Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Azlan Shah juara perlumbaan ARRC kategori SS 600 pusingan kedua di Thailand, Zaqhwan Zaidi ketiga

    Azlan Shah juara perlumbaan ARRC kategori SS 600 pusingan kedua di Thailand, Zaqhwan Zaidi ketiga

    Hujung minggu lalu telah berlangsung perlumbaan pusingan kedua dalam siri Asia Road Racing Championship (ARRC) di litar Antarabangsa Chang, Thailand. Dalam kategori SS 600, pelumba dari Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman menunjukkan prestasi cemerlang apabila merangkul tempat pertama dalam dua perlumbaan untuk pusingan kedua ini.

    Dalam perlumbaan pertama yang berlangsung pada hari Sabtu, Azlan Shah yang menunggang jentera Kawasaki ZX-6R dicabar sengit oleh pelumba pasukan Yamaha Thailand, Chalermpol Polamai namun berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam perlumbaan 16 pusingan itu (dipendekkan atas pelbagai insiden lain).

    Azlan Shah juara perlumbaan ARRC kategori SS 600 pusingan kedua di Thailand, Zaqhwan Zaidi ketiga

    Masuk pada hari berikutnya, dalam perlumbaan kedua, Azlan Shah terus fokus dan berada di kelompok pertama dari awal perlumbaan dan bersaing rapat dengan Anthony West dari Australia dan Decha Kraisart dari Thailand. Saingan di antara tiga pelumba ini cukup menarik sehingga beberapa kali mereka bertukar tempat dengan pintasan yang mendebarkan.

    Pada pusingan terakhir, Azlan Shah berjaya memotong Decha untuk mendapatkan tempat kedua, dan apabila tiba waktu membrek, Decha terlajak, seterusnya membuatkan West dan Azlan Shah masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua. Walaubagaimanapun, pihak penganjur telah membatalkan kemenangan West kerana beliau telah melanggar prosedur teknikal tertentu. Secara automatik, Azlan Shah diangkat sebagai juara, dan rakan senegara, Zaqhwan Zaidi yang menunggang untuk pasukan Musashi Boon Siew Honda merangkul tempat ketiga.

    Azlan Shah kini berada paling atas di dalam senarai pelumba kategori SS 600 dengan kutipan 83 mata, diikuti oleh Taiga Hada dengan 55 mata dan Zaqhwan dengan 54 mata. Pusingan seterusnya ARRC akan berlangsung di Litar Suzuka Jepun pada 3 dan 4 Jun, dan diharapkan pelumba Malaysia akan terus menunjukkan prestasi cemerlang.

     
     
  • Vespa Malaysia tandatangani perjanjian dengan Metro Driving Academy – beli Vespa, dapat kelas B2 percuma

    Vespa Malaysia tandatangani perjanjian dengan Metro Driving Academy – beli Vespa, dapat kelas B2 percuma

    Masih ramai warga di negara kita yang masih belum mempunyai lesen motosikal, tetapi mempunyai rasa dan kemahuan untuk menunggangnya. Bagi menyokong langkah memastikan jalan raya lebih selamat, Naza Premira Sdn Bhd, iaitu pengimport dan pengedar rasmi motosikal Vespa di Malaysia menjalin persefahaman dengan Metro Driving Academy.

    Sesiapa yang membeli motosikal Vespa model tertentu akan diberi kelas pengajaran lesen menunggang B2 secara percuma, dan bagi yang sudah ada lesen menunggang, mereka boleh memilih untuk menerima petrol percuma selama enam bulan di bawah kempen “Vespa, why drive? Let’s ride” yang diadakan oleh syarikat itu.

    Perjanjian persefahaman di antara Naza Premira dan metro Driving Academy telah diadakan di Puchong, Selangor dan ia turut disaksikan oleh wakil daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antara model Vespa yang ditawarkan oleh Naza Premira adalah Primavera ABS 150 dan Sprint 150, yang kedua-duanya dilengkapi dengan enjin I-Get 150 cc dan sistem brek ABS.

     
     
  • Lesen motosikal untuk golongan B40 lebih murah

    Lesen motosikal untuk golongan B40 lebih murah

    Kementerian Kewangan mengesahkan golongan Kelompok B40 (golongan isi rumah berpendapatan 40% terendah) kini boleh memiliki Lesen Memandu B2 dengan bayaran serendah RM100, berbanding kadar biasa RM360.

    Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, langkah itu bertujuan membantu mereka meningkatkan pendapatan termasuk sebagai penghantar makanan dan penghantar surat, laporan Berita Harian.

    “Saya mendapati ramai dalam kalangan mereka ini (B40) tidak mempunyai lesen sedangkan permintaan untuk menghantar makanan di ibu kota sangat tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penutup MyPrihatin Parlimen Titiwangsa dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    MyPrihatin yang dilancarkan semalam mensasarkan individu berusia 16 tahun ke atas memiliki lesen memandu motosikal. Sebelum ini, JPJ melaporkan kira-kira 3.5 juta penunggang motosikal berumur 16 tahun ke atas di negara ini tidak memiliki lesen.

     
     
  • Semak laman web JPJ untuk mengetahui mata demerit

    Semak laman web JPJ untuk mengetahui mata demerit

    Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihati pengguna jalan raya untuk menyemak laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui sama ada lesen mereka telah dikenakan mata demerit atau tidak, lapor Bernama.

    “Kami tak ingin mengenakan denda terhadap mereka yang tidak sepatutnya, tetapi dalam masa sama kami perlu untuk melaksanakannya dengan ketat agar ia nanti menjadi satu budaya sekaligus memperbaiki tahap keselamatan jalanraya dalam kalangan masyarakat,” ujar beliau.

    Mulai 1 April lalu, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) telah pun mula dilaksanakan diseluruh negara. Daripada 21 kesalahan sedia ada yang tersenarai, hanya dua kesalahan yang akan dikesan dan dikenakan tindakan oleh sistem berkenaan.

    Menjelang akhir tahun ini pula, JPJ mensasarkan sistem berkenaan akan melaksanakan dan membuat penilaian terhadap 23 kesalahan trafik utama oleh pengguna. “Ia bermula dengan kesalahan memandu melebihi had laju dan langgaran lampu merah, yang akan dikuatkuasa pada 15 April,” jelas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron sebelum ini.

     
     
  • Aplikasi jadual bas pengantara bakal diperkenal – Liow

    Aplikasi jadual bas pengantara bakal diperkenal – Liow

    Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan aplikasi jadual bas pengantara bagi membolehlah pengguna pengangkutan awam mendapatkan maklumat mengenainya.

    Menurut Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lain, aplikasi yang sedang dibangunkan itu akan dapat diakses secara dalam talian menggunakan telefon pintar dan dijangka akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini, laporan Bernama.

    “Apabila dilancarkan, aplikasi ini akan memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas perantara seperti yang telah dilaksanakan sekarang untuk kemudahan GrabCar dan Uber. Pengguna hanya perlu memasukkan data, contohnya dari Kuala Lumpur ke Lembah Klang, dan mereka boleh tahu di mana bas berada, bas perantara apa yang melalui laluan itu kerana semua perkhidmatan bas awam berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya.

