Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • PANDU UJI: Lexus LM350 – MPV mewah RM1.15 juta; benar-benar lebih mewah dari Alphard & Vellfire?

    PANDU UJI: Lexus LM350 – MPV mewah RM1.15 juta; benar-benar lebih mewah dari Alphard & Vellfire?

    Definisi ‘mewah’ mungkin berbeza antara setiap orang. Ada yang bila kita sebut ‘kereta mewah’, dia mungkin akan terbayang model-model supecar pantas seperti Ferrari dan Lamborghini. Ada juga sentiasa terbayang bahawa kereta mewah itu adalah sesuatu yang memberikan layanan di raja seperti apa yang ditawarkan oleh Rolls Royce atau Maybach.

    Namun untuk kita di Asia, ada satu lagi segmen yang boleh dikategorikan sebagai ‘kereta mewah’, iaitu MPV besar dan premium iaitu Toyota Alphard dan Vellfire. MPV ini menawarkan satu jenis ‘kemewahan’ yang tidak dapat ditawarkan oleh kereta mewah tipikal, iaitu ruang.

    Ya, ruang yang ditawarkan pada kabin belakang MPV ini membolehkan anda terasa ia seperti ruang tamu atau bilik tidur bergerak yang boleh membawa anda ke mana sahaja. Walau bagaimanapun, perincian ‘mewah’ pada Alphard dan Vellfire tersebut masih lagi belum mencapai tahap yang benar-benar mewah sekurang-kurangnya pada tingkat yang sama dengan Mercedes-Benz.

    Solusinya? Ini dia Lexus LM350, sebuah MPV dengan kerangka yang sama dengan Alphard dan Vellfire, tetapi diberikan ciri-ciri kemewahan sebuah Lexus. Model ini tiba di Malaysia pada April tahun lalu, dengan harga atas jalan tanpa insuran RM1,148,000 ketika dilancarkan, atau sekitar sekali ganda lebih mahal dari varian tertinggi Alphard yang dijual secara rasmi oleh UMW Toyota!

    Jadi apa yang membuatkan Lexus LM350 ini jauh lebih mahal dari Alphard dan Vellfire? Adakah semata-mata logo Lexus? Kalau nak tahu, ikuti pengalaman penulis ketika memandu uji MPV mewah yang penulis sendiri mati hidup semula pun mungkin tak mampu lagi nak beli ini.

    Baca artikel selanjutnya di sini

     
     
  • JPJ eBid: Plat nombor AMM bakal dibuka bidaan

    JPJ eBid: Plat nombor AMM bakal dibuka bidaan

    JPJ telah mengumumkan AMM bakal menjadi siri plat nombor pendaftaran kenderaan yang seterusnya untuk dibida menerusi platform bidaan dalam talian, JPJ eBid.

    Merupakan siri nombor dari Perak, AMM bakal dibuka bidaan mula 19 Jun ini. Tempoh bidaan adalah selama lima hari, dan bakal berakhir pada jam 10 malam, 23 Jun ini. Seperti biasa, keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 24 Jun 2022.

    Keseluruhan proses kini dilakukan secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau sebaliknya) menerusi e-mel.

    Kalau anda berminat untuk melakukan bidaan sendiri, anda bolehlah rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini. Dah jimat kos, tak perlu gunakan perkhidmatan pihak ketiga termasuk runner.

     
     
  • Touch ‘n Go eWallet mengalami gangguan termasuk RFID, PayDirect – guna kad TNG buat sementara

    Touch ‘n Go eWallet mengalami gangguan termasuk RFID, PayDirect – guna kad TNG buat sementara

    Sejak jam 2 petang tadi sistem Touch ‘n Go eWallet mengalami gangguan perkhidmatan dan ia turut membabitkan RFID dan PayDirect untuk pembayaran tol. Menerusi pengumuman yang dilakukan di saluran media sosialnya, Touch ‘n Go (TNG) turut memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh para penggunanya.

    Sehingga kini, pihak TNG masih berhempas pulas untuk menyelesaikan isu ini dan berkata akan mengemaskini butiran lanjut mengenai perkhidmatan ini apabila ia dapat diatasi.

    Ini bermakna, anda perlu menggunakan kad fizikal TNG sehingga isu ini dapat diselesaikan. Tapi tolong pastikan nilai baki kad prabayar TNG anda mencukup sebelum memasuki plaza tol. Kami akan mengemaskini artikel ini apabila ada perubahan situasi kelak. Harap teruskan bersabar.

    Kemaskini 11 malam 17 Jun 2022 : Pihak TNG telah memaklumkan perkhidmatan Touch ‘n Go eWallet telah kembali beroperasi seperti sedia kala, termasuk melibatkan perkhidmatan Rfid dan PayDirect di plaza tol. 

    Touch ‘n Go eWallet mengalami gangguan termasuk RFID, PayDirect – guna kad TNG buat sementara

     
     
  • 58% pemandu di Malaysia rasa selamat di jalan raya

    58% pemandu di Malaysia rasa selamat di jalan raya

    Satu kajian menunjukkan kurang daripada 60% pemandu di Malaysia rasa selamat apabila berada di jalan raya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Universiti UCSI dan melibatkan 937 responden, sebanyak 58% responden berasa selamat di jalan raya dengan 42% lagi berpendapat sebaliknya.

    Dari jumlah responden yang merasa selamat, 61.1% berkata mereka yakin pengguna jalan raya secara umumnya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas. Laporan ini disiarkan menerusi laman web Malaysia Now, dengan mengatakan 51.7% responden yakin dengan kemahiran dan ilmu pemanduan sementara 47.3% berkata mereka sihat dari segi fizikal untuk memandu.

    Manakala 43.1% lagi yakin pengguna lain “merupakan pemandu yang baik”, dan 42.6% mengatakan secara umumnya pengguna lain “beretika” di jalan raya. Daripada 42% responden yang tidak merasa selamat di jalan raya, 67.4% daripada mereka kurang yakin pengguna lain mematuhi undang-undang trafik, sementara 49.5% berkata mereka kurang yang pengguna lain memandu dengan baik.

    58% pemandu di Malaysia rasa selamat di jalan raya

    Sementara 47.9% responden pula mengatakan terlalu banyak jenis kenderaan di atas jalan raya, manakala 45.4% kurang yakin peraturan dapat mengawal tingkah laku pemandu. Manakala sebanyak 44.9% daripada responden pula berpendapat jalan raya dalam negara tidak berada dalam keadaan yang baik.

    Selain itu, 57% responden pula bersetuju negara memiliki kemajuan dalam mengawal kadar kemalangan, dan 70.9% pula berkata Malaysia memiliki sistem yang berkesan dalam memastikan hanya pemandu yang matang dan memiliki ilmu serta kemahiran dibenarkan memandu di jalan raya.

    57.7% lagi berkata negara mempunyai undang-undang trafik yang kukuh dalam mengawal keselamatan kenderaan sebelum dibenarkan berada di jalan raya, manakala 47.3% lagi berkata penguatkuasa bertindak sewajarnya terhadap pesalah trafik, sementara 46.6% berkata papan tanda mencukupi dan tepat bagi mengelakkan kekeliruan sewaktu pemanduan. Dan 49.4% responden pula berpandangan kebanyakan jalan raya dalam negara berada dalam keadaan yang teruk.

     
     
  • VIDEO: Honda Civic Type R 2023 hampir didedahkan; bakal pecah lagi rekod FWD terpantas di Nürburgring?

    VIDEO: Honda Civic Type R 2023 hampir didedahkan; bakal pecah lagi rekod FWD terpantas di Nürburgring?

