Honda Malaysia kini memperkenalkan secara rasmi Odyssey facelift untuk pasaran tempatan, selepas beberapa hari dilihat di jalanraya di sini. MPV tujuh-tempat duduk itu diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) dan dijual pada harga RM275,311 atas jalan tidak termasuk insuran. Ini sudah termasuk pengecualian SST hingga 30 Jun nanti.

    Ini merupakan facelift kali kedua untuk MPV berkenaan, dengan kali pertama itu dilakukan dan masuk ke pasaran sini pada Februari 2018. Dalam penawarannya yang terkini, Odyssey kelihatan lebih menawan dengan rekaan gril depan baru yang lebih menonjol dengan empat bilah jalur besar melintang.

    Itu membolehkannya menerima rekaan bonet yang lebih rata, dan disertai oleh palang krom yang dilanjutkan hingga ke ruangan lampu utama LED yang juga diberi rekaan baru. Apron bawah juga menempatkan lampu LED lain yang disepadukan ke dalam bukaan udara yang ada, juga diberikan sentuhan baru untuk ia nampak lebih lebar dan tajam.

    Dari tepi, Odyssey mengekalkan profil yang sama seperti sebelumnya, tetapi bahagian belakang menampilkan rekaan grafik baru untuk lampunya serta jalur krom merentangi kelebaran pintu. Perincian krom di bahagian bawah bampar berdekatan reflektor bampar belakang juga telah diterbalikkan dan dijadikan tidak ketara.

    Honda Odyssey facelift 2022 diperkenalkan di M’sia — MPV 7-kerusi dikemaskini, 2.4L NA, CVT, dari RM275k

    Di dalam, Odyssey menerima rekaan papan pemuka baru dengan skrin sentuh lapan-inci di tengah. Corong udara tengah dan juga penumpang kini lebih tirus dan menjadi pembahagi antara skrin sentuh dan lapisan tengah, yang turut menempatkan butang penghidup enjin dan juga panel sentuh bagi sistem pendingin hawa dan tombol gear.

    Dari segi kelengkapan, Honda Malaysia menyatakan Odyssey datang dengan rim aloi 17-inci, lampu isyarat sequential depan dan belakang, paparan kluster instrumen multi-info tujuh-inci, sistem infotainmen Advanced Display Audio dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, kerusi balutan kombinasi kulit, pintu ruang barangan belakang kendalian bebas-tangan dan pintu gelungsur berkuasa di belakang.

    Tujuh kerusinya disusun dalam konfigurasi 2-2-3, dengan barisan kedua menempatkan kerusi kapten dengan mekanisme ottoman. Seperti sebelum ini, kerusi barisan kedua boleh ditolak dan dilungsur dan sengetkan, sementara barisan ketiga boleh dilipat sepenuhnya jika memerlukan lebih ruang. Ruang depan hadir dengan kawalan pendingin dwi-zon di depan, dan di belakang dengan zon-tunggal dan corong di bumbung.

    Honda Odyssey facelift 2022 diperkenalkan di M’sia — MPV 7-kerusi dikemaskini, 2.4L NA, CVT, dari RM275k

    Aspek keselamatan dan bantuan pemandu pula, Odyssey terus dilengkapi dengan Honda Sensing sebagai ciri standard. Sistem yang termasuk adalah Adaptive Cruise Control (ACC), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Forward Collision Warning (FCW), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High Beam (AHB).

    Ini disertai juga oleh kamera belakang pelbagai sudut, peninjau titik buta dan amaran lintasan trafik belakang, serta sistem pasif seperti enam beg udara, bantuan mula mendaki, kawalan kestabilan, ABS, EBD dan Bantuan Brek.

    Untuk enjin, ia menggunakan unit 2.4 liter DOHC i-VTEC sebelum ini, dengan NA dan empat-silinder yang menjana sebanyak 175 PS (173 hp) pada 6,200 rpm dan 225 Nm tork pada 4,000 rpm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik CVT.

    Tiga pilihan warna tersedia, terdiri daripada Platinum White Pearl, Premium Twinkle Black Pearl dan Super Platinum Metallic. Harganya termasuk jaminan tanpa had perbatuan selama lima-tahun dengan kos buruh percuma hingga lima kali servis dalam tempoh lima-tahun atau 100,000 km.

     
     
  • MForce siar teaser model baru, skuter Keeway 270 cc?

