Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • UMW Toyota buka pusat cat dan badan di Kuching

    UMW Toyota buka pusat cat dan badan di Kuching

    UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah membuka pusat cat dan badan kenderaan terkininya yang terletak di Kuching, Sarawak. Ia dioperasikan sepenuhnya oleh Boulevard Jaya, terletak di Kawasan Perindustrian Pending, bagi melengkapi Pusat Jualan & Servis di Jalan Datuk Tawi Sli.

    Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi UMWT AKio Takeyama, Presiden UMWT Ravindran Kurusamy, Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho selaku Pengerusi Kumpulan Boulevard Group serta Pengarah Urusan Boulevard Jaya Sdn Bhd Ling Chion Sing.

    “Sebagai pengedar sah kenderaan Toyota di Malaysia, kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan para pelanggan kami menerima perkhidmatan terbaik termasuk membaiki kenderaan mereka selepas kemalangan. Ini juga bagi memastikan kenderaan terbabit dibaikpulih mengikut standard yang ditetapkan oleh Toyota,” ujar Akio Takeyama.

    Fasiliti baharu yang menelan kos pembinaan sebanyak RM16 juta ini terletak di kawasan seluas tiga ekar, mampu menempatkan 10 petak bagi tujuan mengecat dan membaiki badan kenderaan yang turut dilengkapi dengan Paint Oven bersaiz penuh.

    Ia dikendalikan oleh kakitangan terlatih serta dilengkapi kemudahan yang berteknologi canggih yang diluluskan oleh Toyota Motor Corporation, bagi tujuan membaiki kenderaan yang rosak akibat kemalangan dan sebagainya. Malah ia juga menawarkan servis tuntutan insurans di fasiliti berkenaan.

     
     
  • Perodua Total Protect – program insurans khas untuk kenderaan Perodua dengan lebih banyak manfaat

    Perodua Total Protect – program insurans khas untuk kenderaan Perodua dengan lebih banyak manfaat

    Perodua baru melancarkan satu program insurans motor khas yang memberikan lebih perlindungan serta manfaat untuk kenderaan jenama itu. Dikenali sebagai Perodua Total Protect, ia memberikan perlindungan penuh terhadap jumlah penuh (sum insured) kenderaan yang diinsuranskan selama lima tahun pertama umurnya, berbanding nilai pasaran semasa yang biasa diguna.

    Program ini termasuk dengan perlindungan selama 10 tahun terhadap excess (kos tambahan yang biasanya perlu dibayar semasa pemprosesan), loading (bayaran tambahan yang biasanya dikenakan terhadap kenderaan lima tahun ke atas semasa pembaharuan) dan betterment (bayaran tambahan untuk alat ganti). Ini bermaksud, pemilik tidak perlu lagi membayar semua kos tersebut dan ia akan dikecualikan oleh bengkel panel yang terlibat.

    Perodua Total Protect – program insurans khas untuk kenderaan Perodua dengan lebih banyak manfaat

    Turut diberi adalah khidmat tunda 24 jam Auto Assist percuma, serta bantuan tepi jalan (masalah bateri, tukar tayar dan kunci), serta servis kecemasan (pekerja Auto Assist akan membantu pengguna yang terlibat dalam kemalangan untuk keluar dari kenderaan dan menghantar mereka ke hospital berdekatan), bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Nombor yang perlu dihubungi adalah 1-800-88-5555.

    Sekiranya terlibat dalam kemalangan juga, melalui program ini, pengguna boleh mendapatkan diskaun sehingga 30% untuk kereta sewa dan kos penginapan percuma, sehingga berharga RM150.

    Perodua Total Protect – program insurans khas untuk kenderaan Perodua dengan lebih banyak manfaat

    Perodua Total Protect juga melibatkan perlindungan terhadap kerosakan banjir, pecah masuk kenderaan, kehilangan barang, kecurian, serta tuntutan pembaikan bukan insurans yang lain. Kes kehilangan juga ditanggung, termasuk sekiranya ia berlaku di Singapura dan bahagian tertentu di Thailand.

    Akhir sekali, pemilik Perodua juga boleh memilih satu lagi pakej tambahan iaitu Gap Coverage, di mana ia akan membayar perbezaan yang terdapat di antara dalam perjanjian insurans dan harga sebenar kenderaan semasa ia dibeli. Walaupun begitu, pakej ini hanya sah untuk tempoh 12 bulan daripada tarikh pembelian.

     
     
  • Polis Trafik Selangor adakan Op Didik – 102 pelajar sekolah, 33 ibubapa disaman atas pelbagai kesalahan

    Polis Trafik Selangor adakan Op Didik – 102 pelajar sekolah, 33 ibubapa disaman atas pelbagai kesalahan

    Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor telah mengadakan Ops Didik pagi tadi di empat buat sekolah di sekitar negeri ini dengan mengeluarkan 102 saman terhadap pelajar sekolah rendah dna menengah atas pelbagai kesalahan jalan raya.

    Menurut ketua jabatan tersebut, Superintendan Kamaludin Mohamad, operasi bermula jam 6.30 pagi hingga jam 8 pagi itu dilakukan di hadapan beberapa sekolah dalam Daerah Ampang Jaya, Subang Jaya dan Sepang, laporan Berita Harian.

    “Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Permai, Ampang Jaya, seramai 13 pelajar disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu, 31 pelajar tidak memakai topi keledar dan tiga lagi tiada cukai jalan, selain menyita sebuah motosikal. Manakala di SMK Dengkil, Sepang, 14 pelajar disaman atas kesalahan tiada lesen memandu, tujuh tidak memakai topi keledar, dua saman melibatkan nombor pendaftaran fancy serta satu kesalahan tidak mempamerkan pelekat L dan P,” ujarnya.

    Di SMK dan Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Perdana, 31 saman dikeluarkan terhadap pelajar atas dua kesalahan iaitu tiada lesen memandu (14) dan tidak memakai topi keledar (17).

    Beliau turut berkata, 38 saman dikeluarkan kepada 33 ibu bapa iaitu 25 atas kesalahan tidak memakai topi keledar, lapan saman tiada lesen memandu, tiga saman bagi cukai jalan tamat tempoh dan dua lagi kerana tiada insurans.

    Op Didik dilaksanakan bagi mendidik pelajar dan ibu bapa yang selama ini tidak mengendahkan peraturan jalan raya.

     
     
  • Petronas boleh tetapkan harga bahan api lebih rendah berbanding yang diumumkan secara mingguan – CEO

    Petronas boleh tetapkan harga bahan api lebih rendah berbanding yang diumumkan secara mingguan – CEO

    Petronas Dagangan Bhd (PetDag) berkata pihaknya tiada halangan untuk mana-mana pengusaha stesen minyaknya menentukan harga bahan api yang lebih rendah berbanding yang diumumkan secara mingguan oleh Kerajaan.

    Walau bagaimana pun, ia perlulah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta berbincang dengan PetDag berhubung perkara tersebut.

    Pengarah Urusan dan CEO PetDag Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata, setakat ini, belum ada pengusaha stesen minyak yang memohon untuk menjual bahan api dengan harga yang lebih rendah, laporan The Star.

    “Jika pengusaha membuat keputusanuntuk menjual (bahan api) dengan harga yang lebih rendah, mereka harus bertangguhjawab dnegan margin masing-masing, bukannya pada kami. Ia memang mempengaruhi jumlah jualan dan margin,” ujarnya kepada pihak pemberita selepas mesyuarat agong tahunan PetDag semalam.

    Beliau turut menambah, mekanisma penentuan harga tidak mempengaruhi keuntungan PetDag.

    Petronas boleh tetapkan harga bahan api lebih rendah berbanding yang diumumkan secara mingguan – CEO

    Walau bagaimana pun, katanya lagi, pihak syarikat sentiasa mencari jalan untuk untuk menguruskan inventori lebih baik dengan sistem harga bahan api secara mingguan.

    Pada hujung Mac lalu, KPDNKK menegaskan semua stesen minyak hanya dibenarkan menjual petrol dan diesel pada harga jualan runcit seperti yang ditetapkan kerajaan.

    Ia adalah susulan mengenai aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna mengemas kini harga jualan runcit petrol dan diesel di semua stesen minyak di Malaysia.

    Kementerian berkenaan berkata, paparan harga yang tidak tepat melalui aplikasi tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan pengguna. Ekoran perkara ini, KPDNKK tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekiranya situasi menjadi di luar kawalan.

    Tegasnya lagi, semua stesen minyak hanya dibenarkan menjual petrol dan diesel pada harga jualan runcit yang telah ditetapkan kerajaan seperti yang dimaklumkan melalui laman web KPDNKK.

     
     
  • Benimar Mileo motorhome kini dipasarkan di Malaysia – 13 model karavan, harga bermula RM609k

    Benimar Mileo motorhome kini dipasarkan di Malaysia  – 13 model karavan, harga bermula RM609k

    Di Malaysia, penggunaan karavan dan motorhome mungkin dilihat agak pelik, malah mungkin juga ada yang tidak pernah melihatnya di jalan raya di negara ini. Namun ini tidak menjadi penghalang bagi pengedar Luxe Motorhomes & Caravan menerusi WTA Ventures, dalam memperkenalkan motorhome jenama Benimar Mileo ini. Dianggarkan sebanyak 13 model kenderaan ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia, dengan harganya dijangka di antara RM609,000 hingga RM650,000 seunit.