    Mei lalu, Honda telah mengesahkan bahawa model generasi baharu Honda Civic Type R bakal didedahkan sepenuhnya pada bulan ini. Dan ini mungkin antara teaser terakhir sebelum ia membuat kemunculan sulung – Honda telah menyiarkan video pendek menunjukkan Civic Type R 2023 tersebut diuji dengan tajuk “penantian hampir tamat,” dan turut diberitahu ia akan “tiba pada musim panas ini”.

    Apa yang menarik, ujian terakhir tersebut dibuat pada bulan lalu di litar “The Green Hell” Nürburgring, Jerman. Adakah ini petanda bahawa Civic Type R bersedia untuk merebut semula takhta gelaran kereta produksi pacuan hadapan paling pantas di litar tersebut yang telah dirampas oleh Renault Megane RS Trophy-R tiga tahun lalu?

    April lalu, Honda mengumumkan bahawa prototaip Civic Type R 2023 ini telah pun memecahkan rekod model paling hardcore untuk Civic Type R generasi FK8 sedia ada iaitu versi Limited Edition di Litar Suzuka, Jepun. Model generasi baharu tersebut mencatatkan masa lap terpantas 2 minit 23.120 saat, atau hampir satu saat lebih pantas berbanding FK8 edisi khas yang lebih ringan dari model standard dan talaan lebih fokus untuk litar tersebut.

    Untuk pengetahuan anda, rekod 2 minit 23.993 saat yang dicatatkan oleh Civic Type R FK8 Limited Edition pada tahun 2020 tersebut sebenarnya telah pun berjaya meleburkan rekod 2 minit 25.454 saat yang dicatatkan oleh Renault Megane RS Trophy-R pada 2019 di Litar Suzuka. Jadi secara teori, Civic Type R 2023 ini adalah lebih dua saat lebih pantas berbanding Renault Megane RS Trophy-R di Suzuka, dan mungkin tidak ada masalah untuk meleburkan rekod Renault berkenaan di Nürburgring.

    Model ini diasaskan dari Civic generasi ke-11 dalam versi hatchback. Honda telah pun mendedahkan versi prototaip Civic Type R 2023 ini tahun lalu serta membuat penampilan di Tokyo Auto Salon awal tahun ini, tetapi dengan keadaan masih dibalut dengan pelekat penyamaran.

    Walaupun rupa sebenarnya diselindung disebalik pelekat tersebut, masih boleh dilihat ia diberikan fender yang lebih gemuk bagi menjadikan ia lebih lebar, serta bampar hadapan yang lebih agresif menampilkan liang pengambilan udara lebih besar dengan gril atas dan bawah diberikan elemen sarang lebah. Juga terdapat liang aliran udara di belakang ruang roda hadapan, manakala bampar belakang pula diberikan diffuser yang agak agresif serta masih menempatkan tiga tip ekzos pada bahagian tengah.

    Spoiler belakang Civic Type R generasi baharu ini masih lagi bersaiz besar, tetapi ia kini direka ala GT-Wing, dengan kakinya dilekat pada kedua-dua tiang sisi cermin belakang. Seperti model FK8, model gantiannya ini turut disertakan dengan rim lebih besar bersama tayar Michelin Pilot Sport, serta set brek Brembo yang jelas kelihatan disebaliknya.

    Honda masih belum memberikan sebarang pembayang berkenaan spesifkasi teknikal Civic Type R 2023 ini. Namun ia berkemungkinan masih menggunakan unit rangkaian kuasa sama seperti Type R FK8 tetapi diberikan beberapa tingkat taraf. Pada model sedia ada, Honda Civic Type R dijana oleh enjin K20C1 2.0L turbo empat silinder berkuasa 320 PS (306 hp) dan tork maksima 400 Nm, digandingkan hanya dengan kotak gear manual enam-kelajuan bersama unit LSD untuk memacu roda hadapan.

    Boleh diagak model generasi baharu ini masih tetap akan ditawarkan dengan kotak gear manual, malah video catatan rekod tempoh hari turut menunjukkan pemandunya sentiasa sibuk untuk menukar gear sendiri.


    GALERI: Honda Civic Type R 2023 Prototype

     
     
  • myTukar Retail Experience Centre di Plentong, Johor Bahru rasmi dibuka – pesta jualan sehingga Ahad ini

    myTukar Retail Experience Centre di Plentong, Johor Bahru rasmi dibuka – pesta jualan sehingga Ahad ini

    Platform kenderaan terpakai dalam talian, myTukar telah merasmikan pusat khidmat dan pameran (dipanggil sebagai Retail Experience Centre) terbaru mereka di Plentong, Johor Bahru. Ia adalah outlet kedua mereka di negeri itu, selepas di Skudai, dan melibatkan fasiliti berkeluasan 184,618 kaki persegi yang mempunyai pusat pemeriksaan serta servis selepas jualan.

    Bagi menyambut pembukaan fasiliti terbaru ini, myTukar telah mengadakan satu pesta automotif di situ, bermula hari ini, 17 Jun, hingga Ahad, 19 Jun. Lebih 1,000 buah kenderaan terjamin myTukar dibawa ke acara ini, termasuk dari jenama nasional, Jepun, Eropah dan pelbagai jenama mewah lain.

    Pembeli di acara ini akan dapat menikmati pelbagai tawaran eksklusif, termasuk kadar faedah pinjaman serendah 1.88%, baucar bernilai sehingga RM1,000 dan cabutan bertuah bernilai sehingga RM12,000. Sebagai tambahan, anda juga berpeluang untuk menang satu daripada 10 pasang tiket perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menonton Liverpool menentang Manchester United di Bangkok.

    “Outlet kami di Plentong dibina untuk menepati permintaan unik warga Johor. Selain daripada itu, bagi sebuah negeri yang mempunyai ramai peminat bola sepak, kami membuka peluang kepada pelanggan untuk memenangi pengalaman eksklusif untuk menonton perlawanan antara Manchester United dan Liverpool di Bangkok,” kata CEO myTukar, Derrick Eng.

    “Meskipun masih fokus kepada pembangunan di dalam talian, kami rasa penting untuk kami menyediakan pelanggan satu ekosistem jual beli kenderaan dengan serba adil. Outlet runcit kami disasarkan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, di mana pakar produk kami dapat menerangkan kepada mereka secara terperinci laporan pemeriksaan dan membantu mereka memahami kereta yang mahu mereka beli,” tambah beliau.

    Sejak kemunculan pada tahun 2018, myTukar telah berkembang menjadi satu pasaran dalam talian yang menawarkan pelbagai servus untuk semua aspek pemilikan kenderaan. Platform digital jenama itu membenarkan pengguna membeli dan menjual kenderaan dengan mudah, malah juga boleh dilakukan dari rumah. Jenama ini juga menyediakan pelbagai lagi khidmat selepas jualan lain, seperti insurans dan juga servis.

    Pada masa hadapan myTukar bersedia untuk mengembangkan lagi kewujudan fizikal mereka dengan pembukaan lebih banyak pusat pameran di seluruh negara. Enam outlet kini dalam perancangan, termasuk di Pulau Pinang, Melaka dan Seremban.

     
     
  • Modenas akan sertai pasaran elektrik menjelang 2025

    Modenas akan sertai pasaran elektrik menjelang 2025

    Kebanyakan pengeluar motosikal sekarang sudah mula meneroka produk yang dipacu oleh elektrik, dan Modenas juga tidak mahu ketinggalan. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh CEO Modenas, Roslan Roskan dalam satu sesi bersama media di Gurun, Kedah.

