Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Mazda MX-30 akan dilancarkan di Malaysia Oktober ini, mungkin akan dipasang di Kulim pada 2021 – laporan

    Mazda MX-30 akan dilancarkan di Malaysia Oktober ini, mungkin akan dipasang di Kulim pada 2021 – laporan

    Mazda MX-30, SUV elektrik sepenuhnya diasaskan dari model Mazda CX-30 yang baru sahaja didedahkan di Tokyo Motor Show Oktober lalu nampaknya bakal mendarat ke pasaran Malaysia pada suku keempat tahun ini. Perkara ini telah didedahkan dalam laporan bank AmInvestment terhadap pengimport dan pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, iaitu Bermaz Motor.

    Apa yang menarik lagi, selepas ia dijual sebagai model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, MX-30 juga mungkin bakal menjadi salah satu model yang akan diproduksi sebagai model pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia syarikat tersebut yang dijadualkan bermula sekarang hingga 2021.

    Ini adalah kerana sebagai model hibrid atau elektrik sepenuhnya yang dipasang disini membolehkan ia menerima insentif pemotongan duti eksais sepenuhnya, seterusnya membolehkan Berjaya Auto menghasilkan MX-30 dengan harga yang munasabah, tulis laporan berkenaan.

    Mazda MX-30 akan dilancarkan di Malaysia Oktober ini, mungkin akan dipasang di Kulim pada 2021 – laporan

    Kemasukan MX-30 ke pasaran Malaysia adalah disasarkan untuk mengembangkan lagi model CKD Mazda di sini memandangkan rakan perkilangan Berjaya Auto iaitu Inokom bersedia untuk melabur sejumlah perbelanjaan modal sebanyak RM200 juta bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang pembuatan mereka di Kulim daripada 30,000 unit kepada 80,000 unit setahun, menurut laporan AmInvestment Bank itu lagi.

    Selain MX-30, versi petrolnya iaitu CX-30 juga mungkin akan dihasilkan dikilang berkenaan sebagai model CKD pada tahun 2021. Mazda CX-30 sudahpun dilancarkan pada pasaran Malaysia pada pertengahan bulan lalu, dijual sebagai model CBU yang diimport terus dari Jepun.

    Mazda MX-30 adalah model produksi elektrik sepenuhnya pertama dari Mazda. Ia dihasilkan dengan platform SkyActiv Architecture sama dengan CX-30, menampilkan saiz yang juga hampir sama dengan dimensi iaitu 4,395 mm panjang, 1,795 mm lebar, 1,570 mm tinggi serta jarak roda sejauh 2,655 mm. Mazda telah memperkuatkan lagi bahagian lantai platform tersebut bagi membolehkan baterinya diletakkan disitu.

    MX-30 digerakkan oleh penjana dengan kuasa elektrik sepenuhnya digelar e-SkyActiv. Ia terdiri dari motor elektrik yang memacu roda hadapan berkuasa 141 hp (105 kW) dan tork maksima 265 Nm, disuap oleh bateri dengan kapasiti 35.5 kWj yang mampu memberikan jarak gerak sekitar 209 km untuk satu cas penuh.

    Bateri berkenaan dibina dengan sel-sel prismatik yang membolehkan ia di cas semula sama ada menggunakan pengecas AC atau DC. Untuk pengecas AC, ia mampu menerima input maksima 6.6 kWj menerusi sambungan Type 2, manakala pengecas DC pula menggunakan sambungan CCS dengan input 50-kW bagi membolehkan ia mencapai 80% cas dalam masa 30 hingga 40 minit.

    Selepas model elektrik sepenuhnya ini dipekernalkan, selepas ini Mazda turut akan menawarkan MX-30 dalam pilihan sistem hibrid. Walau bagaimanapun, ia bukanlah seperti model hibrid konvesional, sebaliknya roda akan 100% digerakkan motor elektrik, tetapi menerima janaan elektrik dari enjin range extender jenis wankel rotary.

    Enjin rotary tersebut bukan sahaja akan menyediakan kuasa yang tinggi dalam saiz kompak dan berfungsi secara lebih senyap, ia juga akan direka bagi membolehkan ia beroperasi menggunakan gas LPG. Ini akan menjadikan penawaran janakuasa MX-30 Hybrid seakan model BMW i3.

    GALERI: Mazda MX-30 di Tokyo Motor Show 2019

     
     
  • Ford GT 2020 kini lebih berkuasa, edisi Liquid Carbon

    Ford GT 2020 kini lebih berkuasa, edisi Liquid Carbon

    Walaupun model semasa Ford GT ini sudah diperkenalkan agak lama, iaitu lima tahun dulu, kerja-kerja pembangunannya masih lagi diteruskan, dengan model tahun 2020 diperkenalkan bersama beberapa peningkatan. Ia termasuk kuasa, sistem ekzos serta pilihan pakej penampilan.

    Enjin V6 3.5 liter EcoBoost twin turbo pada GT ini sekarang mampu menghasilkan 660 hp, iaitu 13 hp lebih berbanding model sebelumnya. Menurut Ford, enjin ini ditala semula untuk memberikan tork pada rpm yang lebih luas, dan dipasang dengan barangan hasil daripada pembangunan jentera litar GT Mk II seperti piston penyejukan galeri dan ignition coil bertenaga tinggi. Laluan udara serta sistem penyejukan juga diperelok.

    Pada bahagian ekzos, model ini datang terus dengan unit titanium Akrapovic yang bukan sahaja membantu prestasi enjin, tetapi juga memberikan bunyi yang lebih garang. Perubahan lain adalah suspensi yang dijadikan lebih keras bagi mod Track, untuk memberikan kawalan lebih baik terutamanya pada kelajuan tinggi.

    Selain daripada prestasi kereta itu sendiri, Ford turut memberikan perhatian kepada penampilan. Bagi yang mahu menyerlahkan lagi penggunaan gentian karbon pada keseluruhan badan GT ini, Ford menyediakan pilihan cat lutsinar (clear coat) khas melalui model edisi Liquid Carbon. Ia juga datang dengan rim gentian karbon, serta pilihan barangan seperti tali pinggang six-point, kemasan dalaman, warna angkup brek dan jalur pada badan.

    Selain daripada itu, pemilik juga boleh memilih penampilan ikonik Gulf inspirasi daripada kereta lumba GT40 yang pernah memenangi perlumbaan Le-Mans dulu. Untuk rim, pemilik boleh memilih sama ada unit gentian karbon atau aloi aluminium.

     
     
  • Harga minyak 8-14 Feb: Petrol RON97 turun 7 sen, RON95 turun 4 sen dan diesel turun 10 sen!

    Harga minyak 8-14 Feb: Petrol RON97 turun 7 sen, RON95 turun 4 sen dan diesel turun 10 sen!

    Berita baik untuk kita semua. Kerajaan telah mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97, RON95 dan juga diesel untuk mingga bertarikh 8 hingga 14 Februari 2020. Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh berkenaan membabitkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM2.41 seliter kepada RM2.34 seliter.

