Petronas kini telah memperluaskan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai untuk para pelanggannya, menerusi aplikasi Setel yang telah dilancarkan sejak 2018. Ia kini boleh digunakan di lebih 700 stesen Petronas di seluruh negara, dan Petronas menjangkakan jumlah tersebut akan ditambah dalam masa beberapa minggu akan datang.
“Stesen Petronas seluruh Malaysia ketika ini berjumlah lebih 1,000 dan aplikasi Setel ini juga disasarkan ada disediakan di lebih 1,000 stesen. Namun buat masa ini, aplikasi tersebut tidak dapat meliputi seluruh kawasan rangkaian stesen kami kerana ada antaranya di luar bandar, memerlukan sedikit masa bagi tujuan pelaksanaan.
“Kami juga optimis dengan peningkatan jumlah stesen yang boleh menggunakan Setel ini, jumlah transaksi juga akan meningkat dan ia mampu menyumbang kepada pendapatan kumpulan,” kata
Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan Bhd, Azrul Osman Rani.
CEO Setel Iskandar Ezzahuddin pula berkata, “Pada Januari 2020, Setel telah merekodkan lebih tiga juta transaksi dan turut menerima respon positif daripada para pelanggan kami di sekitar Lembah Klang khususnya. Kini kami bersedia untuk menawarkan perkhidmatan Setel di seluruh negara dan akan memperkenalkan lebih banyak ciri menarik dalam beberapa bulan yang akan datang.”
Beliau turut menunjukkan beberapa ciri tersebut dalam majlis pelancaran, ini termasuklah akaun perkongsian untuk seisi keluarga, ketersambungan menerusi dalam kenderaan dan kebolehupayaan untuk membeli barangan dari Kedai Mesra dan beberapa cawangan termasuk Tealive di stesen Petronas.
Setel merupakan aplikasi mudah alih pembayaran elektronik pertama di Asia Tenggara membolehkan pengguna membuat pembelian bahan api dari kenderaan mereka sendiri. Menerusi aplikasi itu, pengguna tidak perlu turun dari kenderaan untuk pembelian bahan api sebaik tiba di stesen Petronas sebaliknya hanya melakukan pembayaran menggunakan aplikasi terbabit yang menghubungkan terus dengan pam minyak di stesen terbabit.
Malah, Setel juga bekerjasama dengan Media Prima Bhd menyediakan platform undian bagi Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Di mana pengguna Setel boleh mengundi artis dan lagu pilihan mereka untuk AJL34 dan berpeluang untuk memenangi baucar bahan api bernilai RM1,000 untuk 100 pelanggan bertuah.
Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple App Store dan Google Play Store.
Tahun lalu ketika pembentangan prestasi tahunannya, Mazda mengesahkan mereka kini sedang membangunkan sebuah platform bersaiz besar, pacuan roda belakang yang akan dijana oleh enjin enam-silinder sebaris. Nampaknya rancangan ini sememangnya sedang berjalan, di mana mereka dikesan sudahpun mempatenkan rekaan enjin tersebut, lapor Super.Asurada.
Dalam pengumuman sebelum ini, Mazda menyatakan enjin enam-silinder sebaris ini akan dihasilkan dalam dua versi – janaan petrol dengan teknologi SkyActiv-X menggunakan sistem Spark Controlled Compression Ignition (SPCCI), dan juga janaan diesel dengan teknologi SkyActiv-D.
Fail tersebut mendedahkan satu lagi perkara – Mazda juga nampaknya bakal hadir dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan baharu yang akan dipadankan pada enjin enam-silinder tersebut.
Padanan enjin dan kotak gear baharu ini mungkin akan muncul pada barisan model generasi baharu Mazda, yang bakal dipadankan dengan sistem hibrid ringkas (M Hybrid) serta rekaan Kodo Design yang akan dievolusikan sekali lagi. Buat masa sekarang, dua model dari rancangan tersebut telah pun dilancarkan iaitu Mazda 3 dan juga CX-30.
Ada khabar angin mengatakan bahawa platform, enjin dan kotak gear baharu ini akan dipadankan pada Mazda 6 generasi seterusnya yang akan menjadikan sedan besar berkenaan bertanding terus dengan lawannya dari Jerman seperti Mercedes-Benz dan BMW kerana menampilkan konfigurasi enjin hadapan pacuan belakang (FR).
Yamaha NMax 2020 diperkenalkan buat pertama kali di Indonesia pada hujung tahun lepas, dengan hanya harga untuk versi Standard sahaja yang dikeluarkan iaitu 29.5 juta Rupiah (RM8,863). Sekarang harga untuk versi dengan kelengkapan lebih moden iaitu NMax Connected ABS pula didedah – 33.75 juta Rupiah (RM10,140).
Daripada harga ini kita boleh melihat, NMax 2020 versi Standard mahal sedikit (+1.2 juta Rupiah/RM362) daripada NMax Standard sebelumnya, manakala NMax Connected ABS lebih mahal 1.735 juta Rupiah (RM521) berbanding NMax ABS sebelum ini di Indonesia.
Melihat lagi dalam pasaran negara itu, NMax Connected ABS 2020 juga sedikit lebih mahal berbanding Honda PCX 150 ABS (+1.239 juta Rupiah/RM372) yang dijual pada harga 32.511 juta Rupiah (RM9,768). Sekadar sebagai satu perbandingan tambahan, Honda ADV 150 ABS pula dijual pada harga 37.077 juta Rupiah (RM11,140) di negara tersebut. Semua harga ini diambil daripada laman web rasmi pengeluar masing-masing.
Semestinya, sebagai sebuah model baru, peningkatan harga sudah dijangka, tetapi perbezaan harga NMax Connected ABS 2020 sekitar RM500 dengan model sebelumnya, dan RM380 dengan pesaing terdekatnya boleh dianggap wajar kerana ia sekarang dilengkapi dengan Traction Control serta sistem sambungan Yamaha Motorcycle Connect dengan pelbagai fungsi.
Dua ini adalah antara peningkatan penting pada NMax Connected ABS 2020 manakala pembaharuan lain adalah seperti semua panel badan, lampu hadapan dengan DRL LED, penghadang angin depan yang sedikit melengkung, lampu penunjuk arah yang lebih kecil dan direndahkan, panel tepi yang lebih beralun, lampu belakang LED baru yang terpisah dua seperti XMax 250, sistem Start Stop, Smart Motor Generator, sistem tanpa kunci, pengecas USB dan panel meter digital baru berbentuk petak.
Pada bahagian enjin walaubagaimanapun ia masih lagi unit yang sama satu silinder SOHC VVA suntikan bahan api yang mampu menghasilkan kuasa 14.9 hp pada 8,000 rpm dan 14.4 Nm tork pada 6,000 rpm. Tangki bahan api juga masih lagi 6.6 liter.