    “Kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran menjelang tahun 2030, sekurang-kurangnya 15% kenderaan di atas jalan adalah yang menggunakan elektrik. Jika kami tidak menyertai pasaran EV ini sebelum itu, sekurang-kurangnya menjelang tahun 2025, kami akan ketinggalan. Walaubagaimanapun, kami akan berhati-berhati dan melihat kepada pelbagai perkara seperti infrastruktur dan pelbagai lagi,” kata Roslan.

    Beliau turut menyatakan bahawa infrastruktur pengecas EV di Malaysia masih lagi lemah dan ketinggalan, selain pengguna Malaysia yang dikatakan masih kurang motivasi untuk beralih kepada kenderaan EV memandangkan kita mempunyai harga bahan api yang paling rendah di ASEAN.

    Modenas akan sertai pasaran elektrik menjelang 2025

    Sebelum ini Modenas mempunyai motosikal berbentuk kapcai, tetapi dipacu oleh elektrik yang dipanggil sebagai CTric. Ia adalah yang pertama diluluskan oleh JPJ untuk kegunaan atas jalan biasa, namun penerimaannya kurang baik akibat daripada masa mengecas yang lama dan jarak gerak pendek.

    Namun sekarang dengan adanya pelbagai teknologi yang telah terbukti, berserta Kawasaki yang juga sudah mula membangunkan jentera elektrik mereka sendiri, Modenas mungkin boleh menghasilkan suatu produk yang berjaya dalam pasaran.

     
     
  • Isuzu D-Max X-Terrain 2022 — varian 3.0L dikemaskini, warna baru, AVM, pengecas tanpa wayar; RM147k

    Isuzu D-Max X-Terrain 2022 — varian 3.0L dikemaskini, warna baru, AVM, pengecas tanpa wayar; RM147k

    Varian flagship Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain dari model generasi ketiganya kini diberikan kemaskini untuk tahun 2022 untuk pasaran tempatan. Kemaskini yang diberikan tidak terlalu banyak, tetapi menambahkan lagi senarai kelengkapan yang ada padanya.

    Apa yang baru? Pertama, dua pilihan warna untuk varian ini — Silky Pearl White dan Onyx Black. Dua warna ini menyertai Valencia Orange yang menjadi warna khusus untuk X-Terrain sebelum ini, dan Sapphire Blue telah digugurkan, menjadikan pilihan warna yang ditawarkan ketika ini hanya ada tiga.

    Turut melengkapinya adalah kamera peninjau sekeliling 360-darjah melalui kamera baru yang terletak di cermin sisi dan gril trak. Ciri ini tidak hanya memberikan pandangan dari atas ketika memasuki gear undur, tetapi juga ada paparan panduan 3D pada skrin 9.0-inci di tengah. Ciri ini amat berguna, mengambil kira saiznya.

    Isuzu D-Max X-Terrain 2022 — varian 3.0L dikemaskini, warna baru, AVM, pengecas tanpa wayar; RM147k

    Satu lagi ciri baru ialah pengecas tanpa wayar yang terletak di depan tombol gear. Tidak lupa “welcome light” yang menjadi permintaan ramai pelanggan sebelum ini dan disertakan dalam kemaskini terbaru berkenaan. Lampu ini akan menerangi bahagian kaki di bawah trak ketika kunci pintu dibuka, memudahkan pengguna untuk melihat di sekitarnya. Yang terakhir ialah scuff plate dengan pencahayaan; ada sekali logo X-Terrain dan lampunya dalam warna putih.

    “Populariti D-Max terutamanya X-Terrain kekal menggalakkan, dengan ramai pembeli pertama memilih untuk memilikinya. Aspek keselamatannya, keselesaan, boleh ke mana saja serta kepelbagaian yang diberikan menyebabkan ada yang beralih daripada kereta biasa kepada trak ini. Saya percaya dengan kemaskini yang diberika ini, D-Max X-Terrain akan terus mempunyai daya penarik terhadap ramai orang yang sedang mempertimbang untuk beralih juga,” ujar Ketua Pegawai Operasi, Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

    Dengan pertambahan kelengkapan ini, harganya juga sedikit naik, kini dijual RM146,938 atas jalan tidak termasuk insuran. Ketika dilancarkan pada April 2021, harga X-Terrain ialah RM141,938 — ini melibatkan kenaikan RM5,000. Jaminan yang diberikan adalah selama tujuh tahun tanpa had perbatuan, dan kini mula dibuka untuk tempahan dengan serahan dijangka bermula pertengahan Julai nanti.

    Isuzu D-Max X-Terrain 2022 — varian 3.0L dikemaskini, warna baru, AVM, pengecas tanpa wayar; RM147k

    X-Terrain menggunakan enjin 3.0 liter VGS turbodiesel dengan 190 PS dan 450 Nm tork dari 1,600 hingga 2,600 rpm. Enjin ini digandingkan bersama kotak gear automatik enam-kelajuan, dan sistem Terrain Command 4WD membolehkan mod pemanduan di pilih (2WD, 4WD-High, 4WD-Low) ketika memandu. Ada juga diff-lock belakang, pelindung bawah badan dan 800 mm kedalaman redahan air.

    D-Max varian tertinggi ini datang lengkap dengan ciri ADAS yang terdiri daripada Forward Collision Warning, Autonomous Emergency Braking (AEB), Turn Assist, AT Pedal Misapplication Mitigation, Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop/Go, Lane Departure Warning, Automatic High Beam, Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert. Selain itu, ada tujuh beg udara.

     
     
  • Tambang percuma sebulan Rapid KL – Pemegang pas perjalanan My50 boleh tebus percuma lepas kad luput

    Tambang percuma sebulan Rapid KL – Pemegang pas perjalanan My50 boleh tebus percuma lepas kad luput

    Untuk pengguna pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang, anda kini berpeluang menikmati tambang percuma selama sebulan bermula semalam (16 Jun 2022) bagi semua rangkaian pengangkutan awam kendalian Rapid KL termasuk MRT, LRT, KL Monorel, Sunway BRT dan bas (termasuk bas perantara). Malah KTMB juga memberikan tambang percuma untuk perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang untuk tempoh yang sama.

    Tetapi bagaimana sekiranya anda merupakan pemegang pas perjalanan bulanan My50, mungkin anda baru membelinya kelmarin, tup-tup Perdana Menteri mengumumkan tambang pengangkutan di bawah Rapid KL percuma pula untuk sebulan ini. Terasa rugi?

    Jawapannya, anda tidak akan rugi. Menurut Rapid KL, anda masih boleh menikmati tambang percuma selama 30 hari, tetapi selepas pas My50 yang dibeli tamat tempoh. Jika anda membeli pas terbabit pada 16 Jun, anda boleh menebus tambang percuma selama sebulan selepas pas anda itu tamat tempoh.

    Klik untuk besarkan

    Di mana tambang percuma akan diaktifkan serta-merta bermula dari 23-25 Julai. Untuk mendapatkannya, anda perlu menunjukkan resit pembelian pas terbabit. Tetapi jika tiada resit (hilang atau sebagainya), jangan risau kerana Rapid KL boleh menyemak menerusi rekod pembelian.

    Dan bagi pas My50 yang sudah tamat tempoh antara hari ini hingga 15 Julai, tidak menjadi masalah. Anda boleh menebus tambang percuma selama sebulan selepas pas anda tamat tempoh. Ia akan dikredit ke dalam pas anda dan diaktifkan secara serta-merta.

    Walau bagaimana pun, anda diingatkan untuk sentuh kad masuk dan keluar station seperti biasa. Tiada penolakan kredit atau caj yang dikenakan, tetapi ia sekadar untuk pemantauan dan rekod sahaja.

