Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Teknologi RFID di Malaysia; dan manfaat-manfaat lain yang mampu diberikan kepada pengguna

    Teknologi RFID di Malaysia; dan manfaat-manfaat lain yang mampu diberikan kepada pengguna

    September lalu, Touch ‘n Go (TnG) telah memulakan program perintis percubaan pembayaran tol secara elektronik menggunakan teknologi (RFID). Di dalam fasa percubaan ini, lebih 400,000 orang awam telah menjadi perintis di Lembah Kelang, Johor dan Pulau Pinang.

    Pada masa kini, pengguna yang berminat boleh datang terus tanpa perlu membuat temujanji ke lebih 50 pusat pemasangan TnG untuk memasang RFID, dan ini telah menyaksikan penambahan perintis RFID. Setelah proses pendaftaran di pusat pemasangan, kenderaan anda akan dipasang dengan pelekat tag khas di bahagian luar kenderaan (biasanya pada lampu hadapan).

    Tag ini sebenarnya menyimpan informasi secara elektronik dalam cip bersaiz kecil, dan ia adalah unik untuk setiap kenderaan. Ia mempunyai fungsi sama seperti bayaran elektronik menggunakan kad TnG atau SmartTAG di plaza tol. Tag ini juga dipautkan dengan TnG eWallet.

    Tag ini berbeza dengan kod bar yang biasanya diimbas sewaktu kita membeli barang di kedai biasa. Ia tidak perlu berada dalam pandangan pengimbas dan beroperasi menggunakan gelombang radio. Tag RFID akan menghantar informasi yang diperlukan kepada pengimbas RFID, dan pertukaran informasi berlaku dengan cara kod.

    Teknologi RFID di Malaysia; dan manfaat-manfaat lain yang mampu diberikan kepada pengguna

    Di bawah program percubaan TnG RFID ini, apabila kereta anda melalui lorong RFID, pengimbas akan mengeluarkan isyarat kepada tag RFID melalui antena. Tag tersebut kemudiannya memberikan informasi yang sepatutnya seperti baki semasa, dan jumlah bayaran tol yang akan ditolak daripada akaun elektronik pengguna (seperti TnG eWallet) yang dipautkan kepada tag RFID.

    Kenapa RFID?

    RFID ini bukanlah satu teknologi baharu. Ia sudah pun berada dalam pelbagai industri seperti pengeluaran, di mana ia boleh digunakan untuk menguruskan barang dan inventori, serta juga pengenalan data dalam dokumen perjalanan seperti pasport dan bagasi yang diuruskan oleh syarikat penerbangan.

    Malah, kebanyakan daripada kita sudah pun menggunakan RFID ini tanpa disedari. Selain kad kredit yang kita boleh lalukan sahaja pada pengimbas untuk membayar, teknologi ini juga boleh digunakan pada kad akses pejabat atau kenderaan untuk kawasan perumahan.

    Penggunaan sistem RFID secara meluas dalam pelbagai platform bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sistem ini menawarkan aspek isyarat yang stabil, dengan waktu maklum balas yang pantas, dan pada masa yang sama ia juga adalah kos efektif untuk digunakan. Jarak pengimbasan RFID boleh meliputi kawasan yang lebih luas, tetapi ia masih bergantung kepada sistem serta keperluannya.

    RFID aktif atau pasif?

    Secara asasnya, ada dua jenis sistem RFID iaitu aktif dan pasif. Dalam sistem aktif, operasi tag dibantu dengan bateri dan mempunyai kuasa sendiri, di mana tag itu boleh menyampaikan semula isyarat secara aktif kepada pengimbas, sekaligus meningkatkan isyarat secara cekap (hampir seperti SmartTAG, tapi ia menggunakan sistem RFID-inframerah).

    Walaupun tag aktif ini dapat menghantar isyarat lebih jauh dan lebih cekap berbanding tag pasif, kosnya adalah lebih tinggi dan sistem itu akan menghadapi masalah operasi yang sama seperti SmartTAG, seperti kegagalan bateri, yang menyebabkan peranti itu tidak boleh beroperasi dan tag tidak boleh dibaca.

    Disebabkan itu, tag RFID pasif seperti yang digunakan oleh TnG tidak mempunyai kuasanya sendiri dan perlu bekerjasama dengan pengimbas aktif di plaza tol yang menghantar isyarat elektromagnetik dan membaca informasi daripada tag tersebut.

    Walaupun tag pasif tidak berkuasa seperti tag aktif, unit yang digunakan oleh TNG adalah tag pelekat bergred ETC, yang mempunyai kemampuan untuk dikesan pada kelajuan tinggi apabila digunakan di ‘multi-lane free flow‘ (MLFF) yang akan menjadikan plaza tol bebas lorong.

    Teknologi RFID di Malaysia; dan manfaat-manfaat lain yang mampu diberikan kepada pengguna

    RFID, satu penyelesaian kepada kesesakan di plaza tol?

    Dalam zaman teknologi moden ini, plaza tol kita sangat memerlukan penambahbaikan taraf dan kaedah RFID ini diharap dapat membantu. Pelaksanaan tag RFID yang dipautkan kepada TNG eWallet sebagai salah satu cara pembayaran tol dapat membantu pengguna jalan raya untuk membuat bayaran tanpa perlu berhenti di plaza tol dan ini berpotensi mengurangkan kesesakan trafik dan waktu perjalanan.

    Tag pasif boleh dikategorikan dalam tiga jenis frekuensi iaitu rendah (LF), tinggi (HF) dan ultra-tinggi (UHF). Tag LF dan HF adalah sesuai untuk kegunaan komunikasi jarak dekat (NFC) dan tidak sesuai untuk kegunaan automotif. Antara kegunaannya ialah untuk pengenalan haiwan, akses premis (LF) dan kad kredit pintar (HF), manakala sistem pasif yang digunakan pada TnG adalah jenis UHF.

    Dari segi kelajuan kenderaan, sistem aktif memberi potensi kelajuan yang lebih tinggi. Namun begitu, fungsi ini tidak sesuai jika melihat kepada keadaan plaza tol kita sekarang, sehinggalah sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF) yang berfungsi tanpa palang diperkenalkan di plaza tol.

    Secara umumnya, tag UHF yang beroperasi pada frekuensi antara 919 hingga 923 MHz, bergantung kepada sesuatu sistem – mempunyai antena berukuran sekitar 16 sm lebar yang dibuat daripada gabungan bahan seperti aluminium dan tembaga yang diserapkan kepada substrat (lapisan), seperti tag TnG RFID ini.

    Teknologi RFID di Malaysia; dan manfaat-manfaat lain yang mampu diberikan kepada pengguna

    Kelebihan utama tag UHF seperti ini adalah ia murah untuk dihasilkan, senang diganti dan anda tidak perlu menukar bateri padanya. Dari aspek kos pula, sistem RFID aktif memerlukan perbelanjaan sekitar lima kali ganda berbanding tag pasif dan ini mungkin sesuatu yang sukar diterima oleh pengguna.

    Secara keseluruhannya, penggunaan RFID untuk kutipan tol menjanjikan pengalaman perjalanan yang lebih baik bagi pengguna. Selain lebih mudah (bukan sahaja merujuk kepada penggunaan tanpa sebarang sentuhan), pautannya dengan TNG eWallet juga memudahkan pengguna memeriksa bayaran dan menguruskan tambahan kredit (reload).

    Potensi RFID selain di tol

    RFID juga dilihat mempunyai potensi untuk digunakan bagi pembayaran parkir. Tag TnG RFID boleh digunakan sebagai kunci digital dan apabila pengimbas dapat membaca informasi pada cip tersebut, ia dapat membenarkan kenderaan masuk dan keluar, manakala bayaran akan ditolak daripada eWallet.

    Kelebihan paling jelas penggunaan RFID dalam pengurusan parkir adalah kenderaan boleh masuk dan keluar daripada premis tanpa sebarang hubungan dengan manusia, urus niaga tanpa tunai dan tidak menggunakan tiket fizikal. Sistem RFID yang sudah diuji selama lapan bulan di plaza tol ini mempunyai potensi untuk diperluaskan kepada sektor parkir.

    Kegunaan runcit – mampukah jadi realiti?

    Terdapat juga kemungkinan sistem RFID ini boleh digunakan sebagai satu lagi cara bayaran urus niaga runcit seperti di stesen minyak dan pandu lalu (drive-through). Cuba anda bayangkan, jika anda melalui kedai kopi atau kedai makanan segera yang menyediakan perkhidmatan pandu laju, bayaran tidak lagi perlu dibuat secara fizikal dan ia ditolak secara automatik daripada e-Wallet.