    MForce Bike Holdings Sdn Bhd yang merupakan pengedar rasmi bagi beberapa jenama motosikal di Malaysia akan melancarkan sebuah model baru tidak lama lagi apabila dilihat menyiarkan video teaser melalui laman Facebook MForce TV.

    Video pendek itu cuma menampakkan bahagian lampu hadapannya, sementara bentuknya juga tidak begitu jelas kerana telah digelapkan. Apa yang pasti adalah ia mempunyai lampu DRL LED, lampu utama jenis projector LED dan lampu penunjuk arah yang mengikut bentuk badan (bukan terkeluar).

    Agak sukar untuk mendapat idea apakah model baru ini tetapi mata-mata yang tajam mengatakan ini adalah Keeway GT270. Skuter ini sudah dilancarkan di Thailand tahun lalu sementara di Eropah, ia dikenali sebagai Keeway Vieste.

    MForce siar teaser model baru, skuter Keeway 270 cc?

    Jika benar model dalam teaser ini adalah Keeway GT270, muncul pula persoalan tentang enjin apakah yang akan diguna, kerana di Eropah, model ini ditawarkan dalam versi 125 cc dan 278 cc. Daripada pemerhatian kami kepada MForce yang jarang ingin ketinggalan berbanding pesaingnya, kami jangkakan ia adalah unit yang berkapasiti lebih besar.

    Keeway GT270 dipacu oleh enjin satu silinder 278.2 cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik dan penyejukan cecair, dipadankan bersama transmisi CVT dan mampu menghasilkan kuasa 18.7 hp pada 6,500 rpm dan 22.5 Nm tork pada 6,000 rpm.

    Antara kelengkapan lainnya adalah termasuk rim 13 inci, tangki bahan api 12 liter, fork teleskopik, dua penyerap hentak di belakang, sistem tanpa kunci, panel meter gabungan analog dan LCD, brek cakera tunggal di hadapan dan belakang dan ruang simpanan di bawah tempat duduk. Selain model standard, GT270 ini juga datang dalam versi bergaya offroad dengan tambahan aksesori di Thailand.

     
     
  • BMW Malaysia, Millennium Welt memperkenalkan pengecas EV di Gamuda Gardens; beroperasi 24 jam

    BMW Malaysia, Millennium Welt memperkenalkan pengecas EV di Gamuda Gardens; beroperasi 24 jam

    BMW Malaysia bersama Millennium Welt telah pun memperkenalkan fasiliti BMW i Charging untuk kenderaan bateri-elektrik dan plug-in hybrid, terletak di Gamuda Gardens berhampiran Rawang, Selangor.

    Fasiliti pengecasan ini dibuka untuk kegunaan umum, dan akan memberi perkhidmatan kepada penduduk yang memiliki kenderaan elektrik yang tinggal di sekitar Gamuda Gardens. Stesen pengecasan ini terletak di hadapan pintu masuk Gamuda Gardens Experince Gallery, menempatkan dua petak pengecasan untuk dua buah kenderaan, dan beroperasi 24 jam seminggu.

    Ia menampilkan dua pengecas BMW i Wallbox, setiap satunya pada kadar 11 kW AC. Untuk kenderaan seperti BMW iX seperti dalam fotografi di fasiliti pengecasan ini, ia dicas menerusi sambungan Type 2 yang mengambil masa sekitar tujuh jam 15 minit untuk pengecasan penuh. Bagi model BMW iX xDrive40 mempunyai dua motor elektrik dengan gabungan kuasa sehingga 326 PS dan tork 630 Nm, membolehkan ia dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.1 saat dan kelajuan maksimum cecah 200 km/j.

    “Kami yakin dengan masa hadapan mobiliti di Malaysia adalah kenderaan elektrik, dan kami melihat peningkatan dalam penggunaan dan minat terhadap kenderaan elektrik keluaran BMW di kalangan pelanggan kami. Pengenalan fasiliti Pengecasan BMW i baharu di Gamuda Gardens ini membuktikan komitmen kami, seiring dengan BMW Group Malaysia, untuk menyediakan kemudahan buat pemilik kenderaan elektrik di negara ini, dengan pengalaman pemilikan yang menjadi ciri istimewa BMW i,” kata Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong.

    Gamuda Land, pemaju Gamuda Gardens berhasrat untuk mengembangkan lagi kerjasama dengan BMW Malaysia untuk memperkenalkan lebih banyak fasiliti pengecasan EV, kata Millennium Welt. Terbaru mengenai perkembangan Millennium Welt pula, pengedar BMW ini telah melancarkan pusat pengedaran BMW keempat kendaliannya, kali ini terletak di Kuala Lumpur, yang merupakan pengedar pertama di Lembah Klang, selain di Seremban, Negeri Sembilan; Batu Pahat, Johor dan Kuantan, Pahang.