     
     
  • Kerajaan rugi RM4.8 bilion akibat pengecualian SST, akan hilang lagi RM2.5 bilion jika ia disambung

    Kerajaan rugi RM4.8 bilion akibat pengecualian SST, akan hilang lagi RM2.5 bilion jika ia disambung

    Pengecualian cukai jualan dan servis (SST) untuk pembelian kereta baru diperkenalkan pada tahun 2020 bagi membantu merancakkan kembali ekonomi selepas pandemik. Ia ternyata membantu pembeli, tetapi memberi kesan kepada kerajaan dengan Bernama melaporkan, kerajaan kerugian pendapatan RM4.8 bilion akibat pelaksanaannya selama dua tahun.

    Menteri kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kementerian kini sedang menjalankan kajian berkenaan impak rebat SST ini dan mengambil kira pilihan yang ada. Sebelum ini, tempoh pengecualian SST telah dilanjutkan sebanyak tiga kali dan ia sepatutnya berakhir hujung bulan Jun ini.

    “Jumlah RM4.8 bilion yang dilepaskan ini adalah besar, dan ia boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Kami perlu membuat kajian terperinci berkenaannya. Jika kita ambil keputusan untuk menyambungnya selama tiga bulan lagi, kita akan kerugian sekurang-kurangnya RM1.2 bilion, dan jika ia disambung selama enam bulan, kita akan rugi sekitar RM2.5 bilion,” kata Zafrul kepada media di Labuan semalam.

    Kerajaan rugi RM4.8 bilion akibat pengecualian SST, akan hilang lagi RM2.5 bilion jika ia disambung

    Semasa pelaksanaan pertamanya, pengecualian SST iaitu 100% bagi kenderaan CKD dan 50% untuk kenderaan CBU ini sepatutnya berakhir 31 Disember 2020, tetapi telah disambung ke 30 Jun 2021. Tempoh tamatnya kemudian dipanjangkan lagi enam bulan kepada Mei 2021, dan selepas itu, tarikh baru 30 Jun 2022 ditetapkan sewaktu pembentangan Bajet 2022 Oktober lalu.

    Kementerian kewangan juga sekarang mendapat tekanan daripada syarikat kereta yang mahu pengecualian cukai ini disambung sekali lagi memandangkan jumlah tempahan yang tidak dapat dipenuhi semakin meningkat. Industri automotif sekarang sedang berhadapan dengan masalah pengeluaran kereta untuk memenuhi permintaan, akibat daripada kekurangan bekalan semikonduktor dan juga alat ganti.

     
     
  • UMW Toyota dijangka rombak jualan, selepas jualan; produk eksklusif untuk sesi pandu uji 18-19 Jun ini

    UMW Toyota dijangka rombak jualan, selepas jualan; produk eksklusif untuk sesi pandu uji 18-19 Jun ini

    Semalam UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengeluarkan kenyataan media yang ringkas dengan menyatakan cara untuk syarikat ini mahu “menjangkaui jangkaan secara konsisten tentang pemilikan kenderaan dengan mengaturkan tawaran jualan dan selepas jualan yang lebih komprehensif”.

    Walau pun tidak menghuraikan lebih terperinci mengenai kenyataan terbabit, namun kami menjangkakan syarikat ini bakal melakukan rombakan terhadap perkhidmatan jualan dan selepas jualannya. Malahan UMWT turut mengajak para pelanggannya berkunjung mana-mana bilik pameran terdekat pada hujung minggu ini, 18-19 Jun, untuk menyertai sesi pandu uji. Bukan itu sahaja, sesi ini turut membuka peluang kepada pelanggan yang menyertai pandu uji tersebut untuk memenangi barangan eksklusif dari UMWT.

    Sebelum ini, UMWT telah menambah beberapa portfolio perkhidmatan jualan dan selepas jualannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk pembiayaan EZ Beli dan Pelan Flexi, pajakan Toyota Drive Islamic dan langganan kenderaan Kinto One. Untuk bahagian selepas jualan pula, syarikat itu telah memperkenalkan program ganjaran Loyal-T pada September 2021.

     
     
  • Kekerapan tren LRT dipertingkatkan dari 8 minit ke 5 minit mulai Ogos ini, giat baikpulih gerabak yang rosak

    Kekerapan tren LRT dipertingkatkan dari 8 minit ke 5 minit mulai Ogos ini, giat baikpulih gerabak yang rosak

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengesahkan kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini.

    Jelas beliau, kekerapan antara tren akan dikurangkan daripada lapan minit kepada sekurang-kurangnya lima minit selepas lebih banyak gerabak rosak diperbaiki, laporan Bernama

    “Kita dah kenal pasti apa sebabnya, sekarang perlu dibuat pembaikan. Jadi Ogos ini interim progress kita kekerapan pada lima minit dan November barulah kita dapat membaiki sepenuhnya (masalah tren),” katanya.

    Beliau menambah, pihaknya menetapkan sasaran pada Ogos dan November kerana perlu melakukan banyak penyelenggaraan pencegahan atas faktor keselamatan.

    “Kalau kita masih gunakan (tren bermasalah) dan ada risiko, kita tidak mahu sebarang insiden yang tidak diingini (berlaku),” katanya sambil memohon maaf kepada pengguna LRT yang terjejas namun menegaskan bahawa sebarang kelewatan tidak dapat dielakkan demi keselamatan.

    Pada 22 Mei lepas, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengenal pasti punca utama kebocoran bendalir hidraulik dan kerosakan angkup brek LRT laluan Kelana Jaya yang tergendala.

     
     
  • Sony Honda Mobility ditubuhkan – syarikat usahasama baru bakal hasilkan kereta elektrik Sony pada 2025

    Sony Honda Mobility ditubuhkan – syarikat usahasama baru bakal hasilkan kereta elektrik Sony pada 2025

    Selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Mac lalu, Honda dan Sony kini membawa kerjasama mereka ke tahap lebih tinggi dengan bersetuju untuk menubuhkan syarikat kerjasama yang digelar sebagai Sony Honda Mobility. Syarikat tersebut diwujudkan untuk mula membangunkan kenderaan-kenderaan elektrik (EV) dengan “nilai tambah yang sangat tinggi”, mungkin akan menggunakan jenama Sony, muncul pada 2025.

    Syarikat baharu itu akan diperbadankan secara rasmi tahun ini dan disasarkan untuk menggabungkan kekuatan setiap entiti. Honda akan menawarkan teknologi mesra alam, keselamatan dan pembuatan badan kenderaan, keupayaan pembangunan mobiliti dan pengalaman dalam menguruskan perkhidmatan selepas jualan.

    Manakala Sony pula akan menawarkan kepakarannya dalam pembangunan dan aplikasi pengimejan, penderiaan, telekomunikasi, rangkaian dan teknologi hiburan.

    Matlamatnya adalah untuk mewujudkan mobiliti generasi baharu dan perkhidmatan berkaitan yang “diselaraskan untuk hampir dengan pengguna dan persekitaran.” Kedua-dua syarikat juga merancang untuk mengembangkan penawaran berkenaan pada masa hadapan, membayangkan perkongsian dalam jangka masa panjang.

    Sony Honda Mobility ditubuhkan – syarikat usahasama baru bakal hasilkan kereta elektrik Sony pada 2025

    Walaupun masih tertakluk kepada kelulusan kawal selia, Sony Honda Mobility dirancang untuk beribu pejabat di Tokyo dan melibatkan pelaburan awal sebanyak 10 bilion yen (RM329.3 juta). Pegawai urusan senior Honda, Yasuhide Mizuno bakal dilantik menjadi pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, manakala naib presiden eksekutif Sony Izumi Kawanishi akan menyandang jawatan sebagai presiden dan ketua pegawai operasi.