    Pada masa hadapan, dan bagi mengurangkan kebergantungan kepada kad TnG, urusniaga runcit luar kedai boleh dilakukan dengan penggunaan NFC pada telefon pintar, dan urusan bayaran dilakukan melalui e-Wallet.

    Mampukah TnG dan pihak berkuasa mendapatkan lebih lagi manfaat daripada RFID untuk pengguna jalan raya?

    Dalam pelbagai industri, bermacam cara penggunaan baharu yang inovatif untuk RFID sedang dibangunkan. Apabila ia semakin berkembang, pengenalan unik yang disediakan oleh tag RFID juga mempunyai potensi untuk digunakan sebagai pengenalan khas kenderaan, dengan informasi penting seperti status pemeriksaan kenderaan, cukai jalan ataupun pembaharuan insurans.

    Inisiatif terbaharu TnG dengan kerjasama pihak berkuasa bagi memajukan lebuh raya di Malaysia dengan sistem RFID mempunyai potensi untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada pengguna jalan raya.

    Selaras dengan hala tuju negara untuk mengalakkan kaedah pembayaran tanpa tunai, Touch ‘n Go seharusnya menggabungkan pelbagai proses pembayaran lain (selain tol) dengan menggunakan RFID yang dipautkan kepada TNG eWallet. Langkah ini sekaligus dapat menyediakan sistem yang bersepadu dan mudah untuk membuat bayaran yang berkaitan dengan kenderaan bagi pengguna.

    Selanjutnya berkenaan RFID di sini.

     
     
  • Beli kereta mewah, tapi tak bayar duti import – JKDM

    Beli kereta mewah, tapi tak bayar duti import – JKDM

    Akibat mahu hidup bergaya dan kelihatan mewah, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang sanggup membeli kenderaan mahal seperti Ferrari, Aston Martin, Bentley dan Lamborghini di Brunei, tetapi tidak membayar duti import. Malah kini, ia dilaporkan menjadi trend di Sarawak. Perkara ini didedahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sendiri menerusi rampasan 18 kenderaan mewah dalam operasi khas pada 9 hingga 12 Julai lalu terutama di sekitar Kuching dan Samarahan.

    Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM Datuk Azimah Abd Hamid, operasi tersebut dilakukan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berjaya merampas dan menyita kenderaan mewah berkenaan yang bernilai kira-kira RM4.74 juta dengan RM8.15 juta jumlah duti import.

    “JKDM Sarawak dan SPRM menggerakkan satu operasi khas pada awal bulan ini bagi mengekang kegiatan penyalahgunaan kemudahan dan penyeludupan kenderaan asing ke Sarawak. Kami melaksanakan operasi ini selepas melakukan pemantauan selama setahun. Hasil risikan sebelum ini mendapati, ada kenderaan mewah itu berada di Sarawak selama setahun, berbanding tempoh dibenarkan iaitu hanya tiga bulan sahaja,” ujarnya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

    Beli kereta mewah, tapi tak bayar duti import – JKDM

    Menurutnya lagi, seramai 18 pemilik kenderaan berkenaan dikenakan bayaran jaminan RM5,000 hingga RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 133 (1) dan Seksyen 133 (1)(g) Akta Kastam 1967 kerana tidak mematuhi kelayakan ditetapkan pada Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.

    Mengikut Butiran 13 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017, pengecualian hanya diberikan kepada warga asing atau berstatus penduduk tetap (PR) atau memiliki permit kerja sah di negara asing dengan syarat kenderaan itu hanya dibenarkan berada di negara ini selama tiga bulan sahaja.

    “Kita juga menyiasat kes ini membabitkan penggunaan pas kenderaan disyaki palsu dan beberapa pelanggaran kepada peruntukan mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

     
     
  • Triumph Daytona 765 2020 akan muncul di British GP

    Triumph Daytona 765 2020 akan muncul di British GP

    Sejak mula digunakan pada model naked Street Triple 765, enjin tiga silinder generasi baru 765 cc Triumph terus mendapat pujian ramai sehingga kini. Kemudiannya, Triumph melangkah lebih ke hadapan dengan membekalkan enjin tersebut kepada semua jentera lumba Moto2. Sejak itu, ramai yang mengharapkan kemunculan semula model Daytona yang menggunakan enjin tersebut.

    Kini, Triumph telah pun ‘membuka mulut’ akan mengeluarkan model istimewa “Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition” dalam dua versi iaitu untuk Eropah/Asia dan Amerika Syarikat/Kanada – berkemungkinan kerana peraturan emisi. Model ini akan ditunjukkan buat kali pertama semasa perlumbaan MotoGP di Silverstone, United Kingdom hujung minggu ini.

    Daytona Moto2 765 Limited Edition hanya akan dikeluarkan sebanyak 765 unit, dan menjadikannya istimewa selain lencana nombor pengeluaran adalah enjin yang “mempunyai lebih kuasa dan tork” berbanding Daytona 675 dan Street Triple 765RS. Pada model 765 produksi, enjin ini mampu menghasilkan kuasa 121 hp, manakala pada jentera Moto2 ia menghasilkan 138 hp.

    Spesifikasi lanjut model keluaran terhad ini hanya akan didedahkan kemudian, tetapi kita boleh menjangkakan kelengkapan seperti sistem brek daripada Brembo, suspensi Ohlins dan sistem ekzos titanium Arrow menyerupai seperti unit yang digunakan pada jentera Moto2.

    Triumph masih belum mendedahkan harga jualan Daytona Moto2 765 Limited Edition, tetapi pengedar motosikal Triumph di Malaysia ada memberitahu ia boleh mencecah sehingga enam angka. Malaysia bakal mendapat empat unit model keluaran terhad ini dan anda juga sudah boleh menempahnya sekiranya berminat.

    GALERI: Prototaip jentera Moto2 yang menggunakan enjin 765

     
     
  • Enjin 5-silinder Audi akan bertahan paling kurang 10 tahun lagi walaupun diancam standard emisi ketat

    Enjin 5-silinder Audi akan bertahan paling kurang 10 tahun lagi walaupun diancam standard emisi ketat

    Kerana undang-undang emisi yang semakin ketat, enjin-enjin ikonik bersaiz besar dari pelbagai pengeluar secara beransur-ansur telah ditamatkan untuk memberikan laluan kepada enjin-enjin yang lebih rasional seperti empat- dan tiga-silinder, bagi memenuhi undang-undang pencemaran udara yang semakin ketat.

    Sebagai contoh, Volvo telah menggantikan enjin lima-silinder mereka dengan enjin 2.0 liter empat silinder Drive-E, manakala Volkswagen tidak lagi menghasilkan generasi baharu enjin VR6 mereka. Audi walau bagaimanapun masih lagi mempunyai enjin lima-silinder yang menjana model-model baharu di bilik pameran.

    Menurut jenama Jerman tersebut, walaupun trend terkini menyaksikan hampir semua pengeluar sibuk untuk menghasilkan unit janakuasa dengan teknologi elektrik, mereka akan tetap mempertahankan enjin lima-silinder untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 10-tahun lagi. lapor Which Car.

    Audi terkenal dengan enjin lima-silinder ini sejak dari era 80’an lagi, di mana jentera rali produksi dan WRC mereka – Audi Quattro – dijana oleh enjin yang menghasilkan bunyi tersendiri berkenaan. Buat masa sekarang, Audi TT RS dan RS3 Sportback adalah model terbaharu Audi yang masih dikuasakan oleh enjin 2.5 liter lima-silinder bersama pengecas turbo.

    Enjin 5-silinder Audi akan bertahan paling kurang 10 tahun lagi walaupun diancam standard emisi ketat

    Menurut bos Audi Sport, Oliver Hoffman, enjin dengan kod DNWA tersebut akan terus termasuk dalam rancangan masa hadapan Audi, terutamanya untuk divisi prestasi tinggi mereka.

    “Ia agak sukar (untuk mengekalkan enjin ini dalam produksi), tetapi ia bukan sekadar persoalan berapa susah. Untuk (undang-undang emisi) EU7 kami sudah pun mempunyai konsep untuk semua enjin kami, tetapi ia adalah berkenaan berapa banyak duit yang perlu dihabiskan untuk mencapai sasaran tersebut,” jelasnya.

