Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • BMW i4 M Sport muncul di Auto Shanghai – EV 530 PS

    BMW i4 M Sport muncul di Auto Shanghai – EV 530 PS

    Selepas gambar versi biasa didedahkan Mac lalu, kini BMW i4 muncul di Auto Shanghai 2021, dengan buat kali pertamanya dilihat menggunakan kit badan M Sport. Menurut BMW, jualan EV ini akan dimulakan di China dalam tahun ini, dan diikuti oleh pasaran lain selepas itu.

    Jika dibandingkan dengan set gambar awal yang didedahkan, pakej M Sport pada model yang dibawa ke Auto Shanghai ini tidaklah begitu keterlaluan. Di depan, cuma bampar sahaja yang direka semula, sementara di bahagian bucu masih terdapat bukaan udara serta gril besar yang sama.

    Pergi pula ke tepi, anda akan dapat melihat jalur grafik hitam dari fender hingga ke pintu belakang (i4 biasa menggunakan warna biru), lencana M serta rim M lima cabang baru, berukuran 19 inci. Penutup tengah rim itu juga diserikan dengan warna biru bagi memadankannya dengan angkup brek depan dan belakang.

    BMW i4 M Sport muncul di Auto Shanghai – EV 530 PS

    Pada bahagian belakang, perubahannya memerlukan pemerhatian yang lebih terperinci. Bentuk bampar sebenarnya telah direka semula dan anda boleh melihat perbezaannya pada bahagian bucu, sama seperti bampar hadapan. Kemasan jalur biru di bawah masih dikekalkan, sama seperti i4 biasa.

    Gambar bahagian dalam masih belum diterima, tetapi kita boleh menjangkakan pengubahsuaian biasa M seperti kemasan bumbung hitam, stereng lebih cantik, balutan tempat duduk baru dengan jahitan kontras dan mungkin juga warna tali pinggang yang lain.

    Prestasi sebenar i4 masih belum didedah, dan BMW setakat memberitahu ia menawarkan keseimbangan sempurna antara pemanduan sporty, keselesaan jarak jauh serta prestasi berlanjutan yang unik dalam segmen ini. Pek bateri padannya boleh menawarkan jarak gerak sehingga 590 km dengan satu cas penuh, dan motor elektrik padanya boleh menghasilkan kuasa sehingga 530 PS.

    GALERI: BMW i4 biasa

     
     
  • Mercedes-Benz C-Class L diperkenal di China – jarak roda lebih panjang 89 mm, belakang lebih mewah

    Mercedes-Benz C-Class L diperkenal di China – jarak roda lebih panjang 89 mm, belakang lebih mewah

    Demi memenuhi permintaan pelanggan di China yang gemarkan kenderaan panjang, Mercedes-Benz telah mendedahkan C-Class jarak roda panjang baru waktu acara Auto Shanghai. Model yang menggunakan asas daripada C-Class W206 generasi kelima ini dibuat oleh Beijing Benz, iaitu syarikat kerjasama BAIC Motor dan Daimler.

    C-Class L mempunyai jarak roda 89 mm lebih panjang berbanding W206 biasa, iaitu 2,954 mm, sementara kalau dibandingkan pula dengan model V205 sebelumnya, ia adalah 34 mm lebih panjang. Ukuran keseluruhan dari depan ke belakang juga sudah tentu bertambah, menjadi 4,882 mm, iaitu 131 mm lebih panjang berbanding W206 biasa.

    Pada aspek rekaan, rupa C-Class L ini sama sahaja seperti model C-Class biasa, tetapi ada beberapa bahagian yang diubah dan menampakkan bezanya. Sebagai permulaan, pintu belakang adalah lebih besar demi memudahkan penumpang keluar dan masuk ke dalam kabin yang juga lebih luas, manakala di belakang, terdapat lencana C260L dan pada c-pillar pula terdapat lencana L unik.

    Berdasarkan gambar yang disediakan oleh Mercedes-Benz, model ini akan ditawarkan dalam dua pakej penggayaan. Yang pertama, adalah AMG Line dengan pin pada gril berwarna krom, manakala satu lagi kelihatan seperti Exclusive Line yang mempunyai gril berjalur serta bonet yang berbonjol.

    Di dalam, bahagian depan sama sahaja seperti model biasa, tetapi di belakang barulah perubahannya lebih besar. Penumpang bukan setakat mendapat ruang yang lebih luas, tetapi juga tempat duduk yang lebih selesa dengan terdapat seperti bantal pada penyandar kepala. Suspensi serta kedapan udara untuk model ini juga ditambah baik untuk memberikan lebih keselesaan.

    Berdasarkan laporan daripada Autohome, C-Class L akan ditawarkan kepada pelanggan di China dengan enjin petrol empat silinder 1.5 liter yang boleh dipilih untuk dipadankan bersama sistem hibrid ringkas 48 volt ataupun tidak, serta enjin empat silinder 2.0 liter. Transmisi automatik 9G-Tronic dengan pacuan dua roda hadapan adalah standard, sementara pacuan semua roda 4Matic pula disediakan sebagai pilihan tambahan.

     
     
  • Toyota sifatkan peralihan ke kereta elektrik akan jadi punca masalah lain; ia masih dijana dari sumber fosil

    Toyota sifatkan peralihan ke kereta elektrik akan jadi punca masalah lain; ia masih dijana dari sumber fosil

    Ketika mendedahkan kereta elektrik penuh (EV) pertamanya di Auto Shanghai 2021 semalam iaitu model konsep Toyota BZ4X, gergasi automotif dari Jepun berkenaan turut mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan 15 model elektrik penuh sehingga menjelang 2025 nanti.

    Namun seperti yang dikatakan presidennya sebelum ini, menggantikan semua kereta berkuasa petrol dan diesel sedia ada kepada elektrik mungkin akan menimbulkan masalah lain. Kali ini perkara yang sama disuarakan pula ketua jualan dan pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley.

    Menurut Hanley dalam laporan Car Advice, neutral karbon tidak dapat akan dicapai dengan cara beralih sepenuhnya kepada kereta elektrik sepenuhnya kerana satu pertiga pencemaran CO2 dalam dunia buat masa sekarang adalah disebabkan penjanaan kuasa elektrik. “Malah menjelang 2040, lebih dari separuh tenaga elektrik dalam dunia dijangka akan dijana dari bahan api fossil,” ujarnya lagi.

    Tambah Hanley, “oleh itu, jika semua kereta menjadi (kenderaan elektrik sepenuhnya), permintaan untuk kuasa elektrik akan meningkat dan neutral karbon mungkin jauh untuk dicapai.”

    Toyota sifatkan peralihan ke kereta elektrik akan jadi punca masalah lain; ia masih dijana dari sumber fosil

    Toyota sebelum ini pernah menyeru agar industri automotif mengimplementasikan “penilaian kitaran hidup”, yang turut mengambil kira aspek bermula dari melombong bahan bagi membuat bateri, proses memasang kenderaan, penghantaran jalan laut, penghantaran jalan darat hingga ke bilik pameran.

    “Ini memerlukan kami untuk mengurangkan penghasilan Co2 sehingga sifar merentasi produksi, pengagihan, penggunaan, kitar semula dan pelupusan kenderaan. Apa yang kita perlu adalah perspektif yang lebih besar,” kata Hanley lagi.