    Manakala harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.08 seliter kepada RM2.04 seliter. Bagi harga runcit diesel turun sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.18 seliter kepada RM2.08 seliter untuk Euro 2, manakala RM2.18 bagi Euro 5.

    Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, penurunan harga runcit ini adalah disebabkan penurunan harga minyak global. Harga RON95 sebanyak RM2.04 seliter dan diesel sebanyak RM2.08 seliter ini menunjukkan penurunan yang besar dari minggu lepas (1 Februari 2020 sehingga 7 Februari 2020) bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.11 seliter (tetapi disekat pada had harga runcit RM2.08 seliter) dan diesel yang berada pada paras RM2.18 seliter masing-masing.

    Harga minyak 8-14 Feb: Petrol RON97 turun 7 sen, RON95 turun 4 sen dan diesel turun 10 sen!

    Ini membuktikan kerajaan komited dengan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum selaras dengan janji Manifesto Pakatan Harapan dan telah pun melaksanakan penetapan harga runcit secara mingguan dengan had harga tidak melebihi RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.

    Selain itu, ia membolehkan para pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga runcit produk petroleum di pasaran dunia dan sebaliknya dilindungi daripada sebarang kenaikan harga yang melebihi RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel. Subsidi produk petroleum dan Liquified Petroleum Gas (LPG) yang dibiayai oleh Kerajaan adalah sebanyak RM6 bilion untuk tahun 2019.

    Dasar penstabilan harga runcit ini memanfaatkan rakyat, di mana apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna memperolehi manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

    Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi.

     
     
  • Ducati Panigale Superleggera V4 – superbike produksi paling berkuasa dan maju Ducati, casis gentian karbon

    Ducati Panigale Superleggera V4 – superbike produksi paling berkuasa dan maju Ducati, casis gentian karbon

    Superbike Panigale V4 sekarang sudah mempunyai beberapa versi – Panigale V4, Panigale V4S, Panigale V4S Speciale, Panigale V4R dan Panigale V4 25th Anniversario 916. Kini yang terbaru, dan mengatasi semua versi ini adalah Panigale Superleggera V4.

    Menurut Ducati, Panigale Superleggera V4 adalah motosikal produksi yang paling berkuasa dan paling maju pada aspek teknologi yang pernah mereka keluarkan. Hanya 500 unit akan dibuat, dan dijual pada harga USD100,000 (RM414k). Penghantaran pertama kepada pelanggan dijangka boleh berlaku pada pertengahan tahun 2020.

    Paling istimewa bagi model ini adalah ia satu-satunya motosikal yang menggunakan casis, lengan ayun dan rim gentian karbon, dan boleh digunakan atas jalan biasa. Dimensi lengan ayun itu juga diubah menjadi lebih panjang untuk memberikan prestasi lebih baik dalam litar.

    Panel badan juga banyak menggunakan gentian karbon, termasuk bahagian fairing serta ‘bi-plane‘, menghasilkan kecekapan aerodinamik ekstrem yang menurut Ducati bukan sahaja menyamai jentera MotoGP, malah lebih daripada itu. Pada kelajuan 270 km/j, daya tolakan ke bawah yang mampu dihasilkan adalah sebanyak 50 kg – lebih 20 kg berbanding Panigale V4 dan V4R.

    Dalam keadaan standard dan menggunakan ekzos Akrapovic yang diluluskan untuk kegunaan atas jalan biasa, enjin V4 998 cc pada Panigale Superleggera V4 ini boleh menghasilkan 224 hp dan keseluruhan motosikal mencatat berat 159 kg kurang 16 kg berbanding Panigale V4 biasa).

    Apabila dipasang pula dengan kit lumba yang diberikan sekali dengan motosikal termasuk ekzos Akrapovic khas untuk kegunaan litar, kuasanya akan bertambah 10 hp lagi menjadi 234 hp manakala beratnya pula berkurang menjadi 152.2 kg. Dalam keadaan ini, nisbah berat dan kuasa menjadi 1.54 hp/kg – satu jumlah yang menakjubkan bagi motosikal produksi. Dalam keadaan standard Panigale Superleggera V4 mencatat nisbah kuasa dan berat 1.41 hp/kg.

    Ducati Panigale Superleggera V4 – superbike produksi paling berkuasa dan maju Ducati, casis gentian karbon

    Bahagian elektronik model ini turut dipertingkat untuk menyesuaikannya dengan identiti lumba. Selain tiga mod tunggangan sedia ada, model ini ditambah dengan lima mod lagi yang tetapannya boleh diubah mengikut kegemaran penunggang. Fungsi Lap Timer telah dipertingkat untuk memudahkan penggunaannya dan ia juga dilengkapi dengan DTC EVO2 serta DQS EVO 2.

    Barangan lain yang diberikan standard adalah termasuk sistem suspensi Ohlins yang lebih ringan dengan spring penyerap titanium dan injap dalaman daripada jentera GP. Brek adalah daripada Brembo, dengan angkup Stylema R di hadapan.

    Dengan semua kelengkapan ini, Panigale Superleggera V4 memberikan prestasi hampir seperti jentera lumba sebenar, dan apabila diuji oleh Michelle Pierro di litar Mugello, ia dapat mencatat masa 1:52:45 iaitu cuma lambat tidak sampai dua saat berbanding Panigale V4 R SBK.

     
     
  • Beberapa jalan di sekitar KL ditutup secara berperingkat hingga 12 Feb sempena Thaipusam

    Beberapa jalan di sekitar KL ditutup secara berperingkat hingga 12 Feb sempena Thaipusam

    Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya telah memaklumkan penutupan beberapa jalan di sekitar ibu negara secara berperingkat selama lima hari sehingga 12 Feb ini sempena dengan sambutan Thaipusam.

    Menurutnya, peserta perarakan pedati perak (silver chariot) membawa arca Dewa Murugan akan berarak dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee bermula jam 10 malam esok dan dijangka tiba di Batu Caves, jam 3 petang Jumaat ini.

    “Perarakan itu akan melalui Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves. Perarakan kembali dari Batu Caves pula bermula pada jam 4 petang Ahad ini dijangka tiba di kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H S Lee pada jam 5 pagi keesokannya.

    “Laluan perarakan balik melalui Kuil Sri Subramaniar Batu Caves, Jalan Ipoh Batu 5, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman Tun H S Lee,” katanya seperti disiarkan Berita Harian.

    Untuk itu, Zulkefly menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif dalam tempoh berkenaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

     
     
  • DUKE umum penutupan sebahagian persimpangan Jalan Kuching pada 10 Feb ini sempena LTdL 2020

    DUKE umum penutupan sebahagian persimpangan Jalan Kuching pada 10 Feb ini sempena LTdL 2020

    Konsortium Lebuhraya Utara Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) telah mengumumkan penutupan sebahagian persimpangan Jalan Kuching (arah utara) sempena dengan acara Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

    Penutupan selama sejam itu bermula pada jam 1.40 petang hingga 2.40 petang pada 10 Februari ini untuk peringkat ke-4 LTdL 2020 dari Putrajaya ke Genting Highlands yang akan melalui Jalan Kuching hingga Selayang dan seterusnya ke destinasi penamat. Persimpangan terbabit akan dibuka semula secara berperingkat selepas semua peserta acara berkenaan melalui lokasi tersebut.

