Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Kia EV9 didedahkan — SUV EV dengan platform E-GMP, 6/7-tempat duduk, barisan kedua 180-darjah

    Kia EV9 didedahkan — SUV EV dengan platform E-GMP, 6/7-tempat duduk, barisan kedua 180-darjah

    Pertama kali ditunjuk sebagai model konsep pada November 2021, Kia EV9 kini didedahkan sepenuhnya, menjadi model SUV tiga baris tempat duduk terbaru dalam barisan kenderaan EV jenama itu. Sama seperti EV9 Concept dan EV6 yang telah dikeluarkan, EV9 menggunakan binaan Electric Global Modular Platform (E-GMP), dan EV9 ditawarkan dengan konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk.

    Rekaan dari model konsep dilihat masih dikekalkan pada versi produksi ini, terutama rekaan kotaknya, walaupun perincian lain disesuaikan untuk model sebenar tentunya, seperti rekaan lampu utama, cermin sisi yang lebih konvensional, sama seperti rekaan pemegang pintu dan lain-lain. Wajah depan “Digital Tiger Face”-nya juga diwarisi dari model konsep. Rekaan roda pula diberi rekaan lain.

    Tunggak “Technology for Life” yang menjadi pegangan Kia bagi falsafah rekaan “Opposites United” menampilkan nilai utama yang menjadi teras bahagian dalaman EV9, di mana ruang, teknologi dan keselesaan untuk semua penumpang diberi keutamaan.

    Kia EV9 didedahkan — SUV EV dengan platform E-GMP, 6/7-tempat duduk, barisan kedua 180-darjah

    Di dalam, penumpang barisan depan dan kedua boleh merebahkan kerusi mereka untuk berehat ketika EV9 sedang di cas. Kerusi barisan kedua boleh dipusing 180-darjah untuk berdepan dengan barisan ketiga, dengan barisan akhir itu turut disediakan dengan ruang cawan dan slot pengecas kuasa untuk peranti elektronik.

    Untuk infotainmen, EV9 menggabungkan dua skrin sentuh 12.3-inci dengan paparan lima-inci untuk kawalan fungsi kenderaan, serta untuk memastikan butang fizikal disediakan pada tahap minimum. Sementara di konsol tengah pula, ia menyediakan ruang simpanan luas di bawah.

    Terletak di bawah bahagian audio visual, skrin tunjuk arah dan telematik (AVNT) menampilkan susunan butang sentuh yang tersorok sebagai akses kepada fungsi Start/Stop berserta kawalan untuk pendingin. Perincian teknikal bagi EV9 bagaimanapun belum diumumkan, dijangka akan dilakukan ketika pengenalan globalnya, dalam bulan ini nanti.

    Kia EV9 didedahkan — SUV EV dengan platform E-GMP, 6/7-tempat duduk, barisan kedua 180-darjah

    Dengan platfom E-GMP yang sama seperti digunakan EV6, boleh dijangka SUV ini akan menggunakan binaan elektrikal 800-volt yang menyokong pengecasan kadar tinggi. EV lain yang menggunakan platform yang sama termasuk Hyundai Ioniq 5 dan Genesis GV60.

    Untuk EV6, bateri sehingga 77.4 kWh yang digunakan menyediakan tenaga bagi dua motor janaan yang menghasilkan 577 hp dan 740 Nm tork bagi varian GT; prestasi maksimum 0-100 km/j dalam masa 3.5 saat dan laju maksimum 260 km/j. Selain itu, gandingan bateri jarak jauh dengan pacuan 2WD memberikan jarak 510 km.

     
     
  • Proton Iriz RX rangkul juara buat kali pertama; dominasi pus. 1 & 2 Kejuaraan Rallycross Ireland 2023!

    Proton Iriz RX rangkul juara buat kali pertama; dominasi pus. 1 & 2 Kejuaraan Rallycross Ireland 2023!

    Selepas didedahkan pada April tahun lalu, kereta rallycross Proton Iriz RX Team RX Racing akhirnya menunjukkan prestasi sebenarnya; jentera yang dipandu oleh Patrick O’Donovan, juara Kejohanan Rallycross British (BRX) dan FIA RX2e tahun lalu berkenaan berjaya merangkul tempat kedua pada pusingan 1 dan 2 Kejohanan Rallycross Ireland (IRX) 2023 di Litar Mondello Park!

    Patrick mendominasi sepenuhnya perlumbaan pada pusingan pertama yang berlangsung 5 Mac lalu, dengan memenangi kesemua perlumbaan bermula pusingan kelayakan, separuh akhir dan juga peringkat akhir. Namun kerana keliru dengan peraturan IRX di mana peringkat terakhir yang tidak memerlukan pemandu mengambil ‘Joker Lap’, kemenangan Patrick di tarik dan jatuh ke tempat kedua, mencatatkan podium pertama buat Iriz RX.

    Apa yang menarik, walaupun Patrick mengambil ‘Joker Lap’ pada lap terakhir perlumbaan peringkat akhir pusingan pertama berkenaan, dia masih di hadapan pelumba di kedudukan kedua, Micheal Leonard Jr yang memandu Ford Fiesta RX!

    Belajar dari kesilapan, Patrick kembali ke pusingan kedua pada keesokan harinya, dan mencapai keputusan yang sama; dia dan Iriz RX sekali lagi mendominasi perlumbaan dengan memenangi perlumbaan peringkat kelayakan dan berjaya menjadi juara di pusingan akhir!

    Proton Iriz RX rangkul juara buat kali pertama; dominasi pus. 1 & 2 Kejuaraan Rallycross Ireland 2023!

    “Kami berhadapan dengan pertarungan yang sengit dalam pusingan akhir pada Ahad, dan sangat hebat selepas mencapai kemenangan untuk seluruh pasukan. Semua orang sudah bekerja keras dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk membawa projek ini kehadapan, dan saya sangat seronok untuk melakukan yang terbaik bagi mempertingkatkan kereta untuk ayah saya berlumba tahun ini,” kata Patrick yang baru berumur 19 tahun.

    “Kami mendominasi pada Sabtu – kami ambil joker lap empat saat yang tidak diambil oleh pelumba lain tetapi masih menang di atas litar – tetapi kami terpaksa menghormati keputusan pegawai perlumbaan, dan ini membuatkan saya lebih ‘lapar’ untuk menang pada Ahad.

    “Kereta ini telah di bawa selangkah kehadapan, tetapi masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan, ia pada kedudukan yang lebih baik sekarang. Saya rasa hujung minggu ini turut membantu saya untuk lebih bersedia untuk sepanjang musim, termasuk perlu memandu kereta lain yang berbeza dari apa yang biasa saya pandu. Harapnya kami akan bersedia untuk mengumumkan rancangan 2023 dalam beberapa minggu akan datang,” tambahnya lagi.

    Proton Iriz RX rangkul juara buat kali pertama; dominasi pus. 1 & 2 Kejuaraan Rallycross Ireland 2023!

    Patrick sepatutnya memandu Proton Iriz RX ini pada pusingan terakhir IRX 2022 yang jadualkan berlangsung pada Disember lalu, namun pusingan tersebut terpaksa dibatalkan kerana cuaca teruk di Litar Modello Park ketika itu.

    Ini merupakan penampilan pertama Patrick dengan Iriz RX, yang pada asalnya dibangunkan untuk digunakan oleh ayahnya sendiri iaitu juara British Rallycross Championship 2007, Ollie O’Donovan. Menurut Team RX Racing, langkah ini diambil bagi memberikan peluang kepada Iriz RX untuk berlumba secara kompetitif sebelum memulakan siri-siri perlumbaan lain musim ini.