Mengambil contoh perbandingan harga yang sama secara terus, Yamaha NMax 2020 mungkin akan dijual pada harga lebih RM11k jika tiba di Malaysia. Walaubagaimanapun, ini masih lagi tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada strategi pemasaran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dan bagaimana mereka mahu meletakkan harga model tersebut. Aspek sama ada pemasangan tempatan, import dari Indonesia atau import dari Thailand juga boleh memberikan kesan yang berbeza kepada harga.
BMW Group Malaysia telah menyusun pelbagai perancangan untuk tahun ini, selepas mengumumkan tiga fokus utama yang bakal dicapai pada 2020. Seperti yang sedia maklum, syarikat ini bakal mengembangkan lagi portfolio elektromobiliti (bermakna lebih banyak pelancaran model plug-in hybrid dan EV) sebagai sebahagian daripada perancangan, namun pastinya pengemar jenama ini lebih gembira jika mengetahui selepas ini akan lebih banyak model M dan M Performance bakal ditawarkan, tidak lama lagi.
Walau bagaimana pun syarikat ini tidak menyatakan model mana yang bakal dibawa masuk, tetapi kenderaan popular seperti M Performance termasuk M340i xDrive G20 dan beberapa SUV M Performance dijangka akan menjadi sebahagian daripada perancangan itu. Terdapat juga ura-ura yang menyatakan M135i F40 juga akan dilancarkan di sini, sesuatu yang tidak mengejutkan kerana rakan-rakannya dari MINI, termasuk JCW Countryman dan JCW Clubman, telah pun dilancarkan di sini pada tahun lalu.
Bagi model M, beberapa model seperti M2 Competition F87, M4 Coupe F82 dan M5 F90 telah pun dilancar secara selektif, namun barisan berkenaan mungkin boleh ditambah termasuk dengan pengenalan M8 Coupe, M8 Gran Coupe, dan beberapa SUV termasuk X3 M hingga ke X6 M.
Walau pun ia sekadar spekulasi, namun BMW M telah pun melalui transformasi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, di mana CEO BMW M Markus Flasch pernah mendedahkan akan terdapat varian M atau M Performance bagi setiap model BMW. Malah ia juga telah dibuktikan – pada tahun 2019, BMW M telah mengatasi Mercedes-AMG dengan menjadi model kereta prestasi tinggi paling teratas secara global, dengan jualan mencecah 135,829 unit pada 2019 (AMG dengan 132,136 unit). Di mana jumlah tersebut meningkat sebanyak 32.2% berbanding 2018.
Pasaran terbesar iaitu Amerika Syarikat mencatatkan jualan sebanyak 44,442 unit, diikuti Jerman (26,110 unit) dan UK (17,688 unit). Bukan itu sahaja, pakej M Sport juga mencatat prestasi memberangsangkan dengan jutaan elemen M Sport terjual sepanjang 2019. Ia mewakili peningkatan sebanyak 25% berbanding tahun sebelum itu.
Di samping pelancaran produk, BMW M juga mahu memperbanyaklah lagi acara pemanduan di trek termasuk M Track Experience, di mana sesiapa yang berminat boleh menyertainya dan memandu jentera M di Litar Antarabangsa Sepang.
Sementara itu, fokus ketiga yang digelar “Independent Style” membawakan misi untuk syarikat ini menawarkan personalisasi yang lebih besar untuk modelnya. Dalam kenyataan media yang dikongsikan, ia menyatakan “mendefinisikan semula aspek kemewahan dengan estetika” yang mencetus inspirasi dan inovasi perintis yang dapat memahat tanda aras baharu dalam segmen kenderaan mewah.
Beberapa tahun lalu, model BMW Individual ada terjual secara rasmi di sini, tetapi terhad untuk model CBU sahaja. Di mana kereta berkenaan ditawarkan dengan warna luaran yang unik, kemasan dalaman dan material upholstery. Di mana pelanggan boleh menentukan kemahuan sendiri, ini termasuklah pilihan bagi roda aloi dan sistem bunyi premium.
Secara tradisinya, model CBU memang lebih mudah untuk disuaikan atau diberi modifikasi, dengan kos tambahan ditanggung oleh pembeli. Ketika ditanya mengenai personalisasi bagi model CKD, sumber daripada BMW Group Malaysia berkata mereka memang ingin menawarkan beberapa individualisasi tersebut tetapi ia tidak dilaksanakan seperti model CBU kerana struktur cukai yang dikenakan untuk kereta pemasangan tempatan.
Salah satu langkah yang perlu dilakukan termasuklah melantik beberapa pebekal tempatan untuk mengeluarkan aksesori OEM dan komponen terbabit perlu dijual secara berasingan sebagai pakej pilihan. Ini termasuklah kit badan, rekaan roda aloi, material kulit dan warna, serta beberapa elemen estetika, tetapi bukannya elektronik (contohnya sistem bunyi, unit utama dan keselamatan yang dipertingkatkan).
Memasuki tahun 2020, Yamaha NVX 155 kini didatangkan dengan pilihan grafik baru untuk warna kuning, merah dan biru. Harga cadangan pengeluar yang dikeluarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) untuk skuter ini adalah RM10,088 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Sejak ia dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2017, ini adalah kali kedua Yamaha NVX diberikan pembaharuan warna, di mana kali pertama adalah pada penghujung tahun 2018. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa edisi istimewa seperti GP Edition tahun 2017, GP Edition tahun 2018 dan edisi Doxou.
Perincian mekanikal skuter ini masih lagi sama seperti awal, menggunakan enjin 155 cc, silinder tunggal dengan janaan kuasa sebanyak 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 14.4 Nm tork pada 6,000rpm. Enjin sejukan cecair dengan Variable Valve Actuation (VVA) ini menggunakan sistem suntikan bahan api, dengan kotak gear CVT untuk menyalurkan kuasa.
Sejak model tahun 2019, NVX telah menggunakan penyerap hentak dengan ‘tabung’ simpanan untuk memperbaiki prestasi serapan di belakang sementara bahagian depan pula menggunakan fork teleskopik biasa. Ciri ABS adalah standard pada bahagian depan dengan brek cakera, dan di belakang kekal menggunakan brek dram.
Ruang simpanan dengan kapasiti 25 liter terletak di bawah tempat duduk, begitu juga dengan slot USB untuk memudahkan pengguna. Paparan instrumen utama menggunakan LCD backlight, dan ia juga datang dengan sistem tanpa kunci.
Pasukan Repsol Honda Team adalah pasukan seterusnya yang mempersembahkan jentera serta pelumba untuk musim 2020 secara rasmi, dan ia dilakukan di Indonesia semalam sebelum mereka turun pula ke Litar Sepang untuk sesi ujian pada 7 hingga 9 September ini.
Sebelum anda teruja dengan pelbagai ciri teknikal dan aerodinamik motosikal ini, sekali lagi kami mahu memberitahu bentuk jentera RC213V itu masih boleh berubah lagi sebelum ia tiba di perlumbaan pertama musim ini di Qatar pada 6 hingga 8 Mac ini dan masih terdapat beberapa sesi ujian rasmi sebelum itu.
