Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Golongan T20 nikmati sebahagian besar subsidi bahan api, 53 sen dari RM1 diambil orang kaya – Tg. Zafrul

    Golongan T20 nikmati sebahagian besar subsidi bahan api, 53 sen dari RM1 diambil orang kaya – Tg. Zafrul

    Harga minyak dunia semakin hari semakin naik. Ini menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa menanggung jumlah subsidi bahan api yang tinggi bagi memastikan petrol RON 95 dapat dijual pada harga RM2.05 seliter. Namun mekanisma subsidi ini mungkin tidak akan bertahan lama.

    Laporan sebelum ini ada menyatakan bahawa kerajaan sedang merancang struktur subsidi bahan api yang lebih bersasar untuk mengurangkan beban kewangannya, berbanding kaedah sedia ada menyaksikan ia diberi kepada semua rakyat Malaysia tak kira dari golongan susah atau kaya.

    Dalam laporan Astro Awani, menteri kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa golongan kaya atau kumpulan T20 ketika ini lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukan oleh kerajaan tersebut, termasuk sebahagian besar subsidi petroleum berjumlah RM4 bilion setakat Mac tahun ini, kerana subsidi yang disalurkan kerajaan bersifat menyeluruh dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

    “Setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen pergi kepada golongan T20 manakala 15 sen dimanfaatkan oleh B40. Jadi, contohnya subsidi tahun ini dijangka melebihi RM30 bilion juta dan lebih RM15 bilion juta itu adalah subsidi kepada T20,” jelas dalam temu ramah Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022 semalam.

    Golongan T20 nikmati sebahagian besar subsidi bahan api, 53 sen dari RM1 diambil orang kaya – Tg. Zafrul

    Beliau turut memberitahu bahawa kerajaan kini sedang mengkaji semula mekanisme pemberian subsidi elektrik dan petrol supaya ia lebih bersasar dan menumpukan kepada golongan rentan, bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan sumber negara ditumpukan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

    “Pada Februari 2021, subsidi produk petroleum yang ditanggung oleh kerajaan hanya RM200 juta. Namun, menjelang Januari 2022, ianya adalah RM2 bilion dan pada Mac pula sudah lebih RM4 bilion.

    “Manakala untuk subsidi elektrik pada separuh tahun pertama 2022, kerajaan mengekalkan tarif elektrik untuk semua kediaman iaitu besar dan kecil dengan kos subsidi lebih kurang RM700 juta.

    “Kerajaan sedang kaji cara penyelarasan, di mana kita telah buat sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan bawa kepada Kabinet dalam masa terdekat. Yang penting data yang ada dan juga cara kita nak guna platform apa untuk pastikan golongan kita sasarkan dapat bantuan kerajaan,” tambah beliau.

    Golongan T20 nikmati sebahagian besar subsidi bahan api, 53 sen dari RM1 diambil orang kaya – Tg. Zafrul

    Zafrul turut menjelaskan bahawa walaupun subsidi yang disalurkan ini dilihat menambah beban kewangan pada kerajaan, ia masih sangat penting bagi memastikan kadar inflasi stabil dan kekal rendah.

    “Dengan dasar subsidi ini, kadar inflasi agak rendah dan diunjurkan antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus.

    “Kalau kita nak bandingkan kadar inflasi Malaysia dengan kadar inflasi di negara-negara lain, terutamanya apa yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), IMF mengunjurkan kadar inflasi bagi negara maju adalah 5.7 peratus dan bagi negara membangun ialah 8.7 peratus.

    “Kadar inflasi Mac 2022 bagi Malaysia hanyalah 2.2 peratus,” jelas beliau lagi.

     
     
  • Mudahkan penggunaan kenderaan mikromobiliti, bukan haramkannya – Datuk Seri Najib Tun Razak

    Mudahkan penggunaan kenderaan mikromobiliti, bukan haramkannya – Datuk Seri Najib Tun Razak

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluahkan pendapat beliau mengenai larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti dalam tiga kategori iaitu Moped, Personal Mobility Devices (PMD – contohnya kerusi roda bermotor, skuter mobiliti) dan Personal Mobility Aids (PMA – contohnya e-skuter, hoverboard, papan luncur dan kick scooter).

    Menerusi entri yang dimuat naik di Facebook rasminya, Najib berkata hubungan ‘first mile’ dan ‘last mile’ yang optimum, berkesan dan cekap untuk pengguna adalah sangat penting bagi kejayaan pengangkutan awam seperti bas, LRT, monorail KTM komuter dan MRT.

    “Selaras dengan pendirian ini, kerajaan BN masa saya PM banyak memberi tumpuan kepada bas, jejantas dan walkway dalam bandar yang berhawa dingin atau berkipas. Sebab itu, pandangan saya ialah kerajaan hari ini patut memudahkan dan menggalakkan penggunaan kenderaan mikromobiliti – bukan menghalangnya,” katanya.

    Tambah beliau lagi, di Malaysia, ada lima cara yang dibenarkan untuk bergerak dalam bandar – berjalan kaki, berbasikal, bermotosikal, kereta dan bas.

    Mudahkan penggunaan kenderaan mikromobiliti, bukan haramkannya – Datuk Seri Najib Tun Razak

    “Bagi memudahkan penggunaan mikromobiliti, kerajaan boleh meletakkan syarat bahawa setiap model mikromobiliti yang ingin dijual di Malaysia perlu diluluskan ciri keselamatannya dan dikategorikan mengikut lima cara pengangkutan yang saya sebut tadi.

    “Jenis mikromobiliti kecil yang perlahan dan tidak berbeza banyak dengan berjalan kaki dibenarkan untuk digunakan di laluan pejalan kaki. Mikromobiliti yang lebih dekat dengan basikal pula dibenarkan untuk digunakan di laluan basikal sedia ada dan seterusnya,” ujarnya lagi.

    Jelas beliau, kerajaan perlu menetapkan penalti atau hukuman yang lebih berat sekiranya bimbang sekiranya pengguna mikromobilti tidak bertanggungjawab dan akan mengganggu pengguna jalanraya atau lalu lintas pejalan kaki

    “Sekiranya berhasrat untuk menjayakan pengangkutan awam yang menerima pelaburan begitu besar bagi mengurangkan kesesakan trafik dalam bandar maka kerajaan tidak patut pukul sama rata dengan menghalang penggunaan mikromobiliti,”katanya.

    Hubungan 'first mile' dan 'last mile' yang optimum, berkesan dan cekap untuk pengguna adalah sangat penting bagi…

    Posted by Najib Razak on Sunday, 15 May 2022

    Pada akhir April lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di jalan raya. Katanya, larangan terhadap tiga kategori kenderaan mikromobiliti itu dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mobiliti Tertentu) 2021 yang berkuat kuasa 17 Dis 2021.

    Walau bagaimana pun, buat masa ini, kementerian terbabit sedang bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam merangka garis panduan penggunaan kenderaan mikromobiliti.

    “Bidang kuasa bagi kenderaan mikromobiliti adalah di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT) dan oleh sebab itu, kami mempunyai kawalan (ke atas penggunaan kenderaan tersebut) di atas jalan raya. Untuk kawasan selain jalan raya, ia adalah terpulang kepada KPKT untuk mewujudkan garis panduan dalam menentukan di mana kenderaan itu boleh digunakan,” kata Mike Chong Yew Chuan selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Menteri Pengangkutan.