    Enjin 5-silinder Audi ini kini sudahpun 26 kg lebih ringan dari sebelumnya dengan penghasilan blok menggunakan material aloi, serta 33 hp lebih berkuasa untuk model RS3 berbanding versi terdahulu. Buat masa ini, enjin-enjin yang berada pada TT RS dan RS3 menghasilkan 400 hp dan tork maksima 480 Nm, digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan dan sistem AWD Quattro.

    “Bagi kami, enjin lima-silinder mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan warisan sejarah Audi. Ia merupakan saranan jualan unit (USP) nombor satu dalam model-model tersebut, dan setiap kali kami lancarkan model baharu dengan lima-silinder, kami dapat respon seperti ‘kami gembira kamu masih kekalkan enjin ini dan jangan turun kepada empat-silinder,” kata perancang produk Audi Sport, Annette Möllhoff.

    “Ia sentiasa sukar untuk memenuhi undang-undang baharu, tetapi kami telah berusaha untuknya selama setahun. Kami akan teruskan dan kami berharap agar kami dapat memenuhi setiap undang-undang dan menawarkannya untuk model-model kompak akan datang,” kata pengurus teknikal Audi Sport Sebastian Grossert pula.

    Laporan ini turut menambah bahawa salah satu strategi Audi untuk mengekalkan produksi enjin lima-silinder ini adalah dengan menggunakan teknologi elektrik – Audi kini memperkenalkan sistem hibrid ringkas 12V dan 48V untuk model-model terkininya. Sistem pada A4 facelift misalnya (menggunakan enjin empat-silinder), dikatakan mampu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 0.7 liter untuk setiap 100 km, bergantung pada enjin. Jadi ia mungkin akan memudahkan tugas jurutera untuk mengekalkan enjin lima-silinder berkenaan dengan menggunakan sistem hibrid ini.

     
     
  • Data jualan Jun 2019 ikut jenama – Perodua turun 30.1%, YTD Proton hanya 742 unit di belakang Honda

    Data jualan Jun 2019 ikut jenama – Perodua turun 30.1%, YTD Proton hanya 742 unit di belakang Honda

    Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, data jualan kenderaan secara keseluruhannya menunjukkan penurunan yang agak ketara sepanjang bulan Jun 2019 jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Terdahulu, MAA memaklumkan, sepanjang Jun 2019 sebanyak 42,526 kenderaan telah terjual. Jika dibandingkan dengan bulan Mei, sebanyak 60,780 unit kenderaan telah dicatatkan terjual, menjadikan perbezaan antara dua bulan berkenaan sebanyak 18,254 unit.

    Jika dilihat dari pecahan mengikut jenama pula, memang jelas terlihat bahawa kebanyakan jenama utama untuk pasaran Malaysia mencatatkan penurunan yang agak ketara. Ini termasuklah bagi pendahulu kedudukan yang teratas, Perodua. Syarikat itu mencatatkan jualan 16,037 unit berbanding pada Mei dengan 22,945 unit – penyusutan sebanyak 30.1%.

    Bagi Proton pula, walaupun kekal ditempat kedua dengan menjual sebanyak 7,615 unit, ia sebenarnya turut merupakan angka yang menurun sebanyak 28.2% berbanding bulan sebulan. Bagi Mei, Proton berjaya menjual sebanyak 10,611 unit. Namun, sisi positif untuk Proton pula, setakat ini bagi kiraan angka keseluruhan jualan 2019 (YTD), syarikat itu mencatatkan 43,518 unit jualan, hanya 742 unit untuk memintas Honda.

    Data jualan Jun 2019 ikut jenama – Perodua turun 30.1%, YTD Proton hanya 742 unit di belakang Honda

    Ditempat ketiga, Honda pula mencatatkan penurunan jualan yang agak ketara dengan hanya 5,386 unit jualan, turun 48.7% berbanding Mei. Dua lagi jenama utama dari Jepun, Toyota dan Nissan turun mengikut corak penurunan yang sama, dengan masing-masing menyaksikan penyusutan sebanyak 23.7% dan 28.4%. Mazda pula sedikit di belakang, juga dengan penurunan sebanyak 22.8%.

    Lain-lain jenama yang mungkin sedikit bernasib baik ialah Volkswagen, yang mencatatkan peningkatan 24.7% melalui sejumlah 510 unit yang terjual pada Jun. Manakala Renault pula mencatatkan pertumbuhan paling tinggi, lonjakan sebanyak 792.9% berbanding Mei; ini kemungkinan besar disumbangkan oleh program langganan kenderaan yang dilancarkan syarikat itu sebelum ini.

    Bagi jenama premium pula, hanya BMW dan Lexus yang mencatatkan pertumbuhan positif, masing-masing dengan kenaikan 4.8% dan 59%. Mercedes-Benz, yang berada tiga anak tangga di belakang BMW pula menyaksikan penurunan sebanyak 31.1%. Sementara itu, jualan Volvo pula menguncup sebanyak 13%. Untuk data lengkap prestasi sepanjang bulan Jun 2019 mengikut jenama, sila rujuk jadual yang disediakan.

    Data jualan Jun 2019 ikut jenama – Perodua turun 30.1%, YTD Proton hanya 742 unit di belakang Honda

     
     
  • BMW X5 G05 – hanya varian xDrive40i M Sport dibawa ke Malaysia, harga RM618,800, kuasa 335 hp/450 Nm

    BMW X5 G05 – hanya varian xDrive40i M Sport dibawa ke Malaysia, harga RM618,800, kuasa 335 hp/450 Nm

    Selepas dipertontonkan pada bulan Mei lalu, BMW X5 G05 kini sudah mempunyai harga rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu xDrive40i M Sport yang diimport terus (CBU), dengan harga jualan RM618,800 tidak termasuk insurans. Jumlah ini sebenarnya lebih rendah berbanding harga anggaran RM640,000 sebelum ini.

    Di bawah bonet model ini terdapat enjin BMW TwinPower Turbo enam-silinder 3.0 liter yang menghasilkan kuasa sebanyak 335 hp (340 PS) dan 450 Nm tork antara 1,500 hingga 5,200 rpm. Pecutan 0-100 km/j juga masih agak pantas, iaitu dalam masa 5.5 saat. Transmisi menggunakan unit automatik lapan kelajuan Steptronic. Penggunaan bahan api pula ialah pada kadar 9.2 l/100 km dengan pembebasan sisa karbon sebanyak 211g/km.

    Dari segi dimensi binaan, model generasi keempat G05 ini besar berbanding model generasi F15 dahulu. Panjangnya bertambah 36 mm menjadi 4,922 mm, lebar bertambah 66 mm menjadi 2,004 mm, tinggi naik 19 mm kepada 1,745 mm dan jarak roda semakin panjang 42 mm menjadi 2,975 mm. Malaysia mendapat model yang mempunyai lima tempat duduk, dengan ruang simpanan di belakang mempunyai kapasiti antara 650 liter hingga 1,870 liter.

    BMW X5 G05 – hanya varian xDrive40i M Sport dibawa ke Malaysia, harga RM618,800, kuasa 335 hp/450 Nm

    Seperti yang boleh dilihat pada nama variannya, X5 ini datang dengan pakej M Sport, yang menampilkan bampar hadapan agresif dengan bukaan udara yang besar, kemasan tepi lengkung roda yang diwarnakan sama dengan badan, kemasan hitam berkilat di beberapa tempat dan diffuser yang besar dengan dua muncung ekzos. Kemudiannya ia dilengkapkan dengan rim 20 inci yang menyembunyikan brek M Sport berwarna biru di belakangnya, lampu utama LED adaptif dan suspensi M adaptif.

    Papan pemuka yang lebih ringkas dan moden pula menampilkan buat kali pertamanya konsep paparan dan kawalan BMW Live Cockpit Professional (secara standard) yang dikuasakan oleh BMW Operating System 7.0. Sistem iDrive yang digunakan disambung kepada panel instrumen digital sepenuhnya dan panel kawalan Control Display bersaiz 12.3 inci boleh digunakan sama ada melalui butang, kawalan suara ataupun pergerakan. Head-up display (HUD) juga lebih besar – 7 x 3.5 inci.

    Menambahkan keselesaan dalam kenderaan, X5 G05 pengawal suhu empat zon, perehat tangan dengan ciri pemanas, tempat cawan dengan fungsi pemanas/penyejuk, bumbung kaca Panoramik yang 30% lebih jelas, pakej Ambient Air, sistem bunyi Harman Kardon, sistem hiburan di belakang dengan skrin sesentuh 10.2 inci, iDrive Controller, butang start/stop dan pilihan tombol gear kaca.