    Liow juga berkata, projek Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang dijangka akan dimulakan tahun ini dan siap pada 2020.

    “Kami jangkakan pembinaan BRT KL-Klang dengan 26 stesen melalui jalan persekutuan ini akan memakan masa dua hingga tiga tahun,” katanya.

     
     
  • Harga bahan api mingguan adalah tepat – Johari

    Harga bahan api mingguan adalah tepat – Johari

    Mulai 1 April lalu, kaedah penetapan harga siling bahan api secara mingguan telah dilaksanakan. Minggu pertama menyaksikan penurunan bagi harga ketiga-tiga jenis bahan api utama iaitu 17 sen bagi RON 95, 19 sen untuk RON 97 dan diesel pula sebanyak 9 sen.

    Namun pada minggu kedua, harga bagi RON 95 (+ 3 sen) dan Ron 97 (+2 sen) meningkat serta diesel pula terus turun (-2 sen). Manakala harga bagi minggu ketiga menyaksikan kenaikan bagi ketiga-tiganya iaitu RON 95 dan diesel, masing-masing naik 8 sen dan RON 97 pula naik 9 sen.

    Perkara ini masih mengundang ‘cakap-cakap’ di kalangan masyarakat marhaen, ada yang masih tidak terbiasa dengan keadaan ini dan ada juga yang sudah malas mahu ambil kisah.

    Walau bagaimana pun, Bernama melaporkan kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga minyak adalah bertepatan buat masa ini menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

    Katanya, penentuan harga minyak di Malaysia dipengaruhi pasaran harga bahan api dunia yang tidak tetap.

    “Jika dilihat pada permulaan kaedah pengapungan secara mingguan ini dilaksanakan, sebanyak 17 sen telah diturunkan bagi RON95 dan 19 sen untuk RON97 serta sembilan sen bagi diesel. Masyarakat masih lagi mendapat manfaat kerana harganya masih munasabah dan terkawal.

    “Bagaimanapun, kerajaan sentiasa bersiap sedia untuk mengambil langkah lebih proaktif sekiranya harga minyak dunia naik secara mendadak,” katanya kepada pemberita hujung minggu lalu.

    Beliau mengulas masalah kenaikan harga minyak sebanyak dua kali sepanjang bulan ini yang dilihat membebankan rakyat.

    Johari juga tidak menolak kemungkinan peperangan di Syria ketika ini memberi impak kepada kenaikan harga minyak dunia.

    “Apabila ada serangan dari Amerika Syarikat terhadap negara itu (Syria) yang merupakan pengeluar minyak di rantau Asia Barat, maka pelbagai pihak berpendapat bekalan minyak dunia akan terganggu. Ini antara berlaku peningkatan harga minyak secara mendadak,” katanya.

     
     
  • Perodua Bezza 2017 terima suntikan minor – bampar belakang lebih kemas, kabin dipertingkat, harga kekal

    Perodua Bezza 2017 terima suntikan minor – bampar belakang lebih kemas, kabin dipertingkat, harga kekal

    Perodua Bezza yang baru sahaja dinobatkan sebagai Kereta Tahunan Malaysia 2017 oleh Frost & Sullivan, kini telah ditampilkan dengan sedikit suntikan yang lebih segar untuk bahagian luaran dan dalamannya.

    Seperti mana yang kami nyatakan dalam artikel spyshot Bezza beberapa hari lalu, ternyata Perodua telah membuat sedikit perubahan di bahagian belakangnya Di mana bamparnya telah diperkemaskinikan, dengan bahagian tersebut dilabuhkan sedikit serta dicat dengan warna yang sama dengan badan, sekaligus menyingkirkan imej ‘tonggek’ pada model sebelum ini.

    Tidak seperti sebelum ini, bahagian tersebut lebih tirus yang boleh menampakkan bahagian bawah kenderaan tersebut, termasuk sistem gantungan serta besi torsion beam.

    Manakala bahagian luarannya yang lain tidak menampakkan sebarang perubahan, masih dikekalkan seperti mana model Bezza asal yang dilancarkan pada Julai tahun lalu.

    Perodua Bezza 2017 terima suntikan minor – bampar belakang lebih kemas, kabin dipertingkat, harga kekal

    Perodua turut mengesahkan penggayaan bahagian kabinnya juga menerima sedikit sentuhan berbeza bagi varian Premium X dan Advance di mana ia telah ditampilkan dengan kekemasan platinum krom baharu (sebelum ini dengan kekemasan perak) terutamanya pada butang kawalan pendingin hawa.

    Bagi varian tertinggi, Advance, satu lagi elemen yang telah dipertingkatkan iaitu rekaan tempat duduk kulit baharu yang tampil lebih elegan.

    Bagi varian Advance ini, elemen lain masih sama termasuk rim aloi 14-inci, sistem kemasukan tanpa kunci, butang pemula, ciri start/stop, tempat duduk kulit, pengelap cermin sensitif kepada kelajuan, pengesan jarak depan dan belakang, skrin sesentuh dengan sambungan Bluetooth, Smart Link dan screen mirroring (Android sahaja), dan kamera undur.

    Untuk aspek keselamatan, semua varian Bezza masih dikekalkan dengan beg udara berkembar, ABS, EBD, cagak ISOFIX, dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) untuk model Advance. Begitu juga dengan enjin, iaitu pilihan unit 1.0 liter 1KR-VE tiga-silinder (67 hp/91 Nm), dan 1.3 liter 1NR-VE empat-silinder (94 hp/121 Nm) serta padanan sama kotak gear manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan.

    “Walau pun terdapat sedikit peningkatan dilakukan, namun kami memutuskan tiada sebarang perubahan harga bagi varian Bezza ini dan kini ia sudah pun berada di semua bilik pameran Perodua,” ujar Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr. Zahari Husin.

    Harga atas jalan yang ditawarkan (tidak termasuk insurans) ialah RM49,176.89 bagi 1.3L Advance, manakala 1.3L Premium X pula RM43,342.25 (A/T) dan RM41,397.37 (M/T). Bagi varian enjin 1.0L pula, RM37,980.05 untuk A/T dan RM36,035.17 bagi M/T.

    Setakat ini, Bezza masih mengungguli jualan bagi kenderaan sedan dengan sejumlah 15,900 unit (setakat suku pertama 2017) telah pun dijual. Secara keseluruhannya, Bezza telah mencatatkan jualan sebanyak 50,900 unit sejak ia dilancarkan.

    GALERI: Perodua Bezza Advance 2016

     
     
  • KTM Malaysia lancarkan Super Adventure S 1290 dan Super Duke R 1290 2017 – penuh alat elektronik

    KTM Malaysia lancarkan Super Adventure S 1290 dan Super Duke R 1290 2017 – penuh alat elektronik

    KTM Malaysia hari ini melancarkan dua model baru yang akan berada paling atas dalam barisan produk mereka iaitu Super Adventure S 1290 dan Super Duke GT 1290. Kedua-dua model ini dinamakan sebagai model tahun 2017 dan ia adalah model terawal yang sampai di Malaysia dengan menggunakan lampu rekaan baru jenis LED yang ditunggu-tunggu ramai.