    “Berdasarkan visi kami untuk ‘menjadikan ruang mobiliti bremosi,’ inisiatif Sony dalam perniagaan mobiliti tertumpu pada tiga bidang keselamatan, hiburan dan kebolehsuaian,” kata pengerusi, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Kenichiro Yoshida. “Sementara kami meneruskan pembelajaran kami dalam bidang ini, kami teruja untuk bertemu rakan kongsi, Honda, dengan pencapaian dan pengetahuan global yang meluas, dan untuk menandatangani perjanjian usaha sama antara kedua-dua syarikat.”

    “Kami sangat gembira kerana telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Sony, yang mempunyai kekuatan dalam teknologi digital termaju, dan berkongsi keinginan kami untuk menghadapi cabaran baharu. Sejak diumumkan pada bulan Mac, ramai orang telah menyatakan jangkaan mereka untuk usaha sama ini. Di syarikat baharu itu, kami akan berusaha untuk mencipta nilai baharu melalui gabungan yang dihasilkan oleh gabungan industri kami yang berbeza, jadi sila nantikan perkembangan masa hadapan,” kata presiden dan CEO Honda, Toshihiro Mibe.

    Usahasama ini merupakan kemajuan terbaharu dari Sony dengan dorongan yang tinggi untuk mula terlibat dalam industri automotif secara langsung. Sebelum ini, Sony pernah menghasilkan model konsep Vision-S yang disebut untuk menunjukkan kebolehan teknologi pengimejan dan hiburannya.

    Kereta konsep berkenaan penuh dengan teknologi signatur Sony. Ia dilengkapkan dengan kamera untuk mempertingkatkan penglihatan dan fungsi pemanduan autonomi, pelbagai paparan gergasi pada papan pemuka, perkhidmatan penstriman untuk kandungan TV dan filem Sony yang luas, pembesar suara di perehat kepala, audio bunyi sekeliling dan juga keupayaan penyambungan jauh konsol PlayStation untuk bermain permainan video.

    Walaupun Vision-S tersebut hanya untuk menunjukkan teknologi-teknologi yang disebutkan itu, sedan berkenaan dilihat seakan sudah bersedia untuk diproduksi. Malah Sony turut mendedahkan spesifikasinya, termasuk unit rangkaian kuasa yang terdiri dari dua motor elektrik dengan kuasa keseluruahan 536 hp serta pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat.

    Kereta tersebut kemudiannya menjalani ujian jalan raya sebenar, sekaligus mendedahkan tujuan sebenar ia dibangunkan – memperlihatkan betapa seriusnya Sony bagi memproduksi kereta elektrik pada masa hadapan. Sony kemudiannya berterus-terang pada Consumer Electronics Show (CES) tahun ini dengan mendedahkan satu lagi model konsep EV iaitu Vision-S 02 yang merupakan SUV tujuh-tempat duduk.

    Akhirnya, syarikat itu mengumumkan bahawa mereka memang benar-benar sedang mengkaji untuk masuk ke industri automotif dengan bekerjasama dengan Honda, dan kemudiannya mewujudkan syarikat kerjasama Sony Honda Mobility ini.

     
     
  • Kia Carnival CKD 2022 dibuka tempahan – 7- atau 8-tempat duduk, paparan instrumen 12.3″, RM235k-260k

    Kia Carnival CKD 2022 dibuka tempahan – 7- atau 8-tempat duduk, paparan instrumen 12.3″, RM235k-260k

    Perkhabaran yang dibocorkan menerusi Facebook oleh pengedar Kia, AZ Master Motor, yang berlokasi di Seri Kembangan, yang memaklumkan tempahan bagi Carnival pemasangan tempatan (CKD) telah pun mula dibuka tempahan. Nampak gayanya MPV CKD bakal dilancarkan tidak lama lagi, lima bulan selepas ia tiba di Malaysia dalam bentuk import sepenuhnya (CBU).

    Harga jangkaan yang diletakkan pada risalahnya menunjukkan versi CKD lebih mahal berbanding CBU. Ia menawarkan tiga varian, dengan harga jangkaan antara RM235,000 dan RM260,000. Berbanding versi import yang telah pun sedia berada di pasaran, ia berharga di bawah RM200,000 iaitu RM196,341.

    Alasan di sebalik kenaikan harga ini ialah Kia Malaysia telah menerima maklumbalas pelanggan dan menetapkan Carnival dengan ketetapan tujuh atau lapan tempat duduk, yang sepatutnya menyediakan lebih banyak ruang kaki dalaman dan susun atur tempat duduk yang kurang terjejas (ditambah dengan tali pinggang keledar tiga poin untuk semua penumpang). Pada asalnya MPV ini menawarkan 11-tempat duduk, membolehkan ia diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial – memberikannya cukai yang lebih rendah akibatnya.

    Sekurang-kurangnya MPV ini harus dilengkapi dengan tahap kelengkapan yang lebih baik untuk mengimbangi harga yang lebih tinggi. Walaupun spesifikasi dan kelengkapannya masih belum didedahkan, namun pengedar tersebut telah mengesahkan bahawa model CKD akan ditawarkan dengan paparan instrumen digital 12.3-inci, yang tidak disediakan pada versi CBU.

    Malah diharapkan beberapa ciri bantuan pemandu seperti brek kecemasan sendiri juga bakal ditawarkan, kerana ciri tersebut juga tiada pada model CBU.

    Bagi penjana kuasanya, Carnival ini dijangka mengekalkan enjin sedia ada iaitu 2.2 liter R turbodiesel, yang mampu memberikan output 202 PS dan tork 440 Nm dan dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan. Baca ulasan pandu uji Carnival 2022 versi CBU menerusi Pautan INI.

    GALERI: 2022 Kia Carnival CBU 2022 11-tempat duduk di Malaysia

     
     
  • GALERI: Kilang Modenas ikut SOP Jepun pasang Kawasaki, dapat mesin ujian khas pertama di ASEAN

    GALERI: Kilang Modenas ikut SOP Jepun pasang Kawasaki, dapat mesin ujian khas pertama di ASEAN

    Melalui berita yang kami siarkan sebelum ini, anda sudah tahu Modenas sudah memulakan operasi pemasangan motosikal Kawasaki di kilang mereka di Gurun, Kedah. Ia malah baru sahaja bermula, iaitu pada minggu lepas, dan sekarang mereka sedang melakukan pengeluaran dengan pemerhatian yang ketat untuk memastikan semua perkara berjalan lancar.

    Semasa lawatan ke kilang tersebut, kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau video, dan ia hanya akan diberi oleh Modenas sendiri. Di sini kami letakkan galeri gambar tersebut, supaya anda juga boleh mendapat gambaran bagaimana keadaan di dalam kilang tersebut.

    Setakat ini 20 unit motosikal Kawasaki sudah siap dipasang, dan ia terdiri daripada Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, iaitu dua model pertama yang akan dilancarkan oleh Kawasaki untuk pasaran Malaysia di bawah Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS).

    Seperti yang boleh anda lihat di dalam gambar, baris pemasangan (assembly line) untuk motosikal Kawasaki di kilang ini adalah pendek sahaja setakat ini, tetapi ia akan ditambah dengan tiga lagi baris untuk kerja utama dan satu khas untuk pemasangan enjin (pada masa sekarang enjin datang secara lengkap dari Thailand).

    Menurut CEO Modenas, Roslan Roskan, dalam keadaan sekarang, kilang ini boleh mengeluarkan 200 ke 300 buah motosikal Kawasaki dalam masa sebulan, dan untuk tempoh baki enam bulan tahun ini, mereka boleh menghasilkan sekitar 1,000 ke 1,200 buah motosikal.

    Apabila penambahan baris pemasangan lengkap tahun hadapan, jumlah pengeluaran ini boleh meningkat menjadi 3,500 hingga 5,000 unit setahun, dengan hanya satu syif bekerja, dan jika mempunyai permintaan tinggi, ia boleh ditambah lagi kerana masih terdapat banyak ruang kosong di kilang tersebut.

