Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Perodua bantu pemilik kenderaan terjejas dengan banjir – termasuk diskaun 20% untuk alat ganti

    Perodua bantu pemilik kenderaan terjejas dengan banjir – termasuk diskaun 20% untuk alat ganti

    Umum mengetahui bencana banjir besar yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Sabtu lalu. Ekoran daripada itu, Perodua telah mengumumkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda kenderaan, diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kenderaan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

    “Para pelanggan kami amat penting buat kami dan perkhidmatan tambah nilai ini disediakan bagi membantu meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mereka semasa bencana ini. Walaupun beberapa pusat servis kami turut terjejas akibat banjir, para pelanggan kami amat dialu-alukan untuk merujuk mana-mana cawangan perkhidmatan kami yang lain di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

    “Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyambung semula operasi kami (di kawasan terjejas) secepat mungkin,” kata kata Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

    Mengenai bantuan yang diberikan, pelanggan Perodua boleh membuat tuntutan untuk perkhidmatan menunda kenderaan maksimum sehingga RM100 di pusat servis Perodua berhampiran mengikut kepada terma dan syarat.

    Selain itu, Perodua juga turut menawarkan potongan 20% untuk alat-alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir. Alat-alat ganti tersebut termasuk semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, kemasan pintu dan permaidani.

    “Alat-alat ganti tulen kami disertakan dengan jaminan pengeluar dan kami meminta para pelanggan kami untuk tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka,” tambahnya lagi.

    Pelanggan Perodua, yang kenderaannya mengalami kerosakan akibat banjir digalakkan untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan menunda (tertakluk kepada terma dan syarat).

     
     
  • Jualan kenderaan di M’sia bagi Nov 2021 turun 7.5%

    Jualan kenderaan di M’sia bagi Nov 2021 turun 7.5%

    Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data jualan kenderaan bagi November 2021, dengan mengumumkan sebanyak 58,742 kenderaan baharu telah pun dihantar kepada pelanggan pada bulan tersebut. Ini menunjukkan penyusutan sebanyak 4,747 unit berbanding 63,489 unit yang terjual pada Oktober 2021, iaitu membabitkan 7.48% penurunan jualan.

    Persatuan terbabit turut berkata penyumbang kepada penurunan jualan pada bulan lalu melibatkan beberapa faktor, salah satunya ialah masalah bekalan cip mikro yang masih berterusan sehingga menjejaskan pengeluaran bagi sesetengah pengeluar kereta. Selain itu, ada juga pelanggan yang menangguhkan pembelian kenderaan baharu disebabkan insentif pengecualian SST telah pun dilanjutkan sehingga 30 Jun tahun hadapan.

    Disebabkan hal ini, nampak gayanya jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi tahun ini tidak dapat mengatasi rekod yang dicapai pada tahun 2020. Walau pun jumlah yang dicapai pada bulan lalu adalah 1.94% lebih tinggi atau lebih 1,120 unit yang dicapai berbanding November 2020, namun dengan jumlah hingga ke tarikh tersebut masih tidak dapat mengatasi rekod TIV 2020.

    Dalam tempoh 11 bulan bagi 2021, ia mencatatkan sebanyak 441,136 unit, iaitu kurang 18,200 unit (atau 3.96%) berbanding 459,336 unit yang terjual dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Ia memerlukan bulan Disember 2021 untuk mencatatkan sekitar 89,000 unit bagi TIV 2021 untuk mengatasi rekod tahun lalu.

    MAA menjangkakan jualan bagi Disember 2021 lebih kurang sama tahap dengan apa yang dicatatkan pada November, dengan pelbagai kempen promosi yang dianjurkan oleh syarikat kereta bagi melonjakkan jualan dan meningkatkan penghantaran kenderaan bagi memenuhi tempahan yang tertangguh. Walau bagaimana pun, MAA menambah masalah bekalan cip akan terus berlaku dan menjejaskan sesetengah pengeluaran kenderaan.

     
     
  • Beli kereta anda yang berikutnya di myTukar AutoFair dari 7 hingga 9 Januari 2022 — acara jualan kereta terpakai terbesar di M’sia, lebih 1,000 unit dipamerkan

    Beli kereta anda yang berikutnya di myTukar AutoFair dari 7 hingga 9 Januari 2022 — acara jualan kereta terpakai terbesar di M’sia, lebih 1,000 unit dipamerkan

    Merancang untuk menaiktaraf kenderaan semasa anda? Itu mungkin berlaku dalam waktu terdekat kerana acara myTukar AutoFair 2022 akan berlangsung dari 7 hingga 9 Januari 2022 bertempat di myTukar Retail Experience Centre, Puchong Selatan.

    Acara berkenaan, yang diberi jolokan sebagai acara kenderaan terpakai terbesar di Malaysia bakal menyaksikan lebih daripada 1,000 kenderaan terpakai dipamerkan, semua di bawah satu bumbung. Terdapat pelbagai pilihan kereta terpakai yang berkualiti akan ditawarkan, daripada Perodua Myvi 2019 dengan jarak perjalanan hanya 24,000 km kepada Mercedes-Benz E 350 AMG Line 2019 dengan hanya jarak perjalanan 3,000 km dan banyak lagi.

    Beli kereta anda yang berikutnya di myTukar AutoFair dari 7 hingga 9 Januari 2022 — acara jualan kereta terpakai terbesar di M’sia, lebih 1,000 unit dipamerkan

    Dengan khidmat myTukar yang diyakini dan dipercayai, anda boleh memandu kereta anda yang berikutnya dengan lanjutan satu tahun waranti dan setahun servis percuma, yang tidak pernah ditawarkan jika anda membeli kenderaan terpakai. Tambahan pula, turut disediakan ialah tempoh lima-hari jaminan wang dipulangkan. Ini bermaksud, anda boleh memulangkan kenderaan jika tidak menyukainya, tanpa sebarang soalan!

    Dan ada lagi. Jika anda membeli kereta di acara ini nanti, anda juga akan dapat tambahan servis percuma selama setahun, kadar faedah pinjaman serendah 1.68%*, kelulusan pinjaman dan serahan kenderaan dalam hari yang sama serta pengalas kaki Trapo untuk semua kereta.

    Beli kereta anda yang berikutnya di myTukar AutoFair dari 7 hingga 9 Januari 2022 — acara jualan kereta terpakai terbesar di M’sia, lebih 1,000 unit dipamerkan

    Anda juga akan berpeluang memenangi satu daripada enam hadiah melalui promosi myTukar Lucky Spin Wheel: ada Apple iPad generasi kesembilan, pulangan tunai RM888, filem penapis haba Raytech bernilai RM1,000, lanjutan waranti tambahan selama setahun, kad minyak bernilai RM500 atau baucar Trapo bernilai RM500.

    Tidak lupa, anda juga berpeluang memandu pulang sebuah Proton X70 Premium bernilai RM100,000 melalui peraduan Ulang Tahun ke-4 myTukar.

    Beli kereta anda yang berikutnya di myTukar AutoFair dari 7 hingga 9 Januari 2022 — acara jualan kereta terpakai terbesar di M’sia, lebih 1,000 unit dipamerkan

    myTukar juga akan menawarkan nilai trade-in di lokasi ketika itu bagi kereta semasa yang anda gunakan. Liputan seluruh negara myTukar juga kini termasuk bilik pameran premium dan lebih besar dengan kemudahan servis sendiri. Ini akan membolehkan anda untuk tidak perlu risau berkaitan pengalaman pemilikan atau penyelenggaraan, walaupun untuk sebuah kereta terpakai.

    myTukar AutoFair 2022 yang berlangsung dari 7 hingga 9 Januari 2022 turut akan menampilkan kaedah bayaran tanpa sentuhan, jamuan ringan, ruang pameran rakan niaga dan banyak lagi. Acara berkenaan juga akan mematuhi SOP COVID-19 dengan ketat seperti penggunaan pelitup muka sepanjang masa, dan hanya pengunjung yang telah lengkap divaksin sahaja akan dibenarkan masuk, penjagaan jarak fizikal dan banyak lagi.

    Maklumat lanjut tentang acara ini boleh diperoleh di sini, atau klik pautan ini untuk melihat kenderaan yang ditawarkan untuk dijual. Jumpa anda di sana nanti!

    myTukar Retail Experience Centre
    Puchong South, Lot 14225, KM 3
    8, Lebuhraya Damansara-Puchong
    47100 Puchong, Selangor, Malaysia

    *Tertakluk kepada terma

     
     
  • JPJ dedah proses homologasi sebenar bagi peroleh VTA – pastikan M’sia terima model selamat, berkualiti

    JPJ dedah proses homologasi sebenar bagi peroleh VTA – pastikan M’sia terima model selamat, berkualiti

    Tahukah anda? Semua kereta yang dijual dalam pasaran Malaysia buat masa sekarang, perlu terlebih dahulu menjalani proses homologasi dan menerima Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval atau VTA) dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membolehkan ia diisytihar layak untuk berada di jalan raya.