    Menurut DUKE, penutupan tersebut akan memberikan kesan kepada pengguna yang datang dari arah Jalan Duta/SPRINT melalui DUKE untuk ke Jalan Kuching/Selayang (exit 3302) dan dari arah pusat bandar untuk memasuki DUKE melalui persimpangan Jalan Kuching (exit 3302).

    Justeru, para pengguna DUKE diminta menggunakan laluan alternatif sepanjang penutupan itu iaitu menggunakan Sri Damansara Link melalui Plaza Tol Segambut untuk ke arah Kepong/Selayang, susur keluar Jalan Ipoh melalui Plaza Tol Batu untuk ke arah Jalan Ipoh/Kepong/Selayang dan juga Karak Link melalui Plaza Tol Sentul Pasar untuk ke arah Batu Muda/Gombak/Batu Caves.

    Pihak DUKE turut menasihati orang ramai mematuhi semua langkah-langkah keselamatan dan arahan sepanjang penutupan tersebut.

     
     
  • GALERI: Pasukan MotoGP Monster Energy Yamaha

    GALERI: Pasukan MotoGP Monster Energy Yamaha

    Tahun ini nampaknya jentera YZR-M1 yang digunakan oleh pasukan MotoGP Monster Energy Yamaha masih menggunakan penampilan yang sama seperti sebelum ini. Tiada perubahan besar pada grafik dan bersama kita nantikan perlumbaan bermula untuk melihat pula prestasinya.

    Khidmat dua pelumba, Maverick Vinales dan Valentino Rossi masih dikekalkan untuk musim ini dan seperti yang sudah diketahui, Vinales sudah melanjutkan kontrak sehingga 2021 manakala Rossi pula masih belum ada sebarang keputusan untuk terus berlumba atau tidak selepas tamat musim 2020.

    Bermula tahun 2021 juga satu lagi tempat pelumba akan diambil oleh Fabio Quartararo yang menandakan Rossi sama ada bertukar pasukan, terus bersara ataupun menjadi penguji. Satu lagi berita yang mengejutkan adalah pasukan factory Yamaha kembali mengambil Jorge Lorenzo ke dalam pasukan, tetapi sebagai penguji jentera.

    Pada musim lepas, Vinales berjaya mendapat tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan pelumba sementara Rossi pula sekadar berada di tempat ketujuh. Bagi tahun ini, ia adalah musim keempat bagi Vinales dalam pasukan ini manakala bagi Rossi pula, ia adalah musim ke-15.

     
     
  • 10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Tahun lalu, Malaysia mencatatkan jumlah jualan yang baik dalam industri automotif. Jumlah industri keseluruhan (TIV) untuk 2019 menunjukkan angka melebihi 600k buat pertama kali sejak 2015, dengan rekod keseluruhan 604,287 unit, naik 5,689 unit atau sekitar 1% berbanding 598,598 yang dicatatkan pada tahun 2018.

    Jualan untuk kenderaan penumpang biasa turut naik tahun lalu, dengan peningkatan sekitar 3.2% kepada 550,179 unit. Kenaikan ini secara langsung menyumbang kepada angka 91% untuk segmen kenderaan penumpang dalam keseluruhan TIV, menjadi penyelamat kepada penurunan yang dicatatkan pada jualan kenderaan komersial, direkodkan merudum 17.4% kepada 54,108 unit.

    Kami telah melaporkan prestasi setiap jenama di Malaysia dalam laporan sebelum ini, tetapi untuk lebih spesifik, model mana yang paling laris sepanjang 2019? Dalam artikel kali ini kami perincikan pula senarai 10 model paling laris sepanjang tahun lalu dengan data yang telah diterbitkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

    10. Honda HR-V – 16,180 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Model facelift ini diprebiu buat pertama pada bulan Julai 2018, namun pelancarannya dalam pasaran telah ditunda dan ia hanya berada di bilik pameran pada Januari 2019. Walaupun terlambat dari apa yang dijadualkan, HR-V yang hadir dalam empat varian tetap termasuk satu versi Hybrid, ia tetap mencatatkan jumlah jualan memberangsangkan dan menjadi model nombor 10 paling laris sepanjang tahun lalu.

    9. Proton Persona – 21,876 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Sama seperti HR-V, Persona bukanlah model baharu sepenuhnya, tetapi dilancarkan sebagai versi facelift pada April 2019. Menurut Proton, 303 perubahan telah dilakukan untuk menambah baik model ini. Walaupun hadir dengan banyak ciri baharu, Persona dijual pada harga lebih rendah dari sebelumnya, seterusnya menarik minat orang ramai sehingga angka jualan melebihi 20,000 unit ini dicatatkan.

    8. Toyota Vios – 23,986 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Selain dari Honda City, Toyota Vios adalah satu lagi sedan segmen-B jenama bukan tempatan yang popular dikalangan rakyat Malaysia. Menerusi model yang dikemaskini pada Januari tahun lalu, Vios mencatatkan jualan sebagai model nombor 8 paling popular sepanjang 2019.

    7. Proton X70 – 26,331 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    2019 merupakan tahun pertama SUV segmen-C Proton ini dijual dalam tempoh setahun penuh setelah dilancarkan pada Disember 2018. Dengan harga antara yang paling rendah dalam pasaran bersama antara kelengkapan yang paling banyak diberikan, X70 nyata menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang mahukan kenderaan dari segmen tersebut.

    6. Perodua Aruz – 30,115 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Ia adalah sebuah SUV, dengan kebolehan membawa penumpang seperti MPV 7-tempat duduk, dan ia sebuah model keluaran Perodua yang dipercayai tahap ketahanannya. Jadi tiada sebab untuk Perodua Aruz tidak mempamerkan rekod jualan yang baik bukan? Lebih 30k unit Aruz telah dihantar kepada pemiliknya sepanjang tahun lalu selepas diperkenalkan pada Januari 2019.

    5. Honda City – 31,357 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Walaupun berstatus jenama bukan nasional dan sudah tentu dijual dengan harga jauh lebih mahal dari model sekelas keluaran jenama tempatan, ini tidak menghalang untuk Honda City terus menjadi sedan segmen-B paling laris di Malaysia. Sepanjang 2019, Honda berjaya menjual City dengan jumlah hampir 10k lebih banyak dari Proton Persona!

    4. Proton Saga – 38,144 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Proton mencatatkan jumlah jualan yang sangat membanggakan tahun lalu, selain dari prestasi jualan model paling tinggi dalam barisan modelnya iaitu X70, model paling mampu milik mereka – Proton Saga – turut menyumbangkan jumlah jualan yang sangat signifikant. Saga diperkenalkan dalam versi facelift pada Ogos 2019, dan sehingga akhir tahun lalu sebanyak 41,000 unit telah ditempah oleh pelanggan, memberikan momentum yang baik untuk permulaan tahun ini.

