Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik

Artikel Terkini

  • Terbalikkan Myvi – 7 lelaki termasuk 4 penghantar makanan mengaku bersalah, ikat jamin RM7,000

    Terbalikkan Myvi – 7 lelaki termasuk 4 penghantar makanan mengaku bersalah, ikat jamin RM7,000

    Susulan kejadian sebuah Perodua Myvi diterbalikkan di Taman Kota Masai, Johor Khamis lalu, hari ini tujuh lelaki, termasuk empat penghantar makanan p-hailing telah pun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan dan menterbalikkan Myvi berkenaan, lapor Harian Metro.

    Ketujuh-tujuh individu terbabit iaitu Mohamad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22; Morrisson Malvin Mada, 19; Shaikh Al Amin Idrus, 21; Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19; Daniel Haziq Syikhanna, 21; Romie Rahimi, 41 dan Muhammad Adam Abd Rahim, 18 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua lelaki berkenaan didakwa melakukan khianat dengan merosakkan semua cermin dan pintu kereta serta menterbalikkan sebuah Perodua Myvi berwarna biru milik Tan Jing Hui, 21, dengan cara menumbuk, menendang, menghentak menggunakan topi keledar, membaling batu dan menterbalikkan kereta terbabit secara beramai-ramai sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM15,000.

    Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di persimpangan stesen minyak Petronas Kota Masai 2, Jalan Nenas, Taman Kota Masai, kira-kira 9.40 malam, Khamis lalu. Akhbar tersebut turut menyatakan bahawa kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, atas perbuatan yang dilakukan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie memaklumkan mahkamah bahawa kesalahan di bawah seksyen itu tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jumlah jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan jaminan.

    Walau bagaimanapun semua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon supaya jumlah jaminan dicadangkan pendakwaan itu dikurangkan dengan alasan masing-masing hanya berpendapatan antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan – selain empat tertuduh yang bekerja sebagai penghantar makanan p-hailing, dua lagi tertuduh bekerja sebagai pekerja membaiki mesin basuh dan televisyen serta menjual topi, manakala seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran, lapor Metro lagi.

    Namun Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai. Kes ini ditetapkan untuk sebutan semula bagi fakta dan hukuman pada 18 Disember depan.

    Berdasarkan laporan Kosmo Jumaat lalu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal menyatakan bahawa kejadian bermula apabila pemandu kereta Perodua Myvi itu bertindak melanggar lampu merah ketika di simpang empat Jalan Kota Masai 2, pada masa sama seorang penunggang motosikal yang juga penghantar makanan sedang berjalan terus dengan agak laju.

    Saksi tersebut turut menyatakan bahawa orang ramai mula marah dan merosakkan Myvi tersebut selepas pemandunya yang sudah selamat berada dalam kereta peronda polis membuat provokasi terhadap orang ramai.

    Walau bagaimanapun, dalam satu lagi video yang tular, iaitu rakaman dashcam dari Myvi berkenaan membuktikan bahawa lampu masih belum bertukar kuning ketika ia tiba di persimpangan tersebut. Tetapi ia sudah berkelip memberi amaran bahawa ia hampir bertukar kuning, membuktikan bahawa penunggang penghantar makanan tersebut yang sebenarnya melanggar lampu merah.

  • Scalar SCR1 didedah – kereta lumba EV berasaskan Toyota GR86, bateri 65 kWh, kuasa 333 PS, 468 Nm

    Scalar SCR1 didedah – kereta lumba EV berasaskan Toyota GR86, bateri 65 kWh, kuasa 333 PS, 468 Nm

    Ini adalah Scalar SCR1, sebuah kereta lumba touring amatur elektrik penuh, yang dibangunkan oleh Scalar Performance dan diluluskan oleh National Auto Sport Association (NASA) untuk perlumbaan Super Touring Series. Menggunakan asas daripada Toyota GR86, enjin asalnya telah ditukar kepada penggerak elektrik oleh Hypercraft dan dibawa ke SEMA 2022 untuk tontonan ramai.

    Beroperasi menggunakan sistem elektrikal 800 volt, SCR1 menampilkan motor elektrik yang terletak di bahagian belakang, berkuasa 333 PS (328 hp atau 245 kW) dan tork 468 Nm. Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi berbanding enjin boxer 2.4 liter asal yang berkausa 231 PS/249 Nm.

    Motor elektrik ini kemudiannya disambung kepada limited-slip differential Torsen, serta transmisi pengurang gear bersama gear straight-cut dan nisbah 5.19:1. Menurut Scalar, kereta ini boleh memecut 0-96 km/h (0-60 mph) dalam masa 3.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 267 km/j.

    Memberi kuasa kepada tetapan ini adalah pek bateri buatan khas dengan kapasiti tenaga 65 kWh, yang membolehkan ia berlumba terus selama 45 minit, bersama sistem pengurusan bateri maju yang memastikan prestasi berterusan. Apabila habis kuasa, bateri tersebut boleh dicas semula tidak sampai 20 minit menggunakan pengecas pantas Level 3 (150 kW).

    Kelengkapan lain yang terdapat pada kereta ini adalah termasuk angkup brek enam piston di hadapan dan empat piston di belakang, serta suspensi daripada Ohlins. Tambah Scalar Performance, kereta ini mempunyai pembahagian berat hampir sama seperti kereta lumba enjin di tengah, dengan baterinya diletakkan di hadapan, sementara komponen pemanduan lain di belakang pemandu.

    Untuk penampilan, SCR1 tidak mempunyai modifikasi yang begitu radikal, dengan yang menonjol cuma sayap belakang yang besar. Secara keseluruhannya, SCR1 mencatat berat 1,379 kg, menjadikan ia 100 kg lebih berbanding GR86 biasa (1,275 kg).

  • Honda e:N2 Concept muncul di China – set kedua untuk siri e:N, guna platform e:architecture F

    Honda e:N2 Concept muncul di China – set kedua untuk siri e:N, guna platform e:architecture F

    Honda telah mendedahkan model konsep kenderaan elektrik (EV) terbaharunya di China International Export Expo di Shanghai digelar e:N2 Concept, bagi memberi gambaran rekaan untuk model-model produksi EV selepas siri e:N yang sudah didedahkan sebelum ini.

