Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • VIDEO: Toyota Corolla E7 liftback berenjin 2JZ menjana 1600 hp dari Arab Saudi gegar litar drag Qatar

    Saluran youtube 1320 Video yang sering memuat naik video-video perlumbaan drag kini sekali lagi menyiarkan video yang sangat menarik ditonton – kali ini menampilkan Toyota Corolla generasi keempat E7 versi liftback (KE70/TE71) yang diberikan enjin 2JZ bersama sebuah unit pengecas turbo gergasi.

    Corolla berkenaan dipandu oleh Ali Alluwaym dari Arab Saudi pada perlumbaan drag Arabian Pro Series pusingan terakhir yang dianjurkan oleh Qatar Racing Club, dalam kategori Outlaw 6 Cylinders. Video ini memaparkan setiap perlumbaan Corolla tersebut pada pusingan kalah mati hingga ke pusingan akhir, yang menyaksikan ia menjadi juara dalam kategori tersebut.

    Dapat disaksikan, jentera drag ini mampu memecut pada jarak suku batu dalam masa kurang dari lima saat iaitu sekitar 4.8 saat, menewaskan berberapa buah Nissan Skyline GT-R R32, Nissan Fairlady 300ZX serta sebuah Ford Mustang TB48 ‘Fox Body’ pada pusingan akhir yang enjinya tidak boleh dihidupkan.

    Selain dari mengetahui enjin 2JZ berkenaan diberikan turbo gergasi Garrett GT 50, dapat dilihat juga ia masih lagi menggunakan kerangka asal Corolla E7 dengan binaan tube frame pada bahagian hadapan.

     
     
  • Skoda Vision E Concept – lukisan ruang dalam disiar

    Skoda Vision E Concept – lukisan ruang dalam disiar

    Setelah menunjukkan lukisan luar kenderaan elektrik konsep Vision E, Skoda kali ini mendedahkan pula bagaimana ruang dalam kenderaan itu akan kelihatan, sebelum ia membuat penampilan rasmi semasa Shanghai Motor Show yang akan berlangsung hujung April ini.

    Boleh dilihat bahagian dalamnya cukup futuristik, dan sesuai dengan konsep maju kenderaan tanpa emisi dan pemanduan autonomous tahap 3 yang ditawarkan oleh kenderaan tersebut. Terdapat empat tempat duduk berasingan yang boleh dipusing dan ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna serta memudahkan keluar/masuk ke dalamnya.

    Selain skrin sesentuh digital pada bahagian tengah papan pemuka yang dilengkapi dengan sistem hubungan Skoda Connect System, terdapat juga dua unit skrin yang lebih ke hadapan dan terletak lebih ke atas, untuk memaparkan pelbagai informasi berkenaan kenderaan ini.

    Bagi penumpang di belakang, mereka mempunyai skrin sendiri di belakang penyandar kerusi hadapan. Selain melalui sentuhan, skrin ini juga boleh dikawal melalui satu lagi skrin yang terletak di perehat tangan antara dua tempat duduk belakang tersebut.

    Skoda Vision E Concept – lukisan ruang dalam disiar

    Selain itu, pada setiap pintu terdapat kotak yang disepadukan, dan ia boleh mgencas telefon secara induktif. Setiap skrin untuk penumpang ini juga boleh dihubungkan dengan telefon yang berasingan, seterusnya memberikan operasi yang lebih personal.

    Bagi memberi rasa yang leih menyenangkan dan unik, kenderaan ini mempunyai lampu suasana yang dipilih dalam 10 warna dan ia terletak sepanjang bawah papan pemuka serta pintu. Terpulang kepada pengguna untuk memilih warna apa yang digemari.

    Visio E dikuasakan oleh sepasang motor elektrik, iaitu satu untuk setiap gandar dan ia memberikan jumlah kuasa keseluruhan sebanyak 302 hp (225 kW) dan boleh bergerak dengan kelajuan sehingga 180 km/j. Menurut Skoda, kenderaan ini boleh bergerak sehingga jarak 500 km hasil daripada penggunaan bateri lithium ion dan sistem penjanaan semula kuasa.

     
     
  • Subaru Outback 2018 terima peningkatan baharu

    Subaru Outback 2018 terima peningkatan baharu

    Awal Februari lalu, Subaru Legacy 2018 telah pun dipamerkan di Chicago Auto Show, yang ditampilkan dengan imej luaran yang lebih sporty dan bergaya, meminjam pendekatan rekaan luaran yang sama dengan model Impreza terkini.

    Terbaru, Subaru turut mendedahkan, model Outback 2017 juga akan ditampilkan dengan imej yang dipertingkatkan dan bakal dipamerkan di New York International Auto Show (NYIAS) yang akan membuka tirainya minggu hadapan. Seperti mana Legacy, Outback 2018 ini juga menerima peningkatan luaran dan dalaman yang lebih segar.

    Selain menampilkan gril haksagon yang lebih lebar, ia juga menerima padanan lampu utama yang direka semula dengan lampu nyalaan siang LED “Konoji” berbentuk-C, bersama bampar hadapan yang diprofil bagi memberikan perlindungan tambahan daripada lumpur dan batu. Malah ia turut didatangkan dengan roda aloi 17-inci secara standard, manakala model Limited dan Touring dengan saiz 18-inci.

    Di dalamnya, lebih banyak material premium diberikan, malah konsol tengahnya turut direka semula dan roda stering pula lebih sporty. Papan pemuka dengan jahitan kekemasan Premium, juga pada panel pintu dan tempat duduk untuk Limited dan Touring. Malah kedua-dua varian berkenaan turut menerima kekemasan hitam berkilat dan perak pada bingkai kawalan. Skim warna dalaman kelabu juga diberikan sebagai opsyen, selain hitam dan putih susu.

    Subaru Outback 2018 terima peningkatan baharu

    Lain-lain perubahan termasuklah pendingin hawa, yang mampu menyejukkan ruang kabin dengan lebih pantas dan mengendalikan suhu dalaman secara lebih efektif. Sebagai tambahan, kuasa dalaman akan bertahan seketika apabila enjin telah dimatikan.

    Selain itu, ia juga menampilkan sistem infotaimen Starlink terkini dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto. Unit asas 6.5-inci kini lebih besar, sementara sistem 8.0-inci dengan CPU yang lebih pantas bagi menambah ‘startup speed’ dan navigasi TomTom. Kawalan suara juga ditambahbaik menerusi mikrofon berkembar, di mana pemandu boleh menggunakan arahan Apple Siri atau OK Google secara lebih mudah.

    Bagi keselamatan, Outback kini menerima Brek Undur Automatik (RAB) dengan amaran bunyi dan visual, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), kamera undur standard dengan panduan stereng dan pilihan lampu utama adaptif. Bantuan Mula Mendaki juga kini didatangkan secara standard.

    Subaru Outback 2018 terima peningkatan baharu

    Sementara itu, bagi pakej EyeSight, yang merangkumi kawalan kelajuan adaptif, brek pra-pelanggaran, amaran penukaran lorong, bantuan kekal lorong dan pemantauan titik buta dengan bantuan menukar lorong turut ditawarkan secara opsyen.

    Turut ditampilkan welcome lighting, pengunci pintu auto, cagak ISOFIX yang dipertingkatkan dan Starlink Safety Plus bagi kecemasan, percuma untuk tahun pertama dan RS$99 (RM440) bagi tahun berikutnya.

    Bahagian mekanikalnya masih kekal seperti sebelum ini iaitu enjin 2.5 liter empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 175 hp pada 5,800 rpm dan tork 235 Nm pada 4,000 rpm, atau 3.6 liter enam-silinder dengan kuasa 256 hp pada 6,000 rpm dan tork 334 Nm pada 4,400 rpm. Ia juga dipadankan dengan Lineartronic CVT bersama mod tujuh-kelajuan baharu dan pedal penukar gear yang kekal standard, dengan respons yang lebih lancar hasil ECU yang dipertingkatkan.