    Pasukan berkenaan turut menyatakan bahawa Iriz RX telah direhatkan untuk beberapa perlumbaan musim lalu kerana ia mengalami pelbagai isu pembangunan yang perlu dibuat. Kemunculan Patrick di Mondello Park kali ini juga bakal memberikan lebih banyak maklum balas kepada jurutera bagi menyediakan jentera berkenaan untuk berlumba pada musim 2023.

     
     
  • Harga jualan motosikal Triumph di bawah pengedar baru tersebar – bukan semua lebih murah

    Harga jualan motosikal Triumph di bawah pengedar baru tersebar – bukan semua lebih murah

    Sejak segala urusan (pengurusan import, jualan, pengedaran serta pembangunan jenama) berkenaan motosikal jenama Triumph di Malaysia diambil alih oleh Didi Automotive bermula hujung tahun lalu, ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana khidmat dan perkhidmatan yang akan diberi kepada pengguna.

    Ini termasuklah timbulnya soalan berapa banyak pusat pameran/servis yang akan dibuka dan berapakah harga model-model terbaru yang akan dijual. Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi untuk perkara ini tetapi nampaknya kita boleh mendapat jangkaan awal melalui satu risalah yang sudah tersebar.

    Di dalamnya, terdapat senarai harga yang dirujuk sebagai “pra jualan 2023”, melibatkan 22 model dari pelbagai kategori termasuk adventure, roadster, 660 Series, klasik moden dan Rocket.

    Harga jualan motosikal Triumph di bawah pengedar baru tersebar – bukan semua lebih murah

    Melihat pertamanya kepada model Triumph paling mampu milik, iaitu Trident 660, ia dijual pada harga RM45,900, sekaligus menunjukkan sedikit peningkatan berbanding harga waktu ia dilancarkan pertama kali untuk pasaran Malaysia di bawah pengedar sebelum ini, Fast Bikes, iaitu RM43,900.

    Bagi model klasik moden, model yang termasuk dalam senarai adalah Speed Twin 900, Speed Twin 1200, Bonneville T100, Bonneville T120, Bonneville T120 Black, Thruxton R/RS, Scrambler 900, Scrambler 1200 XE dan Bonneville Bobber Black, dengan harga bermula RM56,800 (Speed Twin 900) hingga RM92,000 (Scrambler 1200 XE).

    Dalam kategori adventure, hampir semua versi yang ditawarkan sebelum ini juga dibawa masuk oleh Didi Automotive, bermula RM62,300 untuk Tiger 850, RM72,900 untuk Tiger 900 GT, RM82,100 untuk Tiger 900 GT Pro, RM84,600 untuk Tiger 900 Rally Pro, RM113,600 untuk Tiger 1200 GT Pro, RM118,400 untuk Tiger 1200 Rally Pro dan RM129,000 untuk Tiger 1200 Rally Explorer.

    Jika mahu diambil sebagai perbandingan dengan syarikat pengedar sebelum ini, kebanyakan harga baru ini menunjukkan peningkatan, termasuk Scrambler 1200 XE (sebelum ini RM86,900), tetapi ada juga yang menunjukkan penurunan seperti Tiger 1200 Rally Explorer (sebelum ini RM130,900). Turut termasuk dalam senarai adalah Rocket 3 GT (RM145k), Rocket 3 R (RM139,900) dan Street Triple 765 RS (RM73,900).

    Selain daripada harga jualan model motosikal, di bawah risalah ini turut dilihat terdapat tiga cawangan pusat pameran/servis yang akan beroperasi termasuk di Petaling Jaya, Batu Caves dan Pulau Pinang.

     
     
  • Art of Speed 2023 – edisi ke-12 bakal jadi yang terbesar pernah diadakan, berlangsung 29-30 Julai

    Art of Speed 2023 – edisi ke-12 bakal jadi yang terbesar pernah diadakan, berlangsung 29-30 Julai

    Art of Speed Malaysia (AOSM) hari ini secara rasminya telah mengumumkan tarikh untuk acara tahunannya bagi edisi ke-12 – Art of Speed (AOS) 2023 bakal bermula pada 29 hingga 30 Julai ini, dan ia masih akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), Selangor dengan tema “Raikan Beza Mu”.

    Dalam satu sidang media yang dilangsungkan oleh Art of Speed Malaysia pagi ini, AOS 2023 disifatkan sebagai edisi yang paling besar bakal diadakan sejak acara pertama yang dilangsungkan pada 2012. Ini kerana AOS 2023 bakal menggunakan kesemua Dewan A, Dewan B (sebelum ini merupakan bangunan yang digunakan oleh Universiti Perdana), Dewan C dan Dewan D di MAEPS, serta sebahagian kawasan sekitarnya.

    Ini menjadikan AOS 2023 bakal dilangsungkan di dalam ruang tertutup seluas 350,000 kaki persegi dan ruang luar seluas 8.6 ekar! Bukan sahaja semakin besar, malah penganjur turut menjanjikan bahawa AOS 2023 bakal menjadi edisi terbaik yang pernah diadakan.

    Art of Speed 2023 – edisi ke-12 bakal jadi yang terbesar pernah diadakan, berlangsung 29-30 Julai

    Antara pengisian baharu yang bakal ditampilkan pada AOS 2023 ini adalah Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally”. Acara ini akan diadakan kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal serta bakal menghidangkan pertunjukan aksi motosikal yang dipersembahkan oleh penunggang profesional, serta tunggangan mega dan perhimpunan pelbagai kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia dan dari sekitar rantau ini.

    AOS 2023 juga bakal menjadi ‘syurga’ kepada peminat Hot Wheels kerana keseluruhan Dewan B hanya akan dipenuhi ‘kereta kecil’ berkenaan menerusi pelbagai acara yang akan dilangsungkan. Antaranya adalah penganjuran Hot Wheels Collector Convention Rasmi Pertama di rantau Asia Tenggara, pameran-pameran diorama, sesi beramah mesra dengan pereka Hot Wheels dari Amerika Syarikat dan pelbagai lagi.

    Malah untuk model Proton Saga yang bakal dihasilkan oleh Hot Wheels sempena ulang tahun ke-40 Mattel Malaysia, Mattel turut menjemput semua kanak-kanak di Malaysia datang melatih kreativiti mereka untuk menyertai Hot Wheels x Proton Kids Design Competition di AOS 2023. Rekaan yang memenangi pertandingan ini bakal digunakan sebagai kad ‘blister’ Proton Saga ‘edisi khas’ dan akan dijual di seluruh negara di Malaysia pada awal 2024 nanti.

    Pada AOS 2023 ini juga akan menyaksikan pertandingan Hot Wheels Legends Tour 2023 akan diadakan di Malaysia secara realiti buat pertama kali selepas ia dilangsungkan secara maya untuk edisi-edisi sebelum ini akibat kekangan pandemik Covid-19.

    Pusingan kelayakan akan diadakan di AOS 2023 dengan pertandingan yang akan berlangsung pada hari Ahad. Ia akan menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa untuk memilih johan yang akan mewakili Malaysia di pentas dunia – kereta yang menang di peringkat global kelak bakal dijadikan sebagai kereta Hot Wheels skala 1/64 dan akan dijual ke seluruh dunia.

    Antara acara lain yang akan berlangsung sepanjang AOS 2023 ini termasuk Pesta NEAT oleh No Equal (Dewan C), perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid (Dewan C), Hail Vintage (Dewan D), Kustom & Koffee Talk (Dewan A), Show & Shine (Dewan A) dan pelbagai lagi.

    Bagi pemenang Best of Show untuk Show & Shine tahun ini bakal dibawa ke lawatan The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2023 nanti di Jepun. Manakala untuk pengunjung, sesi cabutan bertuah akan menawarkan hadiah utama berupa sebuah Toyota Celica 1979 yang menerima ubahsuai suspensi udara.