    Menurut Honda, rekaan e:N2 Concept ini disasarkan untuk membawa “penggayaan baharu yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori sedia ada” – patutlah penulis sendiri tertanya-tanya “ini sedan ke SUV?” ketika pertama kali melihat gambarnya. Ia menampilkan garis-garis tajam dan bersegi, berlainan dari dua model e:N yang hampir diproduksi iaitu e:NS1 dan e:NP1.

    Ciri-ciri penggayaan pada e:N2 Concept ini juga mengambil pelbagai perincian dari barisan model konsep siri e:N yang didedahkan pada Oktober tahun lalu, dengan bahagian muka seiras dengan e:N SUV Concept, e:N GT Concept dan the e:N Coupe, khususnya rekaan jalur LED. Manakala ruang roda nampak seiras seperti the e:N SUV Concept.

    Ruang dalaman Honda e:N2 Concept ini direka dengan sangat minimalis, hampir tidak kelihatan butang-butang fizikal, dan menampilkan roda stereng berbentuk empat segi. Menurut Honda, kabin model konsep ini direka bagi memberikan “ruang di mana penumpang boleh menikmati keseronokan intelektual”, menerusi kokpit digital, lampu suasana, bau-bauan dan juga servis-servis terhubung Honda Connect.

    Model ini turut diasaskan dari platform e:architecture F Honda yang dibangunkan khas untuk model-model EV siri e:N. Sebelum ini Honda pernah menyatakan bahawa platform tersebut bakal menyaksikan integrasi perkakasan dan perisian yang dirancang untuk diproduksi bermula separa kedua era 2020-an.

    “e:N2 Concept ini mewakili nilai siri e:N kami, yang akan mentakrifkan semula keseronokan EV yang boleh ditawarkan kepada pelanggan dengan keseronokan pemanduannya yang unik, nilai sebagai ruang mobiliti dan reka bentuk. Di China, Honda akan terus memberikan rangkaian luas produk mobiliti elektrik yang unik yang hanya ditawarkan Honda dan alami kelahiran semula kami sebagai jenama mobiliti elektrik,” kata presiden dan pengarah Honda Toshihiro Mibe

  • Toyota diangkat sebagai jenama automotif paling bernilai tahun 2022, diikuti Mercedes-Benz dan Tesla

    Toyota diangkat sebagai jenama automotif paling bernilai tahun 2022, diikuti Mercedes-Benz  dan Tesla

    Senarai jenama paling bernilai bagi tahun 2022 telah pun didedahkan oleh Interbrand, dan sekali lagi, bagi jenama automotif, Toyota duduk di tempat paling atas dengan nilai jenama US$59.757 bilion (RM283 bilion). Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10% berbanding nilai sebelum ini, dan meletakkan Toyota di tempat keenam secara keseluruhan dalam anugerah Top 100 Best Global Brand – naik satu anak tangga berbanding tahun lepas.

    Toyota kemudiannya diikuti rapat oleh Mercedes-Benz di tempat kedua, yang mana jenama Jerman itu mencatat peningkatan nilai jenama sebanyak 10% menjadi US$56.103 bilion (RM266 bilion). Senarai jenama automotif paling bernilai ini kemudiannya diisi lagi oleh Tesla di tempat ketiga, yang mencatat peningkatan nilai jenama sebanyak 32%, iaitu jumlah peningkatan paling banyak dan paling pantas begi jenama automotif – US$48.002 bilion (RM227 bilion).

    Tahun lepas di tempat ketiga, tahun ini pula BMW turun satu anak tangga ke tempat keempat, meskipun nilai jenama meningkat 11% menjadi US$46.331 bilion (RM219 bilion). Ia kemudiannya diikuti oleh Honda US$22.837 bilion (RM108 bilion), Hyundai US$17.314 bilion (RM82 bilion), Audi US$14.976 bilion (RM71 bilion), Volkswagen US$14.819 bilion (RM70 bilion) dan Ford US$14.431 bilion (RM68 bilion).

    Toyota diangkat sebagai jenama automotif paling bernilai tahun 2022, diikuti Mercedes-Benz  dan Tesla

    Melengkapkan kedudukan 10 tempat teratas adalah Porsche dengan nilai US$13.504 bilion (RM64 bilion). Jika dibandingkan dengan senarai tahun lepas, Tesla adalah satu-satunya jenama yang dapat naik satu kedudukan – berganti dengan BMW, sementara jenama lain masih berada di kedudukan yang sama. Selain daripada itu, Ferrari juga berjaya menunjukkan peningkatan nilai jenama yang banyak, iaitu 31%.

    Secara keseluruhannya, senarai jenama paling bernilai 2022 ini ditakluki oleh Apple, dengan jumlah US$482.215 bilion (RM2.2 trilion), diikuti Microsoft US$278.288 bilion (RM1.32 trilion), Amazon US$274.819 bilion (RM1.3 trilion), Google US$251.751 bilion (RM1.1 trilion) dan Samsung US$87.689 bilion (RM416 bilion).

  • Tiket bas PRU15 – Easybook, redBus tawar diskaun

    Jika anda merancang pulang ke kampung halaman untuk mengundi dalam Pilihanraya ke-15 (PRU15), seeloknya anda merancang perjalanan anda sekarang. Sebelum ini banyak laporan akhbar menyatakan bahawa tiket bagi pengangkutan awam iaitu bas, tren dan kapal terbang dinaikkan kadar tambangnya berdasarkan permintaan yang menggalakkan. Namun apabila Kementerian Pengangkutan menggesa supaya pengendali pengangkutan awam mengenakan kadar tambang berpatutan, barulah harga tiket yang munasabah dikenakan.

    Selain itu terdapat beberapa syarikat penerbangan termasuk MAS, dan Firefly memberikan diskaun tambang, namun jika anda memilih untuk menaiki bas ekspres, ada juga syarikat yang menawarkan diskaun bagi kadar tambang, ini termasuklah Easybook dan redBus

    Bagi yang membeli tiket bas menerusi aplikasi Easybook, ia menawarkan diskaun tiket sehingga 15% dengan kod promo EB15OFF. Tempoh tempahan sudah pun bermula sehingga 22 November 2022, dan perjalanan antara 16-22 November.