    Kelulusan tersebut diperlukan bukan sahaja untuk memastikan setiap model yang dijual dalam pasaran tempatan ini selamat untuk digunakan, seiring dengan pemeliharaan alam sekitar dan perkembangan teknologi semasa, malah kawalselia tersebut juga mampu mengelakkan pengeluar-pengeluar menjual kenderaan-kenderaan yang tidak berkualiti kepada pengguna di Malaysia.

    Tapi, bagaimana sebenarnya JPJ menyelia proses homologasi untuk mendapatkan VTA ini? Adakah ia sekadar proses ‘syok sendiri’ dari Jabatan tersebut? Bagi memberikan penerangan kepada orang awam, JPJ buat pertama kalinya mendedahkan proses homologasi tersebut kepada pihak media yang dibuat di Putrajaya semalam.

    JPJ dedah proses homologasi sebenar bagi peroleh VTA – pastikan M’sia terima model selamat, berkualiti

    Program penerangan ini dibuat dengan kerjasama BMW Malaysia – JPJ melakukan simulasi bagaimana proses homologasi berkenaan dilakukan menggunakan SUV elektrik penuh (EV) yang baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysia iaitu BMW iX xDrive40. Sesi penerangan tersebut diketuai oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan JPJ, Ir. Mohd Yusop Bin Mohamad. Malah, Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Zailani Hj Hashim turut hadir bagi menjawab pelbagai persoalan berkenaan homologasi VTA ini kepada pihak media.

    Secara amnya, Malaysia merupakan antara 63 buah Negara Pejanji terhadap satu perjanjian multi-lateral iaitu Perjanjian 1958 di bawah rangka kerja World Forum Harmonization of Vehicle Regulation (WP29). Di bawah perjanjian tersebut, satu peraturan teknikal kenderaan dikenali sebagai Peraturan United Nation (UN) telah dibangunkan oleh kumpulan pakar antarabangsa untuk diharmonisasikan dikalangan Negara Pejanji menerusi kerangka prosedur VTA masing-masing.

    Malah, semua pensijilan Peraturan UN yang dikeluarkan dikalangan Negara Pejanji juga diiktiraf bagi digunakan secara konsep mutual recognition of type approval. Jadi secara asasnya, JPJ bukan sahaja meletakkan pematuhan kepada Peraturan UN sebagai suatu penanda aras utama bagi menghasilkan prosedur homologasi VTA di Malaysia, malah pensijilan untuk semua komponen dalam kenderaan yang mahu diluluskan adalah wajib dari peraturan berkenaan.

    JPJ dedah proses homologasi sebenar bagi peroleh VTA – pastikan M’sia terima model selamat, berkualiti

    Malaysia menyertai WP29 ini pada 4 April 2006. Buat masa sekarang, sebanyak 63 Negara Pejanji yang menganggotai WP29 ini termasuk negara-negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) seperti Jerman, Perancis, Itali, Sweden dan lain-lain. WP29 ini juga turut disertai oleh United Kingdom, Jepun, Australia dan New Zealand. Namun untuk Asia Tenggara, ia hanya disertai oleh Malaysia dan Thailand.

    Mungkin kedengaran poyo, tapi hakikatnya dengan homologasi VTA JPJ yang menggunakan WP29 ini membolehkan kita menerima hanya model-model dengan spesifikasi setaraf dengan kenderaan-kenderaan yang diluluskan penggunaannya di Eropah dan negara-negara maju lain yang menyertainya. Dan mungkin kerana sebab ini juga, banyak model-model mampu milik yang dibangunkan dan dikilangkan oleh jenama-jenama antarabangsa di India dan Indonesia (kedua-dua negara ini tidak menganggotai WP29) tidak masuk ke pasaran Malaysia.

    Dasar berkaitan prosedur VTA yang dikuatkuasakan oleh JPJ ini juga adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66(1)(pp), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh itu, mana-mana model baharu hendaklah mempunyai satu pensijilan yang dikeluarkan di bawah prosedur VTA, sebelum ia layak menerima nombor pendaftaran dan juga disc cukai jalan bagi digunakan di atas jalan raya.

    Jadi, bagaimana proses homologasi JPJ ini dijalankan? Proses homologasi ini dimulakan dengan permohonan yang dibuat oleh pengeluar sebelum satu-satu model baharu itu dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Sekiranya JPJ mengesan ada model yang telah dilancarkan mahupun telah diumumkan harga sebelum menerima kelulusan VTA ini, pengeluar berkenaan boleh dipanggil untuk memberikan keterangan.

    Dalam permohonan yang dibuat, pengeluar perlu menyenaraikan kesemua sijil-sijil kelulusan untuk setiap komponen-komponen yang dipasang pada kenderaan berkenaan. Seperti yang disebut tadi, sijil-sijil tersebut bukan perkara mudah untuk diperolehi, ia perlulah diuji di makmal bebas dan disahkan oleh Negara Pejanji WP29.

    Ketika sesi penerangan ini semalam, JPJ membawa ‘timbunan’ fail-fail sebenar yang dihantar oleh BMW Malaysia untuk proses homologasi VTA BMW iX berkenaan. Gambar untuk fail tersebut tidak boleh didedahkan, namun kami melihat sendiri bahawa setiap komponen dalam BMW iX tersebut sememangnya telah disahkan telah diuji dan menerima pensijilan yang telah ditetapkan.

    Selepas semua dokumentasi tersebut disemak, model produksi sebenar BMW iX berkenaan perlu dihantar ke Bahagian Kejuruteraan JPJ untuk dilakukan pemeriksaan fizikal oleh pegawai-pegawai kejuruteraan automotif JPJ yang berpengalaman dan diiktiraf sebagai Jurutera Professional, Teknologis Professional, Juruteknik Proffesional serta pegawai yang mempunyai pengiktirafan profrssional lain yang dikeluarkan oleh badan-badan berkaitan sama ada pada peringkat domestik atau antarabangsa.

    Menerusi pemeriksaan fizikal tersebut, pegawai-pegawai ini akan membuat pengesahan bahawa setiap komponen pada kereta sebenar tersebut adalah sama dengan yang tersenarai dalam dokumentasi yang telah dihantar sebelum itu. Anda tentu perasan dengan huruf ‘E’ besar bersama numerik di sebelahnya dan dibulatkan pelbagai komponen kereta anda yang boleh dilihat dengan jelas (nombor komponen/parts number biasanya diletak pada bahagian lebih tersorok), kemudian diikuti dengan nombor-nombor lain bukan?

    Untuk pengetahuan anda kod yang dipanggil E-Marking tersebut memberitahu dari Negara Pejanji WP29 mana ia menerima pensijilan berkenaan (rujuk jadual di atas) – misalnya ia tertera kod ‘E1’, ia telah diuji di Jerman, dan angka-angka selepasnya merujuk kepada nombor-nombor pensijilan yang telah dikeluarkan dan direkodkan.

    Selepas pemeriksaan fizikal ini lengkap, pegawai-pegawai JPJ terlibat melakukan pula ujian kelayakan untuk dipandu jalan raya. Ujian ini dilakukan di atas jalan raya awam tetapi di dalam keadaan terkawal bagi memastikan sistem-sistem seperti kawalan kestabilan elektronik, brek, dan juga sistem-sistem lain berfungsi dengan selamat. Ujian-ujian lain seperti ujian pencemaran alam sekitar (termasuk emisi udara, bunyi dan sebagainya) turut akan dibuat pada sesi ini menggunakan pelbagai kelengkapan bagi membaca parameter-parameter yang diperlukan.

    Habis semua proses ini, kesemua hasil dan keputusan yang telah dibuat menerusi semakan serta ujian yang telah dibuat oleh JPJ akan dihantar kepada satu jawatankuasa khas yang digelar Jawatankuasa Kebangsaan untuk Kelulusan Jenis dan Homologasi.

    Jawatankuasa tersebut akan menilai setiap permohonan VTA yang dibuat dan ia dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia dan dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan seperti SIRIM, MIROS, MITI, MOT, KASTAM, PUSPAKOM, JAS, KPDNKK, MOSTI, Standards Malaysia dan juga Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

    Jika permohonan itu lulus, barulah sesebuah model itu menerima sijil VTA mereka dan kemudian boleh dilancarkan pada pasaran Malaysia secara rasmi. Menurut JPJ, keseluruhan proses ini (bermula dari permohonan dihantar oleh pengeluar sehingga menerima sijil VTA) biasanya akan mengambil masa selama 20 hari berkerja.