    Art of Speed 2023 – edisi ke-12 bakal jadi yang terbesar pernah diadakan, berlangsung 29-30 Julai

    AOSM akan menyediakan Food Park di keseluruhan ruang bawah Dewan D. Untuk anda yang mencari barang-barang restorasi atau ubahsuai motosikal dan kereta lama, AOS 2023 masih akan menampilkan pelbagai vendor yang akan memenuhi Automotive Flea Market.

    Pelbagai jenama motosikal termasuk Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan lain-lain turut akan ke AOS 2023 di Test Ride Zone bagi membolehkan pengunjung menunggang uji model-model motosikal baharu.

    Seperti biasa, tetamu-tetamu jemputan dari luar turut akan dibawa, antaranya Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano dan Michi “NATQQ” dari Mooneyes, Jepun; Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters, Jepun; Vondutch dari Indonesia, Ya Seat dari Thailand dan ramai lagi. Acara persembahan muzik SoundCircus Festival turut akan dilangsungkan pada AOS 2023 ini.

    “Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya, dan terus mendominasi dalam acara tahunan yang berskala besar,” kata Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival AOSM.

    Art of Speed 2023 – edisi ke-12 bakal jadi yang terbesar pernah diadakan, berlangsung 29-30 Julai

    “Pada tahun ini, AOSM akan meraikan ulang tahun ke-12 pertunjukan tahunannya, bagi menyemarakkan lagi semangat peminat yang bersemangat tinggi, kami persembahkan sebuah acara yang rugi untuk dilepaskan oleh semua,” tambahnya lagi.

    Untuk kedua-dua hari AOS 2023 berlangsung, ia akan mula dibuka bermula 10 pagi dan berakhir pada 7 malam. Pas hujung minggu AOS 2023 boleh diperolehi di pintu hadapan ketika acara ini berlangsung dan juga secara atas talian dengan harga RM35.00. Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan juga pemegang pas OKU, masuk secara percuma.

    AOSM turut akan menjual pas Speed Lane untuk AOS 2023 yang berharga RM60.00. Bagi pembeli pas Speed Lane ini, anda akan dibenarkan masuk lebih awal iaitu pada pukul 9 pagi, dan ia sah untuk kedua-dua hari. Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass pula akan mula dijual secara atas talian tidak lama lagi.

     
     
  • Proton tunjuk SUV X90 — kilang Tanjung Malim terima tambahan mesin tempa, mula produksi SUV terbaru

    Proton tunjuk SUV X90 — kilang Tanjung Malim terima tambahan mesin tempa, mula produksi SUV terbaru

    Dalam majlis pelancaran stamping line baru Proton di kilangnya di Tanjung Malim hari ini, Proton turut mempertontonkan SUV terbaru keluarannya yang dijangka akan dilancarkan tahun ini. Walaupun namanya belum disahkan — Proton X90 adalah nama jolokan yang selalu disebut — menjadi SUV ketiga keluaran Proton di sini. Ia juga sudah beberapa kali dilihat sedang diuji di jalan raya Malaysia sebelum ini — asalnya dijadualkan pengenalannya tahun lalu.

    Masih belum ada sebarang perincian yang dikongsi, tetapi daripada unit yang dipertontonkan itu dapat dilihat dengan jelas wajah depan Proton X90 ini berbeza daripada versi Geely Haoyue di China, atau Geely Okavango di Filipina. Model keluaran Proton terbabit tampil dengan rekaan gril “diamond” yang lebih ringkas (bayangkan rekaan gril kereta Mercedes-Benz) dengan kehadiran elemen busur panah yang masih lagi dikekalkan. Tiada lagi rekaan gril Infinite Weave seperti pada X70 dan X50.

    Rekaan lampu utamanya juga berbeza: kedudukan bahagian lampu isyarat sequentialnya berada dalam jalur yang paling bawah dalam unit berkenaan, dengan empat petak lampu LED di atasnya. Pada model asalnya di pasaran luar seperti dinyatakan itu, lampu utama matriks digunakan, dengan kedudukan jalur berkenaan di tengah dan diapit oleh masing-masing tiga dan satu unit LED di atas dan bawahnya.

    Proton tunjuk SUV X90 — kilang Tanjung Malim terima tambahan mesin tempa, mula produksi SUV terbaru

    Di cermin utama pula, kelihatan dengan jelas kamera untuk sistem ADAS, termasuk petak seolah kelengkapan sensor seperti biasa dilihat di bawah bahagian grilnya. Varian atau senarai kelengkapan spesifikasi unit yang dipertontonkan ini bagaimanapun masih belum didedahkan.

    Model ini juga disahkan akan menggunakan sistem janaan mild hybrid untuk pasaran tempatan. Jika semuanya sama, ini penawaran yang sama pernah kita lihat diberikan untuk Geely Okavango di Filipina. Di sana, model ini menggunakan enjin petrol tiga-silinder 1.5 liter turbocas serta sistem 48-volt mild hybrid yang menawarkan 190 hp dan 300 Nm tork. Haoyue/Okavango ialah sebuah SUV dengan kapasiti tujuh-tempat duduk dengan kedudukan rendah yang lebih mirip sebagai sebuah MPV.

    Produksi model terbaru ini telahpun dimulakan di Tanjong Malim. Kemudahan di kilang berkenaan juga telah menerima barisan pengeluaran tempa (stamping) baru yang boleh menghasilkan sehingga 50 komponen unik, sekaligus meningkatkan kemampuan Proton untuk meningkatkan kandungan tempatan dalam kenderaan yang dihasilkannya.

    Semua sekali kemudahan baru berkenaan melibatkan lima mesin tempa terbaru, dengan satu daripadanya mampu menggunakan daya 2,500 tan, sementara baki dengan dua mesin lagi setiap satunya masing-masing dengan daya 1,200 tan dan 1,000 tan. Rangkaian tempa baru ini turut memanfaatkan enam robot untuk memindahkan bahagian antara stesen serta teknologi data masa nyata IR 4.0.

    “Selain daripada berpotensi menambah 115,000 unit kepada jumlah pengeluaran syarikat, rangkaian penempa baru ini juga membolehkan lebih fleksibiliti untuk membuat keputusan terhadap jumlah pengeluaran kami setiap bulan dan meningkatkan kelajuan pengeluaran kami untuk menghasilkan model baru untuk pasaran tempatan,” jelas Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam ucapannya.

    Sudah bersedia untuk Proton X90 terbaru?

    Geely Haoyue pasaran China

     
     
  • Proton dan Perodua masih diberi layanan sebagai pengeluar kereta nasional, patuhi kriteria NAP 2020

    Proton dan Perodua masih diberi layanan sebagai pengeluar kereta nasional, patuhi kriteria NAP 2020

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengesahkan Proton dan Perodua masih diberikan layanan sebagai pengeluar kereta nasional memandangkan kedua-dua syarikat berkenaan terus memberikan sumbangan penting terhadap industri automotif tempatan.

    Menurut Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong, bagaimanapun, kedua-dua syarikat kereta berkenaan harus memenuhi kriteria-kriteria yang digariskan di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), laporan Bernama.

    “Dengan adanya kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah NAP 2020, mana-mana syarikat selain Proton dan Perodya yang dapat memenuhi kriteria-kriteria itu juga layak dipertimbangkan untuk diberi layanan sebagai Projek Kereta Nasional,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

    Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang mahu tahu mengapa Proton masih diberikan pelbagai layanan istimewa memandangkan ia bukan lagi kereta nasional.

