Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • GIIAS 2019: Honda BR-V facelift, peningkatan minima

    GIIAS 2019: Honda BR-V facelift, peningkatan minima

    Honda BR-V telah pun menerima peningkatan (facelift) untuk pertengahan-hayatnya selepas lebih tiga tahun berada di pasaran. Dan Indonesia menjadi negara pertama yang menerimanya, bagi meneruskan persaingan dengan pencabar terdekatnya termasuk Toyota Rush, Daihatsu Terios dan Mitsubishi Xpander/Nissan Livina.

    Walau pun hanya melibatkan sedikit peningkatan minima, wajah hadapan BR-V diinspirasikan dari CR-V termasuk menampilkan palang hitam di sepanjang muncungnya, menggantikan kemasan krom pada model sebelum ini. Walau bagaimana pun ia masih mengekalkan jaluran krom yang disambung pada lampu utama, tetapi dengan efek visual yang lebih besar dan gril yang lebih tebal. Lampu utama projektor pula sama, tetapi dipadankan dengan jaluran lampu nyalaan siang LED baharu.

    Selain itu, bamparnya telah pun diprofilkan. Sisinya kini menampilkan ciri seperti corong dan ia menghala ke lampu utama, yang bertentangan ke arah gril. Lampu kabus bulat dan skid plate perak kini nampak lebih menonjol berbanding sebelum ini.

    GIIAS 2019: Honda BR-V facelift, peningkatan minima

    Bahagian belakang juga dipertingkatkan, kini dengan rupa yang lebih bergaya termasuk seksyen diffuser perak dan bampar dengan reflektor menegak. Sebelum ini reflektor tersebut diletakkan di bahagian bampar paling bawah, disambung pada diffuser. Ia disambung pada lampu belakang dengan kemasan krom. Bukan itu saja, rim aloi dua-tona 16-inci baharu juga ditampilkan.

    Sesetengah perubahan di atas melibatkan varian tertinggi Prestige sahaja. Wakil Paultan.org yang berada di Indonesia untuk membuat liputan, Danny Tan, turut mengesan varian E yang ditampilkan dengan palang krom tambahan pada gril, tapi tiada “wing” untuk skid plate hadapan/belakang (sebahagian daripada aerokit), rekaan roda yang lebih ringkas (masih 16-inci) dan kemasan merah pada lampu belakang. Wing belakang untuk Prestige juga lebih terperinci.

    Di dalamnya, rekaan papan pemuka masih kekal sama, tetapi di Indonesia menerima roda stereng seperti Civic FD yang sama dengan BR-V spesifikasi Malaysia. Ciri baharu termasuk tweeter speaker, kemasan papan pemuka (kepingan kelabu pada sisi penumpang) dan fungsi auto untuk pendingin hawa, yang mana sudah ada pada BR-V versi Malaysia.

    GIIAS 2019: Honda BR-V facelift, peningkatan minima

    Honda mensasarkan untuk rekaan yang lebih sporty, dan untuk varian tertinggi telah ditampilkan kabin dengan tema hitam dan juga kemasan kulit hitam pada tempat duduk dengan jaluran merah. Dipadankan bersama pad kulit merah pada perehat tangan di pintu dan juga balutan kulit pada roda stereng dan tombol gear, dengan jahitan merah. Honda Indonesia juga memilih kusyen yang lebih tebal untuk barisan kedua tempat duduk dan juga perehat kepala yang baharu untuk bahagian tengah tempat duduk kedua. Turut diberikan ialah pelarasan ketinggian untuk tempat duduk pemandu, yang juga telah ditampilkan untuk BR-V versi Malaysia.

    Lain-lain ciri untuk BR-V spesifikasi Indonesia termasuklah unit utama skrin sesentuh kapasitif “ala terapung” bersaiz lapan-inci dengan WebLink (mirroring untuk telefon pintar) dan kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin. Walau bagaimana pun, masih kekal dengan dua unit beg udara, begitu juga dengan ABS, VSA dan bantuan mula mendaki.

    Stereng ala-Civic FD hanya untuk varian Prestige, bersama balutan kulit dan jahitan merah (untuk stereng dan tombol gear), pad perehat tangan di pintu balutan kulit merah, tempat duduk kulit, unit head-up baharu (varian E dengan 6.1-inci) dan pendingin hawa auto, serta beberapa ciri lagi.

    Tiada perubahan pada penjana kuasa, masih kekal dengan enjin 1.5 liter i-VTEC (120 PS, 145 Nm) dengan kotak gear automatik CVT atau manual enam-kelajuan. Tidak seperti Rush/Terios, kuasanya disalurkan ke roda hadapan.

    Empat varian ditawarkan untuk BR-V 2019 facelift di Indonesia – S MT berharga Rp 238 juta (RM70,273), E MT (Rp 252.5 juta atau RM74,559), E CVT (Rp 262.5 juta atau RM77,512), dan Prestige CVT (Rp 279.5 juta atau RM82,532).

    Ada enam pilihan warna iaitu Tafetta White, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic, Crystal Black Pearl, Coffee Cherry Red Metallic dan warna signitur Premium Amber Metallic ditawarkan. Di mana dua warna terakhir tersebut adalah untuk varian E dan Prestige.

     
     
  • Volkswagen Arteon R-Line dibuka untuk tempahan – harga anggaran RM290k hingga RM310k di Malaysia

    Volkswagen Arteon R-Line dibuka untuk tempahan – harga anggaran RM290k hingga RM310k di Malaysia

    Nampaknya ‘sedan coupe’ terbaharu dari Volkswagen yang menggantikan model CC sebelum ini, VW Arteon bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi setelah Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka tempahannya. Harganya? belum diumumkan secara rasmi, tetapi ia dijangka akan dijual pada harga antara RM290,000 hingga RM310,000.

    Arteon telah membuat kemunculan pertamanya di Geneva Motor Show pada Mac 2017, dan rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat kereta ini depan mata buat pertama kali ketika berlangsungnya Premium Auto Car Expo (PACE) 2018 anjuran paultan.org pada November tahun lalu.

    Untuk pasaran Malaysia, Arteon akan dijual dengan enjin 2.0 liter turbo empat-silinder TSI berkuasa 280 PS dan tork maksima 350 Nm. Kuasa akan disampaikan ke kesemua roda menerusi kotak gear klac berkembar jenis basah automatik tujuh-kelajuan dan sistem AWD 4Motion VW, bersama sistem differential lock elektronik XDS.

    Volkswagen Arteon R-Line dibuka untuk tempahan – harga anggaran RM290k hingga RM310k di Malaysia

    Sistem Kawalan Dinamik Casis (DCC) turut dipadankan bagi memberikan mod pemanduan Eco, Normal, Comfort, Sport dan Individual. Kelengkapan lain yang turut diberikan teramsuk paparan instrumen digital sepenuhnya Active Info Display, sistem infotainmen tertinggi Discover Pro dengan skrin 9.2-inci bersama kawalan gestur dan hubungan aplikasi tanpa wayar Apple Carplay, Android Auto dan Mirrorlink, serta kamera sekeliling 360-darjah.

    Hadir dalam kemasan R-Line, ia sudah pasti didatangkan standard dengan kit badan lebih agresif, dan rim 19-inci. Lapan warna sah ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu Manganese Grey, Deep Black, Reflex Silver, Romance Red, Urano Grey, Turmeric Yellow, Oryx White Pearl dan Pyrite Silver. Tertarik dan mahu lihat model empat-pintu dengan bentuk mendebarkan ini? Anda boleh mendaftarkan minat anda pada PAUTAN INI.

    Arteon juga akan dibawa dalam siri jelajah ke beberapa pusat pameran seluruh negara dan anda boleh melihat jadualnya di bawah.

