Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Renault Fluence Formula Edition di pasaran – RM127k

    Renault Fluence Formula Edition 1

    TC Euro Cars selaku pengedar rasmi Renault di Malaysia baru sahaja memperkenalkan model edisi terhad bagi Fluence sedan. Dikenali sebagai Renault Fluence Formula Edition, varian ini adalah sempena dengan kembalinya pasukan Renault di dalam sukan permotoran berprestij iaitu Malaysia Grand Prix 2016 yang bakal berlangsung pada 2 Oktober ini.

    Formula Edition dijual pada harga atas jalan RM126,688 tanpa insurans, iaitu RM6,800 lebih mahal berbanding Fluence biasa dalam spesifikasi tertinggi Dynamic. Bagi model edisi terhad ini, ia didatangkan dengan bodykit, pengesan undur (Flunce hanya memiliki kamera undur) dan jaluran French tricolore, sementara di dalamnya, tambahan kekemasan hitam berkilat dan kulit upholstery berwarna maroon/merah manggis.

    Ia turut masih mengekalkan rim aloi dua-tona 17-inci, tetapi dengan sedikit sentuhan hitam berkilat. Selain itu, kit sedia ada masih dikekalkan termasuk kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, kawalan kelajuan dan sistem infotainmen R-Link dengan skrin sesentuh tujuh-inci, USB dan Bluetooth, penghawa dingin automatik, corong penghawa udara belakang, enam beg udara dan kawalan kestabilan.

    Di bawah hudnya, Formula Edition ini masih menggunakan penjana kuasa yang sama dengan Fluence iaitu 2.0 liter empat-silinder, yang diadaptasikan dari Nissan Sylphy sebelum ini, mampu menghasilkan kuasa sehingga 143 hp pada 6,000 rpm dan tork 195 Nm pada 3,700 rpm. Ia dipadankan dengan X-Tronic CVT, yang membolehkan Fluence dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 10.1 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum pada 195 km/j. Penggunaan bahan apinya pula dianggar sekitar 7.7 liter bagi setiap 100 km (13.0 km/l).

    Boleh didapati dengan pilihan warna Hitam Metalik atau Putih Mutiara, Fluence Formula Edition ini turut didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan, berserta pakej servis percuma lima tahun, seperti Fluence standard.

     
     
  • SPYSHOT: Volvo S90 sedang diuji di Shah Alam!

    VOLVO-S90-2_BM

    Petanda Volvo Cars Malaysia akan melancarkan model S90 dilihat semakin hampir, setelah model berkenaan dan kembar versi wagonnya – V90 muncul di laman web VCM.

    Imej Volvo S90 ini dirakam oleh pembaca LimPeh28 di Seksyen 15, Shah Alam. Unit ujian berkenaan masih menggunakan plet nombor pendaftaran Eropah dan pelekat “test vehicle” ditampal pada bahagian bawah pintu hadapan.

    Unit ini juga dilihat tampil dengan lencana D4 pada penutup but belakang, bermaksud ia adalah model berkuasa diesel dengan enjin 2.0 liter 190 hp. Kemungkinan besar unit ini dibawa hanyalah untuk di uji semata-mata kerana varian D4 dijangka tidak akan dipasarkan di Malaysia.

    Kami jangkakan Malaysia akan menerima varian T8 Twin Engine Plug-in Hybrid, sama seperti versi SUV dengan platform Scalable Product Architecture (SPA) serupa iaitu XC90 T8 yang kini telah diproduksi secara CKD di kilang Swedish Motor Assemblies Shah Alam. Selain dari dipadankan dengan motor elektrik memacu roda belakang, unit janakuasa T8 ini juga diberikan janaan dari unit pengecas turbo serta supercharger menghasilkan kuasa keseluruhan 407 hp seterusnya menerima pengecualian cukai istimewa atas penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

    Volvo dikatakan telah melaburkan sejumlah dana yang besar untuk melengkapkan kilang mereka di Shah Alam dengan kelengkapan dan fasiliti untuk memproduksi kenderaan dengan unit janakuasa T8 berkenaan, dan tidak mungkin ia hanya digunakan untuk pengeluaran XC90.

    Laman web VCM juga turut memaparkan serba sedikit berkenaan ciri-ciri yang akan ditawarkan pada S90/V90 di Malaysia, antaranya Bantuan Kekal Lorong, Pencegah Keluar Jalan, Pengesan Pejalan Kaki dan Haiwan Besar serta banyak lagi.

     
     
  • Honda Malaysia buka hab sementara penukaran beg udara Takata di Petron dan AEON Mall terpilih

    takata-recall-en

    Pada hujung Julai lalu, Honda Malaysia (HM) telah mengumumkan pembukaan Hab Pusat Servis dan Hab Bergerak khas untuk mempercepatkan usaha memanggil semula semua kenderaan keluarannya yang terjejas kerana masalah pada inflator beg udara Takata.

    Pada hujung minggu ini iaitu mulai 19 hingga 21 Ogos 2016, Hab Bergerak Khas ini akan berada di Petron RTC Gopeng (Perak), Petron Masjid Tanah (Melaka), dan AEON Mall Kota Bharu (Kelantan).

    Manakala pada hujung minggu berikutnya iaitu dari 26 hingga 28 Ogos 2016 pula, ia akan berada di Petron Taman Tasek Putra (Tronoh, Perak), Petron Belimbing (Tanah Merah, Kelantan) dan Petron Pasir Gudang East 2 (Johor).

    Untuk pemilik kenderaan terpakai jenama Honda juga boleh memastikan status kenderaan mereka secara atas talian di dengan memasukan nombor VIN kenderaan mereka di sini: http://productrecall.honda.com.my

    Honda Malaysia juga faham mengenai kesulitan pelanggan yang terpaksa menunggu alat ganti yang diperlukan dalam panggilan semula ini. Oleh itu pampasan “kerugian kerana tidak boleh menggunakan kereta” akan diberikan kepada pelanggan yang terjejas. Pelanggan boleh mendaftar dengan Honda Malaysia juga di laman web ‘Product Recall’ seperti yang disebutkan di atas, bagi mendapatkan ganti rugi sebanyak RM50 sehari atas kesulitan berkenaan. Tempoh pampasan berkenaan bermula 28 Julai dan berakhir pada 31 Ogos 2016.

    Pelanggan yang sudah mendaftar akan dihubungi sekiranya alat ganti mereka telah sampai dan akan dinasihatkan untuk menukarnya dalam masa dua hari. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pampasan ini di laman web yang dinyatakan itu.

     
     
  • Beberapa laluan di Shah Alam ditutup sementara sempena Puma Night Run 2016 hujung minggu ini

    Puma_Night_Run2016

    Sempena dengan Puma Night Run 2016 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, 20 Ogos 2016, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengumumkan beberapa laluan di sekitar Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, bakal ditutup secara berperingkat. Ia adalah bagi memberikan laluan kepada kerja persiapan dan sepanjang acara berlangsung.

    Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, Persiaran Bandaraya di Dataran Kemerdekaan akan ditutup mulai Jumaat, 19 Ogos ini, dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan keesokannya pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

    Manakala laluan lain yang turut ditutup ialah Persiaran Perbandaran, Persiaran Damai, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Kayangan, mulai jam 8.30 malam pada Sabtu tersebut.

    Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa yang diberikan oleh pihak terbabit. Malahan MBSA juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui.

     
     
  • AAM hadapi krisis kewangan – gagal membayar gaji dan KWSP kakitangan, bergelut untuk terus beroperasi

    AAM logo-1

    Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang mempunyai ahli melebihi 200,000 orang kini sedang bergelut dengan isu kewangan dan gagal untuk melangsaikan pelbagai hutang serta turut akan menghadapi pendakwaan kerana gagal untuk membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kakitangannya, lapor The Sun Daily.

    Apa yang lebih membimbangkan adalah hubungan AAM dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dikhuatiri akan terjejas. Presiden FIA Jean Todt juga dikhabarkan sedang meneliti isu tersebut memandangkan Grand Prix Formula 1 Malaysia akan diadakan pada bulan Oktober ini.

    Ahad lalu, AAM telah membatalkan mesyuarat tergempar atas alasan teknikal untuk menjual dua aset hartanah terakhir mereka iaitu bangunan di Johor Bahru dan sebuah lagi Ibu Pejabat mereka di Shah Alam. Cadangan penjualan aset berkenaan dikatakan dibuat untuk mendapatkan tunai bagi melangsaikan hutang-hutang sedia ada.

    Kakitangan AAM juga berpiket diluar pejabat AAM Isnin lalu setelah janji AAM untuk membayar gaji dan caruman KWSP mereka yang tertunggak selama enam bulan tidak ditunaikan.

    AAM merekodkan kerugian kecil iaitu sebanyak RM46,000 pada tahun 2008 dan terus meningkat kepada RM584,000 pada 2012 kemudian RM2.1 juta pada tahun berikutnya. Laporan dan akaun yang telah diaudit tahunan yang berakhir pada 31 Disember 2014 tidak disiarkan di laman web mereka. Laporan berkenaan mengandungi perincian kewangan dari 2008 hingga 2013. Mesyuarat Agong Tahunan untuk 2015 juga belum lagi dilangsungkan.

    Untuk tahun 2013, AAM merekodkan kutipan sebanyak RM6.93 juta daripada yuran tahunan ahlinya, RM2.6 juta dari penjualan cenderamata serta RM387,400 dari Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM). AAM juga merekodkan pendapatan sebanyak RM1.5 juta menerusi penjualan polisi insuran kepada ahli mereka.

    AAM Motorsport iaitu salah satu badan dibawah AAM turut merekodkan “pendapatan sebanyak RM2,652,408 untuk tahun kewangan 2012” dengan sejumlah 101 permit acara dikeluarkan untuk mengorganisasikan kelab-kelab untuk peringkat nasional, zon, dan antarabangsa. Ini termasuk yuran sekatan untuk F1 dan Kejohanan Motosikal Dunia.

    F1_2014_Malaysian_GP_10

    Walaupun mengutip pendapatan yang begitu lumayan, AAM menanggung defisit dengan kos terhadap kakitangan sejumlah RM7.1 juta, sewaan pejabat serta belanja lain berjumlah RM960,000.

    Menurut Pengerusi AAM Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, ini adalah disebabkan perkembangan semasa berkenaan cabaran dalam pemasaran dan penurunan dalam bahagian pasaran. Beliau berkata, dalam tempoh tiga hingga empat tahun kebelakangan ini hampir 90% cawangan AAM mengalami kerugian. Tetapi AAM terus menggaji kesemua kakitangan mereka “untuk memastikan kehidupan seharian mereka terjamin dan tidak terjejas dengan kelembapan ekonomi, GST, dan sebagainya”.

    “Dengan semua perkara yang terjadi ini, ia telah menjejaskan kebolehan AAM untuk membayar gaji mereka tepat pada masa kerana pendapatan tidak mampu menanggung kos operasi,” ujar Tunku Mudzaffar.

    Menurut Tunku Mudzaffar lagi, AAM juga turut membeli hartanah, yang mana sebahagiannya telah dibayar sepenuhnya dan nilai sebahagian yang lain telah meningkat. Ini membolehkan AAM menjual aset-aset tersebut dan menggunakannya untuk terus beroperasi.

    Apabila ditanya berkenaan pembayaran deposit sebanyak 10% untuk menjual hartanahnya, Tunku Mudzaffar berkata ini adalah normal pada asas penjual dan pembeli yang berminat. Walau bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengapa AAM membuat perjanjian dengan WWRC Malaysia Sdn Bhd tanpa persetujuan ahli-ahlinya.

    Bercakap mengenai caruman KWSP pula, beliau mengatakan AAM sedang berhubung dengan pihak berkuasa dan bayaran penuh dijangka akan dibuat selepas penjualan aset diselesaikan dan menegaskan AAM sentiasa memenuhi syarat yang ditentukan oleh Persuruhjaya Sukan.

    “AAM telah pun menjalankan modul perniagaan baharu dan kerjasama strategik yang akan meningkatkan tahap kewangan serta operasi,” tambah beliau.

     
     
  • Toyota Sienta dilancarkan di Malaysia – dua varian dengan enjin 1.5L Dual VVT-i, harga bermula RM93k

    Sienta-Launch-Main

    Toyota Sienta telah pun selamat dilancarkan untuk pasaran Malaysia hari ini. Sebelum pelancarannya, UMW Toyota telah mempamerkan Sienta beberapa kali di lokasi awam termasuk di Mitsui Outlet KLIA, Sunway Giza dan Setia City Mall.

    MPV ini menawarkan dua varian iaitu varian asas 1.5G dan 1.5V yang kedua-duanya dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5 liter Dual VVT-i empat-silider yang mampu menghasilkan kuasa 107 PS pada 6,000 rpm dan tork 140 Nm pada 4,200 rpm.

    Penjana kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear CVT automatik yang memacu tayar hadapan. Enjin 2NR-FE Dual VVT-i ini adalah sama dengan penjana kuasa NR pada unit 1.3L bagi Avanza dan Perodua Bezza.

    Sienta memiliki ukuran 4,235 mm panjang, selebar 1,695 mm dan setinggi 1,700 mm, iaitu lebih kurang sama dengan Perodua Alza, dengan 5 mm lebih panjang dan 80 mm lebih tinggi. Sienta bagi pasaran ASEAN, diperbuat di Indonesia bagi rantau ini, dengan lebih 25 mm jarak kelegaan tanah berbanding model pasaran Jepun, pada 170 mm.

    2016 Toyota Sienta 2

    Tidak banyak perbezaan antara varian 1.5G dan 1.5V, di mana hanya dibezakan dengan ciri-ciri dan aksesori yang dilengkapkan. Untuk varian asas 1.5G, ia dipadankan dengan lampu hadapan projektor halogen dengan fungsi auto on/off, lampu belakang LED biasa, penggilap cermin tanpa fungsi pemasa, pintu gelangsar dengan motor elektrik hanya untuk sebelah kiri dan roda aloi bersaiz 15-inci.