    Enjin kedua-dua model ini adalah sama, iaitu unit dua silinder V 75 darjah berkapasiti 1,301 cc, dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan. Enjin ini juga adalah sama dengan unit yang dipakai pada model Super Duke GT yang diperkenalkan di Malaysia pada bulan Julai tahun lalu.

    Bezanya, masing-masing ditala supaya bersesuaian dengan karekternya, di mana Super Adventure S mampu menghasilkan 160 hp pada 8,750 rpm dan 140 Nm pada 6,750 rpm, manakala Super Duke R berkemampuan 177 hp pada 9,750 rpm dan 141 Nm pada 7,000 rpm.

    Melihat kepada model Super Adventure S, motosikal ini didatangkan secara standard dengan suspensi WP Suspension – USD 48 mm semi aktif di hadapan dan penyerap tunggal semi aktif di belakang. Untuk kuasa berhenti, bahagian depan dilengkapkan dengan set berkembar cakera 320 mm dan angkup Brembo empat piston, manakala di belakang terdapat brek cakera 267 mm dan angkup Brembo dua piston. Rim pula bersaiz 19 inci di hadapan, dan 17 inci di belakang, dengan tayar Pirelli Scorpion Trail II.

    Untuk ciri elektronik, Super Adventure S dilengkapkan secara standard dengan empat mod tunggangan (Sport, Street, Rain dan Offroad), MTC (motorcycle traction control), ABS dan tentunya yang menarik perhatian adalah skrin paparan informasi berwarna TFT berukuran 6.5 inci. Keterangan skrin ini boleh dilaras secara automatik bergantung kepada keterangan keadaan semasa.

    Jika pemilik bercadang untuk mendapatkan lebih lagi daripada motosikal ini, mereka boleh memilih tambahan Travel Pack, berharga RM4,800, yang memberikan Quickshifter + (boleh digunakan untuk naik dan turunkan gear), KTM My Ride (sambungan dengan telefon sendiri dan data perjalanan), MSR (motor slip regulation) dan HHC (hill-hold control). Secara keseluruhannya, Super Adventure S mempunyai berat kering sekitar 215 kg, kapasiti tangki minyak 23 liter, jarak kelegaan dari tanah 220 mm dan tinggi tempat duduk 875 mm.

    KTM Malaysia lancarkan Super Adventure S 1290 dan Super Duke R 1290 2017 – penuh alat elektronik

    Pergi kepada Super Duke R, ia adalah sebuah model naked prestasi yang dilengkapkan secara standard dengan suspensi WP 48 mm pelarasan penuh di hadapan, dan penyerap tunggal Wp di belakang. Jarak pergerakan suspensi motosikal ini adalah lebih sedikit berbanding Super Adventure, iaitu 125 mm di hadapan, dan 156 mm di belakang (Super Adventure S 200 mm).

    Pada bahagian brek Super Duke R, terdapat set berkembar cakera 320 mm dan brek Brembo Monobloc empat piston di hadapan, dan cakera 240 mm serta angkup Brembo dua piston di belakang. Secara standard, motosikal ini didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Street dan Rain, dan turut diberi adalah sistem kawalan cengkaman MTC dan ABS.

    Bagi Super Duke R, pembeli ditawarkan dua pakej tambahan iaitu Performance Pack yang akan memberi sistem MSR, quickshifter + dan KTM My Ride, manakala satu lagi pakej iaitu Track Pack memberikan mod tunggangan tambahan Track (pelarasan pemetaan enjin bebas), anti-wheelie off, pelarasan MTC Slip dan launch control. Harga untuk pakej ini masih lagi belum disiarkan.

    KTM Super Adventure S dijual dalam pilihan dua warna iaitu putih, dan hitam, pada harga RM115,000 manakala Super Duke R pula adalah RM118,000. Harga ini adalah termasuk GST, bagi model asas, tetapi tidak termasuk kos lain seperti insurans, pendaftaran dan cukai jalan. Sementara itu, bagi model Super Adventure R, iaitu model yang mempunyai kelebihan atas jalan offroad akan tiba di Malaysia dalam bulan Mei nanti.

    GALERI: KTM Super Duke R 2017

    GALERI: KTM Super Adventure S 2017

     
     
  • Honda Clarity Plug-In Hybrid dan elektrik didedahkan

    Honda Clarity Plug-In Hybrid dan elektrik didedahkan

    Honda Clarity seperti yang dikenali sebelum ini hadir dengan teknologi fuel-cell. Namun, nama itu kini menjangkau lebih jauh lagi sebagai sebuah kereta berteknologi hijau – baru didedahkan ialah versi plug-in hybrid dan elektrik model berkenaan.

    Dengan pertambahan dua versi baru Honda Clarity ini – model fuel cell dilancarkan hujung tahun lalu – ia dijangka akan melonjakkan lagi jualan Honda di Amerika Syarikat sebanyak lima kali ganda bagi kenderaan elektrik dalam tempoh empat tahun akan datang. Sasarannya ialah 75,000 unit.

    “Honda Clarity disasarkan untuk mempercepat penggunaan sistem janaan kenderaan dengan teknologi elektrik serta mengunjurkan jenis kenderaan ini ke arus perdana. Siri Clarity turut mencerminkan kemajuan Honda Electrification Initiative, mewakili pelaburan kami dalam spektrum yang lebih luas terhadap teknologi kenderaan elektrik,” jelas Timbalan Presiden Kanan, American Honda Motor Co., Jeff Conrad.

    Honda Clarity Plug-In Hybrid dan elektrik didedahkan

    Setiap varian Honda Clarity memiliki unsur rekaan tersendiri, termasuk warna utama masing-masing, serta kelainan dari penggayaan, lampu utama, lampu belakang dan rim 18 inci yang digunakan. Honda menjanjikan kedudukan yang selesa bagi semua lima penumpang dewasa.

    Ia hadir dalam sentuhan yang rata-ratanya premium; dengan pengalaman pemanduan yang senyap, lancar dan penuh ketelitian. Kelengkapan seperti Android Auto, Apple CarPlay dan teknologi keselamatan Honda Sensing ditawarkan sebagai ciri standard.

    Honda Clarity Electric 2017 dijana oleh elektrik motor 161 hp/300 Nm yang mendapatkan kuasanya daripada bateri pek 25.5 kWh. Ia boleh dicas sepenuhnya dalam masa tiga jam menggunakan outlet 240 volt, dan sekiranya menggunakan kit pengecas segera dengan SAE Combined Charging System, ia boleh mencapai kadar cas 80% dalam hanya 30 minit. Tiga mod pemanduan disediakan – Normal, Econ dan Sport.

    Bagi Honda Clarity Plug-In Hybrid 2018, yang turut akan mula tiba ke pengedar di Amerika Syarikat dalam tahun ini, dijangkakan mampu memberi jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sejauh 68 km; menurut Honda, ini yang terbaik pernah dicapai bagi kelas kenderaan PHEV saiz sederhana.