    Kami juga sempat bertanya, bagaimana pula dengan kereta yang dibawa diimport secara persendirian ke Malaysia seperti unit-unit recond yang belum atau tidak dilancarkan di Malaysia secara rasmi? Menurut JPJ, proses permohonan VTA untuk kereta-kereta tersebut turut perlu dilakukan, dan ia perlu dipohon oleh pihak pengimport sendiri. Tetapi ia akan dibuat dengan kaedah sedikit berbeza. Walau bagaimanapun, apa perbezaan proses berkenaan tidak dijelaskan lebih lanjut oleh JPJ.

    Menurut JPJ lagi, ada juga kenderaan yang tidak memerlukan VTA ketika di bawa masuk ke sini. Kenderaan-kenderaan tersebut adalah kenderaan yang dikategorikan dalam Kenderaan Mikromobiliti yang disifatkan sebagai “mana-mana kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia, dan mempunyai kelajuan maksimum 50 km/j”.

    Antara contoh kenderaan yang tergolong dalam Kenderaan Mikromobiliti ini termasuk moped elektrik berkelajuan tinggi sehingga 50 km/j, basikal elektrik, skuter elektrik berdiri dan sebagainya. “Tidak memerlukan VTA” ini bukan bermaksud ianya boleh dibeli dan digunakan di atas jalan raya, sebaliknya kenderaan-kenderaan tersebut tidak boleh didaftarkan dan menerima perlindungan insuran, atau dalam erti kata lain ia tidak sah digunakan di atas jalan raya awam.

    Proses homologasi untuk mendapatkan sijil kelulusan VTA ini juga antara sebab mengapa anda akan disaman sekiranya melakukakan ubahsuai pada kenderaan masing-masing. Seperti yang telah disebutkan tadi, setiap komponen standard yang dibekalkan dari kilang telah pun disahkan oleh JPJ, berbanding komponen aftermarket yang tiada sebarang verifikasi dibuat sebelum dipadankan pada kereta anda – secara tidak langsung anda boleh ditahan atas kesalahan ubahsuai tanpa kebenaran.

    Menerusi temubual kami bersama bekas Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif JPJ, Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib pada 2016, pemilik kenderaan yang ditahan atas kesalahan ubahsuai tanpa kebenaran tersebut akan menerima notis PG 1 dimana kereta berkenaan dilarang untuk berada diatas jalan raya selama sepuluh hari, dan dalam tempoh itu pemilik perlu men’standard’kan semula kenderaan mereka dan dihantar ke JPJ untuk diperiksa. Setelah JPJ berpuas hati, larangan tersebut akan ditarik balik. Jika pemilik gagal melakukan perkara berkenaan dalam tempoh masa yang diberikan, barulah JPJ akan mengeluarkan saman dengan jumlah RM300.

    Dengan menyertai WP29 ini juga, JPJ dapat menguatkuasakan Peraturan UN di Malaysia bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan yang dijual disini adalah setara pada peringkat global. Menurut JPJ, 54 Peraturan UN telah pun dikuatkuasa pada 2012, dan kemudian ditambah pada 2015, 2017 dan 2020 menjadikan secara keseluruhan sebanyak 114 peraturan telah dikuatkuasa sehingga kini. Dengan penguatkuasaan Peraturan UN ini lah menjadikan model-model yang dipasarkan di Malaysia menerima perincian-perincian terkini yang telah ditetapkan dalam peraturan tersebut.

     
     
  • Toyota Vios 2022 ada warna baru Nebula Blue Metallic

    Toyota Vios 2022 ada warna baru Nebula Blue Metallic

    Untuk pasaran tempatan, Toyota Vios diberikan kemaskini setahun lalu, dan untuk model tahun 2022 kini ada juga sedikit pembaharuan penawaran. Kereta berkenaan kini turut didatangkan dalam warna Nebula Blue Metallic yang menggantikan warna Dark Blue Metallic yang telah ditawarkan sejak 2019.

    Dibandingkan dengan warna terdahulu itu, warna baru ini tonanya lebih biru dan kurang unggu, terutama jika dilihat di bawah cahaya matahari. Vios kini berkongsi warna Nebula Blue tersebut dengan Corolla Cross — menjadi satu lagi petunjuk bahawa model SUV kompak itu versi pemasangan tempatan juga akan diperkenalkan di sini tak lama lagi.

    Selain warna baru ini, Vios juga diberikan pilihan warna Orange Metallic, Red Mica Metallic, Silver Metallic dan Platinum White Pear. Bagaimanapun, versi hatchback Yaris tidak ditawarkan dalam warna Nebula Blue terbaru ini — ia hanya ada dalam warna merah, perak atau putih.

    Toyota Vios 2022 ada warna baru Nebula Blue Metallic

    Selebihnya semua sama untuk Vios, baik dari segi spesifikasi atau harganya. Vios dijual pada harga bermula RM74,623 bagi 1.5J, RM82,593 bagi 1.5E dan RM87,584 bagi 1.5G. Vios GR Sport — yang hanya ada dalam warna merah atau putih — dijual pada harga RM95,284.

    Tiada sebarang kemaskini mekanikal dilakukan, jadi Vios kekal dengan enjin 1.5 liter 2NR-FE Dual VVT-i empat-silinder, yang menghasilkan 107 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm pada 4,200 rpm, dengan padanan transmisi CVT sama seperti sebelum ini.

     
     
  • GALERI: Honda CR-V Black Edition di Malaysia – 1.5L TC-P 2WD dengan tema-hitam, berharga RM162k

    GALERI: Honda CR-V Black Edition di Malaysia – 1.5L TC-P 2WD dengan tema-hitam, berharga RM162k

    Pada Oktober lalu, Honda Malaysia telah memperkenalkan Honda CR-V Black Edition, dan seperti namanya, ia diberikan versi serba hitam untuk SUV ini. Black Edition diasaskan dari varian pertengahan 1.5L TC-P 2WD bagi barisan CR-V facelift 2021, dengan kemasan badan berwarna Crystal Black Pearl.

    Nama pun ‘edisi hitam’ jadi warna tersebut menjadi keutamaan pada penggayaan SUV ini, termasuklah pada gril hadapan, kemasan bampar hadapan dan juga aloi 18-inci dengan tona hitam pekat.

    Begitu juga dengan bentangan dalamannya, serlahan gelap menjadi pilihan, ini termasuklah kemasan untuk roda stereng, panel meter digital dan corong pendingin hawa semuanya dalam warna hitam pekat. Kemasan kayuan berona hitam juga diberikan pada konsol tengah, papan pemuka dan pintu berbanding coklat; senada dengan headlining dan tempat duduk hitam dengan sulaman perkataan “Black Edition” pada tempat duduk hadapan.

    Walau bagaimana tiada perubahan lain pada spesifikasinya, termasuk bahagian mekanikal. Ia masih dijanakan oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo, sama seperti varian 1.5L TC-P 2WD, dengan hamburan kuasa 193 PS dan tork 243 Nm, dengan pacuan disalurkan ke roda hadapan menerusi CVT.

    Kelengkapan Honda Sensing ADAS bagi teknologi bantuan pemandu turut diberikan, merangkumi Remote Engine Start yang berfungsi untuk menghidupkan enjin dan juga bertindak untuk mengawal pendingin hawa. Selain itu, ia juga menampilkan tailgate kuasa, yang boleh dibuka dengan isyarat tendangan.

    CR-V Black Edition ditawarkan pada harga atas jalan RM161,913 tanpa insurans, dengan pengecualian cukai jualan (SST), membuatkannya lebih RM4,298 berbanding versi TC-P 2WD biasa.

     
     
  • Ford Everest 2022 didedah kali pertama dalam teaser

    Ford Everest 2022 didedah kali pertama dalam teaser

    Memandangkan Ford Ranger 2022 telah pun didedahkan, sekarang perhatian beralih pula kepada versi SUV, iaitu Everest. Gambar teaser pertama model generasi ketiga itu telah pun didedahkan, dan ia sepatutnya juga mendapat banyak kelengkapan seperti trak pikap tersebut.

    Ini turut dapat dilihat melalui bahagian luarnya, yang menggunakan lampu hadapan gaya Maverick dengan bentuk C di penjuru, serta gril besar dan kemasan krom di tengah. Rekaan bampar bagaimanapun sedikit berlainan dan menggunakan perumah lampu kabus yang mempunyai kemasan krom.

    Everest juga berkemungkinan menggunakan bonet, fender serta kabin yang sama seperti Ranger, sementara bahagian belakang sudah tentu berbeza dengan bentuk yang tertutup sepenuhnya. Lampu belakang menggunakan pencahayaan berbentuk L terbalik, dengan garisan LED terputus di bahagian penutup but.