    Manakala Billion Stars Express pula menawarkan diskaun sebanyak 30% juga menerusi Easybook dengan kod promo EBBS30. Syarikat bas ini menyediakan perjalanan ke Pulau Pinang, KL, Melaka, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan banyak lagi. Tempoh tempahan juga telah pun bermula sehingga 22 November, untuk perjalanan mulai sekarang hingga 30 November 2022.

    redBus juga menawarkan diskaun untuk tiket bas sehingga 50% dengan kod promo JOMUNDI dan tket bas dijual pada harga bermula RM5. Sudah tidak banyak lagi masa yang tinggal, jadi jika anda mahu pulang ke kampung untuk mengundi, sila beli tiket bas secepat mungkin. Semua diskaun yang disebutkan ini adalah menerusi platform dalam talian.

    Jika anda yang berada di sekitar Lembah Klang dan ingin menaiki bas percuma untuk pulang ke kampung, boleh juga sertai program yang dilaksanakan oleh KLSCAH Civil Rights Committee, Sayangi Kinrara dan SKLHA Youth, yang menawarkan tiket percuma dari Puchong ke Johor, Pantai Timur, Ipoh-Taiping dan Pulau Pinang-Kedah. Bas akan bergerak pada malam sebelum hari PRU15.

  • BNM naikkan OPR kali keempat tahun ini — naik 0.25% kepada 2.75%; jangkakan pinjaman kereta lebih mahal

    BNM naikkan OPR kali keempat tahun ini — naik 0.25% kepada 2.75%; jangkakan pinjaman kereta lebih mahal

    Untuk kali keempat tahun ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil keputusan untuk menaikkan overnight policy rate (OPR) yang akan memberi kesan kepada kadar faedah pinjaman. Menurut kenyataan BMM yang dikeluarkan pada 3 November 2022, OPR telah dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas (0.25%) kepada 2.75%. Ini bersamaan dengan kenaikan OPR yang diumumkan sebelum ini pada 8 September, 6 Julai dan 11 Mei lalu.

    BNM memaklumkan, walaupun dengan sokongan daripada keadaan pasaran tenaga kerja yang positif dan pembukaan semula hampir semua sektor ekonomi dan sempadan antarabangsa, ekonomi global masih terbeban dengan tekanan kos yang peningkat, syarat kewangan global yang lebih ketat dan langkah pembendungan yang ketat di China.

    “Tekanan inflasi lebih ketara daripada jangkaan awal disebabkan permintaan tinggi, pasaran tenaga kerja yang ketat dan peningkatan harga komoditi, walaupun ada penambahbaikan dalam rantaian bekalan global. Kesannya, banyak bank pusat dijangka akan menaikkan kadar faedah untuk mengurus tekanan inflasi berkenaan,” jelasnya dalam kenyataan itu.

    “Bergerak ke hadapan, pertumbuhan global akan terus mencabar, dengan syarat kewangan yang ketat disebabkan inflasi yang semakin meningkat di pasaran ekonomi utama serta cabaran ekonomi domestik di China. Pertumbuhan dijangka bergantung kepada risiko lain seperti ketegangan geopolitik, keadaan ekonomi domestik China serta catuan tenaga di Eropah,” tambahnya.

    BNM naikkan OPR kali keempat tahun ini — naik 0.25% kepada 2.75%; jangkakan pinjaman kereta lebih mahal

    BNM juga memaklumkan yang aktiviti ekonomi Malaysia telah mengukuh bagi tempoh suku ketiga tahun ini, dengan permintaan domestik yang kuat menjadi sebab utama pertumbuhan itu. Selari dengan penilaian sebelum ini, inflasi dijangka berada pada tahap tertinggi dalam suku tahunan ketika ini, dengan kadar inflasi diramalkan akan berada sekitar 2.0-3.0% pada 2022, dengan purata ketika ini 2.7%.

    Lebih tinggi OPR dikenakan, maka lebih mahal kosnya untuk meminjam wang, yang akan membawa kepada peningkatan kadar faedah bagi pinjaman sewa-beli, yang merupakan pembiayaan paling umum diambil bagi pembeli kereta. Ini akan menjadikan pinjaman lebih mahal, dan bank akan lebih berhati-hati ketika ingin meluluskan permohonan.

    Tahun depan, adalah dijangkakan OPR akan dinaikkan lagi, dengan penganalisa menyatakan BNM akan terus mengendalikan inflasi dengan cara menaikkan OPR ke paras neutral antara 3.25% dan 5%, lapor The Edge. Jika anda ada membuat tempahan untuk kereta baru dan mengambil pinjaman bank, adakah permohonan anda diluluskan, dan berapa kadar faedah yang dikenakan?

  • Mitsubishi Delica Mini bakal di dedahkan di TAS 2023 Jan ini – Delica D:5 versi kei-MPV yang lebih comel!

    Mitsubishi Delica Mini bakal di dedahkan di TAS 2023 Jan ini –  Delica D:5 versi kei-MPV yang lebih comel!

    Mitsubishi memang dikenali dengan model-model kei-car comel yang dihasilkan dari model-model ‘skala penuh’ mereka, misalnya Pajero Mini yang kelihatan seperti SUV Pajero tetapi bersaiz kecil, dan juga Minica Skipper yang diberikan rupa seakan Galant GTO dalam versi lebih comel. Terbaharu, jenama tiga berlian ini bakal memperkenalkan Delica Mini, iaitu kei-car dengan rupa seperti van/MPV Mitsubishi Delica.

    Mitsubishi Delica Mini ini bakal membuat kemunculan sulungnya di Tokyo Auto Salon 2023 yang akan berlangsung pada Januari nanti. Ia juga adalah sempena untuk meraikan ulangtahun ke-55 Mitsubishi Motors. Menurut Mitsubishi, Delica Mini ini dihasilkan sebagai “wagon tinggi ringan” yang menjanjikan sifat “kecil tetapi lasak”.

    Dari segi saiz, Delica Mini ini tampil dengan dimensi 3,395 mm panjang, 1,475 mm lebar, dan jarak roda sejauh 2,495 mm. Dimensi ini dilihat sama sepenuhnya dengan kei-MPV Mitsubishi eK Space dan eK X Space – kemungkinan besar ia diasaskan dari platform dan kerangka yang sama, dibezakan hanya dengan pelbagai perincian luaran dan dalaman.