     
     
  • Lesen memandu E2, E1 dan E digabungkan jadi Kelas Lesen E sahaja mulai 1 Mac 2022 – Menteri MOT

    Lesen memandu E2, E1 dan E digabungkan jadi Kelas Lesen E sahaja mulai 1 Mac 2022 – Menteri MOT

    Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah memaklumkan tiga kelas Lesen Memandu Malaysia (LMM) dalam kelas Lesen E sedia ada iaitu Lesen E2, E1 dan E akan digabungkan menjadi satu kelas Lesen E sahaja, berkuatkuasa 1 Mac 2022.

    Menurut menterinya, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, mulai tarikh berkuatkuasa ini juga, LMM dalam kelas Lesen E1 dan E2 tidak lagi ditawarkan kepada orang ramai. Katanya, ia bertujuan memberi manfaat kepada orang ramai untuk tempoh masa panjang apabila mereka boleh memandu semua kelas kenderaan motokar berat (dengan mempunyai LMM dalam Kelas Lesen E) dan tidak terhad kepada sesuatu kategori BTM (berat tanpa muatan) kenderaan motokar berat tertentu sahaja.

    “Penggabungan ini juga memudahkan, menjimatkan dan membuka peluang lebih luas kepada mana-mana individu untuk mendapatkan peluang-peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perdagangan terutamanya dalam tempoh pasca pandemik COVID-19.

    Lesen memandu E2, E1 dan E digabungkan jadi Kelas Lesen E sahaja mulai 1 Mac 2022 – Menteri MOT

    “Sebelum ini, setiap individu perlu menjalani proses menambah kelas lesen dari proses mula ke akhir apabila hendak mendapatkan kelas Lesen E2 dan ke Lesen E, yang memerlukan perbelanjaan kewangan tambahan, implikasi masa dan proses pembelajaran/pengujian di Institut Memandu (IM),”jelas Dr Wee.

    Tambahnya lagi, setakat 18 Februari 2022, hanya sekitar 62 ribu sahaja pemegang Lesen Memandu Kelas E1 dan E2 yang masih aktif, daripada lebih kurang 90 ribu yang direkodkan. Daripada jumlah yang masih aktif ini, hanya sekitar 11 ribu sahaja yang mempunyai Lesen Vokasional sama ada sebagai pemandu kenderaan perkhidmatan awam termasuk pemandu bas mahupun kenderaan barangan.

    Justeru, kesemua pemegang Lesen E1 dan E2 sedia ada ditawarkan untuk menjalani satu program peralihan bagi mendapatkan Lesen E. Selain itu, program peralihan juga akan ditawarkan kepada pemegang Lesen Vokasional dalam Kelas E1 dan E2 ke Lesen Vokasional Kelas Lesen E kepada mana-mana individu yang berminat untuk mencari peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perkhidmatan awam mahupun kenderaan barangan.

    Lesen memandu E2, E1 dan E digabungkan jadi Kelas Lesen E sahaja mulai 1 Mac 2022 – Menteri MOT

    “Program peralihan ini amat penting demi memastikan tahap kompetensi dan keselamatan pemanduan individu terlibat, mengambil kira perbezaan dalam jenis-jenis kenderaan motokar berat yang akan terlibat termasuk melibatkan pemanduan kenderaan penggerak utama dan semi treler.

    “Tempoh masa bagi semua pemegang Lesen E1 dan E2 sedia ada untuk menduduki program peralihan ini ditetapkan selama lima tahun, mulai tarikh kuatkuasa 1 Mac 2022. Agensi di bawah MOT, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam proses memuktamadkan semua keperluan pengajaran, pembelajaran, latihan amali/praktikal dan ujian bagi program peralihan ini,” katanya.

    Untuk itu, semua individu yang terlibat boleh mula memohon untuk menduduki program peralihan ini mulai 1 Mac 2022. Manakala maklumat dan perincian termasuk kaedah permohonan, syarat-syarat permohonan, dan fi yang akan dikenakan bagi menduduki program peralihan ini akan dimaklumkan oleh pihak JPJ dalam masa terdekat.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.10
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.85 (-0.05)
EURO 5 B7 RM3.05 (-0.05)
Last Updated Aug 21, 2025