    Benimar Mileo dibangunkan di Sepanyol dengan menggunakan casis Fiat Ducato, kesemua variannya dijanakan oleh enjin 2.3 liter turbodiesel yang mampu menghasilkan output sehingga 150 hp dan tork 380 Nm, dengan kuasa yang disalurkan ke transmisi manual atau automatik enam-kelajuan. Bagi 13 model ini, lapan daripadanya adalah dari barisan Mileo 2 Series, selebihnya dari Mileo 3 Series. Malah ia juga dipertingkatkan jumlah tempat tidurnya iaitu daripada dua kini empat, dan model yang memiliki rekaan overcab bersaiz besar pula sehingga enam ruang tempat tidur.

    Bagi kesemua model, struktur ruang dalaman diperbuat daripada plastik bertetulang kaca dan juga PVC, bersama 99% binaan bebas-kayu. Ia turut dilengkapi dengan pendingin hawa termasuk yang diletakkan di bahagian bumbung, televisyen LED dengan pemain DVD serta penala satelit. Malahan panel solar 150-watt yang terpasang di bahagian bumbung dan sengkuap (awning) yang dioperasi secara manual juga disediakan secara standard.

    Bagi model asas Mileo 201, ia merupakan motorhome dengan empat tempat duduk dan dua ruang tidur mengikut bentangan katil di bahagian belakang. Ia berukuran 2.3 m lebar, 5.95 m panjang, dan Mileo 201 ini adalah seberat 2,940 kg dan boleh mencapai maksimum sehingga 3,500 kg dengan bebanan.

    Manakala varian Mileo 286 pula menawarkan bentangan yang lebih sosial, dengan tempat duduk yang bersambung pada meja di bahagian tengah. Ia mampu memuatkan empat tempat duduk dan ruang tidur, memiliki ukuran 2.3 m lebar dan 6.95 m panjang, dengan seberat 3,130 kg. Berat maksimumnya pula sehingga 3,500 kg, bersama 370 kg muatan,

    Selain itu, bagi barisan Mileo 2 Series iaitu varian Mildeo 294, ia berkapasiti empat tempat duduk dan ruang tidor, berukuran 2.3 m lebar dan 7.35 m panjang. Dengan berat 3,240 kg dan maksimum 3,500 kg, serta muatan 260 kg. Mileo 294 menampilkan bentangan tempat tidur dengan katil utama di belakang kabin, dan selainnya di bahagian hadapan.

    Model yang dipaparkan di sini ialah Mileo 313, dengan enam tempat duduk dan ruang tidur. Ia turut mempunyai bentangan katil dua tingkat iaitu satu katil ‘single’ dan katil dua tingkat di belakang, serta ‘double bed’ di hadapan, selain ruang pemandu dan penumpang di hadapan. 313 berukuran 2.3 m lebar dan 5.95 m panjang, dengan berat tanpa muatan 2.940 kg dan maksimum 3,500 kg berserta muatan 520 kg.

    Semua motorhome buatan Benimar Mileo ini dibina mengikut spesifikasi UK, iaitu semuanya akan diterima oleh pasaran Malaysia. Setakat ini, dua unit telah ditempah. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengklasifikasikan motorhome ini sebagai MPV dan boleh dipandu oleh sesiapa sahaja yang memiliki lesen D secara sah.

    Buat masa ini, WTA Ventures, sedang berbincang dengan beberapa kerajaan negeri termasuk Pahang dan Johor untuk membangunkan fasiliti taman karavan. Setakat ini, hanya dua sahaja taman karavan iaitu di Desaru dan Pontian, kedua-duanya di Johor. Dan turut mengesahkan telah mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa tempatan bagi membina taman karavan di Gopeng dan Cameron Highlands.

     
     
  • Ford Ranger FX4 kini berada di Malaysia – RM121,888

    Ford Ranger FX4 kini berada di Malaysia – RM121,888

    Seperti yang dikhabarkan pada 10 April lalu, Sime Darby Auto Connexcion (SDAC) telah mengesahkan varian baharu bagi Ford Ranger iaitu Ranger FX4 kini telah pun berada di pasaran Malaysia. Ia diposisikan lebih rendah daripada model Wildtrak 3.2L dan berasaskan varian 2.2 XLT, dengan menampilkan kekemasan yang lebih sporty pada bahagian luaran dan dalaman.

    Pada bahagian luaran, FX4 menerima kemasan hitam kilat pada gril hadapan (krom pada model XLT standard), perumah cermin sisi dan juga pemegang pintu. Ia juga menerima rel bumbung (tiada pada XLT), serta bar pemijak sisi yang lebih lebar dan rata seiras yang dipadankan pada Wildtrak.

    Untuk pelekat badan pada bonet hadapan dan pintu tailgate belakang pula, ia tidak mengenakan serlahan warna kontras, sebaliknya masih menggunakan warna hitam tetapi dengan kemasan matte. Sebagai melengkapkan imejnya yang kini lebih garang, FX4 diberikan rim 18-inci dengan enam-jejari berkembar kemasan hitam.

    Ford Ranger FX4 kini berada di Malaysia – RM121,888

    Bagi membezakannya dengan XLT standard, FX4 ini menerima upholsteri kulit yang kelihatan lebih sporty dan premium, bersama logo FX4 pada tempat duduk. Ciri XLT lain masih dikekalkan, termasuk kamera undur dengan fungsi pemantauan bahagian belakang yang bersepadu pada skrin infotaimen SYNC bersaiz 4.2-inci.

    Juga sama seperti XLT, FX4 turut diberikan lampu automatik (bersama lampu hadapan halogen), penggilap cermin automatik, pendingin hawa manual, cermin pandang belakang anti-silau automatik, roda stereng kulit serta tempat duduk pemandu larasan berkuasa empat-hala. Untuk keselamatan, trak pikap ini juga masih diberikan dua-beg udara bersama kawalan kestabilan.

    Tiada perubahan mekanikal diberikan pada FX4, ia masih dijana enjin 2.2 liter empat-silinder turbodiesel yang sama dengan XLT, berkuasa 158 hp dan tork maksima 385 Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan bersama sistem pacuan empat-roda serta gear rendah dan kawalan menuruni bukit.

    Ford Ranger 2.2L FX ditawarkan dengan dua pilihan warna badan iaitu Meteor Grey dan Aluminium Metallic, dijual pada harga RM121,888 di semenanjung Malaysia dan RM127,688 di Sabah dan Sarawak. Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga jangkaan atas jalan tanpa insuran.

    Galeri: Ford Ranger FX4

     
     
  • Mercedes-Benz E 350e akan tiba di Malaysia pada suku ketiga 2017 – harga di bawah RM400k, 286 hp, 550 Nm

    Mercedes-Benz E 350e akan tiba di Malaysia pada suku ketiga 2017 – harga di bawah RM400k, 286 hp, 550 Nm

    Semasa majlis pelancaran model CKD bagi E-Class W213, timbalan presiden Mercedes-Benz Malaysia, Mark Reine telah mengumumkan bahawa model plug-in hybrid E 350e akan tiba di Malaysia dalam suku ketiga tahun ini dan akan dijual pada harga di bawah RM400,000. Ia seterusnya nanti akan menjadi varian tertinggi bagi model E-Class W213 di Malaysia.

    E 350e masih lagi menggunakan enjin empat silinder petrol 2.0 liter turbocharged M 274 DE 20 AL, dengan talaan yang mampu menghasilkan 211 hp dan 350 Nm tork, tetapi turut dibantu dengan motor elektrik yang berkuasa 65 kW dan 440 Nm. Enjin petrol itu sahaja sama seperti yang digunakan pada model E-Class W213 serta C 350e, tetapi motor elektrik tersebut berlainan. Secara keseluruhannya, E 350e boleh menghasilkan 286 hp dan 550 Nm tork, dan boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat.

    Sebagai sebuah kenderaan plug-in hybrid, E 350e mampu memberikan penggunaan bahan api lebih baik, iaitu di antara 2.1 hingga 2.5 l/100km. Motor elektrik pada kenderaan ini mendapat kuasa daripada bateri lithium-ion berkapasiti 6.2 kWh, dan ia boleh bergerak dengan hanya menggunakan kuasa elektrik sehingga 33 km. Kelajuan maksimum bagi pemanduan elektrik penuh adalah 130 km/j.

    E 350e ini akan ditawarkan di Malaysia dalam satu varian sahaja, iaitu AMG Line, di mana selain kit badan yang lebih bergaya, ia juga akan dilengkapi dengan rim AMG 18 inci, sistem pemasukan Hands-Free Access, lampu utama Multibeam LED, suspensi AIRMATIC, bumbung panoramik yang boleh dibuka, dan sistem Active Brake Assist.

    Bahagian dalam juga menggunakan kemasan AMG Line, dan dilengkapi dengan kokpit skrin lebar, sistem COMAND Online, sistem bunyi Burmester, stereng AMG, pendingin hawa yang boleh dibuka sebelum pengguna masuk ke dalam kenderaan dan tempat duduk yang dibalut dengan kulit Nappa.

    Penambahan terbaru model mesra alam Mercedes-Benz ini berkemungkinan besar dipasang di Malaysia (CKD) seperti model C 350e plug-in hybrid, yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun lepas.


