Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Mercedes-Benz G-Class 2018 – serba baru luar dalam

    Mercedes-Benz G-Class 2018 – serba baru luar dalam

    Selepas beberapa teaser, spyshot dan gambar yang bocor, Mercedes-Benz G-Class baru akhirnya dipersembahkan secara rasmi di pameran North American International Auto Show (NAIAS) 2018 di Detroit. Model ikonik yang turut digelar sebagai Geländewagen ini telah dibangunkan semula serba baru luar dan dalam, sekaligus menjadikan ia lebih gagah.

    Walaupun begitu, G-Class sekarang lebih kepada satu pernyataan gaya berbanding sebuah kenderaan yang dibelasah ke mana sahaja. Oleh itu, pereka yang terlibat tidak mahu banyak mengubah rekaannya, di mana bentuk berkotak masih lagi dikekalkan, tetapi muka hadapannya lebih licin.

    Lampu hadapan berbentuk bulat padanya sebagai contoh kini menggunakan jenis LED penuh, dengan lampu siang berbentuk gelung di sekeliling. Bampar hadapan dan belakangnya juga kini disepadukan lebih serasi dengan rekaan keseluruhan, serta juga lengkuk tayar berpetaknya. Menurut Mercedes, rekaan ini tidak lagi nampak seperti bahagian yang ditambah kemudian. Turut diperbaiki adalah ruang antara panel dan kualiti permukaan.

    Lain daripada itu, ia masih lagi menggunakan rekaan yang sama seperti sebelum ini, termasuk jalur getah pelindung di sekeliling kenderaan, engesel pintu dan bonet yang boleh dilihat, tayar simpanan yang dilekatkan pada pintu bonet belakang, penunjuk arah di atas fender hadapan, pemegang pintu yang besar, malah juga bunyi apabila pintu ditutup yang sama.

    Walaupun sebegitu, jangan pula fikirkan ini bukan model G-Class yang serba baru, kerana daripada ukurannya, ia kini 53 mm lebih panjang dan 121 mm lebih lebar berbanding sebelum ini. Ini seterusnya dikatakan memberi ruang kaki, ruang bahu serta ruang siku lebih baik, dengan secara khususnya, penumpang belakang menerima 150 mm ruang tambahan di lutut.

    Di dalam, G-Class baru ini menggunakan banyak barang seperti model kenderaan penumpang jenama sama. Sementara beberapa bahagian seperti pemegang pintu dan butang konsol tengah masih lagi sama seperti sebelum ini, ia turut diberi suntikan moden seperti roda stereng dengan pad sesentuh dan corong pendingin udara bentuk turbin seperti E-Class Coupe.

    Turut diambil daripada E-Class adalah panel paparan yang terletak di hadapan pemandu. Secara standard, panel ini datang dengan tolok analog berkembar dan skrin di tengah, tapi pembeli boleh memilih sehingga Widescreen Cockpit penuh, dengan skrin 12.3 inci berkembar.

    Tempat duduk standard pada G-Class baru ini menampikan fungsi memori bagi bahagian pemandu, dan fungsi pemanas di hadapan dan belakang. Apabila memilih Pakej Active Multicontour Seat, anda akan mendapat bonjolan sokongan, fungsi mengurut dan liang pengudaraan. Satu lagi ciri yang diambil daripada model kenderaan penumpang adalah sistem Dynamic Select dengan mod Eco, Comfort, Sport dan Individual.

    Mercedes-Benz G-Class 2018 – serba baru luar dalam

    Di sebalik panelnya, G-Class baru ini menampilkan badan yang dibuat daripada gabungan besi pelbagai kekuatan, manakala aluminium pula digunakan untuk bonet, fender dan pintu. Oleh itu, beratnya kini 170 kg kurang berbanding sebelum ini, dan ketegaran pula ditingkat sebanyak 55%. Menurut Mercedes, ini membantu meningkatkan kendalian dan pemanduan kenderaan, selain mengurangkan bunyi dan gegaran.

    Bagi meningkatkan kelincahan atas jalan biasa dan kemampuan di atas jalan offroad, G-Class baru ini dilengkapi dengan suspensi yang direka semula, dan dibangunkan bersama Mercedes-AMG. Tetapan yang diguna adalah termasuk suspensi double wishbone yang dipasang terus pada ladder frame, yang membolehkan bahagian hadapan menjadi lebih keras, dengan tambahan pendakap di bahagian atas penyerap.

    Sementara itu, gandar belakang tetap padanya kini dikawal menggunakan empat trailing arm pada setiap bahagian dan rod Panhard untuk meningkatkan keselesaan. Stereng juga telah ditukar kepada rack-and-pinion kuasa elektromekanikal demi memasukkan sistem bantuan pemandu seperti Parking Assist.

    Mercedes-Benz G-Class 2018 – serba baru luar dalam

    Dengan jarak dari tanah 270 mm di hadapan dan 241 mm di belakang, G-Class baru ini boleh meredah pelbagai bentuk jalan, dengan sudut menjunam 31 darjah, sudut break-over 26 darjah, sudut mendongak belakang 30 darjah dan kemampuan mendaki curam sehingga 45 darjah. Kedalaman air yang boleh diredah juga bertambah tinggi 100 mm, menjadi 700 mm.

    Untuk lebih lagi kekuatan di jalan offroad, terdapat pilihan G-Mode baru, yang diaktifkan apabila differential terkunci atau gear jarak rendah digunakan. Ia melaras penyerap adaptif, stereng dan tindak balas pendikit untuk dipadankan dengan bentuk permukaan dan mengelakkan penukaran gear yang tidak sepatutnya.

    Apabila dilancarkan nanti pada bulan Jun, G-Class baru ini akan ditawarkan dengan hanya satu varian sahaja iaitu G 500, dikuasakan oleh enjin V8 4.0 liter biturbo. Kuasa yang mampu dijana adalah 422 hp dan 610 Nm tork, dihantar ke semua empat tayar melalui transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic.