    Ia menggunakan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson untuk menjana kuasa elektriknya, dan mampu memberikan jarak keseluruhan sejauh 531 km. Kuasa keseluruhan yang ada ialah 181 hp/315 Nm tork, datang dari kombinasi enjin dan pek bateri 17 kWh dengan tempoh cas semula 2.5 jam menggunakan outlet 240 volts. Selain tiga mod pemanduan yang sama di atas, versi ini turut dilengkapi mod HV untuk mengekalkan bateri agar sentiasa dicas dan boleh dipilih bersekali dalam tiga mod yang lain itu.

    Honda Clarity Fuel Cell adalah kenderaan sifar pencemaran dan menerima pengiktirafan Environmental Protection Agency (EPA) yang mampu mencapai jarak perjalanan 589 km – pencapaian terbaik bagi kenderaan yang tidak menggunakan enjin pembakaran dalaman di US.

    Honda Clarity Electric 2017

    Honda Clarity Plug-In Hybrid 2018

    Honda Clarity Fuel Cell

     
     
  • Ulangtahun ke-90 kereta pertama Volvo – ÖV4, dirai dengan permulaan produksi SUV XC60 generasi kedua

    Ulangtahun ke-90 kereta pertama Volvo – ÖV4, dirai dengan permulaan produksi SUV XC60 generasi kedua

    Hari ini, 14 April, genap 90 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1927, kereta pertama keluaran Volvo – ÖV4 – mula diperkenalkan pada dunia. Pada bulan ini juga Volvo bakal memulakan salah satu produk paling pentingnya iaitu SUV Volvo XC60 generasi kedua yang telah diperkenalkan bulan lalu pada Geneva Motor Show.

    Volvo melihat permulaan produksi XC60 ini sebagai sesuatu untuk diraikan sebagai pencapaiannya, membawa maksud yang simbolik kepada legasi dan kejayaan mereka mengekalkan prestasi.

    “Volvo sangat berbangga dengan sejarahnya. 90 tahun yang berlalu merupakan tempoh yang mengujakan, tetapi 10 tahun sebelum sambutan ulangtahun ke-100 bakal memberikan lebih keterujaan seiring dengan fokus industri yang kini beralih kepada pemanduan automatik, teknologi elektrik dan perhubungan,” kata Håkan Samuelsson, ketua eksekutif Volvo Cars. “XC60 baharu ini dalam banyak perkara telah menjelmakan trend-trend berkenaan,” tambahnya lagi.

    Ulangtahun ke-90 kereta pertama Volvo – ÖV4, dirai dengan permulaan produksi SUV XC60 generasi kedua

    The new Volvo XC60

    ÖV4 merupakan sebuah model yang dibina menggunakan kerangka kayu pokok ash dan pokok bic, tanpa bumbung kekal. Ia dibina dengan rekaan diinsiprasikan kereta-kereta buatan Amerika pada era berkenaan, dan diberikan roda dengan jejari yang turut diperbuat dari kayu. ÖV pada nama kereta ini merujuk kepada perkataan Öppen Vagn dalam bahasa Sweden yang bermaksud open carriage dalam bahasa Inggeris.

    Manakala 4 pula merujuk kepada jumlah silinder enjin kereta ini – dijana enjin empat silinder injap sisi 1.9 liter. Enjin tersebut berupaya menghasilkan kuasa 28 hp, digandingkan bersama kotak gear tiga-kelajuan, membolehkan kereta ini mencapai kelajuan maksima 90 km/j. Hanya 275 buah ÖV4 dihasilkan sepanjang produksinya dari 1927 hingga 1929.

    Bagi XC60 pula, model generasi pertama SUV berkenaan merupakan antara penyumbang utama jualan keseluruhan Volvo dengan mewakili 30% dari jualan global jenama tersebut. Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, jumlah jualannya meningkat tahun demi tahun dan diiktiraf sebagai SUV premium saiz sederhana paling laris di Eropah. Sebelum produksi model generasi baharu ini bermula, model XC60 sebelum ini bakal mencapai angka jualan sebanyak 1 juta unit.

    XC60 generasi baharu dijana barisan enjin 2.0 liter Drive-E turbo petrol dan diesel Volvo. Bagi model diesel, pilihan enjin D4 berkuasa 190 hp dan D5 dengan teknologi PowerPulse berkuasa 245 hp ditawarkan. Untuk petrol pula, tiga varian enjin diberikan bermula dengan T5 berkuasa 254 hp, diikuti T6 yang disuap dengan turbo dan supercharge sekaligus menghasilkan 320 hp.

    Varian tertinggi XC60 diberikan unit janakuasa T8 Twin Engine Plug-In Hybrid yang menggabungkan enjin petrol T6 dan juga motor elektrik berkuasa 87 hp/240 Nm bersama motor penghidup pengecas yang diletakkan pada aci engkol (CISG) berkuasa 34 kW. Keseluruhan gabungan unit janakuasa ini menghasilkan kuasa 407 hp/640 Nm dan membolehkan SUV ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.3 saat.

    SUV ini dilengkapi dengan sistem keselamatan termaju seperti juga model-model siri-90 termasuk Pengesan Haiwan Besar, Run-off Road Mitigation (untuk mengelakkan ia terbabas ke sisi jalan) dan juga sistem pemanduan separa automatik. XC60 juga menampilkan teknologi yang memberikan bantuan kepada stereng ketika pemandu cuba mengelakkan kemalangan – teknologi pertama seumpanya diperkenalkan oleh Volvo.

    GALERI:Volvo XC60 generasi baharu

     
     
  • Crossover konsep Volkswagen I.D bakal buat kemunculan sulung di Shanghai Auto Show 2017

    Crossover konsep Volkswagen I.D bakal buat kemunculan sulung di Shanghai Auto Show 2017

    Selepas pengenalan model konsep I.D di Paris tahun lalu dan I.D Buzz di Detroit awal tahun ini, Volkswagen bakal memperkenalkan pula siri ketiga dalam keluarga kenderaan elektrik generasi seterusnya di Shanghai Auto Show minggu hadapan.

    Volkswagen masih lagi belum mengumumkan nama rasmi kenderaan konsep baharu ini, tetapi ia sah sebuah kenderaan utiliti crossover (CUV) elektrik sepenuhnya pertama dari Volkswagen. Maklumat awal yang diberikan sebelum kenderaan ini didedahkan, VW mendakwa ianya dibina seperti dua I.D sebelum ini – mampu beroperasi secara pemanduan automatik sepenuhnya.

    Sistem berkenaan dapat diaktifkan dengan menekan dengan logo VW pada roda stereng, yang kemudiannya roda stereng berkenaan akan termasuk ke dalam kokpit dan akan membentuk unit tunggal paparan dan kawalan digital sepenuhnya. Kombinasi pengimbas laser, penderia ultrasonic/radar dan kamera memberikan fungsi pemanduan sendiri kepada crossover ini.