    Mitsubishi Delica Mini bakal di dedahkan di TAS 2023 Jan ini –  Delica D:5 versi kei-MPV yang lebih comel!

    Delica Mini ini juga nampaknya bakal diperkenalkan dalam pelbagai versi kerana Mitsubishi menyatakan bahawa tingginya adalah dari 1,640 mm hingga 1,660 mm bergantung kepada varian.

    Untuk rupa, muka Delica Mini ini tidak diberikan rekaan Dynamic Shield Mitsubishi seperti Delica D:5 facelift, sebaliknya ia menerima rekaan seakan Delica D:5 pre-facelift dengan gril hadapan bar menegak dan kluster lampu utama di atas. Ia turut diberikan lampu dengan jalur LED nyalaan siang bina-dalam, dan juga bampar hadapan dengan kemasan seakan kanggaro bar.

    Perincian lain yang membuatkan ia kelihatan lasak termasuk skid plate pada bahagian bawah bampar hadapan dan belakang serta pelindung sisi badan yang terletak di bahagian bawah pintu hadapan dan belakang. Kesemua ruang roda juga diberikan kemasan berwarna hitam, tetapi masih tidak dapat dipastikan sama ada ia kemasan plastik sebenar atau hanya diwarnakan hitam.

    Tulisan “DELICA” turut ‘diukir’ pada bahagian bampar hadapan, manakala pada pintu hatch belakang ia turut menampilkan tulisan “MINI” kecil selepas tulisan “DELICA” di tengah bar yang merentangi sepenuhnya cermin belakang tersebut.

    Mitsubishi Delica Mini bakal di dedahkan di TAS 2023 Jan ini –  Delica D:5 versi kei-MPV yang lebih comel!

    Seperti eK Space dan eK X Space, Delica Mini ini juga menampilkan cermin pada tiang-A untuk mengurangkan titik buta, cermin tingkap paling belakang yang menyelaputi sepenuhnya tiang-D bagi memberikan kesan seakan bumbung terapung dan juga penggunaan pintu gelangsar untuk kabin belakang.

    Dijangkakan Delica Mini ini turut akan menerima pilihan unit rangkaian kuasa seperti barisan model-model kei-car terkini Mitsubishi iaitu enjin 660 cc tiga-silinder sama ada dalam versi NA ataupun turbo, digandingkan dengan sistem hibrid ringkas menampilkan motor elektrik berkuasa 2.7 PS/40 Nm, dan juga kotak gear CVT automatik bersama pilihan pacuan hadapan atau semua roda.

    Model ini dijangka bakal diproduksi bermula pertengahan 2023, dan seperti biasa ia adalah model JDM yang hanya ditawarkan di Jepun untuk bersaing dengan kei-MPV lain seperti Daihatsu Tanto, Honda N-Box dan lain-lain.

  • Tunggang motosikal curi, pakai plat palsu milik KP JPJ, ‘kantol’ ketika sekatan jalan raya di Kuala Lumpur

    Tunggang motosikal curi, pakai plat palsu milik KP JPJ, ‘kantol’ ketika sekatan jalan raya di Kuala Lumpur

    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) melaporkan bahawa dua orang warganegara tempatan telah ditahan ketika sekatan jalan raya di Kuala Lumpur semalam kerana menunggang dan membonceng sebuah motosikal curi yang menggunakan plat pendaftaran palsu.

    Apa yang menarik, motosikal Honda yang dicuri tersebut diberikan plat pendaftaran palsu yang sebenarnya milik Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, motosikal berkenaan ditahan ketika cawangan Penguatkuasaan JSPT KL membuat sekatan jalan raya Operasi Motosikal Pelbagai Kesalahan di Jalan Tiara Titiwangsa OFF Jalan Pahang pada 6 November, sekitar pukul 11.30 pagi.

    “Hasil semakan mendapati motosikal yang ditunggang menggunakan nombor pendaftaran pemilik Ketua Pengarah JPJ Malaysia. Motosikal tersebut juga masih dilaporkan hilang bersangkut repot di Balai Polis Chow Kit pada 17 Ogos 2022.

    “Seterusnya, tangkapan dibuat ke atas suspek serta motosikal yang ditunggang dirampas bersama serangkai anak kunci dan bawa balik ke JSPT KL untuk tindakan selanjutnya,” tulis kenyataan yang dikeluarkan dan menyatakan bahawa tangkapan ini dibuat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

  • Terbalikkan Myvi di Johor – 9 ditangkap setakat ini

    Terbalikkan Myvi di Johor – 9 ditangkap setakat ini

    Polis daerah Seri Alam, Johor memaklumkan bahawa sehingga kini seramai sembilan individu telah ditangkap berhubung insiden sebuah Perodua Myvi diterbalikkan oleh orang ramai selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan seorang penunggang penghantar makanan di Taman Kota Masai, Johor Bahru minggu lalu.

    Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum mendedahkan butiran berkenaan suspek-suspek terbaharu yang ditangkap berkenaan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 4 November lalu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak, menyatakan bahawa sejumlah tiga suspek yang berusia antara 17 hingga 24 tahun sudahpun ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai bermula pukul 10.45 pagi sehari sebelumnya.

    Mohd. Sohaimi turut menyatakan bahawa kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan polis masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan berkenaan, serta menyiasat apakah punca orang ramai bertindak merusuh dan menterbalikkan kereta yang dipandu mangsa.

    Dalam laporan Kosmo Jumaat lalu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal menyatakan bahawa kejadian bermula apabila pemandu kereta Perodua Myvi itu bertindak melanggar lampu merah ketika di simpang empat Jalan Kota Masai 2, pada masa sama penunggang motosikal terbabit sedang berjalan terus dengan agak laju.

    Saksi tersebut turut menyatakan bahawa orang ramai mula marah dan merosakkan Myvi tersebut selepas pemandunya yang sudah selamat berada dalam kereta peronda polis membuat provokasi terhadap orang ramai.