     
     
  • Toyota Fengchao Fun model konsep Camry baharu

    Toyota Fengchao Fun model konsep Camry baharu

    Teruja bila melihat foto-foto kiriman wakil Paultan.org, Mohd Farid Awaludin, yang sedang berada di Shanghai membuat liputan penganjuran motorshow di kota metropolitan tersebut.

    Toyota turut mengambil kesempatan menayangkan model sedan konsep yang digelar Fengchao Fun ini. Jika melihat keseluruhan bentuknya, memang macam familiar, ia agak mirip dengan model Toyota Camry baharu bagi pasaran Amerika Utara.

    Setelah diperkenalkan di Detroit pada awal tahun ini, ia dilengkapi dengan bentuk yang lebih tajam, namun yang dipertontonkan di China, alirannya lebih umum, namun bahagian hadapan dan belakangnya lebih kurang sama dengan model Amerika Utara itu. Ia juga ditampilkan dengan gril hadapan yang lebih besar, dengan perumah yang lebih bersudut bagi lampu hadapan dan belakang serta disambungkan dengan spoiler belakang.

    Buat masa ini, Toyota masih belum bersedia untuk berkongsi perincian lanjut mengenainya, termasuk pilihan enjin yang bakal ditawarkan.

    Di Amerika Syarikat, tiga pilihan penjana kuasa ditawarkan untuk Camry, dijangka akan berada di pasaran sana sebelum 2017 berakhir. Pilihan tersebut ialah 3.5 liter V6 dengan suntikan bahan api D-45, 2.5 liter empat-silinder dengan transmisi automatik lapan-kelajuan baharu, dan juga Toyota Hybrid System (THS II) generasi akan datang.

    Camry baharu juga akan menggunakan casis Toyota New Global Architecture (TNGA) seperti mana Prius. Di Shanghai, pengeluar kenderaan tersebut memfokuskan untuk platform modular unibody automobile untuk bahagian terbabit dan Fengchao Fun adalah antara fokus utama dalam pembentangannya.

     
     
  • Mercedes-Benz E-Class W213 CKD dilancar di M’sia – harga dari 348,888, sehingga RM47,000 lebih murah

    Mercedes-Benz E-Class W213 CKD dilancar di M’sia – harga dari 348,888, sehingga RM47,000 lebih murah

    Sebelum ini, model import bagi E-Class W213 dilancarkan di Malaysia pada tahun lepas oleh Mercedes-Benz Malaysia, dengan empat varian yang boleh dipilih. Kini, syarikat itu memperkenalkan pula barisan model sama, tetapi dipasang di kilangnya (CKD) di Pekan, Pahang.

    Walaupun begitu, hanya tiga varian yang akan dipasang di Malaysia iaitu E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde dan E 250 Exclusive.

    Untuk harga pula, bagi model CKD ini, E 200 Avantgarde dijual pada harga RM348,888 (RM47,000 kurang berbanding CBU); E 250 Avantgarde pada RM378,888 (RM42,000 kurang); dan E 250 Exclusive pada RM383,888 (RM42,000 kurang). Jika dibandingkan dengan model pemasangan tempatan (W212) E-Class generasi sebelum ini, model W213 ini juga lebih murah – E 200 Avantgarde pada RM364,888 dan E 250 Avantgarde pada RM403,888.

    Mercedes-Benz E-Class W213 CKD dilancar di M’sia – harga dari 348,888, sehingga RM47,000 lebih murah

    Model paling tinggi bagi W 213 ini iaitu E 300 akan kekal sebagai sebuah model import seperti sebelum ini, dan harganya dikekalkan pada RM458,888 (semua harga ini adalah termasuk GST, tanpa insurans).

    Melihat kepada spesifikasi, semua varian E-Class ini masih menggunakan kelengkapan sama, bermakna, enjin empat silinder petrol 2.0 liter turbocharged M 274 DE 20 AL dikekalkan, dengan ciri mula/henti ECO).

    Pada E 200, enjin ini ditala untuk menghasilkan 184 hp dan 300 Nm, dan ia membolehkan sedan ini memecut 0-100 km/j dalam 7.7 saat, sementara pada E 250 pula, ia mampu menghasilkan 211 hp dan 350 Nm, dengan pecutan 0-100km/j dalam masa 6.9 saat. Bagi E 300, yang mempunyai kuasa 245 hp dan 370 Nm, ia boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat. E 200 dan E 250 mempunyai penggunaan bahan api 5.9 liter bagi setiap 100 km, manakala E 300 pula berada pada 6.3 l/100 km.

    Pada semua kenderaan ini, kuasa dari enjin disampaikan kepada roda belakang melalui transmisi automatik 9G-Tronic sembilan kelajuan dengan ciri pemilih gear Direct Select. Satu lagi persamaan yang boleh didapati pada semua varian ini adalah suspensi Mercedes Agility Control – suspensi selesa yang mempunyai pelarasan serapan dan duduk 15 mm lebih rendah.

    Pergi kepada kelengkapan pula, barangan standard yang diberikan termasuk sistem pencahayaan 64 warna, kokpit skrin lebar Mercedes – dua skrin berwarna penuh 12.3 inci, dan setiap satunya mempunyai resolusi 1,920 x 720 pixel. Skrin ini menyediakan paparan instrumen serta pelbagai informasi lain.

    Bagi skrin yang berada di tengah, ia disambungkan dengan sistem informasi dan hiburan COMAND Online (dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto), boleh dikawal menggunakan pad sesentuh Touch Control di roda stereng dan COMAND Controller di konsol tengah. Pakej perlindungan cahaya (penapis cahaya yang boleh dikawal secara elektronik) masih lagi ditawarkan.

    Mercedes-Benz E-Class W213 CKD dilancar di M’sia – harga dari 348,888, sehingga RM47,000 lebih murah

    Untuk varian E 200, ia akan dilengkapi dengan rim aloi lima cabang 18 inci, lampu utama LED High Performance, kamera undur dan sistem pemulaan tanpa kunci Keyless Start.

    Pergi kepada E 250 pula, varian Avantgarde akan menerima lampu utama Multibeam LED, kamera 360 darjah, Keyless-Go (sistem kemasukan tanpa kunci, but kuasa elektrik), Hands-Free Access, bumbung panoramik, kulit Artico pada papan pemuka dan sistem mengecas telefon pintar tanpa wayar yang memenuhi standard Qi.

    Termasuk dalam senarai kelengkapan E 250 adalah rim 19 inci – E 250 Avantgarde mendapat rekaan lima cabang manakala Exclusive menggunakan rekaan 10 cabang berwarna kelabu tremolit, dengan kemasan akhir berkilat. Satu lagi kelengkapan unik pada E 250 Exclusive adalah kemasan kulit Nappa (varian lain menggunakan kulit Artico), dan sistem bunyi Burmester (juga standard pada E 300).

    Mercedes-Benz E-Class W213 CKD dilancar di M’sia – harga dari 348,888, sehingga RM47,000 lebih murah

    Daripada aspek keselamatan, semua varian E-Class datang degnan sistem Pre-Safe, Active Brake Assist, Parking Pilot, Pre-Safe Sound dan tujuh beg udara.

    Anda juga boleh membaca laporan pandu uji W213 E 200 yang pernah kami siarkan sebelum ini, dan jika anda mahu membandingkan atau memerhati lebih berkenaan spesifikasi kenderaan ini, layari CarBase.my.

    GALERI: Mercedes-Benz E 200 Avantgarde

    GALERI: Mercedes-Benz E 250 Avantgarde

    GALERI: Mercedes-Benz E 250 Exclusive

     
     
  • Lexus NX facelift dilengkapi sistem keselamatan aktif, dinamik dipertingkat – NX200t kini menjadi NX300

    Lexus NX facelift dilengkapi sistem keselamatan aktif, dinamik dipertingkat – NX200t kini menjadi NX300

    Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014, Lexus NX telah dipamerkan di Auto Shanghai sebagai model 2018, minor facelift yang membawakan Sistem Keselamatan Lexus dan pakej keselamatan aktif secara standard, bersama sedikit perubahan visual.

    Pada bahagian hadapannya, imejnya diserlahkan dengan kehadiran gril yang telah disemak semula menampakkan sifat agresif SUV ini, malah kekemasan sutera dan krom gelap menyerlahkan lagi gayanya. Sementara bamparnya pula telah dipertingkatkan untuk kesesuaian yang lebih senada dengan bonet dan panel hadapan.

    Lampu utama baharu juga telah diposisikan bersama elemen projektor, sementara lampu kabus kini dipindahkan di sudut bawah. Pada bahagian belakang pula, pelindung bamparnya kini menjadi sebahagian daripada motif gril gelendong dan lebih lebar untuk memberikan kesan yang cukup menonjol.

    Lampu belakang juga disemak semula dengan lensa berbentuk-L, serta corong ekzos yang lebih besar dengan kekemasan krom. Ia juga ditampilkan dengan rekaan bampar belakang yang dipertingkatkan dan spoiler bawah baharu. Bagi varian hibrid, ia dihiasi dengan krom sutera berbentuk-L bagi kepingan berasingan di bahagian belakang.

    Lexus NX facelift dilengkapi sistem keselamatan aktif, dinamik dipertingkat – NX200t kini menjadi NX300

    Malahan Lexus juga telah mengubah nama bagi modelnya melibatkan NX200t yang kini dikenali sebagai NX300, ia dipadankan dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris. Sementara itu, model NX300h hibrid masih kekal dipadankan dengan motor elektrik dengan enjin petrol 2.5 liter empat-silinder sebaris.