    Subaru Outback 2018 terima peningkatan baharu

    Turut ditampilkan sebagai standard ialah sistem Symmetrical All-Wheel Drive dari Subaru sendiri dengan Active Torque Vectoring dan X-Mode, yang mampu memberikan pengendalian lebih optimum dengan posisi nisbah CVT dan kuasa enjin serta meningkatkan lagi pacuan semua roda dan memantapkan lagi sistem kestabilan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC). Sistem ini juga mengaktifkan Kawalan Menurun Bukit.

    Lain-lain kemaskini yang ditampilkan termasuklah rantai dengan jarak mata yang sangat pendek pada sistem CVT bagi model 2.5 liter, serta pemasaan enjin yang telah dilaraskan. Cermin luaran, penebat bunyi bagi cermin tingkap hadapan juga telah dibentukkan semula, serta pelindung roda belakang yang lebih tebal.

    Sementara itu, bahagian peredam juga telah ditala semula untuk pengendalian yang lebih lancar, roda stereng kuasa elektrik juga lebih responsif dan pedal brek yang lebih utuh.

     
     
  • Audi dan Porsche bakal bina platform kenderaan generasi baharu bersama untuk masa hadapan

    Audi dan Porsche bakal bina platform kenderaan generasi baharu bersama untuk masa hadapan

    Static photo
    Colour: Tofana White
    Audi Q7 e-tron 3.0 TDI quattro:
    This car is not yet on sale. It has not yet been homologated and is therefore not subject to the 1999/94/EG guideline.

    Dua jenama di bawah naungan Volkswagen Group, Audi dan Porsche telah mengumumkan akan bekerjasama membangunkan dan berkongsi platform untuk kenderaan generasi seterusnya untuk memenuhi mobiliti masa hadapan termasuk teknologi pemanduan automatik, teknologi elektrik serta serta teknologi digital, lapor Car Advice.

    Kedua-dua jenama berkenaan mensasarkan kerjasama ini untuk teknologi pada tahun 2025, di mana pada tahun berkenaan teknologi elektrik dan pemanduan automatik menjadi tunjang utama dalam mobiliti.

    Menurut pengerusi lembaga pengurusan Audi AG Rupert Stadler, tenaga pemikir terbaik dari kedua-dua syarikat akan bersama-sama menetapkan halatuju teknikal untuk masa hadapan. “Kami bersatu dalam banyak nilai bersama, di atas semua ini, dengan usaha kami untuk mengejar dan menawarkan yang terbaik kepada pelanggan kami,” tambah Stadler.

    Audi dan Porsche bakal bina platform kenderaan generasi baharu bersama untuk masa hadapan

    Pengerusi Porsche Oliver Blume walau bagaimanapun menegaskan, kedua-dua syarikat tetap akan mengekalkan perbezaan antara mereka. “Kami akan bekerjasama tentang apa jua yang logik,” katanya dan menambah “Porsche tetap Porsche, dan ia akan kekal pada masa akan datang.”

    Buat masa ini, Audi pernah menyatakan mereka akan melancarkan kenderaan dengan bantuan teknologi elektrik setiap tahun bermula dari 2018. Manakala Porsche pula sudah mengesahkan akan memproduksi sedan elektrik sepenuhnya Mission E yang telah dipertontonkan pada Frankfurt Motor Show 2015.

     
     
  • Range Rover Sport 2018 akan guna enjin petrol 2.0L Ingenium dan tambahan varian plug-in hybrid

    Range Rover Sport 2018 akan guna enjin petrol 2.0L Ingenium dan tambahan varian plug-in hybrid

    Menurut laman web servis Jaguar Land Rover, model Range Rover Sport 2018 akan ditawarkan dengan enjin empat silinder petrol 2.0 liter Ingenium (menggunakan nama kod AJ200), serta satu varian plug-in hybrid baru yang juga menggunakan enjin aluminium (nama kod AJ200P).

    Pada masa ini, SUV tersebut ditawarkan dengan enjin diesel 2.0 liter SD4 Ingenium, yang mampu menawarkan 240 hp dan 500 Nm tork; V6 3.0 liter 340 hp dan 450 Nm, dan V8 5.0 liter petrol 550 hp dan 680 Nm.

    Enjin Ingenium petrol oleh syarikat itu mempunyai dua versi – berkemampuan 197 hp (200 PS), dan 247 hp (250 PS). Walaupun tidak dinyatakan secara jelas dalam laman web tersebut, kami menjangkakan versi yang akan digunakan pada Range Rover Sport 2018 adalah yang mempunyai 247 hp, kerana di situ terdapat penggunaan perkataan ‘HIGH‘.

    Range Rover Sport 2018 akan guna enjin petrol 2.0L Ingenium dan tambahan varian plug-in hybrid

    Sama juga dengan varian plug-in hybrid tersebut, tiada spesifikasi lengkap yang diberikan, tetapi pakej yang pernah diletakkan pada Concept_e PHEV yang ditunjukkan pada tahun 2015 boleh menjadi contoh yang hampir. Enjin konsep itu, yang dipasang pada Range Rover Sport untuk pameran, mampu menghasilkan 296 hp (300 PS) dan digabungkan bersama transmisi lapan kelajuan.

    Motor elektrik 201 hp (150 kW) yang diletakkan pada kenderaan itu bukan sahaja dapat membantu memacu kenderaan, tetapi juga bertindak sebagai motor pemula (starter). Motor elektrik ini mendapat kuasa daripada bateri lithium-ion 320 volt yang diletakkan di bahagian but.

    Model prototaip yang nampak seperti Range Rover Sport PHEV ini sudah pernah dilihat oleh jurugambar perisik kami, dan ia didapati menggunakan bampar yang berlainan dan rekaan baru untuk lampu hadapannya. Walaupun begitu, pelekat camouflage yang digunakan pada keseluruhan kenderaan telah menyembunyikan sebarang soket mengececas yang terdapat pada kenderaan itu.

    GALERI: Range Rover Sport PHEV prototaip

     
     
  • Tahun ini kali terakhir lumba F1 dianjurkan di Malaysia

    Tahun ini kali terakhir lumba F1 dianjurkan di Malaysia

    Malaysia tidak akan menganjurkan perlumbaan F1 lagi bermula tahun depan berikutan langkah kerajaan yang bersetuju untuk penamatan kontrak penganjurannya. Bernama melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata langkah itu perlu diambil disebabkan oleh pungutan pulangan yang menurun kepada negara jika dibandingkan dengan kos penganjuran.

    “Keputusan ini diambi selepas mempertimbangkan laporan dan pandangan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tentang kesan kewangan perlumbaan F1 terhadap pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang tinggi sementara pulangan yang dicatatkan pula, termasuk dari sudut jumlah penonton dan pelancong asing semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

    “Pada 1999, hanya 16 negara terlibat dalam menganjurkan perlumbaan berprestij ini, termasuk dua negara Asia. Tetapi hari ini, jumlah berkenaan telah meningkat kepada 21 buah negara, dan ini menyumbang kepada penurunan pulangan penganjurannya,” tambah beliau.

    Dengan tidak lagi perlu menampung kos penganjuran F1, Najib berkata kerajaan juga boleh menumpukan dana yang ada untuk usaha-usaha pembangunan bakat, prasarana, pemindahan kemahiran dan pengetahuan dalam sukar permotoran. Kerajaan juga akan menggunakan dana sedia ada untuk membiayai sukar lain seperti MotoGP dan Go-Kart – ini melibatkan pembinaan litar khusus baru di Sungai Petani, Kedah.

    “Litar Sepang akan tetap memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi Malaysia diperingkat global. Ia akan kekal menganjurkan perlumbaan utama seperti MotoGP dan perlumbaan peringkat nasional,” tambahnya.

    Sementara itu, beliau juga menjelaskan, Petronas akan terus menaja pasukan Mercedes AMG Petronas dalam F1 sebagai satu daripada strategi pemasarannya. Perlumbaan F1 yang bakal berlangsung tahun ini merupakan yang terakhir ia dianjurkan di Litar Sepang.