    Ford Everest 2022 didedah kali pertama dalam teaser

    Tiada perincian yang didedahkan setakat ini, tetapi kita boleh menjangka pengunaan enjin sama seperti Ranger, yang termasuk unit diesel turbo 3.0 liter V6 dan empat silinder petrol 2.3 liter turbo baru, serta 2.0 liter turbo dan twin turbo diesel seperti sebelum ini. Transmisi pula mungkin menggunakan unit manual enam dan lima kelajuan, serta automatik enam dan sepuluh kelajuan.

    Ford memberitahu, mereka akan mendedahkan Everest baru ini pada suku pertama tahun hadapan, manakala jualan pula dijangka bermula pada suku kedua. Bagi Ranger, ia terus dibuat di kilang AutoAlliance Thailand (AAT) di Rayong.

     
     
  • Lexus RZ 450e ditunjuk – diperkenalkan pada 2022

    Lexus RZ 450e ditunjuk – diperkenalkan pada 2022

    Lexus secara rasminya telah menunjukkan RZ 450e sepenuhnya, kenderaan elektrik-bateri pertama dari jenama ini. Ia merupakan BEV kedua selepas UX 300e, tetapi tidak seperti SUV terkecil itu, RZ tidak berkaitan dengan mana-mana model sedia ada dengan enjin pembakaran dalaman.

    Dalam laporan sebelum ini, RZ (Z bermaksud “zero”) merupakan versi produksi bagi model konsep elektrifikasi LF-Z, namun penggayaannya telah dikurangkan sedikit secara signifikan. Rekaan utamanya diserlahkan pada hujung hadapan berkonsep “spindle body”, panel hitam di bawah lampu utama yang berbentuk tajam, gerbang roda rona hitam yang besar, garisan tingkap yang menyerlah dan lampu belakang lebar penuh.

    Namun perincian lain masih dirahsiakan, tetapi ia akan ditampilkan untuk menjadi versi menyerlah bagi Toyota bZ4X, jadi mungkin ia akan menggunakan platform e-TNGA yang sama (Lexus masih belum mengeluarkan platform lain), yang turut dikongsikan oleh Subaru Solterra

    Lexus RZ 450e ditunjuk – diperkenalkan pada 2022

    Apa yang membezakannya ialah penjana kuasa – 450e menggunakan dilengkap unit enjin yang lebih berkuasa berbanding bZ4X dengan output maksimum cecah 160 kW (218 PS). Dengan lencana Direct4 ini bermakna RZ akan menerima sekurang-kurangnya dua motor elektrik dan pacuan semua-roda, yang agak mirip dengan model konsep LF-Z. Walau bagaimana pun, Lexus menguar-uarkan output bagi model ini adalah sehingga 400 kW (544 PS) dan tork 700 Nm.

    Kapasiti dan jarak bateri juga masih dirahsiakan, namun bagi bZ4X dan Solterra, ia dilengkapi dengan bateri lithium-ion 71.4 kWh (dioperasikan pada 355 voltan) secara standard. Jarak maksimum cecah 530 km. (kitaran WLTP) gai model FWD, atau 460 km untuk versi AWD.

    Sementara itu, Lexus berkata model konsep LF-X dilengkapi bateri lithium-ion 90 kWh, mampu memberikan jarak sekitar 600 km dalam pengecasan penuh. Ia boleh mencapai 3.0 saat bagi pecutan dari 0-100 km/j, dan kelajuan masimum cecah 200 km/j. Mungkin RZ 450e juga akan menerima angka yang lebih kurang sama. Perincian lanjut mengenai SUV ini akan didedahkan menjelang pelancaarannya pada tahun hadapan.

     
     
  • Kia Carens 2022 diperkenalkan di India – gaya SUV; tiga-barisan tempat duduk, dua bentangan konfigurasi

    Kia Carens 2022 diperkenalkan di India – gaya SUV; tiga-barisan tempat duduk, dua bentangan konfigurasi

    Kia telah memperkenalkan Carens baharu bagi tontonan global, dan memilih India sebagai lokasi pengenalannya. Carens generasi ke-empat ini masih kekal berasaskan MPV tetapi mengambil rekaan penggayaan SUV, agak mirip dengan gaya yang ditampilkan pada Hyundai Alcazar untuk pasaran India, yang diperkenalkan awal tahun ini.

    Model tiga-barisan tempat duduk ini dengan platform yang dipanjangkan dari Seltos, mempersembahkan falsafah gaya Opposites United ciptaan Kia sendiri, diserlahkan dengan Tiger Face, dipadankan dengan konsep pencahayaan signitur Star Map baharu dengan lampu nyalaan siang di atas lampu utama LED, disambungkan dengan jaluran krom pada gril atas.

    Bahagian sisinya kelihatan sedikit besar terutamanya pada seksyen cab, dan lapisan gerbang roda ditambah dengan elemen yang lebih teguh untuk menyerlahkan lagi gayanya. Di bahagian belakang, seksyen pencahayaannya lebih kurang sama dengan hadapan, dengan kluster yang turut menerima sentuhan Star Map dan disambungkan dengan jaluran melintang. Untuk seksyen bawahnya pula, ia dihiasi elemen kemasan krom besar, yang membantu menyerlahkan bahagian belakang.

    Kia Carens 2022 diperkenalkan di India – gaya SUV; tiga-barisan tempat duduk, dua bentangan konfigurasi

    Di dalamnya, Carens baharu menampilkan rekaan papan pemuka melengkung dengan panel hitam berkilat lebar untuk menyerlahkan bentuk dan aliran bahagian tersebut. Serlahan untuk ciri dalaman termasuklah skrin sesentuh navigasi HD 10.25-inci dengan Next Generation Kia Connect (yang akan ada kemaskini over-the-air), paparan instrumen digital, sistem bunyi Bose Premium dengan lapan-pembesar suara dan pencahayaan ambien 64-warna. Ia turut diberikan sistem air purifier, bumbung suria, bilah pengelap cermin penderia-hujan, pedal penukar gear dan tempat duduk ventilasi.

    Carens bakal menawarkan konfigurasi enam- dan tujuh-tempat duduk. Barisan kedua menampilkan Retractable Seatback Tables dengan pemegang cawan dan ruang meletak gajet, dan mudah untuk akses ke barisan ketiga yang boleh dilipat. Tempat duduk barisan-kedua untuk varian tujuh-tempat duduk pula didatangkan fungsi fold-and-tumble dengan satu-sentuhan. Bagi versi enam-tempat duduk pula, ia menampilkan tempat duduk kapten untuk penumpang barisan-kedua.

    Kia Carens 2022 diperkenalkan di India – gaya SUV; tiga-barisan tempat duduk, dua bentangan konfigurasi

    Bagi penjana kuasanya, dilaporkan Carens akan menggunakan enjin 1.5 liter petrol dan diesel dari Seltos, serta unit 1.4 liter turbo dengan kuasa 140 hp. Manakala untuk transmisi pula, selain dari kotak gear manual enam-kelajuan, Kia turut mengumumkan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan dan auto enam-kelajuan akan ditawarkan, dengan DCT dipadankan untuk penjana kuasa turbo. Cares juga akan diberikan pilihan tiga mod pemanduan iaitu Sports, Eco, dan Normal.

    Untuk aspek keselamatan, kesemua varian dilengkapi dengan enam beg udara, ESC, bantuan brek, pengurusan kestabilan kenderaan (VSM), kawalan bantuan-bukit (HAC), kawalan brek turun bukit (DBC), penderia parkir hadapan serta sistem pemantauan tekanan tayar. Cares juga diberikan rim aloi lima-jejari 16-inci, serta cakera brek belakang secara standard untuk semua varian.

    Kia turut berkata, Carens akan dilancarkan di India pada suku pertama tahun hadapan. Dan juga akan dipasarkan di beberapa pasaran terpilih di seluruh dunia.

     
     
  • Mazda MX-5 2022 terima Kinematic Posture Control, varian dengan rim RAYS, brek Brembo empat piston

    Mazda MX-5 2022 terima Kinematic Posture Control, varian dengan rim RAYS, brek Brembo empat piston

    Selepas enam tahun berada dalam pasaran, Mazda MX-5 diberikan sedikit pembaharuan untuk model tahun 2022. Secara visualnya ia masih kelihatan sama, tetapi di sebalik badan dengan bumbung boleh buka itu terdapat naik taraf yang menjadikan pemanduannya lebih mantap.

    Apa yang dimaksudkan adalah Kinematic Posture Control (KPC), iaitu satu teknologi seperti G-Vectoring syarikat itu, tetapi telah diubah suai dan berfungsi sedikit berbeza. Ia boleh membrek sedikit roda bahagian dalam (roda sebelah kiri apabila membelok ke kiri dan roda kanan apabila membelok ke kanan) apabila membelok, dan bukannya roda bahagian luar seperti G-Vectoring.