Bagi musim ini, Marc Marquez disertai oleh juara dunia dua kali (dalam Moto2 dan Moto3) yang juga merupakan adik beliau sendiri sebagai pelumba, iaitu Alex Marquez. Walaupun pernah dilihat jatuh waktu sesi ujian, Alex menunjukkan beliau sedang mengenali jentera Honda tersebut dan akan cuba mempertingkatkan prestasi.
Menurut pengurus pasukan Repsol Honda Team, Alberto Puig, sekarang ini masih terlalu awal untuk memberitahu bagaimana prestasi pasukan. Melalui Marc, sudah tentu mereka meletakkan sasaran untuk terus memegang gelaran juara tetapi beliau juga sedar pesaing lain turut semakin kuat dan mencabar. Apa pun mereka perlu menunggu sehingga perlumbaan sebenar berlangsung dan barulah dapat melihat keadaan keseluruhan. Berkenaan kecederaan bahu Marc, beliau memberitahu akan tiba di ujian Sepang dengan keadaan 70% sembuh.
Bagi Alex pula, Alberto memberitahu sasarannya adalah supaya beliau dapat menunjukkan prestasi yang baik hari demi hari, serta serasi dengan jentera. Pada aspek kedudukan, Alberto memberitahu ia tidak mudah untuk mendapat kedudukan enam atau tujuh teratas. Tapi apapun, beliau perlu menunggu perlumbaan sebenar bermula nanti.
Seperti yang diumumkan bulan lalu, Pasukan Proton Motorsport yang dikendalikan oleh Mellors Elliot Motorsport (MEM) bakal memulakan cabaran musim penuh Kejuaraan Rali British (BRC) 2020 dengan jentera Proton Iriz R5 yang akan bermula di Rali Cambrian hujung minggu ini. Berbeza dengan siri rali BTRDA yang disertai oleh mereka sebelum ini, siri BRC menyajikan cabaran yang jauh lebih hebat kerana disertai oleh pasukan, jentera dan juga pemandu dalam kelas yang lebih tinggi.
Jadi siapa yang bakal menjadi penghalang buat pemandu Proton-MEM, Oliver Mellors bersama juruarah Ian Windress untuk merangkul gelaran juara BRC 2020 ini? Tentangan hebat sudah tentu akan diberikan oleh juara BRC 2018 dan 2019, Matt Edwards bersama juruarahnya, Darren Garrod.
Edwards memandu Ford Fiesta R5 untuk pasukan M-Sport, iaitu pasukan sama yang mengendalikan Pasukan Rali Dunia Ford buat masa sekarang, dikemudi lagenda rali British, Malcolm Wilson. Menerusi pasukan ini juga, Elfyn Evans yang merangkul tempat ketiga di pusingan pertama WRC 2020, Rali Monte Carlo dua minggu lalu dengan memandu Toyota Yaris WRC berjaya dinobatkan sebagai juara BRC 2016, dan kemudiannya dia di bawa ke WRC oleh M-Sport sendiri.
Kemudian, Olie juga perlu berhadapan dengan naib juara BRC 2019, Tom Cave bersama juruarah Dale Furniss. Cave yang memandu Hyundai i20 R5 untuk pasukan PCRS Rallysport hanya ketinggalan 13 mata berbanding Edwards dalam kejohanan musim lalu.
Cave juga membuat kejutan dalam WRC pusingan ke-12, Rali GB tahun lalu dimana beliau dan Hyundai i20 R5 berkenaan berjaya menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-11 secara keseluruhan, dan meraih podium tempat ketiga dalam kategori WRC2.
Seorang lagi pemandu yang perlu diberi perhatian oleh MEM-Proton adalah Rhys Yates, yang baru sahaja pulang dari Rali Monte Carlo 2020 dengan membawa pulang 12 mata setelah berjaya merangkul tempat keempat dalam kategori WRC2. Seperti Edwards, Yates memandu Ford Fiesta R5 untuk pasukan M-Sport.
Untuk cabaran pusingan pertama BRC 2020, Rali Cambrian minggu ini, sebuah lagi Iriz R5 turut akan mengiringi tugas yang digalas oleh Olie Mellors, iaitu jentera yang akan dikemudi oleh penyandang tempat ketiga BRC kategori Junior tahun lalu, James Williams bersama juruarahnya Dai Roberts.
“Saya telah memandu jentera R5 Fiesta dan Hyundai semasa ujian BRC di mana ia adalah pengalaman yang bagus, jadi saya ada tanda aras asas membolehkan saya lihat di mana tahap Iriz berbanding jentera lain. Saya sangat terkejut dengan pakej dari Proton. Pemandu rasmi pasukan Ollie Mellors telah membuktikannya dalam acara-acara BTRDA bahawa kereta ini sangat kompetitif, dan saya harap kami dapat membuat perkara yang sama dan jika peluang semakin luas, saya akan meneruskannya lebih dari pusingan pertama kerana saya sangat teruja dengan projek ini,” kata Williams yang kini hanya berumur 21-tahun.
Bagi Olie Mellors sendiri, beliau yakin Iriz R5 yang diujinya sendiri sepanjang tiga-tahun pembangunannya itu bakal mempamerkan aksi meyakinkan dan dia sendiri mensasarkan podium pertama BRC akan dikecapi menerusi kereta ini.
“Saya sentiasa yakin dengan kebolehan kereta ini dan kejayaan tahun lalu menambah keyakinan ini untuk saya dan pasukan. Kami rasa 2020 merupakan tahun yang tepat untuk melancarkan Iriz dalam BRC di mana ia benar-benar boleh dibandingkan dengan jentera-jentera terkini yang ada sekarang,” kata Olie.
Beliau juga menyatakan BRC adalah platform terbaik untuk bermula sebelum mereka dapat melangkah ke WRC. “Kami tidak menyembunyikan fakta bahawa WRC adalah sasaran kami dengan Proton dan Kejuaraan Rali British ini sepatutnya menjadi batu loncatan yang baik untuk sasaran tersebut,” jelasnya lagi.
Kali terakhir MEM menyertai siri berkenaan adalah pada tahun 2016 dengan sebuah lagi jentera Proton iaitu Satria Neo S2000. Dalam musim berkenaan, keputusan terbaik yang mampu diraih oleh Olie hanyalah berada di tempat keempat pada pusingan di Circuit of Ireland National kerana ketika itu pesaing lain mula beralih menggunakan jentera dengan spesifikasi R5.
MEM dan Proton sekali lagi kembali ke WRC pada tahun 2012 dalam kategori WRC2 dengan Satria Neo S2000, membolehkan pemandu Sweden, Per-Gunnar Andersson menjadi juara Rali Sweden dan Finland seterusnya menjadi naib juara dalam kategorinya pada musim berkenaan.