    Bagi ruang kabinnya, ia dilengkapi dengan tempat duduk balutan fabrik berwarna hitam, unit pemain audio utama 2-DIN tanpa skrin sesentuh dengan pemain CD, MP3, sambungan USB serta Bluetooth dan paparan meter kombinasi biasa dengan paparan MID mono.

    Varian tertinggi 1.5V pula hadir dengan lampu hadapan projektor Bi-LED dengan fungsi auto on/off, lampu belakang dengan lampu penunjuk LED, penggilap cermin dengan fungsi pemasa, kedua-dua pintu gelangsar dengan motor elektrik, cermin hadapan akustik dan roda aloi bersaiz 16-inci.

    2016 Toyota Sienta 20

    Menjengah di bahagian dalamnya, ia ditampilkan dengan sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, penghawa dingin automatik (hanya manual untuk Spec G), balutan fabrik berwarna perang, perakam video digital, penghawa dingin automatik, sistem hiburan dilengkapi skrin sesentuh 6.8-inci dengan fungsi pemain DVD, MP3 dan kawalan suara berserta sambungan USB dan Bluetooth.

    Ia juga menerima kemasan upholstery fabrik berwarna perang, roda stereng pelbagai fungsi balutan kulit, pintu gelangsar belakang bantuan kuasa untuk kedua-dua belah, filem penapis haba dan keselamatan premium serta kamera rakaman video digital seperti yang terdapat pada Hilux dan Fortuner baharu.

    Malah ia juga dilengkapi dengan paparan meter kombinasi Optitron bersama paparan MID TFT berwarna, roda stereng tiga-jejari pelbagai fungsi dengan balutan kulit, kamera undur dan filem penapis haba keselamatan premium.

    Kedua-dua varian turut didatangkan dengan lampu nyalaan siang LED, lampu kabus belakang, corong penghawa dingin belakang, tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh lipat 50:50 dan enam unit pembesar suara secara standard.

    Begitu juga dengan sistem keselamatan, Toyota tidak berkompromi untuk membekalkan kedua-dua varian Sienta dengan tiga beg udara (termasuk beg udara bahagian lutut pemandu), brek cakera untuk kesemua roda beserta ABS, EBD dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Bantuan Mula Mendaki (VSC) serta dua cagak ISOFIX pada tempat duduk barisan kedua.

    UMW Toyota turut menawarkan pilihan aksesori untuk varian 1.5G yang terdiri dari skrin sesentuh dengan fungsi pemain DVD-AVX dan kamera undur berharga RM2,109, sistem tanpa kamera undur berharga RM2,014 dan filem penapis haba keselamatan premium berharga RM2,109.40. Untuk pembeli varian 1.5V pula, mereka ditawarkan dengan pilihan opsyenal sistem navigasi DVD-AVN bernilai 3,169.

    Enam warna ditawarkan iaitu Orange Metallic, Quartz Brown Metallic, Silver Metallic, Grey Metallic, Attitude Black dan Super White II.

    Seinta 1.5G dijual pada harga RM92,900 dan 1.5V pula berharga RM99,900. Semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan dengan insuran. Ia turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

     
     
  • Cadangan program pengambilan pemandu teksi; gaji asas selama lima tahun sebelum permit diberikan

    easy-taxi-super-easy-taxi 259

    Sebuah syarikat pengusaha perkhidmatan teksi, Big Blue Capital (M) Sdn Bhd melalui penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail mencadangkan agar pemandu-pemandu dilantik secara tetap selama lima tahun sebelum mereka diberikan permit teksi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

    Dalam tempoh itu, syarikat pengusahan teksi akan menguruskan segala hal-hal berkaitan seperti penyelenggaraan serta pelindungan insurans bagi pemandu. Ini bertujuan untuk mengatasi masalah kewangan yang mungkin dihadapi oleh pemandu yang terlibat.

    “Menerusi program ini, pemandu akan dibayar gaji asas beserta 10% daripada pendapatan tambang yang dikutip. Insurans, pelindungan kesihatan dan latihan juga termasuk sekali.

    “Selepas menamatkan kontrak lima tahun itu, pemandu berkenaan akan terus menjadi pemilik kenderaan yang dipandu dan SPAD akan mengeluarkan permit sah jika pemandu berhasrat untuk meneruskan perkhidmatan sebagai pemandu teksi,” ujar beliau, seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

    Pendekatan itu disifatkan mampu untuk mengatasi kebanyakan masalah kewangan yang dipikul oleh pemandu teksi di dalam sistem sewa-beli teksi sedia ada yang diamalkan ketika ini.

    “Masalahnya sekarang, pemandu teksi merungut berkaitan pendapatan yang semakin berkurangan untuk membayar sewa teksi. Dengan cadangan terbaharu ini, pemandu teksi tidak perlu runsing lagi; semua perbelanjaan akan ditanggung oleh syarikat dalam tempoh lima tahun itu,” tambah beliau lagi.

    Menurut Shamsubahrin lagi, syarikatnya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk memberikan RM5,000 geran tunai sebagai subsidi kepada pemandu teksi yang ingin membeli teksi baharu dan ingin keluar dari sistem sewa-beli sedia ada.

    “Itu bukan satu keputusan yang baik, malahan tambah memburukkan keadaan industri teksi. Berdasarkan rekod yang lalu, bila ramai pemandu teksi tidak dapat membayar balik pinjaman kenderaan mereka, ia akan merugikan kerajaan,” katanya.

    Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah berkata, semua masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi perlu diselesaikan oleh kerajaan sebelum mereka bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan lain seperti Uber dan GrabCar.

    Semalam, SPAD mengumumkan kerajaan telah meluluskan 11 kaedah pembaharuan di bawah Taxi Industry Transformation Programme (TITP), termasuk untuk mengawal selia aplikasi e-hailing atas talian dan menjadikannya satu daripada Key Performance Indicator (KPI) bagi pengusaha-pengusaha teksi.

    “Industri teksi kini berdepan dengan pelbagai masalah; kekurangan dana untuk membayar semula pinjaman, bayaran lewat, disiplin pemandu serta peminjam wang haram. SPAD juga perlu menyiasat latar belakang pemandu teksi yang bermasalah dan mengambil tindakan, misalnya mereka yang menyalahgunakan permit.”

     
     
  • Bayaran Uber, Grab perlu dikurangkan – Wahid Omar

    uber-cash-payment

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar, yang pernah menggemparkan negara kerana menjadi pemandu Uber pada Jun lalu, berpendapat khidmat kongsi kereta sewa seperti Uber dan Grab Car perlu menurunkan bayaran perkhidmatannya bagi membantu pemandu meraih pendapatan lebih lumayan, laporan Bernama.

    Beliau yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengambil keputusan menjadi pemandu Uber buat seketika hanya mahu merasai “untuk merasai denyut nadi rakyat”, berkata, “Uber mengambil kira-kira 25% sebagai yuran perkhidmatan daripada pemandu. Mereka sepatutnya boleh ambil kurang dari itu.”

    Beliau turut berkata, kaedah mendapatkan penumpang menggunakan teknologi dan aplikasi seperti Uber dan Grab Car pastinya membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi biasa.