    Volkswagen Arteon R-Line dibuka untuk tempahan – harga anggaran RM290k hingga RM310k di Malaysia

    GALERI: Volkswagen Arteon di PACE 2018

     
     
  • GIIAS 2019: Renault Triber akan bersaing dalam segmen kenderaan bajet di Indonesia, import dari India

    GIIAS 2019: Renault Triber akan bersaing dalam segmen kenderaan bajet di Indonesia, import dari India

    Renault mahu memasuki pasaran massa di Indonesia. Untuk itu, mereka perlu meletakkan produk dalam segmen yang penting iaitu Low Cost Green Car (model tiga baris tempat duduk termasuk Toyota Calya, Daihatsu Sigra dan Datsun GO+), serta Low MPV (Toyota Avanza, Daihatsu Xenia, Honda Mobilio, Suzuki Ertiga, Mitsubishi Xpander dan Nissan Livina).

    Model yang dirasakan oleh Renault boleh bersaing dalam segmen kenderaan bajet ini adalah Triber. Ia pertama kali didedahkan di India bulan Jun lalu, dengan menampilkan tiga baris tempat duduk dan rekaan seperti SUV. Panjang keseluruhan model ini adalah 3,990 mm.

    Triber dibangunkan dan dikeluarkan di India, namun Renault masih mempunyai hasrat untuk menjualnya di negara lain. Ia menggunakan platform Alliance CMF-A dan mempunyai perincian rekaan unik yang termasuk garis tingkap yang menaik di C pillar dan bumbung bertingkat untuk memberikan lebih ruang kepala kepada penumpang belakang.

    GIIAS 2019: Renault Triber akan bersaing dalam segmen kenderaan bajet di Indonesia, import dari India

    MPV ini digerakkan oleh enjin tiga silinder 1.0 liter yang dipadankan dengan transmisi sama ada manual lima kelajuan atau AMT lima kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 72 hp dan 96 Nm tork. Jumlah ini mungkin kelihatan tidak seberapa tetapi Triber mempunyai berat bawah 1,000 kg dan Renault juga mempunyai perancangan untuk menggunakan enjin 1.0L turbo di India.

    Antara kelengkapan yang diberikan untuk Triber varian tinggi adalah panel paparan informasi 3.5 inci dengan meter kelajuan digital, skrin sesentuh 8.0 inci dengan sambungan Apple CarPlay, corong pendingin hawa untuk semua baris tempat duduk, sistem tanpa kunci, butang pemula enjin dan rim 15 inci. Pada bahagian keselamatan, terdapat brek ABS dan empat beg udara.

    Tempat duduk baris ketiga pada Triber boleh dicabut sepenuhnya untuk memberikan ruang simpanan 625 liter, sekaligus membuatkan ia juga boleh bersaing sebagai sebuah hatchback lima tempat duduk – tetapi sudah tentu dengan kedudukan yang lebih tinggi (182 mm dari tanah). Kalau di India, Renault memberitahu kos pemilikan Triber adalah kurang 20% berbanding hatchback segmen B di sana.

    Triber akan ditawarkan di Indonesia dalam dua varian iaitu RXE dan RXL, dengan transmisi MT ataupun AMT. Setakat ini masih belum ada harga tetapi Maxindo Renault Indonesia mensasarkan harga lingkungan LCGC untuk model CBU dari India ini. Pakej jaminan yang diberi adalah selama tiga tahun atau 100,000 km, bersama servis percuma satu tahun.

     
     
  • PLUS cadang pasang kamera kelajuan di Jambatan Pulau Pinang sebagai strategi penguatkuasaan

    PLUS cadang pasang kamera kelajuan di Jambatan Pulau Pinang sebagai strategi penguatkuasaan

    PLUS Malaysia Sdn Bhd yang mengendalikan Jambatan Pulau Pinang bercadang untuk memasang kamera mengesan kelajuan kenderaan di jambatan tersebut. Ia dalah sebagai salah satu langkah penguatkuasaan tambahan untuk menghalang pemanduan melebihi had laju semasa menyeberangi jambatan itu.

    Menurut CEO PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, pihaknya kini bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), untuk memasang kamera berkenaan yang akan merakam kenderaan yang melebihi had laju serta maklumat pendaftaran kenderaan yang masuk dan keluar dari jambatan.

    “Kelajuan purata kenderaan akan dikira untuk menentukan sama ada dipandu melebihi kelajuan atau tidak dan ini merupakan antara strategi penguatkuasaan. Kami juga sedang menunggu hasil audit keselamatan jalan raya yang dijalankan mengenai jambatan itu bagi menentukan langkah-langkah yang akan diambil bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan jambatan berkenaan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

    PLUS cadang pasang kamera kelajuan di Jambatan Pulau Pinang sebagai strategi penguatkuasaan

    Sambungnya lagi, “Walaupun kami telah mematuhi semua standard kejuruteraan bagi jambatan, kami juga menjalankan audit keselamatan jalan raya kami sendiri. Kami akan melihat daripada audit dan kemudiannya akan bertindak dengan sewajarnya jika terdapat keperluan (untuk menambah langkah keselamatan),” katanya.

    Tambahnya lagi, PLUS sentiasa mementingkan keselamatan dan melalui penekanan ini, hanya 2.4% daripada 13,000 kemalangan yang dicatatkan di seluruh negara tahun lepas berlaku di lebuh raya konsesinya.

    “Kami berbangga dengan langkah keselamatan yang kami laksanakan dan juga berbangga kerana Lebuhraya PLUS sebagai antara lebuh raya paling selamat di negara ini. Kami menumpukan tiga elemen secara meluas yang kami kenali sebagai ‘3E’, iaitu ‘enforcement’ (penguatkuasaan), ‘engineering’ (kejuruteraan) dan ‘education’ (pendidikan),” katanya.

     
     
  • GIIAS 2019: MINI Cooper 60 Years Edition – akan tiba di Malaysia bulan hadapan dalam versi Cooper S

    GIIAS 2019: MINI Cooper 60 Years Edition – akan tiba di Malaysia bulan hadapan dalam versi Cooper S

    Tahun ini MINI menyambut ulang tahun mereka yang ke-60. Bagi meraikan pencapaian ini, syarikat itu telah mengeluarkan sebuah model istimewa MINI 60 Years Edition yang boleh didapati dalam versi Cooper atau Cooper S, dan tiga pintu atau lima pintu.

    Model ini sudah pun tiba di pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS 2019), dan perkara pertama yang anda boleh lihat adalah ia menggunakan warna British Racing Green yang menurut MINI, dibuat khas untuk model ini. Ia juga boleh didapati dalam warna Melting Silver, dan datang dengan rim khas 17 inci dua tona yang dibalut tayar run flat Dunlop.

    Selain warnanya, bahagian luar MINI keluaran khas ini turut dipasang dengan lencana “60 Years” yang berada berhampiran lampu penunjuk arah hadapan dan jalur warna hitam atas bonet hadapan. Bumbung dan cermin sisi pula menggunakan warna Aspen White.

    Masuk ke bahagian dalam, tempat duduk MINI Yours Leather Lounge yang dibalut kulit Dark Cocoa nyata menyerlah terutamanya apabila digabungkan dengan jahitan warna hijau. Terdapat jahitan logo 60 Years pada bahagian luar tempat duduk ini, dan beberapa bahagian lain yang dipasang dengan logo ini adalah termasuk roda stereng, tepi pintu dan cahaya yang keluar dari bawah cermin sisi, memancar ke lantai pada waktu malam.

    Kuasa penggerak masih lagi sama. MINI Cooper facelift ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder 1.5 liter turbo yang dipadankan bersama transmisi automatik Steptronic tujuh kelajuan, mampu menghasilkan 136 hp dan 220 Nm tork. Catatan masa 0-100 km/j model ini adalah 7.8 saat. Walaupun baru dipamerkan, MINI 60 Years Edition yang berwarna hijau di Indonesia telah pun habis dijual.

    MINI 60 Years Edition akan tiba di Malaysia bulan hadapan, tetapi kita cuma akan mendapat versi hatchback Cooper S. Ini bermakna ia menggunakan enjin empat silinder 2.0 liter dengan kuasa 192 hp dan 280 Nm tork, boleh mencatat pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat.