Proton Iriz R5 ini dibangunkan oleh MEM sejak tahun 2016. Jentera tersebut dijana enjin petrol turbo 4B11 yang hampir sama dengan enjin Mitsubishi Lancer Evo X (juga asas untuk enjin Proton Inspira) yang telah diturunkan kapasitinya dari 2.0 liter kepada 1.6 liter bagi membolehkan ia diiktiraf dalam kategori R5, digandingkan bersama transmisi dari Xtrac dan juga sistem pacuan semua roda.
Untuk suspensi, ia diberikan set penyerap hentak dari Reiger, dan turut menerima sistem brek dari Brembo. Seluruh kawalan elektronik jentera ini pula menerima peralatan dari Cosworth. Kereta ini telah pun menerima homologasi penuh dari FIA pada Mac tahun lalu bagi membolehkan ia mengambil bahagian dalam mana-mana pusingan Kejohanan Rali Dunia (WRC) dalam kategori WRC2.
Dalam majlis makan tengahari bersama pihak media hari ini, BMW Group Malaysia turut mengumumkan beberapa perancangan untuk tahun ini, salah satunya termasuklah lanjutan bagi “Story of Visionary Mobility” (contohnya teknologi masa hadapan BMW Group) yang senada dengan Dasar Automotif Negara (NAP) akan datang.
Sementara perincian mengenai NAP masih belum diumumkan, namun sumber daripada BMW Group Malaysia memaklumkan ia bakal meliputi mobiliti masa hadapan, termasuk elektrifikasi dan pemanduan sendiri, seiring sejalan dengan apa yang sedang BMW lakukan di peringkat global. Ini termasuklah perancangan besar untuk membawa model elektrifikasi baharu, menurut sumber terbabit.
Model 330e F30 yang pernah berada di pasaran tempatan menerima sambutan yang amat memberangsangkan, malah lebih 1,000 unit berjaya terjual. Namun memandangkan model terbabit telah pun tidak lagi dijual disini, perhatian kami beralih pada model G20 generasi akan datang, dan sumber berkenaan berkata BMW berminat untuk membawa varian plug-in hybrid bagi model 3 Series pada tahun ini.
Tanpa mendedahkan perincian lanjut, kami meneka ia adalah kemungkinan model 330e yang bakal dibawa masuk ke pasaran kita. Sumber berkenaan turut menambah, MINI Cooper SE, versi elektrik sepenuhnya bagi model MINI hatch tiga-pintu, juga sedang dipertimbangkan untuk dilancarkan di sini. Jika ia menjadi kenyataan, maka model berkenaan bakal menyertai BMW i3s dalam barisan EV tempatan.
Untuk pengetahuan, 330e G20 merupakan versi yang dipertingkatkan bagi penjana kuasa F30, iaitu gandingan enjin B48 2.0 liter turbo empat-silinder (184 PS), motor elektrik 50 kW (68 PS) dan kotak gear automatik lapan-kelajuan ZF. Secara menyeluruh, model berkenaan mampu menghasilkan kuasa sehingga 252 PS dan tork cecah 420 Nm, tetapi dengan adanya ciri XtraBoost, ia mampu menambahkan lagi 40 PS di bawah kuasa pendikitan, menjadikan keseluruhan kuasa mencecah 292 PS. Bateri lithium-ion 12 kWh turut diberikan bagi pacuan semua-elektrik, yang mampu memacu enjin hingga jarak 60 km.
Sementara itu, bagi MINI Cooper SE pula, ia digandingkan dengan motor elektrik 184 PS/270 Nm, yang dijanakan oleh bateri lithium-ion 28.9 kWh. Pecutan dari sifar ke 100 km/j boleh dicapai dalam 7.3 saat dan mampu dipacu dengan cas penuh sehingga 270 km. Pengecasan penuh hanya mengamil masa sekitar 4.2 jam dengan penggunaan AC Wallbox berkapasiti 7.2 kW, 3.5 jam dengan wallbox berkapasiti 11 kW dan 1.4 jam menggunakan pengecas pantas DC 50 kW.
Untuk pengesahan lebih lanjut, kena tunggu pengumuman seterusnya daripada BMW Group Malaysia sendiri. Pastinya 2020 ini syarikat tersebut mahu mengambil langkah agresif dalam memperkenalkan pelbagai model baharu seperti mana tahun lalu yang mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan.
Pengedar rasmi jenama Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan bahawa versi terbaharu untuk kembar MPV mewah mereka, Toyota Alphard dan Toyota Vellfire diperkenalkan secara rasmi dan sudah mula boleh ditempah di semua jaringan pengedar mereka diseluruh negara.
Kedua-dua versi berkenaan dijual pada harga lebih tinggi dari sebelum ini, tetapi menerima pelbagai peningkatan dari segi kelengkapan. Vellfire masih ditawarkan dalam satu varian iaitu standard dijual pada harga anggaran RM383,000 (RM21,000 lebih mahal), manakala Alphard juga masih kekal dengan dua varian dimana versi standard dijual pada harga anggaran bermula RM RM465,000.
UMWT belum lagi mendedahkan harga untuk varian tertinggi Alphard Executive Lounge – versi ini pernah digugurkan dari barisan model, tetapi nampaknya ia kembali ditawarkan kepada pelanggan di Malaysia.
Kesemua unit Alphard dan Vellfire untuk pasaran Malaysia adalah diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU). Warna White Pearl C, Graphite Metallic dan Black ditawarkan untuk kesemua model, tetapi warna Luxury White Pearl CS GF hanya ditawarkan untuk kedua-dua varian Alphard, dan Burning Black CS GF pula hanya eksklusif untuk Vellfire.
Dengan harga lebih mahal untuk setiap varian, model tingkat taraf ini diberikan peningkatan dari segi aspek Safe-T dan Connectivi-T, selari dengan Strategi Pengalaman Jenama 360-darjah Baru, menurut UMWT.
Antara penambahan sistem berkenaan termasuk Sistem Brek Sokongan Parkir, Sistem Infotainmen AVX dengan skrin 9-inci bersama sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, Perakam Video Digital (DVR) depan dan belakang, Sistem Telematik Kenderaan (VTS) dan juga Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).
Dengan ciri Sistem Brek Sokongan Parkir yang disertakan pada model 2020 ini, pemandu boleh memanfaatkan sistem letak kenderaan pintar untuk mengesan objek di kawasan sekitar kenderaan ketika dalam proses meletak kenderaan. Sekiranya ada objek dikesan, brek akan ditekan secara automatik dan kuasa enjin akan dihadkan supaya perlanggaran boleh dielak. Sekiranya perlanggaran tetap berlaku, tindakan sistem berkenaan dapat mengurangkan kerosakan.