    Kenderaan konsep ini turut menerima sistem pacuan semua-roda, yang dijangka sama seperti yang terdapat pada I.D Buzz. Pada I.D Buzz, sepasang motor elektrik berkuasa 201 hp diberikan pada tiap-tiap gandar, memberikan kuasa keseluruhan 369 hp. Bateri 111 kWh yang dibekalkan pula mampu membawanya sehingga jarak 600 km pada kitaran NEDC. Info penuh berkenaan crossover konsep ini akan didedahkan minggu hadapan.

     
     
  • Standard penghasilan tayar celup kenderaan berat akan dikaji semula demi keselamatan – KPDNKK

    Standard penghasilan tayar celup kenderaan berat akan dikaji semula demi keselamatan – KPDNKK

    Memandangkan lambakan tayar celup terutamanya untuk kenderaan berat mudah didapati di pasaran, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan akan mengkaji semula standard penghasilan tayar berkenaan. Ia adalah sebagai salah satu cara bagi meningkatkan tahap keselamatan sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

    Menurut Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kajian semula itu juga mengambil kira perubahan cuaca semasa, yang mana standard lama yang dipatuhi ketika ini, tidak lagi bersesuaian, laporan Bernama.

    “Di negara Eropah mereka telah tingkatkan satu standard baharu bagi tayar celup yang dihasilkan meskipun negara mereka beriklim sejuk, apatah lagi kita dengan keadaan cuaca yang panas. Jadi kita juga mahu kualiti tayar celup yang dihasilkan harus mengikut kesesuaian cuaca negara kita,” katanya kepada pihak pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke sebuah syarikat pengeluar tayar celup di Senawang semalam.

    Beliau berkata setakat ini, jawatankuasa petugas terdiri daripada KPDNKK, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Sirim Berhad bersetuju agar tayar celup yang dikeluarkan perlu meletakkan label tarikh pengeluaran, memastikan tayar terpakai digunakan tidak melebihi tiga kali dan melihat gam getah yang digunakan dalam pembuatannya.

    Tambahnya lagi, “Kita mahu keseluruhan industri yang menghasilkan tayar celup ini menggunakan standard yang baharu ini.”

     
     
  • Pengeluar automotif Jerman sedang bincang untuk siar angka penggunaan bahan api dunia-nyata

    Pengeluar automotif Jerman sedang bincang untuk siar angka penggunaan bahan api dunia-nyata

    Syarikat-syarikat pengeluar automotif dari Jerman dikatakan kini sedang dalam perbincangan untuk mengikut langkah yang dipelopori oleh PSA Group dengan memberikan angka penggunaan bahan api yang lebih realistik dan lebih menggambarkan serta lebih hampir dengan kadar penggunaan bahan api dalam dunia sebenar, lapor Automotive News.

    Bulan lalu, PSA telah menyiarkan apa yang disifatkan sebagai “penggunaan bahan api dunia-nyata” untuk lebih daripada 1,000 varian Peugeot, Citroen dan DS. Angka berkenaan diperolehi berdasarkan protokol ujian yang buat bersama kumpulan advokasi Transport & Environment (T&E) serta France Nature Environment.

    Terkini, jenama-jenama automotif Jerman dilaporkan sedang berbincang untuk mengambil langkah serupa, dengan perbincangan kini sedang berlangsung bersama VDA, sebuah persatuan industri domestik. Mac lalu, CEO Volkswagen Matthias Mueller mendedahkan mereka sedang berbincang dengan pesaing-pesaing senegaranya dalam VDA berkenaan untuk menjalankan usaha yang sama seperti PSA.

    Ketika ditanya berkenaan perkara ini, VDA tidak memberikan sebarang petunjuk tentang protokol-protokol yang mungkin akan digunakan atau adakah mana-mana kumpulan advokasi pengguna dan alam sekitar akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Presiden VDA Matthias Wissman menjelaskan bahawa persatuan itu “dalam perbincangan konstruktif bersama Kementerian Pengangkutan Persekutuan tentang bagaimana kita boleh meningkatkan ketelusan, tetapi kami masih lagi belum mendapatkan kata putus dalam perbincangan tersebut.”

    Bulan lalu, T&E berkata protokol ujian PSA yang baharu menunjukkan bahawa dalam banyak kes keputusan penggunaan bahan api dunia sebenar adalah 40% lebih tinggi daripada angka rasmi yang disiarkan di bawah sistem Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC). Protokol baharu berkenaan dikatakan membantu untuk menunjukkan bahawa kiraan penggunaan bahan api tersebut adalah boleh diharap, dapat mewakili serta boleh diterbitkan semula.

     
     
  • Perodua Bezza menerima anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 daripada Frost & Sullivan

    Perodua Bezza menerima anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 daripada Frost & Sullivan

    Jika tahun lalu, Perodua Axia telah menerima anugerah “Kereta Tahunan Bagi Nilai Wang (1.3L dan ke bawah)” dan “Kereta Tahunan 2016” oleh Frost & Sullivan, malam tadi giliran Bezza pula diiktiraf sebagai “Kereta Tahunan Malaysia 2017” yang diumumkan dalam majlis penyampaian Anugerah Pencapaian Tahunan Frost & Sullivan Malaysia.

    Bukan itu sahaja, Frost & Sullivan juga menganugerahkan Bezza sebagai “Kereta Penampilan Pertama Malaysia Frost & Sullivan 2017” dan Axia pula turut menerima anugerah “Kereta Tahunan Nilai Terbaik Bagi Wang Frost & SUllivan 2017” bagi kategori 1.3L dan ke bawah, pada majlis yang sama.

    Penilaian bagi penerima Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 oleh syarikat peruncing ini dibuat berdasarkan jumlah jualan, dan perkongsian pasaran bagi segmennya dan impak secara keseluruhan di dalam jumlah keseluruhan industri (TIV).

    “Kami sangat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan kepada Peroda Bezza dan Axia. Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 untuk Bezza ini sekaligus memberikan sokongan padu buat kami dalam penghasilkan model rekaan pertama syarikat kami bagi bentuk kenderaan sebegini,” ujar Presiden dan CEO Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

    Perodua Bezza menerima anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 daripada Frost & Sullivan

    Bezza dilancarkan pada Julai tahun lalu dengan menawarkan dua pilihan enjin baharu; 1.0L VVT-i (dengan ciri VVT-i, dan tambahan 1 hp dan 1 Nm berbanding enjin Axia) dan 1.3L Dual VVT-i, yang lebih maju berbanding enjin 1.3L yang ada pada Myvi.

    Bagi model 1.0L, Perodua Bezza dikuasakan oleh enjin 1KR-VE. Ia pada asasnya sama dengan enjin 1KR-DE pada Axia 1.0L, tetapi menerima pelbagai teknologi dan ciri terbaharu serta dibuat di kilang Perodua sendiri di Rawang. Berbanding enjin lama, enjin baharu ini menerima teknologi pemasaan injap bervariasi-pintar VVT-i (sebelum ini Perodua menggelarnya sebagai DVVT), nisbah mampatan yang lebih tinggi serta daya geseran dikurangkan.

    Enjin 1.3L pula merupakan enjin baharu sepenuhnya, menggantikan enjin 1.3L K3-VE yang telah digunakan sejak keluaran pertama Myvi 11 tahun lalu. Enjin baharu yang diberi kod 1NR-VE ini merupakan enjin yang sama boleh digunakan pada Toyota Avanza facelift dan diasaskan pembinaannya berdasarkan enjin K3-VE.