     
     
  • Renault M’sia anjur kempen ‘Favours The Bold’ – harga dari RM90k, percutian dan Twizy EV untuk direbut

    Renault M’sia anjur kempen ‘Favours The Bold’ – harga dari RM90k, percutian dan Twizy EV untuk direbut

    Renault Malaysia menerusi TC Euro Cars telah melancarkan kempen ‘Favour The Bold’yang menawarkan banyak promosi menarik ke atas model-model popular Renault di Malaysia. Pelanggan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat. Kempen telah pun bermula dan bakal berakhir pada 31 Mac ini.

    Menerusi kempen Renault ini, pelanggan yang membeli Koleos – SUV premium Renault – akan menerima pakej servis dan penyelenggaraan percuma bernilai RM6,850. Boleh didapati dalam versi 2WD dan 4WD, Renault Koleos ditawarkan pada harga bermula RM184,200.

    Manakala crossover bergaya dengan enjin turbo Captur yang ditawarkan pada harga RM109,000, juga boleh diperoleh menerusi kempen ini pada harga cuma RM98,000. Ia merangkumi tawaran servis selepas jualan 5-in-Captur.

    Sebagai tambahan, pelanggan yang mahukan sedan Fluence yang mantap dan boleh dipercayai pasti menghargai harga promosi iaitu RM89,888. Tawaran itu ialah penjimatan sebanyak RM30,000 dan sah untuk varian Dynamique yang berharga RM119,888.

    Bukan itu sahaja, terdapat banyak hadiah menarik untuk dimenangi oleh pelanggan yang membeli mana-mana model Renault mulai sekarang hingga 30 Jun ini. Seorang pemenang bertuah berpeluang memandu pulang sebuah kereta elektrik sepenuhnya Renault Twizy bernilai RM86,800. Selain itu, terdapat sembilan hadiah percutian bernilai RM13,500 untuk dimenangi.

    Para pemenang hadiah percutian akan ditentukan setiap dua bulan daripada satu cabutan bertuah sepanjang kempen ini berlangsung. Manakala pemenang Renault Twizy pula akan ditentukan pada bulan Julai selepas kempen ini berakhir. Barangan-barangan eksklusif Renault juga akan diberikan untuk setiap pembelian, serta selepas pandu uji.

    Sama seperti kenderaan-kenderaan Renault yang lain, Koleos, Captur dan Fluence hadir bersama jaminan pengeluar selama lima-tahun serta jarak perbatuan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukannya mana-mana syarikat insurans. Ini bermakna, terma, syarat dan alat ganti yang ditawarkan adalah konsisten sejak tahun pertama hinggalah berakhirnya tempoh jaminan.

    Semua model massa Renault (bukan RS) yang dijual oleh TC Euro Cars didatang dengan waranti pengilangan selama lima-tahun tanpa had perbatuan. Jenama ini turut mempunyai 14 pusat servis di seluruh Malaysia.

     
     
  • Subaru Viziv Performance STI di Tokyo Auto Salon 2018 – prebiu untuk WRX STI generasi seterusnnya?

    Subaru Viziv Performance STI di Tokyo Auto Salon 2018 – prebiu untuk WRX STI generasi seterusnnya?

    Jika di Tokyo Motor Show (TMS) 2017 Subaru telah mendedahkan model konsep Subaru Viziv Performance Concept, pada Tokyo Auto Salon (TAS) 2018 yang berlangsung pada hujung minggu lalu, jenama berkenaan memperkenalkan pula versi yang lebih agresif digelar Subaru Viziv Performance STI.

    Dengan pengenalan ini, maka lengkap spekulasi yang boleh dibuat bahawa kereta konsep ini adalah prebiu kepada versi berprestasi tinggi berasaskan Impreza generasi terkini dimana Viziv Performance adalah WRX, manakala Viziv Performance STI adalah WRX STI – kedua-dua model ini dijangka akan membuat penampilan sulung menjelang tahun 2020 kelak.

    Untuk versi Performance STI ini, ia diberikan penggayaan yang lebih agresif bermula dengan bampar hadapan rekaan berlainan, menampilkan elemen seperti penutup lampu kabus pada setiap sisi, diinspirasi dari rekaan WRX STI sejak dari generasi Impreza GC8. Ia turut diberikan spoiler pada bumper hadapan yang lebih menyerlah bersama elemen gentian karbon pada bahagian bawah skirt sisi serta splitter tambahan pada diffuser belakang.

    Subaru Viziv Performance STI di Tokyo Auto Salon 2018 – prebiu untuk WRX STI generasi seterusnnya?

    Jika Viziv Performance hanya diberikan spoiler jenis ‘ekor itik’ yang kecil, versi STI ini diberikan sayap penuh yang begitu agresif seperti model-model WRX STI terdahulu. Bagi melengkapkan rupanya, lencana-lencana STI dilekatkan pada tempat sepatutnya bersama serlahan jalur tradisi berwarna Cherry Blossom Red STI.

    Seperti juga penampilan Viziv di TMS tahun lalu, Subaru masih lagi belum mengeluarkan apa-apa perincian berkenaan unit janakuasa yang bakal menggerakkan World Rally eXperimental generasi berikutnya tersebut.

    Namun menerusi laporan sebelum ini, model berprestasi tinggi yang akan dibina berasaskan Subaru Global Platform berkenaan akan dijana enjin boxer dengan bantuan motor elektrik, seterusnya menamatkan terus perkhidmatan enjin siri EJ yang telah membawa nama Subaru ke kancah WRC.

