Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • SPYSHOT: Nissan sedang uji Almera generasi baharu?

    SPYSHOT: Nissan sedang uji Almera generasi baharu?

    Buat pertama kalinya, Nissan dilihat sedang menguji model generasi baharu Versa Sedan, atau pada berberapa pasaran termasuk Malaysia dikenali sebagai Nissan Almera. Jurugambar pengintip kami mengesan kehadiran sedan segmen-B generasi seterusnya ini sedang diuji di atas jalan raya awam di Amerika Syarikat.

    Berbanding model sedia ada yang kelihatan pelik, model generasi baharu ini nampaknya menampilkan bentuk badan yang lebih gagah seakan abang besarnya, Nissan Altima generasi terkini. Bukan itu sahaja, lampu hadapan dan belakang juga mungkin akan menyerupai Altima dengan rekaan lebih tirus, bersama gril V-Motion sama seperti model-model terkini Nissan.

    Manakala untuk bahagian dalaman pula, rekaannya masih belum jelas. Tetapi apabila dizum, nampaknya sedan segmen-B yang akan berhadapan dengan Honda City dan Toyota Vios ini menampilkan skrin sesentuh sistem infotainmen NissanConnectSM pada papan pemuka yang diletakkan di bawah liang penghawa dingin dengan rekaan lebih melintang, serta roda stereng dengan rekaan sama model-model terkini Nissan.

    SPYSHOT: Nissan sedang uji Almera generasi baharu?

    Masih tidak diketahui unit janakuasa yang menggerakkan model generasi baharu ini, tetapi dijangka ia mungkin menerima unit dari generasi sedia ada. Di Amerika, Versa sedan dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder NA 1.6 liter HR16DE bersama pilihan tiga kotak gear – lima-kelajuan manual, empat-kelajuan automatik atau CVT automatik.

    Manakala di Malaysia serta pasaran Asia Tenggara lain, Nissan Almera sedia ada dijana oleh enjin petrol empat silinder NA 1.5 liter HR15DE berkuasa 101 hp dan tork maksima 139 Nm, digandingkan sama ada dengan kotak gear empat-kelajuan automatik atau lima-kelajuan manual.

     
     
  • Kia K3 – Cerato pasaran China dengan gril Maserati

    Kia K3 – Cerato pasaran China dengan gril Maserati

    Kia Cerato yang anda lihat ini bukanlah versi tiruan. Ia sebenarnya adalah versi yang dikeluarkan sendiri oleh Kia untuk pasaran China, dan dipanggil sebagai K3, sama seperti di Korea Selatan. Ia akan dilancarkan tidak lama lagi di sana, dan laman web Sina Auto News telah mendapat gambar awal yang menunjukkan keistimewaan model ini.

    Paling jelas adalah di bahagian depan, di mana K3 pasaran China ini menggunakan gril “tiger nose” yang lebih besar dan ia didatangkan dalam dua pilihan iaitu satu yang mempunyai corak segi tiga kecil manakala satu lagi dengan jalur menegak. Digabungkan dengan bampar yang juga mempunyai kemasan krom di bawah, kereta ini sedikit menyerupai Maserati Quattroporte.

    Kia K3 – Cerato pasaran China dengan gril Maserati

    Pada bahagian belakang, walaupun bentuk lampunya masih lagi sama, grafik dalamannya telah diubah dan mempunyai jalur merah yang menyambungkan antara lampu kiri dan kanan. Bampar juga telah direka semula dan kini tidak lagi mempunyai lampu undur dan penunjuk arah padanya (telah dimasukkan semula pada unit utama lampu belakang).

    Menurut laman web tersebut, pilihan enjin untuk K3 ini juga nanti dirombak semula. Sementara pasaran lain cuma mendapat pilihan enjin petrol NA 2.0 liter dan 1.6 liter TGDI turbo untuk varian GT, pasaran China pula akan mendapat enjin 1.5 liter NA 115 hp dan 1.4 liter turbo 130 hp. Turut dimasukkan dalam senarai adalah versi plug-in hybrid yang menggabungkan enjin petrol 1.6 liter 105 hp dengan motor elektrik.

     
     
  • Land Rover Discovery Mobile Malaria Project – SUV ubahsuai khas untuk kajian penyakit malaria di Afrika

    Land Rover Discovery Mobile Malaria Project – SUV ubahsuai khas untuk kajian penyakit malaria di Afrika

    Land Rover Special Vehicle Operation telah menghasilkan sebuah Land Rover Discovery khas yang bakal digunakan oleh kumpulan ekspedisi penyelidikan Mobile Malaria Project. Kenderaan itu dihasilkan setelah kumpulan dari Universiti Oxford berkenaan memenangi Land Rover Bursary 2018 dengan kerjasama Royal Geographical Society.

    Model rekaan khas ini bakal dipandu sejauh 6,300 km merentasi Namibia, Zambia, Tanzania dan Kenya dalam masa lapan minggu oleh pasukan yang diketuai oleh Dr George Busby, bagi kerja-kerja bagi mengkaji cabaran yang dihadapi oleh penyelidikan terhadap penyakit malaria serta menyiasat potensi teknologi penjujukan DNA mudah alih di Afrika – tempat yang menyumbang statistik 90% dari jumlah keseluruhan yang dijangkiti penyakit tersebut.

    Oleh itu, Land Rover Discovery Mobile Malaria Project ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan. Ruang kargo sebesar 1,137 SUV ini dijadikan sebagai makmal penjujukan genetik bergerak lengkap dengan unit peti sejuk bagi menyimpan peralatan saintifik dengan selamat, konfigurasi sistem kerangka ruang penyimpanan istimewa bagi membawa kotak-kotak peralatan khas dan juga bateri ekspedisi on-board.

    Manakala pada bahagian luaran, ia diubahsuai bagi membolehkan SUV ini dipandu pada permukaan lasak, serta diberikan pelbagai kelengkapan mengembara. Discovery ini dilengkapkan dengan dua awning yang boleh dibuka/tutup dengan pantas pada kedua-dua sisi. Ia juga menerima peralatan-peralatan menyelamat, unit winch, trek pasir/lumpur, rak bumbung ekpedisi, lampu memandu malam LED, serta tayar off-road.

    Pasukan ekspedisi ini turut akan mendapat kerjasama rakan bantuan kemanusiaan global Land Rover iaitu what3words, bagi membantu mereka merancang perjalanan, serta mengemudi pergerakan darat dan mendokumentasi penemuan pada masa sebenar.

     
     
  • Royal Enfield Interceptor 650 dan Continental GT 650 dilancar untuk Malaysia – harga RM46k dan RM48.5k

    Royal Enfield Interceptor 650 dan Continental GT 650 dilancar untuk Malaysia – harga RM46k dan RM48.5k

    Dua model baru dari Royal Enfield iaitu Interceptor 650 dan Continental GT 650 kini sudah pun tiba di Malaysia. Ia dijual masing-masing pada harga RM45,900 dan RM48,500 (tidak termasuk insurans dan kos pendaftaran) bagi versi Standard.

    Dua model yang mendapat inspirasi daripada model tahun 50 dan 60-an ini sebenarnya mempunyai asas yang sama, dikuasakan oleh enjin dua silinder penyejukan udara/minyak 648 cc SOHC suntikan bahan api dengan gabungan kotak gear enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 47 hp pada 7,250 rpm dan 52 Nm tork pada 5,250 rpm.

    Beza pada keduanya cuma bentuk, di mana Continental GT lebih kepada sebuah cafe racer manakala Interceptor lebih kepada cruiser. Anda boleh melihat bentuk tempat duduk, tangki bahan api (Interceptor 13.7 liter, Continental GT 12.5 liter) serta kedudukan pemegangnya ada sedikit berbeza. Lain daripada itu semuanya sama.

    Untuk bahagian suspensi, motosikal ini menggunakan fork teleskopik 41 mm di hadapan dan dua penyerap hentak dengan tabung gas di belakang, manakala untuk brek terdapat sistem cakera di depan dan belakang yang menggunakan angkup Bybre dan ia dilengkapkan sekali dengan sistem ABS.

