Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Kia K3 facelift 2021 didedah – Cerato/Forte dapat gaya baru, bakal dilancarkan di Korea Selatan April ini

    Kia K3 facelift 2021 didedah – Cerato/Forte dapat gaya baru, bakal dilancarkan di Korea Selatan April ini

    Kia telah menyiarkan gambar rasmi K3 facelift (juga dikenali sebagai Cerato dan Forte), yang akan mula dijual di Korea Selatan April ini. Model generasi ketiga bagi sedan segmen C ini didedahkan kali pertama pada tahun 2018 dan peningkatan yang diberi nampaknya mendapat banyak inspirasi daripada model elektrik pertama Kia, iaitu EV6.

    Ini boleh jelas dilihat pada bahagian hadapan, dengan terdapat lampu DRL yang mempunyai rekaan garis putus-putus di atas dan bawah lampu utama. Rekaan DRL ini menggantikan rekaan empat bintik yang digunakan sebelum ini, sementara lampu utama itu sendiri dijadikan lebih nipis.

    Pada bahagian lain, gril “tiger nose” dijadikan lebih kecil dan lebar untuk ditemukan kepada perumah lampu dan di bawahnya terdapat kemasan krom. Bukaan udara bawah mempunyai bentuk lebih tajam, sementara di hujungnya terdapat lampu kabus LED yang diletakkan menyerong.

    Pada bahagian belakang, lampu K3 facelift ini telah diubah dengan rekaan pencahayaan garis putus-putus seperti DRL hadapan, dan ini termasuk sekali dengan jalur lampu di tengah. Kemasan di bahagian bawah bampar nampak seperti mempunyai bentuk sama dengan gril “tiger nose” di hadapan sementara di bucu pula terdapat kemasan trapezoid yang turut menempatkan lampu kabus dan pemantul cahaya yang lebih kecil berbanding sebelum ini.

    Sementara bahagian luar menerima perubahan yang jelas, bahagian dalam pula kebanyakannya masih dikekalkan. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perubahan termasuk brek parkir yang kini menggunakan jenis suis elektronik, skrin infotainmen jenis sesentuh dengan butang kawalan yang terletak dalam satu unit, serta panel instrumen dan roda stereng baru.

    Di Korea, model K3 sebelum versi facelift ini dipasarkan dengan enjin petrol empat silinder NA 1.6 liter Smartstream yang mampu menghasilkan kuasa 123 PS pada 6,300 rpm dan 154 Nm tork pada 4,500 rpm. Ia dipadankan bersama transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT), yang sebenarnya adalah CVT, tetapi menggunakan rantai di dalam menggantikan tali sawat. Penggerak ini mungkin terus digunakan untuk model facelift.

     
     
  • KBS arah tangguh sebarang kejohanan Drag di litar Sepang susulan insiden pelanggaran SOP minggu lalu

    KBS arah tangguh sebarang kejohanan Drag di litar Sepang susulan insiden pelanggaran SOP minggu lalu

    Susulan kekecohan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang berlaku di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Jumaat minggu lalu ketika satu perlumbaan Drag dianjurkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengarahkan pihak pengurusan litar berkenaan untuk menangguhkan sebarang penganjuran perlumbaan dalam format berkenaan buat sementara waktu.

    Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam dan laporannya disiarkan oleh Bernama, KBS memaklumkan bahawa penangguhan itu berkuat kuasa sehingga pihaknya berpuas hati dengan penilaian semula dan penambahbaikan, ke atas protokol pengurusan venue di SIC.

    Menurut KBS lagi, penganjur perlumbaan ‘MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021’ tersebut iaitu MUSC Motorsport yang gagal memastikan pematuhan SOP penganjuran perlumbaan itu juga tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang kejohanan drag di SIC dan mana-mana litar sehingga diberi kebenaran KBS dan pihak berwajib.

    Kementerian berkenaan turut menjelaskan bahawa keputusan sedemikian diambil selepas mereka mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, selain wakil MUSC Motorsports dan Persatuan Pemotoran Malaysia (MAM) berhubung insiden itu.

    KBS arah tangguh sebarang kejohanan Drag di litar Sepang susulan insiden pelanggaran SOP minggu lalu

    “KBS memandang serius berhubung insiden pelanggaran SOP Sukan dan Rekreasi yang ditetapkan, memandangkan KBS sedang mempergiatkan usaha untuk menghidupkan semula industri sukan yang terjejas teruk, berikutan penularan pandemik COVID-19.

    “Sehubungan itu, KBS berharap agar semua penggiat dan peminat sukan dapat memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan berkenaan.

    Walau bagaimanapun, KBS turut menyatakan bahawa aktiviti sukan permotoran lain di SIC masih dibenarkan, tertakluk kepada kebenaran KBS dan pihak berwajib serta pematuhan ke atas SOP sepenuhnya.

    Dalam kejadian tersebut, tular gambar sebuah kereta peronda Polis ‘menyerbu’ kawasan paddock SIC ketika perlumbaan Drag berkenaan berlangsung, yang diakhiri dengan penganjur perlumbaan dilaporkan menerima kompaun sebanyak RM20,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

    “Pihak SIC telah bekerjasama dengan pihak polis di SIC untuk menyuraikan orang awam yang berkumpul. Kompaun telah dikeluarkan kepada mereka yang ingkar dengan SOP yang telah diberikan seperti memakai pelitup muka dan penjarakan sosial. Demi memelihara aktiviti dan acara sukan permotoran tempatan dapat diteruskan, pihak SIC akan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SIC sehari selepas insiden tersebut berlaku.

     
     
  • MINI John Cooper Works 2021 – gaya baru, 231 PS

    MINI John Cooper Works 2021 – gaya baru, 231 PS

    Model MINI tiga pintu facelift telah didedah Januari lalu, dan kini, pengeluar dari British itu memperkenalkan pula versi John Cooper Works. Versi lebih sporty ini masih lagi menerima semua peningkatan gaya seperti model facelift itu, tetapi ditambah dengan gril yang mempunyai jalur merah serta bampar yang direka semula.

    Bagi bampar hadapan, bukaan udara baru di bucu bukan sekadar untuk gaya, tetapi juga membantu menyejukkan sistem brek dan pacuan, sementara bampar belakang pula kini mempunyai diffuser yang besar dan memenuhi hampir keseluruhan bampar.

    Muncung ekzos berkembar di bahagian tengah model ini sebenarnya adalah lebih besar berbanding unit pada Cooper S dan ia menjadi antara bahagian bagi sistem ekzos sport JCW. RIM JCW 17 inci diberikan secara standard, tetapi pelanggan masih diberikan pilihan unit 18 inci termasuk yang menggunakan rekaan JCW Circuit Spoke.

    Di sebalik rim ini anda akan dapat melihat brek daripada Brembo, dengan angkup empat piston berwarna merah di hadapan. Model di dalam gambar ini menggunakan warna Chili Red dan Rebel Green, sementara satu lagi pilihan adalah Island Blue dan Rooftop Grey.

    Di bawah bonet, ia masih lagi menggunakan enjin petrol empat silinder turbo 2.0 liter daripada BMW, yang ditawarkan dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan, dan boleh menghasilkan kuasa 231 PS (228 hp) dan 320 Nm tork.

    Melalui pakej JCW ini juga, pelanggan akan mendapat sistem suspensi adaptif yang mempunyai kuasa serapan 10% lebih tinggi, serta barangan lain seperti kemasan Piano Black di luar dan dalam, serta balutan tempat duduk sport gabungan kulit dan Dinamica Carbon Black.

     
     
  • Hyundai Staria – perincian didedahkan; lebih besar dari Starex, pilihan enjin petrol V6 dan turbodiesel

    Hyundai Staria – perincian didedahkan; lebih besar dari Starex, pilihan enjin petrol V6 dan turbodiesel

    Hyundai telah pun mendedahkan rupa dan sebahagian maklumat berkenaan MPV baharu bersaiz besar mereka bagi menggantikan Starex, iaitu Hyundai Staria bulan lalu. Dan kini, jenama dari Korea Selatan berkenaan sudah mengumumkan perincian penuh terhadap people mover yang nampak begitu futuristik ini.