    Untuk sistem keselamatan, X5 baru ini mendapat pakej Driving Assistant yang termasuk amaran perlanggaran hadapan dengan brek kecemasan autonomous, Lane Departure Warning, Lane Change Warning (pemerhati titik buta), Crossing Traffic Warning, Parking Assistant dan kamera undur.

    Warna luaran yang ditawarkan untuk X5 ini termasuk Mineral White, Black Sapphire, Arctic Grey dan Phytonic Blue, manakala untuk bahagian dalam pelanggan mempunyai pilihan warna Black, Cognac atau Coffee dan kemasan Aluminium Tetragon atau Fineline Stripe bergantung kepada kombinasi warnanya.

    GALERI: BMW X5 G05 xDrive40i M Sport

     
     
  • Michelin Pilot Sport 4 SUV kini di Malaysia – khas untuk SUV, rim 17- hingga 23-inci, bermula RM700

    Michelin Pilot Sport 4 SUV kini di Malaysia – khas untuk SUV, rim 17- hingga 23-inci, bermula RM700

    Michelin hari ini telah melancarkan siri tayar baharunya yang dibina khas untuk SUV berprestasi tinggi, digelar Michelin Pilot Sport 4 SUV untuk pasaran Malaysia. Dengan pengenalan ini, maka lengkaplah penawaran semua siri tayar premium dan berprestasi tinggi untuk kegunaan jalan raya dan litar jenama tersebut untuk pasaran tempatan.

    Seperti tayar UHP Pilot Sport 4 yang di bina untuk kereta berprestasi tinggi, Pilot Sport 4 SUV ini turut menerima rekaan dan juga kompoun terkini dari Michelin. Ia menerima rekaan tidak simetri, di mana bentuk bunga sebelah luar dihasilkan untuk prestasi optimum pada permukaan kering, dan bahagian dalam direka untuk cengkaman terbaik ketika basah.

    Di bawah lapisan bunga tayar tersebut, ia diberikan pula lilitan tali sawat hibrid yang dihasilkan dengan gabungan aramid dan nilon, bagi memberikan tindak balas kawalan yang dinamik serta prestasi pemanduan yang lebih jitu, menurut Michelin. Apa yang membezakan PS4 dan PS4 SUV ini, ia diberikan lapisan dinding sisi berketumpatan tinggi dengan dua lapisan bagi meningkatkan ketahanannya, khas untuk SUV yang sememangnya lebih berat dan digunakan lebih lasak dari kereta.

    Michelin turut mendakwa bahawa tayar PS4 SUV ini mampu berhenti dalam jarak 2.7 meter lebih pendek pada permukaan kering, dan 4.9 meter lebih pendek berbanding jenama premium lain. Malah, dengan keadaan tayar yang sudah di pakai lama, prestasinya masih kekal dan mampu berhenti pada jarak 8.5 meter lebih pendek pada permukaan basah berbanding peasing terdekat.

    Menurut jenama tayar dari Perancis itu lagi, walaupun PS4 SUV ini adalah tayar dengan kompaun lembut berprestasi tinggi, ia masih mampu bertahan lebih lama dengan jangka hayat 13,000 km lebih jauh dari jenama premium lain.

    “Kami memberikan Michelin Pilot Sport 4 SUV sentuhan reka bentuk yang eksklusif dengan menampilkan 91% kemasan berwarna hitam yang elegan untuk menyerlahkan SUV dengan penampilan gaya sporty. MICHELIN Pilot Sport 4 SUV juga dioptimumkan bagi keselesaan penumpang dan meminimumkan bunyi bising untuk memberi pengguna pengalaman pemanduan yang menakjubkan,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Encik Pascal Nouvellon.

    Tayar Michelin Pilot Sport 4 SUV ini kini boleh didapati di outlet Tyreplus dan semua pengedar sah Michelin di seluruh negara dalam 39 pilihan saiz untuk rim bermula diameter 17- hingga 23-inci, dijual pada harga RM700. Kesemua saiz tayar berkenaan juga direka dengan pelindung rim bagi menyelamatkan rim anda sekiranya berlaku perkara seperti melanggar lubang, penghadang jalan dan sebagainya.

     
     
  • Mitsubishi Pajero Sport 2019 tampil dengan wajah baru

    Mitsubishi Pajero Sport 2019 tampil dengan wajah baru

    Di Thailand, Mitsubishi Pajero Sport 2019 kini telah ditunjukkan. SUV berkenaan, yang dipasang di kilang Laem Chabang di sana, tidak sekadar menerima peningkatan penggayaan, tetai turut melibatkan kemaskini kelengkapan.

    Antara yang boleh dilihat dengan jelas ialah wajah depan Dynamic Shield padanya diperkemas sama seperti yang ada pada model Triton dan Xpander ketika ini. Grilnya kini lebih tebal dengan lampu utamanya direka semula, hadir sekali dengan DRL LED dibahagian dasarnya. Kedudukan bonet juga lebih tinggi, menampakkannya lebih teguh dan lebar.

    Perhatikan juga kedudukan “skid plate” yang terletak di bawah bampar yang telah digantikan dengan kemasan yang lebih elegan. Bahagian belakang juga menerima kemaskini, terutama pada lampunya, bagi membolehkan menyuntik kesegaran pada penampilan. Perubahan lain termasuk pintu ruang barangan kuasa elektrik, yang boleh dibuka dari jauh melalui kunci atau aplikasi Mitsubishi Remote Control.

    Mitsubishi Pajero Sport 2019 tampil dengan wajah baru

    Ruang dalaman Mitsubishi Pajero Sport terbaru ini pula bagaimanapun tidak banyak berbeza berbanding yang dulu. Antara yang dipertingkat ialah paparan 8-inci kluster instrumen digital serta sebuah lagi unit infotainmen lapan-inci. Bahagian pemegang pula kini menggunakan material lembut, sementara penumpang belakang kini mempunyai soket AC sebagai tambahan slot USB.

    Ciri keselamatan pula turut menerima fungsi bantuan penukaran lorong (LCA) dan amaran lintasan trafik di belakang (RCTA). Enjin pula menggunakan unit 4N15 2.4 liter empat-silinder turbodiesel yang sama, dengan janaan 181 PS dan 430 Nm tork. Kuasa pula disalurkan oleh kotak gear automatik lapan-kelajuan dengan pilihan sistem pacuan dua atau empat roda (Super-Select 4WD-II).

     
     
  • BMW x Heiwa R nineT Scrambler dan STG Nautilus – dua motosikal kustom Jepun sedia untuk AOS 2019

    BMW x Heiwa R nineT Scrambler dan STG Nautilus – dua motosikal kustom Jepun sedia untuk AOS 2019

    Hujung minggu ini akan berlangsung acara Art Of Speed di MAEPS, Serdang. Sebagai sebuah acara yang mengetengahkan sisi radikal dan seni dalam automotif, setiap tahun penganjurnya bukan sahaja membawa jentera dan barangan tempatan untuk dipamer, tetapi juga dari luar negara sebagai inspirasi untuk orang ramai.

    Tahun ini, antara yang utama adalah dua motosikal kustom dari Jepun iaitu R nineT Scrambler hasil kerja Heiwa dengan kerjasama BMW sendiri, dan STG Nautilus buatan Hot Dock. Walaupun kedua-duanya adalah motosikal kustom, masing-masing mempunyai karekter dan identiti tersendiri.

    Bagi mereka yang tidak memerhati secara teliti R nineT Scrambler Heiwa, ia mungkin nampak seperti motosikal kustom kebanyakan. Tetapi, pelanggan yang sudah biasa dengan jenama terkenal di Jepun ini mengatakan ia mempunyai gaya tipikal sebuah Heiwa. Bagi pembinanya, Kengo Kimura, beliau cuma memberikan yang terbaik untuk menghasilkan sebuah motosikal yang nampak hebat.

    Barangan seperti ekzos, tempat duduk, tangki bahan api, rim dan lampu hadapan mungkin sudah boleh diketahui terus oleh kebanyakan orang sebagai bahagian yang sudah diubah, tetapi sebenarnya ada banyak lagi. Pada bahagian rangka, cuma yang di hadapan saja datang daripada model asal R nineT, sementara rangka selebihnya yang memegang sebahagian enjin, tempat duduk dan lengan ayun semuanya buatan sendiri Heiwa.

    Hasil tangan Heiwa juga agak kemas, dan sekiranya tidak diberitahu atau dibandingkan dengan R nineT standard, anda mungkin tidak tahu bahagian ini telah diubah. Kerja selebihnya dianggap oleh Heiwa sebagai lebih mudah. Rim diambil daripada model GS1200 dan dibalut dengan tayar Metzeler Karoo 3, pemegang dijadikan lebih pendek dan bahagian kokpit digantikan dengan butang yang lebih ringkas. Meter berbentuk bulat pula dialihkan berhampiran enjin, di bahagian kiri.