    “Saya memandu kira-kira 11 jam dan melakukan hanya 17 trip dengan mampu mendapat RM210, RM10 daripadanya untuk bayar tol, RM5O diambil oleh Uber (sebagai yuran perkhidmatan) dan tinggal RM150 untuk saya,” ujarnya yang ditemui pihak media semasa Persidangan Antarabangsa mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS) 2016.

    Ketika itu, beliau memilih Proton Perdana yang baru dilancarkan bagi tujuan amal dan mempromosikan model tersebut, sebaik sahaja penggal perkhidmatannya sebagai senator tamat.

    “Pastinya ia tidak dapat dilakukan semasa saya masih menjadi menteri, apa pun ia adalah sesuatu (pengalaman) yang selama ini ingin saya alami. Penggunaan teknologi dan kongsi sewa,” sambungnya lagi.

    Baru-baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mendedahkan Pelan Transformasi Industri Teksi (TITP) yang telah diluluskan kabinet. Secara tidak langsung bakal memberikan permit kepada Uber dan Gbab untuk terus beroperasi.

    Walau bagaimana pun, hampir kesemua persatuan pemandu teksi membantah usul tersebut dan menganggap ia mampu menjejaskan industri teksi sedia ada.

     
     
  • BMW Malaysia umum promosi bagi 3 Series, 5 Series, 2 Series AT/GT dan X6 – diskaun sehingga RM70k

    2016-BMW-330i-2

    Sempena dengan sambutan Merdeka tahun ini, BMW Malaysia telah mengumumkan harga promosi mulai sekarang sehingga akhir September ini. Ia adalah bagi model-model 3 Series, 5 Series, 2 Series Active Tourer serta Gran Tourer dan X6.

    Bagi F30 3 Series, harganya diturunkan di bawah RM200,000 iaitu RM198,800 bagi 318i Luxury Line, kurang RM4,000 berbanding harga asal.

    Bagi 320i Sport Line pula, ia RM3,000 lebih murah iaitu RM228,800, sementara 330i M Sport pula diturunkan harga sebanyak RM29,000 iaitu menjadi RM268,800. Bagi model 330e plug-in hybrid yang bakal diperkenalkan minggu hadapan, dijangkakan berharga antara RM240k hingga RM260k.

    Klik untuk besarkan

    Turut mendapat rebat ialah F10 5 Series, iaitu 520d M Sport kini hanya RM303,800 iaitu dikurangkan sebanyak RM14,000. Manakala 520i M Sport pula lebih murah sebanyak RM16,000 iaitu kini RM313,800, dan 528i M Sport pula menerima diskaun sebanyak RM25,000, menjadi RM353,800.

    Sementara itu, model 218i Active Tourer Luxury pula menerima rebat sebanyak RM12,000, dan kini berharga RM236,800, dan 220i Gran Tourer pula menerima potongan sebanyak RM40,000 menjadi RM239,800. Diskaun terbesar pula boleh didapati pada model X6 xDrive35i M Sport, kini lebih murah RM70,000, iaitu RM558,800.

    Kecuali 2 Series AT dan GT, semua model yang dinyatakan adalah pemasangan tempatan (CKD). Selain itu, 3 Series dan 5 Series turut menerima pengiktirafan Kenderaan Jimat Tenaga (EEV) awal tahun ini, membolehkannya diletakkan pada harga yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Manakala X6 pula turut diturunkan harganya pada Jun lalu sempena ulang tahun ke-100 BMW.

     
     
  • Suzuki tutup kilang pemasangan motosikal di M’sia

    Suzuki_motor

    Suzuki Motor telah mengambil keputusan untuk menutup kilang pemasangan motosikal di Malaysia ekoran permintaan yang semakin berkurangan. Selepas penutupan kilang yang terletak di Prai, Pulau Pinang itu, semua model motosikal Suzuki akan dieksport terus dari Jepun, laporan Nikkei Asian Review.

    Kilang tersebut memasang beberapa model motosikal Suzuki termasuk skuter, dikatakan mengalami kemerosotan pengeluaran akibat permintaan yang semakin berkurangan. Malah Suzuki Motor mengalami kesukaran yang sangat mencabar bagi melonjakkan angka jualan di Asia, dan ini mendorong kelemahan keuntungan yang kian ketara.

    Justeru, Suzuki Motor hanya akan mengeksport terus model-model motosikalnya dari Jepun untuk Asia, dan ini pastinya akan membuatkan harga jualan di pasaran akan meningkat berbanding model CKD.

     
     
  • Range Rover Sport 2017 terima varian diesel 2.0L turbo-berkembar Ingenium bersama teknologi baharu

    2017-Range-Rover-Sport-03

    Land Rover telah mengeluarkan Range Rover Sport 2017, yang disifatkan sebagai model keluaran mereka yang paling efisien setakat ini. RR Sport terbaharu ini turut menawarkan penjana kuasa Ingenium baharu, sistem infotainmen yang dipertingkatkan dengan keupayaan sambungan dan WiFi, bantuan pemanduan baharu dan skop personalisasi yang lebih baik.

    Enjin baharu ini yang paling kecil buat setakat ini untuk menjanakan kuasa buat RR Sport. Turut ditawarkan pada Range Rover Evoque dan Land Rover Discovery Sport, enjin diesel 2.0 liter SD4 Ingenium ini adalah unit alumnium sepenuhnya, mampu menghamburkan kuasa sehingga 240 hp dan torn 500 Nm. Unit SD4 HSE baharu ini adalah bagi menggantikan enjin 3.0 liter SDV6 sebagai varian tertinggi dan ia mampu dipacu dari 0-96 km/j dalam hanya 8.0 saat.

    Pengenalan terhadap pengecas turbo kedua bagi enjin Ingenium ini adalah lebih signifikan untuk menjana kuasa dan tork yang lebih padu yang diperlukan oleh Range Rover Sport. Ini merupakan unit pertama binaan Jaguar Land Rover yang menampilkan teknologi turbo siri berjujukan. RR Sport dengan motor ini turut dilengkapi ekzos-berkembar tunggal, berbanding paip tunggal yang terletak sebelah-menyebelah pada bampar belakang.

    2017-Range-Rover-Sport-02

    Lain-lain dalam barisannya, enjin petrol 3.0 liter V6 supercharged baharu dari JLR pula menampilkan binaan aluminium penuh yang lebih ringan, suntikan-terus dan variable intake serta pemasaan injap ekzos. Syaf pengimbang tunggal (shaft balancer) pula mempertingkatkan lagi kelancaran pacuan, ujar Land Rover. Unit penjana kuasa ini mampu memberikan sehingga 340 hp dan 450 Nm, dengan pacuan dari 0-96 km/j dalam hanya 7.1 saat. Varian petrol V6 ini diposisikan di bawah 5.0L V8.

    Selain itu, RR Sport 2017 ini turut menampilkan teknologi pemanduan separa-autonomi. Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan Bantuan Tunda Termaju, Bantuan Titik Buta dan Pengehad Kelajuan Pintar bagi mempertingkatkan bantuan pemanduan. Bantuan Tunda Termaju adalah yang pertama di dalam kelasnya yang turut menggunakan sistem kamera sedia ada dan skrin sesentuh sentral, yang membenarkan pemandu untuk menentukan arah tuju dengan menggunakan kawalan Terrain Response 2.