    Seperti yang sudahpun ramai melihat imejnya sebelum ini, Staria tampil dengan rupa luaran yang minimalis, seakan kereta api peluru. Bahagian hadapan MPV ini dihasilkan cukup ringkas dengan satu jalur LED merentangi keseluruhan mukanya, bersama gril besar di bahagian bawah yang turut diberikan lampu utama terdiri dari kiub LED yang disusun dua baris menegak.

    Sebagai ciri standard, gril berkenaan datang dengan warna badan bagi membuatkan ia kelihatan ringkas, manakala model Premium pula menerima kemasan serlahan berwarna tembaga pada emblem, gril, bezel lampu utama, bampar, rim, cermin sisi dan pembuka pintu.

    Pada bahagian sisi Staria ini, Hyundai mendakwa bahawa bentuk garis badan tunggal dari muncung sehingga bumbung belakang MPV ini diinspirasikan bentuk Bumi ketika matahari terbit yang dilihat dari angkasa. Ia diberikan tingkap sisi yang cukup besar, manakala pada permukaan sisi tidak diganggu dengan sebarang garisan lain yang menyerlahkan rupa ringkas dan bersih.

    Hyundai Staria – perincian didedahkan; lebih besar dari Starex, pilihan enjin petrol V6 dan turbodiesel

    Konsep yang sama juga diteruskan di belakang di mana ia menampilkan cermin dan juga pintu tailgate yang besar, bersama permukaan rata, bersama bampar yang cukup nipis disertakan jalur kemasan di bawahnya. Lampu belakang Staria ini direka menegak pada kedua-dua hujung sisi, menampilkan rekaan grafik dalam Parametric Pixel sama seperti model Ioniq 5.

    Bukan sahaja nampak, tapi saiz sebenar Staria ini sememangnya lebih besar dari Starex. Ia dihasilkan dengan dimensi 5,253 mm panjang (+103 mm), 1,997 mm lebar (+77 mm), 1,990 mm tinggi (+55 mm) dan jarak roda sejauh 3,273 mm (+73 mm). Lapan warna badan ditawarkan yang terdiri dari Abyss Black Pearl, Creamy White, Graphite Gray Metallic, Moonlight Blue Pearl, Shimmering Silver Metallic, Dynamic Yellow, Olivine Gray Metallic dan Gaia Brown Pearl.

    Staria ditawarkan dalam konfigurasi dari dua-, tiga-, tujuh- , sembilan- dan 11-tempat duduk dengan rekaan bahagian dalaman MPV ini diinspirasikan dari kapal persiaran, menurut Hyundai. Seperti rupa diluar, papan pemuka Staria ini juga tampil dengan rekaan futurisitk seakan Tucson generasi baharu – liang penghawa dingin yang nipis diberikan merentangi keseluruhan papan pemuka, dipisahkan dengan skrin sesentuh sistem infotainmen 10.25-inci yang diletak tinggi di tengah, nampak seakan air terjun.

    Sistem infotainmen berkenaan diberikan pelbagai perincian yang lebih mesra-keluarga, termasuk memaparkan visual dari kamera yang memantau penumpang belakang, serta sistem pembesar suara unik yang membolehkan komunikasi antara penumpang belakang dan belakang dibuat dengan lebih jelas.

    Hyundai Staria – perincian didedahkan; lebih besar dari Starex, pilihan enjin petrol V6 dan turbodiesel

    Kabin MPV ini turut diberikan dengan banyak ruang-ruang simpanan, termasuk konsol pada bumbung, di bawah panel instrumen, dan juga pada atas dan bawah bahagian tengah papan pemuka. Konsol tengah Staria disertakan dengan pemegang-pemegang cawan, port USB, serta ruang simpanan, manakala glove box pula direka agar ia lebih kehadapan bagi memberikan ruang kaki lebih baik pada penumpang hadapan.

    Model Premium untuk Staria ini menerima lebih banyak perincian. Versi Premium dengan tujuh-tempat duduk didatangkan dengan kerusi Premium Relaxation yang boleh digelangsarkan ke hadapan dan ke belakang serta dilengkapi mod santai dengan operasi satu sentuhan. Mod berkenaan akan membaringkan tempat duduk tersebut secara elektrik serta memanjangkan ottoman bagi memberikan rasa seperti kelas perniagaan dalam pesawat.

    Hyundai mendakwa bahawa walaupun dengan mod ini, Staria masih menawarkan ruang yang cukup untuk orang dewasa duduk pada baris ketiga. Perincian berkenaan tiada pada versi Premium sembilan tempat duduk, namun pada varian ini ia didatangkan dengan tempat duduk baris kedua yang boleh diputar 180-darjah bagi menghadap tempat duduk baris ketiga. Kesemua versi Premium ini juga dibekalkan standard dengan lampu suasana kabin 64-warna serta sistem bunyi dari Bose.

    Satu lagi fungsi unik pada Staria ini adalah ia hadir dengan rel tempat duduk yang panjang bagi membolehkan kerusi belakang ditolak ke hadapan, memberikan ruang kargo yang lebih besar di belakang, manakala model-model standard pula dihasilkan dengan tempat duduk yang boleh dilipat rata bagi membolehkan anda membawa muatan panjang.

    Hyundai Staria – perincian didedahkan; lebih besar dari Starex, pilihan enjin petrol V6 dan turbodiesel

    Manakala bagi versi van dua- dan tiga-tempat duduk, kabin belakang Staria tanpa tempat duduk tersebut memberikan ruang kargo dengan kapasiti hampir 5,000 liter, serta cukup untuk memuatkan tiga palet saiz Eropah.

    Hyundai Staria ditawarkan dengan pilihan enjin Smartstream turbodiesel dan juga petrol. Model diesel dibekalkan dengan enjin 2.2 liter empat silinder yang dilengkapi pengecas turbo lebih besar dari sebelum ini bagi menghasilkan tork low-end lebih besar, menjana 177 PS dan tork maksima 431 Nm. Ia digandingkan dengan pilihan kotak gear enam-kelajuan manual atau lapan-kelajuan automatik.

    Manakala model petrol pula, ia datang dengan enjin V6 3.5 liter MPI tanpa turbo, diberikan lengan ayun bersepadu yang lebih efisien, selongsong logam tahan karat dan juga sistem pengurusan haba bersepadu bagi memberikan kawalan suhu cecair penyejuk yang lebih optima. Enjin ini menghasilkan 272 PS dan tork maksima 331 Nm dan hanya ditawarkan dengan kotak gear lapan-kelajuan automatik.

    Menurut Hyundai, kedua-dua pilihan rangkaian kuasa ini telah dioptimakan dari segi kehalusan, sensasi tukaran gear dan pecutan, bersama unit valve control body, pam pelincir terus dan torque converter pelbagai lapisan yang ditala bagi memberikan lebih kecekapan.

    Untuk suspensi pula, Staria menampilkan sistem multilink di belakang bagi memberikan lebih keselesaan, bersama penyerap hentak dan brek yang telah ditingkat taraf. Badan Staria ini bukan sahaja direka untuk estetika, ia sebenarnya turut menampilkan keberkesanan aerodinamik lebih baik.

    Manakala untuk keselamatan, Staria dibekalkan sehingga enam beg udara serta tali pinggang keledar tiga-poin bersama perehat kepala untuk semua tempat duduk, serta sistem brek kecemasan automatik dan pemantau titik buta dengan bantuan stereng.

    Kesemua kerusi datang dengan amaran pengingat pemakaian tali pinggang keledar, dan disebabkan tempat duduk belakang boleh di gelangsarkan, sistem tersebut beroprasi secara komunikasi tanpa wayar yang didakwa sebagai pertama seumpanya di dunia. Staria juga dilengkapkan dengan sistem amaran buka pintu.

    Hyundai turut menyatakan bahawa selepas ini Staria akan muncul dalam varian-varian “kenderaan istimewa”, termasuk limosin, ambulans, dan juga camper van. Ia juga akan diperkenalkan dalam versi rangkaian kuasa yang lebih mesra alam, jadi boleh dijangka Staria akan muncul dengan teknologi elektrifikasi selepas ini.