    GALERI: Subaru Viziv Performance STI

    GALERI: Subaru Viziv Performance di Tokyo Motor Show 2017

     
     
  • Lexus RX 350L tujuh-tempat duduk, NX 300 facelift kini dibuka tempahan di Malaysia – SUV dari RM312k

    Lexus RX 350L tujuh-tempat duduk, NX 300 facelift kini dibuka tempahan di Malaysia – SUV dari RM312k

    Lexus Malaysia mengumumkan tempahan bagi dua model SUV baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, NX 300 dan RX 350L telah pun dibuka.

    Bagi RX L yang diperkenalkan bulan lalu di LA Auto Show 2017, ia merupakan versi panjang bagi SUV RX sedia ada. Ia telah menerima tambahan 110 mm bagi overhang di belakang dan cermin belakang yang lebih menegak, ruang yang lebih luas untuk barisan ketiga bagi membolehkan ia memuatkan tujuh-tempat duduk secara keseluruhan. Sepanjang lima meter, SUV ini pendek sedikit berbanding Audi Q7 yang berukuran 5,052 mm.

    Tempat duduk paling belakang RX L ini boleh dibaringkan secara 50:50, sementara barisan kedua pula dengan kedudukan yang sama pada nisbah 40:20:40. Pembeli di US juga boleh mendapatkan pilihan bagi versi enam-tempat duduk dengan kerusi kapten individual di bahagian tengah dan kemudahan akses ke ruang barisan ketiga, namun kita hanya menerima pilihan yang lebih fleksibel. Lexus mendakwa RX L menawarkan ruang barangan yang lebih luas di belakang barisan ketiga berbanding pesaingnya.

    Lexus RX 350L tujuh-tempat duduk, NX 300 facelift kini dibuka tempahan di Malaysia – SUV dari RM312k

    Kita juga bakal menerima “RX yang lebih panjang” iaitu dikenali sebagai RX 350L, dijanakan oleh enjin 3.5 liter V6 dengan kuasa 294 hp dan transmisi automatik torque converter lapan-kelajuan. Pacuan disalurkan ke kedua-dua gandar menerusi Lexus Active Torque Control AWD System yang boleh menyalurkan berbeza-beza tork ke mana sahaja dari 100:0 ke 50:50, bergantung pada keadaan. Harganya pada RM475,000, iaitu mahal sedikit berbanding RV 350 Luxury lima-tempat duduk yang berharga RM457,800.

    Sementara itu, Lexus 300 merupakan facelift terkini bagi NX 200t, yang dipertontonkan di Shanghai tahun lalu. Ia terus menggunakan enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa 235 hp, sementara NX 300h pula adalah versi hibrid dengan kombinasi enjin petrol 2.5 liter NA dengan dua motor elektrik. Lexus Malaysia berkata NX 2018 bakal ditawarkan dengan empat varian – Urban, Premium, F Sport dan Hybrid – harga dari RM311,900.

    Lexus RX 350L tujuh-tempat duduk, NX 300 facelift kini dibuka tempahan di Malaysia – SUV dari RM312k

    SUV paling kecil dari Lexus ini menerima imej yang disemak semula dengan perubahan pada gril gelendong, bampar hadapan dan belakang, dengan gaya yang kini lebih lebar serta elemen yang menjadi signatur jenama ini bersama motif gelendong.

    Lexus berkata dengan peningkatan ini, gegelung, palang penstabilan dan bushing NX telah ditala semula untuk meningkatkan respon ‘turn-in’ dan kawalan di selekoh yang lebih stabil. Sementara peredam baharu juga dapat mempertingkatkan kualiti pengendalian. Kabin juga menerima kekemasan baharu dan pad sentuhan permukaan kawalan telah direka semula dan lebih besar bagi lebih mudah menggunakannya.

    Kedua-duanya adalah model CBU yang diimport terus dari Jepun, RX 350L dan NX 300 dijadualkan akan tiba pada awal Februari ini. Membeli secara terus dari pengedar rasmi Lexus turut membolehkan anda menerima waranti pengilangan selama lima-tahun tanpa had perbatuan serta sokongan selepas-jualan di tujuh lokasi di seluruh Malaysia.

    GALERI: Lexus RX L

    GALERI: Lexus NX 300 facelift

     
     
  • GALERI: Volkswagen Arteon 2.0 TSI tiba di Singapura

    GALERI: Volkswagen Arteon 2.0 TSI tiba di Singapura

    Kalau sebelum ini kita hanya dapat tengok dari jauh dan diinternet saja, sekarang Volkswagen Arteon sudah semakin dekat; model ini dilancarkan untuk pasaran Singapura ketika Singapore Motor Show 2018 yang berlangsung minggu lalu.

    Dengan tawaran enjin 2.0 TSI, ada dua peringkat kemasan ditawarkan untuk pelanggan di sana – R-Line dengan rim Montevideo 19-inci atau R-Line dengan rim Rosario 20-inci. Enjin berkenaan pula menghasilkan 280 PS dan 350 Nm tork dan disampaikan melalui transmisi automatic klac-berkembar tujuh-kelajuan serta sistem pacuan semua roda 4Motion.

    GALERI: Volkswagen Arteon 2.0 TSI tiba di Singapura

    Pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam masa 5.6 saat, ia turut dilengkapi dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) yang memberikan pilihan lima mod pemanduan – Eco, Normal, Comfort, Sport dan Individual – bersekali dengan differential lock elektronik XDS.

    Kelengkapan lain yang melengkapinya termasuk lampu depan dan belakang LED, kemasan aluminium Silver Rise, stereng balutan kulit, tempat duduk dengan kulit Nappa dengan kemasan ala gentian karbon, bumbung panoramik, Active Info Dislplay 12.3-inci, skrin sentuh 9.2-inci serta sistem audio Dynaudio 700-watt dengan 12 pembesar suara dan amplifier digital 12-saluran.

