Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • ACE 2022: Toyota pamer Vios, Yaris, Corolla Cross Hybrid dan Veloz – banyak ganjaran hebat ditawarkan

    ACE 2022: Toyota pamer Vios, Yaris, Corolla Cross Hybrid dan Veloz – banyak ganjaran hebat ditawarkan

    Toyota turut mengambil bahagian di dalam acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2022 yang sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) sehingga esok (6 Nov 2022). Mempamerkan lima model terkininya iaitu Vios, Yaris, Corolla Cross Hybrid, Vios GR Sport dan model yang terbaharu dilancarkan, Veloz. Anda bukan setakat dapat melihat dan membelek setiap model yang dipamerkan, malah turut berpeluang memandu ujinya dan seterusnya membuat tempahan sekiranya berminat.

    Bagi pengunjung yang mendaftar minat mereka di ruang pameran Toyota ini, anda berpeluang menerima hadiah cenderahati edisi terhad (selagi stok masih ada). Toyota akan menjalankan jualan akhir tahun dengan menawarkan rebat tunai, aksesori percuma bagi model terpilih dengan nilai sehingga RM4,000, dan pembiayaan 100% dengan ansuran bulanan serendah RM498. Bukan itu sahaja, Toyota juga menjanjikan pengalaman pemilikan kenderaan yang menyenangkan melalui servis lepas jualan Extra Mile.

    Selain itu, bagi 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baharu menerusi acara ini juga akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

    Sekiranya anda tidak berada berdekatan dengan Setia Alam, atau hujung minggu ini anda sibuk dengan aktiviti lain, jangan risau kerana anda juga boleh membeli kereta idaman di ACE 2022 melalui platform dalam talian acemalaysia.my yang disediakan.

     
     
  • ACE 2022: Honda HR-V, Civic RS, City Hatchback RS dan CR-V dipamer – tawaran dan hadiah menanti

    ACE 2022: Honda HR-V, Civic RS, City Hatchback RS dan CR-V dipamer – tawaran dan hadiah menanti

    Sedang berlangsung hari ini, sehingga esok di Setia City Convention Centre (SCCC), paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2022 adalah acara yang perlu anda hadir jika berminat mahu membeli, ataupun sekadar mendekati kenderaan baru atau terpakai. Tapak acara dibuka dari jam 9am hingga 7pm.

    Honda adalah antara jenama yang menyertai ACE 2022, dengan hampir kesemua model semasanya dibawa untuk pameran. Paling menerima perhatian adalah HR-V, kerana ia baru sahaja dilancarkan di negara kita. SUV segmen B ini ditawarkan dalam pilinan tiga pakej enjin iaitu NA, Turbo dan Hybrid.

    Kali ini, semua model yang dibawa ke ACE 2022 adalah berwarna putih, dan HRV-RS disertai oleh varian tertinggi, RS, bagi City dan City Hatchback, CR-V serta Civic Fe RS. Anda bukan setakat boleh melihat semua model ini, tetapi juga memandu ujinya sendiri di kawasan khas yang disediakan.

    ACE 2022: Honda HR-V, Civic RS, City Hatchback RS dan CR-V dipamer – tawaran dan hadiah menanti

    default

    Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    ACE 2022: Honda HR-V, Civic RS, City Hatchback RS dan CR-V dipamer – tawaran dan hadiah menanti

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Sekiranya anda tidak berada berdekatan dengan Setia Alam, atau hujung minggu ini anda sibuk dengan aktiviti lain, jangan risau kerana anda juga boleh membeli di ACE 2022 melalui platform dalam talian acemalaysia.my yang disediakan.

     
     
  • ACE 2022: Proton Satria GTi, Putra DSR dan koleksi kereta klasik lain turut hiasi ruang legar pameran

    ACE 2022: Proton Satria GTi, Putra DSR dan koleksi kereta klasik lain turut hiasi ruang legar pameran

    Selain barisan kereta baru dan terpakai yang dipamer di ACE 2022, terdapat juga beberapa model unik dan klasik dan menarik lain yang turut dipamerkan di ruang legar di luar dewan utama SCCC, dengan sebahagian besarnya oleh Karrus Classics.

    Nama ini bukanlah terlalu asing jika anda kerap mengikuti perkembangan yang kami bawakan di paultan.org. Dalam laporan berkaitan Karrus Classics sebelum ini, kami memaparkan tentang usaha mereka untuk membawakan semula unit-unti model Proton Satria GTi yang sinonim dengan era penghujung tahun-tahun 90an dan awal 2000an dulu yang kini menjadi begitu ikonik untuk jenama Proton.

    ACE 2022: Proton Satria GTi, Putra DSR dan koleksi kereta klasik lain turut hiasi ruang legar pameran

    Mereka membeli dan menghimpunkan, melakukan restorasi dan kemudian menjual semula unit-unti yang sangat nostalgia ini kepada mereka yang mungkin berminat di pasaran tempatan. Harganya? Dalam RM45,000, dengan ujian pemanduan sejauh 100 km turut dilakukan untuk memastikan tiada sebarang masalah kepada pemilik barunya.

    Antara restorasi yang dilakukan termasuklah diberikan cat badan, bersama lampu-lampu, perapi-perapi dan emblem (jika perlu) baru. Ada unit yang mereka terima tidak datang dengan rim 16-inci standard Satria GTi, tetapi telah diberikan set rim baru keluar dari kotak, dan ada juga yang diberikan rim yang direstorasi dan nampak seperti baru. Dan untuk ACE 2022, satu unit kereta berkenaan ada dibawa dan dipamerkan untuk tatapan umum.

    Selain Proton Satria GTi tersebut, ada sebuah lagi model klasik Proton yang turut dipamerkan di sini: Proton Putra DSR. Mereka juga melakukan perkara yang sama: restorasi menyeluruh untuk mengembalikan kegemilangan kereta terbabit. Antaranya dengan menanggalkan setiap komponen pada kerangka asas dan memeriksa bahagian yang mungkin terkesan akibat karat untuk dibaik pulih.

    Setelah siap proses-proses membuang karat, badan Putra ini mula dicat semula dengan warna Royal Candy Blue dari Aikka. Seperti yang anda boleh lihat, warna biru istimewa ini berubah mengikut keadaan cahaya sekeliling, jadi untuk memastikan cat berkenaan disemburkan sekata pada setiap bahagian bukanlah perkara mudah.

    Logo DSR di penutup but belakang pula, ia bukan pelekat, tetapi dihasilkan dengan teknik airbrush dalam masa yang sama ketika proses mengecat badan kereta ini dibuat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah Proton Putra DSR ini, rujuk dan baca di sini. Proton Putra ini boleh ditinjau dari depan hari ini dan esok di ACE 2022, di Setia City Convention Center (2022) dari 9 pagi hingga 7 malam.

    Proton Putra DSR

    Proton Satria GTi

    Koleksi Karrus Classics di ACE 2022

     
     
  • Myvi diterbalikkan di Johor – rakaman dashcam buktikan penghantar makanan langgar lampu merah

    Myvi diterbalikkan di Johor – rakaman dashcam buktikan penghantar makanan langgar lampu merah

    Semalam tular satu video di media sosial memaparkan sebuah Perodua Myvi diterbalikkan orang ramai yang kelihatan marah. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada hari khamis malam, 3 November 2022.

    Dalam satu laporan akhbar Kosmo, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal menyatakan bahawa kejadian bermula apabila pemandu kereta Perodua Myvi itu bertindak melanggar lampu merah ketika di simpang empat Jalan Kota Masai 2, pada masa sama penunggang motosikal terbabit sedang berjalan terus dengan agak laju.