Manakala Sistem Telematik Kenderaan (VTS) pada Vellfire dan Alphard ini merupakan ciri sambungan yang menggunakan GPS/GSM untuk mengesan lokasi kenderaan pada setiap masa. Ia dapat membantu pencarian kenderaan oleh pihak polis sekiranya ia dicuri. Ciri ini juga meninjau dan merakam kelajuan kenderaan dan keadaan operasi lain yang dihadapi oleh kenderaan, dengan data akan dihantar melalui emel kepada pengguna yang diinginkan.
Juga, Alphard dan Vellfire terbaharu ini menerima pakej sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri dari Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Penukaran Lorong (LDA), Bantuan Pengesanan Lorong (LTA) dan Cruise Control Dinamik (DRCC) yang berfungsi dalam semua kelajuan.
Tiada sebarang perubahan kosmetik pada bahagian luaran dan dalaman pada Alphard dan Vellfire ini, begitu juga pada sistem mekanikalnya. Untuk Vellfire, ia dijana oleh enjin 2AR-FE 2.5 liter Dual VVT-i, menghasilkan 180 PS pada 6,000 rpm dan 235 Nm tork pada 4,100 rpm, dipadankan dengan transmisi CVT.
Manakala Alphard pula masih diberikan unit janakuasa dari versi facelift 2018, menampilkan 2GR-FKE 3.5 liter V6 dengan sistem suntikan terus D-4S dan VVT-iW, berkuasa 300 PS pada 6,600 rpm dan tork maksima 361 Nm bermula 4,600 hingga 4,700 rpm, bersama transmisi automatik Direct Shift lapan kelajuan.
TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia telah pun melancarkan Renault E-Store baharu dengan ciri ‘Buy a Renault’ dan ‘Subscribe’ pada laman web Renault Malaysia. Ia merupakan langkah ke arah e-dagang yang pertama dalam industri automotif tempatan.
Selain tidak perlu pergi ke bilik pameran dan memandu uji kenderaan Renault selama tiga jam yang ditawarkan menerusi GoCar, pelanggan kini boleh memiliki kemudahan untuk membeli atau melanggan sebuah Renault secara digital yang revolusionari.
“Kami berbangga untuk menjadi jenama automotif pertama yang terlibat dalam e-dagang. Menerusi Renault E-Store dan lebih banyak tawaran baru pada masa akan datang, kami menjadi perintis dalam pendigitalan pengalaman pelanggan. Pada masa yang sama mengubah industri ini,” kata Pengerusi TC Euro Cars, Nicholas Tan.
Bagaimana Renault E-Store ini berfungsi? Dengan hanya melayari laman web Renault Malaysia (www.renault.com.my), pelanggan boleh melengkapkan penyelesaian yang menyeluruh termasuk pilih
model dan warna yang mereka mahukan, kemudian buat bayaran tempahan serta hantar dokumen-dokumen berkaitan.
Selain itu, pelanggan juga diminta untuk menghantar perincian penilaian trade-in , menyediakan pinjaman bank yang dimahukan dan memeriksa status kenderaan baharu mereka. Langkah terakhis pula, pelanggan harus menyatakan lokasi penyerahan sama ada di bilik pameran Renault atau dihantar ke lokasi pilihan (dengan tambahan kos).
Bagi memastikan kemudahan yang optimum kepada pelanggan, agen-agen Renault yang komited akan membantu pelanggan melalui setiap proses pembelian.
Bagi meraikan pelancaran Renault E-Store, TCEC turut melanjutkan tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk 50 pelanggan pertama yang membeli secara dalam talian. Semua pelanggan ini akan menerima langganan selama enam bulan crossover gaya hidup Captur yang versatil secara percuma. Langganan itu boleh dipindahkan kepada ahli keluarga.
Skoda Vision IN Concept telah ditunjukkan awal sebelum dibawa ke pameran India Auto Expo 2020 di New Delhi. Crossover yang menggunakan platform MQB A0-IN (platform khas MQB A0 untuk pasaran India) ini memberikan petunjuk kepada sebuah model produksi yang akan diperkenalkan di India.
Ia mempunyai ukuran panjang 4,256 mm, tinggi 1,589 mm dan jarak roda 2,671 mm, manakala lebar pula tidak dinyatakan. Sebagai perbandingan, model Skoda Scala 2019 yang menggunakan platform MQB A0 mempunyai ukuran 4,362 mm panjang, 1,793 mm lebar, 1,471 mm tinggi dan jarak roda 2,649 mm, menjadikan ia 104 mm lebih pendek, 6 mm lebih lebar, 19 mm lebih rendah dan jarak roda 29 mm lebih pendek berbanding Volkswagen Golf.
Perincian bahagian depan model konsep ini adalah termasuk lampu utama LED, kristal berlampu pada gril, modul LED untuk penunjuk arah, serta lampu siang dan lampu kabus LED. Bahagian bawah bampar mempunyai kemasan alumninium, bersama plastik hitam yang turut digunakan pada lengkuk roda, bawah pintu dan bampar belakang.
Kuasa penggerak Vision IN Concept datang daripada enjin petrol 1.5 liter TSI, dengan 150 PS dan 250 Nm tork, disampaikan kepada roda hadapan melalui kotak gear automatik klac berkembar DSG tujuh kelajuan. Melalui tetapan ini, Vision IN Concept dapat menghasilkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.7 saat dan laju maksimum 195 km/j. Rim adalah unit 19 inci dengna tayar 235/45.
Menurut Skoda, bahagian dalam kereta konsep ini menggabungkan teknologi moden dengan bahan “hasil kerja tradisional India dan seni kaca kristal Bohemian.” Tempat duduk dan beberapa bahagian lain dalam kenderaan ini dibalut dengan kulit sintetik yang dihasilkan daripada daun nenas terbuang, dan digabungkan dengan kulit asli boleh kitar semula yang dibuat tanpa kromium.
Pemandu boleh melihat bahagian instrumen melalui paparan digital Virtual Cockpit, manakala di tengah pula terdapat skrin infotainmen 12.3 inci. Menurut Skoda, penumpang yang duduk di hadapan boleh berhubung dengan pembantu digital bagi sistem infotainmen kenderaan ini, menggunakan butang kristal yang terdapat di bahagian atas, tengah papan pemuka.
Melalui penggunaan banyak sistem digital, bahagian dalam kenderaan konsep ini dapat dijadikan lebih luas, seperti pemilih gear elektrik dan brek parkir elektromekanikal, sekaligus menjadikan konsol tengah lebih kemas dan ringkas, dan digantikan dengan tempat letak barangan.
Skoda turut memberitahu, jarak roda 2,671 mm menjadikan bahagian dalam kenderaan ini lebih luas, dan tempat duduk belakang boleh diubah daripada tiga tempat duduk kepada dua tempat duduk dengan konsol tengah penuh. Pada bahagian ini terdapat kemasan kayu sebenar manakala alas lantai dibuat daripada Pinatex dan kemasan bumbung daripada gentian plastik kitar semula.