    3. Perodua Bezza – 45,656 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Walaupun Proton Saga dilihat menguasai pasaran sedan segmen-A pada penghujung tahun lalu, pesaing terdekatnya iaitu Perodua Bezza masih lagi juara keseluruhan bagi segmen tersebut untuk tempoh sepanjang 2019. Perodua berjaya menjual lebih 7.5k unit Bezza berbanding Saga pada 2019. Awal tahun ini Perodua memberikan momentum baru kepada Bezza dengan pengenalan versi facelift. Adakah Proton Saga boleh mengatasi Bezza untuk tahun ini?

    2. Perodua Axia – 67,267 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Siapa kata model sedan lebih popular dari model hatchback di Malaysia? Sepanjang tahun 2019, Perodua Axia telah berjaya dijual lebih 21,611 unit berbanding versi sedannya iaitu Perodua Bezza! Hatchback segmen-A paling laris di Malaysia ini juga telah diberikan versi facelift pada September 2019, menerima pelbagai ciri baru seperti VSC dan varian seperti SUV yang digelar Axia Style.

    1. Perodua Myvi – 81,966 unit

    10 kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019

    Siapa nombor satu dalam senarai model kereta paling laris sepanjang 2019? Dah tentulah Perodua Myvi! Memang sukar untuk model lain mengambil takhta ini dari Myvi sejak dari model generasi pertama hingga sekarang yang sudahpun masuk ke generasi ketiga. Sepanjang tahun lalu, jumlah jualan Myvi sahaja telah mewakili satu pertiga dari jumlah keseluruhan jualan Perodua itu sendiri, dan ia sebenarnya sudah bermula sejak November 2017.

    Dah jelas sekarang model mana yang paling laris sepanjang 2019? Tapi jika anda perasan, dalam senarai 10 model paling laris ini, hanya ada empat jenama di dalamnya iaitu Toyota, Honda, Proton dan Perodua. Jumlah jualan untuk 10 model ini juga (382,878 unit) sebenarnya telah mewakili sebanyak 69.5% bahagian pasaran keseluruhan jualan kenderaan penumpang untuk 2019.

     
     
  • PDRM beri amaran keras terhadap pengiring haram – tindakan tegas jika disabit kesalahan termasuk penjara

    PDRM beri amaran keras terhadap pengiring haram – tindakan tegas jika disabit kesalahan termasuk penjara

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat aktiviti perkhidmatan pengiring haram yang memberikan pulangan lumayan sehingga RM1,000, yang bukan sahaja melibatkan orang awam, malah ada juga pegawai dan anggota polis berbuat demikian.

    Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya menyedari ada kalangan pegawai dan anggota JSPT yang melakukan iringan haram itu untuk kepentingan diri,

    “Kebiasaannya mereka akan melakukannya pada hujung minggu ketika tidak bertugas untuk mencari duit tambahan. Malah anggota ini sanggup menggunakan motosikal PDRM milik kerajaan dan memakai uniform polis ketika menjalankan kegiatan sebagai pengiring haram. Ini masalah dalaman yang kita hadapi apabila mereka membawa orang yang tidak layak mendapat khidmat pengiring,” ujarnya menerusi laporan khas yang disiarkan oleh Harian Metro.

    Azisman juga berkata, pihaknya turut mengesan ada segelintir pegawai dan anggota yang mengambil upah untuk mengiringi van mayat dan juga melibatkan golongan kenamaan (VIP) yang tidak mahu tersekat dalam kesesakan lalu lintas serta yang mahu menunjuk-nunjuk. Tidak mendedahkan jumlah pegawai dan anggota yang terlibat, beliau memaklumkan, ada pegawai dan anggota yang terbabit dikenakan tindakan tatatertib dan ada yang dipantau.

    Bagi orang awam yang sanggup menipu dengan memakai uniform polis dan mengecat motosikal yang menyerupai motosikal yang digunakan oleh PDRM bagi bertujuan memperdayakan pengguna jalan raya dan tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam (polis) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga dua tahun beserta denda.

    Azisman berkata, Bukit Aman juga memandang serius kegiatan ini malah pihaknya bukan sahaja boleh mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut, malah pelanggan terbabit juga boleh dikenakan tindakan yang sama.

    PDRM beri amaran keras terhadap pengiring haram – tindakan tegas jika disabit kesalahan termasuk penjara

    “Tindakan mereka membunyikan siren dan meminta pengguna jalan raya lain memberikan laluan juga satu kesalahan mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

    Jelasnya lagi, tugas pengiring hanya boleh dilakukan oleh anggota JSPT dan beberapa agensi lain termasuk ambulans, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bomba, kastam, imigresen dan warden pihak berkuasa tempatan (PBT).

    “Mengikut Arahan Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Lalu Lintas Bukit Aman (JSPT) SOP No.11 prosedur atur gerak dan pembuka laluan menetapkan hanya golongan tertentu mendapat perkhidmatan itu,” ujarnya.

    Individu tertentu yang layak mendapat iringan iaitu pembesar negara; Yang DiPertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan/Raja, Yang DiPertua (termasuk isteri) Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka, Raja Perempuan, Sultanah dan Tengku Ampuan, Pemangku (termasuk isteri) Sultan/Raja, wakil Sultan/Raja, Raja Muda/Tengku Mahkota, Pengerusi Jemaah Pemangku Raja-raja, Wakil Yang DiPertua Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri/Timbalan Menteri (yang mewakili Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri) untuk acara dan fungsi rasmi, dan Undang-undang (majlis rasmi sahaja).

    Selain itu, ia turut melibatkan pembesar luar negara termasuk ketua-ketua (termasuk isteri) negara asing, timbalan ketua negara asing, Perdana Menteri negara asing, Timbalan Perdana Menteri negara asing, Menteri negara asing dan Tmbalan Menteri negara asing.

    “Nasihat saya supaya berhenti melakukan kerja pengiring haram ini kerana JSPT akan memantau dan mengambil tindakan yang tegas. Orang awam juga diharap boleh membantu merekod video dan gambar mereka yang melakukan kegiatan berkenaan dan kongsikan dengan kami,” katanya lagi.

     
     
  • Pusat pameran Ducati kedua terbesar di Asia Tenggara dibuka di Petaling Jaya – buka setiap hari, lebih selesa

    Pusat pameran Ducati kedua terbesar di Asia Tenggara dibuka di Petaling Jaya – buka setiap hari, lebih selesa

    Jika dulu terletak di bahagian paling belakang, sekarang pusat pameran Ducati Petaling Jaya telah dipindah di bahagian paling hadapan kawasan Naza Automall. Pusat pameran ini juga diubah suai khas untuk menepati identiti korporat Ducati dan sekarang merupakan pusat pameran Ducati kedua terbesar di Asia Tenggara.