     
     
  • Proton Iriz R5 sebenarnya pakai enjin 4B11 Proton Inspira, bukan dari Mitsubishi Lancer Evolution X

    Proton Iriz R5 sebenarnya pakai enjin 4B11 Proton Inspira, bukan dari Mitsubishi Lancer Evolution X

    Selama ini kita semua dah masuk dalam kepala bahawa jentera rali Proton Iriz R5 binaan firma kejuruteraan UK, Mellors Elliot Motorsport (MEM) adalah dijana dengan enjin 4B11T dari Mitsubishi Lancer Evolution X bukan?

    Dan menerusi temuramah kami bersama pengasas MEM, Chris Mellors dua tahun lalu juga beliau ada menyebut jentera tersebut menggunakan enjin dari Mitsubishi, malah jika anda melihat berberapa video berkenaan jentera ini juga ada disebut ia menggunakan enjin dari jenama Jepun berkenaan.

    Namun menerusi dapatan kami dalam rekod homologasi FIA sendiri, enjin 4B11 dalam perut Proton Iriz R5 tersebut sebenarnya dibekalkan dari Shah Alam, kerana ia adalah dari Proton Inspira dan bukan Mitsubishi Lancer!

    Perhatikan fail untuk nombor homologasi A 5572 (klik untuk besarkan

    Sebenarnya sama ada enjin berkenaan dari Evo atau Inspira, ia tidak menjadi persoalan kerana enjin yang digunakan berkenaan hanya menggunakan blok dan kepala silinder produksi, komponen selain dari itu seperti omboh, rod penghubung, aci engkol, aci sesondol, sleeve silinder, pengecas turbo dan sebagainya adalah menggunakan komponen dari gred perlumbaan.

    Dan bagi memenuhi syarat dalam undang-undang R5, enjin tersebut juga perlu dikecilkan kapasitinya dari 2.0 liter kepada hanya 1.6 liter. Tapi kenapa tak guna sahaja enjin Campro S4PH yang sama dalam versi produksi Proton Iriz?

    Menurut Chris Mellors, ada berberapa sebab enjin 4B11 perlu digunakan. Pertama adalah kedudukan injap dan liang ekzos pada kepala silinder enjin Campro tersebut yang terletak pada bahagian hadapan. Jika enjin S4PH berkenaan digunakan, pengecas turbo juga terpaksa diletakkan pada bahagian hadapan.

    Proton Iriz R5 sebenarnya pakai enjin 4B11 Proton Inspira, bukan dari Mitsubishi Lancer Evolution X

    Ini akan menyebabkan mereka terpaksa membina sistem paip ekzos yang jauh lebih rumit dan panjang kerana ia perlu di bina merentasi kotak gear sebelum ke bahagian belakang – seperti yang anda tahu, jentera R5 tersebut mempunyai sistem pacuan semua roda yang dilengkapi transfer case untuk menghantar kuasa ke roda belakang, dan kotak gear tersebut adalah lebih besar dari biasa.

    Ia akan bertambah rumit kerana kedudukan enjin kereta rali lazimnya perlu diserengkan 25 darjah kebelakang bagi mendapatkan pembahagian berat yang lebih baik.

    Dengan pengecas turbo diletakkan pada bahagian belakang pada enjin 4B11 berkenaan, MEM dapat menghasilkan sistem ekzos yang jauh lebih ringkas, lebih pendek dan lebih ringan. Malah haba yang dihasilkan oleh pengecas turbo dapat dialirkan terus ke belakang tanpa perlu melalui enjin terlebih dahulu bagi memberikan suhu bekerja yang lebih stabil kepada enjin tersebut.

    Seperti jentera R5 lain, enjin 4B11 berkenaan turut disuap dengan pengecas turbo bersama unit restrictor 32 mm, bagi mengehadkan kuasanya pada tahap sekitar 350 hp/450 Nm. Kuasa berkenaan kemudian dipindahkan ke kotak gear sequential lima kelajuan dari Xtrac dan kemudian dialirkan ke sistem pacuan semua roda.

    Menerusi temu bual eksklusif dengan Chris Mellors berkenaan, kami dapat menyelami banyak perkara lain lagi berkenaan Proton Iriz R5 ini yang boleh anda baca menerusi artikel-artikel di bawah:

  • Proton Iriz R5 – kami bongkar cerita dari Chris Mellors!
  • Proton Iriz R5 – apa kaitannya dengan Proton M’sia?
  • Proton Iriz R5 – harga didedahkan, bermula RM776k!

  • GALERI: Brosur Proton Iriz R5

     
     
  • ACE 2021: Kereta terpakai Anshin daripada Mazda bermula serendah RM68,300, keadaan seperti baru

    ACE 2021: Kereta terpakai Anshin daripada Mazda bermula serendah RM68,300, keadaan seperti baru

    Setakat ini kami sudah menyiarkan banyak promosi kenderaan baru yang akan ditawarkan waktu acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) 17 dan 18 April ini. Tetapi sebenarnya, anda juga boleh membeli pelbagai kenderaan terpakai, termasuklah barisan Anshin daripada Mazda.

    Jenama Jepun ini menawarkan kereta terpakai bermula serendah RM68,300, menjadikan ia sebagai pilihan yang lebih mampu milik berbanding model baru lain. Lebih daripada itu, kenderaan terpakai ini juga hampir seperti baru kerana ia datang daripada barisan kenderaan syarikat Mazda sendiri, dan dijaga dengan baik. Kesemuanya mempunyai jarak batuan rendah dan bahagian dalamnya serba bersih.

    Barisan kereta terpakai Anshin oleh Mazda telah melalui pemeriksaan 111 bahagian, mempunyai sejarah servis penuh dan ditawarkan bersama baki jaminan lima tahun dan servis percuma. Mazda juga menjanjikan kenderaan ini tidak pernah terlibat dalam kemalangan besar, tiada kerosakan rangka dan tidak pernah ditenggelami banjir.

    ACE 2021: Kereta terpakai Anshin daripada Mazda bermula serendah RM68,300, keadaan seperti baru

    Selain Mazda, ACE juga akan disertai oleh pelbagai jenama lain termasuk Ford, Honda, Hyundai, Mitsubishi, Nissan, Toyota dan Volkswagen. Meskipun acara ini memberi lebih tumpuan kepada jenama biasa, jenama premium juga akan turut serta seperti BMW, Lexus dan MINI. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing di situ!

    Bagi yang membeli kenderaan baru, terdapat tawaran tambahan kerana paultan.org akan memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    ACE 2021: Kereta terpakai Anshin daripada Mazda bermula serendah RM68,300, keadaan seperti baru

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
  • ACE 2021: Jimat hingga RM7.7k untuk Toyota Vios dan Yaris, baucar tambahan RM2,550 daripada kami

    ACE 2021: Jimat hingga RM7.7k untuk Toyota Vios dan Yaris, baucar tambahan RM2,550 daripada kami

    Hujung minggu ini bakal berlangsung acara ACE 2021 tajaan bersama dengan Carsome berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Alam (SCCC) 17 dan 18 April ini. Di sana, anda boleh memandu uji dan membeli kenderaan yang diminati, sambil menikmati pelbagai diskaun menarik.

    Toyota tidak ketinggalan untuk ikut serta dalam acara ini, dan jika anda ingin memiliki model Vios atau Yaris, penjimatan hebat akan menanti. Dengan rebat tunai serta aksesori percuma dan termasuk sekali pengecualian cukai SST diambil kira, promosi bagi Vios akan membolehkan anda menikmati penjimatan sebanyak RM7,716, sementara bagi Yaris pula RM7,692.

    Tawarannya tidak habis di situ saja. Kami selaku penganjur akan turut memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baru. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    ACE 2021: Jimat hingga RM7.7k untuk Toyota Vios dan Yaris, baucar tambahan RM2,550 daripada kami

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Banyak jenama lain akan turut serta dalam ACE 2021, termasuk MINI, BMW dan Lexus sebagai wakil jenama premium, dan akan turut disertai oleh jenama lain seperti Ford, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Toyota dan Volkswagen. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!