    Dalam keadaan kosong tanpa minyak, motosikal ini mencatat berat 202 kg bagi Interceptor dan 198 kg bagi Continental GT, dan kelengkapan lain yang ada padanya termasuk rim 18 inci, tayar 100/90 di hadapan dan 130/70 di belakang, meter analog dan ekzos berkembar.

     
     
  • Porsche Cayenne Coupe ditunjuk – gaya aerodinamik

    Porsche Cayenne Coupe ditunjuk – gaya aerodinamik

    Porsche kini telah mendedahkan model Cayenne Coupe, dengan menampilkan versi bumbung yang lebih tirus dan rendah di belakang bagi model SUV dengan nama sama yang ada sebelum ini. Ia menjadikan pertambahan terbaru bagi kenderaan dengan rekaan coupe yang sama diperkenalkan oleh Volkswagen Group sebelum ini, antaranya melalui Audi Q8 dan Lamborghini Urus.

    “Rekaan bahagian bumbung yang lebih tirus di belakang menjadikan Cayanne Coupe tampil lebih dinamik, dengan imej paling sporty untuk segmennya,” jelas Naib Presiden Style Porsche, Michael Mauer.

    Perbezaan estetika yang paling ketara pada model ini ialah bumbungnya yang direndahkan sebanyak 20 mm, sementara pintu belakang yang direka semula serta bagaian fender yang dilebarkan sebanyak 18 mm. Bahagian bumbungnya juga memiliki spoiler adaptif yang menjadi sebahagian daripada Porsche Active Aerodynamics (PAA), yang boleh dipanjangkan 135 mm pada kelajuan 90 km/j ke atas untuk menambahkan kesan downforce.

    Porsche Cayenne Coupe ditunjuk – gaya aerodinamik

    Cayenne Coupe ini turut hadir dengan bumbung kaca panoramik sebagai ciri standard. Ciri ini hadir sekali dengan tirai khas yang menawatkan penebat haba dan sejuk sekali gus. Barisan keduanya pula menempatkan dua tempat duduk berasingan untuk penumpang, 30 mm lebih rendah berbanding model versi biasa.

    Kapasiti ruang barang yang tersedia pula ialah 625 liter dengan semua tempat duduk ditegakkan. Ia boleh ditambah menjadi 1,540 liter dengan kerusi belakang direbahkan. Bagi variat Turbo, ia memiliki 600 liter atau 1,510 liter sementara Cayenne bersi saiz penuh mempunyai 770 liter. Ciri standard lain termasuk Power Steering Plus, rim aloi 20-inci, Park Assist dan kamera undur, Porsche Active Suspension Management (PASM) dan Sport Chrono.

    Ia juga memiliki semua peningkatan yang diberikan kepada Cayenne generasi ketiga; Porsche 4D Chassis Control, suspensi udara tiga-ruang dan Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC). Selebihnya, ia juga datang dengan Porsche Communication Management (PCM) dengan skrin sentuh 12.3-inci.

    Pilihan enjin yang ditawarkan untuk Cayenne Coupe ini ialah 3.0 liter turbocaj V6 dengan janaan 340 PS dan 450 Nm, dengan kadar penggunaan minyak 9.4 l/100 km dan kadar pembebasan sisa pembakaran 215 g/km. Satu lagi piliha ialah enjin 4.0 liter biturbo V8 (550 PS/770 Nm); masing-masing dengan kadar 11.4 l/100 km dan 261 g/km.

    Cayenne Coupe yang asas boleh memecut 0-100 km/j dalam masa enam saat dan 243 km/j maksimum, semetara versi turbo dalam masa 3.9 saat dan laju maksimum 286 km/j.

     
     
  • Land Rover menang kes mahkamah lawan ‘Evoque palsu’ China – Land Wind X7 perlu segera dihentikan

    Land Rover menang kes mahkamah lawan ‘Evoque palsu’ China – Land Wind X7 perlu segera dihentikan

    Setelah tiga tahun berjuang di mahkamah, akhirnya Jaguar Land Rover berjaya untuk menyaman pembuat kereta dari China, Jiangling Motors Corp yang menghasilkan Land Wind X7 menampilkan rupa seiras dengan Range Rover Evoque.

    Menurut laporan Autoblog, Mahkamah Daerah Beijing Chaoyang mengatakan bahawa Land Wind X7 mempunyai lima ciri unik sama dengan Evoque yang mengelirukan pengguna. Oleh itu, mahkamah tersebut mengarahkan agar semua jualan, penghasilan dan pemasaran Land Wind X7 perlu dihentikan serta merta serta Jiangling Motors perlu membayar pampasan kepada Jaguar Land Rover.

    JLR telah mengemukakan saman terhadap JiangLing Motors pada tahun 2016 setelah Land Wind X7 diperkenalkan dengan rupa hampir sama terutamanya pada bahagian tingkap sisi dan bumbung, lampu belakang serta garis-garis karekter pada bahagian sisi.

    Land Rover menang kes mahkamah lawan ‘Evoque palsu’ China – Land Wind X7 perlu segera dihentikan

    Jenama dari Britain tersebut tetap mengambil langkah berkenaan walaupun peluang untuk menang rendah serta reputasi mereka di China mungkin turut terjejas kerana tindakan sedemikian dilihat seperti sebuah gergasi automotif dunia yang sedang membuli pengeluar kereta tempatan.

    Kes diciplak ini jelas meninggalkan kesan yang agak mendalam terhadap Land Rover. Pengeluar SUV mewah tersebut kini tidak lagi mendedahkan model-model konsep dan prototaip produksi mereka – Range Rover Velar misalnya yang terus diperkenalkan kepada umum – kerana gusar ia akan berlaku lagi.

    Ketua rekaan Land Rover, Gerry McGovern menjelaskan bahawa ia adalah untuk melindungi pelaburan besar yang dibuat bagi menghasilkan model baharu iaitu antara £500 juta dan £1 bilion, bergantung pada projek.

    GALERI: Land Wind X7

    GALERI: Range Rover Evoque generasi pertama sebenar

     
     
  • Yamaha Y15ZR V2 tiba di M’sia – empat pilihan warna

    Yamaha Y15ZR V2 tiba di M’sia – empat pilihan warna

    Semasa pusingan pertama Cub Prix yang berlangsug di Jasin, Melaka, Hong leong Yamaha Motor (HLYM) telah mempertontonkan secara rasmi buat kali pertama di Malaysia Y15ZR versi baru atau lebih dikenali sebagai V2.

    Harga untuk motosikal yang ditunggu ramai ini masih belum ada, dan hanya akan didedahkan bulan hadapan, tetapi HLYM telah menunjukkan empat pilihan warna yang akan ditawarkan dipanggil sebagai Striking Cyan, Blazing
    Red, Storm Blue
    dan Dynamic Grey. Selain itu, pembeli motosikal ini juga akan diberikan kunci brek cakera bernilai RM100 secara percuma.

    Seperti ramai yang sudah maklum, perubahan utama Y15ZR V2 ini adalah pada bahagian lampu hadapannya, di mana ia menggunakan bentuk baru dan merupakan nyalaan LED, manakala pada bahagian meter pula ia sekarang menggunakan paparan LCD.

    Jika mengikutkan versi yang sudah pun dilancarkan di beberapa negara luar, Y15ZR V2 ini juga mengalami perubahan dimensi, di mana panjang dan tingginya bertambah masing-masing 15 mm dan 20 mm, tinggi tempat duduk bertambah 15 mm, manakala berat juga bertambah 2 kg.

    Berkemungkinan besar ini adalah kerana ia menggunakan tayar hadapan lebih besar (bersaiz 90/80), dan suspensi belakang juga telah ditala semula. Kelengkapan lain pada motosikal ini adalah termasuk fender lebih besar untuk memuatkan tayar yang kini lebih besar, butang lampu tinggi (passing light) dan butang mematikan enjin (kill switch)

    Bahagian lain masih lagi sama termasuk enjin, iaitu dikuasakan satu silinder SOHC penyejukan cecair 150 cc, bersama padanan kotak gear lima kelajuan, mampu menghasilkan 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm. Tangki bahan api masih 4.2 liter dan tayar belakang menggunakan saiz 120/70R17.