    GALERI: Kilang Modenas ikut SOP Jepun pasang Kawasaki, dapat mesin ujian khas pertama di ASEAN

    Semua prosedur operasi pemasangan motosikal Kawasaki di kilang ini adalah mengikut standard dan spesifikasi sama seperti kilang Kawasaki di Jepun, dan melalui pemerhatian kami, ia nampak tersusun, rapi dan mempunyai aturan yang jelas bagi membantu pekerja.

    Satu lagi yang menarik, Kawasaki juga telah membawa satu kelengkapan menguji motosikal khas ke kilang di Gurun ini, dan ia dikatakan sebagai yang pertama di dalam ASEAN. Di Jepun juga, menurut mereka, hanya Kawasaki sahaja yang mempunyai mesin ini. Ia bukan setakat boleh mengenal pasti prestasi enjin, tetapi juga putaran roda, operasi sistem ABS dan beberapa lagi fungsi.

     
     
  • Yamaha MT-09 ditawarkan dalam warna baru – RM55k

    Yamaha MT-09 ditawarkan dalam warna baru – RM55k

    Yamaha MT-09 versi baru yang dilancarkan November tahun lalu kini ditawarkan kepada pasaran dalam dua warna baru, iaitu Cyan Storm dan Tech Black. Harganya masih sama seperti waktu pelancaran tahun lepas, iaitu RM54,998 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

    Pertama kali didedahkan kepada dunia pada tahun 2020, MT-09 baru ini melibatkan beberapa perubahan berbanding model sebelumnya, dengan yang utama adalah pada bahagian penampilan bersama lampu hadapan LED lebih unik dan lampu belakang yang lebih kemas. Di sebalik panel badan itu juga Yamaha menggunakan kerangka aluminium baru yang lebih tegar untuk memberikan lebih stabiliti dan karekter pemanduan dinamik.

    Enjinnya adalah sama seperti Tracer 9 2021, iaitu unit tiga silinder 890 cc, yang berkemampuan 119 hp pada 10,000 rpm dan 93 Nm tork pada 7,000 rpm. Selain kuasa yang lebih tinggi berbanding model sebelumnya, enjin ini turut dipertingkat untuk mematuhi tahap emisi Euro 5 manakala muncung suntikan bahan api diperelok untuk memberikan lebih penjimatan bahan api.

    Yamaha MT-09 ditawarkan dalam warna baru – RM55k

    Transmisi adalah unit enam kelajuan, dan klac jenis A&S dilaras kembali untuk memadankannya dengan kuasa baru enjin. Kemudian, penukar gear quickshifter yang datang standard pada motosikal ini turut dipertingkat untuk memberikan penukaran naik dan turun gear yang lebih pantas serta lancar.

    Di hadapan penunggang kini terletak panel paparan TFT berwarna 3.5 inci baru yang boleh memaparkan pelbagai informasi termasuk kedudukan gear dan operasinya boleh dikawal menggunakan butang di bahagian kiri pemegang.

    Peningkatan elektronik tidak terhenti di situ kerana MT-09 2021 kini dilengkapi dengan unit pengukur inertia (IMU) 6-axis untuk memberikan input kepada sistem Traction Control (tiga mod), Slide Control System (SCS), Front Wheel Lift Control System (LIF) dan Brake Control System (BC).

    Suspensi MT-09 2021 masih lagi menggunakan fork 41 mm serta monoshock yang boleh dilaras, tetapi ia telah ditala semula untuk menyesuaikannya dengan casis serta lengan ayun baru. Pada bahagian brek, di hadapan ia kini menggunakan pam utama radial untuk menghantar tekanan minyak kepada set berkembar angkup empat piston dan cakera 298 mm. Di belakang menggunakan cakera 245 mm dan angkup satu piston.

    Jika anda lihat lebih terperinci, rekaan rim 17 inci MT-09 ini juga berlainan. Bukan setakat rekaan, ia juga adalah 700 gram lebih ringan sekaligus memperbaiki kawalan motosikal dan kecekapan bahan api. Tayar bersaiz 120/70 di hadapan dan 180/55 di belakang.

    Kelengkapan lain pada MT-09 2021 adalah seperti tangki bahan api 14 liter, berat keseluruhan 189 kg, tinggi tempat duduk 825 mm dan jarak dari tanah 140 mm. Jarak roda untuk model baru ini juga bertambah 30 mm menjadikannya 1,430 mm.

     
     
  • Perodua Alza D27A akan dapat nama baru, harga akan diumum 23 Jun, tempahan turut dibuka selepas itu

    Perodua Alza D27A akan dapat nama baru, harga akan diumum 23 Jun, tempahan turut dibuka selepas itu

    Bagi mereka yang berminat dengan MPV baharu keluaran Perodua bagi menggantikan Alza yang sudahpun dihentikan pengeluarannya akhir April lalu, ini ada maklumat baharu yang kami terima – Perodua bakal mengumumkan harga jualan untuk model tersebut pada 23 Jun ini, dan tempahannya akan dibuka selepas itu.

    Maklumat ini terkandung dalam pekeliling dalaman yang dihantar kepada jaringan pengedarnya semalam, dan telah dilihat serta dibaca oleh paultan.org. Pekeliling tersebut turut menyebut bahawa Perodua turut akan “mendedahkan nama model” pada tarikh yang sama, menandakan bahawa MPV baharu yang kini hanya dikenali dengan kod projek D27A berkenaan tidak akan menggunakan lagi nama Alza untuk model generasi baharu ini.

    Masih belum ada petunjuk rasmi dari Perodua berkenaan nama baharu tersebut, namun pada April lalu syarikat berkenaan telah dilihat mendaftarkan tanda dagang untuk nama ‘Traz’ dan ‘Nexis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bulan lalu. Kedua-dua nama berkenaan difailkan di bawah kelas 12 dan kelas 37, menandakan ianya diletakkan pada kategori yang berkaitan dengan kereta.

    Walau bagaimanapun, bukan semua nama yang didaftarkan di MyIPO tersebut sah akan digunakan untuk model-model akan datang kerana ia mungkin hanya sebagai antara pilihan yang mungkin akan diambil. Contohnya ketika Perodua mendaftarkan nama Axia pada 2014, mereka turut mendaftarkan dua lagi nama iaitu Eliana dan Atrivia yang masih belum digunakan sehingga kini.

    Dalam laporan sebelum ini, Perodua D27A berkenaan dikhabarkan akan dijual pada harga bermula RM69k – jauh lebih mahal dari Alza sebelum ini dan ini mungkin sebabnya ia tidak lagi akan menggunakan nama Alza. Model penganti ini dihasilkan dari platform Daihatsu New Global Achitecture (DNGA) yang jauh lebih canggih serta merupakan kembar kepada Toyota Avanza/Daihatsu Xenia yang telah pun dilancarkan di Indonesia pada November tahun lalu.

    Perodua telahpun menyiarkan teaser rasmi untuk MPV ini semalam, sedikit sebanyak mendedahkan rupa sebenarnya. Ia masih mengekalkan rupa asas yang hampir sama dengan Avanza/Xenia, tetapi nampaknya menerima muka dengan pengaruh dari Ativa dengan menampilkan elemen berbentuk-X, seperti yang dilakar oleh Theophilus Chin sebelum ini.

    Lampu hadapan juga dilihat lebih bersegi berbanding Avanza dan Xenia, bersama gril yang direka juga seiras seperti Ativa. Manakala di belakang, lampu utamanya dilihat mirip lampu pada Avanza, dengan grafik berbentuk-L serta klusternya dihubung oleh perincian kemasan dengan logo Perodua di tengah.