     
     
  • Honda Civic Si Coupe dan Sedan diperkenalkan di Amerika – 205 hp/260 Nm, 6 kelajuan-manual, LSD

    Honda Civic Si Coupe dan Sedan diperkenalkan di Amerika – 205 hp/260 Nm, 6 kelajuan-manual, LSD

    The first ever turbocharged Honda Civic Si

    Model produksi sebenar Honda Civic berprestasi tinggi khas untuk pasaran Amerika Syarikat iaitu Si generasi baharu kini telah didedahkan secara rasmi. Berbeza dengan model generasi sebelumnya yang hanya diberikan dalam versi coupe dua-pintu, model baharu ini turut ditawarkan dalam versi sedan empat pintu.

    Diasaskan dari Honda Civic generasi kesepuluh, ia turut diberikan enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan sistem suntikan bahan api terus yang sama, tetapi menerima talaan lebih berkuasa – menghasilkan 205 hp dan tork maksima 260 Nm. Berbanding enjin 2.4 liter NA pada Civic Si generasi sebelum ini yang menjana kuasa 205 yang sama, enjin turbo lebih kecil berkenaan mampu mencapai kuasa puncak pada takat putaran enjin 1,300 rpm lebih awal serta tork puncak dihasilkan 24 Nm lebih besar pada takat putaran 2,300 rpm lebih rendah.

    Menerusi video rasmi yang disiarkan, enjin berkenaan turut menghasilkan bunyi yang jauh lebih sporty berrbanding enjin 1.5 liter VTEC Turbo versi standard. Ia hanya dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan bersama mekanisma quick shift, serta lengkap dengan LSD heliks. Walau bagaimanapun, Honda masih lagi belum mengumumkan angka rasmi pecutan 0-100 km/j serta kelajuan maksima Civic Si ini.

    Honda Civic Si Coupe dan Sedan diperkenalkan di Amerika – 205 hp/260 Nm, 6 kelajuan-manual, LSD

    The first ever turbocharged Honda Civic Si

    Model generasi baharu ini juga dibina dengan kerangka lebih tegar serta lebih ringan dari sebelum ini. Ia turut diberikan suspensi dengan talaan lebih sporty bersama sistem penyerap hentak adaptif dan turut menampilkan spring lebih keras, bar anti-oleng lebih tegar (+30% hadapan, +60% belakang), bushing solid pada hadapan dan belakang serta lengan kawalan hadapan lebih tegar yang dikongsi bersama Civic Type-R.

    Civic Si diberikan rim bersaiz 18-inci dua-tona disaluti tayar 235/40 R18 (dengan opsyen tayar berprestasi tinggi). Disebalik roda berkenaan, ia diberikan set brek lebih baik dengan angkup 12.3-inci pada bahagian hadapan.

    Model generasi baharu ini turut menampilkan dua mod pemanduan iaitu Normal dan Sport. Mod Normal bakal memberikan pemaduan yang selesa. Manakala untuk mod Sport, karekter penyerap hentak, stereng dan respon pedal pendikit akan dilaraskan untuk pemanduan yang lebih beprestasi tinggi.

    Berbanding versi standard, Si diberikan penampilan yang lebih garang dengan muka “Solid Wing” berwarna hitam bersama liang kemasukan udara pada bampar hadapan yang lebih besar. Kedua-dua coupe dan sedan menerima tip ekzos krom berbentuk-poligon pada bahagian tengah bampar. Model sedan menerima spoiler belakang bersaiz penuh bersama lampu brek LED bina dalam, manakala coupe masih mengekalkan bar lampu penuh merentangi but belakang dengan spoiler yang lebih besar.

    Pada bahagian dalaman, Si diberikan tempat duduk yang lebih sporty serta diberikan jahitan benang merah dan juga sulaman logo Si. Jahitan benang merah berkenaan turut dilihat pada panel pintu, roda stereng, dan juga pada boot kulit tuil gear. Ia turut diberikan meter digital TFT dan lampu nyalaan lain dengan tema merah, tombol gear dan set pedal aluminium serta kemasan-kemasan Karbon Keluli Kering.

    Ciri lain pada Si adalah sama dengan perincian premium yang ditawarkan pada varian sedan dan coupe EX-T pasaran Amerika termasuk sistem penghidup enjin kawalan jauh, kunci automatik walk away, brek parkir elektronik, sistem penghawa dingin dua-zon dan pelbagai lagi.

    Sistem infotainmen Display Audio dengan skrin sesentuh 7-inci pada Si ini turut menyokong hubungan Android Auto dan Apple CarPlay. Ia turut diberikan sistem audio berkuasa 450-watt, dihubungkan kepada 10-pembesar suara serta menyokong fungsi SiriusXM Radio, HD Radio dan Pandora.

    Untuk keselamatan pula, varian berprestasi tinggi ini diberikan sistem brek ABS lengkap dengan EBD, VSA, bersama traction control serta Agile Handling Assist. Belum lagi diuji, tetapi Civic Si disasarkan untuk mendapatkan penarafan 5-bintang dalam ujian NCAP.

    Honda Civic Si 2017 coupe dan sedan pasaran USA akan diproduksi di kilang Honda Ontario, Kanada, manakala enjinnya pula akan dihasilkan di kilang Honda Anna, Ohio, Amerika Syarikat. Penjualan model ini dipasaran tersebut bakal bermula pada bulan hadapan.

    Varian Si telah diperkenalkan buat pertama kali pada Civic generasi ketiga (SB). Namun sejak Type-R diperkenalkan di Jepun, Si hanya diproduksi untuk Amerika Syarikat sahaja sebagai model Civic paling berkuasa bagi pasaran berkenaan dalam bentuk badan Coupe dua-pintu. Selain diberikan pilihan sedan empat pintu pada model generasi baharu ini, Si di Amerika Syarikat tidak lagi diletakkan pada kedudukan tertinggi kerana Civic Type-R generasi baharu bakal dijual secara rasmi pada pasaran tersebut.

     
     
  • SPYSHOT: Tesla Model 3 dijumpai melakukan ujian

    SPYSHOT: Tesla Model 3 dijumpai melakukan ujian

    Selepas sedikit demi sedikit informasi yang diterima berkenaan Tesla Model 3, kita akhirnya dapat melihat bagaimana rupa kenderaan eksekutif elektrik permulaan ini, termasuk bahagian dalamnya. Akan dijual pada harga bermula US$35,000 (RM155,300), Tesla Model 3 ditawrkan dalam dua variasi iaitu RWD satu motor dan AWD dua motor, sama seperti Model S yang lebih besar.

    Tesla Model 3 tidak akan menggunakan panel instrumen seperti kereta biasa, tetapi segalan informasi kenderaan – dan banyak lagi akan terpapar pada satu skrin besar di bahagian tengah papan pemuka dan ia diletakkan mendatar. Pada Tesla Model S, skrin yang hampir sama diletakkan menegak. Ketua pegawai eksekutif Tesla, Elon Musk membalas tweet berkenaan perkara ini: “Semakin autonomous sesebuah kenderaan, semakin kurang kita memerlukan informasi meter. Berapa kerap kita melihat kepada panel instrumen sewaktu menaiki sebuah teksi?”

    SPYSHOT: Tesla Model 3 dijumpai melakukan ujian

    Turut boleh dilihat dalam gambar ini adalah kehadiran kereta BMW F30 3 Series, yang berkemungkinan bergerak sekali dengan Tesla Model 3 ini untuk digunakan sebagai perbandingan. Ini bukanlah pertama kali Model 3 dan 3 Series bertemu sebegitu. Sebelum ini, BMW pernah mengeluarkan video, dituju kepada Tesla berkenaan masa yang perlu ditunggu lama oleh pelanggan sebelum boleh menerima kenderaan mereka. Dalam video itu, 330e ditunjuk sebagai model elektrik yang sudah sedia dijual.