    Proton dan Perodua masih diberi layanan sebagai pengeluar kereta nasional, patuhi kriteria NAP 2020

    Tambah beliau, antara kriteria-kriteria yang ditetapkan sebagai ‘Malaysian Vehicle Project’ boleh dijadikan panduan termasuklah majoriti pemilikan tempatan, memberi tumpuan kepada pembangunan rantaian pembekalan tempatan, menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

    Selain itu, katanya, Proton telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, iaitu sekitar 8,500 orang di mana 99% adalah rakyat tempatan.

    “Proton melantik lebih daripada 180 syarikat tempatan Tahap-1 dalam rantaian pembekalan keseluruhannya dan nilai purata perolehan tempatan adalah antara 75% sehingga 80% terutamanya bagi model-model yang dibangunkan secara tempatan sepenuhnya,” katanya.

    Sehubungan itu, MITI akan sentiasa memantau pematuhan Proton dan Perodua ke atas kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan bersedia untuk mengemaskini dasar dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan industri automotif global.

     
     
  • Mitsubishi Triton generasi seterusnya muncul dalam teaser – guna casis Nissan Navara, ada versi EV?

    Mitsubishi Triton generasi seterusnya muncul dalam teaser – guna casis Nissan Navara, ada versi EV?

    Semasa pembentangan pelan perniagaan “Challenge 2025” syarikat, Mitsubishi telah menunjukkan Triton generasi baru secara teaser. Bayangan model generasi keenam ini muncul dalam salah satu slaid pembentangan dan dinamakan ringkas sebagai “pikap.”

    Pencahayaan unik Triton boleh dilihat pada model ini, dan berkemungkinan besar, seperti yang dilihat melalui gambar spyshot model prototaip di Thailand, lampunya masih akan menggunakan susunan dua tingkat seperti model generasi kelima.

    Mitsubishi tidak menyatakan secara tepat bila Triton baru ini akan diperkenalkan kepada dunia, tetapi berdasarkan slaid seterusnya, ia mungkin berlaku dalam tahun ini. Laman Headlightmag mendakwa, Triton baru akan dibina atas casis ladder-frame Nissan Navara, seterusnya membawa kepada model yang lebih besar luar dan dalam.

    Mitsubishi Triton generasi seterusnya muncul dalam teaser – guna casis Nissan Navara, ada versi EV?

    Ada bukti yang boleh menyokong dakwaan ini, kerana gambar bahagian tepi Triton baru ini menunjukkan garis tingkap yang sama. Walaubagaimanapun, kita masih perlu tunggu pengesahan daripada Mitsubishi sendiri. Memandangkan Mitsubishi berada dalam pakatan dengan Renault dan Nissan, perkongsian platform adalah satu kemungkinan.

    Enjin untuk Triton baru ini sudah tentu akan menggunakan unit diesel trurbo, tetapi ia juga mungkin akan ditawarkan dengan versi elektrik penuh. Di sebelah Triton baru ini dalam gambar, terdapat satu lagi model yang dinamakan sebagai “BEV Pikap” seterusnya memberi bayangan kepada model yang akan mencabar model konsep Toyota Hilux Rev BEV.

     
     
  • Subsidi bersasar petrol RON95 ditangguhkan, dimulakan dengan diesel – Ahmad Maslan

    Subsidi bersasar petrol RON95 ditangguhkan, dimulakan dengan diesel – Ahmad Maslan

    Kerajaan berkata rancangan untuk memperkenalkan program subsidi bahan api bersasar masih diteruskan, namun akan dimulakan dengan diesel, manakala bagi petrol RON 95 akan ditangguhkan untuk tempoh lain. Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, subsidi yang disasarkan akan terlebih dahulu melibatkan elektrik dan diesel apabila ia dilaksanakan, laporan The Star.

    “Kita sedang meneliti subsidi yang disasarkan untuk elektrik dan diesel. Kita mungkin menangguhkan subsidi yang disasarkan untuk RON 95. Bilakah subsidi yang disasar akan dilaksanakan? Tunggu pengumuman,” katanya dalam penggulungan Bajet 2023 di Parlimen semalam.

    Sebelum ini subsidi bersasar bahan api dijangka diumumkan dalam Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu, namun ia tidak dilaksanakan.

    Subsidi bersasar petrol RON95 ditangguhkan, dimulakan dengan diesel – Ahmad Maslan

    Perkara mengenai subsidi yang disasarkan telah dibangkitkan beberapa kali sejak beberapa tahun lalu, dan Anwar sendiri telah menyatakan bahawa akan melaksanakannya apabila beliau memegang jawatan sebagai PM pada November lalu, malah telah meminta kementerian yang berkaitan untuk mengkaji kesan langkah berkenaan.

    Pada Februari lalu, Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan boleh menjimatkan sehingga RM17 bilion sekiranya ia melaksanakan mekanisme subsidi yang disasarkan dan menghapuskan subsidi yang dinikmati oleh T20. Beliau berkata, kerajaan membelanjakan sebanyak RM50.8 bilion subsidi untuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada 2022.

     
     
  • Polis Sabah beri 50% diskaun saman pada 27-31 Mac

    Polis Sabah beri 50% diskaun saman pada 27-31 Mac

    Polis Sabah bakal menawarkan diskaun saman trafik sehingga 50% pada 27 hingga 31 Mac 2023. Kempen ini sempena dengan Peringatan Hari Polis Ke-216. Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter trafik di negeri berkenaan, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

    Walau bagaimana pun, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya, saman memotong di garisan kembar, saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.

     
     
  • Acura Integra, Ford F-150 Lightning, Kia EV6 dinobatkan sebagai pemenang NACTOY 2023

    Acura Integra, Ford F-150 Lightning, Kia EV6 dinobatkan sebagai pemenang NACTOY 2023

    Pemenang bagi anugerah North American Car, Truck and Utility Vehicle of the Year (NACTOY) atau Kereta, Trak dan Kenderaan Utiliti Amerika Utara 2023 telah pun diumumkan baru-baru ini, selepas ia bermula dengan penyenaraian 47 kenderaan dan tiga pusingan penjurian untuk menentukan pemenang bertuah.

    Bagi kategori Kereta Tahunan Amerika Utara, Acura Integra telah diumumkan sebagai juara, menewaskan pencabar terdekatnya Genesis G80 serta Nissan Z. Integra kembali dalam dunia automotif global pada tahun lalu dan merupakan ‘kembar’ kepada kepada Honda Civic generasi ke-11, dan versi asasnya berkongsi enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan Honda Civic SI pasaran Amerika Syarikat.

    Untuk kategori Trak Tahunan Amerika Utara pula, menyaksikan persaingan sengit di antara Chevrolet Silverado ZR2 dengan dua trak pikap elektrik Lordstown Endurance dan Ford F-150 Lightning. Dalam kategori terbabit, trak pikap elektrik pertama Ford, F-150 Lightning telah berjaya menambat hati para juri untuk memenangi anugerah yang menjadi rebutan itu.

    Akhir sekali, Kia EV6 juga telah berjaya ‘merembat’ salah satu anugerah utama dalam acara berprestij berkenaan, dengan menewaskan tiga finalis yang lain. EV6 telah mengetepikan pesaingnya yang juga merupakan kenderaan elektrik iaitu Cadillac Lyric dan Genesis GV60. EV6 turut menerima pujian dari segi rekaan dan prestasi.

    Kia EV6 dilancarkan di Malaysia pada Jun lalu, dengan menawarkan varian GT-Line dengan penjana kuasa yang menyaksikan gandingan dua motor elektrik untuk pacuan semua-roda yang mampu menghasilkan keseluruhan output mencecah 325 PS (321 hp atau 239 kW) dan tork 605 Nm. Ia memboleh EV6 dipecut dari 0-100 km/j dalam 5.2 saat dan kelajuan maksimum mampu dicapai hingga 183 km/j.