    Walau bagaimanapun, dalam satu lagi video yang tular, iaitu rakaman dashcam dari Myvi berkenaan membuktikan bahawa lampu masih belum bertukar kuning ketika ia tiba di persimpangan tersebut. Tetapi ia sudah berkelip memberi amaran bahawa ia hampir bertukar kuning, membuktikan bahawa penunggang penghantar makanan tersebut yang sebenarnya melanggar lampu merah.

    Sekali lagi kami ingatkan, jika berlaku insiden seperti ini, jangan sesekali dikuasai emosi dan mengambil tindakan sendiri dan biarkan polis melakukan tugas mereka.

  • ACE 2022: Beli atau trade-in kereta terpakai anda dengan myTukar dapat baucar RM1k; jaminan setahun

    ACE 2022: Beli atau trade-in kereta terpakai anda dengan myTukar dapat baucar RM1k; jaminan setahun

    ACE 2022 hari ini berlangsung untuk hari kedua, yang akan berakhir 7 malam nanti, menampilkan penaja bersama seperti myTukar, Petron dan Yinson GreenTech dengan 12 jenama automotif yang mengambil bahagian di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

    Kepada yang ingin mencari kereta terpakai atau trade-in kenderaan sedia ada, ruang pameran myTukar adalah tempatnya. Terdapat kira-kira 50 buah kenderaan terpakai dibawa dan dipamerkan di acara ini, dengan stok tersedia tentunya.

    Membeli kereta terpakai dari myTukar bermakna anda tidak perlu menunggu lama untuk menerima kereta yang dibeli itu. Dan pembelian boleh diserahkan ke rumah anda dalam tempoh seminggu serta datang dengan jaminan pulangan wang lima-hari. Pembelian kenderaan dari myTukar juga datang dengan jaminan setahun, serta dua slot servis percuma.

    Selain itu, jika beli kenderaan baru dan trade-in dengan myTukar juga akan diberikan penilaian kereta anda di tempat pilihan anda, serta lengkap dengan tempoh harga tetap selama 30-hari.

    ACE 2022: Beli atau trade-in kereta terpakai anda dengan myTukar dapat baucar RM1k; jaminan setahun

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

  • ACE 2022: Yinson GreenTech bawa Hyprdrive, chargEV dan Oyika ke SCCC – tawaran khas tersedia

    ACE 2022: Yinson GreenTech bawa Hyprdrive, chargEV dan Oyika ke SCCC – tawaran khas tersedia

    Dengan permotoran elektrik semakin diterima di negara kita, permintaan untuk pengecas kenderaan elektrik juga meningkat selari. Semasa acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2022 yang sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), salah satu penajanya adalah penyedia khidmat tersebut, iaitu Yinson GreenTech, bersama Petron dan myTukar.

    Yinson Greentech membawa tiga jenama yang ditawarkan untuk solusi kenderaan elektrik, iaitu Hyprdrive, chargEV dan Oyika, ke tapak acara ACE 2022.

    Bagi Hyprdrive, ia adalah program pajakan kenderaan elektrik korporat yang ditawarkan untuk perniagaan yang mahu beralih kepada kenderaan tanpa emisi, dengan produk yang merangkumi segmen penumpang dan juga komersial. Jika syarikat anda mendaftar minat di ACE 2022 dengan deposit RM500, anda akan layak untuk menerima diskaun pajakan istimewa yang termasuk pelbagai pakej pengecas serta hadiah misteri bernilai RM200. Jika mendaftar terus juga, anda akan menerima keahlian chargEV percuma selama setahun.

    chargEV adalah satu penyedia infrastruktur ternama di Malaysia, dan pelbagai pengecas AC dan DC mereka dibawa ke ACE 2022. Bagi acara ini, chargEV memberikan tawaran eksklusif antaranya yuran langganan RM200 (biasanya RM240 setahun). Tanpa langganan ini, pengecas chargEV juga boleh digunakan dengan bayaran setiap kali digunakan.

    Menyertai Hyprdrive dan chargEV dari Yinson GreenTech adalah Oyika, untuk segmen kenderaan dua roda. Dua motosikal elektrik Oyika dibawa ke tapak acara, bersama infrastruktur penukaran baterinya. Motosikal elektrik Oyika ini akan mula memasuki pasaran pada tahun hadapan, dan sekiranya berminat, anda boleh mendaftar di ACE 2022 untuk menerima maklumat terkini berkenaannya.

    Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    ACE 2022: Yinson GreenTech bawa Hyprdrive, chargEV dan Oyika ke SCCC – tawaran khas tersedia

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Sekiranya anda tidak berada berdekatan dengan Setia Alam, atau hujung minggu ini anda sibuk dengan aktiviti lain, jangan risau kerana anda juga boleh membeli di ACE 2022 melalui platform dalam talian acemalaysia.my yang disediakan.

  • ACE 2022: Kenali minyak enjin Petron – muat turun aplikasi Petron dan peluang menangi hadiah menarik

    ACE 2022: Kenali minyak enjin Petron – muat turun aplikasi Petron dan peluang menangi hadiah menarik

    Selain menerima penyertaan daripada pelbagai jenama kereta, paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2022 yang sedang berlangsung di Setia City Convention Centre sehingga jam 7 malam ini turut disertai beberapa penaja bersama, antaranya ialah Petron.

    Selaku penaja bersama, Petron turut memberikan pelbagai promosi menarik sepanjang penganjuran ACE 2022 ini. Selain berkesempatan mempamerkan pelbagai produknya termasuk minyak enjin keluarannya serta aplikasi Petron sendiri. Bagi pengguna Petron yang telah memuat turun aplikasi ini, anda boleh menebus mata ganjaran hasil mengisi minyak di mana-mana stesen Petron dan berpeluang menyertai promosi terkini.

    Untuk pengunjung ACE 2022 yang berkunjung ke ruang pameran Petron pula, jika anda telah memuat naik aplikasi berkenaan, anda berpeluang menyertai permainan yang disediakan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah beg, jaket dan rantai kunci.

    Petron turut mempamerkan minyak enjin sintetik dan sintetik penuh pelbagai julat kelikatan dari 0W-40, 0W-20, 5W-30, 5W-40, 10W-40 dan 10W-30, yang dijual dari harga bermula RM100. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membeli minyak enjin ini di ruang pameran Petron, anda berpeluang menerima hadiah percuma termasuklah pemutar skru cordless dan juga payung.