    Hanley meyimpulkan bahawa pada akhirnya pemacu utama terhadap elektrifikasi kenderaan adalah konsumer sendiri. Beliau menyatakan bahawa rakyat Australia memerlukan kenderaan yang boleh digunakan dalam pelbagai perkara, dari kawasan pendalaman dan bandar sehingga pemanduan off-road.

    Toyota sifatkan peralihan ke kereta elektrik akan jadi punca masalah lain; ia masih dijana dari sumber fosil

    “Kenderaan kami mesti perlu memenuhi keperluan ini. Tiada sebab kita perlu bawa kereta ke pasaran yang ia tidak mampu untuk membuat apa yang dimahukan oleh konsumer. Ini bukan bermaksud kenderaan perlu kurang kemampuan, (tetapi) ia perlu direka dan dibangunkan untuk melakukan apa yang rakyat Australia mahukan,” kata Hanley lagi.

    Manakala jurucakap Toyota Australia, Emily Hasselhoff pula berkata dengan menjual lebih kereta elektrik ia mungkin akan membawa kepada “kesan sebaliknya” kepada pengurangan pencemaran, “kecuali jika semua orang ada panel solar di rumah masing-masing.”

    Menurut Toyota, untuk dekad seterusnya mereka akan mempelbagaikan lagi pilihan teknologi selain dari kenderaan petrol dan diesel, dengan memperkenalkan lebih model hibrid, plug-in hybrid, elektrik penuh dan juga model hidrogen.

     
     
  • Volocopter, Geely pamerkan teksi udara elektrik 2X di Auto Shanghai – servis UAM bakal bermula di China

    Volocopter, Geely pamerkan teksi udara elektrik 2X di Auto Shanghai – servis UAM bakal bermula di China

    Kita mungkin tergelak bila membicarakan hal ‘kereta terbang’. Namun pada peringkat global, mobiliti udara ini sebenarnya memang sedang serius dibangunkan, berdasarkan perkembangan terkini sektor mobiliti udara urban (UAM).

    Volocopter merupakan syarikat yang menghasilkan teksi udara dari Jerman, namun ia kini menerima dana pelaburan dari pembuat automotif China, Geely. Dan sebab itu model terkini mereka iaitu teksi udara Volocopter X2 kini sedang dipamerkan di reruai Geely pada acara Auto Shanghai 2021 yang sedang berlangsung.

    Syarikat berkenaan mendedahkan kerjasama mereka bersama Geely dan mensasarkan untuk memperkenalkan mobiliti udara ke pasaran China. Jadi mereka tidak membawa model skala, sebaliknya unit sebenar Velocopter 2X di bawa terus ke dewan pameran tersebut bagi mendedahkan kaedah pengangkutan baharu itu kepada orang ramai.

    UAM merupakan sektor baharu yang sedang meningkat naik dalam industri penerbangan dan ia fokus terhadap perjalanan udara dalam dan sekitar bandar. Volocopter mendakwa mereka merupakan perintis dalam teknologi teksi udara elektrik yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL), dan sedang membangunkan ekosistem yang diperlukan bagi menawarkan servis taxi udara elektrik antara bandar.

    Volocopter, Geely pamerkan teksi udara elektrik 2X di Auto Shanghai – servis UAM bakal bermula di China

    Bersama dengan Geely Technology Group, Volocopter kini sudah pun memulakan proses bagi memperkenalkan servis ini di China serta mewujudkan model yang boleh diskalakan untuk produksi dan operasi.

    Sejak pengumuman pelaburan strategik Geely dalam Volocopter pada 2019, syarikat berkenaan telah menggabungkan kepakaran mereka dalam mobiliti bagi mengenalpasti di mana servis teksi udara elektrik ini paling bagus untuk diperkenalkan di China.

    “Geely yang meneraju pasaran di China serta pendekatan pemikiran ke hadapan bagi memperluaskan pilihan mobiliti menjadikan mereka pelabur strategik yang baik. Mereka merupakan rakan yang tidak ternilai untuk membawa mobiliti udara urban ke China – salah satu pasaran yang paling berpotensi bagi industri UAM secara global,” kata CEO Volocopter Florian Reuter.

    Volocopter dan Geely Technology Group telah bersetuju untuk bekerjasama bagi menjadikan servis UAM satu realiti di China serta sudahpun memohon lesen perniagaan. “Volocopter merupakan perintis dan peneraju solusi eVTOL untuk servis teksi udara yang selamat, mampan, dan praktikal. Bersama, kami akan memperolehi teknologi dan kapasiti produksi untuk melancarkan ekosistem mobiliti udara urban dalam bandar-bandar di China,” kata Charlie Jing, CEO Aerofugia, iaitu anak syarikat Geely Technology Group.

    Volocopter, Geely pamerkan teksi udara elektrik 2X di Auto Shanghai – servis UAM bakal bermula di China

    Volocopter 2X disifatkan sebagai dikenali kerana keselamatannya serta menampilkan “pencemaran bunyi yang sangat rendah.” Pesawat berkenaan mempunyai sembilan bateri yang boleh ditukar ganti bagi menggerakkan 18 rotor. Rekaan ini membolehkan sistem tersebut beroperasi dengan selamat – jika berberapa rotor tidak berfungsi, ia masih boleh mendarat dengan selamat.

    Juga, dengan bilah rotor yang kecil menjadikan ia ciri signifikant bagi menghasilkan bunyi Volocopter yang rendah seakan lebah. Menurut syarikat berkenaan, bunyi yang dihasilkan oleh Volocopter 2X ini tidak akan kedengaran pada tahap kebisingan jalan biasa sekiranya ia terbang pada ketinggian 100 meter.

    Pada 2019, Volocopter 2X telah berjaya terbang di Marina Bay, Singapura dan menunjukkan bahawa integrasi teksi udara elektrik ini dalam pengurusan trafik udara (ATM) dan pengurusan trafik tanpa manusia (UTM) adalah tidak mustahil. Model dua tempat duduk berkenaan telah terbang dalam berberapa ujian kempen dan telah ditetapkan sebagai kenderaan yang akan beroperasi di China.

    Untuk khidmat masa hadapan, Volocopter akan menggunakan pesawat generasi kelima mereka iaitu VoloCity, yang kini sedang dalam proses mendapatkan kelulusan dari Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah. Ia akan meningkatkan kelajuan kepada 110 km/j dan tempoh penerbangan lebih lama iaitu 35 minit, selepas mengambil kira simpanan kuasa bateri dan angin depan.

     
     
  • Rentas negeri dengan kebenaran hanya boleh dari Isnin hingga Khamis sahaja, syarat lebih ketat – Polis

    Rentas negeri dengan kebenaran hanya boleh dari Isnin hingga Khamis sahaja, syarat lebih ketat – Polis

    Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun mengesahkan bahawa selepas ini orang ramai yang memohon untuk pergerakan merentas negeri hanya dibenarkan berbuat demikian pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Perkara ini disebutkan sendiri Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani kepada Astro Awani.

    Menurut beliau, ini adalah sebahagian langkah mengetatkan pergerakan rentas negeri berikutan peningkatan kes baharu Covid-19 di negara ini, dan sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu untuk merentas negeri juga telah dihadkan.

    “Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

    “Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan.