    Dan, memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021: Jimat hingga RM7.7k untuk Toyota Vios dan Yaris, baucar tambahan RM2,550 daripada kami

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
  • PDRM umum diskaun 50% untuk saman trafik menerusi MyBayar Saman dilanjutkan hingga 15 Apr

    mybayar-saman-dilanjutkan-hingga-15-apr/mybayar-saman-discount-ext-bm/” rel=”attachment wp-att-1278152″>PDRM umum diskaun 50% untuk saman trafik menerusi MyBayar Saman dilanjutkan hingga 15 Apr

    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mengumumkan kempen pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% menerusi portal/aplikasi MyBayar Saman yang sepatutnya tamat semalam, telah dilanjutkan sehingga 15 April ini.

    Jadi, tidak perlu lagi hendak berbaris panjang untuk melangsaikan saman trafik kerana portal/aplikasi MyBayar Saman ini merupakan inisiatif pembayaran secara dalam talian baharu untuk berbuat demikian.

    Terdapat tiga langkah yang perlu diambil untuk menggunakan portal dan aplikasi berkenaan iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran. Di mana menerusi Pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesapan OTP dan login masuk portal/aplikasi berkenaan.

    Menerusi Semakan pula, pengguna boleh menyemak saman yang hendak dibayar. Notifikasi saman juga akan dipaparkan sekiranya mempunyai saman baharu. Seterusnya pengguna boleh memilih mod transaksi dalam laman Pembayaran untuk melangsaikan saman terbabit.

    Daftarlah sebagai pengguna MyBayar Saman melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi di Google playstore atau Apple store.

     
     
  • ACE 2021: Jimat lebih RM6,000 jika beli Honda BR-V, serta nikmati baucar tambahan RM2,550 daripada kami

    ACE 2021: Jimat lebih RM6,000 jika beli Honda BR-V, serta nikmati baucar tambahan RM2,550 daripada kami

    Hujung minggu ini bakal berlangsung acara ACE 2021 tajaan bersama dengan Carsome berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Alam (SCCC) 17 dan 18 April ini. Di sana, anda boleh memandu uji dan membeli kenderaan yang diminati, sambil menikmati pelbagai diskaun menarik.

    Antara jenama yang akan ikut serta ialah Honda. Dan, sekiranya anda berhasrat untuk memiliki SUV tujuh-tempat duduk untuk kegunaan keluarga dan gaya hidup aktif, BR-V mungkin ada apa yang anda cari. Lebih menarik, khas untuk acara ini, Honda akan memberikan promosi khas di ACE, jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung!

    Selain penjimatan daripada pengecualian SST, BR-V turut ditawarkan dengan rebat tambahan sebanyak RM3,000 dari kempen “Sama-sama Rewards” anjuran Honda. Gabungkan keduanya, anda akan menikmati penjimatan RM6,000 dengan BR-V, menjadikan nilainya sangat menarik untuk dipertimbangkan.

    ACE 2021: Jimat lebih RM6,000 jika beli Honda BR-V, serta nikmati baucar tambahan RM2,550 daripada kami

    Tawarannya tidak habis di situ saja. Kami selaku penganjur akan turut memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baru. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Banyak jenama lain akan turut serta dalam ACE 2021, termasuk MINI, BMW dan Lexus sebagai wakil jenama premium, dan akan turut disertai oleh jenama lain seperti Ford, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Toyota dan Volkswagen. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!

    ACE 2021: Jimat lebih RM6,000 jika beli Honda BR-V, serta nikmati baucar tambahan RM2,550 daripada kami

    Dan, memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan ACE 2021

     
     
  • Perodua Aruz dilancarkan di Singapura, RM286,409!

    Perodua Aruz dilancarkan di Singapura, RM286,409!

    Selepas dua tahun diperkenalkan, kini MPV tujuh tempat duduk dengan gaya SUV Perodua Aruz mula tembusi pasaran seberang tambak Johor, Singapura. Di Republik tersebut, Aruz hanya ditawarkan dalam varian 1.5X, dijual pada harga SGD92,999 (RM286,409), termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga sijil kelayakan memiliki (COE).

    Jadi, model pasaran Singapura ini adalah setara dengan varian asas Aruz di Malaysia yang tampil tanpa lampu kabus hadapan, rel bumbung serta skid plate dalam kemasan perak pada sebelah luar, serta ciri keselamatan ASA 2.0.

    Perincian standard yang diberikan pada Perodua Aruz 1.5X pasaran Singpura ini adalah sama dengan model pasaran tempatan termasuk lampu hadapan LED, rim aloi dwi-tona 17-inci, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sistem infotainment skrin sesentuh dengan paparan kamera undur.

    Selain itu, ia juga menerima barisan tempat duduk kedua yang dibahagi 60:40 serta barisan ketiga yang dibahagi 50:50 boleh dilaras, dilipat dan digolek untuk menghasilkan pelbagai konfigurasi. Manakala untuk keselamatan pula, Aruz di Singapura menerima Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), cagak tempat duduk ISOFIX dan enam beg udara.

    Perodua Aruz dilancarkan di Singapura, RM286,409!

    Juga tiada perubahan dari segi kelengkapan mekanikal pada Aruz ini, dengan dijana enjin 1.5 liter Dual DVVT menghasilkan 105 PS pada 6,000 rpm dan tork maksima 136 Nm pada 4,200 rpm, digandingkan dengan kotak gear automatik empat kelajuan bagi memacu roda belakang.

    Empat warna badan ditawarkan pada Aruz bagi pasaran Singapura ini iaitu Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White.

    “Aruz merupakan kenderaan tujuh-tempat duduk pertama yang ditawarkan oleh Perodua di Singapura,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

    “Dengan jualan hampir 58,000 unit di Malaysia sejak pelancarannya pada 2019, Perodua Aruz merupakan SUV terlaris di Malaysia pada 2019 dan 2020.

    “Kami berbesar hati dapat berkongsi kelebihan Aruz – antaranya ruang yang luas, tahap keselamatan yang tinggi, serba boleh, praktikal dan cekap bahan api – dengan jiran selatan kita,” tambah beliau.

    Perodua Aruz dijual oleh Perocom Auto Pte Ltd yang juga pengedar sah tunggal Perodua di Singapura sejak 1997, yang turut pernah menjual Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama dan ketiga, Viva, Axia dan Bezza di sana.

    Selain Singapura, Perodua juga mengeksport ke Brunei, Sri Lanka, Mauritius, Seychelles, Fiji dan Indonesia (di mana Myvi dijual sebagai Daihatsu Sirion).

     
     
  • Honda bakal tunjuk prototaip EV, PHEV di Shanghai

    Honda bakal tunjuk prototaip EV, PHEV di Shanghai

    Honda telah mengumumkan senarai kenderaan yang akan dipamerkan ketika Auto Shanghai 2021, dan akan turut melibatkan rekaan baru. Pameran ini akan berlangsung secara langsung, seperti sebelum pandemik dahulu. China telah berupaya membendung Covid-19, dan untuk itu pameran Shanghai berkenaan akan mula dibuka pada 19 April minggu depan.

    Pengeluar kenderaan Jepun itu memaklumkan ruang pamerannya nanti akan membuat pengenalan sulung bagi sebuah model prototaip kenderaan elektrik jenama Honda di China, serta pengenalan global bagi model plug-in hibrid baru.

    Belum ada perincian lanjut, tetapi Honda melabelkannya prototaip, itu biasanya bermakna sebuah versi maju bagi model akan datang, dan tidak akan jauh berbeza dengan apa yang bakal dibangunkan nanti. Adakah prototaip EV ini merupakan lanjutan kepada SUV e:concept yang pernah ditunjukkan di Beijing pada September 2020?

    Honda bakal tunjuk prototaip EV, PHEV di Shanghai

    Ketika itu, Honda menyatakan SUV e:concept berkenaan akan dikeluarkan untuk massa dalam waktu terdekat, walaupun tidak mendedahkan spesifikasi atau sistem janaan kuasa. Ruang dalaman bagi SUV konsep berkenaan telah direka oleh pasukan pereka muda Honda China, dan menampilkan rekaan stereng petak serta skrin sentuh portrait dengan konsol terapung.

    Selain prototaip EV dan PHEV baru yang masih dirahsiakan ini, Honda juga melalui dua rakan tempatannya, GAC Honda dan Dongfeng Honda akan turut mempamerakan seluruh barisan kenderaan elektrifikasi kedua-dua jenama itu. Akan ada juga reruai teknologi yang akan mempamerkan sistem Honda Connect generasi ketiga serta sistem keselamatan ADAS dan bantuan pemandu syarikat itu.