     
     
  • Denda pembatalan tempahan Grab tidak beri kesan kepada sebahagian besar pelanggan, elak salah guna

    Denda pembatalan tempahan Grab tidak beri kesan kepada sebahagian besar pelanggan, elak salah guna

    Susulan daripada berita yang beredar berkaitan Grab yang bakal melaksanakan polisi pembatalan yang dikemaskini bermula 25 Mac ini, banyak kekeliruan dan salah faham telah berlaku. Untuk itu, satu sesi taklimat rasmi dilakukan hari ini oleh Grab bagi menjelaskan duduk letak perkara yang sebetulnya.

    Ada dua situasi di mana denda antara RM3 hingga RM5 itu akan dikenakan. Pertama, sekiranya penumpang membuat pembatalan di saat akhir, dan kedua sekiranya penumpang tidak muncul selepas pemandu tiba di lokasi yang diminta. Kedua-dua situasi ini akan dihuraikan di bawah. Kenapa Grab perkenalkan polisi ini? Jawapannya mudah; untuk mengelakkan salah guna yang dilakukan dengan sengaja (intentional abuse) dan bagi melindungi komuniti platform berkenaan.

    Jadi, sepatutnya tak ada perkara yang menjadi rumit atau menimbulkan ketidakpuasan hati dalam isu ini. Kerana menurut Grab, sejumlah besar pengguna sedia ada kini tidak akan terkesan dengan polisi baru berkenaan. Dari data Grab, ia hanya akan melibatkan peratusan pengguna yang sangat kecil sahaja – 0.5% daripada jumlah tempahan harian yang diterima setiap hari di seluruh Malaysia.

    Grab menakrifkan pembatalan saat akhir seperti berikut; sekiranya pelanggan telah membuat tempahan, dan sistem atau aplikasi telah mengesahkan pemandu yang ditugaskan untuk sesebuah perjalanan, pelanggan masih boleh membuat pembatalan tanpa sebarang denda dalam tempoh lima minit selepas itu.

    Denda pembatalan tempahan Grab tidak beri kesan kepada sebahagian besar pelanggan, elak salah guna

    Namun, sekiranya selepas lima minit – ketika ini pemandu memang dalam perjalanan ke lokasi untuk mengambil pelanggan, tanpa sebarang halangan – dan penumpang dengan sengaja ingin membatalkan tempahan, ketika itu akan ada notifikasi yang terpapar dalam aplikasi Grab untuk bertanyakan adakah penumpang benar-benar ingin membatalkan tempahan dan makluman jelas tentang kadar denda yang akan dikenakan.

    Ini bagi menyemak sekali lagi niat (intention) penumpang. Sekiranya mereka masih ingin membatalkannya, maka barulah sah denda akan dikenakan (kadar adalah bergantung jenis perkhidmatan, misalnya Grabcar, JustGrab, GrabCar Premium Grabshare dsb).

    “Kami memahami, memang selalu ada keperluan untuk penumpang membatalkan tempahan yang dibuat, misalnya jika tiba-tiba berlaku kecemasan, terlupa dompet dan sebagainya. Ini sangat difahami. Dan, biasanya dalam keadaan demikian, penumpang atau pelanggan tidak akan menunggu lama untuk membatalkannya. Jika situasinya begini, ia tidak menjadi masalah dan tiada denda dikenakan,” jelas Ketua Operasi Grab Malaysia, Rashid Shukor.

    Situasi kedua ialah apabila pemandu sudah tiba ke lokasi seperti yang dinyatakan dalam tempahan, dan memaklumkan kepada penumpang, melalui ruangan “Chat” dalam aplikasi atau menelefon pelanggan. Tetapiseperti , pelanggan tidak muncul-muncul dan tidak dapat dihubungi (no-show). “Dalam situasi ini, sangat jelas penumpang tahu dan sedar yang pemandu sudah bergerak ke arahnya dan sudah tiba, tetapi memilih untuk ‘hilang’ dengan sengaja. Jika begini, kami terpaksa mengenakan denda berkenaan,” tambah Rashid.

    Denda pembatalan tempahan Grab tidak beri kesan kepada sebahagian besar pelanggan, elak salah guna

    Dalam keadaan seperti itu, pemandu sebenarnya berhak untuk membatalkan tempahan berkenaan (dan pelanggan akan dikenakan denda) setelah menunggu lima minit selepas memaklumkan kepada pelanggan yang mereka sudah berada di lokasi. “Namun, amalan kebiasaan sebahagian besar pemandu Grab, mereka akan tetap menunggu penumpang asalkan penumpang berkomunikasi dengan mereka dalam tempoh itu, misalnya untuk memaklumkan mereka akan sedikit lewat.

    “Ini kerana, pemandu sudah meluangkan masa untuk perjalanan, yang turut melibatkan kos bahan api yang telah digunakan. Jadi, pemandu tentunya ingin mengambil penumpang untuk mendapatkan caj bayaran perjalanan berkenaan bagi menampung kos yang terlibat,” jelas Rashid lagi.

    Sebaik saja polisi ini dilaksanakan nanti, jika ada pelanggan yang didenda kerana melanggar tetapan seperti dinyatakan ini, mereka hanya akan diberikan notis makluman dan denda yang dikenakan itu akan di mansuhkan bagi kesalahan pertama. “Tujuan polisi ini adalah untuk mendidik pelanggan dan juga pemandu sendiri untuk saling menghormati.

    “Sekiranya penumpang melanggar polisi ini berulang-kali, maka itu adalah petunjuk bahawa mereka melakukannya dengan sengaja. Ini yang ingin kami elakkan, salah guna platform ini dengan sikap yang tidak bertanggungjawab,” tambah Rashid.

    Denda pembatalan tempahan Grab tidak beri kesan kepada sebahagian besar pelanggan, elak salah guna

    Bagaimanapun, penumpang yang merasakan berlaku ketidakadilan (kerana setiap situasi berbeza) sekiranya dikenakan denda, mereka tetap boleh melaporkannya melalui aplikasi Grab Help Centre yang akan menilai situasi secara berasingan. Jika memang berlaku kesilapan dan penumpang memang tidak melakukan kesilapan itu dengan sengaja, denda mereka akan dipulangkan kembali dalam tempoh dua hari bekerja.

    Bagaimana pula jika pemandu lewat tiba ke lokasi? Selepas tempahan dibuat dan pemandu sudah ditugaskan, anggaran masa ketibaan (ETA) akan dinyatakan. Namun, jika pemandu tiba lewat disebabkan misalnya keadaan trafik yang sesak, atau sistem tunjuk arah yang tidak tepat, dan sekiranya melebihi waktu ehsan tambahan selama 10 minit selepas masa ETA itu (buffer time) tetap juga pemandu belum tiba, maka penumpang boleh membatalkan tempahan tanpa sebarang denda dikenakan.

    Adakah dengan polisi ini, hanya penumpang yang akan dikenakan denda? Bagaimana pula dengan pemandu yang sengaja mencari helah untuk memaksa penumpang membatalkan tempahan? “Sebenarnya tidak, untuk pemandu memang sudah tersedia SOP dan hukuman dalaman yang akan dikenakan sekiranya mereka bertindak dengan cara yang tidak sepatutnya. Sistem kami berkeupayaan untuk merekodkan data-data penting dengan cekap, misalnya laluan perjalanan pada satu-satu masa.

    “Setiap kes yang dilaporkan akan dinilai, dan sekiranya pemandu didapati bersalah, bereka boleh digantung tugas atau bahkan dilucutkan daripada terus berkhidmat dengan Grab,” begitu penjelasan Rashid tentang hukuman yang boleh dikenakan terhadap pemandu.

    Denda pembatalan tempahan Grab tidak beri kesan kepada sebahagian besar pelanggan, elak salah guna

    Penting juga untuk dinyatakan, setiap denda yang dikutip itu 100% akan diberikan kepada pemandu yang terlibat tanpa sesen pun diraih oleh Grab. Ini sebagai “pampasan kecil” di atas kerugian masa dan bahan api yang telah mereka alami disebabkan penumpang yang membatalkan tempahan atau terus tidak muncul.

    Bagaimana denda ini dikenakan? Untuk tempahan tunai, ia akan dikenakan secara automatik pada tempahan berikutnya oleh pelanggan berkenaan, dan dibayar kepada pemandu B yang ditugaskan berikutnya itu. Sistem dalaman Grab akan menguruskan selebihnya; Grab akan terlebih dahulu membuat bayaran kepada pemandu A yang terlibat dengan pembatalan tempahan.