     
     
  • GIIAS 2019: Daihatsu Ayla, Sirion dan Terios Special Edition – kembar Perodua dengan serlahan kuning

    GIIAS 2019: Daihatsu Ayla, Sirion dan Terios Special Edition – kembar Perodua dengan serlahan kuning

    Dah tengok model konsep SUV/MPV hibrid digelar HY Fun Concept yang dipamerkan oleh Daihatsu di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2019? Selain dari model konsep tersebut, Astra Daihatsu Motor (ADM) turut membawa tiga model produksi edisi khas ke acara berkenaan, iaitu kembar-kembar Perodua di Indonesia, Daihatsu Ayla, Sirion dan Terios Special Edition.

    Secara asasnya, ketiga-tiga model edisi khas tersebut menampilkan serlahan-serlahan berwarna kuning dan diberikan berberapa ciri tambahan lain.

    Kita mulakan dengan kembar Perodua Axia iaitu Daihatsu Ayla. Gril krom asal dari model standard telah digantikan dengan gril kemasan warna badan bersama jalur kuning dan juga kemasan hitam berkilat pada bahagian perumah nombor pendaftaran hadapan dan belakang, penutup cermin sisi serta spoiler belakang.

    GIIAS 2019: Daihatsu Ayla, Sirion dan Terios Special Edition – kembar Perodua dengan serlahan kuning

    Serlahan kuning turut diberikan pada sebahagian jejari rim, dan juga jalur badan pada sisi atas dan bawah serta di bawah cermin belakang.

    Dalam kabin, Ayla SE ini diberikan skrin infotainmen 2-DIN dengan paparan untuk kamera undur dan juga set karpet istimewa. Serlahan kuning sekali lagi diberikan pada liang pendingin hawa sisi, digandingkan dengan kemasan dan butang-butang hitam.

    Manakala untuk kembar Perodua Myvi iaitu Sirion yang diimport sepenuhnya dari Rawang, Selangor menerima kit badan berwarna hitam bersama serlahan jalur kuning pada sisi atas dan skirt serta sebahagian jejari rim. Ia turut hadir dengan skrin 2-DIN dan juga set karpet SE pada bahagian kabin.

    GIIAS 2019: Daihatsu Ayla, Sirion dan Terios Special Edition – kembar Perodua dengan serlahan kuning

    Akhir sekali adalah kembar kepada Perodua Aruz pula iaitu Daihatsu Terios SE. Muka model istimewa ini menerima gril yang kurang elemen krom berbanding model standard. Jalur serlahan kuning pula diberikan pada kemasan bawah perumah lampu kabus, jejari rim dan bahagian bawah sisi badan.

    Pada bahagian dalaman, Terios ini menerima warna kabin gelap sepenuhnya, bersama serlahan kuning pada liang pendingin hawa sisi dan juga jahitan pada panel pintu. Ia turut disertakan dengan skrin sesentuh 2-DIN dengan paparan untuk kamera parkir pandangan sekeliling, upholsteri kulit dan set karpet SE.

    GALERI: Daihatsu Ayla Special Edition

    GALERI: Daihatsu Sirion Special Edition

    GALERI: Daihatsu Terios Special Edition

     
     
  • PDRM nafi keluarkan jadual kompaun saman trafik

    PDRM nafi keluarkan jadual kompaun saman trafik

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menafikan sebaran kadar kompaun baharu saman trafik yang tular di media sosial seperti gambar di atas.

    Menurut JSPT, kadar kompaun yang tular itu adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai. Walau pun kenyataan yang tular itu turut mempunyai logo PDRM yang memaklumkan kadar kompaun diturunkan, namun ternyata ia adalah berita palsu semata-mata.

    Menerusi foto yang tular sejak semalam itu, ia memaparkan jadual kadar kompaun lama dan baharu. Sebanyak 14 kesalahan trafik disenaraikan dalam kenyataan terbabit, antaranya menyatakan saman bagi kesalahan memandu laju diturunkan kepada RM70 berbanding kadar asal RM150.

    Diharap kita semua tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan berita palsu tersebut. Justeru, untuk sebarang soalan atau pertanyaan lanjut mengenai saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sila hubungi 03-2266 3346/56 atau e-mel di [email protected].

     
     
  • Toyota Rush di Malaysia tidak terlibat dengan isu sensor beg udara, tiada panggilan untuk pemeriksaan

    Toyota Rush di Malaysia tidak terlibat dengan isu sensor beg udara, tiada panggilan untuk pemeriksaan

    UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan Toyota Rush, yang baru-baru ini dipanggil semula di Filipina disebabkan isu beg udara yang “terlalu sensitif”, beg udara bidai kenderaan ini boleh keluar sekiranya terlanggar bonjolan atas jalan pada kelajuan 60 km/j ke atas.

    Menerusi kenyataan rasmi tersebut, UMWT mengesahkan model Rush yang dijual di Malaysia tidak terlibat dengan panggilan semula itu. Pengumuman ini juga dibuat susulan langkah Perodua yang menggumumkan 3,000 unit model Aruz dipanggil semula untuk pemeriksaan berikutan isu ini.

    Setakat ini menurut Perodua, masalah itu masih tidak memberi kesan kepada model di Malaysia, dan pemeriksaan serta penggantian alat yang terlibat dibuat sebagai langkah berjaga-jaga. Keseluruhan proses akan mengambil masa 30 minit untuk siap, dan semua kos ditanggung oleh Perodua.

    Untuk pengetahuan anda, Rush dan Aruz kedua-duanya dipasang di kilang Perodua, Rawang, tetapi untuk proses kemasan akhir Rush, pemasangan aksesori dan kawalan kualiti akhir dilakukan di kilang baharu Toyota, di Bukit Raja, Klang. Bekalan enjin dan juga transmisi kedua-dua model ini juga disalurkan oleh pihak yang sama, iaitu kilang Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (DPEM) dan juga Akashi Kikai Industry (M) Sdn Bhd – kedua-duanya terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.

     
     
  • GIIAS 2019: Suzuki Jimny Tough Concept – versi ubahsuai, penuh kelengkapan off-road ‘hardcore’!

    GIIAS 2019: Suzuki Jimny Tough Concept – versi ubahsuai, penuh kelengkapan off-road ‘hardcore’!

    Ketika berkunjung ke Tokyo Auto Salon tahun ini, kami terpegun kerana terlalu banyak Suzuki Jimny yang diubahsuai dibawa ke acara tersebut. Pelbagai ubahsuai ditampilkan, dari unit yang dibawa sendiri oleh Suzuki digelar Jimny Sierra Pick-up Concept yang kelihatan seperti trak pikap klasik Toyota BJ40, sehinggalah ubahsuai mewah yang menjadikan Jimny kelihatan seakan Mercedes-Benz G-Wagen dihasilkan oleh DAMD, digelar Little G.

    Sewaktu Suzuki Jimny ini dilancarkan untuk pasaran Indonesia di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2019, satu lagi Jimny ubahsuai yang sengaja dipertontonkan bagi membuatkan peminat mesin off-road kompak ini jiwa kacau, digelar Suzuki Jimny Tough Concept.

    Seperti namanya, Jimny ini diubahsuai sebagai jentera off-road yang sangat hardcore. Badannya dicat dengan warna dua-tona hijau-hitam, bukan sekadar dengan kesan matte, malah menampilkan permukaan kasar.

    GIIAS 2019: Suzuki Jimny Tough Concept – versi ubahsuai, penuh kelengkapan off-road ‘hardcore’!

    Bampar hadapan dan belakang asal telah dicabut bagi dipadankan dengan bampar besi yang bukan sahaja lebih tahan lasak, malah direka bagi mendapatkan sudut approach dan sudut berlepas lebih besar. Juga pada bampar hadapan, ia dilengkapi dengan bullbar bagi melindungi lampu hadapan dan gril, lampu kabus dan lampu tambahan LED bersama unit winch bina dalam.