    Dalam keadaan asas, Tesla Model 3 boleh bergerak sehingga jarak 344 km, manakala versi lebih mahal, dengan spesifikasi lebih tinggi boleh bergerak sehingga 800 km. Dengan kapasiti bateri yang lebih besar, prestasinya juga semakin bertambah. Elon Musk juga telah mengesahkan bahawa Model 3 akan dilengkapi dengan Ludicrous Mode, seperti Model S.

     
     
  • Naza Kia rancang lakukan pemasangan tempatan untuk Grand Carnival – harga tidak banyak berubah

    Naza Kia rancang lakukan pemasangan tempatan untuk Grand Carnival – harga tidak banyak berubah

    Semalam, Naza Kia telah menganjurkan satu sesi pandu uji bagi model Grand Carnival generasi ketiga, iaitu sebuah MPV lapan tempat duduk yang diperkenalkan kepada pasaran Malaysia sekitar tiga minggu yang lalu. Semasa acara itu, selain memberitahu sekali lagi bahawa beberapa model baru akan dilancarkan termasuk varian tambahan untuk Sportage dan Sorento, Rio, Optima generasi keempat dan Stinger (belum pasti, tetapi sedang diusahakan), wakil syarikat itu juga ada memberitahu bahawa Naza Kia mempunyai perancangan untuk melakukan pemasangan tempatan (CKD) bagi Grand Carnival.

    Walaubagaimanapun, harga model ini, yang bermula dari RM153,888 hingga RM185,888 dikatakan mungkin tidak banyak berubah kerana harga tersebut sudahpun menggunakan kira-kira untuk sebuah kereta CKD – walaupun sebenarnya diimport terus dari Korea.

    Berkenaan spesifikasi, kebanyakannya masih akan kekal sama tetapi beberapa kelengkapan mungkin akan ditukar selepas menerima maklum balas orang ramai. Antaranya adalah skrin informasi dan hiburan pada Grand Carnival yang dikatakan agak kecil. Meskipun begitu, semua perkara ini masih dalam perbincangan dengan ibu pejabat Kia di Korea.

    Naza Kia rancang lakukan pemasangan tempatan untuk Grand Carnival – harga tidak banyak berubah

    Setakat untuk model import yang ditawarkan sekarang, sejak dilancarkan, 90 buah Grand Carnival sudah didaftarkan untuk pelanggan dan ini boleh dikatakan sebagai satu penerimaan yang agak baik. Naza Kia pada asalnya menjangkakan varian paling laris adalah varian pertengahan iaitu KX, tetapi sebaliknya, lebih ramai pelanggan yang memilih varian paling tinggi, iaitu EX yang dijual pada harga RM185,888.

    Semua varian Grand Carnival dikuasakan oleh enjin empat silinder diesel 2.2 CRDi, yang mampu menghasilkan 190 hp pada 3,800 rpm dan 440 Nm pada 1,750 hingga 2,750 rpm. Model ini adalah model generasi ketiga, dan sebelum ini, bermula pada tahun 1999, Grand Carnival generasi pertama pernah dijual di Malaysia dan dikenali sebagai Naza Ria.

    GALERI: Kia Grand Carnival 2.2 CRDI EX

     
     
  • Mitsubishi Triton 2017 terima ESP, tujuh beg udara dan waranti lima-tahun/200k km -RM77k-RM140k

    Mitsubishi Triton 2017 terima ESP, tujuh beg udara dan waranti lima-tahun/200k km -RM77k-RM140k

    Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah pun melancarkan barisan model facelift bagi pikap Triton 2017. Walau pun tidak menampilkan banyak pembaharuan, namun Triton 2017 ini telah dimantapkan lagi imej rekaannya serta aspek keselamatannya turut dipertingkatkan.

    Peningkatan ini melibatkan semua varian VGT (VGT, VGT Adventure dan VGT Adventure X) yang kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Aktif dan kawalan cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Trailer Sway Control serta pengunci pintu pengesan-kelajuan automatik.

    Pilihan bagi VGT Adventure atau VGT Adventure X, kini ia didatangkan dengan tujuh beg udara (dua di hadapan, sisi, tirai dan di bahagian lutut pemandu). Sementara varian lain masih kekal dengan dua beg udara sahaja.

    Selain aspek keselamatan yang dipertingkatkan, lain-lain pembaharuan yang dibawa untuk varian VGT termasuklah gril krom gelap pada bahagian hadapan dengan rekaan baharu bagi pemijak tepi.

    Manakala lain-lain elemen luarannya masih kekal sama termasuk padanan lampu utama Bi-xenon HID yang disambung dengan lampu nyalaan siang (DRL). Begitu juga dengan elemen yang turut dikekalkan termasuk rim aloi dua-tona 16-inci buat varian VGT, dan 17-inci buat VGT Adventure dan VGT Adventure X.

    Bahagian belakangnya juga tiada perubahan termasuk ruang kargo kekal sama dengan membezakan elemen bagi ketiga-tiga varian tersebut – VGT masih dengan bedliner, manakala sport bar bagi VGT Adventure dan VGT Adventure X (dengan tambahan Tonneau cover).

    Sementara bagi bahagian kabin pula, elemen baharu yang ditampilkan ialah roda stereng pelbagai-fungsi empat-jejari baharu yang dilengkapi dengan kawalan audio bagi menggantikan rekaan tiga-jejari pada model sebelumnya.

    Mitsubishi Triton 2017 terima ESP, tujuh beg udara dan waranti lima-tahun/200k km -RM77k-RM140k

    Bukan itu sahaja, elemen baharu yang turut ditampilkan ialah tempat duduk pemandu balutan kulit dengan lapan-larasan berkuasa dan kluster instrument yang dipertingkatkan.

    Lain-lain elemen yang masih dikekalkan bagi varian VGT Adventure dan VGT Adventure X termasuklah kawalan kelajuan, pendingin hawa dwi-zon, dan pedal penukar gear.

    Manakala bagi varian VGT standard pula, elemen lain yang masih kekal termasuklah tempat duduk balutan fabrik dan pendingin hawa zon tunggal. Ia juga berkongsi elemen yang sama dengan Adventure dan Adventure X termasuk butang penghidup enjin dan kemasukan tanpa kunci, sistem audio dengan skrin sesentuh bersama sambungan iPod dan USB, Easy Select 4WD dengan Shift-on-the fly 4WD Selector.

    Mitsubishi juga telah memperkenalkan waranti pengeluaran baharu bagi varian VGT iaitu lima-tahun/200,000 km, bagi menggantikan waranti terdahulu (tiga-tahun/100,000 km). Bagi varian bukan VGT, warantinya masih dikekalkan.

    Bagi pilihan warna, semua varian VGT, VGT Adventure dan Adventure X kini turut ditawarkan dengan Titanium Grey (sebelum ini hanya untuk Adventure X sahaja). Walau bagaimana pun, warna Shadow Black telah digugurkan untuk varian VGT dan VGT Adventure, dan Red Solid turut digugurkan.

    Lain-lain warna yang masih ditawarkan ialah Impulse Blue untuk VGT Adventure X, Earth Green atau Pearl White bagi VGT Adventure, Pearl white atau Sterling Silver bagi VGT AT 4×4 dan Sterling Silver untuk VGT MT 4×4.

    Mitsubishi Triton 2017 terima ESP, tujuh beg udara dan waranti lima-tahun/200k km -RM77k-RM140k

    Bagi bahagian mekanikalnya, tiada perubahan untuk barisan Triton 2017 ini kerana pada tahun lalu, Mitsubishi Malaysia baru sahaja memperkenalkan enjin baharu 2.4 liter MIVEC Turbodiesel untuk semua varian VGT.

    Ia menggantikan enjin 2.5 liter Turbodiesel sebelum ini. Walaupun dengan kapasiti kurang 100cc, enjin baharu ini menghasilkan kuasa 3 PS dan tork 30 Nm lebih tinggi, dengan jumlah kuasa keseluruhan 181 PS pada takat 3,500 rpm dan tork maksima 430 Nm pada takat 2,500 rpm.