    Dengan keluaran 16,339 kaki persegi, pusat pameran baru Ducati ini menempatkan kawasan pameran motosikal terkini jenama Itali tersebut, ruang khas untuk Scrambler, ruang santai serta jualan barangan gaya hidup dan yang berkaitan dengan motosikal.

    Di bahagian belakang pula terdapat bahagian servis seluas 5,009 kaki persegi, dengan lapan ruang kerja dan boleh menampung servis untuk sehingga 450 buah motosikal setiap bulan. Pelanggan dan orang ramai yang datang ke pusat pameran ini juga dijanjikan dengan pengalaman yang lebih premium.

    Bercakap mengenai rancangan masa hadapan Ducati di Malaysia, timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan automotif Naza Corporation Holdings, Nik Hamdam Nik Hassan memberitahu, “Selain pembukaan pusat pameran Ducati PJ baru ini, kami juga mempunyai perancangan lain untuk menaikkan lagi jenama Ducati di seluruh negara. Ini termasuk pembukaan cawangan pengedar baru di kawasan Selatan menjelang separuh kedua tahun ini.”

    Pusat pameran ini dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad, tetapi dengan waktu operasi yang berbeza. Bagi hari Isnin hingga Jumaat, bahagian jualan dibuka jam 9 pagi hingga 6 petang manakala bahagian selepas jualan ditutup pada pukul 5 petang. Bagi hari Sabtu, bahagian jualan dibuka sehingga jam 5 petang manakala bahagian selepas jualan ditutup pada pukul 1 petang, sementara pada hari Ahad, cuma bahagian jualan dibuka iaitu dari 10 pagi hingga 5 petang.

     
     
  • Jentera MotoGP Suzuki Ecstar didedah – grafik khas sambut ulang tahun ke-60 dalam dunia perlumbaan

    Jentera MotoGP Suzuki Ecstar didedah – grafik khas sambut ulang tahun ke-60 dalam dunia perlumbaan

    Jentera MotoGP pasukan Suzuki Ecstar tahun ini akan menggunakan penampilan yang memberi penghargaan kepada sejarah jenama tersebut dalam dunia perlumbaan. Ia sudah pun didedahkan di Litar Sepang hari ini dan menyaksikan grafik lebih segar berbanding sebelumnya.

    Tahun 2020 adalah tahun ke-60 bagi Suzuki dalam dunia perlumbaan. Ia bermula pada tahun 1960, di mana mereka menyertai Isle of Man’s Tourist Trophy dan dua tahun selepas itu Suzuki memenangi GP mereka yang pertama melalui Ernst Degner dan gelaran juara dunia dalam kategori 50 cc.

    Khidmat dua pelumba Sepanyol, Joan Mir dan Alex Rins terus digunakan untuk mengendali jentera GSX-RR MotoGP tahun ini, dengan harapan dapat mencapai lebih banyak kemenangan. Pada musim lepas, Rins menduduki tempat keempat dalam senarai kejuaraan pelumba manakala Joan Mir pula di tempat ke-12.

    “Kami telah membangunkan spesifikasi enjin baru yang dihargai oleh penguji kami iaitu Sylvain Guintoli dan pelumba kami, Rins dan Mir semasa ujian di Valencia dan Jerez. Jadi ini besar kemungkinan akan menjadi asas bagi motosikal yang akan diuji di Sepang dan Qatar sebelum perlumbaan sebenar bermula.”

    “Semasa musim sejuk, kami telah membangunkan penyelesaian baru untuk tetapan dan casis, serta bahagian elektronik. Fairing juga memainkan peranan penting, dan kami akan menguji beberapa penyelesaian yang diharap dapat membantu prestasi keseluruhan,” kata pengurus teknikal pasukan, Ken Kawauchi.

     
     
  • SPYSHOT: Volkswagen Arteon 2020 di Pahang – CKD?

    SPYSHOT: Volkswagen Arteon 2020 di Pahang – CKD?

    Meti ada yang ternanti-nanti bilakah Volkwagen Arteon yang pernah ditampilkan buat pertama kalinya di Malaysia dalam acara PACE 2018.Penangguhan pelancarannya mungkin ada sebab yang tertentu, tetapi kelibat varian R-Line dengan warna Oryx White Pearl seperti yang dikesan oleh pembaca Wan Yoi di Rompin, Pahang, mungkin memberikan petanda ia bersedia untuk dilancarkan dalam tempoh waktu terdekat ini.

    Adakah ini menandakan Arteon juga model pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang? Ada kebarangkalian juga begitu. Arteon juga telah dibuka untuk tempahan sejak Julai lalu, dan ditawarkan dengan harga jangkaan antara RM290,000 hingga RM310,000.

    Difahamkan untuk pasaran Malaysia, Arteon dipadankan dengan enjin 2.0 liter turbo empat-silinder TSI berkuasa 280 PS dan tork maksima 350 Nm. Kuasa akan disampaikan ke kesemua roda menerusi kotak gear klac berkembar jenis basah automatik tujuh-kelajuan dan sistem AWD 4Motion VW, bersama sistem differential lock elektronik XDS.

    Sistem Kawalan Dinamik Casis (DCC) turut dipadankan bagi memberikan mod pemanduan Eco, Normal, Comfort, Sport dan Individual. Kelengkapan lain yang turut diberikan teramsuk paparan instrumen digital sepenuhnya Active Info Display, sistem infotainmen tertinggi Discover Pro dengan skrin 9.2-inci bersama kawalan gestur dan hubungan aplikasi tanpa wayar Apple Carplay, Android Auto dan Mirrorlink, serta kamera sekeliling 360-darjah.

    Bagi kelengkapan keselamatannya, Arteon datang dengan enam beg udara sebagai standard, kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TCS), bantuan mula mendaki (HSA), sistem brek ABS dengan EBD dan BA serta cagak Isofix untuk kerusi kanak-kanak ditempat duduk belakang.

    Hadir dalam kemasan R-Line, ia sudah pasti didatangkan standard dengan kit badan lebih agresif, dan rim 19-inci. Lapan warna sah ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu Manganese Grey, Deep Black, Reflex Silver, Romance Red, Urano Grey, Turmeric Yellow, Oryx White Pearl dan Pyrite Silver.

     
     
  • Suzuki Jimny Sierra Kyosho Mini-Z 4×4 1:18 – rock crawler realistik kawalan jauh dalam saiz tapak tangan

    Kita di Malaysia sememangnya mustahil untuk membeli Suzuki Jimny generasi terkini terus dari pengedar rasmi, kerana jenama berkenaan sudah tidak bertapak lagi di sini. Harga untuk SUV off-road sebenar ini juga tidak murah, di mana ia dijual pada harga lebih RM90k di Indonesia dan sekitar RM200k di Thailand. Malah ada pengimport kenderaan recond di Malaysia telah mengiklankan model ini pada harga hampir RM170k!