    Menurut Lexus, perubahan penamaan juga akan melibatkan beberapa model pengecas turbo secara beransur-ansur. Malahan model LS 500 telah menjalani proses tersebut, kini dengan enjin 3.5 liter biturbo V6, tanpa huruf ‘t’ pada hujung namanya.

    Casis NX juga telah diberikan peningkatan. Pegas, palang penstabilan dan bushing telah ditala semula untuk menambahbaik pengendalian terutamanya ketika merentasi selekoh. Malah damper juga diberi set baharu untuk meningkatkan kualiti pengendalian NX.

    Lexus NX facelift dilengkapi sistem keselamatan aktif, dinamik dipertingkat – NX200t kini menjadi NX300

    Peningkatan paling signifikan bagi mekanikal NX ialah diperkenalkan suspensi pembolehubah adaptif (AVS), dengan sistem yang berasaskan seperti pada LC 500 coupe. Ia telah menambah pemampat dan melaras semula bahagian redaman hingga 650 (naik dari 30) bagi kawalan yang lebih mantap untuk kestabilan dan pengendalian kenderaan.

    Ruang dalaman NX juga telah dipertingkatkan. Bagi NX300 dan NX300h, telah dihiasi kekemasan sutera pada suis dan kawalan, termasuk pemilih mod pemanduan, tombol gear dan pemegang pintu. Pad sentuh kawalan antaramuka juga telah direka semula dan lebih besar untuk memudahkan penggunaannya. Malah pengalas pengecas tanpa wayar juga kini lebih besar dan ditambah takat pengecasan yang lebih pantas.

    Skrin infotainmen juga telah diperbesar dari tujuh kini ke 10.3-inci dan kawalan HVAC juga disemak semula. NX kini juga hadir dengan imej yang lebih sporty bagi kekemasan pada F Sport, dengan gril yang lebih garang dan roda kombinasi hitam. Di dalamnya, F Sport turut menerima kombinasi warna yang lebih unik, serta paparan utama berasingan bagi G-Force dan turbo boost.

     
     
  • Sistem AWAS catat 11,427 kesalahan sejak dikuatkuasakan pada 15 April lalu – Langgar lampu isyarat, pandu lebih had laju paling popular

    Sistem AWAS catat 11,427 kesalahan sejak dikuatkuasakan pada 15 April lalu – Langgar lampu isyarat, pandu lebih had laju paling popular

    Sebanyak 11,427 kesalahan jalan raya telah direkodkan menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di seluruh negara dalam tempoh tiga hari sejak ia dikuatkuasakan 15 April lalu.

    Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab. Aziz Kaprawi, daripada jumlah itu, sebanyak 5,972 kes melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat, manakala 5,455 lagi kes bagi kesalahan memandu melebihi had laju, laporan Bernama.

    “Bagaimanapun sehingga kini, tiada penggantungan lesen memandu bagi pesalah trafik tersebut, malah setakat ini, belum ada lagi yang membayar denda bagi kesalahan dilakukan mereka,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara semalam.

    Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Hanafi Mamat yang mahu kementerian tersebut menyatakan hasil penguatkuasaan AWAS dan bilangan lesen pesalah jalan raya yang telah digantung hasil pelaksanaan sistem berkenaan.

    Ab. Aziz berkata, kerajaan telah menggantung sebanyak 1,115 lesen memandu dan membatalkan 246 lesen memandu sejak tahun 2006 sehingga Februari tahun ini.

    Menurutnya, Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan lesen memandu seseorang boleh digantung apabila pemandu gagal mematuhi peraturan jalan raya dan memandu kenderaan bermotor secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

    “Mahkamah juga boleh mengambil tindakan di bawah subseksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi daripada RM20,000,” katanya.

    Selain itu katanya, individu yang disabit dengan kesalahan itu juga akan hilang kelayakan (digantung) daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dari tarikh sabitan dan hilang kelayakan (digantung) selama tempoh 10 tahun dalam hal sabitan kali kedua atau seterusnya.

    Dalam pada itu, Ab. Aziz berkata kerajaan juga mengambil langkah dengan memperketatkan kawalan di pintu sempadan negara bagi memastikan pemandu warga asing yang melakukan kesalahan trafik di Malaysia membayar denda sebelum pulang ke negara asal.

     
     
  • G12 BMW 7 Series plug-in hybrid kini dilancarkan di Malaysia – 740Le xDrive berharga RM598,800

    G12 BMW 7 Series plug-in hybrid kini dilancarkan di Malaysia – 740Le xDrive berharga RM598,800

    Malam ini, BMW Malaysia telah pun melancarkan BMW 7 Series plug-in hybrid dengan model 740Le xDrive untuk pasaran tempatan. Hadir dengan teknologi eDrive, kini menawarkan inovasi yang mendahului industri daripada BMW i ke dalam limosin mewah dan moden di Malaysia.

    Seperti 330e, 740Le xDrive ini juga dijanakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder, yang dipertingkatkan kuasa sehingga 258 hp dan tork 400 Nm, sama seperti 730Li. Ia juga dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 113 hp dan tork 250 Nm bersama transmisi automatik ZF lapan-kelajuan, bersama bateri lithium-ion 9.2 kWh, menjadikan keseluruhan kuasanya mencecah 326 hp dan tork 500 Nm.

    Dari segi prestasi, 740Le xDrive ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam tempoh 5.3 saat, menjadikannya lebih pantas daripada 730Li (6.3 saat) dan hanya sedikit perlahan berbanding 740Li (5.6 saat). Bagaimanapun, dengan ciri plug-in hybrid ini turut mampu memberikan pacuan elektrik sepenuhnya dalam jarak maksimum 41 km, dengan kelajuan maksimum dalam mod ini sehingga 140 km/j.

    Manakala penggunaan bahan api kombinasi pula dianggarkan sekitar 2.3 liter per 100 km dan emisi karbon dioksida pula 53 gram per km. Dengan bateri yang terletak di bawah tempat duduk belakang, ruang kargo diturunkan dari 515 liter ke 420 liter.

    G12 BMW 7 Series plug-in hybrid kini dilancarkan di Malaysia – 740Le xDrive berharga RM598,800

    Sebagai varian BMW iPerformance, casis 740Le xDrive ini terdiri daripada dua gandar suspensi udara dengan pelarasan ketinggian automatik dan Kawalan Peredam Dinamik yang menawarkan tahap keselesaan terbaik.

    Ia turut membawakan ciri Driving Experience Control – boleh diaktifkan menerusi satu suis pada konsol tengah – melalui pengenalan mod ADAPTIVE yang menetapkan maklum balas kereta mengikut gaya dan profail laluan pemandu. Sementara mod-mod seperti ECO PRO, COMFORT dan SPORT telah dipertingkatkan untuk menyerlahkan lagi komposisi pemanduan yang dinamik, selesa dan efisien yang mempengaruhi pengalaman memandu.

    Aspek Sheer Driving Pleasure menerusi sistem BMW xDrive dipertingkatkan lagi apabila ia dipasang buat pertama kalinya ke dalam model sedan BMW di Malaysia. Ia merupakan sistem pacuan semua roda paling fleksibel dalam segmennya. xDrive beroperasi secara proaktif serta membolehkan kuasa diagihkan ke roda hadapan dan belakang mengikut keperluan. Malah, sistem ini mampu menyalurkan hampir 100% kuasa ke setiap roda. Ini menawarkan cengkaman maksimum, tujahan optimum dan pemanduan dinamik yang sangat tepat kepada BMW 740Le xDrive Serba Baharu.

    Bagi reka bentuknya, ia ditampilkan dengan sifat yang cukup elegan dan penuh emosi, sekali gus menjadikan limosin mewah ini sebagai ikon dan mobiliti yang berpandangan jauh. Ciri-ciri khas yang menyerlahkan keupayaan pemanduan inovatif sebuah BMW 740Le xDrive Serba Baharu dengan Teknologi eDrive termasuklah lencana eDrive pada tiang-C dan logo BMW i pada panel sisi hadapan limosin ini.

    Berdasarkan penampilannya, ia kelihatan membawa beberapa ciri yang sama dengan model semasa 740Li, termasuk lampu utama Laserlight, dan pakej rekaan luaran Pure Excellence dengan menambah kekemasan krom pada corong pengambilan udara hadapan dan di sekeliling paip ekzos.

    Ia juga hadir dengan penampilan yang hebat menerusi tapak roda dan perkadaran seperti model sebelumnya. Seterusnya mengekalkan kedudukannya sebagai model sedan paling besar yang pernah dibina oleh BMW sehingga kini. Gaya yang elegan itu disempurnakan lagi dengan satu set rim aloi ringan jejari-berkembar bersaiz 19-inci yang dibaluti tayar 245/45R di hadapan dan 275/40R di belakang.

    Ia juga ditampilkan dengan pengesan radar pada bahagian plat nombor hadapan dan kamera stereo pada bahagian atas cermin hadapan, yang dimasukkan dalam pakej Driving Assistant Plus.

    Ruang kabin pada model ini juga sarat dengan bentangan kreatif termasuklah ciri BMW Touch Display pada monitor dan BMW Gesture Control. Atmosfera ruang kabin ini juga diperkaya dengan Rekaan Lampu Ambien yang merangkumi Welcome Light Carpet pada bahagian hadapan pintu depan yang mengalu-alukan kedatangan pemandu dan penumpang ke dalam kereta.