    Malahan penggunaan bahan apinya juga dikatakan lebih memberikan penjimatan sehingga 15% berbanding enjin 2.5 liter.

    Transmisinya juga masih dikekalkan dengan kotak gear automatik lima-kelajuan (bersama mod manual untuk varian VGT Adventure dan VGT Adventure X sahaja). Manakala bagi varian VGT M/T, ia ditampilkan dengan kotak gear manual baharu dengan enam-kelajuan.

    Harga bagi barisan Triton 2017 adalah seperti berikut:

    • Triton VGT Adventure X AT 4×4 – RM130,900 (naik RM3,700)
    • Triton VGT Adventure AT 4×4 – RM123,130 (naik RM2,730 )
    • Triton VGT AT 4×4 – RM114,400 (naik RM2,800 )
    • Triton VGT MT 4×4 – RM107,600 (naik RM2,800)
    • Triton Quest MT 4×2 – RM77,390 (tidak berubah)

    Mitsubishi Triton VGT A/T

    Mitsubishi Triton Adventure

    Mitsubishi Triton Adventure X

     
     
  • PANDU UJI: Volkswagen Tiguan 1.4 TSI – tetapkan tanda aras baharu untuk saingan SUV segmen-C?

    PANDU UJI: Volkswagen Tiguan 1.4 TSI – tetapkan tanda aras baharu untuk saingan SUV segmen-C?

    Volkswagen Tiguan generasi pertama mula membuat penampilan sulungnya untuk peringkat dunia pada tahun 2007, dan kemudian masuk ke pasaran Malaysia tahun berikutnya. Ketika mula diperkenalkan di pasaran tempatan, Tiguan hadir dengan varian enjin tertinggi 2.0 liter TSI, dijual pada harga hampir RM250k (varian 1.4 TSI tiba pada tahun 2014 dengan harga RM179k), meletakkan ia dalam saingan SUV mewah.

    Namun, dengan trend pasaran SUV sekarang yang dilihat semakin meningkat, sedikit sebanyak telah mengubah strategi pemasaran Volkswagen di Malaysia. VW Tiguan generasi kedua didedahkan pada peringkat global pada tahun 2015 sebagai model 2016, dan telah pun diprebiu untuk pasaran Malaysia pada awal bulan lalu.

    Menurut Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM), Tiguan baharu yang dipasang secara CKD hanya ditawarkan dengan enjin 1.4 TSI, dibahagikan pada varian Comfortline dan Highline, dijual dengan harga antara RMRM148,990 hingga RM168,990.

    Jika dilihat pada julat harga, untuk varian Comfortline khususnya, Tiguan yang telah dilancarkan pada 5 April lalu kini bakal bersaing secara terus dengan SUV-SUV segmen-C dari Jepun dan Korea yang lebih mampu milik. Untuk memperlihatkan adakah ia relevan dalam saingan, kami bersama media permotoran Malaysia yang lain telah dijemput untuk sesi pandu uji SUV ini, yang berlangsung dari Kuala Lumpur ke Ipoh dua minggu sebelum berlangsungnya majlis pelancaran.

    Baca artikel selanjutnya di sini

     
     
  • Mercedes-Benz GLC250 4Matic terima suspensi Kawalan Ketangkasan, harga masih dikekalkan

    Mercedes-Benz GLC250 4Matic terima suspensi Kawalan Ketangkasan, harga masih dikekalkan

    Mercedes-Benz GLC 250 4Matic AMG Line telah menerima sedikit pembaharuan pada spesifikasinya. Model SUV pemasangan tempatan (CKD) ini turut dikekalkan harganya seperti model semasa iaitu RM325,888 (harga atas jalan tanpa insurans).

    Hanya satu peningkatan yang dilakukan iaitu memperkenalkan suspensi Kawalan Ketangkasan (Agility Control) yang didatangkan dengan sistem redaman pasif terpilih. Ia bagi menggantikan sistem suspensi sport AMG pada model sebelum ini, yang telah merendahkan ketinggian pengendaliannya sebanyak 15 mm.

    Manakala bahagian mekanikal lainnya masih dikekalkan termasuk enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 211 hp pada 5,500 rpm dan tork 350 Nm antara 1,200 hingga 4,000 rpm. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik 9G-Trobic sembilan-kelajuan (yang kini turut ditampilkan pada model C-Class) yang menyalurkan kuasa terus ke semua rodanya menerusi sistem pacuan semua roda 4Matic.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Mercedes-Benz GLC 250 4Matic AMG Line 2017, termasuk perincian lengkap spesifikasinya, sila layari CarBase.my.

    GALERI: Mercedes-Benz GLC 250 4Matic AMG Line 2016 (CKD)

     
     
  • Mitsubishi ASX 2018 bakal diperkenalkan di New York

    Mitsubishi ASX 2018 bakal diperkenalkan di New York

    Mitsubishi bakal memperkenalkan model ASX 2018 (atau lebih dikenali sebagai Outlander Sport di Amerika Syarikat) di New York Motor Show yang akan membuka tirainya pada minggu hadapan. Model crossover facelift ini telah ditampilkan sedikit peningkatan imej yang lebih segar.

    Bagi bampar hadapan dan belakangnya juga telah diberi sedikit perubahan dengan lebih banyak lubang bagi pengaliran udara yang lebih optimum. Malah bahagian hadapannya juga ditampilkan dengan sepasang lampu nyalaan siang LED baharu. Ia juga menerima warna badan baharu yang dinamakan sebagai “Alloy Silver”.

    Mitsubishi ASX 2018 bakal diperkenalkan di New York

    Manakala bagi bahagian kabinnya, ia menerima skrin sesentuh tujuh-inci baharu untuk sistem infotainmen yang turut berfungsi dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Mitsubishi juga telah melakukan sedikit kemaskini pada bahagian tuil gear dan konsol lantai.

    ASX 2018 ini juga didatangkan dengan pilihan Touring Package yang terdiri daripada bumbung panoramik dan beberapa elemen sistem bantuan dan keselamatan, termasuklah Amaran Penukaran Lorong, Pengurangan Pelanggaran Hadapan dan juga Lampu Tinggi Automatik. Selain itu, bagi memantapkan lagi keselamatannya, Mitsubishi juga menampilkan kamera belakang yang yang lebih berteknologi tinggi serta telah mempertingkatkan tahap NVH (noise, vibration & harshness).

    Mitsubishi ASX 2018 bakal diperkenalkan di New York

    Walau bagaimana pun, Mitsubishi masih tidak mendedahkan sama ada melakukan sebarang perubahan pada bahagian mekanikalnya mahu pun tidak. Namun dijangkakan ia bakal dipadankan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.0 liter empat-silinder (148 hp) dan 2.4 liter empat-silinder (168 hp). Ia juga didatangkan dengan pilihan kotak gear manual lima-kelajuan atau CVT.

    Selepas ia dipamerkan di New York Auto Show, crossover ini dijangka akan menembusi pasaran negara Uncle Sam tersebut pada musim luruh ini. Harganya juga belum didedahkan namun dijangka tidak banyak bezanya dengan model semasa 2017 iaitu bermula $19,795 (RM87,757).

     
     
  • Modenas Kriss 110 MR2 dilancarkan – enjin dengan piawaian Euro 3 baharu, harga bermula dari RM3,890

    Modenas Kriss 110 MR2 dilancarkan – enjin dengan piawaian Euro 3 baharu, harga bermula dari RM3,890

    Modenas hari ini secara rasmi melancarkan model kapcai terbaru, Modenas Kriss MR2 110. Jika model sebelumnya, Modenas MR1 dijual pada harga RM2,890 ketika mula diperkenalkan pada penghujung lalu, versi terbaru MR2 ini dijual pada harga RM3,980 (tidak termasuk GST); kira-kira RM1,000 lebih mahal.