    Volkswagen Arteon dijual pada harga SG$227,400 (RM680,837) bagi varian dengan rim yang lebih kecil, manakala yang paling mahal pula ialah pada harga SG$232,400 (RM695,807)

     
     
  • Ismail Jaafar – pemberi nama kereta nasional pertama sebagai ‘Proton Saga’ dilapor telah meninggal dunia

    Ismail Jaafar – pemberi nama kereta nasional pertama sebagai ‘Proton Saga’ dilapor telah meninggal dunia

    Ingat lagi bagaimana Proton Saga mendapat namanya ketika diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1985? Ya, ketika itu Proton mengadakan pertandingan untuk mencari nama bagi kereta nasional pertama negara tersebut dan ia telah dimenangi oleh seorang bekas tentera bernama Ismail Jaafar. Berita sedih, encik Ismail telahpun dilaporkan meninggal dunia pada umur 71 tahun 12 Januari lalu, menurut laporan The Star.

    Ismail yang telah pun mengerjakan ibadah haji bersama isterinya tahun lalu menghembuskan nafas terakhir dirumahnya sendiri yang terletak di Sungai Petani serta disaksikan sendiri oleh kesemua ahli keluarganya, setelah dikeluarkan dari hospital sehari sebelum itu. Sebelum meninggal dunia, Ismail disahkan menghidap sakit jantung, sakit buah pinggang dan juga diabetis.

    “Alhamdulillah, ayah saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Raudahtus Solihin Amanjaya pada pukul 10.55 malam tadi (Jumaat lalu)”, kata anak Ismail, Mohd Sariffuddin kepada akhbar berkenaan.

    Sebelum pelancaran Saga pada 1 September 1985, sejumlah 102,823 penyertaan telah diterima Proton dalam pertandingan tersebut dan akhirnya nama ‘Saga’ yang diberikan oleh Ismail diangkat sebagai pemenang.

    Kebanyakkan dari kita tahu Saga merupakan nama biji yang keras berwarna merah, manakala dalam bahasa inggeris pula saga bermaksud hikayat yang mengandungi kisah kesaktian dan kegagahan wira yang luar biasa. Tetapi sebenarnya, nama Saga yang diletakkan pada kereta nasional pertama ini adalah akronim kepada Safety (Keselamatan) Achievement (pencapaian) Greatness (Keunggulan) dan Agility (Ketangkasan).

    GALERI: Proton Saga Megavalve

     
     
  • Parkir percuma bagi menunggu penumpang di KLIA, KLIA2 – kenderaan diletak di bahu jalan bakal disaman

    Parkir percuma bagi menunggu penumpang di KLIA, KLIA2 – kenderaan diletak di bahu jalan bakal disaman

    Menerusi kenyataan yang disebarkan menerusi laman Facebook milik Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pengendali lapangan terbang berkenaan telah menguar-uarkan penyediaan ruang parkir percuma untuk mereka yang menunggu ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 bagi melancarkan aliran trafik di kawasan lapangan terbang.

    Malah menerusi laporan diBernama, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata banyak kenderaan didapati berhenti di tepi jalan berhampiran pam stesen Petronas sebelum ke KLIA2 dan juga di kawasan aras ketibaan KLIA kerana menunggu ketibaan penumpang.

    Untuk menyelesaikan masalah tersebut, MAHB menyediakan ruang parkir percuma di tepi kawasan Long Term Car Park (LTCP) atau percuma selama setengah jam untuk parkir di LTCP.

    “Sekiranya waktu menunggu lebih setengah jam di LTCP, kita hanya mengenakan caj parkir yang berpatutan iaitu RM2.50 sejam,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

    Manakala Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor pula berkata pihaknya tidak akan bertoleransi lagi dengan mereka yang meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan memandangkan pihak MAHB telah menyediakan kawasan menunggu yang sesuai.

    “Kita telah mula pada tahun ini dengan mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar undang-undang termasuk kompaun yang maksimum atas setiap kesalahan yang dilakukan serta akan memasang kamera litar tertutup di lokasi strategik,” katanya.

     
     
  • Ford Mustang Bullitt 2019 – edisi ulang tahun ke-50

    Ford Mustang Bullitt 2019 – edisi ulang tahun ke-50

    Pada tahun 1968, telah keluar sebuah filem di Amerika Syarikat berjudul Bullitt, dibintangi oleh watak utamanya, Steve McQueen. Filem tersebut memberi impak yang kuat melalui adegan kejar mengejar menggunakan Ford Mustang, dan kini, Ford menampilkan model penghargaan berasaskan Mustang S550 facelift sempena ulang tahun ke-50 Bullitt.

    Model ini dipersembahkan sendiri oleh cucu kepada Steve McQueen, iaitu Molly McQueen, yang turut dipertemukan kembali dengan model sebenar yang digunakan dalam Bullitt. Mustang Bullitt 2019 menggunakan enjin 5.0 liter V8 yang ditala untuk menghasilkan 475 hp dan 569 Nm tork, hasil daripada penggunaan pakej Premium dan Performance Mustang GT yang diletakkan padanya.

    Antara barangan standard lain yang diberi adalah sistem ekzos prestasi dengan injap aktif serta muncung ekzos Black NitroPlate yang memberikan bunyi menggelegak unik. Selain itu, terdapat juga sistem pengudaraan terbuka, intake manifold daripada Shelby GT350 dengan throttle body 87 mm, serta kalibrasi enjin khas.

    Antara catatan prestasi kenderaan ini adalah laju maksimum 262 km/j, iaitu 12 km/j lebih tinggi berbanding Mustang GT biasa. Mustang Bullitt 2019 dilengkapi dengan transmisi manual enam kelajuan MT82, dan penukar gearnya menggunakan tombol berwarna putih seperti Mustang di dalam filem tersebut.