     
     
  • Pintu masuk B MRT Pusat Bandar Damansara ditutup sementara – bas perantara disediakan untuk ke PBD

    Pintu masuk B MRT Pusat Bandar Damansara ditutup sementara – bas perantara disediakan untuk ke PBD

    MRT Corporation telah memaklumkan penutupan sementara pintu masuk B di stesen MRT Pusat Bandar Damasara. Ia adalah bagi memberikan laluan untuk kelancaran kerja-kerja pembinaan oleh pihak ketiga berhampiran stesen MRT berkenaan. Mungkin juga melibatkan pembinaan Pavilion Damansara Heights atau pun flyover ‘misteri’ di situ.

    Bagi yang ingin ke Pusat Bandar Damansara (PBD), perlu turun di Stesen MRT Semantan dan menaiki bas perantara MRT bernombor T850. Ia adalah bas perantara khas dari Semantn ke PBD dan juga kawasan parkir Damanlela. Walau bagaimana pun, tidak dimaklumkan sampai bila pintu masuk B di stesen MRT PBD akan ditutup.

    Juga tidak diketahui adakah van perantara DBKL yang baharu saja diperkenalkan minggu lalu akan terlibat dengan penutupan pintu masuk berkenaan. Minggu lalu, DBKL mengumumkan perkhidmatan van perantara disediakan dari DC Mall ke stesen MRT PBD iaitu sehingga laluan pejalan kaki yang disediakan oleh pihak kontraktor boleh digunakan oleh orang ramai pada hujung Mac ini.

     
     
  • Pasukan khas rangka dasar industri EV negara — MITI

    Pasukan khas rangka dasar industri EV negara — MITI

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan merangka dasar khusus untuk kenderaan elektrik (EV) susulan daripada pembangunan pesat teknologi mapan berkenaan dalam industri automotif, lapor NST.

    Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong memaklumkan dasar berkenaan ketika ini sedang dirangka oleh sebuah pasukan petugas khas yang memberi tumpuan kepada EV. “Pasukan khas berkaitan EV ini telah diluluskan oleh Kabinet pada 17 Februari lalu, dan akan menilai semula pengilang, pengimport dan jenama agar peluang dapat diberikan kepada syarikat tempatan.

    Mereka juga akan menilai aspek berikutnya membabitkan rangkaian stesen pengecas selain daripada elektronik dan elektrikal bersama pengeluar EV. Jadi, kerajaan memerlukan lebih masa untuk menggariskan masa depan EV ini,” ujar beliau ketika menjawab pertanyaan di parlimen, hari ini.

    Liew juga menambah bahawa pengeluaran EV tempatan mungkin boleh menjadi kenyataan dalam tempoh dua tahun lagi, melihat kepada pembangunan rancak industri berkenaan di peringkat global.

    “Dari sudut harga dan pengilangan EV, ia menunjukkan perubahan ketara melibatkan persaingan dan peralihan dari enjin konvensional kepada EV. Dengan itu, mungkin akan ada peluang baru dalam tempoh setahun dua ini,” ujarnya. Sebelm ini, MITI mensasarkan akan ada pelaburan sebanyak RM20 bilion menjelang tahun 2025 di bawah industri EV.

    Pasukan khas rangka dasar industri EV negara — MITI

    Dalam perkembangan lain, Liew menafikan yang Proton diberikan layanan istimewa walaupun ia kini dikawal oleh sektor swasta. Beliau juga berkata bahawa kementerian sudah bersedia untuk mengemaskini Dasar Automotif Negara (DAN/NAP) 2020 yang selari dengan pembangunan dan perkembangan industri automotif global.

    “Di bawah NAP 2020, kriteria bagi Malaysian Vehicle Project (MVP) menjadi garis panduan yang telah menetapkan status Proton sebagai pengeluar kenderaan tempatan. Antara kriteria MVP berkenaan adalah mempunyai pegangan majoriti tempatan; memberi fokus terhadap pembangunan rantaian bekalan tempatan; menjalankan kaji selidik dan pembangunan (R&D) tempatan; serta menyediakan peluang pekerjaan untuk warga Malaysia.

    “Kerajaan tidak memberikan layanan istimewa kepada Proton dan Perodua; malahan kerajaan mempertahankan dasar sedia ada, iaitu NAP 2020. Kami telah bersedia untuk mengemaskini dasar berkenaan berikutan perubahan deras yang berlaku dalam industri automotif,” jelasnya di Dewan Rakyat.

     
     
  • Daihatsu Ayla 2023 dilancar di Indonesia – RM39k-RM54k, pilihan 1.0L & 1.2L, 5MT dan CVT, 2-beg udara

    Daihatsu Ayla 2023 dilancar di Indonesia – RM39k-RM54k, pilihan 1.0L & 1.2L, 5MT dan CVT, 2-beg udara

    Serentak dengan pelancaran Toyota Agya 2023, kembarnya iaitu Daihatsu Ayla 2023 turut secara rasmi dijual pada pasaran Indonesia selepas ketiga-tiga kembar berkenaan termasuk Perodua Axia membuat kemunculan sulung pada pertengahan bulan lalu.

    Di Indonesia, Daihatsu Ayla generasi baharu ini ditawarkan dalam lima varian berbeza, bermula dengan varian asas 1.0 M MT dijual pada harga 134 juta rupiah (RM39k), diikuit Ayla 1.0 X MT berharga Rp. 146.9 juta (RM43k), Ayla 1.0 X CVT berharga Rp. 166.9 juta (RM49k), Ayla 1.2 R MT berharga Rp.164 juta (RM48k) dan varian tertinggi Ayla 1.2 R CVT berharga Rp.184 juta (RM54k).

    Berbeza dengan Agya yang tampil dengan muka tersendiri, Ayla nampaknya menggunakan bampar dan juga lampu yang sama seperti Axia. Perician luaran lain antara Ayla dan Axia juga nampak sama, kecuali reflektor tambahan pada pintu tailgate belakang dan juga set rim dalam kemasan hitam diberikan pada Ayla.

    Daihatsu Ayla 2023 dilancar di Indonesia – RM39k-RM54k, pilihan 1.0L & 1.2L, 5MT dan CVT, 2-beg udara

    Pengedar rasmi Daihatsu di Indonesia, Astra Daihatsu Motors (ADM) turut menawarkan pakej penggayaan Astra Daihatsu Styling (ADS) untuk Ayla baharu ini, dijual pada harga Rp.5.9 juta (RM1.7k). Pakej ini boleh dipadankan untuk semua varian kecuali model asas 1.0 M MT.

    Dengan pakej ADS tersebut, Ayla akan menampilkan gril berbeza dengan panel bertekstur dan juga bampar yang diberikan lampu nyalaan siang LED dengan perumah berbentuk-T, serta lips hadapan. Selain itu pakej ini juga datang dengan pelekat ADS yang diletak pada lips hadapan dan juga sisi badan, serta kemasan pada lampu belakang.

    Tidak seperti Axia yang hanya hadir dengan enjin 1.0 liter dan Agya hanya ditawarkan dengan enjin 1.2 liter, Ayla tampil dengan pilihan kedua-dua jenis enjin. Model-model 1.0 liter menerima enjin 1KR-VE tiga silinder berkuasa 67 PS dan tork maksima 89 Nm.

    Daihatsu Ayla 2023 dilancar di Indonesia – RM39k-RM54k, pilihan 1.0L & 1.2L, 5MT dan CVT, 2-beg udara

    Manakala model 1.2 liter pula menerima enjin baharu WA-VE tiga-silinder DOHC Dual VVT-i berkuasa 88 PS dan tork maksima 113 Nm. Bergantung pada varian, kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear D-CVT automatik atau transmisi manual lima-kelajuan.