    Saksi tersebut turut menyatakan bahawa orang ramai mula marah dan merosakkan Myvi berkenaan selepas pemandunya yang sudah selamat berada dalam kereta peronda polis membuat provokasi terhadap orang ramai.

    Namun dalam satu lagi video yang tular, iaitu rakaman dashcam dari Myvi berkenaan membuktikan bahawa lampu masih belum bertukar kuning ketika ia tiba di persimpangan tersebut. Tetapi ia sudah berkelip memberi amaran bahawa ia hampir bertukar kuning, membuktikan bahawa penunggang penghantar makanan itu yang sebenarnya melanggar lampu merah.

    Setakat ini polis telah menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut, menurut satu lagi laporan Kosmo. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 24 tahun sudahpun ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai bermula pukul 10.45 pagi semalam.

    Mohd. Sohaimi turut menyatakan bahawa ketiga-tiga suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan buat waktu ini polis masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan tersebut, dan menyiasat apakah punca orang ramai bertindak merusuh dan menterbalikkan kereta yang dipandu mangsa.

    Jadi sekurang-kurangnya ada dua pengajaran untuk kita semua dari insiden ini; pertama – untuk penghantar makanan, tolonglah jangan langgar lampu isyarat merah kerana sekiranya terjadi apa-apa insiden, ia bukan menyusahkan anda seorang, malah banyak pihak lain turut terlibat.

    Dan yang kedua, sekiranya terjadi insiden seperti ini, biarlah polis sahaja lakukan tugas mereka. Kita yang tidak terlibat jangan masuk campur dan jangan dikuasai emosi.

     
     
  • Terbalikkan Myvi di Johor – 3 lelaki sudah di tahan polis, suspek lain yang terlibat sedang dicari

    Terbalikkan Myvi di Johor – 3 lelaki sudah di tahan polis, suspek lain yang terlibat sedang dicari

    Susulan insiden sebuah Perodua Myvi diterbalikkan selepas terlibat dalam kemalangan di Taman Kota Masai, Johor Bahru malam Jumaat lalu, tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut sudahpun ditahan polis, lapor Kosmo.

    Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 24 tahun sudahpun ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai bermula pukul 10.45 pagi semalam.

    “Polis maklum sebuah video tular berdurasi 38 saat yang menunjukkan berlakunya kekecohan di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai berpunca daripada kemalangan antara sebuah kereta dan seorang penghantar makanan.

    “Dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil,” jelasnya.

    Mohd. Sohaimi turut menyatakan bahawa ketiga-tiga suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan buat waktu ini polis masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan tersebut, dan menyiasat apakah punca orang ramai bertindak merusuh dan menterbalikkan kereta yang dipandu mangsa.

    Dalam satu lagi laporan Kosmo semalam, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal menyatakan bahawa kejadian bermula apabila pemandu kereta Perodua Myvi itu bertindak melanggar lampu merah ketika di simpang empat Jalan Kota Masai 2, pada masa sama penunggang motosikal terbabit sedang berjalan terus dengan agak laju.

    Saksi tersebut turut menyatakan bahawa orang ramai mula marah dan merosakkan Myvi tersebut selepas pemandunya yang sudah selamat berada dalam kereta peronda polis membuat provokasi terhadap orang ramai.

    Walau bagaimanapun, dalam satu lagi video yang tular, iaitu rakaman dashcam dari Myvi berkenaan membuktikan bahawa lampu masih belum bertukar kuning ketika ia tiba di persimpangan tersebut. Tetapi ia sudah berkelip memberi amaran bahawa ia hampir bertukar kuning, membuktikan bahawa penunggang penghantar makanan itu yang sebenarnya melanggar lampu merah.

     
     
  • ACE 2022: Dekati Nissan Almera Turbo, Serena, Navara dan X-Trail – pelbagai tawaran pakej, hadiah menarik

    ACE 2022: Dekati Nissan Almera Turbo, Serena, Navara dan X-Trail – pelbagai tawaran pakej, hadiah menarik

    Acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2022, yang ditaja bersama oleh myTukar, Petron dan Yinson GreenTech kini sedang berlangsung 5-6 November dari jam 9 am hingga 7 pm. Jika anda mencari kereta baru atau terpakai, datang terus ke Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor.

    Nissan hadir ke acara ini dengan membawa beberapa model, termasuk Almera Turbo, Serena, X-Trail dan Navara. Almera Turbo menawarkan kuasa 100 PS dan 152 Nm, dijual pada harga RM83,888 dan semua varian mendapat Intelligent Forward Collision Warning serta Intelligent Forward Emergency Braking. Tambah lagi RM1,000, anda akan mendapat kit badan Tomei Aerokit Package yang bernilai RM8,000!

    MPV tujuh tempat duduk, Serena facelift juga dipamerkan di acara ini, dengan dua varian ditawarkan, bermula dari RM149,888 untuk Highway Star dan RM162,888 untuk Premium Highway Star. Model ini menggunakan enjin hibrid ringkas, berkuasa 150 PS dan 200 Nm, dan datang standard dengan Autonomous Emergency Braking, Lane Departure Warning serta Intelligent Around View Monitor dengan Moving Object Detection. Tambah lagi RM1,000, anda akan mendapat balutan tempat duduk kulit sintetik serta penapis cahaya cermin ICE Cool bernilai RM5,600!

    Turut mengisi ruang pameran Nissan di ACE 2022 adalah trak pikap Navara Pro-4X, yang dijual pada harga bermula RM148,600. Varian Pro-4X ini mempunyai penampilan lebih unik berbanding varian biasa, dengan menggunakan kemasan gril kelabu matte, lencana hitam, rel bumbung serta cermin sisi hitam, dan kemasan oren pada bampar hadapan dan fender.

    Tambah lagi RM1,000, Navara Pro-4X akan dipasang dengan Protection Package bernilai RM10,950, yang memberikan sport bar belakang, pelindung bawah enjin dan tangki minyak, kick plate stainless steel, visor pintu, perakam video serta penapis cahaya cermin V-Kool.

    Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    ACE 2022: Dekati Nissan Almera Turbo, Serena, Navara dan X-Trail – pelbagai tawaran pakej, hadiah menarik

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    GALERI: Nissan Almera dengan kit badan Tomei di ACE 2022

     
     
  • ACE 2022 bermula hari ini — pandu uji dan banyak penjimatan, tawaran dan hadiah menarik diberikan

    ACE 2022 bermula hari ini — pandu uji dan banyak penjimatan, tawaran dan hadiah menarik diberikan

    default

    Hari ini bermulalah acara pameran dan jualan kenderaan ACE 2022 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Acara ini terbuka kepada umum, dan masuk adalah percuma. Ada pelbagai tawaran dan hadiah menanti, tidak hanya bagi mereka yang membeli kenderaan, tetapi juga untuk yang sekadar mengunjungi.

    Ruang pameran dalaman menempatkan jenama-jenama yang mempamer dan menjual kenderaan baru masing-masing, terdiri antaranya daripada Honda, Toyota, Perodua, Proton, Nissan, Hyundai dan Subaru. Mewakili jenama kenderaan premium pula ialah BMW/MINI, Mercedes-Benz Volvo. Sementara itu, di ruang legar di luar dewan, terdapat juga beberapa booth dan pameran kenderaan unik mengambil tempat.

    Untuk ruang acara di luar, terdapat barisan kenderaan yang disediakan untuk sesi pandu uji daripada pelbagai jenama ditempatkan di sana. Selain itu, untuk barisan kereta terpakai oleh myTukar juga ada diluar. Untuk pengunjung yang ingin menikmati makanan dan minum, tidak ketinggalan disediakan deretan food truck dengan pelbagai pilihan makanan juga di luar.

    Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

     
     
  • Honda WR-V 14% lebih murah berbanding City Hatch di Indonesia – anda beli jika harganya RM82k di M’sia?

    Honda WR-V 14% lebih murah berbanding City Hatch di Indonesia – anda beli jika harganya RM82k di M’sia?

    Pada masa ini anda mungkin sudah tahu tentang WR-V, SUV baru Honda yang diperkenalkan buat kali pertama di Indonesia beberapa hari lalu dan akan mula dipasang di negara itu bulan hadapan. Eksport pula akan bermula pada tahun 2023.

    Adakah WR-V ini akan tiba di negara kita? Ia satu prospek yang menarik, melihat kepada bentuk badan yang menjadi kegemaran sekarang, bersama jenama yang cukup popular di Malaysia. Melihat kepada saiz dan harga, SUV ini diletakkan bawah daripada HR-V (segmen B) dan bakal menjadi pesaing kepada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize, yang juga merupakan kembar kepada Perodua Ativa.

    Ia mempunyai ukuran 4,060 mm panjang dan 1,780 mm lebar, iaitu 5 mm lebih pendek berbanding Ativa, tetapi 70 mm lebih lebar. Dengan tinggi 1,608 mm, WR-V ini 27 mm lebih rendah berbanding Ativa sementara jarak antara roda 2,485 mm pula adalah 40 mm lebih pendek berbanding Ativa. Jarak dari tanah adalah 220 mm (Ativa 200 mm) manakala ruang but adalah 380 liter (Ativa 369 liter). Kedua-duanya juga berada dalam segmen sama.

    Honda WR-V 14% lebih murah berbanding City Hatch di Indonesia – anda beli jika harganya RM82k di M’sia?

    Setakat ini, adakah SUV baru Honda dengan saiz seperti Ativa ini kedengaran menarik bagi anda? Bagaimana pula kalau kami beritahu di Indonesia, SUV ini dijual lebih murah berbanding City Hatchback?

    Di negara itu, City Hatchback RS dengan Honda Sensing dijual pada harga 362.6 juta Rupiah, iaitu bersamaan RM109,431. WR-V RS Sensing yang paling tinggi (ADAS biasanya adalah pilihan tambahan di Indonesia) pula berharga 309.9 juta Rupiah (RM93,939). Ini menunjukkan WR-V 14% lebih murah berbanding City Hatchback.

    Perlu diambil tahu juga bahawa City Hatchback RS di Indonesia menggunakan enjin petrol 1.5 liter i-VTEC, dan bukannya e:HEV seperti di Malaysia. Melalui ini, maknanya perbandingan yang dibuat adalah pada model yang menggunakan padanan enjin, transmisi serta spesifikasi yang sama, cuma WR-V bersaiz lebih kecil.

    Selalu kami katakan, agak sukar untuk jenama bukan nasional memperkenalkan model segmen permulaan di pasaran kita dan menjadi kompetitif pada aspek spesifikasi dan harga berbanding pesaing jenama nasional.

    Ini antaranya disebabkan oleh Perodua dapat menawarkan model dengan spesifikasi tinggi, dan mempunyai kelebihan apabila menetapkan harga (menjadi lebih rendah disebabkan jenama nasional). Jurang harga antara Ativa paling tinggi, iaitu AV (RM72,600) dengan Honda HR-V paling asas (RM114,800) adalah RM42k.

    Apabila kita gunakan perbezaan harga sebanyak 14% ini pada City Hatchback V Sensing yang dijual di Malaysia pada harga RM95,600, ia membawa kepada harga RM82,216. Ini adalah RM10k lebih berbanding Ativa AV di Malaysia. City Hatchback RS negara kita tidak digunakan sebagai perbandingan kerana ia menggunakan enjin hibrid.

    Jadi, adakah anda akan memilih WR-V sekiranya harganya RM10k lebih tinggi berbanding Ativa? Apa kata anda jangan buat keputusan dulu, dan lihat kepada spesifikasinya.

    WR-V ditawarkan di Indonesia dalam dua varian — E yang paling asas dengan rim 16-inci lima-jejari dan tayar 215/60, serta RS dengan rim 17-inci dua tona dan tayar 215/55. WR-V E datang dengan kelengkapan seperti penghidup enjin jarak jauh, butang Push Start, skrin sentuh 7-inci, kamera undur dengan pandangan pelbagai sudut, empat pembesar suara, panel pendingin hawa digital, kerusi fabrik dan empat beg udara dengan VSA.

    RS yang lebih sporty pula menerima tambahan lampu depan LED dengan DRL LED, ciri kunci pintu automatik ketika bergerak meninggalkan kereta, kluster meter digital dengan paparan 4.2-inci, enam pembesar suara, kerusi gabungan kulit dan fabrik, stereng dan tombol gear balutan kulit, pendingin automatik dan cermin sisi lipatan automatik.

    Honda WR-V 14% lebih murah berbanding City Hatch di Indonesia – anda beli jika harganya RM82k di M’sia?

    Ciri keselamatan Honda Sensing bukan ciri standard untuk RS: ada juga penawaran RS dengan Sensing. Pilihan paling lengkap ini hadir dengan ciri ADAS (CMBS, RDM, ACC, LKAS, LCDN, AHB) serta LaneWatch, enam beg udara dan lampu automatik.

    Pilihan warna terdiri daripada Taffeta White (E sahaja), Meteoroid Gray Metallic, Crystal Black Pearl, Stellar Diamond Pearl (RS sahaja) dan Ignite Red Metallic (RS sahaja). Bumbung hitam untuk warna Ignite Red Metallic RS pula akan melibatkan tambahan Rp.2.5 juta (RM757).

    Jadi, apa pendapat anda dengan spesifikasi WR-V dan adakah anda akan membeli sekiranya harganya RM10k lebih berbanding Ativa varian paling tinggi? Satu perbezaan besar antara dua SUV kecil ini adalah model Perodua itu menggunakan enjin lebih kecil, iaitu unit 1.0 liter turbo, berbanding 1.5L NA pada WR-V.

    GALERI: Honda WR-V pasaran Indonesia

     
     
  • Mercedes C350e PHEV W206 dengan jarak EV 100 km dilancar di Thai, dari RM420k – bakal tiba di M’sia?

    Mercedes C350e PHEV W206 dengan jarak EV 100 km dilancar di Thai, dari RM420k – bakal tiba di M’sia?

    Mercedes-Benz telah melancarkan C 350 e plug-in hybrid W206 di Thailand, dengan menawarkan model tahun 2023 ini dengan spesifikasi kemasan AMG Dynamic. Ia ditawarkan pada harga3,350,000 baht (RM423,472), laporan Bangkok Post.

    Sedan ini diberikan enjin 1,999 cc pengecas turbo empat-silinder sebaris petrol yang mampu menghamburkan 204 hp pada 6,100 rpm dan tork 320 Nm dari 2,000 rpm hingga 4,000 rpm, yang dipadankan bersama motor elektrik 129 hp/440 Nm yang mampu memberikan keseluruhan kuasa sehingga 313 hp dan 550 Nm. Pacuan disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik sembilan-kelajuan.

    Angka prestasi ini sepadan dengan PHEV C-Class untuk versi C 300 e di Eropah, yang ditawarkan dalam gaya badan station wagon.