    Perodua Alza D27A akan dapat nama baru, harga akan diumum 23 Jun, tempahan turut dibuka selepas itu

    Laporan sebelum ini juga mengesahkan bahawa MPV baharu tersebut akan ditawarkan dalam tiga varian, bermula dengan model asas 1.5L X CVT (kod varian BP5XZ), diikuti varian pertengahan 1.5L H CVT (BP5HZ) dan varian tertinggi 1.5L AV CVT (BP5VZ).

    Nama pada varian ini sekaligus mengesahkan bahawa MPV generasi baharu tersebut tidak akan menerima enjin 1.0 liter tiga-silinder turbo seperti Ativa, sebaliknya menggunakan enjin 1.5 liter NA dan dipadankan dengan kotak gear CVT automatik, tanpa pilihan varian kotak gear manual.

    Di Indonesia, Avanza dan Xenia menerima enjin 2NR-VE 1.5 liter empat-silinder NA Dual VVT-i bersama kotak gear gear D-CVT, yang dilihat sama seperti Perodua Myvi facelift 2022. Namun berbeza dengan Myvi yang menghasilkan 102 PS/138 Nm, enjin sama untuk versi MPV ini menerima talaan yang membolehkan ia menjana 106 PS ada takat 6,000 rpm dan tork maksima 138 Nm pada takat 4,200 rpm.

    MPV baharu ini juga dilihat akan ditawarkan dalam lima warna badan berbeza, terdiri dari satu warna solid dan empat warna metalik. Satu-satunya warna solid iaitu Ivory White, bersama Glittering Silver dan warna baru Elegant Black ditawarkan untuk ketiga-tiga varian, manakala warna Garnet Red dan Vintage Brown hanya untuk varian H dan AV.

     
     
  • Tambang percuma selama sebulan diberikan untuk penumpang KTM Komuter mulai hari ini – Ismail Sabri

    Tambang percuma selama sebulan diberikan untuk penumpang KTM Komuter mulai hari ini – Ismail Sabri

    Selain mengumumkan kesemua jaringan pengangkutan awam kendalian Rapid KL (tren MRT, LRT, KL Monorel, bas Rapid KL, bas perantara dan Sunway BRT), ditawarkan tambang percuma selama sebulan mulai hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan, perkara yang sama juga diberikan untuk penumpang perkhidmatan tren KTM Komuter laluan Lembah Klang, yang dikendalikan oleh KTM Berhad.

    Jelas beliau, kerajaan memperuntukan subsidi sejumlah RM155 juta untuk pemberian tambang percuma, iaitu RM140 juta untuk pengangkutan awam kendalian Rapid KL, dan RM15 juta bagi KTM Komuter laluan Lembah Klang, laporan Bernama.

    Tambahnya lagi, dengan adanya tambang percuma selama sebulan ini, ia dapat mengurangkan beban kewangan para pengguna, selain menggalakkan lebih ramai pengguna memilih untuk menaiki pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang.

    Tambang percuma selama sebulan diberikan untuk penumpang KTM Komuter mulai hari ini – Ismail Sabri

    Ketika ditanya oleh pihak media, adakah kerajaan akan memberikan harga istimewa bagi pengangkutan awam selepas tambang percuma ini tamat, beliau menjawab, semuanya akan diputuskan selepas tempoh sebulan berakhir.

    Beliau berkata demikian selepas melancarkan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu yang mula beroperasi jam 3 petang ini. MRT Laluan Putrajaya bagi fasa pertama ini melibatkan jajaran sepanjang 17.5 km dan memiliki keseluruhan 12 stesen, dengan sembilan stesen baharu yang menyertai tiga stesen sedia ada yang bersambung dengan MRT Laluan Kajang.

    Tiga stesen sedia ada adalah Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh. Dari setsen berkenaan, laluan akan melalui MRR2 ke Kepong. Stesen baharu yang terlibat ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

     
     
  • myTukar Auto Fair 2022 di Johor — lanjutan jaminan, servis percuma, pinjaman pantas, stok tersedia!

    myTukar Auto Fair 2022 di Johor — lanjutan jaminan, servis percuma, pinjaman pantas, stok tersedia!

    Tak tahu nak hala ke mana untuk cari kereta, terutamanya yang tak perlu tunggu lama untuk dapat? Kalau itulah yang dihajatkan, jangan lupa untuk berkunjung ke myTukar Auto Fair 2022 yang diadakan di myTukar Retail Experience Centre – Plentong, Johor Bahru pada 17 hingga 19 Jun, hujung minggu ini. Terdapat pelbagai pilihan kenderaan untuk keperluan semua golongan.

    Apa kelebihan kalau beli kereta di acara ini? Pembelian anda akan bebas daripada sebarang masalah. Ini kerana setiap kenderaan yang disahkan oleh myTukar telah melalui pemeriksaan 160-poin untuk memastikan tiada ubah suai terhadap jarak meter, serta kereta berkenaan juga bebas daripada sebarang kemalangan teruk, kebakaran atau kerosakan akibat banjir.

    Sebagai tambahan, setiap pembelian myTukar disertakan dengan lanjutan jaminan selama setahun dan dua servis percuma, sesuatu yang sangat jarang ditawarkan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau berubah fikiran tentang kereta yang dibeli, anda boleh memulangkannya begitu sahaja melalui jaminan pulangan wang dalam masa lima-hari yang disediakan — tanpa sebarang pertanyaan.

    myTukar Auto Fair 2022 di Johor — lanjutan jaminan, servis percuma, pinjaman pantas, stok tersedia!

    Pembeli juga akan menerima tawaran istimewa tambahan ketika membeli kenderaan di acara ini, seperti kadar faedah pinjaman serendah 1.88% bagi 100 tempahan pertama, serta peluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM1,000 melalui promosi Spin & Win.

    Beli kenderaan di acara ini dan anda berpeluang untuk menang satu daripada 10 pasang tiket perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menonton Liverpool menentang Manchester United di Bangkok. Tempah kenderaan anda sebelum 19 Jun dan dapatkannya sebelum 30 Jun, jawap kuiz dengan betul ketika anda menjawab panggilan telefon, dan anda mungkin berpeluang ke Thailand untuk menonton perlawanan persahabatan itu. Sekiranya anda mendaftar minat sebelum acara bermula, anda akan mendapat peluang tambahan untuk mendapatkan tiket berkenaan.

    Selain itu, ada juga hadiah cabutan bertuah terkumpul bernilai RM12,000 untuk dimenangi. Ini termasuk iPhone 13, iPad, konsol PlayStation 5, Android SmartTV, pembersih hampagas Xiomi Mi Robot serta pam air Karcher, pembersih hampagas Karcher dan mesin kopi Nescafe Dolce Gusto.

    myTukar Auto Fair 2022 di Johor — lanjutan jaminan, servis percuma, pinjaman pantas, stok tersedia!

    myTukar Experience Centre merupakan pusat sehenti yang akan memastikan pengalaman pembelian pelanggan mudah dan selesa. Semua urusan, dari pemeriksaan Puspakom, pendaftara JPJ, permohonan pinjaman hinggalah insuran semuanya diuruskan oleh syarikat ini. Anda juga boleh trade-in kenderaan di myTukar Auto Fair 2022 — mereka akan memberikan tawaran dengan nilai harga jualan semula maksimum ketika acara ini berlangsung. Layari laman web myTukar segera!