    Baru-baru ini, kami dikhabarkan bahawa Perodua bakal memperkenalkan Bezza facelift berdasarkan foto spyshot yang diterima dari pembaca. Walau bagaimana pun, pihak Perodua masih belum memberikan perkembangan selanjutnya.

     
     
  • 86% rakyat Malaysia membuat kajian menerusi Internet sebelum membeli kenderaan baharu – Google

    86% rakyat Malaysia membuat kajian menerusi Internet sebelum membeli kenderaan baharu – Google

    Penggunaan Internet kian meluas, bukan setakat hendak mencari maklumat mengenai sesuatu, malah juga kini dijadikan platform untuk membeli-belah menerusi dalam talian. Data kaji selidik terbaharu dari Google dan TNS turut menunjukkan kini ramai rakyat Malaysia turut menggunakan Internet sebagai platform untuk mencari maklumat mengenai kenderaan pilihan. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Google semalam di taklimat ‘Google’s Auto Day’ di pejabatnya di Kuala Lumpur.

    Perbentangan semalam adalah spesifik bagi industri automotif bagi menunjukkan berkuasanya laman web kini dalam proses pembelian kenderaan, dan pelbagai data serta kajian berkaitan turut dibentangkan.

    Pada tahun 1980an, jualan kereta terhad dengan pencarian pengguna menerusi iklan di kaca TV atau majalah, atau menerusi ulasan apabila mereka berjumpa dengan pengedar tempatan. Namun kini, pengguna telah mempunyai lebih banyak pandangan yang meluas, salah satu yang paling utama adalah menerusi Internet.

    86% rakyat Malaysia membuat kajian menerusi Internet sebelum membeli kenderaan baharu – Google

    Menerusi Internet, pengguna bukan setakat boleh melihat perincian mengenai sesuatu produk, bahkan ada juga video yang dipaparkan, maklumbalas dari orang lain, laman web atau media sosial yang berkaitan dan sebagainya, sebelum memutuskan untuk mengunjungi bilik pameran berhampiran.

    Dianggarkan seramai 75% rakyat Malaysia (24 juta daripada 32 juta) memiliki 3.1 peranti setiap seorang (berbanding anggaran 2.8 peranti bagi setiap seorang di Asia Pasifik) dan menghabiskan masa selama 6.3 jam sehari untuk melayari Internet.

    Malah Google turut berkata, hasil penyelidikannya mendapati lebih kurang 86% pembeli kereta telah melakukan kajian menerusi Internet sebelum membuat keputusan untuk membelinya, dan 74% pula dipengaruhi oleh iklan yang mereka lihat. Bukan itu sahaja, tiga daripada lima rakyat Malaysia juga telah mempunyai piihan jenama sewaktu mereka melakukan kajian menerusi dalam talian.

    Salah satu rujukan kajian ialah laman web paultan.org sendiri (lihat salah satu slide di atas). Sumber no,bor satu untuk apa jua kereta dan permotoran di Malaysia dengan jumlah pengunjung yang melayarinya melebihi dua juta orang setiap bulan, dan juga laman web ‘adik-beradik’ kami CarBase.my yang turut menjadi platform pencarian informasi bagi model kereta baharu di negara ini, dengan lebih 300,000 pelayar setiap bulan.

    Berdasarkan maklumat dalam talian tersebut, dianggarkan, pengguna mengunjungi 2.5 pengedar kenderaan sebelum membuat keputusan. Angka ini menyusut berbanding pada tahun 2013 dengan anggaran pengguna mengunjungi 3.5 pengedar kenderaan sebelum membuat pembelian. Malah, kajian turut menunjukkan tiga daripada empat pembeli sebenarnya sudah pun membuat keputusan apabila mereka mengunjungi bilik pameran.

    Data tersebut turut menunjukkan pengedar kenderaan telah meningkat sebanyak 25% sejak 2015, dan pencarian mengenai ‘pengedar kereta terhampir’ telah meningkat sebanyak tiga kali ganda pada tahun 2016, berbanding 2015, menerusi telefon bimbit.

    Ia juga turut mendedahkan pencarian dalam talian mengenai pinjaman kenderaan, meningkat sebanayk 21% berbanding tahun sebelumnya. Secara statistiknya, akhir suku pertama (Q1) (Mac ke April), dan bermula Suku Ketiga (Q3 – Julai) dan akhir suku keempat (Q4-Disember), pencarian mengenai kedua-duanya, termasuk pinjaman bank, adalah tertinggi.

    Kajian turut menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar membeli berdasarkan tawaran yang menarik, dengan harga yang paling diutamakan. Walau bagaimana pun, faktor fungsi menjadi tarikan utama berbanding emosi di dalam membuat pilihan, dan kini pengguna dilihat lebih berbeza berbanding dahulu dengan membuat pertimbangan, berdasarkan segmentasi.

    Pengguna yang menggemari jenama mewah lebih melihat pada prestasi, teknologi dan rekaan. Semetara pengguna biasa pula memfokuskan pada perkhidmatan selepas jualan, penjimatan bahan api dan nilai jual-semula. Menariknya, kajian turut mendedahkan penjimatan bahan api menjadi senarai terakhir bagi pengguna segmen kenderana mewah, manakala pengguna biasa pula melihat rekaan sebagai elemen terakhir dalam membuat pilihan.

     
     
  • Audi akan bawa kereta konsep baharu ke Shanghai

    Selepas New York International Auto Show, Audi kini mensasarkan pula Shanghai Auto Show, di mana apabila pameran itu dibuka, mereka akan menunjukkan sebuah kenderaan konsep baru yang masih belum dinamakan. Setakat ini, dua video telah dikeluarkan tentang kereta tersebut dan ia dilihat mempunyai lampu LED depan dan belakang, lampu utama berbentuk trapezoid dan gril singleframe.

    Lampu LED pada bahagian depan dan belakang kenderaan ini, selain mempunyai nyalaan unik, juga boleh bergerak, dengan di belakang, terdapat garisan LED yang menyambungkan lampu kiri dan kanan. Selain itu, logo Audi pada kenderaan ini juga boleh menyala – putih di hadapan dan merah di belakang.

    Selain daripada itu, tidak banyak yang diketahui, tetapi ia mempunyai lencana e-tron, yang sekaligus memberi bayangan bahawa ia akan dikuasakan oleh elektrik. Baru-baru ini, pengerusi Audi, Rupert Stadler ada memberitahu Car bahawa syarikatnya akan mengeluarkan tidak kurang daripada tiga kenderaan elektrik menjelang tahun 2020, dan satu daripadanya adalah sebuah SUV yang akan mula dijual pada tahun 2018.

    Sebuah lagi model fastback juga akan diperkenalkan, di mana menurut Stadler, “bukan sebuah SUV, tetapi lebih tinggi daripada saloon biasa.” Model ini berkemungkinan menjadi pesaing kepada model kenderaan Gran Turismo oleh BMW. Melihat kepada kecondongan cermin dan bahagian belakang yang tegap pada kenderaan dalam video ini, mungkin ini adalah modelnya. Akhir sekali, sebuah kenderaan bandar premium elektrik akan diperkenalkan pada tahun 2020.