Vision IN Concept memberi petunjuk awal kepada model produksi yang dikata akan masuk ke pasaran negara itu awal tahun depan dan akan menjadi model produksi pertama yang menggunakan platform khas MQB A0-IN khas untuk India. Ia kemudiannya akan disertai oleh sebuah lagi model pada tahun 2021 dan Volkswagen Taigun yang menggunakan platform sama.
Ducati sememangnya sudah terkenal dengan pengeluaran model-model edisi terhad, dan yang terbaru adalah Panigale V4 25th Anniversario 916 yang diperkenalkan pada tahun lepas. Hanya 500 unit dikeluarkan untuk seluruh dunia dan Malaysia turut menerima satu daripadanya.
Sebelum pergi lebih kepada spesifikasinya, kami ingin memberitahu bahawa satu-satunya unit yang tiba di Malaysia ini sebenarnya sudah dijual pada harga RM360k. Walaubagaimanapun, kalau anda sekadar mahu melihat, ia masih berada di pusat pameran Ducati di Petaling Jaya.
Sebagaimana yang boleh dilihat pada namanya, model ini dikeluarkan sebagai meraikan model 916, yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1994, dan mencatat banyak kemenangan dalam dunia lumba WSBK – 120 perlumbaan, lapan gelaran juara pengeluar dan enam gelaran juara penunggang (empat daripadanya melalui ‘King’ Carl Fogarty).
Grafik serta warna model edisi terhad ini dihasilkan inspirasi daripada motosikal lumba Fogarty tahun 1999 dan sebab itulah anda dapat melihat nombor 1 di hadapan serta panel tepinya, manakala pada penghadang angin hadapan terdapat pelekat tertulis ‘Foggy’ serta logonya.
Ciri mekanikal model edisi terhad ini diambil daripada model V4S, dan dinaik taraf dengan barangan lumba daripada V4 R seperti kerangka mengikut spesifikasi Ducati Corse, klac kering dan sistem elektronik seperti Ducati Quick Shift EVO 2 dan Ducati Traction Control EVO 2.
Enjin masih lagi unit V4 Desmosedici Stradale 90 1,103 cc yang menghasilkan 214 hp pada 13,000 rpm dan 124 Nm tork pada 10,000 rpm. Kelengkapan lain adalah termasuk fork Ohlins NIX30 43 mm dan monoshock Ohlins TTX36 dengan pelarasan elektronik, brek Brembo Monobloc Stylema M4.30 di hadapan dengan sistem Cornering ABS EVO dan berat 194 kg (siap dengan bendalir).
Sebagai sebuah model edisi terhad, sudah tentu model ini mempunyai barangan khas untuknya, yang termasuk rim magnesium forged Marchesini, ekzos titanium Akrapovic, nombor keluaran atas top yoke, klac kering (turut diberi dengan penutup jenis terbuka), penghadang angin jenis lumba, pelindung tuil brek, kit Ducati Data Analyser+ (DDA+) dengan modul GPS serta pelbagai lagi bahagian lain yang diperbuat daripada gentian karbon dan aluminium billet.
Pada bahagian elektronik, motosikal ini datang dengan pilihan mod tunggangan, Ducati Traction Control EVO (DTC EVO), Ducati Slide Control (DSC), Ducati Wheelie Control EVO (DWC EVO), Ducati Power Launch (DPL), Engine Brake Control EVO (EBC EVO) dan Ducati Quick Shift up/down.
BMW Group Malaysia telah pun mengumumkan prestasi jualan bagi tahun 2019 dengan sejumlah
11,567 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad telah diserahkan kepada para pelanggan. Jumlah tersebut turut disumbangkan oleh pengenalan 32 model baharu daripada jenama BMW dan MINI – empat daripadanya ialah kenderaan elektrik (EV).
Bagi kenderaan EV di bawah jenama BMW dan MINI, sebanyak 3,148 unit telah terjual pada tahun lalu, sekaligus menambahkan jumlah yang berjaya dicatatkan sejak tahun 2015 iaitu mencecah lebih 17,000 unit.
Bagi jenama BMW, ia telah menyumbangkan jualan sebanyak 9,300 unit kenderaan pada tahun lalu dengan 2,514 unit adalah daripada model BMW 3 Series, BMW 330e M Sport (1,000 unit) dan BMW 5 Series (lebih 2,000 unit).
Manakala famili BMW X berjaya mencatat penyerahan yang memberangsangkan sepanjang tahun 2019 dengan sejumlah 3,985 unit. BMW X3 merupakan model penyumbang yang tertinggi dengan penyerahan berjumlah 1,354 unit, diikuti oleh BMW X1 (1,331 unit). Jentera elektrik BMW X5 xDrive40e turut menyumbang kepada penyerahan berjumlah 24% (975 unit) dalam famili BMW X, lantas menjadikannya model BMW X yang ketiga terlaris pada tahun 2019.
Bagi MINI pula, ia telah mencatatkan jualan sebanyak 1,142 unit pada tahun lalu, dengan model MINI Countryman telah menyumbang separuh daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak 685 unit. Sementara itu, BMW Motorrad berjaya menyerahkan 1,125 unit motosikal kepada pemilik-pemilik baharu. Penyumbang utama kepada pertumbuhan jenama ini masih kekal dalam segmen Pengembaraan (Adventure) yang menyaksikan 600 lebih pemilik baharu pada tahun 2019.
Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, “Berlatarbelakangkan cabaran yang wujud dalam sektor automotif pada tahun lalu, kami berbangga untuk melakar kejayaan ini dalam segmen kenderaan elektrik di Malaysia dan di seluruh dunia – yang menegaskan harapan kami untuk tahun ini.
“Kami komited untuk terus menerajui arena mobiliti elektro di Malaysia, khususnya menjelang pengumuman Polisi Automotif Nasional yang bakal melihat kenderaan elektrik memainkan peranan yang penting untuk mendorong sektor automotif ke aras yang lebih tinggi.”
Tahun 2019 juga menandakan tahun ketiga secara berturut-turut di mana BMW Group Malaysia menyebarluaskan infrastruktur mobiliti elektro di dalam negara. Hanya dalam tempoh tiga tahun, pengeluar kenderaan premium ini telah merungkaikan lebih daripada 30 Fasiliti Pengecasan BMW i.
Secara global, BMW Group telah memecah rekod buat tahun yang kesembilan secara berturut-turut setakat tahun 2019, dengan jumlah penyerahan mencecah 2,520,307 unit. Jenama BMW telah merekodkan angka tertinggi pada tahun lalu, dengan penyerahan berjumlah 2,168,516 unit di seluruh dunia.
Di persada antarabangsa, jenama MINI turut berjaya menyerahkan 346,639 unit kenderaan pada tahun lalu, sementara BMW Motorrad mencatat 175,162 unit motosikal yang diserahkan kepada pemilik baharu. Selain itu, sebanyak 145,815 unit kenderaan elektrik BMW dan MINI telah diserahkan di seluruh dunia pada tahun 2019, ia menyumbang kepada setengah juta kenderaan elektrik yang berjaya diserahkan setakat ini.