    ” (Bagaimanapun) ini tidak termasuk bagi urusan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

    Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau apa-apa majlis atau jamuan adalah dilarang. Perkara ini akan berkuat kuasa sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas, tambah beliau.

     
     
  • Maserati Levante Hybrid diperkenalkan – 2.0L turbo 4-silinder dengan teknologi eBooster; 330 PS/450 Nm

    Maserati Levante Hybrid diperkenalkan – 2.0L turbo 4-silinder dengan teknologi eBooster; 330 PS/450 Nm

    Susulan pengenalan Maserati Ghibli Hybrid pada Julai tahun lalu, pengeluar kereta Itali ini masih terus memperkenalkan model elektrifikasi dengan model terkini, Levante Hybrid baharu. Ini merupakan SUV elektrifikasi pertama dari Maserati dan ia telah diperkenalkan dalam acara Auto Shanghai yang sedang berlangsung secara digital yang dipancarkan ke seluruh dunia.

    Penjana kuasa hibrid yang digunakan juga mirip dengan yang ditampilkan pada Ghibli Hybrid, iaitu 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder petrol dan alternator berkuasa 48 voltan. Ia juga diberikan eBooster electric supercharger untuk mengisi jurang tork sebelum turbo membuat kerjanya, atau memulihkan tenaga semasa brek atau pendikitan dilambatkan.

    Ia turut digandingkan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan sumber-ZF, sama seperti Ghibli Hybrid, walau bagaimana pun yang membezakannya ialah Levante Hybrid merupakan pacuan semua-roda.

    Bagi output, penjana kuasanya mampu memberikan 330 PS (325 hp) pada 5,750 rpm dan tork 450 rpm pada 2,250 rpm, membolehkan ia dipecut dari sifar hingga 100 km/j dalam enam saat dan kelajuan maksimum mampu mencecah lebih 240 km/j. Walau bagaimana pun Ghibli Hybrid menawarkan prestasi yang lebih bagus – 0-100 km/j dalam 5.7 saat dan kelajuan maksimum 255 km/j – tetapi SUV ini lebih berat – 2,090 kg berbanding 1,878 kg.

    Berbanding dengan barisan Levante yang lain, varian hibrid adalah lebih berkuasa tetapi kurang tork berbanding varian diesel dengan pek 275 PS (271 hp) dan tork 600 Nm dari enjin 3.0 liter turbodiesel V6. Di kalangan penjana petrol dalam barisannya, Levante Hybrid adalah yang paling kurang berkuasa, dengan enjin 3.0 liter turbo-berkembar V6 untuk varian asas (350 PS/500 Nm) dan Levante S (430 PS atau 424 hp/580 Nm), dengan kedua-duanya menawarkan output yang tinggi.

    Kalau ikutkan model lain dalam barisannya, enjin 3.8 liter turbo-berkembar V8 yang digunakan pada Levante GTS (558 PS atau 550 hp dan 730 Nm) dan Levante Trofeo (598 PS atau 590 hp dan 730 Nm) turut menyalurkan prestasi yang lebih menggiurkan. Walau bagaimana pun pastinya versi hibrid menang dalam sudut penjimatan.

    Versi yang dilancarkan ini menampilkan kemasan warna metallic tri-coat baharu yang dipanggil Azzurro Astro, yang ditawarkan menerusi program penyesuaian Maserati Fuoriserie. Ciri lain untuk Levante Hybrid termasuklah serlahan biru pada sisi corong udara, kaliper brek dan logo pada tiang-C. Ciri ini lebih kurang sama dengan Ghibli Hybrid dan model hibrid Maserati yang lain.

    Di dalamnya, Levante Hybrid tidak menawarkan banyak perubahan berbanding varian biasa, cuma ciri unik yang ditampilkan ialah jahitan biru. Selain itu, model baharu ini juga menerima sistem telemetri Maserati Connect terkini, di mana pemiliknya boleh memeriksa status kereta mereka menerusi telefon bimbit atau jam pintar, dengan sokongan Amazon Alexa dan Google Assistant.

     
     
  • Geely Xingyue L flagship diperkenalkan di China — 2.0T, autonomous Tahap 2 dan 5G untuk parkir sendiri!

    Geely Xingyue L flagship diperkenalkan di China — 2.0T, autonomous Tahap 2 dan 5G untuk parkir sendiri!

    Geely Auto telah perkenalkan SUV premium flagship Xingyue L secara rasmi di Auto Shanghai 2021. Seperti dilaporkan sebelum ini, ia menggunakan asas Compact Modular Architecture Geely Volvo, dan SUV lima-tempat duduk ini menjadi taruhan SUV paling tinggi buat pengeluarnya.

    Menjadi nadi model ini ialah enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder yang dibangunkan bersama Volvo. Dua talaan disediakan; satu dengan output 238 PS dan 380 Nm tork dan digandingkan dnegan transmisi automatik lapan-kelajuan Aisin. Ia juga lengkap dengan sistem pacuan empat-roda generasi keenam dari BorgWarner, dengan agihan tork 50:50. Ada lima mod pemanduan disediakan — Eco, Normal, Sport, Snow dan Offroad. 0-100 km/j dicapai dalam masa 7.7 saat.

    Satu lagi ialah versi yang menghasilkan 218 PS dan 325 Nm. Ini dipadankan dengan transmisi klac basah berkembar tujuh-kelajuan yang dibangunkan sendiri dengan kuasa disalurkan ke roda depan. 0-100 km/j versi ini boleh dicapai dalam masa 7.9 saat.

    Geely Xingyue L flagship diperkenalkan di China — 2.0T, autonomous Tahap 2 dan 5G untuk parkir sendiri!

    Dari sudut reka bentuk, Xingyue L mempertemukan pendekataan rekaan Timur dan Barat — dan melakukannya dengan agak baik, seperti apa yang dapat kita lihat kini. Garis-garis yang digunakan jelas dan bersih, dengan pandangan utama diraih oleh gril luasnya, lampu utama yang tirus dengan 126 LED berasingan yang boleh dikawal, kemasan krom seadanya serta lampu belakang LED dot-matrix yang mengandungi 176 modul LED.

    Di dalam, antara yang menarik perhatian ialah skrin infotainmen yang kelihatan mengalir, bersama kluster instrumen digital yang mengisi sebahagian besar kelebaran papan pemuka. Selain itu, ia dirangkai bersama sistem bunyi Bose dengan 10-pembesar suara dan pendekatan kedap bunyi dua lapisan.

    Rang dengan dua tona warna adalah standard, menggabungkan elemen hitam dengan warna gangsa klasik kehijauan. Material suede kustom juga digunakan di beberapa bahagian kabin, lengkap dengan sulaman ilham dari simpulan klasik China. Sistem pencahayaan kabin dengan 72 warna LED juga standard, dan boleh diubah mengikut mood dan suasana.

    Geely Xingyue L flagship diperkenalkan di China — 2.0T, autonomous Tahap 2 dan 5G untuk parkir sendiri!

    Apa yang lebih menarik ialah kelengkapan keselamatannya. Menurut Geely, model ini boleh melangkaui pemanduan autonomous Tahap 2 dengan adanya sistem valet tanpa kendalian manusia. Ini dicapai dengan sistem yang memanfaatkan teknologi 5G yang membolehkan SUV ini pusing sendiri dalam kawasan berkeluasan 200 meter.