     
     
  • Hyundai Elantra baharu bakal tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi – 1.6 Turbo T-GDi Sport dan 2.0 NA

    Hyundai Elantra baharu bakal tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi – 1.6 Turbo T-GDi Sport dan 2.0 NA

    Sebelum ini, Hyundai Elantra baharu dikesan sedang dinilai oleh JPJ untuk masuk ke pasaran Malaysia, dan terbaharu kami mendapati model berkenaan telah pun diprebiu kepada pengedar-pengedar Hyundai tempatan, menandakan Elantra AD versi CKD ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Gambar-gambar yang kami terima ini dikongsikan kepada kami oleh Dato Billy Goh, CEO One Auto Group, memaparkan dua contoh model berbeza untuk spesifikasi tempatan. Satu lagi gambar model berwarna kuning yang ditemui sedang dipandu diatas jalan raya di bawah pula diambil sendiri oleh editor web kami, Izwaashura Sadali.

    Unit yang berwarna merah dalam gambar ini merupakan model Elantra Sport, yang boleh dikenalpasti dari pada gril unik (kemasan krom tidak diberikan secara keseluruhan bersama emblem ‘Sport’ pada bahagian sisi), liang kemasukan udara sisi lebih besar dengan elemen krom berbentuk-C bersama lampu nyalaan siang LED serta rekaan lampu hadapan yang lebih terperinci.

    Pada bahagian belakang, ia diberikan tip ekzos berkembar ditempatkan pada diffuser serta lencana ‘Sport’ bagi menandakan ia model yang lebih berkuasa. Lampu belakang dengan tiga jalur lampu brek berbentuk-C diberikan kepada kedua-dua varian. Rim juga dibezakan antara kedua-dua model ini di mana Sport menerima rim lima jejari berkembar, manakala varian lebih rendah menerima rim dengan rekaan seperti bilah.

    Hanya satu gambar yang memaparkan imej bahagian dalaman Elantra baharu ini, dan dapat dilihat ia diberikan roda stereng rata di bawah diberikan jahitan berwarna merah (roda stereng yang sama seperti Ioniq, namun model hibrid tersebut menerima jahitan berwarna biru), kemasan dengan elemen karbon, set pedal aloi serta tempat duduk berwarna merah/hitam. Ia turut diberikan sistem penghawa dingin automatik dua-zon, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin dan juga hubungan Bluetooth.

    Elantra Sport (atau Avante Sport di Korea Selatan) menerima enjin yang lebih berkuasa iaitu 1.6 liter turbo Gamma T-GDI berkuasa 204 hp dan tork maksima 265 Nm di pasaran negara asalnya. Enjin turbo berkenaan dipadankan dengan pilihan sama ada enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan automatik klac berkembar (DCT) – tetapi pasaran Malaysia bakal menerima transmisi DCT sahaja.

    Pengenalan Elantra dengan kuasa turbo ini sememangnya agak menarik dan ianya benar-benar tidak dijangka – seperti juga Tucson versi dipertingkatkan menggunakan enjin sama, berkuasa 177 PS/265 Nm yang telah pun diprebiu untuk pasaran tempatan. Sebelum ini, Hyundai telah pun memperkenalkan Veloster Turbo untuk pasaran Malaysia dijana enjin yang sama menghasilkan 186 PS/265 Nm. Sebagai perbandingan, Honda Civic 1.5 liter VTEC Turbo menjana 173 PS/220 Nm.

    Walau bagaimanapun, Hyundai masih menawarkan pilihan enjin NA untuk pasaran tempatan menerusi model asas yang diberikan enjin 2.0 liter Nu MPi, dipadankan bersama kotak gear automatik torque converter konvesional enam-kelajuan, sama seperti model-model Hyundai sedia ada.

    GALERI: Hyundai Avante Sport pasaran Korea

    GALERI: Hyundai Elantra Sport pasaran Amerika

     
     
  • Mugen E.Rex – kuasa elektrik, gaya pra-sejarah

    Mugen E.Rex – kuasa elektrik, gaya pra-sejarah

    Syarikat modifikasi yang berkait rapat dengan Honda, iaitu Mugen bukan lagi asing dalam penghasilan motosikal elektrik, dan mereka turut berlumba dalam Isle of Man TT (kategori TT Zero) dengan menggunakan motosikal yang dinamakan sebagai Shinden Go. Motosikal ini menggunakan motor elektrik yang mampu menghasilkan 160 hp dan 210 Nm tork, dengan berat keseluruhan 250 kg.

    Namun, yang turut menarik perhatian adalah sebuah lagi motosikal elektrik yang dibawa oleh Mugen ke Tokyo Motorcycle Show, iaitu E.Raw. Ia juga adalah sebuah motosikal elektrik, tetapi mempunyai badan motocross, dan paling menonjol adalah konsep pra sejarah yang digunakan untuk penggayaannya.

    Menurut Mugen, motosikal ini mengambil imej berkonsepkan dinasour yang berkuasa, iaitu T-Rex yang menguasai dunia pada zamannya, dan dijadikan sebagai inspirasi untuk rekaan dan pembangunan sebuah motosikal elektrik lumba. Walaupun begitu, perincian tentang enjin dan kuasanya tidak disiarkan.

    Mugen E.Rex – kuasa elektrik, gaya pra-sejarah

    Mugen E.Rex menggunakan kerangka daripada model Honda CRF250, dan seperti yang boleh dilihat, motor elektrik tersebut muat dengan baik di tempat sepatutnya enjin berada. Selain itu, ia juga mempunyai sistem penyejukan cecair dan alat kawalan lain seperti motosikal biasa.

    Bagi anda yang selalu masuk hutan bermain motosikal lasak, apa pendapat anda? Adakah Mugen E.Rex ini akan rasa seperti di rumah sendiri apabila masuk ke dalam hutan, atau anda takut akan ditembak kerana mungkin orang akan menyangka ia adalah seekor binatang?

     
     
  • MINI Cooper Countryman F60 dilancarkan – dua varian, enjin 1.5L dan 2.0L turbocaj, harga dari RM240k

    MINI Cooper Countryman F60 dilancarkan – dua varian, enjin 1.5L dan 2.0L turbocaj, harga dari RM240k

    MINI Malaysia hari ini memperkenalkan secara rasmi model MINI Cooper Countryman F60 terbaru untuk pasaran Malaysia. Merupakan keluaran generasi kedua model berkenaan, terdapat dua varian yang ditawarkan; MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman – masing-masing pada harga RM239,888 dan RM269,888 – harga atas jalan tidak termasuk insurans.

    Model ini menjadi kenderaan MINI yang paling besar ditawarkan bagi model jenama ini sepanjang 57 tahun sejarah kewujudannya. Di Malaysia, sejak diperkenalkan pada 2011, sejumlah 1,500 unit sudah diserahkan kepada pemiliknya.