    Untuk jualan makanan, terdapat pelbagai trak makanan di tapak acara, jadi pengunjung boleh menikmati hidangan yang diinginkan tanpa perlu keluar dari sana. Langkah pencegahan Covid-19 juga masih diteruskan — penggunaan pelitup muka wajib sepanjang masa, tetapi penjarakan sosial tidak lagi diwajibkan. Petugas acara akan membersihkan kawasan dengan kerap, termasuk permukaan yang selalu disentuh seperti permukaan kenderaan, kemudahan umum dan lain-lain sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang masa.

    Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi acara myTukar. Berkunjunglah ke myTukar Auto Fair 2022 pada 17-19 Jun ini, dari 9.30 pagi hingga 8 malam. Anda juga boleh menghubungi nombor dan emel di bawah:

    Telefon : 03-7890 4499
    WhatsApp : +6018-2249999
    E-mel: [email protected]

    myTukar Retail Experience Centre – Plentong, JB.
    Jalan Masai Lama,
    Taman Perindustrian Plentong
    81750 Johor Bahru, Johor.

     
     
  • myTukar Auto Fair 2022 di Johor — Perodua Myvi dari RM490 sebulan, stok tersedia, serahan segera!

    myTukar Auto Fair 2022 di Johor — Perodua Myvi dari RM490 sebulan, stok tersedia, serahan segera!

    Permintaan untuk kereta baru sememangnya sentiasa tinggi. Ini bermakna, bekalannya juga selalu tidak dapat menampung permintaannya, menyebabkan tempoh menunggu yang lama. Ini lebih panjang jika melibatkan model kereta popular. Maka, pilihan untuk kereta terpakai sentiasa manjadi alternatif yang sangat baik juga.

    Untuk itu, acara seperti myTukar Auto Fair 2022 menjadi penting, yang akan berlangsung di myTukar Retail Experience Centre – Plentong, Johor Bahru hujung minggu ini, dari 17 hingga 19 Jun. Akan ada pelbagai jenis kenderaan dipamerkan untuk dijual, dan antaranya termasuklah Perodua Myvi 2019.

    Unit yang dilihat ini adalah varian 1.3 X dengan transmisi automatik, dan dijual pada harga RM44,700, dengan bacaan odometer sebanyak 44,242 km dan datang dalam warna Glittering Silver. Myvi ini boleh dibiayai dengan harga serendah RM490 sebulan.

    Sama seperti semua kenderaan lain di acara ini, ia telah menerima myTukar Certified dan telah melalui pemeriksaan 160-poin dan lulus. Ini maksudnya, ia bebas daripada sebarang kemalangan teruk, kerosakan akibat banjir atau kebakaran, dan bebas daripada sebarang masalah mekanikal.

    myTukar Auto Fair 2022 di Johor — Perodua Myvi dari RM490 sebulan, stok tersedia, serahan segera!

    Ruang dalamannya, serta bahagian bawah badan dan ruang enjin juga diperiksa, dan hanya mempunyai sedikit kesan pada cermin depan dan lampu utama sebelah kanan.

    Myvi 1.3 X ini menggunakan enjin 1NR-VE 1.3 liter Dual VVT-i NA petrol dengan kuasa 94 hp pada 6,000 rpm dan 121 Nm tork pada 4,000 rpm dan disalurkan ke roda depan melalui transmisi automatik empat-kelajuan. Ia dilengkapi rim 14-inci, serta lengkap dengan stereng kuasa elektrik.

    Ada ciri lain juga untuk memudahkan pemandu, seperti bantuan mula mendaki, dan eco-idle yang membantu aspek penjimatan minyak terutama ketika tersangkut dalam kesesakan trafik dalam bandar. Sensor parkir depan memudahkan lagi sekiranya ruang sempit, dan tak lupa cermin sisi lipatan dengan kuasa elektrik. Turut disertakan di dalam ialah radio, USB dan Bluetooth untuk audio, serta pengecas USB untuk peranti mudah alih anda.

    Jika mahukan kereta lain, jangan risau. Ada banyak lagi pilihan yang tersedia untuk anda di myTukar Auto Fair 2022. Semuanya lulus myTukar Certified dan melalui pemeriksaan 160-poin, dan dipastikan bebas daripada kemalangan teruk, kebakaran dan kerosakan akibat banjir. Setiap pembelian myTukar datang dengan lanjutan jaminan PERCUMA selama setahun dan dua temujanji servis PERCUMA — perkara yang jarang ditawarkan untuk kereta terpakai.

    myTukar Auto Fair 2022 di Johor — Perodua Myvi dari RM490 sebulan, stok tersedia, serahan segera!

    Selain itu, setiap pembelian myTukar disertakan sekali dengan lanjutan jaminan selama setahun dan dua servis percuma, tawaran yang jarang diberikan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya anda berdepan sebarang masalah atau bertukar fikiran tentang kenderaan yang dibeli, anda hanya perlu pulangkannya tanpa sebarang pertanyaan diajukan kepada anda — melalui polisi jaminan pulangan wang lima-hari yang diberikan. Semak senarai panjang kereta yang ada di sini.

    myTukar Experience Centres merupakan pusat sehenti yang memastikan perjalanan anda untuk membeli kenderaan berlangsung dengan mudah dan tidak rumit. Semua urusan dari pemeriksaan Puspakom, pendaftaran JPJ, permohonan pinjaman hinggalah kepada insuran, semuanya diuruskan oleh syarikat ini.

    Pelanggan juga boleh trade-in kenderaan mereka di myTukar Auto Fair 2022 — nilai maksimum dan tawaran trade-in menarik boleh ditentukan terus oleh petugas berpengalaman di acara ini nanti.

    Dengan pembelian kenderaan di acara berkenaan, anda juga berpeluang memenangi satu daripada 10 pasang tiket yang ditanggung sepenuhnya untuk menonton Liverpool menentang Manchester United di Bangkok. Tempah kenderaan anda sebelum 19 Jun dan dapatkannya sebelum 30 Jun, jawab soalan kuiz bila anda menerima panggilannya, dan anda mungkin bertuah untuk ke Thailand menonton perlawanan persahabatan itu. Jika anda mendaftarkan minat untuk hadir ke acara berkenaan di sini, anda akan mendapat peluang tambahan untuk hadiah berkenaan.

    Tambahan pula, anda akan menerima tawaran istimewa jika anda membeli kenderaan di acara ini, seperti pinjaman dengan kadar faedah serendah 1.88% bagi 100 tempahan pertama serta peluang untuk menang baucar bernilai sehingga RM1,000 melalui promosi Spin & Win.

    Tidak lupa juga ada hadiah bernilai RM12,000 untuk cabutan bertuah eksklusif untuk dimenangi. Ini termasuklah iPhone 13, sebuah iPad, sebuah konsol Playstation, SmarTV Android, pembersih hampagas Xiomi Mi Robot serta pam air Karcher dan mesin kopi Nescafe Dolce Gusto.

    Untuk hidangan pula, trak makanan akan turut berada di lokasi, jadi pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman pilihan mereka dengan mudah. Prosedur penghindaran Covid-19 juga perlu diamalkan — pelitup muka adalah wajib sepanjang masa, tetapi penjarakan fizikal tidak lagi wajib. Kru acara akan kerap membersihkan keseluruhan lokasi serta permukaan yang kerap disentuh seperti kereta dan kemudahan umum untuk memastikan keselamatan terjamin.

    Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi myTukar. Berkunjung ke myTukar Auto Fair 2022 pada 17-19 Jun ini, bermula 9.30 pagi hingga 8 malam setiap hari. Anda juga boleh menghubungi saluran berikut:

    Telefon: 03-7890 4499
    WhatsApp: +6018-2249999
    Emel: [email protected]

    myTukar Retail Experience Centre – Plentong, JB
    Jalan Masai Lama,
    Taman Perindustrian Plentong
    81750 Johor Bahru, Johor.