Menurut pengumuman Hyundai sebelum ini, trak pikap berkenaan akan diproduksi di kilang Montgomery, Alabama di Amerika Syarikat bermula tahun 2021. Walaupun diberikan penyamaran yang agak berat, rekaan trak pikap pertama Hyundai versi produksi ini kelihatan mengambil rekaan dari model konsep sebelum ini, tetapi diberikan konfigurasi badan double-cab.
Muka trak pikap tersebut diberikan gril signatur Hyundai terkini, diapit dengan sepasang lampu hapadan yang nipis. Pencahayaan turut dibantu dengan lampu panduan bersaiz besar di bawah tiap-tiap lampu hadapan berkenaan. Pada bahagian sisi, rekaan Santa Cruz ini nampaknya mengambil elemen rekaan dari SUV Santa Fe, terutamanya pada rekaan tiang-C.
Spy-Shots of Cars This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Khabar angin bertiup, Santa Cruz dikatakan sebuah trak pikap unibody yang diasaskan dari Santa Fe, jadi berkemungkinan ia dijana oleh pilihan enjin yang sama iaitu sama ada enjin petrol NA 2.4 liter berkuasa 185 hp, atau 2.0 liter petrol turbo menjana 238 hp.
Ada juga dakwaan yang mengatakan trak pikap Hyundai ini akan di bina untuk berhadapan terus dengan model-model arus perdana seperti Toyota Hilux, dan ia akan diberikan casis jenis ladder frame. Walau bagaimanapun, masih belum ada pengumuman rasmi dari Hyundai sendiri berkenaan binaan asas trak pikap berkenaan.
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Spy-Shots of Cars
This image has been optimized for a calibrated screen with a Gamma of 2.2 and a colour temperature of 6500°K
Volkswagen Taigun telah didedahkan lebih awal di India, sebelum ia membuat penampilan di acara Auto Expo 2020 di Delhi Khamis ini. Ia sebenarnya adalah Taigun Concept, yang kini sudah bersedia untuk pasaran. Walaubagaimanapun, Autocar India melaporkan ia hanya akan mula dijual pada separuh kedua tahun 2021 di sana.
Model asal Taigun Concept muncul pada tahun 2012, dan ia mendapat perhatian kerana saiz yang dianggap sesuai dengan India – 3.86 meter panjang, 1.73 meter lebar dan jarak roda 2.47 meter. Walaubagaimanapun, model baru ini pula berbeza kerana ia menggunakan asas daripada model T-Cross.
T-Cross yang muncul pada tahun 2018 memang adalah SUV paling kecil Volkswagen, tetapi ia tidak sekecil model konsep Taigun. Malah, Taigun juga menggunakan asas T-Cross yang dipanjangkan – jarak roda 2,651 mm untuk memberi lebih ruang dan keselesaan kepada penumpang belakang. Tinggi dari tanah 205 mm juga dibuat khas untuk India.
Turut diubah berbanding T-Cross adalah mukanya, yang kini nampak lebih serius serta “premium”, serta lebih banyak hiasan serta kemasan krom. Lampu belakang pula mempunyai jalur nyalaan yang bersambung di tengah. Selain daripada rim, kami rasa keseluruhan bahagian SUV ini sudah bersedia untuk produksi.
Laporan tempatan mengatakan model produksi akan dibina atas platform MQB A0 IN khas untuk India, yang turut digunakan pada SUV Skoda dan model konsep Vision IN Concept. Autocar pula menambah walaupun harga kenderaan Volkswagen biasanya lebih mahal, Taigun ini akan dijadikan lebih menarik hasil daripada rasionalisasi kos dan penggunaan barangan tempatan yang lebih banyak.
Taigun versi produksi dijangka mendapat enjin petrol 1.5 liter TSI dengan kuasa 130 hp dan teknologi nyahaktif silinder. Tiada pilihan diesel akan diberi, tapi Volkswagen melihat kepada CNG sebagai alternatif. Barangan lain yang akan dipasang adalah seperti panel instrumen digital, skrin sesentuh 8.0 inci dan sistem keselamatan tahap tinggi.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah tersebar gambar Kia Sorento generasi keempat atas talian, tapi gambar yang kami dapati ini adalah yang paling jelas setakat ini. SUV dengan tempat duduk tiga baris ini dijumpai waktu ia sedang menjalani sesi penggambaran, jadi tiada sebarang pelekat penyamaran yang digunakan.
Pada bahagian hadapan, gril “tiger nose” yang sudah menjadi identiti kenderaan Kia turut digunakan pada Sorento, dengan hanya terdapat jalur krom yang nipis di atasnya manakala lampu pula menggunakan unit LED projector yang berbentuk nipis, bersama jalur lampu DRL di bawahnya.
Anda juga boleh melihat bonjolan yang jelas atas bonet SUV ini, yang sekaligus menjadikannya nampak lebih garang manakala bampar pula mempunyai lampu kabus yang diletakkan rendah manakala di penjuru terdapat bukaan udara menegak.
Bahagian belakang menunjukkan rekaan yang lebih radikal, dengan lekuk-lekuk unik pada pintu but, empat jalur lampu yang menegak (sedikit seperti Mustang), hiasan krom dan bukaan udara hiasan pada bahagian bawah bampar, spoiler bumbung serta tulisan Sorento yang dijarakkan.
Untuk model baru ini, ia dijangka mendapat bahagian dalam yang lebih premium, bersama teknologi seperti Telluride termasuk skrin sesentuh 10.25 inci. Penggeraknya pula mungkin enjin biasa Kia seperti unit petrol 2.0 dan 2.5 liter turbo dan NA, serta diesel turbo 2.0 dan 2.2 liter. Kia juga telah mengesahkan versi hibrid dan plug-in hybrid untuk generasi baru ini.
Volkswagen boleh dikatakan ‘separuh mati’ akibat skandal dieselgate iaitu penipuan ujian pencemaran enjin diesel sebelum ini. Namun ini tidak bermaksud mereka terus cuci tangan dalam menghasilkan enjin diesel, sebaliknya kini tampil dengan enjin TDI baharu yang benar-benar lebih bersih, dilengkapkan dengan teknologi yang digelar Twin-Dosing yang mampu mencapai piawaian undang-undang Euro 6D-TEMP.
Teknologi tersebut dilengkapkan pada enjin turbodiesel EA288 Evo 2.0 liter berkuasa 150 PS, yang menjana VW Golf generasi ke-lapan versi diesel. Teknologi Twin-Dosing yang dipaadankan pada enjin berkenaan terdiri dari dua komponen utama iaitu dua buah catalytic converter yang dilengkapkan pada sistem ekzos enjin berkenaan bagi mengurangkan pencemaran nitrogen oksida.