    Bukan itu saja, keupayaan merentasi semua cabaran turut ditampilkan menerusi Range Rover USP, dan Sport baharu ini turut dilengkapi Pelancaran Cengkaman Rendah, sementara menu 4×4 telah dipertingkatkan bagi jentera merentasi pelbagai cabaran jalan. RR Sport 2017 ini juga dilengkapi dengan Brek Kecemasan Autonomi (AEB).

    Tidak lengkap dengan itu, RR Sport 2017 ini turut ditampilkan dengan skrin sesentuh dua-pandangan dengan paparan baharu 10-inci (dua inci lebih lebar berbanding sebelum ini) dengan gaya-tablet dan orientasi zum. Ia dikuaskaan oleh Land Rover InControl Touch Pro tech.

    Manakala sistem Pro Services baharu pula membenarkan pelanggan memuat turut aplikasi dan memasangnya pada sistem kenderaan, berbanding menggunakan telefon pintar. Bagi InControl Remote Premium, ia membenarkan pemandu mengawal nombor fungsi kawalan kenderaan menerusi aplikasi pada telefon pintar.

    Tiada perubahan pada penampilan SUV ini, melainkan ia turut menawarkan Bright Pack baharu sebagai pilihan pada model Autobiography Dynamic. Bagi kekemasan yang lebih diperhalusi, ia turut menampilkan gril hadapan Atlas Silver. Malah ia turut memberikan pilihan yang lebih banyak bagi palet warna dan kekemasan, iaitu dengan 19 warna baharu dari jabatan Operasi Kenderaan Istimewa JLR.

     
     
  • Polis Pulau Pinang saman 15 pemburu Pokemon Go kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas

    roadblock-pokemon

    Polis Pulau Pinag telah mengeluarkan 15 saman kepada pengguna jalan raya selepas didapati bermain Pokemon Go hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon, malam tadi.

    Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, pihaknya melancarkan operasi di kawasan berkenaan selepas menerima laporan daripada penduduk di situ berhubung kehadiran orang ramai sehingga mengganggu ketenteraman mereka, laporan Bernama.

    “Pemeriksaan mendapati pengguna jalan raya meletakkan kenderaan di sepanjang kaki lima jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, selain mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. Kita harap orang ramai tidak menjadikan permainan Pokemon Go sebagai sesuatu yang boleh menyusahkan orang lain dan mengabaikan keselamatan,” katanya.

     
     
  • Pemandu teksi bimbang TITP akan jejaskan industri

    Malaysia-Taxi-03

    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mendedahkan Pelan Transformasi Industri Teksi (TITP) yang telah diluluskan kabinet semalam. Pelan Transformasi berkenaan dibina berasaskan empat prinsip utama iaitu levaraj pada teknologi, meningkatkan pendapatan pemandu teksi, meningkatkan kualiti servis pemandu teksi serta merasionalkan tambang teksi.

    Walau bagaimana pun, pemandu teksi konvensional menganggap TITP mampu menjejaskan industri ini, berbanding meningkatkan perkhidmatan sedia ada, laporan The Star

    CEO Big Blue Taxi, Datuk Shamsulbahrin Ismail menyatakan pendapatnya mengenai 11 inisiatif yang diperkenalkan oleh SPAD itu dengan melabelkannya sebagai “tiada perkara baharu”.

    Beliau turut berkata, dengan membenarkan apa jua kereta sebagai teksi bakal memberikan kerugian kepada industri.

    “Inisiatif ini lebih menggambarkan SPAD ingin perkhidmatan Uber (dan lain-lain perkhidmatan) dibenarkan dan ia bukanlah untuk industri teksi. Malah tiada peraturan yang spesifik bagi jenis kenderaan yang layak untuk dijadikan teksi,” ujarnya.

    Tambahnya lagi, beliau telah menulis surat khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini.

    “Apa yang kami mahukan ialah Kerajaan sanggup mengeluarkan lebih kos untuk penguatkuasaan dan infrastruktur bagi membantu menjanakan pendapatan para pemandu teksi,” sambungnya lagi.

    Menurut Shamsulbahrin lagi, 11 inisiatif TITP ini sepatutnya bagi mempertingkatkan banyak aspek sedia ada termasuk mendapatkan insurans yang lebih bersesuaian untuk para pemandu teksi.

    Taxi protest KL 8 April 2016 feat 1

    Presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Pers1m) Kamaruddin Mohd Hussain pula berkata, perubahan yang dilakukan oleh SPAD ini bermakna semua teksi dan perkhidmatan perkongsian kenderaan akan beroperasi di bawah sistem yang sama.

    “Apabila semua perkhidmatan Uber dan Grab beroperasi di bawah struktur yang sama dengan teksi, ini akan memusnahkan industri. Dengan sejumlah 150,000 permit yang bakal diluluskan, ini akan membuatkan lebihan teksi sedia ada dan ketidakseimbangan antara pengguna dan pemandu. Secara keseluruhannya, kami tidak bersetuju dengan apa yang diusulkan oleh SPAD,” ujar Kamaruddin.

    Manakala Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pemandu Teksi Lembah Klang, Zailani Isausuludin, pula berkata, perkhidmatan perkongsian kenderaan ini sepatutnya diharamkan selagi undang-undang baharu tidak diluluskan di Parlimen.

    “Apa yang kami tahu, Uber dan Grab tidak melanggar undang-undang, tetapi mereka masih tiada lesen, dan ia belum disahkan lagi. Jadi kami mahu ia diharamkan segera sehingga disahkan undang-undang,” ujarnya.

    Beliau turut berkata, memberikan ruang kepada kenderaan persendirian untuk perkhidmatan ini bukan sahaja akan memusnahkan industri teksi, bahkan turut menjejaskan undang-undang pengangkutan.

    Malah menerusi The Malay Mail pula, Setiausaha Kumpulan Sektor Teksi, Apriman Dalias, turut meluahkan perkara yang sama selepas pertemuan dua jam antara SPAD dan semua pihak berkaitan termasuk teksi dan pemandu e-hailing untuk menjelaskan TITP, sebagai jalan menamatkan konfrontasi antara mereka.

    Katanya, “Adakah kita, sebagai rakyat Malaysia, akan membenarkan untuk dimalukan oleh kereta luar? Mana-mana negara yang membuat kereta sendiri akan menggunakannya [sebagai] teksi.”

    Beliau menambah, ini akan menyebabkan model keluaran Malaysia selain Proton yang secara tradisinya digunakan sebagai teksi di sini, akan diketepikan kerana kebanyakkannya tidak memenuhi spesifikasi yang digariskan oleh SPAD sebagai kenderaan pengangkutan awam. Selain itu, kereta yang digunakan sebagai teksi juga perlu murah dan kurang penyelenggaraan [seperti] kereta buatan Jepun, dan akhirnya kereta buatan tempatan akan dipinggirkan.