    G12 BMW 7 Series plug-in hybrid kini dilancarkan di Malaysia – 740Le xDrive berharga RM598,800

    Sementara lampu ambien di dalam kereta pula menawarkan enam warna dan mood berbeza. Sama seperti BMW 7 Series generasi keenam, 740Le xDrive ini turut menampilkan bumbung kaca panoramik Sky Lounge yang dipasang dengan lebih 15,000 butiran lampu LED.

    Beralih ke bahagian tempat duduk belakang pula, unit kawalan BMW Touch Command diletakkan di konsol tengahnya – ini merupakan satu lagi inovasi yang mengubah segmen kenderaan mewah. Sebagai tablet bersaiz tujuh-inci pertama yang boleh dialih keluar dan disambung dengan sistem kenderaan, penumpang kini boleh mengakses semua fungsi hiburan dan ciri keselesaan yang ada.

    Malah turut ditampilkan dengan sistem bunyi 600w Harman Kardon bersama 16-unit pembesar suara, keselesaan dipertingkatkan lagi dengan tempat duduk yang dibina bersama pelarasan elektrik untuk pemandu dan penumpang hadapan. Tempat duduk penumpang belakang juga tidak kurang selesanya dengan fungsi lapan program urutan, termasuklah program Vitality.

    Ia juga hadir dengan elemen lain termasuk tempat duduk dengan kulit upholstery Nappa bersama kemasan kayu berwarna kelabu (Poplar Grain Grey) dengan pelarasan tambahan untuk hadapan dan belakang, sokongan lumbar dan fungsi mengurut serta kawalan suhu automatik empat-zon dan Pandangan Sekeliling 360-darjah.

    Bagi aspek keselamatan pula, ia menampilkan Kawalan Kelajuan Aktif dengan fungsi Stop & Go, bantuan kawalan stereng dan lorong dan bantuan kekal lorong dengan perlindungan perlanggaran sisi aktif untuk semi pemanduan sendiri, juga bantuan trafik lintasan hadapan dan belakang. Selain itu, ia juga didatangkan dengan fungsi Bantuan Pemanduan asas termasuklah brek kecemasan sendiri dengan pengesan pejalan kaki, pencegahan pelanggaran belakang, amaran menukar lorong dan ketibaan lorong serta amaran trafik lintasan belakang.

    Pelbagai status data kenderaan dan operasi fungsi terpilih juga boleh dikendalikan oleh BMW Display Key melalui ciri Touch Display bersepadunya. Pemandu boleh memeriksa takat minyak di dalam tangki, jarak terkini kenderaan, status cas, status sistem kunci berpusat, tingkap dan bumbung kaca, mengetahui masa serta mengaktifkan sistem pendingin hawa dan ventilasi dari dalam kenderaan.

    Selain itu, ia turut merangkumi beg udara hadapan dan sisi, beg udara bahagian kepala/curtain pada tempat duduk hadapan dan belakang, beg udara untuk lutut pemandu dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di belakang.

    Dengan kapasiti tenaga kasar mencecah 9.2 kWh, bateri lithium-ion bervoltan tinggi pada 740Le xDrive ini boleh dicas semula menggunakan soket kuasa domestik. Manakala cas penuh menggunakan BMW i Wallbox Connect boleh dicapai dalam masa kurang lima jam. Proses mengecas boleh diuruskan sama ada menerusi aplikasi BMW Remote pada telefon pintar atau grafik dalam kluster instrumen kereta.

    740Le xDrive ini didatangkan dalam warna hitam (Black Sapphire), biru (Imperial Blue), putih (Mineral White) dan kelabu (Sophisto Grey).

    Ia ditawarkan dengan harga atas jalan RM598,800 (tanpa insurans) yang turut didatangkan bersama waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan dan penyelenggaran berjadual percuma.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi dan perincian setiap varian bagi G12 BMW 7 Series, sila layari CarBase.my.

     
     
  • Honda CR-V Hybrid diperkenal di Auto Shanghai 2017

    Honda CR-V Hybrid diperkenal di Auto Shanghai 2017

    Honda tidak melepaskan peluang mempamerkan model baharunya termasuklah varian terkini bagi CR-V generasi kelima – CR-V Hybrid – di pentas Auto Shanghai 2017 yang telah membuka tirainya. Walau bagaimana pun, perincian penuh mengenai SUV mesra-alam ini masih belum diperoleh, namun Honda berkata, model hibrid ini akan dijual di pasaran China pada separuh kedua tahun 2017 oleh Dongfeng Honda (tidak dinyatakan adakah ia juga akan dipasarkan ke negara lain).

    Malah CR-V Hybrid ini juga dikatakan bakal dilengkapi dengan sistem hibrid dua-motor Honda Sport Hybrid i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive), yang lebih kurang sama seperti pada Accord Hybrid. Pada sedan segmen-D itu, enjin petrol 2.0 liter empat-silinder i-VTEC Atkinson-cycle mampu menghamburkan kuasa sehingga 145 hp dan 175 Nm.

    Enjin pembakaran dalaman ini juga dipadankan bersama motor elektrik (dikuasai oleh pek bateri 1.3 kWh lithium-ion) dengan kuasa 184 hp dan 315 Nm. Menjadikan kuasa keseluruhan mencapai 215 hp, bersama E-CVT, dan empat mod pemanduan turut ditampilkan.

    Bergantung pada pasaran, CR-V juga kini ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol iaitu 2.4 liter naturally-aspirated DOHC i-VTEC empat-silinder atau 1.5 liter pengecas turbo DOHC VTC empat-silinder. Bagi CR-V pasaran Thailand, ia turut menawarkan pilihan enjin 1.6 liter DOHC i-DTEC turbodiesel. Kesemua enjin dipadankan bersama CVT (kecuali pada diesel yang menerima kotak gear automatik konvensional Zf sembilan-kelajuan), dan boleh didapati dalam varian pacuan roda-hadapan atau semua-roda.

    CR-V Hybrid juga didatangkan dengan “pelbagai elemen penuh” termasuk Honda Sensing bagi teknologi bantuan pemandu dan keselamatan termaju. Ini termasuklah sistem seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Collission Mitigation Braking System (CMBS), Road Departure Mitigation (RDM) dengan Lane Departure Warning (LDW) dan Lane Keeping Assist System.

    GALERI: Honda CR-V 2.4L i-VTEC E 2WD di Bangkok Motor Show 2017

     
     
  • Harga bahan api 20-26 April 2017 – petrol, diesel naik!

    Harga bahan api 20-26 April 2017 – petrol, diesel naik!

    Seperti yang dijangka, harga bahan api utama di Malaysia sekali lagi melonjak naik untuk minggu bertarikh 20 hingga 26 April ini.

    Berikut merupakan harga baharu bagi bahan api di semua stesen minyak di seluruh negara, mulai tengah malam ini (sehingga tarikh yang dimaklumkan di atas), iaitu RON 95 menyaksikan peningkatan sebanyak tiga sen, kini dijual pada harga RM2.27 seliter dan RON 97 pula naik dua sen, menjadi RM2.54 seliter. Manakala bagi harga diesel pula, versi Euro 2M naik lima sen, menjadi RM2.21 seliter dan diesel Euro 5 pula RM2.31 seliter.

    Berbanding harga bagi minggu sebelumnya iaitu petrol RON 95 dijual RM2.24 seliter, manakala RON 97 pula RM2.52 seliter. Bagi harga diesel pula, versi Euro 2M dijual RM2.16 seliter, manakala bagi diesel Euro 5 pula RM2.26 seliter.

     
     
  • W222 Mercedes-Benz S-Class facelift diperkenalkan – enjin baharu, imej dipertingkat, teknologi ditambah

    W222 Mercedes-Benz S-Class facelift diperkenalkan – enjin baharu, imej dipertingkat, teknologi ditambah

    Mercedes-Benz S-Class facelift telah pun diperkenalkan secara rasminya di Auto Shanghai, menampilkan beberapa penambahbaikan termasuk enjin dan teknologi baharu dan beberapa elemen tambahan lain. Menurut Mercedes-Benz, ia merupakan model bagi sedan mewah dengan jualan terlaris di dunia pada 2016, dan akan memastikan momentumnya berterusan.

    Seperti sebelum ini, S-Class mempunyai jarak roda yang lebih pendek (W222), jarak roda yang lebih panjang (V222) dan lebih panjang (X222) berbanding Mercedes-Maybach. Versi Mercedes-AMG juga ditawarkan dengan bentuk bagi S 63 4matic+ dan S 65, kedua-duanya turut mempunyai jarak roda yang panjang.

    Bagi S 63 4Matic+, enjin 4.0 liter biturbo V8 mampu menghamburkan kuasa sehingga 612 hp pada 5,500-6,000 rpm dan tork 900 Nm antara 2,750-4,500 rpm. Penjana kuasa ini menggantikan enjin terdahulu 5.5 liter biturbo V8, dan kuasanya disalurkan ke semua empat roda menerusi transmisi automatik AMG Speedshift MCT sembilan-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda AMG Performance 4Matic+.

    Model yang paling berkuasa bagi AMG S-Class – S 65 – ditawarkan dengan enjin yang lebih besar iatu 6.0 liter biturbo V12. Dengan kapasiti yang lebih besar, ia mampu menjanakan kuasa sehingga 630 hp pada 4,800-5,400 rpm dan tork mencecah 1,000 Nm antara 2,300-4,300 rpm. Walau bagaimana pun, S 65 hanya pacuan roda-belakang sahaja, dan dipadankan bersama transmisi automatik AMG Speedshift 7G-Tronic Plus tujuh-kelajuan.