    Mercedes-Benz C 300 e PHEV W206, pasaran Eropah

    Pacuan elektrik dijanakan dari bateri 25.4 kWh yang menawarkan jarak EK lebih 100 km mengikut kitaran WLTP, ujar Mercedes-Benz, dan operasi elektrik sepenuhnya mampu mencapai kelajuan sehingga 140 km/j. Dengan gerakan penjana kuasa hibrid petrol-electrik sepenuhnya pula, kelajuan maksimum bagi C 350 e (C 300 e di Eropah) mencecah 245 km/j.

    Pengecasan bagi C-CLAS PHEV W206 ini mengambil masa sekitar 30 minit menerusi pengecas pantas DC pada kadar 50 kW atau dua jam jika menggunakan pengecas AC 11 kW dari wallbox tiga-fasa.

    Bagi pasaran Thai, C 350 e AMG Dynamic dilengkapi dengan upholstery kulit Artico, roda stereng sport pelbagai-fungsi dengan balutan kulit Nappa, paparan instrumen 12.3-inci dan skrin infotainmen 11.9-inci, sistem bunyi sekeliling Burmester 3D, Apple CarPlay dan Android Auto dengan pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar, komunikasi LTE untuk servis ketersambungan Mercedes me dan banyak lagi.

    Mercedes-Benz C 300 e PHEV W206, pasaran Eropah

    Kelengkapan ciri keselamatan bagi C 350 e 2023 untuk Thai termasuklan bantuan kekal lorong automatik, amaran titik buta, kepekaan pintu kereta, amaran tekanan tayar dan amaran keletihan pemandu, bantuan parkir automatik, pengehad kelajuan, kawalan kelajuan dan program kestabilan elektronik (kawalan kestabilan). Manakala kit bagi keselamatan pasif pula termasuk lima tali pinggang keledar tiga-poin, beg udara hadapan dan sisi, beg udara tirai sisi dan beg udara bahagian lutut pemandu.

    C-Class PHEV W206 tiba di Thailand selepas sedan buatan Jerman ini dilancarkan di Singapura pada Januari lalu, di mana model C 180 dan C-200 hibrid ringkas serta C 300 PHEV juga dijadualkan akan memasuki pasaran yang sama tidak lama lagi.

    Nampak gayanya kedua-dua negara jiran kita telah pun menerima kemasukan C-Class PHEV W206 ini, bilakah agaknya giliran Malaysia bakal tiba? Model semasa C-Class generasi W206 telah pun dilancarkan di pasaran kita pada Februari lalu, dengan dua varian iaitu C 200 Avantgarde dan e C 300 AMG Line.

    Mercedes-Benz C300e plug-in hybrid W206 di pasaran Eropah

     
     
  • Porsche 911 Soundbar 2.0 Pro – bermula RM41k, dibuat dengan ekzos 911 GT3 sebenar, 300 watt

    Porsche 911 Soundbar 2.0 Pro – bermula RM41k, dibuat dengan ekzos 911 GT3 sebenar, 300 watt

    Bagi peminat Porsche, ini ada satu kelengkapan rumah yang boleh anda letak di ruang tamu untuk tunjukkan tahap fanatik anda terhadap jenama kereta sport berkenaan – memperkenalkan 911 Soundbar 2.0 Pro, iaitu pembesar suara soundbar yang diperbuat dari muffler logam tahan karat ringan, diambil terus dari sistem ekzos sebenar Porsche 911 GT3!

    Soundbar ini dihasilkan hanya 500 unit, dan setiap satunya dijual pada harga €8,990 (RM41,646). Ia beroperasi menggunakan sistem bunyi surround maya 2.1.2 dengan Dolby Atmos DTS HD berkuasa 300 watt. Menurut Porsche, soundbar ini menghasilkan bunyi yang “kaya bersama bass yang kuat – sama seperti model 911 sebenar”.

    Porsche 911 Soundbar 2.0 Pro – bermula RM41k, dibuat dengan ekzos 911 GT3 sebenar, 300 watt

    Ia dilengkapkan dengan port HDMI 4K, hubungan Bluetooth, Apple Airplay 2 dan juga Google Chromecast bina dalam. Jika anda sudahpun mempunyai soundbar keluaran Porsche yang lain seperti 911 Soundbar Final Edition, ia boleh dihubungkan antara satu sama lain – Porsche turut menyatakan bahawa sekiranya mereka hasilkan lagi soundbar baharu selepas ini, ia turut menampilkan sistem hubungan yang sama.

    Soundbar ini dipadankan dengan ‘tapak’ dalam kemasan hitam berkilat. Jadi ia bukan sahaja boleh digayakan dengan meletakkannya di atas permukaan rata, malah turut boleh digantung di dinding.

     
     
  • ACE 2022: Beli kereta Proton dengan rebat tunai RM2k — baucar Aeon, tint, petrol dan banyak hadiah lain

    ACE 2022: Beli kereta Proton dengan rebat tunai RM2k — baucar Aeon, tint, petrol dan banyak hadiah lain

    Kalau dah lama mengintai kereta Proton baru dari kilang, hujung minggu inilah masa terbaik untuk anda mendapatkannya — di acara ACE 2022 yang akan berlangsung esok dan lusa, 5-6 November 2022, di Pusat Persidangan Setia City, dari 9 pagi hingga 7 malam.

    Ada banyak imbuhan dan hadiah yang menanti di ACE 2022. Sebagai contoh, bagaimana dengan baucar Aeon bernilai RM300, serta baucar untuk filem penapis haba dan petrol? MPV Proton Exora misalnya, ditawarkan dengan rebat tunai sebanyak RM2,000. Tempah kereta Proton di ACE dan anda juga akan menerima pelbagai hadiah lain seperti pek RFID Touch n Go dan cenderahati Proton.

    Dekati juga SUV Proton X50 dan X70. SUV besar itu misalnya diberikan penambahbaikan pada Jun tahun ini, dan kini menggunakan enjin 1.5 liter turbo sebagai tambahan penawaran terbarunya. Dua lagi model lain yang akan dipamer ialah Saga dan MPV Exora, dengan kedua-duanya menerima kemaskini tahun ini. Saga misalnya diberikan penambahbaikan estetika yang baru termasuk bodykit dan papan pemuka yang direka semula, antaranya.

    Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    ACE 2022: Beli kereta Proton dengan rebat tunai RM2k — baucar Aeon, tint, petrol dan banyak hadiah lain

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Antara jenama lain yang bakal membuat penampilan di acara ini ialah Toyota, Nissan, Hyundai, Proton, Perodua dan Subaru serta jenama skuter Royal Alloy. Beberapa jenama kenderaan premium juga akan turut serta, antaranya Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium).Jadi, jumpa di ACE 2022 esok dan lusa di Pusat Persidangan Setia City (SCCC)!

     
     
  • Triumph Street Triple 765 2023 terima peningkatan prestasi, rupa – versi Moto2 Edition terhad 765 unit

    Triumph Street Triple 765 2023 terima peningkatan prestasi, rupa – versi Moto2 Edition terhad 765 unit

    Triumph telah memperkenalkan Street Triple 765 2023, yang menerima pelbagai peningkatan hasil daripada pengalaman pengeluar dari United Kingdom itu dalam perlumbaan Moto2. Model naked tersebut sekarang ditawarkan dalam tiga versi, bermula dari Street Triple R, Street Triple RS dan Street Triple Moto2 Edition.

    Sementara enjin tiga silinder sebaris 765 cc pada 765 R menghasilkan kuasa 118.4 hp pada 11,500 rpm, dua versi yang lebih tinggi, iaitu 765 RS dan 765 Moto2 dijadikan lebih berkuasa dengan kemampuan 128.2 hp pada 12,000 rpm. Tork semua tiga versi Street Triple ini adalah 80 Nm pada 9,500 rpm.