    Manakala pada bahagian bumbung, satu bar lampu LED dipasang bagi memberikan lebih pencahayaan bagi memudahkan pemanduan di dalam hutan pada waktu malam.

    Jika diintai dari bawah, Jimny Tough Concept ini nampaknya diubahsuai dengan begitu ekstensif. Ia lengkap dengan suspensi off-road bagi membolehkan ia berdiri lebih tinggi dan menahan “penderaan” lebih lasak.

    Akhir sekali, rim dan tayar asal yang kurus digantikan dengan rim aloi lebih lebar bersama offset yang menjadikan ‘mangkuk’nya lebih dalam, dibaluti tayar ‘lipan’ Giti (Gajah Tunggal) Savero Extreme.

    Seperti di pasaran luar Jepun lain, Indonesia menerima Jimny “Sierra” iaitu model dengan overfender lebih lebar, dibekalkan dengan enjin K15B empat silinder 1.5 liter, berkuasa 102 PS/130 Nm. Jimny bukanlah SUV gaya hidup biasa kerana ia dibina di atas platform ladder frame dan menerima sistem 4WD dengan gear 2H, 4H dan 4L.

    Kerangka baharu ini menampilkan cross member tambahan bagi menguatkan lagi asasnya ketika dibelasah pada laluan off-road, dan dilengkapi gandar solid dengan tiga hubungan pada hadapan dan belakang, bersama spring gegelung untuk suspensi. Selain itu, ia dibina dengan kelegaan tanah 210 mm, radius pusingan 4.9 meter, sudut approach 37-darjah, ramp breakover 28-darjah, dan sudut berlepas 49-darjah bagi memastikan ia boleh merentas pelbagai permukaan di hutan.

    Amacam? Saya sendiri jiwa kacau tengok ni. Anda bagaimana?

     
     
  • Lexus GXOR Concept – untuk redah jalan mencabar

    Lexus GXOR Concept – untuk redah jalan mencabar

    Lexus telah menunjukkan sebuah kenderaan konsep baru yang dinamakan sebagai GXOR ataupun GX Off-Road. Daripada namanya, anda sepatutnya sudah tahu ia adalah SUV GX (model sebelum facelift) yang diubah suai secara menyeluruh untuk menawan jalan-jalan mencabar.

    Sebagai permulaan, suspensi GXOR menggunakan penyerap 2.5 inci keluaran Icon dengan reservoir kawalan jauh dan control arm billet dengan penyambung delta. Turut digunakan adalah barang daripada CBI, yang termasuk pelindung kerangka, perisai bawah kenderaan dan bampar buatan khas yang turut menempatkan winch Warn 9.5XP-S.

    Senarai ubah suainya ditambah lagi dengan tayar General Tire Grabber X3 bersaiz 275/70 pada rim Lexus F-Sport 18 inci, dan corong udara Safari untuk memastikan penyaluran udara kepada enjin V8 4.6 liternya sentiasa lancar termasuk apabila meredah air yang dalam.

    Barangan lain adalah termasuk papan penyelamat Maxtrax untuk permukaan yang mencabar, kotak barangan AluBox, sebaris lampu LED daripada Rigid, panel solar 160-watt Overland dan rak bumbung K9 daripada Eezi-Awn.

    Sementara itu, bahagian but pula dipasang dengan sistem penyusunan barang Goose Gear dan peti sejuk National Lune. Untuk memuatkan lebih banyak barang, kenderaan konsep itu juga menarik treler Patriot Campers X1H yang dilengkapi dengan pengawal brek elektrik.

    Seperti yang boleh diketahui, naik taraf ini bukanlah dibuat khas untuk model konsep ini, tetapi diambil daripada beberapa pengeluar barangan aftermarket. Menurut Lexus, ia sekadar satu tanda penghargaan kepada peminat model GX, dan inspirasinya juga datang daripada mereka.

     
     
  • Harga minyak 20-26 Julai – RON97 naik lagi 10 sen

    Harga minyak 20-26 Julai – RON97 naik lagi 10 sen

    Untuk tempoh 20 hingga 26 Julai, harga bahan api petrol RON 97 sekali lagi naik buat empat minggu berturut-turut, kali ini sebanyak 10 sen seliter, menjadi RM2.67 seliter, berbanding RM2.57 pada minggu sebelumnya. Harga baharu berkenaan efektif mulai 12 tengah malam ini.

    Walau bagaimana pun, petrol RON 95 masih dikekalkan dengan harga subsidi yang sama, iaitu RM2.08 seliter. Begitu juga dengan diesel yang harganya kekal seperti sebelum ini, dijual pada harga RM2.18 seliter bagi diesel Euro 2M. Sementara diesel Euro 5 pula lebih mahal 10 sen berbanding harga berkenaan iaitu RM2.28 seliter.

    Harga minyak 20-26 Julai – RON97 naik lagi 10 sen

    Mengikut pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak masing-masing RM2.37 seliter . Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

    Harga tersebut adalah selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 20 hingga 26 Julai 2019 adalah berjumlah RM179.97 juta.

     
     
  • GIIAS 2019: Suzuki Jimny rasmi di Indonesia, harga bermula RM93K untuk model CBU dari Jepun

    GIIAS 2019: Suzuki Jimny rasmi di Indonesia, harga bermula RM93K untuk model CBU dari Jepun

    Di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) tahun lalu, Suzuki telah menayangkan SUV kompak Jimny generasi baharu di negara berkenaan buat pertama kali. Kemudian ia telah secara rasmi di jual pada pasaran Thailand pada April tahun ini ketika berlangsungnya Bangkok International Motor Show (BIMS). Dan pada GIIAS tahun ini, Jimny secara rasmi dilancarkan di Indonesia.

    Seperti juga Thai, pasaran Indonesia menerima Jimny terus dari kilang Suzuki di Jepun, dijual pada harga bermula Rp 315.5 juta (RM93,340) untuk model manual dengan warna badan tona tunggal, dan dua juta rupiah (RM591) untuk model sama tetapi dengan warna badan dua-tona. Model automatik pula dijual pada harga bermula Rp 328 juta (RM97,017) untuk warna badan tona tunggal dan Rp 330 juta (RM97,605) untuk warna badan dua-tona.

    Menurut media-media tempatan Indonesia, harga yang ditawarkan tersebut adalah lebih rendah dari apa yang dijangka sebelum ini iaitu di antara Rp 350-400 juta (RM103,521 hingga RM118,313). Ia juga dilihat jauh lebih murah dari Jimny pasaran Thailand yang juga CBU dari Jepun dijual pada harga 1.55 juta baht hingga 1.65 juta baht atau sekitar RM200k hingga RM212k.

    GIIAS 2019: Suzuki Jimny rasmi di Indonesia, harga bermula RM93K untuk model CBU dari Jepun

    Tidak seperti Jimny JDM yang diklasifikasikan sebagai Kei-Car dengan enjin 660 cc tiga-silinder, model-model yang diimport keluar dari Jepun adalah dalam versi “Sierra” dengan overfender lebih lebar, dibekalkan dengan enjin K15B empat silinder 1.5 liter, berkuasa 102 PS/130 Nm. Jimny bukanlah SUV gaya hidup biasa kerana ia dibina di atas platform ladder frame dan menerima sistem 4WD dengan gear 2H, 4H dan 4L.

    Kerangka baharu ini menampilkan cross member tambahan bagi menguatkan lagi asasnya ketika dibelasah pada laluan off-road, dan dilengkapi gandar solid dengan tiga hubungan pada hadapan dan belakang, bersama spring gegelung untuk suspensi. Selain itu, ia dibina dengan kelegaan tanah 210 mm, radius pusingan 4.9 meter, sudut approach 37-darjah, ramp breakover 28-darjah, dan sudut berlepas 49-darjah bagi memastikan ia boleh merentas pelbagai permukaan di hutan.