    Model paling asas 1.0 M MT menerima ciri standard seperti rim besi 13-inci dengan tayar 155/80R13, tempat duduk fabrik, pemain audio 1-DIN dengan dua pembesar suara, dan juga dua beg udara. Model 1.0X pula diberikan rim aloi 14-inci kemasan gun metal dengan tayar 175/65R14 dan ditambah dengan cermin sisi berkuasa, pengelap cermin belakang, paparan instrumen pelbagai info, pemegang cawan di belakang, sistem penggera dan juga pemain audio 2-DIN dengan empat pembesar suara.

    Manakala model dengan enjin 1.0L paling mahal iaitu 1.0X CVT diberikan sistem kestabilan elektronik (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan juga sistem brek ABS bersama EBD.

    Versi 1.2L iaitu 1.2 R menerima perincian tambahan seperti lampu hadapan LED, spoiler belakang bersama lampu brek ketiga, sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, panel kawalan digital untuk sistem penghawa dingin manual, kolum stereng yang boleh dilaras ketinggian dan juga skrin sesentuh tujuh-inci untuk sistem infotainmen.

    Kedua-dua varian 1.2 R ini menerima sistem brek ABS dan EBD secara standard, tetapi hanya versi CVT sahaja diberikan sistem VSC. Bagi pembeli 1.2 R yang memilih pakej ADS akan menerima kamera undur manakala model 1.0 X dengan pakej ADS pula akan ditambah sistem audio 2-DIN dengan pemain CD.

    Perincian yang ditawarkan pada Ayla ini jelas lebih rendah dari apa yang Perodua berikan pada Axia di Malaysia. Model tertinggi Axia AV disini datang dengan panel instrumen digital penuh (sama seperti yang dipadankan pada Ativa, Alza dan Vios generasi baharu), bersama skrin sesentuh infotainmen sembilan inci.

    Axia juga menampilkan sistem keselamatan yang jauh lebih baik di mana kesemua varian menerima sistem VSC, ABS, EBD dan HSA secara standard, manakala Axia varian AV adalah jauh lebih canggih dengan menerima enam-beg udara, serta sistem bantuan pemanduan seperti brek kecemasan automatik, pemantau titik buta, amaran dan pengelak keluar lorong dan amaran lintasan trafik belakang.

     
     
  • WMoto Bobbie VII tiba di Malaysia – 693 cc, RM35,888

    WMoto Bobbie VII tiba di Malaysia – 693 cc, RM35,888

    Sebuah lagi motosikal cruiser kelas pertengahan memasuki pasaran Malaysia, iaitu WMoto Bobbie VII, dengan harga jualan RM35,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Jaminan yang diberi adalah selama dua tahun atau 20,000 km, dan motosikal ini ditawarkan dalam dua pilihan warna hitam, iaitu matte dan metalik.

    Selain model biasa, MForce Bike Holdings turut membuat kejutan apabila mendedahkan satu versi Bobbie VII yang dipasang dengan sidecar di tepi. Ia diberitahu sedang menunggu kelulusan VTA daripada JPJ. Harga tidak didedahkan tetapi ada sumber memberitahu, kalau ia diluluskan untuk penjualan, harganya mungkin berada sekitar RM50k.

    Bobbie VII digerakkan oleh enjin dua silinder selari berkapasiti 693 cc, dengan sistem penyejukan cecair, dan dipadankan bersama transmisi lima kelajuan. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 74 hp pada 8,500 rpm dan tork 64.3 Nm pada 6,500 rpm.

    Mencatat berat keseluruhan 211 kg, Bobbie VII menggunakan suspensi yang terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan dua penyerap hentak dengan pelarasan pra beban di belakang. Kedua-dua brek hadapan dan belakang menggunakan tetapan cakera tunggal dan ABS dual-channel diberikan secara standard.

    Bentuk biasa sebuah cruiser digunakan pada Bobbie VII dan tangki bahan apinya boleh diisi sehingga 15 liter. Semua lampu menggunakan jenis LED, sementara panel instrumen menggunakan kombinasi paparan digital LCD dan analog. Turut disediakan adalah soket pengecas USB.

     
     
  • Toyota Agya 2023 mula dijual di Indonesia – RM49k-RM74k, 1.2L, ada GR-Sport; 2-beg udara, tiada ASA 3.0

    Toyota Agya 2023 mula dijual di Indonesia – RM49k-RM74k, 1.2L, ada GR-Sport; 2-beg udara, tiada ASA 3.0

    Selepas didedahkan bulan lalu, kini kembar Perodua Axia D74A di Indonesia iaitu Toyota Agya 2023 secara rasmi telahpun mula dijual di Indonesia dan Toyota Astra Motor (TAM) mula mengumumkan perincian harga dan spesfikasi untuk hatchback segmen-A ini.

    Di Indonesia, Agya 2023 ditawarkan dalam lima varian berbeza iaitu Agya E MT dijual pada harga bermula 167.9 juta rupiah (RM49k), Agya G MT berharga Rp 175.4 juta (RM51k), Agya G CVT berharga Rp 191.4 juta (RM56k), serta dua varian paling sporty iaitu Agya GR-Sport MT berharga Rp 237.5 juta (RM69k) dan Agya GR-Sport CVT berharga Rp 253.5 juta (RM74k).

    Agya diberikan rekaan muka lebih tersendiri berbanding Axia dan juga satu lagi kembarnya di sana iaitu Daihatsu Ayla. Kesemua varian Agya diberikan lampu hadapan LED dengan kluster lampu yang direka lebih nipis dari Axia, serta menampilkan jalur LED lampu panduan dengan kedudukan kontra – Agya di atas, dan Axia pula di bawah.

    Toyota Agya 2023 mula dijual di Indonesia – RM49k-RM74k, 1.2L, ada GR-Sport; 2-beg udara, tiada ASA 3.0

    Model denga logo Toyota ini menerima gril seakan Toyota Yaris pasaran Jepun. Pada bahagian ‘pipi’ bampar berkenaan diberikan lekuk seakan liang ambilan udara, dan apa yang menarik ia turut disertakan dengan lampu nyalaan siang yang disusun menegak ala-Perodua Myvi facelift.

    Bagi model GR Sport, bamparnya direka seakan mengambil inspirasi dari hot-hatch GR Yaris, dengan apron agesif menampilkan liang udara sisi bersegi dan besar, bersama rekaan spoiler pada bahagian bawah. Logo GR ditampal pada bar tengah yang memisahkan gril atas dan juga bawah.

    Agya GR Sport juga menerima skirt sisi, spoiler belakang lebih besar berwarna hitam, bumbung berwarna hitam dan juga serlahan-serlahan hitam berkilat pada cermin sisi dan juga gril hadapan bagi memberikan rupa yang lebih garang.

    Bahagian sisi Agya ini menampilkan bayang badan dan juga garis-garis sisi yang sama seperti Axia. Model standard menerima rim kemasan perak yang mungkin bersaiz 14-inci seperti Axia, manakala model GR Sport diberikan rim aloi lebih besar lima-jejari berkembar dua-tona yang dibalut dengan tayar profil lebih rendah.

    Pada sebelah belakang, Agya dan Axia dilihat menampilkan rupa yang hampir sama seluruhnya, dibezakan hanya dengan logo-logo jenama masing-masing.

    Untuk Agya biasa ia ditawarkan dengan tujuh warna badan iaitu merah, hitam, kuning, perak, kelabu dan oren. Manakala untuk Agya GR-Sport pula ia boleh dipilih dalam empat warna tunggal iaitu putih, merah, hitam dan kuning serta dua pilihan dwi-tona iaitu merah-bumbung hitam dan putih-bumbung hitam.