    Ford Mustang Bullitt 2019 – edisi ulang tahun ke-50

    Pada bahagian dalam, balutan kulit yang digunakan turut mempunyai jahitan hijau termasuk pada papan pemuka, panel pintu, konsol tengah dan tempat duduk. Turut diberi adalah roda stereng kulit serta panel instrumen digital 12 inci. Panel ini mempunyai fungsi yang sama seperti Mustang 2018, tetapi mempunyai paparan Bullitt khas dalam warna hijau berserta imej kenderaan tersebut.

    Mustang Bullitt 2019 ini tidak menggunakan banyak lencana, dengan hanya terdapat logo Bullitt di bahagian tengah panel di belakang, manakala pilihan warna luar pula terdiri daripada Shadow Black dan Dark Highland Green klasik seperti Mustang GT fastback 1968 dalam filem tersebut. Barangan lain pada Bullitt 2019 ini adalah kemasan krom keliling gril dan tingkap, gril hitam dan rim 19 inci.

    Turut didatangkan terus dari kilang adalah tempat duduk Recaro yang dibalut kulit hitam, Bullitt Electronics Package yang termasuk navigasi, memori tempat duduk dan cermin, sistem bunyi dipertingkat dan Blind Spot Information System dengan Cross-Traffic Alert. Kereta ini juga boleh dipilih dengan sistem suspensi semi-aktif MagneRide.

     
     
  • GALERI: Nissan Leaf 2018 dipamerkan di Singapura

    GALERI: Nissan Leaf 2018 dipamerkan di Singapura

    Nissan Leaf serba baharu turut dipamerkan di Singapore Motor Show 2018 baru-baru ini, dan ia dijangka akan dilancarkan di Malaysia tahun ini. Kenderaan elektrik generasi kedua ini pertama kali dipertontonkan di peringkat global pada September 2017, turut menampilkan rekaan dan teknologi baharu yang lebih berdinamik.

    Unit yang dipamerkan ini dibawa terus dari Jepun hanya untuk tontonan umum sepanjang acara tersebut, malah terpampang pelekat ia bukan untuk dijual dalam bahasa Jepun. Di negara asalnya, Leaf ditawarkan pada harga 3,150,360 yen (RM112,625).

    Motor elektrik telah diberi penambahbaikan berbanding model generasi pertama, kini mampu menghasilkan 38% lebih kuasa dan 26% lebih tork, pada 110 kW (148 hp) dan 320 Nm. Ia juga menggunakan bateri lithium-ion 40 kWh berkapasiti tinggi bagi menambahkan lagi kuasa pacuan elektrik sehingga 378 km (mengikut kitaran NEDC). Sebagai perbandingan, Leaf terdahulu menggunakan bateri 30 kWH yang mampu dipacu sehingga jarak 250 km.

    Lain-lain aspek termasuklah mempertingkatkan lagi gaya EV. Leaf baharu ini juga menggabungkan elemen daripada IDS Concept dan March bagi menjadikan ia lebih berketerampilan. Lain-lain elemen yang turut ditampilkan termasuklah gril signitur V-Motion, lampu signitur “boomerang” dan gaya “bumbung terapung”.

    Di dalamnya, segala informasi pemanduan dan penjana kuasa elektrik dipaparkan di paparan instrumen tunggal berbanding skrin dua-tingkat yang ada pada generasi pertama. Manakala corong pendingin hawa, sistem infotainmen dan suis kawalan suhu juga tidak lagi terletak pada bahagian tengah yang nampak seakan “terapung” itu.

    Butang push start juga telah dilokasikan di bawah kawalan suhu, iaitu di atas tuil gear. Kawalan untuk parkir automatik dan fungsi e-Pedal juga diletakkan berdekatan, yang membenarkan pemanduan satu-pedal. Sistem ProPILOT ciptaan Nissan juga ditampilkan, bersama keupayaan pemanduan-sendiri.

     
     
  • Honda Civic hatchback dengan kit badan, rim Mugen

    Honda Civic <em>hatchback</em> dengan kit badan, rim Mugen

    Selain model konsep Honda Civic Type R Mugen RC20GT, Mugen turut membawa sebuah Civic hatchback biasa ke Tokyo Auto Salon 2018. Model ini masih dipanggil sebagai sebuah prototaip, bermakna ia bukanlah produk akhir yang akan ditawarkan kepada orang ramai, tetapi masih memberi gambaran awal bagaimana ia akan kelihatan nanti.

    Kit badan yang dipasangkan kepada model ini termasuk gril tengah gentian karbon bersama lencana Mugen, kemasan di sekitar bukaan udara yang menempatkan lampu kabus serta tambahan lip di bahagian bawah bampar. Dua bahagian akhir yang disebutkan tadi diwarnakan sama seperti warna badan.

    Begitu juga dengan side skirt, di mana ia nampak sedikit labuh berhampiran tayar belakang, manakala di belakang terdapat muncung ekzos berpetak di tengah serta spoiler bumbung yang lebih panjang. Rekaan rim pada Civic hatchback ini sama seperti Honda Civic Type R Mugen RC20GT, tetapi ia bersaiz 19 inci, bersama tayar 235/35.

    Honda Civic <em>hatchback</em> dengan kit badan, rim Mugen

    Turut mendapat sentuhan Mugen adalah pada bahagian dalam, dengan adanya butang pemula enjin berwarna merah, alas kaki sports berserta lencana Mugen dan scuff plate. Bahagian lain masih kelihatan sama seperti model produksi, termasuk balutan tempat duduk.

    Sementara ini adalah contoh untuk model hatchback, mungkin nanti versi untuk model sedan pula akan ditunjukkan. Tetapi, apa pendapat anda dengan rekaan Mugen untuk model Civic generasi ke-10 ini? Adakah ia masih tidak cukup garang dan terlalu moden, atau sedang elok? Ataupun kit Modulo lebih menarik?