    Memandangkan ia di reka lebih khusus untuk pemanduan off-road, Jimny diberikan hanya kelengkapan asas seperti lampu hadapan LED dengan penyembur air, roda stereng balutan kulit bersama butang telefon dan audio, cruise control, pendingin hawa automatik, sistem audio dengan skrin JVC 2-DIN.

    Tiada upholsteri kulit, tiada larasan elektrik untuk tempat duduk hadapan, manakala tempat duduk belakang masih boleh dilipat dengan nisbah 50:50. Ciri standard lain yang dipadankan pada Jimny pasaran Indonesia ini termasuk rim 15-inci dengan tayar A/T kurus bersaiz 195/80R15, ESP, Kawalan Menurun Bukit, Bantuan Mula Mendaki dan juga hanya dua beg-udara.

     
     
  • Honda N-WGN 2019 – kini lebih ringkas dan praktikal

    Honda N-WGN 2019 – kini lebih ringkas dan praktikal

    Honda telah mendedahkan model generasi kedua N-WGN, yang akan mula dijual di Jepun 9 Ogos ini. Model yang berlampu bulat adalah varian biasa manakala yang berlampu petak pula adalah versi lebih sport yang menggunakan lencana Custom.

    Seperti yang anda boleh lihat, penampilan N-WGN generasi baru ini lebih ringkas dan bersih, manakala lampu belakangnya menggunakan unit menegak yang garisannya disepadukan dengan pintu but. Selain muka hadapan yang berbeza, model Custom juga mendapat unit lampu jenis LED, bampar lebih sporty, gril berbeza serta bahagian dalam yang dibalut dengan kemasan hitam dan titanium. Model biasa menggunakan balutan coklat dan ivory.

    Sama seperti luar, bahagian dalam juga ringkas dan kemas, dengan terdapat banyak ruang untuk meletak barangan serta soket USB yang mudah dicapai. Malah, di bawah tempat duduk belakang juga terdapat lagi ruang untuk meletak barangan. Buat kali pertamanya bagi kereta kei Honda, ia dipasang dengan stereng yang boleh dilaras atas-bawah dan depan-belakang, serta brek parkir elektronik dengan ciri Auto Brake Hold.

    N-WGN ini menggunakan asas daripada N-Box, menampilkan lantai yang rendah dan tangki bahan api di bahagian tengah kenderaan, sekaligus memberikan lebih ruang kepada penumpang. Untuk model generasi baru, lantai bahagian tepi kenderaan direndahkan lagi, bersama kedudukan tempat duduk yang diubah supaya penumpang dapat keluar dan masuk dengan mudah. Begitu juga dengan bahagian lantai kargo.

    Selain daripada itu, Honda turut memberikan papan kargo supaya pengguna boleh membahagikan barangan mereka kepada dua tingkat, menggunakan ia sebagai permukaan rata apabila tempat duduk dilipat ataupun meletakkannya di belakang tempat duduk belakang untuk memegang barang yang tinggi.

    Honda N-WGN 2019 – kini lebih ringkas dan praktikal

    Pada aspek keselamatan, N-WGN dilengkapi dengan pakej Honda Sensing secara standard, yang termasuk Pedestrian Collision Mitigation Steering, Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low-Speed Follow, Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Collision Mitigation Braking System (CMBS) dengan pengesan basikal, Lead Car Departure Notification System, False Start Prevention, pengesan tanda jalan dan lampu tinggi automatik.

    N-WGN generasi baru masih lagi menggunakan enjin tiga silinder petrol 658 cc yang mampu menghasilkan kuasa 58 hp pada 7,300 rpm dan 65 Nm tork pada 4,800 rpm untuk versi NA, manakala versi turbo berkemampuan 64 hp pada 6,000 rpm dan 104 Nm tork pada 2,600 rpm. Enjin ini dipadankan bersama kotak gear CVT, dengan pilihan pacuan roda hadapan ataupun empat roda.

     
     
  • GALERI: Honda CR-V Mugen – hanya 300 unit!

    GALERI: Honda CR-V Mugen – hanya 300 unit!

    Semalam Honda Malaysia (HM) telah mengumumkan bahawa model edisi terhad CR-V Mugen kini telah mula dijual untuk pasaran tempatan, dihasilkan terhad hanya 300 unit. Hari ini, jurugambar kami, Patrick Seow telah bergegas ke bilik pameran Honda bagi mendapatkan galeri penuh SUV segmen-C istimewa tersebut khas untuk tatapan anda.

    HM menghasilkan CR-V Mugen ini berasaskan model varian pertengahan 1.5L Turbo 2WD dengan dua harga berbeza mengikut warna badan. Untuk mereka yang berminat dengan warna Passion Red Pearl, ia dijual pada harga RM152,900, manakala bagi warna badan White Orchid Pearl pula berharga RM153,300.Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran.

    Sebagai perbandingan, model standard 1.5L Turbo 2WD dijual pada harga RM 150,992.00 manakala model tertinggi 1.5L Turbo Premium pula dijual pada harga RM 163,191.00.

    GALERI: Honda CR-V Mugen – hanya 300 unit!

    Jadi dengan harga sekitar RM3k lebih mahal, CR-V edisi terhad ini akan datang standard dengan kit badan Mugen asli yang terdiri dari kemasan gril hadapan, spoiler bawah bampar hadapan dan belakang, kemasan seakan skirt pada bahagian sisi, spoiler bumbung lebih besar dan juga emblem-emblem Mugen di tempat sepatutnya.

    Kit badan ini adalah kit yang sama dipadankan pada model konsep CR-V Mugen di KLIMS 2018 dan juga Malaysia Autoshow 2019. Malah kit yang sama juga telah membuat penampilan di Tokyo Auto Salon 2019 awal tahun ini dan juga boleh didapati di laman web rasmi Mugen Jepun. Walau bagaimanapun, rim Mugen MDR 19-inci tidak dibekalkan dan ia masih dipadankan dengan rim aloi 18-inci standard. Berbaloi tak kit tersebut? anda buatlah penilaian sendiri.

    Tiada perubahan diberikan pada kelengkapan lain, dan ia masih dibekalkan dengan ciri-ciri sama seperti 1.5L Turbo 2WD standard. Jadi di sebelah luar CR-V ini diberikan lampu utama, DRL dan lampu kabus kesemuanya adalah LED, penderia parkir di hadapan dan belakang, dan pengilap cermin automatik.

    Manakala pada bahagian kabin, ia hadir dengan kemasan warna hitam serta perincian kayu, pedal penukar gear pada roda stereng, skrin LCD TFT berwarna, sistem pendingin hawa dua-zon serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Untuk keselamatan juga sama, tiada sistem Honda Sensing seperti model tertinggi Premium diberikan dan ia hadir standard dengan enam beg udara, VSA dan bantuan mula mendaki, auto brake hold dan cagak Isofix di belakang.

    Honda CR-V Mugen ini masih lagi dijana dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo 193 PS pada takat 5,600 rpm dan tork maksima 243 Nm tork dari 2,000 rpm hingga 5,000 rpm, digandingkan dengan transmisi CVT untuk memacu hanya roda hadapan. Kenapa tiada peningkatan kuasa walaupun ada emblem Mugen? Barang performance Mugen ni bukan murah tuan-tuan, siapa nak beli CR-V kalau harga nak cecah RM200k nanti?

     
     
  • Toyota Accessible People Mover akan digunakan untuk acara Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020

    Toyota Accessible People Mover akan digunakan untuk acara Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020

    Tahun depan Toyota akan memberi sokongan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo dengan produk yang dibangunkan khas untuk acara itu, dikenali sebagai Accessible People Mover (APM). Ia akan digunakan sebagai pengangkutan jarak dekat bukan sahaja untuk atlet dan pekerja, tetapi juga individu lain yang memerlukan.