    Walaupun merupakan sebuah motosikal pameran, Kimura mengubah suai R nineT ini supaya ia masih boleh ditunggang dengan mudah. Jadi, beliau tidak begitu keterlaluan seperti yang biasa dilakukan pada motosikal yang keluar daripada Heiwa.

    BMW x Heiwa R nineT Scrambler dan STG Nautilus – dua motosikal kustom Jepun sedia untuk AOS 2019

    Motosikal kedua yang dinamakan sebagai SG Nautilus adalah hasil seorang lagi pembina Jepun, Keiji Kawakita. Nama beliau bukan sahaja terkenal dalam dunia kustom Jepun sahaja, malah turut mendapat perhatian dunia dengan ada yang mengatakan ciptaan beliau sebagai antara yang paling inovatif dalam industri.

    SG Nautilus ini sebenarnya sudah siap lebih 10 tahun dulu tapi kami rasakan ia tidak akan lapuk dan boleh dihargai dalam masa yang panjang. Sekali pandang, memanglah ia menampakkan rekaan yang raw dan industrial, dengan kebanyakan bahagian menampakkan keadaan asal besi aluminium, tembaga dan cast iron.

    Namun, semakin dekat dan semakin lama anda memerhatinya, barulah banyak lagi benda yang boleh dihargai. Hampir keseluruhan bahagian pada motosikal ini dibuat sendiri sehinggalah barangan kecil seperti angkup brek dan penutup head enjin S&S yang mempunyai nama Hot Dock. Selain perhatian kepada perincian, ketelitian dan kualiti kerja Kawakita turut menyerlah melalui SG Nautilus.

    Kami boleh menunjukkan anda gambar motosikal yang dibawa khas dari Jepun ini, tetapi untuk lebih menghargainya anda perlu melihat sendiri di depan mata dan meluangkan masa untuk memerhatinya sewaktu acara Art Of Speed yang akan berlangsung hujung minggu ini. Semakin lama anda membelek, semakin banyak perincian yang akan membuatkan anda kagum.

    Bukan setakat pameran kenderaan, banyak lagi aktiviti yang akan diadakan di AOS 2019 yang termasuk seperti pertandingan binaan kereta kustom di kalangan pembina tempatan, pelancaran model Hot Wheels “Japan Historics 3”, pameran kasut Vans Era, pesta muzik Sound Circus, pameran vintaj, perlumbaan basikal tolak Strider, dan dua cabutan bertuah yang menawarkan kereta iaitu Volkswagen Beetle Gen 1 daripada Hausboom dan Mini Mizuki berenjin Hayabusa.

    GALERI: BMW x Heiwa R nineT Scrambler

    GALERI: Hot Dock STG Nautilus

     
     
  • VIDEO: Ford F-150 elektrik tarik beban gerabak, 42 trak

    Ford ada perkembangan menarik tentang trak besar F-150 yang sangat popular di Amerika Syarikat sana. Model trak pikap itu kini menerima versi prototaip bagi sistem janaan elektrik sepenuhnya, dan ia sudah mula diuji sejak April lalu. Terbaru, Ford telah menunjukkan pula kemampuan menunda bebanan bagi model yang sama.

    Memandangkan trak pikap siri F dari Ford ini telah menjadi trak paling laris bagi tempoh 42 tahun lalu, dan untuk itu Ford membariskan 42 unit F-150 2019 untuk ditarik atau ditunda oleh F-150 elektrik prototaip berkenaan, yang diletak di dalam 10 gerabak dua-tingkat dan mencecah berat keseluruhan sekitar 454,000 kg dan 1,000 kaki panjang. Prototaip itu kemudiannya dipandu oleh ketua jurutera F-150, Linda Zhang.

    Versi produksi bagi trak berkenaan ketika ini dikuasakan oleh enjin konvensional, seperti unit 3.5 liter turbocas V6 petrol seperti versi pada Raptor yang menjana 450 hp dan 691 Nm, disalurkan kepada pacuan empat rodanya melalui transmisi 10-kelajuan dengan enam pilihan mod pemanduan.

    VIDEO: Ford F-150 elektrik tarik beban gerabak, 42 trak

    “F-150 elektrik ini merupakan generasi kenderaan Ford yang sangat menarik,” jelas Pengarah Elektrifikasi Ford Global, Ted Cannis. Dan, demonstrasi tundaan beban yang dilakukan terhadap prototaip ini adalah untuk menunjukkan komitmen syarikat untuk terus menjadi pendahulu dalam segmen berkenaan, dan melanjutkannya kepada EV.

    Selain model EV bagi trak pikap ini, Ford juga mengumumkan bakal memperkenalkan versi hibrid bagi F-150 yang boleh juga berfungsi sebagai generator mudah alih, sementara ada juga beberapa lagi model EV yang dirancang, seperti model SUV prestasi Mach 1 dan Mustang Mach-E.

     
     
  • TGR Musim Ketiga bakal kembali September nanti – tampil dua selebriti baru, Ain Edruce dan Shafiq Kyle

    TGR Musim Ketiga bakal kembali September nanti – tampil dua selebriti baru, Ain Edruce dan Shafiq Kyle

    UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah umumkan, festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) akan kembali lagi untuk musim ketiga, bermula 6-7 September nanti, bertempat di Kuala Terengganu.

    Sama seperti format penganjurannya sebelum ini, ia akan melibatkan empat pusingan dengan lapan perlumbaan keseluruhan yang dianjurkan di dalam litar jalanan yang direka khusus, termasuk satu lokasi di Litar Antarabangsa Sepang. Kelas perlumbaan juga akan dikekalkan, iaitu kelas Promotional untuk barisan selebriti, diikuti oleh kelas Sporting dan Super Sporting, masing-masing bagi pelumba-pelumba amatur dan profesional.

    Bagaimanapun, ada dua muka baru bagi selebriti yang akan turut serta kali ini, iaitu pelakon Ain Edruce dan Syafiq Kyle yang turut akan berlumba. Mereka akan disertai oleh nama-nama yang sudah sinonim dengan TGR sebelum ini, seperti Shukri Yahaya, Shawn Lee, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali, Wani Hasrita, Janna Nick dan juara bertahan, Diana Danielle.

    TGR Musim Ketiga bakal kembali September nanti – tampil dua selebriti baru, Ain Edruce dan Shafiq Kyle

    Selain itu, perlumbaan maya Velocity E-Sports yang mula diperkenalkan musim lalu yang telah berjaya menarik sebanyak 400 penyertaan turut akan diteruskan bagi edisi kali ini. Tambahan terbaru kepada TGR Festival musim baru ini turut akan melibatkan Gazoo Racing Outlet yang akan mempamerkan model-model kenderaan yang diilhamkan daripada penglibatan Toyota dalam sukan permotoran, dengan satu daripadanya ialah Gazoo Racing Supra.

    “Toyota telah meraih begitu banyak pencapaian di dalam sukan perlumbaan dan kami ingin membawa peminat dan pelanggan di sini lebih dekat kepada jenama Toyota dan barisan produknya dengan memanfaatkan warisan perlumbaan selama ini.

    “TGR Festival bukanlah untuk sekadar menjual lebih banyak kenderaan, sebaliknya untuk meraikan kejayaan Toyota dan Gazoo Racing di dalam peta sukan perlumbaan dunia, dari Rali Dakar dan Kejuaraan Rali Dunia hinggalah kepada kejayaan terbaru di dalam 24 Jam Le Mans, dan menerjemahkan pencapaian ini untuk dimanfaat dan dipersembahkan kepada khalayak umum,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

    TGR Musim Ketiga bakal kembali September nanti – tampil dua selebriti baru, Ain Edruce dan Shafiq Kyle

    Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K pula menjelaskan, TGR Festival merupakan medan untuk membuktikan keupayaan kenderaan Toyota, terutamanya Vios. “Pengeluar kenderaan hari ini berkongsi matlamat untuk menghasilkan kereta yang praktikal, mampu milik, ekonomikal, tahan dan padat dengan teknologi termaju.

    “Bagi Toyota, adalah sama penting untuk kenderaan yang dihasilkan untuk menepati semua itu, serta turut teruji ketahanannya dalam keadaan yang mencabar, memberikan sisi pemanduan yang memuaskan serta prestasi serta pengalaman pemilikan yang menyeronokkan,” jelas beliau.