    Sebagai padanan kepada enjin yang telah dipertingkat ini, kotak gear enam kelajuan pada model ini turut dinaik taraf, dengan nisbah gear lebih pendek, untuk pecutan yang lebih pantas. Quickshifter diberikan standard, bersama klac jenis slip and assist kepada semua tiga versi Street Triple ini.

    Triumph Street Triple 765 2023 terima peningkatan prestasi, rupa – versi Moto2 Edition terhad 765 unit

    Di bahagian kokpit, versi RS dan Moto2 menerima panel instrumen TFT lima inci berwarna penuh baru, yang selain memaparkan informasi penting, juga boleh menunjukkan masa pusingan dalam litar dan disambungkan kepada telefon pintar melalui aplikasi MyTriumph. Versi R masih menggunakan panel LCD.

    Selain empat mod tunggangan (Road, Rain, Sport dan Rider) yang disediakan pada Street Triple 2023 ini, versi RS dan Moto2 ditambah dengan satu lagi mod iaitu Track. Pemetaan penyampaian kuasa, ABS dan kawalan cengkaman yang lebih dinamik disediakan melalui mod Road, Sport dan Track, sementara mod Rain pula menghadkan kuasa kepada 100 PS sahaja.

    Keseluruhan panel badan Street Triple 2023 ini adalah baru, dan ini termasuk tangki bahan api 15 liternya (kurang dua liter berbanding sebelum ini). Semua lampu pada model ini menggunakan jenis LED, sementara panel bawah enjin hanya diberi kepada versi RS dan Moto2 sahaja.

    Penutup tempat duduk belakang diberi hanya bagi versi RS dan Moto2, dan ini dijadikan lebih eksklusif bagi versi Moto2 dengan panel-panel gentian karbon termasuk penghadang lumpur hadapan, panel tepi, kemasan pada lampu serta panel bawah enjin.

    Hanya 765 unit Street Triple 765 Moto2 Edition akan dikeluarkan oleh Triumph untuk seluruh dunia, menjadikan ia sebagai Street Triple paling eksklusif setakat ini, dan nombor keluarannya diukir atas bahagian tengah pemegang.

    Pada bahagian suspensi, model asas R mendapat unit boleh laras yang terdiri daripada fork USD 41 mm SFF-BP dan monoshock Showa, sementara RS dinaik taraf dengan fork USD Showa BPF 41 mm (juga boleh laras sepenuhnya). Pergi ke tahap lebih tinggi, versi Moto2 mendapat fork Ohlins NIX30 di hadapan. Monoshock RS dan Moto2 adalah unit Ohlins STX40 boleh laras sepenuhnya.

    Sistem brek menggunakan unit daripada Brembo, dengan R mendapat angkup empat piston M4.32, manakala RS dan Moto2 dinaik taraf dengan unit Stylema empat piston. Bagi berat, versi R mencatat 189 kg sementara RS dan Moto2 satu kilogram lebih ringan (lengkap dengan semua minyak dan pelincir).

    Street Triple R 2023 ditawarkan dalam dua skema warna iaitu Silver Ice/Storm Grey/Yellow graphics dan Crystal White/Storm Grey/Lithium Flame, sementara RS disediakan dalam tiga warna iaitu Silver Ice/Baja Orange/Storm Grey, Carnival Red/Carbon Black/Aluminium Silver dan Cosmic Yellow/Carbon Black/Aluminium Silver.

    Versi paling tinggi, iaitu Moto2 disediakan dalam penampilan lebih istimewa dengan pilihan dua warna bertemakan lumba, iaitu Triumph Racing Yellow/Aluminium Silver atau Crystal White/Triumph Racing Yellow.

    GALERI: Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition 2023

    GALERI: Triumph Street Triple 765 RS 2023

    GALERI: Triumph Street Triple 765 R 2023

     
     
  • ACE 2022: Lihat ciri dan kelengkapan canggih Volvo XC60 Recharge T8 Ultimate — tawaran, hadiah menanti

    ACE 2022: Lihat ciri dan kelengkapan canggih Volvo XC60 Recharge T8 Ultimate — tawaran, hadiah menanti

    Esok dan lusa akan berlangsungnya acara Auto Car Expo (ACE) anjuran paultan.org, dari 9 pagi hingga 7 malam bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Tahun ini, acara berkenaan turut menerima tajaan bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar. Ini adalah tempatnya untuk anda menikmati pelbgai tawaran istimewa dari pembelian kenderaan yang dilakukan — bukan hanya kereta baru, kereta terpakai pun ada.

    Volvo akan diwakili oleh Ingress Swede Automobile, yang akan turut mempamerkan model XC60 Recharge T8 Ultimate yang menggabungkan sentuhan rekaan khas Scandinavia dengan barisan teknologi maju yang mengkagumkan, serta sistem janaan plug-in hybrid.

    Dengan janaan output 462 PS dan 709 Nm tork, SUV pacuan semua roda ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat. Ada kelebihan lain memandangkan SUV ini memanfaatkan sistem janaan Recharge T8: ia mampu memberikan kadar penggunaan minyak 1.6 liter bagi setiap 100 km.

    Ia turut memberikan pilihan untuk menggunakan janaan enjin biasa sepenuhnya, dan XC60 PHEV ini mampu memberikan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sejauh 81 km hasil daripada kapasiti bateri 18.8 kWh yang melengkapinya. Dengan pengecasan yang kerap, anda mungkin tidak perlu singgah di stesen minyak.

    ACE 2022: Lihat ciri dan kelengkapan canggih Volvo XC60 Recharge T8 Ultimate — tawaran, hadiah menanti

    XC60 ini juga lengkapi dengan sistem infotainmen Automotive OS Android yang menyertakan servis Google seperti Google Maps, Google Assistant dan Google Play Store, yang mana semuanya boleh diakses melalui skrin sentuh sembilan-inci. Kelengkapan lain termasuklah sistem bunyi Bowers & Wilkins 1,400 watt dengan 15 pembesar suara, tombol gear kristal Orrefors, sunroof panoramik, kawalan pendingin dwi-zon, head-up display dan kerusi depan larasan elektrik dengan fungsi memori.

    Sistem keselamatan untuk kereta Volvo tidak perlu diragukan lagi. XC60 ini datang dengan ciri standard City Safety yang terdiri daripada AEB dengan sokongan di persimpangan, stereng dan brek, serta pengesanan pejalan kaki, pengayuh basikal dan binatang besar. Ini disertai juga oleh Lane Keeping Aid, peninjau titik buta dengan bantuan stereng, amaran lintasan trafik dengan Auto Brake dan Pilot Assist.

    Dengan set kelengkapan seperti ini, XC60 Recharge T8 Ultimate berbaloi untuk anda tinjau dari dekat sendiri. Jika ingin membeli, ia dijual pada harga RM355,888 atas jalan tidak termasuk insurans, dan ini boleh dilakukan dengan banyak tawaran menarik ketika di ACE 2022.

    Selain itu, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

    ACE 2022: Lihat ciri dan kelengkapan canggih Volvo XC60 Recharge T8 Ultimate — tawaran, hadiah menanti

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Antara jenama lain yang bakal membuat penampilan di acara ini ialah Toyota, Nissan, Hyundai, Proton, Perodua dan Subaru serta jenama skuter Royal Alloy. Beberapa jenama kenderaan premium juga akan turut serta, antaranya Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium).Jadi, jumpa di ACE 2022 esok dan lusa di Pusat Persidangan Setia City (SCCC)!