    Secara anggarannya, 200 APM akan disediakan di tapak acara untuk menyediakan pengangkutan antara pelbagai tempat seperti tapak pertandingan, tempat letak kereta dan perkampungan Olimpik. Kenderaan ini menggunakan kuasa elektrik dan boleh bergerak sehingga jarak 100 km dengan sekali cas penuh dan kelajuan maksimum 19 km/j.

    APM akan disediakan dalam dua versi iaitu yang pertama mempunyai tiga baris tempat duduk dengan yang paling hadapan untuk pemandu (berada di tengah), baris kedua untuk tiga penumpang atau kerusi roda (apabila dilipat) dan baris ketiga untuk dua orang lagi penumpang. Jika ada pengguna kerusi roda yang mahu naik, satu tanjakan akan keluar dari tepi.

    Toyota Accessible People Mover akan digunakan untuk acara Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020

    Versi APM yang kedua adalah untuk bantuan kecemasan, di mana ia boleh memuatkan satu pemandu, dua pembantu kesihatan dan seorang pesakit. Tempat duduk pula disusun supaya pembantu kesihatan boleh menghadap terus kepada pesakit.

    Secara keseluruhannya, APM mempunyai ukuran 3.9 meter panjang, 1.6 meter lebar dan 2.0 meter tinggi. Melalui pemerhatian lebih dekat pula, kita boleh menyaksikan APM menggunakan teknologi tayar tanpa angin seperti yang pernah ditunjukkan oleh Bridgestone, Hankook dan Michelin.

     
     
  • MINI Convertible Cooper S facelift F57 dilancarkan di Malaysia – terhad hanya 20 unit; harga dari RM280k

    MINI Convertible Cooper S facelift F57 dilancarkan di Malaysia – terhad hanya 20 unit; harga dari RM280k

    MINI Malaysia telah pun melancarkan MINI Convertible facelift F57 baharu, dengan menampilkan varian Cooper S yang ditawarkan pada harga atas jalan RM279,888 tanpa insurans. Model yang diperkenalkan ini adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 MINI, dan beberapa ciri yang dipertingkatkan telah ditampilkan pada model hatchback ini. Walau bagaimana pun, hanya 20 unit MINI Convertible yang akan ditawarkan, jadi siapa cepat, dia dapat.

    Kuasanya disalurkan dari enjin petrol 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder dari BMW Group (pada dasarnya B48), yang mampu menghamburkan 192 hp dan tork 280 Nm. Penjana kuasa ini digandingkan dengan transmisi dwi-klac Steptronic Sports tujuh-kelajuan, dengan pacuannya disalurkan ke roda-hadapan.

    Bagi prestasi, ia mampu dipecut dari 0-100 km/j dalam hanya 7.1 saat dan kelajuan maksimumnya boleh dicapai sehingga 230 km/j, dengan penggunaan bahan api sekitar 5.7 liter per 100 km. Terdapat tiga mod pemanduan – Green, Mid dan Sport. Untuk mengoptimumkan penggunaan bahan api dan untuk membebaskan operasi enjin apabila pendikit tidak ditekan, pemandu boleh memilih mod pemanduan Green. Alternatifnya, mod Sport boleh dipilih untuk mewujudkan pengendalian dan pemecutan yang lebih responsif, atau mod Mid boleh dipilih untuk memperoleh manfaat kedua-dua mod yang dinyatakan tadi.

    MINI Convertible Cooper S facelift F57 dilancarkan di Malaysia – terhad hanya 20 unit; harga dari RM280k

    MINI Convertible terbaharu ini dilengkapi dengan lampu hadapan dan belakang dengan teknologi LED. Lampu hadapan LED memperlihatkan rekaan yang kemas dan serba moden. Pencahayaan waktu siang mengguna pakai indikator LED yang berkelip dalam bentuk bulat yang cantik. Lampu belakang pula menampilkan reka bentuk Union Jack yang menawan untuk mengungkapkan asal usul MINI. Sebuah bingkai krom melingkari lampu belakang LED yang terdiri daripada dua bahagian untuk menyerlahkan lagi kemodenannya.

    Eksklusif untuk MINI Convertible, set roda 17-inci dalam penggayaan Rail Spoke bersama tayar runflat ditawarkan untuk memperkayakan elemen keanggunan dan kemodenan jentera ini. MINI Convertible terbaharu juga didatangkan dengan sistem muatan mudah atau Easy Load yang meningkatkan pembukaan ruang muatan dengan menarik bumbung soft top di atas pintu but.

    Di dalamnya pula, ia menampilkan upholsteri kulit Chester Malt Brown dan permukaan dalaman iluminasi MINI Yours dalam warna hitam berkilat. Malah rekaan Union Jack terpancar di papan pemuka dengan 12 pilihan warna.

    MINI Convertible Cooper S facelift F57 dilancarkan di Malaysia – terhad hanya 20 unit; harga dari RM280k

    Selain itu, ia juga didatangkan dengan roda stereng balutan kulit, sementara tuil gearnya pula mirip dengan MINI Hatch terkini. Untuk hiburan, ia ditampilkan dengan sistem MINI Connected dengan teknologi 4G SIM terbina dalam, dan juga paparan skrin sesentuh 6.5-inci.

    Sistem tersebut turut menawarkan beberapa fungsi termasuklah Intelligent Emergency Call, TeleServices, MINI Online, Apple CarPlay, Remote Services, dan aplikasi telefon pintar.

    Untuk bantuan pemandu dan keselamatan, MINI Convertible didatangkan dengan enam beg udara, Kawalan Jarak Parkir Belakang, Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), dan Kawalan Kestabilan Dynamic (DSC).

    MINI Convertible Cooper S facelift F57 dilancarkan di Malaysia – terhad hanya 20 unit; harga dari RM280k

    Warna Caribbean Aqua yang dilihat pada foto ini merupakan eksklusif untuk MINI Convertible, selain warna Chili Red, Solaris Orange, Melting Silver dan Starlight Blue sebagai pilihan.

    Setiap pembelian akan didatangkan dengan waranti empat-tahun/perbatuan tanpa had dengan servis berjadual percuma, tetapi jika anda membeli kereta ini sebelum 31 Ogos 2019, ia akan diberikan waranti lima-tahun/perbatuan tanpa had dengan servis berjadual percuma untuk lima-tahun/80,000 km (60 bulan untuk program MINI Service + Repair Inclusive) yang merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 MINI.

    Turut ditawarkan ialah Bantuan Tepi Jalan MINI dan Talian Bantuan & Kecemasan MINI. Dengan ‘Balloon Financing’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, MINI Convertible terbaharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,028.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

     
     
  • GALERI: BMW 1 Series F40 – M135i, 118d Sport Line

    GALERI: BMW 1 Series F40 – M135i, 118d Sport Line

    BMW telah pun menyebarkan lebih banyak foto barisan BMW 1 Series F40 baharu, daripada generasi ketiga, dengan menampilkan dua varian iaitu M135i xDrive dan juga 118d Sport Line F40, susulan dengan pelancarannya di peringkat global.

    Varian 135i xDrive digandingkan dengan penjana kuasa yang sama dengan X2 M35i, B48 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 306 PS (302 hp) dan tork 450 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic Sport lapan-kelajuan bersama sistem pacuan semua-roda xDrive, yang mampu membantu jentera ini memecut dari 0-100 km/j dalam 4.8 saat dan kelajuan tertinggi mampu dicapai sehingga 250 km/j. Pesaing terdekatnya, Mercedes-AMG A 35 4Matic pula mempunyai kuasa 306 PS (302 hp) dan tork 400 Nm, dengan kotak gear dwi-klac tujuh-kelajuan.

    Manakala jentera putih di dalam foto ini pula, varian 118d, dengan pakej Sport Line. Tidak seperti M Sport pada M135i, Sport Line dipadankan dengan bampar yang menampilkan dua ‘gading’ di hadapan yang membingkaikan lampu kabus dan Air Breather.