    Apabila ini dilakukan, suspensi pada roda bahagian dalam itu juga akan tertekan lebih ke dalam, sekaligus mengurangkan olengan badan dan meningkatkan stabiliti di selekoh – pemilik tidak perlu memasang spring atau penyerap lebih keras yang boleh menjadikan kereta kurang selesa.

    Mazda MX-5 2022 terima Kinematic Posture Control, varian dengan rim RAYS, brek Brembo empat piston

    Selain daripada itu, perubahan lain cumalah penawaran warna baru Platinum Quartz Metallic, seperti Mazda 2 yang diperkenalkan di Jepun awal tahun lalu. Di negara itu juga, MX-5 yang dikenali sebagai Roadster ini turut ditawarkan dalam tiga varian baru.

    Yang pertama adalah 990S (dinamakan mengikut beratnya iaitu 990 kg), di mana ia menggunakan model S sebagai asas, tetapi ditambah dengan rim RAYS ZE40 RS 16 inci yang lebih ringan 3.2 kg. Walaupun begitu, berat keseluruhannya masih sama kerana varian ini turut mendapat brek Brembo yang lebih besar, dengan angkup empat piston di hadapan.

    Penyerap hentak, spring, stereng serta ECU varian ini juga telah ditala semula khas untuknya. Perubahan visual lain yang dibuat adalah bumbung kain warna biru gelap, kemasan biru pada corong pendingin hawa dan lapik kaki dengan jahitan biru.

    Tema biru ini juga digunakan pada satu lagi varian baru Navy Top. Seperti yang boleh dilihat pada namanya, varian ini turut mendapat bumbung kain berwarna biru gelap, serta cermin sisi sama warna dengan badan, rim 16 inci dan balutan kulit hitam di dalam. Mereka yang mahukan sesuatu yang berbeza boleh mendapatkan varian Terracotta Selection, yang menggunakan asas daripada model RF dengan bumbung keras yang boleh dilipat, dan bahagian dalam yang dibalut kulit Terracotta Nappa.

    Bahagian lain pada model ini tidak diubah, yang bermakna ia masih dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0 liter NA Skyactiv-G berkuasa 184 PS/205 PS dan 1.5 liter 132 PS/152 Nm. Transmisi datang dalam pilihan automatik atau manual enam kelajuan dan ia menghantar kuasa ke roda belakang.

     
     
  • RFID dilaksana di Lebuhraya Utara-Selatan mulai 15 Jan; lorong TNG, SmartTAG dikurangkan berperingkat

    RFID dilaksana di Lebuhraya Utara-Selatan mulai 15 Jan; lorong TNG, SmartTAG dikurangkan berperingkat

    Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengesahkan transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari 2022.

    Menurut KKR, dengan pelaksanaan ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuh raya bertol di pantai barat Semenanjung bakal menyediakan lorong RFID bagi menyediakan kemudahan yang lebih pantas dan efisien buat pengguna lebuhraya. Di mana transaksi tol menggunakan RFID adalah langkah kementerian itu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di plaza tol dan pelaksanaan tersebut selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar yang termasuk Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong.

    Walau bagaimana pun, KKR turut berkata, kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID.

    RFID dilaksana di Lebuhraya Utara-Selatan mulai 15 Jan; lorong TNG, SmartTAG dikurangkan berperingkat

    Justeru, KKR menyeru pengguna lebuh raya untuk beralih kepada RFID dan mendapatkan tag RFID secara dalam talian menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go, ejen pemasaran yang dilantik atau mana-mana 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung.

    Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya untuk menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh sekali gus membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

    Selain itu, RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

    Namun difahamkan, bagi pengguna TNG dan SmartTAG, sistem RFID di lebuhraya kendalian PLUS ini tidak membolehkan anda menggunakan PayDirect untuk pembayaran tol yang ditolak dari Touch ‘n Go eWallet anda. Ini bermakna, anda perlu memastikan baki dalam kad tambah nilai TNG anda mencukupi sebelum memasuki Lebuhraya Utara-Selatan kelak.

     
     
  • Benelli TRK 800 diperkenal – enjin dua silinder selari 754 cc, berat 214 kg, kuasa 76.2 hp, tork 67 Nm

    Benelli TRK 800 diperkenal – enjin dua silinder selari 754 cc, berat 214 kg, kuasa 76.2 hp, tork 67 Nm

    Barisan motosikal adventure/touring Benelli yang sebelum ini popular dengan TRK 502 dikembangkan lagi dengan pengenalan model baru TRK 800. Ia menggunakan konsep rekaan yang sama, tetapi kelengkapan lebih moden serta enjin berkapasiti lebih tinggi.

    Memacu model ini adalah unit enjin dua silinder selari penyejukan cecair, DOHC, 754 cc yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan dengan klac assist & slipper untuk menghasilkan kuasa sehingga 76.2 hp pada 8,500 rpm dan 67 Nm tork pada 6,500 rpm. Enjin ini juga akan digunakan pada Leoncino 800 dan Leoncino Trail 800.

    Bagi memastikan motosikal ini dapat meredah keadaan jalan yang lasak, ia dilengkapi dengan suspensi yang mempunyai jarak gerak 170 mm di hadapan dan 171 mm di belakang, dilaksanakan oleh unit fork USD 50 mm Marzocchi dengan pelarasan lantunan, mampatan dan pra beban, serta monoshock dengan pelarasan pra beban dan lantunan.

    Melengkapkan ciri lasaknya adalah penghadang tangan, penghadang bawah enjin serta rim aloi spoked bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, dibalut dengan tayar tanpa tiub masing-masing bersaiz 110/80 dan 150/70. Penghadang angin hadapan pula boleh dilaras secara manual.

    Kelengkapan lain yang terdapat pada motosikal ini adalah lampu LED, brek Brembo yang terdiri daripada cakera berkembar 320 mm dengan angkup empat piston di hadapan dan cakera 260 mm dengan angkup satu piston di belakang, tangki bahan api 21 liter serta panel instrumen TFT tujuh inci. Berat keseluruhan TRK 800 tanpa aksesori adalah 214 kg.

     
     
  • Sime Darby Motors Malaysia, TNB tandatangani kerjasama strategik terokai inisiatif penggunaan EV

    Sime Darby Motors Malaysia, TNB tandatangani kerjasama strategik terokai inisiatif penggunaan EV

    Sime Darby Motors Malaysia (SDM) telah menandatangai perjanjian sefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi melaksanakan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon. MoU tersebut ditandatangani oleh pengarah urusan peruncitan dan pengedaran SDM, Jeffrey Gan dan ketua jabatan peruncitan TNB Mohamed Azrin Mohamed Ali.

    Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua pihak akan meneroka pelbagai inisiatif untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV). Ini termasuklah memastikan rangkaian infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap disediakan dalam menyokong pertumbuhan ini. Ia turut mensasarkan untuk melihat inisiatif cekap tenaga dan tenaga yang boleh diperbaharui bagi mengoptimumkan kos infrastruktur pengecasan EV dan mengurangkan pelepasan karbon.

    “Kami mempunyai cita-cita EV yang sangat jelas dan pembabtan TNB sangat kritikal dalam memastikan matlamat dapat dicapai. Rakan kongsi seperti TNB memainkan peranan penting dalam membantu kumpulan mencapai sasaran portfolio produk yang lebih cekap tenaga menjelang 2025 dan menjadi peneraju bagi EV di Asia Pasifik,” ujar CEO Kumpulan Sime Darby Berhad Datuk Jeffri Salim Davidson.

    Beliau berkata, tawaran Sime Darby untuk menyokong rancangan EV negara adalah melalui perniagaan terasnya, iaitu Permotoran dan Perindustrian termasuk keupayaan pemasangan bernilai tinggi, spektrum yang luas bagi jenama terkemuka dunia dengan rangkaian EV yang berkembang, tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk perkhidmatan runcit dan selepas jualan EV dan pembekalan dan penyelenggaraan peralatan pengecasan EV.

    Sime Darby Motors Malaysia, TNB tandatangani kerjasama strategik terokai inisiatif penggunaan EV

    “Sebagai pemacu utama peralihan tenaga negara, inisiatif ini juga membina usaha kami untuk menerajui pembangunan ekosistem yang kondusif bagi penggunaan EV yang lebih luas di Malaysia. Selepas lebih tujuh dekad, peranan kami telah berkembang daripada penyedia utiliti nasional ke arah menjadi menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa.

    “Bagi mencapai aspirasi itu, kami telah mengubah TNB menjadi lebih tangkas dan mengutamakan pelanggan, termasuk meningkatkan portfolio solusi tenaga mampan seperti solar dan hidro, audit tenaga, sistem pengurusan tenaga yang cekap dan kini, infrastruktur pengecasan EV,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din.

    Tambah beliau, melalui kerjasama itu, SDM Malaysia dan Sime Darby Bhd secara keseluruhannya boleh bergantung kepada kepakaran kolektif TNB dalam pengurusan tenaga dan solusi tenaga mampan bagi membantu mencapai misi mereka yang sentiasa bersedia dengan keperluan masa depan dalam industri automotif.