    Bagi pelanggan yang menggunakan bayaran cara e-Wallet, ia lebih mudah dan telus; transaksi akan dibuat terus ke akaun pelanggan. Bagi kes pelanggan yang ingin membuat laporan bagi mendapatkan tuntutan semula, Grab akan melakukan siasatan dalam tempoh dua hari berkerja dan jika didapati pelanggan tersebut mempunyai kes yang jujur dan tidak bersalah, maka nilai tuntutan semula denda itu akan diberikan kembali dalam bentuk kod promosi dan boleh digunakan untuk tempahan berikutnya.

    Ini sedikit sebanyak apa yang dimaksudkan dengan kemaskini polisi pembatalan tempahan oleh Grab. Jika anda ada pandangan peribadi tentang hal ini? Sila kongsikan.

     
     
  • Harga minyak bagi 23-29 Mac – RON 97 naik lagi

    Harga minyak bagi 23-29 Mac –  RON 97 naik lagi

    Bermula esok, harga petrol RON 97 bakal menyaksikan kenaikan lagi. Kali ini ia melibatkan peningkatan tujuh sen berbanding minggu lalu, dan akan dijual pada harga RM2.61 seliter.

    Bagi petrol RON 95 pula, ia kekal pada kadar RM2.08 seliter – had maksimum yang akan dibayar oleh pengguna seperti kali terakhir diumumkan dahulu.

    Selebihnya, tiada perubahan harga bagi bagi bahan api diesel. Diesel Euro 2M kekal pada harga RM2.18 seliter, manakala diesel Euro 5 pula sentiasa 10 sen lebih mahal, dijual pada kadar RM2.28 seliter.

    Harga terbaru ini akan sah sehingga sehingga Jumaat depan, 29 Mac 2019.

     
     
  • Prolintas umum ada laluan di AKLEH ditutup mulai 23 Mac-7 April untuk pembinaan Jambatan Saloma

    Prolintas umum ada laluan di AKLEH ditutup mulai 23 Mac-7 April untuk pembinaan Jambatan Saloma

    Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PROLintas), syarikat konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), telah mengumumkan terdapat beberapa laluan di lebuhraya berkenaan akan ditutup secara berperingkat bermula esok (23 Mac) sehingga 7 April ini. Ia adalah bagi memberi laluan kepada pembinaan jambatan penghubung Saloma oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

    Menurut Prolintas, penutupan sementara akan dilaksanakan di lorong, laluan masuk dan laluan keluar yang ditentukan di lebuh raya itu. Di KM1.1 menghala Kuala Lumpur, penutupan sehingga 29 Mac ini melibatkan lorong laju dan trafik akan dihalakan ke lorong kiri. Pada 29-30 Mac pula, laluan KM1.1 menghala Ampang, lorong kiri dan lorong tengah akan ditutup, sementara trafik akan dilencongkan ke lorong kanan.

    Pada 30 Mac pula, penutupan selama sejam dari jam 2 pagi akan dilakukan di KM1.1 juga menghala ke Ampang, dan trafik akan dilencongkan ke Jalan Ampang. Manakala laluan menuju dari/ke Persimpangan Jalan Sultan Ismail, lorong laju dan lorong tengah menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup selama sejam bermula jam 3 pagi pada 30 Mac. Justeru, trafik menuju ke Ampang akan dilencongkan ke Jalan Raja Abdullah. Sementara trafik menuju ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Ampang.

    Prolintas umum ada laluan di AKLEH ditutup mulai 23 Mac-7 April untuk pembinaan Jambatan Saloma

    Juga pada 30 Mac, penutupan selama sejam melibatkan lorong laju/tengah di KM1.1 menuju ke Kuala Lumpur, dan hanya lorong kiri sahaja dibuka untuk trafik. Kemudian pada hari yang sama, penutupan sepenuhnya melibatkan laluan KM1.1 arah Kuala Lumpur dari jam 6 pagi hingga 8 malam. Laluan kontra akan dibuka di Ampang untuk ke Kuala Lumpur.

    Manakala dari jam 10 malam pada 30 Mac hingga 10 malam, 5 April, laluan KM1.1 arah Ampang akan menutup lorong laju sepenuhnya, dan trafik hanya dibuka di lorong kiri. Sehubungan itu, AKLEH menasihati pengguna agar berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan trafik bagi perjalanan yang lancar.

    Untuk info lanjut, para pengguna boleh menghubungi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu di talian 03-26926733, 03-26935733 atau talian bebas tol AKLEH 1-300-88-10 atau ikuti Twitter di @AKLEHtrafik atau laman web www.prolintas.com.my.

     
     
  • Volvo Care Key – hadkan halaju untuk pemandu muda, bakal jadi ciri standard untuk semua model pada 2021

    Volvo Care Key – hadkan halaju untuk pemandu muda, bakal jadi ciri standard untuk semua model pada 2021

    Volvo Cars introduces Care Key as standard on all cars for safe car sharing

    Risau nak bagi anak anda bawa kereta dengan laju sekiranya diberi pinjam kereta? Jika anda membeli model-model Volvo menjelang 2021, anda bakal menerima kunci istimewa digelar Volvo Care Key secara standard, yang boleh memastikan kelajuan akan dihadkan ketika ia dipandu oleh orang lain.

    Dengan kunci ini, pemilik dapat mengehadkan sendiri kelajuan maksima kereta mereka sebelum ia dipinjamkan ke pada ahli keluarga atau rakan-rakan. Ideanya ialah sekiranya kereta ini dipandu oleh anak anda yang baru sahaja mendapat lesen dan kurang pengalaman, kelajuannya dapat dihadkan oleh anda sendiri seterusnya meminimakan risiko untuk berlaku kemalangan.

    Sebenarnya ini bukanlah teknologi baharu di mana ia sudah pun ditawarkan ketika ini tetapi dengan nama Red Key. Malah jenama lain seperti Ford sudahpun menawarkan ciri ini untuk sebahagian model-model mereka di Malaysia seperti pada Ford Ranger dan Ford Focus. Chevrolet juga mempunyai fungsi sedemikian menerusi sistem Teen Driver Key.

    Volvo Care Key – hadkan halaju untuk pemandu muda, bakal jadi ciri standard untuk semua model pada 2021

    “Kami percaya bahawa pembuat kereta mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan keselamatan trafik. Pengumuman terbaharu kami yang akan mengehadkan kelajuan selari dengan usaha ini dan Care Key ini adalah satu lagi contoh lain,” kata presiden dan CEO Volvo Car Group, Håkan Samuelsson yang merujuk pengumuman Volvo sebelum ini yang akan mengehadkan kelajuan semua kereta mereka pada 180 km/j menjelang 2020.

    “Ramai yang mahu untuk membenarkan kereta mereka dikongsi bersama kawan dan keluarga, tetapi ragu-ragu akan keselamatan mereka di jalan raya. Care Key memberikan satu solusi yang baik serta menawarkan lebih ketenangan fikiran.” tambahnya.

    Menurut Volvo lagi, setelah ciri ini diterapkan nanti, ia bakal menyaksikan syarikat-syarikat insuran bakal membincangkan premium istimewa untuk komuniti Volvo kelak. “Jika kita mampu menyakinkan dan menyokong kelakuan lebih baik dengan teknologi yang akan membantu pemandu dari membuat kesilapan, agak logik sekiranya ia akan mendatangkan impak yang positif terhadap premium insuran,” jelas Samuelsson.

     
     
  • Hyundai Tucson N Line lebih garang, pilihan enjin baru

    Hyundai Tucson N Line lebih garang, pilihan enjin baru

    Selepas ditunjukkan sebagai teaser bulan lalu, Hyundai akhirnya mendedahkan secara penuh Tucson N Line, ia satu varian yang sporty bagi SUV saiz sederhana tersebut. Walaupun secara teknikalnya ia lebih kepada pakej penampilan, Tucson N Line ini juga mendapat satu lagi pilihan enjin baru, jenis mild hybrid.