    Melalui gabungan input dari 12 radar ultrasonic, radar gelombang 5 mm, empat kamera sekeliling berdefinisi tinggi, satu kamera monukular, satu dashcam, satu kamera dalaman dan dua dozen sensor persekitaran, driver boleh keluar dari kenderaan dan mengawal SUV ini untuk mencari ruang dan masuk parkir sendiri. Hal sebaliknya juga boleh dilakukan — pemandu boleh “memanggil” SUV ini untuk datang dan menjemput, selagi jaraknya tidak lebih dari 200 meter.

    Lain-lain kelengkapan termasuk kemaskini perisian cara langsung, yang membolehkan semua fungsi maju seperti sistem bantuan pemandu, infotainmen, kuasa, casis, pemanduan autonomous, sambungan dan banyak lagi dinaiktaraf dari semasa ke semasa.

     
     
  • Audi A6 e-tron Concept didedah – EV yang dibina atas platform PPE baru, jarak gerak hingga 700 km

    Audi A6 e-tron Concept didedah – EV yang dibina atas platform PPE baru, jarak gerak hingga 700 km

    Model baru kedua yang ditunjukkan oleh Audi di Auto Shanghai 2021 adalah A6 e-tron Concept ini, tidak berapa lama selepas Q4 e-tron dan Q4 Sportback e-tron didedah. Ia diberitahu menggunakan platform Premium Electric (PPE) baru yang dibangunkan bersama oleh Audi dan Porsche, dan ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis kenderaan.

    Pada aspek rekaan, model empat pintu ini nampak menarik dengan lampu LED yang nipis serta gril Singleframe yang tertutup. Pada bucu bampar pula terdapat bukaan udara yang dilihat agak besar. Lebih unik adalah di bahagian belakang, kerana lampunya tidak menggunakan jalur melintang, sebaliknya bintik-bintik seakan bersepah dan berterusan sehingga ke tengah sebelum bertemu dengan logo Audi yang juga menyala.

    Setakat ini Audi masih belum mendedahkan sepenuhnya keadaan di dalam, tapi mereka sekadar menyediakan lukisan bentuk asasnya. Melaluinya, kita boleh melihat kelengkapan seperti roda stereng empat cabang, kokpit virtual digital sepenuhnya dan skrin infotainmen sesentuh yang besar di tengah.

    Perincian teknikal juga masih belum ada. apa yang diberitahu, ia menggunakan pek bateri 100 kWh yang menawarkan jarak gerak sehingga 700 km mengikut kitaran WLTP, dalam satu cas penuh. Turut digunakan adalah tetapan elektrikal 800 volt yang pada kapasiti penuh, boleh dicas selama 10 minit menggunakan pengecas DC Ultra Fast dan memberikan jarak gerak 300 km.

    Kita juga boleh menjangka akan terdapat versi lebih tinggi bagi A6 e-tron ini yang menggunakan dua motor elektrik dan sistem pacuan semua roda, dengan prestasi yang pastinya juga mengujakan. Memandangkan kereta ini mempunyai panjang 4.96 meter, bahagian dalam sepatutnya memberikan ruang yang luas dan selesa.

     
     
  • Mitsubishi Airtrek 2022 bakal muncul sebagai sebuah SUV elektrik untuk pasaran China, lancar tahun ini

    Mitsubishi Airtrek 2022 bakal muncul sebagai sebuah SUV elektrik untuk pasaran China, lancar tahun ini

    Setelah beberapa tahun nama Airtrek hilang dalam pasaran dan diganti dengan Outlander, kini nama itu muncul kembali pada sebuah model yang ditunjukkan oleh Mitsubishi sebagai satu teaser di Auto Shanghai. Ia dikatakan sebagai sebuah SUV elektrik dan bakal dijual di negara itu hujung tahun ini.

    Bakal dibuat oleh GAC, Airtrek baru ini dipanggil sebagai “SUV e-cruising”, yang berasaskan tiga perkataan utama iaitu elektrik, berkembang dan penuh ekspresi. Mitsubishi berkata, kereta ini mampu memberikan “imej sofistikated yang canggih”, sesuai untuk sebuah kereta elektrik, sambil menerapkan identiti rekaan jenama itu secara konsisten.

    Rupa Dynamic Shield yang banyak digunakan oleh Mitsubishi sekarang ternyata ada pada Airtrek baru, dengan jalur krom membahagikan DRL yang berada di atas dengan lampu berbentuk L di bawah. Rekaan hampir sama pernah dilihat pada Mi-Tech Concept tahun 2019 dan bahagian belakang juga menggunakan konsep lampu L yang sama.

    Mitsubishi Airtrek 2022 bakal muncul sebagai sebuah SUV elektrik untuk pasaran China, lancar tahun ini

    “Kami telah membangunkan Airtrek sebagai sebuah SUV yang membenarkan pelanggan menikmati pengembaraan tanpa had,” kata pegawai eksekutif jualan dan pemasaran global Mitsubishi, John Signoriello. “Direka khas untuk pasaran China, Airtrek baru ini akan dilancarkan hujung tahun ini sebagai model keempat untuk barisan model Mitsubishi Motors di China,” tambah beliau.

    Memandangkan Mitsubishi mempunyai perikatan dengan Renault dan Nissan, kita boleh menjangka ia menggunakan asas yang sama dengan salah satu model elektrik daripada jenama itu. Calon paling dekat mungkin adalah Nissan Ariya, iaitu sebuah SUV yang menggunakan platform modular CMF-EV yang ditawarkan dengan pacuan sama ada depan sahaja atau e-4ORCE semua roda. Dengan cas penuh, ia boleh bergerak sehingga 610 km dan memberi kuasa sehingga 388 hp.

     
     
  • Honda Breeze PHEV 2021 muncul di Auto Shanghai

    Honda Breeze PHEV 2021 muncul di Auto Shanghai

    Pada 2019, GAC Honda iaitu syarikat kerjasama antara GAC Group dan Honda Motor Company telahpun mendedah Honda Breeze, SUV berasaskan Honda CR-V yang diberikan muka berlainan khas untuk pasaran China. Menerusi Auto Shanghai 2021 yang sedang berlangsung, Breeze kini diperkenalkan dalam versi plug-in hybrid (PHEV).

    Ini merupakan model PHEV pertama yang ditawarkan oleh GAC Honda, dan ia dihasilkan selepas CR-V juga ditawarkan dalam versi rangkaian kuasa berkenaan pada September tahun lalu. Honda Breeze PHEV ini bakal dijual secara rasmi di China bermula separa kedua 2021.

    Breeze PHEV ini menampilkan rupa yang hampir serupa dengan versi petrol dan hibrid biasa. Perincian yang membezakannya dari varian rangkaian kuasa lain adalah port pengecaj yang berada pada sebelah belakang kanan SUV ini, bersama kemasan kebiru-biruan pada logo Honda yang dilekatkan.

    Walau bagaimanapun, GAC Honda masih belum mendedahkan sebarang spesifikasi teknikal untuk Breeze PHEV ini. Namun syarikat berkenaan ada menyatakan bahawa ia masih menggunakan sistem Sport Hybrid i-MMD dengan tambahan fungsi pengecaj. Jadi, kemungkinan besar Breeze PHEV ini akan menggunakan sistem Sport Hybrid e+ yang sama seperti pada CR-V PHEV.