    W222 Mercedes-Benz S-Class facelift diperkenalkan – enjin baharu, imej dipertingkat, teknologi ditambah

    Kedua-dua model S 63 4Matic+ dan S 65 juga mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 250 km/j dengan pilihan pakej AMG Driver, yang dikatakan mampu mencecah sehingga 300 km/j. Di mana model S 63 4Matic+ mampu dipacu dari 0-100 km/j lebih cepat iaitu pada 3.5 saat, berbanding S 65 dengan 4.3 saat.

    Selain prestasi tinggi bagi model AMG, lain-lain unit menerima enjin diesel dan juga petrol. Bagi enjin baharu M176 4.0 liter biturbo V8, ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 469 hp dan tork 700 Nm ditawarkan pada S 560 4Matic (menggantikan S550 4Matic), sementara enjin diesel OM656 3.0 liter enam-silinder sebaris pula dengan hamburan kuasa 286 hp/600 Nm pada S 350 d 4Matic dan 340 hp/700 Nm untuk S 400 d 4Matic.

    Sistem Mercedes Dynamic Select pula standard bagi semua model S-Class, menawarkan mod pemanduan terpilih bergantung pada situasi. Pengaktifan silinder juga berfungsi bagi model janaan-V8, dengan pengaktifan dua, tiga, lima dan enam silinder ketika separa muatan dan di antara 1,000-3,250 rpm bagi kelajuan enjin.

    Pada masa hadapan, lebih banyak enjin yang akan ditawarkan untuk S-Class, termasuk enjin petrol baharu M256 3.0 liter pengecas turbo enam-silinder sebaris. Penjana kuasa ini telah pun dipertontonkan pada Oktober tahun lalu, menggunakan sistem elektrik 48V dan menampilkan pemampat tambahan dan Integrated Starter-Generator (ISG). M256 ini mampu mencapai sehingga 408 hp dan lebih 500 Nm bagi tork, dan Mercedes berkata dua tahap hamburan kuasa akan ditawarkan dengan pelancaran varian S-Class yang akan datang.

    Selain daripada itu, versi plug-in hybrid bagi S-Class baharu ini ditawarkan dengan jarak sehingga 50 km bagi penggunaan elektrik sepenuhnya. Malah kapasiti baterinya juga telah dipertingkatkan sehingga 13.3 kWh, lebih besar berbanding pek bateri 8.7 kWh pada model semasa S 500. Versi plug-in hybrid ini juga didatangkan dengan pengecas on-board 7.2 kW yang memberikan pengecasan bateri lebih pantas.

    Malah model AMG turut dilengkapi dengan pelbagai elemen prestasi-tinggi termasuk sistem Dynamic Select, suspensi spesifik-AMG, Race Start (launch control), sistem ekzos AMG Performance, bateri pemula lithium-ion yang lebih ringan dan brek prestasi tinggi (pilihan sistem brek seramik).

    Bagiaman pula dengan imej yang dipertaruhkan? Seperti yang dapat dilihat, S-Class memiliki bayangan yang lebih dikenali dalam apa jua sudut pandangan tetapi sebenarnya ada perbezaannya. Ini termasuklah tiga tetingkap gril berkembar baharu pada bahagian hadapan model dengan enjin enam- atau lapan-silinder. Manakala model V12 pula menerima elemen tambahan jaluran krom melintang pada gril radiator.

    Di bawah grilnya, model Maybach dan AMG menerima rekaan bampar yang tersendiri berbanding banyak kekemasan krom pada model sebelumnya. Bagi model S-Clas prestasi-tinggi pula, apron hadapan telah dipertingkatkan dan digambarkan umpama sayap jet yang mengagumkan, oleh Mercedes. Ia disambungkan pada corong yang besar untuk membantu mengekalkan enjin lebih sejuk dan pemisah (splitter) hadapan pula mengurangkan gandar hadapan nampak tinggi.

    Malah elemen baharu di bahagian hadapan termasuk lampu utama MULTIBEAM LED dengan kluster yang direka semula supaya nampak lebih sporty. Bar lampu LED tunggal sebelum ini telah digantikan dengan tiga-bar, disambungkan pada unit pencahayaan utama dan tiga LED di sebelahnya.

    Mercedes juga telah mempertingkatkan lampu utama yang dipanggil ULTRA RANGE yang berkeupayaan menghasilkan intensiti pencahayaan lampu yang maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Hasilnya, kecerahan pencahayaan utama ini mampu dikekalkan, pada jarak melebihi 650 meter. Unit ini juga dipadankan dengan pilihan Sistem Pencahayaan Pintar, di mana ia boleh diaktifkan dengan suiz LED di antara modul beam untama, agar tidak menyilaukan pengguna jalan raya yang lain.

    Selain itu, lampu belakang S-Class juga memiliki bentuk kluster yang biasa seperti seblum ini, namun didatangkan dengan grafik baharu. Malahan seksyen bampar bawah juga direka semula dengan disambungkan paip ekzos, seperti mana yang kita lihat pada model Concept A Sedan. Seperti mana bahagian hadapan model AMG, ia turut menerima rekaan bampar belakang dengan paip ekzos berkembar, sama seperti pada Maybach.

    Pembeli juga boleh memilih roda aloi yang lebih ringan, dengan pilihan diameter antara 17- hingga 20-inci. Model AMG turut menerima roda aloi 19-inci seperti yang ditawarkan secara standard pada S 63 4Matic+, sementara S 65 pula dengan unit 20-inci.

    W222 Mercedes-Benz S-Class facelift diperkenalkan – enjin baharu, imej dipertingkat, teknologi ditambah

    Penampilan terbesar yang kelihatan pada S-Class ini sudah pasti pada bahagian dalamnya, dengan beberapa penambahbaikan. Bentangannya masih tidak berubah, namun ia didatangkan dengan material kulit premium dan imej kayuan pori-terbuka, bersama kombinasi pelbagai warna, termasuk dua tona baharu iaitu magma grey/espresso brown atau mahogany brown/silk beige. Model AMG juga menerima beberapa gentian mikro DINAMICA dengan pilihan kulit yang ada.

    Selain itu, elemen baharu yang ditampilkan termasuklah roda stereng tiga-jejari dengan kawalan sentuhan-sensitif, yang diperkenalkan pada S-Class dan dwi skrin 12.3-inci, switchgear baharu bagi fungsi operasi tempat duduk secara elektronik, butang penghidup enjin baharu dan jam pada papan pemuka yang direka semula.

    Bukan itu sahaja, pada bahagian belakangnya, ia turut didatangkan konsol tengah baharu yang disambungkan dengan pengecas telefon tanpa wayar sebagai opsyen (juga ada pada ruang penyimpanan hadapan). Di bawah corong pendingin hawa turut kelihatan suis kawalan suhu bersama penukar CD dan beberapa ruang penyimpanan barang. Seperti sebelum ini, sistem pencahayaan ambien LED turut ditampilkan, pilihan 64 warna bergantung pada mood anda.

    Hiburan bagi penumpang belakang pula ditawarkan dengan sistem Burmester High-End 3D Surround Sound system (1520 watts) yang dipertingkatkan, kini turut didatangkan dengan pembesar suara tambahan pada panel kawalan atas kepala dan dua lagi di bahagian sisi.

    S-Class juga didatangkan dengan Magic Body Control dengan versi penambahbaikan bagi Road Surface Scan. Sistem ini dapat mengesan bonggol di hadapan dan boleh melaras suspensi Active Body Control untuk mengelakkan rasa kurang selesa.

    Ia mampu berfungsi dalam kelajuan sehingga 180 km/j (sebelum ini hanya 130 km/j) dengan kondisi cahaya rendah hasil kamera stereo yang dipertingkatkan, turut menyokong elemen pemanduan sendiri. Lain-lain peningkatan bagi tujuan keselesaan termasuklah fungsi Curve-Tilting yang pertama kali ada pada S-Class, di mana membuatkan badan kereta lebih miring ke dalam apabila di selokoh pada sudut 2.65 darjah, mengurangkan rasa membuai pada penumpang.

    Mercedes juga menambah Energizing Comfort Control baharu, yang pertama seumpamanya di dunia, bagi sistem keselesaan di dalam kenderaan ketika pemanduan.

    Ia disifatkan sebagai “Fungsi sistematik bagi sistem kawalan suhu (termasuk pewangi) dan tempat duduk (pemanas, pengaliran dan urut), bagi mendatangkan keselesaan buat para penumpangnya.”

    W222 Mercedes-Benz S-Class facelift diperkenalkan – enjin baharu, imej dipertingkat, teknologi ditambah

    Ia turut menawarkan enam program – Freshness, Warmth, Vitality, Joy, Comfort dan Training (keseimbangan, pengaktifan sendi dan sendi direhatkan) dan setiap satunya berfungsi selama 10 minit.

    Dalam masa itu, sistem akan memaparkan warna grafik pada unit utama, memainkan muzik pilihan, melaraskan pencahayaan ambien dan pelbagai lagi fungsi lain berdasarkan maklum balar program yang dipilih. Tujuannya untuk mengekalkan semangat anda, membuatkan badan anda dalam keadaan bagus dan relaks serta memberikan tenaga yang diperlukan sehingga anda sampai ke destinasi yang dituju.