     
     
  • ZF panggil semula transmisi sembilan-kelajuan kerana masalah gear yang bertukar ke ‘N’ secara tiba-tiba

    2016 Jeep® Cherokee 75th Anniversary edition

    Pengeluar komponen automotif ZF telah memanggil semula sejumlah 505,000 kenderaan di Amerika Syarikat, kebanyakkannya dari keluaran Fiat Chrysler Automobile. Kerosakan berkenaan membabitkan unit transmisi ZF 9HP48 dan 948TE yang digunakan pada Honda, FCA dan Land Rover.

    Kerosakan ini berpunca dari “lentur yang tidak cukup” pada pendawaian di kluster penderia kawalan transmisi, yang mengawal corak pertukaran gear. Komponen yang terjejas ini adalah yang diproduksi antara 1 Mei 2013 dan 15 Julai 2014. Perisian pada sistem transmisi ini perlu dikemaskini untuk mengelakkannya dari bertukar sendiri ke ‘N’ ketika sedang dipandu, atau sekurang-kurangnya memberikan pemandu “amaran yang mencukupi” sebelum perkara berkenaan terjadi.

    ZF akan menghubungi pengeluar kenderaan terlebih dahulu berhubung perkara ini, dan kemudian akan melakukan panggilan semula sendiri. FCA telah memanggil semula 1.1 juta kenderaan mereka yang dilengkapi dengan kotak gear lapan-kelajuan ZF kerana berpontensi mengalami masalah kekeliruan pada penukar gear, yang akan menyebabkan pemandu keluar dari kereta dalam keadaan gear kereta masih lagi pada kedudukan ‘D’.

    Apabila ditanya adakah ZF turut akan memperbaiki kerosakan lain yang dilaporkan terhadap kotak gearnya, ZF menyerahkan perkara berkenaan kepada pengeluar. “Dalam hal ini, ZF menyediakan dokumentasi yang diperlukan untuk NHTSA untuk menangani isu spesifik. Masalah dan pemfailan lain perlu ditunjukkan oleh pelanggan kami. Adalah menjadi polisi ZF untuk mengelakkan kami bercakap untuk pihak mereka,” kata jurucakap ZF Bryan Johnson.

    Untuk pasaran tempatan, Jaguar Land Rover Malaysia memberitahu paultan.org bahawa mereka belum lagi menerima apa-apa arahan dari UK berkenaan panggilan semula ini. Kami akan membawakan perkembangan isu ini jika menerima apa-apa informasi kelak.

     
     
  • SPYSHOT: Volkswagen Passat B8 di Malaysia

    B8-Volkswagen-Passat-Malaysia-00

    Kiriman foto menerusi e-mel dari pembaca Saufi Che Wan menunjukkan Volkswagen Passat B8 bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Foto yang dirakamkan di East Coast Mall di Kuantan, Pahang ini turut mendedahkan sedikit bahagian dalamannya. Malah pelekat Hicom yang tertampal pada kereta ini mengesahkan ia adalah pemasangan tempatan (CKD) iait di kilang DRB-Hicom, di Pekan, Pahang.

    Ini kali pertama kita dapat melihat model facelift yang bakal diperkenalkan oleh Volkswagen Malaysia. Ia turut menampilkan lampu utama LED penuh serta ada kamera menghadap hadapan pada bahagian atas cermin hadapannya, mungkin turut menampilkan brek kecemasan sendiri (AEB). Pada bahagian belakangnya, Passat ini dipadankan dengan lampu LED, serta paip ekzos berkembar.

    B8-Volkswagen-Passat-Malaysia-04

    Selain itu, juga seakan memberikan bayangan model dalam foto ini adalah varian tertinggi 380 TSI, dengan rim aloi ‘Dartford’ 18-inci. Malah dikatakan varian spesifikasi terendah 330 TSI hanya menerima paip ekzos biasa dengan rim aloi ‘Istanbul’ 17-inci.

    Pada bahagian dalamnya, perinciannya masih samar-samar, tetapi tidak pula kelihatan paparan instrumen 12.3-inci dan sistem infotainmen Composition Media System dengan skrin sesentuh 6.5-inci. Apa yang kelihatan ialah kekemasan kayuan, butang penghidup enjin, penghawa dingin zon-berkembar dan butang bagi sistem start/stop serta tirai suria di bahagian belakang.

    Dua varian enjin yang akan ditawarkan iaitu 1.8 liter TSI pengecas turbo empat-silinder bagi 330 TSi, yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 160 PS dan tork 330 Nm.

    B8-Volkswagen-Passat-Malaysia-01

    Manakala varian 380 TSI pula bakal menerima enjin 2.0 liter TSI dengan tendangan kuasa segingga 220 PS dan tork 380 Nm. Kedua-dua enjin juga dilengkapi dengan transmisi DSG dual-clutch, dry clutch tujuh-kelajuan bagi 330 TSI, dan wet clutch enam-kelajuan untuk 380 TSI.

    Passat dibangunkan dengan platform MQB, secara keseluruhannya mungkin sedikit kecil berbanding model semasa Passat B7, namun jarak rodanya diluaskan sebanyak 79 mm menjadi 2,791 mm, memberikan lebihan ruang kaki dan ruang kepala. Malah ruang bonetnya juga dipertingkatkan sebanyak 21 liter menjadi 586 liter, tetapi beratnya dikurangkan sebanyak 85 kg, hasil struktur kerangka dan enjin yang lebih ringan.

     
     
  • SPAD dedahkan Pelan Transformasi Industri Teksi – Uber/Grab dikawal selia, model teksi dileberalisasi

    Perodua-Bezza-Taxi-Theophilus-Chin-e1470973050241

    Setelah sekian lama konfrontasi antara pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akhirnya telah mendedahkan Pelan Transformasi Industri Teksi (TITP) yang telah diluluskan kabinet hari ini.

    Pelan Transformasi berkenaan dibina berasaskan empat prinsip utama iaitu levaraj pada teknologi, meningkatkan pendapatan pemandu teksi, meningkatkan kualiti servis pemandu teksi serta merasionalkan tambang teksi. Untuk itu, 11 program telah digariskan untuk mencapai empat prinsip utama berkenaan.

    Pelan transformasi ini telah diluluskan oleh kerajaan bagi membolehkan industri teksi di Malaysia terus berdaya saing dengan mengambil kira permintaan pasaran.

    Perodua-Bezza-Taxi-Theophilus-Chin-2-e1470973615671

    Di bawah TITP ini, SPAD akan mengawal selia industri teksi dengan mengeluarkan hanya satu Kad Pemandu. SPAD dan JPJ akan akan membuat perbincangan untuk menentukan kaedah berkaitan dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, undang-undang turut akan dikenakan pada syarikat dan pemandu perkhidmatan e-hailing untuk memastikan ia mematuhi objektif polisi seperti perlindungan insuran wajib dan keperluan keselamatan. Kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan e-hailing juga perlu menjalani pemeriksaan wajib untuk memastikan keselamatannya di atas jalan raya.

    SPAD turut akan mengeluarkan semula lesen teksi individu di bawah kelas teksi bermeter dan kereta sewa dan kerajaan juga turut meluluskan geran tunai RM5,000 untuk membantu pemandu teksi keluar dari model pajak untuk membeli kereta baharu seperti yang dicadangkan sebelum ini.