    Beliau turut menjelaskan bahawa larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti hanyalah di atas jalan raya dan bukanlah larangan secara menyeluruh. Malahan katanya, MoT tidak pernah melaksanakan larangan penuh penggunaan kenderaan seperti itu. Di mana orang awam masih boleh menggunakan kenderaan tersebut, tetapi hanya di tempat-tempat yang dikhaskan yang akan ditentukan oleh KPKT dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

     
     
  • Honda HR-V 2022 akan dilancar di M’sia tak lama lagi – apa yang anda perlu tahu tentang SUV segmen-B ini

    Honda HR-V 2022 akan dilancar di M’sia tak lama lagi – apa yang anda perlu tahu tentang SUV segmen-B ini

    Ketika Proton X50 tiba di pasaran Malaysia pada Oktober 2020, saingan terdekatnya yang juga SUV segmen-B paling popular di Malaysia ketika itu iaitu Honda HR-V generasi kedua sudahpun berada lebih lima tahun dalam pasaran.

    Ini memudahkan tugas X50 untuk terus merampas takhta tersebut dari HR-V, bukan sahaja kerana model dari Honda berkenaan dijual pada harga lebih mahal, malah dengan usia yang hampir tiba ke hujung hayat produksi, HR-V turut ketinggalan dari segi teknologi dan juga perincian.

    Malah dalam satu ujian pelanggaran secara berhadapan di China antara kembar Proton X50 di sana iaitu Geely Binyue dan juga HR-V generasi kedua berkenaan, jelas Binyue/X50 mempunyai kerangka yang jauh lebih kuat berikutan perbezaan era produksi antara kedua-dua SUV segmen-B tersebut.

    Namun X50 mungkin akan berhadapan lawan sebenarnya tidak lama lagi – Honda HR-V generasi ketiga sudah pun didedahkan untuk peringkat global pada Februari tahun lalu, dan sudah mendarat di pasaran Asia Tenggara; ia secara rasmi dilancarkan di Thailand pada November 2021, kemudian di Indonesia pada Mac tahun ini.

    Honda HR-V 2022 akan dilancar di M’sia tak lama lagi – apa yang anda perlu tahu tentang SUV segmen-B ini

    Jiran seberang tambak iaitu Singapura turut telah menerima HR-V generasi ketiga berkenaan. Dan setelah pintu sempadan di buka Malaysia-Singapura dibuka semula pada 1 April lalu, unit-unit HR-V baharu itu dengan nombor pendaftaran republik tersebut dapat dilihat berkeliaran sekitar Johor Bahru dan semenanjung Malaysia.

    Jadi bila tiba pasaran Malaysia pula akan menerima HR-V generasi baharu ini? Berita baik, ketika satu majlis bersama media diadakan oleh Honda Malaysia Februari lalu, syarikat berkenaan telah memberi petunjuk bahawa HR-V baharu tersebut akan dilancarkan pada pasaran tempatan tahun ini juga. Malah, kelibat unit ujian prototaipnya juga telah kelihatan di uji di sini pada bulan yang sama.

    Seperti model generasi sedia ada, HR-V 2022 ini dijangka turut bakal dihasilkan secara pemasangan tempatan, diproduksi di kilang Honda Pegoh, Melaka bagi memastikan ia dapat dijual pada harga kekal kompetitif. HR-V ini juga bukan hanya akan berhadapan dengan Proton X50, malah ia turut perlu bersaing dengan jenama senegara iaitu Toyota Corolla Cross juga dijual dalam versi CKD, dipasang di kilang Toyota Bukit Raja, menjadi model pertama Toyota dengan platform TNGA dipasang menerusi fasiliti berkenaan.

    Honda HR-V 2022 versi mana yang bakal kita terima?

    Honda HR-V 2022 akan dilancar di M’sia tak lama lagi – apa yang anda perlu tahu tentang SUV segmen-B ini

    Honda HR-V 2023 pasaran Amerika Syarikat yang dihasilkan dari platform Civic, serta bakal dijual di pasaran global lain dengan nama Honda ZR-V

    Apa yang menarik, Honda HR-V generasi baharu ini diperkenalkan bukan sahaja dalam beberapa versi kemasan dan unit rangkaian kuasa berbeza, malah ia turut hadir dengan dua kerangka badan berlainan mengikut pasaran. Bagi model yang membuat kemunculan di Jepun dan Eropah, ia masih kekal sebagai SUV segmen-B seperti model generasi sebelumnya.

    Namun Honda membuat kejutan untuk HR-V 2023 pasaran Amerika Syarikat – ia bukan sahaja menampilkan rupa muka, bentuk badan dan belakang yang langsung tidak sama, malah dihasilkan lebih besar sebagai SUV segmen-C kerana diasaskan dari platform sama seperti Honda Civic generasi ke-11.

    Tetapi menurut Honda, SUV yang diperkenalkan di Amerika Syarikat berkenaan tetap akan dijual dipasaran global, namun ia akan dikenali sebagai Honda ZR-V untuk pasaran di luar AS – dikatakan sebagai model sebenar dibangunkan untuk berhadapan terus dengan Toyota Corolla Cross, diletakkan di tengah-tengah antara HR-V dan CR-V.

    Honda ZR-V ini telah pun dilancarkan di China awal bulan ini, dan tidak mustahil ia turut akan tiba di Asia Tenggara termasuk Malaysia kelak kerana Corolla Cross diterima dengan baik di rantau ini.

    Lupakan berkenaan ZR-V ini terlebih dahulu, kerana model yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi adalah HR-V sebenar, iaitu SUV kompak dalam kelas segmen-B. Namun apa yang perlu anda ambil perhatian adalah kemasan dan juga unit rangkaian kuasa untuk model berkenaan, yang mungkin berbeza dengan apa yang ditawarkan di Thailand mahupun Indonesia.

    Honda HR-V generasi ketiga ini dihasilkan dalam dua muka berbeza. Untuk versi ‘biasa’, ia diberikan gril dengan bar melintang. Manakala satu lagi versi lebih sporty dengan lencana RS datang dengan gril hadapan dengan elemen pin krom, bersama kit-kit aero lain dan juga lebih banyak kemasan dalam warna hitam berkilat.

    Melihat pada penawaran yang diberikan oleh Honda Malaysia terhadap model terkininya seperti City, City Hatchback dan Civic, kami jangka HR-V pasaran Malaysia kelak turut bakal ditawarkan dalam varian RS sebagai versi paling sporty yang juga paling mahal.

    Dan mungkin, Honda HR-V ini hanya ditawarkan dalam kemasan RS di Malaysia, tetapi hadir dalam pilihan enjin petrol penuh dan hibrid. Walau bagaimanapun, ini hanyalah spekulasi dari kami. Sekiranya HR-V dengan muka ‘biasa’ turut ditawarkan di Malaysia, mungkin versi hibrid e:HEV akan datang dalam kemasan RS, seperti City dan City Hatchback.

    Enjin apa yang bakal dibekalkan bagi HR-V 2022 pasaran Malaysia?