    Sistem tersebut terdiri dari sebuah motor elektrik berkuasa 184 PS dan tork maksima 315 Nm, digandingkan dengan enjin petrol 2.0 liter kitaran Atkinson empat-silinder berkuasa 145 PS dan tork maksima 175 Nm, bersama transmisi CVT bagi mengalirkan terus kuasa dari enjin ke roda pada kelajuan lebih tinggi.

    CR-V PHEV juga diberikan bateri lithium-ion 17 kWj yang membolehkan ia bergerak dengan hanya kuasa elektrik sejauh 85 km, serta penggunaan bahan api serendah 1.3 liter untuk setiap 100 km. Selain dari PHEV ini, Honda turut membawa satu lagi model dengan teknologi elektrifikasi ke Auto Shanghai 2021 iaitu Honda SUV e:prototype.

     
     
  • BMW M3 G80 dan M4 G82 dapat sistem M xDrive AWD – 510 PS dan 650 Nm; 0-100 km/j dalam hanya 3.5 saat

    BMW M3 G80 dan M4 G82 dapat sistem M xDrive AWD – 510 PS dan 650 Nm; 0-100 km/j dalam hanya 3.5 saat

    Susulan pengenalan BMW M3 G80 dan M4 G82 pada September lalu, pengeluar kereta Jerman ini telah memperkenalkan pula varian pacuan semua-roda untuk model prestasinya, yang pertama kali menerima sistem berkenaan. Disasarkan untuk memulakan jualan pada Julai ini, kedua-dua model berkenaan hanya didatangkan dengan spesifikasi Competition dengan kotak gear automatik.

    Di bawah bonetnya, ia dipadankan dengan unit S58 3.0 liter pengecas turbo enam-silinder sebaris dengan hamburan kuasa 510 PS (503 hp) pada 6,250 rpm dan tork 650 Nm dari 2,750 hingga 5,500 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik M Steptronic lapan-kelajuan dan sistem M xDrive, dan varian baharu ini hanya mengambil masa sekitar 3.5 saat untuk mencapai pecutan dari sifar ke 100 km/j, di mana ia 0.4 saat lebih pantas berbanding varian pacuan roda-belakang. Kelajuan maksimum kekal pada 250 km/j, atau 290 km/j dengan pilihan pakej M Driver.

    Sistem M xDrive menampilkan klac pelbagai-plat kawalan elektronik yang akan menyalurkan pengedaran tork antara kedua-dua gandar, dan ia memberikan kecekapan yang lebih padu untuk bahagian hadapan.

    Varian pacuan semua-roda ini lebih unik dengan driveshaft dan output shaft, termasuh pindahan kuasa yang memiliki unit kawalan dan disepadukan dengan pengehad wheel slip. Ia membolehkan sistem ini untuk mengimbangi perbezaan kelajuan putaran antara roda hadapan dan belakang dengan lebih cepat tanpa perlu melibatkan pengurusan Pusat Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC).

    Menyertai sistem M xDrive ini ialah Active M Differential, yang bertindak mengedarkan larasan sepenuhnya bagi tork antara roda belakang, dan keseluruhan larasan tersebut disambung ke sistem DSC kereta ini.

    Sama seperti model semasa M5 F9, pemandu juga bole melaras sistem pacuan semua-roda mengikut keperluan mereka, dengan tiga mod diberikan. Laeasan 4WD adalah untuk cengkaman maksimum, sementara ia turut mengekalkan pemisah kuasa untuk roda belakang pada setiap masa.

    Jika memilih 4WD Sport, ia akan melaras roda belakang untuk situasi pemanduan dinamik termasuk untuk drift terkawal. Jika anda lebih berani, boleh matikan sistem DSC sepenuhnya dan memilih mod 2WD, jadi hanya roda belakang yang akan memacu. Pilihan M Traction Control juga diberikan, jadi cengkaman lebih lancar dengan 10 fasa kawalan untuk larasan ini, sama seperti model pacuan roda-belakang.

    Mod ini juga adalah sebahagian daripada dua konfigurasi M1 dan M2, bersama dengan larasan untuk karateristik enjin, respon bagi peredam, karakteristik stereng, sistem brek dan lain-lain parameter.

    Lain-lain ciri unik yang ditampilkan untuk varian ini termasuklah gandar hadapan dengan dua sambungan topang gegelung, geometri gandar hadapan dan nisbah talaan stereng. Model pacuan semua-roda ini juga menerima sistem bekalan minyak enjin bespoke untuk mengendalikan prestasi dinamik yang lebih ekstreme.

    Larasan roda ditawarkan secara standard dengan aloi ringan M berukuran 19-inci yang hadpaan (dengan tayar 275/35) dan 20-inci di belakang (dengan tayar 285/30). Tayar khas untuk trek juga sama dimensi, turut ditawarkan secara pilihan.

    Dengan pengenalan M3 dan M4 yang dilengkapi M xDrive ini, barisan kedua-dua model berkenaan kini mencecah enam varian. Pilihan lain termasuklah model asas dengan transmisi manual enam-kelajuan dan 480 PS (437 hp) dan 550 Nm, bersama model pacuan roda-belakang dengan unit S58 yang lebih berkuasa dan kotak gear automatik (seperti yang kita dapat untuk pasaran tempatan). Versi convertible pula bakal melengkapkan lagi barisan model ini dalam tahun ini juga.

     
     
  • Honda SUV e:prototype didedah di Auto Shanghai – petunjuk model EV akan dilancar di China pada 2022

    Honda SUV e:prototype didedah di Auto Shanghai – petunjuk model EV akan dilancar di China pada 2022

    Pameran Auto Shanghai 2021 sedang berlangsung di China, dan Honda telah menggunakannya untuk memperkenalkan sebauh SUV baru, e:prototype, yang memberi petunjuk awal kepada sebuah model elektrik penuh yang akan dijual di negara itu pada tahun 2022. Menurut Honda, dalam masa lima tahun, mereka akan memperkenalkan 10 model EV di China dan ini adalah yang pertama.

    Sekali imbas, SUV ini nampak seperti evolusi daripada model SUV e:concept yang didedahkan pada tahun 2020 waktu Beijing Motor Show, tetapi ia kini kelihatan seperti sudah lebih bersedia untuk memasuki fasa produksi.

    Lampu memainkan peranan penting dalam penampilan sesebuah kenderaan, dan pada model ini, anda boleh melihat jalur LED nipis di bahagian hadapan hampir bersambung di tengah dan logo di bawahnya juga menyala. Di sebalik logo itu adalah panel yang boleh dibuka untuk tempat mengecas.

    Cermin sisi jenis nipis serta pembuka pintu jenis tenggelam mungkin tidak akan dibawa kepada model produksi, tetapi bagi pintu belakang, ia menggunakan pembuka yang berada di hujung cermin, seperti HR-V baru. Malah, kalau kita lihat secara keseluruhan juga SUV konsep ini mempunyai banyak aura seperti HR-V 2022.

    Perincian penggerak SUV ini masih belum diberitahu, tetapi Honda ada menyatakan ia akan mendapat sistem Honda Connect generasi ketiga, yang juga akan diperkenalkan kepada model Honda lain secara berperingkat bermula pertengahan tahun ini. Sistem kuasa AI ini boleh menyediakan pelbagai servis sambungan termasuk kepada kelengkapan pintar di rumah, beli-belah atas talian serta kunci pintar menggunakan telefon bimbit.