    Dalam usaha berkaitan, SPAD turut bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengurangkan kos pemandu teksi untuk industri teksi yang lebih terbuka. Untuk permulaan, SPAD akan meliberalisasikan pilihan model agar pemandu teksi boleh membeli kereta yang berharga lebih kompetitif.


    Kenyataan rasmi dari SPAD

    Oleh itu, pemegang lesen teksi selepas ini mempunyai pilihan yang lebih luas untuk membeli kenderaan yang bakal digunakan sebagai teksi dan tidak terhad kepada model seperti Proton Exora dan Toyota Innova. Model yang boleh dijadikan teksi sekurang-kurangnya perlu menerima penarafan ASEAN NCAP tiga bintang, untuk mempercepatkan penukaran kenderaan baharu dan mengurangkan kos pemandu teksi.

    Kontrak sewa teksi akan distandardkan, dan pengendali operasi teksi perlu memberikan sewa percuma semasa pemeriksaan Puspakom, cuti tahunan dan cuti sakit, insuran kenderaan pihak pertama serta pemulangan wang deposit semasa berakhirnya kontrak. Pemandu teksi juga bakal mempunyai KPI wajib, serta perlu dihubungkan kepada sistem penghantar seperti aplikasi mudah alih untuk urusan tempahan melalui telefon, tempahan melalui laman web atau tempahan radio untuk menambahkan pendapatan pemandu.

    Untuk keselamatan tambahan, SPAD akan mengenakan proses saringan yang ketat pada pemandu teksi dan pemandu e-hailing, termasuk pemeriksaan kesihatan, rekod jenayah, kesalahan trafik dan menyalahi undang-undang lesen operasi SPAD. SPAD turut bekerjasama dengan JPJ untuk memantau pemandu teksi di bawah Sistem Markah Demerit Kejara yang baharu.

    Screen-Shot-2016-08-16-at-6.56.31-PM_BM
    Screen-Shot-2016-08-16-at-6.56.41-PM_BM

    Antara yang paling penting, kadar tambang sewa teksi adalah lebih rendah dari kadar sedia ada, bertentangan dari andaian sebelum ini. Kadar tambang minimum untuk TEKS1M akan dikenakan sebanyak RM3, dan surcaj 25 sen/200 m atau 25 sen/36 saat, berbanding sekarang yang dicaj pada kadar minimum RM4, 30 sen/200 m atau 30 sen/36 saat.

    Untuk kadar tambang teksi di lapangan terbang dan terminal, kadar tambang zon sedia ada akan digantikan dengan perkiraan berdasarkan jarak untuk memastikan tahap konsisten dan kesaksamaan. Selepas proses rasionalisasi ini, tambang teksi akan naik untuk beberapa destinasi, manakala yang lain akan turun. Rujuk jadual diatas untuk contoh yang lebih jelas.

    Akhir sekali, pemandu teksi bermeter akan diberikan pilihan sama ada menggunakan struktur harga dinamik, yang akan membolehkan mereka menggunakan meter ketika mengambil penumpang di jalan raya, atau menggunakan struktur kadar tambang e-hailing jika mereka menggunakan servis e-hailing.

    Pelan transformasi ini nampaknya memperlihatkan perubahan besar berbanding operasi teksi sedia ada. Jadi, apa pendapat anda? Kongsikan bersama kami pada ruang komen di bawah.

     
     
  • Polis guna Honda Civic 2016 sebagai kereta peronda?

    Agak kecoh di media sosial sebelum ini berkenaan imej sebuah Honda Civic generasi kesepuluh sedang dilekatkan dengan pelekat kereta peronda polis. Benarkah polis akan menggunakan Civic sebagai kereta peronda?

    Menurut sumber kami, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bercadang untuk menukar kereta peronda Proton Preve/Inspira sedia ada dengan jentera baharu. Selain dari Civic, pihak polis turut mempertimbangkan untuk menggunakan model dari Volkswagen dan Proton Suprima S.

    Dari gambar berkenaan, berdasarkan pada ciri-ciri dan roda aloi, dapat dipastikan Civic tersebut adalah dari varian 1.5L VTEC Turbo. Ia dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder VTEC Turbo berkuasa 173 PS pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 220 Nm bermula 1,700-5,500 rpm, dipadankan dengan kotak gear CVT.

    Jika benar kereta peronda ini digunakan kelak, pihak polis bukan sahaja dapat membuat rondaan dengan bekalan tork yang besar, malah turut tampil dengan lebih bergaya.

     
     
  • SPAD capai keputusan, pemandu teksi terus kecewa

    Taxi-protest-SPAD-KL-8-April-2016-feat-1

    Pemandu teksi berasa bingung dengan usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk melakukan pembaharuan terhadap indsutri teksi yang bakal menyaksikan kelulusan terhadap aplikasi perkongsian kenderaan atas talian (Uber dan Grabcar) di negara ini.

    Presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Pers1m), Kamaruddin Mohd Hussain menyifatkan keputusan itu akan membunuh industri teksi. “Akan berlaku lebihan penawaran teksi dan ini akan membunuh industri berkenaan sekiranya Uber dan Grab dibenarkan beroperasi di bawah struktur yang sama dengan teksi,” jelas beliau, memetik laporan akhbar The Sun hari ini.

    Beliau menambah, sekitar 150,000 permit akan diluluskan, yang akan menyebabkan lebihan teksi serta membuatkan jumlah antara teksi dan pengguna tidak seimbang.

    SPAD hari ini mengadakan pertemuan bersama pihak-pihak yang terlibat untuk menjelaskan 11 inisiatif yang diambil oleh Putrajaya untuk mengakhiri pertelagahan antara pemandu teksi dan penyedia perkhidmatas atas talian itu.

    Inisiatif yang telah dipersetujui oleh Kabinet dan SPAD akan memerlukan syarikat penyedia perkhidmatan perkongsian kenderaan atas talian untuk mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pemandu juga perlu untuk mendapatkan kad perkhidmatan yang diluluskan oleh SPAD.

    Proposal itu juga menyaksikan kereta, tidak kira dari buatan dan jenis apa, dibenarkan untuk digunakan sebagai kenderaan pengangkutan awam.

    Pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail, yang bercakap kepada media selepas pertemuan itu, berkata bahawa inisiatif SPAD itu tiada yang apa yang baru, dan proposal berkenaan akan menjadikan industri teksi terus dalam keadaan bermasalah. “Kelihatannya seperti SPAD lebih menyebelahi Uber dan bukannya industri teksi,” jelas beliau.

    “Saya sungguh tidak gembira, begitu juga dengan semua pemandu teksi. Ini bermaksud, kereta Myvi dan Kancil anda juga boleh jadi teksi. Jadi, bila kereta persendirian boleh dijadikan teksi, apa yang akan berlaku kepada industri kita?” tanya beliau.

    Menurut beliau, kerajaan perlu melabur lebih lagi dalam penguatkuasaan dan prasarana untuk memperbaiki pendapatan pemandu teksi. Kelompok pemandu teksi yang hadir pada pertemuan berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap inisiatif yang dibentangkan oleh SPAD hari ini.