    Honda HR-V 2022 akan dilancar di M’sia tak lama lagi – apa yang anda perlu tahu tentang SUV segmen-B ini

    Secara global, HR-V generasi ketiga ini hadir dalam tiga unit rangkaian kuasa, dan ia ditawarkan bergantung kepada pasaran. Tiga unit rangkaian kuasa berkenaan adalah seperti berikut:

    1.5 liter empat-silinder i-VTEC NA
    – 121 PS pada takat 6,600 rpm
    – 145 Nm pada takat 4,300 rpm
    – Transmisi CVT automatik

    1.5 liter empat silinder VTEC Turbo
    – 177 PS pada takat 6,000 rpm
    – 240 Nm pada takat 1,700 hingga 4,500 rpm
    – Transmisi CVT

    1.5 liter empat-silinder dengan sistem hibrid e:HEV
    – Kitaran Atkinson
    – 105 hp dan tork 127 Nm dari enjin petrol
    – 131 hp dan tork 253 Nm untuk output keseluruhan sistem

    Di Indonesia, model dengan muka ‘biasa’ adalah dari varian E dan E SE, dijana oleh enjin 1.5 liter i-VTEC NA, manakala model RS pula hadir dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo. Untuk pengetahuan anda, Indonesia merupakan pasaran pertama di dunia menerima Honda HR-V generasi ketiga yang dijana oleh enjin 1.5L VTEC Turbo. Namun ini bukan kali pertama Honda menawarkan HR-V dengan enjin 1.5L VTEC Turbo kerana sebelum ini enjin tersebut pernah ditawarkan pada HR-V generasi kedua menerusi varian Sport untuk pasaran Eropah dan juga Vezel (nama HR-V di Jepun) dalam varian Touring bagi model JDM.

    Manakala untuk pasaran Thailand, tidak kira model dengan muka ‘biasa’ (varian E dan EL) atau varian RS, kesemuanya hanya ditawarkan dengan unit rangkaian kuasa hibrid e:HEV menggunakan sistem Intelligent-Multi Mode Drive (i-MMD). Sistem tersebut berfungsi sama seperti sistem hibrid pada City RS e:HEV, di mana dalam kebanyakkan masa ia akan bergerak hanya dengan dipacu motor elektrik, sementara enjin petrol 1.5 liter kitaran Atkinson berkenaan kebanyakkan masanya hanya berfungsi untuk mengecas bateri lithium-ion, dan hanya memacu roda hadapan pada kelajuan tertentu. Honda mendakwa HR-V e:HEV ini mampu untuk mencapai penggunaan bahan api serendah 25.6 km/l.

    Kami jangkakan bahawa model pasaran Malaysia akan ditawarkan dalam versi hybrid e:HEV dan juga versi 1.5 Turbo, berdasarkan keutamaan dan komitmen Honda Malaysia buat masa sekarang. Malaysia juga tidak akan menerima model dengan enjin 1.5L NA kerana varian berkenaan tidak ditawarkan di sini pada model generasi sedia ada, yang menampilkan hanya enjin 1.8L i-VTEC NA bagi kesemua varian bukan hibrid.

    Adakah HR-V 2022 dihasilkan lebih besar berbanding model sebelumnya?

    Honda HR-V 2022 akan dilancar di M’sia tak lama lagi – apa yang anda perlu tahu tentang SUV segmen-B iniHonda HR-V 2022 akan dilancar di M’sia tak lama lagi – apa yang anda perlu tahu tentang SUV segmen-B ini

    Honda HR-V generasi sedia ada yang dijual pada pasaran Malaysia buat masa sekarang menampilkan dimensi panjang 4,346 mm, lebar 1,790 mm, tinggi 1,605 mm serta jarak roda sejauh 2,610 mm. Manakala model generasi ketiga pula menampilkan dimensi panjang 4,385 mm, lebar 1,790 mm, tinggi 1,590 mm serta jarak roda 2,610 mm.

    Jadi walaupun jika melihat pada gambar seperti model generasi baharu ini lebih besar, hakikatnya kedua-dua model berkenaan mempunyai jarak roda dan lebar yang sama, cuma ia sedikit lebih panjang dan sedikit lebih lebar. Honda memberikan juntaian hadapan dan belakang yang sedikit lebih panjang dari model sebelumnya, bersama ruang dalaman yang direka lebih luas.

    Berapa harga jualan untuk HR-V generasi ketiga ini?

    Honda HR-V 2022 akan dilancar di M’sia tak lama lagi – apa yang anda perlu tahu tentang SUV segmen-B ini

    Perkara ini agak sukar untuk dijangka. Buat masa sekarang, Honda HR-V generasi kedua dalam kemaskini 2022 dijual di Malaysia pada harga seperti berikut:

    Honda HR-V 1.8 E 2022– RM 104,000.21
    Honda HR-V 1.8 SE 2022 – RM 105,363.85
    Honda HR-V 1.8 V 2022 – RM 113,421.92
    Honda HR-V 1.5 Hybrid 2022 – RM 113,954.82
    Honda HR-V 1.8 RS 2022 – RM 118,581.81

    Namun perlu diingat, harga tersebut adalah harga dengan pengecualian cukai jualan (SST) yang diberikan oleh kerajaan buat masa sekarang dan bakal berakhir pada 30 Jun ini. Harga untuk HR-V generasi ketiga ini mungkin perlu dijangka berdasarkan harga jualan HR-V generasi kedua pada tahun 2019 tanpa SST seperti yang kami senaraikan di bawah, dan anda boleh lihat ia adalah sekitar 4-5% lebih tinggi.

    Honda HR-V 1.8 E 2019 – RM 108,800.00
    Honda HR-V 1.8 V 2019 – RM 118,800.00
    Honda HR-V 1.5 Hybrid 2019 – RM 120,800.00
    Honda HR-V RS 2019 – RM 124,800.00

    HR-V generasi ketiga kelak mungkin akan lebih mahal berbanding harga HR-V generasi kedua pada 2019 ini, bukan hanya kerana unit rangkaian kuasa lebih baik diberikan, malah ia turut tampil dengan pelbagai teknologi baharu seperti pakej bantuan pemanduan termaju Honda Sensing dan sebagainya.

    Jika kita ambil harga untuk City Hatchback baharu sebagai contoh, model tertinggi e:HEV RS dijual pada harga RM 107,783.09, manakala varian paling mahal dengan enjin petrol penuh dijual pada harga RM 91,708.51. Bagi City Sedan e:HEV RS pula dijual pada harga RM 105,950.45, berbanding varian petrol penuh paling mahal iaitu 1.5 V dijual pada harga RM 90,212.36.

    Seperti yang dinyatakan tadi, sistem i-MMD pada varian hibrid e:HEV ini adalah lebih seakan kereta elektrik sebenar dengan enjin petrol yang lebih berfungsi seperti generator elektrik, lebih canggih dari sistem hibrid i-DCD sebelumya – menjadikan ia sekitar RM15k atau 17% lebih mahal.

    Jika kita ambil harga Honda HR-V 1.8 V 2019 dengan SST sebagai asas dan ditambah dengan 17%, kita boleh jangkakan bahawa model tertinggi Honda HR-V e:HEV RS ini kelak akan dijual pada harga sekitar RM138k. Harga tersebut masih lebih rendah berbanding harga bagi varian paling rendah untuk CR-V dengan SST iaitu RM151k, jadi jangkaan ini mungkin akan dekat dengan harga sebenarnya nanti.

    Apa pun, ini semua adalah jangkaan dan spekulasi yang kami buat berdasarkan fakta-fakta sebelum ini. Anda pula bagaimana? Tak sabar nak tunggu pelancaran Honda HR-V 2022 ini sebagai alternatif kepada Proton X50 dan Toyota Corolla Cross? Ada teori sendiri berapa harga jualan dan spesifikasi yang ditawarkan nanti? Kongsikannya bersama kami sama ada pada ruang komen di bawah mahupun di ruangan komen hantaran media sosial kami.

    GALERI: Honda HR-V RS e:HEV 2022 pasaran Thailand

     
     
  • JPJ eBId: Plat nombor SYT, PQH bakal dibuka bidaan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan bidaan bagi siri plat nombor SYT dan PQH yang bakal dibuka menerusi platform bidaan dalam talian, JPJ eBid.