    Selain itu, S-Class turut memperluaskan pilihan Intelligent Drive bagi sistem bantuan pemandu, di mana ia adlaah langkah seterusnya bagi pemanduan sendiri. Walau bagaimana pun, pemandu masih perlu dalam keadaan peka, namun dengan penambahan fungsi baharu ini, kini pemandu mampu menerima lebih banyak sokongan sepanjang perjalanan.

    Di bawah Active Distance Assist Distronic, sistem ini berkeupayaan melaras kelajuan secara automatik di selekoh atau simpang dan boleh berfungsi dalam kelajuan di lebuh raya sehingga 210 km/j. Ia juga mengawal jarak kenderaan dari kenderaan hadapan dan kini S-Class juga boleh berhenti lebih lama sehingga 30 saat ketika trafik, di mana ia mengikut keadaan trafik di hadapan.

    Kemudian, Active Steering Assist pula merangkumi Active Lane Changing Assist dan Active Emergency Stop Assist. Ia membenarkan pemandu menukar lorong di jalan pelbagai-lorong jika keadaan trafik mengizinkan. Isyaratnya ditunjukkan pada kluster instrumen dan paparan utama.

    Manakala bagi Active Emergency Stop Assist, kenderaan boleh dibrek dalam keadaan pegun apabila ia mengesan pemandu gagal mengawal kenderaan yang sedang bergerah. Ia hanya berfungsi apabila suis Active Steering Assist dihidupkan, dan akan memberikan respons untuk pemandu sama ada menerusi kaedah visual dan audio.

    Active Braking Assist turut menerima fungsi lintasan-trafik baharu dan brek kecemasan, dengan dihubungkan oleh Evasive Steering Assist (membatu pemandu mengelak pejalan kaki apabila kenderaan berada di zon bahaya dan Car-to-X Communication juga akan memberikan isyarat kepada pemandu sekiranya berhadapan dengan bahaya.

    S-Class turut mengaplikasikan beberapa elemen terkini yang ada pada model W213 E-Class termasuk Remote Parking Assist, di mana pemandu boleh mengawal kenderaan dalam ruang parkir atau garaj yang sempit menerusi aplikasi telefon pintar, dan Pre-Safe Sound juga akan berbunyi untuk melindungi tindakbalas fizikal jika terbabit dalam pelanggaran.

    S-Class baharu ini akan dilancarkan di pasaran Eropah mulai Julai ini. “Pembangunan S-Class baharu sangat ekstensif. Dengan keseluruhan siri elemen dan fungsi baharunya ia mengekalkannya sebagai perintis teknologi,” ujar Ola Kallenius, sebagai ahli lembaga pengarah Daimler AG untuk Kumpulan Kajian dan Pembangunan Kenderaan Mercedes-Benz.

    Mercedes-AMG S 63 4Matic+ 2018

    Mercedes-AMG S 65 2018

    Mercedes-Maybach S 560 4Matic 2018

    Mercedes-Benz S-Class 2018

    Mercedes-Benz S-Class Intelligent Drive 2018

     
     
  • Sarawak bakal ada LRT menjelang tahun 2020

    Sarawak bakal ada LRT menjelang tahun 2020

    Sarawak bakal menerima sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan bahagian Kuching, Samarahan dan Serian menjelang tahun 2020 ini.

    Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, sistem LRT itu sedang dikaji untuk dimasukkan dalam pelan pengangkutan awam bagi menangani kesesakan trafik di ketiga-tiga bahagian ketika jumlah penduduk mereka mencapai satu juta, laporan Bernama.

    “Kami sedang mengkaji laluan. Kajian itu akan mengambil masa enam bulan, selepas itu kami akan mendapat teknologi dan rakan kongsi yang betul. Disebabkan kami sudah mempunyai tenaga daripada empangan Bakun, kami boleh mengguna teknologi kereta api elektrik”, katanya.

    Beliau turut berkata projek LRT itu akan menggabungkan teknologi terkini dengan pencemaran karbon yang kurang.

    “Kami akan menimbang untuk meneruskan projek LRT itu ke bahagian lain apabila ekonomi mereka berdaya maju. Ini bermakna apabila kawasan luar bandar itu maju dari segi ekonomi pertanian moden dan dengan teknologi maklumat dan komunikasi telah mencapai dua Terabit sesaat bagi kelajuan Internet, tambahnya.

     
     
  • Proton Perdana dianugerahi ‘Malaysia Good Design Mark’ bagi kategori Kawasan Umum dan Kenderaan

    Kehadirannya di pasaran sejak Jun lalu dengan imej yang lebih segar telah mendorong Proton Perdana serba baharu menerima anugerah ‘Malaysia Good Design Mark’ (MGDM) yang diiktiraf oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (MDC). Ia adalah bagi kategori ‘Kawasan Umum dan Kenderaan’.

    Anugerah telah disampaikan oleh Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam.

    Pengiktirafan tersebut berdasarkan reka bentuk yang baik bagi produk yang lengkap yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh tenaga tempatan.

    Proton Perdana dianugerahi ‘Malaysia Good Design Mark’ bagi kategori Kawasan Umum dan Kenderaan

    “Kami sangat teruja dengan pengiktirafan daripada MDC ini untuk model Perdana. Ini merupakan penghargaan kepada usaha-usaha yang telah disumbangkan dalam pembangunan kereta ini dan saya dedikasikan pengiktirafan ini kepada mereka yang telah mencurahkan bakat dalam projek Perdana.”

    “Banyak lagi ruang yang Proton perlu perbaiki dan anugerah ini tentunya menyuntik semangat kepada PROTON untuk bekerja lebih keras dalam menyediakan kereta dengan rekaan dan kejuruteraan yang lebih baik kepada pelanggan,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

    Sebelum ini, Satria Neo dan Persona generasi sebelum ini turut pernah menerima anugerah yang sama oleh MDC iaitu pada tahun 2007 dan Iriz pula pada 2014.

    MGDM adalah program pengiktirafan reka bentuk oleh kerajaan Malaysia di bawah Majlis Reka Bentuk Malaysia. Penubuhannya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada industri tempatan yang cemerlang dalam menyediakan produk berkualiti dan inovatif serta menggalakkan kepada peningkatan kualiti pengeluaran melalui penyelidikan dan pembangunan.

     
     
  • Mercedes-Benz Concept A Sedan diperkenalkan

    Mercedes-Benz Concept A Sedan diperkenalkan

    Mercedes-Benz telah memperkenalkan secara rasmi Concept A Sedan di Auto Shanghai 2017, yang merupakan sedan aras permulaan baharu dengan memperluaskan barisan lapan model kompak. Buat setakat ini, ia dibarisi A-Class hatchback, B-Class, CLA, CLA SHooting Brake dan GLA.

    Mengikut yang dipertontonkan, model konsep ini mengambil ilham daripada Aesthetics A dan mewakili bahasa rekaan “Sensual Purity”. Ia dihiasi gril Panamerica di bahagian hadapan, dengan kekemasan krom dan logo bintang Mercedes. Gril terbabit juga disambung pada bonet yang tampak sporty di mana Mercedes menggelarkannya sebagai Powerdomes, yang lebih kurang sama dengan GT Concept.

    Bahagian bampar bawah juga kelihatan diinspirasi oleh rekaan A-wing seperti mana model Mercedes-AMG, bersama paten berlian. Malah lampu utamanya juga lebih tajam, memberikan perubahan yang agak besar berbanding pada model A-Class hatch dan CLA, dan ia juga dicat dengan “warna berkilauan yang berbeza”.

    Sepanjang sisinya pula, overhang bagi model konsep ini agak pendek, dengan padanan roda 20-inci. Usha keliru dengan CLA kerana kedua-dua tiang A- dan C- lebih tegak berbanding coupe empat-pintu. Hasilnya, membuatkan cermin sisinya lebih besar bagi sedan rekaan tiga-kotak ini, sekaligus memberikan ruang yang lebih besar untuk bahagian dalaman (kekurangan bagi CLA).

    Mercedes-Benz Concept A Sedan diperkenalkan

    Melewati bahagian belakangnya, lampunya masih mengekalkan grafik berbentuk-Y seperti mana model terkini A-Class hatch, malah kini ia ditampilkan dengan kluster yang lebih menyerlah (berbeza daripada CLA). Ia juga dipadankan bersama ekzos kekemasan gelap dan jaluran krom untuk “diffuser”.

    Bagi dimensinya, Concept A Sedan ini berukuran 4,570 mm panjang, 1,870 mm lebar dan 1,462 mm tinggi, di mana ia lebih lebar dan tinggi berbanding CLA (4,640 mm panjang, 1,777 mm lebar dan 1,432 mm tinggi). Walau bagaimana pun Mercedes tidak mendedahkan ukuran jarak roda, namun bagi CLA, ia sepanjang 2,699 mm.

    Begitu juga dengan sudut mekanikal bagi versi produksi (setakat ini kita memanggilnya sebagai A-Class Sedan), yang tidak dimaklumkan perinciannya. Walau bagaimana pun, Autocar melaporkan model ini akan dilancarkan di United Kingdom menjelang akhir 2018, di mana ia akan bersaing dengam Audi A3 Sedan dan BMW 1 Series Sedan.