    Sebelum ini melalui Tucson facelift, anda akan dapat melihat pilihan enjin diesel 2.0 liter CRDi 185 PS yang digabungkan dengan sistem hibrid 48 volt. Sekarang untuk Tucson N Line ini, sistem 48 volt sama dipadankan pula dengan enjin 1.6 liter Smart Stream 136 PS, dan dikatakan dapat memberi pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 11%. Sistem ini terdiri daripada mild hybrid starter generator (MHSG), converter voltan rendah DC/DC (LDC), inverter dan bateri polimer lithium ion 0.44 kWh.

    Turut ditawarkan sekali adalah pilihan enjin 2.0 liter diesel seperti yang disebutkan tadi, dan enjin petrol turbo 1.6 liter T-GDI berkuasa 177 PS, dan semua enjin ini mematuhi tahap emisi Euro 6d Temp.

    Selain daripada itu, Hyundai juga telah melakukan sedikit perubahan pada bahagian casis Tucson N Line ini. Model yang menggunakan enjin petrol dan diesel 2.0 liter menerima tetapan maklum balas stereng yang lebih linear dan tepat, manakala suspensi pula dijadikan lebih keras, sebanyak 8% untuk hadapan dan 5% di belakang.

    Pada bahagian luar, Tucson N Line ini menggunakan bampar hadapan yang direka semula dengan bucu yang lebih berpetak, lampu siang LED berbentuk seperti panah, gegelung hitam pada lampu utama, gril yang lebih gelap, pelindung cermin sisi dan spoiler warna hitam berkilat, pemegang pintu sama warna dengan badan, diffuser belakang lebih sporty serta rim 19 inci warna hitam.

    Di dalam, anda akan menemui tempat duduk gabungan kulit dan suede bersama penjenamaan N, serta jahitan benang merah pada roda stereng dan tempat duduk. Melengkapkan penampilan ciri sporty ini adalah pedal aloi dan tombol gear yang dibalut dengan kulit serta jalur merah.

     
     
  • Mercedes-Benz GLC300 4Matic AMG Line C253 kini di Malaysia – CKD, harga jangkaan dari RM399,888

    Mercedes-Benz GLC300 4Matic AMG Line C253 kini di Malaysia – CKD, harga jangkaan dari RM399,888

    Selain mempertontonkan SUV mewah, Mercedes-Benz GLE 450 AMG Line, di Festival Hungry For Adventure, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) juga melancarkan model terkini bagi crossover pemasangan tempatan, Mercedes-Benz GLC 300 Coupé AMG Line C253, sebagai memantapkan lagi posisi sebagai pendahulu segmen SUV premium di Malaysia.

    Mercedes-Benz GLC 300 Coupé AMG Line C253 kini dijanakan oleh enjin 2.0 liter turbo empat-silinder ini mampu meledakkan kuasa sehingga 245 hp pada 5,500 rpm dan tork 370 Nm dari 1,300-4,000 rpm, yang dipadankan bersama transmisi automatik 9G-TRONIC 9-kelajuan dengan pacuan semua-roda 4MATIC®. Sekaligus membolehkan SUV ini untuk memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.5 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 236 km/j.

    Sistem Dynamic Select turut didatangkan seperti sebelum ini, menawarkan lima mod operasi (Eco, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual) dan juga suspensi talaan sport.

    Mercedes-Benz GLC300 4Matic AMG Line C253 kini di Malaysia – CKD, harga jangkaan dari RM399,888

    Elemen standard yang didatangkan bagi GLC 300 ini termasuklah kit luaran AMG Line, yang merangkumi gril radiator berlian (kemasan krom untuk pin), pakej Night dan apron yang bergaya untuk hadapan dan belakang.

    Turut ditampilkan ialah lampu utama LED Intelligent Light System dengan Adaptive Highbeam Assist Plus, sentuhan aluminium, spoiler belakang dan roda aloi-ringan pelbagai-jejari 20-inci.

    Untuk bahagian dalamannya pula, ia hadir dengan kulit upholstery Artico, pedal sport AMG, kemasan black piano lacquer atau light longitudinal-grain aluminium, roda stereng sport AMG, tempat duduk larasan kuasa (dengan sokongan belakang dan fungsi memori untuk penumpang hadapan), bumbung matahari panoramik, COMAND Online, pencahayaan ambien, dan sistem bunyi Burmester, selain Akses Bebas Tangan untuk kemudahan yang lebih selesa.

    Mercedes-Benz GLC300 4Matic AMG Line C253 kini di Malaysia – CKD, harga jangkaan dari RM399,888

    Untuk sistem bantuan pemandu dan keselamatan, GLC 300 miliki ciri yang sama dengan GLC X253, termasuk pakej Lane Tracking, yang merangkumi Blind Spot Assist dan Active Lane Keeping Assist. Lain-lain ciri yang turut ditampilkan termasuk Collision Prevention Assist Plus dan Attention Assist.

    Menurut MBM, GLC 300 4Matic Coupe ini adalah model pemasangan tempatan (CKD) tidak seperti model terdahulu, GLC 250. Ia ditawarkan dengan harga jangkaan RM399,888 atas jalan tanpa insurans. Ia menjadikannya lebih murah berbanding GLC 250 (RM445,888) yang merupakan model import sepenuhnya (CBU).

    Sama seperti model Mercedes-Benz yang lain, program Agility Financing turut ditawarkan, dengan tempoh tiga-tahun dan bayaran muka 25%, bayaran bulanan untuk GLC 300 ini ialah RM3,998. Pelan kewangan turut termasuk dua pakej penyelenggaraan komprehensif percuma, tetapi ia ditawarkan sehingga 30 April 2019 sahaja.

     
     
  • Tiga pelumba yang bermula dari permainan video

    Setiap kali ada insiden keganasan, pasti ada sahaja ada pihak yang mengaitkan perkara tersebut dengan permainan video. Ini bukan perkara baharu, seingat saya isu ini telah mula di sebut sejak saya masih di bangku sekolah. Benarkah jika terlalu obses dengan kelakuan ganas di dunia maya akan mendorong seseorang itu membuat benda yang sama di dunia sebenar?

    Kami pun tak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut sebab kami bukan pakar, tetapi apa yang saya nak cerita pada kali ini adalah memang ada pelumba di dunia nyata yang memulakan karier mereka dengan berlumba dalam permainan video! Malah menurut ‘Drift King’ Keiichi Tsuchiya, memang ada pelumba sebenar dari Jepun yang akan berlatih menggunakan simulator permainan video ini sebagai persiapan untuk berlumba di litar luar negara.

    Menerusi artikel ini, saya akan paparkan tiga orang pelumba yang melangkah ke dunia perlumbaan sebenar dari permainan video.

    1. Jann Mardenborough

    Mardenborough sebenarnya pernah diperkenalkan pada perlumbaan Kart pada umur lapan tahun, namun akibat kekangan kewangan dia terpaksa berhenti dari meneruskan cita-citanya untuk menjadi pelumba sebenar ketika berumur 11 tahun. Tetapi dia terus berseronok dengan permainan video sehinggalah pada tahun 2011, dia menyertai perlumbaan maya atas talian Gran Turismo 5 menerusi pelantar Sony PlayStation 3.

    Pertandingan tersebut digelar sebagai GT Academy, di mana pemenangnya akan dilatih oleh Nissan untuk berlumba di perlumbaan endurance Dubai 24-jam. Dari 90,000 pelumba maya yang bertanding, Mardenborough berjaya menjadi lapan pelumba terbaik dan melayakkan diri ke pusingan akhir, seterusnya berjaya menjadi juara GT Academy 2011.

    Selepas itu, bermulalah karier Jann Mardenborough sebagai pelumba professional. Budak lelaki dari Cardiff, UK yang lahir pada tahun 1991 itu mula berlumba dalam pelbagai perlumbaan seperti Formula 3, siri GP2 dan GP3. Kini Mardenborough berlumba untuk pasukan Impul di Kejohanan Super GT Jepun, memandu Nissan GT-R R35.

    2. Enzo Bonito

    Enzo Bonito merupakan pelumba maya dari Itali yang berlumba secara atas talian dalam berberapa platform dan kejuaraan seperti Gran Turismo, iRacing GT3 dan F1 Esport Series. Atas rekod-rekod kejayaanya, Bonito terpilih untuk mewakili pasukan Sim Racing All Star untuk menentang juara-juara dalam perlumbaan sebenar di Race of Champion bermula pada edisi 2018.