     
     
  • Volvo XC40 mendarat di S’pura dengan dua varian T5

    Volvo XC40 mendarat di S’pura dengan dua varian T5

    Kita mungkin akan menerima Volvo XC40 berdasarkan berberapa petunjuk sebelum ini. Namun sebaliknya di seberang tambak, SUV kompak dari Sweden berkenaan telah pun dilancarkan ketika pembukaan Singapore Motor Show 2018 minggu lalu.

    Untuk pasaran republik berkenaan, XC40 ditawarkan dalam dua varian iaitu T5 Inscription berharga SG$190,000 (RM568,376) dan yang lebih garang T5 R-Design berharga SG$205,000 (RM613,256). Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga istimewa untuk pembeli terawal ketika khas sempena pelancarannya dan ia termasuk kos COE.

    Kedua-dua model tersebut dijana enjin petrol empat-silinder T5 Drive-E 2.0 liter turbo berkuasa 247 hp/350 Nm. Kuasa berkenaan dipindahkan ke kotak gear Geartronic AW TG-81SC lapan-kelajuan automatik dan dialirkan ke sistem AWD untuk memacu keempat-empat roda.

    Volvo XC40 tampil hampir sama dengan versi konsepnya yang digelar 40.1 yang muncul pada 2016. Ia diberikan pelbagai ciri terkini Volvo termauk lampu nyalaan siang ‘Thor Hammer’ yang dibina bersama lampu hadapan. Bahagian dalaman SUV ini menawarkan banyak ruang storan yang direka sesuai dengan kegunaan seharian di dalam bandar.

    Model yng muncul di Singapore Motor Show ini merupakan dari varian yang dilengkapi kit R-Design, menerima pelbagai perincian lebih sporty seperti gril hadapan R-Design dengan jaring hitam berkilat, emblem pada tiang-C, skid plate hadapan dan belakang serta dua tip ekzos disebalik bampar belakang. SUV R-Design ini juga menerima rim berjejari kembar 20-inci dengan kemasan aloi digilap bersama hitam matte.

    Pada bahagian dalaman, ia diberikan kemasan Cutting Edge Aluminium bersama balutan upholsteri Black Stone serta lantai dan panel pintu dengan tekstil Lava. Pakej R-Design turut melengkapkan SUV ini dengan roda stereng dan juga tombol gear balutan kulit. Kit standard lain pada model ini termasuk sistem penghawa dingin dua-zon, sistem infotainmen Sensus bersama skrin paparan pemandu bersaiz 12-inci.

     
     
  • Land Rover Discovery kini di Malaysia – RM729,800

    Land Rover Discovery kini di Malaysia – RM729,800

    Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan secara rasmi Land Rover Discovery L462 generasi kelima di negara kita. Ia pertama kali dipertontonkan di sini November lalu, dan kini, SUV tujuh tempat duduk, tiga baris tersebut diperkenalkan dalam satu varian Td6.

    Mempunyai ukuran 4,970 mm panjang, 2,220 mm lebar, 1,846 mm tinggi dan jarak roda 2,923 mm, kenderaan ini didatangkan dalam trim HSE, sama seperti kenderaan yang dipamerkan sebelum ini.

    Enjin V6 3.0 liter turbo yang digunakan pada model ini boleh menghasilkan sebanyak 258 PS pada 3,750 rpm dan 600 Nm pada antara 1,750 hingga 2,250 rpm. Enjin ini juga mempunyai pam minyak dua tahap, sistem peredaran semula gas ekzos tekanan rendah dan muncung penyuntik bahan api yang direka semula untuk lebih tindak balas dan kecekapan.

    Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF, seterusnya membolehkan Discovery dengan berat 2,298 kg ini memecut 0-100 km/j dalam masa 8.1 saat dan mencapai laju maksimum 209 kmj.

    Antara teknologi yang dilengkapi padanya termasuk sistem Terrain Response 2, transfer box dua kelajuan, suspensi udara kawalan elektronik, adaptive cruise control, queue assist dan brek kecemasan pintar.

    Kelengkapan standard pula termasuk lampu utama LED, lampu belakang hi-line, bantuan lampu tinggi automatik, sistem kawalan pendingin hawa empat zon, pedal penukar gear, sistem kamera keliling dan bumbung panoramik.

    Discovery ini juga datang lengkap dengan pintu but kuasa pelbagai guna, di mana apabila dibuka, pintu sepanjang 285 mm ini boleh digunakan untuk duduk. Ia cukup kuat, hingga boleh menampung berat maksimum 300 kg.

    Land Rover Discovery kini di Malaysia – RM729,800

    Untuk hiburan, kenderaan ini dilengkapi dengan sistem bunyi Meridian 380 watt, dengan 10 pembesar suara, sistem Navigation Pro, alas kaki premium dan beberapa soket pengecas USB di sekitar tempat duduk baris kedua dan ketiga.

    Sistem InControl Touch Pro juga ada pada Discovery ini, dan ia menawarkan akses kepada teknologi Intelligent Seat Fold, yang boleh mengubah kedudukan tempat duduk baris kedua dan ketiga secara jarak jauh menggunakan aplikasi telefon pintar sebagai tambahan kepada kawalan di bahagian belakang kenderaan dan melalui skrin sesentuh 10 inci yang ada.

    Tempat duduk belakang jenis 60:40 juga datang dengan lungsuran dan larasan sandar manual. Bagi jumlah ruang simpanan yang ada, apabila semua tempat duduk tegak, hanya terdapat 258 liter, tetapi apabila dibaringkan, ia boleh mencecah sehingga 2,406 liter. Menyokong aspek keselamatan adalah lapan beg udara (hadapan, bidai dan kepala), DSC serta lima cagak ISOFIX.