    Mercedes-Benz Concept A Sedan diperkenalkan

    Walau pun ia adalah eksklusif untuk China, namun terdapat perkhabaran bahawa model ini juga akan ditawarkan di peringkat global pada masa hadapan, dan spyshot bagi prototaip baru-baru ini turut menyokong teori ini.

    Bagi kuasanya, A-Class Sedan ini mungkin akan ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan diesel empat-silinder, termasuk seperti sebelumnya dengan unit 2.0 liter pengecas turbo bersama 400 hp bagi varian A45 4Matic.

    Juga terdapat desas-desus, ia juga akan ditawarkan dengan varian hibrid iaitu kombinasi enjin petrol dan motor elektrik. Ia juga dilaporkan akan menggunakan platform Modular Front Architecture (MFA) dengan versi yang telah dipertingkatkan.

     
     
  • Modenas jalin kerjasama dengan Bajaj Auto dari India – bakal hasilkan motosikal jalanan untuk Malaysia

    Modenas jalin kerjasama dengan Bajaj Auto dari India – bakal hasilkan motosikal jalanan untuk Malaysia

    Bagi memasuki segmen motosikal jalanan di pasaran tempatan, Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas), anak syarikat DRB-HICOM Berhad mengesahkan bakal menjalinkan kerjasama dengan pengeluar motosikal terkemuka India, Bajaj Auto Ltd (BAL).

    Menurut Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-HICOM, pihaknya percaya langkah ini akan mengukuhkan lagi jenama Modenas dan membantu menguasai pegangan yang lebih besar dalam pasaran motosikal.

    “Kerjasama ini adalah selaras dengan aspirasi kami untuk mengukuhkan jenama Modenas secara keseluruhannya, dengan menawarkan pelbagai model untuk peminat motosikal. Usaha sama Modenas dengan Kymco bagi segmen skuter November tahun lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar motosikal tempatan.

    “Kini syarikat bersedia untuk menembusi pasaran yang lebih agresif, iaitu segmen motosikal jalanan. Dengan BAL sebagai rakan kongsi, kami kini mempunyai satu lagi segmen baharu yang boleh ditawarkan kepada pengguna,” jelas Syed Faisal.

    BAL adalah pengeluar motosikal dua- dan tiga-roda ke-empat terbesar di dunia dan jenama Bajaj cukup terkenal di banyak negara. Di negara asalnya sendiri, rangkaian motosikal Bajaj telah mencapai jualan yang memberangsangkan dan ia terus meningkatkan pegangan pasaran di sana.

    Modenas jalin kerjasama dengan Bajaj Auto dari India – bakal hasilkan motosikal jalanan untuk Malaysia

    Bajaj Avenger Street 220

    Tambahnya lagi, “Pengalaman dan keupayaan teknologi BAL dalam segmen ini tidak diragui lagi. Model-model yang bakal kami lancarkan di Malaysia nanti telah membuktikan keupayaan mereka di pasaran global dan kami berharap kejayaan ini akan berulang di negara ini.

    Motosikal Bajaj merupakan pendahulu pasaran di dalam segmen-segmen tertentu di 74 negara merangkumi Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Selatan, ASEAN dan Eropah. Kepelbagaian produk BAL terkenal diperingkat global sebagai bermutu tinggi, hasil R&D yang sentiasa berinovasi dan telah diuji.”

    Kerjasama ini akan dimulakan secara berperingkat merangkumi pengedaran dan pemindahan teknologi melalui pembangunan hab pemasangan khusus di kilang Modenas di Gurun, Kedah.

    Dengan kerjasama yang terjalin ini juga, kedua-dua pengeluar motosikal tersebut turut merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menggunakan jenama Modenas di dalam dan luar ASEAN.

     
     
  • Proton Suprima X – mungkinkah akan jadi kenyataan?

    Proton Suprima X – mungkinkah akan jadi kenyataan?

    Bagaimana hasilnya jika idea dan imajinasi terhadap model sedia ada Proton, seperti Suprima S, dilanjutkan lagi untuk menjadi sebuah model crossover atau SUV? Bagi Saharudin Busri, unsur paling utama yang akan menarik perhatian penggemar automotif di Malaysia tentunya rekaan dan pengayaan imej yang sporty.

    Di atas sebab itu, beliau membayangkan Suprima X, sebuah rekaan spin-off daripada model Proton Suprima S yang kita kenali selama ini. Pernah bertugas untuk bahagian rekaan di Proton dahulu sebelum berhenti pada 2007, beliau kini merupakan sebahagian daripada penggerak di Pusat Rekaan MIMOS dan dinaungi oleh MIMOS Bhd, sebuah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

    “Sama seperti ramai lagi rakyat Malaysia yang lain, saya ingin lihat Proton mampu menghasilkan banyak model-model yang lebih menarik. Dari segi rekaan, biarlah ia selari dengan peredaran dan perkembangan pasaran semasa. Walaupun rekaan ini dihasilkan atas kapasiti individu saya sendiri, ia saya lihat semacam satu sumbangan kecil saya selaku seorang pereka yang ingin menterjemahkan rekaan model Proton akan datang dari sudut pandang saya sendiri,” tambahnya.

    Proton Suprima X – mungkinkah akan jadi kenyataan?

    Ada satu lagi sebab mengapa beliau mengetengahkan rekaan-rekaan dan imej render digital bagi model-model kereta terutamanya dari Proton. MIMOS yang sebelum ini banyak menghasilkan rekaan industrial hanya daripada geran-geran yang diperolehi, ketika ini sedang beranjak pula ke arah menawarkan dan menyediakan perkhidmatan rekaan kepada industri – termasuk juga industri automotif.

    “Secara tak langsung, kami juga ingin menunjukkan bahawa MIMOS turut mempunyai kepakaran tempatan dalam bidang rekaan automotif,” ujarnya. Bagaimanapun, setakat ini, belum ada apa-apa urusan rasmi antara pihaknya dengan mana-mana pengeluar kenderaan di Malaysia untuk menghasilkan rekaan bagi model produksi.

    Mengapa memilih Suprima S sebagai asas kepada lanjutan rekaan digital yang dihasilkan? “Ini kerana, menurut pandangan mata saya, Suprima S merupakan sebuah model yang mempunyai keunikan tersendiri, dengan penampilan yang matang dan sporty.

    Proton Suprima X – mungkinkah akan jadi kenyataan?

    “Apa yang saya lakukan dengan rekaan digital ini adalah untuk memperhalusi lagi kemungkinan-kemungkinan yang ada pada model berkenaan bagi tujuan mempelbagaikan lagi pilihan atau varian yang sepatutnya boleh dihasilkan dari Suprima S, sekurang-kurangnya dari aspek rekaan,” jelas beliau.

    Rekaan Suprima X ini pula bukanlah sesuatu yang terlalu baru bagi Saharudin. Asas rekaan bagi model konsep berkenaan sudah dimulakannya sejak 2015, dan kini berada dalam penampilan yang dirasakan lebih kemas. Ia tercetus daripada pemerhatiannya terhadap penawaran daripada jenama-jenama lain yang kebelakangan ini kerap hadir dengan rekaan inovatif dalam bentuk sebuah SUV kompak dan crossover.

    “Sebagai contoh, seperti model Honda HR-V dan yang seangkatan dengannya, yang begitu berjaya dan menerima sambutan hangat termasuk di Malaysia. Saya membayangkan, sekiranya perlu membangunkan sebuah model baru, ia pasti menelan kos yang tinggi. Jadi, dari aspek reka bentuk, saya rasa Suprima S mempunyai kekuatan sendiri untuk dikembangkan dan ditawarkan sebuah SUV atau crossover,” tambah beliau.

    Proton Suprima X – mungkinkah akan jadi kenyataan?

    Hasilnya ialah seperti apa yang dapat anda lihat dari gambar-gambar teaser yang disertakan di sini. Masih mengekalkan asas rekaan Suprima S, tetapi dengan bahagian bumbung yang ditinggikan, begitu juga dengan kedudukan bahagian badannya dari tanah.

    Turut dapat dilihat ialah sebahagian rekaan lampu depan dan belakang. Begitu juga dengan rekaan bamparnya, yang tampil lebih agresif dengan visual yang lebih menonjol, serta lebih banyak perincian penggayaannya.

    Sebagai contoh, selain bampar yang tebal di belakang, ia turut menempatkan bahagian dengan tekstur permukaan yang berbeza dari sekadar permukaan licin. Begitu juga dengan kemasan warna perak atau krom digunakan, seperti pada hujung ekzos.

    Proton Suprima X – mungkinkah akan jadi kenyataan?

    Sebetulnya, ini bukanlah kali pertama MIMOS terlibat di dalam melahirkan rekaan sebuah kenderaan. Sebelum ini, dengan kerjasama beberapa universiti tempatan serta sebuah universiti dari Thailand, mereka pernah menghasilkan rekaan yang dikenali sebagai C-Concept. Model berkenaan kini disimpan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

    Jadi, apa pandangan anda? Adakah Suprima X ini wajar dizahirkan dan menjadi kenyataan kelak untuk ditawarkan kepada pengguna? Sepanjang pertemuan kami awal minggu ini, banyak lagi rekaan-rekaan menarik – termasuk versi rekaan penuh Suprima X ini – yang dihasilkan oleh beliau yang sempat ditunjukkan. Kami akan bawakan untuk tatapan anda nanti dari semasa ke semasa.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.72 (0.00)
RON 97 RM4.35 (0.00)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.37 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.57 (-0.30)
Last Updated Jun 17, 2026