    Peningkatan harga itu bukanlah tidak bersebab. Modenas Kriss 110 MR2 ini dilengkapi enjin 109.2 cc generasi baru empat lejang yang menepati piawaian Euro 3. Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 6.2 kW (8.3 hp) pada 7,500 rpm dan 8.2 Nm tork – dengan nisbah mampatan 8.8:1.

    Ia bagaimanapun masih menggunakan sistem karburetor. Bagi sistem transmisi, ia menggunakan kotak gear empat-kelajuan dengan apa yang dikenali sebagai Rotary Gear System.

    Modenas Kriss 110 MR2 dilancarkan – enjin dengan piawaian Euro 3 baharu, harga bermula dari RM3,890

    Memiliki berat kering 94.5 kg, model ini didatangkan dengan tangki petrol berkapasiti 4.5 liter dan dengan enjin yang ada ini, ia mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 200 km sebelum memerlukan isian semula. Ketinggian tempat duduknya pula ialah 760 mm.

    Dari segi dimensi, Modenas MR2 memiliki panjang keseluruhan 1,900 mm, 1,100 mm tinggi dan 685 mm lebar. Jarak antara rodanya pula ialah 1,240 mm. Berbanding MR1 dahulu, penampilan model terkini Modenas ini jauh lebih sporty dan lebih meyakinkan, dan bukan lagi dalam penampilan ringkas yang terdahulu.

    Selain rekaan menyeluruh yang baru, beberapa ciri utama yang ada pada Modenas MR2 ini ialah rekaan panel meter yang kompak dan jelas, memudahkan penunggan untuk memerhatikannya ketika tunggangan. Seperti kebanyakan motosikal lain, slot kuncinya datang dengan ciri penghadang keselamatan.

    Ia kini menggunakan rim aloi 17 inci yang sporty. Di belakang, suspensi jenis lengan ayun (swingarm) dengan penyerap hentak berkembar akan berfungsi untuk memberikan keselesaan kepada pembonceng, malahan sekali gus memberikan kawalan yang baik bagi penunggang. Di depan, suspensi jenis teleskopik digunakan.

    Brek pula menggunakan jenis cakera 220 mm untuk bahagian depan, manakala brek dram untuk bahagian belakang. Saiz tayar hadapan ialah 70/90-17 38P manakala tayar belakang 80/90-17 44P. Tiga pilihan warna ditawarkan, Canary Yellow, Celebration Red dan Strike Blue.

    Menurut Modenas, ketika dalam pembangunan, model ini menjalani beberapa jenis ujiuan untuk memastikan daya tahan yang mampu diberikan. Antara ujian yang dimaksudkan ialah laluan sejauh 20,000 km serta ujian dynometer, ujian banjir serta pancuran. Untuk itu, Modenas Kriss 110 MR2 diberikan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

     
     
  • VIDEO: Sorotan Saga Cup pusingan pertama MSF 2017

    Jika sebelum ini video soroton keseluruhan perlumbaan pusingan pertama Malaysia Speed Festival (MSF) yang berlangsung pada 26 Februari lalu di Litar Antarabangsa Sepang disiarkan, kini Proton Motorsport telah menyiarkan pula video sorotan untuk kategori antara yang paling hangat di MSF iaitu Saga Cup.

    Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, divisi perlumbaan Proton iaitu Proton R3 telah menyediakan lapan buah Saga untuk kejohanan ini di bawah Program Perlumbaan Pelanggan R3. Program berkenaan memberikan akses kepada pelanggan untuk menggunakan khidmat Proton R3 dari penyediaan kereta hingga kepada khidmat krew perlumbaan dari R3 sendiri. Antara pelanggan yang menggunakan khidmat R3 untuk menyediakan ‘Super Saga’ mereka untuk perlumbaan ini adalah ahli dari Lotus Owners Club Malaysia (LOCM).

    Kategori Saga Cup ini sebenarnya diinspirasikan dari perlumbaan Saga sejak era 90’an di Litar Batu Tiga Speedway Shah Alam serta Litar Pasir Gudang Johor Bahru, menyaksikan ramai bakat tempatan dicungkil dan kemudian menyinar di peringkat antarabangsa seperti bekas pelumba F1 Alex Yoong, serta Prince of Drift – Tengku Djan Ley.

    Undang-undang yang ditetapkan oleh MSF untuk kategori ini agak sama dengan perlumbaan terdahulu di mana setiap jentera bertanding perlu menggunakan enjin asal Saga iaitu 4G1X dengan kapasiti di bawah 1,500 cc, kotak gear OEM dengan kelengkapan klac asal (nisbah gear boleh diubah tetapi penggunaan gear straight-cut adalah dilarang), cakera dan angkup brek OEM, serta penggunaan unit karburator asal Saga untuk enjin Megavalve. Kesemua jentera juga perlu menggunakan tayar yang dibekalkan oleh Hankook pada perlumbaan musim ini.

    VIDEO: Sorotan Saga Cup pusingan pertama MSF 2017

    Peraturan ini dirangka bukan sahaja untuk mengekalkan Saga Cup sebagai perlumbaan bajet rendah, ia juga akan mengerah kreativiti pasukan untuk menala jentera masing-masing dengan hanya kelengkapan asas serta memaksa pemandu berlumba dengan kemahiran tertinggi untuk memenangi perlumbaan memandangkan kesemua jentera dihadkan dengan spesifikasi yang sama.

    Oleh itu, dapat disaksikan dalam video ini, Saga Cup benar-benar menghidangkan aksi ‘dog fight’ yang penuh dengan aksi ‘cucuk angin’ dan potong-memotong sehingga terjadinya berberapa insiden termasuk terdapat jentera yang terbalik sepenuhnya.

    Bagi kategori Saga Cup Expert, Boy Wong dari pasukan ST Wangan memenangi kedua-dua perlumbaan pada hari tersebut. Dengan ketiadaan Tengku Djan Ley dan pelumba GT Farique Hairuman pada perlumbaan kali ini mungkin sedikit memudahkan tugas Wong. Beliau turut dapat mengekalkan jaraknya dengan jentera-jentera lebih laju dalam kategori Super 1,500 NA pada perlumbaan pertama.

    Malaysia Speed Festival akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk pusingan kedua pada 16 April ini. Seperti juga pusingan sebelum ini, Tiket untuk padok dijual pada harga RM20 sebelum pukul 11 pagi pada hari perlumbaan, dan RM35 selepas waktu tersebut. Untuk maklumat lanjut dan keputusan penuh perlumbaan, layari laman sesawang rasmi MSF Racing atau laman Facebook rasmi mereka.

     
     
  • AWAS senarai 23 kesalahan jalan raya utama – JPJ

    AWAS senarai 23 kesalahan jalan raya utama – JPJ

    Semalam Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menyatukan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) telah diumumkan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 15 April ini.

    Sebelum ini terdapat laporan yang menyebut ini akan dimulakan dengan dua kesalahan iaitu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu merah. Kesemua pengguna jalan raya akan bermula dengan diberikan 20 mata, dan lesen mereka akan digantung sekiranya kesemua mata telah ditolak (saman juga akan diberikan pada setiap kesalahan dilakukan).

    Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron memaklumkan, sebanyak 23 kesalahan jalan raya akan dimasukkan dalam AWAS di bawah sistem mata demerit, secara berperingkat menjelang akhir tahun ini, laporan Berita Harian.

    “Ia bermula dengan kesalahan memandu melebihi had laju dan pelanggaran lampu merah, yang akan dikuatkuasa pada 15 April ini. Selain itu, kesalahan ingkar arahan pegawai penguatkuasa seperti polis, pegawai JPJ, dan warden lalu lintas, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal juga akan dikuatkuasa secara berperingkat,” ujarnya dalam sidang media mengenai Pelaksanaan Sistem Mata Demerit 2017 hari ini.