     
     
  • Myvi diterbalikkan orang ramai di Johor selepas pemandunya rempuh motosikal, buat provokasi

    Myvi diterbalikkan orang ramai di Johor selepas pemandunya rempuh motosikal, buat provokasi

    Pagi tadi tular di media sosial video yang memaparkan insiden sebuah Perodua Myvi diterbalikkan oleh orang ramai yang kelihatan marah. Dalam beberapa siri video yang tular tersebut, dapat dilihat selepas Myvi berkenaan terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas, ia terus dirosakkan oleh orang ramai.

    Difahamkan insiden tersebut berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Ia berlaku susulan kemalangan melibatkan Perodua Myvi itu yang tidak berhenti di lampu isyarat merah dan kemudian melanggar sebuah motosikal ditunggang seorang penghantar makanan. Menurut laporan dari akhbar Kosmo, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.15 malam semalam.

    Menurut seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal, kejadian bermula apabila pemandu kereta Perodua Myvi itu bertindak melanggar lampu merah ketika di simpang empat Jalan Kota Masai 2, pada masa sama penunggang motosikal terbabit sedang berjalan terus dengan agak laju.

    “Kedua-dua kenderaan gagal mengelak menyebabkan mereka bertembung. Akibat itu, penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penghantar makanan mengalami kecederaan patah kaki.

    “Pemandu itu cuba melarikan diri tetapi laluan terhalang menyebabkan dia memasuki stesen minyak berhampiran, sebelum dia dikerumuni orang ramai,” kata saksi berkenaan kepada akhbar itu.

    Tambah saksi itu lagi, selepas kejadian berkenaan dua kereta peronda polis tiba di tempat kejadian dan membawa pemandu kereta tersebut ke kereta peronda dipercayai untuk memastikan keselamatannya. Walau bagaimanapun, pemandu berkenaan membuat provokasi dengan mengejek orang ramai ketika dia sudah selamat berada dalam kereta peronda polis.

    “Itu punca segelintir pihak bertindak memecahkan cermin tingkap kereta berkenaan menggunakan topi keledar sebelum beberapa individu lain menterbalikkan kereta itu,” kata saksi tersebut.

    Walau bagaimanapun, dalam satu lagi video yang tular, iaitu rakaman dashcam dari Myvi berkenaan membuktikan bahawa lampu masih belum bertukar kuning ketika ia tiba di persimpangan berkenaan. Tetapi ia sudah berkelip memberi amaran bahawa ia hampir bertukar kuning, membuktikan bahawa penunggang penghantar makanan tersebut yang sebenarnya melanggar lampu merah.

    Namun kami nasihatkan orang agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku kejadian seperti ini. Ini kerana ia mungkin akan menyusahkan anda kelak sekiranya didakwa melakukan rusuhan, merosakkan harta dan sebagainya.

     
     
  • Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S di Kluang

    Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S di Kluang

    Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dengan kerjasama K.M. Lim Auto telah pun melancarkan pusat 3S baharu di Kluang, Johor. Buat setakat ini, MMM telah pun mempunyai tujuh bilik pameran di Johor.

    Dengan bangunan seluas 10,000 kaki persegi, pusat 3S baharu ini kelihatan menarik dengan menampilkan identiti korporat Mitsubishi. Di samping menyediakan pusat servis dengan tiga petak penyelenggaraan, pusat 3S baharu ini turut menempatkan ruang lounge untuk pelanggan, kemudahan WiFi percuma dan sudut permainan kanak-kanak.

    “Selaras dengan rancangan perniagaan Mitsubishi Motors, kami terus memajukan pengembangan rangkaian pengedaran kami untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Matlamat kami adalah untuk menerokai lokasi baharu dan memperkembangkan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kami bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi jenama Mitsubishi dengan rangkaian yang diperluaskan dan memudahkan pelanggan untuk berkunjung ke bilik pameran dan pusat servis berhampiran mereka,” kata Shinya Ikeda, CEO MMM.

    Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S di Kluang

    Pusat 3S baharu ini terletak di No. 39, Jalan Tasik Indah 1/1, Taman Tasik Indah, 86000 Kluang
    yang mudah diakses memandangkan ia dekat dengan jalan utama di kawasan Sierra Heights.

    “K.M. Lim Auto telah pun menceburi perniagaan automotif sejak 1986. Kami mengalu-alukan kedatangan mereka dalam keluarga Mitsubishi dan berasa yakin dengan bilik pameran baharu ini mampu meningkatkan lagi jenama kami di Kluang,” tambah Ikeda.

    Waktu operasi bagi pusat 3S baharu ini adalah dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu dan 10 pagi hingga 5 petang pada Ahad.

     
     
  • Garis jalan bukan sahaja bahaya kerana licin, juga boleh sebabkan tankslap – penunggang hati-hati

    Garis jalan bukan sahaja bahaya kerana licin, juga boleh sebabkan tankslap – penunggang hati-hati

    Kami percaya, mungkin ramai yang sudah melihat video penunggang Honda RS150 yang tular ini, terjatuh disebabkan motosikal beliau hilang kawalan sewaktu lalu di atas garis jalan di lebuh raya. Mudah-mudahan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.

    Daripada video ini, apa yang boleh diambil sebagai tauladan oleh penunggang motosikal lain? Pertamanya sudah tentu, seperti yang kita tahu, garis jalan, tidak kiralah yang berwarna apa, hampir kesemuanya adalah licin dan paling teruk adalah sewaktu hujan.

    Jadi, seboleh-bolehnya, cuba elak daripada melalui atas garis jalan ini, dan risiko untuk anda jatuh lebih tinggi, apatah lagi apabila keadaan tayar sudah haus, keadaan motosikal condong untuk mengambil selekoh ataupun anda membrek di atas garis tersebut.

    Satu lagi bahaya garis jalan yang ramai tidak sedar adalah penyebab kepada tankslap. Ini boleh berlaku disebabkan oleh garis jalan berturut-turut yang tebal, digabung pula dengan keadaan motosikal yang tidak sempurna.

    Apa itu tankslap? Tankslap adalah satu keadaan di mana bahagian pemegang bergoyang kiri dan kanan secara agresif sehingga boleh membuatkan motosikal hilang kawalan dan penunggang tercampak dari motosikal. Ia boleh berlaku atas pelbagai sebab, dan biasanya pada kelajuan tinggi disebabkan oleh tolakan angin tidak sekata pada pemegang atau terlanggar sesuatu.

    Tankslap juga boleh berlaku pada kelajuan sederhana, seperti yang ditunjukkan dalam video ini, di mana bahagian pemegang menerima gegaran daripada garisan jalan, menyebabkan tayar hadapan hilang cengkaman dan pemegang bergegar secara ganas. Tankslap ini, apabila sudah terjadi, memang susah untuk diatasi dan penunggang hanya boleh berharap gegaran tersebut berhenti sebelum jatuh.

    Jadi, apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan risiko tankslap? Pertamanya, sama seperti di atas, cubalah elak daripada melalui atas garis jalan tersebut, dan kemudiannya pastikan motosikal anda berada dalam keadaan baik. Ini termasuklah bahagian utama seperti tayar, suspensi, brek dan bearing.

     
     
  • 80% kemalangan disebabkan sikap pemandu – KP JPJ

    80% kemalangan disebabkan sikap pemandu – KP JPJ

    Sedarkah kita, adakalanya kita bersikap sambil lewa sewaktu memandu? Adakalanya kita mementingkan diri sendiri; asalkan kita selamat, tidak kisahlah jika ia memberikan impak yang sadis kepada orang lain, waima bukan salah mereka sendiri. Bukan itu sahaja, bagaimana dengan keadaan kenderaan yang dipandu? Adakah ia selamat untuk dipandu di jalan raya? Adakah kita mengambil berat mengenai perkara ini?

    Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim, 80% daripada kes kemalangan jalan raya di Malaysia adalah berpunca daripada sikap pengguna jalan raya sendiri, yang tidak mengutamakan aspek keselamatan.

    “Sebanyak 20% yang lainnya adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kenderaan (teknikal, brek dan lain-lain) dan faktor luaran, seperti keadaan jalan (persekitaran, cuaca dan lain-lain),” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

    Jelas beliau, JPJ sentiasa mengambil langkah-langkah konsisten dalam memastikan kelestarian keselamatan jalan raya di negara ini.

    “Pelbagai langkah diambil demi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya merangkumi aspek advokasi, literasi, provokasi, notifikasi dan perundangan. Kesemua langkah ini diambil bagi memastikan pengguna-pengguna jalan raya sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya.

    80% kemalangan disebabkan sikap pemandu – KP JPJ

    Kemalangan melibatkan kenderaan berat makin menjadi tumpuan dan Zailani berkata bahawa JPJ telah menjalankan Ops Road Worthiness di semua cawangan Puspakom seluruh negara pada Ogos lalu sebagai sebahagian daripada inisiatif pencegahan.

    “Sebanyak 1,080 saman yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan seperti kesalahan teknikal, tiada lesen memandu dan lain-lain telah dikeluarkan. Pada amnya, semua kenderaan perdagangan adalah diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan berkala sebanyak enam bulan sekali meliputi bas, lori dan lain-lain manakala untuk teksi dan kenderaan e-hailing tempoh pemeriksaan adalah setahun sekali,” katanya.

    Beliau turut menambah JPJ melalui Bahagian Kejuruteraan Automotif telah meningkatkan kekerapan audit terhadap pematuhan standard pemeriksaan kenderaan oleh pihak Puspakom. “Kekerapan audit ini ditingkatkan daripada sebulan sekali kepada seminggu sekali bagi memastikan kualiti pemeriksaan di Puspakom adalah sentiasa di peringkat yang optima,”jelasnya.

    Namun adakah perkara ini (kekerapan pemeriksaan untuk kenderaan berat) mendapat kerjasama daripada syarikat pengendali kenderaan berat? Atau pun ada kekurangan dan kelemahan dari aspek pemeriksaan yang menjadi antara faktor utama kemalangan yang melibatkan kenderaan berat? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

     
     
  • Mazda CX-8 facelift tiba di Jepun – terima sedikit perubahan gaya dan teknologi, tiga pilihan enjin

    Mazda CX-8 facelift tiba di Jepun – terima sedikit perubahan gaya dan teknologi, tiga pilihan enjin

    Mazda CX-8 telah diberikan facelift di Jepun dan akan mula dijual di negara itu pada bulan Disember tahun ini. SUV tiga baris tempat duduk itu menerima beberapa perubahan di bahagian luar, pengendalian serta teknologi.

    Gril hadapan dengan garis lurus sebelum ini telah diganti dengan gril yang mempunyai kemasan krom lebih tebal, berserta corak mesh di dalam. Bampar kemudiannya menggunakan rekaan yang lebih ringkas, bersama bukaan udara bawah serta skid plate hiasan yang direka semula.

    Lampu hadapan model ini juga adalah baru, bersambung kemas dengan kemasan krom pada bawah gril dan mempunyai lampu siang LED berbentuk L seakan CX-60. Lampu ini masih boleh didapati dengan teknologi LED adaptif, yang sekarang menggunakan 20 elemen lampu, berbanding 12 sebelum ini.

    Mazda CX-8 facelift tiba di Jepun – terima sedikit perubahan gaya dan teknologi, tiga pilihan enjin

    Pergi ke belakang pula, lampu yang direka semula mendapat pencahayaan unik sama seperti hadapan, dan tidak lagi mempunyai kemasan krom yang bersambung dengan kemasan di tengah. Bampar belakang, walaupun kurang jelas, sebenarnya telah diubah menjadi lebar sedikit. Pelanggan di Jepun turut disediakan dengan pilihan warna baru – Rhodium White Premium Metallic.

    Mazda juga menawarkan beberapa pakej rekaan, termasuk inspirasi offroad Grand Journey, yang memberikan skid plate warna perak serta pelindung cermin sisi warna hitam. Ia disertai pakej Sports Appearance dengan kemasan luar warna hitam, bersama balutan kulit hitam atau merah di dalam. Pakej paling tinggi, iaitu Exclusive Mode memberikan tambahan kemasan pada lengkuk roda serta bahagian bawah badan.

    Bahagian dalam CX-8 facelift 2023 ini kebanyakannya masih sama, dengan sedikit perubahan diberikan pada kusyen serta spring tempat duduk bagi meningkatkan stabiliti waktu membelok. Turut ditambah adalah soket pengecas USB-C di dalam kabin bersama sambungan Apple CarPlay tanpa wayar serta mod Offroad yang menyertai mod Normal dan Sport.

    Sistem bantuan pemandu turut menerima peningkatan, dengan tambahan Cruising and Traffic Support, yang membenarkan CX-8 ini memecut, membrek, dan kekal dalam lorong pada kelajuan rendah dan trafik sesak. Perubahan lain yang berkaitan pemanduan adalah termasuk spring serta penyerap yang diperelok, serta pemetaan semula pedal minyak bagi memberikan maklum balas lebih pantas daripada enjin empat silinder 2.5 liter turbonya.

    Di Jepun, CX-8 ditawarkan dalam beberapa pilihan enjin termasuk 2.5 liter turbo 230 PS/420 Nm, 2.5 liter NA empat silinder 190 PS/252 Nm, serta 2.2 liter diesel turbo empat silinder 200 PS/450 Nm. Semua enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan setiap varian boleh didapati dengan sistem pacuan semua roda (standard adalah pacuan dua roda hadapan).

     
     
  • Pemandu cedera parah tercampak keluar dari kereta ke dalam gaung — gunakan tali pinggang keselamatan

    Pemandu cedera parah tercampak keluar dari kereta ke dalam gaung — gunakan tali pinggang keselamatan

    Seorang lelaki berusia 24-tahun mengalami cedera parah ketika kereta yang dipandu melanggar pembahagi jalan, menyebabkannya tercampak keluar daripada kenderaan dan jatuh ke dalam gaung 10 meter, lapor Buletin TV3.

    Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Bangi Avenue di Bangi, Selangor. Enam orang petugas penyelamat dan sebuah kenderaan bombo dikerah ke tempat kejadian, menurut Ketua Jabatan Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar. Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan dan dibawa naik dari gaung berkenaan dan diletakkan di bawah pemerhatian petugas medikal untuk rawatan lanjut.

    Melihat kepada kejadian pemandu tercampak keluar ini, ia boleh dihindari sekiranya tali pinggang keselamatan digunakan. Posisi duduk yang betul juga akan membantu menghindari kecederaan parah sekiranya berlaku kemalangan. Jadi, jadikan tabiat untuk sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika berada di dalam kenderaan.

    Juga, jangan menipu dengan menggunakan kepala tali keledar palsu semata-mata untuk menyenyapkan bunyi amaran ketika tidak menggunakan tali keledar tersebut. Semua ini direka dan diwajibkan penggunaannya hanya untuk satu sebab: menyelamatkan nyawa anda sekiranya berlaku kemalangan. Bukan untuk tujuan atau kepentingan orang lain melainkan diri kita sendiri.