    Tetapi sebenarnya nama Enzo Bonito ‘meletup’ di Race of Champion yang berlangsung Mexico awal tahun ini di mana beliau yang kini berusia 23 tahun telah menewaskan dua pemandu handalan dunia sebenar iaitu Juara Formula E 2016-2017 Lucas di Grassi dan juga juara Indy 500 tiga-kali Ryan Hunter-Reay!

    Walau bagaimanapun, Enzo Bonito masih lagi belum menyertai mana-mana musim penuh perlumbaan sebenar, dan beliau kini memandu untuk pasukan Mclaren dalam kejohanan F1 Esport Series.

    3. Richard Hopkins

    Berbeza dari Jann Mardenborough dan Enzo Bonito yang lahir dari platform-platform lebih terkini, nama Richard Hopkins dikenali sekitar 17-tahun dahulu menerusi pelantar Sony PlayStation 2. Hopkins merupakan seorang pengurus IT yang begitu berminat dengan perlumbaan rali, dan berlumba dalam permainan video WRC 3.

    Pada tahun 2002, Hopkins berjaya memenangi gelaran ‘Juara WRC’ dengan hanya berlumba di dalam bilik tidurnya, mengalahkan pelumba-pelumba maya lain dari seluruh Eropah dan Amerika menerusi satu pertandingan yang dijalankan secara atas talian. Menurut Hopkins dalam temu ramah Fifth Gear musim kelima, selepas dia memenangi perlumbaan maya tersebut, dia terus masuk ke sekolah rali dan dua bulan selepas itu Hopkins mula berlumba dalam rali sebenar.

    Richard Hopkins berlumba dalam siri kejuaraan Rali Wales dalam kategori produksi memandu Subaru Impreza Group N, dan berjaya mendapat tempat kedua secara keseluruhan musim. Siapa sangka pada akhir tahun, Hopkins ditawarkan untuk memandu dalam salah satu pusingan WRC sebenar iaitu Rally GB, berhadapan dengan pelumba antarabangsa seperti Colin McRae dan Marcus Gronholm, serta memandu Subaru Impreza WRC yang pernah dipandu oleh Richard Burns!

     
     
  • Mercedes-Benz GLE450 AMG Line V167 dipertonton di Malaysia – harga jangkaan bermula RM633,888

    Mercedes-Benz GLE450 AMG Line V167 dipertonton di Malaysia – harga jangkaan bermula RM633,888

    Mercedes-Benz GLE 450 AMG Line V167 kini telah pun dipertontonkan secara eksklusif hari ini dalam Festival Hungry For Adventure anjuran Mercedes-Benz Malaysia (MB) yang membuka tirainya hari ini selama tiga hari, di Sentul Depot, KL.

    Dibangunkan dengan Modular High Architecture (MHA) baharu, SUV mewah ini didatangkan dengan enjin 3.0 liter pengecas turbo enam-silinder, ia mampu meledakkan kuasa sehingga 367 hp dari 5,500-6,100 rpm dan tork 500 Nm dari 1,600-4,500 rpm. Penjana kuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik 9G-TRONIC sembilan-kelajuan, dan padanan ini membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam 5.7 saat dan kelajuan tertinggi sehingga 250 km/j.

    Meledakkan lagi prestasinya dengan adanya integrated starter/alternator (ISG) untuk menyokong fungsi hibrid termasuk EQ Boost (tambahan 21 hp/250 Nm untuk jangka masa pendek) atau pemulihan tenaga. Beroperasi pada sistem elektrikal 48-voltan, saluran kuasa dalaman ini bekerjasama dengan ISG, water pump, pemampat pendingin hawa dan dengan kesemua ini Mercedes telah menggelarkannya sebagai suspensi E-Active Body Control. Ia adalah antara keistimewaan yang diterjemahkan oleh Mercedes-Benz untuk SUV mewah baharu.

    Mercedes-Benz GLE450 AMG Line V167 dipertonton di Malaysia – harga jangkaan bermula RM633,888

    Meningkatkan lagi pengendaliannya, GLE 450 AMG turut didatangkan dengan mod transmisi DYNAMIC SELECT, fasa pembangunan terkini bagi suspensi udara dengan sistem AIRMATIC bersama sistem Adaptive Damping PLus (ADS+) yang dipertingkatkan. Dengan Road Surface Scan, GLE ini juga boleh mengenalpasti hentakan jalan bagi menawarkan keselesaan pengendalian yang lebih optimum.

    Kalau nak memandu GLE 450 AMG ini di laluan off-road, sistem suspensi pintar ini turut didatangkan dengan fungsi mod pemanduan-bebas. Antaranya GLE boleh menaik atau menurunkan badannya sendiri mengikut tahap suspensi jika kenderaan tersekat dalam laluan berpasir.

    Selain itu, ia turut mendatangkan sistem bantuan pemandu dan keselamatan termasuk Active Distance Assist Distronic, Active Brake Assist (dengan fungsi turning-off), Active Stop-and-Go Assist, Active Steering Assist, Active Distance Assist, Active Blind Sport Assist (dengan amaran keluar) dan beberapa lagi.

    Mercedes-Benz GLE450 AMG Line V167 dipertonton di Malaysia – harga jangkaan bermula RM633,888

    Menurut Mercedes-Benz, GLE 450 AMG merupakan SUV yang lebih praktikal berbanding sebelum ini. Model baharu ini 80 mm lebih panjang bagi jarak rodanya iaitu 2,995 mm, membolehkan ruang lebih besar untuk penumpang dan barisan tempat duduk ketiga. Malah ia juga mendatangkan pilihan untuk barisan tempat-duduk kedua dengan enam-hala larasan elektrik sepenuhnya, membolehkan tempat duduk kiri dan kanan dipisahkan depan dan belakang sehingga 100 mm.

    Penambahan dimensi bagi ruang kaki barisan tempat duduk kedua menjadikannya 1,045 mm (+69 mm), ruang kepala belakang sehingga 1,025 mm (+33 mm) dengan semua tempat duduk dalam keadaan normal. Manakala kapasiti untuk penyimpanan barangan pula antara 825 hingga 2,055 liter, dan meningkat 72 mm bagi kelebarannya. Dengan suspensi udara Airmatic, bahagian belakang SUV ini juga boleh direndahkan sekitar 40 mm untuk memudahkan menyimpan dan mengeluarkan muatan.

    Memperhebatkan lagi penampilan gayanya, ia turut didatangkan dengan pakej AMG Line untuk luaran dengan kehadiran bampar hadapan rekaan “A-wing” bersama corong hadapan yang lebih menyerlah, gril radiator berlian dengan pins krom, roda aloi jejari-berkembar lima AMG 22-inci, dan juga kepingan underguard bagi splitter hadapan serta kemasan hitam berkilat pada diffuser belakang.

    Lampu utamanya didatangkan dengan unit Multibeam LED dengan lampu tinggi Ultra Range dan dua jaluran LED bagi lampu nyalaan siang untuk menyerlahkan lagi penampilannya. Lain-lain ciri yang ditampilkan termasuklah bumbung gelangsar panaromik, dan kemasan aluminium.

    Bertambah menarik dengan kehadiran pakej Acoustic Comport yang membolehkan GLE 450 AMG Line ini mengurangkan bunyi bising termasuk ketika jentera dipacu dalam kelajuan tinggi. Ia turut menawarkan windscreen dan tingkap sisi dengan lapisan kaca keselamatan dan filem peredam-bunyi bising, sekaligus mempertingkatkan lagi kalis bunyi.

    Untuk mempertingkatkan lagi era digitalnya, GLE ini turut dilengkapi dengan MBUX- Mercedes-Benz User Experience, dengan menampilkan dua skrin besar 12.3-inci dan 31.2 inci yang diposisikan sebelah-menyebelah untuk pandangan skrin lebar yang lebih impresif.