    Ini termasuklah memperluaskan kadar penggunaan EV negara dengan TNB menyediakan kepakaran dalam pemasangan infrastruktur pengecasan EV di lokasi strategik di sepanjang laluan perjalanan utama untuk menyokong komuniti EV dengan lebih baik.

    Melalui kerjasama ini, TNB juga akan menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai berdaya harap dan stabil kepada ekosistem pengecasan EV berdasarkan kawasan geografi terpilih yang dipersetujui bersama oleh TNB dan SDM Malaysia. Selain itu, TNB juga akan menawarkan SDM Malaysia penyelesaian yang boleh mengoptimumkan kos elektrik dan menyokong sumber tenaga hijau dan mampan dalam mengurangkan pelepasan karbon.

     
     
  • Audi S1 e-tron quattro Hoonitron untuk Ken Block didedah – EV, akan diguna dalam video Electrikhana

    Audi S1 e-tron quattro Hoonitron untuk Ken Block didedah – EV, akan diguna dalam video Electrikhana

    Siri gymkhana Ken Block yang seterusnya akan menyaksikan satu perubahan yang menarik. Ia akan dipanggil sebagai Electrikhana dan Block bakal menggunakan kereta Audi S1 e-tron quattro Hoonitron yang dibuat khas ini. Selain kelengkapan serta penggerak serba moden, kereta ini turut menerapkan konsep rekaan daripada kereta lumba Audi Sport Quattro S1 E2 Group B.

    Menjadikannya lebih menarik adalah Hoonitron ini dibangunkan cuma dalam masa empat minggu sahaja. Ketua bahagian rekaan Audi, Marc Lichte memberitahu, beliau dan rakan sekerja sangat teruja apabila mendengar tentang projek ini kerana akhirnya dapat membuat sebuah kereta yang menggabungkan model ikonik Audi dengan masa hadapan.

    “Ia berkait dengan tafsiran moden, elektrik penuh bagi S1 Pikes Peak. Garis masa yang diberi adalah sangat pendek. Proses rekaan kami biasanya mengambil masa satu ke satu setengah tahun, tapi untuk Hoonitron ini cuma empat minggu, dari lukisan pertama sehingga bentuk akhirnya,” kata Lichte.

    Hoonitron menggunakan dua motor elektrik untuk menghasilkan tetapan pacuan empat roda, casis gentian karbon dan mematuhi tahap keselamatan penuh FIA. Audi tidak mendedahkan sebarang perincian teknikal, tetapi Block ada berkata, “memusing tayar untuk membuat donut terus ke 150 km/j dari berhenti hanya dengan menggunakan kaki kanan adalah satu pengalaman yang baru bagi saya.”

    “Kerjasama dengan Audi ini adalah sangat istimewa bagi saya. Jenama ini dan semangat yang ditunjukkan dalam sukan permotoran menjadi motivasi untuk saya terlibat dalam dunia rali. Dengan sekarang Audi membangunkan kereta ini untuk saya dan pasukan, dan menyertai projek kami yang seterusnya, ia seakan satu mimpi yang menjadi realiti bagi saya,” kata Block.

     
     
  • Hyundai Palisade 2022 kini di M’sia – RM329k-RM359k, V6 3.8L petrol dan 2.2L Diesel, 7- & 8-tempat duduk

    Hyundai Palisade 2022 kini di M’sia – RM329k-RM359k, V6 3.8L petrol dan 2.2L Diesel, 7- & 8-tempat duduk

    Selepas mendarat di Indonesia Disember tahun lalu, kini SUV bersaiz besar gaya Amerika, buatan Korea iaitu Hyundai Palisade dilancarkan pada pasaran Malaysia secara rasmi. Berbanding pasaran negara jiran berkenaan yang hanya diberikan enjin diesel, pengedar Hyundai di sini iaitu Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) menawarkan Palisade dengan pilihan enjin turbodiesel dan petrol V6, dengan kedua-duanya boleh dipilih dengan konfigurasi tujuh- atau lapan-tempat duduk.

    Jadi secara keseluruhan, Palisade boleh dipilih dalam empat varian iaitu 2.2 Diesel Executive 7 dijual pada harga RM348,888, diikuti 2.2 Diesel Executive 8 dijual pada harga RM328,888, manakala model petrol pula dimulakan dengan varian 3.8 GDI Luxe 7 dijual pada harga RM358,888 dan model paling atas 3.8 GDI Luxe 8 dijual pada harga RM338,888.

    Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga asas tanpa sebarang pilihan opsyen, atas jalan tanpa insuran bersama pengecualian 50% cukai jualan sehingga 30 Jun 2022 – Palisade pasaran Malaysia ini diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang utama Hyundai yang terletak di Ulsan, Korea Selatan. Setiap pembelian juga diberikan perlindungan waranti pengeluar selama dua-tahun atau 50,000 km (yang mana sampai dulu).

    Namun untuk pelanggan yang mahukan waranti selama lima-tahun/300,000 km, Palisade akan dijual pada harga RM 11,000 (untuk Luxe 7 dan Luxe 8) dan RM12,000 (untuk Exec 7 dan Exec 8) lebih mahal. Dengan harga tersebut pelanggan turut menerima servis penyelenggaraan percuma tiga tahun/50,000 km.

    Hyundai Palisade 2022 kini di M’sia – RM329k-RM359k, V6 3.8L petrol dan 2.2L Diesel, 7- & 8-tempat duduk

    Bagi model diesel, ia dijana oleh enjin R2.2 liter CRDi empat silinder turbodiesel menjana tork maksima 440 Nm yang sama seperti Santa Fe, namun ditala lebih berkuasa dengan 200 PS berbanding hanya 193 PS pada SUV segmen C tersebut. Manakala versi petrol pula menerima enjin V6 3.8 liter Lambda II dengan suntikan bahan api terus (GDI) yang sama seperti sedan mewah Hyundai Genesis pasaran Malaysia sebelum ini, ditala bagi menghasilkan kuasa 295 PS dan tork maksima 355 Nm.

    Kedua-dua pilihan enjin ini dipadankan dengan kotak gear lapan-kelajuan automatik, namun hanya model diesel diberikan sistem pacuan semua roda, sementara model petrol hanya menyalurkan kuasa ke roda hadapan. Gandingan ini membolehkan versi diesel memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.2 saat dan mencapai kelajuan maksima 190 km/j, manakala versi petrol pula mencatatkan masa 7.8 saat dalam pecutan sama sebelum mencapai kelajuan maksima 210 km/j.

    Juga, kedua-dua pilihan unit rangkaian kuasa ini hadir dengan mod pemanduan Eco, Comfort, Sport dan Smart, manakala hanya model diesel hadir dengan Traction Mode Select dengan mod Snow, Mud dan Sand yang disertakan pada sistem pacuan semua roda tersebut.

    Berapa besar Palisade ini? Atas kertas, ia menampilkan dimensi 4,980 mm panjang, 1,975 mm lebar, 1,750 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,900 mm. Untuk senang anda bayangkan, Palisade adalah 357 mm lebih panjang, 120 mm lebih lebar, 61 mm lebih tinggi dan jarak roda 240 mm lebih jauh berbanding Honda CR-V. Namun berbanding saingan dalam segmen sama iaitu Mazda CX-9, Palisade masih 95 mm lebih pendek dan menampilkan jarak roda 30 mm lebih dekat, tetapi diukur 6 mm lebih lebar serta 3 mm lebih tinggi.

    Untuk kelengkapan, kesemua varian hadir dengan kit yang sama iaitu lampu hadapan, lampu nyalaan siang, dan lampu belakang LED, rim aloi 20-inci jejari-Y bersama tayar 245/50R20 (tayar gantian juga diberikan set roda yang sama!), dua bumbung suria, cermin sisi elektrik bersama lampu puddle dan fungsi pemanas, rel bumbung serta pintu tailgate bantuan kuasa.

    Dalam kabin, semua versi Palisade pasaran Malaysia ini menerima paparan instrumen digital penuh Supervision dengan skrin TFT LCD bersaiz tujuh-inci, paparan head-up serta sistem infotainmen dengan skrin lapan-inci bersama sokongan Apple Carplay tanpa wayar, Android Auto serta kawalan arahan suara, dihubungkan kepada enam pembesar suara.

    Hyundai Palisade 2022 kini di M’sia – RM329k-RM359k, V6 3.8L petrol dan 2.2L Diesel, 7- & 8-tempat duduk

    Perincian lain yang diberikan standard untuk kesemua varian termasuk roda stereng pelbagai fungsi balutan kulit, butang pemilih gear shift-by-wire, pedal penukar gear, brek parkir elektronik (dengan sistem auto hold), sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, pengecas telefon pintar tanpa wayar, lampu dan pengelap cermin automatik serta sistem pendingin hawa tiga zon.