     
     
  • Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Mercedes-Benz secara rasminya telah memperkenalkan SUV elektrik sepenuhnya EQB. Model berkenaan menyertai model EQA dalam barisan EV kompak terbaru jenama itu, bersama juga EQC, MPV elektrik EQV dan model flagship EQS yang membuat penampilan hujung minggu lepas.

    Dilancarkan di China sebagai varian paling lengkap EQB 350 4Matic AMG Line dengan pacuan semua roda, EQB menyediakan output 288 hp, dengan kuasa dibekalkan oleh bateri berkapasiti 66.5 kWh untuk model pasaran Eropah, serta pilihan terhadap beberapa model lain dengan versi pacuan depan dan semua roda. Ini memberikan jarak perjalanan 419 km menurut kitaran ujial WLTP.

    Kecepanan EQB dibantu dengan bacaan drag coefficient 0.28, disumbangkan antaranya oleh pendekatan aerodinamik seperti sistem penyejukan tertutup sepenuhnya, bahagian apron bampar depan dan belakang, bahagian bawah badan yang tertutup hampir keseluruhannya, rekaan rim aero serta rekaan spoiler depan dan belakang.

    Model EQB elektrik sepenuhnya ini mempunyai dimensi ukuran 4,684 mm panjang, 1,834 mm lebar dan 1,667 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,829 mm; ini 50 mm lebih panjang dan 5 mm lebih tinggi berbanding GLB tujuh-tempat duduk, sementara lebar dan jarak antaranya sama.

    Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Ruang dalaman bagi kenderaan lima-tempat duduk ini melibatkan 1,035 mm ruang kepala di barisan pertama dan 979 mm di barisan kedua dengan 87 mm ruang kaki untuk barisan kedua yang sama. Kapasiti ruang barangan ialah 495 liter hingga 1,710 liter bagi versi lima-tempat duduk, sementara 465 liter hingga 1,620 liter bagi versi tujuh-tempat duduk. Tempat duduk barisan kedua juga boleh dilaraskan 140 mm lagi, memberikan tambahan 190 liter untuk ruang barang.

    Kerusi barisan ketiga EQB — standard untuk pasaran China — menyediakan dua tempat duduk selesa untuk penumpang dengan tinggi maksimum 165 mm. Lima kerusi keselamatan kanak-kanak boleh dipasangkan dalam kabin SUV ini, termasuk satu di kerusi penumpang depan.

    Kadar pengecasannya sehingga 11 kW AC disediakan menggunakan outlet elektrik di rumah ataupun WallBox Mercedes-Benz, yang menjadikan tempoh mengecas lebih pendek. Jika ingin pengecas lebih pantas, stesen pengecas DC dengan kadar sehingga 100 kW boleh digunakan, membolehkan tenaga bateri naik dari 10% ke 80% dalam masa 30 minit. EQB bagi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat menggunakan penyambung CCS pada panel sebelah kanan, sementara di China penyambung spesifik untuk pasaran itu di sebelah kiri.

    Kecekapannya dibantu oleh Eco Assist, yang membantu process pemulihan kuasa dengan menggabungkan data navigasi, pengesanan tanda trafik dan maklimat daripada sensor untuk menjangka keadaan jalan. Ada juga navigasi dengan Electric Intelligence sebagai standard, yang akan mengira laluan terpantas ke destinasi diingini, termasuk dengan maklumat sekiranya memerlukan hentian pengecasan.

    Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Sistem berkenaan akan sentiasa mensimulasikan baki jarak kenderaan dan memaklumkan lebih awal sekiranya kenderaan perlu dicas ataupun faktor-faktor lain yang terlibat seperti keadaan permukaan jalan dan cuaca, serta keadaan trafik dan gaya pemanduan juga. Navigasi dengan sistem Electric Intelligence juga memastikan bateri berada dalam suhu optimal untuk dicas sebelum kenderaan tiba di hentian pengecas yang dirancang.

    Kelengkapan keselamatan pada EQB bantuan mengekalkan lorong dan bantuan brek sebagai standard, ciri brek ini juga membantu ciri brek kecemasan autonomous yang boleh berhenti dan mengesan kenderaan lain yang tidak bergerak serta dalam kelajuan bandar, mampu juga mengesan pejalan kaki yang sedang melintas.

    Pakej Bantuan Pemanduan pula turut menyertakan fungsi kilasan selekoh, koridor kecemasan, amaran keluar yang akan memaklumkan kenderaan lain atau pengayuh basikal serta pengesan pejalan kaki di lintasan zebra.

    Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Untuk keselamatan, bateri pacuan bagi EQB ini terletak di dalam kerangka badan kenderaan sebagai sebahagian strukturnya juga. Bateri di seksyen depan EQB pula dilindungi daripada objek asing yang mungkin menembusinya.

    Mercedes-Benz EQB akan dikeluarkan dari dua kilang berbeza; kemudahan di Kecskemét di Hungary akan mengeluarkan SUV elektrik untuk pasaran global, manakala kilang usahasama dengan BBAC di Beijing akan mengeluarkan EQB untuk pasaran tempatan China.

    Bateri untuk kenderaan ini dibekalkan oleh anak syarikat Mercedes, Accumotive di Kamenz, Jerman serta kilang bateri di Jawor, Poland. EQB akan dijual di China tahun ini, sementara pasaran antarabangsa bermula hujung 2021.

     
     
  • Toyota bZ4X Concept – SUV elektrik bersaiz seperti RAV4, dibangunkan bersama Subaru, lancar 2022

    Toyota bZ4X Concept – SUV elektrik bersaiz seperti RAV4, dibangunkan bersama Subaru, lancar 2022

    Walaupun sedikit lambat memasuki pasaran kenderaan elektrik bateri, Toyota mempunyai perancangan untuk menyerang, dengan pengeluaran 15 model EV menjelang tahun 2025. Tujuh daripadanya akan terdiri daripada barisan model utama bZ, dan ini adalah yang pertama, iaitu bZ4X.

    Meskipun masih dalam fasa konsep, model sebenar bZ4X ini dibawa dan dipertonton di Auto Shanghai dengan menampakkan saiz SUV segmen C seperti RAV4. Ia dibangunkan dengan kerjasama Subaru, menggunakan platform modular e-TNGA dan jualan model produksi diberitahu bakal bermula agak awal, iaitu pertengahan tahun 2022.

    Rekaan bZ4X ini ternyata unik dengan pelbagai garis tajam dan lekuk, tetapi di bahagian dalamnya ada sesuatu yang lebih istimewa. Ia menggunakan stereng jenis yoke (tidak mempunyai sambungan di atas), disambung dengan sistem steer-by-wire dan dikatakan adalah yang pertama bagi kereta produksi (Tesla Model S juga menggunakan bentuk stereng seperti ini, tapi sistemnya mungkin adalah mekanikal).

    Melalui sistem stereng ini, Toyota memberitahu, pemandu tidak perlu menggerakkan tangan mereka di sekeliling roda stereng apabila mengambil selekoh, dan ia dapat membuang gangguan rasa akibat jalan yang tidak rata dan waktu membrek. Di belakang stereng ini terdapat panel instrumen yang diletakkan atas papan pemuka sementara di tengah terdapat skrin sesentuh untuk sistem infotainmen yang bersambung terus ke konsol tengah.