    Mercedes-Benz GLE450 AMG Line V167 dipertonton di Malaysia – harga jangkaan bermula RM633,888

    Sistem revolusi ini termasuk juga dengan LINGUATRONIC yang lebih praktikal. Ini termasuklah sistem multimedia MBUX juga boleh mengesan dan memahami setiap perkataan yang datang dari fungsi infotainmen dan operasi kenderaan. Sistem ini turut disambungkan dengan sistem kawalan keselesaan Energizing yang menawarkan beberapa program menarik termasuk mod mengurut, muzik dan pencahayaan ambien.

    Selain itu, empat corong udara kini diposisikan di bahagian tengah pada papan pemuka, disokong dengan dua lagi corong di bahagian sudut, dengan suisnya terletak di bahagian bawah. Sementara konsol tengahnya pula terdiri daripada dua pemegang iluminasi dengan pad sentuhan dan beberapa suis kawalan yang terletak di antaranya.

    Bagi model yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, ia hadir dengan versi lima- dan tujuh-tempat duduk. Ia ditawarkan dengan harga jangkaan bermula RM633,888. Jadi, kalau anda ada masa dan kesempatan, jom meriahkan Festival Hungry For Adventure di Sentul Depot, KL, yang sedang berlangsung selama tiga hari. Selain membariskan semua SUV Mercedes-Benz yang ada di pasaran tempatan, banyak juga aktiviti menarik disediakan khas untuk pengunjung, termasuklah cabaran lasak, peluang pandu uji dan menonton konsert artis antarabangsa.

     
     
  • Perodua Bezza – kos servis cuma 1% atau 40% lebih berbanding Proton Persona? Ini pecahan kira-kiranya

    Perodua Bezza – kos servis cuma 1% atau 40% lebih berbanding Proton Persona? Ini pecahan kira-kiranya

    Semuanya bermula apabila Proton mendakwa Persona facelift yang dipertontonkan awal bulan ini secara puratanya mempunyai kos servis 32% lebih rendah apabila dibandingkan dengan Perodua Bezza dan Honda City, dalam masa lima tahun atau 100,000 km.

    Sekarang, Perodua pula bersuara. “Perbezaan kos yang tidak tepat ini adalah disebabkan perbandingan yang tidak betul-betul sama. Kos servis Persona dikira mengikut jadual dalam buku servis atau manual pemilik, sementara untuk Bezza pula pengiraannya adalah berdasarkan kos penyelenggaraan pencegahan (yang sebenarnya adalah satu pilihan tambahan), dan bukannya kos penyelenggaraan mengikut jadual yang disarankan dalam buku servis,” kata pengarah urusan bahagian jualan Perodua, Datuk Zahari Husin.

    Beliau juga menambah bahawa beza kos penyelenggaraan antara Persona 1.6 AT dan Bezza 1.3 AT cuma RM44, atau 1.4% lebih bagi Perodua, dan bukannya 32%. Turut diutarakan, Bezza menggunakan minyak enjin 0W-20 (Persona menggunakan minyak 10W-30) dan palam pencucuh (spark plug) iridium, yang kosnya adalah lebih tinggi.

    Jadi, bezanya sekarang 40%, 32% atau 1%? Memandangkan sekarang kami sudah ada pecahan terperinci jadual servis dalam manual pemilik Bezza, gambarannya lebih jelas. Tidak seperti Proton, Perodua mempunyai pakej penyelenggaraan pencegahan Pro-Care untuk Bezza dan ia cuma satu pilihan. Barang dalam menu Pro-Care bukanlah wajib seperti dalam buku servis atau manual pemilik, dan sekiranya tidak mengambil pakej ini, jaminan kenderaan masih tidak terganggu.

    Perodua Bezza – kos servis cuma 1% atau 40% lebih berbanding Proton Persona? Ini pecahan kira-kiranya

    Seperti yang boleh dilihat dalam carta di atas, jika pemilik memilih semua barang dalam pakej Pro-Care, ia akan memakan kos RM4,287, manakala apabila mengikut buku servis secara bulat-bulat adalah RM3,095 – bezanya RM1,192 untuk masa lima tahun. Perodua mahu kita melihat kepada jumlah RM3,095, untuk dibandingkan dengan RM3,051 bagi Persona, dan beza antara keduanya cuma RM44 atau 1.4%.

    Walaubagaimanapun jika anda pergi ke pusat servis, mengangguk kepala dan berkata ya pada semua benda (pilihan pakej penyelenggaraan pencegahan Pro-Care penuh sebagai tambahan kepada menu servis yang diwajibkan), perbezaannya menjadi RM1,236 atau 40%.

    Jadi, apa sebenarnya yang membuatkan pakej Pro-Care ini lebih mahal? Secara asasnya, ia melibatkan penukaran barang dalam tempoh yang lebih awal seperti palam pencucuh, penapis udara serta bendalir brek.

    Sebagai contoh, dalam buku manual palam pencucuh perlu ditukar dalam tempoh 100,000 km, tetapi melalui pakej Pro-Care ia akan ditukar selepas 50,000 km. Kemudiannya, penukaran bendalir brek dan penapis udara pula ditetapkan pada 40,000 km dan 80,000 km jika mengikut buku servis, tetapi dalam pakej Pro-Care ia perlu ditukar setiap 20,000 km, bermakna pada 20,000 km, 60,000 km, dan 100,000 km ia akan muncul sebagai saranan.

    Perodua Bezza – kos servis cuma 1% atau 40% lebih berbanding Proton Persona? Ini pecahan kira-kiranya

    Satu lagi tambahan, Perodua juga menawarkan penjajaran, imbangan dan pusingan tayar setiap 20,000 km; dan servis pendingin hawa penuh pada 60,000 km dalam pakej Pro-Care. Jika anda tidak melakukan servis tayar dan pendingin hawa ini, dan cuma mengambil pilihan bendalir brek, penapis udara dan palam pencucuh, beza antara Pro-Care dan servis standard menjadi RM823.

    jadi, itulah dia perbezaan kos servis Bezza 1.3 AT mengikut buku servis, Bezza 1.3 AT dengan pakej Pro-Care dan Proton Persona 1.6 AT dalam masa lima tahun atau 100,000 km. Sesiapa yang menggunakan Bezza untuk jarak perjalanan yang tinggi, pakej Pro-Care ini mungkin dijadikan pilihan. Walaupun begitu, kalau anda memilih untuk tidak mengambilnya, jaminan kenderaan masih tidak terjejas. Pilihan di tangan anda.

    Ambil perhatian juga barangan pilihan dalam pakej Pro-Care semuanya ada disiar dalam laman web Perodua (tanda bintang menunjukkan pilihannya) dan ia dimasukkan sekali dalam jumlah keseluruhan untuk tempoh yang dipilih – ini adalah jumlah rasmi yang kami gunakan untuk perbandingan sebelum ini (Proton juga mengesahkan mereka menggunakan sumber yang sama). Perhatikan semua barang tambahan ini di pusat servis dan sekiranya mahu, nyatakan anda hendak mengikut menu biasa seperti buku servis atau manual pemilik. Proton pula tidak menawarkan barangan servis tambahan.

    Selain daripada itu, anda juga perlu ingat kos pemilikan keseluruhan kenderaan tidak hanya bergantung pada kos servis. Terdapat juga kira-kira cukai jalan, insurans dan tentunya juga, bahan api. Bezza 1.3 menggunakan enjin Dual VVT-i moden daripada keluarga NR dan dipadankan bersama transmisi automatik empat kelajuan, dengan model Advance dikatakan dapat memberi penggunaan bahan api sehingga 22.0 km/l hasil tambahan sistem start/stop automatik Eco Idle.

     
     
  • Camel Power terus bekalkan bateri untuk Proton X70 – bakal buka kilang bateri automotif terbesar di M’sia

    Camel Power terus bekalkan bateri untuk Proton X70 – bakal buka kilang bateri automotif terbesar di M’sia

    Jika anda pemilik Proton X70, anda mungkin perasan bahawa SUV yang hadir dalam bentuk CBU dari China tersebut diberikan bateri dari jenama Camel Power, yang juga merupakan jenama dari negara Republik Rakyat berkenaan. Sempena acara Automechanika yang berlangsung di KLCC bermula hari ini, Camel Power mengumumkan bahawa mereka akan terus membekal bateri untuk SUV tersebut dan model-model Proton akan datang, serta bertapak di Malaysia secara rasmi.