    Pada bahagian dalaman, Agya turut berkongsi papan pemuka yang sama dengan Axia, dibezakan dengan beberapa perincian kecil termasuk panel kawalan pendingin hawa. Panel pada Agya ini tampil dengan rekaan berbeza, serta tidak diberikan dua slot memori seperti Axia.

    Bagi model E dan G, Agya menerima meter kelajuan analog di tengah bersama bersama skrin pelbagai info TFT pada sebelah kanan. Manakala varian GR-Sport pula diberikan skrin instrumen TFT 7-inci yang nampak sama seperti pada Axia AV, Ativa, Alza malah turut sama dengan komponen pada Toyota Vios generasi baharu.

    Model paling asas E tidak menerima butang mod ‘Power’ pada roda stereng. Manakala bagi model yang menerima kotak gear CVT, Agya diberikan pedal penukar gear di mana perincian ini tidak diberikan pada mana-mana varian Axia di Malaysia.

    Tiada varian yang menerima upholsteri kulit untuk Agya di Indonesia. Namun bagi Agya GR-Sport, ia diberikan sarung tuil gear dan juga roda stereng dengan logo GR balutan kulit, tempat duduk semi-bucket dengan upholsteri gabungan fabrik sued bersama sulaman logo GR, kemasan bendul sisi aluminium GR dan juga serlahan-serlahan jahitan benang merah.

    Model paling sporty ini juga diberikan pengecas telefon pintar tanpa wayar, skrin infotaimen lapan-inci dengan logo pemula GR serta sokongan hubungan Mirrolink dan memberikan visual untuk kamera undur. Sementara model G pula hanya menerima skrin tujuh-inci yang turut menerima hubungan Mirrorlink.

    Sama seperti model generasi sebelumnya, Agya di Indonesia menerima enjin 1.2 liter – 200 cc lebih besar berbanding Axia di Malaysia yang hanya menerima enjin 1.0 liter. Namun untuk model generasi baharu ini, ia datang dengan enjin baharu WA-VE 1.2L tiga-silinder bagi menggantikan enjin 3NR-VE empat-silinder sebelumnya.

    Toyota Agya 2023 mula dijual di Indonesia – RM49k-RM74k, 1.2L, ada GR-Sport; 2-beg udara, tiada ASA 3.0

    Enjin berkenaan merupakan unit yang sama pada perut varian lebih rendah kembar Perodua Ativa di Indonesia iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Ia menghasilkan kuasa 88 PS yang sama seperti enjin 3NR, tetapi dengan tork lebih besar iaitu 113 Nm berbanding 108 Nm sebelum ini.

    Versi-versi CVT menerima kotak gear D-CVT sama seperti Axia di Malaysia menggantikan kotak gear automatik konvensional 4AT sebelum ini, manakala model-model MT pula diberikan kotak gear manual lima-kelajuan. Bagi model Agya GR-Sport, ia turut menerima talaan semula pada sistem stereng dan juga suspensi untuk memberikan pemanduan yang lebih sporty.

    Walaupun dari segi prestasi Agya dilihat lebih baik, ia nampaknya menerima sistem keselamatan yang kurang berbanding Axia. Kesemua varian Agya di Indonesia hanya diberikan dua beg udara, sistem brek ABS dan EBD, VSC dan Bantuan Mula Mendaki dan hanya varian GR-Sport diberikan kamera undur.

    Tiada satu pun varian Agya yang menerima sistem bantuan pemanduan – di Malaysia, Axia AV menerima enam-beg udara, lampu tinggi automatik, sistem pemantau titik buta dan lintasan trafik belakang serta sistem ASA 3.0 yang memberikan fungsi termasuk brek kecemasan automatik dan lain-lain.

    Walau bagaimanapun, Agya ditawarkan dengan sistem terhubung T intouch yang memberikan sistem Geofencing dan Find My Car, serta hubungan terus dengan servis selepas jualan seperti bantuan tepi jalan, bantuan tunda, servis berkala dan lain-lain.

    TAM juga menawarkan beberapa aksesori seperti kit badan GR Parts untuk Agya biasa, kamera perakan digital hadapan dan juga hon premium.



     
     
  • Honda Vario 125 dilancar untuk pasaran M’sia – RM7k

    Honda Vario 125 dilancar untuk pasaran M’sia – RM7k

    Teaser yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda (BSH) beberapa hari lalu kini terjawab apabila syarikat itu melancarkan Vario 125 untuk pasaran Malaysia. Skuter ini ditawarkan dalam tiga warna, iaitu Kuning, Biru dan Merah, dan dijual pada harga RM7,080 tidak termasuk insurans.

    Vario 125 menggunakan badan sama dengan Vario 150 yang berada dalam pasaran sebelum ini, tetapi ia dipasang dengan enjin yang lebih kecil, iaitu unit satu silinder SOHC, suntikan bahan api, penyejukan cecair berkapasiti 124.9 cc, mampu menghasilkan kuasa 11.5 hp pada 8,500 rpm dan 11.74 Nm pada 5,000 rpm.

    Walaupun cuma merupakan skuter 125 cc, Vario 125 didatangkan dengan ciri berteknologi termasuk semua lampu jenis LED, sistem kunci pintar, pengecas USB di dalam poket barangan serta sistem penggera anti kecurian.

    Kedua-dua rim skuter ini datang dalam saiz 14 inci, dengan dibalut tayar 90/80 di hadapan dan 100/80 di belakang. Brek pula tidak mempunyai sistem ABS, sebaliknya sekadar menggunakan sistem CBS, dan terdiri daripada unit cakera di hadapan dan dram di belakang.

    Kelengkapan lain yang disediakan pada Vario 125 adalah termasuk ruang simpanan bawah tempat duduk 18 liter, mampu memuatkan topi keledar dan muatan lain, fork teleskopik, satu penyerap hentak di belakang dan panel meter digital.

     
     
  • Honda WR-V 2023 diperkenal di Thailand — SV/RS; 1.5L NA, CVT; Honda Sensing/ACC; dari RM103k

    Honda WR-V 2023 diperkenal di Thailand — SV/RS; 1.5L NA, CVT; Honda Sensing/ACC; dari RM103k

    Honda WR-V generasi kedua telah dilancarkan di Thailand, beberapa bulan selepas ia membuat penampilan global di Indonesia, November lalu. Dipertontonkan pertama kali sebagai SUV RS Concept yang muncul pada November 2021, nama singkatan bagi “Winsome Runabout Vehicle” ini bersaing dalam segmen SUV kompak dan diposisikan di bawah HR-V.

    Di Indonesia, model ini bersaing dengan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky, yang merupakan model bersaudara bagi Perodua Ativa di sini. Bagaimanapun, Thailand belum menerima semua SUV DNGA tersebut, dan WR-V tidak mempunyai pesaing di sana ketika ini.

    Dari segi dimensi, WR-V berukuran 4,060 mm panjang, 1,780 mm lebar, 1,608 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,485 mm. Sebagai perbandingan, Ativa mempunyai ukuran 4,065 mm panjang, 1,710 mm lebar, 1,635 mm tinggi dan jarak antara rodanya 2,525 mm. Jarak kelegaan tanah WR-V pula ialah 220 mm.

    Honda WR-V 2023 diperkenal di Thailand — SV/RS; 1.5L NA, CVT; Honda Sensing/ACC; dari RM103k

    Di Thailand, WR-V ditawarkan dalam dua varian: SV dengan harga 799,000 baht (RM103,072) dan RS yang paling tinggi dengan 869,000 baht (RM112,102). Empat pilihan warna disediakan, terdiri daripada Taffeta White, Meteoroid Gray Metallic, Crystal Black Pearl dan Stellar Diamond Pearl dengan dua warna terakhir itu melibatkan tambahan 6,000 baht (RM774).