    Tapi kalau anda ‘jiwa kacau’ sangat dengan Jimny tersebut, ini ada satu alternatif yang ditawarkan oleh pembuat kereta kawalan jauh dari Jepun iaitu Kyosho – mereka telah memperkenalkan Kyosho Mini-Z 4×4 Suzuki Jimny Sierra dalam skala 1:18, yang bukan sahaja cantik dan realistik jika diletak dalam rak kaca Detolf IKEA anda, malah turut boleh beraksi pada laluan off-road seperti Jimny sebenar!

    Seperti namanya, kereta kawalan jauh jenis pemanjat batu (rock crawler) ini dihasilkan dengan bentuk Jimny dari versi Sierra, iaitu model yang dieksport keluar dari Jepun dan diberikan overfender secara standard, dijana oleh enjin K15B empat silinder 1.5 liter, berkuasa 102 PS/130 Nm (model JDM tidak ada overfender dan hanya dijana enjin 660 cc).

    Suzuki Jimny Sierra Kyosho Mini-Z 4×4 1:18 – rock crawler realistik kawalan jauh dalam saiz tapak tangan

    Juga sama seperti Jimny sebenar, replika sebesar tapak tangan ini diasaskan dari casis jenis ladder frame, serta direka dengan sudut approch 45-darjah dan sudut departure 55 darjah (Jimny sebenar menampilkan sudut approch 37-darjah dan sudut departure 49-darjah).

    Dengan saiz 193 mm panjang, 84 mm lebar dan 90 mm tinggi, Jimny ini digerakkan dengan motor elektrik bersaiz kecil kelas 130 iaitu saiz yang sama seperti kereta lumba Tamiya mini 4WD, menerima kuasa dari empat biji bateri saiz AAA.

    Boleh dikatakan Jimny ini tidak perlu lagi diubahsuai kerana telah diberikan pakej lengkap keseluruhan yang membolehkan ia ‘merangkak’ untuk memanjat batu dan melalui laluan lasak, terdiri dari peralatan seperti gandar solid dengan rod dan gear pinan logam, set linkage suspensi dengan ball end juga dari material logam, galas jenis ball bearing pada tempat sepatutnya, kotak gear dengan nisbah sesuai bersama set klac gelincir, sistem servo untuk stereng dan juga unit kawalan kelajuan yang memberikan respon tepat.

    Namun jika anda mahukan lebih realistik dengan memadankan set lampu tambahan, ia boleh dipasang secara plug and play menerusi port yang telah disediakan pada unit penerima kawalan jauh.

    Jimny dari Kyosho ini diberikan penyerap hentak dengan spring jenis coilover serta rekaan mekanikal yang membolehkan anda melaras jarak rodanya. Dan untuk lebih realistik dan memberikan prestasi pemanduan off-road yang baik, ia turut dipadankan dengan tayar replika yang dihasilkan dengan lesen dari BFGoodrich.

    Anda sudah boleh menempah Suzuki Jimny Sierra Kyosho Mini-Z 4×4 ini di laman rasminya, tetapi ia hanya dilancarkan dalam pasaran bermula bulan Mac nanti. Datang dengan dua warna badan iaitu Kinetic Yellow dan Jungle Green, ia akan dijual pada harga 27,500 yen atau sekitar RM1,000, dengan cukai tidak termasuk kos penghantaran.

     
     
  • Toyota Supra GRMN A90 dilapor dilancar tahun ini – 400 PS, ciri gentian karbon, suspensi ditala semula

    Toyota Supra GRMN A90 dilapor dilancar tahun ini – 400 PS, ciri gentian karbon, suspensi ditala semula

    Menurut laporan Best Car Web dari Jepun, versi terpantas bagi Toyota GR Supra A90 bakal dilancarkan pada tahun ini. Model ini akan menggunakan lencana “GRMN”, yang biasanya untuk model prestasi tinggi Toyota, seperti mana yang ditampilkan pada Yaris GRMN, Mark X GRMN dan juga kereta syarikat yang digunakan oleh presiden Toyota sendiri, Akio Toyoda iaitu Toyota Century GRMN.

    Ia dihadirkan dengan enjin 3.0 liter pengecas turbo enam-silinder sebaris yang mampu menghamburkan kuasa 400 PS, iaitu lebih 60 PS berbanding kereta standard (340 PS). Antara pertambahan ciri termasuklah komponen gentian karbon yang bakal membantu mengurangkan berat kenderaan bagi mendapatkan prestasi yang lebih baik.

    Lain-lain perubahan yang disenaraikan dalam laporan terbabit termasuklah pelarasan suspensi untuk memberikan pengendalian yang lebih dipertingkatkan, bersama beberapa bahagian luaran baharu untuk menampakkan perbezaan berbanding GR Supra yang biasa. Ini termasuklah bampar hadapan dan belakang yang diprofilkan semula serta ditampilkan dengan wing belakang yang lebih berpadanan.

    Tahun lalu, Tetsuya Tada, ketua jurutera GR Supra berkata, varian baharu bagi jentera sport kelahiran semula akan diperkenalkan setiap tahun, maka kebarangkalian salah satu daripada versi baharu akan lebih berkuasa berbanding yang sedia ada.

     
     
  • Perlumbaan Sifu Enduro tawar hadiah hingga RM200k

    Perlumbaan Sifu Enduro tawar hadiah hingga RM200k

    Tahun ini, buat kali pertamanya perlumbaan motosikal lasak Sifu International Enduro Championship akan dianjurkan untuk tiga pusingan, bermula dengan pusingan pertama pada 28, 29 Februari dan 1 Mac ini, di Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

    Perlumbaan ini dibahagikan kepada enam kategori iaitu Expert, Intermediate, Above 45, CKD, Celebrities dan Ladies, dengan hadiah mencecah USD50,000 (RM200,000) untuk keseluruhan pusingan. Selain daripada hadiah untuk setiap kategori, penganjur juga menyediakan hadiah istimewa untuk Juara Keseluruhan.

    Perlumbaan motosikal lasak jenis enduro ini akan diadakan di satu litar sepanjang 5.5 km, dengan pelbagai halangan yang mencabar. Ada di antara laluan litar serta halangan tersebut dibuat khas hanya untuk perlumbaan ini.

    Perlumbaan Sifu Enduro tawar hadiah hingga RM200k

    Format perlumbaan, laluan dan motosikal yang digunakan bergantung kepada kategori sementara tempoh paling lama untuk satu perlumbaan adalah bagi kategori Expert, iaitu selama dua jam. Kemudiannya, untuk setiap pusingan juga akan terdapat dua perlumbaan bagi setiap kategori iaitu satu pada hari Sabtu dan satu pada hari Ahad.

    Penganjur Sifu International Enduro Championship adalah Persatuan 2 Roda Malaysia (P2RM), dengan kerjasama FKX Film, yang diketuai oleh pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil. Menjadikannya lebih istimewa, seorang pelumba dari Australia iaitu Tim Coleman akan dibawa ke Malaysia untuk berlumba dalam siri ini dan memberikan saingan lebih mencabar kepada pelumba tempatan.