    Secara standard, Discovery baru ini datang bersama rim aloi 21 inci 10 cabang, tetapi masih terdapat pilihan lain iaitu rim 21 inci lima cabang berwarna kelabu gelap ataupun rim 22 inci berwarna perak berkilat.

    Lapan warna luar disediakan iaitu Fuji White, Indus Silver, Silicon Silver, Aruba, Santorini Black, Farallon Black, Kairoura Stone dan Namib Orange. Untuk bahagian dalam pula, pilihan kombinasinya adalah Nimbus/Espresson, Acorn/Ebony dan Ebony. Aksesori dan barangan tambahan juga ada banyak untuk model CBU termasuk Activity Key.

    Land Rover Discovery Td6 dijual pada harga RM729,800 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran. Jaminan yang diberi adalah lima tahun, bersama servis percuma dan tiga tahun untuk khidmat bantuan tepi jalan percuma. Lima pelanggan pertama yang membeli Discovery baru ini akan menerima baucar aksesori RM5,000.

     
     
  • Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

    Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

    Memperkenalkan Volkswagen Jetta 2019 serba baharu, yang ditampilkan secara global di North American International Auto Show yang berlangsung di Detroit. Sedan ini bukan saja panjang daripada segi saiznya, malah turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini serta imej yang diperbaharui.

    Berkenaan dengan dimensi, Jetta baharu ini berukuran 4,702 mm panjang (+43 mm), 1,799 mm lebar (+21 mm) dan 1,459 mm tinggi (+6 mm), sementara jarak rodanya pula menjangkau 2,686 mm (+35 mm). Semakan semula bagi ukuran ini adalah atas faktor penggunaan platform MQB, yang digunakan untuk kebanyakan model Volkswagen lain – dari Atlas hingga ke Golf.

    Menurut barisan tenaga kerja yang terlibat, faktor ini mampu menyumbang menambahkan lebih luas ruang lutut dan ruang kepala, serta meningkatkan lagi ruang bahu dan juga ketinggian di bahagian kabin. Walau bagaimana pun, ruang kargo masih kekal seperti dahulu iaitu pada 510 liter.

    Secara visual, Jetta mempunyai hujung hadapan yang lebih menonjol, didorong oleh padanan gril berbentuk haksagon dan lampu utama LED, standard untuk pasaran Amerika Syarikat. Bampar bawah pula kini terbahagi kepada tiga seksyen, dengan dihujungnya diletakkan lampu kabus yang begitu menyerlah.

    Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

    Bahagian sisinya pula, kelihatan seksyen berlekuk di antara roda, bersama garisan karakter yang menyerlah. Garisan itu bermula dari lambang fender, merentasi hingga ke pemegang pintu sampai ke bahagian atas lampu belakang.

    Pada bahagian belakangnya pula, lampunya kelihatan telah dipertingkatkan evolusinya berbanding model semasa, malah sedikit mirip dengan B9 Audi A4. Lain-lain elemen termasuklah lip yang agak kecil pada bootlid serta lampu kabus belakang dan reflektor.

    Sperti luaran, bahagian dalamannya juga menunjukkan peningkatan yang signifikan. Ia ditampilkan dengan bentangan papan pemuka baharu yang didominasi oleh sepasang paparan – Active Info Display bersaiz 10.2-inci untuk pemandu dan skrin sesentuh lapan-inci yang disambungkan pada sistem infotainmen. Malahan sistem infotainmen ini juga dikatakan memiliki beberapa fungsi termasuklah boleh dipadankan dengan sistem bunyi 400-watt dari Beats by Dre – model pertama Volkswagen Amerika Utara yang menerimanya.

    Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

    Posisi bagi skrin sesentuh turut menempatkan corong pendingin hawa tengah yang diletakkan antara skrin dan kawalan suhu. Semakan pada konsol tengah turut melibatkan perubahan kedudukan suis brek parkir elektronik di sebelah tuil gear, dengan memberikan sedikit ruang ekstra. Sebagai tambahan, penutup gelangsar antara pemegang cawan telah disingkirkan.

    Selain itu, model ini turut menerima tempat duduk baharu, bergantung pada tahap kekemasannya, ia juga didatangkan dengan pelarasan berkuasa serta fungsi haba panas dan aliran udara pada tempat duduk sebagai pilihan. Malahan turut menampilkan 10 pilihan warna bagi sistem ambien pencahayaan dalaman.

    Bagi lebih teknologi, varian spesifikasi tertinggi yang dijual di US juga akan dilengkapi dengan sistem keselamatan dan bantuan pemanduan yang lebih lengkap. Ini termasuklah Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Assist, Front Assist dengan Autonomous Emergency Braking, Rear Traffic Alert, Blind Spot Monitor, Automatic Post-Collision Braking System dan Light Assist.

    Volkswagen Jetta 2019 tampil secara rasmi di Detroit

    Perubahan terbesar juga melibatkan di bawah bonet, iaitu ditampilkan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan baharu bagi enjin 1.4 liter TSI (150 PS pada 5,000 rpm dan 250 Nm dari 1,500 rpm). Varian manual enam-kelajuan juga boleh didapati bagi varian spesifikasi paling rendah.

    Volkswagen berkata Jetta baharu ini sebagai “rekaan sistematik yang menepati kehendak pelanggan di pasaran luar negara” dan “tiada perancangan untuk versi Eropah”. Turut ditambah, “model adik kepada Jetta akan diperkenalkan di China dengan menggunakan nama Sagitar”.

    Untuk pasaran US, Jetta akan dilancarkan pada suku kedua 2018, dan ditawarkan dengan empat varian – – S, SE, SEL dan SEL Premium. Kemudian ia akan disertai dengan versi R-Line, dengan gaya yang lebih sporty di dalam dan di luarnya, bersama XDS electronic differential.