    Di belakangnya pula, Sport Line tidak disertakan dengan diffuser yang menyerlah seperti varian M Sport. Pakej lain yang terdapat bagi barisan 1 Series termasuklah Advantage, Luxury dan semestinya M Sport.

    Untuk varian 118d, ia dijanakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder dengan kuasa 150 PS (147 hp) dan tork 350 Nm. Sementara motor diesel asas didatangkan dengan kotak gear manual enam-kelajuan secara standard, dengan transmisi automatik Steptronic lapan-kelajuan sebagai pilihan.

    Barisan 1 Series yang ditukarkan ke platform pacuan roda-hadapan ini juga mengalami perubahan dimensi. Model baharu ini kini lima mm lebih pendek berbanding F20 iaitu 4,319 mm. Lebarnya pula 1,799 mm (+34 mm), tinggi 1,434 mm (+13 mm), manakala jarak rodanya dikurangkan sebanyak 20 mm, kini 2,670 mm.

    Platform baharu ini turut memberikan banyak peningkatan terutamanya bagi ruang yang lebih luas, di mana kini ia mempunyai lebih 33 mm bagi ruang lutut dan lebih 19 mm bagi ruang kepala untuk tempat duduk belakang. Manakala ruang siku untuk tempat duduk penumpang hadapan (+42 mm) dan belakang (+13 mm). Ruang penyimpanan barang juga ditambah sebanyak 20 liter ke 380 liter, atau 1,200 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

    Sementara, bahagian dalaman juga diubah lebih signifikan berbanding sebelum ini, dengan ciri yang ditampilkan termasuklah sistem Live Cockpit Professional, pencahayaan ambien, pelbagai pilihan untuk kemasan dan upholsteri, tiga ketetapan bagi pembesar suara, paparan head-up dan banyak lagi.

    BMW M135i xDrive F40

    BMW 118d Sport Line F40

     
     
  • Kenderaan hibrid Kia bakal terima manfaat daripada teknologi Active Shift Control baru yang lebih cekap

    Kenderaan hibrid Kia bakal terima manfaat daripada teknologi Active Shift Control baru yang lebih cekap

    Syarikat induk bagi Kia iaitu Hyundai Motor Group telah membangunkan teknologi transmisi Active Shift Control (ASC) yang pertama di dunia. Inovasi ini dikatakan dapat mengoptimakan kecekapan transmisi dengan memerhati penukaran gear 500 kali setiap saat, sekaligus boleh melaras dengan tepat kelajuan putaran transmisi untuk waktu penukaran yang lebih pantas. Ia sangat berguna terutamanya bagi kenderaan hibrid akan datang Kia.

    ASC menggunakan perisian pengawal logik baru untuk Hybrid Control Unit (HCU), yang kemudian mengawal motor elektrik untuk menyelaraskan laju putaran enjin dengan transmisi, bagi mengurangkan waktu penukaran gear sehingga 30%. Walaupun lebih pantas, teknologi ini masih dapat memberikan penukaran gear yang lebih lancar.

    Biasanya kereta hibrid tidak menggunakan torque converter demi memastikan kecekapan bahan api dan mengelakkan kehilangan kuasa waktu penukaran gear. Walaupun menjimatkan bahan api, sistem ini mengambil masa yang lebih panjang untuk penukaran gear, demi memastikan ia berlaku dengan lancar.

    Kenderaan hibrid Kia bakal terima manfaat daripada teknologi Active Shift Control baru yang lebih cekap

    Melalui ASC pula, motor elektrik boleh terlibat sama untuk mengawal penukaran gear, sekaligus mengatasi masalah penukaran gear yang lambat. HCU dapat memastikan penyelarasan yang lebih pantas, sekaligus mengurangkan waktu penukaran gear dari 500 ms kepada 350 ms. Ini juga meningkatkan lagi prestasi pecutan kenderaan hibrid, kecekapan penggunaan bahan api dan ketahanan dengan mengurangkan geseran waktu penukaran gear.

    “Pembangunan teknologi ASC yang pertama di dunia ini adalah satu inovasi luar biasa yang menggabungkan kawalan motor tepat dengan transmisi automatik. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan bahan api malah juga memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan untuk pelanggan kami,” kata timbalan presiden dan ketua bahagian sistem kawalan enjin kumpulan Hyundai Motor Group, KyoungJoon Chang.

     
     
  • Mizuki – Mini berenjin Suzuki Hayabusa pertama di Asia Tenggara, hadiah untuk pengunjung AOS 2019

    Mizuki – Mini berenjin Suzuki Hayabusa pertama di Asia Tenggara, hadiah untuk pengunjung AOS 2019

    Pelbagai gaya restorasi dilakukan oleh peminat-peminat kereta klasik di seluruh dunia. Selalunya, kereta-kereta mewah dan ‘classy’ akan dibina semula kalau boleh dengan spesifikasi yang sama ketika ianya dibuat di kilang. Tetapi kereta yang kaya dengan sejarah sukan permotoran seperti Ford Escort Mk1 dan Mk2 atau Toyota Corolla AE86, ia akan direstorasi semula dan diberikan pelbagai ubahsuai prestasi yang biasanya dipanggil ‘restomod’.

    Model Mini asli iaitu Mini Mk1 hingga Mk VII juga antara kereta yang sangat popular untuk dibina semula dengan konsep restomod. Pelbagai gaya ditampilkan – ramai yang masih menggunakan enjin asal yang ditingkat taraf, dan ada juga menggunakan enjin-enjin lebih moden seperti B16A DOHC VTEC dari Honda.

    Mini VTEC sudah ada di Malaysia, tetapi anda pernah lihat Mini dengan enjin superbike Suzuki Hayabusa depan mata di sini? Kalau nak tengok, jangan lupa datang ke Art of Speed (AOS) 2019 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang bermula 27 hingga 28 Julai ini, kerana Mini dengan enjin Hayabusa yang dipercayai unit pertama yang dihasilkan di Asia Tenggara akan membuat penampilan sulung dikhalayak ramai.

    Mizuki – Mini berenjin Suzuki Hayabusa pertama di Asia Tenggara, hadiah untuk pengunjung AOS 2019

    Mini yang diberi nama “Mizuki” (Mini Suzuki) tersebut bukan hanya untuk dipertontonkan, tetapi dengan pembelian tiket berharga serendah RM20 ke AOS 2019, anda mungkin pemenang cabutan bertuah yang akan membawa pulang kereta berkenaan!

    Seperti juga hadiah utama cabutan bertuah AOS 2017 “Yamaha RXZ Twin Boss” dan AOS 2018 “Papa Jahat“, Mizuki ini juga adalah hasil seni kejuruteraan Mohamad Irwann bin Mohd Azlan atau lebih dikenali sebagai Cheng, 29 tahun dari FNG Works Ipoh. Jika sebelum ini Cheng hanya melakukan kerja-kerja custom ini sebagai punca pendapatan sampingan, kami diberitahu bahawa alumni UiTM Shah Alam dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal berkenaan telah melepaskan jawatan juruteranya di sebuah kilang, dan kini hanya menumpukan tugasnya di FNG Works.

    Cheng tidak keseorangan dalam menghasilkan Mizuki ini di mana dia mendapat bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak yang pakar dalam bidang masing-masing seperti Saidi Racing Fabrication atau SRF (lagenda pembina kerangka kereta-kereta lumba tempatan antaranya Proton Satria Fatboy Racing di pandu oleh Aliff Hamdan yang berjaya mencatatkan masa 2 minit 19 saat di Sepang dalam siri perlumbaan MSF) dan juga alat-alat ganti dari individu-individu pemilik Mini.

    Mizuki – Mini berenjin Suzuki Hayabusa pertama di Asia Tenggara, hadiah untuk pengunjung AOS 2019

    Berbeza dengan projek-projek Mini Hayabusa di Eropah yang sering digunakan sebagai senjata dalam perlumbaan litar dan Hill Climb, Mizuki pula menerapkan konsep kereta drag klasik era 70’an.