     
     
  • Harley-Davidson Fat Boy 30th Anniversary – 2,500 unit

    Harley-Davidson Fat Boy 30th Anniversary – 2,500 unit

    Fatboy adalah antara nama model Harley-Davidson yang popular, dan ia dijadian lebih ikonik dengan kemunculan dalam filem “Terminator 2: Judegment Day”. Nama model itu sahaja sudah digunakan selama 30 tahun, dan bagi menyambut pencapaian itu, H-D mengeluarkan model istimewa Fat Boy 30th Anniversary.

    Hanya 2,500 unit akan dihasilkan untuk seluruh dunia dan harga yang ditetapkan di Amerika Syarikat adalah USD 21,949 (RM90,549). Fat Boy pertama yang dikeluarkan pada tahun 1989 menggunakan rekaan asas daripada Hydra Glide, tetapi yang baru ini pula menggunakan casis Softail 2018.

    Penggeraknya adalah enjin v-twin Milwaukee Eight 114 yang mempunyai kapasiti enjin 1,868 cc, digabungkan bersama transmisi Cruise Drive enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa sebanyak 161 Nm yang disampaikan kepada roda belakang melalui sistem tali sawat.

    Fat Boy 30th Anniversary cuma ditawarkan dalam warna Vivid Black, dengan beberapa bahagian mempunyai kemasan gangsa, sementara lampu hadapan pula menggunakan LED bersama perumah baru. Rim aluminium penuh Lakester masih lagi dikekalkan untuk model ini, dengan lebar 160 mm di hadapan dan 240 mm di belakang.

    Di atas tangkinya yang berkapasiti 18.9 liter, anda akan dapat melihat plet khas yang menandakan ia adalah edisi khas, berserta nombor keluaran. Berat keseluruhan model ini adalah 304 kg dan tinggi tempat duduk adalah 658 mm.

     
     
  • Op Selamat 16/2020: Kadar kemalangan cecah 23,208 kes, meningkat 11%; melibatkan 230 kematian

    Op Selamat 16/2020: Kadar kemalangan cecah 23,208 kes, meningkat 11%; melibatkan 230 kematian

    Op Selamat 16/2020 sempena Tahun Baharu Cina yang berlangsung sejak 18 Januari hingga 1 Februari lepas telah menyaksikan sebanyak 23,208 kes kemalangan, meningkat sebanyak 11% atau 2,379 kes, berbanding 20,829 kes pada 2019.

    Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor yang mengumumkan statistik ini semalam turut berkata peningkatan kadar itu adalah termasuk kadar kematian, kemalangan dan kemalangan maut.

    “Bagi jumlah kematian, berlaku peningkatan 230 kes atau enam peratus pada tahun ini berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 216 kes.

    “Secara purata, kadar kes kematian yang dicatatkan pada hari-hari biasa adalah sebanyak 17 kematian sehari. Namun dengan adanya operasi ini, ia berjaya diturunkan kepada 15 kematian dalam sehari,” katanya seperti yang disiarkan oleh Bernama.

    Op Selamat 16/2020: Kadar kemalangan cecah 23,208 kes, meningkat 11%; melibatkan 230 kematian

    Mazlan turut berkata, jumlah kes kemalangan maut juga merekodkan peningkatan sebanyak sembilan kes iaitu 206 pada tahun ini berbanding 197 kes tahun lepas.

    “Pengguna motosikal adalah penyumbang kepada angka korban tertinggi iaitu 147 kematian diikuti pengguna kereta yang merekodkan sebanyak 52 kematian. Selain itu, jumlah saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu adalah 399,998 saman,” katanya.

    Tambahnya lagi, berdasarkan analisis, sikap kecuaian pemandu dan penunggang motosikal menjadi penyumbang tertinggi kemalangan. Di mana faktor kecuaian dan kurang kesedaran terhadap aspek-aspek keselamatan jalan raya, menjadi penyumbang kepada kes kematian melibatkan pejalan kaki.

    “Kecuaian ketika keluar atau masuk simpang, memasuki laluan bertentangan, cuba memotong kenderaan lain atau menukar laluan, mengekori kenderaan lain terlalu rapat, membuat pusingan ‘U’ serta melawan aliran trafik, adalah faktor yang menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut melibatkan kenderaan,” katanya.

     
     
  • Lakaran Hyundai i20 generasi baharu didedahkan, bakal buat kemunculan sulung di Geneva Mac 2020

    Lakaran Hyundai i20 generasi baharu didedahkan, bakal buat kemunculan sulung di Geneva Mac 2020

    Hyundai telah mendedahkan lakaran untuk model generasi baharu, hatchback segmen-B mereka iaitu i20 yang bakal didedahkan di Geneva Motor Show Mac nanti. Seperti juga model generasi baharu Sonata, model yang berada antara i10 dan i30 ini turut menyerlahkan rekaan signatur terbaharu mereka yang digelar “Sensuous Sportiness.”

    Berbanding model sedia ada, i20 generasi seterusnya ini tampil dengan rekaan lebih agresif – dengan gril Cascading baharu, diapit rapat oleh lampu utama yang tajam. Kemasan lampu kabus juga direka bersegi seakan untuk mengaut aliran udara dari hadapan.

    Bayangan sisi badan juga nampak lebih sporty dengan bumbung landai kebelakang bersama garis bahu yang menyerlah dari fender hadapan hingga bawah tiang-C dibelakang. Namun untuk model produksi sebenar nanti, ia tentunya tidak akan diberikan ruang roda dan rim bersama tayar yang besar seperti lakaran ini.

    Lakaran Hyundai i20 generasi baharu didedahkan, bakal buat kemunculan sulung di Geneva Mac 2020

    Bahagian belakang hatchback ini turut menerima rekaan selari dengan mukanya. Lampu belakang direka agresif dengan bentuk bersegi, dan ia kelihatang bersambung dengan kemasan sekeliling cermin belakang, yang direka seakan spoiler serta mempunyai elemen seperti sirip pada sebelah sisi.

    Tiada lagi sebarang lakaran atau imej bahagian kabin i20 ini, tetapi menurut Hyundai papan pemuka hatchback ini akan menampilkan bilah melintang yang “mewakili lebar muka hadapan dan liang udara tersorok rapi.” Ia juga akan diberikan pelbagai teknologi terkini termasuk dua skrin bersaiz 10.25-inci.

     
     
  • Toyota Gazoo Racing Festival pusingan ketiga bakal gegarkan Pulau Pinang pada 15-16 Febuari ini

    Toyota Gazoo Racing Festival pusingan ketiga bakal gegarkan Pulau Pinang pada 15-16 Febuari ini

    Bagi yang menanti-nanti acara Toyota Gazoo Racing Festival, pusingan ketiga bagi perlumbaan yang sudah memasuki musim ketiga ini bakal berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 15 hingga 16 Februari ini.