    Untuk konfigurasi tempat duduk, model lapan tempat duduk menampilkan susunan tiga baris 2-3-3, dengan tempat duduk baris kedua dan ketiga menampilkan tempat duduk jenis bench. Manakala versi tujuh tempat duduk pula diberikan susunan 2-2-3, di mana kerusi baris kedua adalah dari jenis Captain Seat yang lebih selesa.

    Kesemua varian menerima tempat duduk hadapan (pemanas dan pengalir udara) larasan kuasa 12 hala bersama fungsi memori untuk pemandu dan 8 hala untuk penumpang. Untuk tempat duduk baris kedua, varian tujuh tempat duduk turut menerima fungsi pemanas dan pengalir udara, manakala versi lapan tempat duduk hanya menerima fungsi pemanas di bahagian berkenaan.

    Kesemua baris tempat duduk juga menerima sekurang-kurangnya dua port USB (tujuh secara keseluruhan) serta 10 pemegang cawan di serata kabin. Ia juga diberikan empat port kuasa 12-volt yang masing-masing diletakkan pada konsol tengah, hadapan, belakang dan ruang but belakang.

    Penumpang baris kedua menerima pelindung cahaya matahari manual untuk setiap tingkap. Manakala untuk memudahkan penumpang masuk ke baris ketiga, kerusi baris kedua boleh dilipat dan digelangsarkan kehadapan dengan menekan butang satu sentuhan yang diletakkan pada bahagian atas dan bawah.

    Palisade menyediakan ruang kargo belakang sebesar 311 liter. Jika mahukan lebih ruang, tempat duduk baris ketiga turut boleh dilipat rata (serta diberikan karpet khas dan juga penutup tonneau yang boleh disorokkan di bawah lantai ruang kargo) bagi memberikan ruang tambahan sehingga 703 liter. Tak cukup lagi? Tempat duduk baris kedua juga boleh dilipat rata dengan menggunakan butang satu sentuhan yang disediakan pada ruang belakang tersebut.

    Hyundai Palisade 2022 kini di M’sia – RM329k-RM359k, V6 3.8L petrol dan 2.2L Diesel, 7- & 8-tempat duduk

    Untuk upholsteri pula, pembeli ditawarkan dengan opsyen untuk beberapa tema warna dan jenis material balutan. Untuk mereka yang mahukan tema hitam sepenuhnya, hanya kulit biasa ditawarkan. Manakala kulit Nappa boleh dipilih dalam warna Warm Grey dan ia akan dipadankan dengan kemasan-kemasan dalaman lain berwarna Navy. Khas untuk pembeli Palisade dalam konfigurasi tujuh tempat duduk, ia turut ditawarkan dengan upholsteri kulit Nappa berwarna Burgundy, dan ia datang dengan kemasan-kemasan dalaman berwarna hitam.

    Lima warna badan ditawarkan untuk semua varian Palisade iaitu Timeless Black, White Cream, Lagoon Silver, Steel Graphite dan Moonlight Cloud. Walau bagaimanapun, sekiranya pemilik model tujuh-tempat duduk mahukan upholsteri kulit Nappa berwarna Burgundy, ia tidak boleh dipadankan dengan warna badan luaran Moonlight Cloud.

    Beralih kepada fungsi keselamatan, kesemua varian menerima kelengkapan standard seperti enam-beg udara, sistem kawalan kestabilan elektronik, kawalan menurun bukit, pemantau titik buta, cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix pada baris kedua dan ketiga, kamera undur, pemantau tekanan angin tayar, amaran lintasan trafik belakang, amaran buka pintu dan juga pengingat tempat duduk belakang.

    Walau bagaimanapun, hanya model dengan enjin petrol V6 sahaja menerima sistem bantuan pemanduan termaju Hyundai SmartSense yang terdiri dari sistem seperti brek kecemasan automatik, cruise control adaptif (dengan stop & go), bantuan kekal tengah lorong, pengelak pelanggaran titik buta dan lintasan trafik belakang, lampu tinggi automatik, amaran mula berlepas hadapan, amaran selamat keluar dan juga amaran pengingat penumpang belakang yang berfungsi dengan penderia ultrasonic dalam kabin.

    Boleh dikatakan model petrol dan diesel diberikan perincian yang sama pada bahagian luaran membuatkan ia sukar untuk dibezakan antara kedua-duanya. Jadi untuk mudah mengenali mana satu model petrol, perhatikan panel berwarna hitam pada pemegang nombor plat belakang – ia dilengkapi dengan penderia dan kamera bagi membolehkan sebahagian sistem Hyundai Smartsense berfungsi.

    Untuk pengetahuan anda, selain Korea, Hyundai Palisade ini sebenarnya dihasilkan untuk pasaran Amerika Utara dan ia hanya dihasilkan dalam versi pemandua sebelah kiri (LHD) sejak diperkenalkan pada 2018 – sebab itulah ia menampilkan rupa yang tidak janggal jika berbaris bersama SUV keluaran Amerika seperti dari jenama GMC, Dodge dan sebagainya.

    Ia mula dihasilkan dalam versi pemanduan sebelah bermula pada akhir tahun lalu, dengan sasaran utamanya untuk pasaran Australia dan New Zealand. Jenama mana lagi yang kita boleh pilih kalau nak SUV gaya Amerika macam Hyundai Palisade ini di Malaysia kan?

    GALERI: Hyundai Palisade 3.8 GDI Luxe 7 2022

    GALERI: Hyundai Palisade 2.2 Diesel Executive 8 2022

     
     
  • Yamaha Exciter 155 pasaran Vietnam dapat warna baru

    Yamaha Exciter 155 pasaran Vietnam dapat warna baru

    Setelah satu tahun berada dalam pasaran Vietnam, Yamaha Exciter 155 VVA (atau dikenali sebagai Y16ZR di Malaysia) diberikan penyegaran grafik, untuk versi Premium dan juga GP. Bagi versi Premium, terdapat tiga warna baru iaitu kuning, hitam dan merah, sementara versi GP kini menggunakan grafik biru baru yang digabungkan bersama warna ungu.

    Selain daripada warna baru ini, bahagian lain tidak diusik. Exciter 155 VVA digerakkan oleh enjin sama seperti R15 dan juga MT-15, iaitu unit satu silinder 155 cc, suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan (klac slip & assist) untuk menghasilkan kuasa 17.7 hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm.

    Jika dibandingkan dengan Y15ZR, panel badan Exciter 155 VVA adalah serba baru termasuk juga tempat duduk, dan ia menggunakan lampu jenis LED dengan nyalaan utama di bahagian atas, DRL di bahagian bawah dan penunjuk arah di bahagian tepi. Rekaan lampu belakang juga adalah baru dan dikatakan mendapat inspirasi daripada model sports YZF-R1.

    Pada bahagian meter, Exciter 155 VVA menggunakan unit digital LCD yang dapat memaparkan semua informasi dengan terang termasuk kelajuan, tahap rpm serta kedudukan gear. Pada bahagian butang kawalan di pemegang, selain fungsi biasa, penunggang juga disediakan dengan butang kill switch serta lampu memotong (pass light).

    Kelengkapan lain Exciter 155 VVA adalah tangki bahan api 5.4 liter, brek cakera dengan angkup dua piston di hadapan dan satu piston di belakang, rim 17 inci dengan 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang serta berat keseluruhan 120 kg.

     
     
  • BMW M’sia mula pasang pengecas DC pantas untuk EV – unit pertama di Auto Bavaria Ara Damansara

    BMW M’sia mula pasang pengecas DC pantas untuk EV – unit pertama di Auto Bavaria Ara Damansara

    BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mula memasang pengecas DC pantas di Malaysia bagi memacu perkembangan adaptasi kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

    Unit pertama pengecas tersebut telah dipasang di Auto Bavaria Ara Damansara untuk kegunaan awam, dan ia bakal disusuli dengan pemasangan unit seterusnya di pusat-pusat pengedaran BMW i yang lain di seluruh negara. Unit berkenaan merupakan pengecas 180 kW yang menggunakan penyambung CCS berkembar.

    Menurut BMW Malaysia lagi, langkah ini diambil selari dengan ketibaan barisan model elektrik penuh BMW i generasi terbaharu, serta menunjukkan bahawa mereka kekal komited untuk mempercepatkan penyediaan infrastruktur pengecasan di Malaysia dengan menyediakan fasiliti pengecas pantas di pusat pengedaran yang terpilih di seluruh negara.