    Siri nombor terkini Sabah, ‘SYT’, bakal dibuka bidaannya pada 22 Mei ini. Tempoh bidaan menerusi JPJ eBid adalah lima hari, dan ia akan berakhir pada 26 Mei jam 10 malam. Manakala keputusannya akan diumumkan pada 27 Mei.

    Untuk siri plat nombor Pulau Pinang, ‘PQH’ pula, bidaannya akan bermula pada 20 Mei dan tamat pada 24 Mei, jam 10 malam. Keputusannya juga akan diumumkan pada keesokan harinya, 25 Mei 2022. Seperti biasa, semua proses adalah menerusi dalam talian, dan pembida akan mendapat berita baik (atau sebaliknya) menerusi e-mel.

    Kalau anda berminat untuk melakukan bidaan sendiri, anda bolehlah rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang dihajati.

     
     
  • Puig Diablo diperkenal, guna asas Yamaha MT-09 SP

    Puig Diablo diperkenal, guna asas Yamaha MT-09 SP

    Pengeluar aksesori motosikal terkenal dari Sepanyol, iaitu Puig telah memperkenalkan kepada dunia sebuah motosikal konsep yang dinamakan sebagai Diablo. Menariknya, walaupun nampak seperti sebuah motosikal serba baru, ia sebenarnya menggunakan asas daripada Yamaha MT-09 SP.

    Tujuan utama Puig menghasilkan model konsep ini adalah untuk menunjukkan hala tuju rekaan produk mereka, serta membuka perbincangan kepada orang ramai tentang apakah ciri dan aksesori yang diperlukan pada motosikal masa hadapan.

    Tiada had kreativiti yang ditetapkan semasa pembangunan rekaan motosikal ini, dan jurutera serta pereka Puig masih mengekalkan falsafah utama syarikat untuk menambah elok estetik dan prestasi sebuah motosikal produksi biasa.

    Puig Diablo diperkenal, guna asas Yamaha MT-09 SP

    Selain aksesori seperti pelindung cakera, lampu, penghadang angin, pelindung enjin serta panel tambahan, kedudukan menunggang motosikal ini turut diubah mengikut kajian ergonomik yang dijalankan untuk meningkatkan ciri aerodinamik serta perlindungan kepada penunggang.

    “Ini adalah kali pertama kami berhadapan dengan satu projek rekaan yang bebas seperti ini, ia memberikan cabaran serta pembelajaran yang sangat menarik bagi keseluruhan pasukan kerana membenarkan kami untuk melihat apa yang kami mampu lakukan, garis rekaan baru serta pelbagai idea untuk masa hadapan yang terhasil daripadanya,” kata ketua bahagian rekaan Puig, Berta Perarnau.

     
     
  • Jejambat Jalan Tun Razak ke Bulatan Kampung Pandan dan MEX kini dibuka untuk laluan trafik

    Jejambat Jalan Tun Razak ke Bulatan Kampung Pandan dan MEX kini dibuka untuk laluan trafik

    Berita ini mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada para pengguna jalan raya yang sering keluar-masuk bandaraya KL. Jejambat atau flyover Jalan Tun Razak yang menghala ke Bulatan Kampung Pandan dan Lebuhraya MEX kini telah pun dibuka.

    Laluan tiga lorong sepanjang 2.8 km ini bermula di hadapan Royal Selangor Golf Club dan menghala ke Bulatan Kampung Pandan. Ia juga menghubungkan terus ke Lebuhraya MEX. Jejambat ini baru saja dibuka sejak Sabtu yang lalu dan buat masa ini masih belum direkodkan dalam aplikasi Waze.

    Sebelum ini, laluan tersebut memang sering kali sesak biarpun bukan pada waktu puncak, iaitu dari Kedutaan Amerika Syarikat ke tapak pembinaan TRX sebelum ke Bulatan Kampung Pandan.

    Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Hassim, jejambat itu juga bertujuan untuk menyediakan akses kepada pemandu yang keluar dari Jalan Bukit Bintang. Tambahnya, terdapat rancangan untuk menghubungkan jejambat itu ke Lebuhraya Setiawangsa-Pantai yang sedang dalam pembinaan.

    Projek dengan kos RM492.2 itu telah pun dilancarkan pada Julai 2017 dan sepatutnya siap sepenuhnya dua tahun lalu. Namun ia tertangguh disebabkan beberapa faktor termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan akhirnya ia siap sepenuhnya selepas lima tahun dilancarkan.

     
     
  • Perodua Alza D27A 2022 dibuka untuk tempahan — pelancaran Jun, tiga varian, jangkaan harga RM69k?

    Perodua Alza D27A 2022 dibuka untuk tempahan — pelancaran Jun, tiga varian, jangkaan harga RM69k?

    Dengan penantian yang semakin hampir untuk pelancaran Perodua Alza serba baru (kod nama D27A), sebilangan pengedar telah mula menerima tempahan bagi MPV berkenaan sebelum pengumuman rasmi oleh Perodua.

    Hantaran terkini di Facebook Group berkenaan Alza 2022 ini mendakwa tarikh pelancarannya akan berlangsung seawal bulan depan dan MPV ini akan dijual pada harga dari RM69k. Dan, mereka juga mempelawa pelanggan untuk membuat tempahan dengan yuran serendah RM100.

    Pelancaran pada bulan Jun nampak masuk akal memandangkan sebelum ini Perodua telah memaklumkan bahawa pengeluaran bagi Alza lama berakhir April tahun ini, selepas dilanjutkan untuk memberi ruang kepada kelewatan pengeluaran akibat banjir, perintah kawalan pergerakan dan kekangan lain sebelum ini. Awalnya Perodua ingin menamatkan produksi Alza D46T tersebut pada Januari.

    Perodua Alza D27A 2022 dibuka untuk tempahan — pelancaran Jun, tiga varian, jangkaan harga RM69k?

    Ketika itu, Perodua memaklumkan yang pengeluaran model D27A akan dimulakan tak lama setelah model D46T lama itu diberhentikan. Hantaran berkenaan juga menyatakan akan ada tiga varian untuk Alza baru ini nanti, bermula dengan yang paling asas X, diiukuti dengan H dan AV menjadi varian paling lengkap.

    Kalau betul Alza baru ini bermula RM69k, maka ia kan jadi lebih mahal berbanding model yang digantikan itu. Alza lama dijual dari harga antara RM49,944 dan RM60,525. Ini harga atas jalan tanpa insurans dan dengan pengecualian SST ketika ini. Tanpa rebat SST, Alza lama dijual pada harga antara RM51,490 hingga RM62,690.

    Itu juga akan meletakkan Alza lebih mahal berbanding Ativa yang dijual pada harga bermula RM61,500, serta semakin hampir dengan julat harga Aruz. Bagaimanapun, Aruz menggunakan binaan ladder-frame dan pacuan roda belakang sementara Alza menggunakan binaan unibody dan pacuan roda depan.

    Alza baru ini dijangka akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), ama seperti Ativa CKD serta Toyota Avanza/Daihatsu Xenia terbaru. Ia juga akan lebih besar berbanding model lamanya, walaupun jarak antar rodanya kekal 2,750 mm — lebih panjang daripada Proton Exora (+20 mm) tetapi lebih pendek daripada Mitsubishi Xpander (-25 mm).

    Perodua Alza D27A 2022 dibuka untuk tempahan — pelancaran Jun, tiga varian, jangkaan harga RM69k?