    Penumpang belakang juga sepatutnya memanfaatkan ciri berkenaan. Bagaimanapun, pemerhatian oleh Institut Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) pada 2021 mendapati penggunaan tali keledar belakang masih rendah, iaitu pada kadar 11%. Ini sangat penting kerana pemandu berdepan risiko dua kali ganda untuk mati sekiranya penumpang di belakang mereka terpelanting ke depan dalam kemalangan.

     
     
  • VW Golf Mk3 Rallye – lawan Lancer Evo, Impreza WRX yang tak sempat diproduksi di bawa ke SEMA 2022

    VW Golf Mk3 Rallye – lawan Lancer Evo, Impreza WRX yang tak sempat diproduksi di bawa ke SEMA 2022

    Tidak seperti nama besar seperti Lancia, Ford, Mitsubishi mahupun Subaru, Volkswagen mempunyai sejarah pendek tetapi sangat berjaya dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC). Pembuat kereta dari Jerman berkenaan membuat penampilan sulung dalam WRC pada musim 2013 dengan Polo R WRC dan menarik diri pada penghujung musim 2016 – tetapi pemandu utamanya, Sebastien Ogier berjaya merangkul gelaran juara dunia empat kali berturut-turut dari 2013 hingga 2016!

    Sebelum masuk ke kategori utama berkenaan, Volkswagen pernah menyertai WRC untuk kelas-kelas lebih rendah, antaranya menghasilkan jentera Golf Kit Car untuk bertanding dalam kelas F2. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, VW sebenarnya pernah cuba untuk masuk ke kelas utama WRC pada era awal 90’an untuk bertanding dengan Mitsubishi Lancer Evolution, Subaru Impreza WRX, Toyota Celica GT-Four dan Ford Escort RS Cosworth.

    Ketika itu WRC masih menggunakan undang-undang Group A untuk kategori utama kejohanan berkenaan, atau lebih spesifik Group A8 iaitu jentera dengan enjin 2.0 liter turbo bersama sistem pacuan semua roda, dan ia perlu dihasilkan dalam versi produksi jalan raya bagi dijual di bilik pameran bersama unit rangkaian kuasa dan rupa yang sama, sebanyak 2,500 unit untuk menerima homologasi dari FIA.

    VW Golf Mk3 Rallye – lawan Lancer Evo, Impreza WRX yang tak sempat diproduksi di bawa ke SEMA 2022

    Untuk itu, Volkswagen telah pun menghasilkan prototaip untuk model produksi berkenaan berasaskan Golf Mk3, yang digelar sebagai VW Golf Mk3 Rallye. Prototaip tersebut dikenali dengan kod nama A59, dan ia sebenarnya dihasilkan oleh Schmidt Motorsport (SMS) yang berpangkalan di Cadolzburg, Jerman pada tahun 1993, dengan rancangan untuk menyertai WRC bermula musim 1994.

    Berbanding Golf GTI Mk3 biasa yang dijana enjin 2.0 liter NA 16 injap berkuasa 152 PS/180 Nm ketika itu, prototaip Golf A59 Rallye ini menerima enjin 2.0 liter dengan blok aluminium sepenuhnya, disuap dengan pengecas turbo Garret T3 menghasilkan 275 PS dan tork maksima 370 Nm. Kuasa berkenaan adalah lebih besar dari Lancer Evo I yang dibekalkan kuasa 247 PS dan Impreza WRX STI Version berkuasa 250 PS ketika itu.

    Golf isitimewa ini menerima kotak gear enam-kelajuan manual berbanding Evo dan WRX yang ketika itu masih dibekalkan dengan transmisi lima-kelajuan manual. Sistem pacuan semua roda yang dilengkapkan pula menampilkan LSD pada gandar belakang bersama unit differential tengah yang dikawal oleh hidraulik. Tiada masa pecutan 0-100 km/j pernah diumumkan, tetapi ia didakwa mampu mencapai kelajuan maksima 270 km/j.

    VW Golf Mk3 Rallye – lawan Lancer Evo, Impreza WRX yang tak sempat diproduksi di bawa ke SEMA 2022

    Untuk casis, Golf A59 Rallye ini menerima penyerap hentak prestasi dari Bilstein yang memberikan jarak pergerakan strok yang lebih jauh. Ia turut menampilkan lengan kawalan yang lebih panjang di hadapan bagi memberikan jarak trek roda yang lebih lebar, manakala suspensi belakang jenis trailing arm yang digunakan pada Golf Mk3 biasa tidak lagi digunakan dan digantikan dengan suspensi multilink yang lebih jitu.

    Dengan suspensi yang menyebabkan trek rodanya lebih lebar, Golf A59 ini turut menerima kit badan lebih lebar dan secara tidak langsung memberikan rupa yang lebih ganas. Ruang roda pada prototaip jentera rali jalan raya ini diisi dengan set roda menggandingkan rim aloi Speedline SL817 berdiameter 16-inci bersama tayar 225/45R16. Ia juga menerima kit brek dari Brembo yang menampilkan angkup dan juga cakera ditebuk yang lebih besar dari Golf standard.

    Kesemua fender untuk kit badan lebar prototaip Golf A59 Rallye ini diperbuat dari material gentian karbon, manakala penutup bonet hadapan pula dihasilkan dari gentian kaca GRP. Selain itu rupa garang kereta ini turut disumbang dari bampar hadapan dengan liang udara lebih besar bersama spoiler dagu di bawahnya, spoiler belakang lebih besar dan juga tip ekzos berkembar.

    Pintu hatch belakang, cermin tingkap belakang dan juga tingkap sisi belakang A59 ini diperbuat dari plastik bagi mengurangkan beratnya. Dan berbeza dengan Golf Mk3 biasa yang menampilkan perumah nombor plat belakang di pintu hatch, nombor plat Golf A59 ini dialihkan pada bahagian bampar bagi memberikan ruang kepada logo VW lebih besar di atas.

    Kabin prototaip Golf A59 ini menampilkan gaya yang diispirasikan dari kereta lumba sebenar. Ia diberikan paparan instrumen digital perlumbaan, sepasang tempat duduk bucket Recaro A8 di hadapan, plat penahan kaki aluminium pada ruang kaki penumpang hadapan, roda stereng tiga jejari, dan juga rollcage separa pada kabin belakang.

    Dapat dilihat bateri kereta ini telah dialihkan ke but belakang, terletak berhampiran dengan sistem pencegah kebakaran. Dan mungkin kerana bahagian suspensi belakang kini lebih rumit dengan sistem multilink serta gandar pacuan semua roda, tayar gantian terpaksa diletakkan pada bahagian atas lantai but.

    VW Golf Mk3 Rallye – lawan Lancer Evo, Impreza WRX yang tak sempat diproduksi di bawa ke SEMA 2022

    Walau bagaimanapun, rancangan Volkswagen untuk ke WRC tidak mendapat lampu hijau – tiada kelibat Golf Mk3 Group A dilihat di Monte Carlo Rally pada Januari 1994 untuk pusingan pertama WRC musim berkenaan, dan versi prototaip ini tidak dibawa untuk diproduksi. Schmidt Motorsport sebenarnya telaj membina dua prototaip Golf A59 Rallye ini – satu hanya untuk mock-up tanpa enjin, dan satu lagi versi yang berfungsi sepenuhnya.

    Satu-satunya unit prototaip sebenar Volkswagen Golf A59 Rallye berkenaan kini berada di reruai Volkswagen pada acara SEMA 2022 yang sedang berlangsung di Las Vegas Convention Center. Acara ubahsuai kenderaan terbesar di Amerika Syarikat itu telah pun bermula pada 2 November lalu dan bakal berakhir esok, 5 November 2022.