    Menurut Camel Power Malaysia, mereka kini sedang membina kilang sendiri di Kuantan dan bakal dibuka Jun tahun ini. Kilang berkenaan merupakan fasiliti pertama seumpamanya milik firma berkenaan di Asia Tenggara, dan apabila mula beroperasi kelak, ia bakal menjadi kilang bateri automotif terbesar di Malaysia, dakwa Camel Power.

    Kilang berkenaan bukan sahaja akan menampung permintaan pengguna tempatan, malah bateri-bateri untuk kegunaan kereta, trak, bas dan jentera pertanian tersebut turut akan dieksport ke negara-negara Asia Tenggara yang lain serta pasaran Australia dan New Zealand.

    Camel Power terus bekalkan bateri untuk Proton X70 – bakal buka kilang bateri automotif terbesar di M’sia

    “Kami berasa bangga dapat menjadi pengilang bateri kenderaan terbesar di Malaysia. Dengan adanya kilang pembuatan terbesar di Malaysia ini, kami jangka akan dapat mengeluarkan kira-kira 5 juta bateri dalam setahun. Tambahan kepada itu, 600 peluang pekerjaan juga bakal diwujudkan di kawasan pantai timur Semenanjung sebaik kilang ini mula beroperasi sepenuhnya pada Jun 2019,” kata Liu Changlai, Ketua Pegawai Eksekutif Camel Group Co. Ltd.

    “Camel Power juga sedang dalam proses perundingan dengan beberapa pembuat kenderaan dan kilang pemasangan tempatan untuk mewujudkan kerjasama strategik yang dapat menyokong rancangan persetempatan pada masa akan datang. Seiring dengan tumpuan kami untuk mencapai pertumbuhan mampan di sini, Camel Power bercadang untuk membuat pelaburan berjumlah AS$150 juta,” ujarnya lagi.

    Serentak dengan majlis pelancaran jenama berkenaan, Ketua Pegawai Perolehan Proton, Haji Hamizan Bin Osman telah menyerahkan surat perlantikan bagi mengesahkan bahawa Camel Power akan menjadi pembekal bateri rasmi untuk SUV Proton X70 dan model-model akan datang.

    Camel Group Co., Ltd telah mula menghasilkan bateri automotif di China pada 1980. Menurut syarikat tersebut, buat masa sekarang satu pertiga kereta di China menggunakan bateri-bateri keluaran mereka dengan penguasaan 22% dalam bahagian pasaran, dan kini merupakan pembuat bateri automotif terbesar di Asia.

    Jadi, selain dari Geely, Camel Power turut menjadi pembekal bateri rasmi untuk pengeluar-pengeluar lain pada pasaran tempatannya. Produk-produk dari jenama tersebut juga telah dieksport ke lebih 40 negara di seluruh dunia.

    GALERI: Proton X70 Premium 2WD

     
     
  • Tiada kamera AES baru dipasang buat masa ini – Loke

    Tiada kamera AES baru dipasang buat masa ini – Loke

    Buat masa ini, kerajaan masih belum melaksanakan sebarang pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) baharu dengan menggunakan peruntukan kerajaan.

    Perkara yang disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Dewan Rakyat hari ini, setakat 1 Mac 2019, sebanyak 45 kamera telah beroperasi iaitu 29 kamera peraturan had laju dan 16 kamera peraturan lampu isyarat di Semenanjung Malaysia, laporan Bernama.

    “Kesemua kamera yang terlibat telah dipasang di bawah kontraktor terdahulu dan kos pemasangan bagi kamera adalah ditanggung oleh kedua-dua syarikat sebelum ini dan tidak nyatakan terperinci kos pemasangannya,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS-Santubong) yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat memasang lebih banyak kamera AES dan kos yang terlibat.

    Tiada kamera AES baru dipasang buat masa ini – Loke

    Loke turut berkata, sistem ini adalah antara inisiatif kerajaan menggunakan teknologi untuk menangani masalah kemalangan jalan raya dengan meningkatkan persepsi pemandu. Malah ia juga dianggap sebagai alat pendidikan dan penguatkuasaan.

    “Sistem ini bukanlah untuk memerangkap sesiapa saja, tetapi untuk mendidik pengguna jalan raya agar memathui undang-undang lalu lintas yang ditetapkan terutamanya di kawasan yang sering berlaku kemalangan.

    “Di kawasan yang dipasang kamera ini, terdapat papan tanda yang memaklumkan kehadiran sistem berkenaan yang dipasang pada jarak 3 km, 2 km dan 1 km sebelum lokasi kamera sebenar. Papan tanda tersebut bertejuan untuk memaklumkan kepada para pemandu bahawa kawasan berkenaan melaksanakan sistem ini, ia bukan sengaja untuk memerangkap pemandu,”ujar Loke lagi.

    Tambahnya, di bawah sistem AES, lebih 90,000 saman telah dikeluarkan namun jumlah pesalah yang membayar saman mereka masih dianggap rendah.

     
     
  • Naik taraf jalan sedia ada bagi Pan-Borneo di Sabah, tak perlu buat laluan baru untuk jaga alam sekitar

    Naik taraf jalan sedia ada bagi Pan-Borneo di Sabah, tak perlu buat laluan baru untuk jaga alam sekitar

    Kerajaan negeri Sabah akan menilai semula cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo, dan cenderung untuk mempertimbangkan naik taraf jalan sedia ada berbanding membina jalan baru.

    Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan, akan ada kaedah baru untuk meneruskan projek itu, dan kerajaan negeri bakal ambil alih pembinaannya dan tidak akan diserahkan kepada syarikat swasta, lapor The Star.

    Shafie juga memaklumkan, beliau telah mengadakan perbincangan panjang bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkaitan kedah lain yang akan diambil untuk mempercepatkan lagi pelaksaan projek itu di Sabah, tanpa penglibatan pihak swasta.

    “Biar jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kewangan Pusat dan negeri yang terlibat di dalam projek ini dan menjadikannya lebih telus,” ujar Shafie hari ini ketika ditemui pemberita.

    Pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo ketika ini dijalankan oleh Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP) di Sabah sementara Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) pula membina bahagian lebuhraya itu di Sarawak.

    Keseluruhannya terdapat 35 bahagian projek bernilai RM12.8 bilion itu yang dijalankan di Sabah, dan dijangka akan siap pada 2025 di bawah pelaksanaan projek yang dilancarkan oleh kerajaan BN sebelum ini pada 2016.

    “Saya harap mereka pandang serius perkara ini. Saya maklumkan, jangan potong pokok dan tarah bukit untuk tujuan ini. Sebaliknya guna atau perluaskan jalan yang sedia ada,” tambah beliau. Menaik taraf serta memperluas jalan sedia ada juga lebih cepat berbanding ingin membuka jalan baru yang melibatkan banyak kerja serta memerlukan masa yang lebih panjang.

     
     
  • Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikaji, tingkatkan hukuman ke atas pemandu mabuk – Loke

    Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikaji, tingkatkan hukuman ke atas pemandu mabuk – Loke

    Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan pandangan dan persetujuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pemindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi meningkatkan hukuman terhadap pelaku kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kematian terutamanya memandu di bawah pengaruh alkohol.

    Menurut menterinya Anthony Loke, selain PDRM, pandangan dan persetujuan lain juga diperlukan dari Jabatan Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). Begitu juga dengan pihak industri pengangkutan yang perlu diperoleh sebelum sebarang keputusan dibuat, laporan Bernama.

    “Pada ketika ini, Seksyen 41 Akta 333 telah memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.

    Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikaji, tingkatkan hukuman ke atas pemandu mabuk – Loke

    “Jika sabit kesalahan, jika pemegang lesen memandu percubaan, maka mahkamah akan batalkan lesen memandu percubaan itu,” kata Loke menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) di Dewan Rakyat hari ini.

    Tambahnya, mereka yang disabitkan di bawah Seksyen 41 juga akan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang tiga tahun dan lima tahun bagi Seksyen 44.

    Di bawah peruntukan Seksyen 44, mana-mana orang yang menyebabkan kematian atau kecederaan akibat berada di bawah pengaruh alkohol, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000.

    Selain itu, lesen memandu pesalah dan yang sedang dalam proses pertuduhan juga, akan digantung berkuatkuasa dari tarikh pertuduhan dibacakan pertama kali.