    Harga baru yang didakwa itu sudah pasti mengambil kira segala pembaharuan yang dilakukan terhadap model ini berbanding yang lama. Bukan hanya tentang saiz, tetapi juga tentang material, rekaan dan paling penting, teknologi keselamatan – seperti yang telah disaksikan pada barisan model Perodua yang lain ketika ini.

    Untuk enjin, boleh dijangkakan unit terkini pada Avanza akan digunakan; 2NR-VE 1.5 liter NA Dual VVT-i empat-silinder (106 PS dan 138 Nm) sebagai satu-satunya pilihan yang ada. Ini digandingkan bersama D-CVT untuk kuasa yang disalurkan ke roda depan. Pecahan lebih terperinci berkenaan Alza baru ada di sini.

    Jadi, kita sudah mendengar dari sumber tidak rasmi bahawa Alza baru ini akan dilancarkan pada Jun dalam tiga varian, dengan harga bermula RM69k. Apa pun, kita tunggu pula pengesahan dan pengumuman rasmi daripada Perodua selepas ini.

     
     
  • Enhanced Touch ‘n Go habis dijual, stok baru masuk Jun ini; kad yang dijual semula kini cecah RM100

    Enhanced Touch ‘n Go habis dijual, stok baru masuk Jun ini; kad yang dijual semula kini cecah RM100

    Permintaan yang tinggi terhadap kad Enhanced Touch ‘n Go, telah membuatkan ada pihak yang mengambil kesempatan menjualnya semula secara dalam talian dengan harga yang jauh tinggi dari harga sebenarnya iaitu RM10. Malahan sebelum ia dijual secara rasmi pada 22 April pun, ada yang menjualnya dengan harga yang tinggi dari yang ditetapkan.

    Tinjauan kami mendapati, beberapa penjual dalam talian telah menjual kad baharu Enhanced Touch ‘n Go tersebut pada harga mencecah RM100, seperti mana yang ditawarkan menerusi platform jualan dalam talian Shopee.

    Namun, sekiranya anda mahu membelinya menerusi dalam talian, walau pun dengan harga yang tinggi, kena pastikan ketulenan penawaran tersebut sebelum membuat pembelian.

    Enhanced Touch ‘n Go habis dijual, stok baru masuk Jun ini; kad yang dijual semula kini cecah RM100

    Jika sanggup menunggu stok baharu kad terbabit yang dijual dalam saluran rasmi Touch ‘n Go, hasil maklum balas dari pertanyaan yang dikemukakan kepada syarikat berkenaan, batch seterusnya boleh didapati sekitar Jun ini.

    Kad Enhanced Touch ‘n Go yang ditawarkan pada harga runcit RM10 ini adalah sama dengan kad versi sebelum ini tanpa fungsi Neaf-field Communication (NFC), dan versi baharu ini ditambahkan dengan ciri NFC yang boleh dihubungkan kepada aplikasi dengan meletakkannya di bahagian belakang telefon yang mempunyai fungsi NFC selama lima saat, dan selepas itu anda boleh menggunakan aplikasi untuk melihat baki serta melakukan tambah nilai kepadanya (letakkan kad sekali lagi pada telefon)

    Meskipun pengguna jalan raya kebanyakannya tidak lagi memerlukan tambah nilai secara fizikal kerana sudah ada fungsi PayDirect, kad Enhanced ini masih lagi berguna bagi mereka yang menggunakan kad Touch ‘n Go di Lebuh Raya Utara Selatan (tidak boleh guna PayDirect), lot parkir serta servis dan tempat lain.

     
     
  • Aprilia RSV4 1100 Factory tiba di Malaysia – RM170k

    Aprilia RSV4 1100 Factory tiba di Malaysia – RM170k

    Dilancarkan kepada dunia Mac tahun lalui, Aprilia RSV4 1100 Factory kini sudah berada di Malaysia dengan harga jualan RM169,900. Harga ini menunjukkan peningkatan RM10,000 berbanding RM159,900 yang ditetapkan pada tahun 2020 bagi model sebelumnya, dan tidak termasuk insurans serta cukai jalan.

    Antara yang baru bagi model tahun 2022 ini adalah pakej aerodinamik yang dipertingkat, tork sedikit lebih tinggi serta engine braking yang boleh dilaras. ECU Magnetti Marelli 11MP baru menyediakan tiga mod Cornering ABS, serta pemetaan enjin dan mod tunggangan yang baru untuk penunggang.

    Bagi mod tunggangan, ada enam pilihan disediakan dengan tiga daripadanya adalah untuk jalan biasa (Street, Sport dan User), dan tiga lagi untuk dalam litar (Race, Track 1 dan Track 2).

    Penambahbaikan aerodinamik yang dibuat pada motosikal ini telah memberikan peningkatan kepada tekanan dalam kotak udara sebanyak 7%, sementara bagi penunggang pula, perlindungan daripada udara telah meningkat 11%. Semua panel badan termasuk winglet telah dibangunkan melalui teknologi dinamik berkomputer.

    Suspensi RSV4 1100 Factory menggunakan unit semi aktif Ohlins Smart EC 2.0 bersama steering damper elektronik yang dua mod (semi aktif dan manual), dan penunggang boleh memilih tiga pemetaan untuk suspensi. Daripada tiga yang disediakan itu, mod A1 adalah khas untuk tayar slick dan dalam litar, A3 untuk jalan biasa dan A2 berada di tengah-tengah.

    Kuasa untuk RSV4 1100 2022 datang daripada enjin empat silinder V 1,099 cc, berjumlah 217 hp pada 13,000 rpm dan 125 Nm tork pada 10,500 rpm. Sistem brek adalah daripada Brembo, dengan angkup Stylema empat piston di hadapan, satu piston di belakang serta sistem ABS Bosch 9.1 MP.

     
     
  • QJMotor SRT800 dan SRT800X 2022 tiba di Malaysia – model touring 745 cc dengan harga bermula RM40k

    QJMotor SRT800 dan SRT800X 2022 tiba di Malaysia – model touring 745 cc dengan harga bermula RM40k

    Selepas satu pra tonton ringkas pada bulan Januari, QJMotor SRT800 dan SRT800X kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga masing-masing RM39,888 dan RM42,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Tempahan kini sudah dibuka, manakala penghantaran kepada pelanggan pula dijangka bermula bulan Julai ini.

    Dibuat sebagai penyambung generasi model Benelli TRK dalam kategori motosikal adventure-touring, SRT 800 ini menggunakan rekaan inspirasi daripada Jerman dan Itali, sementara kuasa pula datang daripada unit dua silinder selari 745 cc.

    Enjin ini menggunakan sistem suntikan bahan api, DOHC, lapan injap, penyejukan cecair dan mendapat penarafan Euro, dengan kuasa maksimum 75 hp pada 8,500 rpm dan 67 Nm tork pada 6,500 rpm. Ia disampaikan kepada roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan dengan klac slip & assist, serta sistem rantai.

    QJMotor SRT800 dan SRT800X 2022 tiba di Malaysia – model touring 745 cc dengan harga bermula RM40k

    Perbezaan utama antara SRT800 dan SRT800X adalah rim, di mana SRT 800 dilengkapi unit aloi bersaiz 17 inci, dibalut tayar masing-masing 120/70 di hadapan dan 180/55 di belakang, sementara SRT800X pula mendapat rim spoked tanpa tiub bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, dibalut dengan tayar masing-masing 110/80 dan 150/70.