     
     
  • Toyota Supra bakal dilancar di M’sia September nanti

    Toyota Supra bakal dilancar di M’sia September nanti

    Ini agaknya berita yang ditunggu-tunggu; UMW Toyota Motor hari ini telah mengesahkan bahawa Toyota Supra akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada September nanti. Ini diumumkan ketika majlis pelancaran Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival, yang juga akan memulakan Musim Ketiganya pada 6-7 September nanti di Kuala Terengganu.

    Minggu lalu, Toyota Supra mula diperkenalkan untuk pasaran negara jiran Indonesia, seperti yang didedahkan ketika pameran GIIAS 2019 – dengan harga bersamaan sekitar RM600,000. Sebelum itu, pasaran Filipina antara yang terawal menerima model ini, dan dijual di sana pada harga sekitar RM402,000.

    Toyota Supra bakal dilancar di M’sia September nanti

    Untuk pasaran Indonesia, pasaran itu menerima unit dengan pilihan enjin 3.0 liter enam-silinder sebaris (unit B58 BMW) yang menghasilkan 340 PS dan 500 Nm dari 1,600 hingga 4,500 rpm. Satu lagi pilihan enjin yang ditawarkan – misalnya untuk pasaran Jepun – ialah unit 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder yang disediakan dalam dua talaan.

    Satu versi menghasilkan sebanyak 197 PS dan tork 320 Nm dari 1,450 hingga 4,200 rpm. Versi kedua enjin ini pula menghasilkan output sehingga 258 PS dan 400 Nm dari 1,550 hingga 4,400 rpm. Ia boleh mencapai pecutan dari 0-100 km/j, masing-masing dengan catatan 6.5 saat dan 5.2 saat.

    Jadi, untuk pasaran Malaysia, nak enjin yang mana? Dan, berapa agaknya kereta ini nanti bila diperkenalkan secara rasmi?

     
     
  • SPYSHOT: Subaru Forester 2019 dikesan di M’sia – model tertinggi dapat EyeSight, anggaran RM165k

    SPYSHOT: Subaru Forester 2019 dikesan di M’sia – model tertinggi dapat EyeSight, anggaran RM165k

    Sebelum ini kami pernah melaporkan Subaru Forester generasi kelima bakal dilancarkan pada Julai tahun ini, dan nampak gayanya TC Subaru bakal mengotakan janji itu. Baru-baru ini, pembaca paultan.org Andy Tang berjaya mengesan SUV ini di sekitar Petaling Jaya, dan mendapatkan risalah untuk model baharu ini.

    Berdasarkan dokumen tersebut, tiga varian akan ditawarkan – 2.0i-L, 2.0i-S dan 2.0i-S ES – yang kesemuanya dijanakan oleh enjin petrol FB20 2.0 liter naturally-aspirated empat-silinder dengan suntikan terus bahan api. Enjin boxer ini mampu meledakkan kuasa sehingga 156 PS pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm, dengan pacuannya disalurkan ke semua roda menerusi Lineartronic CVT dan sistem Symmetrical All-Wheel Drive.

    Perkara menarik mengenai kehadiran Forester serba baharun ini ialah ia bakal ditampilkan dengan sistem bantuan pemanduan EyeSight untuk varian tertinggi 2.0i-S ES, menjadikan Forester sebagai model Subaru kedua di Malaysia yang menerima teknologi ini selepas Outback yang telah pun dilancarkan. Senarai untuk sistem ini termasuklah Pre-Collision Braking & Throttle Management, Lane Sway dan Departure Warning, serta Adaptive Cruise Control dan Lead Vehicle Start Alert.

    SPYSHOT: Subaru Forester 2019 dikesan di M’sia – model tertinggi dapat EyeSight, anggaran RM165k

    2.0i-S ES juga menjadi satu-satunya varian yang menerima Bantuan Menukar Lorong, Kepekaan Trafik Lintasan Belakang, Paparan Pandangan Tepi dan Pengesan Titik Buta. Buat masa ini, belum ada lagi harga rasmi, tetapi berdasarkan sumber yang kami peroleh mendedahkan harga anggarannya sekitar RM165k untuk model spesifkasi penuh.

    Untuk kit keselamatannya didatangkan secara standard termasuk Sistem Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Penvektoran Tork Aktif, bantuan brek, ABS, EBD, penahan kenderaan auto, sensor undur, isyarat berhenti kecemasan, cagak Isofix dan tujuh beg udara (hadapan, sisi, tirai dan bahagian lutut pemandu).

    Untuk ciri lain, kesemua varian hadir dengan active grille shutter dan lampu utama LED automatik, tetapi hanya varian 2.oi-S dan 2.0i-S ES didatangkan dengan fungsi respon stereng dan pelarasan auto, serta lampu nyalaan siang LED. Kedua-dua varian ini juga menerima lampu kabus LED dan roda aloi 18-inci dengan tayar profil 225/55, dengan pilihan asas 17-inci dengan tayar 225/60.

    Klik untuk besarkan

    Untuk dalamnya pula, kesemua varian didatangkan dengan tempat duduk hadapan larasan kuasa lapan-cara, sistem infotainmen dengan skrin lapan-inci, kawalan suhu dwi-zon, paparan kluster instrumen, pedal penukar gear, kemasukan tanpa kunci dan butang push/start, kawalan kelajuan, brek parkir elektronik, akses kod PIN dan roda stereng pelbagai-fungsi.

    Ciri spesifik untuk varian 2.0i-S dan 2.0i-S ES pula termasuklah pedal aluminium dan liftgate berkuasa. Manakala Special X-Mode iaitu versi yang dipertingkatkan dari X-Mode biasa ditampilkan dengan mod ‘Snow/Dirt’ dan ‘Deep Snow/Mud’, yang tidak lagi memerlukan suis manual untuk mematikan kawalan cengkaman.

    Forester terbaharu ini pertama kali didedahkan di New York International Auti Show 2019 (NYIAS) dan dibangunkan dengan Subaru Global Platform, yang turut digunakan oleh XV, Impreza dan Ascent. Perubahan rekaannya bersifat lebih evolusi berbanding revolusi, dengan menyerlahkan lampu nyalaan siang berbentuk-C dan lampu belakang yang disemak semula, tetapi masih mengekalkan bentuk badannya.

    X-Mode (kiri), Special X-Mode (kanan)

    Penukaran platform baharu ini juga menyaksikan jarak rodanya yang kini lebih panjang sebanyak 30 mm menjadi 2,670 mm, yang telah menyumbang lebih ruang kaki di belakang (meningkat 35 mm menjadi 1,000 mm), juga menambah baik ruang kepala, ruang pinggul dan ruang bahu. SUV ini kini menawarkan sehingga 2,155 liter untuk ruang but dengan tempat duduk belakang (nisbah 60:40) dibaringkan – ditambah sebanyak 40 liter) – dan maksimum kelebaran untuk bukaan tailgate pula kini 135 mm lebih lebar menjadi 1,300 mm.

    Tidak seperti Forester sedia ada, model baharu ini akan didatangkan khas dari Thailand (model CBU), dan dipasang di fasiliti pemasangan baharu Tan Chong Subaru Automotive (Thailand) Limited yang terletak di Kawasan Perindustrian Ladkrabang. Ini merupakan kilang ketiga Subaru Corporation di dunia selepas kilang di Gunma, Jepun dan juga Subaru of Indiana Automotive di Amerika Syarikat.

    Dengan harga anggaran tersebut serta kelengkapan ciri baharu yang diberikan, pada pendapat anda, adakah Forester ini mampu memberikan persaingan yang lebih hebat buat pesaing terdekatnya seperti Mazda CX-5, Honda CR-V dan juga Proton X70?

    GALERI: Subaru Forester 2.0-S EyeSight 2019 (spesifikasi Thailand)

     
     
  • Tantrum – Dodge Charger 9.0L V8, 1,650 hp untuk Vin Diesel, hadiah sempena hari jadi yang ke-52 tahun

    Tantrum – Dodge Charger 9.0L V8, 1,650 hp untuk Vin Diesel, hadiah sempena hari jadi yang ke-52 tahun

    Sempena hari jadinya yang 52-tahun, pelakon yang terkenal dengan watak Dominic Torretto dalam saga The Fast & Furious, Vin Diesel menerima hadiah yang cukup bermakna dari kru filem berkenaan iaitu Tantrum – sebuah Dodge Challenger dengan enjin V8 9.0 liter binaan SpeedKore!