    Platform baru yang digunakan pada bZ4X ini membolehkan ia mempunyai jarak roda yang panjang, dan katanya boleh menyaingi ruang kaki kenderaan segmen D. Ia juga akan ditawarkan dengan sistem pacuan empat roda menggunakan motor elektrik di depan dan belakang, yang dikatakan oleh Toyota sebagai satu kelebihan hasil kerjasama dengan Subaru dan mampu memberikan “kemampuan offroad sebenar”.

    Setakat ini tiada perincian berkenaan mekanikal, prestasi atau barisan model yang akan ditawarkan tetapi Toyota kerap menyebut berkenaan kecekapan terbaik dalam kelasnya, barisan “sangat kompetitif” dan boleh dipercayai, serta prestasi bateri tahan lama termasuk dalam keadaan cuaca sejuk. Sistem pengecas solar pada kereta ini juga membantu menambah jarak geraknya.

     
     
  • MyBayar Saman akan ditambahbaik, lebih 814,622 pengguna berdaftar setakat 15 April 2021 – JSPT

    MyBayar Saman akan ditambahbaik, lebih 814,622  pengguna berdaftar setakat 15 April 2021 – JSPT

    Demi keberkesanan pembayaran saman secara dalam talian, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menambah baik portal dan aplikasi MyBayar Saman.

    Menurut Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, sehingga 15 April 2021, seramai 814,622 pengguna berdaftar direkodkan sejak aplikasi itu diperkenalkan pada 25 Mac lalu, laporan Bernama.

    “Kita dalam proses kemas kini sistem, antaranya dengan memperkenalkan kutipan seperti pendaftaran daripada syarikat, warga asing dan had bayaran yang dikenakan terhadap individu,” katanya.

    Tambah beliau, PDRM merekodkan kutipan kompaun lebih RM89 juta daripada 803,739 saman yang dilunaskan orang ramai menerusi aplikasi MyBayar Saman selepas tawaran diskaun sehingga 50% menerusi pendaftaran portal dan aplikasi mudah alih itu tamat pada 15 April lalu.

    MyBayar Saman dilancarkan sempena dengan sambutan Hari Polis ke-214 oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador. PDRM berkata, masa kini, orang ramai lebih cenderung untuk membuat transaksi dalam talian, justeru aplikasi/portal ini dilihat mampu memudahkan lagi untuk mereka menyelesaikan saman trafik masing-masing. Tahun lalu sahaja, sebanyak 46.7% saman trafik dibayar menerusi e-pembayaran, berbanding sekitar 18.5% pada 2019. Untuk rekod, sejumlah 5.37 juta saman dikeluarkan sepanjang tempoh 2016 hingga 2020.

     
     
  • Ora Punk Cat – klon Volkswagen Beetle klasik berkuasa elektrik sepenuhnya dari Great Wall Motors

    Ora Punk Cat – klon Volkswagen Beetle klasik berkuasa elektrik sepenuhnya dari Great Wall Motors

    Ora, subjenama dari pengeluar automotif China, Great Wall Motors (GWM) sebelum ini telah pun memperkenalkan kereta elektrik sepenuhnya (EV) kompak yang comel digelar Ora Good Cat. Dan terkini, jenama berkenaan akan muncul dengan satu lagi EV kompak yang dihasilkan dengan rekaan berkonsep retro dan radikal, diberi nama Ora Punk Cat.

    Set gambar yang disiarkan ini sebenarnya hanyalah sebagai teaser, dan pendedahan sepenuhnya model berkenaan akan dibuat di Auto Shanghai 2021 yang bakal berlangsung minggu ini. Sekali tengok, tak susah kita nak tahu dari mana asal usul rekaan Ora Punk Cat ini. Dengan bentuk yang begitu ikonik, ia adalah pasti ‘diinspirasi’ dari Volkswagen Beetle klasik.

    Selain dari bentuk badannya yang seakan kumbang, Punk Cat juga hadir dengan lampu hadapan bulat dengan kemasan krom sekeliling, lampu belakang oval, bampar hadapan dan belakang dalam kemasan krom serta warna badan tiga-tona menambah lagi ‘perisa’ Volkswagen Beetle asli.

    Anda mungkin rasa Punk Cat ini tak cukup Beetle kerana menampilkan badan empat pintu, berbeza dengan kereta ikonik asli Jerman berkenaan tampil dengan badan dua pintu. Tapi tahukah anda pada tahun 1949 Beetle sebenarnya pernah dihasilkan sebagai model cabriolet empat-pintu untuk kegunaan polis dan bomba di Jerman?

    Ora Punk Cat – klon Volkswagen Beetle klasik berkuasa elektrik sepenuhnya dari Great Wall Motors

    Tema yang sama turut dibawa pada kabin Ora Punk Cat ini. Ia menampilkan tema warna yang sama dengan sebelah luar, seakan Beetle klasik yang menampilkan warna badan dalam kabin kerana tidak dibalut dengan fabrik upholsteri. Tambah menarik, Punk Cat juga diberikan roda stereng yang nampak sama dengan bentuk roda stereng VW Beetle klasik!

    Selain dari itu, kabin Punk Cat ini juga diberikan liang udara pendingin hawa bulat bersama rekaan turbin, paparan instrumen berbentuk bulat seperti Beetle asli tetapi hadir dalam bentuk digital, serta skrin infotainmen bersaiz besar pada bahagian tengah.

    Tempat duduk Punk Cat ini mungkin diberikan larasan elektrik berdasarkan suis-suis kawalan yang terletak pada sebelah sisi, tetapi ia turut diberikan rekaan retro menerusi jalur-jalur jahitan serta kemasan tiub berwarna merah disekelilingnya.

    Masih tiada sebarang perincian teknikal didedahkan untuk Punk Cat ini, namum boleh dijangka ia dihasilkan dengan asas yang sama seperti Good Cat. Bagi model berkenaan, ia menggunakan platform Lemon GWM, ditawarkan dengan pilihan tiga kapasiti bateri iaitu 47.8 kWj, 45.99 kWj dan 59.1 kWj.

    Kesemua versi bateri tersebut hadir dengan motor elektrik berkuasa 143 PS (141 hp atau 105 kW) dan tork maksima 210 Nm, yang diletakkan pada bahagian hadapan dan memacu roda hadapan. Bateri dengan kapasiti paling besar membolehkan kereta berkenaan bergerak dalam jarak 501 km berdasarkan ujian NEDC.

    Ia memerlukan masa lapan jam untuk mendapatkan caj penuh mengunakan pengecaj on-bord 6.6-kW. Manakala dengan pengecaj cepat DC, bateri tersebut dapat diisi dari 30-80% dalam masa hanya 30 minit.

    Nama Punk Cat ini dipilih menerusi undian dari dari orang ramai dan baru diumumkan semalam (18 April 2021). Undian yang dibuat secara atas talian berkenaan menyaksikan nama Punk Cat ini dipilih secara majoriti oleh warga net di China berbanding lima nama lain termasuk Spirit Cat, Noble Cat, Posh Cat, Royal Cat dan Bridge Cat.