    Ketika pameran di Beijing, Honda memaklumkan sistem ADAS mereka menawarka pengesanan yang dipertingkat, prestasi ramalan dan membuat keputusan, dengan perkakasan baru untuk membolehkan penambahbaikan ini. Ini termasuk sudut kamera depan yang lebih lebar dan penggunaan radar 360-darjah, membolehkan sistem untuk mengesan persekitaran kenderaan dengan lebih tepat.

     
     
  • Yamaha bangunkan motor elektrik untuk Hypercar EV – mampu capai 476 hp, hasilkan bunyi mengujakan

    Yamaha bangunkan motor elektrik untuk Hypercar EV – mampu capai 476 hp, hasilkan bunyi mengujakan

    Yamaha Motor Co. Ltd telah mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan motor elektrik khas untuk digunakan pada kereta elektrik hyper yang menawarkan ketumpatan tenaga yang mencapai kelas tertinggi dalam industri, dan ia sudah boleh ditempah bermula bulan ini.

    Menurut Yamaha, mereka sudah pun menerima permintaan untuk membangunkan prototaip motor elektrik sejak 2020, untuk kegunaan automobil serta aplikasi mobiliti lain yang menghasilkan kuasa 35-200 kW (47-268 hp). Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan menyatakan mereka turut membangunkan sekali unit motor elektrik yang mampu menghasilkan 350 kW (476 hp) dengan voltan operasi 800V.

    Motor elektrik berkuasa tinggi berkenaan disasarkan untuk kegunaan hypercar elektrik sepenuhnya serta aplikasi output tinggi yang lain. Yamaha turut menyatakan bahawa unit rangkaian kuasa baharu ini menampilkan struktur yang kompak menggabungkan komponen mekanikal dan elektrikal sebagai satu entiti dengan menampilkan inverter dan gear bersepadu.

    Bukan itu sahaja, motor elektrik berkenaan juga dihasilkan bagi membolehkan ia diletakkan dalam jumlah lebih dari satu unit pada sebuah kereta. Selain kuasa, Yamaha juga menala motor elektrik ini agar menghasilkan bunyi yang mengujakan ketika dipandu, dan menggelarkannya sebagai ‘Emotional Motor’.

    Yamaha merancang untuk membawa motor elektrik ini untuk dipamerkan di Automotive Engineering Exposition 2021 yang akan berlangsung di Yokohama pada 26 hingga 28 Mei ini.

    Ini bukan kali pertama Yamaha terlibat dalam pembangunan unit rangkaian kuasa automobil. Syarikat yang terkenal dengan penghasilan motorsikal berkenaan sebenarnya adalah entiti yang membangunkan kepala silinder Twin Cam jenis ‘G’ Toyota, digunakan pada model-model berpretasi tinggi seperti Celica, Supra, Levin dan Trueno serta pelbagai model Lexus termasuk supercar LFA.

     
     
  • Sime Darby Auto Selection perkenalkan program waranti lanjutan baharu untuk kenderaan pra-milik

    Sime Darby Auto Selection perkenalkan program waranti lanjutan baharu untuk kenderaan pra-milik

    Sime Darby Auto Selection (SDAS), dengan kerjasama Guard My Ride (GMR) dan RHB Insurance, telah memperkenalkan program waranti lanjutan baharu untuk kenderaan pra-milik. Kenderaan di bawah perbatuan 140,000 km dan kurang daripada lapan tahun layak untuk menyertai program ini, di mana ia ditawarkan untuk pelanggan yang membeli kenderaan pra-milik dari SDAS.

    Program baharu ini menawarkan liputan waranti komprehensif termasuk penyelenggaraan dan pembaikian untuk beberapa komponen seperti yang disenarai di bawah:

    • Sistem enjin
    • Gandar hadapan/belakang
    • Sistem elektronik
    • Kebocoran minyak transmisi
    • Sistem stereng
    • Sistem turbo
    • Sistem brek
    • Sistem pendingin hawa
    • Sistem penyejukan
    • Sistem pencucuhan
    • Sistem bahan api
    • Sistem transmisi

    Sime Darby Auto Selection perkenalkan program waranti lanjutan baharu untuk kenderaan pra-milik

    Prorgam waranti lanjutan, yang berharga antara RM2,200 dan RM6,900 setahun ini bergantung pada usia dan jenis kenderaan, turut menawarkan perkhidmatan penundaan percuma ke bengkel panel di seluruh negara untuk pembaikian dan penyelenggaraan, serta pelindungan insurans dan insurance underwriting.

    Kerjasama ini juga menyaksikan GMR sebagai pembekal perkhidmatan untuk semua tuntutan waranti lanjutan, perkhidmatan penundaan dan kerja-kerja pembaikian, sementara RHB Insurance pula sebagai pembekal insurance underwriter dan insurans motor. Program ini boleh dibeli dari SDAS Glenmarie. Untuk info selanjutnya, sila layari laman web SDAS.

     
     
  • JPJ tawar diskaun saman 70% hingga 11 Jun 2021

    JPJ tawar diskaun saman 70% hingga 11 Jun 2021

    Sempena dengan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ke 75, sebanyak 70% diskaun saman yang boleh dikompaun telah ditawarkan untuk pesalah trafik. Walau bagaimana pun, ini tidak termasuk dengan kes yang dibawa ke mahkamah. Tawaran tersebut mulai hari ini, 13 April hingga 11 Jun 2021.

    Pengurangan 70% bagi semua saman yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkuta Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam. Untuk mereka yang mempunyai kes senarai hitam, pesalah haruslah pergi sendiri ke cawangan JPJ berhampiran untuk proses pendokumentasian semula, sebelum pembayaran saman boleh dibuat.

    Tawaran ini juga untuk semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan iaitu 60 hari. JPJ turut berkata tawaran ini adalah bagi mengurangkan beban kewangan rakyat, terutamanya yang terjejas disebabkan masalah ekonomi ekoran pandemik COVID-19.

    Semua saman JPJ ini boleh dibayar di pejabat dan cawangan JPJ, cawangan UTC, kios dan juga secara dalam talian.

     
     
  • Karamjit Singh sasar untuk kembali ke APRC, pandu Proton Iriz R5 dengan Cisco Racing bermula 2022

    Karamjit Singh sasar untuk kembali ke APRC, pandu Proton Iriz R5 dengan Cisco Racing bermula 2022

    Siang tadi lagenda rali negara, Karamjit Singh telah mengesahkan penyertaannya dalam Kejohanan Rali Kebangsaan Malaysia (MNRC) untuk musim 2021 yang disokong oleh pasukan Cisco Racing. Sekarang tempat dan pasukan untuk berlumba dalam negara telah pun selamat diterima oleh Karamjit, tetapi bagaimana pula misinya untuk kembali semula ke kancah antarabangsa khususnya bagi memburu sekurang-kurangnya satu lagi gelaran Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) dengan Proton Iriz R5?

    Sebelum ini kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan sudahpun menyatakan sokongan mereka bagi membantu Karamjit mencari dana tajaan berjumlah RM3 juta untuk misi berkenaan, namun menurut Karam kementerian tersebut masih lagi berusaha mencari jalan tetapi masih lagi belum mendapat berita baik walaupun kedua-dua pihak sentiasa berhubung.

    Walau bagaimanapun, Karamjit Singh tidak akan berdiam diri dan sekadar menunggu ‘bantuan dari langit’ kerana beliau sekarang bersama dengan Cisco Racing akan memulakan sendiri kempen berkenaan.

    Karamjit Singh sasar untuk kembali ke APRC, pandu Proton Iriz R5 dengan Cisco Racing bermula 2022

    Menurut Pengarah Urusan Cisco, Rabin Nijhar, pasukan Cisco Racing yang ditubuhkannya bukan sahaja bagi mengembalikan kedudukan Karamjit sebagai Juara Rali Malaysia, malah beliau akan cuba untuk membantu membawa Karamjit Singh sejauh yang boleh dengan tiga peringkat yang telah dirancang.

    Mengikut perancangan awal Cisco Racing, halatuju sebenar mereka bersama Karam akan ditentukan pada pusingan pertama MNRC 2021 yang akan bermula pada 26 Jun nanti di Sepang. Pada peringkat pertama ini mereka mahu melihat dahulu keputusan perlumbaan pertama berkenaan.