    Kedudukan dua model ini juga berbeza, dengan SRT800 menyediakan tinggi tempat duduk 810 mm sementara SRT800X 835 mm, dan ini dibuat melalui pelarasan suspensi. Walaubagaimanapun, barangan suspensi itu sendiri masih sama, iaitu fork dan monoshock yang kedua-duanya boleh dilaras untuk mampatan dan pra beban.

    SRT800 juga datang dengan sistem brek berprestasi, menggunakan unit daripada Brembo yang terdiri daripada angkup Brembo berkembar serta cakera 320 mm di hadapan dan angkup satu piston berserta cakera 260 mm di belakang, dan ia dilengkapi dengan ABS two-channel daripada Bosch secara standard. Kemudiannya, SRT800X juga diberikan terus dengan kotak barangan aluminium.

    Pada bahagian kokpit, terdapat skrin TFT-LCD lima inci berwarna penuh untuk memaparkan segala informasi penting, dan apabila kuasa dihidupkan butang pada bahagian pemegang mempunyai lampu supaya mudah dilihat oleh penunggang. Tangki bahan api kedua-dua SRT800 dan SRT800X adalah sama, iaitu 18.5 liter.

     
     
  • Kerajaan Perak setuju cadangan bina jalan pintas di Lebuhraya PLUS berhampiran Terowong Menora – MB

    Kerajaan Perak setuju cadangan bina jalan pintas di Lebuhraya PLUS berhampiran Terowong Menora – MB

    Kerajaan Perak bersetuju dengan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), sebagai mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

    Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, cadangan membina laluan pintas sejauh 64 km bermula dari susur keluar Gopeng melalui Seputih sebelum keluar di Kuala Kangsar itu sudah diluluskan kabinet bulan lalu untuk membina, laporan Sinar Harian.

    “Kerajaan negeri menerima satu cadangan daripada pihak swasta untuk membina jalan pintas yang tidak melalui Terowong Menora. Jaraknya panjang sedikit tetapi masa yang diambil sama kerana (laluan) tidak perlu mendaki bukit. Kerajaan negeri bersetuju untuk menyokong cadangan berkenaan,” katanya.

    Kerajaan Perak setuju cadangan bina jalan pintas di Lebuhraya PLUS berhampiran Terowong Menora – MB

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri susulan kekerapan kejadian kemalangan jalan raya berhampiran Terowong Menora termasuk yang terbaru mengakibatkan lima penuntut universiti rentung pada minggu lalu.

    Tambah beliau, tujuan asal pembinaan adalah mengurangkan risiko berlakunya kemalangan kerana laluan berbukit, kesesakan dan laluan menurun yang agak curam di terowong itu.

    Menurutnya, ketika ini, syarikat berkenaan sedang mencari pembiaya dalam tempoh dua tahun ini untuk membolehkan projek pembinaan berkenaan dilaksanakan.

    Kerajaan Perak setuju cadangan bina jalan pintas di Lebuhraya PLUS berhampiran Terowong Menora – MB

    “Apabila syarikat sudah dapat pembiaya, kita akan membuat pengambilan tanah dan pembinaan akan dimulakan,” katanya.

    Sebelum ini akhbar yang sama turut melaporkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris
    yang berkata, dalam tempoh setahun ini, laluan di Kilometer 231.4 hingga 257.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora yang menjadi lokasi tragedi lima pelajar rentung, telah merekodkan 17 kes kemalangan.

    Di mana nahas yang direkodkan antara Mac 2021 hingga Mac 2022 telah menyebabkan dua kematian dan kecederaan kepada 11 mangsa. Malahan pihak bomba juga mengakui sedikit kesukaran untuk menyelamatkan mangsa kemalangan di kawasan berkenaan kerana faktor kesesakan trafik, di samping tiada akses mudah untuk ke lokasi kejadian menyebabkan jentera bomba terpaksa membuat pusingan U sebelum Terowong Menora pada jarak lebih kurang 24 km.

     
     
  • Model street Triumph 2022 dapat pilihan warna baharu

    Model <em>street</em> Triumph 2022 dapat pilihan warna baharu

    Bagi tahun ini, Triumph memberikan pilihan warna baru bagi model street mereka, dengan Rocket 3 GT mendapat dua skema warna baru. Bagi motosikal cruiser produksi dengan enjin paling besar di dunia itu, ia kini boleh didapati dalam warna dua tona Carnival Red/Sapphire Black dan Sapphire Black.

    Sementara itu, satu lagi model Rocket, iaitu Rocket 3 R ditawarkan dalam warna Matt Silver Ice, sebagai tambahan kepada warna Silver Ice/Cranberry Red dan Phantom Black sebelum ini. Di Malaysia, Rocket 3 GT dijual pada harga RM136,900 manakala Rocket 3 R pula RM130,900.

    Pergi pula kepada model roadster naked, Speed Triple 1200 RS kini boleh didapati dalam warna Matt Baja Orange baru, sementara pilihan warna Matt Silver Ice dan Sapphire Black masih lagi disediakan. Street Triple 765 RS pula sekarang hanya ditawarkan dalam warna yang dipanggil sebagai Carbon Black, dengan selingan warna emas.

    Menyertai 765 RS adalah Street Triple 765 R, yang tahun ini boleh didapati dalam warna Matt Carbon Black. Turut menerima tambahan warna baru adalah model permulaan jenama United Kingdom itu, Trident 660.

    Sama seperti Speed Triple 1200 RS, Trident 660 juga kini boleh didapati dalam warna Matt Baja Orange/Matt Storm Grey sementara warna Silver Ice/Diablo Red, Matt Jet Black/Silver Ice dan Sapphire Black juga masih disediakan. Tempahan untuk model Triumph 2022 ini sudah boleh mula dibuat di Malaysia melalui pengedar sahnya, Fast Bikes.

    GALERI: Triumph Rocket 3 GT Carnival Red/Sapphire Black 2022

    GALERI: Triumph Rocket 3 R Matt Silver Ice 2022

    GALERI: Triumph Speed Triple 1200 RS Matt Baja Orange 2022

    GALERI: Triumph Street Triple 765 RS Carbon Black 2022

    GALERI: Triumph Street Triple 765 R Matt Carbon Black 2022

    GALERI: Triumph Trident 660 RS Matt Baja Orange/Matt Storm Grey 2022

     
     
  • Lexus NX 2022 di Malaysia — spesifikasi dan perincian lokal, NX 250 Luxury, NX 350 F Sport, dari RM371k

    Lexus NX 2022 di Malaysia — spesifikasi dan perincian lokal, NX 250 Luxury, NX 350 F Sport, dari RM371k

    Bulan lepas, Lexus NX 2022 mula dibuka untuk tempahan. Dan ini, perincian lengkap serta spesifikasi tempatan bagi model berkenaan didedahkan pula. SUV generasi kedua ini ditawarkan dalam dua varian, NX 250 Luxury dengan enjin 2.5L dan NX 350 F Sport dengan enjin 2.4L turbocas.

    Kini menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) versi GA-K (turut digunakan oleh Toyota RAV4 dan Harrier, Lexus ES), NX mempunyai badan yang sedikit lebih besar — 4,660 mm panjang dan 1,865 mm lebar, dengan 20 mm lebih besar. Jarak antara roda pula 2,690 mm kini 30 mm lebih panjang berbanding model lama, dengan tinggi juga bertambah 5 mm. Rim 20-inci dan jejak yang lebih lebar juga menjadikannya lebih tegap.

    Rekaan yang membezakannya adalah seperti gril “spindle” yang lebih tinggi dan tegak, percantuman DRL LED dengan kluster lampu utama (untuk kurangkan berat dan tampil lebih ringkas) serta profil yang kelihatan lebih lembut dan organik yang digabungkan dengan garis tajam yang sinonim dengan rekaan moden Lexus.