    Malahan sesiapa yang membeli kereta baharu menerusi ACE 2022, anda berpeluang menerima baucar minyak bernilai RM50. Di mana baucar ini akan dikredikkan ke dalam aplikasi Petron yang digunakan secara serta merta.

    Selain itu, menerusi acara ACE 2022 ini juga, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baharu akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool.

    ACE 2022: Kenali minyak enjin Petron – muat turun aplikasi Petron dan peluang menangi hadiah menarik

    Selain itu, ada RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

    Bukan itu sahaja, tempahan kereta baharu yang telah disahkan pula akan memberikan peluang kepada anda untuk menyertai cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun peraturan pandemik Covid-19 yang kini semakin longgar, kami masih mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Sekiranya anda tidak berada berdekatan dengan Setia Alam, atau hujung minggu ini anda sibuk dengan aktiviti lain, jangan risau kerana anda juga boleh membeli di ACE 2022 melalui platform dalam talian acemalaysia.my yang disediakan.

  • ACE 2022: BMW dan MINI oleh Wheelcorp Premium tawar penjimatan sehingga RM98k untuk model lama

    ACE 2022: BMW dan MINI oleh Wheelcorp Premium tawar penjimatan sehingga RM98k untuk model lama

    Kenderaan BMW dan MINI yang dipamerkan di ACE 2022 di Setia City Convention Centre, hari ini dan esok, dibawakan oleh Wheelcorp Premium. Model-model elektrik antara yang menghiasi ruang berkenaan, dengan contoh seperti MINI Electric dan BMW iX3, sementara model plug-in hybrid diwakili oleh BMW 330e, 740Le dan X5 xDrive45e. Tidak ketinggalan ada juga model 218i Gran Coupe M Sport.

    Rebat sehingga RM40,000 ada ditawarkan, serta penjimatan lain bagi model-model terdahulu: anda boleh jimat sehingga RM97,800 untuk Le M Performance, dan sehingga RM40k untuk X5 xDrive45e M Performance. Kedua-duanya juga boleh dibiayai pada kadar faedah dari serendah 0.77%! Versi PHEV bagi X5 juga datang lengkap dengan aksesori M Performance bernilai RM38k.

    Sebagai tambahan kepada rebat dan kadar pembiayaan yang ditawarkan oleh Wheelcorp Premium, setiap pembelian kenderaan dari dua jenama ini akan membolehkan anda berpeluang memenangi tilam queen size oleh Magniflex dari Itali bernilai RM8,200.

    ACE 2022 ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

  • ACE 2022: Subaru XV GT Edition dan Forester GT Edition menanti anda – jimat sehingga RM15k

    ACE 2022: Subaru XV GT Edition dan Forester GT Edition menanti anda – jimat sehingga RM15k

    Subaru menerusi pengedarnya Motion Beyond Subaru Setia Alam turut menyertai penganjuran paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2022 berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) dari jam 9 pagi hingga 7 malam hari ini dan esok (6 Nov). Walau pun tidak membawa Subaru BRZ serba baharu untuk dipertontonkan, namun model crossover XV GT Edition dan SUV Forester GT Edition juga menjadi perhatian pengunjung ACE 2022.

    Dengan penampilan yang lebih bergaya, XV GT Edition 2022 ditambahkan dengan bampar hadapan yang disemak semula dengan sudut berbentuk-L, kemasan gril baharu, lampu hadapan yang direka semula dan roda aloi dua-tona 17-inci. Selain itu, GT Edition ini turut ditambah dengan spoiler bampar hadapan dan belakang, skirt sisi yang lebih dalam dan kemasan perak.

    Untuk Forester GT Edition pula, ia diberikan kit badan yang lebih bergaya dan tampak sporty. Ia hadir dengan padanan bampar hadapannya juga lebih menyerlah dan gaya luarannya tambah lengkap dengan skirt sisi, spoiler belakang dan lip extension pada bampar belakang yang memberikan sentuhan lebih agresif walau pun tidak keterlaluan.

    Menerusi ACE 2022, pelanggan yang membuat tempahan berpeluang menikmati penjmatan sehingga RM15,000 mana-mana model yang dipamerkan ini. Sekiranya anda tidak berada berdekatan dengan Setia Alam, atau hujung minggu ini anda sibuk dengan aktiviti lain, jangan risau kerana anda juga boleh membeli di ACE 2022 melalui platform dalam talian acemalaysia.my yang disediakan.

  • ACE 2022: Volvo pamerkan barisan model terkini — varian Volvo XC60, XC40, S60, V60 dan banyak lagi

    ACE 2022: Volvo pamerkan barisan model terkini — varian Volvo XC60, XC40, S60, V60 dan banyak lagi

    Ruang pameran Volvo di ACE 2022 menampilkan barisan kenderaan yang menarik dan penawaran terkini untuk pasaran tempatan. Antara model yang menghiasi ruang berkenaan ialah Volvo XC60 Recharge T8, S60 Recharge T8, V60 Recharge, XC40 Recharge Pure Electric dan XC40 B5.

    Bagi XC40 misalnya, kedua-dua versi XC40 terbaru ini — XC40 B5 mild-hybrid dan XC40 Recharge T5 facelift — kedua-dua versi XC40 terbaru ini hadir dalam tingkat kemasan tunggal, iaitu Ultimate, yang menggantikan kemasan R-Design sebelum ini.

    Baru saja diperkenalkan, kedua-dua varian XC40 ini dipasang di sini dan dijual pada harga yang sama, RM268,888. XC40 B5 Ultimate dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol, dan digandingkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan. Ia menghasilkan sebanyak 263 hp dan 390 Nm tork untuk memacu semua roda.

    XC40 Recharge T5 Ultimate PHEV pula menggunakan enjin 1.5 liter turbocas tiga-silinder petrol yang diganding bersama transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan (klac basah). Enjin ini menghasilkan 262 hp dan 425 Nm yang menghantar kuasa ke roda depan. Varian ini juga dilengkapi dengan bateri lithium-ion 10.7 kWh, memberikan pacuan elektrik sepenuhnya sejauh 44 km.