    Pemandu-pemandu teksi sebelum ini merancang untuk mengadakan protes enam hari jika keputusan inisiatif SPAD tidak menyebelahi mereka.

     
     
  • Sistem Teknologi Pintar MAI (MITS) – kelengkapan kejuruteraan dan simulasi untuk syarikat automotif

    MAI-Intelligent-Technology-Systems-1_BM

    Institut Automotif Malaysia (MAI) telah melancarkan pusat teknologi automotif terbaharu mereka iaitu Sistem Teknologi Pintar (Intelligent Technology System) MAI atau MITS, di ibu pejabat MAI Cyberjaya hari ini.

    Fasiliti ini disasar untuk meningkatkan kebolehan merekabentuk produk dan innovasi dalam rantaian pembekal komponen dan alat ganti tempatan. Inisiatif ini dikatakan selari dengan Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014, yang mengetengahkan rancangan negara untuk menjadi hab serantau dalam penghasilan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) menjelang 2020.

    “Ia adalah penting kerana tahap teknologi industri kini semakin kuat, terutamanya pada bahagian penting dalam kejuruteraan rekabentuk, membuat prototaip, pengesahan produk dan juga pembangunan proses,” kata Ketua Pegawai Operasi MAI Nizmar Mohd Nazar. “Ini merupakan projek yang berupaya untuk pembekal dan pengeluar alat ganti automotif tempatan untuk meningkatkan nilai pada rantaian produk, dengan menambah rekaan dan kejuruteraan tempatan dalam asas pengeluaran sedia ada mereka.”

    Pusat ini menyediakan produk dari syarikat perisian rekabentuk dan kejuruteraan dari Amerika iaitu Altair Engineering secara bersepadu, dan dibina sebagai pusat sehenti yang menyediakan perisian, perkakasan dan sokongan teknikal untuk merekabentuk serta membangunkan alat ganti automotif dan kerja-kerja sistem kejuruteraan.

    Asas kepada MITS ini adalah HyperWorks Unlimited Physical Appliance (HWUL-PA), iaitu pelayan cloud persendirian 96-core yang menawarkan akses plug and play tanpa had ke perisian rekabentuk bantuan komputer (CAD) dan kejuruteraan (CAE) Altair Hyperworks, serta peralatan Pengkomputeran Berprestasi Tinggi (HPS) untuk proses merekabentuk, kejuruteraan dan simulasi.

    MAI-Intelligent-Technology-Systems-3_BM

    Pengguna boleh menjalankan pelbagai ujian simulasi untuk mengesahkan proses rekaan produk dan kejuruteraan, termasuk simulasi pelanggaran, elektromagnetik, bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) serta pengeluaran. Mereka juga boleh bekerjasama dengan rapat bersama pakar dari Altair dalam kejuruteraan bahan dan komposit ringan.

    Bercakap berkenaan pemain industri tempatan tentunya sering dikaitkan dengan Proton dan Perodua. Tetapi, kedua-dua syarikat berkenaan merupakan pemain skala besar dalam industri, dan biasanya mempunyai perisian CAD dan CAE (seperti Hyperworks) mereka sendiri. Namun COO Altair Brett Choinar berkata mereka masih boleh menggunakan sistem HWUL-PA di MITS jika mereka memerlukan sistem pengkomputeran tambahan.

    Walau bagaimanapun, sasaran utama penggunaan MITS adalah syarikat-syarikat seperti pembekal komponen Tahap 1 dan Tahap 2, yang, mungkin tidak mempunyai akses perisian berkenaan. MAI menjangkakan pusat ini akan memainkan peranan penting dalam menyediakan fasiliti kepada syarikat-syarikat sedemikian dalam inisiatif rekaan dan pembangunan produk, tanpa mereka perlu melaburkan dana untuk membeli perisian, perkakasan dan perkhidmatan konsultansi teknikal yang mahal.

    “Cabaran baharu seterusnya untuk syarikat pembekal alat ganti di Malaysia ialah beralih kearah rekaan produk dan kerja-kerja kejuruteraan, bukan sekadar mengilangkan,” kata Choinard.

    “Selama 25 tahun, Altair telah bekerjasama dengan pembuat komponen OEM dan pembekal automotif di seluruh dunia untuk menyokong mereka kearah rekaan berpandukan simulasi. “Kami melihat kehadapan untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman kami dengan pemain peralatan automotif tempatan serta membantu mereka untuk memulakan perjalanan dalam bidang reka bentuk berpandukan simulasi.”

     
     
  • Honda perkenalkan model CRF450R 2017 serba baharu

    2017_CRF450R_06

    Bagi yang meminati motosikal jenis scrambler, Honda ada berita baik untuk anda; diperingkat global, syarikat itu mengumumkan bakal memperkenalkan semula versi terbaharu dua model legendaris 450 cc di arena motocross – Honda CRF450R 2017 dan model serba baharu, Honda CRF450RX 2017.

    Pertama kali diperkenalkan pada 2002, kini bagi ulang tahun ke-15 jentera 450 cc empat lejang itu Honda melakukan banyak pembaharuan. Paling berkuasa, kendalian mudah dan tepat bagi mana-mana jentera motocross setakat ini; itu antara perkara yang dapat dicapai melalui motosikal berkenaan di dalam penampilan terbaharunya. Honda sendiri menggelar model ini dengan nama “Absolute Holeshot”.

    CRF450R serba baharu ini antara lain menggunakan kerangka aluminium generasi baharu, fork gegelung Showa baharu, Programmed Fuel Injection (PGM-FI) serta pilihan bagi penghidup elektrik. Enjin 449 cc silinder tunggal Unicam empat injap memberikan tambahan kuasa dan tork. Kerangka barunya juga menerapkan geometri reka bentuk baharu dengan titik tengah lebih rendah bagi memperoleh daya pusat graviti yang lebih baik.

    Ketinggian tempat duduknya ialah 960 mm, dengan berat 110 kg. Kapasiti tangki minyaknya pula ialah enam liter. Kedua-dua tayarnya menggunakan Dunlop MX3S.

    Sebagai tambahan, Honda turut menawarkan sebuah model serba baharu lain, CRF450RX 2017. Ia diasaskan daripada model CRF450R, tetapi dengan beberapa perbezaan; sebuah jentera khas yang direka dengan spesifikasi untuk perlumbaan dalam litar tertutup.

    Antara perbezaannya dari model CRF450R ialah penggunaan ignition map yang lebih lembut dan lancar dan penghidup elektrik sebagai ciri standard. Selain itu, sistem suspensinya juga ditala bagi memenuhi keperluan tunggangan off-road.

    Memandangkan penggunaannya akan lebih tertumpu kepada perlumbaan dan laluan off-road, tangki plastik yang lebih besar dan ringan digunakan, serta tongkat aluminium diperkukuh. Roda belakangnya menggunakan rim 18 inci dengan tayar Dunlop Geomax AT81.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.47 (-0.25)
RON 97 RM4.10 (-0.25)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.07 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.27 (-0.30)
Last Updated Jun 25, 2026