    Tambah beliau, antara kesalahan lain yang akan dikenakan mata demerit ialah membawa lebih muatan daripada had ditetapkan dan muatan terjatuh atau tumpah sehingga menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

    AWAS senarai 23 kesalahan jalan raya utama – JPJ

    Di bawah AWAS, pemandu kenderaan akan dikenakan mata demerit apabila mereka didapati melakukan kesalahan lalu lintas dan mata diberikan berdasarkan jenis kesalahan yang disabitkan. Memberikan contoh pelaksanaan mata demerit, beliau berkata pemandu yang membawa melebihi had ditetapkan, saman yang dikeluarkan bagi kesalahan yang direkodkan AES akan menunjukkan siapa pemandu ketika melakukan kesalahan itu.

    “Individu yang membayar kompaun tersebut akan dikenakan mata demerit kerana mengakui kesalahan itu dan mata demerit akan dimasukkan di bawah namanya dan bukan pemilik kenderaan,” katanya.

    Nadzri berkata pemandu kenderaan persendirian yang melanggar isyarat lampu merah akan diberi empat mata demerit manakala pemandu kenderaan barangan dan bas pula, enam mata akan diberikan. Bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan, pemandu kenderaan persendirian akan diberi empat mata (melebihi 40km sejam) manakala bagi pemandu kenderaan barangan dan bas pula ialah enam mata, katanya.

    Beliau berkata pemegang lesen yang mengumpul 20 mata pertama akan diberi amaran manakala 20 mata kedua, lesen pemandu akan digantung selama enam hingga lapan bulan, 20 ketiga (gantung lapan hingga 10 bulan) 20 mata keempat (gantung 10 hingga 12 bulan).

    AWAS senarai 23 kesalahan jalan raya utama – JPJ

    “Apabila pemandu mengumpul sehingga 100 mata demerit, lesen akan dibatalkan,” katanya.

    Bagi pemegang lesen memandu percubaan, Nadzri berkata lesen memandu akan dibatalkan sekiranya mengumpul 20 mata pertama.

    Beliau berkata mana-mana pemandu yang lesen memandunya digantung atau dibatalkan perlu menyerahkan lesen memandu di mana-mana pejabat JPJ dan dilarang untuk memandu kenderaan.

    “Sekiranya mereka memandu semasa lesen digantung atau batal, mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM3,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya.

    Nadzri berkata mana-mana pemegang lesen yang mengumpul sejumlah mata demerit tetapi belum mencapai 20 mata boleh memohon mengikuti kursus pemulihan dan sekiranya lulus kursus tersebut, sejumlah 50 peratus mata demerit yang terkumpul akan ditolak sebagai insentif.

    “Pemberian insentif ini adalah hanya sekali dalam tempoh memegang suatu lesen memandu,” katanya.

     
     
  • GALERI: Barisan model Volvo 90 – S90, V90 dan XC90

    GALERI: Barisan model Volvo 90 – S90, V90 dan XC90

    Apa persamaan di antara ketiga-tiga model Volvo ini – XC90, S90 dan V90? Walaupun tampil dengan reka bentuk dan saiz yang berbeza, semua model dari siri 90 oleh Volvo ini dibangun menggunakan Scalable Product Architecture (SPA); mereka berkongsi platform modular yang sama, dibangunkan oleh Volvo sendiri.

    SUV XC90 adalah yang pertama diperkenalkan di Malaysia, dengan versi CKD diperkenalkan kemudian dan dijual kini. Penghujung bulan Mac lalu, Volvo melengkapi barisan kenderaan dari keluarga yang sama ini dengan pelancaran model Volvo S90 dan V90.

    Jika XC90 ditawarkan dalam versi T8 Twin Engine (plug-in hybrid) sahaja sebelum ini, dua model terbaru ini bagaimana pun berbeza; S90 dan V90 masing-masing ditawarkan dalam dua versi – T5 dan T6 R-Design. Yang anda sedang lihat di dalam galeri ini, dua kereta dalam warna biru yang unik dan memikat, merupakan versi paling tinggi T6 R-Design.


    Papan pemuka S90/V90 T6 R-Design (kiri) dan XC90 T8 (kanan)

    Bagi S90 T6 R-Design, ia merupakan versi CBU yang dijual pada harga RM453,888, manakala bagi V90 dalam penampilan sporty yang sama pula dijual pada harga RM458,888. Kedua-dua model ini, walaupun nampak sangat berbeza (satu dengan rekaan sedan dan satu lagi wagon) sebenarnya berkongsi sepsifikasi yang sama.

    Hanya beberapa aspek kecil sahaja yang membezakan keduanya selain penampilan reka bentuk. Antaranya, V90 T6 dilengkapi panoramic roof, manakala S90 T6 di datangkan dengan sunroof. Selain itu, tempat duduk sport pada V90 T6 dilengkapi dengan ciri child booster seat, sementara ciri yang sama tidak ada pada S90 T6.

    Di ruang dalam, ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan skrin sentuh sembilan-inci bagi sistem Sensus Connect, skrin meter LED 12.3 inci di depan pemandu serta konsol tengah yang besar bersama tombol kecil untuk menghidup dan mematikan enjin. Cuma, XC90 T8 hadir dengan tombol gear kristal, sementera dua model lain hanya dengan tombol gear biasa.

    GALERI: Barisan model Volvo 90 – S90, V90 dan XC90

    Ketiga-tiga model ini juga menggunakan enjin yang sama – 2.0 liter Drive-E empat-silinder dengan suparcaj dan turbocaj yang menghasilkan 320 hp pada 5,700 rpm dan 400 Nm tork antara 2,200 rpm hingga 5,400 rpm. S90 dan V90 bagaimanapun menggunakan transmisi automatik lapan-kelajuan dengan sistem pacuan AWD.

    Bagi XC90 pula, ia turut dilengkapi dengan sistem motor elektrik yang memberi tambahan sebanyak 87 hp/240 Nm serta bateri lithium-ion; ini menghasilkan kuasa keseluruhan 407 hp dan 640 Nm untuk kegunaannya. Penggunaan petrol puratanya mampu mencapai 2.1 liter per 100 km, sementara jarak elektrik sepenuhnya pula ialah 43 km.

    Dari sudut keselamatan, pakej yang disertakan sangat komprehensif – bagi S90 dan V90, sistem semi-autonomous Pilot Assist dengan ciri Adaptive Cruise Control (ACC) turut tersedia. Antaranya ia membolehkan kereta ini mengekalkan jarak yang ditetapkan dari kenderaan di depan pada kelajuan mencecah 130 km/j. Teliti galeri di bawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang semua model ini.

    Siri Volvo 90

    Volvo S90 T6 R-Design

    Volvo V90 T6 R-Design

    Volvo XC90 T8 Twin Engine 2017

     
     
  • Nissan 370Z Heritage Edition bakal membuat kemunculan sulung di New York tengah bulan ini

    Nissan 370Z Heritage Edition bakal membuat kemunculan sulung di New York tengah bulan ini

    NASHVILLE, Tenn. (April 5, 2017) – The calendar says 2017, but Nissan is offering a special early preview of the 2018 370Z Coupe Heritage Edition at next week’s New York International Auto Show. The Heritage Edition honors the iconic Nissan sports car as it approaches its 50th anniversary at the end of the decade since its launch under the Datsun brand.

    Sebagai meraikan ulangtahun ke-50 kereta sport Z Nissan pada penghujung dekad ini, jenama berkenaan bakal memperkenalkan model istimewa siri tersebut pada New York International Auto Show akan datang digelar 370Z Heritage Edition.

    Model khas ini diasaskan dari model Z24 370Z 2018, diberikan berberapa perincian unik untuk membezakannya dari model standard. Versi istimewa berkenaan ditawarkan dengan dua pilihan warna badan iaitu Chicane Yellow Heritage Edition dan Magnetic Black Heritage Edition. Untuk pilihan warna kuning, ia hadir dengan grafik berwarna hitam serta kemasan kuning pada bahagian dalam, manakala untuk warna badan hitam pula ia diberikan grafik berwarna perak serta bahagian dalaman juga berwarna kuning.