    Bagi model XC60 Recharge T8 Ultimate, ia menggabungkan sentuhan rekaan khas Scandinavia dengan barisan teknologi maju yang mengkagumkan, serta sistem janaan plug-in hybrid. Dengan janaan output 462 PS dan 709 Nm tork, SUV pacuan semua roda ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat. Ada kelebihan lain memandangkan SUV ini memanfaatkan sistem janaan Recharge T8: ia mampu memberikan kadar penggunaan minyak 1.6 liter bagi setiap 100 km.

    Ia turut memberikan pilihan untuk menggunakan janaan enjin biasa sepenuhnya, dan XC60 PHEV ini mampu memberikan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sejauh 81 km hasil daripada kapasiti bateri 18.8 kWh yang melengkapinya. Dengan pengecasan yang kerap, anda mungkin tidak perlu singgah di stesen minyak.

    XC60 ini juga lengkapi dengan sistem infotainmen Automotive OS Android yang menyertakan servis Google seperti Google Maps, Google Assistant dan Google Play Store, yang mana semuanya boleh diakses melalui skrin sentuh sembilan-inci. Kelengkapan lain termasuklah sistem bunyi Bowers & Wilkins 1,400 watt dengan 15 pembesar suara, tombol gear kristal Orrefors, sunroof panoramik, kawalan pendingin dwi-zon, head-up display dan kerusi depan larasan elektrik dengan fungsi memori.

    ACE tahun ini ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

  • ACE 2022: Perodua Aruz dan Ativa pengecas turbo menjadi tumpuan – ganjaran menarik menanti anda

    ACE 2022: Perodua Aruz dan Ativa pengecas turbo menjadi tumpuan – ganjaran menarik menanti anda

    Bukan senang nak melihat pelbagai jenama kereta dihimpunkan di bawah satu bumbung, namun itulah yang sedang berlangsung dalam acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2022 di Setia City Convention Centre sehingga esok, 6 November. Bukan setakat dapat melihat secara lebih dekat barisan model baharu yang dipamerkan, namun anda juga berpeluang memandu ujinya serta jika berminat, boleh terus menempah mana-mana model kenderaan yang dihajati.

    Pendahulu pasaran, Perodua membawakan model Aruz dan Ativa dalam acara ini. Walau pun tidak
    mempamerkan Alza serba baharu, namun penampilan Aruz dan Ativa tetap menarik perhatian para pengunjung ACE 2022.

    MPV Aruz tujuh-tempat duduk baharu ini diberikan jarak kelegaan tanah 220 mm. Kedudukan lebih tinggi ini memberikan kelebihan yang berlainan, misalnya sudut penglihatan yang lebih baik serta mudah melalui laluan tak rata yang lebih mencabar.

    Ia juga didatangkan dengan banyak kelengkapan menarik dan berguna, seperti ciri Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 serta enam beg udara dan penarafan lima-bintang ASEAN NCAP. Tambahan ciri terbaru yang ada termasuk kunci pintu automatik dan pemijak sisi untuk memudahkan penumpang masuk ke kabin. Tidak lupa, ada juga warna baru Passion Red.

    ACE 2022: Perodua Aruz dan Ativa pengecas turbo menjadi tumpuan – ganjaran menarik menanti anda

    Model tunggal Perodua yang dilengkapi dengan enjin pengecas turbo, Ativa pula diberikan unit 1KR-VET 1.0 liter turbo, DOHC VVT tiga-silinder yang mampu menghasilkan 98 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm tork dari 2,400 rpm hingga 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan D-CVT dengan mod tujuh-kelajuan. Ia juga dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien iaitu sekitar 18.9 km/l (ECE mode).

    Tentang dimensinya, Ativa mempunyai panjang 4,065 mm dan 1,710 mm lebar. Dengan sedikit melebihi empat meter panjang, SUV kompak ini ditakrifkan daripada SUV segmen A kepada segmen B kecil oleh Perodua.

    ACE 2022 ditaja bersama Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, serta acara ini turut menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool.

    Selain itu, ada RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baharu di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat mencecah RM1,500.

    Bukan itu sahaja, tempahan kereta baharu yang telah disahkan pula akan memberikan peluang kepada anda untuk menyertai cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun peraturan pandemik Covid-19 yang kini semakin longgar, kami masih mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Sekiranya anda tidak berada berdekatan dengan Setia Alam, atau hujung minggu ini anda sibuk dengan aktiviti lain, jangan risau kerana anda juga boleh membeli di ACE 2022 melalui platform dalam talian acemalaysia.my yang disediakan.

  • ACE 2022: Proton X70, X50, Exora dan Saga — dengan rebat sebanyak RM2k, baucar Aeon, petrol dan hadiah

    ACE 2022: Proton X70, X50, Exora dan Saga — dengan rebat sebanyak RM2k, baucar Aeon, petrol dan hadiah

    Proton mempamerkan empat model semasa dan terlaris keluarannya di ACE 2022, yang terdiri daripada Proton X70, X50, MPV Exora dan Saga. MPV Proton Exora misalnya, ditawarkan dengan rebat tunai sebanyak RM2,000. Tempah kereta Proton di ACE 2022 dan anda juga akan menerima pelbagai hadiah lain seperti pek RFID Touch n Go serta cenderahati Proton. ACE 2022 berlangsung hari ini dan esok, 5-6 November 2022 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) dari 9 pagi hingga 7 malam.

    Lihat juga SUV Proton X50 dan X70. SUV besar itu telah diberikan penambahbaikan pada Jun tahun ini, dan kini menggunakan enjin 1.5 liter turbo sebagai tambahan penawaran terbarunya. Dua lagi model lain yang akan dipamer ialah Saga dan MPV Exora, dengan kedua-duanya menerima kemaskini tahun ini. Saga pula diberikan penambahbaikan estetika yang baru termasuk bodykit dan papan pemuka yang direka semula, antaranya.

    Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

  • ACE 2022: Royal Alloy GP125, GP180 dan TG250S – warna baru diperkenal, harga antara RM13k-RM24k

    ACE 2022: Royal Alloy GP125, GP180 dan TG250S – warna baru diperkenal, harga antara RM13k-RM24k

    Selain kereta, turut hadir di acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2022 yang sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) hari dan esok dari jam 9am hingga 7pm adalah motosikal dari jenama Royal Alloy.