    “Kami telah menerajui peralihan ke arah elektrifikasi bukan sahaja melalui portfolio kenderaan elektrik kami, namun juga dengan meluaskan rangkaian infrastruktur pengecasan tempatan di seluruh negara,” kata Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

    “Kami telah menjalin kerjasama dengan GreenTech Malaysia untuk melahirkan sebuah ekosistem yang mampu menjulang mobiliti elektro, dan sedang meneruskan usaha untuk menunaikan komitmen tersebut bersama jaringan pengedar kami yang berdedikasi – bukan sahaja untuk pemilik BMW dan MINI, malah begitu juga dengan para pemilik kenderaan elektrik di Malaysia.

    “Kami yakin langkah ini dapat meningkatkan akses ke atas infrastruktur pengecasan di seluruh negara, selain membantu menangani kekhuatiran pengguna yang ingin memiliki kenderaan elektrik di Malaysia, misalnya bagi perihal melibatkan jarak operasi kenderaan,” tambahnya lagi.

    Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria pula menyatakan, “Seperti BMW Group, kami juga berpendapat bahawa masa hadapan kita akan berlandaskan elektrik, dan kami berbesar hati untuk menyertai kumpulan pengedar yang pertama untuk merealisasikan visi ini dengan memasang pegecas pantas DC di premis kami bagi kegunaan awam.”

    “Pelanggan setia kami juga kini boleh mengunjungi pusat pengedaran kami dan menikmati Pengalaman Pemilikan Elektrik yang dijanjikan kerana kami juga menggalas tanggungjawab bersama BMW Group Malaysia untuk menggiatkan peralihan ke arah mobiliti elektro di Malaysia,” tambahnya lagi.

     
     
  • JPJ lanjut tempoh 80% diskaun saman hingga 31 Dis

    JPJ lanjut tempoh 80% diskaun saman hingga 31 Dis

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan lanjutan tempoh bagi tawaran pengurangan notis saman (yang boleh dikompaun) sebanyak 80% sehingga 31 Disember 2021. Ia adalah berikutan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai bersempena acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang telah berlangsung pada 9 sehingga 12 Disember 2021.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pengurangan kadar kompaun adalah diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun seperti disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003, kecuali kepada kes-kes yang telah didaftarkan di mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap yang belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).

    Di mana semua Notis Saman yang telah dikeluarkan adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ, terhadap kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam (blacklist).

    JPJ lanjut tempoh 80% diskaun saman hingga 31 Dis

    Kemudahan pembayaran saman tersebut boleh dilakukan di semua kaunter pejabat JPJ di seluruh negara termasuk kios, Mobile JPJ, dan UTC (tertakluk pada arahan Kementerian Kewangan) dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja serta 8 pagi hingga 1 tengahari pada hujung minggu. Walau bagaimana pun, orang ramai juga digalakkan untuk melakukan transaksi secara atas talian melalui portal mySIKAP JPJ.

    Dalam masa yang sama, JPJ turut berkata, menerusi program tawaran diskaun ini, bermula 9 hingga 14 Disember lalu, pihaknya telah mengutip sebanyak RM4,126,938.00 melalui 871,146 transaksi pembayaran saman. Daripada jumlah itu, sebanyak 68,953 transaksi melibatkan kaunter dan Mobile JPJ, manakala selebihnya melibatkan kios dan secara dalam talian.

    “Dengan lanjutan tempoh ini, diharap dapat memberi lebih banyak peluang dan kemudahan kepada Keluarga Malaysia untuk menikmati tawaran pengurangan pembayaran saman yang lebih panjang tanpa perlu mengabaikan SOP Covid-19 yang ditetapkan,” ujar JPJ.

     
     
  • Harga minyak 16-22 Dis – RON97 naik 1 sen seliter

    Harga minyak 16-22 Dis – RON97 naik 1 sen seliter

    Bagi minggu bertarikh 16 hingga 22 Disember 2021, Kementerian Kewangan telah memaklumkan harga bahan api petrol RON 97 dilaporkan naik sebanyak 1 sen seliter, kini menjadi RM3.00 seliter, berbanding RM2.99 seliter pada minggu sebelumnya.

    Walau bagaimana pun, harga runcit bagi petrol RON 95 masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Harga tersebut tidak berubah sejak Februari lalu dan telah mencapai harga siling.

    Begitu juga dengan harga diesel Euro B10/B20 juga masih kekal berharga RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.25 seliter.

    Harga baharu ini berkuatkuasa mulai 12.01 tengahmalam ini, sehinggalah Rabu hadapan iaitu pada 22 Disember 2021.

     
     
  • Toyota tunjuk barisan kenderaan gaya hidup dan trak komersial konsep — kereta sport, tiga SUV, van kargo

    Toyota tunjuk barisan kenderaan gaya hidup dan trak komersial konsep — kereta sport, tiga SUV, van kargo

    Toyota telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan 30 kenderaan elektrik menjelang tahun 2030, sebagai sebahagian daripada perancangan untuk mencapai neutraliti karbon. Sebahagian model yang ditunjukkan itu walaupun masih dalam bentuk konsep, tetap memberikan gambaran yang kukuh terhadap perancangan itu.

    Kereta sport Toyota GR

    Toyota tunjuk barisan kenderaan gaya hidup dan trak komersial konsep — kereta sport, tiga SUV, van kargo

    Kita mulakan dengan barisan yang paling mengujakan, kereta sport dengan dua tempat duduk yang membawa lencana Gazoo Racing. Kedudukan rendah dan agresif, coupe yang tidak diberikan nama ini nampak mirip model MR2 dahulu.

    Cabang jenama mewah Toyota, Lexus turut mempersembahkan kereta sport elektrik sebagai lanjutan kepada LFA. Dengan perkembangan itu, tidak mustahil MR2 juga akan mendapat penggantinya, yang ditunjuk dalam jelmaan model konsep ini.

    Sejak beberapa tahun lalu, banyak khabar angin yang bertiup tentang pengganti MR2 ini yang sedang dibangunkan. Dakwaan paling baru ialah Toyota akan bekerjasama dengan Daihatsu dan Suzuki untuk projek tersebut. Pernah juga pada 2018, nama itu dijangkakan akan kembali sebagai sebuah EV. Melihat kepada kereta konsep terbaru yang ditunjukkan ini, semua itu jadi berasas.

    Tiga SUV Toyota, termasuk homaj untuk FJ Cruiser

    Memandangkan SUV sangat popular kini, tidak hairan Toyota membariskan juga kenderaan terbabit dalam strategi EV masa depannya, dengan dipelopori oleh bZ4X. Selain portfolio bZ, Toyota juga akan ada dua lagi model yang sedang dibangunkan — dengan nama jolokan Crossover EV dan Small SU EV.

    Dua model konsep itu membawa kemiripan bZ dan turut dipertontonkan. Crossover EV nampak gayanya seperti sebuah model segmen C, sementara Small SU EV pula dari segmen B, dengan jangkaan kedua-duanya akan lebih mampu milik kepada khalayak yang lebih meluas.

    SUV ketiga yang ditunjuk pula seperti memberi penghormatan kepada FJ Cruiser sebelum ini. Menampilkan badan berpetak, kenderaan ranggi itu diberikan label Compact Cruiser EV dan merupakan percubaan Toyota untuk menembusi segmen off-road, yang ketika ini Ford berada dengan sangat selesa dengan versi terkini Bronco.

    Trak pikap EV Toyota

    Toyota tunjuk barisan kenderaan gaya hidup dan trak komersial konsep — kereta sport, tiga SUV, van kargo

    Tidak lupa dalam barisan berkenaan juga adalah sebuah trak pikap yang rekaannya nampak seperti pernah dilihat. Model konsep ini mengambil penggayaannya daripada model Tundra, tetapi dengan gril tertutup, trak ini mengenakan rekaan kabin berkembar tetapi dengan bahagian ruang belakang yang agak pendek.

    Trak pikap elektrik memang sedang meningkat naik ketika ini, dengan penawaran seperti Ford F-150 Lightning, Rivian R1T, GMC Hummer EV dan Tesla Cybertruck yang dinantikan, sebagai contoh. Maka jelas Toyota tidak ingin ketinggalan terlalu jauh dalam perlumbaan tersebut.

    “Kotak” kecil dan besar

    Bagi kenderaan komersial pula, Toyota mempertontonkan Micro Box dan Mid Box, yang direka sebagai kenderaan penghantaran last-mile. Van kargo dengan bentuk kotak dan futuristik ini mungkin disasarkan kepada pelanggan komersial yang ingin bertukar ke barisan kenderaan EV untuk perkhidmatan mereka.

    Untuk membawa penumpang pula, Toyota sudah ada e-Pallete yang sudah diperkenalkan sebelum ini — dan digunakan ketika Olympic 2020 Tokyo. Walaupun sedikit terlewat dalam perlumbaan EV ini, Toyota tetap memberikan penawaran yang meluas. Mana satu yang menarik perhatian anda?