    Selepas berakhirnya pusingan pertama di Sepang nanti, Rabin menyatakan mereka akan membuat penilaian sama ada Karamjit Singh dan Cisco Racing masih relevan atau tidak untuk terus berlumba. Jika keputusan pada perlumbaan pertama memberangsangkan – sama ada menang atau hampir menang, Cisco Racing akan mula masuk ke rancangan ke peringkat kedua mereka iaitu cuba untuk memenangi gelaran juara keseluruhan MNRC 2021.

    Karamjit Singh sasar untuk kembali ke APRC, pandu Proton Iriz R5 dengan Cisco Racing bermula 2022

    Karamjit Singh bersama koleksi piala yang dimenanginya sepanjang bergelar pemandu rali

    Menurut Rabin lagi, sekiranya misi berkenaan juga berjaya di capai dengan Karamjit berjaya merangkul gelaran juara nasional di Malaysia untuk kali ke-17, ia bermaksud Karamjit dan Cisco Racing sememangnya sangat relevan dalam rali.

    Jadi pada peringkat itu, Cisco Racing akan menubuhkan satu asas bagi meminta bantuan dari pihak-pihak yang lebih besar, yang lebih berpengalaman dan juga yang mempunyai lebih banyak dana kerana mereka tahu Cisco Racing masih baru dalam dunia rali ini.

    Dan apabila semuanya sudah cukup, Cisco Racing akan melangkah ke peringkat antarabangsa bersama Karam iaitu ke APRC. Rabin turut memberitahu bahawa jika semua ini berjalan mengikut perancangan, Cisco Racing dan Karamjit Singh bakal menerima Proton Iriz R5 mereka pada Februari atau Mac tahun hadapan.

    Karamjit Singh sasar untuk kembali ke APRC, pandu Proton Iriz R5 dengan Cisco Racing bermula 2022

    Namun menurut Rabin, untuk mereka yang berminat dan bekerjasama dengan Cisco Racing untuk terlibat dengan projek ini, ‘buku tajaan’ bukan hanya akan dibuka setelah mereka berjaya mencapai sasaran misi pertama dan kedua, sebaliknya peluang berkenaan akan dibuka seawal esok.

    Proton Iriz R5 merupakan jentera rali yang dibina oleh Mellors Elliot Motorsport (MEM), iaitu firma kejuruteraan dari UK yang turut bertanggungjawab membawa Karamjit Singh memenangi gelaran Juara Dunia Kejuaraan Rali Dunia (WRC) untuk kategori Produksi (Group N) dengan Proton PERT Evo VI pada tahun 2002. MEM adalah pihak yang bertanggungjawab membangunkan jentera rali Proton Satria Neo S2000.

    Menerusi temu bual eksklusif bersama pasukan MEM, Chris Mellors pada penghujung 2019, kami dapat menyelami banyak perkara berkenaan Proton Iriz R5 berkenaan yang boleh anda baca menerusi artikel-artikel di bawah:

  • Proton Iriz R5 – kami bongkar cerita dari Chris Mellors!
  • Proton Iriz R5 – kenapa guna enjin 4B11T Evolution X?
  • Proton Iriz R5 – apa kaitannya dengan Proton M’sia?
  • Proton Iriz R5 – harga didedahkan, bermula RM776k!
  • GALERI: Proton Iriz R5

     
     
  • Honda 1 Million Dreams – Tiga pemenang diumumkan dengan kerjasama Cuckoo, Shopee dan Watsons

    Honda 1 Million Dreams – Tiga pemenang diumumkan dengan kerjasama Cuckoo, Shopee dan Watsons

    Honda Malaysia telah mengumumkan tiga lagi pemenang bagi kempen 1 Million Dreams, dan kali ini dengan rakan kerjasamanya iaitu CUCKOO, Shopee dan Watsons.

    Pemenang yang bertuah ialah Megawati Affendi yang memenangi Honda City selepas mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh CUCKOO. Manakala bagi aktiviti yang dijalankan oleh Shopee pula, ia dimenangi oleh Muhammed Faisal Adnan yang berjaya membawa pulang HR-V. Manakala individu yang berjaya memenangi BR-V hasil aktiviti yang dianjurkan oleh Watsons pula ialah Mohd Aisamuddin Mohd Azilah.

    Menurut CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Madoka Chujo yang baru sahaja menerajui kepimpinan syarikat ini sejak 1 April lalu, “Bulan lalu, Honda Malaysia telah mencapai satu juta unit jualan, dan kami mahu meraikannya bersama semua rakyat Malaysia. Sebelum ini, model Edisi Istimewa 1 Million telah pun diserahkan kepada empat orang pemilik bertuah. Dan hari ini, tiga lagi pemenang iaitu dengan kerjasama rakan jenama lain diumumkan.

    Honda 1 Million Dreams – Tiga pemenang diumumkan dengan kerjasama Cuckoo, Shopee dan Watsons

    “Untuk semua rakyat Malaysia, pelanggan Honda, rakan media dan rakan jenama, terima kasih di atas sokongan anda dan juga menjadi sebahagian daripada pencapaian ini.”

    Honda Malaysia telah menerima lebih 155,600 penyertaan sejak kempen tersebut bermula pada Februari lalu. Menerusi kempen ini, sebanyak tujuh model menawarkan unit edisi istimewa masing-masing iaitu Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V dan CR-V.

    Keistimewaan yang ditampilkan ialah semua unit ini menggunakan warna putih berkilau dengan kemasan hitam dan merah sebagai perinciannya. Ini juga merupakan kerja mengecat berkualiti tinggi — termasuk bahagian bumbung hitam — dan bukannya sekadar menggunakan pelekat.

     
     
  • PKPB di Selangor, KL, Johor, Penang, Kelantan dilanjutkan hingga 28 April, Sarawak hingga 26 April

    PKPB di Selangor, KL, Johor, Penang, Kelantan dilanjutkan hingga 28 April, Sarawak hingga 26 April

    Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Penang, Kelantan dan Sarawak telah pun diumumkan oleh kerajaan sebentar tadi. Di mana PKPB telah dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi negeri-negeri terbabit, kecuali Sarawak yang dinyatakan hingga 26 April 2021.

    Sementara itu, negeri yang diletakkan di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula masih kekal hingga 28 April 2021. Ini termasuk Sabah, Perak, Pahang, Terengganu, Melaka, Perlis, Putrajaya, Labuan, Kedah dan Negeri Sembilan.

    Walau bagaimana pun, terdapat beberapa daerah yang akan diletakkan di bawah kawalan pergerakan berbeza. Untuk Sabah, daerah yang terlibat iaitu Lahad Datu, Tawau dan Keningau diletakkan di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sementara, Kuala Muda di Kedah, dan Seremban di Negeri Sembilan diletakkan di bawah PKPB.

    Seperti sebelum ini, semua pergerakan merentas negeri tanpa permit kebenaran adalah masih tidak dibenarkan, kecuali untuk pergerakan pelancongan di bawah lokaliti PKPP, namun perlulah dengan agensi pelancongan berdaftar di bawah kementerian pelancongan, kesenian dan kebudayaan (MOTAC).

     
     
  • Cisco Racing & Karamjit Singh sertai Kejohanan Rali Nasional M’sia 2021 dengan Proton Gen2 2.0L 4WD

    Cisco Racing & Karamjit Singh sertai Kejohanan Rali Nasional M’sia 2021 dengan Proton Gen2 2.0L 4WD

    Cisco Security Academy hari ini secara rasmi mengumumkan pasukan lumba baharu mereka iaitu Cisco Racing bakal berlumba dalam musim pertama Kejohanan Rali Nasional Malaysia (MNRC 2021) yang bakal bermula Jun ini, serta menampilkan lagenda rali negara, Karamjit Singh sebagai pemandu utama.

    Ini pastinya satu perkembangan yang sangat positif selepas berita yang tak ingin kita dengar pada akhir tahun lalu berkenaan juara dunia WRC Group N 2002 berkenaan yang terpaksa menjual Proton Waja kegunaan hariannya bagi kelangsungan hidup untuk membeli Proton Saga baharu, supaya boleh digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan e-hailing.