    Kereta tersebut disampaikan sendiri oleh pengarah filem, Justin Lin ketika minggu keempat penggambaran filem Fast 9, iaitu edisi kesembilan franchise filem tersebut.

    Sejak dari filem pertama, Dominic Torretto sememangnya sudah dibayangi imej Dodge Charger yang mampu mencatatkan masa di bawah 10-saat untuk pecutan jarak suku batu, dan mampu untuk melakukan aksi ‘wheelie’ setiap kali pedal pendikit ditekan secara agresif.

    Tantrum – Dodge Charger 9.0L V8, 1,650 hp untuk Vin Diesel, hadiah sempena hari jadi yang ke-52 tahun

    Tantrum ini pula sebenarnya adalah kereta demo yang di bina oleh SpeedKore Performance pada tahun 2015 untuk dipamerkan pada acara-acara seperti SEMA. Enjin V8 9.0 liter Mercury Racing dalam perut enjin berkenaan turut disuap dengan dua buah pengecas turbo bagi menghasilkan kuasa tidak masuk akan – 1,650 hp!

    Kuasa enjin disalurkan ke gandar berlakang menerusi kotak gear manual enam-kelajuan dari Tremec, dan segala “penderaan” tersebut di terima oleh tayar Michelin Pilot Sport 2 yang membaluti rim HRE bersaiz 20-inci dengan lebar 12jj di belakang, dan 19×10 jj di hadapan.

    Sekali pandang, tidak ada perubahan ketara antara Tantrum dan juga rupa asal Dodge Charger 1970 biasa. Namun sebenarnya keseluruhan panel badan kereta ini telah dibina dengan material gentian karbon bagi menggantikan logam biasa.

    Pada bahagian dalaman, rollcage yang anda nampak sebenarnya telah dibina bersepadu terus dengan kerangka badan yang bukan sahaja untuk menyelamatkan pemandu ketika kemalangan, ia turut menyokong kerangka kereta ini untuk menerima kuasa yang terlalu besar dihasilkan oleh enjin.

    Secara keseluruhan, komponen-komponen kabin kereta ini telah pun dibina semula dengan kemasan-kemasan gentian karbon, dan juga upholsteri premium menggunakan kulit dan Alcantara.

    Bagi menzahirkan kegembiraannya, Vin Diesel bukan sahaja berkongsi gambar, malah turut memuat naik video ketika menerima hadiah hari jadi tersebut pada akaun Instagram miliknya.

     
     
  • Goodyear Malaysia guna solar untuk operasi di kilang

    Goodyear Malaysia guna solar untuk operasi di kilang

    Goodyear Malaysia telah melancarkan penggunaan sebanyak 6,680 unit panel solar sebagai ke arah kemapanan dan kecekapan penggunaan tenaga di kilangnya. Majlis berkenaan dilancarkan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin. Panel solar berkenaan akan membekalkan kuasa kepada pejabat dan juga kilang pengeluaran syarikat itu di Shah Alam sebagai sebahagian usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon.

    Panel solar berkenaan mempunya kapasiti untuk menghasilkan 2.5 MW elektrik sehari, dan disambungkan kepada enam substation bervoltan rendah di premis berkenaan. Ini akan menyumbang secara langsung kepada pengurangan kos elektrik serta kebergantungan kepada penyaluran kuasa konvensional. Syarikat itu mensasarkan pengurangan pembebasan karbon sebanyak 1.98 juta milion kilogram setahun, bagi tempoh rentang waktu 25 tahun.

    Goodyear Malaysia guna solar untuk operasi di kilang

    default

    Setiap panel diperbuat daripada 375W bifacial monocrystalline bagi setiap modul kaca berkembar. “Sebagai pengeluar tayar utama di dunia, kami sedar kesan daripada operasi perniagaan yang dijalankan ini terhadap alam sekitar. Inilah sebabnya kami memulakan beberapa usaha untuk menyumbang dalam menyelamatkan persekitaran,” jelas Pengarah Operasi Pengilangan Goodyear Asia Pacific, Ramon Le.

     
     
  • Audi Q3 Sportback diperkenalkan – pilihan bagi SUV “coupe”, 2.0L pengecas turbo janaan petrol dan diesel

    Audi Q3 Sportback diperkenalkan – pilihan bagi SUV “coupe”, 2.0L pengecas turbo janaan petrol dan diesel

    Audi telah memperkenalkan SUV gaya-coupe baharu yang mampu menyaingi BMW X4 dan Mercedes-Benz GLC Coupe, diberi nama Q3 Sportback baharu. Mengadaptasikan nama plat “Sportback”, Audi berkata ia merujuk pada garisan bumbung yang rendah dan windscreen belakang yang landai, menampakkannya lebih panjang berbanding Q3 biasa. Ia juga didatangkan dengan bampar belakang baharu dengan varian S menerima corong udara palsu yang besar dan juga kemasan ala diffuser untuk imej yang lebih dinamik.

    Selain itu, seperti Q3 biasa, ciri lain masih sama termasuk bahagian hadapan yang menyerlah dengan lampu utama dan lampu belakang berbentuk-L, gril “bingkai tunggal” oktagon (kini standard dengan elemen hitam di sekelilingnya), “quattro blister” di kesemua empat gerbang roda dan juga lapisan warna kontras pada bahagian badannya.

    Walaupun ketinggiannya kurang tiga sentimeter dari bahagian bumbung (keseluruhan ketinggian menjadi 1.56 meter), Audi berkata Sportback ini masih menawarkan “dalaman yang boleh berubah-ubah dan besar”, Tempat duduk belakang yang boleh dikonfigurasikan pada nisbah 40:20:40, dan kapasiti ruang but di belakang boleh dipertingkatkan dari 530 liter ke 1,400 liter apabila tempat duduk barisan kedua dibaringkan.

    Audi Q3 Sportback diperkenalkan – pilihan bagi SUV “coupe”, 2.0L pengecas turbo janaan petrol dan diesel

    Sportback juga diberikan kemasan Alcantara untuk papan pemuka dan perehat tangan, lain-lain masih sama dengan dalaman Q3. Ini termasuklah rekaan yang linear dengan banyak kemasan metalik, skrin sesentuh tengah 10.1-inci yang disambungkan pada sistem infotainmen MMI terkini dan juga paparan 10.25-inci untuk kluster insterumen.

    Pakej MMI navigation plus menambah paparan kokpit maya Audi 12.3-inci, sementara Audi virtual cockpit plus ditawarkan sebagai pilihan, disambungkan dengan tema “dinamik” baharu. Lain-lain ciri dalam pakej ini termasuklah sambungan LTE Advanced, informasi trafik, halangan jalan, ruang parkir dan juga fasa lampu isyarat.

    Lain-lain senarai pilihan termasuklah bantuan peribadi Amazon Alexa, navigasi berasaskan Google Earth, sambungan Apple CarPlay (kini tanpa wayar, sama seperti BMW), dan Android Auto, pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi dan sistem bunyi premium Bang & Olufsen.

    Audi Q3 Sportback diperkenalkan – pilihan bagi SUV “coupe”, 2.0L pengecas turbo janaan petrol dan diesel

    Di Jerman, Sportback didatangkan dengan empat sistem bantuan pemandu standard, termasuk pra pengesan hadapan (brek kecemasan sendiri), asas pra pengesan, amaran ketibaan lorong dan amaran penukaran lorong. Selain itu, ia turut didatangkan dengan bantuan kelajuan adaptif dengan bantuan brek dan stereng, sistem kamera 360-darjah, bantuan trafik lintasan belakang dan bantuan parkir.

    Barisan enjin terhad pada unit 2.0 liter pengecas turbo dengan 230 hp untuk model petrol 45 TFSI quattro dan 150 hp untuk model diesel 35 TDI – kedua-duanya dilengkapi dengan transmisi dwi-klac S tronic. Versi manual dan pacuan semua-roda untuk diesel akan tiba kemudian, yang bakal menjadi penjana kuasa yang paling berkuasa. Ia turut ditawarkan dengan sistem hibrid sederhana 48-voltan yang didakwa mampu memberikan penjimatan bahan api sehingga 0.4 liter per 100 km.

    Semua model Sportback juga dilengkapi dengan suspensi sport dan stereng “progresif”, dengan peredam adaptif dan juga kawalan menurun bukit sebagai pilihan. Sistem pilihan pemanduan Audi kini ditawarkan dengan mod “offroad” dengan mengadaptasikannya pada ketetapan enjin, transmisi, suspensi dan stereng untuk mmbolehkan pengendalian jentera lebih optimum di laluan yang bersifat offroad itu.