    Berbanding model terdahulu, versi terkini MINI Cooper Countryman ini adalah lebih besar. Ia kini hadir dalam dimensi 4,299 mm panjang (+200 mm), 1,822 mm lebar (+30 mm) serta ketinggian 1,557 mm. Jarak antara rodanya ialah 2,670 mm.

    MINI Cooper Countryman F60 dilancarkan – dua varian, enjin 1.5L dan 2.0L turbocaj, harga dari RM240k

    Bagi enjin pula, ini kalu pertama MINI Countryman ditawarkan dengan enjin TwinTurbo tiga-silinder dan empat-silinder generasi terkini yang dibangunkan oleh BMW Group. Bagi varian Mini Countryman serba baru, ia dilengkapi enjin 1.5 liter tiga-silinder sebaris yang menghasilkan 136 hp kuasa dan 220 Nm tork.

    Ia dipadankan dengan sistem transmisi automatik Steptronic enam-kelajuan. Kombinasi ini memberikan kelajuan maksimum 200 km/j dengan penggunaan bahan api pada kadar 6 liter per 100 km. Pecutan dari 0-100 km/j ialah dalam 9.6 saat.

    Varian MINI Cooper S Countryman serba baru pula menggunakan enjin 2.0 liter empat-silinder yang mampu menghasilkan 192 hp dan 280 Nm tork maksimum. Enjin ini dipadankan dengan penggunaan transmisi automatik Steptronic lapan-kelajuan. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 224 km/j dengan penggunaan bahan api purata pada kadar 6.5 liter per 100 km. Pecutan dari 0-100 km/j pula dalam masa 7.4 saat.

    MINI Cooper Countryman F60 dilancarkan – dua varian, enjin 1.5L dan 2.0L turbocaj, harga dari RM240k

    Ada yang merujuknya sebagai jentera dengan karektor off-road; ia datang dengan landasan pada bumbung yang boleh digunakan untuk memasang rak bagi membawa barangan tambahan seperti basikal. Turut menjadikannya tampil premium ialah kemasan satin finish yang digunakan.

    MINI Cooper Countryman F60 serba baru ini menggunakan lampu utama dari jenis LED yang turut akan mengikut arah stereng ketika ia dibelok. Ia turut dilengkapi dengan Icon Lights yang boleh diaktifkan sendirian. Rim bersaiz 18 inci digunakan, manakala bagi MINI Cooper S Countryman, ia menggunakan rim MINI Yours bersaiz 19 inci.

    Ruang kabinnya menggunakan upholstery hitam Firework Carbon dengan permukaan dalaman berwarna kelabu (Hazy Grey) dengan stereng sport dibalut kulit. MINI Cooper S Countryman pula menggunakan kemasan dalaman yang dikenali sebagai MINI Yours Piano Black Illuminated yang membolehkan kokpit dinyalakan dengan warna pilihan pengguna. Tidak ketinggalan, kemasan kulit Cross Punch warna hitam Carbon Black dan stereng kulit John Cooper Works bersama paddle shifter turut tersedia.

    Turut menyumbang kepada sentuhan ergonomik serta suasana unik pada ruang kabin ialah susun letak butang kawalan yang ada. Selain itu, ruang untuk meletak barangan ditambah; antaranya poket pada panel pintu depan dan belakang yang mampu menampung botol minuman satu liter.

    Pendekatan sama digunakan pada rekaan konsol tengah; banyak ruang khas direka dan disediakan untuk kegunaan pemandu dan penumpang. Ia juga hadir dengan sistem pendingin hawa automatik dwi-zon serta cermin pandang belakang anti-silau automatik.

    Aspek pengalaman pemanduan, kendalian infotaimen dan komunikasi pada model ini dipertingkatkan dengan ciri MINI Connected yang menawarkan rangkaian integrasi telefon pintar yang menyeluruh dan akan terpampang dan boleh dikawal pada skrin sentuh beresolusi tinggi bersaiz 6.5”. Kedua-dua varian MINI Countryman serba baharu juga didatangkan dengan kamera undur sebagai ciri standard.

    Satu ciri baru yang turut melengkapi model ini ialah pintu belakang automatik (automatic tailgate). Pengesan dipasang untuk mengesan pergerakan kaki pengguna, dan pintu ruang barangan di belakang akan terbuka dengan automatik. Ini merupakan ciri yang semakin kerap melengkapi model kenderaan kelas premium.

    Dari segi ruang penyimpanan barang, jika semua tempat duduk dinaikkan, ruang kargo yang tersedia ialah 450 liter. Bagaimanapun, dengan tempat duduk belakang boleh dilipat mengikut konfigurasi 40:20:40, ruang kargo boleh ditingkatkan sehingga 1,390 liter.

    Tempat duduk Picnic Bench yang boleh dilipat juga tersedia diruang but. Ciri ini membolehkan anda untuk duduk selesa di hujung bukaan ruang but berkenaan – dengan dua tempat duduk tambahan untuk kegunaan aktiviti luar.

    MINI Countryman serba baru ini juga turut diperkenalkan dalam dua warna baru iaitu Chestnut dan Island Blue. Warna lain yang ditawarkan ialah British Racing Green, Chili Red, Light White, Melting Silver, Midnight Black dan Moonwalk Grey. Warna Thunder Grey pula eksklusif hanya untuk MINI Cooper S Countryman. Untuk maklumat lanjut berkaitan model ini, layari juga Carbase.my.

    MINI Cooper Countryman

    MINI Cooper S Countryman

    MINI Cooper spesifikasi UK

     
     
  • UMWT kembalikan harga asal MPV, SUV di M’sia

    UMWT kembalikan harga asal MPV, SUV di M’sia

    Beberapa hari lalu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengeluarkan kenyataan media mengenai harga baharu bagi barisan MPV dan SUVnya. Ini adalah susulan Kerajaan membuat keputusan menaikkan duti eksais sebanyak 5% menjadi 65% bagi MPV mampu milik.

    Walau bagaimana pun, semalam Kerajaan telah membuat ‘u-turn’ dengan menarik semula keputusan terbabit dan mengekalkan duti eksais sebanyak 60% seperti sebelum ini ekoran rungutan orang ramai berhubung perkata berkenaan.

    UMWT kembalikan harga asal MPV, SUV di M’sia

    Harga lama akan dikekalkan, manakala harga baharu terbatal serta-merta

    Dengan keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mengesahkan kadar lama 60% akan dikekalkan berkuat kuasa serta merta, UMWT membuat keputusan untuk mengembalikan harga asal iaitu sebelum harga baharu diumumkan pada 10 April lalu. Ia melibatkan harga bagi Toyota Avanza, Sienta dan Rush.

    Menurut UMWT lagi, bagi pelanggan yang telah membuat tempahan antara tarikh 10 hingga 12 April 2017, harga bagi kenderaan terbabit adalah berdasarkan harga duti eksais 60% itu. Untuk maklumat lanjut mengenainya, para pelanggan boleh menghubungi Toyota di talian 1800-8-TOYOTA (869682) atau berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota berhampiran.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.72 (0.00)
RON 97 RM4.35 (0.00)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.37 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.57 (-0.30)
Last Updated Jun 17, 2026