    Ia juga turut hadir bersama lampu hadapan dan belakang baharu, skema warna bahagian belakang baharu serta pemengang pintu krom – yang kesemuanya sama seperti model 370Z 2018. Tiada perubahan mekanikal disaksikan di mana model istimewa ini masih dijana enjin 3.7 liter V6 NA berkuasa 332 hp dan tork maksima 366 Nm.

    Dua pilihan transmisi diberikan iaitu automatik tujuh-kelajuan atau manual enam-kelajuan. Bagi pilihan kotak gear manual, ia hadir dengan klac berprestasi tinggi dari Exedy serta teknologi Downshift Rev Matching (DRM) Nissan yang akan memberikan throttle blip secara automatik ketika menurunkan gear tanpa pemandu melakukan teknik ‘heel and toe’.

    Nissan 370Z Heritage Edition bakal membuat kemunculan sulung di New York tengah bulan ini

    NASHVILLE, Tenn. (April 5, 2017) – The calendar says 2017, but Nissan is offering a special early preview of the 2018 370Z Coupe Heritage Edition at next week’s New York International Auto Show. The Heritage Edition honors the iconic Nissan sports car as it approaches its 50th anniversary at the end of the decade since its launch under the Datsun brand.

    “Sejak lima dekad lalu pelbagai pakej kemasan Z® istimewa ditawarkan yang telah menambah nilai pengubahsuaian terus dari bilik pameran,” kata Micheal Bunce, naib presiden perancangan produk Nissan Amerika Utara.

    “370Z 2018 Heritage Edition memberi penghormatan terhadap tradisi berkenaan, menggabungkan rekaan moden dan prestasi 370Z 2018. Kami gembira untuk memperkenalkan Heritage Edition baharu ini di New York, antara pasaran utama Z pada peringkat awal lagi,” tambah beliau.

    Generasi pertama Fairlady Z (S30) mula diperkenalkan pada tahun 1969 dan kemudian dibawa ke pasaran Amerika di bawah jenama Datsun dengan lencana 240Z. Generasi keenam Z34 370Z ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak 2008 dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Selain dari 370Z Heritage Edition, Nissan turut akan membawa sekali model GT-R Track Edition ke pameran di New York tahun ini.

     
     
  • BMW Group Malaysia perkenalkan Program Full Circle untuk X1 sDrive20i, 530i M Sport – bayaran bulanan lebih berpatutan, tempoh pinjaman lebih pendek

    BMW Group Malaysia perkenalkan Program Full Circle untuk X1 sDrive20i, 530i M Sport – bayaran bulanan lebih berpatutan, tempoh pinjaman lebih pendek

    BMW Group Malaysia telah memperkenalkan Program Full Circle oleh Credit Malaysia, satu bentuk pembiayaan baharu dan eksklusif untuk pelanggan Program Korporat BMW sedia ada. Ia menawarkan lebih fleksibiliti dengan pilihan pembayaran yang luas. Ia dapat memastikan nilai kenderaan pada masa depan serta ketenangan minda apabila pelanggan korporat sedia ada membeli BMW X1 sDrive20i dan BMW 530i M Sport serba baharu.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Dengan Program Full Circle BMW, kami kini boleh merevolusikan program pembiayaan untuk menawarkan pengalaman pemilikan lebih baik kepada pelanggan korporat BMW yang sedia ada dan akan datang.”

    Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Credit Malaysia, Tobias Eismann pula, “Program Full Circle BMW menawarkan pelanggan BMW dan MINI di Malaysia dengan program pembiayaan yang lebih moden dan progresif. Menerusi program ini, kita juga boleh berkongsi kemudahan dan akses mudah terhadap mobiliti BMW yang sangat dinamik serta berorientasikan pelanggan dan masa depan.”

    BMW Group Malaysia perkenalkan Program Full Circle untuk X1 sDrive20i, 530i M Sport – bayaran bulanan lebih berpatutan, tempoh pinjaman lebih pendek

    Direka untuk meningkatkan fleksibiliti dan jaminan kepada pelanggan Program Korporat BMW, program pembiayaan yang boleh diubah suai ini menawarkan pilihan pembayaran yang luas berdasarkan kepada bajet serta pengalaman pelanggan. Diikuti dengan pelan-pelan fleksibel yang menawarkan bayaran bulan yang berpatutan dan tempoh pinjaman lebih pendek.

    Program Full Circle BMW daripada BMW Credit bermula dari RM2,258 sebulan untuk BMW X1 sDrive20i dan dari RM3,588 sebulan untuk BMW 530i M Sport. Ia juga menjanjikan pengalaman pemilikan yang menenangkan minda, proses yang mudah dan menjamin nilai kenderaan BMW pada masa depan, apabila ia dibeli melalui program ini.

    BMW Group Malaysia perkenalkan Program Full Circle untuk X1 sDrive20i, 530i M Sport – bayaran bulanan lebih berpatutan, tempoh pinjaman lebih pendek

    Ia terbuka kepada semua pelanggan Program Korporat BMW merangkumi pengarah, pasangan pengarah dan kakitangan syarikat. Selepas memilih kenderaan BMW yang mereka inginkan, pemilik baharu BMW boleh menentukan margin pembiayaan bermula 70 hingga 90% daripada harga jualan kenderaan. Kemudian menyatakan terma perbatuan tahunan – di antara 20,000 km setahun atau 25,000 km setahun – berdasarkan kepada gaya hidup dan kegunaan masing-masing.

    Pada penghujung tempoh pembiayaan, mereka akan diberi beberapa pilihan penyelesaian pembayaran. Sama ada memulangkan kereta tanpa perlu tertakluk kepada terma dan syarat yang ditandatangani dalam Option Agreement; menukar atau menjual kenderaan kepada mana-mana Pengedar Sah BMW dan pilih sebuah kereta BMW baharu; membuat pembayaran penuh dan simpan BMW mereka; atau melanjutkan terma kontrak untuk menikmati kereta BMW mereka dalam tempoh lebih lama.

     
     
  • VIDEO: Putera Mahkota Dubai bantu tarik lori pasir 12 tayar yang terbenam guna Mercedes AMG G63

    A post shared by Saeed Hilal (@saeed.hilal) on

    Dengan harga hampir RM1.2 juta di Malaysia, SUV 4×4 Mercedes AMG G63 mungkin dianggap sebagai objek mewah dan kebanyakkannya digunakan sekali sekala serta dipandu hanya di dalam bandar, walaupun ia memang direka dengan kemampuan off-road yang luar biasa – dijana enjin AMG 5.5 liter V8 biturbo berkuasa 571 hp/760 Nm.

    Namun untuk Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, AMG G-Wagen miliknya memang dipandu untuk kegunaan di padang pasir. Terbaharu, seorang pemilik akaun instagram bernama Saeed Hilal berkongsi video bagaimana putera yang lebih dikenali sebagai ‘Fazza’ di laman sosial berkenaan membantu menarik sebuah lori pasir 12 tayar yang terbenam di permukaan berpasir menggunakan G63 tersebut.

    A post shared by Fazza (@faz3) on

    Dalam video berdurasi 1 minit 10 saat berkenaan dapat diperhatikan tugas untuk menarik lori terbabit bukanlah mudah, lagi-lagi dengan menggunakan tayar yang bukan dikhaskan untuk kegunaan permukaan berpasir. Fazza turut dibantu oleh trak pikap lain, dan tali yang digunakan untuk menarik juga putus. Usaha tersebut akhirnya berjaya setelah muatan pasir pada lori dikurangkan, serta dibantu sebuah traktor.

    Fazza tidak memuat naik sendiri insiden berkenaan pada akaun laman sosial miliknya sendiri, tetapi plat pendaftaran ‘Dubai 11’ serta serban yang sama dipakai dan dipaparkan pada laman instagramnya ketika bersiar-siar di padang pasir memandu AMG G63 tersebut telah mendedahkan segalanya.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.72 (0.00)
RON 97 RM4.35 (0.00)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.37 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.57 (-0.30)
Last Updated Jun 17, 2026