    Lexus NX 2022 di Malaysia — spesifikasi dan perincian lokal, NX 250 Luxury, NX 350 F Sport, dari RM371k

    Dari sisi, garis badannya kini tidak lagi panjang ke belakang, sebaliknya setakat pemegang pintu belakang sahaja, kemudiannya dengan garis tingkap lebih tinggi. Menurut Lexus, ini akan memberikan rasa lebih padat. Garis bahagian bawahnya juga mengikut pendekatan ini, lebih pendek daripada kebanyakan kereta.

    Perbezaan paling ketara mungkin di bahagian belakangnya, dengan logo besar LEXUS kelihatan lebih menonjol, dan tiada lagi logo L sebelum ini. Jalur lampu melintangnya juga, dengan bentuk L di sisi memberikan menampilan yang khusus.

    Varian dengan enjin 2.5L NA menghasilkan 204 hp dan 243 Nm tork dari 4,000-5,000 rpm. Unit A25A-FKS ini diganding bersama transmisi automatik Direct Shift lapan-kelajuan (NX lama dengan 6AT) dan Dynamic Torque Control AWD. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.1 saat sementara laju maksimum 200 km/j — enjin untuk pemanduan lancar.

    Namun, enjin 2.4L turbo dengan janaan 275 hp dan 430 Nm dari 1,700 hingga 3,600 rpm pada F Sport tentunya lebih menarik. Unit T24A-FTS ini menggabungkan 8AT yang sama serta AWD sepenuh masa kawalan elektronik dan mencatatkan 0-100 km/j dalam masa 7 saat, dan laju maksimum yang sama 200 km/j.

    Nisbah mampatan tinggi dan kecekapan thermal dalam enjin 2.4T, disertai dengan sudut injap dan silinder berkecekapan tinggi yang diperbesar memberikan pembakaran lebih pantas, menyumbang janaan kuasa lebih tinggi dan prestasi mesra alam.

    Enjin turbo berkenaan juga menampilkan ciri suntikan minyak pusat Lexus yang pertama, yang mana petrol disuntik oleh penyuntik multi-lubang pada tekanan tinggi ke tengah kebuk pembakaran, menjadikan pembakaran optimum dan lengkap. Unit pengecas turbo kini berkecekapan tinggi dengan sistem penyejuk sendiri, yang menggunakan pam elektrik serta intercooler sejukan cecair.

    NX 250 ada mod pemanduan Normal, Eco dan Sport, sementara varian F Sport mempunyai Normal, Eco, Sport S, Sport S+ dan Custom. Beza antara Sport S dan Sport S+ adalah yang kedua ini membolehkan larasan sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) dan stereng kuasa elektrik lebih dinamik.

    AWD sepenuh masa kawalan elektronik merupakan yang pertama bagi model Lexus. Agihan tork antara gandar depan dan belakang berbeza dari 75:25 hingga 50:50, bergantung kepada situasi, dan status akan dipaparkan.

    F Sport turut menerima AVS dan penyerap hentak prestasi di depan dan belakang untuk karektor lebih sporty. Kedua-dua varian 250 dan 350 ini menggunakan rim 20-inci aloi dengan tayar 235/50, tetapi dengan penyudah yang berbeza — kelabu gelap bagi Luxury dan hitam berkilau untuk F Sport. Perbezaan lain F Sport adalah rekaan grilnya, bucu bampar depan yang 18 mm lebih rendah, bingkai gril hitam, perumah cermin sisi hitam, landasan bumbung hitam dan lencana F Sport di sisi.

    Lexus NX 2022 di Malaysia — spesifikasi dan perincian lokal, NX 250 Luxury, NX 350 F Sport, dari RM371k

    Ruang dalaman pula mempamerkan perubahan yang lebih banyak. Antaranya, kini tiada lagi Remote Touch Controller yang bermasalah digunakan. Kokpitnya menerapkan konsep Tazuna yang dipertontonkan pada model LF-30 Electrified yang dipamer ketika Tokyo Motor Show 2019 — sebuah konsep yang “menghubungkan pemandu dengan kereta agar lebih memberi tumpuan kepada pemanduan”. Ini melibatkan penggunaan skrin 14-inci yang enam-inci lebih besar berbanding yang lama.

    Skrin besar berkenaan dikelilingi beberapa tombol kawalan fizikal. Butang penghidup enjin dan pemilih mod pemanduan misalnya ditempatkan dalam kedudukan agar pemandu boleh mencapainya dengan mudah tanpa mengubah postur memandu mereka. Menurut Lexus, jumlah suis fizikal telah dikurangkan daripada 78 kepada 45, hanya untuk fungsi yang kerap digunakan.

    Skrin baru itu juga membawa bersama sistem baru. Menu dipaparkan sebagai ikon lebih dekat dengan pemandu, dan tataletak skrin dibahagi kepada kawasan yang mengikut butiran maklumat berkaitan. Sambungan telefon melalui Android Auto dan Apple CarPlay; yang kedua adalah sambungan tanpa wayar, pertama untuk Lexus.

    Lexus NX 2022 di Malaysia — spesifikasi dan perincian lokal, NX 250 Luxury, NX 350 F Sport, dari RM371k

    Touch Tracer Operation yang menggabungkan head-up display dengan suis sensor sentuh pada stereng juga memudahkan lagi pengguna. Ketika pemandu menyentuh butang stereng, panduan operasi dipaparkan pada HUD 10-inci (atau panel meter digital ketika HUD ditutup). HUD berkenaan menawarkan tiga mod dengan maklumat serta tataletak berbeza.

    Dengan tiada lagi Remote Touch Controller, Lexus memasukkan pula ciri pengecas tanpa wayar Qi. Sistem bunyi pula Lexus Premium Sound System dengan amp Pioneer dan 10-pembesar suara, termasuk subwoofer berkapasiti besar.

    Lantai ruang kargo pula 34 mm lebih panjang, memberikan peningkatan 14% ruang kargo kepada 520 liter. Ini boleh ditingkatkan lagi kepada 1,411 liter dengan 60:40 ketika kerusi belakang dilipat (dengan kuasa elektrik pada NX 250 Luxury). Pintunya ada ciri bukaan automatik dengan gerak kaki, melibatkan motor baru yang lebih pantas separuh daripada masa bukaan sebelum ini (empat saat kini) dan lebih senyap.

    Lexus NX 2022 di Malaysia — spesifikasi dan perincian lokal, NX 250 Luxury, NX 350 F Sport, dari RM371k

    Aspek keselamatan, NX lengkap dan meyakinkan. Ia hadir dengan Lexus Safety System+, yang termasuk ciri seperti Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan Stop & Go Function, Lane Keeping System (dengan Lane Tracing Assist dan Lane Departure Alert) serta Adaptive High-beam System (AHS). Kamera undurnya mempunyai pandangan panoramik dan ada tujuh beg udara termasuk untuk lutut pemandu.

    Lapan pilihan warna ditawarkan, termasuk warna eksklusif untuk F-Sport, White Nova dan Heat Blue. Kabin F Sport boleh dipilih antara hitam sepenuhnya atau Flare Red.

    Merupakan model CBU, Lexus NX 250 Luxury ini dijual pada harga RM370,888 sementara NX 350 F Sport pula pada harga RM389,888. Harga adalah atas jalan tidak termasuk insurans, termasuk cukai jualan, bermaksud serahan akan dilakukan selepas 30 Jun. Tempahan sudah dibuka.