     
     
  • Ford Ranger 2019 untuk pasaran Amerika Syarikat – 2.3 liter EcoBoost, transmisi 10-kelajuan dan AEB

    Ford Ranger 2019 untuk pasaran Amerika Syarikat – 2.3 liter EcoBoost, transmisi 10-kelajuan dan AEB

    Tahun lalu, Form ada maklumkan syarikat itu akan memperkenalkan semula model dengan nama Ranger untuk pasaran AS, menggunakan platform T6 yang sudah dijual diseluruh dunia. Terbaru, Ford tampilkan bagaimana rupa trak saiz sederhana itu, yang akan mula dijual pada 2019, berserta senarai spesifikasi dan kelengkapan awal.

    Seperti dijangka Ranger baru untuk pasaran AS ini meminjam aspek yang hampir sama dengan yang dijual di sini, tetapi dengan beberapa perubahan. Misalnya, bampar depan kini menggunakan besi dan disambung terus pada bahagian kerangka; seperti trak Amerika yang lain. Gril pun baru, dalam bentuk hexagonal – dengan palang berkembar bagi varian tertingginya, Lariat – serta nama Ranger pada bahagian belakang.

    Ford Ranger 2019 untuk pasaran Amerika Syarikat – 2.3 liter EcoBoost, transmisi 10-kelajuan dan AEB

    Lampu pula menggunakan lampu utama LED sebagai pilihan dengan DRL, begitu juga LED di belakang. Ia turut ditawarkan dengan ciri pilihan Puddle Lights dan lampu pada ruang kargo, bersekali dengan sambungan Smart Trailer Tow yang akan memberi amaran kepada pemandu jika sambungan trailer ada masalah.

    Di dalam juga ada sedikit perubahan. Menggunakan papan pemuka dengan instrumen LCD berkembar dari versi model facelift terbaru ketika ini. Tapi, tuil gear kini dengan butang Sport Shift. Skrin tengah lapan-inci dan ciri sistem infotainment pilihan SYNC 3 masih ditawarkan, tapi dengan fungsi bantuan peribadi Alexa oleh Amazon, serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Lain-lain ciri pilihan termasuk FordPass Connect 4G LTE dengan hotspot WiFi sehingga 10 peranti, outlet AC untuk mengecas laptop dan sistem bunyi premium B&0 Play. Ranger untuk Amerika Syarikat hadri dalam tiga varian; XL, XLT dan Lariat.

    Semua model Ranger ini akan menerima enjin 2.3 liter EcoBoost empat-silinder petrol dan transmisi automatik 10-kelajuan – yang datangnya dari Ford Mustang. Kuasa yang dijanakan pula dijangka akan berada di bawah apa yang diberikan model sport itu, yang hadir dengan 310 hp dan 475 Nm.

     
     
  • Subaru EyeSight – mengapa ia akan mula ditawarkan di Malaysia menerusi Outback terlebih dahulu?

    Subaru EyeSight – mengapa ia akan mula ditawarkan di Malaysia menerusi Outback terlebih dahulu?

    Minggu lalu, kami telah melaporkan sistem bantuan pemanduan Subaru EyeSight kini sudahpun berada di rantau ASEAN bermula dengan pasaran Singapura terlebih dahulu, manakala Malaysia akan menerima sistem ini pada suku kedua tahun ini, bermula dengan SUV flagship Subaru Outback.

    Untuk pasaran Malaysia, adakah sistem ini akan turut dipadankan pada Subaru XV dan mengapa ia akan diberikan kepada Outback terlebih dahulu? Menurut pengarah urusan Tan Chong International, Glenn Tan, sistem ini ditawarkan kepada Outback terlebih dahulu kerana ia adalah strategi Motor Image di Malaysia bagi membangunkan imej EyeSight itu sendiri.

    EyeSight turut bakal dipadankan pada XV pasaran Malaysia tetapi hanya pada suku kedua 2019 nanti. Glenn Tan menjelaskan, mereka tiada masalah untuk memasang sistem EyeSight ini pada XV CKD (Outback bakal mendarat di Malaysia sebagai model CBU) yang kini dipasang di Serendah, Selangor namun ia perlu memperkuatkan nama EyeSight itu sendiri terlebih dahulu.

    Beliau juga menyatakan, apabila sistem ini diperkenalkan pada XV pasaran Malaysia kelak, varian tanpa sistem berkenaan masih lagi akan ditawarkan, manakala XV yang dilengkapi EyeSight akan dijual pada harga sekitar RM8,000 lebih mahal.

    Berbanding sistem jenama lain seperti Honda Sensing dan Mazda i-activesense, sistem dari Subaru ini tidak menggunakan radar sebaliknya hanya menggunakan dua kamera stereo yang mampu mengenalpasti apa yang berlaku dihadapannya menerusi imej berwarna tiga dimensi.

    Selain dari kos yang lebih rendah dari penggunaan radar, Subaru turut mendakwa kebolehan kamera stereo ini juga adalah sama seperti mata manusia dan sebab itu ia digelar EyeSight yang bermaksud ‘pandangan mata’.

    Sistem Subaru EyeSight ini terdiri dari enam fungsi iaitu sistem brek pra-pelanggaran, Cruise Control adaptif, sistem pengurusan pendikit pra-pelanggaran, amaran keluar laluan, Lane Sway Warning dan juga amaran kereta hadapan mula bergerak.

    Menurut Pusat Penyelidikan dan Analisis Data Kemalangan Trafik Jepun, sistem ini sangat efektif dalam mengurangkan jumlah kemalangan. Penyelidikan terhadap kenderaan Subaru di Jepun mendedahkan bahawa dari 2010 hingga 2014 sebanyak 61% kemalangan telah dikurangkan menerusi kenderaan yang menerima sistem EyeSight.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated May 02, 2024