    Menurut Pengarah Urusan Cisco, Rabin Nijhar, pasukan ini ditubuhkan bagi mengembalikan kedudukan Karamjit sebagai Juara Rali Malaysia – beliau sendiri telah menghubungi Karamjit selepas mendengar berita yang tular disiarkan oleh media tahun lalu tersebut.

    Cisco Racing & Karamjit Singh sertai Kejohanan Rali Nasional M’sia 2021 dengan Proton Gen2 2.0L 4WD

    “Selepas tahun 2020, saya mencari peluang yang terbaik bagi Karamjit selepas mendengar kisahnya. Cisco juga berada dalam kedudukan yang serba unik untuk membantu beliau. Oleh kerana Pandemik Covid-19, Malaysia perlu sebuah cerita kebangkitan semula seorang Juara Rali, dan saya percaya bahawa cerita Karamjit Singh adalah cerita yang perlu didengari oleh seluruh rakyat Malaysia. Kami sangat gembira dan teruja untuk menyatukan Malaysia bersama-sama untuk menyokong ikon negara yang sejati,” kata Nijhar.

    “Saya sangat bersemangat untuk berlumba semula, ianya sudah menjadi tugas saya selama hampir tiga puluh tahun. Saya memandu secara profesional sejak tahun 1988, hingga baru-baru ini di mana saya menghadapi masalah untuk mencari penaja. Tetapi hakikatnya, saya tidak dapat hidup tanpa bertanding di litar rali. Ini adalah semangat saya dan saya hanya mahu fokus dan bekerja keras sebanyak mungkin kerana saya benar-benar menantikan acara ini untuk kembali ikut rentak prelumbaan rali saya. Saya sangat rindu untuk berlumba semula,” kata Karamjit Singh.

    Untuk kejohanan MNRC musim ini, Karam akan dibantu oleh juruarah yang sangat berpengalaman dan sudah bersamanya sejak sekian lama sama ada untuk rali tempatan atau antarabangsa iaitu Jagdev Singh.

    Cisco Racing & Karamjit Singh sertai Kejohanan Rali Nasional M’sia 2021 dengan Proton Gen2 2.0L 4WD

    “Saya sangat gembira kerana dapat kembali ke dunia permotoran rali dan juga dapat bekerjasama dengan Karam. Saya sangat berterima kasih kepada pihak Cisco kerana memberi kami peluang untuk kembali ke persaingan permotoran rali. Karam dan saya telah bekerja bersama sejak tahun 1997, mewakili Proton dan Malaysia di dalam Rali Asia Pasifik China. Sejak itu kami telah bersaing dalam perlumbaan rali bersama-sama di dalam dan luar negara, memenangi hampir setiap acara yang kami sertai. Saya pasti menantikan acara pertama pada bulan Jun dan akan berusaha 100 peratus untuk mendapatkan kemenangan untuk kami!” ujar Jagdev Singh.

    Karamjit bakal mengemudi Proton Gen2 2.0L Turbo 4WD yang telah digunakan sejak 2017. Walaupun ia sebuah jentera lama, Gen2 berkenaan bukanlah kereta sebarangan. Jentera ini sebenarnya telah dihasilkan oleh Proton sendiri pada tahun 2007 sebagai rakan teknikal kepada Felda Rally Team.

    Pasukan rali Felda tersebut diketuai oleh Brain Palmer (individu yang bertanggungjawab membina banyak jentera rali Proton termasuk Satria 1.6 Group A yang telah menyertai WRC Safari Rally 1997 serta menjadi juara untuk kategori Formula 2WD/A6), dan Gen2 berkenaan telah disumbat dengan enjin 4G63T bersama sistem pacuan semua roda dari Mitsubishi Lancer Evo VI, bagi digunakan oleh seorang lagi bintang rali negara yang pernah menyinar satu ketika dulu iaitu Saladin Mazlan bersama juruarahnya, Arish Qutb.

    Cisco Racing & Karamjit Singh sertai Kejohanan Rali Nasional M’sia 2021 dengan Proton Gen2 2.0L 4WD

    Tahun ini juga sebenarnya adalah tahun kebangkitan semula perlumbaan rali dalam negara, selepas Kejahonan Rali Malaysia (MRC) tidak lagi dianjurkan dan ditamatkan pada penghujung musim 2018. MNRC yang akan berlangsung kali ini merupakan kejohanan nasional tertinggi di Malaysia buat masa sekarang.

    MNRC 2021 sepatutnya berlangsung dalam lima pusingan tahun ini, bermula pada bulan April. Walau bagaimanapun disebabkan pandemik Covid-19, pusingan pertama telah pun dibatalkan dan pelumba bakal mengharungi cabaran musim ini hanya dalam empat pusingan, dengan pusingan pertama akan berlangsung pada 26 hingga 27 Jun di Sepang.

     
     
  • Sime Darby Motors City dilancarkan secara rasmi – kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara

    Sime Darby Motors City dilancarkan secara rasmi – kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara

    Sime Darby Motors telah pun melancarkan Sime Darby Motors City, berlokasi di Ara Damansara, Selangor, yang disasarkan untuk menjadi pusat automotif terunggul di Malaysia. Ia melibatkan pelaburan sebanyak RM570 juta untuk membangunkan Sime Darby Motors City ini.

    Merupakan kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara dengan ruang-ruang pameran terbesar untuk jenama-jenama kenderaan terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara, Sime Darby Motors City ini mempunyai bangunan lapan tingkat dengan luas keseluruhan 1.3 juta kaki persegi yang dibangunkan di atas kawasan seluas 8.6 ekar.

    Sime Darby Motors City menempatkan enam pusat jualan utama yang menampilkan sepuluh jenama perdana di Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Motors. Jenama-jenama tersebut terdiri daripada BMW, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, MINI, Motorrad, Porsche dan Volvo. Ia juga mempunyai fasiliti di dalam bangunan yang mampu menyimpan hampir 100 unit kenderaan terpakai, khusus untuk Sime Darby Auto Selection.

    Fasiliti yang menyepadukan teknologi terkini bagi mempertingkatkan pengalaman para pelanggan di segenap ruang ini mampu memuatkan hampir 200 petak servis, lebih kurang 700 petak parkir untuk pelanggan dan petak mengecas kenderaan elektrik (EV) dan boleh mempamerkan lebih 180 unit kenderaan.

    Sime Darby Motors City dilancarkan secara rasmi – kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara

    “Sebagai salah satu pemain utama dalam industri automotif, Sime Darby Motors sentiasa komited untuk mengejar kecemerlangan di mana kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan kami. Pelancaran Sime Darby Motors City merupakan bukti terhadap komitmen kami yang teguh,” kata Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors.

    Sime Darby Motors City merupakan fasiliti automotif pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Internet Benda (IoT) yang mampu meningkatkan keupayaan servis, dan menggalakkan peningkatan Sime Darby Motors dengan menambah kecekapan dalam memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan.

    Tumpuan infrastruktur digital di fasiliti ini ialah sistem Pengurusan Pengesanan Kenderaan yang menggunakan kamera untuk panduan parkir bagi memastikan panduan, keselamatan dan keselesaan yang terbaik untuk para pelanggan. Ini membolehkan pengambilan kenderaan selepas selesai servis lebih lancar. Infrastuktur digital fasiliti ini juga menyatakan status setiap kenderaan dalam masa nyata bagi memastikan lebih kecekapan dicapai.

    Kamera Pengecaman Nombor Plat Automatik yang dikuasakan secara IoT turut disepadukan dalam sistem daftar kendiri tanpa sentuhan, membolehkan maklumat janji temu para pelanggan terus diakses sebaik sahaja mereka tiba. Serentak dengan itu, perunding servis akan diberitahu dan kemudiannya akan ditugaskan secara automatik untuk mengendalikan pelanggan tersebut dalam satu proses yang lancar. Aturan teknologi ini akan dilaksanakan secara progresif di seluruh Pusat Automotif Sime Darby.

    Apabila berada di ruang pameran, para pelanggan boleh memilih untuk membuat daftar kendiri tanpa sentuhan menggunakan sistem QR code. Seterusnya ia akan menempatkan pelanggan menurut giliran menunggunya secara automatik tanpa perlu proses-proses remeh seperti mengambil tiket nombor giliran. Sistem daftar masuk ini akan diperkenalkan di kesemua ruang pameran yang berada di Sime Darby Motors City.