     
     
  • JPJ tidak akan berkompromi dengan pengendali kenderaan perdagangan yang langgar undang-undang

    JPJ tidak akan berkompromi dengan pengendali kenderaan perdagangan yang langgar undang-undang

    Pada 12 Mei 2022, satu insiden menyayat hati telah berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, apabila sebuah kereta yang membawa lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung dalam kebakaran selepas berlanggar dengan dua treler.

    Insiden terbabit telah mengorbankan nyawa kelima-lima pelajar terbabit, selepas kereta yang mereka naiki dirempuh dari arah belakang oleh treler yang membawa muatan besi pagar sebelum melanggar pula treler yang sarat dengan muatan jubin.

    Ekoran kejadian berkenaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan mana-mana pengendali kenderaan perdagangan di Malaysia. Tindakan siasatan di bawah audit Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) bersama-sama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang dilaksanakan untuk menentukan bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil.

    “Sekiranya hasil siasatan daripada ICOP mendapati pemandu dan pengendali gagal mematuhi syarat dan permit perkhidmatan oleh APAD dan JPJ, Permit dan Lesen Pengendali boleh digantung atau dibatalkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

    “Manakala, tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil oleh JPJ berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sekiranya pemandu dituduh di mahkamah,” ujar kenyataan yang dikeluarkan JPJ sebentar tadi.

    JPJ tidak akan berkompromi dengan pengendali kenderaan perdagangan yang langgar undang-undang

    Selain itu, siasatan PDRM juga akan menentukan sabitan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta 333 APJ, kepada pemandu terbabit untuk hukuman Mahkamah serta, pemandu terbabit juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh yang ditentukan Mahkamah.

    Untuk makluman, hasil semakan dalam pengkalan sistem mySIKAP JPJ mendapati, pemandu treler terbabit mempunyai lapan rekod kesalahan yang telah selesai dan satu rekod kesalahan masih aktif dengan 12 mata demerit di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA). Jumlah mata demerit yang dikumpul akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

    “JPJ ingin menegaskan bahawa usaha JPJ termasuk pelaksanaan Larangan Kenderaan Barangan (Road Ban) sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 lalu adalah bermatlamat untuk memastikan nahas seperti ini dapat dielakkan sekaligus menurunkan kadar kemalangan di Malaysia.

    Pada masa sama, semua pengendali syarikat, pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan disarankan untuk sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya sekaligus mewujudkan ekosistem jalan raya yang selamat di negara ini. Diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang,” tegas JPJ lagi.

    Salam takziah untuk keluarga kelima-lima pelajar terbabit. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

     
     
  • Proton Saga MC2 2022 – kenapa masih facelift, tiada model generasi baru walaupun sudah 6 tahun?

    Proton Saga MC2 2022 – kenapa masih facelift, tiada model generasi baru walaupun sudah 6 tahun?

    Proton Saga generasi ketiga telah diperkenalkan buat pertama kali pada September 2016, bermakna ia sudahpun berada hampir enam tahun dalam pasaran. Ia telah diberikan versi facelift pertama (MC1) pada 2019, dan kemudian semalam versi facelift kali kedua (MC2) telah dilancarkan secara rasmi.

    Jika kita lihat model-model dari luar seperti Jepun dan Eropah, satu-satu generasi model itu hanya akan dijual sekitar enam tahun dalam pasaran, dan kemudian akan diganti dengan model generasi baharu. Tetapi Saga menerima facelift baharu ketika ia mencapai usia produksi hampir enam tahun, menandakan hayatnya dalam pasaran mungkin akan bertambah sekurang-kurangnya sekitar antara dua hingga tiga tahun lagi.

    Kenapa jadi macam ni? Kenapa Proton masih menjual model ‘lama’ ini dalam pasaran dan tidak diganti dengan model generasi baharu? Selepas pelancaran Saga MC2 2022 semalam, kami sempat bertanyakan soalan ini kepada naib CEO Proton Roslan Abdullah.

    Menurut Roslan, beliau faham berkenaan sentimen awam yang sinis terhadap apa yang Proton lakukan ini. Namun faktanya, Proton masih lagi pengeluar automotif kecil yang bergantung hampir sepenuhnya kepada pasaran Malaysia yang tak sebesar mana, sekaligus tidak mempunyai jumlah jualan yang cukup untuk mendapatkan semula dana bagi membangunkan sebuah model generasi baharu dalam masa yang singkat.

    “Jika kita mahu ikut langkah, contohnya, OEM Jepun [dalam membangunkan model baharu] setiap lima hingga enam tahun, kita perlu jual dalam jumlah lebih banyak untuk pelunasan,” kata Roslan. Apa yang beliau katakan ini secara asasnya bermaksud tanpa skala ekonomi yang besar, Proton masih perlu mengekalkan struktur asas Saga, dalam masa yang sama membuat “penambahbaikkan pada beberapa keperluan bagi memastikan harga jualannya memenuhi jangkaan pelanggan.”

    Roslan turut memberikan contoh terhadap Maruti Suzuki 800 di India yang boleh dikaitkan dengan Saga di Malaysia, di mana hatchback kompak ikonik yang selalu muncul dalam filem Bollywood berkenaan diperkenalkan bermula pada 1986, dan terus diproduksi serta dikemaskini sehingga pengeluarannya dihentikan sepenuhnya pada 2014.

    “Jika kami ubah semuanya, vendor-vendor sudah tentu akan bising kerana jumlah pengeluaran masih belum mencapai sasaran. Kami boleh letakkan harga lebih tinggi agar semua orang gembira, tapi selepas itu sudah tentu pelanggan pula tak gembira.

    “Kami tak boleh terus tukar. Jika pelanggan mampu untuk beli, saya OK, tapi hakikatnya mereka tak boleh,” jelas Roslan.

    Saga merupakan model Proton yang paling mampu milik, bersaing dalam kelas sedan segmen-A bersama Perodua Bezza. Ini bermakna harganya perlu dijual dalam julat yang sama dengan satu-satunya sedan dari Perodua berkenaan, dan tidak boleh lebih dari sedan segmen-B Proton Persona.

    Ketika dilancarkan semalam, Saga MC2 2022 dijual dengan harga bermula RM34,400 untuk Standard MT, RM38,300 untuk Standard AT, RM41,300 untuk Premium. Saga juga kini hadir dengan varian Premium S yang menampilkan perincian lebih sporty dan teknologi lebih baik, dijual pada harga RM44,300, atau sekitar RM1k lebih murah berbanding varian paling asas Persona yang berharga RM45,200.

    Saga turut masih dieksport ke luar negara, termasuk pasaran terbesar Proton buat masa sekarang iaitu Pakistan, di mana ia turut sudah dipasang secara tempatan (CKD) di sana bermula pada Oktober tahun lalu. Roslan menyatakan bahawa ini antara usaha Proton bagi menambahkan lagi jumlah jualannya, mungkin untuk mewajarkan pelaburan yang lebih besar dalam model baharu kelak.

    Untuk perincian penuh berkenaan Saga facelift MC2 2022 ini, anda boleh baca laporan pelancarannya pada PAUTAN INI, dan juga perincian spesifikasi setiap varian termasuk harga pada PAUTAN INI.

    GALERI: Proton Saga 1.3 Premium S AT 2022

    GALERI: Proton Saga 1.3 Premium AT 2022

    GALERI: Proton Saga 1.3 Standard AT 2022

    GALERI: Foto rasmi Proton Saga MC2 2022

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025