    Badan Mini Cooper 1976 ini juga adalah sumbangan dari pemilik enjin asal Hayabusa sebagai hadiah ketika membeli enjin tersebut. Ia tidaklah dalam keadaan yang baik ketika diterima, dan kerja-kerja membuang karat serta mengganti lantai-lantai baharu perlu dibuat terlebih dahulu.

    Kemudian, untuk meletakkan enjin Hayabusa generasi pertama tersebut di sebelah belakang, kerangka space frame perlu dibina sendiri oleh Cheng dan ia hasilkan bersepadu dengan rollcage sebelah belakang kereta ini. Tidak ada pengubahsuaian dilakukan kepada enjin 1.3 liter berkenaan, tetapi agak bertuah ia sudahpun dilengkapi dengan aci sesondol dengan durasi lebih tinggi dari asal.

    Enjin tersebut masih beroperasi dengan kotak komputer asal, tetapi talaannya akan dibuat semula menggunakan komputer piggy back Apexi Power FC Commander. Jadi boleh dijangka enjin ini akan mengekstrak lebih kuasa berbanding kuasa asal 173 hp seperti yang di dakwa Suzuki.

    Kotak gear asal Hayabusa masih digunakan dan Cheng akan membina tuil penukar gear yang membolehkan pemandu menukar gear seakan transmisi sequential. Dan untuk mengalirkan kuasa ke roda belakang Cheng tidak memilih gandar hidup, tetapi sebuah gandar solid yang diambil dari van Perodua Rusa digunakan bagi melengkapkan rupa sebuah kereta klasik.

    Gandar tersebut telah pun diubahsuai bagi membolehkan ia menggalas tugas berat ini – syaf serta perumah kiri dan kanan perlu dipendekkan terlebih dahulu bagi memuatkan rim besi 13-inci custom dengan lebar 10-inci dibaluti tayar drag sebenar.

    Mizuki – Mini berenjin Suzuki Hayabusa pertama di Asia Tenggara, hadiah untuk pengunjung AOS 2019

    Kemudian gear akhir asal pada unit differential Rusa tersebut telah dicabut, dan digantikan dengan sprocket yang dibuat sendiri bagi membolehkan kuasa dari kotak gear dipindahkan menggunakan rantai seperti motosikal. Menurut Cheng, dia telah membuat sprocket itu dengan nisbah gear akhir yang hampir sama seperti pada Hayabusa sebenar.

    Ada LSD ke? Tiada, tetapi unit differential asal tersebut sudahpun dikunci bagi membolehkan tork sentiasa diberikan pada kadar 50:50 pada roda kiri dan kanan. Selain dari lengan pada bahagian bawah, gandar tersebut turut ‘disangkutkan’ pada bar atas space frame ruang enjin Mizuki dengan penyerap hentak dan spring gegelung D2 Motorsport boleh laras sepenuhnya bagi menghasilkan sistem suspensi jenis ladder bar.

    Pengubahsuaian lain yang dibuat termasuk penggunaan tangki bahan api Mooneyes yang akan dipasang pada gril hadapan, pedal box rekaan khas Cheng sendiri dan juga sepasang tempat duduk aloi custom yang dihasilkan dan disumbangkan oleh SRF.

    Mizuki – Mini berenjin Suzuki Hayabusa pertama di Asia Tenggara, hadiah untuk pengunjung AOS 2019

    Asep (kiri) bersama Cheng di FNG Works, Ipoh

    Rupa akhir Mizuki ini anda boleh bayangkan seperti lukisan illustrasi di atas. Namun tidak seperti Twin Boss dan Papa Jahat yang hadir dalam bentuk lengkap ke AOS, Mizuki akan membuat kemunculannya dalam keadaan hampir sama seperti yang anda lihat pada gambar-gambar ini iaitu hanya sekitar 50% siap.

    Menurut pengasas AOS, Asep Ahmad Sastrawidjaja, ini kerana bukan hanya disebabkan projek untuk menghasilkan sebuah kereta adalah lebih lama berbanding projek-projek motosikal, ia sebenarnya turut membolehkan pemilik baru (di baca pemenang cabutan bertuah AOS 2019) untuk memilih sendiri warna badan Mizuki ini kelak.

    Asep juga berharap pemilik Mizuki ini nanti akan membawanya ke litar untuk menikmati hasil karya FNG Works ini, berbanding dua hadiah sebelumnya yang ‘senyap’ setelah diterima pemilik baharu tanpa kelihatan beraksi di mana-mana litar.

     
     
  • Honda ADV 150 di Indonesia – perincian spesifikasi, harga lebih murah berbanding PCX Hybrid

    Honda ADV 150 di Indonesia – perincian spesifikasi, harga lebih murah berbanding PCX Hybrid

    Honda secara tiba-tiba menyerang pasaran dengan dua model kapasiti rendah yang menarik. Selepas Winner X di Vietnam hujung minggu lepas, pengeluar dari Jepun ini memperkenalkan pula ADV 150, yang merupakan sebuah skuter bergaya adventure seperti X-ADV 750.

    Semalam kami telah memuat naik galeri gambar skuter baru ini, tapi sekarang, lihat pula spesifikasi penuhnya yang baru sahaja didedah malam tadi. Paling penting adalah harga, iaitu di Indonesia, ia dijual bermula 33.5 juta rupiah (RM9,908) untuk versi CBS-ISS dan 36.5 juta (RM10,795) untuk versi ABS-ISS.

    Melihat kepada harga ini, dalam barisan produk yang ditawarkan oleh Honda di Indonesia, ADV 150 mempunyai harga lebih mahal berbanding Vario 150 (23.6 juta rupiah atau RM6,986) dan PCX 150 ABS (31.68 juta Rupiah atau RM9,371), tetapi masih lebih rendah berbanding PCX Hybrid (42.1 juta Rupiah atau RM12,463).

    ADV 150 dikuasakan oleh enjin satu silinder SOHC suntikan bahan api PGM-FI 149.3 cc, yang dipadankan bersama transmisi automatik, mampu menghasilkan 14.5 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 6,500 rpm. Jumlah ini adalah lebih berkuasa berbanding Vario 150 dan hampir sama seperti PCX 150.

    Bahagian enjin mungkin kelihatan seperti biasa, tetapi ADV 150 mempunyai pelbagai kelengkapan lain yang menjadikannya menarik, terutamanya berbanding pesaing lain dalam segmen sama seperti penghadang angin hadapan yang boleh dilaras, semua lampu jenis LED bersama DRL di depan, penyerap hentak Showa dengan tabung di belakang, brek cakera depan dan belakang dengan angkup Nissin dan tangki bahan api 8.0 liter.

    Untuk sistem brek, seperti yang boleh dilihat pada harganya, ADV 150 ini ditawarkan sama ada dengan brek jenis CBS (Combined Brake System) atau ABS (Anti-lock Braking System). Walaupun sistem brek berbeza, kedua-duanya masih juga akan dilengkapi dengan ISS (Idling Stop System).

    Honda ADV 150 di Indonesia – perincian spesifikasi, harga lebih murah berbanding PCX Hybrid

    Daripada aspek kemudahan, ADV 150 menawarkan ruang simpanan 28 liter di bawah tempat duduk, soket pengecas USB dalam poket di bawah bahagian pemegang, sistem kunci pintar serta panel paparan digital penuh dengan informasi seperti laju, penggunaan bahan api, tahap bateri dan minyak, jam serta tarikh.

    Berat keseluruhan skuter ini ådalah 132 kg untuk versi CBS dan 133 kg untuk versi ABS, manakala tinggi tempat duduknya pula adalah 795 mm. Rimnya pula menggunakan saiz berlainan iaitu bersaiz 14 inci di hadapan dengan tayar 110/80 dan 13 inci di belakang dengan tayar 130/70.

    GALERI: Honda ADV 150 di GIIAS 2019