     
     
  • Hyundai Sonata Bob G Edition tampil di ACE 2021 – dapat pengubahsuaian khas, harga masih sama

    Hyundai Sonata Bob G Edition tampil di ACE 2021 – dapat pengubahsuaian khas, harga masih sama

    Acara ACE 2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Alam (SCCC) kini memasuki hari kedua, dan antara kereta pameran yang menimbulkan tanda tanya adalah Sonata Bob G Edition di kawasan Hyundai. Sama seperti Sonata SE yang didedahkan bulan lepas, model ini juga dijual kepada awam, tanpa sebarang kenaikan harga berbanding model biasa.

    Harganya adalah RM189,888, tidak termasuk insurans, termasuk dengan potongan cukai jualan (SST) 50% yang diberikan kerajaan sekarang. Bermakna, aksesori yang dikatakan bernilai RM15,000 pada model edisi khas ini, diberikan kepada anda secara percuma, kerana harganya sama sahaja dengan model standard. Seperti model lain Hyundai, Sonata Bob G Edition ini juga diberikan jaminan lima tahun atau 300,000 km.

    Kami sendiri tidak tahu siapa Bob G ini sebenarnya, tetapi nama tersebut diambil daripada pekerja Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) yang membuat spesifikasi model ini. Jika dibandingkan dengan satu lagi Sonata keluaran khas, iaitu SE, model Bob G Edition ini menggunakan warna White Cream, dengan jalur kelabu di atas bonet dan but belakang.

    Tambahan lain juga sedikit berbeza – spoiler hadapan lebih agresif dengan adanya sirip di tepi dan diwarnakan hitam berkilat. Bampar dan skirting tepi masih lagi sama, sementara rim pula menggunakan saiz 19 inci yang berwarna hitam. Jalur krom keliling tingkap juga ditukar dengan unit yang berwarna hitam.

    Bahagian mekanikal tidak berubah, di mana Sonata menggunakan enjin empat silinder NA 2.5 liter Smartstream G2.5 MPI bersama padanan transmisi automatik enam kelajuan untuk menghantar kuasa sehingga 180 PS dan 232 Nm tork kepada roda hadapan.

     
     
  • ACE 2021: VW beri rebat RM1k untuk semua model, ekstra RM4.5k untuk Arteon, RM3.5k bagi Tiguan

    ACE 2021: VW beri rebat RM1k untuk semua model, ekstra RM4.5k untuk Arteon, RM3.5k bagi Tiguan

    Eksklusif untuk ACE 2021, Volkswageb menyediakan promosi RM1,000 untuk semua modelnya. Bukan sekadar itu, ada rebat tambahan untuk Arteon 2.0 TSI R-Line iaitun sebanyakj RM4,500.

    Sementara itu, bagi semua varian Tiguan Allspace – 1.4 TSI Highline dan 2.0 TSI R-Line 4Motion pula menerima rebat tambahan sebanyak RM3,500. Manakala Passat 2.0 TSI Elegance diberi pilihan salah satu daripada dua hadiah tambahan, iaitu baucar percutian ke Pangkor Laut Resort berharga RM3,298 atau insurans percuma selama satu tahun. Passat 2.0 TSI R-Line pula ditawarkan dengan petrol percuma selama setahun. Kedua-dua varian Passat ini turut ditawarkan dengan rebat RM3,500.

    Tawaran ini tidak berakhir di situ sahaja kerana paultan.org akan memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baru. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Untuk yang berkunjung ke ACE 2021, sila patuhi SOP yang ditetapkan termasuk mengimbas suhu badan di pintu masuk, imbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu, pakai pelitup muka sepanjang masa, jaga penjarakan sosial dan juga gunakan cecair sanitasi tangan sekerapnya.

     
     
  • ACE 2021: Nissan beri pakej aksesori percuma bernilai RM5.5k untuk Almera, turut pamer Navara Pro-4X

    ACE 2021: Nissan beri pakej aksesori percuma bernilai RM5.5k untuk Almera, turut pamer Navara Pro-4X

    Jenama-jenama utama dari Jepun turut mengambil bahagian di dalam pameran ACE 2021 yang berlangsung pada 17 & 18 April bertempat di Pusat Persidangan Setia City. Ini termasuklah Nissan, yang mempromosikan beberap model terbaru keluarannya.

    Antara yang ditampilkan ialah model sedan Almera yang dilancarkan hujung tahun lalu. Ia satu-satunya sedan segmen B dalam kelasnya yang menggunakan enjin kapasiti kecil dengan turbo dan ciri brek kecemasan autonomous (AEB) sebagai ciri standard.

    Dijual pada harga dari RM79,906 hingga RM91,310, kini Nissan turut menawarkan sekali Pakej Aksesori Urban yang bernilai RM5,500 secara percuma. Ini termasuklah perakam video pemanduan dua-saluran, pelindung pemegang pintu, visor pintu, plat kaki, talam barangan, spoiler hitam di belakang dan filem penapis haba “ice cool”. Tidak ketinggalan membuat penampilan ialah trak pikapnya yang baru saja dilancarkan, Navara Pro-4X 2021.

    ACE 2021: Nissan beri pakej aksesori percuma bernilai RM5.5k untuk Almera, turut pamer Navara Pro-4X

    Jika membeli kenderaan ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

    ACE 2021: Nissan beri pakej aksesori percuma bernilai RM5.5k untuk Almera, turut pamer Navara Pro-4X

     
     
  • ACE 2021: Ford Ranger Wildtrak jimat hingga RM7k, jaminan lima-tahun, baucar Petronas RM1,000

    ACE 2021: Ford Ranger Wildtrak jimat hingga  RM7k, jaminan lima-tahun, baucar Petronas RM1,000

    Untuk ACE 2021 yang berlangsung pada 17 & 18 April di Pusat Persidangan Setia City, Ford membawakan model Ranger dengan promosi penjimatan sehingga RM7,000 bagi Ranger Wildtrak 2020, dan sehingga RM8,000 untuk Ranger Raptor 2020.

    Pelanggan juga diberikan peluang memiliki Ranger secara lebih mudah dengan adanya pakej pembiayaan, insurans serta tawaran tukar-beli yang menarik. Jika termasuk dalam 100 pelanggan pertama yang membuat tempahan, anda akan menerima baucar minyak Petronas bernilai RM1,000.

    Bagi penggemar Ford Ranger, trak pikap berkenaan juga tersedia dengan jaminan pengeluar selama lima-tahun untuk kesenangan pemilik. Ini termasuk semua varian bagi Ranger, juga sah untuk versi Raptor X yang baru saja diperkenalkan.

    Raptor X hadir dengan warna True Red yang unik serta kelainan penggayaan yang khusus untuknya, seperti pelekat badan yang ditampilkan di bahagian sisi. Ia juga menerima beberapa kelengkapan tambahan berbanding Ranger biasa, termasuk kamera 360-darjah, perakam video digital (DVR) dua-saluran Kenwood serta pelapik kaki khusus.

    ACE 2021: Ford Ranger Wildtrak jimat hingga  RM7k, jaminan lima-tahun, baucar Petronas RM1,000

    Jika membeli kenderaan ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

    ACE 2021: Ford Ranger Wildtrak jimat hingga  RM7k, jaminan lima-tahun, baucar Petronas RM1,000