    RS juga datang dengan warna dua-tona eksklusif terdiri daripada warna utama Ignite Red Metallic dan bumbung hitam. Pelbagai aksesori dari katalog Modulo juga boleh dipilih oleh pelanggan.

    Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter NA empat-silinder DOHC dengan i-VTEC yang menghasilkan 121 PS pada 6,g00 rpm dan 145 Nm pada 4,300 rpm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui kotak gear CVT, dengan tetapan yang sama dengan WR-V yang ada di Indonesia.

    Honda WR-V 2023 diperkenal di Thailand — SV/RS; 1.5L NA, CVT; Honda Sensing/ACC; dari RM103k

    SV dibezakan daripada RS dengan rekaan perincian gril dengan garis melintang, sementara RS dengan kemasan krom. Varian paling asas pula menggunakan rim 16-inci lima jejari berbanding RS dengan rim 17-inci dua-tona. Di dalam, warna yang digunakan untuk RS pada umumnya adalah hitam dengan kemasan merah. SV pula hadir dengan kemasan perak di pintu dan papan pemuka.

    Bagi kelengkapan, SV datang standard dengan lampu LED, DRL LED, lampu belakang LED dengan lampu isyarat sequential, cermin sisi kuasa elektrik, kerusi balutan gabungan kulit buatan/fabrik dengan benang biru, stereng balutan kulit dengan benang biru, pendingin automatik, sistem tanpa kunci, penghidup enjin jarak jauh, Honda Smart Key Card, paparan multi-into TFT 4.2-inci, kamera undur pelbagai sudut dan perehat lengan depan.

    Turut ada skrin sentuh tujuh-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, dengan empat pembesar suara. Sistem keselamatan pasif termasuklah bantuan kestabilan, bantuan mula mendaki, empat beg udara, ABS dan EBD.

    RS pula datang dengan tambahan lampu kabus LED, paddle shifter, ruang dalaman dengan jahitan merah, perehat lengan belakang, sistem dengan enam-pembesar suara, Honda Connect telematik serta enam beg udara.

    Pakej Honda Sensing juga standard untuk kedua-dua varian, termasuk ciri Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM dengan LDW), Auto High-Beam (AHB), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lead Car Departure Notification System (LCDN). RS diberikan tambahan LaneWatch.

    Dengan WR-V masuk pasaran Thailand, Malaysia dijangka akan menjadi pasaran seterusnya untuk model ini. SUV kompak ini sudah dilihat di jalan raya kita untuk ujian, walaupun Honda Malaysia belum mengesahkan apa-apa berkaitan model ini di sini.

     
     
  • Toyota jual 9,297 kenderaan Februari 2023, naik 45%

    Toyota jual 9,297 kenderaan Februari 2023, naik 45%

    Sepanjang Februari 2023, UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan sebanyak 9,297 unit, termasuk 64 unit kenderaan Lexus. Berbanding Januari lalu yang mencatatkan jualan 6,786 unit kenderaan, ini melibatkan peningkatan 37%, sekaligus menjadi peningkatan jualan bulanan paling tinggi setakat ini. Berbanding tempoh sama tahun lalu, Februari 2023 memperlihatkan 45% lebih jualan.

    Aku angka semasa tahunan untuk dua bulan pertama 2023, UMWT mencatatkan 16,083 unit (termasuk 79 unit Lexus), iaitu 15% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Corak ini dijangka akan berterusan, memandangkan Toyota baru saja melancarkan lima model dengan lencana GR (GR Corolla, GR86, latest GR Supra with manual option, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport), dan telah juga membuka tempahan bagi Toyota Vios 2023 serba baru.

    “Jualan bulan Februari 2023 kami adalah bukti terhadap kerja keras dan dedikasi pasukan kami di UMW Toyota Motor. Dengan mendengar maklum balas daripada pelanggan dan berusaha memenuhi keperluan mereka, kami mampu untuk mengekalkan kedudukan sebagai jenama dengan prestasi terbaik dalam industri automotif,” ujar Presiden UMWT, Datuk Ravindran K.

    “Dengan pengenalan model GR dan GR Sport dan Toyota Vios serba baru, kami teruja untuk terus memenuhi jangkaan pelanggan kami dengan barisan kenderaan dan servis yang ditawarkan,” tambah beliau.

     
     
  • Beberapa jalan utama di KL ditutup berperingkat 6-10 pagi pada 12 Mac sempena OCBC Cycle KL 2023

    Beberapa jalan utama di KL ditutup berperingkat 6-10 pagi pada 12 Mac sempena OCBC Cycle KL 2023

    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah memaklumkan terdapat beberapa jalan utama di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bakal ditutup pada pagi Ahad ini, 12 Mac 2023. Ia adalah bagi kelancaran acara berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur 2023 yang bakal berlangsung pada hari yang sama.

    Menurut JSPT KL, penutupan jalan utama tersebut akan dilakukan secara berperingkat bermula sekitar 6.30 pagi sehingga tamat acara kayuhan pada 10 pagi. Laluan yang terbabit adalah Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Perak, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Conlay.

    Selain itu, ia turut melibatkan Jalan Stonor, Jalan Kia Peng, Jalan P Ramlee, Jalan Ampang Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Hishamuddin Jalan Raja dan berakhir di Dataran Merdeka.

    Justeru, JSPT KL menasihati orang ramai yang ingin ke pusat bandar agar menaiki pengangkutan awam dan mematuhi arahan dan tanda arah oleh pihak trafik yang bertugas.

    OCBC Cycle Kuala Lumpur 2023 bakal disertai lebih 2,500 peserta yang membabitkan dua kategori iaitu kayuhan sejauh 21 km dan acara dua pusingan sejauh 42 km. Selain itu, kategori baharu korporat turut diperkenalkan iaitu The KL’s Mayor Ride sejauh 42 km untuk pasukan yang terdiri daripada 10 peserta setiap kumpulan.

     
     
  • TNB Electron sedia enam lagi pengecas DC tahun ini

    TNB Electron sedia enam lagi pengecas DC tahun ini

    Bulan lalu, susulan daripada pengenalan rangkaian pengecas pantas DC-nya, Tenaga Nasional (TNB) mengumumkan pihaknya akan memperluas capaian rangkaian tersebut dengan tambahan enam lagi pengecas pantas DC di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan tahun ini.

    Dalam satu hantaran Instagram, syarikat itu mendedahkan rancangan pelaksanaan tersebut, dengan menunjukkan peta lokasi umum yang memberi cadangan terhadap bagaimana capaian rangkaian itu akan disediakan.

    Enam lagi lokasi pengecas TNB Electron yang sedang dibangunkan ketika ini akan ditempatkan di R&R Machap (arah Selatan), Rawang (arah Utara), Gunung Semanggol (arah Selatan), Gurun (arah Utara dan Selatan) dan Paka (arah Selatan), dengan semua ini dijangka siap dalam tahun ini. Syarikat itu juga memaklumkan telah memperuntukkan RM90 juta dalam masa dua tahun untuk tujuan ini.

    TNB Electron sedia enam lagi pengecas DC tahun ini

    Setakat ini, kemudahan pengecasan TNB Electron ada tersedia di tiga R&R, iaitu Ayer Keroh (arah Utara) dan Tapah (arah Utara) di Lebuhraya Utara Selatan serta Paka (arah Utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2.

    Kedua-dua kemudahan di Ayer Keroh dan Paka menempatkan pengecas 90 kW (RM2.20 seminit), sementara di Tapah dengan 80 kW dan 100 kW, dengan harga masing-masing RM2.05 dan RM2.35 seminit.