    Ia juga bakal menyaksikan pelumba dari tiga kategori Vios Challenge akan berentap di litar yang mencabar dalam usaha mengukuhkan kedudukan mereka di dalam kejuaraan berkenaan. Malah dianggap sangat kritikal dalam menentukan kejuaraan di dalam kategori Super Sporting, Sporting dan Promotional.

    Ia merupakan perlumbaan terakhir yang dipertandingkan di litar jalanan sebelum acara kemuncak berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada April ini. Dua perlumbaan pertama musim ketiga ini telah diadakan di litar jalanan Kuala Terengganu dan Bandar Malaysia.

    “Perlumbaan di Pulau Pinang sangat penting sebagai penentu bagi pelumba musim ini. Bagi sesetengahnya, ini adalah peluang terakhir untuk memanfaatkan pengalaman mereka berlumba di litar jalanan dan berharap dapat mengungguli cabaran sekaligus mendahului kejuaraan.

    “Bagi yang lain pula, ia merupakan medan sengit di laluan sempit untuk terus menyalakan api persaingan mereka sebagai bekal ke pusingan terakhir di dalam litar kekal nanti,” ujar Ketua Sukan Permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.

    Di dalam kelas Super Sporting untuk pelumba profesional, Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley ketika ini menjadi pendahulu dengan 36 mata, hanya berbeza lapan mata daripada pelumba Laser Motor, Mark Darwin dan diikuti oleh Kenny Lee dengan satu mata di belakang.

    Dengan seramai 17 pemandu yang akan berentap, saingan di dalam kategori Sporting juga pastinya mengundang persaingan sengit. S&D Tama Motorsport dan pelumba Tom Goh sedang mendahului ketika ini dengan 28 mata, hanya dua mata di hadapan Haji Sutan Mustaffa Salihin yang membuat penampilan sulung dalam TGR.

    Satu mata di belakangnya pula ialah Adam Khalid dari pasukan Crestmax Motorsport, diikuti oleh seorang lagi pendatang baru dan pemandu muda TGR, Bradley Benedict Anthony dengan 22 mata.

    Toyota Gazoo Racing Festival pusingan ketiga bakal gegarkan Pulau Pinang pada 15-16 Febuari ini

    Mendahului kategori Promotional untuk selebriti ketika ini ialah pengacara dan pelawak televisyen, Nabil Ahmad yang memiliki kelebihan empat mata di hadapan juara Musim 1 Shawn Lee dengan 28 mata. Penyanyi Khai Bahar pula menduduki tempat ketiga. Keseluruhannya terdapat 10 selebriti tempatan akan memanaskan grid termasuk Diana Danielle, Janna Nick, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Wany Hasrita, Ain Edruce dan Syafiq Kyle.

    Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, TGR Festival kembali lagi ke Pulau Pinang untuk musim ketiga berturut-turut dengan barisan aktiviti yang menarik untuk dihidangkan kepada pengunjung dan peminat sukan perlumbaan.

    “Keserononokan TGR Festival tidak hanya terhad kepada aksi-aksi di dalam litar sahaja, tetapi turut disumbangkan juga oleh banyak lagi aktiviti-aktiviti keluarga yang lain. Antaranya ia akan menampilkan pameran barisan kenderaan terbaharu Toyota, persembahan drift, cabaran perlumbaan simulator, permainan pentas, persembahan oleh selebriti, aktiviti-aktiviti promosi, cabutan bertuah, jualan cenderahati serta sesi bertemu peminat bersama selebriti-selebriti kategori Promotional. Turut akan dipamerkan ialah kereta GR Supra!”

    Selain berpeluang menyaksikan perlumbaan dan bertemu dengan ramai sleebriti yang mengambil bahagian, para pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuklah acara larian di dalam litar serta sesi zumba pada hari Ahad. Pendaftaran adalah percuma dengan cenderahati akan diagihkan bagi 500 peserta terawal.

    Turut dipamerkan nanti ialah kereta GR Supra bagi perlumbaan Super GT sempena dengan Kejuaraan Super GT pusingan Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang bulan Julai nanti.

    Tarikan lain yang turut disediakan ialah pameran sebuah model Toyota KE-10 1968 yang telah direstorasi selengkapnya, pameran kereta retro oleh Art of Speed serta pameran motosikal dan cenderahati Harley-Davidson, Aprilia, Vespa dan Moto Guzzi. Aktiviti kanak-kanak pula termasuk pertandingan bey blade, jualan model kereta Hot Wheels serta pertandingan senapang Nerf.

    TGR Festival ini akan berlangsung dari 9 pagi 15 Feb (Sabtu) dan 16 Feb (Ahad). Tiada sebarang caj kemasukan dikenakan untuk memeriahkan semua acara di TGR Festival ini.

     
     
  • Kia Sonet Concept beri gambaran awal untuk model produksi yang akan diperkenalkan tahun ini di India

    Kia Sonet Concept beri gambaran awal untuk model produksi yang akan diperkenalkan tahun ini di India

    Pameran Auto Expo 2020 yang berlangsung di Delhi India menyaksikan Kia menjadi antara yang terawal mendedahkan sebuah kenderaan baru dipanggil sebagai Sonet Concept. Membawa bentuk sebuah SUV kompak, Kia memberitahu model ini memberi petunjuk awal kepada model produksi yang akan diperkenalkan tahun ini juga.

    Direka untuk golongan muda, sosial dan peka kepada teknologi, Sonet menggunakan ciri rekaan yang termasuk gril ‘tiger nose‘, kemasan dalam gril warna hitam, kemasan krom di tengah, lampu DRL LED ‘tiger eyeline‘ dan lampu belakang LED dengan jalur yang bersambung di tengah serta tulisan Kia yang menyala.

    Anda juga dapat melihat terdapat jalur kemasan merah pada bahagian bawah bampar, tepi, belakang dan rim. Bahagian dalam tidak ditunjuk, dan unit pameran menggunakan cermin serba gelap, tapi Kia memberitahu kenderaan ini dilengkapi dengan sistem audio premium Bose dan Intelligent Manual Transmission (iMT nama yang digunakan Kia untuk AMT).

    Kia Sonet Concept beri gambaran awal untuk model produksi yang akan diperkenalkan tahun ini di India

    Meskipun versi produksi kenderaan konsep ini nanti dipanggil sebagai sebuah model global, ukuran panjangnya yang berada bawah 4.0 meter menunjukkan India adalah pasaran utama. Di sana, ia akan bersaing dengan model seperti Hyundai Venue, Vitara Brezza dan Ford Ecosport.

    Khabar mengatakan Sonet produksi akan mempunyai pilihan enjin seperti model Venue, yang bermaksud unit termasuk 1.2L NA petrol, 1.0L turbo petrol dan 1.5L turbodiesel. Ia juga dikatakan bakal mendapat suspensi yang lebih sporty, sesuai dengan penampilannya.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.72 (0.00)
RON 97 RM4.35 (0.00)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.37 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.57 (-0.30)
Last Updated Jun 17, 2026