    Fasiliti ini turut menempatkan Sime Darby Swedish Auto, rakan perniagaan Sime Darby Motors yang terbaharu dalam mengunggulkan jenama Volvo Cars di Malaysia. Ruang pameran Volvo di Sime Darby Motors City adalah ruang pameran 3S pertama di Asia Tenggara yang dilengkapi dengan Studio Realiti Maya.

    Sime Darby Motors City dilancarkan secara rasmi – kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara

    “Kami begitu teruja untuk terus meneroka solusi perniagaan automotif baharu serta peluang berpotensi bersama rakan-rakan perniagaan kami. Melalui Sime Darby Motors City, kami komited untuk memainkan peranan penting dalam memajukan perkembangan sektor automotif di rantau ini di samping menyumbang terhadap kemajuan ekonomi Malaysia,” tambah Basham.

    Sime Darby Motors City juga mengalu-alukan rakan perniagaan daripada kolaborasi mobiliti, SOCAR, iaitu rangkaian perkongsian kereta utama Malaysia, dan myTukar, platform perniagaan kenderaan terpakai secara dalam talian yang kian meningkat di Malaysia. Kompleks ini akan menyediakan kawasan parkir bagi kenderaan SOCAR – sesuai untuk pelanggan untuk menghantar kenderaan mereka untuk diservis, dan akan ada juga pusat pameran bagi kenderaan tukar-beli myTukar, kolaborasi bersama Sime Darby Auto Selection.

    Selain itu, Sime Darby Motors City telah direka agar bersedia untuk masa hadapan. Ia dilengkapi dengan juruteknik EV yang terlatih dan berkelayakan. Ruangan khusus bagi mengecas EV, penyimpanan dan penyelenggaraan disediakan di Auto Bavaria, Auto Hyundai, Auto Performance dan Swedish Auto.

    Sime Darby Motors City dilancarkan secara rasmi – kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara

    Sime Darby Auto Performance turut mempelopori dimensi baharu dalam fasiliti mengecas EV dengan pengecas Arus Terus (DC) berprestasi tinggi yang pertama di Malaysia, yang telah mula beroperasi pada September 2020 di ruang pameran Porsche. Ia mampu menghasilkan cas maksimum 175 kWh dan berupaya untuk memberikan kadar cas-hampir-penuh (near-full charge) dalam masa 36 minit sahaja – sekurang-kurangnya lapan kali lebih pantas dari pengecas Arus Ulang-Alik (AC) pada kuasa maksimum 22kWh.

    Selain itu, fasiliti ini dibina dengan kelayakan Green Building Index (GBI) untuk kelestarian persekitaran dan menggabungkan teknologi untuk memupuk budaya tanpa kertas dalam organisasi.

    Sempena sambutan pelancaran, Sime Darby Motors City menganjurkan Pelancaran Hujung Minggu Mega (Grand Launch Weekend) yang akan berlangsung bermula 16 hingga 18 April 2021 di enam ruang pameran utama. Para pelanggan yang berminat digalakkan untuk menempah janji temu, sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard COVID-19 bagi kawalan kumpulan dan penjarakan fizikal.

     
     
  • Porsche 911 Turbo S tiba di Malaysia – harga RM2.2 juta, kuasa 650 PS, tork 800 Nm, 0-100 km/j 2.7 saat

    Porsche 911 Turbo S tiba di Malaysia – harga RM2.2 juta, kuasa 650 PS, tork 800 Nm, 0-100 km/j 2.7 saat

    Pengedar Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah melancarkan model 992 paling berkuasa untuk pasaran, iaitu 911 Turbo S baru. Harga yang ditetapkan untuk model ini adalah RM2,235,463, tidak termasuk insurans, tetapi sudah dimasukkan sekali dengan pengecualian cukai SST 50% yang diberi oleh kerajaan sehingga 30 Jun.

    Enjin enam silinder 3.7 liter yang terletak di belakang model ini telah dinaik taraf dengan dua pengecas turbo variable geometry yang lebih besar, wastegate elektronik serta injector piezo yang dikatakan dapat meningkatkan kadar respon enjin tersebut dan mengurangkan emisi.

    Sistem intake juga telah diubah, dengan kini mendapat angin daripada bukaan di bahagian tepi (sebelum ini digunakan untuk intercooler), dan ditambah dengan gril belakang yang meningkatkan lagi kecekapannya. Bagi memberi ruang kepada saluran udara baru ini, posisi intercooler telah diubah ke belakang (sebelum ini di tepi).

    Porsche 911 Turbo S tiba di Malaysia – harga RM2.2 juta, kuasa 650 PS, tork 800 Nm, 0-100 km/j 2.7 saat

    Hasil daripada semua perubahan ini, enjin 911 Turbo S dapat menghasilkan 650 PS pada 6,750 rpm dan 800 Nm tork dari 2,500 hingga 4,000 rpm, yang mana meningkat sebanyak 70 PS dan 50 Nm. Dilengkapi dengan transmisi klac berkembar PDK lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, model ini boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 2.7 saat (lebih laju 0.2 saat) sebelum mencapai laju maksimum 330 km/j.

    Apabila menggunakan badan 992, bermakna Turbo S ini adalah lebih lebar berbanding sebelum ini – terutamanya di bahagian depan yang mempunyai badan 45 mm lebih lebar (1,840 mm) untuk memuatkan jarak roda 42 mm lebih lebar, manakala di belakang ia bertambah lebar 20 mm (1,900 mm) untuk memuatkan jarak roda 10 mm lebih lebar. Rim kini satu inci lebih besar, iaitu 21 inci di hadapan dengan tayar 315/30 dan 20 inci di belakang dengan tayar 255/35.

    Selain lebih lebar, 911 Turbo S ini juga mendapat naik taraf casis, dengan menampilkan penggunaan Porsche Active Suspension Management (PASM) terbaru. Penyerap adaptifnya kini memberi maklum balas lebih pantas dan lebih tepat, manakala cengkaman atas jalan, tindak balas stereng, stabiliti serta laju di selekoh semuanya bertambah baik.

    Porsche 911 Turbo S tiba di Malaysia – harga RM2.2 juta, kuasa 650 PS, tork 800 Nm, 0-100 km/j 2.7 saat

    Pilihan casis sport PASM baru juga dapat meningkatkan lagi pengendalian kenderaan, di mana kedudukannya menjadi 20 mm lebih rendah. Sistem pacuan semua roda Porsche Traction Management (PTM) yang dipertingkat kini boleh menghantar 500 Nm tork kepada roda hadapan dan jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.

    Demi menguatkan lagi kedudukannya sebagai 992 paling berpotensi, 911 Turbo S dipasang dengan bukaan udara hadapan lebih besar dengan panel aktif, splitter hadapan lebih panjang serta sayap belakang aktif yang lebih besar dan mampu memberikan tambahan 15% lagi daya tolakan ke bawah (downforce).

    Dalam mod Eco, sayap ini tertutup waktu kelajuan tinggi untuk mengurangkan seretan, manakala dalam mod Wet ia terkeluar (tapi tidak terjungkit) dan lip hadapan dimasukkan untuk memfokuskan aerodinamik ke arah belakang dan meningkatkan stabiliti waktu jalan basah. Pada diffuser terdapat dua muncung ekzos bulat yang besar, khas untuk model Turbo dan ia boleh didapati dengan sistem injap aktif.

    Di bahagian dalam, anda akan mendapat balutan kulit penuh, serta gabungan kemasan gentian karbon dan Light Silver secara standard, bersama tempat duduk sport larasan kuasa dengan jahitan yang memberi penghormatan kepada model 911 Turbo pertama, iaitu 930. Melengkapkan penampilannya adalah grafik serta logo panel instrumen khas untuknya.

    Kelengkapan standard lain 911 Turbo S baru ini adalah lampu utama LED matriks, skrin sesentuh tengah 10.9 inci untuk sistem infotainmen Porsche Communication Management (PCM), roda stereng sports GT, pakej Sport Chrono dengan aplikasi Porsche Track Precision serta sistem bunyi Bose.