     
     
  • GALERI: Range Rover Velar P380 R-Dynamic di M’sia

    GALERI: Range Rover Velar P380 R-Dynamic di M’sia

    Range Rover Velar telah dilancarkan untuk pasaran tempatan pada tahun lalu. Tapi, masih ramai yang belum pernah nampak kelibat SUV berkenaan oleh kerana jumlahnya di atas jalan pun tidaklah terlalu banyak. Tetapi, tidak boleh dinafikan, reka bentuk dan penampilan SUV mewah ini berada pada tahapnya yang tersendiri – cantik, moden, sophisticated dan sekaligus sangat teliti. Jadi, kami bawakan galeri besar ini untuk anda nilai sendiri.

    Model berkenaan menggunakan enjin petrol empat-silinder Ingenium 2.0 liter turbo sama seperti yang ada pada varian lebih rendah Jaguar F-Pace 2.0 liter turbo. Unit berkenaan menghasilkan kuasa maksimum 250 PS dan tork maksimum 365 Nm.

    Kuasa berkenaan dialirkan ke kotak gear automatik ZF lapan-kelajuan sebelum diagihkan ke semua roda menerusi sistem AWD. Angka ini membolehkan Velar memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 6.7 saat, sebelum mencapai kelajuan maksima 217 km/j.

    GALERI: Range Rover Velar P380 R-Dynamic di M’sia

    Selain itu, SUV ini menampilkan reka bentuk yang begitu yang sangat khas dan mudah untuk dikenal pasti. Dengan garis badan yang tirus, bacaan aerodinamik Velar hanya mencatatkan kadar 0.32, menjadikan ia sebuah Range Rover paling aerodinamik pernah dihasilkan. Model ini juga dibina dengan jarak roda 2,874 mm, atau 214 mm lebih panjang dari Evoque (2,660 mm) dan 49 mm lebih pendek berbanding RR Sport (2,923 mm).

    Untuk sistem keselamatan, Velar dilengkapi dengan enam beg udara, Dynamic Stability Control (DSC), Electronic Traction Control (ETC), Roll Stability Control, Cornering Brake Control (CBC), ABS dan EBD, serta cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix di belakang. Tetapi, ciri-ciri seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki tidak disertakan untuk pasaran Malaysia. Teringin nak cuba?

     
     
  • Curtiss Hades – pacuan elektrik 217 hp, harga RM300k

    Curtiss Hades – pacuan elektrik 217 hp, harga RM300k

    Curtiss dulunya dikenali sebagai Confederate Motorcycles, dan syarikat ini memang terkenal dengan penghasilan jentera unik mengikut gaya mereka yang tersendiri. Selepas membuat keputusan memberhentikan pengeluaran motosikal enjin pembakaran dalaman biasa, mereka kemudiannya beralih pula kepada motosikal elektrik. Model Curtiss Hades 2019 ini adalah contoh terbaru, yang dibuka untuk jualan pada harga USD 75,000 (RM308,214).

    Ia dijangka memasuki fasa pengeluaran pada tahun 2020, selepsa berjaya mendapatkan dana yang disasarkan. Sama seperti model Zeus yang dikeluarkan sebelum ini, Hades juga menggunakan rekaan fork girder yang memegang roda hadapan. Kebanyakan bahagian badan motosikal ini berwarna hitam dan mempunyai jalur putih.

    Motor elektrik 217 hp yang bertindak sebagai penggerak kepada motosikal ini terletak di bahagian tengah, dan ia juga memainkan peranan sebagai tapak kepada lengan ayun belakang. Tork yang mampu dihasilkan adalah sebanyak 200 Nm, dan ini dianggap cukup mengujakan kerana motosikal elektrik boleh menikmati tork tinggi dari permulaan rpm lagi.

    Bahagian berwarna krom berbentuk seperti peluru yang terdapat di tempat enjin itu sebenarnya adalah pek bateri untuk motosikal elektrik ini, dan ia mempunyai kapasiti 16.8 kWh (399 Volt). Bateri ini mempunyai kapasiti yang lebih tinggi berbanding model Zero SR/F dan Harley-Davidson Livewire, dan kuasanya mengatasi jumlah kuasa gabungan dua motosikal ini.

    Monoshock belakang Hades terletak pada kerangka, dan ia bergerak dengan sambungan linkage yang panjang. Kerangka, lengan ayun dan fork Hades juga kelihatan seperti dibuat daripada gentian karbon, tetapi ia masih belum dipastikan sepenuhnya.

     
     
  • Ingress Swede Automobile jadi pengedar terbaru Volvo

    Ingress Swede Automobile jadi pengedar terbaru Volvo

    Volvo Car Malaysia telah melantik Ingress Swede Automobile, anak syarikat kepada Ingress Corporation, sebagai rakan-pengedar terbaru yang turut akan menyaksikan pembukaan pusat 3S di Damansara dalam tempoh beberapa bulan ini.

    Kemudahan baru ini, yang akan menjalankan aktiviti jualan, servis dan alat ganti, akan memenuhi keperluan pelanggan di kawasan sekitarnya, sebagai usaha Volvo Car Malaysia untuk memperkukuhkan kedudukan rangkaian pengedarnya di seluruh negara.

    “Sebagai sebuah jenama yang memberi tumpuan utama kepada pelanggan, kami ingin memastikan untuk terus dapat menyediakan pengalaman premium dan holistik kepada pelanggan sepanjang pengalaman pemilikan mereka bersama kenderaan Volvo,” jelas Pengarah Urusan Volvo Cars Malaysia, Nalin Jain.

    “Bahagian automotif bagi Ingress Corporation Berhad memiliki sejarah panjang melayani pelanggan dalam segmen kenderaan premium di negara ini, dan kami sangat yakin dapat memenuhi jangkaan daripada Volvo,” jelas ketua pengedar di Ingress Swede Automobile, Mohd Azeman.

     
     
  • Honda Malaysia lancar pusat 3S baharu di Chemor, Perak – bilik pameran pertama terima pensijilan GBI

    Honda Malaysia lancar pusat 3S baharu di Chemor, Perak – bilik pameran pertama terima pensijilan GBI

    Honda Malaysia telah melancarkan pusat 3S baharu yang terletak di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Perak, yang dikendalikan oleh Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd. Menariknya, ia merupakan bilik pameran pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI), yang disasarkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu alam sekitar.

    Pusat 3S baharu ini direka khas dengan menampilkan ciri mesra alam termasuk menggunakan bahan semulajadi, membantu pengurangan sisa, penjimatan tenaga dan mengurangkan penggunaan air. Bahkan, pusat 3S ini turut menggunakan 60% cahaya semulajadi pada waktu siang menerusi binaan permukaan dinding kaca yang besar, juga terdapat pencahayaan LED dengan sensor pergerakan untuk membantu menjimatkan tenaga, dan corong pengudaraan semulajadi di kawasan bengkel.

    Dengan mematuhi kriteria sistem GBI, pusat 3S ini dibina berdasarkan penilaian rekabentuk bangunan dari segi Kecekapan Tenaga, Kualiti Alam Sekitar Dalaman, Perancangan dan Pengurusan Tapak Lestari, Kecekapan Air dan Inovasi. Dengan itu, Honda Malaysia percaya inisiatif sebegini mampu membantu syarikat untuk menepati kehendak masyarakat.

    CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Sebagai salah satu pengedar Honda yang paling lama di Malaysia, Ban Hoe Seng (Auto) terus berusaha menarik perhatian kami dengan semangat dan kejayaan mereka. Malah mereka kini berani menetapkan penanda aras baharu ini termasuk menjadi pusat 3S Honda yang bersifat mesra alam sekitar.

    “Kami di Honda juga komited untuk terus dapat membantu menjaga alam sekitar. Untuk itu, kami mengambil inisiatif ini untuk menggunakan teknologi hijau dalam operasi harian kami. Kami percaya dengan pusat 3S Honda yang bersifat mesra alam ini mampu memberikan pengalaman bermakna buat para pelanggan.”

    Dibina di kawasan seluas dua ekar dengan fasiliti terkini, pusat 3S baharu ini memiliki 14 petak penyelenggaraan umum, empat petak pembaikian umum dan satu petak penjajaran tayar, serta mampu mengendalikan sehingga 60 buah kenderaan sehari. Selain itu, ia turut mempunyai ruang menunggu untuk pelanggan, WiFi percuma, sudut makanan dan minuman, sudut permainan kanak-kanak dan juga bilik solat untuk pelanggan beragama Islam.