    Tiga model yang ditawarkan oleh jenama dari United Kingdom ini, iaitu GP125, GP180 dan TG250S diletakkan di kawasan pameran, dengan terdiri daripada pelbagai warna serta ada juga yang sudah dipasang dengan aksesori yang dijual secara berasingan.

    Istimewa untuk acara ini, pengedar Royal Alloy memperkenalkan warna baru bagi TG250S, yang menggunakan gabungan warna kuning dan putih. Tempat duduk pula menggunakan warna hitam, manakala rim masih sama seperti model lain – hitam dan krom.

    Semua model Royal Alloy ini menggunakan enjin satu silinder empat strok dengan sistem suntikan bahan api dan transmisi automatik, mampu menghasilkan kuasa masing-masing 9.6 hp/9.2 Nm untuk GP125, 10 hp/10.6 Nm untuk GP180 dan 21.3 hp/21 Nm untuk TG250S.

    Selain enjin, spesifikasi serta bentuk badan GP125 dan GP180 kebanyakannya adalah sama (kecuali sistem ABS yang hanya disediakan untuk GP180), sementara TG250S pula mempunyai bentuk badan yang berbeza dan mendapat panel instrumen TFT berwarna penuh boleh sambung kepada telefon, dua penyerap hentak di belakang dan tayar Pirelli.

    Kelengkapan standard pada ketiga-tiga model Royal Alloy ini adalah termasuk brek cakera depan dan belakang, keseluruhan badan besi, rim 12 inci dengan tayar 110/70 di hadapan dan 120/70 di belakang, tangki bahan api 10.5 liter dan semua lampu jenis LED.

    Harga yang ditetapkan untuk Royal Alloy GP125 adalah RM12,800, diikuti RM16,300 untuk GP180 dan RM23,800 untuk TG250S. Harga ini tidak termasuk insurans dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

  • ACE 2022: Jamu mata dengan barisan model Mercedes-Benz – AMG, EQ, C-Class, E-Class

    ACE 2022: Jamu mata dengan barisan model Mercedes-Benz – AMG, EQ, C-Class, E-Class

    Jika anda ada masa terluang hari ini atau esok, jangan lupa untuk kunjungi paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2022 berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) dari jam 9 pagi hingga 7 malam hari ini dan esok (6 Nov). Banyak jenama kereta mengambil bahagian, sekaligus memberikan peluang untuk para pengunjung melihat deretan model baharu di bawah satu bumbung!

    Antara jenama yang mengambil bahagian ialah jenama premium Mercedes-Benz menerusi pengedarnya Cycle & Carriage. Inilah peluang untuk anda melihat sendiri barisan model Mercedes-Benz yang dipamerkan. Model tersebut ialah A35 4Matic Sedan, AMG GLA 35, E 300, C 200, EQC 400, dan EQB 350. Selain itu, model pra-pemilikan GLC 200 turut dipamerkan di sini.

    Anda yang berminat untuk memandu ujinya, juga boleh berbuat demikian menerusi acara ACE 2022 ini. Untuk yang membeli mana-mana model Mercedes-Benz yang diidamkan, Cycle & Carriage menawarkan Extended Limited Warranty dan program Paint & Dent Protector.

    ACE 2022: Jamu mata dengan barisan model Mercedes-Benz – AMG, EQ, C-Class, E-Class

    Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool.

    Selain itu, ada RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baharu di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat mencecah RM1,500.

    ACE 2022: Jamu mata dengan barisan model Mercedes-Benz – AMG, EQ, C-Class, E-Class

    Bukan itu sahaja, tempahan kereta baharu yang telah disahkan pula akan memberikan peluang kepada anda untuk menyertai cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun peraturan pandemik Covid-19 yang kini semakin longgar, kami masih mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Sekiranya anda tidak berada berdekatan dengan Setia Alam, atau hujung minggu ini anda sibuk dengan aktiviti lain, jangan risau kerana anda juga boleh membeli di ACE 2022 melalui platform dalam talian acemalaysia.my yang disediakan.

  • ACE 2022: Dekati Hyundai Staria 10-seater dan Kona Electric — rebat dengan tawaran menarik disediakan

    ACE 2022: Dekati Hyundai Staria 10-seater dan Kona Electric — rebat dengan tawaran menarik disediakan

    Untuk acara ACE 2022 yang berlangsung hari ini dan esok, 5-6 November 2022 di SCCC, Hyundai turut mempamerkan model-model terbaru keluaran syarikat itu. Antaranya adalah model MPV 10-tempat duduk, Staria. Model ini menggunakan enjin 2.2 liter turbodiesel, dan datang dalam tiga varian dengan harga bermula dari RM179,888.

    MPV ini tampil unik dengan rekaan luarannya. Sementara bahagian dalam pula menyediakan tataletak yang fleksibel dengan konfigurasi 2-3-2-3. Untuk membawa ramai penumpang, ia sudah tentu sangat selesa dan luas, apatah lagi jika diperlukan untuk membawa barangan.

    Teknologi yang mengiringinya juga banyak yang menarik, seperti brek parkir elektronik dengan Auto Hold, skrin sentuh lapan-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay serta sistem bantuan pemandu seperti AEB, bantuan mengekalkan lorong dan kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go.

    Sebuah lagi model yang dipamerkan ialah Kona Electric. Kereta ini boleh berjalan sejauh 484 km dalam satu cas penuh mengikut kitaran WLTP — cukup jauh untuk ulang-alik harian. Ini dibolehkan dengan penggunaan bateri berkapasiti 64 kWh yang membekalkan kuasa kepada motor elektrik di depan dengan janaan sekitar 204 PS dan 395 Nm — tak kalah menyeronokkan pemanduannya dengan angka-angka seperti ini.

    Ia juga praktikal kerana boleh menampung pengecasan AC biasa dan DC pantas, yang kedua ini dengan kadar 100 kW — dengan kadar 10-80% dalam masa hanya 47 minit. Seperti Staria, Kona Electric juga datang dengan ciri keselamatan SmartSense dan sistem bantuan pemandu. Dijual dari harga RM156,538, ini sebuah kereta dengan teknologi EV semasa yang menarik untuk dipertimbangkan, dan untuk ACE 2022 ia diberi rebat sehingga RM5,000.