Peringkat pertama dalam sistem ini, gas ekzos akan melalui oxidation catalytic converter yang akan menyingkirkan elemen seperti lebihan diesel yang tidak terbakar dan juga karbon monoksida. Kemudian asap tersebut perlu melalui diesel particulate filter (DPF) pula bagi menapis zarah-zarah jelaga.
Selain itu, DPF ini juga dalam masa yang sama bertindak sebagai catalytic converter SCR yang pertama kerana cecair yang mengurang penghasilan nitrogen oksida, AdBlue disembur pada bahagian ini. DPF dan juga catalytic converter berkenaan diletakkan hampir dengan enjin bagi membolehkan ia cepat mencapai suhu operasi ketika beroperasi dalam suhu persekitaran yang rendah.
Selepas itu, gas ekzos berkenaan akan melalui pula catalytic converter SCR yang kedua, juga disembur dengan AdBlue sekali lagi. Menurut VW, komponen ini terletak di bawah badan kereta, membolehkan suhu operasi dicapai pada masa yang tepat apabila kereta berkenaan panas atau ketika beban tinggi seperti sedang dipandu laju pada lebuhraya.
Apabila kesemua suhu operasi dicapai, sistem ini memastikan ‘hampir semua’ nitrogen oksida dapat dihilangkan dalam apa jua situasi pemanduan, tambah Volkswagen.
Menurut Volkswagen lagi, menerusi penelitian yang dibuat oleh institusi bebas, enjin EA288 evo ini mampu beroperasi dengn had Nitrogen Oksida yang ditetapkan dalam standard Euro 6D. Bagi memudahkan pemahaman, VW turut menghasilkan video di bawah untuk tontonan anda.
Suzuki XL7, MPV Suzuki Ertiga versi SUV, bakal dilancarkan di Indonesia pada hujung bulan ini, menurut laporan penerbitan tempatan. XL7 pada dasarnya adalah XL6 yang diperkenalkan di India pada Ogos 2019, tetapi tanpa pilihan tempat duduk ‘kapten’ pada bahagian barisan kedua – sesuai dengan namanya XL7.
Walau pun wajah XL7 agak berbeza daripada Ertiga, dan ia turut menerima elemen inspirasi SUV termasuk lapisan plastik hitam pada sudut bawah, “skid plate” perak hadapan dan belakang, rel bumbung dan kemasan kecil pada tiang-A.
Dengar khabar XL7 bakal dilancarkan dengan tiga varian – Alpha, Beta dan Zeta – dikuasakan dengan penjana kuasa yang sama iaitu K158 1.5 liter NA petrol sama seperti Ertiga. Antara ciri yang ditampilkan termasuklah lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang, lampu belakang LED signatur, dan Smart e-Mirror.
Varian tertinggi akan menerima pilihan dalaman dua-tona, sementara senarai kit keselamatan termasuk ABS, EBD, ESP, Hill Hold Control dan kamera undur.
Proton telah umumkan angka prestasi jualan bagi bulan Januari 2020, dan memaklumkan bahawa syarikat itu telah berjaya menjual 8,506 unit kenderaan bagi tempoh itu. Walaupun angka itu kurang 2,611 unit – atau 23.49% – berbanding Disember 2019, jualan Januari 2020 itu tetap menunjukkan peningkatan sebanyak 20.2% berbanding tempoh sama tahun lalu. Dan, dalam tempoh empat tahun terakhir, ini merupakan prestasi terbaik yang diperoleh bagi bulan Januari.
Pegangan pasaran juga memberikan petunjuk positif; Proton yang menjual sebanyak 100,821 unit sepanjang 2019 dan kekal di kedudukan kedua mendakwa pegangan pasarannya telah meningkat sebanyak 4.9% menjadi 19.5% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dilihat dari sudut prestasi jualan mengikut model, Saga terus berada di atas dengan 3,871 unit terjual bulan lalu. Ini diikuti oleh X70 dengan 1,367 unit dan kemudian Persona dengan 2,109 unit (mewakili 84% peningkatan bagi tempoh sama tahun lalu). Bagi Iriz, sejumlah 785 unit terjual (+465%) sepanjang Januari lalu.
“Ini menandakan permulaan yang baik untuk tahun ini bagi Proton. Januari selalu menjadi bulan yang payah dari sudut jualan, tetapi kami masih menunjukkan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun sebelum ini,” ujar CEO Proton, Dr. Li Chunrong.
“Ini juga dengan jelas menunjukkan bahawa pelanggan melihat nilai yang kami cuba tampilkan dalam barisan kenderaan terbaru. Ini terutamanya bagi Saga, Persona, Iriz dan Exora yang semuanya dilancarkan tahun lalu. Kami percaya, tumpuan terhadap teknologi, keselamatan dan kualiti menyumbang kepad prestasi positif ini. Kami akan terus melalakukan semua itu untuk produk-produk akan datang,” tambah Dr. Li.
Bulan lalu, Dr. Li berkata syarikat mensasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 132,000 unit kenderaan tahun ini, menaikkan sasaran jualannya kepada 32%. Proton juga ingin menjadi pendahulu di dalam lima segmen kenderaan tahun ini.
Kali terakhir Cagiva mengeluarkan model baru adalah pada tahun 2012, dan sejak itu, syarikat yang berasal dari Itali dan turut dimiliki oleh MV Agusta ini semakin senyap hingga sekarang. Pada tahun 2018, muncul laporan yang mengatakan Cagiva akan kembali dengan penawaran motosikal elektrik dan offroad menjelang tahun 2019, tapi nampaknya ia masih belum berlaku.
Kini berita yang sama timbul kembali apabila presiden MV Agusta, Timur Sardarov mengeluarkan kenyataan. Menurut laporan Visor Down, Sardarov memberitahu bahawa Cagiva akan bertindak sebagai wakil MV Agusta dalam pasaran motosikal elektrik, dengan barisan jentera ekonomi ‘penggerak urban’.
“Kami tidak akan membuat skuter, tetapi motosikal. Senang ditunggang dan bawah 4kW, sebab pada masa ini tiada siapa yang menghasilkan motosikal lebih daripada segmen ini dapat menghasilkan keuntungan. Dalam masa enam atau tujuh tahun, ia mungkin dapat mencecah keuntungan seperti motosikal 350 cc,” tambah Sardarov.
Sardarov memberitahu kepada Motociclismo pula, Cagiva akan memulakan produksi pada tahun hadapan, paling lambat awal tahun hadapan, dan khusus untuk mengeluarkan motosikal elektrik urban. Setakat ini masih belum diketahui sama ada Cagiva akan membangunkan sendiri model elektrik tersebut atau bersama dengan rakan kongsi lain. Sudah tentu, perincian motosikal ini juga masih belum didedahkan.
Walaupun perkhabaran tentang hidupnya semula Cagiva ini telah tersebar lebih awal, tapi tanpa sebarang tindakan lanjutan, ia boleh difahami kerana MV Agusta sendiri perlu berhadapan dengan pelbagai masalah sendiri, yang mana sekarang mungkin sudah terurus.